Assalamualaikum w.b.t.
"Selamat Datang" ke blog ini. Insya-Allah, ia akan menjadi wadah untuk saya berkomunikasi dengan pembaca khusus dalam isu-isu politik dan sosial. Saya akan memanfaatkan blog ini untuk berbicara mengenai masa depan negara dan perjuangan UMNO sebagai wadah politik kita.
Ketika merasmikan Kongres Melayu Pertama (yang menjadi asas penubuhan UMNO) di Kuala Lumpur pada 1-4 Mac, 1946, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah a-Haj bertitah bahawa perjuangan parti berasaskan kepada dua perkara iaitu pegangan kepada agama dan perpaduan bangsa. Marilah kita bersama-sama mengukuhkan agenda perjuangan ini. Semoga Allah s.w.t. memberkatinya.
Kepada semua, terima kasih kerana membaca blog ini. Saya amat menghargai pandangan dan sumbangan idea yang bernas.
585 comments:
«Oldest ‹Older 1 – 200 of 585 Newer› Newest»Salam YB. Dato' Seri,
TAHNIAH kerana sudah mempunyai blog sendiri.Sudah pasti ianya akan menjadi satu blog yang dapat menyalurkan pandangan, bertukar pendapat dan memberi manfaat kepada semua.
RINA MOHD HARUN
Hi Dato,
Welcome to the world of blogging. I am one of those who voted against you in Selangor. By now you should know why. Corruption, lack of transparency, arrogance, insensitive to other races are among the reasons why I voted against BN on this election. Lets see whether you will be able to intelectually convince me and others to change our mind in the next election.
Mr Khir,
Welcome.No busy schedules these days eh?
welcome to the club dr. khir!
Assalamaulikum dan selamat datang TS.
Saya setuju pada asasnya berhubung kenyataan sir Hishamudin tu tapi kekuatan sesuatu umat itu tidak hanya bergantung kepada agama dan bangsa sebagaimana dilaungkan pemimpin2 hari ini yang melihat kedua-dua itu sebagai satu batu loncatan sahaja. sedangkan agenda meterialisme dan kepentingan diri dijadikan adenda tersembunyi dalam diri mereka. Buktinya apa yang berlaku sekarang adalah terbentuknya empayar kekayaan yang dimiliki oleh mereka yang berkuasa dan memerintah.
walaupun tidak semua bersikap demikian namun apabila organisasi itu telah berkiblat sekian lama ke arah tersebut maka generasi yang terbangun dari budaya tersebut sukar lagi di sekat dan di bendung.
fikir-fikirkan TS.... apa pun saya gembira melihat TS juga mengambil inisiatif ke arah menjadikan blog sebagai medium untuk melontar pandangan.
wassalam.
tahniah!!!
pada waktu-waktunya, kita memerlukan semangat dan kegigihan bukan dari lontaran kata-kata yang terhambur dari bibir.
tapi, apa yang tertulis dan tercatat itu lebih banyak terkumpul dari hati
yang menjadikan maknanya lebih tajam dan menikam
jalan mana pun ia pasti
langkah terbaik untuk sebuah perjuangan.
salam perjuangan
ah, ketua pembangkang negeri selangor. welcome to blogosphere. pls work hard to keep the state government in check and away from corruption esp dodgy land deals.
Selamat Datang ka-blogosphere YB. LOne hopes you will not be considered by your colleagues in the BN as another globok or unemployed old lady with little to do except blog,
Like most Malaysian bloggers, i hope you will try your best to blog the truth and hope to get truthful comments which will prove to be music to your ears.
Now that you have made your entry into the blogosphere, it is hoped that you will realise that it is not full of rumour mongers and monyets.
Happy Blogging YB
Hi Wadah Sebuah Perjuangan
Dato' Khir berdiri disebelah pihak yang mana? Pak Lah Flip-Flop ke Dato'Mukhriz?
Dr. Welcome to the blogsphere. It is a larger world then our real world. It is one thing to talk about the 'wadah sebuah perjuangan'. It is the realization that is important.
What is important is to contribute with all honesty and sincerity toward making the country a better place to live and enjoy life.
Have a nice day.
Tahniah YB. Satu permulaan yang baik dalam usaha untuk berinteraksi dengan rakyat
Slmt berjuang,Dato'Seri
Tahniah YB. Satu permulaan yang baik dalam usaha untuk berinteraksi dengan rakyat
Slmt berjuang, Dato' Seri
doc,
leave umno.its outdated.this is
so cool..you rock.
HI KT,
Welcome to blogosphere. Hope you will have an English version of your blog.
regards,
Francis
Dear KT,
Welcome to blogosphere. Please have an English version as well.
Assalamualaikum YB Dato' Seri,
Selamat datang ke alam blogosphere yang penuh dengan kecaman daripada pihak YB dulu. Mesti dah ada banyak masa sebab dah bukan MB, tapi jangan buang banyak sangat masa blogging, kena peruntukan masa untuk jadi Pembangkang yang bagus, kan?
Wassalam.
salams dato seri,
WELCOME TO THE WORLD OF BLOGGING!
selamat berjuang datuk...you're a fighter, we know even if it means u have to work it out from the blogsphere...
