Assalamualamualaikum dan salam sejahtera para sabahat bloggers dan para pembaca sekalian.
Kebelakangan ini negara sedang dikecohkan mengenai tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor YB Karpal Singh yang mencabar hak Sultan untuk memutuskan kedudukan para pegawai pentadbir agama Islam di Perak. Ternyata Pakatan Rakyat tidak memahami bahawa perlantikan pegawai agama Islam adalah di bawah Sultan. Sultan hanya memberi kuasa kepada Menteri Besar untuk melantik dan menjalankan pentadbiran agama. Sebarang perubahan dan keputusan mengenai agama perlu mendapat perkenan tuanku Sultan.
Saya harap YB Karpal Singh tidak terus mempertikaikan kuasa Sultan kerana ia hanya menampakkan kebiadapan dan tidak matang beliau sebagai ahli politik senior. Kalau Barisan nasional dianggap sombong dan angkuh, apa perkataan yang boleh dikatakan kepada DAP yang bertindak tanpa mengira undang-undang dan perasaaan orang ramai.
Peristiwa ini bukanlah satu peristiwa terasing. Saya melihat sudah wujud gerakan-gerakan untuk mencabar perkara-perkara pokok dalam Perlembagaan yang membabitkan agama Islam, raja-raja Melayu dan orang Melayu.
Perkara paling menyentuh hati saya sekarang ini ialah isu membabitkan penggunaan nama Allah dalam Bible berbahasa Melayu. Saya difahamkan sudah wujud gerakan untuk membenarkan perkara ini berlaku dan mengenakan tekanan kepada kepimpinan negara.
Setelah membenarkan Bible dicetak dalam bahasa Melayu, apakah kerajaan akan sekali lagi bertolak ansur dalam isu ini? Apakah ahli parlimen Islam, Pemimpin UMNO dan Pemimpin badan bukan kerajaan Melayu akan melihat tanpa bertindak apa-apa?
Jangan kita dikelirukan antara perkataan illah dengan Allah. la illah ha illahllah, yakni tiada tuhan melainkan Allah. Jika mereka mahu menggunakan perkataan arab bagi tuhan maka gunakanlah kata Illah. Allah merupakan tuhan yang maha esa. Manakala dalam bahasa Melayu kata nama Allah merupakan nama khas bukannya nama umum kepada tuhan.
Islam tidak mengiktiraf agama lain sebagai agama yang benar. Kita sebagai umat Islam juga perlu menolak pluralism atau kepelbagaian dan kesamarataan semua agama. Namun Islam tidak pernah menghalang agama lain diamalkan.
Isu penggunaan nama Allah dalam kitab agama lain ini sudah ditolak oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1986. Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika itu melarang penggunaan perkataan Allah, Kaabah, Solat dan Baitullah. Ia juga telah ditolak oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beberapa tahun lalu.
Namun tampaknya sekarang ini sudah wujud aliran pendapat di kalangan pemimpin tertentu untuk membenarkannya.
Apakah tujuan desakan untuk menukar perkataan tuhan kepada perkataan Allah oleh mubaligh Kristian? Sebagai orang Islam saya melihat ada tujuan pihak tertentu dalam jangka masa akan datang untuk mengelirukan generasi muda Melayu.
Apakah akan terjadi jika anak-anak muda kita nanti mendapat risalah Kristian dalam bahasa Melayu menggunakan perkataan Allah sebagai ganti tuhan mereka? Bukankah ini merupakan cara halus untuk melanggar Perlembagaan yang melarang sebarang dakwah agama lain ke atas umat Islam?
Justeru saya melihat hanya ada dua cara untuk menghalang perkara ini:
Pertamanya, memohon limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja masuk campur dalam hal ini. Ini merupakan usaha mencabar kedudukan dan martabat agama Islam.
Kedua, apakah ada Ahli Parlimen Islam yang berani mengusulkan satu undang-undang menjadikan perkataan Allah sebagai hak mutlak agama Islam sahaja. Jika ini diluluskan tentulah tiada siapa boleh mencabar di mahkamah lagi.
Umat Islam harus berhati-hati dalam soal ini. Usah menang sorak, kampung tergadai!
Kebelakangan ini negara sedang dikecohkan mengenai tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor YB Karpal Singh yang mencabar hak Sultan untuk memutuskan kedudukan para pegawai pentadbir agama Islam di Perak. Ternyata Pakatan Rakyat tidak memahami bahawa perlantikan pegawai agama Islam adalah di bawah Sultan. Sultan hanya memberi kuasa kepada Menteri Besar untuk melantik dan menjalankan pentadbiran agama. Sebarang perubahan dan keputusan mengenai agama perlu mendapat perkenan tuanku Sultan.
Saya harap YB Karpal Singh tidak terus mempertikaikan kuasa Sultan kerana ia hanya menampakkan kebiadapan dan tidak matang beliau sebagai ahli politik senior. Kalau Barisan nasional dianggap sombong dan angkuh, apa perkataan yang boleh dikatakan kepada DAP yang bertindak tanpa mengira undang-undang dan perasaaan orang ramai.
Peristiwa ini bukanlah satu peristiwa terasing. Saya melihat sudah wujud gerakan-gerakan untuk mencabar perkara-perkara pokok dalam Perlembagaan yang membabitkan agama Islam, raja-raja Melayu dan orang Melayu.
Perkara paling menyentuh hati saya sekarang ini ialah isu membabitkan penggunaan nama Allah dalam Bible berbahasa Melayu. Saya difahamkan sudah wujud gerakan untuk membenarkan perkara ini berlaku dan mengenakan tekanan kepada kepimpinan negara.
Setelah membenarkan Bible dicetak dalam bahasa Melayu, apakah kerajaan akan sekali lagi bertolak ansur dalam isu ini? Apakah ahli parlimen Islam, Pemimpin UMNO dan Pemimpin badan bukan kerajaan Melayu akan melihat tanpa bertindak apa-apa?
Jangan kita dikelirukan antara perkataan illah dengan Allah. la illah ha illahllah, yakni tiada tuhan melainkan Allah. Jika mereka mahu menggunakan perkataan arab bagi tuhan maka gunakanlah kata Illah. Allah merupakan tuhan yang maha esa. Manakala dalam bahasa Melayu kata nama Allah merupakan nama khas bukannya nama umum kepada tuhan.
