Friday, May 16, 2008

Antara Ketuanan Melayu dan Ketuanan Rakyat

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Apakah salah dan hina Ketuanan Melayu sehingga sudah ada suara-suara yang mempertikaikannya? Malah terdapat pemimpin UMNO sendiri sudah berpendapat bahawa UMNO perlu dijenamakan kembali dan ditukar asas perjuangan ini. Hanya kerana kali ini sebahagian besar kaum Cina dan India tidak mengundi Barisan Nasional, maka kita seolah-olah hilang tujuan dan arah.

Jika isu ketuanan Melayu yang menjadi masalah kepada orang muda dari kaum Cina dan India, maka kita perlu menerangkan asas mengapa ketuanan Melayu itu menjadi salah satu perjuangan UMNO. Malahan sebahagian orang muda Melayu sendiri hari ini sudah tidak faham makna ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini Tuan dan bukan Melayu sebagai Hamba. Sebaliknya Ketuanan Melayu bermaksud atau simbol kedudukan Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bahasa Melayu.

Sebab itu apabila para pemimpin kita dahulu memutuskan perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu ia merupakan perjuangan mempertahankan kedudukan kesultanan Melayu, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bahasa Melayu.

Hanya kerana generasi hari ini tidak memahami makna dan maksud ketuanan Melayu bukan bermakna ia tidak lagi relevan. Apakah hanya kerana ia dijadikan isu bagi menunjukkan UMNO ini sebuah parti perkauman, maka kita mahu lari dari tuduhan dengan menukar arah perjuangan kita.

Tidak ada salah dengan kenyataan atau laungan mempertahankan Ketuanan Melayu sekiranya kita memberi kefahaman yang tepat kepada orang ramai. Mempertahankan ketuanan Melayu merupakan mempertahankan asas-asas Perlembagaan Negara. Apakah perlembagaan negara merupakan sebuah perlembagaan yang berunsur perkauman?

Ketuanan Melayu tidak pernah menindas bangsa lain atau menjadikan bangsa lain sebagai hamba. Selama berpuluh tahun UMNO membawa perjuangan Ketuanan Melayu tidak ada satu bangsa pun yang ditindas atau menjadi hamba.

Saya melihat begitu ramai orang bukan Melayu yang menikmati kemajuan pesat negara, malah dalam banyak keadaan kaum bukan Melayu meraih kek ekonomi yang lebih besar berbanding orang Melayu. Orang Melayu sendiri tidak pernah menganggap dirinya tuan atau mahu dipanggil tuan. Malah orang Melayu juga berusaha keras untuk berjaya di negara ini

Masalah kita hari ini, terdapat pemimpin UMNO sendiri tidak memahami erti Ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan. Ada yang merasakan mereka menjadi tuan sehingga lupa maksud asal ketuanan Melayu.

Ketuanan Rakyat Idea Kerajaan Republik?

Bagi memberi tekanan kepada UMNO, ada kumpulan tertentu yang memperkenalkan pula slogan Ketuanan Rakyat. Apakah makna Ketuanan Rakyat ini tiada siapa yang tahu. Jika kita katakan Ketuanan Rakyat ini sebagai menjadikan rakyat sebagai tuan, apakah kita nampak ia dilakukan di negeri-negeri yang diperintah oleh kumpulan ini? Sehingga hari ini kita belum nampak rakyat menjadi tuan di negeri-negeri ini.

Saya melihat Ketuanan Rakyat ini merupakan satu usaha meruntuhkan asas-asas Perlembagaan Malaysia yang kita pertahankan dalam perjuangan Ketuanan Melayu.

Apakah yang ingin diruntuhkan melalui slogan ketuanan rakyat? Pada hemat saya ketuanan rakyat ini akan cuba menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik. Perkara ini boleh berlaku bila mana institusi beraja akan dinafikan atau dicabar haknya dalam isu-isu agama Islam.

Sekarang ini sudah nampak usaha-usaha meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain. Kuasa sultan-sultan juga sedang dicabar oleh mereka yang tidak pun terbabit dalam pentadbiran negeri dan negara. Mereka juga mendesak kerajaan agar merombak kuasa perlantikan hakim-hakim oleh Majlis Raja-raja Melayu.

Apakah erti segala usaha mencabar segala struktur Perlembagaan ini? Apakah sudah wujud agenda untuk menjadikan negara ini sebagai republik melalui slogan Ketuanan Rakyat? Bukankah idea-idea ini merupakan usaha mencabar kedudukan Raja-raja sebagai custodian agama Islam dan orang Melayu?

Dengan runtuhnya sistem beraja ini, maka kedudukan agama Islam akan hanya setaraf dengan agama lain, hak-hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan juga akan turut terkubur. bersama matinya sistem beraja di negara kita. Begitu juga nasib yang akan menimpa kepada bahasa Melayu. Ini semua akan berlaku dan jadilah negara kita sebagai sebuah negara republik yang tidak mempunyai agama rasmi, tidak mempunyai hak istimewa orang Melayu dan tidak mendaulatkan bangsa Melayu.

Saya tidak tahu sama ada rakyat Malaysia terutamanya orang melayu akan membiarkan perkara ini terjadi. Sebenarnya perkara yang sama telah pun berlaku di negara jiran kita Singapura.

Orang Melayu mesti sedar apakah di sebalik gagasan idea ketuanan rakyat ini.

Tercabarkah Perpaduan Kaum Akibat Ketuanan Rakyat

Saya bimbang jika ini berlaku akan terjadi kejadian yang akan merosakkan hubungan harmoni di antara kaum yang telah terjalin hasil dari rundingan yang dilakukan di antara tiga kaum ketika merdeka.

Jangan sudah terantuk baru tergadah. Bangsa Melayu yang tergadai akan hilang pertimbangan dan pada ketika itu emosi akan mendepani perjuangan. Tindakan yang akan diambil merupakan tindakan di luar jangkaan. Orang Melayu bila terus diasak sehingga tiada ruang untuk bergerak, mereka akan mengambil tindakan walaupun mungkin tidak akan menguntungkan negara.

Rakyat Malaysia perlu belajar dengan apa yang berlaku di negara Balkan seperti Bosnia, Serbia dan Croatia bila mana masalah kaum dan agama menjadi pemisah dan pencetus kepada perperangan.

Janganlah kerana kita memikirkan untung yang sedikit tetapi akhirnya rugi seumur hidup. Biarlah kita dilihat rugi sedikit hari ini tapi hidup aman hingga akhir hayat.

Ideologi Ketuanan Rakyat akan membawa satu fenomena yang amat berbahaya kepada negara kita. Saya masih berpandangan orang Melayu tidak akan merelakan raja mereka dinafikan haknya, ketuanan Melayu tidak diberi tempat, agama Islam tidak menjadi agama rasmi negara lagi. Bagi orang Melayu Islam itu agama mereka dan mesti menjadi agama rasmi negara. Raja dijunjung demi mempertahankan agama Islam.

Perjuangan Agama, Bangsa dan Negara tetap diteruskan

Akhirnya saya mengharapkan kepada seluruh rakyat Malaysia berfikir untuk maju ke hadapan tanpa mengorbankan sejarah dan pusaka kita bangsa kita. Perjuangan UMNO adalah untuk mempertahankan sejarah dan pusaka kita.

Kedudukan Raja-raja Melayu, hak orang Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu akan terus menjadi tunjang perjuangan ini. Walau apa pun yang diperkatakan, UMNO perlu menegakkan perjuangan ini. "Patah sayap bertongkatkan paruh, namun gunung tetap didaki"

142 comments:

UMNO SEJATI said...

YANG DI HORMATI DATUK SERI,SAYA SEBAGAI ORANG MELAYU YANG MASIH SAYANGKAN UMNO AKAN TETAP MEMPERTAHANKAN KETUANAN MELAYU.TERDAPAT JUGA SUARA-SUARA SUMBANG YANG MEMPERLEKEHKAN UMNO.BIARLAH APA ORANG NAK KATA APA PADA KITA,SAYA YAKIN KITA DI PIHAK YANG BENAR.SEKIAN.

AloQ said...

Assalamualaikum Dato' Seri,

Berbangga saya bertemu Dato' Seri pagi tadi dan mendengar sendiri lontaran idea dan pandangan Dato' Seri tentang hala tuju untuk mengembalikan kekuatan parti.

Memahami apa yang cuba Dato' Seri sampaikan kepada pembaca blog Dato' Seri ini supaya berhati-hati dengan Agenda Jahat De Facto PR ini.

Jika tidak diambil berat pandangan Dato' Seri ini, pastinya suatu hari nanti akan menjadi realitilah bagi MALAYSIA akan menjadi sebuah Republik ... dan pada masa itu "Ayer Mata Darah" seluruh Bangsa Melayu tidak lagi berharga untuk membeli kembali sebuah ketuanan bangsa yang diperjuangkan sejak sebelum Merdeka oleh Datuk Nenek kita "pahlawan-pahlawan Melayu" ...

Terima kasih Dato' Seri di atas ingatan ini ... Semoga terbukalah mata dan hati seluruh Bangsa Melayu ku untuk memelihara hak Ketuanan Melayu yang diwarisi selama ini.

Saya:
AloQStaQ
-TEAM UTARA-

su-kj said...

A.kum Datuk Seri,

1. Pertama sekali, saya ingin bertanya betulkah UMNO ingin pertahankan ketuanan Melayu?

2. Kenapa sekarang baru Pemimpin UMNO sibuk nak pertahankan ketuanan Melayu? 50 tahun sebelum ini kenapa tidak diperkukuhkan ketuanan Melayu?

3. Bagi saya jika Raja-raja Melayu mahu terus bertahta dengan selamat, maka mereka mesti menjadi Raja dizaman feudal semula. Iaitu menjadi 'Diktator'. Bukan menjadi Raja Berpelembagaan seperti hari ini.

4. Jika tidak belum tentu tahta mereka selamat. Bukan mustahil negara ini boleh menjadi sebuah Republik.

5. Belum ada dalam dunia ini, sebuah negara republik bertukar menjadi negara beraja. Tetapi dari negara beraja bertukar menjadi sebuah negara republik telah banyak berlaku.

6. Itu sebab saya selalu memekik perkataan 'Diktator...Diktator'. Sebenarnya saya tak layak jadi diktator cuma saya tujukan kepada pihak-pihak berkenaan. Semoga mereka faham !

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

robin said...

Tajuk kat atas ni kena tukar..

ANTARA KETUANAN (BANGSA PEMALAS DAN SERING MENJATUHKAN BANGSA PEMALAS YANG LAIN) dan KETUANAN RAKYAT.


PERTAMA SEKALI.. Bangsa melayu ni PEMALAS. Kalau sikap PEMALAS ni diteruskan, tapi mulut terus pandai bercakap nak PERJUANGKAN BANGSA MELAYU, tak ke kelakar bunyinya?