Wa'alaikumussalam Dr Mat Khir:
Alhamdulillah sekarang hang dah ada masa untuk memblog. Cuma pesan aku kat hang ,hang kena berhati-hati sebab dulu Nazri Aziz dan ZAM kata bloggers ni tak boleh pakai. mana lah tahu kalau nanti Zam dan Nazri kata hang pun tak boleh pakai.
tapi aku kena tabik kat hang atas satu perkara yang hang telah buat selepas PRU12. hang ambil tanggungjawab atas prestasi teruk BN di selangor dan letak jawatan sebagai Pengerusi BN dan Perhubungan UMNo Selangor. bagi aku itu satu tindakan yg wajar . Hang faham mesej rakyat(dan sebahagian ahli2 UMNO Selangor).
setelah hang perintah selangor selama 2 penggal aku rasa hang bagi peluang pada Khalid uruskan Selangor dgn cara dia . memang hang akan terasa hati bila depa akan buat banyak perubahan(tak tahu lah perubahan positif atau negatif)tapi aku harap hang jangan amalkan politik membalas dendam baik kepada kerajaan Selangor yg baru ni atau pada mana2 pihak dalam UMNo sendiri. Kepada kerajaan baru ni kalau perlu di kritik kerana ada penyelewengan maka kritik lah. tapi jika apa yg depa akan buat boleh memberi ketelusan dan memanafaatkan rakyat selangor berilah sokongan .Pada awal2 ni depa mungkin akan buat 2-3 perkara yg mungkin nampak tak sesuai pada hang pasai depa baru lagi tapi bagi depa peluang. Sama masa hang baru jadi MB dulu bukan semua yg hang start ada org(dlm UMNO sendiri) yang suka,tapi depa bagi peluang kat hang.
Wadah nak satukan bangsa dan ugama memang bagus malah patut dari dulu lagi hang buat semasa hang jadi MB dulu.Hang tak buat masa tu. Tapi aku faham masa tu hang sibuk nak tadbir Selangor jadi tak ada masa dan buat penyatuan ini.
Mungkin sekarang hng akan ada banyak masa terluang maka teruskan lah usaha ini. Ambil peluang ini utk berjumpa bukan saja ahli2 UMNO tetapi jumpalah juga ahli-ahli PAS dan PKR di selangor. Mereka juga Melayu dan Islam.
Apa yang berlaku ada hikmah di sebalik setiap kekecewaan yang kita hadapi. Kita mesti dgn berlapang dada dan muhasabbah diri mengikut apa yang ALLAH dan Rasulullah s.q.w. sampaikan.Bukan kita muhasabbah ikut emosi atau parti.jika ada kepincangan kita dulu kita cuba perbaiki. jika ada kebaikan kita kita pertingkatkan.
Jadi seperti Jentayu-patah sayap terbang jua.
Wassalam.
tokasid melaka
(ps: jadi blogger telinga kena tebal sikit dan hati kena banyak2 sabar)
Baguslah kalau dah pandai memanfaatkan internet. Ada hikmah jugalah BN kalah teruk keranan sekurang-kurangnya PM dan Menteri2 serta ahli politik dah mula pandang positif pada bloger dan menjadi bloger. Untuk pengetahuan Dato, pilihanraya lepas saya pun undi pembangkang. Bukan pasal saya suka pada pembangkang atau saya benci pada UMNO, tapi pasal saya meluat dengan Pak Lah dan pengampu-pengampu beliau. Dato pun nampaknya bekas pengampu beliau jugakan? nasib baik dah taubat dan sedar sekarang. Ajaklah kawan-kawan yang lain tu ke pangkal jalan. Selamatkan bangsa kita Melayu dan bukan mengambil kesempatan atas Dasar Ekonomi Baru
Selamat berblog! Rajin rajinlah menulis ya, jangan nanti naik sawang pula...selamat berjuang!
"Our bloggers are really not up to standard. When they put up something, it’s not something that they want to discuss in a very intellectual way. It’s more because of their anger - the language they use. Why should I read all this rubbish? When the standard of our bloggers is upgraded, then probably I will look at what is written. But anyway, they are a minority. My concern is for the majority." - Nazri Aziz, NST, October 28, 2007
Hey bro...
Selamat datang ke dunia blogger. Harap ia akan menjadi wadah yang benar, bukan sekadar 'yes man' atau Pak Angguk dalam dunia politik BN dan Umno.
erm...Dr Khir dun read his own blog? Why no replies to comments? And why got nothing new? Is this a 'dead' blog?
Perjuangan masih belum berakhir...
tahniah Dato' Seri,
Mungkin sedikit lambat keluar dari tempurung. Tapi masih ada waktu dan masih ada kesempatan.
Tak ramai katak-katak yang selesa dok dalam tempurung mahal dan berjenama mereka yang nak jenguk-jenguk realiti kehidupan di luar sini.
kalau mereka semua tak berhati-hati nanti dengan tempurung-tempurung mereka kena terajang lingkup.
anyway, its a good start, wish u all the best.
Dear YB Dato' Seri,
Welcome to the blogging world. Hope you will benefit from your sojourn here. Trust you are reading our comments. We hope you will give feedbacks to our comments. It is much nicer if the communication is two ways. Selamat Berblog. Btw, please get BN/UMNO back to the old motto of "Bersih, Cekap, Amanah".
Selamat datang ke dunia tanpa pasport, tanpa visa: BLOG.
Dalam empat tahun ni, bolehlah datuk belajar jadi pembangkang yang baik. Dan lebihkan masa untuk duduk bersama-sama rakyat marhaen yang terbeban dengan harga minyak dan barang serta hak utk bersuara.
Ntah ntah ni antara 240 blog yang nak kena pantau ......
Tak main golf lagi dato?
Selamat Datang ke Dunia Blogging, Dato Dr Khir!