Islam tidak mengiktiraf agama lain sebagai agama yang benar. Kita sebagai umat Islam juga perlu menolak pluralism atau kepelbagaian dan kesamarataan semua agama. Namun Islam tidak pernah menghalang agama lain diamalkan.
Isu penggunaan nama Allah dalam kitab agama lain ini sudah ditolak oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1986. Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika itu melarang penggunaan perkataan Allah, Kaabah, Solat dan Baitullah. Ia juga telah ditolak oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beberapa tahun lalu.
Namun tampaknya sekarang ini sudah wujud aliran pendapat di kalangan pemimpin tertentu untuk membenarkannya.
Apakah tujuan desakan untuk menukar perkataan tuhan kepada perkataan Allah oleh mubaligh Kristian? Sebagai orang Islam saya melihat ada tujuan pihak tertentu dalam jangka masa akan datang untuk mengelirukan generasi muda Melayu.
Apakah akan terjadi jika anak-anak muda kita nanti mendapat risalah Kristian dalam bahasa Melayu menggunakan perkataan Allah sebagai ganti tuhan mereka? Bukankah ini merupakan cara halus untuk melanggar Perlembagaan yang melarang sebarang dakwah agama lain ke atas umat Islam?
Justeru saya melihat hanya ada dua cara untuk menghalang perkara ini:
Pertamanya, memohon limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja masuk campur dalam hal ini. Ini merupakan usaha mencabar kedudukan dan martabat agama Islam.
Kedua, apakah ada Ahli Parlimen Islam yang berani mengusulkan satu undang-undang menjadikan perkataan Allah sebagai hak mutlak agama Islam sahaja. Jika ini diluluskan tentulah tiada siapa boleh mencabar di mahkamah lagi.
Umat Islam harus berhati-hati dalam soal ini. Usah menang sorak, kampung tergadai!
141 comments:
Apa yang ada pada nama? Saya rasa pendapat orang Islam macam kau nilah yang buat aku meluat.
Salam DMKT.
Serangan musuh Islam terhadap orang Islam bukanlah perkara baru. Perkara ini terjadi sejak keRasulan Nabi Muhammad s.a.w lagi. Apa yang hendak dihairankan? Bukan saja nama, bahkan budaya, sudut pemikiran,politik,ekonomi, pemakaian dan lain-lain telah dijadikan oleh musuh Islam untuk memesongkan akidah orang Islam.
Di sinilah letaknya peri penting setiap orang Islam untuk mempertahankan Islam. Sebagai rakyat biasa yang beragama Islam wajiblah mendidik diri sendiri dan anak-anak agar sentiasa menjadikan Islam sebagai pedoman hidup. Bagi pemimpin Islam yang memimpin pula perlulah lebih banyak bermusyawarah sesama mereka. Dalam isu-isu "Islam dicabar..." kesemua pemimpin tidak kira BN atau PR asalkan beragama Islam perlulah mereka duduk bersama berbincang lalu mendapatkan satu mekanisme untuk mempertahankan lalu memperkembangkan Islam di bumi Allah ini.
Ada kalanya kita beranggapan musuh Islam sedang beransur-ansur memesongkan pemahaman kita terhadap Islam. TAPI sebenarnya musuh itu ialah diri kita sendiri. Kita sendiri mendidik rakyat agar benci-membenci sesama Islam didalam fahaman politik. Kalau kita perasan, parti-parti politik yang ada di Malaysia yang mewakili orang Islam sekarang ini adalah hasil daripada kelulusan penjajah British sebelum merdeka lagi.
Ramai pemimpin berkata negara telah merdeka tetapi penjajah British telah berjaya memastikan orang Islam di Malaysia akan sentiasa bermasalah terutamanya dalam politik Islam di Malaysia.
Benarlah kata DMKT, menang sorak kampung tergadai, KITA orang Islam sendiri yang perlahan-lahan mengadaikan maruah, harta, dan lain-lain kepada musuh-musuh Islam.
Ketemu lagi.......
DS
Karpal Singh is one of the extremist (DAP) that i mentioned before in my previous writing.I can still remember during my secondary school in Selayang Bharu, arwah Kiai Arshad slapped him from a "distance" due to his rudeness..Karpal Singh & Lim Kit Siang are 2 examples of inconsiderate extremists in the country. Thier sons, Gobind & Lim Guan Eng had no choice but to follow their roots, eventough these 2 seems "acceptable" due to highly educated. Nevertheless, Lim Guan Eng had served prison before.DAP is an example of extremist chinese party...similiar to PAP of Singapore. Most chinese are aware of these extremist,but recent trend had showed significant changes in the support. The greatest challenge faced by MCA & GERAKAN now is to return the loosing supports where UMNO and MIC should support them.
I fully support your suggestions to involved Majlis Raja2 and shall convey to BNBBC to discuss further on the usage of "Allah" and other related words in the re-production of Bible in BM.
Allahu akbar, Allah Maha Besar.
A.kum Datuk Seri,
1. DS, bukan Islam dicabar, menang sorak kampung tergadai. Tetapi yang sebenarnya 'Islam digadai, kampong rosak, menang tak bermakna'
2. Kerana apa..? UMNO angkuh, PKR sombong, PAS subahat dan DAP jahil.
3. Jika begitu elok benarlah bila pihak berkenaan mahu mengambil dan menjaga nama Allah. Ini kerana Pemimpin dan orang Islam negara ini sudah tidak tahu lagi untuk menjaga kesucian nama dan hukum-hukum Allah. Mereka hanya tahu menjaga duit dan harta sahaja.
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
DS
In Perak State Jurisdiction, the right of appointing/terminating/transferring state staffs DO lies with State Government. HOWEVER, in RELIGOUS (ISLAMIC) matters, prior CONSENT from Sultan Perak is mandatory. MB Perak had failed to comply with this & Sultan Perak have all the rights to strike out the order by MB Perak.
rgds
di sidang parlimen tempoh hari, telah ada persetujuan antara wakil umno dan pas supaya di wujudkan garis panduan yg lebih jelas berkaitan isu murtad. moga akan dpt dicapai dan dilaksanakan dgn jaya.
dah la Khir Toyo, dah kalah pilihanraya nak main isu perkauman pulak !!!
