Thursday, April 3, 2008

Kepimpinan Negara & Isu Rakyat

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Saya telah membaca semua komen-komen yang telah diberikan dan cadangan-cadangan yang telah diutarakan. Sebahagian komen itu terlalu peribadi untuk diulas. Bagaimanapun, saya mengambil maklum mengenai komen-komen tersebut. Saya berharap sahabat-sahabat bloggers dapat memahami apa yang hendak dijelaskan. Di sini saya senaraikan beberapa isu utama yang telah sahabat-sahabat timbulkan dalam topik sebelum ini.

Kritikan terhadap Barisan Nasional & UMNO

Saya menerima banyak kritikan mengenai kekalahan Barisan Nasional di Selangor. Saya terima kritikan tersebut dengan hati terbuka dan sebahagiannya saya rasakan relevan untuk dikongsi dengan anggota Majlis Tertinggi UMNO. Suara para bloggers akan saya bawa ke dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang. Berhubung dengan cadangan-cadangan yang diutarakan yang konstruktif pasti akan memberikan kelebihan kepada saya untuk memahami permasalahan di bawah.

Pembangunan Infrastruktur

Saya ingin mengambil perhatian sebenarnya banyak aduan-aduan berkaitan dengan masalah kawasan dari segi infrastruktur telah saya terima melalui website saya sebelum ini. Bukannya saya memekakkan telinga saya, cuma kekangan agensi perlaksanaan dan kekangan kewangan kerajaan negeri, maka saya tidak dapat memenuhi kesemua permintaan tersebut. Sungguhpun begitu, saya faham harapan teramat menggunung dan keupayaan tidak dapat mengatasi kehendak rakyat. Saya mengharapkan masalah-masalah saudara-saudari akan dapat diatasi oleh kerajaan yang telah kita pilih bersama dalam pilihanraya lepas.

Pembangunan Negeri Selangor

Baru-baru ini saya telah berjumpa dgn MB YAB Tan Sri Khalid Ibrahim semasa penyerahan tugas secara rasmi dan saya mengharapkan MB YAB Tan Sri Khalid Ibrahim akan dapat mengekalkan prestasi kerajaan negeri membangunkan Negeri Selangor.

Untuk pengetahuan semua, saya telah meninggalkan prestasi kewangan Kerajaan Negeri yang baik. Hari ini terdapat RM800 juta wang dalam tabung Kerajaan Negeri Selangor dan RM600 juta dalam simpanan, menjadikan jumlah keseluruhan RM1.4 billion. Saya berharap tidak ada alasan untuk kerajaan meningkatkan lagi prestasi pembangunan di Negeri Selangor dari segi fizikal dan spiritual.

Kepimpinan Negara

Berhubung dengan kepimpinan negara, saya sedar terlalu ramai suara rakyat dalam blog saya yang inginkan Perdana Menteri melepaskan jawatan. Saya merasakan isu kepimpinan ini merupakan rentetan dari isu-isu pokok yg tidak dapat diselesaikan secara jelas dan tuntas, dan akhirnya pemimpin itu dilihat lemah dan gagal menerajui negara. Bagi saya, isu pokok perlu diselesaikan dulu.

Isu-isu Rakyat

Rakyat Malaysia telah lama memendam rasa berkait dengan masalah ekonomi:

(1) kos hidup yang tinggi terutamanya di bandar berbanding dengan gaji yang diperolehi ditambah dengan kurang kemudahan pengangkutan awam yang memaksa rakyat berbelanja sehingga 50% pendapatan mereka untuk pengangkutan.

(2) Agihan ekonomi yang tidak menyeluruh yang menyebabkan golongan berpendapatan rendah dan pertengahan yang tidak berpuas hati.

(3) Kos pendidikan yang meningkat.

Masalah kedua ialah faktor pendidikan di antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan yang banyak menyebabkan kaum India dan Cina yang tidak berpuas hati. Kita harus melihat semula sekolah venecular secara proaktif. Sedangkan kita telah menerima kewujudan sekolah ini sejak merdeka tetapi pengiktirafan kerajaan masih tidak dilihat secara jelas.

Masalah yang ketiga ialah masalah antara agama yang terus membarahi jiwa sama ada orang Islam atau agama lain. Satu tindakan perlu diambil untuk menjernihkan kekeruhan antara agama ini mengikut perlembagaan negara.

Bagi saya Jawatankuasa Khas (high power committee) perlu memformulakan semua penyelesaian terhadap masalah di atas tanpa mengorbankan kepentingan orang Melayu dan agama Islam di samping tidak meninggalkan tuntutan orang lain.

Isu-isu ini lebih penting untuk dilaksanakan; kemudiannya kita bolehlah memikirkan siapakah yang lebih layak untuk memimpin negara pada fasa kedua 50 tahun kemerdekaan negara.

Sahabat-sahabat bloggers, marilah kita berbahas mengenai topik ini secara objektif dan berhemah. Hanya pandangan yang menepati topik perbincangan akan disiarkan dalam blog ini. Selain itu, tulisan berunsur fitnah, hasutan atau yang menggunakan bahasa kesat akan ditolak. Selamat memberikan pandangan.

358 comments:

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 358   Newer›   Newest»
globodyne said...

keterbukaan dato dlm artikel ini saya puji. diharapkan komen ini tulus ikhlas dari hati dato. selagi ianya selari dgn aspirasi sebenar rakyat di negeri selangor amnya, maka saya akan terus bersangka baik kepada pandangan2 dato yg diutarakan.

globodyne said...

juga saya ingin menambah sebagai maklumbalas terhadap isu-isu rakyat yg dibangkitkan di dalam artikel dato ini. saya merupakan seorang golongan profesional yg tidak menganggotai sebarang keahlian parti2 politik di negara ini.
isu pertama yg ditulis dato berkenaan kos ekonomi yg semakin meningkat sememangnya mempengaruhi keputusan membuang undi saya sewaktu PRU12 yg lepas.
walaupun saya di kalangan golongan pertengahan namun tekanan ekonomi yg semakin meningkat memberi kesan kepada kehidupan saya. dan saya fikir kesan ini dikongsi bersama oleh golongan lain seperti saya. tidak dapat saya bayangkan bagaimana kesan tekanan ekonomi ini kepada rakyat terbanyak di negara ini khasnya mereka yang berpendapatan rendah yang berkeluarga dan tinggal di persekitaran perbandaran (urban area) yg sudah sedia termaklum kos sara hidup adalah lebih tinggi berbanding luar bandar. dan saya pasti mereka yg tinggal di luar bandar juga tidak terlepas daripada bahang tekanan ekonomi ini walaupon ianya tidak sehebat mereka yg tinggal di bandar.
diharapkan pihak pemerintah pusat memberi lebih penekanan kepada isu ini demi keberterusan kesejahtaraan dan kemakmuran rakyat dan seterusnya mencapai keseimbangan ekonomi di setiap lapisan masyarakat di negara tercinta ini.

Fadhil said...

Salam Dr. Khir,

Pertamanya, izinkan saya mengucap selamat datang kpd Dr ke alam blogging. Baru beberapa hari lahir, sudah berpuluh ribu visitors-nya. Syabas.

Saya yakin Dr sudah terima hakikat yg blogging ini mempunyai munafaat dan pengaruhnya tersendiri. Saya harap Dr dpt menegur rakan-rakan Dr dlm UMNO yg begitu berpandangan negatif terhadap realiti ini, antara lain Nazri Aziz, Noraini Ahmad dan baru-baru ini Khaled Nordin. Cuma terlintas di fikiran saya, adakah Dr akan jadi blogger sekiranya Dr terus memerintah Selangor? Hanya Dr sendiri yg boleh menjawab persoalan ini. Namum begitu, usaha yg baik akan saya sokong juga.

Saya rasa tak perlu bagi saya menambah kritikan kpd pucuk pimpinan UMNO... cukuplah apa yg Dr dah dengar dari forum tempoh hari. Cuma komen ringkas dari saya ialah pemimpim UMNO hari ini tidak nampak langsung sikap keikhlasan dlm memperjuangkan nasib rakyat, tidak kira dari apa bangsa mahupun kaum. Kebanyakannya hanya mahu jadi org penting semata-mata utk melapik poket sendiri.

Selamat mencuba membawa perubahan dlm UMNO.

Farhan said...

dato,pembangunan rohani juga perlu diberikan keutamaan bagi saya.tak begitu Dato?

Ravi USJ said...

Komen saya tentang pembangunan negeri Selangor ... Kita boleh elakkan belanjawan kosmetik seperti lampu khas di simpang jalan yang tidak memberi menafaat dan fokus kepada pembangunan taman permainan di tempat perumahan, tempat letak kereta dan menambah kemudahan sukan di sekolah.

Masalah kemudahan permainan dan sukan di sekolah-sekolah menyebabkan murid-murid pergi ke gelanggang luar untuk latihan.

Tempat letak kereta pula suatu masalah "perpetual" di tempat perniagaan seperti USJ Taipan, PB Puchong dan Subang Jaya. Kalau adapun tempat letak kereta bertingkat, harganya tinggi dan jalan masuk-keluar tidak sesuai.

asri said...

kos sara hidup yg meningakat dialami diseluruh dunia..saya lebih cenderung kepada penyediaan peluang pekerjaan kepada rakyat msia..tidak ada guna barangan murah jika rakyat tiada duit untuk membeli..saya berpendapat sudah sampai waktu kerajaan malaysia mengadakan polisi Malaysianisation terhadap mana mana majikan dengan mengutamakan rakyat tempatan didalam mengisi kekosongan jawatan terutama jawatan yg kritikal..dan bagi pihak kerajaan juga mestilah berupaya untuk mencipta pekerjaan kepada rakyat msia..

mamupenang2020 said...

Assalamualaikum wbt dan salam pejuangan,

Dulu masa zaman Tun Dr Mahathir menjadi pemimpin kita di dalam UMNO dan Perdana Menteri apa yang telah kita lakukan pada beliau yang sememangnya pemimpin Malaysia yang paling berwibawa sepanjang tempoh 50 tahun Malaysia merdeka. Orang di dalam UMNO sendiri menjadi pencadang dan menyokong supaya TDM turun dari kepimpinan tertinggi negara ketika itu. Alangkah sedihnya saya lihat apabila TDM diperlakukan seperti seorang yang tidak ada guna pada negara sedangkan beliaulah yang banyak membawa Malaysia ke persada antarabangsa sehingga nama Malaysia dikenali di seluruh dunia. Sekarang nie Pak Lah pula dijadikan sasaran. Memang diakui bahawa Pak Lah agak kurang kredibilitinya sebagai seorang pemimpin yang diharapkan. Ratanya semuanya tahu akan perkara nie. Tapi kita sebagai orang UMNO ketika itu masih berdiam diri membiarkan TDM diperlakukan sedemikian rupa. Tak ramai pemimipin kanan ketika itu berani mempertahankan TDM supaya turun dari takhta masing-masing hendak menjaga periuk nasi kerana beranggapan taring dan bisa TDM sudah tidak boleh dipakai lagi. Tahukah kita semua bahawasanya TDM ketika tu menanti-nanti ahli-ahli UMNO untuk kembali kepadanya, menyokong beliau dari segi moral, semangat dan sebagainya di ketika waktu beliau sedang dijatuhkan oleh orang UMNO sendiri. Ke manakah kita semua ketika itu? Jawaplah wahai saudara/i ku sekalian. Sehingga kini saya masih meletakkan kesalahan dan krisis yang berlaku ketika ini adalah salah kita semua sebagai ahli UMNO yang ingin tidak tahu mengenang budi dan jasa pemimpin berwibawa.