Saya harap kehadhiran Dato Dr membawa suatu kelainan dan peningkatan dalam dunia Blogging tempatan.
Malah saya harap blog Dato Dr boleh berperanan untuk mengemaskinikan rakyat Selangor akan perbincangan-perbincangan yang sedang dan tajuk2 yang akan dibincangkan di Dewan Undangan Negeri Selangor. Saya musykil dengan keupayaan pihak BR untuk memenuhi janji-janji pilihanraya mereka.
Mereka memang perlu diberi masa 100 hari pertama untuk melakuakn perancangan. Namun, biar saya katakan siang2 lagi, saya tidak yakin mereka berupaya memenuhi janji2 mereka yang boleh melibatkan peningkatan belanja hampir 100% setahun.
Semuga sukses Dato Dr Khir!
oh, harap anda menulisnya sendiri bukan mengupah orang menaip dan menulisnya, oh by the way press sec anda dulu pun bukan boleh pakai, dangkal terlalu!
ingatlah, ada yang lebih berkuasa dari kita iaitu MAHA PENCIPTA yang memberi nyawa kepada anda dan saya serta semua manusia.
Masih terbayang angkuh kata-kata anda dalam siri kempen lepas, itu semualah yang membunuh anda!
Ingat jangan bongkak dan angkuh, serta kalau pandai agama tak perlu menunjuk-nunjuk, dan mufti yang telah meninggal kisahnya jangan diungkit-ungkit, serta kisah membina masjid bukan perkara yang dihebah-hebahkan!
masih ada masa anda berubah!
Dato',
Since you are now in the world of Blogs, where people are 'closer' to you than they really are.
Orang UMNO mesti tahu sejarah sendiri. Sila terangkan kepada saya dan juga orang Malaysia tentang intipati perjuangan sebenar UMNO sejak daripada zaman British (10 tahun sebelum Merdeka lagi).
Cuba lihat video yang seperti di bawah. (Cut&Paste ke dalam Notepad menjadi satu line sebelum di-paste ke URL web browser)
Tajuk video: 10 tahun Sebelum Merdeka
http://vids.myspace.com/index.cfm?fuseaction=
vids.individual&videoid=19914869
Setelah saya amati sejarah, PKMM adalah golongan yang benar2 mahukan merdeka, bukan UMNO pada asalnya. UMNO pada awalnya hanya mahukan sekeping 'kek' daripada British, oleh itu mereka amat pro-British. Saya lihatkan semangat perjuangan orang2 PKMM ini sudah jatuh kepada pihak pembangkang. UMNO hanya tahu mengisi kocek mereka sahaja. Melayu (terlebih lagi agama suci Islam) tidak terbela, Melayu hanya digula-gulakan sejak 50 tahun dulu. Kalau diamati video itu, saya nampak taktik yang dilakukan UMNO sekarang, mirip taktik yang dibuat British dahulu bilamana sebelum merdeka. Mana tidak jatuhnya ilmu kalau tidak kepada anak muridnya, UMNO belajar taktik British.
Sekarang, saya mahu lihat berani setakat mana Dato' dalam menjawab soalan saya ini. Saya telah tolong Dato' membuka ruang blog dengan sesuatu yang boleh rakyat yang cukup benci UMNO sekarang belajar. Sila.
"Sang Saka Merah Putih jangan dikotori"
Assalamualaikum brader!
Tadi saya ada hantar komen tapi rasanya terlalu sensitif untuk brader pertimbangkan.
Cuma satu saja soalan saya, kenapa sampai perlu dicarik segala fail fail kerajaan?
Apa sebab musababnya?
DR,
Bila mahu join PKR? ;)
Masa depan DR lebih cerah bersama Barisan Rakyat
Dan tahniah atas kesanggupan memeluk teknologi baru untuk brekomunikasi, walaupun saya fikir DR sudah lima tahun terlalu lewat.
Anyways, keep up the check and balance in Selangor. Penggal lepas terlalu kurang check and balance di Negeri Selangor menyebabkan bekas kerajaan DR kehilangan kepercayaan rakayat
assalamualaikum YB dato' seri,
selamat datang ke dunia goblog-goblog
salam dato sri,
selamat datang kedunia goblogs-goblogs
Mr Khir,
How comes your govt took all the records and made the offices empty?
We need you to shed light on that.
salam dato seri
welcome to the worlds 0f goblogging
Selamat berjuang Dato Seri.Insyaallah, masa akan menentukan kedudukan Dato Seri.Apa yang saya nampak ia sungguh cerah asalkan Dato Seri terus dengan agenda yang sudah ditetapkan.Insyaallah, you will be back in the mainstream soon.
