Salam YB. Dato' Seri, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH UMRAH buat Dato' Seri dan keluarga.Kami doakan agar Dato' Seri dan keluarga selamat pergi dan kembali. Semoga Dato'Seri sentiasa dilindungi dan diberkati Allah SWT.
Saya doakan YB sihat selamat pergi dan selamat pulang...sebagaimana pesan saya kepada orang lain, sesampai di sana, sentiasalah permudahkan orang lain, hatta menyusun kasut berselerak di kaki-kaki masjid,,,lakukanlah...
Untuk makluman pembaca-pembaca blog yang saya hormati, saya sedang berusaha untuk membina sebuah perniagaan berkebajikan. Projek Pertama saya adalah mengumpul dana untuk pembelian buku untuk Rumah Anak Yatim. (Saya masih belum lagi menamakan Rumah Anak Yatim yang akan saya dermakan kerana ingin memberikan peluang kepada pembaca untuk menyatakan cadangannya dib log saya)
Untuk makluman, saya adalah ahli MIBO yang boleh mengedarkan beberapa produk telekomunikasi seperti Streamyx, Celcom (Pakej Korporat dan Celcom Broadband), VOIP (Penjimatan Bil Telefon Untuk Syarikat), SmartCall (Juga produk penjimatan bil telefon Syarikat, hanya boleh dilanggan selepas anda menggunakan VOIP selama 3 bulan terlebih dahulu), TM Line untuk rumah dan syarikat, IZZI dan Astro serta MBF juga.
Untuk keterangan lanjut pls clik pada nama saya. Saya memerlukan bantuan pembaca supaya saya dapat merealisasikan sebuah perniagaan berkebajikan yang saya contohi daripada usahawan-usahawan Islam yang berjaya. Nasihat dan pandangan juga diperlukan kerana saya amat mentah lagi.
Jika YB mempunyai cadangan untuk membantu saya amatlah dialu-alukan
Saya ucapkan perjalanan yang selamat untuk saudara. Disana semua umat Islam adalah sama darjatnya. Diharap apabila pulang nanti, janganlah diminta saudara dipanggil YB, Dato' Seri, Dr dan sebagainya. Buangkanlah sahaja pengejaran pangkat dan gelaran. Blog saudara eloklah ditukar kepada Mohamad Khir Toyo sahaja tanpa gelaran Dr. dihadapannya.
Dengan rasa rendah diri nanti, dapatlah saudara berkhidmat dengan lebih baik dan ikhlas kepada rakyat dan sudah tentu saudara akan lebih disayangi oleh rakyat.
Selamat menunaikan umrah. Semoga ketenangan, kejernihan jiwa yang bakal diperolehi berupaya untuk diterjemahkan kearah perjuangan yang lebih mantap, berkesan dan penuh iltizam untuk membela ummah.
Assalamualaikum...DS Semasa pergi umrah, banyakkan taubat dan beristighfar. Mohon banyak-banyak kepada Allah agar DS diberi dalam berpolitik. Mudah-mudahan umrah DS benar-benar melahirkan seorang individu baru sekembali nanti. Sekian.
Semoga ALLAH merahmati perjalanan Dr Khir. Doalah agar Malaysia terselamat dari segala ancaman buruk dan doakanlah orang-orang yang membawa kerosakan kepada negara di penjarakan. Semoga ALLAH memberi taufik dan hidayah kepada Dr Khir
DS, Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Ramli Yusuf, pun bila dilucutkan jawtan pergi umrah,
Saya masih ingat lagi apabila Musa Hitam meletakan jawatan ada berita yang menyatakan dia ‘ke umrah’ walaupun tidak lama kemudian dia muncul di London.
Seorang politikus perogol budak di bawah umur juga telah ‘ke umrah’ dengan dihantar oleh para macai dan balachinya di lapangan terbang apabila tuduhan ‘rogol’ mula tersebar luas di media. - petikan dari http://www.malaysia-today.net/nuc2006/jelebu.phpqlvg
doakan juga agar negara kita ini diperentah oleh mereka2 yg 1-beriman tinggi 2-berakhlak mulia 3-bertawaduk tinggi 4-berzuhud tinggi 5-beramanah tinggi 6-berkejujuran tinggi 7-mementingkan kesejahteraan rakyat 8-mesra rakyat 9-tidak mementingkan diri sendiri 10-tidak sombong & bongkak
Salam YB, May Allah open your heart to humility n wisdom in ur Umrah trip.
I read your statements about arrogance and insensitive lifestyles of UMNO YBs, I am pleased to know that you acknowledge it. However, what I did not read in your statement is your personal apology for the arrogance and insensitivity displayed by your own conduct. There are many examples but suffice to quote just 2 examples.
1. At the height of the late Zakaria Deros (may Allah forgive his soul) indifference to the public outcry, instead of rebuking him, you lend support to him by your public display in attending functions hosted by him at his palacial house. You displayed your arrogance and insensitivity to the public. 2. I admire your personal care in taking good care of your health and grooming. It is commendable and sets a good example for others to follow. However, having seen your pictures when you were first appointed, the transformation was so noticeable. At the time when public was advised to 'change our lifestyle" to cope with higher cost, we are wondering how can you efford all the cost that comes with your lifestyle when your official and declared income is quite limited. You were being insensitive to the larger public's lifestyle.
The above are my earnest and sincere feedback. You have taken the steps to embrace the critique so that you can improve. Hope my feedback serves to assist you.
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Dato' berkenaan kelulusan ladang babi di Sepang. Adakah benar kerajaan BN telah meluluskan projek ini sebelum pilihanraya yang lepas? Harapan saya selepas Dato' kembali daripada Umrah dengan penuh sifat kehambaan dan takwa pada Allah, Dato' dapat menjawab soalan saya ini dengan jujur supaya perkara ini tidak menjadi fitnah lagi kepada semua rakyat Malaysia. Ingatlah bahawa Allah akan merakam jawapan Dato' nanti dan akan dijadikan sebagai hujah di akhirat kelak. Akhirnya saya mengucapkan supaya Allah mempermudahkan urusan Dato' dan menjadikan Dato' salah seorang daripada hambanya yang Soleh.
Kalau diperhatikan keputusan pilihanraya baru2 ini, kekalahan BN adlah berpunca dari beralihnya sokongan bukan melayu. Secara kasarnya undi orang2 melayu masih sperti dulu, status quo. Di utara dan pantai timur, rata2 orang melayu (mungkin lebih 50%) sokong PAS. Cuba saudara tanya orang2 PAS,bagaimana kali ini orang2 bukan Melayu sokong mereka. Dan analisis mudah pilhanraya ini menunjukkan kebanyakan kekalahan UMNO adalah dikawasan yang dulunya UMNO mengharapkan undi bukan Melayu.
Oleh itu saya cadangkan saudara dapatkan ulasan/cadangan daripada bukan melayu juga. Adakah pelawat blog ini dan yang memberi komen terdiri daripada bukan melayu?
Dengan NIAT YANG IKHLAS untuk MENDEKATKAN DIRI kpdNya,mudah2an DK sentiasa beroleh TAUFIQ & HIDAYAHNYA di sepanjang perjalanan hidup DK sebagai HAMBA dan KHALIFAH ALLAH di muka bumi ini.
Selagi DK mentaati segala suruhanNya dan meninggal segala laranganNya,Allah akan sentiasa bersama2 DK justeru KEBERKATANNYA turut akan dirasai rakyat seperti KAMI.Di kala itu, pastinya sokongan yang tidak berbelah bagi akan DK peroleh drp rakyat jelata,insyaAllah.
Kami juga mengharapkan OLE2 berupa cerita2 KEBESARAN ALLAH dari TANAH SUCI untuk DK muatkan di blog ini.
Saya harap dato' selamat megerjakan umrah kali ini dan diberkati tuhan.Kalau ada masa Dato'masih boleh berhubungan melalui blog ini dari sana.saya percaya walaupun Dato tidak sempat membaca semua comments tetapi masih ada masa untuk menulis serba ringkas jika dapat ilham dari sana.Mungkin juga Dato bole blog pasal umrah Dato'. tak semestinya nak blog pasal politik saja.Boleh blogkan pasal isu sosial dinegara lain yang boleh dijadikan contoh teladan.
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
"Laila…" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak?"
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu…"
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. "Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah.." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
"Laila.." serunya
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."
Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?"
Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila…" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"
Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila…
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.
Selamat pergi dan balik dari umrah semoga mendapat ketenangan disana. Sempena ke madinah, kalau tak keberatan kirimkan salam saya kepada junjungan besar nabi kita nabi muhammad s.a.w. Wasalam.