Sekarang ini giliran Pak Lah pula. Oranag UMNO sekali lagi akan memperlakukan perkara yang sama seperti mana yang berlaku pada TDM. Persoalannya adalah adakah kita telah ada pengganti yang lebih baik dari Pak Lah yang dapat memberikan jaminan perkara "kotor" tidak akan berlaku. Saya rasa saudara dan saudari ada jawapannya di dalam kota fikiran ketika nie. Najib. Benarkah Najib boleh diharapkan? Siapa lagi? Berikan nama. Jawapanya sudah tentu kita semua akan buta untuk mencari pengganti.

Sayang seribu kali sayang. Permata berwibawa yang kita ada dahulu telah dicampak jauh ke dalam "lombong". Amat sedih sekali. Orang UMNO gamaknya dah buta hati sekarang nie. Amat sedih dan sayang sekali saya pada TDM kerana kepimpinan beliau sebenarnya masih diperlukan lagi oleh Malaysia. Tapi apa boleh buat. Nasi dah jadi bubur. Dah tak boleh nak patah balik dah sekarang nie.

Apa yang saya nampak ketika nie adalah kita sebagai orang UMNO kena bersatu hati untuk membantu Pak Lah. Silapnya Pak Lah kerana halangan dari orang disekelilingnya. Manusia-manusia nie lah yang menjadikan Pak Lah hancur ketika nie. Jangan lah kita jadi seperti pembunuh Hang Nadim kerana ada hasad dan dengki untuk merebut kuasa. Sejarah melayu sendiri banyak menceritakan perihal ini di dalam pelbagai hikayat. Orang melayu memang mudah lupa dan kuat perasaan hasad di dalam diri.

Kembali lah wahai rakan-rakan UMNOku. Periksa diri masing-masing. Kembalilah pada Alif Ba Ta (Agama, Bangsa dan Tanahair). Kembali pada agama adalah kunci yang dapat menyatupadukan seluruh warga UMNO. Sebenarnya orang UMNO patut berkawan dengan orang PAS. Kalau kaum Muhajirin dan Ansar boleh bersatu kerana agama kenapa tidak orang UMNO dan PAS. Sejarah Islam dah buktikan perkara sulit tidak akan menjadi sulit kalau kita kembali pada Islam (Al-Quran dan Hadis).

Sama-samalah kita bantu Pak Lah dengan menyingkirkan manusia-manusia durjana yang ada sekelilingnya yang banyak memberikan maklumat dan input yang sesat lagi durjana.

Akhir kata saya mohon maaf kepada seluruh ahli UMNO yang membaca penulisan saya ini. Hanya Allah saja yang tahu segala kejadian yang berlaku semalam, hari ini dan kemudiannya. Bersatulah seluruh saudaraku. Allahuakbar.

Mamupenang2020
http://mamupenang165.blogspot.com/

Jed Yoong said...

Good.

"Untuk pengetahuan semua, saya telah meninggalkan prestasi kewangan Kerajaan Negeri yang baik. Hari ini terdapat RM800 juta wang dalam tabung Kerajaan Negeri Selangor dan RM600 juta dalam simpanan, menjadikan jumlah keseluruhan RM1.4 billion. Saya berharap tidak ada alasan untuk kerajaan meningkatkan lagi prestasi pembangunan di Negeri Selangor dari segi fizikal dan spiritual."

I also hope that the Exco will increase this RM1.4billion. And not their personal assets, which will be declared to public after all with conditions.

ex-Koleq, ex-Alam Flora said...

Dato' Seri,

Your writing style is elegant (casual yet still maintains some degree of formaility), succinct and straight forward - shows a lot about your character. I hope you continue writing as yourself and not utilizing certain styles to impress.

I feel you have already had excellent grasp on the issues involved. Tak perlulah dibangkitkan isu-isu yang sama berulang kali.

Saya doakan Dato' Seri embraces the previlege of having first hand communication with the public via blogging and act accordingly.

When people write 'rakyat susah', 'barang/petrol mahal', 'tak suka orang UMNO menunjuk rumah/kereta mewah', 'corruption is real in Malaysia' etc - percayalah. Those are the true sentiments now.

Blogging may be your utmost utility - knowing burning issues involving the people - towards realizing your 'perjuangan'.

Salam hormat.

Nurzairi Nurdin
TTDI Jaya, Shah Alam

p.s. Heard you move to Glenmarie area now. TTDI Jaya is just a stone throw's away. Dato' Seri is invited to drop by for teh tarik :)

Sunduvan said...

Ok.. Jawapan saudara memang ada juga yang masuk akal. Jika dahulu lagi saudara dah bertindak seperti ini rajin mendengar suara rakyat alangkan baiknya. Masalah kepimpinan dan menyelasaikan isu pokok yng saudara maksudkan sebentar tadi sebenarnya berkisar kepada kepimpinan itu sendiri. Masalah pokok di sini ialah masalah kepimpinan. Bagi hemat patik..yang bermasalah disini ialah pemimpin itu.

Korupsi, pemimpin tidak bermoral, bodoh sombong, bongkak, kepala sengkek..semua tu masalah kepimpinan. Masih teringat dahulu.. ada pemimpin yang mengesa rakyat supaya berjimat cermat kesan kenaikan harga barangan. Rakyat memang tidak perlu diberitahu untuk berjimat, memang kita sentiasa berjimat sebab rakyat bukan sahaja membayar cukai tetapi juga semua keperluan seharian keluar dari poket sendiri.

pemimpin yang mengesa rakyat berjimat ini pulak, makan minumnya, rumahnya, elektriknya, keretanya, minyak keretanya, orang gaji, dia nak pegi tandas pun rakyat yang membayar. Saudara mungkin mengatakan ohh itu duit kerajaan..heh..kerajaan tidak ada duit kalau bukan rakyat membayar cukai dan menyumbang. Jadi jangan leh memandai menyuruh rakyat berjimat kalau diri sendiri tu semua rakyat yang tanggung.

Beli jet baru lah,..renovatelah..itulah inilah..semua nak rakyat tanggung dah tu tak malu suruh rakyat berjimat. Nak berjimat apa lagi kalau dah habis di perah.

Jadi berbalik kepada topik tadi patik rasa persoalan pokoknya ialah menyelesaikan para pemimpin yang tidak sedar diri ini. Itulah persoalannya.

Saya minta maaflah kalau saudara tidak suka leteran ini..tetapi ini kan dunia blog. Sudara sudah terjun kedalam bidang blog memblog ni kena berhati terbuka juga. Betul ke tak?

kernelstackdump said...