Dato Seri,
Ramai beranggapan UMNO sudah tidak relevan lagi kepada orang-orang melayu khususnya golongan pertengahan dan golongan miskin. UMNO adalah parti yang hanya menjaga kepentingan golongan melayu atasan. Yang kaya bertambah kaya dengan projek-projeknya, yang miskin makin papa kedana kerana peningkatan kos hidup tanpa pertambahan pendapatan. Sedarkah Dato' Seri bahawa diperingkat bawahan , rakyat tidak merasa apa2 munafaat pun menjadi ahli UMNO. Rata2 JKKK/PPM yang menjadi agen/pelaksana UMNO diperingkat bawah hanya mementingkan diri sendiri sahaja, sedikit sangat yang meleleh kepada rakyat yg lain. Sekiranya boleh diukur secara peratusan rata-ratanya tidak sampai pun 10% orang melayu miskin yang menjadi ahli UMNO mendapat munafaat dengan wujudnya UMNO. Mereka2 yang termasuk dalam senarai PPRT adalah mereka yang dah senang lenang, yang menjadi kerabat JKKK. UMNO mengujudkan budaya "melayakkan yang tidak layak, menidakkan yang layak." Sekarang rakyat/ahli UMNO telah menzahirkan rasa tak puas hati mereka melalui PRU 12 baru2 ni. Selagi peranan JKKK ini diterima pakai, selagi itu UMNO tidak akan dapat menguasai hati ahli2 UMNO bawahan terbanyak khususnya, orang melayu dari parti lain amnya. Ini adalah kerana JKKK hanya bergiat sekitar beberapa kerat ahli2 UMNO sahaja, jauh sekali untuk mereka mendamping orang melayu lain dari parti pembangkang. Maka makin terhakis lah UMNO, makin kukuhlah PKR, PAS,DAP, PRM ....(Dato'Seri, marilah kita sama-sama keluar UMNO masuk PAS/PKR. Dalam ertikata lain keluar Barisan nasional masuk Barisan Rakyat)
Alaikumsalam doc,
Well done pasai sanggup bertanggung jawab atas kekalahan BN. Its a game doc. You win some u lose some.
Hope you boleh jadi a better man after this.
Cheers..
salam dr,
selamat datang ke dunia blog.
kekalahan dr dan rakan-rakan mengajar erti rakyat tak selamanya di tipu oleh pemimpin korup. Malah, kuasa itu milik Allah selama2nya. Semoga kita tidak sombong dan bongkak dengan kuasa yang ada. Justeru, kita akan ingat akan pembalasan yang akan Allah beri di akhirat kelak.
Harapnya blog ini tidak bersawang
www.muhammadridwanto.wordpress.com
Salam kepada semua,
Terima kasih atas ulasan dan pandangan ikhlas saudara-saudari. Saya amat menghargai pandangan saudara-saudari semua. Teruskanlah membaca blog ini dan memberikan ulasan.
Saya mohon maaf kerana pada masa ini saya tidak dapat menjawab setiap soalan satu persatu disebabkan keterbatasan waktu. Walaupun begitu saya membaca dan mengambil maklum pandangan saudara-saudari. Insya-Allah sekiranya ada kesempatan nanti saya akan memberikan respon kepada soalan-soalan yang dibangkitkan.
Mengenai "blog sawang", saya percaya itu tidak berlaku. Saya komited dengan blog ini.
Saya juga berterima kasih atas muhasabah yang diberikan. Saya menerima baik pandangan yang diberikan.
Marilah kita sama-sama berusaha untuk membetulkan apa yang perlu dibetulkan. Orang yang berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam.
Salam untuk semua.
Salam YB
Baguslah YB jika dah sedar walaupun ada perpatah kita menyatakan, sudah terantuk baru nak tengadah.
Tahukah YB, ia akan mengambil masa sekali ganda tempoh pemerintahan UMNO menguasai negara ini, untuk mengembalikan kepercayaan kami sekiranya kerajaan baru di empat negeri ini dapat membuktikan mereka lebih baik, mesra rakyat dan untuk rakyat.
Kelantan sudha membuktikannya, walaupun ditekan, didera oleh kerajaan pusat yang busuk hati, namun orang Umno lupa, siapakah yang lebih berkuasa?
Dr K,
Hampa berani. Tak ramai orang yang sanggup bertanggung jawab macam hampa bila dilanda kekalahan. Kalau menang semua mengaku dia punya.
Hampa tolong bagi tau kat boss hampa tu suroh bertanggung jawab sama, asyik dok salah org lain saja
Kalau ada yang dok minta hampa buat blog dalam english tok sah layan sebab kalau dah dok dalam Malaysia tak reti cakap Bahasa Malaysia apa ke jadahnya...
WASSALAM Doc..
baru sedar ke dari lamunan mimpi indah? macam Pak Zzzzzz tuu...
Join je laa PKR ke ... PAS ke... DAP ke...
UMNO dah tak relevan lagi... kerana dipimpin oleh seorang yang sangat lemah lagi lak luk...
PRU12 telah membuka mata semua rakyat Malaysia betapa parti perkamuman macam UMNO, MIC n MCA dah tak boleh pakai lagi dah...
DAP n PAS telah memilih jalan benar untuk kesejahteraan rakyat Malaysia...
bukan macam BN... hanya perjuangkan dan kepentingan kroni2 sahaja....
tak payah nafi... rakyat bukan buta, pekak dan bisu...
Salam YB. Dato Seri,
Welcome to Blog World.
Saya harap kita semua mengambil ikhtibar atas apa yang terjadi...
"...berhijrahlah dan berjuang dengan diri dan harta kamu, nescaya ditinggikan darjat dan mendapat kemenangan..."
Semoga kita semua "sentiasa" berhijrah dari batil ke hak...
Wasalam
Datuk Seri Khir perlulah membuat surat permohonan kepada Ali Rustam untuk memasukkan blog ini ke dalam senarai 240 blog yang akan dipantau.
Contoh surat boleh didapati di sini:-
http://sebolku.blogspot.com/2008/03/surat-permohonan-untuk-disenaraikan-ke.html
Sekian terima kasih.
Dr khir, selamat berinteraksi.
Congrats on your new blog! Thanks for whacking Khalid over his statements on the declaration of assets by his exco. But first you need to look at yourself. You should do that before the "opposition" do what they are supposed to do. Remember the words "zero opposition"? I don't want a zero opposition state, man. If you play your cards right and do your job as a good opposition member and help me whack Khalid when he needs it, who knows, maybe I'll vote for you next election. (Chances seem small at this juncture of time but a 0.5% is better than 0%).
