Saturday, April 12, 2008

Perubahan Kepimpinan Perlu Diikuti Pembaharuan Dalam Kerajaan dan Parti


Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Apa khabar pelawat dan sahabat blogers di tanah air. Saya baru selesai melakukan muhasabah panjang di Hijir Ismail, Kaabah. Perkara yang saya fikirkan adalah nasib masa depan negara dalam menghadapi kemelut kepimpinan, tindakan Tun Mahathir dan silent protest dalam UMNO.

Berdasarkan perbincangan saya dengan Tun Mahathir, beliau akan terus meluahkan perasaan bimbangnya terhadap masa depan UMNO dan BN jika ia terus dipimpin oleh Pak Lah.

Dalam pertemuan saya dengan beliau juga, Tun telah hilang keyakinan terhadap kewibawaan Pak Lah. Sebagai bekas Perdana Menteri yang melantik Pak Lah, Tun berpendapat adalah tanggungjawab dan kewajipan beliau untuk kembali membetulkan kepimpinan UMNO hari ini.

Bagi pemimpin UMNO, seperti saya dan rakan Ketua Bahagian, yang telah dilatih untuk hormat pemimpin, untuk meminta Pak Lah meletak jawatan secara terbuka adalah perbuatan terakhir yang terpaksa dilakukan.

Selalunya kami tunjukkan secara kiasan atau tidak langsung dengan harapan hasrat itu difahami.

Adalah tidak benar untuk mengatakan pemimpin UMNO tidak faham dengan mood orang ramai, lebih-lebih lagi berdasarkan isyarat jelas keputusan Pilihan Raya Umum ke 12. Ini terbukti bila ramai pemimpin UMNO telah mula bersuara secara terbuka mahu pun hadir dalam program Tun Dr. Mahathir.

Saya amat bimbang dengan situasi ini. Memikirkan keadaan masa depan agama dan negara mengatasi segalanya, saya memohon petunjuk Allah dan melakukan muhasabah diri di hadapan Kaabah .

Sebagai pemimpin kerdil, secara peribadi saya berpendapat,

Perubahan Kepimpinan

Pertamanya, YAB Datuk Seri Abdullah mesti berani menerima kenyataan dan membuat rancangan keluar (exit plan) atau persaraan yang melibatkan peralihan kepimpinan parti dan negara kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

UMNO masih menghormati Pak Lah. Namun rakyat dan ahli UMNO ada pandangan sendiri yang telah diterjemahkan dalam pilihan raya serta perjumpaan-perjumpaan bersama akar umbi UMNO.

Justeru cara terbaik ialah Pak Lah dan Datuk Seri Najib dapat mengemukakan satu rancangan peralihan kuasa yang licin dan dalam suasana mesra. Peralihan ini boleh dilakukan dalam waktu terdekat atau jangka masa yang lebih panjang. Namun ia tidak seharus terlalu lama yang boleh menjejaskan pentadbiran negara mahu pun persiapan parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Jika ini dapat dilakukan secara tertib, saya percaya rakyat akan kembali menghormati Pak Lah sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Pembaharuan Dalam Kerajaan

Keduanya, peralihan ini perlu diikuti oleh tindakan kerajaan untuk melakukan pembaharuan (reforms) dalam struktur pentadbiran bagi tujuan mengurangkan birokrasi. Usaha juga perlu dilakukan untuk meningkatkan produktiviti, mewujudkan peluang perniagaan dalam bidang perkhidmatan mellaui usaha memperbanyakan program outsourcing dalam jabatan.

Program penswastaan juga perlu dinilai semula bagi mencari satu kaedah baru yang lebih baik agar ia menjadi satu bentuk kerjasama pintar (smart partnership) antara swasta dan kerajaan.

Polisi ekonomi juga perlu dinilai semula. Semangat Dasar Ekonomi Baru perlu diterapkan dalam bentuk baru. Ini kerana dasar atau polisi hari ini sudah tidak diyakini oleh sebahagian orang Melayu. Manakala bukan Melayu pula merasa terpinggir waima kuasa ekonomi masih dalam tangan mereka.

Sudah tiba masanya dikumpulkan kumpulan cerdik pandai dan intelektual kita bagi merumus satu formula dan pendekatan yang lebih menyeluruh. Insyallah ini akan mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Selain pentadbiran dan ekonomi, isu Pendidikan juga memerlukan satu pembaharuan. Saya fikir sudah tiba masanya kita melihat semula peranan sekolah vernakular, termasuk sekolah agama rakyat. Ini kerana semua sekolah ini telah lama wujud dan turut menyumbang kepada pembangunan negara. Kerajaan perlu mengambil tindakan pro aktif dalam hal ini kerana rakyat sedang memerhati tindakan kita.

Faktor keempat yang perlu dilihat ialah hubungan agama Islam dengan agama lain perlu dilihat dengan lebih objektif. Kebebasan beragama yang dibenarkan dalam Perlembagaan perlu diterjemahkan dengan lebih jelas supaya ia tidak merugikan orang Islam. Kerajaan perlu mengambil penyelesaian tegas dalam hal ini. Sempadan yang jelas perlu digaris supaya semua penganut pelbagai agama di Malaysia memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dan faham jika ada tindakan yang terpaksa diambil pada masa akan datang.

Perubahan Dalam Parti

Selain kerajaan, UMNO juga perlu melakukan pembaharuan. Pemusatan kuasa Presiden dan sistem kuota perlu dilihat semula. Ahli perlu diberi kebebasan dalam memilih pemimpin tanpa sekatan kuota atau dengan jumlah kuota yang minima.

Pemimpin UMNO perlu berani menghadapi cabaran dalam parti jika mahu dihormati oleh rakyat.

Bagi mengelakan kekangan dan halangan, keahlian UMNO dan pembayaran yuran juga perlu dilakukan secara terus atau melalui internet (online).

Selain itu pemimpin UMNO perlu adakan kumpulan pemikir yang meliputi semua peringkat, yang memahami masalah dan mencari penyelesaian. Dengar dan analisa pandangan akar umbi dari pemotong rumput sehinggalah ke CEO syarikat gergasi.
Keputusan hendaklah dibuat berlandaskan fakta dan untung rugi kepada orang Melayu untuk jangka panjang mahu pun pendek. Banyak lagi pembaharuan mesti diambil oleh UMNO mengikut keperluan semasa. UMNO tiada pilihan lain kecuali berani berubah mengikut kehendak orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Sahabat-sahabat semua,

Pada 2003 saya turut berada di sini, di Hijir Ismail inilah, saya berdoa kepada Allah s.w.t. Ketika yang sama di dalam negara berlakunya satu peristiwa penting – Istiadat peralihan pucuk pimpinan negara dari Tun Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Abdullah.

Saya dicemuh oleh beberapa pihak ketika itu kerana tidak hadir di Istana Negara untuk menyaksikan detik bersejarah tersebut.

Namun keyakinan saya pada janji Rasulullah bahawa barang siapa yang berdoa dengan ikhlas di Hijir Ismail ini, doanya akan dimakbulkan Allah s.w.t.

Saya memilih berada di sini dari Istana kerana cintakan negara dan pemimpin, Hari ini saya di sini lagi dengan keyakinan yang sama memohon doa, bermunajat kepada Allah, moga Allah selamatkan negara kita dari pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Saya tidak merelakan negara ini dipimpin oleh orang yang tidak bermaruah, yang sanggup bersengkokol dengan musuh hanya untuk berkuasa.

Saya masih terus di sini bermunanjat, semoga apa yang saya perkatakan ini membawa kebaikan kepada semua rakyat Malaysia. Saya tidak jemu mahu pun putus asa untuk melakukannya kerana keyakinan saya pada janji Rasulullah s.a.w tidak pernah padam sampai akhir hayat.

261 comments:

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 261   Newer›   Newest»
Hiz said...

Assalamualaikum.
Yang Berhormat Dr Khir,

Saya bersetuju dengan kebanyakan pandangan YB dalam segenap aspek.

Tidak dapat dinafikan kadang-kadang kita sebagai manusia tidak terlepas daripada kesilapan.

Oleh itu, sewajarnya kita melakukan muhasabah dan berfikir kembali segala yang telah kita laksanakan sebelum ini.

Banyak punca kekalahan BN di Selangor unutk pengetahuan YB.

Salah satu daripadanya ialah kesilapan meletakkan calon di kawasan tertentu.

Di samping itu, YB dan ADUN lain dilihat kurang turun padang melihat masalah yang dialami rakyat.

Selain itu, YB tidak peka terhadap rungutan rakyat tentang kegiatan jenayah yang meruncing di Selangor.

Umat Islam pula dihalang daripada mengadakan ceramah-ceramah agama yang mana amat perlu diberi penekanan kerana dengan adanya ceramah-ceramah agama masyarakat menjadi lebih sejuk hati dan masalah sosial dapat dikurangkan sedikit sebanyak.

Terdapat juga jabatan dan pegawai di bawah jagaan YB yang bertindak tidak tentu hala terhadap golongan tasawuf atau kumpulan tarekat sebagai contoh Tarekat Samaniah. Kami yang menjalankan aktiviti berzikir dan usaha mendekatkan diri kepada Allah melalui jalan tarekat tersekat dan dituduh sesat. Padahal tuduhan-tuduhan itu semuanya palsu dan tidak benar. Apa ini YB?? Maaf YB kerana beremosi.

Jadi apa yang berlaku adalah manifestasi rakyat terhadap tindakan kerajaan BN sebelum ini yang kurang bertanggungjawab di samping kelemahan Perdana Menteri ke-5 Malaysia yakni Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Datuk Seri Najib wajar diberi tugas sebagai Perdana Menteri dengan segera dan secepat mungkin demi kekuatan bangsa dan kemaslahatan umat Islam. Beliau mampu untuk menegakkan semula tiang UMNO dan BN yang sudah reput.

Kami sokong Datuk Seri Najib.

Kami yakin dengan ketegasan dan kebijaksanaan Datuk Seri Najib.

Hidup ISLAM!!
Hidup Najib!!
Hidup UMNO!!
Hidup BN!!