Kemelut ekonomi ini dirasai oleh kebanyakan lapisan masyarakat yang merasai kemewahan di zaman Tun Dr Mahathir. Kehidupan dalam “confort zone” ini menyebabkan mereka alpa dan lupa kepada sebarang timbal balas ekonomi yang kembang kuncup mengikut teori kapitalis. Sementelah turunnya TDM, kepimpinan baru dilihat mengecewakan rakyat dengan pelbagai isu. Rakyat melihat kelemahan kepimpinan negara sebagai sebab kelembapan ekonomi ditambah dengan pelbagai rumours tak berbukti nyata seperti penglibatan Khairy Jamaluddin dan lain-lain yang dilihat sebagai kroni Pak Lah. Tetapi yang menyemarakan lagi kemarahan rakyat bilamana tiada tindakan untuk menjawab hujah-hujah pembangkang tidak kira dari dalam atau luar UMNO.
Rakyat menantikan penjelasan isu-isu yang berlegar tidak kira di alam siber, akhbar mahupun kedai kopi. Bagi yang tegar pembangkang, mereka merasakan apa jua isu yang dikemukakan kepada mereka adalah benar tanpa memikirkan logic dan kebenaran hal tersebut. Apa jua yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim dianggap benar bilamana pihak kerajaan gagal menjawab isu tersebut. Saya berpendapat, rakyat boleh bersabar dengan keadaan ekonomi yang gawat seandainya mereka tahu mengapa mereka perlu bersabar dan mereka menganggap kesabaran mereka sebagai satu sumbangan kepada Negara. Tetapi kesabaran itu ada hadnya bilamana semakin banyak isu dimainkan tanpa satupun Berjaya dijawab. Isu Khairy Jamaluddin, Isu Jambatan Bengkok, Isu Scomi, Isu Altantuya, Isu kenaikan harga minyak, Isu kenaikan harga barang dan pelbagai isu menghimpit kesabaran rakyat dari hari ke hari dan akhirnya kesetiaan kepada UMNO dan BN terpancut keluar bilamana impak itu sudah tidak lagi tertahan dan sentiment itu dimainkan pembangkang saban hari. Malahan pihak pembangkang memberikan penyelesaian yang pada zahirnya kelihatan logik dan penuh harapan seperti mempergunakan keuntungan Petronas untuk mengatasi kemelut yang berlaku.
Rakyat tidak lagi memperdulikan alasan kegawatan ekonomi dunia tetapi secara mudahnya melihat bahawa pada zaman TDM, sekalipun ekonomi dunia diserang teruk, TDM berjaya menyelamatkan Malaysia. TDM Berjaya mengubah persepsi rakyat bahawa kegawatan itu bukan disebabkan kegagalan pentadbiran atau kelemahan kerajaan tetapi menyalahkan George Soros. Rakyat menuding kesalahan itu kepada George Soros dan sentiment tersebut dimainkan media dengan efektifnya sehinggakan tidak berlaku sebarang tindakan seperti Negara lain untuk mengulingkan kerajaan sedia ada malahan rakyat bersatu hati menyokong kerajaan untuk menyelamatkan Negara. Tetapi dengan keadaan sekarang, rakyat dimomokkan dengan gambar Pak Lah sedang tidur… Bukan satu malahan kalau dijadikan album, mungkin penuhlah satu album. Dan rakyat merasakan ini adalah kegagalan kepimpinan Negara mengurustadbir kerajaan sehinggalah akhirnya menyebabkan rakyat menderita dan penderitaan itu bertambah perit bila mendengar kroni-kroni Pak Lah mendapat pelbagai projek mega!
Bagi saya…. Isu Pak Lah tidur sepatutnya dijawab dengan bijak sekalipun ianya hanya rekaan semata-mata. Jawapan yang bijak akan menyebabkan ianya menjadi factor simpati kepada beliau. Pak Lah hanya tidur sebelum kematian arwah Endon… Alasan terbaik ialah, Pak Lah berjaga malam menjaga isteri tercinta disaat-saat akhirnya personally tanpa dibantu oleh sesiapa. Rakyat akan melihat Pak Lah sebagai a good husband, a good man and a good leader. Tetapi… Isu itu dibiarkan berterusan.. Apa bila berlaku masalah kepada ekonomi dan masalah dalaman lain seperti isu HINDRAF, rakyat menuding jari kepada Pak Lah kerana gambar beliau tidur sudah terukir kukuh dalam hati mereka.
Bagi saya, penyelesaian isu ekonomi dan lain-lain isu boleh diselesaikan dengan lancar seandainya rakyat “ditenangkan” terlebih dahulu. Gunakan media perdana untuk menerangkan kepada rakyat pelbagai isu tetapi terangkan dalam “bahasa” yang mudah tanpa penggunaan ayat sakarstik dan pelik-pelik. Jangan bebankan lagi kepala rakyat dengan pelbagai perkara berat.
Rakyat tak akan kesah sangat dengan kenaikan harga barangan seandainya pendapatan dan perolehan mereka selari dengan kenaikan harga pasaran. Seandainya gaji kakitangan awam sahaja yang naik, sedangkan swasta semakin terhimpit. Rancakkan ekonomi dengan menyuntik dana ke pasaran domestik, lancarkan pelbagai pinjaman kepada usahawan dan galakkan rakyat berbelanja secara berhemah dalam Negara untuk memastikan aliran tunai adalah aktif. Jangan pulak ajar rakyat “nak makan nasik beriani pergilah ke Australia” hahahahah
Bagi masyarakat Bandar, terutamanya Lembah Kelang, saya berpendapat, perkhidmatan pengangkutan awam boleh diberikan percuma atau dengan bayaran paling minima. Bas-bas RapidKL yang mana kos maintenancenya tinggi hendaklah ditukarkan dengan bas-bas baru yang kos penyelengaraannya lebih rendah. Nak cantik pun, bukannya kita beli bas tu terus dapat body buruk, bukannya kita takleh design bas baru yang cantik, kampeni Malaysia gak yang pasang badan dan interior dia. LRT Putra dan STAR pulak, kasik panjang skit untuk membolehkannya mengangkut lebih ramai penumpang. Semuanya tu bawah tadbiran Khazanah kan?? So… apa salahnya Petronas menderma sikit untuk membolehkan pengangkutan awam Bandar diberikan secara percuma kepada rakyat. Sapa-sapa yang naik kereta tu, nasib la bayar lebih untuk minyak dan tol… Pengangkutan awam dah percuma, alasan minyak dan tol tidak lagi relevan.
Dalam bidang ekonomi pulak. Orang melayu kalau nak Berjaya berniaga, pertama sekali keener ubah mentality. Ramai melayu yang dah kecundang sebelum meniaga. Cina pun bukan ada duit sangat nak berniaga tetapi mereka pandai menggunakan kemudahan bank. Bank Guarantee, Overdraft dan lain-lain istilah, ramai peniaga kita yang tak tau. Galakkan perniagaan supply, jadikan orang melayu pembekal barangan computer, pembekal barangan besi, simen dan galakkan orang melayu jadi pengeksport. Peranan MARA dan bank-bank kerajaan hendaklah memudahkan peniaga melayu mendapat Bank Guarantee dan overdraft, jangan galakkan pinjaman. Wujudkan satu task force memantau peminjam (tak kira pinjam duit/dapat bank guarantee/overdraft) untuk memantau perniagaan. Wajibkan pemeriksaan akaun perniagaan peminjam. Orang melayu tak seharusnya digalakkan meniaga burger, bukak restoran atau berniaga cyber café. Orang melayu mesti jadi pembekal utama sector kritikal yang dikuasai cina. Tanamkan semangat kepada pembekal ini untuk tidak mengambil untung berlebihan, bersaing dengan cina supaya peniaga melayu yang membeli bekalan dari mereka boleh hidup, barulah peniaga melayu akan beli bekalan dari pembekal melayu. Dan peniaga melayu pula mestilah jangan ambil untung berlebihan jugak supaya orang melayu ada semangat beli dari orang melayu jugak. Apa faedahnya beli dengan bangsa lain seandainya bangsa sendiri boleh menjualnya dengan harga setanding??
Kalau nak galakkan pertanian pun, janganlah suruh rakyat tanam mangga atau longan yang mana mangga dan buah-buahan dari Thailand jauh lebih murah. Rakyat nak compete macam mana dengan produk Thailand?.. Sarankan pertanian komoditi seperti sawit dan getah. Galakkan pembukaan kawasan pertanian komoditi baru dengan mewujudkan Zon Pertanian… Rakyat taklehla buka sebarang tanah melainkan di zon-zon yang ditetapkan, mudahkan urusan permohonan tanah, beri bantuan anak benih, racun dan baja… Jangan pulak bukak zon tu, bagi kat korporat. Di zon tersebut, sediakan kemudahan kilang sawit contohnya, kemudahan pengangkutan yang baik dan lain-lain. Kemudian untuk merancakkan lagi ekonomi di zon terbabit, wujudkan zon industry berhampiran dengan menawarkan tempat kepada swasta untuk membina kilang sabun, kilang marjerin, kilang tayar dan lain-lain yang menggunakan bahan mentah pertanian tersebut.
Panjang lak… malas dah… mood takder. heheheh

Pemuda Pelapis said...

Salam sekali lagi YB Dr Khir (DSDK),

Ini merupakan komen kedua saya selepas DSDK mohon pandangan bloggers dlm tajuk kedua tempohari yg saya submit (31/03/2008-8:25AM). Saya cuba dan mencuba e-mel DSDK secara peribadi tapi nampaknya tendang balik. Mungkin salahlah tu agaknya.

Takpe... saya cuma mahu berkongsi pandangan peribadi saja drp sumber2 yg boleh digunapakai kerana sebenarnya terlalu banyak isu-isu panas yg memang sahih dan ada bukti di kalangan rakyat. Bak kata DSDK, ada di antara komen2 drp bloggers yg tak mampu diulas di dlm blog kerana terlalu peribadi dan tak berapa sesuai utk disiarkan secara terbuka takut disalah-ertikan oleh sesetengah pihak yg kurang bertanggungjawab atau cuba mengambil kesempatan utk mengeruhkan lagi keadaan. Saya menghormati pendirian DSDK tapi saya juga berharap semoga DSDK turut memahami keterBUKUan hati ramai lagi rakyat teraniaya yg tidak mendpt apa2 manfaat di atas projek2 pembangunan khususnya di Selangor, yg lebih INDAH KHABAR DARI RUPA dan juga lebih menjurus kpd keuntungan peribadi ahli2 UMNO/BN yg berpengaruh serta suku-sakat mereka. INI TAK PERLU DINAFIKAN kerana saya percaya DSDK sendiri pun tahu dan lebih arif.

Sebagaimana kata2 Exco Pemuda, Dato' Mukhriz Tun Dr Mahathir di dlm FORUM beliau baru2 ini bahawa Pak Lah telah gagal utk menyelesaikan banyak isu-isu rakyat di dlm forum berkenaan dan ini sememangnya BENAR, di mana DSDK turut sama pada ketika itu. Akibat tindakan Perdana Menteri yg tidak bijak menangani isu2 rakyat atau saja mengabaikan kepentingan rakyat maka UMNO/BN tewas teruk pada PRU12 yg lalu. Kerajaan Persekutuan masih mampu dibentuk hanya dgn pertolongan majoriti drp Sabah dan Sarawak. Apa kata kalau dulu Tun Dr Mahathir tidak berusaha menyatukan parti2 di Sabah dan Sarawak ke dlm BN? Sudah tentu hari ini kita berada di bawah pemerintahan Barisan Rakyat atau kerajaan campuran pembangkang... Pun begitu, Pak Lah dan kroni2nya masih nak bermegah dan angkuh dgn memandang sinis segala teguran Tun Dr Mahathir.

Saya berpegang teguh pada HAKIKAT KEBENARAN dan ANTI PEMIMPIN KAKI BODEK/AMPU yg hanya mementingkan diri dan takut dipecat oleh Pak Lah yg sebenarnya TIDAK BERWIBAWA langsung utk meneruskan kepimpinan negara. Di antara PEMIMPIN2 KAKI AMPU yg ketara dan sedang diperhatikan adalah SHAHRIR SAMAD, TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR, MUHAMMAD MOHD TAIB dan beberapa lagi org2 kanan Pak Lah. Mereka ini juga boleh bersikap TALAM DUA MUKA yg diibaratkan lalang. Manakala NAJIB pula layak dilabelkan sbg "YES MAN" yg sedikit smart jika dibandingkan dgn Allahyarham Tun Ghafar Baba suatu ketika dulu. Najib ibarat "ROBOT" kpd Pak Lah yg amat mengecewakan rakyat. Kredibiliti Najib hanya mampu dilihat sementara waktu di peringkat awal sahaja, setelah itu beliau lebih menjadi "PAK TURUT" atau mengikut apa saja tindakan dan kata2 Pak Lah dan beliau seolah-olah amat takut utk bersuara bagi menegur PM. Pemimpin sebegini tidak lagi diperlukan rakyat.

Bukan sekadar Pak Lah yg harus berundur bahkan Najib perlu ikut berundur seiringan dgn Pak Lah. Bak kata Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad, "berundurlah dengan penuh hormat dan rasa bertanggungjawab sebelum disingkirkan". Malangnya nasihat tersebut tidak diambil peduli dan masih mahu menjadi WIRA sedangkan Pak Lah mahupun Najib sedar hakikatnya bahawa rakyat serta sebahagian besar ahli UMNO telah menolak mereka dan hanya menunggu masa sahaja utk disingkirkan jika terus berdegil.

Kini barisan Pemuda harus bangkit utk menyelamatkan parti agar tidak menjadi lebih parah. Sudah tiba masanya utk kita berikan pula laluan kpd pelapis baru yg lebih terserlah kewibawaannya seperti Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Dato' Mukhriz.

Cukuplah dgn apa yg telah berlaku. Saya bersetuju dgn kenyataan Tun Dr Mahathir, "kepimpinan Pak Lah tidak lebih drp menjadikan negara kita sebagai sebuah kerajaan keluarga beliau" dan hanya utk kroni-kroni yg pandai mengampu beliau sahaja. Kita tengok nasib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz yg disingkirkan begitu saja drp kabinet Pak Lah dan ramai lagi org2 lama yg masih relevan dan diperlukan utk terus berada di dlm kabinet. Itulah habuan Rafidah setelah lebih 30 tahun berjasa kpd parti dan negara. Pak Lah telah mengaibkan ramai pemimpin dan rakyat dan menjejaskan imej negara.

Rakyat tidak lagi boleh diperbodoh-bodohkan selama-lamanya. Pak Lah perlu muhasabah diri dan jgn berterusan menyalahguna kuasa sbg PM dan Presiden MT. Sejak dari awal pengambil-alihan kuasa drp Tun Dr Mahathir lagi saya telah merasa sesuatu yg agak pelik dgn kerakusan Pak Lah memerangi rasuah secara besar-besaran sbg agenda utama beliau tapi disebaliknya...? Tup! Tup! Mohamad Hasan dipilih sbg MB Negeri Sembilan utk mengenepikan Tan Sri Isa Samad... Tup! Tup! Khairy diisytiharkan sbg Ketua Pemuda Bhg Rembau, yg kemudiannya menang pula Naib Ketua Pemuda UMNO Pusat tanpa bertanding... Kalau difikirkan secara waras, logikkah ini semua berlaku? Tahukah DSDK perkara sebenar di sebaliknya? Memang ada sumber2 yg boleh dipercayai tapi siapalah org2 bawahan dan rakyat utk mempertikaikannya, melainkan mampu memprotes melalui PRU12 yg lalu. Negeri Sembilan hilang kuasa 2/3 majoriti dan Parlimen Rembau turut menunjukkan pengurangan majoriti yg ketara dan bukannya sedikit.

