Sunday, March 30, 2008

Mohon Cadangan Sahabat Bloggers

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat dan bloggers sekelian. Saya telah membaca semua komen yang telah diberikan. Memanglah sebahagiannya melukakan hati saya tetapi saya tabah menerima pandangan tersebut. Saya juga menerima kata-kata galakan untuk terus berjuang menghadapi cabaran masa depan. Saya akan teruskan perjuangan ini selagi agama, bangsa dan negara saya belum mencapai tahap kemajuan seperti yang kita cita-citakan bersama.

Jatuh bangun dalam politik adalah perkara biasa. Saya telah melengkapkan sebuah kitaran hidup. Pengalaman dari seorang anak desa yang tidak punya apa-apa; kemudiannya memimpin negeri dan membuat sedikit jasa. Dan hari ini saya kembali seperti dulu. Pengalaman ini pasti akan mematangkan saya menjadi orang yang lebih berfikiran terbuka dan memahami kehendak rakyat.

Sekarang kita berada dalam keadaan tidak menentu (uncertainty). Menyalahkan atau menuding jari tidak memberi sebarang makna. Yang saya perlukan sekarang ialah cadangan-cadangan bagaimana untuk kita menggariskan haluan masa depan yang lebih konkrit untuk memastikan negara ini tidak terjerumus dalam kancah yang akan menghancurkan Wawasan 2020.

Pandangan sahabat-sahabat dan bloggers amat saya perlukan. Apa yang sebenarnya kita boleh lakukan dalam jangka waktu yang pendek dan jangka waktu yang panjang dalam menangani tuntutan-tuntutan semua kaum dalam negara kita? Saya mohon pandangan saudara-saudari.

737 comments:

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 737   Newer›   Newest»
Alan said...

good now that you're willing to listen to the voice of the rakyat. they can give you precious opinions.

azrinh@time.net.my (Azrin H) said...

menurut pandangan saya yang selama ini mencari rezeki di Selangor, dari segi pembangunan dan infrastruktur memang banyak perubahan dalam masa 20 thn ini. namun apa yang diperlukan adalah pembangunan yang benar2 memberi kebaikan dan keuntungan kepada rakyat biasa secara langsung. kekurangan inilah yg mungkin menyebabkan tumbangnya kerajaan terdahulu.

LanoG said...

Salam Dr. Mohamad Khir,
Tahniah kerana berhasil melibatkan diri dalam penulisan blog. Sudah pasti dalam dunia tanpa sempadan maklumat masa kini, menuntut pemimpin untuk lebih peka akan suara rakyat lebih2 lagi dalam ledakan teknologi maklumat. Kini melalui alam siber bermacam2 maklumat boleh dikutip melalui blog, website, forum, laman chat dan sebagainya. Diharap lebih ramai lagi pemimpin menggunakan saluran ini untuk mendengar luahan rakyat pada masa hadapan.

sempurai said...

Dr. KT,
everything will be ok soon :)

linn said...

Salam,

Dr.Lakukanlah yang terbaik demi bangsa dan agama. Janganlah hanya berkiblatkan material.Pasti semua itu akan musnah. Sebagai orang melayu dan beragama Islam, selagiblog ini tidak keluar dari landasan perjuangan yang sebenar. Saya pasti akan menyokong.

f.j said...

but our dear minister, Mr.Nazri said that,

"Our bloggers are really not up to standard. When they put up something, it’s not something that they want to discuss in a very intellectual way. It’s more because of their anger - the language they use. Why should I read all this rubbish? When the standard of our bloggers is upgraded, then probably I will look at what is written. But anyway, they are a minority. My concern is for the majority." - Nazri Aziz, NST, October 28, 2007"

then what is the reason you want have the opinion from the blogger?

no offence

Zainal A. Kasim said...

Salam Dr. KT,

Selamat datang ke dunia blogger. Di sini kami berbicara secara terbuka. Tidak ada tapisan mahu pun rasa takut. Ada yang buruk namun banyak juga yang berguna utk pembangunan negara. Harap dapat Dr. Mengubah persepsi pemimpin tertentu yg memandang terlalu rendah/hina terhadap blogger. Sedangkan kami juga rakyat Malaysia yg sayangkan negara ini.
www.c-bok.blogspot.com

zekane said...

salam dr khir,
ape yg tjadi pada pilihanraya kali ini adalah dluar bidang kuasa kita..
ape yg paling penting semangat kita sbg rakyat yg bsatu padu dalam mgerakkan jentera negara dgn lebih gemilang dmasa akan datang. dengan segala pencapaian dan usaha Dr selama mmerintah negeri ini adalah sumbangan yg tidak akn mudah dlupakn oleh rakyat yg sentiasa mnyokong Dr dari belakang.

sumpittsauber said...

Biasanya kita mulai dewasa dan matang apabila kita telah melalui banyak peringkat2 dalam kehidupan ini, perjuangan tidak akan pernah berhenti biarpun dari satu aspek kita merasakan luang lompang didalam diri apabila apa yg biasa kita lakukan tidak kita lakukan lagi...

dalam waktu yg seketika ini.. berehatlah untuk seketika mencari erti sesungguhnya apakah yang telah kita lalui hari semalam dan hari depan

kalah hari ini bukan bermakna hari esok kita akan kalah lagi

tarmiar said...

YB. Dr. Khir,

Satu langkah yang baik. Semoga YB Dr. Khir dapat menganalisa dan memahami apakah kehendak,nasihat atau pendapat yang dikemukakan kepada YB agar ianya dapat digunakan bagi memperbaiki kelemahan yang terdapat demi kemajuan Selangor khasnya dan negara Malaysia tercinta. Walaupun bergelar pembangkang, saya yakin ianya dapat memberi YB pandangan yang lebih luas lagi berlandaskan pengalaman memimpin yang lalu. Gunakan ianya bukan untuk negeri Selangor bahkan untuk seluruh pelusuk negara keran YB berpayung dibawah BN. Selamat maju jaya YB Dr. Khir.

sebol said...

Soalan terlalu umum, tak dapat saya jawap dalam komen sahaja.

Dipendekkan cerita, Dr. Khir perlulah membaca blog dari sumber invididu dari pelbagai kaum dengan lebih banyak lagi, bukan sekadar membuat blog.

Jadi, untuk membaca blog sumber 80% bukan melayu, kena baca di petalingstreet.org.

Untuk membaca blog sumber dari 70% orang melayu, maka masuklah beras padu.

jadi maka ia seimbang.

Kalau di telefon bimbit pun boleh buka petalingstreet dan beras padu, ketika buang air besar pun boleh baca.

muhd said...

Saya Mencadangkan Dr. Khir buatlah blog domain sendiri menggunakan wordpress untuk nampak lebih cantik lagi... :) ...
Apapun langkah pertama menggunakan blogspot amatlah bagus...

Kalau bagus lagi upah orang buat blog menggunakan domain sendiri..pasti ramai pengunjung lagi :)

sekadar pandangan belia muda mudi

Mankuk Hayun said...

Selain dari blog, jangan lupa pula kuasa forum internet.http://forum.cari.com.my ( current issues ) adalah satu contoh forum yang sangat aktif

Dandai said...

Assamualaikum YB,

Sebagai Pembangkang, saya menyeru YB jadilah pembangkang yang baik. Jangan tunjukkan kebodohan kita pada orang.Tak perlulah keluar kenyataan di media nak sibuk-sibuk sediakan senarai itu ini untuk kerajaan baru tunaikan. Sebelum buat itu, nasihatkan dulu pemerintah Malaysia tunaikan segala janji dalam manifesto SELAMAT, AMAN & MAKMUR tu. Saya rasa anda pun sudah difahamkan dengan jelas, apa perlunya ada PEMBANGKANG, bukan semata-mata membangkang membuta tuli. Sebab itu kita perlu Pembangkang yang baik. Kempen Pembangkang Sifar itu nyata memakan diri. Jadi, JANGAN ULANGI kesilapan dulu, seperti mana semasa anda berkuasa. Pendapat saya, tak kisah siapa pun yang berkuasa dalam kerajaan, asalkan objektif kerajaan adalah berkhidmat untuk rakyat dan membangunkan negeri/negara untuk kesejahteraan rakyat.