YANG KEDUA.. Kalau sikap orang melayu ni suka menjatuhkan bangsa sendiri terutama dalam perniagaan dan bidang2 lain serta mementingkan tembolok sendiri, (PHD aka PINGAT HASAD DENGKI) tapi mulut terus pandai bercakap nak PERJUANGKAN BANGSA MELAYU, tak ke kelakar bunyinya?

YANG KEEMPAT.. Kalau sikap orang melayu suka sgt berhibur dan leka dgn budaya2 barat, mewarnakan rambut dgn warna perang walaupun muka mcm monyet (nigga) tapi ada hati nak jadi omputeh, terloncat sana terloncat sini, tergedik sana tergedik sini serta yang pakai tudung pun paling banyak buat MAKSIAT HANDPHONE BERKAMERA, Sedangkan masjid sunyi sepi tak semeriah KONSERT SURE HEBOH, tapi mulut terus pandai bercakap nak PERJUANGKAN BANGSA MELAYU, [DAN ISLAM], tak ke kelakar bunyinya?

YANG KELIMA.. Kalau bangsa melayu terus dgn sikap makan rasuah dari pemimpin melayu sampailah ke rakyat melayu pun sama makan rasuah, tapi mulut terus pandai bercakap nak PERJUANGKAN BANGSA MELAYU, tak ke kelakar bunyinya?

YANG KEENAM.. Kalau sikap org melayu suka rogol anak tiri, anak sendiri, serta rogol anak2 gadis bangsa melayu sendiri seperti yg selalu kita tgk dalam berita dan juga internet, tapi mulut terus pandai bercakap nak PERJUANGKAN BANGSA MELAYU, tak ke kelakar bunyinya?

YANG KETUJUH.. Kalau sikap org melayu yg suka buat fitnah sana sini serta sanggup mengainaya bangsa sendiri atas kepentingan peribadi, tapi mulut terus pandai bercakap nak PERJUANGKAN BANGSA MELAYU, tak ke kelakar bunyinya?

YANG KELAPAN.. Kalau sikap org melayu suka lepak kat kedai mamak, (pasal kedai melayu servis lambat dan PEMALAS) sambil bincang bisnes juta juta (BISNES ATAS ANGIN) tapi habuk pun tarak, (MAMAK JUGAK YG KAYA), tapi mulut terus pandai bercakap nak PERJUANGKAN BANGSA MELAYU, tak ke kelakar bunyinya?

DAN BANYAK LAGI SIKAP SIKAP ORG MELAYU YG TAK PERNAH CUBA UNTUK UBAH, MAKA IBARAT MENCURAH AIR DI DAUN KELADI, TAK MUSTAHIL BANGSA MELAYU AKAN HILANG KETUANAN.

aah said...

Salam Dato Seri,

Melayu sekarang ini dalam keadaan yang amat keliru,Presiden UMNO kata Melayu masih kuat menang 79 kerusi Parlimen tapi kalah negeri majoriti melayu seperti KEDAH, PERAK, SELANGOR dan KELANTAN.

AnwarIbrahim kata buang ketuanan melayu dan digantikan dengan KETUANAN RAKYAAT.MCA dan GERAKAN sokong saranan Anwar Ibrahim dan belasah UMNO.Agenda Anwar Ibrahim hanya satu ,dia mahu menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA dengan apa cara sekali pun.Jika kita halusi rakan rakan Anwar yang terdiri dari komuniti perisikan seperti CIA,MOSAD dan Singapura ianya amat jelas mereka ini dibelakang Anwar.

Melayu harus sedar akan gerakan Anwar yang mahukan malaysia dijadikan sebuah NEGARA REPUBLIK.Melayu kena bersatu tidak kira dalam mana parti kita berada jika tidak kita akan jadi boneka ISRAEL, SINGAPURA DAN AMERIKA SYARIKAT.

aah

Bung Karno said...

DS Khir,

Minta izin untuk catatan ini saya telah ulangi dalam blog lain :

WALAUPUN BANYAK penafian, berita Ahli Parlimen berpaling tadah menyertai PR yang diketuai
'PM-in-waiting' DS Anwar Ibrahim tidak akan reda sehingga benar-benar berlaku. Jika yang melompat adalah ikhlas, tanpa tekanan, tanpa sogokan, untuk perjuangan, maka PR akan masih bersih suci.

Tetapi jika melompat kerana tawaran jawatan dan sogokan wang maka PR akan menerima sekutu-sekutu yang terpalit dengan imej mata duitan dan mudah dibeli dan kesucian PR ternoda. PR seolah macam Pak Haji membela pelacur. Bak kata Husain Lampoyang ' berniaga orang lebih untung dari berniaga unta.'

Jika lompat melompat ini melibatkan sogokan wang, bererti pemberi sogokan juga pengamal budaya yang sama. Dan wang modal untuk sogokan ni siapa nak ganti? Dari poket sendiri ? Banyaknya duit. Pendahuluan daripada kawan ? Kawan yang mana? Kalau pinjam daripada Soros, negara cagarannya.

Apapun, jika 'PM-in-dreaming' masih lalok lagi anggaplah lompat melompat ini akan berlaku dan kita kena bersedia dengan senario yang amat menarik.

1. DSAI tak dapat jadi PM sebelum September sebab tempoh pantang larang diadakan pilihan raya kecil tak habis sehingga 8 September 2008. Takcaya tanya Rashid kat SPR tu.

2. Oleh sebab bulan puasa dan raya dimana kempen yang ada kutuk megutuk ditegah, (kecuali jika Nik Aziz dan Haji Hadi memfatwakan o.k) DSAI hanya ada harapan selepas Oktober.

3. Jika tak ada AP dpd PKR yang memberi laluan untuk by-election pada DSAI, beliau kena tunggu AP UMNO beri laluan, samada dengan sogokan wang atau tunggu siapa yang mati.

Kalau yang mati dpd MCA atau MIC, DSAI juga melepas sebab calon DAP akan bertanding.
Biasalah sebab politik kita masih lagi berasas kaum.

4. Kalau bertanding dekat kawasan ramai Melayu, Jawa dan Bugis peluang DSAI adalah tipis.
Kalau di kawasan ramai India ada harapan. Permatang Pauh atau Klana Jaya paling selamat.

5. Sementara menunggu DSAI, isteri dia jadi PM sekejap, kalau yang melompat tadi dah jadi 40 + 82 AP PR sedia ada. (Majoriti mudah 112 shj) Itu pun kalau Nik Aziz dan Hj Hadi boleh terima arahan dpd wanita sebagai khalifah.

6. Yang melompat tadi pun tak senang jugak sebab, manalah tau, disebabkan terlalu takbur, DSAI kalah by-election. Itu pasal dia kena cari tempat selamat.

7. Bila dah jadi PM, DSAI kena lantik 5 jawatan Timbalan PM : Hj Hadi untuk jaga umat Islam, Lim Kit Siang untuk jaga kaum Cina, Gobalakrishnan untuk jaga kaumIndia, (seperti cara pembahagian harta di Pulau Pinaang) DatukAnifah untuk Sabah, dan seorang wakil dpd Sarawak untuk Saerawak (sebagai upah melompat parti).

8. Karpal Singh dilantik speaker Dewan Rakyat.

9. Sebagai PM, DSAI kena turut arahan DAP dan parti-parti bukan Islam sebab bilangan
mereka 67 (DAP 28 + PKR 12 + Parti-parti Sabah 12 + parti-parti Sarawak 16) berbanding
bilangan AP Islam hanya 55 (PAS 23 + PKR 19 + Datuk Anipah + kawan UMNO 12 )

Jurang bertambah besar sekiranya ada AP Gerakan, MIC atau MCA melompat juga kerana gara-gara 'PM-in-dreaming.

10. Sebab bukan Islam lebih ramai Karpal akan paksa Nik Aziz umum Malaysia bukan negara Islam

11. Semua jawatan penting di khas untuk DAP dan bukan Islam, macam di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Menteri Kewangan dan segala jawatan berkait ekonomi pergi pada DAP.
(Macam sebelum tahun 1970an dimana Bendahari persatuan dan hal-hal beniaga diberi pada Cina sebab Melayu tak pandaikira-kira dan beniaga. Lagipun Melayu tak boleh tengok duit, nanti rasuah dan songlap. Cina takpe sebab dia orang bukan hantu duit)

12. PAS diberi jawatan Menteri Agama Islam dan Menteri Sumber Asli (hasil balak je).

13. PKR dapat jawatan PM, cukuplah. Itu yang diidamkan. Hanya Azmin Ali saja dapat jawatan, sebagai Menteri Perhubungan Awam (Kementerian baru)

14. Sabah dan Sarawak ? Dah lupa semula.

15. Setiap hari akan diadakan demonstrasi jalanan sebab ini perjuangan PR yang dipelopori oleh DSAI sejak zaman penuntut lagi. Bagaimanapun yang ada dijalanan ini hanya pengikut-pengikut Melayu dan India sahaja. Pengikut Cina seperti TianChua tak main dijalanan sebab dah jadi Menteri Dalam Negeri. Selama ni memang kaum Cina kurang demo di jalanan tetapi lebih di coffee house.

Banyak lagi senario yang menarik yang akan meyusul kemudian.


Posted by Bung Karno at 12:05 AM

Sulaiman said...

YB Datuk Seri,
You're half my age but I have to admit that your opinion is commendable. As I see it I think its not impossible Malaysia is a 'Republic' one of these days. A point to ponder - let us look at our neighbours, Indonesia and Thailand. What do we see?

Mohd Radzian said...

Salam Dr.,

Saya melihat perkataan-perkataan seperti "Ketuanan Melayu" dan "Ketuanan Rakyat" sebagai "ungkapan emas" mempergunakan teknik "catchy words" untuk mempopularasikan sesebuah organisasi sebagai sesuatu yang mudah diterima umum.

"Ketuanan Melayu" seperti yang dimaklumkan oleh seorang blogger adalah "coined word" sebuah buku hasil tulisan Malip Munip pada pertengahan 1980an. Frankly, saya belum lagi membaca buku ini, so, to say, I know less about what being debated within that book.

Walau bagaimana pun, pendapat Dr. Khir menterjermahkan "Ketuanan Melayu" sebagai mempertahankan perlembagaan negara , saya sambut baik. Kebiasaannya, perlembagaan apabila digunakan sebagai satu isi di dalam hujah, sukar untuk dipatahkan oleh lawan mereka.

Secara personal, saya berpendapat, Dr. tidak harus terkongkong di dalam ungkapan emas tahun 1980an. Saya menyatakan begini kerana biasanya pemimpin yang mempunyai kharisma akan memberikan gagasan dan idea mereka tersendiri di dalam menarik umum kepada perjuangan mereka. Contohnya, ungkapan "Melayu Baru" oleh Dr. Mahathir pada tahun 90an amat menarik. ( tetapi pada hari ini telah kehilangan daya tarikannya kerana tidak ramai yang memperkatakannya). Pada tahun 2000an , ungkapan " Cemerlang, Gemilang dan Terbilang" telah digunakan oleh Datuk Abdullah dan kelihatan amat menarik. (Memang benar , ungkapan ini telah berjaya menarik perhatian umum tetapi kini ungkapan ini mulai pudar)

Sekiranya kita mengkaji sesuatu innovasi, baik dari segi product physical atau pun dari segi ungkapan emas, sebenarnya tidak salah diperkatakan ianya mempunyai jangka hayatnya tersendiri. Setelah ungkapan ini melepasi jangka hayat masing-masing, ungkapan lain akan mengganti ungkapan tersebut. Justeru itu, untuk mempopularasikan ungkapan lama amat sukar dan memerlukan kerja yang lebih berhati-hati.