Allahu Allahu Allahu..

Datuk Seri Khir juga perlu memainkan peranan untuk menguatkan semula UMNO dan BN. YB bijak dan sentiasa berpandangan bernas. Saya yakin YB mampu mengembalikan kekuatan UMNO dan BN.

Ambil iktibar daripada kekalahan lalu.

Beri rakyat ruang untuk bersuara.

Beri golongan muda sesuatu yang bertepatan dengan cita rasa muda-mudi berteraskan ajaran Islam.

Benarkan pendakwah dan ustaz berpakaian serban, berkepiah putih, dan berjubah.

Benarkan perjalanan aktiviti tarekat tasawuf seperti Tarekat Samaniah, Tarekat Naqsyabandiah, dan semua tarekat yang muktabar yang diamalkan oleh umat Islam sejak dahulu lagi.

Beri bantuan kepada rakyat dengan segera dan lihatlah apa kesengsaraan mereka.

Senantiasalah turun padang melihat dan mengambil tahu masalah rakyat dan kalau boleh seminggu 7 kali turun padang.

Jangan menuduh ahli bawahan atau akar umbi sebagai pengkhianat parti atau dengan tuduhan yang tidak munasabah.

Teruskan usaha murni demi ISLAM, UMNO, dan BN.

Jangan biarkan PKR, PAS, dan DAP merosakkan perpaduan rakyat dan keharmonian antara agama.

Jangan biarkan PKR menghancurkan bangsa Melayu.

Jangan biarkan PAS merosakkan ajaran murni agama ISLAM.

Jangan biarkan DAP mengikis kekuatan bangsa Melayu.

MLMnetworker said...

Dr Mohamad Khir,

Tersentuh naluri saya bilamana membaca catatan yang saya percaya datang dari naluri murni Dr Mohamad Khir.

Saya mendo'akan segala do'a Dr Mohamad Khir akan dimakbulkan Rabbul 'Alamiin.

Mudah-mudahan ahli-ahli UMNO kembali berbaik-baik semula walau kelihatan seperti peribahasa melayu "berkelahi dalam kepuk".

Besar harapan saya, ahli-ahli UMNO "Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang."

Catatan: Well-being2u Dot Com

Asil said...

"Najib"?

Nampak nya saudara dan UMNO masih tidak faham.

"Outsourcing"?

Kaedah yang memudahkan penyelewangan.

"Dikumpulkan kumpulan cerdik pandai dan intelektual kita bagi merumus satu formula"

The formula is simple: We vote and pay you. You work for rakyat...

red said...

Datuk Seri KT,
Semoga DSKT tenang untuk beribadat ditanah haram. Sebagai seorang daripada berjuta rakyat melayu jati selangor sentiasa berdoa kepada Allah agar negari Selangor sentiasa dirahmati.

Daripada apa yang dinukilkan oleh DSTK, saya amat bersetuju dengan apa yang telah dikata. Apa yang telah dikatakan oleh Pak Lah sebagai sabotaj dalam BN adalah amat benar sekali dan ramai dikalangan sahabat2 saya yang amat menyayangi UMNO dan orang melayu melakukannya. Ini adalah kerana ketidak puasan hati yang meluap2 daripada tindakan yang tidak kena dan kurang bijak oleh pemimpin2 atasan UMNO dan juga Kerajaan dalam menangani isu2 sensitif spt HINDRAF, murtad, kenaikan harga dan isu penyalahgunaan kuasa dan wang oleh pemimpin UMNO dan Kerajaan (eg Istana Kg Idaman, Gambar dan video tak senonoh pemimpin kerajaan/UMNO)...dan yang paling menhancurkan keadaan adalah nama2 yang di calon oleh bahagian2 dicantas oleh "kuasa-kuasa besar"...maka akibatnya negeri kita tergadai....Bagi saya seharusnya setiap isu yang timbul itu haruslah di terangkan sejelas2nya kpd masyarakat agar ianya dapat dilihat dengan telus...

Sekian, terima kasih
aku warisan

malaysianforex said...

Salam untuk Dato' dan Keluarga.

Syukur dato' sudah kembali dan meluahkan kesedaran dato' dengan apa yang berlaku kepada kepemimpinan melayu pada hari ini. Cuma saya juga rasa terkilan kenapa selama ini dato' tidak luahkan kepada pucuk pimpinan tentang ketidakmahuan orang melayu terbanyak tentang kepemimpinan Pak Lah. Begitu juga bagi saya Dato' Najib pun perlu berundur kerana beliau juga akan menyebabkan banyak serangan dan manipulasi daripada parti pembangkang. Sekiranya dato' najib mengambil alih kepemimpinan negara ini sudah pasti UMNO akan berhadapan banyak cabaran getir selepas ini. Harap dato' sampaikan kebimbangan ini kepada PAK NAJIB.

busymum100 said...

apa2 pun, saya rasa BN amnya dan UMNO khasnya masih tidak sedar, atau tidak mahu sedar kesilapan/kelemahan mereka.

Tak kena gaya, PU13 nanti, BN tinggal sejarah je! Pandai2 lah fikirkan. Dulu BN tak pernah jadi pembangkang di Selangor ni, sekarang.... :)
Saya pernah jadi pemerhati semasa Dewan Undangan negeri bersidang, dan saya lihat dgn mata kepala saya sendiri betapa bongkak dan angkuhnya BN mem"bully" pembangkang yang cuba untuk bersuara :(

dokmat said...

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijriah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

dokmat said...

Dr Khir,
Adapun ISLAM itu teramat luas sehingga melampaui sempadan negara,BANGSA mahupun PARTI POLITIK.

N.T.C @2003 said...

moga apa yang diluahkan DS ini ikhlas dari hati ...

tp DS tolong bagitau BN rakyat yang memelih PR adalah rakyat MAlaysia juga yang membayar cukai, sebagi contoh mengapa Selangor tidak membenarkan waktu sejam untuk MB nya ke udara , sedangkan rakyat yang memilih BR pun ingin mendengar penjelasan dari MB mereka, jika BN takut pengaruh MB dari PR tersebar keseluruh rakyat , BN mempunyai RTM dari perlis hingga ke sabah, megapa masih ada rakyat memilih selain BN , pk pk kan lah ... BN terlalu berat sebelah tak padan dengan logo dacin , kerna itu rakyat cari alternatif lain untuk mencari kepastian...

kalo DS tak faham tulisan saya ini , baca lah pelan pelan ...

akhir kata moga DS mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah swt di sana dan menjadi pemimpin yang BERSIH CEKAP DAN AMANAH

Witness said...

Assalamualaikum brother Khir,

I would strongly advise you to doa banyak2 dan bermunajat banyak2 supaya Allah memberi saudara taufiq dan hidayah serta rahmat dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Life is just a transit. Orang lain yg banyak duit, masih belum lagi dapat jemputanNYA. Jadi fikir2kan lah kenapa Allah menjemput saudara ke sana. Hikmahnya besar, insya'allah.

Fikirkan taubat yg saudara perlu buat atas segala dosa yg lepas, banyak mana, wallahualam.

Lay off blogging sepanjang mengerjakan umrah ni. Tak perlu show off keperihatinan sekarang. Sepatutnya tunjukkan sepanjang jadi MB dulu. Kalau panjang umur dan diizinkan Allah, lepas kerjakan umrah baru sibuk2kan diri tentang dunia yang hanya sementara ni. Sibukkan diri dengan mengerjakan solat2 sunat, qada, membaca alquran dll. Munajat pada Allah, tanya adakah "aku ni betul-betul pemimpin yang akan membawa umat ke jalan yg benar". Tanya juga diri, sama ada saudara dah bersedia ke dengan jawapan2 semasa dihisab esok on tanggungjawab saudara sebagai pemimpin.

Saya berdoa supaya Allah menerima taubat saudara, membersihkan hati saudara, dan saudara mendapat umrah yang mabrur. insya'allah.

ロハンジェプさん said...

saya amat bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh dato' seri...ini kerana ianya memberi peluang kepada mereka yang lebih layak untuk pemimpin yang lebih muda dan dilihat berjaya untruk memimpin negara dan parti...pemimpin yang benar2 memahami kehendak rakyat...sekian..

AZLAN said...

ALHAMDULILLAH..
ITULAH YG SEBAIKNYA KITA SEBAGAI INSAN YGMENERIMA DGN REDHA UJIAN DARI YANG MAHA KUASA...SEMOGA DATO' SERI BEROLEH KEBERKATAN..AMIIIN.
SAYA ADALAH SALAH SEORANG AHLI UMNO YG AMAT SAYANGKAN PARTI..TETAPI MEMILIH JALAN ALTERNATIF KERNA SIKAP PEMIMPIN UMNO YG TIDAK IKHLAS MEMBANTU ATAU MENDENGAR MASAALAH AKAR UMBI... TELAH LAMA TERLUKA DGN SIKAP ANGKUH DAN SOMBONG DALAM MENYATAKAN
BAHAWA MENDAPAT SOKONGAN PENUH RAKYAT..MEREKA SEBENARNYA LUPA SEJARAH..
JUMPA LAGI DATO' SERI..
WASSALAM...

jbtrader said...

Datuk Seri,

Kamu melihat pihak lawan seorang pemimpin yang tidak bermaruah, di manakah letaknya maruah kamu sebagai seorang pemimpin?

Abdul Rahim said...