Oh by the way, good job on the shredding machine(you do have a nice broom to clean the mess up) At least Khalid can start his job afresh.
Tahniah Dato' Seri
Sesibuk mana pun kalau dah joint bloggers ni, selalulah tengok-tengok blog.
Satu perubahan dan kemajuan yang baik.
Salam, Dr!
Just keep this blog going. We will watch it!
welcome to the blogging world YB DR Khir.
I am one of those melayu who is always in awe with Melayu berpangkat dan berkuasa. I guess the blood of a kampung boy in me made me feel that way.
At the same time, the same blood has made me blindly loyal to my country Malaysia.
Play you role - what ever that role maybe - to the best of your ability and with integrity and honour. Oh, by the way - your role is still the same isn't it...."to serve the rakyat!". Except that it may appears that you have changed role, perhaps because you were too busy previously!
Best wishes for the future.
Your decision to step down as the chief for Selangor is admirable!!
pakpayne
Salam YB,
Congratulation. You have a blog. My hope is that you will be prepared to receive all kind of comments from all walks of life (bloggers i mean) with an open heart and mind. Syabas!
Tahniah Dato'Seri,
Jgn mengalah. Tiada sebab untuk mengalah. Paling penting kita kena membuat reformasi UMNO itu sendiri. Dan paling Dato' Seri kena tahu punca kekalahan kita ada dari mr..... .........
Dato' Seri kena mendengar dari akar umbi dan sentiasa mesra dengan orang ramai. Jangan sombong kerana kesombongan akan merosakkan kita.
Insyallah akan membantu demi perjuangan UMNO dan Melayu.
Zakaria Yahaya
Salam Datuk Seri.
Harap kekalahan di Selangor mengajar pembangkang (UMNO) untuk lebih telus dan menjaga hak rakyat. Jangan lagi hanya mengayakan kroni dan saudara-mara sendiri.
Saya nampak MB Selangor yg baru ini begitu baik dalam memulakan pentadbiran - air percuma, levi utk pekerja asing (ramaiiiii sgt bangla, indonesia kat sini!), swastakan pasukan bola sepak selangor dll.
Walau bagaimana pun diharap Datuk sebagai pembangkang di Selangor lihat apa yg baik dibuat oleh kerajaan Selangor itu utk memberi sokongan. Jgn lah disebabkan BA memerintah maka semuanya buruk dimata Datuk Seri.
Ini adalah penting utk memajukan negeri Selangor.
Welcome Dr Khir,
Now that you have asked the Selangor state exco to declare their assets publicly, I guess we can look forward to your public declaration as well?
Welcome to the blogging world.
I hope you do some soul searching why BN did lose badly in the 12 GE.Infact,this is the time for you to do the opposite to check and balance against the present adminitration.The new administration would be facing the same music if it does not walk its talk in the next 5 years.
Good Luck Dr Khir... Hope to get sincere and strong opposition in the state of selangor...
Dato
You seem to have received a very welcoming reception. Certainly your participation in this sphere will give it an added dimension and we shall all benefit from it. So welcome!
I look forward to your views and the lessons from 'within' and I hope you will share your valued insights with us with honesty and integrity. I also hope that you will do your work as a dedicated Opposition to keep those in power honest. To do that I hope you will bring information to the table that will help prosecute those who have cheated the State. Is that too much to ask?
But if you do the above, you will have done us a service that would be your lasting legacy.
Hello Datok,
Congrat..macam ini lah melayu dinamik. Buat blog, tapi jangan pulak tak ambil pot komen komen visitors. Ini lah rasa hati rakyat sebenar. Saya harap datok boleh sampaikan kat MT Ameno yang dah tak releven langsung dengan saya kaum melayu. Any way, saya paling menyampah bila datok dan Ameno cerita tentang DEB. Dengan bangganya saya katakan saya adalah melayu baru (bersih dari unsur-unsur Ameno)yang telah berjaya dalam perniagaan, tanpa bantuan DEB atau Ameno. Lebih membanggakan, bidang yang saya ceburi adalah amat teknikal dan berjaya mengetepikan saingan saingan dari kaum lain untuk berjaya. saya belajar dari melayu singapura yang ditindas. tidak ada bezanya melayu malaysia hari ini kecuali segelintir yang duduk dikeliling orang macam datok. Pada hemat saya orang melayu sebegitu adalah lembap otaknya dan tiada harga diri, itu sebab perlu instrumen macam DEB untuk hidup.
Harapan saya, kurang kurangkan lah bercakap tentang DEB lagi dimasa depan. Apapun, saya tabik gegar kat datok sebab bertanggungjawap terhadap kepupusan Ameno Selangor khasnya
Wa'alaikumsalam Dr.Khir.
Semoga dengan keterbukaan minda Dr. untuk bersama sama menukar pendapat dan sudi menerima nasihat, pandangan mahu pun cacian terhadap salah silap semasa mentadbir negeri Selangor, Dr. akan mendapat maklumbalas terus dari sesama warganegara Malaysia.
Tidak ada manusia yang bebas dari melakukan kesilapan termasuklah diri ini.
Cuma kita sebagai manusia beragama Islam nan suci, harus sentiasa sedar akan diri kita yang sentiasa di pantau Allahu Akbar dan para malaikatnya.
Perbaiki lah segala yang silap dan bersifat redha lah dengan ketentuan Ilahi.
