Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, April 10, 2008

Penjelasan Isu Ladang Babi Mega

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Secara kebetulan ketika saya telah merancang untuk menunaikan umrah, timbul pula isu penternakan babi di Sepang yang sedang heboh diperkatakan di dalam negara sekarang.

Justeru saya memohon bantuan rakan di Malaysia menaip penjelasan saya ini agar tidak timbul sebarang pertikaian semasa saya menjalani ibadah umrah.

(Mohon maaf kerana tidak dapat membaca dan meluluskan komen saudara/i. Insyallah saya akan laksanakan selepas pulang dari Mekah.)

Penjelasan


Isu penternakan babi ini di bawa kepada pengetahuan saya oleh penduduk di sekitar DUN Tanjong Sepat mengenai masalah pencemaran air di Sungai Sepang Kecil dan bau yang terlalu busuk akibat penternakan babi di Tumbuk, Sepang. Para penduduk juga turut membawa setesen TV3 membuat liputan masalah mereka.

Bagi melihat dengan jelas masalah ini, saya telah membuat lawatan persendirian ke kawasan ini dan mendapati aduan tersebut betul. Air sungai telah menjadi pekat dan bau busuk yang amat sangat kerana najis babi telah dibuang secara langsung ke dalam sungai.

Kerajaan negeri ketika itu juga mendapati jumlah babi yang ada terlalu banyak melebihi keperluan orang bukan Islam. Menurut Pengarah Jabatan Haiwan ketika itu terdapat lebih 400 ribu ekor babi berbanding keperluan dalam negeri sebanyak 250 ribu ekor sahaja.

Justeru saya telah mengarahkan Dato’ Tang See Hang dan Dato’ Ch’ng untuk mengatasi isu ini kerana penternak babi ini tidak faham bahasa Malaysia ketika kita ingin mengadakan dialog dengan mereka bagi mengurangkan jumlah babi dan mengatasi masalah.

Saya telah meminta pandangan Jabatan Pertanian dan juga EXCO Pertanian negeri. Dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada bulan Oktober 2007, beberapa cadangan dari beberapa syarikat telah dibincangkan. Dari sekian banyak cadangan semuanya memerlukan bantuan kewangan kerajaan negeri kecuali satu syarikat yang bersedia membiayai sendiri. Justeru MTES bersetuju untuk membenarkan syarikat tersebut menjalankan kajian yang lebih tanpa sebarang komitmen.

Kerajaan negeri ketika itu ingin melihat bagaimanakah jumlah babi dapat dikurangkan kepada hanya untuk keperluan dalam negeri dan masalah pencemaran akibat industri ini diatasi secara tuntas.

Pada 30 Januari 2008, syarikat ini mengadakan pembentangan semula. Kerajaan secara dasarnya bersetuju syarikat ini membina “modern pig farming” berskala kecil dengan pelaburan sendiri termasuk kos pengambilan tanah dan lain-lain kos. Kerajaan negeri tidak membuat sebarang komitmen dalam bentuk pemberian tanah mahu pun kewangan.

Dalam mesyuarat yang sama, kerajaan negeri mengarahkan kawasan dikecilkan dari 1100 ekar kepada 337 ekar sahaja. Pejabat Tanah Kuala Langat telah diberi tanggungjawab mengenal pasti kawasan yang dicadangkan oleh penternak babi.

Kerajaan negeri juga telah mensyaratkan bahawa kos pengambil alihan tanah adalah atas tanggungjawab syarikat terbabit dan ia mestilah mendapat persetujuan penduduk setempat.
Tidak pernah kerajaan negeri memuktamadkan keputusan pembinaan ladang babi moden di Tumbuk ini.

Tujuan kerajaan di bawah pimpinan saya ketika itu ialah untuk mengurangkan jumlah penternakan babi daripada mengeksport ke negeri lain dan negara luar kepada sekadar keperluan domestik Selangor sahaja.

Ini merupakan tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional ketika itu untuk memastikan bekalan domestik untuk orang bukan Islam mencukupi.

Isu penternakan babi bukanlah sekadar sensitiviti umat Islam tetapi yang lebih besar ialah isu pencemaran alam sekitar dan juga risiko pelbagai virus seperti yang terjadi di Bukit Pelanduk sedekad yang lalu. Sebab itu, kita tidak berminat untuk menjadikan ia satu industri yang besar di Selangor.

Negara-negara seperti Singapura, Hong Kong dan Taiwan juga telah lama tidak membenarkan industri penternakan babi ini. Justeru pada hemat saya, ia tidak sepatutnya menjadi satu masalah besar kepada rakan-rakan dari kaum Tionghua.

52 comments:

  1. RM100 juta? kenapa kosnya begitu tinggi sekali?

    Mungkin skala besar-besaran agaknya?

    ReplyDelete
  2. Sudah lah dato' jangan mainkan sensitiviti melayu..
    Bawa orang kampung buat demo ke SUK..
    Kami sudah muak dengan alasan yang dato' berikan..
    masalah babi memang dah lama..
    masa zaman dato' lagi benda ni dah bising..
    apa langkah yang dato' ambil senyap sahaja ?..
    tidak berpendirian apabila menafikan yang projek itu tidak diluluskan oleh kerajaan bongkak di bawah dato' sebelum ini..
    projek ini One-stop tiada lagi ladang babi diselangor selepas ini..
    kekawan dato' yang kat melaka ngan n9 tuh tak pulak orang bising yer..
    maklumler bawah BN parti bongkak kawal penduduk buat demo..
    Bukan jaga melayu tapi merosakkan melayu dengan kaum lain lebih-lebih lagi ISLAM..
    Dihalang pun benda ini tetap juga terjadi pasal benda ni dah jadi pendapatan orang cina.. kita hormati dan perlu menjalankan penilaian dari aspek kebersihan dan kesihatannya.. setahu saya semua operasi dilakukan dalam kawasan kandang sahaja dan produk akhir atau dari kumbahan digunakan sebagai tenaga alternatif lain..
    Projek ini juga diluluskan oleh Kerajaan PR setelah banyak pandangan diambil baik dan buruk..
    naper perlu dinafikan. Babi memang haram, tapi haram lagi jika tindakan pembetulan tidak diambil.. menjadikannya sebagai agenda politik kotor juga pun boleh menjadi lagi haram..
    Pandang dan lihat sahaja hasilnya

    KAMI SEBAGAI PENDUDUK BERPENDIDIKAN
    TAK PERLU OMONGAN KOSONG ORANG SEPERTI ANDA

    saya tahu komen saya akan dipadam.. tapi bagi saya kalau sayangkan semua orang.. hormatilah orang itu dan tidak menjadi orang lain sebagai orang-orang untuk menaikkan orang sendiri..