Tak de isu lain ke ?
perkara sebegini seharusnya diperbincangkan secara tertutup...
jgn diperbesarkan...buat apa nak ckp sesuatu yg sudah difahami?...
islam agama rasmi....siapa pun faham....sebab apa?..sebab dah termaktub dalam perlembagaan..
malahan karpal sendiri sebahagian drpd perlembagaan...sudah tentu dia faham...dia pun lawyer dan dia juga ahli parlimen yg menggubal undang-undang....
masalahnya disini adlh ada diantara kita memperbesarkan isu ini...jd jgn salahkan org lain kalau terjadi sesuatu yg buruk....
patutnya benda di perbincangkan sceara mendalam...dan jauhkan politik dlm hal ini...
kenapa tidak wakil agama masing-masing dipanggil berbincang...
ingat!!..umno bukan pertubuhan agama....pas juga bukan pertubuhan agama....
tp ada diantara org politik yg mahu jadi juara dlm hal ini....
tolonglah!!...jgn politikan semua benda....
Astaghfirullahila'zim...
Assalamualaikum Dato' Seri,
Sekali lagi saya bersuara di blog Dato' Seri.
Yang pertama tentang YB Karpal Singh. Saya mengikuti perkembangan berita konstroversi mengenai YB Karpal Singh sejak hari pertama sidang Parlimen pada musim ini. Dia telah menimbulkan kekecohan didalam sidang dengan berbalas caci maki dengan YB-YB lain dan paling membuatkan saya marah apabila dia mempersoalkan kewibawaan DYMM Yang DiPertuan Agong serta teks bacaannya. Apakah dia merasakan bahawa DYMM itu bodoh??? Apakah dia merasakan bahawa DYMM itu tidak memeriksa teks ucapan baginda sendiri??? Ternyata bahawa YB Karpal DENGAN SENGAJA untuk merendah-rendahkan martabat taraf DYMM dan daya intelek DYMM. Saya amat marah sekali pada YB Karpal ketika itu kerana mendapati bahawa dia sama sekali tidak menghormati DYMM. Dalam masa yang sama, Karpal telah juga mencabar DYMM Sultan Perak mengenai keputusan MB Nizar menukar Datuk Jamry Sury, sedangkan ianya jelas diluar bidang kuasa MB. MB Nizar sudah pun meminta maaf pada DYMM Sultan Perak. Namun, Karpal tetap berkeras dengan pendiriannya dengan menggunakan alasan "demi rakyat". Apakah dia tidak sedar bahawa pendiriannya telah membuat semua rakyat marah dan kecewa pada tindakannya? Itu bukan "demi rakyat", itu ialah "demi nak sorokkan keceluparan dan tidak hormat YB Karpal pada DYMM Sultan/Agong"!!! Oleh itu saya cadangkan agar satu memorandum dibuat agar YB Karpal diharamkan menjejakkan kaki dibumi PERAK (untuk kesalahannya pada DYMM Sultan Perak) dan diharamkan menjejakkan kaki dibumi Malaysia (untuk kesalahannya pada DYMM Yang diPertuan Agong).
Yang keduanya ialah mengenai pengunaan kalimah Allah pada Bible yang kini dibenarkan oleh mahkamah. Dengan ini terbatallah sudah keputusan Tun Dr. Mahathir pada 1986 didalam salah satu perjuangan kerajaan Malaysia mendaulatkan Islam dan nama baik Islam di Malaysia. Dato' Seri, saya memandang berat tentang ini kerana saya juga beragama Islam dan mengamalkan ajarannya. Saya bersetuju dengan Dato' Seri mengenai perkara ini. Penggunaan kalimah Allah didalangi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dari kepimpinan dengan memperalatkan kuasa mahkamah yang digambarkan "telus mulus" baru-baru ini (isu pampasan Tun Saleh Abas, sedangkan saya merasakan tindakan itu memberikan imje yang lebih buruk pada judiciary system dengan campur tangan ahli-ahli politik-majlis dipenuhi oleh ahli-ahli politik berbanding pengamal perundangan). Oleh itu saya menyokong 100% saranan Dato' Seri agar pihak DYMM Yg DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan kuasa yang ada untuk campur tangan didalam hal ini.
Sekian, terima kasih.
Hidup Islam, Hidup Melayu dan Hidup Malaysia ku..!!!
Memang hakikatnya Pakatan Rakyat telah menguasai pemerintahan di 5 buah negeri. Pakatan ini yang mungkin pada anggapan mereka dalam suasana 'menang-menang', namun hakikatnya idealisme perjuangan setiap pemimpin utama yang mewakili PKR dan PAS telah mula 'ditongsampahkan'. Kalau dulu DSAI memulakan gerakan fundamental Islam melalui ABIM, kini telah menjadi seorang liberalis. Malah PAS dengan slogan 'Membangun Bersama Islam'telah menyimpan Islam di dalam jubah mereka dan mula bersorak dengan 'PAS Untuk Semua'.
Dengan ketidaktegasan penggiat utama PKR dan PAS telah memberi ruang kepada DAP untuk mempertikaikan soal ras dan agama. Apakah cukup dengan kenyataan media oleh Mursyidul Am dan Setia Usaha Agung PAS hari ini, cukup untuk membuktikan bahawa mereka masih mempertahankan bangsa dan agama? Atau hanya sandiwara yang mana apabila mereka berbincang dalam Pakatan Rakyat, mereka gagal menutup mulut DAP dari terus mencetus provokasi yang kontroversi.
Kalau dulu UMNO dikatakan terlalu lembut dengan tekanan-tekanan parti komponen BN, maka hari ini PKR dan PAS lembik dalam soal agama dan bangsa dek oleh ikatan longgar dalam menentukan hala tuju pakatan yang mereka wujudkan.
Persoalannya ke mana kita selepas ini?
YBhg Dato' Seri,
I have followed your blog from your very first post, mainly because I admire the way in which you are able to articulate your views. It was so different to my impression of you as a person, given your public persona as painted by the media when you were the Chief Minister of Selangor.