Selamat menunaikan ibadat umrah. Mudah-mudahan diberkati Allah swt. Disamping mendoakan kami di sini, saya juga minta Dr. mendoakan agar negara kita terus selamat dan sejahtera. Mudah-mudahan segala masalah nasional yang kita alami sekarang akan terlerai dengan secepat yang mungkin.
Moga DSKT di beri petunjuk & hidayah di sana. Bersihkan hati & jiwa. Semoga bila pulang nanti DSKT menjadi seorang insan yang beriman. Penuhilah masa di sana dengan amal ibadat. Tinggalkan dunia politik seketika. Diharapkan DSKT dapat berkongsi pengalaman di sana dengan kami bila pulang nanti. Jadikan blog DSKT ini lebih dari sekadar senario politik.
Assalamualikum Dato'Seri, saya mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Umrah buat Dato'Seri dan Keluarga.
Memandangkan Dato'Seri juga telah menjadi keluarga Blogger,saya memohun agar Dato'Seri mendoakan kesajahteraan kepada semua Blogger daripada Perang Siber yg diistiharkan oleh UMNO yg dulunya diketuai oleh Dato'Seri Azalina dan kini kesinabungannya oleh MT UMNO.
Dato'Seri masih ingat July 2007,UMNO telah mengistiharkan Perang Siber Kepada Blogger!!!
Perlantikan Datuk Seri Azalina Othman Said oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mengetuai Gerakkan memerangi Bloggers terutamanya yang tidak sehaluan dengan Kerajaan merupakan ancaman terkini kepada para Bloggers.
Peristiharan yang dibuat oleh Azalina 2 July 2007 dan kini diambil alih MT UMNO juga merupakan gendang perang yang seharusnya diambil serius oleh semua bloggers.
Buat pengetahuan Dato'Seri, para blogger selama ini bergerak secara independent dan masing-masing punyai hala tuju serta matlamat yang berbeza. Sama ada mereka bekerja untuk parti pembangkang atau tidak itu bukanlah persoalannya. Dunia bloggers menjemput semua individu yang punyai capaian internet untuk tampil mewajahkan pemikiran mereka di alam siber ini secara bebas.
Namun kecenderungan rakyat masakini mendapat tentangan hebat dari pihak Kerajaan Barisan Nasional yang amat terasa dengan usik-usik berbisa para bloggers.
Nampaknya, Kerajaan BN semakin tidak rasional dan pengistiharan perang siber ini membuktikan bahawa mereka amat terdesak dalam menangani limpahan fikiran dari segenap pelusuk minda bloggers.
Kerajaan BN juga akhirnya mempersembahkan taring ditaktornya kepada para bloggers yang mana pada hari ini jumlah bloggers semakin bertambah dari sehari ke sehari.
Apakah yang dimaksudkan dengan 。fitnah oleh blogger「 dalam ucapan Azalina. Tidak cukupkah dengan penggunaan jentera media RTM dan Media Prima yang dimiliki oleh UMNO-BN untuk menyesatkan rakyat. Minggu Kini mereka melihat jalan alternatif bloggers di alam maya ini sebagai ancaman pula.
Jika inilah yang diidamkan oleh Kerajaan UMNO-BN, para blogger telah lama bersiap sedia. Kita tahu, dengan kuasa yang mereka ada pelbagai cara akan dilakukan. Cuma kita mahu agar juak-juak UMNO-BN yang ingin turut berpencak di medan Blog ini agar tidak cepat melatah dan letih.
Strategi kotor juga pastinya akan digunakan oleh mereka demi memenangi peperangan ini. Kita bersedia jika mereka ingin bermain 。games「 ini tapi ingatlah bahawa kebenaran dan hak bersuara setiap rakyat itu adalah sesuatu yang harus dihormati.
Jangan kerana agenda segelintir pemimpin, juak-juak UMNO-BN ini menjadi seperti 。Harimau dalam Zoo「. Muka sahaja garang tapi lehernya diikat dengan rantai ringgit UMNO-BN.
Dan ingatlah!!! Tiada jalan mudah untuk UMNO-BN menumbangkan Bloggers kerana setiap bloggers tidak memerlukan kawasan Parlimen atau sempadan geografi untuk bertindak. Kami juga tidak memerlukan undi untuk menang di alam siber ini. Oleh itu, jangan memandang rendah pada bloggers kerana tidak mustahil satu hari nanti " UMNO-BN akan tumbang kerana gigitan bloggers ini- Kenyataan dari Pemuda Wilayah"
selamat mengerjakan umrah saya ucapkan kepada dr...harap dr. gemblengkan waktu di sana kelak bagi memohon petunjuk dan hidayah Maha Esa, moga2 dapat di aplikasikan demi meleraikan kekusutan politik di tanah air...InsyaAllah...
cuma hamba rasa kurang setuju dengan cadangan saudara east43street agar memansuhkan gelaran dr...masakan begitu...doktor masih seorang doktor walau bukan lagi memanda menteri besar....bukan?
selamat berangakat dan selamat kembali dengan tekad yang lebih lagi demi untuk menegakkan agama bangsa dan negara.......Buatlah umno itu relevent......
Selamat Berangkat ke Tanah Suci. Semoga selamat pergi dan pulang. Doakan kesejahteraan rakyat Malaysia khususnya umat Islam di Malaysia. Doakan juga kemakmuran tanahair tercinta ini.
Buat sdra east43street, pada pandangan saya tidak salah jika gelaran 'Dr.' digunakan. Sedangkan Nik Aziz juga menggunakan gelaran 'Tuan Guru'. Gelaran ini adalah sbg pengiktirafan ilmu mereka dalam bidang tertentu. Hanya Allah yg tahu apa di dalam hati mereka. Samada mereka gunakan utk bermegah ataupun sebaliknya. Bukankah bersangka baik itu adalah lebih baik.
dr khir tahniah kerana berjaya menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah al Mukarramah...jgn lupa banyakkan minum air zam zam dan lakukan tawaf sunat sebanyak yg boleh... regards
Selamat berangkat ke tanah suci buat DS dan keluarga.
Semoga DS kembali ke tanah air dengan jiwa yang baru, berfahaman baru dan bersemangat baru, berdiri sebagai seorang pemimpin masyarakat terbanyak yang benar-benar bertanggungjawab bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
Tiada yang lebih murni selain dari melakukan sesuatu hanya untuk Allah, tuhan sekalian alam.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH UMRAH buat Dato' Seri dan keluarga.Kami doakan agar Dato' Seri dan keluarga selamat pergi dan kembali. Semoga Dato'Seri sentiasa dilindungi dan diberkati Allah SWT.
Doakan juga agar negara rakan2 dalam UMNO sedar akan kesalahan mereka... Aminn.
Semoga ibadah umrah DSMKT diberkati Allah dan dapat petunjuk dari NYA. Semga DSMKT dapat melihat kebesaran ALLAH dan menerima hakikat yang sebenar sebagai orang islam. Jadilah seorang islam yang sebenar, seperti yang telah ditunjukkan oleh BAGINDA SAW kepada seluruh umat islam. Wassalam.
doakan kesejahteraan pemimpin umno di selangor, semoga kami tabah sepanjang 5tahun ini..amin.. selamat mengerjakan umrah bersama datin seri dan selamat pulang..
selamat menunaikan umrah bersama datin seri.semoga selama pergi dan selamat kembali .harapan agar mencapai ketenangan dan juga ilham yang bernas demi untuk sebuah perjuangan...semoga segalanya berjalan lancar dan mudah segala urusan.
Semoga niat ke sana itu bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk, tetapi tulus ikhlas kerana Tuhan. Di sana nanti, mengharaplah pada Tuhan agar diberi satu petunjuk yang benar-benar akan menjadi pegangan Datuk nanti..
Siapa sangka, dengan takdir Tuhan, Datuk akan beroleh sesuatu yang Datuk tak pernah sangka-sangka pun sebelum ni. Satu perkara yang hanya orang tertentu saja yang akan diberikan oleh Allah.
Hati-hati semasa mengerjakan umrah. Bawalah bersama hati yang bersih tulus suci kerana Islam. Kerana perginya Datuk ke sana bukan kerana Jawatan Datuk, bukan kerana UMNo Datuk, tapi perginya Datuk ke sana kerana satu kesedaran bahawa Islam sepatutnya diletakkan lebih tinggi melebihi yang lain.
Semoga tindakan Datuk meletakkan Islam di temapat tinggi di dalam keaadaan krisis politik BN kini, akan menyedarkan Datuk akan tingginya nilai Islam itu di dalam sanubari kita.