Cara yang lebih mudah dan bijak adalah menginnovasikan satu ungkapan baru dan beramai-ramai mempopularkannya. Inilah antara peranan dan tugas yang perlu dimainkan oleh pemimpin. Kalau tidak , pemimpin itu hanya akan dilihat sebagai pengikut - yaitu pengikut era tahun 1980an.

Perjuangan Melayu untuk memartabatkan Sultan-Sultan Melayu, agama Islam, adat istiadat dan bahasa Melayu ( Malaysia) adalah sesuatu yang mulia dan baik. Tetapi perjuangan ini harus sentiasa diperbaharui dengan memandang ke hadapan. Slogan-slogan catchy words dan sebagainya perlu diinovasikan. Sekiranya ianya boleh diperbaharui, maka perjuangan itu sendiri akan mempunyai satu nafas dan tenaga baru.

Saya juga berpendapat, seorang pemimpin harus juga memikirkan lebih daripada satu step di hadapan. Maksudnya, what is next after this untuk to the 4th next. Apabila pemimpin boleh memikirkan secara sebegini, amat sukar idea yang telah di refine melalui pemikiran mendalam untuk ditohmah dan di bangkang oleh seteru mereka.

Selamat mencuba untuk membina idea dan "catchy word" baru !

suara1undi said...

Salam Dato' Seri,

Terima Kasih kerana mempertahankan hak Melayu. Suka atau tidak sedikit demi sedikit hak orang Melayu dikikis atas dasar ketuanan rakyat konon! Melayu sering dihina dengan isu malas, rasuah, kroni, phd dsbnya.
Saya rasa generasi Melayu kini bukan lagi malas lebih-lebih lagi dari golongan yang suka 'explore' new venture, business, teknologi dsb. Golongan Melayu ini amat ditakuti oleh kaum lain kerana golongan melayu in lebih pandai dari mereka.Tetapi, tak dinafikan banyak kakitangan kerajaan yang malas...tetepi pada pengamatan saya kebanyakan melayu yang malas di jab. kerajaan kebanyakannya pro-PR..itu pengamatan saya melalui percakapan dan perbualan mereka.
Melayu Rasuah..siapa yang rasuah melayu..? Perlu diingatkan siapa yang beri rasuah ini?? untuk itu, tindakan terhadap pemberi rasuah perlu 2x lebih tegas dari penerimanya..baru orang takut. Baru golongan perasuah ini fikir 100x sebelum memberi rausah..InsyaAllah berjaya.
Melayu-kroni.. itu adalah istilah untuk mereka yang tak dapat sesuatu...DEB -untuk menyeimbangkan kuasa ekonomi orang Melayu..tetapi perlu diingatkan kaum lagi juga memperolehi nikmatnya melalui sub-kontrak dan ada juga dapat peluang dari melayu-mangkuk yang mengalibabakan projek.
Saya ingin nyatakan juga bahawa Orang Cina sejak dulu lagi mengamalkan Dasar Ekonomi Cina (DEC)..seperti, jika kaum Cina membeli barang dari kedai Cina pasti dapat extra diskaun, kalau peniaga cina ada projek pasti diberi kepada kontraktor cina, Orang Cina memang sentiasa mengutamakan kaum Cina walaupun tiada DEC yang tertulis tapi dilaksanakan tanpa disuruh...Bak Kata, kalau boleh kaum Cina tidak akan kasi diskaun/projek kepada kaum lain..jadi kuli..boleh.
Saya rasa perlaksanaan DEB begitu lembut sekali, hanya 30% kuasa ekonomi untuk Melayu sedangkan melayu ada 70% kuasa undi...
Sekian

tajudin said...

"Kedudukan Raja-raja Melayu, hak orang Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu akan terus menjadi tunjang perjuangan ini. "

DS, jika maksud di atas (benar2) diperjuangkan UMNO, saya harap DS dan pendokong UMNO keseluruhannya benar2 (dalam ertikata yang jelas) memperjuangkannya.

Jangan hanya atas kertas, tapi buat lain.

Shakyean Baki said...

Dato'Seri

Tahniah atas penjelasan tentang ketuanan melayu yang panjang lebar. Saya berbangga walaupun kita telah kehilangan kuasa di negeri ini tapi Dato' Seri masih tetap tabah dan cekal menghadapinya. Tapi apa yang sedih masih ramai pemimpin UMNO yang belum sedar, masih dengan perangan lama. Kini ada pemimpin UMNO yang telah sibuk membuat percaturan kepimpinan UMNO Bahagian masing-masing. Dah mula lobi melobi siapa yang nak tanding jawatan itu dan ini. Langsung tiada usaha untuk menguatkan parti..... apalah nak jadi kepada pemimpin UMNO. Apakah lagi tanda-tanda kehancuran yang mereka tunggu lagi... Saya berharap Dato Seri dapat membantu UMNO yang semakin kian parah.... kita tidak mahu UMNO terus lemah....

Adzakael said...

Salam DS Dr. Khir,

Permasalahan Ketuanan Melayu adalah berpunca dari salah tafsiran yg berlaku dipihak Melayu dan bukan Melayu.

Dipihak Melayu,ada yg menganggap mereka adalah tuan maka itu yg mereka canangkan kpd semua orang.Di sebahagian pihak bukan Melayu,idea tersebut sudah berada dlm minda mereka dan apabila org Melayu mengatakan merekalah tuan maka org bukan melayu berasa kurang selesa bila idea mereka mengenai Ketuanan Melayu menjadi benar dan terus bertindak menentangnya.

Kita mesti menerangkan semula apakah itu Ketuanan Melayu kpd rakyat jelata,terutamanya kpd org Melayu itu sendiri.

Kita mesti menguatkan jatidiri org Melayu terutamanya belia Melayu agar mereka tidak mudah tersesat jalan.Tetapi jatidiri ini tidak seharusnya mengakibatkan org lain tertindas dan terseksa (seperti dizaman Third Reich Jerman).

Sepertimana yg telah saya tulis sblm ini,pencarian ilmu adalah amat penting.Ia penting dlm menguatkan lagi asas Ketuanan Melayu.Bangsa Melayu seharusnya menjadi bangsa yg kreatif dan berilmu tinggi.Dengan cara itu shj kita dapat mempertahankan Ketuanan Melayu.

Apa yg sdg berlaku dan bakal berlaku nanti hanya menguatkan kemungkinan kita akan menjadi sebuah Republik Sosialis,atau sekurang-kurangnya de facto socialist republic.Apakah ini yg kita semua mahukan?

calculator said...

Dear Datuk Seri, dasar keterbukaan kerajaan sekarang jalas merugikan orang Melayu kerana ramai yang menjadi melampau dan kurang ajar, hingga ke tahap terus terang mempertikaikan hak dan ketuanan Melayu.
Apa lagi yang dapat Melayu pertahankan jika hanya sekadar mencabut keris secara simbolik pun, akhirnya terpaksa memohon maaf.
Kalau belum cukup terbuka, buka dan dedahkan terus hingga telanjang…..

Dr Mohamad Khir Toyo said...

sdr mohd Radhian,
Bukanlah perkataan yang mudah menanggap imiginasi kerana retorik,tetapi ketuanan melayu telah menjadi asas perjuangan UMNO dari sejak penubunuhannya.Saya berpandangan ketuanan melayu harus terus menjadi teras perjuangan orang melayu,walaupon mungkin ada usaha untuk menjenamakan perjuangan ini dgn jenama baru yang akan lebih mengelirukan ahli dan akan jadi bahan ejekan parti lawan dan menimbulkan rasa kurang yakin ahli dan akhirnya ahli akan keliru.Saya yakin ketuanan melayu masih relevan utk diperjuangkan.

Sedingin Salju said...

Kesimpulan yang boleh dibuat, melayu jangan terlalu sangat berkorban dan berlembut, melayu jangan malas dan melayu mesti bersatu.

Suara Marhaien said...

Datuk,
kenapa Datuk amat suka sekali mengupas sesuatu isu dalam skop yang amat sempit lagi menyempitkan?

sejujurnya,tiada siapa pun yang mempertikaikan hak melayu di Tanah Melayu ini.semua bangsa di Tanah Melayu ini amat arif tentang ini sebagaimana yang termaktub didalam perlembagaan.

hentikan lah bermain dengan sentimen perkauman yang sempit lagi menyempitkan ini jika benar ikhlas ingin melihat Malaysia yg aman damai dan makmur.

jgn lah Datuk menyangka bayang bayang adalah hantu dan menyebarkan pula kepada orang ramai.

seharusnya bangsa malaysia yang perlu diperkuatkan bagi memacu malaysia diera global ini.

jika malaysia mempunyai pemimpin yg benar benar berwawasan jauh telah lama bangsa malaysia yg mampu bertutur 3 bahasa utama tidak termasuk bahasa inggeris telah dizahirkan.bayangkan bangsa malaysia yg mampu bertutur dengan fasih dalam bahasa melayu, mampu menulis dengan lancar dalam bahasa mandarin,berkeupayaan memahami bahasa tamil, cekap dan mahir dalam bahasa ingeeris tanpa sebarang prasangka buruk antara satu sama lain.ingat, bukanlah satu dosa untuk kita mengetahui sebnyk mana bahasa pun didalam dunia ini.tetapi kerana pemikiran kita yg saban hari diasak dengan sentimen perkauman oleh para pemimpin yg tak berwawasan, maka kehidupan rakyat berterusan hidup didalam prasangka antara satu sama lain.

ketahuilah hakikat bahawa apa jua warna kulit sekali pun, inilah tanah air kami yang akan kami pertahankan dengan darah dan keringat kami jika ada anasir luar yang cuba menganggu gugat.

kami benci denga sikap pemimpin yang cuba memisahkan dan meniup sentimen perkauman, sedangkan dimasa yang sama mereka sama sama berpeluk peluk sambil mengagihkan kekayaan negara demi kepentingan perut mereka.

bukan siapa yg menjadi pemimpin yang sepatutnya ditanya, tetapi apa dan bagaimana yang sepatutnya menjadi fokus.

apa guna pemimpin melayu, jika yang masih mkn siput babi untuk mengalas perut adalah rakyat melayu.

zul_car_9 said...

dato' seri,
sudah lama rasanya tidak memberi komen ke blog dato' seri... saya bz dengan kerja yang memerlukan ketelitian buat masa ini...

tajuk kali ini amat menarik...
sememangnya bumi malaysia bumi bertuan... ketuanan melayu dan ketuanan rakyat boleh diselarikan...
jawapannya hanya satu... jangan lupa pada ketuanan islam.. pelengkap segalanya... sarwajagat...

dahulukan ketuanan islam... nescaya rakyat dan melayu aman...

asri said...