More often than not, I find myself at odds with your views, and yet I found it no hardship to respect them – without ever having the need to comment.
As for this latest blog post, again I would like to assert that I remain respectful of your views but I find myself virulently in disagreement with some of them.
Firstly, on the use of the word Allah in Bibles. I personally do not find it a problem, not because I am a closet Christian or some such, but because as a Muslim, I am confident of my own faith. Saya tidak akan keliru. Sekalipun jika saya membaca Bible. Ini adalah kerana saya memang tahu yang Bible itu adalah kitab orang Kristian, dan saya adalah seorang Islam. Saya berpandukan kepada al-Qur'an, and that will never sway.
Sekiranya anak-anak Melayu keliru jika terbaca Bible, itu bukan salah orang Kristian, tetapi itu salah kita sendiri sebagai orang Islam yang tidak mendidik anak-anak kita sendiri tentang agama kita sendiri. If our youngsters get confused, we must not abrogate our own responsibilities in letting them see the right path, and instead accuse the Christians of missionary action.
Dakwah kita sendiri perlu lebih kuat dari dakwah mereka! Dan kita perlu lakukannya bukan dengan undang-undang, bukan dengan campur tangan Raja-Raja – tetapi dengan usaha kita sendiri, jika kita ingin bangunkan ummah yang jatidiri. To build a Muslim ummah that is confident with itself and its own faith.
Secondly, on the issue of Islam not recognising the other religions as true religions ... well, in the time of Muhammad S.A.W., and until today, the Christians and Jews are considered ahl-Kitab, and are considered protected people under Islam (dhimmi). And while there are issues with that too, there was never any reason to believe that they were not allowed to be Christians and Jews. To put that into context, they were allowed to be whatever they were when the Prophet S.A.W. was actually still alive! Tak ada salahnya kita menghormati hak orang lain untuk menganuti agama mereka sendiri. It's not a threat! Respecting them does not mean we acknowledge their gods. There is no polytheism here.
The field of Comparative Religious Studies were pioneered by Muslims, and so was the genesis of secularisation (not secularism, per se). A Muslim first translated the works of Aristotle and Plato, and also had no problems studying the Ancient Greeks' gods.
It's entirely logical to assume that no religion considers another religion to be it's equal, certainly none of the Abrahamic religions do. But that does not eliminate pluralism. Islam is dedicating oneself to Allah, not about empire or of subjugating others. Kita perlu terima konsep pluralism, dalam pandangan saya – not in the sense that other religions are the same as Islam, but that non-Muslims have equal rights to practise their religion as they see fit. So, that should be how pluralism is defined.
Finally, I have never believed it whenever someone says that Islam is under threat. How can it be? It simply is not logically possible, if we understand and accept that it is the One True Faith! Is there anything in this universe than can possibly challenge God? It's impossible. When you and I are dead, when our children are dead, when our children's children are dead and so on ... Islam will still be here. Allah is omnipotent and omniscient. Tak ada apa yang nak dirisaukan tentang cabaran kepada Islam.
Apa perlu kita takut orang beragama lain nak berdakwah kepada orang Islam? Kan kita dah tahu agama Islam agama sebenar? Atau kita nak menutup kelemahan kita sendiri dengan berselindung disebalik undang-undang dan Raja-Raja? Sebab kita sendiri tak yakin dengan kebolehan kita sendiri dalam meyakinkan mereka yang goyah? Absolute faith has no fear of challenges, and instead of hiding behind others' coat tails, we should look within us and fix our own problems.
Sorry Dato', panjang sikit.
salam dato' seri
seringkali mereka menyatakan karpal singh sebagai peguam terkemuka yang mahir dalam undang-undang tetapi mereka sengaja tidak menyebut bahawa Paduka Seri Sultan Perak adalah Ketua Hakim Negara pada suatu ketika dahulu. sebagai penjawat tertinggi badan kehakiman dahulu, baginda sudah tentu mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang termasuk Perlembagaan. oleh yang demikian, siapalah karpal singh berbanding dengan Paduka Seri Sultan Perak dalam memahami undang-undang dan Perlembagaan.
kokok karpal singh sekarang ini adalah usaha memperalatkan dirinya sendiri untuk mengalihkan perhatian umum, khususnya orang-orang Melayu daripada isu kepimpinan umno/bn dan negara keseluruhannya.
Allah, umat Islam di Malaysia dah lama tergadai di bawah pimpinan UMNO-BN...
Asmk Dr.
Masalah keagamaan ni kebanyakannya disebabkan oleh kelemahan kita juga. Ada kuasa tapi tak pandai pakai. Dari segi fizikal misalnya, kat gereja ada tempat permainan untuk orang muda, kat masjid jadi kawasan larangan. Kat gereja ada bas kecil mengambil penduduk mendengar taklimat setiap minggu, kat masjid yang ada van jenazah je (jarang-jarang). Orang gereja keluar menemui penduduk hulurkan bantuan, orang masjid bertemu penduduk panggil dengar ceramah je.
Orang Islam dulu dihantar ke kawasan bukan islam untuk tunjukkan contoh kebaikan, kita sekarang takut orang lain datang tunjukkan kebaikan mereka. Sebab org bukan islam buat kerja dengan ikhlas, kita buat kerja untuk menunjuk-nunjuk. Selangor katanya mempunyai pusat zakat terbaik, tapi ramai yang meminta-minta ditepi jalan kononnya untuk amal jariah. Pegawai Pusat Zakat dan Yayasan keluar beri ceramah kat sekolah-sekolah pada waktu pejabat (dikira tugas rasmi le tu), tapi terpaksa pula diberi duit sagu hati sampai beratus ringgi. Motivator Islam yang terkenal bersyarah ke seluruh negara kononnya semua kerana Allah tapi bayarannya ditetapkan ribuan ringgi. Pengalaman saya bekerjasama dengan pihak gereja lagi senang dipercayai dan diyakini daripada bekerja dengan pihak pengurusan masjid. Banyak sangat patang larang dan adat.