Tidak menjadi kesalahan org2 baru utk naik kerana sememangnya dialu-alukan barisan pelapis cuma yg dipertikaikan di sini kaedah laluan yg tidak nampak telus di mata rakyat. Saya tidak menyalahkan Khairy tetapi dlm perkara ini bapa mertua Khairy yg wajib bertanggungjawab. Apakah benar si Khairy dikatakan lebih berkuasa drp Pak Lah? Atau Khairy diperalatkan Pak Lah? Sama2lah kita fikirkan...

Berikutnya pula berkenaan perhimpunan parti, apa yg saya perhatikan pada awalnya, tiada siapa berani utk memulakan bantahan apabila Muhammad Mohd Taib mahu menangguhkan pemilihan parti tapi setelah UMNO Muar, Johor menggesa ianya perlu diteruskan maka barulah ramai ahli2 UMNO dan byk bahagian mula berjangkit-jangkit menyokong gesaan tersebut. Persoalannya di sini, kenapa masing2 tiada keikhlasan bersuara dari awal dan takut utk memprotes jika tiada sokongan drp kumpulan yg ramai? Sampai bila budaya ini harus menjadi tradisi di dlm UMNO? Inikah yg dinamakan perjuangan yg luhur dan telus?

Oleh yg demikian, sama2lah kita merenung dan berfikir secara waras bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap perjuangan UMNO/BN dan menyatupadukan bangsa kita yg ketara memberontak, di samping tidak mengenepikan kepentingan Cina dan India serta pecahan kecil yg lain.

Sekian moga2 DSDK renung2kanlah.

pedu said...

Syabas saya ucapkan kepada dato dan rakan-rakan kerana keterbukaan dalam forum tempoh hari.Saya yakin kita orang Melayu masih sayangkan UMNO. Dan masih ada pemimpin yang sanggup bersama dan menegur dalam keadaan UMNO sedang 'menangis'.Keterbukaan terhadap kepimpinan UMNO pasca PRU-12 saya lihat sebagai suatu 'turning point' baru dalam UMNO.Suatu yang positif dalam mematangkan UMNO.Kita orang Melayu sudah terlalu sangat terbiasa dengan konsep 'tidak melawan cakap orang tua' sehingga terbawa-bawa dalam berpolitik.Yang muda selalunya tak berani nak kritik yang veteran dek kerana konsep itu.

Saya merupakan seorang anak muda golongan professional.Dari kecil lagi saya telah melihat perjuangan datuk dan nenek saya yang merupakan veteran UMNO.Jadi dari kecil saya mengetahui yang UMNO sahajalah yang dapat mempertahankan survival Melayu.Untuk makluman bukan semua orang muda menolak UMNO.Saya dan rakan2 saya sedar bahawa hanya UMNO yang dapat menentukan untung nasib anak cucu kami.Bawalah perubahan dalam UMNO,kami akan ikut dari belakang dan menegur bila salah.

Itulah tugas penting makmum di belakang imam.

celcius said...

Congrat to Dato on your blog. tapi membuka blog sendiri dah tak mencukupi . Dato must be seen as a responsible person to ask Pak Lah resign and make way with the election asap so that the country can move on. We have been left out many leap years compare to Sinagapore. It is time for us to catch up . Kebanyakan negara pengeluar minyak menikmati penumbuhan ekonomi yang sanggat hebat tapi kenapa tak Malaysia???

Kalau Umno tak bertukar, saya GUARANTEE umno akan jadi tak relevan bagi rakyat dan Dato semua akan ditolak oleh rakyat.
It is NOW OR NEVER !!!

SANDAKAN said...

Dato,
berdasarkan kepada komen dato yang baru ini, dato amat tahu sangat kelemahan2 yang UMNO dan BN hadapi, tapi mnegapakah dalam tempoh masa berempen PRU12 yg lalu perkara ini tidak di ketengahkan.
Isu pendapatan golongan petengahan contoh nya, dato paham bahawa pendapatan kami ini 50% habis kepada perbelanjaaan yang tidak dapat membangunkan minda kami contohnya tambang bas, tol, harga minyak yang naik, tetapi dipihak UMNO dan BN tidak ada pun memberikan satu alternatif yang boleh dipercayai untuk meringankan beban yang kami hadapi ini.

sekian.

Pemerhati said...

Kritikan terhadap Barisan Nasional & UMNO

Kritikan2 yang disampaikan kerana kami sebagai penyokong Barisan Nasional tidak boleh menerima kekalahan yang sangat memalukan ini. Tidak dinafikan punca kekalahan adalah kerana undi protes yang ditunjukkan oleh penyokong BN dan UMNO sendiri. Disamping persembahan manifesto yang memikat hati pengundi dipihak pembangkang. Jika mereka berjaya melaksanakan segala manifesto mereka tak mustahil Malaysia akan ditawan. Saya sendiri mula membenci pucuk pimpinan sejak kes Idris Jusoh.

Pembangunan Infrastruktur

Saya akui dari segi pembangunan infrastruktur Selangor adalah yang terbaik dari lain-lain negeri di Malaysia. Kalau nak puaskan hati semua orang bukanlah satu perkara yang mudah. Yang paling penting segala asas telah dilaksanakan.

Pembangunan Negeri Selangor

Saya sangat yakin dengan kepimpinan Tan Sri Khalid. (Bukan maksud saya nak perkecil Dato Seri). Dato Seri juga telah bawak byk perubahan besar dalam negeri Selangor. Syabas Dato Seri.

Kepimpinan Negara

Bagi saya isu pokok disini adalah Perdana Menteri sendiri. Maka saya sangat menyokong Perhimpunan Agung Khas utk pemilihan diadakan secepat mungkin. Harap Dato Seri memainkan peranan utk mengejutkan rakan-rakan dibahagian lain satu Malaysia bangkit menyokong apa yang telah disarankan oleh Tun Dr.M. Saya sgt memahami situasi semasa. Semuanya meronta-ronta utk bangkit. Tetapi kerana satu2 kepentingan takut utk meluahkannya. Sebelum ini, saya pun sama. Ikut saja keputusan pucuk pimpinan. Tapi kini saya telah sedar jika saya sendiri tidak bangkit, bagaimana orang lain nak bangkit.
Isu-isu Rakyat

Rakyat Malaysia telah lama memendam rasa berkait dengan masalah ekonomi:

(1) Sejak pemerintahan Pak Lah marilah sama2 kita hitung berapa kali semua harga barangan keperluan, minyak dll telah naik berbanding gaji.

(2) Pengagihan ekonomi sudah tentu diutamakan kroni2.

(3) Kos pendidikan yang meningkat.

BUGINVILLA said...

Assalamualaikum,

Telah dua kali saya menulis dalam ruangan blog ini. Saya ingin menyentuh tentang kenyataan Dr tentang kepimpinan melayu.

Saya berpendapat minda melayu itu sendiri yang perlu ditarbiyahkan, dipulihkan dengan semangat bersaing. Persainganlah yang menyebabkan seseorang itu akan berfikiran kritikal. Maksudnya, matang untuk mendengar, menganalisa dan mengutarakan pendapat sterusnya membuat keputusan.

Kebanyakan orang melayu hanya disogokkan dengan semangat subsidi. Subsidi dari segala bentuk. Jika dari kecil lagi murid melayu dijamin tempat oleh sekolah berasrama penuh MARA, peniaga kecil diberi pinjaman tanpa jaminan, petani diberi baja, hinggakan segalanya subsidi. Mentaliti subsidi kebanyakkannya diperkenalkan kepada orang melayu sahaja.

Jika Dr boleh mengubah pemikiran ini, atau paling tidak cara orang melayu berfikir tentang sesuatu isu maka Dr adalah pemimpin yang berjaya. Mulakan sesuatu dengan daya ikhtiar Dr setelah mendapat tempat tertinggi di Selangor dan mempunyai kuasa di kalangan orang-orang melayu, saya rasa ianya tentu lebih berkesan dari apa yang saya lakukan sekarang. Apa yang saya tekankan kepada rakan-rakan saya adalah semangat bersaing dan cara berfikir kritikal. Sila kunjungi blog saya www.buginvilla.blogspot.com

siti-harwani said...

Apa pandangan Dato' mengenai 'dasar menghukum' oleh kerajaan persekutuan terhadap negeri-negeri yang bukan di bawah BN. Bagi saya, tindakan itu tidak adil kerana kerajaan persekutuan seolah-olah menghukum rakyat atas pilihan secara demokrasi oleh mereka, contoh Kelantan dan Terengganu ketika di bawah PAS.Mungkin ini boleh dijadikan faktor mengapa rakyat kelantan sangat tidak dapat menerima BN di sana. 18 tahun hidup dengan dasar tersebut, tanpa sokongan, jatuh bangun sendiri, bagi mereka, kenapa perlu kerajaan BN lagi, sedangkan kerajaan BN menyusahkan mereka. Sekarang, menteri pelancongan dari kerajaan BN nampaknya memulakan babak-babak awal dasar tersebut dengan cuba memansuhkan tourism MoU atas sebab yaang tidak konkrit.Memang menjadi tanggungjawab kerajaan (tidak kira mereka dari parti politik apa jua) untuk memakmurkan negara dan menjaga kebajikan rakyatnya, bukan menghukum mereka. Ini tidak adil. Kalau kerajaan persekutuan mula menunjukkan sikap untuk meneruskan dasar menghukum tersebut, maka cukai dari rakyat negeri-negeri tersebut juga mungkin hanya dibayar kepada kerajaan negeri. Apa pendapat Dato?

Dr Jafri said...

a'slm dato. tahniah diucapkan pada blog dato yg menjadi wadah tersohor pemimpin UMNO di maya siber ni.

straight from my heart and straight to the point - bahwa rakyat tidak lagi yakin dgn kepimpinan Pak Lah sudah jelas dan tak perlu disorok-sorok lagi. tak kesah lah apa alasan sekalipun yg PakLah nak bagi, dia sepatutnya akur dan INSAF bahawa dia telah melampaui jangka khidmat. prestasi buruk Pak Lah umpama bisul di batang hidung UMNO. ada perkara yang boleh di-'repair' , tapi adakalanya bila dah tak boleh repair, kita kena REMOVE.

saya ikhlas berharap kita jangan tunggu sehingga bisul tu mencacatkan rupa UMNO atau menjadi barah yg bakal membunuh wadah politik Melayu.

pak belalang said...

dato seri,

saya tak pasti apakah kalau PM letak jawatan semua masalah boleh selesai. kalau boleh, oklah. tapi saya rasa tak boleh selesai. sekarang kita kena cari jawapan kepada masalah rakyat dan parti. sejak pru12, umno tak pernah pun membuat perhimpunan untuk "merawat" hati ahli-ahli umno yang kecewa, marah dan keliru dengan kekalahan. saya dengar umno nak buat perhimpunan dengan presiden parti ahad ini. baguslah program tu, tapi masalahnya ialah ia hanya untuk segelintir kecil pemimpin saja. patutnya, buka untuk semua ahli umno. rasa kecewa, marah dan keliru ini berterusan dan mereka tidak ada tempat untuk meluahkan perasaan. bagi peluang kepada mereka lepas perasaan. memanglah pemimpin akan panas telinga, tapi apa nak buat, kena terima. cadangkan MT UMNO untuk ambil usaha ini cepat2 sebelum lewat.

hanys said...

saya setuju dengan glodobyne.boleh dikatakan kami satu keluarga adalah orang kuat UMNO dan secara tak langsung,BN. saya sayangkan UMNO (walaupun belum berpeluang menganggotai UMNO) sebab bagi saya hany UMNO dapat membela nasib Melayu. tapi saya dapat tgk mcm mana org2 besar yang meletak jawatan hanya kerana tak dapat kerusi dlm kebinet. nampak sangat nak kuasa. apa salahnya terus buat kerja even tak jadi menteri?? tak ikhlas langsung.. penat jer orang undi, penat jer org berkempen, tapi mengecewakan.. lagi2 ahli parlimen saya, Parlimen Jerantut.kalau betul2 buat kerja, doesnt matter.. ni tak, hampeh jer...