Oh ya, anda mahukan cadangan? Okey, satu cadangan saya buat masa nih. Terlanjur anda dah buat blog nih (anda sendiri buat atau suruh orang lain wakilkan diri anda, itu cerita lain), gunakanlah blog ini untuk menjawab segala tuduhan dan pendedahan salah laku anda oleh pihak-pihak tertentu. Rakyat semua mahu anda sendiri jawab (beserta bukti-bukti). Sekurang-kurangnya ada usaha untuk membersihkan diri, jika anda berani dan yakin bahawa anda tak bersalah.

Itu saja buat masa nih,kita jumpa lagi lain kali....

Elegant Noise said...

Tahniah Dr. Khir kerana mengambil langkah menggunakan internet sebagai satu cara perjuangan, walaupun kerajaan Barisan Nasional sendiri telah bersusah payah menyeru rakyat dan perniagaan untuk menggunakan internet DUA BELAS TAHUN DAHULU. Masih teringat Multimedia Super Corridor (MSC)? yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir dan juga bertempat di Selangor. Ironically.

Kami harap Dr. Khir dapat menggunakan blog ini sebaik mungkin dan bukan "hangat-hangat ......ayam".

Yang penting, blog mesti dikemaskini, sekurang-kurang 1 cerita baru sehari. Lihat blog seperti Jeff Ooi (yucks) Limkitsiang (yucks, yucks). Saya amat percaya Dr. Khir boleh membuat lebih bagus dari blog anti-establishment ini.

Saya adalah blogger yang menyokong tetapi kritikal pada UMNO. Dan juga pro-nasionalis Melayu. Juga bimbang akan masa depan Melayu terutama untuk anak cucu saya.

Saya juga setuju Dr. Khir menggunakan domain sendiri bagi menunjukkan Dr serious dalam arena blog ini.

Anjurkan juga perjumpaan antara bloggers yang pro-Melayu di Selangor. Kami sedia berjuang dengan Dr. Khir di dunia cyber.

Sama-sama kita berjuang.

husz said...

ya udeh.. siapa yg xde komen yg menjawab soalan dia, x yah nak komen.. buat penat org kena baca beratus komen2 "tahniah", and other comments with no additional value.

1st thing you have to do is fix the reason why you are blogging. Knape nak buang masa blogging? Sebab pengundi banyak baca blog kan? knape tue? its because we all do not trust the media anymore. not an inch. not for me.

SO ITULAH yg pertama harus dilakuka. clean up the media.. relax the shackles.

DK said...

Tahniah Dr. Membuka satu blog merupakan salah satu langkah bagi pemimpin mendekatkan diri, mendengar, dan menilai dan suara rakyat agar pemimpin memperbaiki kekurangan dan benar-benar berkhidmat untuk rakyat.

Saya harap Dr. dalam keadaan (uncertainty) ini, Dr. tetap memberi sokongan yang padu dan tidak sekali-kali mengkhianati kepimpinan Pak Lah dan UMNO.

Saya percaya, keadaan ini merupakan satu ujian, agar BN dan UMNO perlu bekerja kuat untuk berkhidmat untuk rakyat.

Keadaan uncertainty ini juga menguji sejauh mana kesetiaan dan kepaduan didalam ahli didalam UMNO terutama sekali keikhlasan terhadap kepimpinan Pak Lah.

Saya merayu kepada Dr. agar jangan goyah dalam menghadapi ujian ini. Jangan melemahkan parti dengan mengkhianati Pak Lah. Ya, saya setuju dengan pandangan Dr. Menuduh dan menuding jari tidak akan menguntungkan sesiapa malah merugikan bangsa.

Maka saya harap, kepimpinan BN mempelajari dari situasi ini, seterusnya dapat memperbaiki kelemahan agar dapat meraih semula kepercayaan rakyat.

malaysiaseller said...

saya kira, Datuk Seri tak perlu daftar blog guna domain sendiri. sudah cukup blog percuma berplatformkan blogspot ini.

sekarang pun kita tengok ramai komentor yang memberi pandangan.

sukar kita nak lihat seorang penulis blog memulakan blognya terus mendapat sambutan hebat sebegini. Jadi teruskan menulis.


Saya tinggal di Selangor. Saya juga adalah dari golongan pertengahan. Apa yang saya lihat, Selangor sudah ada semua. Bangunan besar, kemudahan asas, insfrastruktur semua nya lengkap.

Apa yang menjadi ketakutan masyarakat akar umbi hari ini adalah berkaitan ekonomi keluarga, tahap keselamatan masyarakat setempatan (spt kes culik, ragut, rogol).

Masyarakat ini tidak terlalu ingin ambil tahu, apa itu glokal atau projek besar yang tidak sampai kepada akar umbi. Apa yang ingin mereka tau, mereka tidak mahu dibebankan dengan kemerosotan ekonomi dan beban tanggung yang dihadapi setiap isi keluarga.

muralidharan said...

hi dato...
come on la dato...
beli la domain sendiri...
budak sekolah boleh domain sendiri la...
ade ke manusia pangkat dato pakai blogspot...
aiya..malulah sikit...

Sedingin Salju said...

Selamat malam tok.

Soalan tok ni, saya bantai sajalah jawab. Lagu ni.

Sekarang ni, YB BN atau bukan BN, kena paham apa rakyat mau. Rakyat la ni, tak mau dok dengak cerita pembangunan saja. Kalau pembangunan, mestilah material dan juga pembangunan rohani. kalau hanya dunia semata-mata, tak elok untuk kesihatan. Setahu saya, agama islam mengkehendaki pembangunan yang seimbang.

Ok, ini tentang Umno pula. Umno sebagai wadah perjuangan bagi orang melayu, mesti dengak rintihan orang melayu dari yang paling bawah-bawah sampai atas. Tak bolehlah dok dengak kat sesetengah pihak saja. Tu yang depa marah sangat tu. Jadi, kalau Umno nak kuat dan nak menjadi wadah bagi orang melayu, mesti kena dengak cakap orang melayu. Bawak depa berbincang. Selami hati nurani depa. paham depa betoi-betoi.

Dan yang paling penting, elakkan rasuah. Amboi nak habak bagi, rasuahlah yang paling leceh. pasai rasuahlah orang jatuh. Rasuah ni adalah sesuatu yang paling hina. Ini penting.

Untuk BN pula. Jika sekiranya BN masih ingin menjadi wadah perjuangan rakyat malaysia, depa mesti dengak cakap orang malaysia. Dengak rintihan dari orang yang paling terkebawah sampai ke atas. Ini sangat-sangat penting. Tragedi 8 Mac berlaku pasai sesetengah orang atas kat BN, tak peduli rakyat. jawapan terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan hanyalah ala kadar.

Satu lagi yang nak saya sarankan kat DS ialah, dekatilah warga golongan oku. Kami ni DS, punyalah siksa la ni. Bukannya apa DS, takdak reja. Kilang lebih suka ambik warga asing walhal kadang sesuatu tu, warga oku boleh buat. Tapi apa nak kata, kilang taknak ambik warga oku untuk bekerja.

Saya ni kira bersyukurlah sebab mendapat majikan yang perihatin. Walau pun stok barangan untuk kami buat di kilangnya dah habis, tapi dia tidak memberhentikan kami untuk mengelakkan kami terputus elaun pekerja cacat oleh pihak kerajaan. Dia beritahu, kalau dah dapat kerja yang baru, barulah maklumkan pada mereka.

Untuk mencapai wawasan 2020, semua rakyat termasuk oku harus maju ke depan.
Sekian.

Sedingin Salju said...

Selamat malam tok.

Soalan tok ni, saya bantai sajalah jawab. Lagu ni.

Sekarang ni, YB BN atau bukan BN, kena paham apa rakyat mau. Rakyat la ni, tak mau dok dengak cerita pembangunan saja. Kalau pembangunan, mestilah material dan juga pembangunan rohani. kalau hanya dunia semata-mata, tak elok untuk kesihatan. Setahu saya, agama islam mengkehendaki pembangunan yang seimbang.

Ok, ini tentang Umno pula. Umno sebagai wadah perjuangan bagi orang melayu, mesti dengak rintihan orang melayu dari yang paling bawah-bawah sampai atas. Tak bolehlah dok dengak kat sesetengah pihak saja. Tu yang depa marah sangat tu. Jadi, kalau Umno nak kuat dan nak menjadi wadah bagi orang melayu, mesti kena dengak cakap orang melayu. Bawak depa berbincang. Selami hati nurani depa. paham depa betoi-betoi.

