Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.
Dua catatan terakhir saya mengenai peralihan kuasa mendapat respon yang pelbagai. Apa yang saya cuba tulis ialah satu analisis senario politik semasa mengikut pandangan dan pemerhatian sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Tujuan saya ialah supaya pimpinan tertinggi UMNO dapat memikirkan secara positif isu pergelutan politik ini dan mengambil langkah-langkah proaktif. Sekurang-kurangnya bagaimana untuk mengelak perkara tersebut dari menjadi kenyataan.
Untuk melaksanakan peralihan kuasa, sama ada sekarang, akan datang atau pun tiada peralihan langsung, itu adalah hak YAB Perdana Menteri. Saya hanya merayu agar satu exit plan dikemukakan segera. Ini juga selari dengan pengakuan YAB Pak Lah sendiri kepada UMNO Johor untuk mengadakan peralihan kuasa.
Selain itu, ahli-ahli UMNO juga mempunyai kuasa dan hak menentukan kedudukan kepimpinan parti. Saya hanya berharap jika ada exit plan dikemukakan awal, maka tiada satu pertandingan yang terlalu sengit sehingga memecah belahkan parti akan berlaku dalam Perhimpunan Agung UMNO akan datang.
Jika ada pihak mengatakan ini merupakan satu desakan daripada saya terpulanglah kepada pemahaman masing-masing. Saya cuma menyampaikan suara akar umbi yang menyatakan pandangan mereka kepada saya. Saya fikir pandangan-pandangan ini amat relevan dan saya bertanggungjawab untuk menyampaikannya kepada kepimpinan parti dan negara.
Selain pandangan ahli UMNO yang lebih 3 juta orang, pandangan orang Melayu seramai 16 juta juga perlu diambil kira bagi memastikan UMNO terus relevan.
Sebab itu dalam catatan pertama saya mengenai peralihan kuasa (ini juga saya sebut dalam forum mykmu.net di Hotel Singgahsana), UMNO, BN dan Kerajaan harus datang dengan satu formula baru bagi memastikan ia terus relevan kepada orang Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain di Malaysia.
Semua ini, sama ada cakap-cakap mengenai perubahan kepimpinan mahu pun perubahan pendekatan dalam kerajaan dan parti, adalah bertujuan mengukuhkan UMNO sebagai parti yang menjadi tunggak Barisan Nasional dan juga kepimpinan negara.
Dua catatan terakhir saya mengenai peralihan kuasa mendapat respon yang pelbagai. Apa yang saya cuba tulis ialah satu analisis senario politik semasa mengikut pandangan dan pemerhatian sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Tujuan saya ialah supaya pimpinan tertinggi UMNO dapat memikirkan secara positif isu pergelutan politik ini dan mengambil langkah-langkah proaktif. Sekurang-kurangnya bagaimana untuk mengelak perkara tersebut dari menjadi kenyataan.
Untuk melaksanakan peralihan kuasa, sama ada sekarang, akan datang atau pun tiada peralihan langsung, itu adalah hak YAB Perdana Menteri. Saya hanya merayu agar satu exit plan dikemukakan segera. Ini juga selari dengan pengakuan YAB Pak Lah sendiri kepada UMNO Johor untuk mengadakan peralihan kuasa.
Selain itu, ahli-ahli UMNO juga mempunyai kuasa dan hak menentukan kedudukan kepimpinan parti. Saya hanya berharap jika ada exit plan dikemukakan awal, maka tiada satu pertandingan yang terlalu sengit sehingga memecah belahkan parti akan berlaku dalam Perhimpunan Agung UMNO akan datang.
Jika ada pihak mengatakan ini merupakan satu desakan daripada saya terpulanglah kepada pemahaman masing-masing. Saya cuma menyampaikan suara akar umbi yang menyatakan pandangan mereka kepada saya. Saya fikir pandangan-pandangan ini amat relevan dan saya bertanggungjawab untuk menyampaikannya kepada kepimpinan parti dan negara.
Selain pandangan ahli UMNO yang lebih 3 juta orang, pandangan orang Melayu seramai 16 juta juga perlu diambil kira bagi memastikan UMNO terus relevan.
Sebab itu dalam catatan pertama saya mengenai peralihan kuasa (ini juga saya sebut dalam forum mykmu.net di Hotel Singgahsana), UMNO, BN dan Kerajaan harus datang dengan satu formula baru bagi memastikan ia terus relevan kepada orang Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain di Malaysia.
Semua ini, sama ada cakap-cakap mengenai perubahan kepimpinan mahu pun perubahan pendekatan dalam kerajaan dan parti, adalah bertujuan mengukuhkan UMNO sebagai parti yang menjadi tunggak Barisan Nasional dan juga kepimpinan negara.
130 comments:
SAYA BERHARAP DATO SERI JUGA ADA MENYEDIAKAN EXIT PLAN UNTUK DIRI SENDIRI SENAGAI SEBAB UTAMA BN SELANGOR KALAH. HARAP KEMUKAKAN DISINI. MEMIMPINLAH DENGAN TELADAN YANG BAIK (JANGAN INGAT MELETAK JAWATAN PERHUBUNGAN NEGERI SUDAH CUKUP)
A.kum Datuk,
1. Pada pandangan saya 'Exit Plan' itu hanya merupakan penyelesaian jangka pendek. Ia tidak boleh menyelesaikan semua masalah Umno.
2. Jika Umno mahu kuat semula seperti zaman Tun Razak, maka seluruh warga UMNO dari atas hingga bawah perlu 'berkorban' dan kembali semula cara hidup di zaman Tunku dan Tun Razak.
3. Manakala untuk mengawal jawatan sama ada dalam parti atau pun kerajaan, tempoh tertentu perlu dikuat kuasakan. Mungkin setiap jawatan itu cuma 2 penggal sahaja seperti yang diamalkan oleh sesetengah negara di dunia ini.
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
Abang Khir,
Semakin hari semakin rancak abang khir menghantar komentar keruangan siber ini. Mungkin sesudah tidak menjadi seorang menteri besar, abang mempunyai banyak masa untuk bermuhasabah diri.
Bagaimana dengan pusat khidmat abang khir di sungai panjang.? Bila boleh jumpa abang khir di sana.
Tentang exit plan yang abang khir katakan, saya katakan bahawa abang najib bukan hebat sangat, pasti menjadi mangsa seperti pak lah juga. Lebih baik orang no 1 dan no 2 ini berhenti sama sama dan bagi rakyat memilih pm dan tpm baru. Kami belum lupa lagi ungkapan "Ubahlah cara hidup dan negara akan bankrap jika turun harga minyak'. Siapa yang kata itu.? Kita tidak mudah lupa.
assalamualaikum dr. khir..saya dari shah alam...saya ingin bertanya satu soalan yang mungkin dah agak basi sedikit, mengenai mengapa dr. tidak membenarkan kerajaan Pakatan Rakyat menduduki terus bangunan SUK negeri sejurus selepas kejatuhan kerajaan pimpinan dr.? saya dan ramai lagi penduduk shah alam menerima e-mel menunjukkan gambar gambar beberapa orang pekerja di SUK negeri sedang memasukkan dokumen dokumen ke dalam mesen shredder.adakah apa apa yang cuba disorokkan oleh pihak dr. dari rakyat selangor seluruhnya? maaf kalau soalan ini tidak relevan..saya seorang penduduk selangor yang curious dan mendengar banyak cerita dalam berbagai versi..kalau dapat mendengar dari mulut dr. sendiri itu akan dapat memuaskan hati2 pihak kami Rakyat Selangor sekian terima kasih..
pak lah xnak resign.kalo dia resign,abis la anak menantu kesayangan dia.rahsia sumer bocor lah.kami sbg rakyat rayu sgt dia undur dan UMNO bole come out dgn formula baru yg relevan pd masa ini.bkn saja utk melayu,ttp semua rakyat Malaysia.
Assalammualaikum WBT
Dr Khir,
Apa yang saya lihat UMNO masih tidak dapat menerima kenyataan kenapa rakyat tolak mereka. UMNO masih tidak muhasabah diri.
Cuba Dr Khir lihat kenapa pada PRU 11, BN menang besar ?
Sebab masa tu, imej Pak Lah adalah bersih. Dia dianggap Mr Cleans. Tapi setelah dia terlibat dengan perniagaan anak dan menantunya dan dikaitkan dengan Patrick Lim maka imejnya tidak lagi bersih. Dulu rakyat mengharapkan Pak Lah dapat membimbing UMNO dan BN kearah kerajaan yang bersih, tapi sangkaan rakyat itu meleset.
Cuba renung pada imej Najib. Bersihkah dia?
Ingatlah bila pemimpin buat projek tu nak "komisyen", buat projek nie nak "komisyen", tapi sapa yang bayar semua tu sebenarnya. Rakyat juga.
Sebab kontraktor atau pembekal terpaksa menaikkan harga untuk menampung pembayaran "komisyen". Duit yang dibayar itu adalah dari duit rakyat dari cukai yang kerajaan kutip.
Lepas naik jadi Pemimpin, mula angkuh dengan rakyat dan menghabiskan duit rakyat dengan rakus. Lihat sahaja yang berlaku di Selangor semasa pemerintahan Dr Khir, RM27 juta lesap dalam masa 50 hari pada awal 2008.
Nak buat apa rakyat mengangkat pemimpim-pemimpin macam tu ?
Salam Dr Khir,
Saya mengikuti perkembangan terkini TDM di Manchester melalui Youtube.
Nampaknya Mantan PM itu sudah hilang keyakinan pula pada Dato Sri Najib sebagai pengganti PM. Ini berikutan dengan sikap Najib sendiri yang telalu pasif. Seolah-olah kelu lidahnya.
Saya berpendapat bahawa jalan keluar yang paling selamat bagi keadaan runcing ini ialah PM meletak jawatan sebelum PAU Disember ini.
Jika PM benar-benar sayang kepada bangsanya, agamanya dan negaranya ini, maka pengorbanan meletak jawatan secepat mungkin adalah paling membantu.
Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah membuka pintu hati PM kita untuk berundur.
Pak Lah, sekiranya anda membaca tulisan saya ini, saya merayu agar anda membuat pengorbanan ini untuk negara kita yang tercinta ini.
KERANAMU MALAYSIA!!
P/S- Dr, tolong jangan kecil hati dengan statement Mike Tyson hari ini. Kami dah kenal sangat dah siapa dia ni....
Now that Pak Lah want to make ACA an independent body, he will surely make even more enemy. It is better to push him aside quickly to avoid him from damaging the country even more.