    ReplyDelete
  3. Salam Datuk,
    Selamat menunaikan Umrah, semuga mendapat keberkatan.Terima kasih banyak2 memberikan penerangan tentang issue babi yang tengah hangat sekarang. Saya bersimpati dengan penduduk di Sepang dan saya juga bersedih dengan situasi yang melanda umat Islam lebih2 lagi Melayu di Malaysia amnya dan dunia khasnya. Selalu menjadi kutukan

    ReplyDelete
  4. damage has been done by kerajaan BN.. bersepah2 ladang halal n haram.. dan tiada kawalan dan pemantauan menyelurh dari pihak berkuasa..

    jd.. jika modern pig farming ni blh mengatasi segala masalah yg DS ceritakan.. mmg patut la disokong..

    centralised kan segala ladang2 yg bersepah sana sini.. dgn itu tanah2 yg telah digunakan seblm ini blh digunakan utk projek yg lebih berfaedah.. yg penting tidak difaraidkan utk kaum kerabat la kan...

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  5. Dato'Seri
    Masaalah babi ni bukan perkara baru, diMelaka hingga sekarang tak juga selesai,mengapa rakyat Melaka tidak ada tunjuk perasaan. macam orang selanggor.mungkin rakyat Melaka takut dengan Ali Rustam kot.
    Dato Seri nasihatkan lah semua pengikut pengikut Dato supaya bertenang jangan ikut perasaan biarlah kerajaan negeri yang uruskan,
    Baru kerajaan pempinan pakatan rakyat nak laksanakan ,kita dah sibuk sibuk, tak tahu hujung pangkal dah nak protes.Dulu masa kerajaan Dato ,ada tak orang protes?
    Tunjukanlah bahawa kita telah bertemadun .Janganlah kehilangan modal untuk dijadikan isu perkara begini,tak malukah kita dengan bangsa asing yang melihat melayu dengan melayu bertelagah semata mata angkara babi. memang babi.
    Dalam perkara ini pun Dato Mufti telah bersuara kepada bangsa Melayu, kenapa terlalu beremosi,sedangkan islam membenarkannya untuk kebaikan sesama manusia, kalaulah teguran Mufti tidak didengar ,siapa pula yang patut dirujuk.
    Adakah wakil wakli rakyat akan memberi fatwa ?
    Marilah kita sama sama berdoa agar Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita semua.
    Amin.
    Terima kasih.

    Ishak ateng

    ReplyDelete
  6. Babi isu sensitif ianya haram,yg bukan Islam tak perlu sensitif sebab bukan wajib baginya makan babi dan isu babi bukan isu kaum,takda kena mengena,sebab babi tak mewakili mana mana kaum,kenapa mereka pulak yg sensitif?Adil?Isu babi ni baru permulaan, banyak lagi kes sensitif yg bakal timbul nanti dan kalau tak berhati hati buruk sekali padahnya..

    ReplyDelete
  7. Asalamualaikum Dato'

    Jangan risau Dato'. Lepas Pak Lah turun orang melayu mesti sokong Dato' balik.

    Lepas tu baru kita lawan PKR baik punya. Kita tengok Anwar & Hadi betul-betul handal ke.

    Tapi syaratnya, Pak Lah kena turun dulu.

    ReplyDelete
  8. DS,

    Saya sangat bersetuju dengan pendirian DS bahawa penternakan tersebut perlulah dijalankan pada skala kecil bagi memenuhi keperluan domestik sahaja.

    Saya harap DS akan menjadi pembangkang yang berjaya di dalam membangkang isu ini.

    Saya harap DS dapat memperjelas perkara2 berikut?

    1. Berapa lama penternakan tersebut telah beroperasi?

    2. Mengapa penternak tersebut tidak faham Bahasa Malaysia?

    3. Bagaimana dengan tindakan kerajaan ke atas penternak2 Babi dinegeri lain (Melaka, NS9 dll)

    terima kasih

    ReplyDelete
  9. pasti yang luluskan tanah dan ladang babi adalah tuan.....

    jangan bohong!!!!!!!!!

    kalu kerajaan yang baru selangor ni bohong....

    saya cabar bawak perkara ni ke mahkamah!!!!!!!!

    ReplyDelete
  10. putaq belit punya statement..dr khir..

    kelakar kan.. baru sebulan drpd tempoh pilahnraya, dan baru 2 minggu exco kjaan PR angkat sumpah.. takkan tiba2 muncul 150,000 lebihan babi kot secara mendadak..?

    ello.. kalau alga, ameba boleh la membiak dalm tempoh sehari dua dlm berganda2 jumlahnya.. ni babi.. takkan seminggu dua tiba2 muncul cam tu je kot..

    mesti ada TINGGALANN atau warisan drpd kerajaan anda juga..

    usah putar belit la dr khir.. nak jd pembangkang yg kuat , buat study betul2. mmg isu ni sensitif.. tapi takkan hanya sensitif pd keharaman makan babi utk orang islam saja.. camna pulak dgn keharam makan rasuah di klgn islam? yg bab ni.. pandai pulak senyap.

    mana ada statement kata nak buat sampai jd pengeksport, tp hanya domestik la. mufti perlis pun ckp xsalah kalau projek utk memlihara kualiti alam sekitar dan cegah penyakit, tp salah kalau sampai niat nak giatkan industri babi.

    ELEH, TIBA2 ISU BABI NI NAK JADI CHAMPION.. ARAK HAPRAK TU DIAM MEMBISU SAJA.

    harap2 YB pi mekah ni..moga Allah bagi hidayah pd YB. insaflah..