Dan yang paling penting, elakkan rasuah. Amboi nak habak bagi, rasuahlah yang paling leceh. pasai rasuahlah orang jatuh. Rasuah ni adalah sesuatu yang paling hina. Ini penting.

Untuk BN pula. Jika sekiranya BN masih ingin menjadi wadah perjuangan rakyat malaysia, depa mesti dengak cakap orang malaysia. Dengak rintihan dari orang yang paling terkebawah sampai ke atas. Ini sangat-sangat penting. Tragedi 8 Mac berlaku pasai sesetengah orang atas kat BN, tak peduli rakyat. jawapan terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan hanyalah ala kadar.

Satu lagi yang nak saya sarankan kat DS ialah, dekatilah warga golongan oku. Kami ni DS, punyalah siksa la ni. Bukannya apa DS, takdak reja. Kilang lebih suka ambik warga asing walhal kadang sesuatu tu, warga oku boleh buat. Tapi apa nak kata, kilang taknak ambik warga oku untuk bekerja.

Saya ni kira bersyukurlah sebab mendapat majikan yang perihatin. Walau pun stok barangan untuk kami buat di kilangnya dah habis, tapi dia tidak memberhentikan kami untuk mengelakkan kami terputus elaun pekerja cacat oleh pihak kerajaan. Dia beritahu, kalau dah dapat kerja yang baru, barulah maklumkan pada mereka.

Untuk mencapai wawasan 2020, semua rakyat termasuk oku harus maju ke depan.
Sekian.

Sedingin Salju said...

Selamat malam tok.

Soalan tok ni, saya bantai sajalah jawab. Lagu ni.

Sekarang ni, YB BN atau bukan BN, kena paham apa rakyat mau. Rakyat la ni, tak mau dok dengak cerita pembangunan saja. Kalau pembangunan, mestilah material dan juga pembangunan rohani. kalau hanya dunia semata-mata, tak elok untuk kesihatan. Setahu saya, agama islam mengkehendaki pembangunan yang seimbang.

Ok, ini tentang Umno pula. Umno sebagai wadah perjuangan bagi orang melayu, mesti dengak rintihan orang melayu dari yang paling bawah-bawah sampai atas. Tak bolehlah dok dengak kat sesetengah pihak saja. Tu yang depa marah sangat tu. Jadi, kalau Umno nak kuat dan nak menjadi wadah bagi orang melayu, mesti kena dengak cakap orang melayu. Bawak depa berbincang. Selami hati nurani depa. paham depa betoi-betoi.

Dan yang paling penting, elakkan rasuah. Amboi nak habak bagi, rasuahlah yang paling leceh. pasai rasuahlah orang jatuh. Rasuah ni adalah sesuatu yang paling hina. Ini penting.

Untuk BN pula. Jika sekiranya BN masih ingin menjadi wadah perjuangan rakyat malaysia, depa mesti dengak cakap orang malaysia. Dengak rintihan dari orang yang paling terkebawah sampai ke atas. Ini sangat-sangat penting. Tragedi 8 Mac berlaku pasai sesetengah orang atas kat BN, tak peduli rakyat. jawapan terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan hanyalah ala kadar.

Satu lagi yang nak saya sarankan kat DS ialah, dekatilah warga golongan oku. Kami ni DS, punyalah siksa la ni. Bukannya apa DS, takdak reja. Kilang lebih suka ambik warga asing walhal kadang sesuatu tu, warga oku boleh buat. Tapi apa nak kata, kilang taknak ambik warga oku untuk bekerja.

Saya ni kira bersyukurlah sebab mendapat majikan yang perihatin. Walau pun stok barangan untuk kami buat di kilangnya dah habis, tapi dia tidak memberhentikan kami untuk mengelakkan kami terputus elaun pekerja cacat oleh pihak kerajaan. Dia beritahu, kalau dah dapat kerja yang baru, barulah maklumkan pada mereka.

Untuk mencapai wawasan 2020, semua rakyat termasuk oku harus maju ke depan.
Sekian.

Afham said...

bloggers bukanlah beruk sepertimana KJ..

Malaccan view said...

Saudara Dr Khir,
After 8th March political tsunami,most BN leaders including yourself realised that People are fedup with BN,especially UMNO leaders attitude: ARROGANT,IGNORANT,HARDHEADER.The word'Saya Pantang DiCabar'ultered by Pak Lah was the most serious consequences.Rakyat have the rights to cabar national leaders if they are not listening to us.My advise to you and your colleagues are to be Fair and Equal to every Malaysians,irrespective of their colour,religion and status if you all still want to be leader .Malaysians in 21st century no longer 'yes man'.We are smart and know how to diffrentiate good and bad apple.Good luck to you..

Ismail Rubani said...

Dato'

Yang paling penting Dato' perlu dengar keluhan rakyat, dekatkan diri dengan rakyat, buang semua pengampu di sekeliling Dato' dan jangan sombong dan angkuh.

Inilah faktor utama kekalahan BN dan UMNO. Mereka sudah semakin melupakan akar umbi. Wakil rakyat tak poernah melawat cawangan , tak pernah nampak muka, suara dan keluhan ahli cawangan jangan di pandang remeh.

Semuga perubahan kepimpinan kearah yang lebih baik akan menjana idea baru dan melahirkan pemimpin yang lebih berwibawa.

YES MINISTER said...

Ramai orang tidak gemar sikap Dr Khir kerana memperkenalkan hadiah 'Peyapu' diperingkat Majlis Daerah. Maka ketidakpuasan ini diterjemahkan melalui pilihanraya yang lalu. Mereka berpendapat Dr Khir menghina kebolehan mereka sedangkan para EXCO sendiri lebih teruk lagi tingkah-laku. Perbuatan Dr Khir ini dilihat sebagai meyalahguna kuasa dan biadap kerana memalukan mereka yang telibat dikhalayak ramai. Malah seluruh negara orang tahu. Ini menjatuhkan imej pegawai-pegawai yang terlibat.

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

YB Dato' Dr. Mohamad Khir! Tahniah!
Saya cadangkan YB: 1) Anuti budaya politik yang betul. 2) Bertanding Ketua Pamuda; dan ubah budaya politik ke arah yang lebih bertamadun.
Insya ALLAH mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Mohon maaf YB Dato'.

shakyean said...

Tahniah Dato' Seri,

Semuga kejatuhan kali ini dapat kita belajar mengenal semangat perjuangan. Kita kalah tapi tak hilang semua. Masih ada masa, ruang dan peluang untuk memperbaiki kesilapan lalu. Jalan masih luas terbentang untuk kita kembali berkuasa, selamat berjuang...

rocky said...

uncertainty is in BN and UMNO.

It is good that there are 5 states ruled by BR as it gives competition to BN. Competition makes people better. That way BR or BN can't slack or be arrogant and push rakyat aside.Malaysians are awake to competition and we are watching the show.

Now moving forward, you need to focus on the issues,not the personalities. If you try to hit below the belt, the rakyat will move further from you and BN. and trying to sabotage the BR govt, will also back fire.How to win back the rakyat, well do a good job, don't say you are holy etc, just let your work do the talking.

BTW we use the broom to sweep you out. We are the boss and BR knows that. I hope you and those in BN and UMNO realise that soon.

BTW get rid of Pak Lah. The country doesn't need bad leaders.

ain said...

Dr Mohamad Khir Yoyo,

Dr khir sendiri lebih memahami apa yg telah berlaku selepas keputusan pru 2008.

Bila sebuah perjuangan itu telah tersasar jauh dari matlamatnya, lambat-laun gelombang perubahan pasti berlaku. Hari2 mkn lauk ikan terasa jemu. Nak jugak rasa lauk lain.

Rakyat memerlukan maklumat yg betul. Bukan dibuat-buat jadi betul atau 'dimodified' jadi betul. Sukar sgtkah utk berterus terang sedangkan sbgai manusia biasa, manusia mana yg tak lakukan kesilapan.

Itulah budaya perjuangan yg saya nampak di pihak Dr Khir. Seluruh ahli biasa hinggalah ke pemimpin perlu kembali ke landasan asal perjuangan. Berjuang utk agama, bangsa dan negara tercinta. Berjuanglah utk membela nasib rakyat yg benar2 memerlukan bantuan.

9W2MYV said...

Asssalammuaaikum dan salam sejahtera buat YB. Dato' Seri Dr. Khir sekeluarga.....

Apakah pandangan YB. Dato' Seri yang mengatakan para 'bloggers' ini sebagai beruk-beruk?