YB. Dato' Seri. Selamat menyahut lambaian Kaabah. Didoakan dipermudah dan diberkati segala ibadah yang dilakukan.Terkenang kenang semasa saya dan isteri serta AJK Pengurusan UMNO Selangor mengerjakan Umrah .Itulah pertama kali saya dan isteri ke sana. Mengenangkannya airmata membasahi pipi. Terima kasih YB. Dato' Seri.
SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI - DOAKAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA RAKYAT SELANGOR DIBERI PETUNJUK DAN KEMBALI KE JALAN YANG BENAR - SEMOGA ORANG YANG SELALU MENABUR FITNAH KEPADA DSKT DIAMPUNKAN ALLAH DAN BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT - TERUS BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
Selamat menunaikan umrah... Ingatlah rakyat jelata sekalian yg mana ada antaranya(termasuk saya) tidak berpeluang langsung menikmati kemewahan anda.... Kami yg susah nie yg jujur.. Yg tak tergamak makan hasil org lain utk hidup senang...
Selamat menunaikan ibadah di sana Dr Khir. tapi teruslah menulis tentang pengalaman dr khir di sana. uploadlah gambar di sini. mesti ada wifi kat hotel kan? blog dr khir kurang gambar. boleh spice up sikit kolum ni dengan gambar2 yang berkaitan.
saya doakan dr khir sihat sentiasa. bila balik nanti kita sambung berjuang untuk alip ba ta
Salam YB Dato' Seri, Saya Mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Sri Idaman, Bahagian Klang mengucapkan Selamat Menunaikan Umrah buat dato' Seri dan Keluarga. Kami Doakan Dato' Seri Selamat Pergi dan kembali ke Tanahair dengan Selamat..Amin
Salam YB Alhamdulillah, selamat mrnunaikan ibadah Umrah kepada YB serta keluarga. Insyaallah dapat muhasabahkan diri. Saya doakan agar YB serta keluarga akan selamat pergi dan selamat pulang. Semoga YB diberkati Allah SWT. Wassalam
kasihan saya melihat dato diserang ( atau dimanipulasikan ) mengenai isu babi di selangor .. tapi adakah pemerintah selangor mengambil tidakan yang betul dengan meluluskan 100 juta tersebut?
hmm .. revise balik manifesto parti pemerintah selangor ni ..
DAP - Just Change It For:
Safer Streets
15,000 policemen to patrol streets in Selangor to reduce crime & protect our families ( belum laksana )
Establish the Independent Police Complaints & Monitoring Commission (IPCMC) ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )
More employment opportunities for the urban poor & marginalized in Selangor ( jawatan telah dibuka - penternak babi )
Lower Costs
Renegotiate unfair contracts e.g. highway concessions for lower tolls ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )
Implement open and transparent tenders for all government contracts ( belum laksana )
Improve public transportation in major cities in Selangor ( belum laksana )
Quality Education
Equal opportunity and access to education for all Malaysian students ( belum laksana )
Ensure that the state government provide quality education through Universiti Industri Selangor (UNISEL)( belum laksana )
Fair and institutionalized financial allocations for vernacular schools, ie SJKCs (Chinese primary schools) and SJKTs (Tamil primary schools) ( belum laksana )
Clean Government
Local government elections to ensure accountability & efficiency ( belum laksana )
Ensure that the state/federal government is accountable to the Rakyat ( dalam proses )
Provide and protect green lungs for densely populated cities in Selangor ( dalam proses - bermula dengan ladang ternakan babi termoden .mungkin mufti baca ni kot )
Stronger Opposition
Provide effective checks and balances to the Selangor government and the federal government ( dalam proses)
Immediately halt the indiscriminate demolition of temples, mosque, surau or churches ( belum laksana)
Legalise temples, mosque, surau or churches built on private or state land. (dalam proses - agaknya )
Protect women’s rights and eliminate discrimination ( babi first - then women )
PAS Selangor
Urustadbir Berwibawa
* Memastikan semua pemimpin bersih dari rasuah (dalam proses)
* Menyiasat penyelewengan pentadibiran tanah dan sumber negeri ( dalam proses ) * Menghentikan projek-projek pembaziran dan rugi (menghentikan ditukar kepada menyambung ) * Memastikan ketelusan pentadbiran negeri (dalam proses - agaknya ) * Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan (menghentikan ditukar kepada menyambung) * Melarang ahli-ahli Exco terlibat dalam perniagaan (dalam proses - agaknya )
Sosial dan Kebajikan Rakyat
* Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor ( belum laksana) * Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yg dihantar ke nurseri ( belum laksana) * Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bg pendidikan pra-sekolah ( belum laksana) * Membri hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yg mendapat tawaran ke Universiti ( belum laksana) * Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor ( diteruskan) * Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga ( belum laksana) * Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia (belum laksana- buat ladang bab* dulu) * Mencarum takaful bernilai RM2500 untuk warga emas,org kurang upaya dan anak yatim ( belum laksana) * Memberi elaun ibu tunggal yang layak ( belum laksana) * Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga ( belum laksana) sepenuh masa anak-anak kecil mereka ( belum laksana) * Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri ( belum laksana- buat ladang bab* dulu) * Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam ( belum laksana)
Kesihatan Rakyat
* Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit ) * Memberi 14 hari cuti kepada suami yg isterinya bersalin ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit ) * Memberi sebulan cuti kepada wanita yg kematian suami ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit ) * Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 thn ke atas ( belum laksana )
Ekonomi Rakyat
* Menyediakan premis perniagaan yg cukup ( mula dengan ladang bab* dulu ) * Memberi bimbingan perniagaan kepadagolongan belia dan wanita muda ( belum laksana) * Memberi galakan kepada belia dan wanita muda dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama (air ok, elektrik belum.. tq) * Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10% ( belum laksana) * Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bg 20 meter padu pertama setiap bulan ( dilaksana bulan jun) * Menjalankan program bg membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yg lebih tinggi di atas garis kemiskinan ( belum laksana ( atau mungkin akan dilaksana jika termasuk pada projek pemodenan pembelaan ni kot?) )
Keselamatan Rakyat
* Menguatkusakan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bg mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir ( belum laksana) * Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan ( peringkat federal, susah skit ) * Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita ( belum laksana - mula dengan pusat khidmat sehenti bab* dulu )
mana perginya segala janji mengutamakan rakyat? lol
Saya rasa YB telah membuat beberapa kesilapan (disedari atau tidak)semasa menjadi MB dulu.
1.Memusnahkan hutan simpan air hitam, dan menyerahkan kepada Patrik L untuk dibangunkan secara intensif. Paling teruk tidak disediakan kawasan untuk masjid yang sesuai, sekolah, kawasan lapang untuk permainan kanak-kanak.
2.Merosakkan Taman cahaya Shah Alam. Membahagikan kawasan sekeliling kepada kawasan kecil-kecil untuk mengelakkan keperluan EIA.
3. Seorang wakil rakyat YB tidak ada bacelor pun (dulu dia ni lab technician di UPM) tetapi sana sini menjaja ijazah PhD. Ini satu kepalsuan yang tidak harus berlaku.
Kalau diberikan peluang untuk memimpin Selangor sekali lagi. Perbetullah perkara ini.
Semua orang mendoakan pemergian tuan, saya juga berdoa, semoa masih ada jalan bagi tuan kembali ke jalan yang sebenar mencari dunia yang bahagia lagi mendapat redhaNya dan akhirat yang abadi dalam keredhaanNya jua...Dunia ini banyak menipu,dlm Quran Tuhan bfirman, dan tidak ada apa2 dalam Dunia itu kecuali permainan, lagha, bertanding memperbanyak harta dan anak, akhirat jua yang kekal, dlm ayt lain tuhan menasihati lagi, bhw pada hari akhirat, ada org2 yg akan berkata, Ya LAitani kuntu turaaba,,aduhai celakanya aku, alangkah baiknya jika dulu aku (waktu didunia menjadi tanah, (tidaklah sebegini perit aku menaggung azab di Akhirat.Semoga saya dan Dr Khir tidka termasuk orang yang akan menyumpah diri sendiri.
mungkin masa yang terluang boleh digunakan supaya cadangan Saya dapat dijadikan blog ini lebih mesra rakyat seperti contoh blogger wee choo keong http://www.weechookeong.blogspot.com/ ataupun lebih kepada isu isu yang betul betul dan tepat mengenai kehendak rakyat. wasallam.