Askm Dato' Sri,
Alhamdulillah Dato'Sri dan pemimpin Tertinggi UMNO telah nampak dan faham hasrat majoriti rakyat.Sehingga kini kalau masih berdolak dalik lagi,..alamatnya umur UMNO tidak akan panjang,..berita terbaru byk cawangan UMNO diS'gor telah ditutup dan mereka memasuki PKR.
Jadi tindakan segera dari MT adalah perlu untuk menyelamatkan keadaan ini.Jgn rakyat cakap MT semua macam tak reti bahasa atau syok sendiri saja.
sekarang bukan lagi masa untuk bersandiwara atau sentimental,..apa yang rakyat mahu ialah tindakan drastik..Pak Lah terpaksa memberi laluan..untuk memulihkan keadaan..suka atau tidak ini adalah kenyataannya.. supaya beliau lebih dihormati apabila mengundur diri dengan cara terhormat dan bukan nya ditolak semasa pemilihan macam Dato Sri Samy Vellu.
Mengundur diri pun bukan bererti kalah..tetapi satu strategi untuk memulihkan UMNO.Kata individu tidak penting,..parti lebih penting,..jadi cakap kena serupa bikin. Rakyat termasuk dari BA hormat dengan pemimpin MCA dan Gerakan yang lebih gentlemen. Pemimpin UMNO nampak macam nak jadi ketua sampai mati.
Peluang bukan datagn selalu jadi kena gunakan dengan sebaik mungkin,..kerana bukan senang nak naik sesudah jatuh.

Wasallam

kg_boy2002 said...

A'kum DS

Pertamanya saya mendoakan agar dato selamat pergi dan kembali dari mengerjakan umrah.Semoga Dato diberi petunjuk dah hidaya selama berada di tanah suci,InsyaAllah.

Bagi saya masanya mmg sudah kritikal.Pak Lah mesti berundur sekarang.Jika tidak,saya pasti UMNO pasti akan tinggal kenangan.Lebih2 lagi 14/04/08 ini saudara kita di sebelah sana sudah habis tempoh edahnya dari pantang berpolitik.Pengaruhnya sungguh besar.Semua orang menyedarinya.Kalau setakat Pas dan DAP dan tanpa pengaruh insan ini,saya yakin 4 negeri yang tewas ini tidak akan berjaya mereka tawan.Jadi sebelum luka menjadi parah dan lebih teruk lagi menjadi barah.Memang seharusnya kepimpinan UMNO harus di reformasikan.Sekian Wassalam

tunku said...

assalamualaikum DSKT,

semoga Allah makbulkan doa2 DS.
kami juga berdoa agar malaysia dijauhi pemimpin korup dan yang bersekongkol dgn musuh.
kami juga berdoa umno dijauhi dari pemimpin yang lemah lagi dayus.
akhir sekali,nikmatilah setiap saat di rumah ALLAH.

ps : jgn lupa doakan semoga terbuka pintu hati pak lah utk meletak jawatan secepat mungkin agar umno dapat bangun kembali dgn pantas.

ROY's said...

YB DSKT,

Baguslah DS bermuhasabah dr sama-sama berkancah di sini yang akhirnya menang jadi arang, kalah jadi abu.

Situasi politik sekarang memerlukan satu langkah drastik dan berani. Punca kemelutan amat jelas dan terang, tetapi kita masih bersuluh.

Pak Lah terpaksa menghadapi kenyataan, jika beliau masih tidak nampak kenyataan itu maka sebenar benarnya Pak lah ini adalah bukan di kalangan manusia biasa. Kalau beliau tidak boleh memikir, kemana perginya ahli-ahli fikir beliau?
Saya kehairanan.

Di setiap perjumpaan saya dengan rakan-rakan politik, saya tidak lupa untuk mengingatkan strategi politik negara yang sepatutunya diambil. Salah satunya ialah tentang perlunya Pak Lah meletakkan jangkamasa di mana beliau akan turun dari takhta kepimpinan dan menyerahkan kepada Timbalan beliau. Mesej ini perlu diberitau kepada umum supaya dapat membangkitan keyakinan umum dan para pengkritik.

Jauh di sanubari saya, Pak Lah sebenarnya sedar ini semua tetapi tidak boleh mengmabil tindakan kerana faktor anak, menantu dan sebagainya. Telan mati emak, luah mati bapak.

Witness said...

Assalamualaikum wbkt.

I don’t normally read your blog because we don’t have things in common. Sedang elok surfing terjumpa. Anyway, I didn’t actually read your posting when I sent you the earlier feedback.

Having read that lengthy posting, saya pun tertanya2 perkara berikut (I am not going to comment on the gist you wanted to convey to the public as I genuinely feel that that’s your trick to get our support…biasa lah tu….. ):

“Saya baru selesai melakukan muhasabah panjang di Hijir Ismail, Kaabah. Perkara yang saya fikirkan adalah nasib masa depan negara dalam menghadapi kemelut kepimpinan, tindakan Tun Mahathir dan silent protest dalam UMNO”.

-Wow, mesti tak ramai org mengerjakan umrah sebab tentu lama saudara dapat peluang bermunajat pada Allah tentang “nasib masa depan negara dalam menghadapi kemelut kepimpinan, tindakan Tun Mahathir dan silent protest dalam UMNO” apart from munajat for yourself, your family i.e personal stuffs. Don’t tell us that your priority is the country?! Alhamdulillah, saudara mendapat petunjuk dari Allah immediately as per your ideas and proposal in the posting.

If you feel it is very important and urgent (quadrant #4) and you must release your thoughts since they are bothering you so much, you should immediately give Pak Lah a call, be candid, ikhlas and forward your thoughts and proposals instead of posting it to the blog, have you? Please revisit your intention.

Nampak gaya, macam saudara ni dah kemaruk guna saluran blogging utk meraih support and apa yang kami lihat is more on a platform utk membenteng diri dgn segala jawapan yg ada didunia ni.

Jangan hanya cakap2 dalam blog, tapi buat! Itu yg lagi penting. Baik betulkan niat….saya dapat tau dari orang2 yg rapat dengan saudara ni….you were a different person before you became a politician. Kan Allah dah warned us on the three things that will cause us problems…two of them are harta dan kuasa…..tengok apa dah jadi….so cepat2 lah bertaubat sementara saudara masih berada disana.

Kenapa sekarang UMNO sibuk nak menyelamatkan Negara…yang 50 tahun Negara dalam pimpinan UMNO/BN, tak teringat nak selamatkan Negara..nak kaut harta dan kuasa aje!?

Lagi satu soalan saya, betul ke ada calun dari UMNO yang betul2 berkelayakan untuk menggantikan Pak Lah yang tak sepatutnya dinobatkan sebagai PM in the first place (kita kena redha sebab Allah kata Kun-fa-ya-kun Pak Lah Jadi PM, ada hikmahnya…berlaku REFORMASI dari PR). Ke sebab Najib is the second person therefore he should be the next PM kerana semua org UMNO “telah dilatih untuk hormat pemimpin” ? Be real…..

And also, I am wondering apa yg saudara doa di Hijr Ismail semasa umrah in 2003?
You are so unreal. Text untuk posting ni macam dah lama prepare aje if you’re sending it from Makkah. If not kuncu2 di Malaysia yang tolong fikir dan buat posting.…………………………………………kalu tulis panjang2 boleh ada masa and sempat, kenapa approve comments tak sempat

So untuk berdoa di Hijr Ismail kali ni, sebagai sahabat dan saudara ISLAM, saya nasihatkan supaya saudara muhasabahlah sebagai hamba Allah yang seikhlasnya dan fikirlah apa yg patut saudara doa.. Kita merancang, Allah yang menentukan.

Dan buat lah solat istikhorah sama ada saudara perlu teruskan perjuangan ini atau berbalik kepada menjadi Dentist if you ever practice atau “berhijrah”.

Again, Semoga mendapat umrah yang mabrur.

tok dam said...

Alhamdulilah!

Baru kini hati saya terbuka untuk mempercayai bahawa masih ada lagi pemimpin umno yg waras.. yg jiwanya masih kuat pada agama dan bangsanya..

Ada lagikah pemimpin yg sealiran dengan Dato' seri ini? kalau ada saya sangat berharap untuk mengetahui dan mengenali mereka ini.. tunjukkan diri kalian dengan seadanya.. kerana rakyat kini sedang dalam kecelaruan yg amat sangat melihat tindak-tanduk pemimpin yg seakan hilang pertimbangan dan hilang kecerdikannya.. semua dah menurunkan taraf pemikiran masing2 hingga ketahap lebih bawah dari rakyat biasa bila menjawab isu2 yg berbangkit.. malahan deria pendengaran dan deria penglihatan mereka juga sudah teruk terjejas!

syukurlah saya kepada Tuhan, kerana masih ada lagi pemimpin atasan dalam umno yg dapat menyiram bara api kemarahan para kelasi ini kepada nakhoda kapal kita melalui penjelasan secara terus keribaan kami diruang maya ini.. Terima Kasih Dato' Seri!

ChineseSupporter said...

I'm chinese, I would like to express my feeling about MCA and Gerakan, also know a little info about MIC from Indian friend. Currently, how well the dynamic of MCA and Gerakan already not relevance to majorities of chinese society. Overall the News about the dynamic of MCA and Gerakan at Chinese Newspaper, they may skip from reading about it. Even MIC already become transparent party to majorities of Indian. If you dont believe, you may observe that many indian or chinese society or organization when seek for government assisting, they may direct deal with UMNO instead of MCA or MIC. In 2004, Khairy Jamaluddin going to promote himself and want to become an outstanding person / Hero amongst the UMNO party and used "Perjuangan untuk Melayu" to gain the support of UMNO Malays, his reaction being leading downward the trench of relationship between chinese and malays. Since he gained the support of Malays, he convinced Mr.Abdullah by his opinion and strived to control the BN Government Operation. By the way, he take a lot of advantageous at involving the corruption and politic money transaction, thus his behavior and reaction become arrogantly and stimulate a lot of dissatisfactions of Malays, even the UMNO Malays. "Scandal came from what he actually did, but no evidence to show he is wrong". Khairy already keep silenced by nowaday as he awared that his previous reaction already causing dislike of Chinese, Indian, even the Malays. Abdullah deny this situation is because he want the "face" and good image within the Party and Cabinet. In addition, Abdullah not prefer to step-down, is not because of responsibilities, he aware that since he step-down, all the UMNO member may treat him as "paria" and his family including Khairy, Kamaruddin may lost business advantageous or even isolated. Dr.Mahathir already said that, people treated him as paria when he step-down. You know why? his leadership during as Prime Minister already disliked by majorities of members, the effect may occured when he step-down. Mr. Mohd Ali Rustam, do u want the UMNO collapsed and replaced by pakatan rakyat because of Mr.Abdullah his private issues between Mahathir and family advantageous? In Current Trench, UMNO still got relevant amongst the BN Teamwork. If Mr. Abdullah and Khairy still in UMNO Party, you and your partners, even all the members of UMNO and components of Barisan National would be a victims not only now, but in the future. Save Your Party, and all the components of Barisan National --- Do the right justification about the future of UMNO.

sebol said...