Sekian, terima kasih

The Copy Cat Experts said...

no offense.
if you really Dr Mohamad Khir Toyo, why must you use blogger?
Don't misunderstand me, even people can put Sammy Vellu into friendster as a joke for people. so i dont think, your step as owning this blog is a good idea. atleast have your own domain so that people will know that you is the right Dr Mohamad Khir Toyo.


To have a website is affordable even for a student.

even i'm owning more than 50 domain name.

www.vimc.com.my

fido_dido said...

Dato Seri,

why don't you start your blog by giving own opinion on issue like blog. Many of your comrades in UMNO give unreasonable, childish and stupid statements on bloggers. So, what say you now, Dato'?

What is your opinion on statements made by Khaled Nordin on Berita Minggu (30/Mar/2008)-Laman Web Sekat Maklumat Sahih.

Then slowly we discuss issues relating to the Rakyat, especially the poor, whom you ignored a lot during your administration as Selangor MB.

Let me give you some suggested topics you can write down in your Blog:-
NEP, Police Force, Rampant Corruption Pratice, SIL, FIL, Wang Ehsan, Pengundi Hantu/POS, SPR, Judiciary and many more, not to mention, PENYAPU.

aku said...

salam dato seri,

saya adalah penyokong umno tetapi apa yang berlaku pada pilhan raya baru-baru ini adalah kesilapan umno sendiri baik di peringkat pusat mahu pun peringkat negeri sendiri. Umno peringkat pusat terlalu yakin (confident) sehingga seolah-olah tidak sedar masalah-masalah yang boleh memakan umno sendiri. manakala pada peringkat negeri pula (minta maaf jika terkasar bahasa di sini)terlalu banyak membuat isu yang tidak popular yang menjatuhkan maruah umno itu sendiri.
disini ingin saya senaraikan kelemahan-kelemahan yang dalam pemerhatian saya sebagai rakyat dan ahli umno biasa: -
1)kurang perihatin dan lambat dalam menangani masalah rakyat

2)kurang dan tidak mahu mendengar pandangan dan masalah rakyat

3)suka menimbulkan isu-isu yang remeh dan tidak popular yang membuatkan rakyat bosan

4)tiada tindakan tegas terhadap ahli umno yang menyalah gunakan kuasa dan rasuah dengan menunjukan harta kekayaan sehingga menimbulkan kebencian rakyat dan hilang kepercayaan rakyat.

5)dalam umno sendiri ada musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan.

Dato Seri, Umno masih lagi releven dan masih lagi merupakan parti yang akan terus melindungi orang melayu. Saya percaya dengan sepenuh hati saya yang Umno pasti akan membuat satu "come back yang cemerlang" dengan syarat ahli-ahli dan para pemimpin umno jujur, amanah dan berkerja kuat untuk memenangi balik hati rakyat dengan mendengar segala masalah dan pandangan rakyat. HIDUP UMNO !


5)

tOksiak said...

Dr.
Baguslah jika kita sebagai manusia nampak kembali mana asal kita,jgn jahil dgn diri sendiri sehingga kita lupa dari mana kita datang, untuk membetulkan keadaan, rasanya elok Dr. kembali kepada Agama, dimana alquran dan hadis sebagai panduan, didalam semua itu ada panduan untuk memimpin dan dipimpin, hati rakyat ada caranya utk dijaga, dan rakyat pasti akan menjaga Dr., jadi la manusia MELAYU ISLAM, bukan MELAYU yang kosong yg sentiasa menyokong kebendaan,selagi Allah memberi peluang utk berfikir, fikirkanlah, itu ujian.

Sedingin Salju said...

Selam bahagia.

Ini tambahan sebab tadi terlupa.

Bagus kalau DS nak ada domain sendiri. Tapi harap domain DS tu, orang buta juga boleh melayarinya. Untuk pengetahuan DS, kami golongan cacat penglihatan tidak akan melayari sesuatu lana web, jika sesebuah laman web itu ada animasi yang bergerak-gerak. Apabila ada animasi semacam itu, pembaca screen di komputer kami akan menghadapi masalah untuk berfungsi.

Jadi, saya berharap, kalau ada domain, kekalkanlah bentuk yang ada sekarang supaya kami, golongan oku penglihatan, dapat sama-sama memberikan cadangan dan penulisan pada DS.
Sekian.

ROY's said...

DKT,

Kami boleh memberi cadangan hanya jika Dato' memberitahu kami apakah perancangan Dato' untuk masa depan.

Kamitakut memberi cadangan yang boleh menyesatkan lagi Dato'

nik muhd said...

hidup umno

Jed Yoong said...

Datuk Seri dan Ketua Pembangkang Negeri Selangor,

The people now depend on you to uncover any shady dealings of the PKR government. Please demand that the MB and the EXCO declare their assets publicly.

What are they doing about the foreign workers problems?

Why are they eating into matters under the federal government like PKFZ and levies?

Why did you shred documents?

Semoga berjaya.

hanzoushinrei H2 said...

Assalamualaikum Dr.

diharap blog ni akan dapat jadi satu wadah untuk kami berbicara dgn Dr dgn lebih rapat dan berbincang isu2...saya mmg setuju dgn pendapat zainal a. kasim....dapat Dr. Mengubah persepsi pemimpin yg memandang hina terhadap blogger. diharap blog dr akan lebih berhemah daripada *ahem* Lim Kit Siang's blog.

creditcard said...

Moga Dr. tabah dah tak mengaku kalah.

Perjuangan Belum Selesai.

Jatuh bangun lumrah dalam perjuangan.

Ikhlas dari Soria : Wangsa Maju.

zbzack said...

Dr, Umno/BN kalah sebab PakLah dan Khairy... Faktor Dr tak seberapa rasanya. Tapi ambillah ikhtibar!

aku said...

Salam Dato Seri,

Semoga UMNO terus releven dalam melindungi hak hak keistemewaan orang melayu.

HIDUP UMNO....DULU KINI DAN SELAMANYA

faizal said...

Assalamualaikum dr.khir

Tahniah, akhirnya dr. sedar kuasa perjuangan politik melalui internet. Bsok saya akan menyertai forum yang dianjurkan mykmu dan difahamkan dr. juga terlibat sebagai panel.

Saya adalah pemudo umno dari gombak, selangor. Saya memang menyokong kuat perjuangan UMNO selama ini walaupun saya nampak tidak banyak perubahan yang berlaku dikawasan saya. Wakil rakyat jarang turun melawat kecuali ada aktiviti besar sahaja.

Kita di Selangor harus sedar, bahawa rakyat memerlukan perubahan ketara bukan sahaja dalam pembagunan infrastruktur dan kemajuan moden sahaja. Hati rakyat dan kesusahan rakyat harus juga diberi keutamaan.

Pembagunan insan dan belia adalah harus ditekankan kerana mereka adalah bakal mentadbir negeri selangor, tetapi ramai masih gagal mendapat pekerjaan dan menganggur.

Kita di Selangor perlukan perubahan untuk membolehkan kita berjaya menawan selangor semula tetapi dengan cara yang telus dan adil demi kepentingan rakyat.

UMNO dan BN harus kembali bersatu dan mendapat mandat rakyat demi kepentingan bersama.

Nitro said...

salam dr khir

saya rekomen buat permulaan datuk baca blog a kadir jasin, blog anti establishment sana sini (macam marina mahathir, jeff ooi, dan portal macam malaysia today dan sebagainya) hanya untuk dapat 'feel'. datuk pon tak perlu menulis selalu sangat, setakat seminggu sekali pon cukup, macam kadir jasin, walau pon tak banyak, tapi ramai jugak yang baca. yang penting, datuk dapat feedback dari para komuniti internet tentang isu semasa yang berlaku di masa hadapan nanti.

lagi satu, datuk jangan cepat terasa atau terguris hati. dalam komuniti internet ni, bukannya semua berfikiran rasional, ramai jugak yang suka main tibai aje. kalau datuk yakin yang datuk lakukan sesuatu yang betul, maka betullah ia. ambik yang baik, yang buruk pakat buang. rasionalize, fikir, dan lakukan sesuatu untuk agama, bangsa dan negara kita. kalau kita berada pada landasan yang betul, orang yang pakat tibai tadi akan di tibai balik orang orang lain. jadi, tak perlu risau atau terguris hati. tengok macam tun dr mahathir, cuba la sesiapa belasah tun di internet ni, akan ada askarnya datang defend dan serang balik kerana kita penuh yakin kita berada di pihak yang betul. tu pasal tun mahathir dalam internet ni begitu popular! macam blog lky, rocky tu semua, depa pon selalu kena tibai jugak!

secara peribadi saya sangat simpati atas apa yang berlaku kepada datuk. apa yang berlaku ni bukannya salah datuk, tapi salah syetan besor atas tu! habeh semua kerja datuk di sabotaj oleh mereka. saya tahu datuk sendiri terikat tangan! kalau yang jadik MB selangor tu tan sri khalil yang berada dalam UMNO, dengan dia dia jugak akan kena sabotaj dan kalah! bukan sebab datuk tak bagus, tapi di cantas dan di burukkan dengan begitu dasyat sekali! tapi yang penting, jangan putus asa! datuk masih muda, banyak masa lagi di hadapan. jom kita sama sama tegakkan kebenaran dan lanyak yang bathil!

anak jati KEDAH said...