UMNO perlu diMELAYUkan semula jika pemimpin UMNO hari ini lupa akan perjuangan untuk Agama Bangsa dan Negara..terutama perjuangan untuk org MELAYU..

MelayuMuslim said...

Assalammualaikum,

Sedih... sedih... Saya ni baru awal 30an tapi saya dapat rasakan kedudukan orang melayu di goncang-goncang oleh orang melayu sediri dengan kuat sekali. Saya takut dengan keadaan ini. Saya tahu bangsa saya belum mampu untuk hidup tanpa ketuanan Melayu. Saya bukan salah seorang pejuang kemerdekaan. Tapi sy yakin kalau masih ada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tengok keadaan hari ini, mereka akan menangis melihat telatah golongan muda bangsa melayu.

Perkataan yang paling sesuai untuk petualang yang cuba menjatuhkan bangsa sendiri adalah "Binatang Bangsat". Maaf kan saya kerana pengunaan perkataan kesat ini. Tapi saya dan rakan-rakan pemuda saya sudah mula jelik, menyampah dan jijik melihat telatah DSAI. Dia sudah melampau. Kami orang muda melayu tidak menyokong DSAI. Cuma golongan muda yang lalai dengan dadah, pil hayal dan sex bebas sahaja yang akan memberi sokongan kepada DSAI.

Kami pemuda Melayu Islam menyokong UMNO.

Abu said...

Asslamualaikum....
Penggunaan ketuanan Melayu dan Ketuanan Rakyat pada hemat saya adalah definisi istilah yang diguna dalam konteks yang berbeza, namun dalam konteks di Malaysia kedua-duanya digunakan dan sedang diaplikasikan sekarang ini sekalipun. Pada hemat saya selagi kita menggunakan demokrasi ala Raja berpelembagaan kedua-dua istilah ini tetap diguna dalam konteks dualism. Ketuanan Melayu dengan Raja-raja Melayu sebagai ketua yang tidak diganggu gugat oleh sistem demokrasi sekalipun. Sebagai contoh sama ada BN menang atau PR menang Raja adalah tetap raja dan tiada siapa yang boleh mencabar. Raja berada di luar gelanggang sebagai pemberi anugerah kepada sesiapa yang menang dalam pertandingan di dalam gelanggang.

Sedangkan ketuanan rakyat jelas adalah menunjukkan sistem demokrasi pada bahagian yang lain dalam konteks Malaysia. ini bermaksud rakyat merupakan tuan dalam negara demokrasi, mereka yang menentukan siapa yang berhak untuk menjadi ketua mereka. Sebab itu, dalam konteks demokrasi, ketua yang dipilih oleh rakyat sewajarnya tidak boleh sombong dan bongkak kerana mereka dipilih oleh rakyat. begitu juga harta negara adalah harta rakyat melalui kutipan cukai dan hasil bumi negara dan bukanlah harta milik orang yang dipilih oleh rakyat. Justeru, dalam konteks ini jelas sebenarnya rakyatlah tuan dan pemimpin adalah hamba kepada rakyat. Ini kerana rakyat yang memilih dan rakyat yang mewakilkan harta mereka untuk digagihkan secara amanah untuk kesejahteraan mereka kembali.

Satu contoh yang paling mudah difahami seperti seorang kaya yang memilih seseorang untuk mewakilinya bagi menjalankan perniagaannya. Orang kaya itu berhak memilih siapa yang dikehendakinya, kemudian dibuat perjanjian mulut atau penjanjian rasmi bagi melaksanakan tanggungjawab orang diwakilkan itu. sudah tentu orang kaya adalah tuan sedangkan orang diwakilkan walaupun dia mengurus siang dan malam, tetap harta yang diuruskan adalah harta orang kaya tersebut. harta dia hanyalah gaji yang diberikan oleh orang kaya tersebut. Pada masa ini, jika orang orang diwakili sudah mula naik tocang dan menggunakan harta tuannya tanpa amanah, rasuah, pecah amanah, khianat dan menganggap harta tuannya seperti hartanya sendiri. pada masa ini adakah orang kaya itu dianggap bersalah jika membuang orang diwakilkan itu dan digantikan dengan orang lain yang lebih telus, amanah, berdidikasi dan bertakwa.

Berdasarkan contoh di atas, dalam konteks negara demokrasi, rakyat adalah ketua yang memilih dan memiliki harta negara sedangkan orang yang dipilih yang diberi nama dengan YB, Tan Sri, Datuk atau sebagainya sebenarnya hamba kepada orang yang memilih mereka. Adakah salah bagi tuan (rakyat) untuk membuang hambanya yang dah naik tocang, menggunakan harta rakyat macam harta sendiri, boros, tidak amanah, khianat kepada bangsa, agama, budaya dan bahasa rakyatnya, sombong, bongkak, pengrasuah, kronisme, nepotisme dan bermacam-macam lagi.

Sebab itu kedua-dua istilah "ketuanan Melayu dan Ketuanan Rakyat" adalah diguna dalam konteks negara kita yang disayangi ini.

Sekian.

azrie said...

bila umno mula terpinggir bangsa melayu dikata kan mula bermasalah.umno jer ke yang sesuai untuk melayu?
silakan lah DS perjuangkan agenda ketuanan melayu tu jika melayu mampu memenuhi masjid2 di kampung,perempuan melayu yg menutup aurat,remaja melayu tak berzina dan mabuk arak dan pemimpin melayu yg sentiasa memperingatkan tentang iman dan amal...

selamat maju jaya...

Jed Yoong said...

Kolot.

End the oppression of the rakyat by the ultras and the Malay aristocracy!

AAJ said...

Yang dihormati DSKT,

Sejak ahkir-akhir ini semakin banyak tanggapan bahawa UMNO adalah parti perkauman. Bukan sahaja masyarakat bukan melayu timbul, pemuda-pemudi melayu juga telah mempertikaikan tentang ketuanan melayu. Alasan mereka: kita sudah 50 tahun merdeka tetapi masih bersifat perkauman. Saya percaya bangsa melayu seperti ini adalah bangsa yang kecewa dengan ibubapa mereka yang menghalang mereka bergaul diluar batas-batas kaum melayu. Pendidikan pemikiran sekular telah menjadikan mereka tidak senang untuk mempertahankan kedaulatan bangsa melayu mereka sendiri.

Biarlah apa yang mereka mahu katakan tentang melayu dan UMNO, yang pasti ketuanan melayu wajib dipertahankan.

Saya menyokong saranan Tok Guru Nik Aziz supaya Raja-raja melayu menerangkan kepada rakyat tentang ketuanan melayu.

Pemuda-pemuda bukan melayu pula harus diberikan kesedaran tentang ketuanan melayu, memahami bukanlah perkara yang susah, tetapi pemikiran yang kolot dan tertutup untuk menerima pendapat orang adalah kunci kejahilan.

HIDUP MELAYU !!!!

rahsia said...

Orang UMNO asyik cakap : Menang sorak kampung tergadai.

Tapi sebanarnya saya rasa : Menang "Ketuanan Melayu", Malaysia tergadai.

abe MIE said...

salam...

apa maksud ketuanan?
abe MIE rasa ketuanan melayu bererti melayu perlu dihormati dan merupakan kaum pribumi Malay-sia. ketuanan sebelum ini tidak wujud tetapi apabila ketunanan yahudi wujud, orang melayu tercari-cari mana perginya ketuanan.

abe MIE anggap- hanya raja,sultan dan YDPA sahaja mempunyai ketunanan melayu- iaitu simbol kepada kedaulatan malaysia dan maruah negara...

ada yahudi tak senang melihat perkara ini...orang melayu lebih 60% takkan diperintah oleh orang india yang hanya 8% sahaja? macam yahudi buat- ketunanan yahudi, walaupun minoriti, kejayaan membentuk negara israel berjaya sekali dan tok arab yang majoriti hanya berputih mata...

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Assalamualaikum DS,

Seperti biasa, penterjemahan kepada sesuatu perkataan atau perbuatan, menjadi masaalah atau cuba dijadikan masaalah.

Masaalahnya bertambah rumit apabila mereka yang menimbulkan isu ini (terutamanya di dalam BN itu sendiri) suka sangat mengeluarkan isu-isu ini di media-media utama tanpa merujuk atau mendapatkan jawapan yang sebenarnya.

Mereka mahu menjadi hero. Mereka mahu dilihat sebagai jaguh kaum mereka. Padahal, rakyat tidak pun tersinggung sejak hari pertama hari Kemerdekaan negara.

DS,
As we have discussed in Penang last night, this is my blog address http://novandri.blogspot.com

TQ,
Dr Novandri Hasan Basri.

osman said...

Salam Sejahtera,

Bak kata panglima Melayu Hang Tuah "Tak Hilang Melayu Di Dunia" tapi apa yg akan terjadi kuasa melayu akan hilang di tanah melayu , disebabkan Melayu dan dalang nya juga adalah melayu.

kalau hal ini tak di tangani maka perjuangan selama 50 tahun akan lenyap bersama kuasa melayu.

Selama 46 tahun (tolak 4 tahun akhir2 ini) kuasa politik ditangan Melayu, dan sebagai "godfather" kaum lain tidak pernah melayu abaikan, malah melayu sendiri menjadi hamba kepada kaum yg memegang kuasa ekonomi.

Kuasa politik sajalah yg tinggal menjadi benteng survival orang2 melayu, tapi akhir2 ini (setelah bertukar "kepala", sedikit demi sedikit kuasa politik ini dikorbankan dan akhirnya bukan saja pembangkang lantang untuk menidakkan kuasa yg satu ini malah parti gabungan juga mula mempertikaikan malah seolah-olah bersekongkol dengan pembangkang.

Dan apa yg kita lihat hari ini, kuasa ini mula diniagakan oleh waris-waris yg tinggal sekarang, dijadikan percaturan politik diri sendiri, kalau tiada "Melayu" yg dapat menghalangnya maka..warisan ini akan jadi sejarah dan percayalah, seperti mana keadaan melayu singapura sekarang maka ituah jua akan terjadi pada waris melayu akan datang yakni anak, cucu, cicit kita sendiri.

Datuk seri salah seorang selain beberapa pemuda dari Johor dan Kedah yg saya harapkan untuk menghalang akan hal ini terjadi...tolonglah datuk seri untuk waris2 kita nanti.."jangan kita menang sorak, kampung tergadai".

semut said...

Assalamulaikum
DS & rakan2 bloggers..

Kepada sesiapa yang masih xfaham tetang Ketuanan Melayu yang DS terangkan eloklah jangan menyuarakan komen anda diruangan ini.. keranan ianya akan menunjukkan kebodohan anda pada tahap maksima.