Kalau begitu, cadang sahajalah kepada paklah supaya dia bertanding untuk kerusi naib presiden.

yes2umno said...

a'salam dato,

mungkin dah tiba masanya PakLah kembali semula ke Kepala Batas dan berkata-kata di depan cermin seperti yg pernah dia lakukan dulu.

selama ini PakLah hanyalah melakonkan watak PM, dengan skrip yg sering di improvis pd ketika2 yg janggal.

Sunduvan said...

Buat pertama kali aku setuju dengan pendapat hang. Aku pun rasa itulah yang sebaik-baiknya. Malaysia untuk semua..bukan untuk melayu,untuk cina,india atau mana-mana bangsa. Malaysia milik kita semua sebagai bangsa malaysia. Oleh itu aku rasa heppi sekali kalau hang dapat meneruskan sikap terbuka dan rendah diri ini. Rakyat senang bergaul dan hormat dengan pemimpin yang adil dan rendah diri.

JaniceNga said...

DrKhir,
Glad tht u can still share with us your reflection while u r performing your umrah.May God grant you wisdom.
I always believe that it's every malaysian duty to pray for our country, regardless what is our religion background etc.

"To know Malaysia is to Love Malaysia; To Love Malaysia is to pray for Malaysia"-this is what i believe and promote among friends since i was in secondary school..off course the first part is more familiar..it's of the song of Tourism promotion then.

Lets continue to pray for our country and all malaysians.
Salam Hormat.

Janice

Ezo said...

Assalamualaikum YB Dato' seri Dr,

saya sebagai salah seorang bekas pelajar sekolah agama rakyat yg telah bergelar geraduan Al Azhar dan sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana di universiti Kaherah.

Kenyataan YB berkenaan sekolah agama rakyat saya hargai.Sekolah jenis ini perlu diberikan perhatian.Jika kita lihat,kerajaan berusaha menaikkan taraf sekolah ini menjadi SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN(SABK).

Namun,disebalik perancangan tersebut saya lihat ianya perlu beberapa penilitian.

Pertama,sukatan pengajian agama dari MAHAD BU'UTH Al AZHAR MESIR.Pada ketika ini masih terdapat banyak sekolah masih tidak berdaftar sebagai SABK dan masih kekal dibawah kelolaan majlis agama negeri dengan gaji yang rendah.Sebahagian sekolah ini enggan berdaftar sebagai SABK kerana khuatir dengan masa depan sukatan pengajian dari MAHAD BU'UTH dan sehingga hari ini tiada jaminan bahawa pendaftaran sebagai SABK akan menjamin sukatan ini.Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran harus menyelesaikan masalah ini.

Kedua,kualiti sistem pengajian SABK atau SAR yang membebankan dan memerlukan satu pembaharuan.

Saya berkata demikian kerana sekolah jenis ini menawarkan hampir 20 mata pelajaran!!!! proses pengajaran harus lebih sistematik seperti Alat Bantuan Mengajar (ABM) yang canggih berbahasa arab seperti kelas audio visual mendengar pertuturan bahasa arab dari bangsa arab sendiri malalui ABM yg diambil dari Mesir umpamanya.

Ketiga,peperiksaan SABK atau SAR mesti diselaraskan secara keseluruhannya.Ini kerana setiap SAR mengikut negeri masing-masing mempunyai peperiksaan-peperiksaan sendiri.Kelantan mampunyai PMRU (peperiksaan Menengah Rendah Ugama) setelah pelajarnya berada di tingkatan 2,tingkatan 4 SMU (Sijil Menengah Ugama) manakala di Johor teddapat peperiksaan SMRA (sijil menengah rendah agama) di tingkatan 3 manakala SMA (Sijil Menengah Agama) di Tingkatyan 4.
semua jenis peperiksaan ini perlu diselaraskan agar kelihatan ianya satu entiti pendidikan berstatus kebangsaan setaraf dengan sekolah menengah yang lain.

Keempat,pengambilan guru perlu diselaraskan mengikut kaedah sedia ada di sekolah-sekolah menengah dan dikawal selia agar tiada unsur-unsur luar seperti unsur-unsur politik pembangkang.Akan tetapi,masalah yang sedia ada dan memerlukan penyelesaian yang meyakinkan adalah kuasa hak milik tanah kawasan SABK atau SAR yang dikatakann akan kekal di bawah pihak lembaga pentadbiran sekolah dan Majlis Agama Negeri sehinggakan beberapa polisi susah untuk dilaksanakan seperti sekolah jenis warisan yang mana pengasas sekolah adalah merupakan keturunan pengetua sesebuah sekolah itu sekarang dan mereka tetap merasakan bahawa sekolah terbabit sekolah keturunan mereka dimana turut ditubuhkan majlis keluarga seperti SEKOLAH Menengah Agama AN - AHDZAH di Batu 12,Kota Sarang Semut Kedah dan Sekolah Agama AS-Shamsuddiniah Kundang ULU muar Johor.

Bagi mengatasi masalah ini,saya cadangkan agar sebuah jawatankuasa khas di tubuhkan terdiri dari kalangan ahli-ahli akademik yang boleh memikirkan masalah ini seterusnya memberikan laporan lengkap untuk tindakan kerajaan.Laporan MURAD pada tahun 2005 dilihat hanya berjaya menyelesaikan sedikit masalah sahaja dan masih ada masalah-masalah tertunda yuang belum selesai.

Maaf YB,ini pandangan saya untuk masa depan negara.saya bukan dari golongan PRO BA.

Madam Curi said...

YB,

If we are sincere insyAllah everything will turn out well. Hope your pure intentions will bring benefit to Malaysia. Again I personally feel, education is the key. Perhaps what we are witnessing now in a way is the success of our education system. The masses are better informed and can judge for themselves what is good or bad. I'm positive and we should be confident that the Malays can compete at the global level.In a way I thank Tun Dr. Mahathir for instilling in the Malay mindset that we can be the best. Wishing you success in your undertakings.

Faiz Fazil said...

Kalau betul apa yang dapat saya baca dari tulisan DSKT ini, alhamdulillah.

Saya peribadinya rasa sentimen ini widespread, cuma ramai yang masih 'sopan santun' dan 'lembut'. Seperti kata DSKT, mereka semua telah dilatih untuk menghormati pemimpin.

Yang lebih penting ialah usaha pembinaan semula. Moga Allah memberkati kita, ameen.

Zawi said...

YB.Dr. Khir,
Pernahkah saudara mendengar pepatah Melayu yang berbunyi 'Lari dari mulut harimau masuk ke mulut buaya'? Rakyat sudah tidak dapat menerima kedua-dua pemimpin ini dan juga beberapa orang pada lapisan dibawahnya. Adakah initidak dapat dijelaskan kepada pucuk pimpinan UMNO?
Saya harap Dr. Khir akan mengajak mereka bersama muhasabah diri didepan Kaabah. InsyaAllah akan diberikan petunujuk oleh nya.

dokmat said...

Jika Pemerintah Bertaubat Dengan Taubat Nasuha..

Kita semua wajar bersikap adil. Pilihanraya telah pun berlalu. Kita mengundi untuk kebaikan negara. Kita inginkan perubahan ke arah yang lebih positif, adil dan telus. Mesej rakyat kepada parti-parti politik dalam perkara tersebut sudah pun difahami oleh mereka.

Hari ini usaha-usaha ke arah hasrat tersebut kelihatannya sedang giat dilaksanakan. Kerajaan pusat juga telah merangka berbagai cadangan dan gagasan agar ketelusan dan keadilan dapat dilaksanakan. Demikian juga sesetengah kerajaan negeri yang baru dan yang lama. Sokonglah usaha-usaha yang baik serta berikanlah kritikan yang membina.

Politik bukan untuk membalas dendam atau ruang mencurahkan emosi yang tidak sudah-sudah. Sebaliknya, berpolitiklah untuk keadilan dan kebahagiaan kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Malanglah kita orang Islam apabila berbalah, melampaui batas. Sedangkan Nabi s.a.w bersabda: “Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dukacitalah kita ini, jika dalam percaturan politik kita umat Islam, ‘orang lain’ yang mendapat banyak manfaat dan berjaya memperolehi berbagai tuntutan, sedangkan kita hanya menang ‘tuduh menuduh, bertengkar, bermasam muka, gelar menggelar dan segala macam racun yang lain. Ketika orang lain yang semalamnya bagaikan musuh yang sengit, hari ini sedang berpelukan meraikan kejayaan memperolehi segala macam tuntutan, kita masih lagi bagaikan‘sedang mengasah parang’ untuk meneruskan kematian.

Tuhan sentiasa membuka pintu taubat untuk insan yang bersalah berubah kepada yang lebih baik. Bila-bila masa sahaja taubat itu terbuka apabila timbulnya keinsafan dan kesedaran. Mungkin kesedaran dan keinsafan itu timbul hasil dari nasihat, atau kejadian dan peristiwa tertentu. Kadang-kala insan yang begitu jahat, berubah menjadi insaf disebabkan ketakutan atau penderitaan tertentu, atau peristiwa trajis yang meleburkan keegoannya.

Tidaklah penting apa pun sebab keinsafan itu lahir. Apa yang penting bagaimanakah keinsafan itu dihayati. Maka insan yang insaf disuruh bertaubat dengan taubat yang sebenar atau disebut sebagai taubah nasuha. Allah menyebut dalam Surah al-Tahrim ayat 8 : (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” taubat nasuha”, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai..

Terlaksananya taubat yang sebenar itu dengan seseorang insan menyesali kesalahannya, memohon keampunan daripada Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Jika kesalahan itu membabitkan insan yang lain, maka dia hendaklah membetulkannya dengan mengembalikan hak yang diambil, atau menafikan tuduhan yang dilemparkan.