    ReplyDelete
  11. Dr Khir,
    Anda cuba memanipulasikan fakta.

    Singapura menghentikan ternakan babi kerana kekurangan tanah dan sumber air.Ini dilakukan pada 1987 kerana ingin melakukan pembangunan yang lebih menguntungkan.

    Hong Kong pula bukan tidak membenarkan ternakan babi, tetapi sekadar mengurangkan bilangan ladang serta menyatukan semua ladang untuk menjaga alam sekitar dengan teknologi yang lebih baik dalam menguruskan sisanya.Langkah ini diambil kerana kepesatan Hong Kong kini dan terdapat 265 ladang (330,000 babi) yang berada dalam keadaan tidak strategik.Langkah kerajaan mereka dengan memperkenalkan skim bayaran kepada peladang bernilai USD 121 juta juga memainkan peranan untuk menyatukan ladang babi ini.

    Di Taiwan lebih menarik,kewangan mereka digunakan untuk mengkaji babi sehingga berjaya menghasilkan babi glow-in-the-dark.

    Sebenarnya,kerajaan selangor kini mengikuti langkah Hong Kong dalam menjaga alam sekitar dengan lebih baik dan menguruskan ladang babi dengan lebih efisyen disamping memilih tempat yang strategik.Sudah banyak pencemaran berlaku sebelum ini kerana tidak wujud satu mekanisme khusus untuk menjaga ladang2 babi ini.

    ReplyDelete
  12. pls dr.dont simply make a issue.we aware that your bn gomen already approve pig farm before ge12,now you acting like innocent.dont think people stupid like you will agree with your pointless agenda about sensitivity religious.be mature before make komen

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum DrKhir....

    Tahniah... ada rezeki dan ada kesihatan untuk menjalankan UMRAH... Berkenaan dengan banyak ISU di Selangor, saya dapati DRKHIR banyak mengeluarkan IDEA2 yang bernas (seperti setinggan sifar dan juga projek mega BABI ni)..... saya tahu, kalau drkhir dulu belajar menjadi seorang doktor..... drkhir memang seorang yang CERDIK PANDAI seperti DRMAHATHIR....
    Oklah.... sebenarnya, cara DRKHIR buat dulu ada sedikit salahnya.... sebagai manusia, kita takley nak elak daripada kesilapan... tapi, kita cuba untuk tidak membuat kesilapan...
    Saya sebenarnya suka sangat DrKHIR menjadi pemimpin yang gentleman dan intelligent.... sebenarnya, perjuangan drkhir membangun SELANGOR memang telah banyak sumbangannya.... akan tetapi, saya merasakan sebagai seorang pemimpin, drkhir perlu juga membantu MENTERI BESAR sekarang, Dato' Khalid Ibrahim.... saya rasa, rakyat SELANGOR lagi bangga bila PEMIMPIN seperti itu wujud di MALAYSIA...

    sebab APA? kita sebagai pemimpin bukannya mengikut PARTI, tetapi berjuang MEMBELA RAKYAT... sekiranya perlu, saya merasakan DRKHIR tidaklah perlu berbalas mulut sehingga WARTAWAN mengambil peluang ke atas pemimpin!!! saya harap sangat DRKHIR dapat membantu MENTERI BESAR sekarang... SELAMAT BERJUANG PERWIRAKU.....

    ReplyDelete
  14. Saya rasa DRKHIR tak perlu siarkan KOmen saya ini... Ini sekadar nasihat dan pandangan saya untuk terus sampai kepada drkhir...

    Dato'Khalid Ibrahim (MB selangor) sekarang, adalah MELAYU... dan DRKHIR juga orang Melayu.... saya rasa ketuanan MELAYU masih wujud diantara kedua-dua pemimpin ini...

    Saya berpendapat, DRKHIR seharusnya berbincang secara sulit dengan Dato' Khalid Ibrahim untuk memastikan bilangan BABI di Selangor adalah mengikut keperluan sahaja.... MB selangor sekarang ingin menghapuskan semua penternak babi dan diadakan satu tempat sahaja, iaitu di SEPANG.... itu saya rasa cadangan yang bernas....

    akan tetapi, CINA nih biasalah, penting diri sendiri sikit.... kalau bagi betis, dia nak peha... jadi, kalau drkhir betul2 ingin perjuangkan melayu dan Islam.... wajib bagi drkhir berbincang dengan baik dengan MB selangor sekarang.... saya rasa tidak ada ruginya.... lagipun, dato' kahlid ibrahim dulunya merupakan orang UMNO..... jadi.... saya dapat rasakan drkhir dan dato' khalid merupakan PEMIMPIN yang menjadi WARISAN NEGARA MALAYSIA....

    tak perlu kita mengeruhkan suasana di MALAYSIA kerana pemimpin2 kita bertelagah sesama MELAYU... walaupun berbeza PARTI, setelah mendapat mandat perjuangan pada PARTI menjadi no. 2 dan apa yang utama adalah memimpin rakyat dan memperjuangkan hak rakyat dengan BERBINCANG dan bukannya memperjuangkan hak RAKYAT dengan membangkang semata-mata untuk menjatuhkan satu sama lain... biarlah orang buat kita tak betul, tapi kita seharusnya matang untuk MEMIMPIN RAKYAT..... Saya tak rasakan DRKHIR menjadi pemimpin yang tidak matang....

    ReplyDelete
  15. macam2 masalah kat malaysia ini ..isi babi pula dibincangkan ... ish ish ish

    ReplyDelete
  16. Askum dr. terima kasih di atas penjelasan yg jelas dan sy yakin terhadap dr. perkara yg lepas dan pendapat sy dr. jujur memperkatakan isu ini. seperti mana yg kita sudah maklumkan bhw kerajaan baru negeri selangor masih menegangkan benang yg basah dgn menyalahkan kerajaan pimpinan dr. its okay dr. dan sy harap dr bersabar sgl tomahan yg dilemparkan..kpd punisher,dont simply judge, dgrlah komen dr. walau mcm mana sekalipun, sbg anak melayu ladang lembu pendek perlu dihapuskan. xkiralah dr pihak mana skalipun..jgn disebabkan babi,kita org melayu terseksa. wallahualam.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wbt

    Penjelasan YB Dato' amat jelas.Saya faham dan akan promote penjelasan YB agar anak-anak Selangor di mesir dapat faham.