Untuk makluman saya bekas guru pendidikan islam, 5 tahun mengajar disekolah cina sibu, sarawak, 5 tahun di negeri Islam, PAS kelantan, 2 tahun di negeri selangor dan 5 bulan di Johor. Kini berhenti dan menetap di selangor dalam usia 30an
Salam Datuk Seri
Beberapa hari lalu semasa menonton rancangan Dateline di channel SBS Australia, dipaparkan kisah pengikut Ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin selepas perobohan markas mereka di Terengganu. Antara isu yg diutarakan adalah hak kebebasan beragama di Malaysia.
Saya percaya, ramai antara penduduk Malaysia tidak boleh membezakan antara kebebasan beragama dengan mencemarkan/merosakkan agama.
Boleh dikatakan kesemua ajaran difatwakan sesat mempunyai elemen pencemaran agama.
Bagi saya,rakyat Malaysia ada hak utk menganut apa-apa agama di Malaysia, baik Islam,Kristian,Buddha,Hindu,Taoisme,Atheist ,Agnostic,Wicca,agama Yahudi mahupun Scientology.
Tetapi rakyat tidak boleh mencemar dan menghina ajaran mana-mana agama,sehingga menimbulkan kekeliruan dan keraguan penganut agama tersebut.
Jadi,kerajaan dan pembangkang serta rakyat Malaysia seharusnya bekerjasama mengekang apa-apa usaha untuk mencemar dan menghina kesucian kesemua agama di Malaysia dalam apa jua bentuk sekalipun.
Sekiranya usaha meletakkan nama Allah dalam Bible dibenarkan, ia boleh dianggap sebagai salah satu usaha untuk mencemarkan kesucian agama Islam dengan mewujudkan kekeliruan dikalangan penganut Islam.
Bukti-bukti mengenai kekeliruan ini telah dilihat sejak beberapa tahun lepas.
Akan tetapi, dalam masa yg sama penganut Islam seharusnya juga berusaha utk memantapkan lagi program da'wah Islamiah dikalangan penganutnya agar asas pengetahuan Islam dikalangan orang Islam Malaysia lebih kukuh dan utuh. Ini akan menjadi mekanisme yg akan menidakkan segala usaha untuk mengelirukan umat Islam.
Umat Islam Malaysia seharusnya dapat membezakan dan mengenali Al-Quran dengan kitab agama lain dalam bahasa Arab.Ini kerana apabila kita tidak kenal surah-surah Al-Quran,ada kemungkinan kita akan menganggap apa-apa yang ditulis dalam bahasa Arab,lengkap dengan tanda baris sebagai ayat Al-Quran, walaupun ianya bukan.
YB Datuk,
Minta izin laluan berita gembira ini :
Saturday, May 10, 2008
Wigan 0 Man Utd 3
Man Utd crowned Premier League champions for the 10th time after the deafeat of Wigan in their final game .
Their star Ronaldo scored 2 goals to bring his tally for the season to 42 goals. Goalie van der Sar scored the final goal when his goalmouth kick at the final minute of injury time sailed into the Wigan goalmouth.
United were remarkable despite being reduced to 8 men by the 80th minute after the dismissal of Rio Ferdinand, Wes Brown and Patrice Evra for arguing with each other.
Long live the champions.
Chelsea ? Chelsea who ?
Posted by Bung Karno
Salam datok seri
Inilah sebabnya kita jangan memilih beruk menjadi menteri. Lain yang di harap, lain yang dibuat.
Salam Datuk Seri,
Beberapa hari lepas saya menonton Dateline di stesen SBS Australia.Ia memaparkan kisah pengikut Ayah Pin di Terengganu.Antara isu berbangkit dlm rancangan tersbut adalah hak kebebasan beragama di Malaysia.
Saya percaya,ramai antara kita yg tidak boleh membezakan antara kebebasan beragama dgn pencemaran agama.
Kita seharusnya menghalang apa-apa usaha untuk menghina dan mencemar ajaran mana-mana agama di Malaysia.
Jika tiba-tiba ada kumpulan mengatakan Jesus membenarkan human sacrifice dengan mengada-adakan ayat yg tak pernah diucap oleh Jesus,maka kita semua mesti menghalang kewujudan kumpulan tersebut.
Jika tiba-tiba ada kumpulan mengatakan dialah Nabi Islam terakhir,maka kita semua mesti menghalang operasi kumpulan tersebut.
Agama adalah suatu perkara yang suci dikalangan pengikutnya.Dalam Malaysia,kita seharusnya saling memahami mengenai agam-agama lain dan kita seharusnya bekerjasama utk memastikan kesucian segala agama di Malaysia terjaga.
Korupsi ajaran agama wajib dihalang dan ditentang.
Sebarang usaha utk mengelirukan penganut agama lain mengenai ajaran agamanya dgn merosakkan agama tersebut adalah tidak beretika dan wajib dihalang.
Usaha-usaha seperti penggunaan nama Allah dlm Bible wajib disekat.
Kita tidak mahu kekeliruan berlaku krn ini akan menggoncang keamanan negara.
Akan tetapi usaha pemantapan ilmu keagamaan dlm lingkungan penganutnya mestilah dilakukan kerana ini akan menjadi pelindung terhadap usaha perosakan ajaran keagamaan.
YB DS Dr Khir,
Saya amat merasakan bahawa DAP dan Pakatan Rakyat (PR) sudah besar kepala, sombong dan bongkak kerana dengan memperolehi lebih banyak kerusi mereka merasakan mereka sudah boleh melakukan apa saja tanpa mengira sensitiviti. Mereka sering menggunakan istilah bahawa PR adalah suara rakyat, tapi itu bukanlah sebenarnya. PR mendapat 48% undi popular dan bermaksud masih ada 52% suara yang masih percaya kepada BN. Saya tidak dapat mebayangkan apa akan jadi jika PR berjaya mendirikan kerajaan.
PR sering menggunakan isu Bangsa Malaysia, Suara Rakyat, Hak Asasi dsb tetapi maksud yang tersiratnya setiap kali istilah ini digunakan sebenarnya ia adalah pengikisan hak orang Melayu, kuasa Sultan dan Islam. Kita tidak boleh leka dan mengiakan saja omongon PR. Kita perlu lihat penipuan PR yang sudah mula terbongkar satu persatu.