Semoga Dr. mendapat iktibar dari segala apa yang telah berlalu dan berusaha membetulkan man yang patut.
Saya akan menanti jawapan Dr. terhadap soalan saya tersebut.
Selamat datang ke dunia Bloggers!
Wassalamualaikum.
Syabas YB! tadi saya post satu komen dalam Rockybru. Elok YB tengok komen2 yang masuk kat sana juga. Blogging ni banyak cabaran. Kawan2 YB dalam UMNO dan kerajaan buat kesimpulan bloggers ni penipu dan monyet. Betul ke tu beb?
ahmad a talib
Salam YB Dato
Semoga tidak patah semangat. Terus perjuangkan agenda membela orang Melayu di bumi merdeka ini.
Tok,
Membuka blog ini banyak faedahnya. Boleh memberi pandangan dan nasihat, syok sendiri, merapu sekali-sekala atau mengemukakan pelbagai soalan terhadap isu semasa.
Kita juga perlu bersedia dikritik, dibelasah, dicemuh, disindir atau dibedal dalam pelbagai rupa oleh pelbagai pihak. Adakalanya terlalu sensitif dan menguji kesabaran. Sabar jelah.
Apapun Tok, teruskan menulis selagi ada hayat di kandung badan.
tahniah...
welcome to this side of the world..hopefully Dato will be the one penning the articles and not some hired writer...
sorry for the honesty..
welcome to the blog world...
biasalah dok....
belajar dari kesilapan adalah guru yang terbaik.
belum terlambat untuk bertaubat.... bukan selamanya kita menongkat langit. Koncomu dato Z wes lungo disek. esok emboh kapan kito pun milu jugak. arto seng digolek ora digowo mati. oamah gedimu neng bangi kui pun di tinggal jugak. sopo seng arep nolong kue.
tobatlah wak ...
mogo diparengi waras.
Assalamualaikum, YB Dato'
Tahniah kerana membuka blog.
Saya simpati kepada nasib YB Dato' yang menjadi permainan KJ dan kuncu-kuncunya melalui media arus perdana..khasnya.." TV... R.. ".Saya amat pelik kerana setiap hari negeri Selangor ditonjolkan dengan pelbagai kepincangan seolah-olah itulah hakikat. Saya mengerti perasaan Dato' yang setiap hari terpaksa menepis dan menjawab pelbagai persoalan. Saya memuji ketabahan Dato'..teruskan perjuangan untuk membina kembali maruah UMNO di Selangor. UMNO kalah di Selangor kerana ada "pengkhianat" dalam UMNO yang sengaja memusnahkan UMNO dari dalam. memusnahkan Dato'. Hari ini hari mereka.. esok insyaalah hari Dato dan untuk perjuangan ahli-ahli UMNO yang tulen dan komited untuk kembali memartabatkan maruah orang Melayu. Dalam perjuangan.. kalau mahu melompat pastikan dapat memaut kepak helang yang sedang terbang di angkasa..dapat mengejar puyuh yang sedang berlari.. Teruskan perjuangan. Hidup MELAYU..Hiudp UMNO..
Selamat Datang Dato' Seri,
Mari lah kita ber-goblok sama sama.
Dato Seri,
Jatuh dalam politik ibarat kayu buruk di tengah jalan: Kura-kura pun mampu melintasnya!
Nafikan melalui kebangkitan politik DS!
Tahniah Dato kerana mengorak langkah ke alam siber ini. Namun jangan harapkan sesuatu yang indah tersedia. Setiap komen dan ulasan merupakan idea.Terpulang kepada budi bicara dato untuk meneka.
Hello Dato,
What's happenning...lah Dato? Dulu Cendol Mydin Kata bloggers ni orang2 yang tak ade pekerjaan, retirees dan sebagainya....!?
Are you giving up as a politician...no lahhhh dato, do consider.
Anyway, welcome to the world of Bloggers, please visit Din Merican, Harris Ibrahim dan lain lain...you will like it.
By the way Dato, I am one of those who voted against you....sorrrylah Dato...better luck next time.
ASM Dato,
Welcome to the world of blogging. I stay in Kota Damansara, one of the area where UMNO lost to PKR. Your UMNO candidate for N39 Kota Damansara is an arrogant snob who makes people sick with his attitude. Mokhtar Dahalan would be a better choice, in spite of his inability to resolve important local issues.
Whatever the reason was, I still want to say thank you to you for honouring the top students of PMR in Selangor in February this year. I respect you for standing up for three hours, shaking hands with more than 2000 honour students from all over Selangor.
My son finally received the certificate and cash award last week from his school. I told my son that the certificate is of historical significance since there won't be any such certificate with your signature on it for the next 4 to 5 years.
Salam Dato' Seri
Semoga pengalaman blogging akan memberi manfaat kepada Dato' dalam memahami rakyat dan berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang
... Kami akan lihat perkembangannya.....
selamat datang ke dunia blog! Datuk Ser.
dari penduduk N50
a,kum dato, kabare...
tahniah dato cabar MB dan exco baru selangor isytihar asset2 mereka dan kuarga..
harap akan diikuti oleh semua adun2 dlm negeri selangor tanpa mengira parti..
termasuk semua bekas2 adun dan YB diselangor...
buktikan UMNO selangor selama ni tidak sekorup yg diwar warkan..
Selamat datang Dato' Sri.,
Semoga kedatangan Dato' Seri akan menambahkan keceriaan dunia goblog ini. Tambahan pula jarang ada orang-orang 'smart' dalam dunia ini.