Telah diketahui umum bahawa Pak Lah suka membuat janji tetapi jarang menepatinya.
Saya tidak terperanjat jika Pak Lah akan bersikap membisu tentang "exit plan"nya. Jika ditanya kelak jawapannya ialah beliau sibuk dengan usaha memperkasakan UMNO, sibuk untuk merealisasikan Rancangan Malaysia ke9, sibuk memastikan pelaksanaan projek-projel Koridor, sibuk itu dan sibuk ini.
Orang-orang suruhannya pula seperti Mike Tyson, Shabery Cheek dan Nazri akan melakukan tai chi masing-masing. Sekarang ni pun Mike Tyson telah menyediakan blognya sendiri. Kita tahu gurkhanya yang akan menguruskan dan mentadbir blog ini. Satu masa dulu ketika Mike Tyson membuat laporan polis mengenai video di youtube bila diminta untuk menunjukkan video tersebut beliau tidak berbuat apa-apa kerana tidak tahu untuk ke youtube. Mungkin sekarang beliau telah celik IT.
Pada hemat saya sekiranya "exit plan" tidak diumumkan sebelum akhir tahun ini, tidak akan ada perubahan kepimpinan tertinggi UMNO sehingga selepas pilihanraya akan datang.
Assalamualaikum, Dr. Khir.
Pada pandangan saya, Pak Lah perlu mengumumkan tarikh yang beliau bersedia untuk menyerahkan kuasa kepada timbalannya, seperti yang pernah dilakukan oleh TDM pada tahun 2002, iaitu selepas PAU. Dan akhirnya TDM selamat bersara pada 31/10/03.
Saya tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi pada Malaysia jika Anwar Ibrahim berada di puncak kuasa, seperti yang diidam-idamkan selama ini.
Saya hanya mampu berdoa agar kepimpinan Melayu (bukan ketuanan Melayu, kerana Malaysia memang sudah bertuankan Melayu iaitu YDP Agong) akan terus menjadi ketua sebuah kerajaan yang majoriti rakyatnya adalah Melayu.
Jangan jadi seperti Singapura kerana orang Melayu langsung dipinggirkan daripada sebarang jawatan politik, walhal Melayu adalah kaum kedua terbesar di republik Cina itu.
"DEMI CINTAKU PADA ISLAM DAN SAYANGKU PADA MELAYU"
umno being corrupt just because of its people. umno, historically was built due to the need to have one party that can unite all malay people. then, at that time, umno was succeed to become a role model malay party. years after years, umno was ruined jus because of its people. currently, umno's corruption caused by its people, the leaders who are greedy for power. umno is always and everlastingly relevant. only the people of it has made it ruined and irrelevant. i am as the no 1 umno advocaters and followers feel very regret for seeing this scenario happened in umno. to me, umno leaders should behave themselves and concentrate to strengthen their self attitude and action towards the ruled people.
saya berumur 33tahun,ketika 1998 saya berumur 24tahun,ketika itu saya bersemangat dan perjuangan terus membara memperjuangkan dsai.
pada 1999 anak sulung saya, saya namakan muhammad anwar.(adakah saya fanatik!tidak...saya menamakan beliau supaya 20 tahun akan datang saya masih mampu bercerita tentang sejarah melayu kepada generasi anak saya supaya kita jangan lupa diri walaupun kita rasa kita sudah kuat kita mesti menghormati ketua,jika tidak kita akan jatuh kebawah)
saya simpati dengan dsai..tetapi ketika 2000 saya mengundi umno(BN),kenapa saya mengundi umno?
saya mengundi umno atas dasar kepentingan bangsa dan negara bukan atas dasar kepentingan individu.(apakah pegangan berpolitik pengundi muda sekarang..memilih atas dasar apa?)keliru...keliru...melayu mudah lupa
sekarang saya masih mengundi umno(BN)MENGAPA?..adakah kami tunggul kayu yang bodoh tak tahu memilih?tidak....kami memilih tetap kerana kepentingan ketuanan melayu dan negara bukan kepentingan pak lah..jadi faham2lah..pemimpin datang dan pergi...saya percaya kepada dsk..dan saya yakin kerana saya berpeluang menguji dan memerhati dsk dari dekat....bukan semua dsk sempurna tetapi banyak yang baik dan tolonglah teruskan perjuangan ini,biar ia membara dari dalam dan lakukanlah langkah dengan bijak,biar pak lah dapat ilham dan berfikir mengapa dsk meminta beliau berundur.mudah2an beliau cepat mendapat mesej dan pada masa yang sama buatlah perubahan untuk mengembalikan kebanggaan kami untuk terus bersama umno.
UMNO TIDAK BOLEH DIWARISI
TETAPI
UMNO HENDAKLAH DIHAYATI
Jika saudara sedar, sebuah gagasan baru akan muncul yang akan mewakili orang Melayu secara jujur dan telus dan penuh keimanan.
Exit plan, resurrection plan atau apa sahaja plan tidak relevan lagi.
UMNO akan digantikan bukan dipulihkan.
Selepas ini UMNO boleh tukar nama kepada "Persatuan Bekas Pemimpin-pemimpin Melayu korup dan kuno"
Sayangnya parti orang-orang tua kita ini akhirnya akan berkubur dek kerana pemimpin mutakhir yang pekak dan buta.
Dr Khir,
Minggu lepas 17.4.08 bertempat di Hotel Harvad Gurun,Kedah satu perjumpaan antara Ketua Pemuda Umno Malaysia dan Ketua Pemuda/AJK Pemuda Bahagian Kedah telah di adakan.Seramai 16 orang berucap, rata rata mereka mahu melihat satu exit plan yang lengkap dengan butir butir seperti tarikh, kepada siapa yang akan di serah dan mereka mahu ianya dibuat dengan segera.
Ada yang berterus terang minta Pak lah berundur segara, ada juga minta KJ tutup mulut dan jangan terlalu celupar.Yang PALING MENARIK SEORANG KETUA PEMUDA CAWANGAN/AJK PEMUDA BAHAGIAN merupakan seorang penoreh getah dengan lantang memberi amaran kepada Hisham, Pak Lah, Rawi DAN KJ,agar jangan menghina TUN Dr Mahathir kerana kalau penghinaan diteruskan Kedah akan lenyap terus dan jangan mimpi untuk UMNO menawan semula Kedah.
Kita tidak pernah dengar suara suara berani sebegini dari anak anak muda dalam tempoh yang agak lama.Tetapi sekarang suara suara mereka cukup jelas mahukan perubahan dan perubahan hendaklah dilaksanakan bukan cakap cakap sahaja.Persoalannya beranikah Hisham membawa suara suara ini ke pengetahuan Presiden dan ahli ahli MKT ?
YB Dato Seri,
Paklah telah menutup bab peralihan kuasa sekarang bila dia kata hanya beberapa pemimpin sahaja, bukan akar umbi, yg desak dia turun. Penyokong2 beliau spt NST, Nazri, Mohd Taib dan Ali Rustam juga memberi gambaran Paklah disenangi ahli UMNO.
Paklah sendiri kini play to the gallery dan senyum mengembang kerana kesana kemari orang bertepuk terutama ahli-ahli Bar Council dan pakatan Anwar.
Malang, Paklah ingin sangat jadi popular dikalangan rakyat tetapi
tak sedar yang pakatan Anwar membiarkan dia leka, khayal dan terus mengangguk setuju kepada semua, kecuali akar umbi UMNO.
Paklah langsung tak ambil peduli hal expot babi dan ladang babi, ugutan Samy Vellu,
Anwar nak jadi PM, ahli parlimen BN nak melompat, KM P.Pinang nak jambatan free, dan terhakisnya imej Islam dan ketuanan Melayu.
Paklah juga gagal menyuntik semangat kepada rakan-rakan UMNO iatu MCA, MIC dan Gerakan.
Pemilihan UMNO Disember ini sahaja penentu masa depan UMNO dan BN.
jangan hanya mencari alasan untuk mengalihkan perhatian dari kesalahan sebenar...
rakyat sekarang sudah benar2 maklum apa yang dilakukan UMNO, tentang kepincangannya, penyakit2 dalamannya (rasuah, kronisme, nepotisme, dll)
jika mahu UMNO benar2 relevan... lakukan pembersihan total. Dan jika ini mahu dilakukan, tiada dikalangan tampuk pimpinan UMNO sekarang yang layak melakukannya.
Kenapa? kerana semuanya telah mempunyai rekod2 yang amat buruk semasa diberi peluang untuk berkuasa.
First Tun Mahathir blame Pak Lah. Now he condemned Najib for not being vocal enough to become the next PM of Malaysia. While I do agree with both of Tun's opinion on both leaders, one think came into my mind about Tun being a great leader.
To me, a great leader is someone who can administer the people under his care in the most appropriate way as well as bringing prosperous into the nation, which at the same time has proper succession planning as well as credible successor who should be able to continue his mission and the vision. For this, I must say that Tun is not really a great leader, as he failed to polish his deputy to become a great leader, whose calibre is not in dispute. In fact he is now condemning his then deputy for being a weak leader. More or less, Pak Lah's weaknesses reflects Tun's credibility as a leader.
http://www.rozaimims.blogspot.com
saya setuju dengan brader khir
Saudara,
Sedarkah saudara bahawa blog saudara ini boleh dibaca di seluruh pelosok dunia dan ramai juga di antara manusia di dunia ini, ramai yang boleh membaca bahasa melayu? Sedarkah juga saudara pernah memerintah sebuah negeri yang maju di Malaysia ini? Tetapi saudara meluahkan kekesalan saudara di blog, apakah semua ini? Adakah ini menunjukkan politic Malaysia ini 'is very cheap' atau politikus di sini terlalu 'desperate' dan kebudak-budakan? Pernahkah kita lihat blog politikus dari negara-negara lain di internet?
It's not the end of the world, if you are on the losing side, life has to go on. You are only losing the comfort you used to have, now, it is time to work, not by slandering your own boss. Ego is not everything.
Just my 2 cents.
Mungkin benar ramai ahli UMNO mahu Pak Lah letak jawatan. Tapi apakah benar mereka mahukan Najib sebagai Perdana Menteri? Itu adalah tanda tanya!
Saya tidak fikir Najib itu adalah lebih baik daripada PakLah. Kalau Dr Khir sayangkan UMNO, percayalah Najib juga harus dijatuhkan! Jika tidak malang pasti menimpa. Saat kehancuran UMNO pasti akan menjelma.