Selamat berangkat ke tanah suci Dr. jangan lupa bawa Datin sekali kesian dia terpaksa hadapi keadaan yang sama cam Dr gak. Doa banyak-banyak dan muhasabah diri. Saya tak ada apa-apa yang boleh bantu Dr tapi saya doakan dr. selamat pegi dan selamat kembali
Hijrah adalah titik penting di dalam kehidupan seorang insan yang bercita-cita tinggi.
Pemergian ke Tanah Suci adalah hijrah yang sangat dituntut agama.
Saya doakan dato selamat menunaikan umrah disamping menziarahi masjid Nabi saw.
Saya juga mendoakan dato diberi ilham oleh Allah SWT untuk berusaha untuk memulihkan kemelut politik yang boleh melemahkan kekuatan agama dan bangsa dan negara.
…MEDIA MASA MEMAINKAN ISU BABI DI SELANGOR… ingatkan harga daging babi nak naik…TIBA2 HARINI KERAJAAN BN UMUM HARGA MI NAIK 20 HINGGA 70 SEN. ini adalah manipulasi isu yg selalu kerajaan BN buat. nak kalih isu.
INILAH STRATEGI KERAJAAN BN…BAGI ORG RAMAI MARAH PASAL BABI…TAPI HARGA MAKANAN HARIAN MCM MI DINAIKKAN…
Mula2 nak naikkan harga beras tapi takut org melayu marah (sebab majoriti melayu yg makan nasik)…kini demi nak balas dendam kepada org Cina yg tak undi BN, kerajaan naikkan harga mi.
Org2 Cina amat marah harini kerana makanan harian mereka di naikkan terlalu tinggi. mmg UMNO nak balas dendam kpd org cina!!!!!!
Saya ucapkan selamat menunaikan ibadat umrah buat DS dan Keluarga. Di doakan selamat pergi dan selamat kembali. Semoga DS sentiasa dilindungi dan dikurniakan hidayah.
Bagus la kalau tujuan menunaikan umrah tu untuk mensucikan diri,itulah tempat yang paling baik dan suci untuk kita berdoa dan bertaubat. Kebaikkan yg kita buat memang kita ingat tapi keburukkan yang dilakukan langsung kita terlupa, kita tidak akan kemana-mana kalau dalam diri masih ada sifat dendam, terutama terhadap orang yang memberi kita makan dan perlindungan dikala kita susah.
Semuga disana nanti dato' dapat bermuhasabah diri sementara saya bermuhasabah diri dari sini(sekadar ini yang saya mampu)kerana tiada kemampuan kewangan untuk kesana.
Apakah matlamat menghalalkan cara akan terus diwarisi oleh UMNO seolah-olah ianya HALAL? Walaupun rata-rata UMNO ahlinya adalah Islam, tetapi tanpa segan silu menghurung wang yang dihulur untuk membeli undi setiap kali ada pemilihan baik diBahagian mahupun diPAU. Janganlah dinafikan rahsia umum ini.
Emm, dah jadi bloggers jugak ya Datuk. Terkejut juga saya. Walau macam mana pun, tahniah Datuk. Kerana Datuk sudah pun mempunyai platform tersendiri untuk mendekati hati budi orang ramai.
Cuma, kalau boleh, berkongsi lah pandangan dan pendapat2 mereka ini bersama-sama UMNO supaya dapat kita memperbaiki kelemahan UMNO.
Harap Datuk, tidaklah menerima sesuatu itu sebegitu sahaja. Maklumlah, bukan semua pendapat itu sihat, ada yang terlalu diadakan dan terlalu mengikut emosi.
Mendoakan Datuk, selamat pergi selamat balik. Di tanah suci, jangan fikir lagi dah pasal politik ya Datuk.
Selamat menunaikan Ibadah Umrah.Harap YB Dato' Seri dapat singgah Mesir.Semoga YB selamat pergi dan pulang.
YB Dato' Seri,kekalahan sekali tidak bermakna kegagalan selama-lamanya,kemenangan BA pun tidak bermakna mereka akan terus menang sebab mereka hanya mahukan kuasa sahaja.
Semoga semasa menjalani ibadah umrah,Allah S.W.T memberikan semangat dan kekuatan kepada YB untuk terus berjuang.
senang-senang,kunjungilah blog saya...www.ezoegypt.blogspot.com
YB izinkan saya mengambil alamat blog YB untuk dimasukkan dalam senarai bloggers dalam blog saya..
147 comments:
Salam YB. Dato' Seri,
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH UMRAH buat Dato' Seri dan keluarga.Kami doakan agar Dato' Seri dan keluarga selamat pergi dan kembali. Semoga Dato'Seri sentiasa dilindungi dan diberkati Allah SWT.
ssalamualaikum wbt
Saya doakan YB sihat selamat pergi dan selamat pulang...sebagaimana pesan saya kepada orang lain, sesampai di sana, sentiasalah permudahkan orang lain, hatta menyusun kasut berselerak di kaki-kaki masjid,,,lakukanlah...
Untuk makluman pembaca-pembaca blog yang saya hormati, saya sedang berusaha untuk membina sebuah perniagaan berkebajikan. Projek Pertama saya adalah mengumpul dana untuk pembelian buku untuk Rumah Anak Yatim.
(Saya masih belum lagi menamakan Rumah Anak Yatim yang akan saya dermakan kerana ingin memberikan peluang kepada pembaca untuk menyatakan cadangannya dib log saya)
Untuk makluman, saya adalah ahli MIBO yang boleh mengedarkan beberapa produk telekomunikasi seperti Streamyx, Celcom (Pakej Korporat dan Celcom Broadband), VOIP (Penjimatan Bil Telefon Untuk Syarikat), SmartCall (Juga produk penjimatan bil telefon Syarikat, hanya boleh dilanggan selepas anda menggunakan VOIP selama 3 bulan terlebih dahulu), TM Line untuk rumah dan syarikat, IZZI dan Astro serta MBF juga.
Untuk keterangan lanjut pls clik pada nama saya. Saya memerlukan bantuan pembaca supaya saya dapat merealisasikan sebuah perniagaan berkebajikan yang saya contohi daripada usahawan-usahawan Islam yang berjaya. Nasihat dan pandangan juga diperlukan kerana saya amat mentah lagi.
Jika YB mempunyai cadangan untuk membantu saya amatlah dialu-alukan
Sekian, Terima kasih.
http://www.teman-islam.blogspot.com
Saya ucapkan perjalanan yang selamat untuk saudara. Disana semua umat Islam adalah sama darjatnya. Diharap apabila pulang nanti, janganlah diminta saudara dipanggil YB, Dato' Seri, Dr dan sebagainya. Buangkanlah sahaja pengejaran pangkat dan gelaran. Blog saudara eloklah ditukar kepada Mohamad Khir Toyo sahaja tanpa gelaran Dr. dihadapannya.
Dengan rasa rendah diri nanti, dapatlah saudara berkhidmat dengan lebih baik dan ikhlas kepada rakyat dan sudah tentu saudara akan lebih disayangi oleh rakyat.
Fi Amanillah.
ASM wbt Dr Khir,
Selamat menunaikan umrah. Semoga ketenangan, kejernihan jiwa yang bakal diperolehi berupaya untuk diterjemahkan kearah perjuangan yang lebih mantap, berkesan dan penuh iltizam untuk membela ummah.
T.kasih
Assalamualaikum...DS
Semasa pergi umrah, banyakkan taubat dan beristighfar. Mohon banyak-banyak kepada Allah agar DS diberi dalam berpolitik. Mudah-mudahan umrah DS benar-benar melahirkan seorang individu baru sekembali nanti. Sekian.
Mualaikumsalam
Semuga dpt pertunjuk ketika disana
A.kum Datuk Seri,
1. Alhamdulillah Datuk. Itu juga yang lebih baik dari lain-lain urusan.
2. Semoga Datuk akan mendapat banyak petunjuk dan hidayah di sana.
3. Selamat berangkat, selamat mengerjakan ibadat dan selamat kembali.
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
Semoga ALLAH merahmati perjalanan Dr Khir. Doalah agar Malaysia terselamat dari segala ancaman buruk dan doakanlah orang-orang yang membawa kerosakan kepada negara di penjarakan. Semoga ALLAH memberi taufik dan hidayah kepada Dr Khir
DS,
Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Ramli Yusuf, pun bila dilucutkan jawtan pergi umrah,
Saya masih ingat lagi apabila Musa Hitam meletakan jawatan ada berita yang menyatakan dia ‘ke umrah’ walaupun tidak lama kemudian dia muncul di London.