Tahniah Dr. Khir. Kami menghormati saudara selagi Al-Quran, Sunnah dan para Sahabah menjadi idola anda. Saya menyeru kepada para pengkritik, kemukakan hujah, dalil atau bukti supaya kita tidak tergolong dikalangan orang-orang yang fasik.

maharajaToga said...

alhamdulillah, tahniah sy ucap pada dr.khir.

dalam kita mencari apa salah, dlm kita sibuk membuat postmortm, sy kira eloklah kita kembali kpd quran sunnah dlm perlaksanaan segala hal.

dr.khir,
pokok pangkal mengapa kami tolak BN krn satu perkara shj. satu perkara ini bukan perkara kecil malah ia melibatkan akidah.
perlaksanaan Hudud dan Qisas.

jangan sesekali kita ckpkan yg 'Org Pas ni tak habis2' dgn Hudud dan Qisas'. dr.khir, cuba dr.khir berjumpa dgn Nik Abd Aziz atau Harun Din dan bincang secara tertutup mengenai perkara ini. sy yakin dr.khir akan fhm keseluruhan.

dr.khir, apakah sebabnya BN tidak pernah berniat utk melaksana Syariah Allah di Malaysia malah menghalang Kelantan utk melaksana hudud?

rakyatmu,
Mahasiswa Malaysia.
(jauh di sudut hatiku, dirimu tetap Pemimpinku)

Zheng YingJie said...

we need more mass public transport. We need better city planning, the road is not straight everywhere, taman taman is too much in Puchong, Cheras, and etc.. the most important is the transparency of the government project. Why there are so many Highway-highway?

akmalz said...

saudara Khir,

hanya satu yang hendak saya perkatakan. jika tidak ada raayat, maka tidak ada lah kerajaan. naik bangun nya kerajaan adalah kerana raayat. olih itu kerajaan jangan sekali kali "lupa" akan kuasa raayat. dalam PRU yang lalu, kerajaan terlalu angkuh mencabar raayat agar mengunakan PRU sebagai medan untuk menguji kekuatan. akhirnya raayat telah menyahut cabaran tersebut. PRU-12 telah membuktikan kuasa raayat. tapi itu tidak bermakna segala gala nya telah berakhir. kembalikan keyakinan raayat. itu lah yang paling utama. saya percaya saudara khir mampu melakukan nya.

wmu350 said...

anggaplah semua ini sebagai suara rakyat akar umbi,saya yakin semua komen dan kritikan mereka adalah lebih jelas untuk ds fahami dan lebih berjaya untuk menjadi pemimpin yang hebat.

Pakcik Sam said...

Tahniah dan syabas Dr Khir. Wajarnya blog ini dibuat sebaik sahaja jadi MB dan tentunya suara rakyat dapat didengar terus bukan ditapis oleh media yang tak tentu hala dan orang kanan yang mengampu tak tentu hala sehingga rintihan rakyat tak dapat didengar terus dari suaranya. Dah terlewat kerana nasi dah jadi bubur- namun masih boleh dimakan dan ditambah rencah supaya jadi bubur lambok yang amat enak rasanya.
Kejatuhan saudara bukan pasal prestasi saudara mentadbir negeri selangor tetapi disebabkan kebangkitan rakyat yang marah dengan kelemahan kepimpinan paklah. wallahu'alam. teruskan perjuangan dan buat post mortom dan bangun dengan kekuatan yang baru

pyan said...

saya rasa agak terlambat untuk U berblog. DSAI telah lama melakukannya. Tapi DSAI takut untuk release komen yang mencabarnya.Saya telah di"ban" oleh DSAI, dari memberi komen diblognya. Saya harap U tidak menapis komen yang diberi. Release semuanya. Apabila membaca komen komen perlu "open" sikit.

Waktu menulis jangan "emotional". Gunakan bahasa yang bersahaja yang ilmiah sangat, sebab pembaca blog dari pelbagai lapisan termasuk budak sekolah. Menulis post seminggu dua kali kira okay.

Saya cadangkan U guna hosting (tapak rumah/blog) berbayar dan domain name (alamat rumah/blog) sendiri. Boleh minta mereka set up untuk blog sekali . Harga tak sampai RM200 pun.

Teruskan perjuangan. Kalah menang perkara biasa. Belajarlah dari kesilapan yang lalu. Buatlah solat taubat, solat hajat, solat sunat syukur dan solat sunat dhuha juga solat istikharah. Minta lah apa yang U mahu. Ingatlah bahawa apa yang berlaku adalah ketentuan Allah .

Melalut plak nanti...

Nanti saya akan komen lagi for the next post.

Sakurai Aerial said...

Syabas, Dr. Khir. Buktikan kepada orang lain bahawa bloggers juga orang berotak dan bukan beruk seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak!

Dan ya, kenapa harus asa "comment moderation"? Kenapa tidak beri laluan kepada "anonymous comments"? Mereka juga boleh berikan pandangan mereka!

lobaloba01 said...

Tahniah dr

AnakJatiPJ said...

Cadangan:

1. Dampingi masyarakat bukan Melayu - undi merekalah yang telah memenangkan BR di Selangor. Mengapa mereka mengundi BR? Mudah: Kepimpinan tertinggi yang kurang berwibawa/kurang meyakinkan. Contoh: Sebagai seorang Melayu, adakah kita melihat Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sebagai meyakinkan? Ya. Bagi masyarakat bukan Melayu, adakah Tun Dr. Mahathir Mohamad meyakinkan? Ya. Pemimpin tertinggi sekarang? Langsung tidak, dan beliau telah menyebabkan pemimpin-pemimpin lain menanggung akibatnya. Termasuklah Dato' Seri.

2. Jangan wujudkan 'perisai halimunan' - ketika pemimpin-pemimpin tinggi PAS boleh dilihat bersolat fardu di masjid, pemimpin-pemimpin tinggi UMNO hanya boleh dilihat di kaca TV. Mungkin mencontohi golongan artis: jika selalu kelihatan, nanti tiada nilai. Analogi ini silap. Di United Kingdom, ada ahli Parlimen yang tidak memiliki kereta dan pergi ke pejabat setiap hari dengan menaiki kenderaan awam. Ikthiar yang tidak membawa apa-apa kemajuan kepada negeri tetapi mendatangkan populariti dan apalah politik kalau bukan pertandingan populariti.

3. Kaji kehendak golongan marhain - Ramai orang yang celik IT, ramai lagi orang yang tak celik IT. Pembangunan negeri penting tetapi ramai lagi yang tidak faham dan tidak mungkin mampu memahami. Oleh kerana itulah Allah swt mencipta manusia memiliki IQ yang berbeza-beza dan penghuni flat kos rendah gemar membuang sampah dari tingkat 11. Ada orang suka Malaysia capai Wawasan 2020, ada orang cuma mahu diari tahun 2008, mempunyai tempat dalam bas rombongan, berniaga tanpa lesen dan membuat kuil di tepi pepohon besar. Realiti. Nafikan untuk menerima padahnya.

AL BAKRI said...