Lagi pon Dr Khir, saya menghormati Dr sebagai orang yang mempunyai susuk agama, jadi jawablah soalan ikhlas saya ni Dr, APAKAH RELEVAN PARTI ASSOBIYAH SEPERTI UMNO NI?
Bukalah lembaran sejarah. Apakah kesatuan bangsa dapat menaikkan martabat negara? Lihat saja orang arab sebagai contohnya, mereka berjaya dahulu bukan kerana mereka ARAB, tetapi mereka berjaya kerana ISLAM.
Ingatlah kepada pesanan Khalifah Islam Umar Ibn Khattab r.a. "Kita telah dimuliakan dengan Islam, jika kita meninggalkan Islam, maka Allah akan menghina kita dengan sehina-hina darjat."
Ulama nusantara yang terkemuka telah berpesan,
"Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam (bagi) menjaga tanah air kita."
(Daripada buku Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 13 Ogos '57 oleh Mokhtar Petah, Pustaka Antara 1997).
Untuk sesiapa yang tidak tahu, Sheikh Abdullah Fahim adalah salah seorang ulama besar Tanah Melayu dan telah menjadi mufti pertama di Pulau Pinang. Beliau juga merupakan datuk kepada Pak Lah.
Saudaraku Dr. Khir, saya merayu kepada Dr. sebagai saudara seagama dan saudara sebangsa, Marilah Dr. Khir, hidup kita tak lama, mungkin esok kita akan dipanggil menghadap Allah, siapakan tahu...
Dalam masa yang terbatas ini, buatlah sesuatu Dr. Najib tidak layak, tidak sama sekali!! Sokongan Dr kepadanya akan disoal di padang Mahsyar kelak!!! Kami mahukan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz, bukannya seperti Abu Jahal dan Abu Lahab. Tanya diri Dr, apakah Najib ini Umar Abdul Aziz atau Abu Lahab??
Saya fikir rakyat tahu jawapannya....
Assalamualaikum, Dr. Khir.
Saya bersependapat dgn DS mengenai Exit Plan utk Pak Lah.
Langkah Exit Plan lebih baik untuk memulihkan keadaan Umno dan BN dari Pak Lah cuba menjadi Hero atau yg lebih tepatnya Pak Lah menjadi Tikus Tua yg bercita-cita memperbaiki labu Umno yg hampir menunggu masa untuk tengelam.
Tolong kami pembeli Bandar Uni Teknologi Lagenda
Saya menyokong pimpinan Pak Lah dan Dr. Khir. Saya nampak kepimpinan yang bersih dan berkesan untuk mendisiplinkan dan menolong orang melayu yang agak lembap ini. Cuma pemilihan calon sewaktu pilihanraya oleh BN kurang mantap berbanding BA pada pilihan raya lepas. Kalau Tun M tak suruh pilih calon pun kami ada pendapat sendiri dan pilihan kami bukan kerana DSAI. Untuk makluman Dr. saya mewakili pembeli unit asrama kolej lagenda Dataran Mantin. Waktu itu Datuk Isa Samad menjadi menteri besar disitu (maafkan saya jika salah fakta). Kami dijanjikan akan mendapat penyewa dari pelajar kolej dan projek ini disokong oleh kerajaan negeri sembilan dan bekerjasama dengan UTM. Atas sokongan yang kukuh oleh kerajaan dan Institut Pengajian Awam ramai pembeli membeli unit tersebut untuk dijadikan aset. Kini 7 tahun telah berlalu. Mana sokongan kerajaan. Mana UTM? Mana pelajar? Pemaju pula hanya tahu tuntut bayaran. Kami dah jatuh miskin membayar rumah yang tak boleh digunakan. Baru-baru ini kerajaan BN di Negeri Sembilan meuar-uarkan akan membuka cawangan Uni Al Azhar di Rembau. Daripada membazir buat disitu baik majukan saja Dataran Mantin. Semua kemudahan dah ada. Tinggal guna sahaja. Dr. Khir, mungkin Dr. smart tapi pemimpin lain macam entahlah .... Fikirkanlah Dataran Mantin yang pernah disokong kerajaan, tapi kini? Bagaimana kami rakyat nak percaya BN? Macammana pun saya hormat cara Dr. Khir majukan Sg. Besar dan orang2 Jawa disitu... Bantulah saya yang nak majukan diri tapi tertipu...
UMNO adalah konsep perpaduan Melayu..malangnya semakin lama orang-orang yang tidak jujur dan tamak haloba telah nampak jalan melalui UMNO sebagai jalan untuk mengaut keuntungan.
Persoalan pertama adalah penurunan Abdullah Badawi yang tidak faham langsung perjuangan UMNO untuk Melayu. Sehingga beliau menyarankan UMNO memperjuang untuk Cina dan India.
Sedangkan mereka sendiri taat kepada ketua kaum mereka seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh.
Abdullah Badawi ingat kita berdepan dengan manusia yang bertamadun sedangkan kita berdepan dengan kaum2 Cina dan India yang datang mencari kekayaan. Mereka juga bercita2 menghidupkan budaya mereka di Malaysia dan kalau boleh meminggirkan bangsa asal.
Kedangkalan Abdullah Badawi mungkin disebabkan Bapa sebelahnya ibunya adalah pendatang Cina sendiri.
Oleh sebab itu orang Melayu tidak boleh mengharap kepada Abdullah. Kedudukan orang Melayu adalah tenat walau nampak selesa dibandingkan dulu.
Tetapi pemimpin UMNO seperti malu dan tidak tahu memperjuangkan bangsa Melayu malah ada yang menggunakan konsep untuk sama adil untuk mementingkan puak2 dia sahaja atau keluarga.
Nampaknya Najib pun tidak boleh diharap. Adiknya Nazir telah menggabungkan syarikat2 PNB dengan mendapat komisyen yang banyak tanpa keuntungan kepada orang Melayu pemegang saham PNB.
Dikhuatiri ada lagi merger syarikat2 GLC yang akan dirancang oleh Nazir sebagai jalan mudah mendapat keuntungan.
Dan taktik untuk duduk diam hingga jawatan PM jatuh ke riba tak boleh dipakai lagi. Jika seseorang itu tidak ada perancangan dan tidak ada polisi yang mahu diwarwarkan kepada orang Melayu janganlah kita memujuknya. Ini akan menjadikan alasan untuk Najib berbuat apa saja kerana dia tak minta. Zaman dimana pemimpin Melayu dapat jawatan jatuh ke riba tanpa berjuang atau tanpa menengahkan sesuatu falsafah yang boleh diterima mesti di hentikan. Najib mesti buktikan keberaniannya dan kecekalannya.
Mana idea dia jika dia ganti Pak Lah..biar mereka yang berani dan kreatif saja memimpin UMNO.
Masalah sebenar UMNO adalah pembahagian kekayaan negara kepada orang Melayu.
Setelah pelajaran dikongsi, PNB ditubuhkan. Tapi pengagihan PNB sekarang sangatlah terhad.
Cabaran adalah memastikan peratusan kekayaan negara dikongsi seramai Melayu yang boleh.
Tak boleh budak baru balik Oxford jadi multimillionaire sedangkan professional Melayu lain makan gaji sahaja... Itu tak boleh diterima dan mereka sanggup buang UMNO kerana dari segi praktikalnya UMNO menkayakan pemimpinnya sahaja.
Inilah sebab Melayu mengundi DAP dan parti lain.
Pengagihan kekayaan mesti dirasai oleh semua Melayu bukan anak PM, adik TPM sahaja. Feudalism tak laku lagi di kalangan orang Melayu.
drK,
Seseorang kalau dah pegang jawatan tinggi, memang susah nak lepaskan betul tak. Contohnya, jawatan MT yg drK pegang tu. Kalau gentlement, lepaskanlah. Barulah orang terkejut dan menghormati drK. (bukan lepaskan jawatan Perhubungan Negeri yg kalah, memang tak gentlement). Tapi ingat, nak naik balik lepas tu, "usaha satu kejayaan"lahh.
walk the talk. you lost the jewel of the crown and on top of that tried to divide the people of selangor by using race and religion. and on corruption you look the other way, remember Datuk Z?
with that said,you are not the right person to talk about transition plan. your arrogance is still there.
what UMNO needs is to listen to what the people have said and put in place systems that is against corruption and abuse of powers and develop Malaysians to compete in the global world instead of trying to be a jaguh kampung while screwing up malaysia. and saying you will fight for race and religion will not do it kind sir. It is all talk and no action backed by a plan with actionable dates
Banyak yang hendak dato Khir perjelaskan, yang hendak di bela, yang patut dibuat, exit plan lah semua untuk kepentingan dan masa depan orang melayu, semua hebat-hebat. Apasal baru sekarang? Masa berkuasa dulu macam tak pijak bumi, riak dan takabur, zero opposition kat Selangor kononnya. Bagi penyapu kat orang Melayu sampai mati pun tak boleh dimaaf, orang yang tak kena pun tidak memaafkan. Tu lah penyakit pemimpin Melayu, masa ni pun masih ada lagi yang tak sedar tsunami politik telah bermula, masih angkoh dengan ketuanan diri, berbelanja macam duit sendiri buat projek yang tak ada hasil kepada anak negeri. Dato masih nak jadi pemimpin lagi ke? Cukuplah .. nasi dah jadi bubur.
APAKAH RELEVAN PARTI ASSOBIYAH SEPERTI UMNO NI?
Bukalah lembaran sejarah. Apakah kesatuan bangsa dapat menaikkan martabat negara? Lihat saja orang arab sebagai contohnya, mereka berjaya dahulu bukan kerana mereka ARAB, tetapi mereka berjaya kerana ISLAM.
Ingatlah kepada pesanan Khalifah Islam Umar Ibn Khattab r.a. "Kita telah dimuliakan dengan Islam, jika kita meninggalkan Islam, maka Allah akan menghina kita dengan sehina-hina darjat."
Ulama nusantara yang terkemuka telah berpesan,
"Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam (bagi) menjaga tanah air kita."
MARILAH DR KHIR KITA TINGGALKAN UMNO YG BERFAHAMAN ASOBIAH YG JELAS BERTENTANGAN DGN ISLAM.. KEBENARAN LEBIH PENTING DARI $$$$$$$
Assalamualaikum Datuk,
Sekiranya UMNO ingin diselamatkan, bukan hanya Pak Lah yg menyediakan "exit plan" tetapi Najib jugak harus menyediakan 'exit plan". Jikalau Najib ditakdirkan menjadi pengganti Pak Lah, UMNO memang tidak akan dapat diselamatkan lagi. kami rakyat bawahan cukup kenal siapa itu Najib.