Seorang politikus perogol budak di bawah umur juga telah ‘ke umrah’ dengan dihantar oleh para macai dan balachinya di lapangan terbang apabila tuduhan ‘rogol’ mula tersebar luas di media. - petikan dari http://www.malaysia-today.net/nuc2006/jelebu.phpqlvg
brader khir...
doakan juga agar negara kita ini diperentah oleh mereka2 yg
1-beriman tinggi
2-berakhlak mulia
3-bertawaduk tinggi
4-berzuhud tinggi
5-beramanah tinggi
6-berkejujuran tinggi
7-mementingkan kesejahteraan rakyat
8-mesra rakyat
9-tidak mementingkan diri sendiri
10-tidak sombong & bongkak
aminnnnnnn
wassalam
salam DS
saya doakan selamat menunaikan abadah umrah dan selamat kembali ke tanah air dengan ceria dan keazaman baru demi agama bangsa dan negara
Salam YB,
May Allah open your heart to humility n wisdom in ur Umrah trip.
I read your statements about arrogance and insensitive lifestyles of UMNO YBs, I am pleased to know that you acknowledge it. However, what I did not read in your statement is your personal apology for the arrogance and insensitivity displayed by your own conduct. There are many examples but suffice to quote just 2 examples.
1. At the height of the late Zakaria Deros (may Allah forgive his soul) indifference to the public outcry, instead of rebuking him, you lend support to him by your public display in attending functions hosted by him at his palacial house. You displayed your arrogance and insensitivity to the public.
2. I admire your personal care in taking good care of your health and grooming. It is commendable and sets a good example for others to follow. However, having seen your pictures when you were first appointed, the transformation was so noticeable. At the time when public was advised to 'change our lifestyle" to cope with higher cost, we are wondering how can you efford all the cost that comes with your lifestyle when your official and declared income is quite limited. You were being insensitive to the larger public's lifestyle.
The above are my earnest and sincere feedback. You have taken the steps to embrace the critique so that you can improve. Hope my feedback serves to assist you.
selamat menunaikan ibadah umrah
Salam,
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Dato' berkenaan kelulusan ladang babi di Sepang. Adakah benar kerajaan BN telah meluluskan projek ini sebelum pilihanraya yang lepas? Harapan saya selepas Dato' kembali daripada Umrah dengan penuh sifat kehambaan dan takwa pada Allah, Dato' dapat menjawab soalan saya ini dengan jujur supaya perkara ini tidak menjadi fitnah lagi kepada semua rakyat Malaysia. Ingatlah bahawa Allah akan merakam jawapan Dato' nanti dan akan dijadikan sebagai hujah di akhirat kelak. Akhirnya saya mengucapkan supaya Allah mempermudahkan urusan Dato' dan menjadikan Dato' salah seorang daripada hambanya yang Soleh.
Wassalam
DS,
Kalau diperhatikan keputusan pilihanraya baru2 ini, kekalahan BN adlah berpunca dari beralihnya sokongan bukan melayu. Secara kasarnya undi orang2 melayu masih sperti dulu, status quo. Di utara dan pantai timur, rata2 orang melayu (mungkin lebih 50%) sokong PAS. Cuba saudara tanya orang2 PAS,bagaimana kali ini orang2 bukan Melayu sokong mereka. Dan analisis mudah pilhanraya ini menunjukkan kebanyakan kekalahan UMNO adalah dikawasan yang dulunya UMNO mengharapkan undi bukan Melayu.
Oleh itu saya cadangkan saudara dapatkan ulasan/cadangan daripada bukan melayu juga. Adakah pelawat blog ini dan yang memberi komen terdiri daripada bukan melayu?
semoga perjalanan DS ke tanah suci selamat tiba dan juga selamat pulang ke tanah air..welcome to my blog http://fysal.321.cn
Salam Dr Khir,
Dengan NIAT YANG IKHLAS untuk MENDEKATKAN DIRI kpdNya,mudah2an DK sentiasa beroleh TAUFIQ & HIDAYAHNYA di sepanjang perjalanan hidup DK sebagai HAMBA dan KHALIFAH ALLAH di muka bumi ini.
Selagi DK mentaati segala suruhanNya dan meninggal segala laranganNya,Allah akan sentiasa bersama2 DK justeru KEBERKATANNYA turut akan dirasai rakyat seperti KAMI.Di kala itu, pastinya sokongan yang tidak berbelah bagi akan DK peroleh drp rakyat jelata,insyaAllah.
Kami juga mengharapkan OLE2 berupa cerita2 KEBESARAN ALLAH dari TANAH SUCI untuk DK muatkan di blog ini.
Selamat!
ALLAHUAKBAR!
Dear YB. Dato' Seri,
Have a safe Journey you and your family.
Come back a stronger man .
Ready yourself.
salam.
doakan kami semua berjaya dalam apa jua pekerjaan kami.. :) nice blog.. :)
Dato' Seri,
Saya harap dato' selamat megerjakan umrah kali ini dan diberkati tuhan.Kalau ada masa Dato'masih boleh berhubungan melalui blog ini dari sana.saya percaya walaupun Dato tidak sempat membaca semua comments tetapi masih ada masa untuk menulis serba ringkas jika dapat ilham dari sana.Mungkin juga Dato bole blog pasal umrah Dato'. tak semestinya nak blog pasal politik saja.Boleh blogkan pasal isu sosial dinegara lain yang boleh dijadikan contoh teladan.
Sekian saja, TQ
Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
"Laila…" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak?"
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu…"
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. "Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah.." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
"Laila.." serunya
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."
Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?"
Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila…" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"
Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila…
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.
Selamat menunaikan umrah. Semoga CAHAYA RAHMAT menyinari dato', balik nanti menjadi penyokong pendaulatan ISLAM pulak.
ALLAHUAKBAR!!!!! ALLAHUAKBAR!!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!
Salam YB,
Saya doakan YB selamat pergi dan pulang :)
A'kum Dato' Seri,
Selamat pergi dan balik dari umrah semoga mendapat ketenangan disana.
Sempena ke madinah, kalau tak keberatan kirimkan salam saya kepada junjungan besar nabi kita nabi muhammad s.a.w.
Wasalam.
alhamdulillah ds..
smoga ds beroleh apa yg dihajatkan..
doakan rakyat selangor agar terus beroleh kesejahteraan..
Selamat menunaikan ibadat umrah. Mudah-mudahan diberkati Allah swt. Disamping mendoakan kami di sini, saya juga minta Dr. mendoakan agar negara kita terus selamat dan sejahtera. Mudah-mudahan segala masalah nasional yang kita alami sekarang akan terlerai dengan secepat yang mungkin.
Doa di depan kaabah dimakbulkan Allah.
Amin.
Selamat pergi dan selamat kembali.
Assalamualaikum wbt.
Selamat berangkat ketanah suci&Selamat menunaikan ibadah ummrah.Semoga ALLAH SWT memberikesejahtaran&ketenangan fikiran pada Dato.
Salam Dato Seri,
Saya mendoakan agar DS pulang dengan seribu hidayah daripada Allah SWT dan dapat membantu menyatu padukan orang melayu semula.
Selamat Menunaikan Ibadah Umrah.
Assalamualaikum wbt.
Selamat menunaikan ibadah ummrah.semoga Dato akan beroleh kesejahtaran&ketenangan fikiran
Saya turut doakan semoga Dr seisi keluarga akan sentiasa sihat dan selamat semasa mengerjakan umrah kelak.
Assalamualaikum.
Saya rasa adalah lebih baik jika kita menunaikan ibadah Haji terlebih dahulu sekiranya mampu. Dahulukan yang wajib daripada sunat.
Tapi apa2pun, selamat menunaikan ibadah sunat tersebut. InsyaAllah saya akan doakan Dato' selamat pergi dan kembali.
TAHNIAH..
SEMOGA SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI..
TP KEMBALI DLM KEADAAAN DIRI YG SUCI.. YG BERSIH DARI HASAD DENGKI.. KHIANAT..
TTG BERITA HARI NI .. PASAL ISU TERNAKAN BB DI SEPANG.. SDR MENAFIKAN YG SDR TLH MELULUKAN PROJEK TERSEBUT PD 30 JANUARI 2008.
BERKATA BENARLAH W/PUN PAHIT..
TINGGALKANLAH SIFAT MENIPU.. BOHONG.. TEMBERANG YG DAH SEBATI DLM umnO DEMI KESEJAHTERAAN SELURUH RAKYAT.
Salam YB Dato' Seri,
Selamat Menunaikan Ibadah Umrah. Semoga selamat pergi dan kembali. Semoga sentiasa dilindungi dan diberkati.
ps: Doakan untuk kami jua, untuk kesejahteraan kami rakyat Malaysia.
BERKATA BENARLAH WALAUPUN PAHIT..