Salam buat Y.B Dato' Seri Dr. Khir,

Saya tertarik bila terbaca ruang metro hari ini yang Y.B telah mula menulis Blog. Syabas dan tahniah kerana Y.B sememangnya peka terhada perkembangan terkini dunia IT. Saya yakin Y.B telah mendapat maklum balas bahawa laman Blog telah memainkan peranan penting dalam PRU ke 12. Saya sendiri tidak percaya tsunami blog ini begitu berbahaya daripada peranan yang dimainkan oleh media elektronik dan cetak dalam PRU ke 12. Nyata, bila saya membuat penyelidikan dan mula menggali penulis blog-blog politik yang ada di Malaysia, saya terkedu dan terkejut bahawa blog-blog dan news online mereka telah mendapat tempat di hati rakyat malaysia terutama golongan professional dan belia-belia. Maklumat ini mereka cetak dan sebarkan sama ada menerusi mulut ke mulut atau sms ke rakan dan saudara mereka di kampung. Akhirnya 4 negeri termasuk negeri di bawah pimpinan YB tumbang ke tangan pembangkang.

Jika Y.B setuju saya mencadangkan agar semua Y.B perlu ada Blog mereka sendri agar rakyat boleh menghantar masalah dan komen menerusi Blog mereka. Saya sendiri secara sukarela sedia memberikan tunjuk ajar secara PERCUMA kepada semua Y.B BN jika Y.B setuju. Di sini kita boleh menilai pemimpin kita secara telus samaada mereka mendapat tempat di hati rakyat atau tidak.

Saya boleh di temui melalaui 2 blog saya iaitu :

1. http://ebakri.wordpress.com

2. http://albakri88.wordpress.com

Atau e-mail ke
:- bakri88@yahoo.com

Akhir kata saya mengucapkan syabas ke Y.B Dato Seri' kerana berani membuat perubahan demi lebih mendekati suara rakyat. Dengan harapan saya akan melihat lebih ramai lagi pemimpin masyarakat menjejaki Y.B menulis BLOG.

Wassalam.

Bakry M - Tampin, N9

http://ebakry.wordpress.com

AnakJatiPJ said...

Cadangan:

1. Dampingi masyarakat bukan Melayu - undi merekalah yang telah memenangkan BR di Selangor. Mengapa mereka mengundi BR? Mudah: Kepimpinan tertinggi yang kurang berwibawa/kurang meyakinkan. Contoh: Sebagai seorang Melayu, adakah kita melihat Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sebagai meyakinkan? Ya. Bagi masyarakat bukan Melayu, adakah Tun Dr. Mahathir Mohamad meyakinkan? Ya. Pemimpin tertinggi sekarang? Langsung tidak, dan beliau telah menyebabkan pemimpin-pemimpin lain menanggung akibatnya. Termasuklah Dato' Seri.

2. Jangan wujudkan 'perisai halimunan' - ketika pemimpin-pemimpin tinggi PAS boleh dilihat bersolat fardu di masjid, pemimpin-pemimpin tinggi UMNO hanya boleh dilihat di kaca TV. Mungkin mencontohi golongan artis: jika selalu kelihatan, nanti tiada nilai. Analogi ini silap. Di United Kingdom, ada ahli Parlimen yang tidak memiliki kereta dan pergi ke pejabat setiap hari dengan menaiki kenderaan awam. Ikthiar yang tidak membawa apa-apa kemajuan kepada negeri tetapi mendatangkan populariti dan apalah politik kalau bukan pertandingan populariti.

3. Kaji kehendak golongan marhain - Ramai orang yang celik IT, ramai lagi orang yang tak celik IT. Pembangunan negeri penting tetapi ramai lagi yang tidak faham dan tidak mungkin mampu memahami. Oleh kerana itulah Allah swt mencipta manusia memiliki IQ yang berbeza-beza dan penghuni flat kos rendah gemar membuang sampah dari tingkat 11. Ada orang suka Malaysia capai Wawasan 2020, ada orang cuma mahu diari tahun 2008, mempunyai tempat dalam bas rombongan, berniaga tanpa lesen dan membina kuil di tepi pepohon besar. Realiti. Nafikan untuk terima padahnya.

yuhairie said...

Salam Dr,

Saya berharap agar Dr boleh memperjuangkan nasib bumiputera dengan ikhlas... Kami sentiasa menyokokng pemimpin yang ikhlas berjuang....

atan said...

Assalamu'alaikum!

Dr., seorang sahabat saya memberitahu, seorang ketua bahagian umno di Johor di dalam satu perjumpaan post mortem PRU 12 mengatakan kemerosotan undi yang diterimanya berpunca daripada 'kebodohan' pengundi yang memberi undi kepada pembangkang. Ketua Bahagian tersebut berjaya mempertahankan kerusinya tetapi undi diterima sangat merosot. Saya geleng kepala mendengarnya kerana ketua bahagian tersebut tidak faham erti post mortem. Apa yang utarakannya itu bukan post mortem, tetapi 'helah bela diri.' Post mortem ialah mencari kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam organisasi kita. Samalah seperti membuat penilaian selepas sesuatu program yang telah dijalankan.Dengan mengetahui kelemahan dan kekuatan program, ianya digunakan untuk penambahbaikan dalam program akan datang. Menyalahkan pengundi ataupun menyalahkan pembangkang itu bukan cara yang tepat. Lihat ke dalam organisasi kita sendiri. Adakah strategi kita betul, adakah pelaksanaan program kita mantap, adakah rakyat berpuashati dengan perkhidmatan diberi, dan macam-macam lagi. Lihat ke dalam, muhasabah. Sebagai seorang Ketua Bahagian apatah lagi sekarang telahpun dipilih sebagai wakil rakyat. sepatutnya mempunyai mentaliti kelas pertama. UMNO perlu muhasabah bukan membuat helah bela diri.

wmu350 said...

ok ke ds khir pandangan saya.walauapapun keputusan yang sudah adalah kegagalan yang penting ds sudah mengambil langkah positif.kita tunggu dan lihat

agdamit said...

datuk kt, tahniah usaha yg baik. teruskan perjuangan, saya tetap mendoakan kejayaan datuk. peminatmu dr sipitang sabah.

agdamit said...

tahniah datuk kt atas usaha yg baik. sy doakn terus tabah dalam pjuangan. peminat dr sipitang sabah.

Pakcik Sam said...

Tahniah dan syabas Dr Khir. Wajarnya blog ini dibuat sebaik sahaja jadi MB dulu dan tentunya suara rakyat dapat didengar terus bukan ditapis oleh media yang tak tentu hala dan orang kanan yang mengampu tak tentu hala sehingga rintihan rakyat tak dapat didengar terus dari suaranya. Dah terlewat kerana nasi dah jadi bubur- namun masih boleh dimakan dan ditambah rencah supaya jadi bubur lambok yang amat enak rasanya.
Kejatuhan saudara bukan pasal prestasi saudara mentadbir negeri selangor tetapi disebabkan kebangkitan rakyat yang marah atas kelemahan kepimpinan paklah, rasuah menjadi-jadi. yang kaya makin kaya dan kami yang miskin tetap miskin. wallahu'alam. teruskan perjuangan dan buat post mortom dan bangun dengan kekuatan yang baru.Sebagai ketua pembangkang di DUN selangor saudara perlukan maklumat/data untuk dibawa dalam penghujahan. Kami sedia berikan maklumat untuk faedah rakyat. selamat berjuang - TAKBIR........ALLAHU-AKBAR.

r_feev said...

salam Dr..
selamat datang ke dunia 'agen-agen negara asing' dan pemusnah negara ini. Terus terang saya katakan saya dari mula pelantikan Dr lagi sudah kurang 'meminati' Dr. Namun ini tidak menghalang kita untuk bertukar-tukar fikiran demi pembelaan nasib rakyat dan untuk menjadikan negara kita Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih selesa dan makmur untuk didiami. Saya dengan penuh rendah diri menjemput Dr ke blog saya yang memang telah aktif sebelum PRU lagi dan dengan terang saya mengkritik pimpinan kerajaan BN dlm blog saya. Namun begitu ingin juga saya tegaskan bhw jika kerajaan Barisan Rakyat yang ada sekrng 'terpesong' dari landasannya.. saya akan juga mengkritik kerana pada saya.. saya mewakili rakyat yang ramai.

Layari lah blog saya www.qanunfiatdunia.blogspot.com

DMIAB said...

Salam.. Selamat ber'blog' Dato Seri.
Syabas kerana masih terus berjuang untuk Agama Bangsa dan Tanah air

Zawi said...