Seperti yang YB DS katakan, penggunaan perkataan Allah didalam Bible bahasa Melayu adalah sesuatu yang harus ditentang sama sekali. Bukankah itu satu isyarat yang jelas bahawa agenda mengkristiankan melayu sedang dilakukan? Kita tidak boleh membiarkan penggunaan Allah didalam Bible dan Bible bahasa Melayu jugak tidak boleh dibenarkan sama sekali.
Kalau mereka nak Kristiankan orang Hindu, Buddha, Cina itu hak mereka, tapi kalau cuba mengkristiankan orang Islam, ITU SUDAH MELAMPAU!!!
Saya nak tunggu pandangan anggota PR yang mengaku Islam dan Melayu.
Sekarang ni kampung dah tergadai pun masih nak bersorak......
Buat pertama kali, Husin menyokong tindakan Pak Lah.
Tetapi jangan salah faham, Husin belum cium tangan lagi.
Kawan setuju dengan Datuk Seri. Sebenarnya ramai orang bawahan yang terlampau taksub untuk menukarkan kerajaan tanpa mengambil kira akibat daripada perbuatan mereka. Teman juga tidaklah sokong kerajaan sekarang 100% mana idaknya tak semua yang diorang buat tu adalah betul. Biasalah manusia namanya. Bila duk kat bawah dia nampak orang atas tu kuncup je mana idaknya macam piramid. bagi pihak atas pulak diorang lihat orang bawah ni terlampau besar. Iyelah nak buat bagi semua pihak puashati. Alih2 buat keputusan yang kurang bijak. Pikir2kan lah maksud teman ni. Kadang2 teman pun tak paham kenapa kebanyakan daripada orang besar2 ni mempunyai pendidikan yang tinggi tapi tak dapat menggunakanya sebaik mungkin. cepat melenting dan melatah. Yang bawah lagilah dah macam orang kena rasuk sampai sanggup kutuk mengutuk dan seperti mahu memutuskan tali persahabatan hanya kerana perbezaan politik. Manusia2 sedarlah kalian.
Biasalah nam pun manusia
Perkataan Allah digunakan penganut Christian di Mediterranean malah di sermon juga.
http://www.cwnews.com/news/viewstory.cfm?recnum=52928
http://www.newadvent.org/cathen/01316a.htm
http://www.brusselsjournal.com/node/1053
apa khabar dsk
ada sahabat2 dari kaum india bertanya saya "mengapa sultan buat begitu?
saya memberi penjelasan yang sultan ini umpama board of director dan mb seperti ceo sesuatu syarikat.walaupun urusan syarikat dibawah pengurusan ceo tetapi sebagai board beliau boleh menggunakan kuasanya jika ia merasakan kepentingan syarikat dari kaca mata board tersebut.jadi kes sultan perak ni lebih kurang macamtulah saya cakap.karpal ni sebenarnya nak tengok samada masih ramai tak orang melayu yang sanggup mempertahankan raja2 melayu.
tajuk yang dsk pilih pada kali ini memberi makna yang tersirat pada saya dan harus dikupas dengan lebih dalam lagi.
"UMAT ISLAM DICABAR:MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI"
mengapa umat islam dicabar?....pada saya satu saja yang utama iaitu....melayu berpecah!!!!!
hari ini kita terpaksa buat kerja2 menjawab,mempertahankan dan menjelaskan untuk pengetahuan rakyat umum.....bila masa kita bincang,bantu dan laksanakan peningkatan sumber ekonomi bangsa melayu?....inilah akibat bila melayu berpecah...bangsa lain buat duit bangsa kita asyik terpaksa menyedarkan bangsa sendiri yang tak faham2 tentang umno.lagi satu pemimpin dalam umno jangan cari duit kayakan diri sendiri dan kaum keluarga sahaja tetapi berilah kemudahan dan kekayaan itu sampai keakar umbi...kalau nak kaya sendiri2 pegi buka kedai tayar melayu sebab ramai melayu suka tukar sport rim kat kedai cina termasuk saya....haa kalau kaya mcamni memang tak ada orang dengki malah menjadi kebanggaan saya.kalau cari makan dalam umno sehingga membuat akar umbi meluat nanti umno jadi mangsa faham....harap faham....saya bukan suka puji orang tetapi pada pandangan saya dsk ini ok....insyaallah boleh diketengahkan dan lebih jauh lagi...teruskan dsk jangan berhenti mendekati akar umbi...ingat "dari mana kita datang...dan disitulah kita akan kembali"kalau pegi tinggi2 sangat gayat takut jatuh jadi tegur2lah orang kat bawah ni..sambil berblogger ni jangan sampai yang lama dilupakan dsk...jangan sampai yang kat kampung tu pula yang melompat...ingatkan sahaja!!!
saya memang menyokong usaha dsk dan kawan2 blogger semua berbicara secara rasional disini tetapi sampai bila kita asyik bertahan sahaja....
jika melayu bersatu dalam satu wadah adakah ada ramai yang berani mempertikaikan hak2 kita....sendiri fikir
maaf....maaf....maaf.... jika kata2 saya ini ada yang tersinggung tetapi saya ingin berkongsi pandangan saya untuk bangsa saya melayu.....pada saya umno ni memang dicemburui oleh ramai pihak diluar kerana kebijaksanaan pemimpin2 melayu mencipta formula kongsi kuasa dan kestabilan keamanan negara selama ini.lihat bila bn kurang kuasa siapa yang benar2 bersungguh2 ingin mempertahankan bn adakah.... umno...mic....mca....gerakan dan komponan2 lain.