Selamat berangkat Dato'. Seng selamat kabeh.
salam DS,
selamat pergi dan kembali.
lupakan hal dunia kejap.
semoga DS sekeluarga diberi hidayah serta keberkatan dr Allah SWA.
Salam DSKT,
Moga DSKT di beri petunjuk & hidayah di sana. Bersihkan hati & jiwa. Semoga bila pulang nanti DSKT menjadi seorang insan yang beriman. Penuhilah masa di sana dengan amal ibadat. Tinggalkan dunia politik seketika. Diharapkan DSKT dapat berkongsi pengalaman di sana dengan kami bila pulang nanti. Jadikan blog DSKT ini lebih dari sekadar senario politik.
Assalamualikum Dato'Seri, saya mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Umrah buat Dato'Seri dan Keluarga.
Memandangkan Dato'Seri juga telah menjadi keluarga Blogger,saya memohun agar Dato'Seri mendoakan kesajahteraan kepada semua Blogger daripada Perang Siber yg diistiharkan oleh UMNO yg dulunya diketuai oleh Dato'Seri Azalina dan kini kesinabungannya oleh MT UMNO.
Dato'Seri masih ingat July 2007,UMNO telah mengistiharkan Perang Siber Kepada Blogger!!!
Perlantikan Datuk Seri Azalina Othman Said oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mengetuai Gerakkan memerangi Bloggers terutamanya yang tidak sehaluan dengan Kerajaan merupakan ancaman terkini kepada para Bloggers.
Peristiharan yang dibuat oleh Azalina 2 July 2007 dan kini diambil alih MT UMNO juga merupakan gendang perang yang seharusnya diambil serius oleh semua bloggers.
Buat pengetahuan Dato'Seri, para blogger selama ini bergerak secara independent dan masing-masing punyai hala tuju serta matlamat yang berbeza. Sama ada mereka bekerja untuk parti pembangkang atau tidak itu bukanlah persoalannya. Dunia bloggers menjemput semua individu yang punyai capaian internet untuk tampil mewajahkan pemikiran mereka di alam siber ini secara bebas.
Namun kecenderungan rakyat masakini mendapat tentangan hebat dari pihak Kerajaan Barisan Nasional yang amat terasa dengan usik-usik berbisa para bloggers.
Nampaknya, Kerajaan BN semakin tidak rasional dan pengistiharan perang siber ini membuktikan bahawa mereka amat terdesak dalam menangani limpahan fikiran dari segenap pelusuk minda bloggers.
Kerajaan BN juga akhirnya mempersembahkan taring ditaktornya kepada para bloggers yang mana pada hari ini jumlah bloggers semakin bertambah dari sehari ke sehari.
Apakah yang dimaksudkan dengan 。fitnah oleh blogger「 dalam ucapan Azalina. Tidak cukupkah dengan penggunaan jentera media RTM dan Media Prima yang dimiliki oleh UMNO-BN untuk menyesatkan rakyat. Minggu Kini mereka melihat jalan alternatif bloggers di alam maya ini sebagai ancaman pula.
Jika inilah yang diidamkan oleh Kerajaan UMNO-BN, para blogger telah lama bersiap sedia. Kita tahu, dengan kuasa yang mereka ada pelbagai cara akan dilakukan. Cuma kita mahu agar juak-juak UMNO-BN yang ingin turut berpencak di medan Blog ini agar tidak cepat melatah dan letih.
Strategi kotor juga pastinya akan digunakan oleh mereka demi memenangi peperangan ini. Kita bersedia jika mereka ingin bermain 。games「 ini tapi ingatlah bahawa kebenaran dan hak bersuara setiap rakyat itu adalah sesuatu yang harus dihormati.
Jangan kerana agenda segelintir pemimpin, juak-juak UMNO-BN ini menjadi seperti 。Harimau dalam Zoo「. Muka sahaja garang tapi lehernya diikat dengan rantai ringgit UMNO-BN.
Dan ingatlah!!! Tiada jalan mudah untuk UMNO-BN menumbangkan Bloggers kerana setiap bloggers tidak memerlukan kawasan Parlimen atau sempadan geografi untuk bertindak. Kami juga tidak memerlukan undi untuk menang di alam siber ini. Oleh itu, jangan memandang rendah pada bloggers kerana tidak mustahil satu hari nanti " UMNO-BN akan tumbang kerana gigitan bloggers ini- Kenyataan dari Pemuda Wilayah"
salam dr....
selamat mengerjakan umrah saya ucapkan kepada dr...harap dr. gemblengkan waktu di sana kelak bagi memohon petunjuk dan hidayah Maha Esa, moga2 dapat di aplikasikan demi meleraikan kekusutan politik di tanah air...InsyaAllah...
cuma hamba rasa kurang setuju dengan cadangan saudara east43street agar memansuhkan gelaran dr...masakan begitu...doktor masih seorang doktor walau bukan lagi memanda menteri besar....bukan?
wallahualam
tahniah sudah ada blog! sy pun baru je buat blog =)
selamat berangakat dan selamat kembali dengan tekad yang lebih lagi demi untuk menegakkan agama bangsa dan negara.......Buatlah umno itu relevent......
Salam Dato' Seri,
Selamat Berangkat ke Tanah Suci.
Semoga selamat pergi dan pulang.
Doakan kesejahteraan rakyat Malaysia khususnya umat Islam di Malaysia. Doakan juga kemakmuran tanahair tercinta ini.
Buat sdra east43street, pada pandangan saya tidak salah jika gelaran 'Dr.' digunakan. Sedangkan Nik Aziz juga menggunakan gelaran 'Tuan Guru'. Gelaran ini adalah sbg pengiktirafan ilmu mereka dalam bidang tertentu. Hanya Allah yg tahu apa di dalam hati mereka. Samada mereka gunakan utk bermegah ataupun sebaliknya. Bukankah bersangka baik itu adalah lebih baik.
wassalam
dr khir
tahniah kerana berjaya menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah al Mukarramah...jgn lupa banyakkan minum air zam zam dan lakukan tawaf sunat sebanyak yg boleh...
regards
YB Dato sri,
Selamat berangkat ke tanah suci buat DS dan keluarga.
Semoga DS kembali ke tanah air dengan jiwa yang baru, berfahaman baru dan bersemangat baru, berdiri sebagai seorang pemimpin masyarakat terbanyak yang benar-benar bertanggungjawab bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
Tiada yang lebih murni selain dari melakukan sesuatu hanya untuk Allah, tuhan sekalian alam.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH UMRAH buat Dato' Seri dan keluarga.Kami doakan agar Dato' Seri dan keluarga selamat pergi dan kembali. Semoga Dato'Seri sentiasa dilindungi dan diberkati Allah SWT.
Doakan juga agar negara rakan2 dalam UMNO sedar akan kesalahan mereka... Aminn.
Salam YB. Dato' Seri
Kami disini mendoakan semoga selamat pergi dan kembali dengan harapan agar mendapat petunjuk dan hidayah daripada yang maha esa.
Ber'sunat'2 lah dulu baru ber'wajib'. Tak gitu sdr chipmunk? Atau Ber'senang'2lah dulu, ber'susah'2 kemudian.
Dah Hj ke belum sdr chipmunk?.Kalau dah, bolehlah saya panggil tuan hj chipmunk.
- Selamat Menunaikan Umrah DS
Assalamualaikum,
Semoga ibadah umrah DSMKT diberkati Allah dan dapat petunjuk dari NYA. Semga DSMKT dapat melihat kebesaran ALLAH dan menerima hakikat yang sebenar sebagai orang islam. Jadilah seorang islam yang sebenar, seperti yang telah ditunjukkan oleh BAGINDA SAW kepada seluruh umat islam. Wassalam.
Selamat menunaikan ibadah umrah DR.
Semoga DR sekeluarga diberkati dunia akhirat..askum
ya dr. khir...
semoga Allah memberkati segala usaha dr. untuk ke Mekah..
doakan rakyat selangor..
semoga dr khir dan isteri (isteri dr. khir tu org kampung saya kat Taiping)...
saya pulak kahwin dengan orang Sungai Leman, sekinchan...
begitulah adanya...
Salam yb dato seri,
doakan kesejahteraan pemimpin umno di selangor, semoga kami tabah sepanjang 5tahun ini..amin.. selamat mengerjakan umrah bersama datin seri dan selamat pulang..
assalamualaikum.. dato seri'
selamat menunaikan umrah bersama datin seri.semoga selama pergi dan selamat kembali .harapan agar mencapai ketenangan dan juga ilham yang bernas demi untuk sebuah perjuangan...semoga segalanya berjalan lancar dan mudah segala urusan.
amalleenajds
Semoga niat ke sana itu bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk, tetapi tulus ikhlas kerana Tuhan. Di sana nanti, mengharaplah pada Tuhan agar diberi satu petunjuk yang benar-benar akan menjadi pegangan Datuk nanti..