Pada hemat "hamba"..
makhluk2 yang ingin bertuankan rakyat ini adalah dari golongan yang ingin memusnahkan bangsa Melayu khususnya. Mereka sedar dengan melaungkan slogan Ketuanan Rakyat maka sokongan dari pelbagai bangsa akan diperolehi, tetapi mereka juga sedar mereka sedang mengadaikan Bangsa Melayu itu sendiri..

Tetapi bagi Si Anwar itu semua xpenting lagi, yang penting dapat jadi PM. Boleh lah dia balas dendam pada Geng UMNO masa tu...

"hamba" juga berpendapat yang Melayu kini telah berusaha dengan sebaik mungkin untuk hidup dengan berjaya tetapi masih terdapat segelintir yang kurang berusaha dengan tanggapan Malaysia ni akan wujud sebagai "negara kebajikan"
yang akan terus menyara hidupnya.

Si Melayu yang terus mengutuk Melayu lain adalah tidak wajar lagi.Sepatutnya kita saling memberi motivasi sesama kita untuk berjaya.Bukan semua melayu malas, bukan semua melayu rambut kuning,bukan semua melayu xsolat, bukan semua melayu makan rasuah,

Yang pasti "hamba" percaya masih ada berjuta-juta Melayu yang berusaha gigih untuk hidup dengan kejayaan tanpa mengadaikan Bangsa Sendiri... Melayu juga tidak pernah menjadikan Bukan Melayu sebagai hamba, dan tiada bangsa yang menjadi hamba di bumi Malaysia ini setelah merdeka 50 tahun yang lalu.
"Hamba" sangat berempati kepada nasib golongan Melayu yang bekerja dengan perit jerih seolah-olah hamba kepada bangsa lain.
Semoga Ketuanan Melayu terus dipertahankan.
METAFORANYA
"Hamba Rela Berjuang Hingga Ketitisan Darah Yang Terakhir"
DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

caiweijie said...

Dato' Seri,

Nampaknya Dato' Seri masih x faham2 dgn sentimen rakyat bukan Melayu. Apa yg diutarakan oleh rakyat bukan Melayu di sini ialah layanan yg saksama. Tiada sesiapa yg mencabar kedudukan raja2 Melayu, agama Islam & BM sbg agama & bahasa rasmi, memandangkan ianya sudah termaktub dlm Perlembagaan. Tetapi istilah 'ketuanan Melayu' itu mmg sudah memberikan gambaran yg silap kpd org yg sekurang-kurangnya faham akan Bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan kita. Kalau betul ingin para rakyat faham akan istilah 'ketuanan Melayu' spt yg Dato' Seri definisikan, maka ada perlunya istilah itu diperbetulkan kerana itu merupakan erti mengikut pandangan pihak UMNO sahaja. Bahasa ada susunan tatabahasanya, x boleh ditafsirkan tanpa mengambil kira implikasi tafsiran org lain begitu saja.

Spt yg saya katakan, rakyat bukan Melayu mahukan layanan yg saksama. Jika betul rakyat bukan Melayu tidak ditindas, mengapa sampai skrg sekolah2 vernakular diberikan layanan seolah-olah dianaktirikan? Tiap2 tahun peruntukan kewangan yg diberikan kpd SJKC dan SJKT x sampai 25% pun. Jika betul menghargai peranan SJKC dan SJKT dlm membentuk insaniah, minta suarakan pendapat pasal ini sebab pendidikan insaniah tidak seharusnya didiskriminasikan mengikut bahasa pengantar, kerana ultimate objectivenya sama.

Itu pun bukan isu utama lagi. Rakyat bukan Melayu langsung x akan terima dgn layanan dan klasifikasi rakyat antara Bumiputra & bukan Bumiputra. Kalo generasi yg lama dulu2 semasa Merdeka, mungkin itu masih boleh terima. Tetapi generasi muda skrg kebanyakannya semua lahir kat Malaysia, x mungkin mereka mahu terima hal ini lagi. Semuanya memiliki kewarganegaraan yg sama, yakni rakyat Malaysia, mengapa harus dibezakan mcm ini? Mengapa harus diberikan layanan berbeza atas tanahair, tempat kelahiran sendiri? Ini merupakan fikiran hati para rakyat bukan Melayu yg kecewa dgn layanan spt ini, kerana mereka dilahirkan di Malaysia sptmana kebnykan rakyat Melayu, bukannya masuk menetap dari luar Malaysia. Tahu tak berapa rkyt bukan Melayu yg 'menangis' kerana layanan ini? Ini bagaikan ambil menghiris hati sendiri. Sakit dan pedih amat!

Berhubung isu agama, mmg umat Islam akan melihat agama Islam sbg agama yg terunggul dan agama2 lain tidak setaraf dengannya. Ingin saya katakan bahawa pengikut mana2 agama pun akan berpendapat begitu, bukan Islam saja. Cuma bergantung terhadap seseorang manusia itu menentukan agama yg mana satukah yg sesuai dgnnya. Kalo seorang muallaf yg telah memutuskan bahawa Islam itu bukan agama yg sesuai dgn kehendaknya, adakah kita harus terus memaksanya menganutnya? Itu bagaikan menghalang haknya, padahal Islam sendiri menyatakan ia agama yg tidak menggalakkan paksaan! Apatah lagi Islam juga merupakan agama yg menggalakkan dialog, salahkah jika pertubuhan dan organisasi Islam mengadakan perbincangan dgn pertubuhan & organisasi agama lain? Ini tak, sebaliknya yg saya nampak cuma ada dialog antara pertubuhan agama bukan Islam saja. Agama Islam di Malaysia diangkat seolah2 Islam tu x suka 'campur gaul' dgn agama lain. Lain pula kalo di persada antarabangsa, pemimpin2 kata kena kerap berdialog dgn pihak Barat yg kebanyankannya menganut Kristian.

Kpd aah, bukan skrg baru MCA & Gerakan mahu belasah UMNO. Mmg dah lama MCA & Gerakan kerapkali memberi 'hint' bahawa UMNO jgn nak memperlekehkan sentimen bukan Melayu, cuma x berapa jelas saja. Antara 9-poin yg diperjuangkan MCA adalah membentuk atmosfera politik kebangsaan yg sihat, secara tersiratnya supaya para rakyat tanpa membezakan kaum dan agama diberikan layanan asasi yg sama rata. X kira mana2 parti pun, baik MCA, MIC, Gerakan dan DAP, mmg mereka sedar akan sentimen x puas hati rkyt bukan Melayu. Cuma bezanya MCA, MIC & Gerakan berada dlm BN, x boleh mengkritik UMNO secara terlampau hebat, sebab kerapkali kalo MCA atau Gerakan mengutarakan isu ini, pasti akan di'tembak' balik oleh UMNO supaya menarik balik isu itu, menampakkan UMNO sbg diktator dlm BN. Dan sebab itulah, DAP melaung2kan slogan utk mematahkan hegemoni UMNO. Saya yakin bahawa tampuk MCA & Gerakan tidak akan memihak kpd Anwar Ibrahim sewenang2nya.

Saya sarankan agar para rakyat Melayu, termasuk pemimpin sendiri, mendengar betul2 sentimen rkyt bukan Melayu. Ketepikan soal 'ketuanan Melayu' dan segala emosi bila berdialog dgn mereka dan fikirkan betul2. Sudah pasti mereka akan cakap mereka bukannya mempersoalkan hak istimewa Melayu tetapi layanan yg kurang adil terhadap mereka. Itu apa yg seorang kawan Melayu saya lakukan bila saya bercakap pasal isu yg seringkali dilabelkan sbg 'sensitif' dgn dia dan dia mmg bersetuju bahawa ada wujudnya masalah ini. Saya mmg lega kerana mendpt kawan spt dia.

Sekian.

Luth Textile said...

assalamualaikum dato'

saya sebagai pewaris pemuda-pemuda melayu menyokong mempertahankan ketuanan melayu. ia sangat penting untuk masa depan kami generasi muda. kami tak mahu nanti hidup kami jadi mcam orang melayu singapura yang sekarang menjadi etnik minoriti disana, tak mahu kami menjadi sedemikian.

Kita Melayu tuan tanah kepada Malaysia. Orang yang menumpang harus sedar.. Tak perlu kita fikir ketuanan rakyat, kita perlu fokus KETUANAN MELAYU!

UMNO SEJATI said...

SEMUA RAKYAT MALAYSIA HARUS BERSHUKUR KERANA MALAYSIA NEGARA YANG ADIL.TIDAK KIRA,MELAYU,INDIA DAN CINA KITA TETAP BESATU.TETAPI JANGAN SENTUH HAK ORANG MELAYU.SEKIAN.

Jeeivan said...

What is Ketuanan Melayu? .Does that means Malays are superior to other races? Does that mean Malays must be the Boss and the others as slaves? Or does that mean to buy Malay votes to continue staying in power for UMNO?
The British used to claim in the colonial days, “even the SUN needs to ask our(British) permission before it rises in the East”. Look at where they are now? On the other hand Americans were ready to accept anyone who had the brains and one doesn't have to question about their achievement today as it is open secret.

You politicians continue to harp on ketuanan Melayu just to exploit the poor Malays in order to cling to power. While the rich Malays and ministers send their children to overseas for education, the poor Malays need to settle with sub-standard education for their children in Malaysia. Most can't even speak English after their university. Even a MB in Malaysia did not know the difference between coffer and coffin. How do you expect them to compete and argue intelligently with our neighbours, let alone in international arena?

I would say, STOP this damaging agenda. Concentrate on making sure the poor Malays are competitive to survive in this ever competitive world. No race can erase another so long they have the knowledge and competitiveness. Malays can be equally good or better than Chinese, Indian or American. All they need is a world class education that comes with a level field to show and improve their wisdom and skills and NOT A KETUANAN MELAYU STATEMENT THAT DID NOT LEAD EVEN AFTER 50 YEARS and remember the non Malays are ever willing to march with Malays on equal ground as brothers and sisters.

AZUAN BIN RUSLY said...

akm..Datuk seri..moga senantiasa sihat dan ceria selalu....

KETUANAN MELAYU..
Kalau ada sesiapa nak lebih memahami apa yang dikatakan KETUANAN MELAYU boleh lah pergi duduk di selatan THAI..pergi duduk di masjid krisek,Maka dapatlah kita lebih memahami apa itu ketuanan Melayu.
Kalau kita menjadi alat yang di peralatkan itu tidak bermakna kita menjadi TUAN.Contoh kita menjadi menteri besar tapi kata putus kita tak boleh nak buat.APAKAH ITU BERMAKNA KITA MENJADI TUAN.
Negara China BERTUANKAN CHINA,Negara India Bertuankan INDIA.APAKAH KITA TIDAK BOLEH BERTUANKAN MELAYU.

anaianai said...

Bercakap pasal ketuanan Melayu ini, saya dan rakan-rakan berpendapat ramai rakyat Malaysia hari ini tidak mengetahui sejarah sebenar.

Ini disebabkan kita menggunakan sukatan matapelajaran sejarah yang dirancang oleh penjajah dahulu.