    Saya dapati,dalam isu BABI ini,YB Dato' telah pun menang menangani isu ini.Teruskan Dato'...dan tahniah.

    Kalau Dato' nak tahu,dalam majlis maulidurrasul di Cairo Mesir baru-baru ini,Tuan Haji Tuan Ibrahim Tuan Man kata,kilang arak tak leh nak diarah tutup perjanjian seratus tahun.Betulkah Dato' harap Dato' dapat komen supaya boleh saya lawan kenyataan ini yg telah digunakan oleh pelajar Mesir!!!

    ReplyDelete
  18. Kenapa kita orang melayu Islam yang perlu risau bila binatang ini tidak dibela oleh Singapura atau Taiwan atau Hong kong, kenapa orang yang hendak memakannya sendiri tidak risau? Kenapa kita yang perlu mencemarkan bukan sahaja alam sekitar tapi keyakinan terhadap kebersihan dan kesucian air dan kawasan itu sendiri. Semuanya semata-mata untuk risau orang Tionghua tidak ada makanan. Sepatutnya kita biar negara yang lebih ramai pemakannya yang risau dan mengambil inisiatif untuk membela binatang ini sendiri.

    ReplyDelete
  19. Tahniah Dato' kerana berani menerangkan hal sebenar mengenai tuduhan menteri besar Selangor sekarang yg mengatakan kerajaan Dato' dulu yg meluluskan projek babi ini. Dengan penjelasan ini diharap orang ramai tahu mengenai hal sebenar. Baru mereka tau tembelang Pakatan Rakyat dan betapa bonekanye PAS & PKR. Dulu kempen taknak babi, sekarang kata babi ok pulak. Ish3...

    http://melayubiasa.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. Dato',

    Sewajarnya tindakan kerajaan Selangor kini untuk menjadikan ternakan babi berpusat menggunakan teknologi moden perlu disokong. Hal ini kerana setelah sekian lama masalah pencemaran najis dan sisa buangan babi ini gagal diselesaikan sepanjang pemerintahan BN.

    Lihatlah masalah di Melaka dan Negeri Sembilan yang masih diperintah oleh kerajaan BN. Masalah babi disana sehingga hari ini masih lagi tidak selesai. Mengapa media tidak membangkitkan hal ini? Tambahan pula semua gambar-gambar yang menunjukkan pencemaran najis babi adalah berpunca daripada kelemahan pemerintahan dato'.

    Maka kerajaan PR pada hari ini membuka inisiatif baru untuk mewujudkan sistem penternakan babi berpusat bagi mengatasi masalah-masalah yang GAGAL diselesaikan oleh kerajaan BN dari dahulu hingga sebelum PRU 12.

    Mereka memperkenalkan teknik bagaimana semua sisa kumbahan babi itu diproses untuk menjadi gas metana dan kemudiannya diubah menjadi tenaga elektrik bagi menjana ladang tersebut.

    Dengan cara ini, masalah sisa buangan dan pencemaran disebabkan babi dapat diatasi. Lihatlah betapa bernasnya keputusan kerajaan PR membuat keputusan yang sememangnya tidak pernah terlintas sepanjang BN memerintah.

    Masalah pencemaran Sungai Klang dari dahulu hingga kini masih tiada kesudahan. Ingat Dato', rakyat kini sudah semakin bijak untuk mengkaji dan meneliti. Bukan sekadar menerima bulat-bulat tentang apa penjelasan yang dibuat dan hebahan pihak media.

    Rakyat kini memilih berdasarkan akal yang waras dan melihat kerajaan mana yang lebih mampu menjaga kebajikan rakyat. Berhentilah melemparkan fitnah dan memburukkan kerajaan kini kerana ternyata pendekatan mereka jauh lebih berkesan.

    Agihan 20 meter padu air secara percuma sememangnya menjaga kebajikan rakyat yang kurang berkemampuan. Kenapa perkara ini langsung tidak pernah terlintas sepanjang BN memerintah? hatta sehingga hari ini, tiada lagi negeri dibawah pemerintahan BN melakukan keputusan seperti ini.

    ReplyDelete
  21. A,kum Daton seri,
    Mengapa baru sekarang Dato dan rakan2 dalam umno baru nak bising2 pasal pencemaran yang akan berlaku di atas projek babi ini.Tidak kah Dato dan rakan2 sedar,setelah 50 tahun merdeka dan di perintah oleh kerajaan Dato dulu,kini dan selamanya.Selama itulah pencemaran dari kandang babi ini telah berlaku.Mengapa sibuk sangat di RTM,TV3,Utusan,BH dan sebagainya pasal isu ini.Kalau nak kira sensitiviti penduduk.Di Melaka yang di tadbir BN lagi mengharukan.Sehinggakan pengusaha chalet pun kena tutup chalet sebab tak de pengunjung kerana sisa buangan babi ini.Siapa pengusaha2 ini?Ya...Orang melayu dan beragama Islam.Jadi biarlah kerajaan skrg menunjukkan kebolahennya mengurus isu ini yang lebih kepada isu kebersihan alam sekitar pada pendapat saya.Kita lihat dulu hasilnya.Kan setiap 5 tahun kita ada pilihanraya.Kalau tak ok,kita tukar kerajaan lagi.Apa nak dirisaukan?5 tahun aje.Kalau tercemar sungai2 kita mungkin tak seteruk 50 tahun yang telah kita lalui agaknya.

    Pada saya juga,eloklah isu babi ini tidak diberi publisiti berlebihan.Kan lebih baik Dato dan rakan2 bee end menekan kerajaan baru dalam isu2 lain.Contoh penyediaan rumah untuk rakyat,peluang pekerjaan untuk rakyat dan sebagainya dari setiap masa setiap hari asyik bercerita pasal binatang haram ni.