Jika itu berlaku, maka mereka akan insan tersebut janji Allah dalam firmanNya: (maksudnya) “Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal soleh, maka mereka itu Allah akan gantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Furqan: 70).

Saya ingin katakan bahawa peristiwa pilihanraya yang lepas, perkara yang pertama yang mesti dilakukan oleh pihak pemerintah bagi mengeluarkan diri semua dari krisis dan kegawatan politik yang saban hari mengganggu kita semua adalah dengan cara bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha. Segala kesalahan, ketidakadilan, ketidaktelusan, kecuaian atas tanggunjawab yang Allah amanahkan selama ini hendaklah benar-benar insaf dan memohon ampun daripada Allah.

Kedua; hendaklah berazam untuk tidak mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Ketiga: jika ada hak rakyat yang dizalimi, kembalikan hak mereka. Jika ini dilakukan, percayalah kepada rahmat Allah yang akan melimpahi negara dan kepimpinan akan terus dapat keberkatan dalam pemerintahan yang akan diteruskan. Dengarlah kata-kata Nabi Hud a.s kepada kaumnya seperti dalam Surah Hud ayat 52: (maksudnya) “Dan wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa”.

Inilah penawar bala yang telah dibuka rahsianya oleh Nabi Hud a.s., dan inilah juga yang pernah disebut oleh Nabi Nuh a.s. sebelum itu kepada kaumnya. Kata Nabi Nuh seperti dalam Surah Nuh ayat 10-12: (maksudnya) “Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)”.

Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa memohon ampun daripada Allah membolehkan rahmat dan keberkatan diturunkan. Allah menambahkan dengan taubat rezeki yang mencurah-curah, kekuatan, harta dan anak-pinak. Maka bertaubatlah wahai para pemerintah, agar kedamaian, ketenteraman dan kemakmuran akan dikecapi di bawah pemerintahan anda.

Pasca politik kini adalah ujian untuk kepimpinan negara. Bukan masa untuk menunjukkan ego, atau mencari-cari di mana silap orang lain, tapi melupai dosa-dosa politik yang pernah dilakukan. Masa ini sepatutnya kepimpinan negara di setiap peringkat menunjukkan tadarru’ iatu benar-benar merendah diri kepada Allah dan memohon keampunan daripadanya.

Kita ingin mendengar kepimpinan memohon kemaafan kepada rakyat di atas segala kesilapan yang pernah berlaku sepanjang pentadbiran yang lalu. Inilah yang akan mendatangkan keberkatan dan menimbulkan rasa hormat rakyat. Ingatlah amaran Allah apabila sesuatu bala atau ujian ditimpakan kepada sesuatu kaum dalam firmanNya: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kesusahan dan penyakit, supaya mereka merendah diri (insaf dan bertaubat).

Maka Alangkah eloknya kalau mereka merendah diri (insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan. Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala perkara (kemewahan dan kesenangan), sehingga apabila mereka bergembira dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)”.

Ya Allah! Peliharalah kami dari balaMu! Lihatlah Keamanan kita juga dirasakan makin terhakis saban hari. Kejadian-kejadian yang meragut ketenteraman mula bertali arus. Setiap kita mula bimbang dan risau atas keselamatan diri dan keluarga sekalipun berada dalam rumah sendiri. Polis pun tidak dapat menyelesaikan ketakutan seperti itu. Wahai pemerintah! Hanya Allah yang dapat mengeluarkan kita dari semua itu. Kembalilah kepadaNya!

Perubahan yang berteraskan taubat kepada Allah perlu dilakukan. Kepimpinan utama mestilah tegas dan ikhlas. Insan-insan yang telah terlibat dengan penyelewengan harta rakyat hendaklah dipupuskan. Mereka perlu disiasat secara telus. Bagaimana mungkin kepentingan negara yang diamanahkan untuk dijalankan, lalu dijadikan sumber kekayaan diri yang luar biasa.

Janganlah dihitung sebesar mana pun kedudukannya, atau serapat manapun persahabatan dengannya. Hak rakyat mestilah dipelihara. Tergamakkah seorang insan yang mengaku beriman memenuhi diri dengan kemewahan harta rakyat, sedangkan berapa ramai rakyat yang masih miskin dan susah, hidup dibanjiri airmata.

Bertaubatlah, kembalikan hak-hak rakyat, belalah mereka yang teraniaya. Jika orang kaya yang dizalimi, ada peguam yang dapat membawa kesnya ke mahkamah. Si miskin yang susah apabila ditindas, tiada peguam yang mampu dibayar, maka tidak ada mahkamah yang sudi mendengar. Namun esakan dan tangisan itu tetap didengari oleh Allah Yang Maha Mendengar. Rintihan itu sampai ke langit tinggi dan Allah akan membalasnya.

Wahai pemimpin! Jika engkau tidak adil, engkau akan didakwa di mahkamah Allah di pandang mahsyar kelak. Juga, jika dosa orang kena zalim itu mustajab di dunia, engkau akan dibalas di dunia dan akhirat. Wahai pemimpin! Bertaubatlah.

Para pemimpin adalah contoh untuk sekelian rakyat di bawah mereka. Mereka diperhatikan. Kemewahan mereka –jika tidak betul cara- menjadi tanda tanya. Sikap dan perwatakan mereka dipersoalkan. Demikian jugalah anak isteri mereka. Gaya yang berlebih-lebihan membuat rakyat merasa jelak. Ada yang sehingga ketika artis hindustan datang ke Malaysia yang terlebih boollywood dari boollywood. Sedangkan dia isteri orang besar.

Sebabnya, ramai seketika dulu merasakan mereka manusia kebal yang tidak mungkin ditumbangkan. Mereka lupa bahawa rakyat sedang merasa mual. Jika pemimpin itu bercakap Islam, buktikanlah menerusi percakapan, pendekatan, sikap dan juga pakaian anak isteri. Jangan berlebih-lebihan, tetapi bersederhanalah dan ikut peraturan. Rakyat tidak bertanya, berapa harga ‘make-up’ datin? Tetapi rakyat akan selalu mengingati kehalusan akhlak dan budi.

Allah pula suka kepada yang merendah diri dan menyayangi sesama muslim. Manusia ini bagaimana pun wataknya, hati nuraninya akan terasa hormat kepada orang yang mengingati Allah dalam ertikata yang sebenar. Diterjemahkan ingatan itu dalam bentuk tawaduk dan ketertiban sikap. Wahai pemimpin! Lakukanlah perubahan kerana Allah dalam hal ini. Nanti rakyat akan menyayangi anda.

Hala tuju negara hendaklah digaris dengan jelas. Saya kadang-kala melihat seakan generasi muda melayu Islam di negara ini dicandukan agar tidak lagi mampu berfikir dengan seimbang. Hiburan-hiburan yang melebihi dari tahap keperluan dan tidak memiliki matlamat yang jelas seakan sengaja dilambakkan untuk hidangan mereka. Inilah yang kelihatan dalam media-media kita sedangkan ketika yang sama gendang ‘Islam Hadhari’ dipalukan. Sebagai tanda restu atau sebaliknya, saya tidak pasti. Lalu anak muda kita dalam khayal dan mabuk, dadah, keruntuhan akhlak dan berbagai.

Maka tidak hairanlah jika mereka tidak mempunyai pandangan yang jelas dan terurus tentang masa depan negara. Lalu kita bising hilangnya nilai-nilai patriotik dalam jiwa jenerasi baru, padahal kita sendiri yang seakan memandulkan minda dan fitrah mereka. Barangkali kita suka, kerana dengan demikian, mereka tidak banyak mempersoalkan kita. Mendidik rakyat adalah tanggungjawab pemimpin yang Allah amanahkan. Bertaubatlah kepada Allah, betulkan perjalanan masa depan negara ini.

Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang ‘seribu kekeliruan itu’. Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan. Bertaubat!. Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi s.a.w. Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat. Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah.

Wahai pemimpin! Pena saya tidak menzalimi anda. Sudah setahun, saban minggu ayat-ayatnya berbaris di sini. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi mengajak melihat bersama laluan di hadapan. Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mencabutnya dari sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya taubat adalah penghalang bala bencana. Firman Allah: “Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun)”. (Surah al-Anfal: 33).

Maka, jadikanlah kerajaan yang sedang merubah dirinya itu sebagai kerajaan yang bertaubat dari segala bentuk ketidakadilan dan ketidaktelusan. Seperti mana insan yang bertaubat, kelihatan bersih bercahaya dan merendah diri kepada Allah, demikian hendaknya kerajaan yang bertaubat.

Terjemahkanlah taubat itu dalam kepimpinan, pengurusan, media dan hati budi pemimpin. Pohonlah kemaafan kepada rakyat, dan kembalikan hak mereka jika ada yang ‘tidak kena’. Demikianlah juga hendaknya sekelian rakyat memohon keampunan dan kembali kepada jalan yang lurus. Inilah jalan keluar yang hakiki dari kemelutkan yang ada.

Jika itu berlaku maka, Allah berfirman: (maksudnya) “Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka segala keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”. (Surah al-‘Araf: 96).

- DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN
MUFTI PERLIS
(drmaza.com)

HANAFIAH ABDUL RAHMAN said...

Salam Sejahtera Sdr Khir. Semoga segala doa Sdr di Hijir Ismail diperkenan Allah.