Mantao said...

Ravi-USJ saya kurang setuju tentang perbelanjaan kosmetik. Bagi pendapat saya ini penting untuk menaikkan "Value" kawasan tersebut samada dari segi nilai tanah atau pelaburan.

Saya masih buntu memikirkan apa perlaksanaan yang betul untuk meningkatkan taraf hidup menduduk setempat yang sejajar dengan kenaikan harga barangan. Dato Khir ada idea tak atau blogger lain yang boleh beri sedikit petunjuk?

pak belalang said...

nak tambah sikit lagi ...

tentang kritikan terhadap bn dan umno. masalah dengan umno ialah umno diam dan tak jawab kritikan yang dilemparkan. kita duduk diam2 saja. jawab pun secara formal saja dalam suratkhabar dan tv. pemimpin umno kena berani. kalau tak jawap, orang ingat semua tuduhan tu betul. saya bekerja dengan kerajaan, saya tahu banyak perkara yang orang cakap tentang kerajaan tak betul. tapi umno tak pernah jawab. kalau umno tak jawapan kritikan, lama2 orang tak percaya kat umno lagi. bukan umno salah, tapi kerana umno membisu. renungkanlah.

KERInGG said...

salam saudara,

Bagus dan tahniah atas saranan saudara tersebut.. sayangnya hanya saudara utarakan ketika saudara sudah tidak mempunyai apa2 kuasa spt suatu ketika dulu yg pernah saudara abaikan tuntutan drpd rakyat sebelum ini..

pandangan dan cadangan yg baik ini juga merupakan sesuatu yg diperhatikan oleh rakyat terhadap kerajaan yg memerintah sekarang..

apapun selamat berblog.. yg akan menjadikan saudara lebih mengenali apakah sebenarnya matlamat hihup kita sebagai seorang pemimpin.. bekas pemimpin.. ataupun rakyat amnya...

Faizal.fm said...

YAB Dato'

Saya amat tertarik dengan topik-topik yang diutarakan terutama jumlah tabungan kerajaan negeri selangor yang bernilai 1.4billion. Sesuatu yang bagi saya bukan lah sesuatu yang perlu di'hairan'kan memandangkan negeri Selangor merupakan negara yang sangat membangun berbanding negeri-negeri lain.

Pada waktu yang sama, saya juga tertarik dengan kenyataan YAB Dato' mengenai 'kekangan kewangan' kerajaan negeri yang bagi saya amat bercanggah dengan apa yang Dato' nyatakan mengenai tabungan kerajaan negeri. Sekiranya YAB Dato' begitu yakin yang 1.4billion itu merupakan satu jumlah yang perlu dibanggakan, maka seharusnya 'kekangan kewangan' bukan lagi satu alasan.

Saya amat bersetuju mengenai 'soal pokok' yang dibangkitkan mengenai kepimpinan YAB Perdana Menteri kita. Tetapi mungkinkah bahawa YAB perdana menteri itu sendiri adalah 'soal pokok'nya??

Masih terlalu banyak yang masih tidak telus dan bersembunyi. Takut kepada bayang-bayang. Yang jelas bagi saya, majoriti MELAYU tidak lagi bersama YAB Perdana menteri bukannya UMNO.

http://faizal-fm.blogspot.com

Mantao said...

Faizal you are rite. Soal pokoknya memang Pak Lah "flip-flop" sendiri. Confirm kalau dia resign UMNO akan pulih secara semulajadi.

Pearls said...

You still dont get it do you? Sigh...

Look, the reasons why BN fell like shit from the sky are because number 1, during the grace period given 2004 till March 8th 2008, BN has proven time and time again, they are not good at their job. Simple. BN with its tyranies has simply gone on a rampage to trample, abuse and rape everything we human stand up for. From economy to justice to human feelings were trampled, abused and raped beyond words by BN.

Number 2, BN's style is outdated! Live out its expiration date, not relevant anymore, have not move with times, got left behind by time... along those lines... That is why, even the Malays have not voted for BN and its tyranies!

Number 3, Till today! people in BN namely, UMNO have not realise what the flying FCUK is wrong and have continued to talk rubbish!!! (I am really sorry for using that word but I really cannot find another word that is strong enough to shake you people up from your coma!)You still harp on those few points that you have noted in your blog. What is wrong with you and UMNO!? Have you ever sit down and ponder why people will bribe or donate by the thousands just so their children can get into a Sekolah Jenis Kebangsaan?? It cant be all about racism or religion. Have you ever sit down and think hard what is it that people want from you as an Minister/ADUN/Wakil raykat or whatever?? For this very reason, it is why people want the PM to step down! I am again sorry to say, the PM has failed miserably in his job. He couldn't control his kakitangans, thus we the low living mortals call citizen have to put up with one minute the PM say this, another minute the kakitangan say another... He, the PM cannot counter all the worldwide problems efficiently i.e. raising cost of living. Look! I may not be very clever but I aint stupid... I do know that this is a worldwide thingy but I travel constantly and noticed that the percentage of our increase in goods is tremendous compared to other countries!! How can this be?!! We got oil and palm oil for crying out loud!! What happened!?

Number 4, this whole mumbo-jumbo about race and its need to be preserved crap has gone out the window if you have not noticed. The Government has always tried but failed very miserably to promote interaction between all races by having those stupid beyond the grave exercise like Khidmat Negara for our youngsters.. but 1 thing the government fail to realise is that it is the government, namely UMNO that has maintain the racist effect in our lives today! With UMNO and their actions of ketuanan melayu that made the already mad ones more mad in terms of the need to be more malay or to fight to keep the malay-ness! For the love of GOD, please realise that no man is an island... the Malays cannot have done it without the other races for the last 100 years. Everyone is equal and for that, each of us, may it be a chinese, indian or malay or others have to work hard to survive! Whether you like it or not, that is a fact and it is time to face it!Drop that keris waving thing and preserving the malay-ness will ya!

All I can say is this, UMNO or BN can say plenty of things including doing street demostration which they claim to be not in their culture but I can see it will be very soon, but at the end of the day, if UMNO/BN doesnt change its way to adapt to today's world real soon, UMNO/BN will be recorded in the Malaysian history as "a party with a glorious past that died along the way" This will be very sad for everyone. Continue this way and the next election, BN will be the opposition I can guarantee you that!

THE LEGEND CONTINUE said...

Dato' Seri, secara peribadi saya melihat rakyat sebenarnya memang benar-benar terhimpit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat baik di bandar mahu pun di desa. Saya memberikan dua contoh yang terdekat iaitu kenaikan harga barang yang tidak terkawal dan juga yuran persekolahan. Pertama, walaupun kenaikan harga barang sering diimbangi dengan kewajaran beberapa faktor yang sering dijelaskan oleh kerajaan dan juga langkah kawalan yang diambil, namun rakyat tidak berasa apa-apa dengan tindakan dan kawalan tersebut. Hakikatnya apabila ke kedai rakyat berasa harga barang tetap tinggi dan ini menunjukkan seolah-olah kerajaan memekakkan telinga. Kedua, tentang yuran sekolah, banyak ibu bapa menyangka penghapusan yuran bertujuan mengurangkan beban mereka [malah sepatutnya begitu] namun sebaliknya mereka tetap dibebani dengan bayaran-bayaran lain sehingga melebihi dari jumlah sebelum yuran dihapuskan. Ini antara isu rakyat bawahan dan sebagai pemimpin di peringkat tertinggi, walaupun perkara ini mungkin kecil tetapi di hati orang-orang bawahan, isu ini BESAR.

azmin shah said...

Datuk,

Saya amat tertarik dengan Isu-isu rakyat yang Datuk cuba ketengahkan. Kerana inilah yang menjadi barah kepada BN sehingg BA bisa menangguk di air keruh.

Mungkin Datuk boleh menimbangkan isu Pembangunan Terancang. Saya rasa pembangunan terancang ini perlulah menepati 'nawaitu' Datuk untuk memberikan pembangunan kepada rakyat dan juga meningkatkan taraf hidup. Tapi seringkali saya lihat pembangunan dirancang untuk menepati kepentingan segelintir pihak sahaja.

a) Lihat sahaja "Jalan Haji Sirat" (dekat area Jalan Kapar @ Bt 4). Perancangan jalan tidak praktial. Jejantas 'gajah putih' dibuat. Traffic light juga kurang praktikal. Allignment jalan tidak selaras menyebabkan seringkali kemalangan terjadi.Pada rakyat, ini membazir, menyusahkan dan menunjukkan kegagalan kerjaan menyelia pembangunan. Banyak wang dibelanjakan, tetapi kenapa terdapat kesilapan sebegini? JKR arif tentang pembinaan jalan. MPK arif tentang masalah setempat. ADUN mestilah berjiwa rakyat. Kenapa kesilapan sebegini berulang?

b) Dihadapan Kilang Bata - saya dapati permukaan jalan disitu telah 2-3 kali dirombak bagi menyesuaikan dengan pembangunan setempat. Kenapa ini berlaku. Dimana 'blue print' pembangunan untuk jangka panjang? Kenapa tidak sebarang pembangan diintegrasikan kedalam 'blue print' ini? Ini juga pembaziran dan menimbulkan kesusahan kepada rakyat.

Sekiranya Datuk ke Kelang sekarang, terdapat usaha pembangunan untuk menaiktaraf jambatan kota dan laluan selepasnya (sehingga ke Berkeley)bagi mengurangkan kesesakan lalulintas. Adakah perancangan ini untuk jangka panjang atau sekadar menguntungkan kontraktor? Adakah ianya diintegrasikan kedalam perancangan pembangunan 30-50 tahun akan datang?

Saya melihat aspek perancangan ini adalah sesuatu yang amat kritikal. Mengambil contoh masalah Gagak di Kelang, saya percaya sekiranya ada perancangan teliti untuk jangka panjang, nescaya Gagak juga bisa kita hapuskan di Kelang. Perancangan yang teliti akan membuatkan rakyat puas hati dengan pari pilihan mereka.

Ismail Rubani said...

Dato'

Ada beberapa faktor lagi yang perlu di ambil kira,antaranya ;
1) Tiada komunikasi dua hala yang berkesan antara bahagian dan cawangan.
2) suara rakyat yang dipinggirkan oleh pimpinan cawangan dan bahagian.
3) Pemimpin bahagian yang tidak pernah menjengah cawangan.