pada saya orang2 umnolah yang bertungkus lumus ingin mempertahankan kuasa bn yang ada demi kestabilan dan keamanan bumi malaya ini.(yang lain2 pun pertahankan juga tetapi umnolah yang paling sibuk sekali sehinggakan ada kata2 sinis yang menyindir umno...saya bukanlah suka berpolitik selama ini saya memang tak ambil kesah sangat dan saya beri kepercayaan kepada pemimpin untuk mentadbir negara dengan aman...tetapi sekarang saya tak boleh tahan sebab pada saya ramai orang yang tak faham tentang kuasa umno)
jika pr yang berkuasa saya rasa bangsa2 lain tidak berapa risau malah mereka lebih ingin melihat PEMBAHARUAN.... jika kuasa tulang belakang yang selama ini dikuasai umno dalam BN beralih kepada PR....adakah dsk dan saudara2 blogger semua percaya kuasa tunjang dalam pr akan diberi kepada pas....saya ingin mencabar jika pr benar2 ingin berkuasa dan ingin melakukan perubahan tunjukkan pada kami rakyat semua.... pas boleh menunjangi pr dan direstui DAP dan KEADILAN?...haa jangan cepat melatah...fikir dulu apa yang saya tanya dan rasa ada tak perkara yang boleh meyakinkan saya.saya mahu tunjang pakatan rakyat adalah pas....boleh?dengar sini wahai pemimpin tertinggi dalam BN..... pru12 yang sudah adalah mesej pengajaran buat pemimpin BN sebenarnya bukanlah pr kuat sangat..kita bawahan ni ikut saja...jadi kembalilah muhasabah diri dan kepada pemimpin umno kembalilah kepada perjuangan sebenar dan juga kepada rakyat semua kembalikanlah kuasa kepada BN
penyokong2 keadilan jangan marah jika saya katakan keadilan hanya nampak kuat atas faktor DS ANWAR sahaja ....saya ada sedikit pengetahuan kerana saya sendiri pernah mengikuti perkembangan 1998...anak saya pun saya namakan ANWAR...dan saya pun pernah mengejutkan audion apabila menyebut nama ANWAR...sekali lagi saya harap orang melayu jangan cepat melatah bila berbicara dan banyakkan bersabar...jadilah pendengar yang setia dan selepas itu berhujahlah dengan meyakinkan ....saya tetap bersimpati dengan DS ANWAR...itu pandangan peribadi saya tetapi untuk kepentingan negara saya....saya tetap bersama dengan umno....harap dsk dan saudara blogger semua memahami
jika DS ANWAR sudah tiada cuba bayangkan kemana hala tuju saudara dan saudari semua?....ingat tajuk yang dsk pilih kali ini"menang sorak kampung tergadai"....adakah melayu keadilan sanggup mengadai maruah bangsa dan ditelanjangkan dan ditertawakan oleh lawan yang bijak memperdayakan kita semua?
saya bukan anti pas malah saya hormat orang2 pas(jika ALLAH memberi saya kuasa,saya akan memilih penyatuan orang pas kedalam umno yang telah menunjangi bumi malaya ini dengan niat biar kita membangun bersama2,tidak ada satupun yang sempurna baik umno atau pas) tapi apakan daya...ALLAH sentiasa menduga umatnya....dan melihat adakah melayu yang tinggal ini berilmu tinggi atau bertindak hanya mengikut emosi hati semata2.
dalam keadaan sekarang situasi politik berbeza,jadi saya ingin menjemput sahabat2 saya ...pas marilah menyokong umno dan berilah kuasa kembali dengan erti kata lain berilah kuasa tunjang melayu kepada umno kembali dan pas kalau tak bubar pun jadi pembangkang yang hebat cukuplah kerana itu yang terbaik pada saya.kalau tidak habis umno atau pas ibarat petir dilangit sabung menyabung tetapi hujan diharap tak turun tiba....salam perjuangan
p/s:dsk...jika kita diam ia membuat orang tertanya2...jadi adalah lebih baik kita menjawab...tak kira samada ia betul atau salah...terpulang kepada yang berfikir...
umno tidak boleh diwarisi
tetapi
umno hendaklah dihayati
Assalammualaikum dr..
Sememangnya Karpal singh tu dah melampau. Apa dia ingat pakatan pembangkang menang besar dia sudah boleh berlagak. sampai berani mempertikaikan kuasa sultan dan Yang Dipertuan Agong.
Sebenarnya benih benih perkauman dah mula disemai. Banyak hak hak orang melayu dipersoalkan. Mereka mula bergerak didalam diam. Dan sekarang mereka hendak mencabar agama Islam dengan menggunakan nama Allah S.W.T
Sebenarnya nama Allah S.W.T
dah digunakan di dalam bible di Indonesia malah penyebarannya juga dilakukan secara senyap dinegara kita. Dan sekarang mereka hendak melakukannya secara terang terangan.
Malangnya orang melayu yang beragama islam tak nampak benda ni. Bila isu ini dibangkitkan, mereka jadi takut. Takut untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Takut pada bayang bayang sendiri.
Sebenarnya Malaysia hendak dikatakan negara Islam mutlak bukanlah disebabkan kita masih mempunyai pelbagai kaum tetapi sebagai penganut yang terbesar dinegara ini, kita orang melayu perlulah mempertahankannya.
Orang melayu sudah banyak berkorban demi tolenrasi dengan kaum lain. dan sekarang sudah masanya kita berkeras dalam hal ni. Bukan kerana perkauman tetapi kerana agama.
Sesiapa yang mengucap la illah ha illahllah dia wajib bangun mempertahankan Islam tak kira dia orang UMNO, PKR atau PAS.
Ingat di AKHIRAT nanti Allah S.W.T TAK PANDANG PARTI kita tetapi hati dan amalan kita.
Salam Dr Khir,
Terima kasih atas penjelasan. Barulah jelas tentang apa yang di maksudkan dengan isu gantinama Allah dalam Bible ini.
Saya lebih suka untuk memilih pilihan ke 2 iaitu mengusulkan agar nama Allah dijadikan hak mutlak Islam sahaja. Tetapi soalan lain akan timbul pula apabila menyentuh tentang perkataan lain iaitu kaabah, solat dan baitullah dan mungkin ada lagi perkataan lain lagi. Perkara ini perlu diteliti dan disepakati sebelum diusul.
Itulah pandangan saya..
Dr Khir, Allah is an arabic word that pre-existed Islam, so why are you making this exclusive? Is it commonly used used in the arabic countries between different religions.
And christians and jews are people of the book. The all come from the same religious lineage, why are you maligning them? because in doing so you are maligning Islam.
I agree that what Karpal said was wrong but why are you linking this 2 issues together into a single landscape?