YB Dr. Khir,
Pada masa kini jadilah pembangkang terbaik. Ini juga akan menjadi pengukur bagaimana seorang pemimpin pembangkang boleh menyumbang kepada pentadbiran sebuah negeri yang baik.
Sementara itu beritahulah kepada kawan-kawan YB Dr. Khir yang masih belum celik mata hati mereka kepada kebaikan media internet terutama blogging sebagai wadah untuk berkomunikasi. Kesian mereka kerana masih lagi mundur dalam segi pemikiran dalam alaf baru ini. Siapa mahu pemimpin berfikiran kuno seperti ini?

DMIAB said...

Salam Dato Seri...
Tahniah kerana mampu meluangkan masa ber'blog' untuk kesinambungan perjuangan demi Adama Bangsa dan Tanahair.

nina najwan said...

YB,

Saya tak pernah join mana2 parti politik dan tak berapa selesa dgn politik kepartian, tapi mungkin dunia memerlukan politik kepartian.
Saya cuma mohon bantuan YB untuk beritahu orang2/pemimpin2 UMNO terutamanya Nazri Aziz, Hishamudin Husin Onn, Khairi dan sebagainya, supaya lebih berdisiplin dan jangan terlalu biadap dengan masyarakat, tak kisah lah apa bangsa atau agama mereka.
Tolong bagi tau Pak Lah, jangan lah lembik sangat, dia tu PM untuk Malaysia, bukan PM UMNO & BN saja.
Tolong bagi tau pemimpin UMNO, terimalah keputusan PRU12 ni sebagai message rakyat untuk pemimpin yg selalu lupa tugas mereka pada rakyat.
Akhirnya (buat masa ini), jadilah pemimpin untuk SEMUA RAKYAT bukan hanya untuk segelintir rakyat dan segelintir bangsa sahaja. Kalau semua yang bertanding pilihanraya berkata mereka berjuang untuk rakyat, apa susah sangatkah untuk UMNO/BN bekerjasama dengan PAS/DAP/PKR untuk rakyat keseluruhannya?
Melihat kepada "perbalahan" sesama UMNO/BN menguatkan lagi ketidakpercayaan saya kepada politik kepartian. Selamat berjaya untuk YB dan semua YB di Selangor & Malaysia - jadilah Yang Berkhidmat.

MoneyMatters said...

Salam Dr. Khir,

Bila membuka gelanggang BLOG, memanglah anda akan menerima komen2 yg baik dan yang menyakitkan hati. Tetapi itulah dunia BLOG.

Sebabnya selama anda berkuasa sebagai MB, hanya komen2 yg memuji memuja anda sahaja yang didendangkan oleh juak2 dan pengampu2 untuk sesuap nasi.

Selamat datang ke dunia sebenar. Semoga Dr. diberikan kekuatan dan mampu mengubah UMNO menjadi parti yg dihormati semula.

Kalau berhasil UMNO diubah, insyaAllah undi saya akan kembali kepada UMNO.

JUST DO IT

anakmama said...

salam,..
pls hormati suara dan kehendak rakyat.. usah menjadi hero ketika org lain tgh bersilat..

jika kepimpinan BR buat sesuatu yg baik utk kepentingan rakyat.. apa salhnya disokong.. tugas YB kan tuk jaga kepentinagn rakyat.. tak kira apa pahaman poltik dan agama..

Igtlah.. segala2nya tlh ditentukan Allah.. so muhasabah lah mana yg perlu..

elakkan sifat dengki dan khianat.. rakyat akan jd mangsa..

nuribra said...

Assalamualaikum Dr Khir, Membaca catatan saudara tentang kitaran hidup saudara, saya terpanggil untuk sama-sama menyokong saudara untuk bangkit semula. Kebangkitan yang saya rasa akan menjadikan saudara lebih kuat, lebih bertenaga dan lebih bersemangat. Saya penyokong kuat kebenaran. Saya juga menggunakan akal dan kewarasan untuk menilai. Atas dasar inilah saya tidak mudah goyah dengan segala macam paparan yang saya saksikan di dalam blog-blog yang saya layari hampir setiap hari. Saya amat berharap saudara jujur untuk mendengar pandangan dari kami orang kerdil di dalam masyarakat yang sebelum ini pastinya amat sukar untuk mendekati saudara. Selamat Datang.

Sinatra_Z said...

Cadangan untuk UMNO Selangor :

1) Perlu kita membuang konsep dan fikiran serta perspektif rakyat yang mana siapa yang jadi YB dalam selangor (terutama waktu BN) akan pasti menjadi kaya dan mewah.

2) Mengubah parti kita dari parti kontraktor-kontraktor, tender-tender dan datuk-datuk kepada parti yang memperjuangkan nasib rakyat.

3) Menggalakan budaya demokratik dan merit di dalam parti dan bukan parti keluarga atau kenalan semata-mata. Budaya Ketua Pemuda anak Ketua Bahagian, Ketua Wanita Bini dia, Ketua Puteri anak perempuan dia perlu dibuang.

4) Memilih calon pilihanraya yang berkharisma dan bukan tunggul kayu. Kalau sekadar ceramah pun panggil jemputan semata-mata itu tidak wajar.

kodok_363 said...

saya ank jati selangor berasa sedih dengan kejatuhan kerajaan barisan nasional di selangor
selama 23 thun saya tinggal di selangor denganm jajahan barisan nasional..
saya harap pada PRU yang kan datang
saya berharap barisan nasional dapat lembali le ke pangkuan selangor dan memerintah selangor...
saya agak tak berminat dengan kerajaan campuran yang baru di negeri selangor
kerana penyokong2 parti keadailan semua nya boleh di kata kan sombong
setelah kejatuhan kerajaan barisan nasional di selangor

akupungoblog said...

dskt,
hmm.. berat soalan ds tu. nak capai wawasan 2020 & dlm masa yg sama memenuhi tuntutan semua kaum?

tak sempat nak komen panjang2 tapi kalau diringkaskan, rakyat marhaen seperti saya hanya punya keperluan yg simple :

1- peluang pekerjaan atau perniagaan yang cukup dan berbaloi dgn usaha
2- peluang pendidikan yg terbuka utk diri & anak cucu
3- perkhidmatan kesihatan yg baik di segenap pelusok negara (bukan di bandar2 besar sahaja) dgn kos dan perkhidmatan yg menasabah
4- ketenteraman awam, keamanan antara kaum dan keselamatan diri dan keluarga
5- tiada diskriminasi dari segi agama, kaum atau jantina, terutamanya dlm bidang pekerjaan, perniagaan dan pendidikan
6- kerajaan yg tidak corrupt & prihatin dgn masalah rakyat.

jikalau kita semua sanggup bangun berusaha ke arah itu, tidak mencapai the materialistic objectives of wawasan 2020 pun tidak mengapa...

hui said...

Ppl that decide to build very beautiful housing area for own and others "wakil rakyat", using the money that suppose to be spend for the selangor citizen.
I dun think we will vote u in future.
BN loose not becoz of lack of the internet strategy,but corruption,corruption and corruption!

zarul said...

YB Dr Khir,

Selamat datang ke alam blog! Better late than never...

Saya pernah bertemu Dr Khir tahun lepas. My first impression, Dr Khir ialah seorang insan yang baik dan sederhana.

Saya harap Dr Khir dapat mengutarakan pandangan2 yang terbuka dan idea bernas, sejajar dengan pengalaman yang dikutip oleh Dr Khir semasa menjadi MB Selangor dulu.

Dua soalan saya nak tanya:

1. Kenapa dah tak pakai title "Dato' Seri" dalam blog ini?

2. Saya harap Dr Khir boleh share dengan ikhlas rahsia sebenar mendapat kulit yang cerah dan licin. Kalau Dr Khir tetap mengatakan bahawa "tempe" dan "nasi" adalah "rahsia" nya, saya tetap tidak percaya 100 peratus. Pls, kalau Dr Khir betul2 ikhlas, ceritakan hal sebenarnya.

All the best.

dZeal said...

Tahniah Dr Khir. Actually I am your "twin". My fren used to call me Khir Toyo because our similar look..he..he..

Anyway, I strongly suggest you use Facebook as the platform for interactively communicate with the cyber mass. It has more features and writing tools.

Register and login here http://www.facebook.com

Salam

Muhammad Safie said...

bagus jugak ada blog nie..So lebih dekat dengan rakyat..Apa2 masalah boleh dinyatakan directly je..Congratz.. Kuatkan usaha lagi..

panglimaraja said...