Siapa sangka, dengan takdir Tuhan, Datuk akan beroleh sesuatu yang Datuk tak pernah sangka-sangka pun sebelum ni. Satu perkara yang hanya orang tertentu saja yang akan diberikan oleh Allah.
Hati-hati semasa mengerjakan umrah. Bawalah bersama hati yang bersih tulus suci kerana Islam. Kerana perginya Datuk ke sana bukan kerana Jawatan Datuk, bukan kerana UMNo Datuk, tapi perginya Datuk ke sana kerana satu kesedaran bahawa Islam sepatutnya diletakkan lebih tinggi melebihi yang lain.
Semoga tindakan Datuk meletakkan Islam di temapat tinggi di dalam keaadaan krisis politik BN kini, akan menyedarkan Datuk akan tingginya nilai Islam itu di dalam sanubari kita.
Salam Perjuangan.
Selamat Pergi dan selamat kembali...kembali dengan semangat baru
Assalamualaikom wbt.
YB. Dato' Seri. Selamat menyahut lambaian Kaabah. Didoakan dipermudah dan diberkati segala ibadah yang dilakukan.Terkenang kenang semasa saya dan isteri serta AJK Pengurusan UMNO Selangor mengerjakan Umrah .Itulah pertama kali saya dan isteri ke sana. Mengenangkannya airmata membasahi pipi. Terima kasih YB. Dato' Seri.
Askum Dr Khir, tak mahukah untuk menukar template yang lebih profesional?
SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI - DOAKAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA RAKYAT SELANGOR DIBERI PETUNJUK DAN KEMBALI KE JALAN YANG BENAR - SEMOGA ORANG YANG SELALU MENABUR FITNAH KEPADA DSKT DIAMPUNKAN ALLAH DAN BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT - TERUS BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
YB,
Semoga sentiasa dilindungi Allah. Amin.
Selamat menunaikan umrah... Ingatlah rakyat jelata sekalian yg mana ada antaranya(termasuk saya) tidak berpeluang langsung menikmati kemewahan anda.... Kami yg susah nie yg jujur.. Yg tak tergamak makan hasil org lain utk hidup senang...
selamat menunaikan unrah.
semoga segala yang dihajati akan dikabuli.
Amin
Selamat menunaikan ibadah di sana Dr Khir. tapi teruslah menulis tentang pengalaman dr khir di sana. uploadlah gambar di sini. mesti ada wifi kat hotel kan? blog dr khir kurang gambar. boleh spice up sikit kolum ni dengan gambar2 yang berkaitan.
saya doakan dr khir sihat sentiasa. bila balik nanti kita sambung berjuang untuk alip ba ta
Salam YB Dato' Seri,
Saya Mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Sri Idaman, Bahagian Klang mengucapkan Selamat Menunaikan Umrah buat dato' Seri dan Keluarga. Kami Doakan Dato' Seri Selamat Pergi dan kembali ke Tanahair dengan Selamat..Amin
Selamat menunaikan umah dr.
Semoga Allah memberkati dr sekeluarga, masyarakat dan negara.
Asalamualaikum Dato'
Semuga Allah terima amalan Umrah Dato' sekeluarga dan jangan lupa doakan agama Islam di Malaysia tetap terpelihara dan orang melayu bersatu semula.
Doakan juga pemimpin yang 'munafik' di sisihkan oleh Allah supaya orang Islam dan melayu tidak berpecah kerananya.
AMIN
Salam YB...
Sentiasa saya doakan kesejahteraan YB dan juga pejuang melayu kita yang lain
Doa saya, YB sentiasa terus gagah dalam menangani kekalutan sementara ini...
Selamat menunaikan umrah...
Salam YB
Alhamdulillah, selamat mrnunaikan ibadah Umrah kepada YB serta keluarga. Insyaallah dapat muhasabahkan diri. Saya doakan agar YB serta keluarga akan selamat pergi dan selamat pulang.
Semoga YB diberkati Allah SWT.
Wassalam
kasihan saya melihat dato diserang ( atau dimanipulasikan ) mengenai isu babi di selangor .. tapi adakah pemerintah selangor mengambil tidakan yang betul dengan meluluskan 100 juta tersebut?
hmm .. revise balik manifesto parti pemerintah selangor ni ..
DAP - Just Change It For:
Safer Streets
15,000 policemen to patrol streets in Selangor to reduce crime & protect our families ( belum laksana )
Establish the Independent Police Complaints & Monitoring Commission (IPCMC) ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )
More employment opportunities for the urban poor & marginalized in Selangor ( jawatan telah dibuka - penternak babi )
Lower Costs
Renegotiate unfair contracts e.g. highway concessions for lower tolls ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )
Implement open and transparent tenders for all government contracts ( belum laksana )
Improve public transportation in major cities in Selangor ( belum laksana )
Quality Education
Equal opportunity and access to education for all Malaysian students ( belum laksana )
Ensure that the state government provide quality education through Universiti Industri Selangor (UNISEL)( belum laksana )
Fair and institutionalized financial allocations for vernacular schools, ie SJKCs (Chinese primary schools) and SJKTs (Tamil primary schools) ( belum laksana )
Clean Government
Local government elections to ensure accountability & efficiency ( belum laksana )
Ensure that the state/federal government is accountable to the Rakyat ( dalam proses )
Provide and protect green lungs for densely populated cities in Selangor ( dalam proses - bermula dengan ladang ternakan babi termoden .mungkin mufti baca ni kot )
Stronger Opposition
Provide effective checks and balances to the Selangor government and the federal government ( dalam proses)
Immediately halt the indiscriminate demolition of temples, mosque, surau or churches ( belum laksana)
Legalise temples, mosque, surau or churches built on private or state land. (dalam proses - agaknya )
Protect women’s rights and eliminate discrimination ( babi first - then women )
PAS Selangor
Urustadbir Berwibawa
* Memastikan semua pemimpin bersih dari rasuah (dalam proses)
* Menyiasat penyelewengan pentadibiran tanah dan sumber negeri ( dalam proses )
* Menghentikan projek-projek pembaziran dan rugi (menghentikan ditukar kepada menyambung )
* Memastikan ketelusan pentadbiran negeri (dalam proses - agaknya )
* Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan (menghentikan ditukar kepada menyambung)
* Melarang ahli-ahli Exco terlibat dalam perniagaan (dalam proses - agaknya )
Sosial dan Kebajikan Rakyat
* Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran
Selangor ( belum laksana)
* Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yg dihantar ke
nurseri ( belum laksana)
* Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bg pendidikan pra-sekolah ( belum laksana)
* Membri hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yg mendapat
tawaran ke Universiti ( belum laksana)
* Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor ( diteruskan)
* Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah
tangga ( belum laksana)
* Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia (belum laksana- buat ladang bab* dulu)
* Mencarum takaful bernilai RM2500 untuk warga emas,org kurang
upaya dan anak yatim ( belum laksana)
* Memberi elaun ibu tunggal yang layak ( belum laksana)
* Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga ( belum laksana)
sepenuh masa anak-anak kecil mereka ( belum laksana)
* Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman
sendiri ( belum laksana- buat ladang bab* dulu)
* Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam ( belum laksana)
Kesihatan Rakyat
* Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )
* Memberi 14 hari cuti kepada suami yg isterinya bersalin ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )
* Memberi sebulan cuti kepada wanita yg kematian suami ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )
* Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 thn ke atas ( belum laksana )
Ekonomi Rakyat
* Menyediakan premis perniagaan yg cukup ( mula dengan ladang bab* dulu )
* Memberi bimbingan perniagaan kepadagolongan belia dan wanita
muda ( belum laksana)
* Memberi galakan kepada belia dan wanita muda dengan sewa
minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua
tahun pertama (air ok, elektrik belum.. tq)
* Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai
premis komersial sebanyak 10% ( belum laksana)
* Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bg 20
meter padu pertama setiap bulan ( dilaksana bulan jun)
* Menjalankan program bg membolehkan rakyat miskin terutama
petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yg lebih tinggi
di atas garis kemiskinan ( belum laksana ( atau mungkin akan dilaksana jika termasuk pada projek pemodenan pembelaan ni kot?) )
Keselamatan Rakyat
* Menguatkusakan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bg
mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir ( belum laksana)
* Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang
lebih berkesan ( peringkat federal, susah skit )
* Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah
dan keganasan terhadap wanita ( belum laksana - mula dengan pusat khidmat sehenti bab* dulu )
mana perginya segala janji mengutamakan rakyat? lol
YB selamat menunaikan umrah dan kembali.