Saya kurang bersetuju tentang komen saudara tentang DEB atau polisi yang berkaitan. Ianya di ilhamkan dan diterjemahkan oleh pemimpin dahulu untuk menolong merapatkan jurang ekonomi antara sektor industri. ini sepatutnya menolong menaikkan taraf ekonomi penggiat sektor tersebut tanpa meminggirkan penggiat sektor yang lain. Menggikut analisis semasa itu dan sehingga kini, penggikat sektor pertanian dan perikanaan mempunyai taraf ekonomi yang rendah berbanding sektor industri yang lain lain. oleh itu adalah menjadi dasar kerajaan untuk menolong penggiat sektor tersebut untuk membangunkan taraf ekonominya disamping memgekang rasa tidak puas hati yang boleh timbul diatas keadaan tersebut. Secara kebetulan penggiat sektor ini majoritinya adalah orang melayu. atas sebab itu dasar kerajaan untuk menaikan sektor ini telah di salah tafsirkan sebagai menolong orang melayu dan bukan sebagai dasar untuk menolong sektor tersebut. ini di tokok tambah oleh impretasi yang agak longgar oleh jentera kerajaan bahawa dasar ini adalah untuk orang melayu dan menjadikan orang melayu dari sektor yang lain seperti sektor kerajaan dan perusahaan juga mendapat habuan dalam bentuk anak anak mereka mendapat scholarship dan pelbagai subsidi yang lain. ini adalah sebenarnya punca rasa tidak puas hari bangsa bukan melayu dan juga orang melayu seperti saya. Dasar itu baik, tetapi implementasinya telah dipusing belit oleh jentera perlaksanaan dan orang orang yang berkepentingan terutamanya orang umno sehiggakan resourses yang patut digunakan untuk membangunkan pengiat dan ahli keluarga mereka sampai kepada orang lain. Sebaigai contoh, pemberian biasiswa kepada anak anak dari keluarga berada atau pemilihan untuk masuk ke MRSM berdasarkan kepada merit akedemik sahaja tanpa mengambil kira latarbelakang ekonomi anak anak tersebut. Oleh rasa saya, polisi DEB atau dasar dasar yang serupa dengannya masih relevan tetapi perlu di beri nafas baru dari segi penerangan dan perlaksaan supaya ianya dapat mencapai tujuannya tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat. ini memerlukan ketelusan kerajaan untuk mengeluarkan data data tentang perlaksanaan dasar dasar ini. Juga penerangan tentang kebaikan yang diterima oleh industri hiliran yang terbit dari pengeluaran oleh sektor ekonomi yang di bantu oleh dasar deb tersebut.

Saya juga kurang bersetuju dengan cadangan untuk outsourcing sektor awam. yang perlu ialah memperkemaskan sektor tersebut supaya ianya dapat bergerak dengan baik seperti yang terjadi di Singapura dan australia. Perkemas yang saya maksudkan adalah lebih kepada attitude dan keiklasan para pekerja sektor ini dalam cara mereka berkerja dan berfikir. Peralatan teknikal dan sistem kerja yang ada sekarang adalah amat canggih tapi sikap pekerja sektor ini harus di ubah kearah berkerjasama kearah kesejahteraan dan kepentingan semua. Sikap mereka harus di arahkan kepada suka menolong dan bukan menjadi penghalang. mereka harus belajar dari pekerja pekerja di kedai makan Mc Donald bagaimanana untuk mengurus dan melayan pelanggan.

Semoga keiklasan saudara dan ahli keluarga dalam mengerjakan ibadah dibumi haram di terima Allah

FROZEN & BEAUTIFUL said...

Alhamdulillah, Andaikata Apa Yang Ditulis Disini Dilaksanakan, InsyaALLAH Akan Membawa Faedah Kepada Semua Pihak..

Tahniah Dr. Khir Kerana Bermuhasabah

rawi said...

apakah kita telah pastikan calon bakal pengganti paklah benar2 lebih baik?
ataukah hanya karena kedudukan dalam parti?
bagaimana andainya pengganti itu nantinya tak seperti yang kita harapkan?

Ezad said...

Salam DS

Perubahan sikap dan budaya kerajaan dan parti adalah lebih penting dari perubahan pucuk pimpinan. Walau siapa pun menjadi presiden UMNO dan Perdana Menteri, tapi sikap ahli masih ditakuk lama, adalah mustahil untuk parti mendapatkan keyakinan rakyat.

Seharusnya, pembaharuan sikap dalam kerajaan dan parti mesti mendahului perubahan kepimpinan.

mod said...

Saya amat tertarik dengan tulisan yang dibuat oleh dato' berhubung perkara di atas. Namun hingga kini tiada seorang pun kecuali Tun dan anaknya Mukhriz yang secara terang dan berani mengkritik tentang kelakuan dan kebobrokan menantu pak lah si KJ. Umum tahu beliaulah punca terbesar kepada kekalahan bn dlm pru 12 yang lalu. Dato' sebagai "orang besar" dalam parti perlu bersama teman-teman yang lain luahkan perkara ini secara besar-besaran kerana apa yang dilihat keadaan masih sama malah ada lagi suara-suara sumbang yang mahu KJ mengetuai pemuda umno.
Mungkin mereka ini mementingkan isi perut daripada perjuangan parti dan takut serta kecut untuk menegur perkara yang secara terang berlaku. Adios..

mod said...

teng...teng...teng..Dato' nampaknya sudah mula membuka gelanggang. Tahniah dato'!!!

rahsia said...

Setelah saya baca post ni, saya ada satu anggapan bahawa Dr seorg yg hipokrit.

Dr tulis : "Saya tidak merelakan negara ini dipimpin oleh orang yang tidak bermaruah, yang sanggup bersengkokol dengan musuh hanya untuk berkuasa."

Siapa musuh negara? Apakah tiada musuh negara dalam UMNO? Apakah tindakan yg Dr ambik bila mendapati org rasuah? Zakaria Deros pun Dr tak dapat tangani.

Pemuda Pelapis said...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera!

Alhamdulillah dengan penjelasan, pandangan dan pendirian yang panjang lebar dinyatakan dari jauh.

Semoga DSDK mendapat "cahaya hidayah" yang sebenar-benarnya drp Allah swt di tanah suci Mekah dan juga di Madinah.

Saya seisi keluarga mendoakan DSDK sekeluarga selamat kembali dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Salam utk seluruh ahli keluarga yang bersama-sama menemani DSDK ke sana.

Wassalam!

PEMUDA PELAPIS - MENDAULATKAN KEBENARAN

Ali Zulfakar said...

Saya puji dengan datok kerana berani berpihak dan bersetuju dengan Tun Dr. Mahathir. Harapan saya agar akan ada lebih ramai lagi para pemimpin UMNO terutamanya dari peringkat atasan yang akan berani menyatakan pendirian sebenar.

Tak perlu berpura-pura memihak kepada Pak Lah. Semua rakyat Malaysia tahu isi hati pemimpin kita yang sebenarnya menolak kepimpinan Pak Lah tapi tak berani menyatakan. Sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat, kita harus berani sebab telah diberi kepercayaan oleh rakyat. Kalau kita takut dengan kuasa dalam negara kita sendiri, bagaimana pula kita akan sanggup untuk menghadapi kuasa yang lebih besar dari luar negara? Oleh itu sebagai pemimpin, kita tidak perlu takut tanpa sebab... Berani kerana benar, takut kerana salah.

Kalau kita berani dan dengan keberanian kita akhirnya kita dizalimi... ingatlah kuasa Allah mengatasi segala2nya. Setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Allah tidak zalim. Kezaliman yang dilakukan pasti ada balasan yang setimpal bagi yang menzalimi dan bagi yang dizalim pula pasti akan ada kebaikan yang tidak disangka kemuadiannya nanti.

Kalau setiap pemimpin kita ikhlas dan berpegang kepada prinsip ini, maka semua orang akan berani bersuara menegur bukan untuk menjatuhkan seseorang tetapi untuk kebaikan bersama. Ingat setiap manusia tidak lepas dari sebarang kesilapan, dan teguran adalah perlu bagi memperbaiki kesilapan tersebut.

anakwatan said...

Assalamualaikum Abg Khir, Semoga berada di dalam keadaan sihat diperantauan..

Izinkan saya memetik kata-kata saudara;

"Selain itu pemimpin UMNO perlu adakan kumpulan pemikir yang meliputi semua peringkat, yang memahami masalah dan mencari penyelesaian. Dengar dan analisa pandangan akar umbi dari pemotong rumput sehinggalah ke CEO syarikat gergasi."

Bagaimana dengan cadangan pemuda Parit 8 Sekinchan tempohari di Hotel Singgahsana? Di mana saudara juga berada disitu?

Kami bukan ingin sangat melihat jawapan adakah saudara Anwar Ibrahim diterima kembali di dalam UMNO bagi merubah kepimpinan. Tapi kami tidak sangka bahawa inilah sikap yang wujud di dalam UMNO.

Sikap dan contoh yang amat "baik" sekali yang mencerminkan pemimpin bawahan yang kerdil. Soalan sudahlah tidak dijawab, malah diherdik dan dimaki dengan kata-kata kesat diluar budaya 'melayu', diheret keluar bagai penjenayah..

Bagaimana UMNO mahu berubah jika sikap dangkal ini telah sebati dan diterap di dalam sanubari pemimpin bawahan. Bagaimana pula idea yang ada dapat didengar jika awal-awal lagi telah dipancung sebegitu rupa?

Seperkara lagi, baru-baru ini di khabarkan bahawa Menteri Penerangan (pemimpin UMNO) mengarahkan Selangor FM keluar dari bangunan SSAAS berikutan kenyataan MB Selangor sekarang yang mencadangkan agar mereka mencari tempat alternatif kerana seakan-akan tidak memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri yg ada hari ini.

Inikan contoh pemimpin yg perlu ada di dalam UMNO? Usaha beliau seakan-akan mengeruhkan lagi keadaan semasa dan menjelaskan lagi bahawa kerajaan pimpinan pembangkang pusat di anaktirikan. Permintaan MB Selangor ini adalah utk bersama2 radio tersebut hanya sejam seminggu tidak dijawab setelah hampir 2 minggu dihantar surat.

Takutkan kerajaan UMNO hari ini berdepan dengan kerajaan sekerdil ini dengan menggagalkan misi beliau menerangkan visi dan misi serta perancangan kerajaan pimpinananya. Berapa kerat lah sangat pendengar Selangor FM ini jika dibandingkan dengan penonton TV3, RTM, pembaca Utusan Malaysia dan Berita Harian?