Cuma Dato' Seri, saya harapkan tulisan dalam goblog ini adalah pemikiran Dato' Seri sendiri. Bukan semata petikan yang entah apa-apa; semata untuk menunjukkan goblog masih hidup.
Apapun, tahniah.
Hi hi hi Mr.Khir, i'm one of the millions who unselfishly worked hard to ensure the BN was "diajar".
But all is in the past now that elections is over. Hope you telah pun disekolahkan, and have learnt some good lessons on tolerance, respect for the colours of Malaysia, and the smartness of Malaysian public.
Hope you will continue learning from the present S'gor administration.
PS : Your blog layout is way too government letter like (tolong ketuk kepala designer YB). Chill out, relax and enjoy the ride.
Assalamualaikum Dato'
Saya harap Dato' masih ingat dnegan saya. Sedikit masa dahulu saya pernah menulis kepada Dato tentang masalah Surau di Puchong Indah. Saya telah menyatakan dengan jelas kepada Dato bahwa isu Surau itu perlu di selesaikan dengan sebaik mungkin. Saya juga sudah secara peribadi memaklumkan kesan kegagalan menangani masalah surau itu dengan baik Namun saya tidak diendahkan dan tidak dipedulikan. Dato Satim sebenarnya cukup bernasib baik untuk menang dengan 45 undi di DUN Serdang ini.
Dato,
Saya masih setia bersama UMNO dan mahu UMNO berubah kepada yang lebih baik. Saya juga mahu melihat UMNO bangkit dari kegagalan. Namun setiap individu kepimpinan UMNO harus bangkit memperbaiki segala kesilapan. Kepimpinan UMNO harus bangkit dengan semangat baru serta keyakinan baru. Untuk ini saya merasakan perlunya kepimpinan dbaru yang lebih baik dan bertenaga dalam menjana idea idea baru.
Alhamdulillah saya juga merasa gembira kerana akhirnya UMNO sedar pada kuasa internet. Sudah acap kali saya ingatkan dan bangkitkan tentang perlunya media internet dalam kehidupan hari ini.
Insyaallah saya akan membantu sekadar termampu.
Wassalam.
Ismail Rubani.
Puchong Indah.
salam dato seri, syukur ke hadrat Allah SWT atas kehendakNya, bertemu kita diruangan ini.
Satu perkembangan bagus utk dato seri bersama-sama dgn bekas rakyat dato seri dulu di Selangor ini....
TQ
welcome aboard the blogosphere khir toyo,
it's amazing to see a former chief minister finally recognize the "contribution" from bloggers, so much so that the most developed state was defeated - bet you never thought this could happen do you?
anyway, it's not the end of the world being the other side of the coin - the opposition ... guess the "karma" really works ... it's good though to see you've the courage to start a blog ...
nevertheless starting a blog is one thing but to maintain it and respond to the feedbacks/comments is another thing ... i'm sure as opposition now, khir toyo wouldn't use "busy" as excuse not to update the blog or to reply to your "fans" here ...
there's nothing to cry though, if the DAP-PKR-PAS screw up the same way as BN, you might be able to get back to the throne in the next election ...
have fun blogging mr khir toyo ...
cheers
Salam YB, Dato' Seri,
TAHNIAH, welcome. Blog ni you punya ke sape punya yang gunakan nama you?? Kalau you punya dan memang you yang tulis takkan dalam kolum Mengenai Saya you gunakan istilah 'beliau' bukan 'saya'. Biasalah orang politik kan.
kabare tok?riko memang best.bungah nyong dadi wong JOWO..teruske perjuangan wak...UmeNo wes Nagancili Wong Melayu (termasuk keturunane kiti..wong JOWO) sejak 50 tau seng lalu...
Selamat datang Dato' Seri !!!
"pandangan org di bawah tidak sentiasa sama dengan pandangan org di atas"
terus berjuang Dato' Seri
kalau online jenguklah blog saya..di
http://bakponyo.blogspot.com
YB Dr. Khir,
Selamat datang ke alam blogger. Syabas kerana berani membuka ruangan untuk komentar pembaca. Seorang blogger baru yang mewakili Parlimen Rembau tak berani berbuat demikian.
Semoga wadah ini akan memberi menfaat kepada anda sebagai penulis dan kami sebagai pembaca.
Selamat datang Dato' seri
pandangann org di bawah tidak sentiasa sama dengan pandangan org di atas.
kalau ada masa jenguklah blog saya:
http://bakponyo.blogspot.com
Salam Dato' Seri...
Rakyat telah mula celik...
Sebelum ini rakyat tidak peduli dgn kebobrokan yg dilakukan oleh pemimpin BN, bagi mrk apa yg didedahkan pembangkang semuanya bohong dan mrk dihalang utk mendapat penjelasan lantaran media dikuasai BN, ceramah disekat dgn menggunakan kuasa polis, penceramah pembangkang dihalang drp mendapat tauliah dsb...
Sehingga satu masa keangkuhan BN yg menyalahgunakan jentera kerajaan utk menekan kebangkitan pembangkang... menyebabkan rakyat semakin meluat, mereka inginkan 2nd opinion, akhirnya mereka search di Internet mencari blog-blog yg berupaya menjawab dgn fakta, apa yg didedahkan pembangkang...
Kalau setakat menegak benang basah, mereka boleh cari akhbar harian dan media elektronik...
Mereka inginkan 2nd opinion yg sarat dgn fakta, bukannya tuduhan merapu & membangkitkan isu lapuk dan remeh... lakonan ahli Pas masuk Umno, isu lapuk yg diulang2, isu remeh pemimpin Pas tak bersalam dsb.