Saya rasa YB telah membuat beberapa kesilapan (disedari atau tidak)semasa menjadi MB dulu.
1.Memusnahkan hutan simpan air hitam, dan menyerahkan kepada Patrik L untuk dibangunkan secara intensif. Paling teruk tidak disediakan kawasan untuk masjid yang sesuai, sekolah, kawasan lapang untuk permainan kanak-kanak.
2.Merosakkan Taman cahaya Shah Alam. Membahagikan kawasan sekeliling kepada kawasan kecil-kecil untuk mengelakkan keperluan EIA.
3. Seorang wakil rakyat YB tidak ada bacelor pun (dulu dia ni lab technician di UPM) tetapi sana sini menjaja ijazah PhD. Ini satu kepalsuan yang tidak harus berlaku.
Kalau diberikan peluang untuk memimpin Selangor sekali lagi. Perbetullah perkara ini.
owh .. terlupa..
selamat menunaikan umrah YB dato seri
Selamat Menunaikan umrah YB... semoga Allah melindungi perjalanan dato seri... Mohon doakan kejayaan Malaysia pada masa akan datang
Selamat pergi dan selamat pulang..
Datuk sEri,
Semoga dapat mengerjakan ibadat dengan hati yang tenang.
Selamat berangkat dan selamat kembali. Semoga Allah merahmati kita semua.
Selamat Menunaikan Umrah...saya doakan Dr.Khir dan keluarga selamat pergi dan balik.Doakan kejayaan perjuangan agama dan bangsa..
Semua orang mendoakan pemergian tuan, saya juga berdoa, semoa masih ada jalan bagi tuan kembali ke jalan yang sebenar mencari dunia yang bahagia lagi mendapat redhaNya dan akhirat yang abadi dalam keredhaanNya jua...Dunia ini banyak menipu,dlm Quran Tuhan bfirman, dan tidak ada apa2 dalam Dunia itu kecuali permainan, lagha, bertanding memperbanyak harta dan anak, akhirat jua yang kekal, dlm ayt lain tuhan menasihati lagi, bhw pada hari akhirat, ada org2 yg akan berkata, Ya LAitani kuntu turaaba,,aduhai celakanya aku, alangkah baiknya jika dulu aku (waktu didunia menjadi tanah, (tidaklah sebegini perit aku menaggung azab di Akhirat.Semoga saya dan Dr Khir tidka termasuk orang yang akan menyumpah diri sendiri.
Bila Dr DSKT nak ulas pasal projek mega negeri Selangor yang baru
PROJEK TERNAKAN BABI TERBESAR DI SEPANG
mungkin masa yang terluang boleh digunakan supaya cadangan Saya dapat dijadikan blog ini lebih mesra rakyat seperti contoh blogger wee choo keong
http://www.weechookeong.blogspot.com/
ataupun lebih kepada isu isu yang betul betul dan tepat mengenai kehendak rakyat.
wasallam.
Salam YB. Dato' Seri
Sayo ucopkan selamot menunoikan ibadoh umroh buat dato sekeluarga. harop harop semuo berjalon dengan lancor la yor.
Najib Hassan
www.ariyako.org
Salam Dr.
Selamat berangkat ke tanah suci Dr. jangan lupa bawa Datin sekali kesian dia terpaksa hadapi keadaan yang sama cam Dr gak. Doa banyak-banyak dan muhasabah diri. Saya tak ada apa-apa yang boleh bantu Dr tapi saya doakan dr. selamat pegi dan selamat kembali
Salam YB Dato Seri,
Hijrah adalah titik penting di dalam kehidupan seorang insan yang bercita-cita tinggi.
Pemergian ke Tanah Suci adalah hijrah yang sangat dituntut agama.
Saya doakan dato selamat menunaikan umrah disamping menziarahi masjid Nabi saw.
Saya juga mendoakan dato diberi ilham oleh Allah SWT untuk berusaha untuk memulihkan kemelut politik yang boleh melemahkan kekuatan agama dan bangsa dan negara.
http://malaysiakini.ws
TERKINI (9/4/08)
…MEDIA MASA MEMAINKAN ISU BABI DI SELANGOR… ingatkan harga daging babi nak naik…TIBA2 HARINI KERAJAAN BN UMUM HARGA MI NAIK 20 HINGGA 70 SEN. ini adalah manipulasi isu yg selalu kerajaan BN buat. nak kalih isu.
INILAH STRATEGI KERAJAAN BN…BAGI ORG RAMAI MARAH PASAL BABI…TAPI HARGA MAKANAN HARIAN MCM MI DINAIKKAN…
Mula2 nak naikkan harga beras tapi takut org melayu marah (sebab majoriti melayu yg makan nasik)…kini demi nak balas dendam kepada org Cina yg tak undi BN, kerajaan naikkan harga mi.
Org2 Cina amat marah harini kerana makanan harian mereka di naikkan terlalu tinggi. mmg UMNO nak balas dendam kpd org cina!!!!!!
Salam YB DS Khir,
Saya ucapkan selamat menunaikan ibadat umrah buat DS dan Keluarga. Di doakan selamat pergi dan selamat kembali. Semoga DS sentiasa dilindungi dan dikurniakan hidayah.
Wasalam.
Semoga Dato' Seri selamat pergi dan kembali..
Ops mungkin komen ni lambat ..
ZOol
http://www.ligakampung.com/blog
Selamat berangkat dato. Doakanlah untuk sahabat dan Malaysia umumnya.
Bagus la kalau tujuan menunaikan umrah tu untuk mensucikan diri,itulah tempat yang paling baik dan suci untuk kita berdoa dan bertaubat. Kebaikkan yg kita buat memang kita ingat tapi keburukkan yang dilakukan langsung kita terlupa, kita tidak akan kemana-mana kalau dalam diri masih ada sifat dendam, terutama terhadap orang yang memberi kita makan dan perlindungan dikala kita susah.
Semuga disana nanti dato' dapat bermuhasabah diri sementara saya bermuhasabah diri dari sini(sekadar ini yang saya mampu)kerana tiada kemampuan kewangan untuk kesana.
Apakah matlamat menghalalkan cara akan terus diwarisi oleh UMNO seolah-olah ianya HALAL? Walaupun rata-rata UMNO ahlinya adalah Islam, tetapi tanpa segan silu menghurung wang yang dihulur untuk membeli undi setiap kali ada pemilihan baik diBahagian mahupun diPAU. Janganlah dinafikan rahsia umum ini.
Askm Dato' sri,
Selamat mengerjakan umrah semoga kembali dengan membawa perubahan untuk kebaikan rakyat
Salam Datuk,
Emm, dah jadi bloggers jugak ya Datuk. Terkejut juga saya. Walau macam mana pun, tahniah Datuk. Kerana Datuk sudah pun mempunyai platform tersendiri untuk mendekati hati budi orang ramai.
Cuma, kalau boleh, berkongsi lah pandangan dan pendapat2 mereka ini bersama-sama UMNO supaya dapat kita memperbaiki kelemahan UMNO.
Harap Datuk, tidaklah menerima sesuatu itu sebegitu sahaja. Maklumlah, bukan semua pendapat itu sihat, ada yang terlalu diadakan dan terlalu mengikut emosi.
Mendoakan Datuk, selamat pergi selamat balik. Di tanah suci, jangan fikir lagi dah pasal politik ya Datuk.
Salam Dr Khir, doakan semoga negara kita terus sejahtera dan bebas dari kemurkaanNya.
http://hajj.al-islam.com/display.asp?lang=mal&fname=omra/m1
Assalamualaikum wbt
Kepada YB Dato' Seri,
Selamat menunaikan Ibadah Umrah.Harap YB Dato' Seri dapat singgah Mesir.Semoga YB selamat pergi dan pulang.
YB Dato' Seri,kekalahan sekali tidak bermakna kegagalan selama-lamanya,kemenangan BA pun tidak bermakna mereka akan terus menang sebab mereka hanya mahukan kuasa sahaja.
Semoga semasa menjalani ibadah umrah,Allah S.W.T memberikan semangat dan kekuatan kepada YB untuk terus berjuang.
senang-senang,kunjungilah blog saya...www.ezoegypt.blogspot.com
YB izinkan saya mengambil alamat blog YB untuk dimasukkan dalam senarai bloggers dalam blog saya..
salam perjuangan YB.....
Salam umrah penuh keberkatan dan ker