    Itu saja pandangan saya untuk kali ini.Yang baik jadikan ikutan,yang salah jadikan pengajaran.Ape2pun jangan menghukum dahulu jika belum terbukti bersalah.Wassalam

    ReplyDelete
  22. hhmm, i not trying to be too islamist or nationalist in this issue.

    ok, first, we must acknowledge that malaysia is not totally malays country; there are chinese and indians.

    in islam, we must cater other races' or religions' needs. in this case, some malaysians eat babi.

    some say why don't we transfer the babi farm to isolated place; selangor is a big country. i might say, if we do that, maybe the local gov (or the farmers) have to build special road leading to the isolated babi farm which both parties may disagree.

    so, that 's not quite brilliant idea.

    hhmm, is there any exact rules regarding distance of factories/farms from housing lot? if the new farm is legally within the law, then i think nobody can argue the matter.

    but, that might not be the best answer to give to the residents.

    hhmm, i think what the new gov can do is to convince the concerned residents about their health or surrounding environment in the near future meaning, let say every month or what, there will be a team of environment experts taking samples from say river, air or whatever associated with environment and analyse them. then , new gov can publicly publish the statistics maybe in official blog, website, press conference to maintain people confidence in the progress/ effectiveness of the project.

    maybe, the new gov can set up special clinics or improve health facilities (existing clinic) for residents near the babi farm.

    maybe can give medicine periodically to the residents to avoid any infection just in case.

    maybe can grow more (big) trees surrounding the new babi farm or near the the farm. i mean, a lot of it.

    we cannot get away from this issue simply by not building the farm. somewhere and some time, some states have to build this babi farm too if it is not melaka or selangor because of babi- eater people; we have to cater their needs as malaysians too.

    what we can do now is how to reduce the impact of the babi farm. maybe the new gov can publicly announce there will be semburan to prevent the disease caused by the babi say every month or what.

    hhmm, maybe we can educate people about the bad affects of eating pork so that in the end, less people eat pork. i don't think pork is something addictive alike cigarette. this might be too idealistic though, but frankly speaking, i don't want my fellow non- muslim or pork eaters to continue to eat something that is not quite healthy as being proved by vast researches conducted even by non- muslim researches and professors.

    or we can make pork price higher than chicken, lembu or other daging as what we did (and will do ) to alcohol and cigarette. by doing that, less people will eat pork gradually, kot. the extra money collected from the selling of the pork will finance the semburan, trees planting, vaccine to be given to concerned residents etc. but, i can say, this is a bit overreaction kot.

    ReplyDelete
  23. dr..
    berilah peluang kerajaan baru selangor untuk melaksanakan projek babi ni.. kita tunggu dan lihat saja..
    kalau projek ini tidak dilaksanakan maka bau busuk dan pencemaran yg berlaku tak dpt dibasmi..
    dlm bahasa lain, babi2 ini akan terus diternak secara kotor dan tak sistematik..cuba kita tengok penternakan babi di luar negara.. kita sendiri dpt lihat keadaan ladang penternakan mereka di sana lebih terjaga,bersih dan tidak menggelikan ..jadi apa salahnya kalau projek ini dilaksanakan...>>sekadar pendapat seorang mahasiswa

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum, Tahniah kerana menunaikan umrah. Saya harap hati Dato dibersihkan dan menjadikan dunia nie sementara buat kita.
    Yang saya hairan dalam duduk buat umrah tu Dato banyak memusingkan fakta.
    Dato, saya ni kerap memancing di Bagan Lalang dan mencari kerang di kawasan sekitar pada tahun 2000-2003. Dan ramai kawan2 saya berada di sana.
    Pencemaran dah menjadi perkara yang terlalu menyakiti hati dan meyiksakan. Dato tidak pernah hendak menyelesaikan dan mungkin Dato ada share dalm pig farm nie.
    Orang semua sebenarnya sudah benci sebab tiada tindakan dari pihak Dato untuk menyelesaikan. Kebanyakan farm ada kaitan dengan Exco. Semua JPS and alam sekitar gagal untuk bertindak atas sekatan politik.

    ReplyDelete
  25. akum dato',

    insaflah, bawak2 lah bertaubat...sekarang dah tak jadi MB ni mungkin masa yang sesuai dato' berehat, bermuhasabah diri, dekat2 diri dgn ajk2 surau, gotong royong membersihkan kubur dsb...

    lagi satu, dato' boleh tak mintak suratkhabar utusan, tv3 dan lain2 media tempatan agar memberi liputan yang lebih adil...meluat la tgk TV3 mengampu cium bontot BN tiap2 hari.... kalau baca surat khabar pun, berita mengenai sukan dan intisari rancangan je yang sahih, lain2 berita sgt meragukan ...

    tolonglah, rakyat skrg bukan bodoh lagi...rata2 rakyat skrg adalah generasi baru, yang berakal, boleh berfikir dan hensem...hihihih

    salam dr khir....

    ReplyDelete
  26. Pertama sekali, bukankah sepatutnya kita guna perkataan "khinzir" dan bukannya "babi" mengikut kenyataan DBP?

    Kalau memang ya ladang khinzir ini menyebabkan kemerosotan keadaan alam sekitar, memang wajarlah langkah ini diambil. Tak kiralah jika ia diluluskan oleh kerajaan dulu atau sekarang. Kan dah lama perkara ini menjadi isu? Memang projek ini sepatutnya dah lama dijalankan. Sebaliknya projek perumahan exco yang membelanjakan berjuta-juta dilaksanakan.

    Kalau nak bantah pun janganlah dilakukan membabi-buta. Fikirkanlah jika ianya membawa faedah kepada rakyat.

    ReplyDelete
  27. hehe..babi punya pasal melayu begaduh sesama sendiri.orang cina pakat tepuk tangan sebab dah berjaya memecahbelahkan melayu dan mereka sudah semakin hampir berkuasa di malaysia ini.

    ReplyDelete
  28. Kenapakah terdapat mereka yang berdemo tu membuat poster katun orang YB PAS tunggang BABI. Bukan kah itu menghina? Menghina tu dosa..
    Tak reti lagi?

    ReplyDelete
  29. Dato,

    Selamat kembali pulang ketanah air dengan selamat.