Dato'Seri,

Cadangan hamba mungkin tidak membawa apa2 erti, walaubagaimana pun sesuatu yang pasti rakyat telah menolak UMNO dalam pilihanraya yang lepas.Dirasakan penolakan ini adalah sementara, semata2 untuk menyedarkan UMNO supaya muhasabah diri. Perkara penting yang perlu diberi penekanan:

1. Susun semula struktur pentadbiran Parti UMNO bermula peringkat Presiden hingga lah pimpinan cawangan. Setiap kali pemilihan hendaklah dibuat secara telus. Jangan sekali-kali menggunakan pengaruh dan kuasa yg ada dalam kerajaan untuk menakut2kan supaya sesuatu jawatan itu tidak dipertandingkan.Jangan wujudkan demokrasi ala UMNO/Malaysia....demokrasi adalah demokrasi...

2.Perlaksanaan projek-projek pembangunan dan sebarang bentuk bantuan diperingkat kampung hendaklah dilaksanakan secara terus oleh agensi/pegawai kerajaan tanpa melalui atau campur tangan JKKK yang dilantik oleh parti(yang rata2nya mempunyai tahap pendidikan yag rendah) melainkan sumber peruntukan itu datang dari tabung parti.

3. Ahli2 politik rasuah hendaklah diambil tindakan segera tanpa memilih bulu. Jangan sekali-kali menggunakan kuasa2 atasan untuk mengisytiharkan bahawa "tiada kes" sedangkan rakyat telah memperolehi maklumat yang cukup mengenainya.

4. Akaun petronas hendaklah dibentangkan di Parlimen supaya rakyat mengetahui sebagaimana akaun agensi2 lain dan Audit negera hendaklah berkuasa mengauditnya.

5.Harga barang hendaklah dikawal dalam ertikata sebenarnya supaya rakyat tidak terbeban dengan kos kehidupan yang tidak munasabah.Sekarang ni nama saja dikawal tapi hakikatnya harga barang tetap naik mendadak.

6. Projek "runding terus" hendaklah dimansuhkan. Semua projek hendaklah melalui proses tender biasa.

7.Semua pegawai kerajaan yang mencapai umur pencen hendaklah dipencenkan. Tiada lagi kontrak selepas pencen. Kalau nak sambung perkhidmatan hendaklah menyeluruh melalui pindaan akta pencen supaya semua kakitangan terlibat dan tidak menjejaskan peluang kenaikan pangkat pegawai lain.

8. Doktrin pengasingan kuasa, Legislatif, Eksekutif dan Judikatif hendaklah dipraktikan tanpa ada unsur-unsur campurtangan/pencerobohan antara satu sama lain.Jangan wujud "arahan ghaib" pihak berkuasa yang kemudiannya menafikan, sedangkan rakyat tahu..

9. Kedaulatan raja2 melayu hendaklah dipertahankan dalam ertikata yang sebenarnya sebagai payung negara.UMNO merekodkan banyak "penderhakaan" kepada Institusi Raja.

10. Ugama islam tidak boleh dikompromi. Pentadbirannya hendaklah diletakkan dibawah raja2 negeri-negeri dan dibangunkan dalam acuannya tanpa melabelkan "konsep" baru yang tak tahu hujung pangkal.Kesian intelektual Islam BN berhempas pulas menjustifikasikan Islam hadari yang mengelirukan itu yang akhirnya ditolak oleh kebanyakan umat Islam diMalaysia.

11. Yang paling penting ahli-ahli politik yang mempunyai kepentingan dalam apa2 syarikat berdaftar hendaklah meletak jawatan atau melucutkan kepentingan mereka dan hendaklah telus. Rakyat pasti tahu akhirnya.

12. Pegawai dan kakitangan kerajaan janganlah dipinggirkan/dihina sewenangnya. Kalau tradisi kerajaan bagi bonus, bagi saja lah..jangan "miss". PRU 12 telah membuktikan pegawai2 kerajaan "missed" mengundi BN...

13. Biro tatanegara hendaklah dimansuhkan. Tiada apa yang boleh disumbangkan kearah menyataupadukan kaum, mempropagandakan masyarakat kearah menyokong kerajaan atau menyalur maklumat2 kerajaan kepada rakyat atau kepada kakitangan kerajaan. Pendedahan atau maklumat yang disampaikan langsung ditolak dan dicemuh oleh rakyat. Rakyat lebih advance/bertamadun dari penceramah BTN. Makin disumbat oleh BTN, makin rakyat membenci kerajaan...hentikanlah segera.

14. Perlu diingat bahawa rakyat rata-rata telah cerdik, malah lebih cerdik dari setengah2 pemimpin2 politik atau menteri. Kerajaan hendaklah membuat penyelidekan fakta sebelum mengeluarkan apa2 statement.

15. Yang paling ketara, atasi segera kebanjiran warga asing dimalaysia. banteras jenayah dengan cekap. Atasi segera gejala sosial, pelacuran, dadah, murtad. Kerajaan yang cerdik boleh mengujudkan mekanisme yang cekap untuk mengatasi masalah2 ini...hanya kerajaan yg tak cerdik sahaja yang selalu gagal...

16. Atasi segera masalah pengangguran dikalangan rakyat malaysia khususnya para graduan-graduan. Wujudkan banyak peluang2 pekerjaan secara menyeluruh diserata negeri.

17. Menteri2 jangan sekali2 menyimpangkan fakta2 semata2 kerana niat memperkecilkan pihak lain untuk memenangi hati rakyat sedangkan rakyat sebenarnya faham tentang pengasingan kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Ini adalah tindakan memperbodohkan rakyat yang cerdik. Rakyat dah bosan dengan cara begini. Sehinggakan rakyat memulangkan "bodoh" itu kembali kepada Menteri2...

18. Media2 yang ada dimalaysia hendaklah menyiarkan berita benar dengan adil. memutarbelitkan berita membangkitkan rasa muak rakyat yg rata2nya lebih cerdik dari media yang bodoh itu..

19. Rakyat bosan dengan menantu Perdana Menteri( Khairy Jamaludin). Satu patah perkataan keluar dari mulut khairy, 30,000 undi BN merosot..

20. Rata2 rakyat sebenarnya telah menolak Pak Lah sebagai PM dan Presiden UMNO dan beliau harus meletak jawatan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan..


inilah serba sedikit dari pemerhatian dari bawah kenapa rakyat menolak UMNO/BN. Harap Dato' Seri ambik positif saranan ini.

sekian...





3.

Ismawi Ishak said...

Ahlan wa sahlan Dr..... saya dari Sarawak sempat kagum dengan Dr, suatu ketika dulu. Tapi apabila tersebarnya berita pasal pencerobohan surau dan macam2 membuat saya menjadi muak DAN MARAH. apalagi Umno begitu angkuh dan sombong ( Tidak semua), kami warga blog megalu-alukan Dr...tolong pesan pada pemimpin Politik UMNO tolong jangan Hina kami lagi.(SETIAP YANG BERMULA PASTI AKAN BERAKHIR)...SEKARANG KITA RAKAN DALAM DUNIA MAYA. SALAM DARI Ismawi Ishak..Permatasarawak.blogspot.com

kernelstackdump said...

Datuk Seri...
Kekalahan UMNO wajarlah kita lihat sebagai satu kebaikan bukan semata-mata kejatuhan. Allah beri kita peluang untuk membersihkan UMNO dari segala palitan noda kronisme. Hari ini saya lihat kontraktor yang dahulunya penyokong UMNO tetapi hari ini berbondong-bondong menyokong Barisan Alternatif. Mereka inilah duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam.

Terus terang saya mengakui kewibawaan Datuk Seri bilamana Datuk Seri berani bertanggungjawab kekalahan BN Selangor dan seterusnya meletakkan jawatan.

Datuk Seri... Keangkuhan, kesombongan dan kebongkakan adalah tanda kejatuhan dan inilah yang berlaku sebelum PRU12 bilamana Pak Lah mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang berbau kesombongan dan keangkuhan. Dan saya rasa Datuk Seri masih ingat pengalaman Datuk Seri mengemis dari masjid ke masjid demi untuk masuk ke Universiti.

Tetapi, UMNO perlu diselamatkan dengan apa jua cara dan kos dalam memastikan integriti dan maruah melayu dan islam terjaga kerana itulah dasar asas perlembagaan UMNO. Ramai pemimpin UMNO yang telah lupa dasar asas perjuangan malahan menjadi pengkhianat bangsa dan agama bila mana membelakangkan prinsip dan dasar perjuangan.

Datuk Seri... Kekalahan UMNO dan