Rakyat memang sedang memerhati tindakan pemimpin mereka, jika benar Pakatan Rakyat gagal menjelaskan isu2 semasa..mereka akan dihukum nanti pada PRU ke 13. Tetapi jika tindakan mengkasta, menganaktiri, mencari gaduh masih diteruskan oleh pemimpin yg ada sekarang, saya percaya UMNO tidak kemana-mana. Rakyat semakin bijak mentafsir tindak-tanduk pemimpin.

Saya rasa teramat malu dan kelakian saya tercabar jika saya berlawan dengan seorang musuh yang ditutup mata, diikat tangan kebelakang.. tetapi akhirnya saya masih tetap kalah..


Selamat pulang ke tanah air..

laksmana said...

Kepada Perdana Menteri YAB Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi.
Sebelum berlaku peralihan kuasa. kamu hendaklah laksana beberapa program yang menguntungkan rakyat dan
1)Hapuskan AP kenderaan dan duti import kereta agar kereta import sama harga degan proton
2)Hapuskan AP barang makanan seperti gula ,beras dan tepung,.
3)Hapuskan AP barangan pembinaan seperti keluli dan simen.
4)Libelirasai Pasaran Kewangan
5)Bagi kebenaran unuk Hypermarket membuka sebayak cawangan yang boleh

Perkara di atas perlu dilaksanakan segera supaya MONOPOLI satu kaum terhadap product tersebut dihapuskan.

Muhammad said...

Apa yang Saya Fikirkan Sekarang Adalah Dengan Perlu Ada Satu Anjakan Paradigma Di mana Pemimpin tidak perlu lagi memikirkan apa yang sudah berlaku. biar itu menjadi pedoman.
Saya tidak tahu blog ini betul2 Dr Punya Atau tidak.
Saya rasakan bahawa sudah tiba masanya satu pola yang besar harus diangkat untuk menerajui BN. Harus ditekankan disini bukan bukan perpecahan, tetepi satu 'angin yang boleh membawa perubahan besar dalam Parti. Ini bukan zaman dahulu kala yang mana ahli unmo "diikat''. Sekarang sudah mellenium. Jadi harus ada satu rancangan yang mellenium untuk membenteras segala kesalahan yang ada dan membuka lembaran baru untuk parti. Tapi kena ada satu barisan baru untuk menjalankan lembaran baru. Walaupun orang yang lama, tapi kena ada "pemikiran baru". Selalunya orang lama ini, akan menggunakan "pemikiran lama" juga walaupun didesak untuk berfikir secara zaman baru. Setiap apa yang tidak dilakukan harus kembali ke pangkal jalan. Tgk pada dasar yang mana tujuan dasar itu dilakukan, apa yang saya lihat dan perhatikan, dasar yang dilancarkan sudah terpesong sangat jauh dari plan asal. Ini yang membuatkan ahli dan Masyrakat marah. Banyak kelemahan yang ada ditutup. Ia harus ditangani dan selesaikan masalahnya, bukan menutup kesalahan seperti mana kena ada satu tindakan untuk selesaikan masalah yang mungkin berlarutan. Contohnya keadaan sekrang. Bila dah berlaku baru nak buat tindakn. Sekarang zaman teknologi, kena selesaikan masalah cepat. Selain itu, tidak seharusnya ada politik wang seperti mana yang dilakukan oleh KJ. Sekejap sini sokong dia, sekejap sana cadang dia. Itu mcam politik wang je.. Rasa Kalau orang dah tak suka, tak kan ada yang tempat yang sama kalah teruk sokong KJ kan? Saya rasa harus memotong jalan dia supaya tidak memegang ketua pemuda umno. Walaupun dia tu ada sijil politik luar itu tidak bermakna dia boleh guna dalam politik malaysia. Dia tidak tahu akan politik Malaysia sebenarnya. Sebab itu dia macam tapir je.. kelam kabut tak tentu pasal. Dia memang tak ada kaliber sebagai pemimpin la.. Maki sana sini, dah la maki pelajar, tak silap di uitm. maki pelajar bodoh kerana pilih PAS.. tak boleh. mana adat Melayunya.. Kena ada sopan dan santun bila berbicara dgn orang Melayu. jangan berkasar. Itu padahnya. Banyak jugak saya tahu kisah diperingkat bawah ni. Macam2 La.. Jadi sekarang ni harus diingat. jangan pisang berbuah dua kali. maksudnya jangan bagi orang yang dah merosakkan parti berkuasa lagi. harus kurangkan kuasanya.Sekian dahulu disini.. macam entri la pulak..

uemura said...

Apabila membaca komen sdra dlm akbar mingguan Malaysia hari ini (Ahad) saya hanya boleh berharap agar apa yg sdra suarakan dtg dari dlm diri sdra dgn sedar & ikhlas. Moga Allah pancarkan kesedaran akan tujuan sdra ditempatkan dlm hirarki kepimpinan tertinggi negara ini sebelum ini. BUkan hanya sekadar sibuk membuat 'face lift' & mengutamakan jawa dlm segala halnya walaupun saya sendiri berdarah jawa.

Minggu lepas saya ke bagan terap & sempat mendengar keluhan Nathan penjaga rumah pam di sana. Betapa semasa sdra berkuasa segala keluhan & harapan beiau sdra hanya mendengar sebelah telinga saja. Saya belum mendengar versi sdra tp jika benar ceritanya agak malang sbg seorang yg tlh 39 tahun tinggal di dlm kampung & minta bantuan tapi tak diendahkan sdra.

Saya ada sesekali menyertai program resmi sdra semasa jadi MB dulu & memang nampak sdra ni ego & sukar didekati. Semua disekeling sdra lagaknya mcm samseng.Moga kita kembali menguatkan iltizam kerana ALlah & ummah.

UMNO boleh jadi hancur tetapi Islam sentiasa terpelihara walau mcmana onak yg terpaksa dilalui. Itu janji ALlah. Jika UMNO bertunjangkan Islam maka saya, sdra & semua perlu memperteguhkan semula barisan.

Ma'assalaamah

fanchingfookmeng said...

Please lah, now is a abit too late to say this. You had more than a term to do what Pakatan Rakyat is doing now, only after a month in the administration, but you didn't. How can the rakyat trust you anymore.

You are lucky to have survived the earthquake. If the PR continues to have more logical policies for the people, better you start thinking about your early retirement programme. Your luck would be running out by then.

DukeOfMonteCristo said...

Dato' Seri...
Saya menyambut baik azam dan perjuangan Dato Seri didalam memperkasakan UMNO. Perubahan Kepimpinan dan Pembaharuan adalah sesuatu yang agak rumit dan susah untuk direalisasikan, tetapi tidak mustahil boleh dilakukan jika mendapat sokongan dan kerjasama erat dari segenap lapisan Parti terutama akar umbi. Pembaharuan juga bukan mudah untuk diterima masyarakat marhain dikampung-kampung seperti saya. Ianya perlu diyakini dan diterangkan secara bijak agar difahami.
Saya difahamkan bahawa Dato' Seri akan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan kali ini. Juga, Dato' Seri telah meletak jawatan sebagai Ketua Perhubungan Negeri Selangor. Disini, saya ingin bertanya, apakah hala tuju Dato' Seri jika terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO? Apakah agendanya sama sebagaimana sedia ada? Rata-rata ahli Pemuda UMNO ditempat saya ini dilihat sering bertelagah sesama sendiri terutama didalam isu menjadi Ketua Pemuda Bahagian. Sesiapa yang punya wang dan kabel yang kuat akan dilihat sebagai seorang yang berpengaruh. Sedangkan ahli-ahli akar umbi mencemuh mempersoalkan tentang dari mana wang yang banyak yang dimiliki individu terbabit. Akar umbi mempersoal tentang aktiviti-aktiviti Puteri yang lebih menyerlah berbanding Pemuda UMNO. Jadi, apakah pendekatan Dato' Seri didalam usaha mendekati golongan akar umbi untuk merealisasikan mencari sokongan kepimpinan dan pembaharuan dasar-dasar Pemuda UMNO?
Dari segi Kerajaan, Dato' Seri dilihat diantara yang berjaya mengemudi negeri Selangor yang maju serba serbi. Namun, Dato' Seri telah menjadi mangsa penolakan rakyat kepada pucuk pimpinan kerajaan pada PRU 12 yang lepas. Dato' Seri mempersetujui peralihan kuasa diwaktu terdekat. Majoriti mengerti akan faktor tersebut, dan Dato' Seri melihat TPM Dato' Seri Najib sebagai mengambil alih teraju pemerintahan. Apakah Dato' Seri membuat kenyataan berdasarkan hieraki atau sokongan sebenar rakyat? Apakah pandangan Menteri-Menteri Kanan yang lain? Apakah mereka tidak layak? Perubahan Kepimpinan negara adalah sesuatu yang amat perlu diperhalusi kerana ianya akan menentukan dasar dan halatuju Malaysia pada masa akan datang. Dari itu saya menyarankan agar Dato' Seri bersolat istikharah meminta panduan dari Allah dihijir Ismail, sementara berada ditanah suci. InsyaAllah, semoga diberi petunjuk.
Akhirnya, saya mengucapkan syabas kerana Dato' Seri adalah diantara pemimpin UMNO yang secara peribadi dari saya mendapat kepercayaan dari saya sebagai bakal pemimpin akan datang yang berwibawa. Walaupun Dato' Seri di Selangor dan saya diutara tanahair, dan kita tidak pernah bertemu, namun perjuangan Dato' Seri amat saya hargai dan hormati.
Sekian, terima kasih.

zibmili said...

Assalamualaikum Dato' Seri;

Saya Ahli UMNO Bahagian Teluk Kemang Port Dickson amat berbangga kerana masih terdapat lagi pemimpin UMNO yang berani kerana benar; seperti Dato' Seri, Mukhriz, Puad (sekadar menyebut beberapa nama) dan terkadang mengalir jua air mata. Sayang , UMNO yang dulu tampak gagah di zaman TUN telah kelihatan kerdil hari ini. Saya berasakan sebab nya hanya 2:

1. Kelemahan kepimpinan paling atas
2. Campur tangan menantu yang sudah ke tahap menjengkelkan.

Memandangkan Dato' Seri adalah salah seorang MT UMNO, maka sampaikanlah suara-suara puak bawahan ini yang mana ia benar disebabkan kami tiada langsung kepentingan politik.