Saya ada menyediakan laporan lengkap apa yang berlaku di puchong indah. Laporan telah di serahkan kepada ketua cawangan untuk di serahkan kepada ketua bahagian. Saya sedia berkongsi dengan Dato' maklumat itu jika Dato' sudi.

Terima kasih.

Mohd Radzian said...

Dato Seri Dr. KT, saya percaya Dr. telah menggarap isu-isu yang diberikan oleh pelayar internet.

Every issue has two sides of arguments. One can argue the "pro" or "con" of the issue. In the old days, both sides of arguments have degree of biasness. However, today, for many issues, there is a high degree of uncertainties - "pro" arguments can be easily turned into "con" argument through condemnation perpretrated by internet medium. And these condemnations are worded in a very attractive ways such that it sensationalise the whole issues into something which is thought as truth.

Thusfar, a leader, at first, must has a feel about which issues that could not be easily "condemned" by the other party and which issues that can easily be "condemned".

The issue of hardship of rakyat is one which is hard to be condemned by other party. I guess it will look crazy for one to condemn a person who protects the interest of the rakyat at the time when the hardship of rakyat is really happening. A leader need to be a populist while he himself seen to be unselfish.

But issues like " viability of vernacular school – though it has been approved " is debatable from two side of coins. Let me give an example - One can say , " Yes it is good to have vernacular school because it preserve the identity of the race". The other person can argue, " No, vernacular school will erode national unity. Another person may say, " i dont mind about vernacular school as long as the national school provides better facilities and i have opportunities to learn about my race language in national school" So, "vernacular school" types of issues are best debated by those who know how to convince peoplefrom different opinion to his side of opinion - to be neutral, i quote an example of a good foreign debator - Tony Blair.
In fact, in matter which has two sides of arguments, with 50/50 probability of chance, like a coin - a not good debator type of politician need to delegate the debate to the people - while he could only issue carefully worded statement like , " Every race rights to practice it's own language is given proper attention by the government even if in the future the race rejected it's own choice of vernacular school in favour of national school". This carefully worded statement may avoid a politician from debating with people who has “ Bangau-bangau oh bangau mindset or point one finger to others but four fingers pointed back to himself mindset“. .. Mind you, there are a lot of these type of people out there in Malaysia.

Dr Mohamad Khir Toyo said...

Saudara Faizal.fm dan sahabat2 bloggers,

Walaupun kerajaan negeri mempunyai simpanan, namun jumlah sebenarnya yang diperlukan untuk melayani semua permintaan tidak mencukupi.

Sebab kedua, ialah kelemahan agensi perlaksanaan. Walaupun usaha telah dibuat untuk reform PBT tetapi ia tidak dapat dilaksanakan dengan menyeluruh kerana kekangan yang wujud dalam Akta Kerajaan Tempatan.

Akta ini adalah di bawah kerajaan persekutuan dan diluluskan oleh parlimen. Kerajaan negeri selangor telah mencadangkan supaya akta ini dipinda dan saya difahamkan sampai awal tahun ini ia masih lagi dalam kajian Peguam Negara.

Saya mengharapkan agar kerajaan negeri yang baru ini dapat meneruskan usaha untuk reform PBT untuk kebaikan rakyat.

KooLGuy said...

Syabas Dr.
Sebagaimana yang dikatakan oleh Sdr fadhil,"Baru beberapa hari lahir, sudah berpuluh ribu visitors-nya.".
Teruskan usaha murni ini.
Jangan pula ini dihentikan atau kurang aktif selepas dapat berkuasa kembali.Contoh blog oleh YB baru Jeff
Ooi,kali terakhir diupdatekan ialah 28march2008,ada kemungkinan YB baru ini terlalu sibuk untuk memperbetulkan masaalah di Pulau Pinang atau pun merangka semula dasar DEB di sana.
Sekali lagi Syabas Dr.
Wassalam.

Zainal A. Kasim said...

Salam Dato'

Berkaitan dengan kepimpinan negara, saya rasa ianya perlu diuji. Selagi ianya tidak diuji, kita akan menghadapi masalah persepsi.

Pak Lah dilihat terlalu lemah dan tidak mempunyai visi. Kemerosotan undi popular dan kekalahan pemimpin-pemimpin utama UMNO/BN adalah lanjutan daripada persepsi ini.

Sehubungan dengan itu, walaupun Pak Lah bertegas untuk duduk di atas, tetapi selagi persepsi ini tidak diatasi, maka kita akan menghadapi keadaan di mana segala arahan, perbuatan dan percakapan Pak Lah dipertikaikan pada setiap masa oleh masyarakat. Pembangkang akan dengan mudah mengambil kesempatan dengan membuat apa yang tidak mampu dibuat oleh Pak Lah. Contoh paling mudah ialah dengan berbaik-baik dengan blogger bila Pak Lah dan pemimpin-pemimpin tuan UMNO menolak blogger.

Oleh itu, sekiranya Pak Lah mahu kekal di atas, beliau perlu membenarkan dirinya diuji melalui pemilihan kempimpinan. Pemimpin-pemimpin pula (seperti Dato sendiri) perlulah membenarkan pengujian ini diadakan. Kalau menang, eloklah kerana kemenangan itu adalah kemenangan yang telah diuji dan disahkan.

Masalahnya saya dapati ada pemimpin-pemimpin yang menyokong secara jumud seolah-olah tidak ada cacat cela langsung. Jika ini berterusan, saya rasa UMNO dan BN akan terus menjadi tidak relevan lagi.

http://c-bok.blogspot.com

anti-corrupt said...

salam dato...permulaan dato dilantik sebagai menteri besar saya perhatikan dato seorang yg humble, bertanggungjawab and byk mengubah kerajaan selangor sehingga menjadi negara maju..kebelakangan ini...dato banyak dipengaruhi oleh anasir2 krang baik dibawa oleh org sekeliling dato...terutamanya org kuat dato.....bangkit la dato...sedarkan diri dari lena...tak semestinya kita selalu berada diatas...teruskan usaha dato untuk meneruskan kemajuan kerajaan selangor...jgn pandang rendah keupayaan lawan jika ingin terus kan misi selangor maju 2010

AC said...

I commend you for your honesty.

Apart from what you mentioned, there is one matter of utmost importance - corruption.

It's so common that it has become a culture & a lot of people are beginning to accept this as part of life in Malaysia.

If we do not combat this, it will be entrenched and can't be weed out anymore.

You were seen as part of it too you know. Why?

There's no denial that the government is corrupt. Pak Lah, TDM & other leaders acknowledged it.

Have you done anything about it? You even seems to accomodate them.

That's a perception from a citizen.

Snowflake said...

Salam
Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat juga kami memahami penjelasan yang ringkas, padat dan saya harap dapat difahami oleh bloggers. Saya yakin dari fikiran terbuka dan dari hati yang iklas YB semasa penulisan artikel ini akan dapat memantapkan lagi persahabatan YB dengan bloggers agar masalah masalah dalam negeri dapat kami utarakan dengan begitu "professional.
Wassalam

Cheguman said...

Pemimpin sombong@angkuh.mewah
Melalui pemerhatian, pengalaman dan tinjauan saya memang ada kebenarannya isu pemimpin UMNO yang sombong, terutamanya kalangan Pemuda dan kebanyakannya pemimpin pertengahan. Yg tu DSDKT (Dato Seri Dr Khir Toyo) dan kita semua kena cari jalan untuk baikinya. Rakyat dahpun ambil tindakan dalam PRU12. Cadangan saya, setiap perwakilan UMNO perlu mengutuk diri sendiri jika politik wang masih berlaku dalam pemilihan UMNO nanti. Tegasnya, jangan sekali-kali terima apalagi minta duit atau sebarang habuan. Ingat; penerima dan pemberi rasuah tu sama saja tarafnya. Nanti masing2 jawab dengan Allah. Sendiri mau ingat la...

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil
Orang yang masih ingin mempertahankan sekolah-sekolah begini sebenarnya sangat taksub pada perkauman. Mereka ini tidak perlu dilayan. Manakala orang yang berminat atau cenderong melaungkan 'kesamarataan' dalam kalangan rakyat (sebagaimana kempen dalam video 10 tahun sebelum merdeka) patut memperjuangkan agar semua anak-anak Malaysia dihantar ke sekolah kebangsaan sahaja. Pernahkah mana2pemimpin kaum Cina menyuarakan perkara ini? Sendiri mau ingat la...

penyokong vs pembodek
Jika sesiapa di sini yang percaya bahawa pembangkang diperlukan untuk mengimbangi kuasa kerajaan yang memerintah, perlu juga sedar bahawa kerajaan memerlukan penyokong bagi merealisasikan agenda nasional. Justeru jangan buat tuduhan melulu. Cuba bezakan antara penyokong dengan pembodek. Kakitangan awam termasuk golongan mana? Sendiri mau ingatla...

Zulhairy bin Jalaluddin said...

Saya nak tambah. Hampir semua orang yang beri ulasan tentang kekalahan Selangor (mungkin) tidak reflective. Tapi Dato Seri adalah salah sati sebab kekalahan Selangor. Sebab Dato Seri terlalu angkuh melalui kenyataan terbuka dan pendekatan mengurus Selangor bersifat menghukum. Anugerah penyapu adalah satu insiden yang tidak dapat dimaafkan rakyat. Banyak lagi . .

Beena said...

Salam Dato,

UMNO kalau tak berubah dari dalam akan diubahkan dari luar sepertimana yang dibuktikan dalam PRU12 baru ni.

A.Sesa said...

Salam Saudara Khir,

Syabas & terima kasih atas keberanian saudara untuk hadir dalam forum anjuran MYKMU.Saya terpanggil untuk membicarakan komen saudara tentang perubahan pucuk pimpinan UMNO.Dasar dan perjuangan UMNO adalah BETUL/BENAR,kepimpinan Pak Lah yang telah mengkhianati AMANAH yang diberikan.

PUNCA SEGALA SEBAB kekalahan UMNO dan BN pada PRU12 adalah disebabkan oleh kepimpinan Pak Lah(saya menghormati Pak Lah sebagai org yg lebih tua,tidak membenci peribadi beliau tetapi tidak dapat menerima cara kepimpinan beliau).

Bagaimana rakyat dapat menerima seorang pemimpin yang kebolehannya membuat keputusan AMAT diragui,menjadi bahan jenaka dan tawaan khalayak ramai?terlalu banyak SEBAB MUSABAB yang boleh diberikan untuk menyatakan kekhilafan Pak Lah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin negara.

1)Ketidak tegasan dalam membuat keputusan(rasanya saudara Khir lebih tau,terlalu banyak untuk dinyatakan),
2)mengabaikan keluhan/pandangan rakyat tentang kenaikan sara hidup,permasalahan jenayah
3)bersikap biadap terhadap pertanyaan/pandangan/kritikan yang dilemparkan oleh TUN M(hormati org tua dan pemimpin ulung yg begitu byk jasanya),
4)ketidakterbukaan dalam menerima pendapat dari rakyat(jangan tanya tukang angguk,semuanya kata SOKONG,OK,BAIK),
5)Ketidaktelusan dalam hal anak menantu,
6)Berbangga dengan menunjukkan hasil kerja Pak Lah selama tempoh 4 tahun yg singkat(siapalah kita untuk menilai diri sendiri).