Assalamualaikum Datuk,
Semoga Datuk & keluarga berada dlm lindungan Allah hendaknya.. amin.
Seharusnya bukan hanya Pak Lah sahaja yang menyediakan "exit plan" tetapi Najib juga harus mengambil tindakan yg sama. bagi saya, moral Najib jauh lagi teruk jika dibandingkan dgn Pak Lah. Jika mrk berdua betul2 sayangkan UMNO, jalan yg paling baik ialah berundur secara terhormat. Ingatlah pangkat dan kuasa tidak akan membawa kita kemana. Kita bukannya hidup mengkat langit. Pemimmpin boleh datang dan pergi tetapi UMNO perlu terus kekal.
Saya cadangkan Dato sendiri yang menetang Pak Lah dalam pemilihan bulan december nanti kerana tiada seorang pun pemimpin Umno yang berani berbuat demikian.Saya akan menjadi penyokong Dato yg Pertama.Buat ape nak buang masa bertanding Ketua Pemuda ,tanding terus President lagi bagus
Saya rasa Dr Khir masih lagi seorang yang boleh berfikir dengan tenang walaupun orang UMNO yang menjadi payung orang Melayu dan bangsa lain amnya tewas dengan teruk baru baru ini.
Sememangnya exit plan perlu dilaksanakan dengan segera memandangkan parti parti lawan kini memperkuatkan genggaman mereka. Semakin lama exit plan ditangguh semakin buruk keadaan terutamanya bagi kepimpinan baru yang akan mengambil alih. Disamping itu saya melihat kepimpinan yang ada hanya mementingkan program program jangka pendek yang nampaknya tidak memberi kesan dari segi strategi menyeluruh Kita memerlukan strategi yang melampui suasana yang lebih besar dan bukannya program program itu dan ini. Persoalan yang jauh lebih besar apakah misi UMNO masa kini.
Kita telah melihat bagaimana Pakatan Rakyat dapat menawan hati ramai orang. Jadi UMNO yang masih lagi relevan untuk rakyat negara ini seharusnya memikirkan apakah misi selanjutnya. Bagaimanapun apa yang saya lihat kepimpinan sediada tidak menekankan perkara tersebut. Oleh sebab itu pemindahan kuasa perlu diadakan secepat mungkin supaya UMNO dan BN tidak menjadi satu bahan sejarah. Saya hanyalah sekadar rakyat Malaysia yang ingin melihat keadaan yang stabil untuk semua orang Malaysia.
Akum Ds.Khir
Saya adalah golongan yang akan mewarisi negara kita dalam masa 15-20 tahun akan datang.
Soalanya adakah Exit Plan ini akan membantu negara ini terus utuh hingga ke waktu itu?
Memang kita hanya merancang tuhan yang menentukan segala-galanya. Tapi biarlh perancangan kita itu dikaji dari segala aspek dan seginya. Pastikan anak2 bangsa seperti kami tidak teraniaya dengan tindakkan pemimpin sekarang. Saya sangat tersentuh hati bila teringatkan lagu anak kecil main api..biarlah ia sekadar lagu jangan jadi kenyataan..walaupun ada yang telah berlaku.
Saya jugak sebagai rakyat biasa dibawah ini sangat berharap kepimpinan sekarang dapat menjalankan amanah yang rakyat beri, agar waris-waris pada masa hadapan tidak menyalahkan pemimpin yang sedia ada.
Semoga segala perancangan yang dibuat dapat terus mewujudkan suasana aman yang tenteram pada masa hadapan.
"PEMIMPINLAH YANG MENENTUKAN BAIK BURUK SESUATU BANGSA"
KALAU PEMIMPIN TERDAHULU TIDAK MELAKUKAN PERKARA YANG TERBAIK, SUDAH TENTU APA YANG KITA NIKMATI SELAMAI INI TIDAK DIRASAI"
MATA HATI JIWA
Assalamulaikum Datuk Seri saya menyokong pandangan Datuk Seri....Terima kasih kerana memberikan kami petunjuk daripada Mekah.
2. Tetapi saya tidak nampak DS Najib pilihan terbaik memandangkan UNITAR sampai sekarang mempunyai masalah. Perkara ini saya dapat tahu daripada siswa UNITAR sendiri.
http://penyokongkuli.blogspot.com
http://penyokongkuli.wordpress.com
Saya berusia 34 tahun dan telah 3 kali mengundi termasuk PRU12. Dua yang pertama termasuk semasa kes DSAI saya tetap mengundi UMNO kerana saya melihat perjuangan bangsa. Saya bukan ahli mana-mana parti politik dan saya bekerja dengan tulang 4 kerat untuk hidup tanpa bantuan sesiapapun. Tetapi politiklah yang akan menentukan maju mundur negara ini, kuat lemahnya bangsa Melayu.
Maaf saya katakan Demi Allah PRU13 saya memangkah parti pembangkang di Parlimen dan DUN wangsa maju tanpa melihat siapa si pembangkang itu dan datang dari parti apa dan saya sangat yakin sebilangan besar rakyat membuat keputusan serupa.
Alasannya mudah. Ini bukanlah keputusan yang mudah untuk kami lakukan. Silap percaturan kami boleh jatuh ke tangan orang yang kami tidak mahu untuk memimpin negara ini.
Tapi sebenarnya apa pilihan yang kami ada?
Jika pilih Umno, pemimpin akan terus bermain dengan ceritera yang rakyat mengagumi mereka. Tetapi ternyata setelah signal dihantar jelas..pemimpin masih TIDAK FAHAM!
Maka seperti yang sudah kita saksikan sejak 5 tahun lalu..bermulalah permainan salahkan...
Salahkan Tun kerana kerajaan sekarang lemah..
Salahkan DSAI kerana menghasut...
Salahkan Lim Guan Eng kerana bermain isu bangsa....
Dan yang paling parah SALAHKAN RAKYAT KERANA MEMBUAT PILIHAN YANG SALAH!
Kenyataan2 seperti ini membuat emosi kami rakyat seolah sudah tidak terbendung lagi...Fahamlah kami masih memegang adat mak kami ingin tunjukkan dengan cara sopan iaitu melalui peti undi.
Tanyalah diri sendiri terutama Pak Lah...kenapa rakyat biasa seperti kami membuat keputusan ini. SALAH KAMI??????????
Ingat...seburuk apapun anda boleh cungkil dosa TDM atau sesiapapun...ini bukan lagi zaman dia..ini zaman anda memerintah dan kemi tidak puas hati! Tolonglah mengerti!
Nazri Aziz..tolonglah, sudah terlalu banyak kebodohan yang keluar dari mulut beliau!
hello dr khir,
i totally concur with you that pak lah should resign before he gets unpopular.
it is also unfair that the main reason why BN lost is because of Dr. Mahathir. He is the real culprit. he is the reason who caused the racial integration in this country.
Keep up the good work!
Cheers.
Apabila ada transisi power dalam pucuk pimpinan negara, tidak pernah dalam sejarah politik negara terjadi seperti apa yang kita lihat sekarang ini. Sungguhpun dulu tetap ada konflik dalaman parti, juga pertelagahan antara dua pemimpin; yang memimpin dan yang bakal memimpin...tetap budaya menghormati bekas pemimpin tetap dijunjung. Dunia tahu pertelagahan Tengku Abdul Rahman dan Tun Mahathir satu ketika dulu, tetapi even apabila TDM memerintah, nama Tengku Abdul Rahman tetap dipastikan akan tetap disanjung dalam sejarah bangsa hinggalah ke generasi kami yang malah tidak sempat melihat Tengku pun.
Tetapi apabila Pak Lah berkuasa, apa yang terjadi kepada TDM amat mengejutkan kita anak bangsa. Bukanlah saya menidakkan ada kelemahan malah kesalahan yang TDM lakukan, tetapi cara character TDM mahu dibunuh amat tidak boleh diterima akal. Pak Lah juga malah membiarkan pemimpin-pemimpin hingusan menjadi begitu 'kurang ajar' sehingga kami rakyat melihat seorang bekas pemimpin boleh dihina, dicerca dan dikeji oleh sesiapa saja termasuk para pemimpin yang pernah menyanjungi TDM. Kami seolah-olah dididik bahawa semua sanjungan itu adalah fake, mengikut tuntutan masa atau lebih tepat mengikut tuntutan kepentingan pada masa tersebut.
Maka apa yang kita lihat sekarang ini adalah natijah kepada sikap KURANG AJAR itu. Rakyat merasakan tidak perlu menunggu untuk Pak Lah turun untuk rakyat tidak menghormati beliau malah menghina atau mencerca beliau...Kami diajar untuk berbuat demikian. Pak Lah telah melahirkan rakyat generasi baru. TIDAK PERLULAH HORMATI PEMIMPIN!
Hukum Karma...Pak Lah?
Assalammualaikum Dato' Seri, saya ingin mengemukakan beberapa pandangan saya sendiri, dan saya merasakan sama ada pandangan saya ini salah atau tidak, itu terserah kepada Dato' Seri untuk menilainya. Exit plan yang diutarakan oleh Dato' memang bagus dan ianya merupakan sesuatu pandangan dari akar umbi (BAWAH). Bagi pandangan saya, sesuatu dari akar umbi tidak sebenarnya tepat untuk melaksanakan apa yang diinginkan, ini kerana terdapat akar umbi yang rapuh (senang cakap dari buat) berbanding dengan ahli UMNO yang matang fikirannya. Jika kita melihat akar, terdapat pelbagai jenis akar iaitu akar serabut dan tunjang. Semasa pemerintahan pemimpin terdahulu, akar dalam UMNO merupakan akar tunjang, kerana kekuatan yang ada pada pemimpin ketika itu yang dapat meyakinkan ahli2 UMNO itu sendiri. Keadaan ini berubah sedikit demi sedikit semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa keluarnya orang-orang kuat UMNO sendiri selepas UMNO diharamkan dan Tun menubuhkan UMNO semula. Keadaan ini mengakibatkan beberapa orang kuat yang memperkuatkan akar tersebut telah keluar dan menubuhkan Semangat-46 (jika saya tidak silap). Memang saya menyokong pandangan Dato' Seri pada idea sebelum ini. Namun maslah utama yang mengakibatkan situasi ini berlaku, iaitu akar yang dahulunya tunjang dan kukuh telah mula rapuh sedikit demi sedikit dan hampir menjadi akar serabut yang mudah dicabut. Isu Pengharaman UMNO dan Parti Semangat-46 yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah. Terdapat juga kesilapan yang dilakukan oleh Tun apabila Tan Sri Musa Hitam meletakkan jawatan, dan paling penting sekali Tun telah memecat Dato' Seri Anwar Ibrahim. Perletakan jawatan pemimpin yang hebat seperti Tan Sri Musa Hitam dan pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim inilah yang lebih memperlihatkan keadaan akar yang mula rapuh. Kesilapan Tun juga dalam memilih penggantinya YAB PAK LAH. Jika dilihat sejarah Sukarno misalnya, beliau merupakan satu tokoh yang bijak berpidato dan menarik minat rakyat untuk lebih bersemangat. Tetapi Perdana Menteri sekarang tidak mampu untuk menarik minat rakyat untuk mendengarnya. Saya akui kehebatan Tun yang hebat ketika berucap di khalayak ramai. Tun seharusnya bijak memilih penggantinya sebelum bersara. Seperti Tun memilih Dato' Seri menjadi MB Selangor. Dato Seri lah antara MB yang terbaik dari kalangan MB yang mentadbir Selangor (sejarah MB Selangor yang banyak mencemarkan UMNO itu sendiri sebelum Dato' Seri dipilih). Sayang juga berpendapat bahawa Tun seharusnya memilih Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai TPM atau Dato' Seri Syed Hamid Albar sebagai TPM. Itu cuma cadangan saya, mungkin Tun mempunyai pandangan sendiri atau "agenda" di sebalik pemilihan YAB PAK LAH sebagai PM. Sekian wassalam.