Akhir kata, saya percaya kekalahan UMNO ada hikmahnya, dan mendoakan kerjaya Dato' Seri dilimpahi keberkatan. Amiiin.

ps: Sahabat Dato' Seri iaitu Ali Rustam teruk kena di blognya. Harap beliau faham fungsi blog dan meneruskan penulisan.

mohd lutfi said...

Yg. Bhg Dato',

Saya berdoa semoga muhasabah dan munajat Dato' di tanah suci dimakbulkan Ilahi. Doakanlah juga hidayah dan keampunan untuk diri saya, semoga kita semua sejahtera dunia dan akhirat.

Dato',

Saya bukan anak Selangor, tetapi bumi Selangor adalah tempat saya menuntut ilmu, 20 tahun lalu di UITM Shah Alam. Teringat saya pada Almarhum Dato' Ishak, bekas Mufti Selangor yang amanah dan amat saya hormati. Pernah beberapa kali saya terserempak dengan Almarhum sewaktu beliau singgah membeli akhbar di Sek. 2, Shah Alam. Sapaan salam saya dijawab dengan wajah yang tersenyum. Doakanlah semoga Selangor dikurniakan ramai lagi insan seperti Almarhum dan semoga kita tidak lagi meminggirkan insan berilmu dan beriman seperti beliau di masa hadapan.

imkembara said...

Saya bersetuju dengan pendapat Dr. Khir. Saya harap Pak Lah Dapat turun dari tampuk pemerintahan dengan segera.

Choo said...

Hi Dato,

I'm always a strong supporter for umno.If you are really sincere in this blog, i think you are making more sense, as an advice before writing all the blogs please make sure that some of the attitude of the politician change, you can refer to rustam blog, if any of the malaysian educated ppl is reading it, who have the confidence to vote such politician..??i'm really ashame of the blog as a malaysian.
I think the time for the politician shld change, learn from japan, learn from other advance country, we are actually developing towards that era.
Please bear in mind imej is very important as well for all the politician, look at some of the youtube website, look at pahang chief minister, look at nazri,
who would respect them for what they have shown in the youtube ?

sincere

speed_demon said...

Dato, comment saya tak pernah keluar, saya rasa kalau penapisan yg ketat sgt mungkin blog Dato akan kureng sambutan... Blog adalah tempat di mana pendapat serta rasa hati dapat diluahkan.. tp kalau camnieh sowe lahh....tak ada sedapnya

anwar said...

Datuk Sri,

You are a brave UMNO politician now ! Keep up the momentum and do not be like the other PakTuruts and PakAmpus Umno leaders. By the way, I have a produced a good design of a modern penyapu which you can present to the top UMNO leader if you like. Best of regards and good luck to your future political life !

radzuan said...

Dr.Saya doakan Dr. tenang disana dan bermuhasabah diri dengan sebaik-baiknya.Cuma apa yang ingin saya cadangkan ialah bermuhasabah juga untuk memikirkan langkah-langkah untuk kepentingan agama Islam.Lupakan sementara soal parti(sbb yang ditanya nanti diakhirat bukannya parti atau bangsa tapi apa yang telah kita buat dan sumbangkan untuk agama apatah lagi satelah kita diberi amanah oleh ALLAH sebelum ini)dan berilah peluang kepada pemerintah baru melaksanakan t/jawab mereka sebagaimana mereka memberi peluang lepada Dr. sebelum ini.Gunakan lah kesempatan yang diberi oleh Allah ini untuk kebaikan Islam.

2 kali 5 said...

Keputusan PRU12 adalah merupakan satu manifestasi rakyat terbanyak yang jelas dan penyampaian mesej yang amat kuat buat UMNO mahupun BN. Keputusan yang tidak dijangka ini adalah rahmat buat mereka yang menang dan ubat yang amat pahit buat yang kalah.

Bagi saya apa yang berlaku dalam PRU 12 bukanlah semata-mata kerana keyakinan rakyat kepada PR tetapi lebih kepada ingin mengajar BN agar jangan angkuh dan bersedia untuk mendengar luahan rasa dan pendapat rakyat melalui pelbagai media termasuk blog. Saya melihat kejayaan PR dan kekalahan BN lebih mirip kepada Konsep Pareto.

PERUBAHAN KEPIMPINAN

Perubahan kepimpinan adalah salah satu dari jalan penyelesaian kepada masalah yang membelenggu UMNO. Nakhoda yang baru mungkin mampu menongkah ombak yang besar. Namun begitu jika nakhoda baru ini juga dibiarkan keseorangan dan mungkin akan angkuh dengan kuasa yang ada, ombak yang besar ini pasti akan menelan dan menenggelamkan kapal ke dasar laut.

POSITIONING

Perubahan yang dilakukan haruslah tidak hanya tertumpu di peringkat pucuk pimpinan UMNO tetapi juga harus dilakukan positioning (saya kurang bersetuju dengan istilah reformasi) yang betul. Kemenangan UMNO mahupun BN dalam pilihanraya bukanlah ditentukan oleh jumlah ahli BN tetapi jumlah penyokong dan pendukung kepada BN itu sendiri. Kita lihat bagaimana PR begitu unggul dalam PRU12 adalah kerana mereka berusaha mendapatkan penyokong dan pendukung mereka. Pengundi PR(BA) bukan hanya dikalangan ahli parti mereka tetapi juga mereka mendapat sokongan dari ahli UMNO dan BN sendiri. Isu mereka jelas (saya berpendapat saya tidak perlu ulas di sini untuk kebaikan semua.) Saya serahkan kepada anda semua untuk menentukan isu yang digunakan oleh PR berdasarkan persepsi dan pengalaman masing-masing.

ISU PEMBANGUNAN VS KETELUSAN

UMNO agak terkebelakang dalam hal isu pilihanraya. UMNO masih membawa isu pembangunan. Isu ini masih relevan tetapi dengan wujudnya pelbagai saluran media, peningkatan kos sara hidup yang menekan, kes jenayah yang meningkat, rasuah dan sebagainya, isu pembangunan telah ditelan oleh isu KETELUSAN.

Mungkin kerana sibuk dengan urusan pentadbiran atau maklumat sebenar tidak sampai kepada pimpinan UMNO maka terjadilah peristiwa hitam 8 Mac kepada UMNO dan BN. Namun saya yakin apa yang berlaku ialah undi protes dari dalam dan luar UMNO merupakan punca peristiwa hitam ini berlaku.

KEKUATAN PAKATAN RAKYAT (BA) ?

Memang tidak dinafikan kerja kuat dan kesungguhan anggota parti dan jentera pilihanraya PR adalah antara penyumbang kejayaan PR dalam PRU 12. Namun apa yang berlaku bukan hanya disebabkan oleh faktor tersebut tetapi melangkaui kepada kekecewaan rakyat terhadap pimpinan UMNO/ BN itu sendiri sebenarnya.

(Pohon maaf saya tidak punyai masa yang mencukupi untuk membuat rumusan dan jika berkesempatan saya akan membuat sedikit rumusan apa yang saya maksudkan)

2kali5.blogspot.com

mat insun said...

Assalamualaikum Dato Seri.. (DS)
Seronoknya dapat berada di Tanah Suci. Semuga beroleh ketenangan.

Saya berasa bangga DS akhirnya dapat meluahkan pendapat seperti kebanyakkan orang yg merasakan DSA patut mengundurkan diri.

Jangan seperti sesetengah pengampu yg didepan lain, dibelakang pulak lain.

Soal dia nak ikut atau tak itu terpulang.

DS apa pasai Team bola Selangor la ni?.
Depa kena balon ngan negeri Lim Guan Eng 4-1. Penang tercorot lani.

Kedah pulun Juara Liga Super.
Harap Selangor mangkit jangan dok tidog lepas ni.

Saya org Kedah, tapi masa arwah Mokhtar main dulu saya minat gila merah kunin.

Maaf no lari tajuk sikit.

OK. Salam dari KL.

Hajariah Jamhari said...

Saya pun sgt berharap awan mendung yang meliputi parti kita akan berlalu pergi membenarkan cahaya menembusinya...bukan menurunkan hujan yang maha lebat hingga membawa kepada kebanjiran.

Dr. Tay said...

Memang benar kata-kata YB ini. Segala analisis yang YB cadangkan itu adalah tepat. Masalah yang timbul sejak empat tahun yang lalu sememangnya berpunca daripada sikap pemimpin yang terlalu taksub kepada kejayaan PRU-11 tanpa memperdulikan perasaan rakyat secara umumnya. Semua pemimpin yang memegang jawatan sama ada peringkat pusat atau negeri sudah tidak lagi menjejak kaki di bumi. Pandangan dan kata-kata yang di ucapkan tidak lagi difikir secara masak-masak. Pada pendapat saya pemimpin-pemimpin terdahulu perlu bertanggungjawab dan meletak jawatan bukan sahaja PM kita. Sungguhpun PM perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan BN di lima buah negeri, tetapi apa pula dengan mereka yang menghunus keris, menidakkan suara-suara dari peringkat akar umbi? Mereka juga perlu bertanggungjawab. Calon MCA dan MIC telah diajar pengundi tetapi ada pemimpin yang masih tidak sedar apa sebenarnya berlaku. Tun pernah sebut tentang AP, bagaimana pula dengan bekas menteri itu? Masih lagi di Umno. Seperkara yang saya berasa tidak puas hati ialah sikap orang yang dipilih untuk menjawat ahli majlis atau wakil rakyat. Nerekalah penyebab kekalahan BN di Selangor dan 4 negeri lain. Mereka tidak lagi mendampingi rakyat seperti yang diamanahkan. Mereka seperti harapkan pagar pagar makan padi. Di kawasan saya amat ketara di Subang Jaya dan Puchong. Sebenarnya 2 minggu sebelum berlangsungnya PRU-12, tidak ada yang mahu lagi mendengar ucapan-ucapan wakil rakyat daripada BN. Tetapi mereka ini masih tak