Oleh itu, saya mencadangkan agar Dr dan pembaca blog ini singgah untuk membaca kajian saya mengenai Sejarah awal Melayu yang dipinggirkan oleh penjajah Inggeris dan Thai dahulu. Ini URLnya,

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

Ramai pemimpin dari kerajaan dan pembangkang, pelajar IPT,IPTA, telah singgah kesitu dalam pengkajian mereka dan mencari maklumat baru.

Semoga kita sama-sama mendapat manafaat darinya dan untuk lebih memahami apakah yang dimaksudkan dengan ketuanan Melayu.

fawi said...

asm DS

Kenapa dlm situasi sebegini kita baru nak memperlaungkan slogan ketuanan Melayu, sedangkan ianya tak pernah tergugat hatta penyokong2 ketuanan melayu memakai istilah "natang". Tafsiran mengikut hati perut masing2 akan mengundah padah sekiranya hanya dialunkan mengikut irama kesesuaian sendiri.

Cakap saja tak cukup utk menjadi bukti. Org melayu berebut nak jadi YB utk apa? Dlm UMno, menjadi wakil rakyat merupakan tiket utk menjadi kaya raya. Boleh dibilang, YB tak kaya. MAna pergi slogan kami bekerja utk rakyat semua kaum?

wassalam

Mohd Radzian said...

Salam Dr.,

TQ kerana memberikan pandangan Datuk mengenai perkataan "Tuan" .

Saya sentiasa beranggapan perkataan Tuan mempunyai satu kelemahan, baik "Ketuanan Melayu" atau pun "Ketuanan Rakyat". Apa lah gunanya seseorang itu dipanggil tuan sekiranya yang mendapat faedah adalah orang lain. (rujukan : www.chedet.com)

Saya syorkan anjakan paradigma daripada "Ketuanan Melayu" kepada "Kepimpinan Melayu" kerana dengan melayu sendiri menjadi pemimpin dan bersifat pemimpin, dengan automatik Melayu menjadi Tuan. Namun tidak ramai Melayu yang menjadi pemimpin. Inilah kelemahan sebenarnya yang ada pada Melayu.

Dalam dunia moden ini, Melayu tidak dijajah dari segi physical. Melayu dijajah dari segi minda, ekonomi dan emosi. Melayu ramai dan majoriti, tetapi berpecah - ya bukan penjajahan physical tetapi penjajahan minda dan emosi.

Melayu ada ladang dan luas, tetapi dipajak gadaikan, bukan penjajahan physical tetapi penjajahan ekonomi.
Melayu mempunyai lesen tetapi lesen dipajakkan kepada orang lain, tuan ke ini.

Kerana itu saya berpendapat, "tuan-tuan" ini perlu mempunyai sifat kepimpinan kerana dengan adanya kepimpinan , barulah Melayu layak dipanggil "Tuan" .

Sadiq said...

DSKT,

Ketuanan Melayu atau Ketuanan UMNO?
itu sebenarnya topik yg patut DSK tulis kat atas ni. Sedia maklum bahawa perkataan "TUAN" bermakna mereka boleh melakukan apa sahaja kehendak mereka dan keputusan mereka tidak boleh dipertikaikan oleh orang lain.

Saya tertarik dengan apa yg "abe mie" tulis, orang melayu yg 60% jumlah di Malaysia takkan biarkan india yg hanya 8% jadi pemimpin mereka.

Tapi adakah pemimpin melayu atau UMNO hasil dari 60% mojoriti ini tadi MAMPU memimpin dengan adil, bijak dan jujur? Banyak kali orang melayu dimomokkan dengan isu rasuah, salah guna kuasa dan ketidakcekapan pemimpin UMNO. Bagaimana harus orang melayu tunjukkan reaksi atas isu ini? Adakah dengan terus-menerus mengundi UMNO dan sekutunya? Bodohkah mereka?

Mungkin bangsa melayu harus melalui saat/krisis sebegini untuk mematangkan mereka, sepertimana yg kita tahu, bangsa india dan cina melalui sejarah yg lebih panjang dari bangsa melayu. Budaya, hasil pemikiran dan survival mereka kini adalah hasil dari pembentukan berabad lamanya.

Kini juga kerap kedengaran bangsa lain menyuarakan pendapat mereka. Isu seperti biasiswa pendidikan, isu murtad, dan sebagainya seringkali diucapkan di media massa. Mereka menuntut pelbagai perkara untuk bangsa mereka, tapi bagaimanapula dengan bangsa melayu itu sendiri? Kita harus maklum bahawa dengan memberi sesuatu kepada orang lain, maka ada orang lain pula akan kehilangan hak keistimewaannya.

Pemimpin mempunyai peranan yg sangat besar dalam pembentukan idea dan sahsiah sesebuah masyarakat atau bangsa. Cuba kita bayangkan, kalau pemimpin melayu zaman Hang Tuah dahulu cuba bangunkan/galakkan rakyatnya menimba ilmu sains, teknologi, penciptaan dan keusahawanan. Bagaimanakah agaknya hasil tamadun itu kepada bangsa melayu kita sekarang?

Saya harap UMNO dapat pulih dan perbaiki diri dalam masa 5 tahun ini dan jika berjaya, isyaallah rakyat akan menyokong mereka kembali di pilihanraya akan datang. Tapi jika tidak, bersedialah UMNO tinggal di dalam museum negara!

Malaysian said...

Kalau Umno di Semenanjung Malaysia masih ingin mempermain-mainkan sentimen perkauman Ketuanan Melayu, maka orang-orang Kadazan yang menjadi ahili-ahli Umno patut keluar dari Umno. Nasihat kepada DMKT, jangan main-main sentimen perkauman jika ingin meraih sokongan dalam parti. Ingat!!

Asil said...

Dr,

UMNO masih relevan dengan Ketuanan Melayu. Cuma sekarang, rakyat sudah melangkaui sempadan bangsa, di mana rakyat bersepakat menjunjung kedaulatan negara tak kira bangsa yang diwakilinya.

Dari segi itu, UMNO sudah hilang relevannya dalam konteks politik.

Dalam keadaan skrg, UMNO sendiri sudah jelas hilang arah perjuangannya. Hari demi hari semakin terpinggir. Hari demi hari semakin tercabar.

Salah siapa?

Hanief said...

Ketuanan Rakyat yang dilaung-laungkan bukan bermakna menentang para Sultan/Raja.

Apakah ketuanan Melayu itu bersifat menentang kaum-kaum bukan Bumiputera?

Pada pendapat saya, Ketuanan Rakyat melambangkan kuasa rakyat yang berhak menaik dan menjatuhkan mana-mana menteri mengamalkan rasuah dan salahguna kuasa serta mengkhianati tanah air ini.

wans said...

pada pandangan saya UMNO-lah yang mmenyebabkan ketuanan dan hak-hak orang melayu semakin terhakis.Ini dapat dibuktikan apabila kerajaan BARISAN NASIONAL yang didominasikan oleh parti UMNO sanggup meminda akta kekebalan intitusi raja-raja melayu.secara tak langsung menggambarkan kedudukan orang melayu tidak lagi terjamin di bumi sendiri.wassalam.

ROKET JOHOR said...

KIta tidak perlu bicara soal ketuanan itu dan ketuanan ini, kerana tiada siapa yang bertuan besar di dalam dunia ini. Hanya Allah sahaja semaha-maha tuan kepada tuan-tuan yang ada di mukabumi ini.

Sebab itu kita kena tunjangkan Islam dalam segala tindak tanduk kepimpinan manusia kerana dengan itu baru memahami hak masing-masing yang perlu dihormati dari soal pemimpin sehingga pembuangan najis.

UMNO masih terus perjuang soal bangsa, bangsa, bangsa, sedangkan soal Bahasa Melayu sendiri pun tidak terbela sepenuhnya. Belum lagi soal tanah Melayu yang tidak dipertahankan sehingga boleh berjual beli dengan penyangak atau bangsa asing.

RM10m gone in 3 days said...

siapakah yang memecah-belahkan perpaduan kaum di malaysia ini? tentunya ahli-ahli politik yang melaung-laungkan ketuanan melayu ini! Harap disiarkan komen ini.

kamarul said...

YB Dato Seri, Nampaknya kita terpaksa belajar dari sejarah. Banyak kejatuhan tamadun, bangsa dan negara adalah kerana adanya pengkhianat di kalangan bangsa itu sendiri. saya setuju denga dato seri bahawa kita jangan hanya pandang keuntungan jangka pendek tetapi perlu melihat ke untungan jangka pendek dan pjg. teruskan berjuang Dato Seri

jojo51 said...

Dato' Seri,

Saya harap Dato' Seri telah pun membaca article Tun Mahathir mengenai isu Ketuanan Melayu.

Saya lebih selesa membaca tulisan Tun Mahathir berbanding dengan tulisan Dato' Seri kerana Tun telah memudahkan pemahaman mengenai isu Ketuanan Melayu. Inilah kelebihan Tun. Pemikiran beliau cukup tajam kerana penguasaan ilmunya yang amat tinggi.

kulatlapok said...

Salam Sejahtera kepada Datuk Seri.

Syabas dan tahniah mempunyai blogs sendiri. Sekurang-kurangnya dapat mencetuskan idea dan dapat meluahkan isi hati yang terbuku atau mungkin dah hampir beku.

Baru-baru ini UMNO telah menyambut ulangtahunnya (dah berpuluh tahun rupanya). Apakah selepas ini UMNO akan mempunyai dimensi baru untuk menghadapi cabaran yang mendatang setelah menerima SIGNAL dari rakyat.

Apa yang menghairankan saya, saban tahun (dah berpuluh tahun pun) UMNO mengadakan perhimpunannya. Setiap tahun itulah semuanya bertepuk tangan serta mengiyakan pemimpin-pemimpin UMNO bila berucap.

Tak kurang juga bersendaloka berbalas pantun. Ada masanya sehingga berdekah-dekahlah hilai tawa dek lawak jenaka pak pandir di atas pentas.

Selesai berkumpul selama seminggu. Maka ulasanpun dibuat oleh akhbar-akhbar pembodek yang mengampu akan tuannya. Tak ada yang tak baik semua bernas belaka.

Kemudian perhimpunan itu pun selesai dan tiba masanya untuk pelaksanaannya pulak. Setelah setahun cadangan demi cadangan di lontarkan. Kesemuanya demi untuk kebaikan Melayu dan juga generasinya akan datang.

Tapi selama ini semuanya terbukti hanya kosmetik sahaja apabila UMNO yang dikatakan Parti Ketuanan Melayu dan Perjuangan Bangsa dan Agama mendapat SIGNAL dari rakyat yang hilang kepercayaannya.

Yang paling menyedihkan lagi Negeri Tuan Presidennya sendiri hancur teruk diganyang oleh rakyat yang meluat ibarat kata "PIMAI PIMAI TANG TU JUGA"

Selama berpuluh tahun UMNO selesa memerintah ianya lupa memandang kebawah. Bila dah terpijak kaca, kaki terluka berdarah, hilang kewarasan marahkan pulak kaca yang tak bernyawa.