Izinkan saya bertanya saudara Khir,siapa KJ sebelum Pak Lah jd PM?dimanakah SCOMI?rakyat terutamanya golongan muda bukannya bodoh,dungu,buta,pekak atau tuli untuk menilai tentang semua ini.Kemuncaknya semua permasalahan ini menyebabkan rakyat menolak UMNO kerana pimpinan Pak Lah....bukannya kerana UMNO itu tidak relevan/usang/lapuk atau apa saja perumpamaan seumpamanya.

Kalau tanya ahli UMNO,jawapan yang diterima adalah ketidakpuasan hati,rasa diabaikan dan bermacam lg luahan yang tersimpan dalam benak dan sanubari.Kalo dulu YB tu YANG BERKHIDMAT(dipilih untuk berkhidmat kepada masyarakat) tp sekarang YB dah jd YANG BERHORMAT,paham2 jelah bila dah jd mcm tu.Nak jumpa pun susah,nak turun padang pun susah,nak dengar permasalahan rakyat pun susah....yang senangnya bila DI AMPU dan digula-gulakan dengan segala cerita yang BAIK tentang kepimpinan diri sendiri.

Saya bukanlah ahli UMNO(dah amik borang,xisi lg)tp saya sedih melihatkan keadaan UMNO itu sendiri.UMNO berada dlm keadaan sekarang kerana kepimpinannya saudara Khir.Xperlu pergi keperingkat MT dan kepimpinan kanan UMNO,diperingkat cawangan dan bahgian sudah cukup memualkan dengan tingkah laku kepimpinan.Ketidakterbukaan dalam mengambil ahli baru,pengagihan kuasa dikalangan saudara mara.UMNO bukan parti keluarga sesiapa.UMNO adalah parti org MELAYU yang cintakan agama ISLAM,Bangsa MELAYU dan TANAH melayu.

Kerana itulah, apa yg dikatakan oleh saudara Mukhriz tentang 'golongan muda terutamanya yg berpelajaran semakin menjauhi UMNO' adalah benar sebenar benarnya. Kerana apa?sikap kepimpinan UMNO itu sendiri(ahli baru masuk UMNO,kepimpinan takut dengan bayang2 sendiri).Bertanyakan soalan dikata membangkang,berikan pandangan dikata membangkang.

Terlalu banyak yang ingin dinyatakan oleh saya.Tetapi rasanya saudara Khir lebih mengetahui sebagai seorang pemimpin UMNO.Akhir sekali yang baik itu dari ALLAH,yang buruk itu dari saya.

'MELINDUNGI YANG DIANIAYA,MENCEGAH YANG MENGANIAYA,MENANG TANPA MERENDAHKAN LAWAN,MENANG TANPA BERPERANG,LAWAN JADI KAWAN,MUSUH JADI SAHABAT.BELADIRI YANG PALING BAIK ADALAH SOPAN SANTUN' Wallahualam.

Zakaria Yahaya said...

Kepada Dato' Seri dan semua blogger dengarlah bait-bait lagu ini dan insaflah dengan keadaan melayu islam sekarang ini.

LAGU WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi di pijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang

Kini kita Cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati, bersama berbakti
PULIH KEMBALI HARGA DIRI

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan USAHA
MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA
MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA
MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA

HIDUP UMNO!! HIDUP MELAYU!!
ALLAH HU’AKHBAR

*Teruskan perjuangan dan janganlah mengalah.Kita orang UMNO, Bukanlah orang sesiapa. Kita tidak mahu anak-anak kita terus merempat dibumi kita sendiri, Kita mudah merasakan selesa sekarang kita belum tentu selesa hari esok. Saya mendoakan kepada dato seri agar terus memimpin generasi kami untuk memperbetulkan apa yang silap

tipulagi said...

Tahniah sekali lagi dato.
Semoga keprihatinan dato untuk membawa masalah-masalah rakyat ke peringkat tinggi membuahkan hasil untuk dinikmati bersama.

Saya hanya ingin menyentuh sedikit mengenai masalah pendidikan kita sekarang. Mungkin saya terlepas pandang atau tidak terlalu "aware" tapi apa yang saya lihat pendidikan sejak awal hingga keperingkat sekolah menengah kita sekarang lebih berorentasikan kepada "Exam Oriented". Terlalu banyak subjek dan dan satu subjek pun terdapat sampai 2-3 kertas peperiksaan (contohnya SPM). Kalau dulu saya sering mendengar guru-guru saya di MRSM mengatakan generasi saya ini seperti "Ayam Daging" hanya pandai makan apabila diberikan tetapi realiti yang saya nampak sekarang memang itulah yang terjadi pada zaman sekarang ini. Anak2 kita seperti ayam daging. Tidak pandai untuk mencari sendiri bahan-bahan rujukan. Hanya difokuskan kepada kecemerlangan peperiksaan sahaja.

Per~My~Surry said...

mual, benak, loya, jijik dan entah apalagi yang boleh diungkapkan untuk membayangkan keadaan politik sekarang, sbg rakyat dgn purata pendapatan kurang dari 2 ribu sebulan & berkeluarga, apa lagi yg boleh diharapkan dari kerajaan selain menjaga kebajikan rakyatnya? secara peribadi, berikanlah keutamaan kepada isu rakyat sebelum membangunkan projek berjuta2 yg belum tentu lagi menjamin apa2.

- BEN -

Cik Lee said...

Semalam saya teruja dengan kenyataan Exco Selangor untuk menyelesaikan masalah projek-projek rumah terbengkalai di Selangor yang hampir berjumlah 144 kesemuanya. Alhamdulillah, amat bersyukur saya. Saya adalah antara ribuan- mungkin ratusan ribuan pemilik-pemilik rumah yang terbengkalai. Walaupun ia belum diterjemahkan lagi, namun ia amat dialu-alukan oleh rakyat marhaen seperti kami yang ditindas oleh pemaju-pemaju. Kebanyakan projek-projek ini hanya memihak kepada pemaju semata-mata. Berat bahu kami untuk membayar pinjaman rumah yang tidak kami diami dan dalam masa yang sama menyewa rumah lain. Pendekatan positif ini lah yang dapat menyentuh hati rakyat. Bukannya kenaikan gaji adun-adun dan juga pemberian rumah-rumah besar kepada exco-exco. Di harap ia dapat memberi pengajaran kepada Datuk dan dalam masa yg. sama mungkin menilai platform mana yang lebih relevan kepada rakyat.

pewaris said...

dari segi masalah tanggapan masyarakat islam terhadap kepimpinan umno,mereka dpt rasakan kerajaan tidak ada kesungguhan di dlm memertabatkan ugama islam di selangor dan malaysia amnya.saya cadangkan pehak kerajaan perlu tujukkan kesungguhan dalam pelaksanaan dasar2x yg bekaitan dgn agama.biar rakyat nampak keikhlasan pemimpin dlm pelaksanaan ini,dan cubalah kurangkan atau lupakan sejenak serangan ke atas kepimpinan pas di kelantan.sebab perkara ini dapat mengurangkan perasaan benci rakyat pada pimpinan umno sekarang.

MalayMind said...

YB Datuk Seri Dr Mohd Khir b Toyo,

Berikut adalah beberapa cadangan untuk YB Dr Khir dibawah topik “Kritikan terhadap Barisan Nasional & UMNO”. Mungkin cadangan tersebut telah pun difikirkan dan dilaksanakan tapi saya mengharapkan ia boleh memberikan YB Dr Khir beberapa perspektif yang baru.


“Kritikan terhadap Barisan Nasional & UMNO”

Kesan : Hakisan kepercayaan terhadap parti BN / UMNO secara keseluruhan

Punca:
1 – Usaha berterusan pembangkang menggunakan pelbagai medium alternatif dan memperbesar-besarkan perkara-perkara negatif. Mereka hanya perlu menyiram minyak ke dalam api, suatu perkara yang lebih mudah dilakukan berbanding menjadi kerajaan yang perlu memadamkan ribuan api yang kecil dan bekerja pada waktu yang sama.

Penyelesaian
A – Mengenalpasti medium – medium alternatif yang menjadi rujukan rakyat sekaligus mendapatkan isu-isu yang menjadi bualan hangat. Penyelesaian ataupun penerangan harus diberikan secara strategik. Usaha YB untuk turut sama dalam dunia blogging sebegini adalah antara satu usaha yang positif.

B – Selain bersifat defensif, kita di Selangor juga akan mempunyai banyak ruang untuk menyerang kerana kita adalah pembangkang. Namun, menyerang terlalu awal akan memberikan advantage kepada kerajaan PKR kerana buat masa ini, mereka adalah begitu sensitif untuk mengenalpasti isu yang mereka perlu selesaikan demi menjaga imej mereka di mata rakyat. Tangguhkan serangan sehingga ia benar-benar perlu dan apabila ia benar-benar memberikan impak daripada kacamata rakyat.

C - Rakyat juga perlu diberitahu akan kesan setiap keputusan kerajaan baru – contohnya kesan dari air yang percuma – hilangnya pendapatan, banyaknya pembaziran, kesan kepada bajet pembangunan. Contoh kedua – levi kepada pekerja asing – kesan terhadap pembangunan bisnes, kesan kepada pelabur secara jangka panjang, kesinambungan dari hilangnya pekerja asing dsb.

Yang menjadi satu cabaran kepada usaha diatas ialah tahap pemikiran rakyat itu sendiri. Oleh itu, usaha untuk menyampaikan penerangan perlulah berdasarkan penerimaan golongan majoriti.




Kesan: Hakisan kepercayaan terhadap pimpinan tertinggi UMNO / Kerajaan.

Punca:
1 – Gabungan kritikan terbuka dari Tun Dr Mahathir, usaha memburukkan peribadi pemimpin dari pihak pembangkang dan pemilihan pemimpin di dalam UMNO yang tidak melambangkan demokrasi sebenar.

Penyelesaian
A – Menurunkan jumlah kuota dalam memilih pemimpin tertinggi UMNO dari 30 peratus ke 5 peratus.

B – Mengenalpasti isu-isu pemimpin yang menjadi liabiliti besar terhadap UMNO dan berusaha membersihkannya imej mereka atau menasihatkan mereka untuk ‘berehat seketika’ sekiranya isu itu sudah berada pada tahap kritikal.

C – Menjawab secara telus akan tuduhan – tuduhan beserta bukti-bukti. Pemimpin UMNO tidak boleh memandang enteng walaupun ia berunsur fitnah kerana fitnah yang berterusan, kadangkala boleh dipandang oleh rakyat sebagai suatu perkara yang benar.

D – Menyerang Tun Dr Mahathir secara case-by-case basis, terutama apabila apa yang beliau komen adalah berkenaan dengan kesinambungan pemerintahan beliau dahulu. {Saya pasti Dr Khir terhutang budi kepada beliau dan pilihan ini agak sukar}

E – Menyerang peribadi pemimpin pembangkang beserta bukti. Rakyat sememangnya tidak akan marah apabila kita menuduh secara integriti kerana SEMUA RAKYAT sememangnya berkongsi suatu perasaan marah kepada mereka yang rasuah, kronisme dan tidak jujur. Walaupun secara peribadi, saya tidak suka perkara begini selalu dilakukan, kadang-kadang rakyat perlu diajar untuk ‘melihat’.