Anyway, selamat dtg ke dunia blog. Isilah blog Dato Seri dgn pandangan yg bernas, bukannya mengampu... Nanti takde siapa yg nak baca tulisan Dato'...
Salam buat YB.
Tahniah kerana sudah menjadi seorang blogger.Saya harap ianya akan menjadi wadah yang berguna untuk saudara memberi pandangan, pendapat dan kritikan. Di samping itu, saudara juga boleh menerima pandangan, pendapat dan kritikan yang satu masa dulu begitu sukar untuk saudara terima dengan tulus hati sehingga saudara dan rakan-rakan tersesat jalan.
Selamat semuanya.
Assalamualaikum Dato' Seri,
Tahniah kepada Dato kerana menyedari kepentingan blog kepada perjuangan Dato'. Saya tabik kerana Dato' orang pertama yang berbuat demikian, apa yang saya tengok, sebab saya kaki baca blog dari pendapat pendapat dan buah fikiran dari orang ternama spt Kuda Kepang dll. Perjuangan Dato masih panjang lagi dan banyak yang Dato' dapat berkongsi disini bersama kami, pendapat pendapat Dato yang pada masa dulu ada juga saya ikut dan agak ok juga, sekarang luahkan habis sebab kami dibawah ni nak tengok ketelusan dan dapat memberi komen, insyaallah bagi membantu perjuangan Dato... sebab Dato masih lagi ada tempat sebab cepat ikut apa yang rakyat hendak dan sanggup melawan arah... semuga Dato berjaya (...dengan umur Dato.... ianya baru bermula....) ws
Assalamualaikum Dato' Seri,
Tahniah kepada Dato kerana menyedari kepentingan blog kepada perjuangan Dato'. Saya tabik kerana Dato' orang pertama yang berbuat demikian, apa yang saya tengok, sebab saya kaki baca blog dari pendapat pendapat dan buah fikiran dari orang ternama spt Kuda Kepang dll. Perjuangan Dato masih panjang lagi dan banyak yang Dato' dapat berkongsi disini bersama kami, pendapat pendapat Dato yang pada masa dulu ada juga saya ikut dan agak ok juga, sekarang luahkan habis sebab kami dibawah ni nak tengok ketelusan dan dapat memberi komen, insyaallah bagi membantu perjuangan Dato... sebab Dato masih lagi ada tempat sebab cepat ikut apa yang rakyat hendak dan sanggup melawan arah... semuga Dato berjaya (...dengan umur Dato.... ianya baru bermula....) ws
Salam Dato' Seri,
Dengar khabar nak bertanding merebut Ketua Pemuda UMNO, betul kah???
Kalau betul, selamat maju jaya...
Datuk Seri,
Saya cukup bersetuju sekiranya Datuk Seri ingin mencabar jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan yang akan datang.Get rid of 'KJ dan konco-konconya' ,betulkan UMNO dan ambil kesempatan ini untuk muhasabah diri,juga saya berharap agar Datuk Seri lebih berhati-hati dalam negeluarkan kenyataan supaya tidak jadi riak,takabbur dan sombong terutamanya kepada golongan alim ulama kerana walaupun berbeza fahaman politik tetapi di dalam pengetahuan agama,tidak boleh dinafikan ketinggian ilmu dan mereka perlu dihormati.Pemimpin yang baik adalah yang pernah jatuh dan kemudiaannya naik kembali.Selamat maju jaya dan betulkan niat serta jelaskan matlamat Datuk Seri.Mudah-mudahan diberi ketenangan dan kerahmatan.
a'slm Dato ..
wishing u happy blogging. cant wait to read ur first post :)
just wondering tho, did u regret giving that poor guy the 'penyapu award'?
BN DULU KINI DAN SELAMANYA
saya harap Dato dapat berbuat sesuatu yg drastik utk mengubah pemimpin yg diatas yg telah menyebabkan kekalahan yg teruk bagi Umno dan BN. Selagi pemimpin ini masih berada di atas jgn harap Umno boleh menang dlm pilihanraya akan datang...
Selamat datang ke alam blog Dato' Seri. Semoga anda dapat menjadi pembangkang yang efektif di negeri Selangor.
Tahniah daripada saya.
Salam Dato Seri Khir!
tahniah kerana menjadikan blog sebagai sumber inspirasi, harap akan dapat sentiasa menyampaikan maklumat dan terus berbakti kepada rakyat.
Ingatlah, "Perjuangan Belum Berakhir".
Salam YB Dato Seri,
Tahniah kerana Dato berani menyertai dunia blog yang sedang dikuasai oleh pendukong BA.
UMNO sangat2 memerlukan golongan cendekiawan yang suka membaca dan bijak menganalisa permasalan semasa.
Malangnya kita dipimpin oleh seorang PM yang tidak menampakkan seorang yang tenggelam dengan budaya membaca.
minda merdeka
http://suarahatirakyatmalaysia.blogspot.com
gaya bahasa profile macam ditulis dalam bahasa ke3 (3rd person) i think this blog is not created by the man himself, sombody is impersonating
Welcome to the world of bloggers and blogging, YB. We hope to engage you here and have an exchange of views.
askm dato
justz nak info dato, kenapa umno merosot dalam pru12. sbb utama dia; rakyat menyampah, bengang, meluat, loya, benci etc kepada umno.
kenapa camtu?
sbb pemimpin umno ramai yg korupsi, rasuah, kroni, makan duit rakyat, bg projek kepada org t