    Nampaknya isu babi masih tak berpenghujung dan saban hari ada saja pihak-pihak tertentu tampil mengulas dan mengulas walaupun ulasan mereka itu tidak benar semuanya. Walaupun sebelum ini dato telahpun memberi penerangan tetapi tidakpun dapat mereka memahami dan menerima jawapan dari dato. Ini kerana jawapan dato selalu bercanggah dan tidak benar sekali.Saluran perdana menjadikan isu wajib dalam menyampaikan berita mereka setiap hari.Ini termasuklah dikalangan bijak pandai juga dikalangan ugama spt mutfi tetapi masih juga menimbul keresahan dan tanda tanya dikalangan rakyat.Ramai yang menentang membabi buta dan ada yang menyokong jika perlaksanaanya tidak mengganggu dan mencemarkan masyarakat setempat.Kredibiliti pihak tertentu agak tercemar kesan
    dari pihak dato sendiri yang ibarat baling batu sembunyi tangan.Takperlu dato menyorokkan fakta kerana dengan bercakap benar dapat memulihkan sokongan rakyat kepada dato. Tidakkan jatuh seseorang tokoh kerana babi! dato, ramai yang terlibat didalam isu pemodenan ladang tersebut dan diantaranya ialah,
    1) dato sendiri
    2) Chng Toh Eng/exco mca
    3) Tang seed heng/exco mca
    4) Dr.Karim mansur/setpol drkhir
    5) Mohd Tarmudi/ketua kampung tumbuk
    6) Dr.Mansur/memperkenalkan teknologi german
    7) UN - membekalkan keewangan

    diharapkan dato dapat memberikan penjelasan dan peranan mereka-mereka diatas terutama kepda
    media arus perdana. Diharap dengan penjelasan dato dapat mengembalikan keresahan dan keyakinan rakyat kepd dato sebagai ADUN Islam di selangor.

    Tkasih
    Raja Jebah
    Dulu UMNO,Tidak KINI dan SELAMANYA

    ReplyDelete
  30. How can Malaysia be a halal hub if we are also going to be the biggest producer of ham in this region

    ReplyDelete
  31. Asslamulaikum wr. wbr.,
    Dato', kat tanah suci tak boleh cakap bohong...besar dosanya...
    wassalam.

    ReplyDelete
  32. Saya tetap sokong Dato' Dr. Khir..
    Inginkan Selangor Yang Dahulu dibawah pimpinan Dato'.

    ReplyDelete
  33. Tak paham betullah aku org2 politik ni, semua ada agenda peribadi... senang cerita duit punye pasalla. Soalnya skrg siapa yg jadi babi, dibabi dan membabi? Dr mesti paham soalan sy kn.

    Dapat duit juta2, buat banglo mcm istana akhirnya masuk lubang 7 kaki gak, sendiri mau ingat la.

    Duit punye pasal babi pn sedap, betul tak dato,

    ReplyDelete
  34. Dato, senang je kalau benar apa Dato katakan tunjuk bukti dalam surat khabar atau Televisyen.Kita tengok siapa yang benar.Betul tak?senangkan.cakap banyaktak guna.

    ReplyDelete
  35. halo khir...
    aku rasa kerajaan selangor sekakrang ini lagi bagus daripada yanh=g ko punya dulu..

    ape yang ko buat tentang isu babi masa ko pegang jadi MB?

    sebab tu la sampai sekarang pun x selesai lagi

    ikhlas dari http://gmurali.com

    ReplyDelete
  36. a'kum dato'..

    saya rasa terpanggil untuk sama2 memberikan sokongan dan pandangan berkenaan isu babi...saya berasal dari Melaka.

    org Melaka bukan berdiam diri kerana takut kpd Datuk wira Ali Rustam tetapi menghormati dan percaya kepada kewibawaan kepimpinan Datuk Ali....isu babi diMelaka sudah lama berdiam kerana sasaran kerajaan Melaka bukan untuk menutup ladang ternakan Babi tetapi mengurangkan jumlah perternakan babi tersebut... ini ramai pro-pembangkang yg bengong terlepas pandang!!!!

    Isu babi ini adalah amat sensitif di negara kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik yang menjadikan babi sebagai makanan untuk masyarakat bukan islam...kita sebagai Org Islam harus menghormati hak kaum bukan Islam...saya tidak membantah projek ternakan babi moden malah saya syorkan kpd negeri2 (terutama Melaka) yang ada, segera menjalankan penternakan babi moden ini....samping itu haruslah lakukan kajian terhadap alam sekitar dan sensitiviti maysrakat setempat...

    seperti yang Dato' katakan pengeluaran melebihi permintaan...Dato' sebagai pembangkang dalam kerajaan Selangor harus memainkan peranan untuk membidas atau membantah dalam melaksanakan projek ternakan babi berskala besar....ia akan mendatangkan komplikasi yg teruk dimasa hadapan apabila daging babi melebihi permintaan....

    ape yang penting Dato' perlu berusaha merampas kembali negeri Selangor dari pembangkang.....kembalikan kepercayaan rakyat kepada BN dan UMNO.....teguhkan org melayu dibawah UMNO.

    Saya sebagai pelajar tidak mahu negara ini tergadai kerana kebodohan pemimpin yg hanya mementingkan diri sendiri...jgn tercetusnya kembali tragedi 13 Mei 1969!!!!

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum Saudara ku seislam,
    Hentikanlah pertikaian tentang babi
    biarlah kerajan yang memerentah menguruskan dengan rakyat yang Memilih mereka, dulu BN sekarang PR,kalau baik kita sokong kalau salah kita tolong betulkan,
    marilah kita keluar dan berfikir diluar kotak, jangan terlalu berimosi dan terlalu kolot dalam berfikir dan telalu bersifat keakuan atau kekitaan, tuan hari ini kita berada didalam Masyarakat yang intelek, credik pandai dunia dan akhirat..berfikirlah sebagai seorang ahli shurga, bertolak ansur dalam semua perkara yang silap dimaafkan yang betul kita beri pujian, semoga negara kita tidak dilanda keaiban,fitnah dan terjerumus di lembah kehinaan lihatlah Jiran kita filipina,Indonesia,India dan lain-lainnya apa sudah jadi kepada negara dan rakyat meraka, ini semua angkara keangkuhan pemimpin mereka yang kufur nikmat..oleh itu saya yang hina ini dengan hati tulus memohon kepada tuan-tuan, puan-puan, datok-datok,abang-abang,adik-adik marilah kita hentikan pertikian ini, hidup sebagai satu bangsa islam yang membawa kebahagian didunia dan akhirat berdoalah agar kita terus mendapat keberkatan dunua dan akhirat..oleh itu Dato Khir jadilah pembangkang yang membangun,positif,kreatif dan aktif, kerana ada saya terbaca komen-komen saudara selepas kekalahan BN diselangor yang menunjukkan saudara tidak redha saudara menerima kekalahan yang ditentukan illahi dan tidak baik untuk diri tuan,agama islam, bangsa melayu dan negara malaysia oleh itu lakukan yang terbaik kerana Allah..wasalam.