Segala penyelesaian di atas merupakan pilihan yang boleh dilakukan walaupun kita menyedari bahawa ramai orang yang akan menangguk di air keruh dan cuba menjatuhkan musuh politik masing – masing menggunakan kesempatan ini.

Ia tentu akan memerlukan masa dan kaedah yang begitu halus dan rakyat / penyokong UMNO perlu diberitahu akan hal-hal sebegini. Ia tidak boleh secara tergesa-gesa.

Itu adalah cadangan saya yang dapat difikirkan buat masa ini. Jika ada kesempatan, saya akan menulis lagi.

Terima kasih dan selamat berjuang YB Dr Khir.

-Malaymind-
www.malaymind.blogspot.com

Da Real Deal said...

Datuk Seri,

Kita kalau bermasalah dengan nyamuk, mengapa kelambu yang perlu kita bakar?

Tentang kepimpinan, masalah pokok yang Datuk Seri sebutkan itu adalah keputusan2 yang salah dibuat oleh satu orang.

1. Calon2 yang salah dipertandingkan walaupun laporan2 dari SB dan MI dll telah di beri, semuanya telah ditolak bulat2. Adakah itu salah system atau orang yang menolak cadangan2 perisik2 dan Pengerusi2 Perhubungan.

2. Keadaan jenayah semakin meningkat, polis di kecam bukan sahaja oleh rakyat tetapi juga di hina (nak wujudkan suruhanjaya tingkahlaku anggota) oleh pihak kerajaan khususnya menteri keselamatan dlm negeri, menyebabkan semangat anggota untuk berkhidmat lebih lesu. Adakah itu salah system atau salah pemimpin tersebut?
3. Agihan ekonomi yang tidak seimbang. Perkara ini telah lama dialami dibawah 4 PM terdahulu tetapi agihan kepada orang2 yang terdekat yang menyebabkan orang tawar hati. Salah system atau orang yang mengarahnya?
4. Menentukan waktu yang terburuk untuk mengadakan pilihanraya walhal kita ada lagi setahun setengah sebelum habis penggalnya. Salah system atau yang penentunya?
5. Menambahkan penggal perkhidmatan Pengerusi SPR yang dilihat angkuh lagi bodoh (kerana menaikkan kemarahan rakyat dgn membatalkan kegunaan dakwat di masa kecederaan meinimbulkan was2). Sifat keriakkan dan angkuh di tv menjadi liability kepada kerajaan walaupun isnya seharusnya neutral) Adakah keputusan melanjutkan perkhidmatan dia ini salah system atau pemimpin?

Jelas Datuk Seri, masalah pokoknya kesemuanya mengarahkan pandangan kita ke satu punca, iaitu pemimpin.

Jika kita nak tukar waktu jam di dinding, jangan dipusingkan dinding itu Datuk Seri, pusingkan anak tangan jam tersebut.

Don't sacrifice a nation, to save one man. Serve the party, not the man. Wasallam.

NHA said...

Salam Dr.
Terlalu banyak yang telah diperkatakan hasil keputusan dari PRU12 yang lalu. Terlalu banyak salah menyalah, tunding menunding, tuduh menuduh yang berlaku dan dilakukan. Tetapi apa yang gagal dilakukan adalah menilai diri sendiri secara jujur.
Yang pertamanya, pemimpin UMNO perlu menerima keputusan PRU12. Bukan hanya terima dimulut, tetapi juga dihati. Perlu memahami mengapa rakyat mengundi sebegitu dan apa kehendak rakyat sebenarnya.
Pemimpin UMNO masih gagal memahami kehendak rakyat. Masih lagi meletakkan keperluan UMNO melebihi keperluan rakyat Malaysia. Perletakkan jawatan JKKK, larangan lawatan pemimpin PR ke sekolah-sekolah, dan pembatalan projek-projek pusat di negeri PR membuktikan mentaliti sebegitu. Selepas PRU12, UMNO masih bergolak, memikirkan kaedah untuk mendapatkan semula sokongan rakyat. Seminar, mesyuarat, dan perbincangan terus diadakan bagi menyelamatkan UMNO. Tiada satu pun seminar, mesyuarat atau perbincangan diadakan untuk mendengar kelohan rakyat. Semuanya berpusat kepada UMNO. Sedangkan PR terus bergerak dan berkerja untuk rakyat.
Alangkah berfaedahnya jika pemimpin UMNO mula berkerja untuk rakyat. Sokongan akan datang dengan sendirinya. Alangkah baiknya jika pemimpin UMNO meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan UMNO. Sokongan akan datang dengan sendirinya. Alangkah terharunya rakyat jika pemimpin merendah diri dan membuang keegoan dan keangkuhan. Sokongan akan datang dengan sendirinya. Bekerjalah untuk rakyat bukan UMNO. Sokongan akan datang dengan sendirinya.

pedu said...

Saya melihat perubahan dalam keterbukaan mengkritik secara sopan santun dan beretika adalah sesuatu yang baik untuk UMNO. Kita orang Melayu dah terbiasa sangat dengan konsep 'jangan melawan cakap orang tua'.Walaupun kita dah dok pikiaq 10 kali cakap atau nasihat tu tak betui,dok hangguk dan ikut jugak.Sebab takut?atau sebab takda pendirian diri?

Walaubagaimanapun saya melihat krisis hari ini sebagai sesuatu yang positif untuk hari esok.Siapa tahu 20 tahun akan datang kita akan lihat krisis ini sebagai sesuatu yang sangat berharga dan tak ternilai harganya demi kelangsungan dan survival Melayu. So lagi 20 tahun(kalau hidup lagila...saya insyaallah ok lagi masa tu) kita akan cakap 'Nasib baikla dulu jadi macam tu.Kalau tidak tak tau camna orang Melayu sekarang'.Sama seperti yang tok nenek dan mak bapak kita cakap pasca 13 Mei 1969.Kalau tak terjadi Parti Perikatan kalah(walaupun menang) PRU 1969,kalaula takda rusuhan antara kaum,kalaula takda Tun Dr.M menasihat Allahyarham Nenda Tunku Abdul Rahman dengan buku 'Malay Dilemma', takdala orang Melayu mcm sekarang.Takdela Felda,takdela DEB,takdela universiti,asrama penuh,UiTM(Universiti ini Tolong Melayu) yang yurannya semurah sekolah tadika(waimah nak buat medik pun),MRSM,dan korporat Melayu.Takde DEB,takdela semua tu.Habis orang Melayu jadi apa sekarang kalau takde semua tu?Jadi hampehla...dok lari dalam hutan tinggal seluar dalam?Jangan harap yang jadi doktor sekarang akan jadi doktor,jangan harap ada ahli ekonomi,aktuari,professor,akauntan,arkitek dll lg.

Walau apapun balik pada sejarah.Kenang jasa orang terdahulu.Berfikir secara waras dan matang.Istighfar banyak2,ingatkan Allah dan Rasulullah.Junjung Al-Quran dan bersumpah untuk pertahankan agama,bangsa dan negara.Bak kata Tun Dr.M dulu,ambil iktibar cara orang lain,pastu kaji,dan ikut kesesuaian cara kita.Moga-moga dalam sejarah dunia akan ada tamadun yang dipanggil 'Tamadun Melayu'.

Melayu itu indah bangsanya,
Hebat tamadunnya,
Taat pada agamanya,
Setia pada rajanya,
Hormat pada yang tua.

Melayu itu baik pekertinya,
Kaya budayanya,
Berwarna-warni sejarahnya,
Indah bangsanya.

Melayu nampak lembut,
Teapi dalamnya keras,
Nampak bersopan,
Tetapi dalamnya tegas.

Namun Melayu mudah lupa,
Bangsanya pernah dihenyak,
Agamanya pernah dipijak,
Dek kerana raja yang alpa,
Dan pemimpin-pemimpin yang derhaka.

Melayu mudah lupa,
Dulu bangsanya petani dan nelayan,
Kini menjadi akauntan,aktuari,arkitek,hartawan dan angkasawan.

Melayu itu pernah kaya raya,
Pernah juga bangsanya papa kedana,
Sirih dijunjung,Raja dipelihara,
Walaupun keris dihunus,
Bangsa lain tetap dipelihara.

mH said...

Saya percaya dan yakin Dato' benar-benar jujur dan ikhlas untuk menjadi seorang pemimpin.

Saya juga rasakan dengan pengalaman Dato' memimpin negeri Selangor selama 8 tahun sebelum ini sudah cukup untuk menjadikan Dato' salah seorang pemimpin UMNO yang layak untuk naik ke atas lagi di dalam barisan peimimpin tertinggi UMNO.

Buat masa ini UMNO perlukan kesinambungan pemimpin dan keperluan ini amatlah mendesak. Yang ada sekarang ini saya rasa hanya menunggu masa sahaja untuk dirombak.

Saya faham apa yang Dato' maksudkan dalam posting terkini tetapi itu lebih kepada soal administrative dan perlukan perhalusan yang terperinci oleh semua pihak. Pendek kata mungkin juga merupakan point academic memandangkan Dato' sekarang tidak terlibat di dalam pentadbiran Negeri; hanya sekadar ADUN biasa di barisan pembangkang.

Apa kata Dato' tumpukan perhatian untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu kepada UMNO. Tunjukkan UMNO masih relevan dan apakah sumbangan Dato' ke arah ini.

Saya cukup kecewa apabila melihat Dato' mengambil jalan selamat apabila mengatakan tiada keperluan untuk menukar pemimpin buat masa ini. Adakah dengan berpendirian begini Dato' masih yakin dan percaya Pak Lah layak menjadi Perdana Menteri?

Berbeza dengan Dato' Mukhriz yang berpegang teguh kepada kebenaran dan pendirian. Bagi saya Dato' Mukriz cukup konsisten dalam pendiriannya terutamanya mengenai kepimpinan Pak Lah.

Saya bukan mengatakan Dato' perlu meniru Dato' Mukhriz tapi cuma saya sarankan agar Dato' menetapkan satu pendirian berasaskan kepada realiti dan yang nyata.

Tapi jika betul-betul Dato' percaya kepimpinan UMNO tidak perlu ditukar - maka bagi saya oklah kita terima.

Sebab rasa saya majoriti rakyat sekarang ini meragui sama ada Pak Lah masih layak menjadi PM lebih-lebih lagi Tun Dr. Mahathir sudah memberi pendapatnya mengenai perkara yang jelas sekali iaitu beliau mahukan Pak Lah mengundur diri.

Saya dengan rendah diri menyarankan kepada Dato' agar menyatakan secara terbuka perasaan dan pandangan Dato' mengenai perubahan yang perlu dilakukan di dalam parti UMNO.

Bagi saya sekarang ini UMNO perlu dikuatkan segera dan saya berpendapat bahawa Dato' memang cukup layak untuk menerajui sayap Pemuda, akan tetapi jika Dato' Mukhriz berhasrat untuk bertanding saya rasa elok Dato' bagi laluan.

Jika ini berlaku saya kata - Dato' aim a bit higher contohnya kerusi Naib Presiden. Why not? You've got nothing to lose but everything to gain.

www.dari-seremban.blogspot.com/

yoshz said...

Dr. Khir,
sebagai ahli pembangkang Selangor, saya rasa apa yg anda harus buat sekurang2nya adalah memastikan kerajaan pimpinan Khalid Ibrahi