Tunduk dan pandanglah ke bawah kerana di bawah itu mempunyai banyak onak durinya yang kandang-kandang kita nampak tapi buat tak kisah nampak.

ps* Saya masih sayangkan UMNO tapi benci keangkuhan kepimpinan UMNO.

ZAINI_JB said...

Semoga Umat Islam bersatu menentang musuh yang nyata dan sebenar.Meyakini lima rukun Islam,enam rukun iman dan beribadah seperti melihat Allah kalau tidak mampu meyakini Allah melihat kita sedang beribadah

ZAINI_JB said...

Semoga Umat Islam bersatu menentang musuh yang nyata dan sebenar.Meyakini 5 rukun Islam , 6 rukun enam dan ihsan kpd Allah

kEroLL said...

Assalamualaikum dr. khir...

[DISCLAIMER]: Saya bukannya penyokong mana-mana parti dan pandangan saya adalah bersifat peribadi dan tidak mencerminkan pendapat mana-mana pihak lain...

Merujuk kepada entri dr. kali ini, saya ada beberapa pendapat yang ingin diutarakan.

1-Berkenaan isu pelantikan hakim, pada hemat saya, cadangan untuk tidak memberi kuasa kepada raja-raja dan seterusnya membelakangi raka-raja, seperti dalam entri dr. ,adalah tidak tepat bagi saya.

Kita harus ingat yang Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa. Dalam doktrin ini, yang digagaskan oleh ahli falsafah Perancis, Charles-Louis de Secondat, baron de La Brède et de Montesquieu, pengasingan kuasa antara eksekutif, legislatif, dan perundangan adalah penting untuk menjamin pentadbiran yang efisien. Tanpa pengasingan kuasa, pemusatan kuasa atau monopoli kuasa akan berlaku.

Dr. Majlis raja2 adalah sebahagian dari eksekutif. jadi, pada hemat saya, adalah baik sekiranya raja2 dan perdana menteri sendiri tidak terlibat dalam melantik hakim2 ini.

Hanya jauhari mengenal manikam. Dari peribahasa ini, eloklah jika hakim2 sendiri diberi kuasa melantik hakim. atau lebih tepat lagi, hakim2 sendiri [yg sudah semestinya lebih mengenali rakan sekerja mereka] mencadangkan nama kepada agong dan dilantik oleh agong, sesuai dengan tugas baginda selaku Raja Berpelembagaan.

2- Tentang ketuanan Melayu, selaku anak Melayu, saya akui berbangga menjadi seorang anak Melayu. Tapi saya mual dengan permainan politik kotor yg melingkari keturunan kita, tidak kira dari pihak BN mahupun PR.

Sejarah membuktikan yang keturunan Melayu sering bertelagah hanya kerana KUASA. KEMARUK KUASA. Sehingga negeri Melaka tergadai, Pulau Pinang tergadai. Malah, menurut perhatian saya [betulkan jika saya salah], SEMUA presiden UMNO yang sudah meninggal dunia kecuali Allahyarham Razak yang meninggal kerana uzur, meninggal dunia di luar UMNO. Dato' Onn dalam Parti Negara, Tunku dalam Parti Melayu Semangat 46... Mungkinkah Dr. Mahathir akan meninggal dalam PKR??? Tidak mustahil...

Apapun Dr., ketuanan Melayu bukan segalanya. Pada hemat saya, politik perkauman KURANG relevan dalam globalisasi hari ini. YA BENAR, hanya UMNO yang memperjuangkan nasib kaum Melayu. Tapi, sehingga SEMUA org Melayu terbela, UMNO perlu rujevanisasi... Kerana pada hari ini, hanya orang2 atasan UMNO nampak kaya, dan ahli akar umbi? Tebuk dada tanya diri...

http://youngmalaysians.blogspot.com

Abdrahim said...

Datuk Seri,

Ungkapan Ketuanan Melayu ini hanya orang-orang Melayu UMNO sahaja yang suka "mempergunakannya". Orang Melayu yang bukan UMNO "tidak merasai apa-apa" dengan ungkapan itu.

Malahan orang-orang UMNO yang "diketepikan" juga merasai ungkapan itu hanyalah ungkapan yang digunakan untuk mempertahankan kepentingan beberapa kerat orang Melayu sahaja.

Krisis Perlembagaan di zaman Tun Mahathir memerintah, siapakah yang memulakannya. Bukankah pemimpin Melayu UMNO?...

Bila kalangan pemimpin UMNO bersengketa dengan Tun Mahathir, seperti Dato Musa Hitam, Tengku Razaleigh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berapa ramai kalangan usahawan Melayu (yang dikaitkan dengan mereka)yang baru meningkat naik ditekan dan akhirnya tutup kedai dan setengahnya jatuh bangkrup.

Siapa yang melakukannya? Pemimpin Melayu UMNO......

Orang-orang MCA dan MIC tidak akan berani mendesak supaya orang-orang Melayu Kelantan dan Terangganu ditekan lantaran menyokong PAS.

Siapakah yang membuat durjananya kalau bukan pemimpin Melayu UMNO?

MCA dan MIC tidak akan berani menyuarakan supaya royalti minyak terangganu dirampas kerana negeri itu negeri majoriti Melayu. Isu ini sensitif.

Siapakah yang mengusulkannya kalau bukan dari kalangan pemimpin Melayu UMNO.

Jadi kalau ada kalangan orang Melayu yang "tidak merasa apa-apa" kalau ketuanan Melayu ini digantikan, para pemimpin UMNO harus menilainya kembali.

abd rahim kassim

Juraimi Zainal said...

DS,

Perumpamaan "Buat Baik Berpada-pada, Buat jahat jangan sekali".. Pada saya ini adalah ungkapan untuk pemimpin2 UMNO.. Fikir2 kan apa yg telah dilaku kpd sebelum ni... Saya tak pasti samada UMNO relevan ke tidak lagi...
Tapi pada saya perjuangan syiar Islam lebih penting (wajib) dari perjuangan ketuanan melayu. Sebenarnya saya heran betul orang2 melayu islam khususnya UMNO ni, seolah-olah hidup didunia hanyalah pembangunan duniawi semata-mata... Tengoklah apa yg terjadi kpd muda-mudi melayu, keruntuhan akhlak etc... Agama islam tidak dijadikan way of life, tapi hanya keadaan@upacara tertentu... Macam mana kita nak jadi contoh kpd orang bukan islam.

Ingatlah, kita tak akan ditanya tentang perjuangan ketuanan melayu diakhirat nanti, apakah kita telah menegakkan syiar islam semasa hidup... Telitikan, saya menasihati diri saya dan kawan2 yg lain. Wallahua'lam.....

kulaan said...

Assalamualaikum..

Setuju dengan bung karno dalam tulisan beliau tentang apa akan jadi jika Anwar Ibrahim Jadi PM setelah abis edahnya.
Beliau tidak risau tentang kewangan kerana dia punyai pemberi dana yang banyak di merata-rata dunia.Tidakkah hairan oleh kita apa yang beliau buat di luar negeri semasa pergi berubat kerana sakit belakang dan dengan cepat sembuh dan boleh menari.Kita perlu dapat maklumat daripada doktor terutama di HUKM apakah sebenarnya laporan perubatan semasa di sana atau doktor doktor itu telah dibeli supaya mengatakan bahawa beliau memang sakit teruk.Wang ringgit mampu buat apa2 macam cerita hindi atau tamil.
Maka orang melayu atau Islam jangan berasa selesa dengan keadaan sekarang.Kita tidak berasa hairan kalau orang Sabah seperti anifah atau rakannya mahu lompat parti kerana mereka ini bukan pejuang seperti Mat Saleh yang sanggup mempertahankan Sabah .Jika mereka ini ikut juga bermakna mereka adalah tali barut penjajah seperti dalam cerita Mat Saleh.
Nyawa manusia sekrang pun murah dan itu menjadikan kekayaan mengatasi kemanusiaan sehingga kawan makan kawan.
MUSUH DALAM SELIMUT TIDAK BOLEH DITERIMA DAN MEREKA INI ADALAH TALI BARUT PENJAJAH ATAU MUNAFIK.

UMNO Cawangan Bukit Ampang said...

Akum DS,
Kami berpendapat ramai orang melihat tujuan dan hasrat ketuanan melayu ini diperlekehkan walhal ia satu tujuan yang baik.Ketuanan Melayu itu tidak salah tetapi orang telah diberi mandat untuk jadi pemimpin bukan keseluruhan tetapi sesetengahnya telah lupa dengan asas ketuanan melayu ini.Dari itu ramai yang menyalahkan Ketuanan Melayu tidak relevan.
Tetapi adakah kita mempersoalkan diri kita sendiri apakah yang kita lakukan untuk masyarakat melayu yang berada di sekeliling kita.Ketuanan Melayu akan berjaya jika Melayu dari pelbagai peringkat bawahan hingga ke atasan bersatu untuk memastikan ianya terlaksana tetapi apa yang berlaku ialah kita melayu sendiri suka berkelahi dan mempunyai sifat dengki antara kita.Bukankah menegur dan melihat bangsa sendiri Berjaya menjadi kebanggaan kita.Ini hakikatnya yang kita tidak boleh nafikan dan ini harus kita perbaiki jika kita menginginkan Ketuanan Melayu itu Berjaya.Bukannya dengan memikirkan satu slogan yang baru iaitu Ketuanan Rakyat.
Pada pendapat kami Ketuanan Melayu bukannya harus dihayati oleh UMNO sahaja tetapi ia juga harus dihayati oleh bangsa melayu itu sendiri walau apa parti sekalipun.Cuma sekarang ramai yang mengetahui dari dahulu UMNOlah yang mempunyai inisiatif untuk memikirkan soal ketuanan melayu jadi salahkah UMNO mencuba untuk melaksanakannya.Soal gagal atau berjaya itu terpulang kepada melayu itu sendiri.
Berkenaan dengan Ketuanan Rakyat Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengannya.Apakah ingin menjadikan semua rakyat setaraf dengan yang empunya tanah.Mengapa kita tidak terfikir sejarah telah membuktikan tanah ini dahulunya dinamakan tanah melayu salahkah melayu menjadi tuan punya tanah.Ini tidak bermakna kita menolak bangsa lain selain melayu, ini telah dibuktikan dahulu dengan usaha UMNO mewujudkan Perikatan dan sekarang Barisan Nasional.Kewujudan Barisan Nasional ini adalah kerana UMNO tetap memikirkan bangsa lain walaupun ia memperjuangkan Ketuanan Melayu. Barisan Nasional juga mengambil berat setiap pandangan bangsa lain malah ia dapat menyatukan setiap bangsa di Negara ini.
Setiap organisasi dan setiap Negara atau negeri atau setiap keluarga mesti mempunyai ketua untuk mentadbir dan mendengar pandangan ramai tetapi jika yang dimaksudkan Ketuanan Rakyat ini adalah rakyat menjadi tuan maka secara tidak langsung “tanah melayu” yang selama ini disayangi oleh nenek moyang kita telah hilang melayunya menjadi tanah rakyat tak kira apa bangsanya walaupun warga asing yang mendapat kerakyatan juga tergolong didalamnya.Apakah Ketuanan Rakyat ini relevan atau hanya bermotifkan politik.Jika bermotifkan politik apakah bangsa lain selain melayu percaya ia mampu dilaksanakan untuk bangsa mereka sedangkan hanya bermotifkan politik Sdn. Bhd. Iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia.Mengapa kita mudah terpedaya dengan slogan dan kata2 yang indah tanpa memikirkan dan mengkaji sedalamnya.Mungkinkah kerana kata2 yang indah itu hanya untuk menyedapkan hati masing-masing yang tertekan.Ingatlah selalunya yang pahit itulah ubat kepada penyakit bukannya pada gula yang hanya ada pada manisnya tetapi tidak bermanfaat.
Sekian DS,
-Gerak Gempur Pemuda UCBA

kulaan said...