    ReplyDelete
  38. Salam DS,
    Saya terbaca perkara ini di satu blog:
    "Dalam satu ceramah di Macang Kelantan, YB Saifuddin Nasution telah mendedahkan bahawa kerajaan negeri Selangor di bawah YB, telah membuat pinjaman sebanyak RM100 juta dengan Affin Bank. Alasannya ialah untuk diberikan kepada Universiti Perindustrian Selangor iaitu universiti milik kerajaan negeri Selangor. Tetapi malangnya YB menyerahkan hanya RM15 juta sahaja kepada Universiti Industri Selangor."
    Adakah benar seperti yang didakwa ini? Harap beri penjelasan. TK.

    ReplyDelete
  39. Assalammualaikum WBT

    Pasal isu babi ini Dr Khir tak perlulah bimbang. MCA dah jelaskan temberang UMNO dalam The SUN. Rakyat faham. Jangan risau.

    ReplyDelete
  40. Kami sentiasa menyokon anda sebagai ketua pemuda yang baru...

    Lawati kami di http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Belia_Generasi_Prihatin_Felda_Cerul,_Kemaman,_Terengganu

    atau

    http://beliafeldacerul.blogspot.com/

    ReplyDelete
  41. Dr Khir, saya ingin bertanye kenape ramai orang merasakan Pak Lah perlu letak jawatan ? Bukankah die menang tempat die bertanding?..Mungkin jawapannya adalah kerana die perlu bertangungjawab, kerana die adalah pemimpin ketika ini yang gagal membawa parti kepada 2/3..Begitu juga dengan Dr Khir, Dr Khir menang kawasan, tapi gagal membawa Selangor kepada kemenangan..Dan sekarang nih adakah Dr Khir mahukan Pak Lah letak jawatan, tetapi Dr Khir boleh bertanding untuk jawatan ketua pemuda UMNO ?? Minta maaf atas komen saya nih, tapi saya berpendapat sebgai pemimpin Dr Khir kene tegas dan adil dalam pendirian,kalau Pak Lah kene bertangungjawab maka Dr Khir juga perlu bertangungjawab untuk tidak mencalonkan diri semula..

    Pasal isu babi, saya rasa statement Dr Khir adalah tepat,projek berkenaan sememangnya cube mengambil kesempatan ke atas kerajaan negeri baru.Dengan peningkatan kos untuk menggunakan kaedah yg bersih,harga babi berkenaan pastilah lebih mahal dari biasa dan kurang mendapat permintaan,dan atas alasan ini akan digunakan untuk mengeksport babi berkenaan secara besar-besaran ke luar negara.Di tambah pula dengan selangor mempunyai Pelabuhan Klang yg akan lebih melicinkan urusan.

    ReplyDelete
  42. Tolonglah Datuk jangan Pusing Fakta.Rakyat dah cerdik sekarang ni,bukan boleh diperbodohkan lagi.Inilah salah satu sebab BN hilang majoriti PRU 12 baru ni.Pemimpinnya ego,tak mahu trima kesalahan sendiri, asyik menyalah kan orang lain.Padahal dah tertulis kat dahi dia yang buat....!

    ReplyDelete
  43. Kepada X MB Selangor...

    Hairan... kepada musnahkan dokumen kat opis lu masa kalah hari tuu... emmm mungkin dokumen yang lu luluskan untuk projek tuu kot...

    Macam ni la... Lu dengan UMNO jangan nak tunjuk baik dengan perkataan memperjuangkan Melayu...
    Lu gi mampus laaa...
    Org dah bosan...

    Emmm... teringat pulak...
    Kampung Beremban apa citer...???
    Ibu tengah dukung baby tengok rumah kena roboh...???
    Emmm Masa tuu UMNO kat mana...
    Umno yang gah perjuangkan bangsa Melayu...???
    Lu kat mana BRO !!!!!

    Lu gi mampus laaa.... janganntunjuk baik bila dah kalah...

    Cakap cam sial... nak bela Melayu... cakap jer bela Kroni...

    Nii JEBBAT nak cakap sikit...

    ALLAH MELIHAT APA YANG KITA BUAT dan JEBBAT AKAN MENDERHAKA LAGI DAN SETERUSNYA...

    Nasihat sikit dari JEBBAT kat UMNO....

    Kembali ke perjuangan asal UMNO...
    Ishhh lupa lakk...
    Kata Bahasa Melayu bahasa Rasmi Malaysia...
    KENAPA GUNA ENGLISH PULAK... U.M.N.O....
    United Malay bla..bla..blaa...

    Heran ekkk...

    Opss lupa lakk... NASIHAT...
    Kembali kepada perjuangan asal UMNO....

    ReplyDelete
  44. First of all, I just want to address this fact to all the Malaysians that are just born yesterday and those who have not even seen a pig farm before in their life. Please don't just follow blindly as what you have heard. Everything is about evidence.

    In case you don't know, please do some further research about the pigs before you start making any remarks about pigs for domestic market only and all the nonsense.

    Before Malaysia was even named Malaysia, exporting pigs to other countries was the largest business that supports the Malaya's economy. If you want to know where to find this fact, please go to the Department of Veterinary Services to look for this book called "Swine Industry In Peninsular Malaysia" published by Datuk Dr. Ahmad Mustaffa b. Hj. Babjee in 1991. This will explain everything you need to know about pigs.