p/s jika ada kesilapan harap dimaafkan. ini cuma pandangan saya dan bukan tujuan untuk mengajar atau sebaliknya.
SAYA JUGA BERSEPENDAPAT DENGAN ahmad,BAHAWA EN KHIR SENDIRI PERLU MENYEDIAKAN EXIT PLAN, LEBIH AWAL BERBANDING DENGAN ENCIK ABDULLAH, INI KERANA ENCIK KHIR MEMIMPIN KELOMPOK YANG LEBIH KECIL. PENOLAKAN RAKYAT SELANGOR TERHADAP ENCIK KHIR JANGANLAH DIPANDANG ENTENG, INI KERANA SELANGOR MERUPAKAN SALAH SATU PEMACU PENTING DALAM PEMBANGUNAN NEGARA JIKA DIPANDANG DARI SUDUT EKONOMI.
ISU KG BEREMEBANG CONTOHNYA MERUPAKAN PEDOMAN YANG DIKETENGAHKAN OLEH PAKATAN RAKYAT YANG MANA DISEBABKAN OLEH KEGAGALAN ENCIK KHIR MENANGANI ISU SETEMPAT INI MENYEBABKAN SELANGOR BUKAN LAGI DIPERINTAH Be eNd. PERLUKAH KAMI MENGINGATKAN PERISTIWA TERSEBUT? http://www.youtube.com/watch?v=7lgDxzobREA&feature=related
DAN DISEBABKAN ISU-ISU SEPERTI INILAH ANTARA KEGAGALAN BN MENDAPAT MAJORITI DI PARLIMEN. SEBALIKNYA BN MENYALAHKAN RAKYAT YANG TELAH MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA.
SERASA SAYA, EN KHIR PERLULAH MULA MEMIKIRKAN BISNESS YANG WAJAR DIJALANKAN (YANG HALAL SAHAJA) EKORAN DARI EXIT PLAN UNTUK ENCIK SENDIRI SEPERTI MENJUAL TEMPE @ MENJUAL PENYAPU...
dato,
saya nk mintak tolong sket leh?.
tolong kirim salam dekat tun dr mahathir leh tak?
rindukan kepimpinan beliau.
bila la nk dpt pemimpin mcm beliau lagi.
SALAM DS UNTUK MAKLUMAT ADA LAWATAN DALAM MASA TERDEKAT INI DI ANJURAN AHLI2 PERHUBUNGAN NEGERI SELANGOR KE PERINGKAT BAHAGIAN2 SECARA TAK DISEDARI ATAU DIRANGANGAN DENGAN TELITI KONONNYA INGIN MENUNJUKKAN SOKONGAN KAPADA KETUA DAN TIMB YANG KALAH DALAM PU12, SUPAYA MEREKA2 INI KIKEKALKAN DTERMPAT MASING DALAM PEMILIHAN UMNO BULAN OKTOBER INI
Salam DSDK,
Beberapa topik kebelakangan ini yang DSDK keutarakan sentiasa saya pantau, baca dan teliti tetapi tiada apa2 posting komen yg saya buat kerana rata-ratanya dah beri ulasan yang menyeluruh di pelbagai sudut pandangan.
Soal EXIT PLAN UNTUK KEBAIKAN ni memang saya dah lama sokong sejak kekalahan PRU12 lagi, malangnya tiada sebarang tindakan wajar daripada Pak Lah tanpa mahu memikirkan NATIJAH LEBIH BURUK yang bakal terjadi dan lebih menghampakan lagi apabila masih wujud PEMIMPIN KAKI AMPU yang tak habis-habis mementingkan diri sendiri untuk menyelamatkan kedudukan mereka. Jika situasi ini berterusan maka SUSAH lah MALAYSIA.
Cakap Pak Lah terlalu banyak PUSING-PUSING yang mana saya dah isytiharkan beliau sebagai pemimpin yang suka DOLAK-DALIH serta TIADA PENDIRIAN TETAP. Apa kita semua nak hairankan, kalau keputusan dia sendiri pun dia boleh langgar dan ubah bila-bila masa. Kat situ pun kita dah boleh kenal dah SIAPA DOLAH BADAWI sebenarnya?
Situasi sekarang ni ada DUA TIGA MAKSUD kepada Pak Lah jika kita sama-sama mahu amati dan teliti.
Senario Pertama:
Mungkin Pak Lah tetap undur tetapi macam kita semua tahu lah tempohari dia jawab nak tunggu jugak dulu sampai pemilihan parti Disember 2008 nanti dan selepas itu ada ura-ura dia nak lanjutkan sampai beberapa tahun lagi. Di sini timbul persoalan... WHICH AND WHICH? Ini jelas satu kenyataan PUTAR ALAM yang dibuat oleh Pak Lah.
Senario Kedua:
Mungkin juga Pak Lah terus mahu bertahan beberapa tahun lagi selepas pemilihan parti jika beliau masih diberi mandat oleh perwakilan dalam pemilihan parti Disember nanti. Ini bergantung kepada TIUPAN ANGIN HALILINTAR yang sedang dia usahakan dengan menantunya. Samada POLITIK WANG atau juga POLITIK BOMOH yang belum ada sesiapa berani kemukakan setakat hari ini. Soal ILMU HITAM dalam politik janganlah kita menafikan kerana perkara ni dah semacam tradisi selain daripada poltik wang. Saya difahamkan, Tok Bomoh, Dukun dan Pawang cukup LARIS di musim pemilihan parti dan pilihanraya umum. Soal dosa atau syirik belakang cerita, yang penting maruah dan kedudukan politik perlu dipertahankan.
Senario Ketiga:
Jika ditakdirkan Pak Lah tetap akan berundur, kita mungkin sudah mampu menghidu PERSIAPAN MANTAP beliau sebelum berundur. Pak Lah pun LICIK jugak sebab kita jangan lupa WAYANG KULIT Pak Lah ni arahan siapa? Tentulah menantu dia... Slogan untuk Pak Lah sebelum berundur mudah saja... "AKU KENA SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN" atau juga "AKU KENA PAKAI JAKET KALIS PELURU BERKUALITI TINGGI"...
Untuk senario ketiga ni, rasa-rasanya DSDK dan saudara-saudari fahamkah? Sudah tentulah merujuk kepada 2 agenda berturut-turut yang dibuat dalam masa yang amat singkat untuk kembali memperkasakan HAKIM dan BPR... Persoalan lagi...
Kenapa tidak dilaksanakan sejak dari awal2 dulu lagi? Kenapa sekarang? Saya teringin juga nak dengar DSDK ulas sedikit berkaitan perkara ini. Dah ALANG-ALANG DSDK SELUK PEKASAM, BIARLAH SELUK SAMPAI KE PANGKAL LENGAN...
Kaitan topik ini ada di sini:
SILA KLIK - AGENDA PAK LAH PENUH MISTERI
dan juga...
SILA KLIK - ISU SURUHANJAYA KEHAKIMAN DAN BPR
Apa yang saya selitkan itu adalah berkait rapat soal EXIT PLAN.
Sama-samalah kita rumuskannya dan fikir-fikirkannya. Topik ini juga turut saya bahaskan di MyKMU.Net untuk rakan-rakan seperjuangan memberi pandangan.
Sekian perkongsian pendapat daripada saya.
PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSA
Apapun exit plan yg dikemukakan telah terlalu lambat...masing-masing tidak pernah mau mengaku kesalahan dan melihat diri sendiri untuk muhasabah...bertindak dalam fikkiran yang waras dengan emosi yang sukup stabil...tetapi sayangnya semua lapisan pimpinan UMNO dan BN bertindak dalam emosi (EQ) dan IQ yang tidak stabil...sering melihat diri lengkap dan sempurna... orang lain banyak dibebani kesalahan dan salahlaku... apa kah ini jalan penyelesaqi umat Melayu... jauh panggang dari api Dato Seri... Jauh...
Apapun exit paln yang di kemukakan ianya sudah terlalu lambat... setelah sekian lama berlalu tidak ada diantara ahli dan pimpinan UMNO baik maupun BN yang tidak menunding jari kepada yang lain tentang kekalahan atau musibah yang menimpa UMNO dan BN ini. masing-masing menunding jari dan mencari dan meletakan kesalahan pada orang lain, tidak pada diri sendiri. Tiada ada usaha untuk melihat dari aspek dalam diri untuk muhasabah diri memperakui kesilapan dan keangkuhan diri. Sering kita lihat pimpinan UMNO dan BN bertindak dalam emosi yang tidak stabil. EQ dan IQ pimpinan dan ahli BN dan UMNO tidak stabil dalam membicarakan soal kekalutan yang dihadapi....apa pun exit plan yang dicadangkan akan mendapat tentang dari pihak lain yang merasakan puak nya akan kerungian...diketepikan...itulah UMNO dan pakatan BN...pemilihan UMNo dan BN sudah lambat Dato' Seri. Pemulihan? jauh panggangd ari api Dato' Seri...Jauh.... Pemuliharaaan mungkin>
If AAB were to leave then who will be the next PM. If tradition matters then Najib is the man. However, he is no longer Tun's golden boy. In fact Najib is increasingly becoming irritating as far as Tun goes. Hence, who will be the likely candidate. Anwar? God forbids. Hadi? doubtful. The Lim's clan? imposible. Nik Aziz? Too old. For a change lets go for a women. Lets produce the real Malaysia version of iron lady. Give it to Rafidah. Better still if Sharijat takes the No. 2.