Assalamualaikum...
Datuk seri and blogger lain.....

Sekarang baru kita sedar apa sebenarnya rancangan terselindung Anwar Ibrahim yang dia bukan saja mahu jadi Perdana Menteri tetapi Presiden Malaysia dan Ketua Terus Tentera kerana dia mempunyai kewangan yang banyak dan perlu tunggu kejatuhan bangsa melayu.Tiada siapa tahu apa yang tersirat dalam buah fikiran dia terhadap Agama Islam,Bnagsa Melayu atau negara sebab dia ialah 'Bush Boy' dan tentang kewangan dan kekuatan pertahanan telah tersusun kerana dia mempunyai pengalaman semasa dalam kerajaan dahulu.Sekarang dia mempenggunakan segala kekuatan dengan menabur janji seperti Bush kepada dunia apabila menyerang Iraq sehingga Saddam dihukum gantung.
Kebijaksanaan dalam taktik perang saraf oleh anwar telah melemahakan jiwa-jiwa yang kosong sehingga kepimpinan Pas termakan budi dan duit walaupun Pas banyak menang tetapi bergantung kepada PKR seperti mana dahuluia berharap kepada Semangat 46.
Apabila Agama dijual beli maka tiada lagi masalah haram atau halal.Kebutaan hati oleh duniawi dan sogokan syaitan menyebabkan umat Islam sudah hilang jati diri.Lihat seluruh dunia bagaimana Islam dipelakukan oleh kaum kafiq dan musuh musuh Islam kerana adanya perosak Agama Islam sendiri.

Lexka said...

Sudah pasti Anwar akan jadi PM satu hari kerana Anwar mempergunakan senjata yg. paling kuat iaitu keadilan, kesaksamaan dan kebenaran. Senjata yg. ringkas ini tidak mampu ditangkas atau digunakan oleh UMNO. Mampukah UMNO tawarkan lebih daripada apa yg. ditawarkan oleh PKR? Perjuangkanlah keadilan untuk semua dan jadi tuan atau tidak adalah pilihan anda.

US Visa said...

Kita mesti mempertahankan Ketuanan Melayu atau kita akan pupus dan hanya wujud dlm muzium....wow..wat ure smokin..

Kalam Kasturi said...

Terima Kasih En. Khir atas tulisn anda. Sebenarnya saya berasa hairan kerana setelah 50 tahun merdeka pemimpin UMNO masih memperkatakan Hak Ketuanan Melayu. Kenapa UMNO masih tidak percaya dgn keupayaan org2 Melayu walaupun dah 50 thn merdeka. Berapa lama org Melayu perlu disuap lagi wahai En. Khir. UMNO sebenarnya takut pada bayang2 sendiri. Bukan UMNO tapi org2 yg duduk di atas mengaku sebagi pemimpin. Cuba En. Khir lihat berapa ramai org yg duduk di atas tahta UMNO yg hidupnya sederhana. Rata2 bila duduk di atas maka org2 tersebut tak akan hidup susah...sebab akan dpt kontrak kerja yg boleh membuahkan duit. Begitu juga berapa ramai anak2 org atas UMNO yg tak bekerja atau masih mencari kerja?

Bagi saya utk UMNO dan Melayu itu ujud di dunia maka pegang dan junjunglah Islam dahulu. Terutamanya org yg mengaku pemimpin mesti ISLAM kan diri dan keluarga dulu barulah melayu dan UMNO akan terus kekal. Ini janji Allah. Lihat sejarah dgn membaca Quran dan terjemahannya kemudian En. Khir nilaikan sendiri.

Kalam Kasturi said...

Salam En. Khir,

Satu tulisan yg baik utk mengusik minda dan hati org Melayu. Bagaiman pun utk org Melayu kekal ujud di dunia perlulah org yg mengaku jadi ketua/pemimpin dahulukan ISLAM. Sebarkan ISLAM dlm keluarga (isteri dan anak2). Saya ingin bertanya berapa ramai ketua UMNO yg selalu bejemaah di surau/masjid? Kalau masih kurang macam mana nak majukan Melayu/UMNO.

Ada ketua2 UMNO yg isterinya masih belum betul tudungnya...macam mana nak majukan Melayu/UMNO.

Ada ketua2 UMNO yg masih lagi kumpul harta sedangkan rakyat masih susah...macam mana nak majukan Melayu/UMNO.

Ada ketua2 UMNO yg lupa mereka ada hamba kepada rakyat yg memilih tapi bila duduk di atas mereka cuba menindas rakyat...macam mana nak majukan Melayu/UMNO.

En Khir sebenarnya sudara perlu ingat dan ingatkan kepada ketua2 dlm UMNO bahawa mereka adalah hamba rakyat bukan rakyat hamba mereka. Sebab itulah sekarang ramai org Melayu sudah bosan dgn perangai org2 UMNO...sebab masih tak serik utk bertaubat. Andainya org UMNO (Ketua2) bertaubat dan kembali kpd ISLAM tak mustahil UMNO diterima kembali org Melayu.

Salam

anak langkawi said...

Dr. Seri..

Saya cadangkan.. ditukar nama Ketuanan Melayu kepada Kedaulatan melayu.. sbb makna & maksud mendalam sama..

jadi tiaadala org menggunakan istilah itu utk politic reason..

Hidup "Kedaulatan Melayu"

Ruz said...

Menteri UMNO semakin pincang!!

Orang tua suka berkata telajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Satu persatu tindakan kerajaan BN membuka tembelang mereka sendiri. Dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat, mereka masih tdiak berakal setiap kali membuat keputusan. Buat dulu baru fikir, mungkin itu slogan terbaik untuk kerajaan BN sekarang. Bila tersalah langkah maka lantas pihak lain dipersalahkan tidak pernah diakui kesilapan yang dilakukan, memohon maaf dan cuba memperbaiki kelemahan. Pemimpin yang berideolegi 'menolak' ini sebenarnya adalah parasit dalam kerajaan. Bagaimana seorang PM boleh melantik parasit-parasit ini ke dalam kabinet? Parasit yang suka membuat keputusan sebelum berfikir dan akhirnya bukan memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan tetapi memperjelaskan lagi bahawa kerajaan BN tidak ikhlas, bersifat berat sebelah, tidak bijak dan diwakili oleh menteri-menteri berfikiran singkat.

Apa yang saya katakan ini adalah berdasarkan fakta daripada banyak kes yang berlaku hari ini. Terbaru adalah pembatalan pasport Pengerusi Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf), P Waythamoorthy. Bukan saya menyokong Hidraf tetapi sebagai rakyat Malaysia saya kesal dengan tindakan Menteri yang bermuka-muka, bukan kes ini sahaja banyak kes lain, kes babi di Selangor contohnya... sekali lagi saya jelaskan disini bahawa RAKYAT SUDAH JELAK, MUAK dan MELUAT dengan pemimpin-pemimpin sebegini. Asyik menuding jari, tak mengaku kesilapan, cakap berbelit-belit, suka menuduh tanpa usul periksa, membuat keputusan tapi tidak mengaku kemudiannya dan pelbagai karenah yang membosankan. Ingatlah UMNO dan BN, mesej jelas telah disampaikan pada PRU12 tapi sayangnya UMNO masih tak sedar diri. Jika orang-orang sebegini masih lagi memikirkan poket sendiri melebihi kepentingan dan perjuangan untuk rakyat, Selamat Tinggal saya ucapkan. Rakyat yang melantik anda untuk mewakili rakyat bukan untuk mengumpul harta dan tamakkan darjat dunia. Tolonglah... insaflah, takkan kita nak lihat satu persatu pemimpin UMNO tersungkur, ditelanjangkan tembelangnya baru nak sedarkan diri.

Bagaimana mungkin Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar menyatakan pasport P Waythamoorthy tidak dibatalkan? Sedangkan Imigresen di Britain menyatakan kerajaan Malaysia telah membatalkan pasport tersebut. Waythamoorthy dibenarkan masuk dan tinggal di United Kingdom selama enam bulan pada 2 April 2008 selepas kepulangannya dari India. Menurutnya, tidak ada mana-mana negara yang akan membenarkan orang asing masuk ke wilayah mereka sekiranya tempoh tamat passport mereka kurang daripada enam bulan.

Jadi bagaimana seorang Menteri senior boleh memberikan alasan pasport tersebut MUNGKIN tamat tempoh? Jika tak tahu rujuk dahulu jangan sesekali menggunakan perkataan MUNGKIN kerana impaknya besar. Bukan sahaja kepada kredibiliti beliau sendiri, beliau bercakap mewakili kementeriannya, mewakili kerajaan BN dan mewakili negara. Jadi dimanakah letaknya kelayakan beliau yang membolehkan beliau dilantik menjadi Menteri?

Itulah yang saya katakan dari awal tadi dan di dalam posting yang lepas-lepas. UMNO dan BN masih tidak sedar. Bangkitlah atau kita akan sama-sama meraikan kejatuhan kerajaan UMNO, kenapa UMNO bukan BN? Sebab UMNO yang menerajui kerajaan, PMnya orang UMNO, parti komponen hanya boneka! Yang dipergunakan untuk merialisasikan impian UMNO membentuk kerajaan.

KES Ke 2 : DAKWAT KEKAL LAGI...

Tepat seperti yang disangkakan. Pembatalan penggunaan dakwat kekal semasa PRU12 adalah satu agenda yang dirancang. Kalau tak faham sila baca posting saya yang lepas-lepas. Beberapa hari sebelum 8 Mac 2008, SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal tersebut dan polis memberikan alasan keselamatan. Dipercayai ada pihak cuba mensabotaj (saya percaya pihak tersebut adalah pihak yang berkepentingan, dan tak mahu taktik kotor mereka untuk menang PRU12 terbongkar), ada tangkapan polis dibuat tapi sehingga 2 bulan kemudian apa jadi dengan penjenayah yang kononnya ditangkap itu?

Dan minggu lepas, Pengerusi SPR menyatakan pula ianya arahan kabinet dan beliau telah diberi amaran (atau saya kira ugutan) jika dakwat tersebut terus digunakan maka SPR harus bertanggungjawab atas segala masalah yang mungkin timbul. Beranikah pengerusi SPR meneruskan