    And for those who keeps thinking about haram this haram that, there are many things that contain pork ingredient in this world and scientifically, we are breathing the same air as the pigs. I'm not surprised either that a wild pig might have do its business over the paddy field without any farmer noticing it.

    And they are also not unhealthy for consuming. Please, there are many non-malays that live longer than malays and that doesn't justify anything. Pigs are similar to any other consumer products in the market, there tend to just have some stupid researchers and professors out there making stupid remarks about pigs too.

    So stop condemning the pigs. Without them, we Malaysians probably still lived on the trees today as remembered by others.

    It is a right move to centralized the pig farms and in fact it is good to have such centralized farms in each state to reduce the environment impacts.

    However, what I'm trying to bring up is the matter of Islam handling the pig issues.

    In the first place, Islam calls it as haram and yet this RM100mil project or business was allegedly given to a bumi company without any tender notice. So where is the logic and what would any laymen think? Oh.. and I remember reading some comment from a blogger and thanks for reminding. There's no company name mentioned yet till today. I'm not surprised that the company would be related to KT.

    I guess end of the day, it is the money that's more important and not the religion. So the racists politicians really should stfu and stop playing along that line.

    So perhaps KT can kindly explain what's the real motive behind and it would be really nice if you can show us the exact costs of the technology.

    Thank you.

    ReplyDelete
  45. berilah keterangan tentang kelulusan ladang babi semasa dibawah pemerintahan Datuk Sri serta lawatan ke Germany melihat ladang tersebut, demi ketelusan pemerintahan dan tanggung jawab.

    ReplyDelete
  46. Sultan Selangor gesa umat Islam Selangor bersatu selepas pilihan raya
    18/04/2008 4:01pm

    KUALA LUMPUR 18 April – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa umat Islam di Selangor supaya bersatu semula selepas berbeza pendapat dan pendirian semasa pilihan raya umum lepas.

    “Negara kita baru melalui pilihan raya dalam keadaan aman dan damai. Pemimpin yang baru telah dipilih untuk mentadbir negeri Selangor.

    “Oleh itu umat Islam di negeri ini hendaklah melupakan segala perbezaan ideologi dan pegangan politik yang telah lalu, tetapi hendaklah sama-sama bersatu semula untuk kemajuan agama, bangsa dan negeri yang kita cintai ini,” titah baginda semasa merasmikan Masjid Bukit Indah di Ampang dekat sini hari ini.

    Baginda bertitah amat penting bagi umat Islam menjauhi perpecahan yang disebabkan perbezaan pendapat kerana ia hanya akan merugikan bangsa dan agama. - Bernama

    p/s : sudah la Dato'...xpayah ambil tahu hal negeri lain...selesai kan dahulu masalah rakyat Selangor yang tertindas zaman Dato' dulu...

    ReplyDelete
  47. penduduk kampung tumbuk darat dan tanjung sepat dan kg kundang resah..bila mb baru nak turun padang tengok nasib orang kampung sebelum buat keputusan..
    setiap minggu buat mesyuarat exco dan setuju itu ini dan kata nak turun padang namun hingga hari ini masih sepi juga kampung ladang tumbuk ini tanpa kunjungan mb baru hai....org pas dan keadilan takut haram hirup udara di ladang tumbuk kot.

    ReplyDelete
  48. kenapa kerajaan selangor baru tidak menghalang projek babi2 tu??

    ReplyDelete
  49. Terima kasih Dato' kerana memberi penjelasan...

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum Dato Seri..
    Setelah membaca komen dan ulasan para pembaca,memang terdapat pro dan kontranya..cuma saya berharap kalau projek ternakan babi menjadi realiti..ianya dipindahkan ke kawasan yang penduduknya majoriti kaum pemakan haiwan ini seperti di kepong atau petaling jaya atau berdekatan rumah teresa kok..dengar mungkin tidak masuk akal...tetapi cuba tengok apa reaksi kaum cina?cukuplah tanah org melayu diambil sedikit demi sedikit...sudah nyata babi bnyk membawa keburukan,sebab itulah Islam mengharamkannya,jadi jika ada org melayu yg tidak sensitif, saya tidak tahu nk cakap apa,setiap manusia fikiran tidak sama.Fahami perasaan penduduk setempat yang rata-rata org melayu.Cukuplah unsur-unsur babi yang ada dalam makanan kita pada hari ini umpamanya isu sosej,fish ball,barangan kulit dan sebagainya..semuanya dibuat di Malaysia yg rata-ratanya pemilik kilang adalah bukan bangsa kita.Adakah mereka sensitiviti dgn umat Islam?Jawapannya adalah tidak..Adakah kita dianggap racist jika ingin memperjuangkan bangsa melayu?Adakah mereka tidak racist?.. dalam masa yg sama UMNO hendaklah kembali kepada perjuangan utk membela bangsa Melayu dan juga Islam, jauhi rasuah dan segala perbuatan yang dilarang agama.Dah sampai masanya Melayu dan Islam bersatu utk menguasai ekonomi pula dan kembali memperkukuhkan politik.Dah sampai masanya kita berganding bahu tanpa perlu bergantung kepada bangsa lain terutama dalam ekonomi.Dah sampai masanya pemimpin-pemimpin melayu sedar dan celik dengan keadaan yg berlaku pada hari ini. Kekuasaan dan pangkat cuma pinjaman yg sementara dari Allah, redhalah dengan segala ketentuan-Nya. Janganlah kita menang sorak dalam segala hal sampai kampung sendiri tergadai..Kepada bangsa-bangsa melayu, belajarlah dari sejarah..sejarah membentuk jati diri..renungkanlah

    ReplyDelete
  51. aslamualaikum...saya berharap agar pengusaha ladang babi tersebut dikenakan tindakan undang-undang...

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum

    Dgn hidayah dari Allah SWT. Ana dengan ini menarik balik semua tulisan ana berkenaan tajuk di atas.

    Maaf di atas segala kesulitan.

    Semoga link di bawah memberi erti baru pada semua.

    http://mykhilafah.com/sautun-nahdhah/373-sn170-babi--pemimpin-islam-terkeliru-atau-tersepit

    ReplyDelete