Salam Perjuangan,
Pertamanya tahniah DSKT kerna berjaya menjerumuskan diri dalam bidang penulisan blogs. Moga perjuangan kita disini akan mendapat rahmat disisi Allah SWT demi dakwah kepada seluruh ummah.
Keadaan ketidak tentuan politik sekarang akan berterusan selagi Pak Lah tidak mengumumkan exit plan yg dijanjikan diJB baru2 ini.
Kalau kalau kita meneliti fakta dan mengkaji secara mendalam faktor kekalahan teruk BN dalam PRU 12, kaji punya kaji dan cari puncanya akhirnya kesemua punca dan penyebab terarah kepada Pak Lah. Punca utama adalah kesilapan mentadbir urus negara dan politik.
Gelombang GANAS yang mahukan perubahan pucuk pimpinan negara dari peringkat bawahan kian membesar bukan shj dr rakyat biasa malahan ahli UMNO sendiri yg mahu Pak Lah berundur. Saya yakin dengan berundurnya Pak Lah yang menjadi liabiliti atau kelebihan kepada pihak pembangkang akan dapat meredakan keadaan ketidak tentuan politik dan akhirnya dengan rancangan pemulihan dibawah kepimpinan baru akan menarik kembali keyakinan rakyat kepada BN.
TIDAK MUDAH namun bermula dengan perubahan kepimpinan nanti akan bermula satu era baru nanti demi masa depan negara dengan syarat kepimpinan baru fasa 1. berusaha merapatkan dan menyatupadukan kembali Parti UMNO kemudian fasa 2.menyatukan kembali BN kemudian fasa 3. baru memfokus dalam usaha mendekati rakyat.
Salah satu FAKTOR BESAR kekalahan BN adalah kegagalan menyalurkan maklumat seterusnya memberi penerangan dan kefahaman kepada rakyat sehingga ke akar umbi yang mana kita lihat pembangkang telah memanipulasikan fakta yg sepatutnya memihak kepada kerajaan menjadi isu yg menguntungkan mereka. Mereka berjaya menyusup masuk hingga ke akar umbi menyebarkan dakyah mereka kepada rakyat.
selain itu BN gagal mendidik golongan muda akan kefahaman akan kepentingan embinaan negara bangsa serta patriotisme melayu+islam.
Kedua-dua usaha menangani faktor ini harus ditumpukan dalam fasa ke 3. selepas peralihan kepimpinan.
Bagi PAK LAH berundurlah selagi masih ada masa. Masanya sudah tiba bagi Pak Lah berfikir sendiri sedalam-dalamnya bagi menentukan langkah seterusnya... kalau perlu berdoalah dihadapan kaabah bagi memohon petunjuk dari Allah SWT pergilah muhasabah diri sebaik-baiknya tanpa dipengaruhi penasihat pembawa masalah disekeliling PAK LAH. Renung-renunglah apa yg telah Pak Lah lakukan sehingga negara kini menjadi dalam keadaan tidak stabil seperti ini.
Mungkin dengan keberanian Pak Lah berkorban dan berundur secara terhormat serta tersusun akan membolehkan malaysia menjadi lebih selamat aman makmur seperti manifesto BN... dan rakyat akan mengenang Pak Lah dalam cara yang lebih baik dan dihormati dari dikenang dengan cara mengaibkan seperti disingkirkan dengan biadap oleh ahli UMNO sendiri.
Berundurlah Pak Lah...Jangan biarkan perpecahan ini berterusan... dan jika runtuh sepenuhnya BN dan kerajaan pada PRU 13 nanti disebabkan perpecahan akibat Pak Lah tak mahu berundur.... Pak Lah akan dikenang dalam sejarah dan tertulis dalam buku-buku teks generasi mendatang sebagai pemimpin yang memusnahkan UMNO dan BN seterusnya perosak masa depan survival bangsa melayu, Islam dan Malaysia...
Apa Kata Pak Lah.... ??? saya, rakan-rakan dan ahli UMNO seterusnya rakyat malaysia keseluruhannya sedang menunggu... jalan mana yang Pak Lah akan ambil... Renung-Renungkan Selamat Berjuang
www.idealismalaysia.blogspot.com
Salam Dr Khir,
Secara rasionalnya tindakan Setiausaha UMNO Pahang yg mencadangkan kesemua MT UMNO meletak jawatan adalah tindakan yg begitu konkrit dan berani lagi bertanggungjawab. Ahli MKT seperti Rahim Tamby Chik ternyata sudah expired dan tak punya kredibiliti! Apa yang mereka tahu hanyalah menyalak, "KAMI SOKONG! KAMI SOKONG! HIDUP PAK LAH!" apa punya BANGSAT pemikiran sebegini.
Bagi saya Dr Khir sendiri tak terhantuk baru nak terngadah. Biarpun pepatah Inggeirs mengatakan' "Better late than never" but it's too late brader!
Sekonyongnya selepas PRU12 itu pun lantaran daripada kekalahan memalukan maka DR pun barulah nak muhasabah. Dolah Badawi lagi teruk langsung tak nak muhasabah diri. Perasan diri hebat tapi negeri sendiri kecundang! Apa punya manusia Dolah ini?
Apakah sekiranya BN menang dan Kerjaan selangor masih diperintah oleh BN maka Dr akan berfikir begini? Saya percaya Dr turut membelenggu diri menyokong tak seemena-mena Dolah. Hormat pada pemimpin biar bertempat! Jangan jadi Tuah. Sokong melulu hingga membunuh saudara sendiri!
Tanda atau indicator sebuah negara Merdeka ialah apabila setiap Rakyatnya bebas menyuarakan pandangan (biarkan pun pahit!). Ini tidak Dr dan rakan2 MKT UMNO termasuklah Ali Rustam pembodek nombor 1 itu tetap tegar menyokong membuta tuli. Satu pertanyaan cepumas daripada saya (rakan sama floor di First College UM), di manakah Dr tatkala Nazri Aziz dan penyalak lainnya menghentam YB Tun Dr mahathir waktu itu hinggakan Dolah Bedawi sendiri begitu biadap mengibliskan Tun. BANGSAT kau Dolah Mughallazah!
TERUSKAN USAHA DATO SERI, SEKIRANYA PERKIRAAN TERSEBUT UNTUK KEBAIKKAN , JANGAN SAMPAI TERSILAP LANGKAH LAGI,
Salam Doctor..
Ada bawak balik kurma AJWA lebih tak??
Bila nak 'open table' belanja kami semua makan nasi briani gam 'Briyani King'?? Acah aja..
Saya pohon Doctor bagi cadangan kepada kerajaan negara atau negeri apa jua kaedah untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan negara.. Jawatan 'top leader' satu jer (dan yakinlah segala tindakan akan diadili diakhirat kelak!!)
Tapi kerja untuk rakyat banyaaaaaaaK(stlye nujum pak belalang).
Biar demokrasi tentukan..bukan suruh sana suruh sini..
Banyakkan istighfar..lebih baik diam diri.
Sokonglah PAK LAH sekurang-kurangnya untuk 9 tahun lagi.
Saya sentiasa berdoa agar Pak Lah terus menjadi Perdana Menteri hingga tahun 2020. Amin ya Allah Amiiiin.
Bye bye doctor MKT. WasSalam
As'kum Datuk Seri,
Salam sejahtera kepada Datuk Seri sekeluarga.
Setiap hari saya lihat didada akhbar ada saja ttg cerita yang melibatkan peralihan kuasa dipucuk pimpinan tertinggi UMNO. Saya rasa sudah sampai masanya. Apa yang terjadi pada PRU-12 yang lalu sudah cukup utk mengambarkan segala2nya. Apa pun sebagai rakyat biasa saya berharap yang terbaik utk agama, bangsa dan negara.
Kami sentiasa berdoa yang terbaik utk Datuk Seri, Datin Seri dan keluarga.
Dari
Keluarga Adik Zafierah Darwisya
Johor.
Kalau nak pilih comment yang manis didengar dan sederhana, tak payah susah-susah bloglah Datuk. Sikap Datuk yang suka memilih komen menunjukkan yang Datuk dan UMNO tidak sedar akan kesilapan dan tetap kurang relevan. SEMOGA UMNO LENYAP DITELAN EGO KETUANAN MELAYU DAN MASA AKAN MENENTUKANNYA
MUSNAHLAH UMNO! BINASALAH UMNO!
Assalamualaikum,
Selamat berjuang DS. Pastikan ikhlas semoga mendapat berkat dan rahmat Nya
Sy gemar pd komentar saudara sheikh ini. Ringkas shj namun cukup mendalam maknanya.
Jika saudara sedar, sebuah gagasan baru akan muncul yang akan mewakili orang Melayu secara jujur dan telus dan penuh keimanan.
Exit plan, resurrection plan atau apa sahaja plan tidak relevan lagi.
UMNO akan digantikan bukan dipulihkan.
Selepas ini UMNO boleh tukar nama kepada "Persatuan Bekas Pemimpin-pemimpin Melayu korup dan kuno"
Sayangnya parti orang-orang tua kita ini akhirnya akan berkubur dek kerana pemimpin mutakhir yang pekak dan buta.
dr khir, ketika saya menulis nih, dah 376,172 telah melawat blog dr khir. jumlah ini bersamaan
5 kali stadium bukit jalil !! impact internet memang hebat dan liar.
baik berita, mahupun fitnah boleh tersebar begitu cepat sekali
bagi penduduk negeri-negeri yang suka menerima info dari cakap-cakap orang atau dengan kata lain suka
suka mendengar rumors adalah perlu dr khir ambil perhatian.
paklah
_____
cerita paklah dah tersebar sejak 2-3 tahun sebelum pru-12 lagi, mereka sudah memandang sinis dgn paklah
sebab ketengahkan projek2 bio-tech ( atau kata lain suka kpd pertanian)- satu bidang yang dah ketinggalan!!
satu lagi gambar paklah tidur atau tertidur juga menjadi bahan untuk menghasut.
mereka menggunakan gambar ini utk menguatkan lagi hujah mereka.(dgn kata lain exploitasi)
mereka kata paklah ikut cakap kj
najib
____
hari ini fitnah terhadap najib pula tersebar.
mereka kata najib ada kaitan dgn kes antatuya.
mereka fitnah najib ada amik komisyen kapal selam dan mig.
kita dan dr khir perlu ambil perhatian bahawa fitnah diatas akan sampai ke akar umbi dengan begitu pantas!
5 stadium bukit jalil utuk blog dr khir sahaja! bayangkan web side dan blog lain yang dicapai seluruh negara!! bayangkan jika mereka percaya!!!
mana-mana orang yang difitnah melalui internet perlu dgan segera "counter back" melalui media!! ( bukan selepas 2-3 tahun )
paklah mengumumkan yang kj tidak mempengaruhi keputusan kerajaan baru baru ini adalah selepas fitnah ini tersebar selama 3 tahun!!!
FITNAH JIKA DIBIARKAN AKAN BUAT ORANG PERCAYA ! JANGAN PANDANG RENDAH KPD KUASA INTERNET!!
MEREKA JUGA MENYEBARKAN FITNAH DGAN CARA MENCETAK BROCHURE DAN EDARKAN DI MASJID2 PADA HARI JUMAAT.BIASANYA MEREKA LETAKKAN DIPINTU UTAMA.
(TAPI ISU BABI TAKDA PULAK BROCHURE...HAIRAN)
DR KHIR KENE BAGI TAHU MEREKA (UMNO/BN), FITNAH CARA INI TELAH MENULAR!!
SATU KAEDAH LAGI MEREKA (PEMBANGKANG) TELAH MENGHANTAR BROCHURE DAN LEBIH HEBAT VCD TERUS KERUMAH MELALUI POS!!
CARA INI TELAH DILAKUKAN PADA PRU 12 YANG LEPAS. DIMANA BROCHURE DAN VCD TELAH SAMPAI KESETIAP PELUSUK RUMAH DISELANGOR RATA-RATA PADA HARI KHAMIS DAN JUMAAT.
IAITU KURANG 48 JAM SEBELUM PILIHAN RAYA BERMULA. mungkin ini idea anwar
PADA MASA NI PAKLAH DAN NAJIB SIBUK DI KELANTAN!!!
BAGI KAMI LUPAKANLAH SAJA KELANTAN TUH... KERANA MEREKA TALAM 2 MUKA.
(HANYA ORANG JOHOR MENGENALI MEREKA WALAUPUN MEREKA TERBALIKKAN TALAM!!! )
AYUH DR KHIR, JANGAN BUAT "EXIT PLAN" KITA TERHALANG
sekian,
Salam DS,
Apa yang saya harapkan ialah biarlah exit plan itu memberikan kebaikan kepada semua pihak, bukan hanya pada sesetengah pihak sahaja.
Sekarang yang paling penting ialah perpaduan oleh orang Melayu itu sendiri.
Dear All,
Pada pendapat saya, PELAN yang terbaik, marilah kita sama-sama berganding bahu & bekerjasama membangunkan semula MELAYU ISLAM walaupun berlainan aliran parti. TETAPI YANG LEBIH PENTING, MARILAH KITA SAMA-SAMA SINGKIRKAN DAHULU PEROSAK 'BERUK2' YANG MENJAHANAMKAN ORANG MELAYU, TERUTAMA SEKALI 'KJ' DAN YANG SAMA WAKTU DENGANNYA......
Saya bersetuju dengan saranan Dato seri supaya YAB presiden UMNO menyedia dan mengumumkan 'Exit Plan'sebelum PAU Desember ini demi untuk kebaikan UMNO dan negara. Saya yakin kalau tidak dibuat sebelum Desember ini impian Dt Seri Najib untuk menjadi PM tidak akan menjadi kenyataan.Sebagai ahli umno dan salah seorang yang berpengalaman menjadi perwakilan dalam pemilihan umno sebelum ini saya berpendapat dalam pemilihan PAU Desember nanti jawatan presiden akan bertukar kalau Pak Lah masih bertanding.Saya yakin kalau ada pencabar yang berkelibar samaada Ku Li atau salah seorang naib Presiden yang bertanding kali ini Pak Lah akan kecundang.Tak mungkin najib yang mencabar Pak Lah Desember nanti kalau melihat dari situasi sekarang.Ini bermakna selepas Desember nanti presiden baru akan menjadi PM dan akan melakukan rombakan kabinet.Ekoran dari itu perpecahan BN dan UMNO akan bertambah parah dan lebih sukar untuk dipulihkan.Saranan saya Exit Plan yang lebih awal seperti yang dicadangkan adalah perlu disegerakan bagi mengelakkan kemusnahan yang lebih serius kepada UMNO dan BN selepas Desember nanti.Inilah yang ditunggukan PKR!!.
salam dr. khir..sekali lagi izinkan saya menurunkan komen di ruangan komen dr ini..saya berumur 30 tahun dan saya bukanlah seorang ahli UMNO atau parti pembangkang..namun sudah 2 kali saya mengundi parti pembangkang sehinggakan di tempat saya sudah ada istilah2 melucukan ketika demam pilihanraya melanda seperti ABU(asalkan bukan umno) dan macam2 lagi.
semenjak saya mula berminat mengikuti perkembangan politik tanahair dulu, saya memang tidak pernah sesekali bersetuju dengan UMNO (lebih2 lagi ketika 1998)..saya juga secara jujurnya ada juga tidak setuju dengan dr. khir sendiri-di atas sebab2 yang tak perlu saya ulas di sini..dan baru2 ini ketika tersebar meluas di ruang maya ini tentang berita dr. melancarkan blog diri dr. sendiri, ia telah menjadi bahan jenaka dan sendaan di serata blog, myspace dan e-mel..
namun setelah saya lawati blog ini dan membaca tulisan2 dr., serta meneliti komen2 yang diberikan pelawat, terbit rasa kagum kepada dr. di atas keterbukaan dr. menyiarkan komen2 dan pendapat2 bloggers-yang terang terangan tidak bersetuju dgn dr..
pada pandangan peribadi saya, dr. adalah seorang pemimpin dan politician yang talented.adalah sesuatu yang menyedihkan sekiranya karier dr. dibunuh oleh beberapa karakter politikus jadian yang mementingkan tekak kawan kawan sendiri.saya juga bersetuju bahawa dr. adalah seorang pemimpin berkharisma, yang mana hari ini pemimpin seperti dr. sangat sedikit bilangannya di dalam UMNO.berbanding dengan parti parti pembangkang yang ternyata kesemua wakil mereka yang menang pada PRU yang lepas adalah pemidato2 yang hebat, berkharisma dan sangat disenangi rakyat terutamanya rakyat kelas bawahan seperti saya.
keterbukaan dr. dalam menerima kritikan dan komen yang mungkin tidak disenangi oleh dr. sendiri dan meng'approved'kan komen2 itu amat saya sanjungi.malah langkah dr. membuka blog peribadi seperti ini juga saya puji.kerana lumrah blog(tidak semua) adalah medan serang menyerang sekiranya pendapat tidak seiring dan ada ketikanya serangan2 tersebut bersifat melampau dan tidak berhemah.
secara peribadinya saya ingin menyatakan bahawa ketika dr. dilantik menjadi MB Selangor dulu, timbul juga sedikit rasa bangga kerana sewaktu saya pulang ke kampung arwah abah saya di Tanjung Karang, beberapa saudara saya menyatakan bahawa 'Khir Toyo orang kampung kita jugak'..dan salah seorang makcik saya pernah menyatakan bahawa dr. adalah kawan kepada arwah abah saya ketika kecil dulu, di mana dr. dan kawan2 arwah abah saya bersama2 mandi parit(maafkan kalau fakta ini hanya rekaan orang kampung saya).begitulah nostalgiknya saudara mara saya ketika bercerita tentang dr.
hari ini dr. tidak lagi di atas namun saya ucapkan tahniah kerana dr. masih tidak lemah semangat dan berani mengkritik tentang kepincangan dalam parti dr. sendiri. saya sangat percaya , insyaAllah karier politik dr. akan menyinar kembali.kalau bukan dalam negeri Selangor, mungkin di dalam kerajaan persekutuan, dan kalau bukan BN memerintah sekalipun, dgn izin Allah dr. akan menyerlah dalam barisan pembangkang di parlimen.
kepada kawan2 dari parti PR, saya berharap sekiranya anda mahu meletakkan komen anda di blog dr. khir atau blog pemimpin BN yang lain(kalau ada), dapatlah kiranya dilakukan dengan kadar berhemah dan beradab..sama sama kita ingat bahawa dr. Khir Toyo pernah menjadi pemimpin negeri ini suatu waktu dahulu, dan walaupun hari ini beliau tidak lagi di kerusi pemerintahan selangor, bersama kita hormati beliau sebagai seorang yang pernah berkhidmat untuk rakyat negeri ini..oleh itu diharap dapat lah kawan kawan mengelakkan dari melontar komen2 kritikan bersifat melampau dan sebagainya kepada beliau..
akhir kata saya doakan dr. dan keluarga sihat2 selalu, dilindungi-dirahmati Allah hendaknya, dan selamat berjuang DSDKT.saya pula akan terus menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.wassalam.
Allah selamatkan Sultan Sultan Melayu !!...
Allah selamatkan Rakyat Malaysia !!
Dato' Seri, Assalamulaikum,
Mengapa ya orang Melayu disesakkan mindanya sekarang ini dengan agenda perubahan UMNO dan konflik dalamannya? Saya berharap UMNO dapat menyelesaikan konfliknya tapi jangan babitkan orang Melayu. Benar UMNO itu parti Melayu (rasanya lah) tapi bukan semua orang Melayu menjadi ahli UMNO. Dan juga UMNO tidak pernah dinobatkan sebagai satu-satunya penyelamat bangsa Melayu. Minta tolong ya, bukan semua orang Melayu mengiktiraf agenda Melayu yang dibawa oleh UMNO, jadi cukup-cukuplah dengan usaha menyelamatkan ketuanan Melayu, agenda orang Melayu dan gendang kosong pemimpinan Melayu. Bahasakan sahaja ia sebagai ketuanan UMNO, agenda UMNO dan kepimpinan UMNO.
Keduanya, mengapa PM anda sahaja yang dipersalahkan apabila berdepan senario seperti ini? Mengapa para pemimpin UMNO yang lain, juga ahli-ahli UMNO yang selama ini hidupnya bergantung kepada ihsan kontrak kurniaan pemimpin UMNO tidak tergerak hati melihat wajah sendiri di cermin besar rumah masing-masing? Betulkah aku? Amanahkah aku? Ikhlaskah aku kepada rakyat selama ini? Kronisme, Rasuah dan Ketamakan itu, adakah tidak aku lakukan selama ini? Adakah aku berada pada landasanNya selama ini? Jangan menuding jari pada susuk PM seorang sahaja sedangkan kita tidak pernah mahu mengaku segala salah dan silap kita. Terima kasih dan assalamualaikum.
Salam Dr Khir
Exit Plan untuk Kebaikan.. n what about Entrance Plan plus Sustaining Plan after Exit Plan??
What most lacking in UMNO specifically and BN generally are their sustaining plans..
I have been reading too many articles about this issue.. on of them noted that every 10 yrs..UMNO is in chaos..
I agree very much what Tun Mahathir said..its the inner power within UMNO members could bring Pak Lah down.. by then it will be too humilating esp for UMNO..
Back to my Entrance Plan.. the question will be.. the BEST candidate to replace Pak Lah within UMNO? I guess u know too well the answer and the reasons.. let me guide u.. ACTUALLY THERES NONE.. isnt it scary?
The rakyat placed their protest in the last GE12.. my dear Dr Khir.. thats the rakyat's Exit Plan.. so whats UMNO then.. dont tell me GE13 u guys wished to be taught another lesson? 5 yrs is not too long for us to decide...
Dont worry Dr Khir.. just do what u have to do.. in a moment when those members of MT denies u.. we the rakyat will look upon u..
JUST DO WHAT U HAVE TO DO FOR UMNO AND RAKYAT..
Dato', saya nak tanya pasal satu benda. berkenaan dengan pemimpin yg saya sanjungi.. pasal pak lah. saya dpt gambar dia minum sake. is that true?? saya serba salah sgt.. saya menyanjung penuh kepimpinan umno n paklha.. tapi kalau dah terangan buat salah, saya jadi ragu2..
plus, saya jugak dpt gamabr pemuda UMNO, hishamudin tgh seronok memgang tin beer.. dengan gambar wife dia.. tapi tu gamabr dulu2 la, mcm zaman muda2 gitu.. saya tergamam jugak la.. rasa mcm tak berbaloi tatat setia family saya pada BN n UMNO..
saya rasa cara yang paling mudah untuk memperlihatkan muka sebenar penyokong PR ini hanyalah jika Datuk seri sanggup memperjuangkan satu perkara iaitu membuka pengambilan pelajar-pelajar universiti awam untuk semua tanpa mengira kuota yang ada. Sekarang ini ramai kaum melayu yang masuk dan mendapat pendidikan universiti awam tidak mempunyai perasaan terima kasih kepada kerajaan yang membolehkan mereka masuk mengikut kuota yang ada. Saya rasa sistem kuota ini tak adil sebab yang layak masuk terpaksa meninggalkan negara kita untuk belajar ke luar negera seperti Singapura, Australia, AS dan UK dengan perbelanjaan sendiri atau biasiswa dari luar. Berapa banyak kaum yang belajar dengar biasiswa dari luar? Semuanya minta dar JPA, MARA, Petronas dan agensi kerajaan. Tak tahu malu ke? Lepas dapat apa yang dikehendaki, mula belajar mengutuk itu dan ini malah untuk cari kerja pun nak dicarikan. Macam mana kaum melayu nak maju. Bila kuota kemasukkan ke universiti dihapuskan, muka mereka yang mengutuk kerajaan BN ini akan mengigil dan cuba cari alasan. Disini, saya cadangkan agar Datuk Seri mengeluarkan usul agar Sistem Kuota Kemasukkan Ke Universiti Awam dihapuskan dengan segera mulai dari tahun ini.
Salam DSKT,
Sebenarnya Exit-Plan ini perlu dilakukan oleh semua pemimpin tertinggi UMNO. Kemudian dasar & perlembagaan UMNO perlu di ubah secara drastik. Pegangan kuasa perlu ada had. MP & ADUN (termasuk PM & TPM) perlu dihadkan maksimum 2 penggal sahaja, supaya wujud penggiliran kuasa. Cawangan & bahagian juga perlu adakan pemilihan setiap 2 tahun. Melalui had ini, salah guna kuasa dan pengumpulan kekayaan dapat di halang.
DSKT mungkin harus mencontohi Dato Ruhanie (kudakepang) & Sang Kelembai yang sejak dulu lagi memberi pelbagai teguran dan pandangan tentang masalah UMNO. Tetapi baru kini kandungan blog kedua tokoh UMNO ini di pandang serius.
Siakap, senohong, gelama, ikan duri,
Dulu cakap blog pembohong, lama-lama BN juga yang ikuti.
Tunduk lalang dibuai angin,
Tunduk padi kerana isinya,
Kuasa dan kekayaan idaman pemimpin,
HIngga lupa kepada rakyatnya.
Kuasa yang kekal hanya milik Allah s.w.t. Dari-NYA kita datang, kepada-NYA jua kita pergi.
Salam DS Dr. Khir,
Telah agak lama juga saya mengikuti komentar2 DS.
Dan agak lama juga saya menelah komen2 yg diberikan disini.
Bagi saya,banyak komen2 yg disuarakan pembaca blog hanya mengiyakan rumusan say utk soal selidik postmortem prestasi BN baru-baru ini.
Rakyat Malaysia masih lagi menyuarakan isu barang naik,minyak naik,korupsi dan sebagainya.
Walau banyak mana penjelasan diberikan, rakyat hanya mahu mendengar pengakuan bahawa BN tidak mampu memerintah. Hanya ayat itu sahaja dan tiada lain.Sebilangan rakyat ingin dengar apa yang mereka MAHU dengar.
Sebilangan rakyat masih tidak mampu/tidak mahu berfikiran secara kritikal dan analitikal,membuat kajian persendrian yg menyeluruh,membandingkan info2 dari dalam dan luar,mainstream dan underground.
Sebilangan rakyat menganggap kata org sperti DS Anwar sebagai 'the ultimate truth' tanpa menyedari DSAI juga sedang memperkotak-katikkan pemikiran rakyat.Apakah ini juga kesan dari polisi pendidikan DSAI semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan?Iaitu mencipta pengikut yg tak boleh berfikiran jauh.
Secara ringkasnya Dato', masih lagi ada RAKYAT MALAYSIA YANG TIDAK MATANG
dalam menilai situasi dan membuat keputusan. Belum lagi masuk isu korupsi dikalangan rakyat sendiri.
Saya juga percaya,ada dikalangan rakyat yg suka menuduh org itu dan ini korup,juga korup walaupun dalam skala kecil.
Jadi sukalah saya ingin menyatakan bahawa tanggungjawab UMNO kini,antaranya, adalah berusaha mematangkan pemikiran rakyat melalui polisi pendidikan yg utuh dan juga melalui kerja2 kebajikan.
Assalamualaikum Dato Seri,
Saya berumur 24 tahun. Lahir di bawah pentadbiran TDM.Dari kecil hingga besar, nama beliau sentiasa di dalam minda saya sebagai seorang Perdana Menteri yang hebat.
Saya selesa dengan kehidupan di bawah pentadbiran beliau ditambah pula dengan bapa saya yang memang fanatik BN. Anak mana yang tidak terpengaruh dengan bapa hinggakan saya juga pantang jika ada orang yg mengutuk BN atau mencerca kepimpinan BN. Pada pilihan raya yg lepas, kali pertama saya mengundi. Tetapi saya amat terkejut apabila bapa saya bersungguh-sungguh menyuruh saya memangkah pembangkang. Katanya..."abah dah muak...menyampah..". Waktu itu, saya amat keliru. Kenapa bapa saya yang saya kenali sebagai fanatik BN itu menyuruh saya memangkah pembangkang. Adakah sebab sekarang dia lebih banyak bergaul dengan orang2 yang menyokong pembangkang? Saya tidak kisah semua itu, yang penting saya sayangkan bangsa saya dan saya tetap memilih BN, UMNO khususnya.
TETAPI Dato Seri, setelah keputusan pilihanraya keluar, saya teramat terkejut. Rupanya bukan bapa saya seorang yg bersikap begitu. Lebih ramai di luar sana yang dulunya setia kepada BN kini beralih arah..Hinggakan negeri saya juga jatuh ke tangan PAS.
Kalau dulu saya jarang membaca tentang politik, kini tidak lagi.
Sekarang, saya sedang mempelajari sedikit demi sedikit isu2 politik yang berlaku dalam negara dan pilihan raya yang akan datang saya akan bertindak sewajarnya...
Dr..
Dah lama saya tak singgah blog nie..
Apa yang saya ingin kan ialah pemimpin2 yang bersih di UMNO...
Rakyat ingin kan itu sahaja...
wASSASalam
Assalamualaikum YB,DSDKT,
Bila tsunami PRU12 melanda, ramai pemimpin yang dibuang oleh rakyat. Dan bila BN gagal di beberapa negeri, dan bila Kelantan masih teguh dibawah PAS. Dan ini semua hendaklah disalahkan kepada PAK LAH. HUH, BN masih berkuasa tapi berkurang pengaruh.
Sewaktu YB, berada di atas Selangor dulu, YB, kurang melihat Bukit Beruntung, Bukit Sentosa yang rumah penduduk di sana banyak dirosakkan oleh golongan kemaruk BESI BURUK. YB kurang melihat pembangunan sepanjang jalan raya dari Ampang ke Hulu Langat, ke Semenyih ke Kajang ke Sepang ke Sungai Pelek ke Banting. YB kurang beri perhatian kepada penduduk dari Batu Caves ke Sungai Tua, ke Ulu Yam, ke Batang Kali, ke Kuala Kubu Baru, Ke Fraser Hill (penduduk orang asli kawasan berkenaan), dari KKB ke Tanjung Malim.
Dan saya perhati jalan Kuala Selangor dari Meru ke Kuala Selangor bukan main gah.
Kenapa mereka ini diabaikan, tindakan itu, memberi impak kepada BN.
Sekarang, jangan cuba mencari jalan macam mana nak menjatuhkan Pak Lah tetapi cari lah jalan macam mana mahu menarik hati rakyat Selangor supaya kepada memihak kepad BN.
Bersatulah teguh bercerai roboh, lupakah pada sejarah Melaka, kenapa a Portugis boleh masuk, kerana melayu berpecah, kenapa negara Islam Sepanyol musnah, kerana penganut Islam masa itu berpecah dan membantu penentang Islam memusnahkan negara Islam, kenapa kerajaan Abbasiah di Baghad musnah yang dikalahkan oleh Halagu (kaum Tartar), kerana umat islam berpecah.
Sekian