Whatever challenges we face as a nation, we face in together. This kind of politics you espouse divides people, gives a siege and a us vs them mentality.There is no us or them, there is only we.
The threat you feel you are facing is an imaginary one. You need to stir and create issues to make people vote for you. If this is the sum of all your ideas then you don't deserve to govern.
You should educate not compel
A.kum DS
Kami berpendapat Karpal Singh telah lupa Rukun Negara kita iaitu:
Kepercayaan kepada tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluruhan Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
Karpal harus memahami Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah yang kedua didalam Rukun Negara dan diikuti kedaulatan undang2 yg keempat.Apakah Karpal lupa dia adalah rakyat Malaysia dan tinggal di Malaysia.Jika dia ingat mengapa dia tidak berpegang kepada Rukun Negara kita?
Kami hairan walaupun Karpal sebagai peguam dia seharusnya lebih memahami apa yang termaktub didalam Rukun Negara Malaysia.Ingatlah Karpal Singh anda berpijak dibumi mana?Jangan memperlekehkan dan memanipulasikan undang-undang Negara ini untuk mencapai sesuatu yang bukan untuk rakyat Malaysia.
Mengapa mesti menyentuh sensitiviti orang melayu dengan menghina Kesultanan Melayu?Tidak cukupkah dengan isu khinzir?Sedarlah anda berada di tanah yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu.Sultan ibarat Ketua di dalam sesebuah Negeri.Apakah DAP bersifat tidak menghormati ketua?Dimana personaliti Umar Al khattab yang diwar-warkan DAP mengikutnya?
-Gerak Gempur
Assm DS,
Memang orang yang akan menggadaikan Tanah Melayu ini tiada lain kecuali orang Melayu sendiri. UMNO, PAS dan PKR tidak akan teragak-agak untuk menjual negara ini kerana gilakan kuasa, tamatkan harta. Saya melihat sendiri orang Melayu dengan megah dan penuh bersemangat mengibarkan bendera roket apabila DAP di istiharkan menang di kawasan parlimen tempat saya tinggal. Saya rasa orang yang sama juga tidak teragak-agak bersengkokol dengan DAP menderhaka kepada sultan, menghapuskan apa-apa yang special yang masih lagi tertinggal mengenai kaum Melayu ini dan agamanya. Tidak cukup dengan menghalalkan penggunaan nama ALLAH untuk kristian, terbaru pula membolehkan orang untuk murtad. Keluar masuk Islam bagaikan seperti jual-beli kereta. Tidak suka Myvi, beli saga dan tidak suka saga beli vios dan begitulah seterusnya.
Maka bersoraklah lah suku-sakat DAP seperti MCA, MIC dan Gerakan dengan perkembangan terbaru ini. Orang Melayu, baik UMNO, PAS atau PKR membisu seribu bahasa bagaikan akal gagal berfungsi, mulut telah dikunci. Ditengah-tengah asakan bertalu-talu DAP Karpal Singh, MCA Ong Ka Ting dan MIC Samy Vellu, UMNO Hisyamuddin Husin pula meminta ampun dan maaf. Mana pergi slogan UMNO yang memperjaungkan agama dan bangsa Melayu? Mana pergi slogan Pas yang hendak menegakkan agama Islam? Usah ditanya slogan PKR mengenai Islam dan Melayu kerana kedua-dua perkataan ini tidak terdapat di dalam kamusnya. Barangkali yang ada ialah bagaimana hendak memperdanamentrikan DSAI.
Salam DS,
Saya memang menjangka isu ini akan timbul apabila PR pakatan DAP, KPR dan PAS berkuasa. Oleh itu mari kita lihat realiti kehidupan meraka seharian, kita sebagai umat Islam yang beriman tetap pergi bersembayang di masjid yang fadilat yang lebih besar tatapi bagi golongan PAS dan PKR ke surau mereka di tempat mereka walaupun berdekatan dengam masjid yang demikian mereka berkata orang-orang di luar terkeluar dari jemaah pada saya jemaah adalah kumpulan yang terbesar tentu lah orang pergi ke masjid. kedua semasa semahyang jumaat bila tiba tok Khatib membaca khubah dan sampai bab mendoakan kesejateraan sultan kelihatan penyokong dan ahli PAS tidak menaminkan doa tersebut. Oleh itu tidak hairanlah orang PAS dan menteri besarnya biadap terhadap sultan. Ketiga PAS merasa besar, sombong dan angkoh aapabila di sokong oleh DAP dengan pakar-pakar perundangan yang berani mempersoalankan kedaulatan Melayu dan kesucian agama Islam.
Padenoran
Saya rasa ini sebenarnya dalih kerajaan untuk bermain politk dengan mengalihkan perhatian krisis dalam parti sendiri untuk menyemarakkan perasaan rakyat. Realitinya apa yang rakyat dapat? The man on the street gets nothing but those with ulterior motives lives on. Jadi kalau kita menganalisa situation di Perlis and Trengganu kenapa perlu PM berjumpa dengan sultan di negeri-negeri tersebut? Tidak sehati dan sejiwa dengan calon yang dipilih??? Eventually the government had to back down and accept the candidates that was put in place who were not the 1st choice!!! Why?? I notice that nowdays when it comes to investigating the opposition parties , the authorities act fast but the illegal funeral parlour in Jalan Gasing is still operating even since your time. Again you guys are a bunch of sore losers.
At the end of the day, BN ke atau PK sama aje untuk rakyat biasa macam kita. Tak payah terlalu terbawa dengan kata-kata ahli politik sangat. Dalam masa-masa begini Dr M calon paling sesuai untuk memimpin kita. HIDUP Tun M.
Saya memang tak senang duduk (mcm cacing kepanasan) Apabila Karpal Singh meragukan kuasa Sultan walaupun saya bukan orang Melayu.. Sudah jelas di dalam Perlembagaan Malaysia, Hal Ehwal Agama Islam adalah dibawah bidang kuasa Sultan.
Sultan adalah lambang kedaulatan negara kita. Jika kita sendiri yang cuba merosakkan institusi diraja negara kita, orang lain diluar sana akan mentertawakan kita.
salam...
hak asasi manusia- kebebasan beragama.. macam kat Indonesia.. Melayu bukan begitu. Kalau Bumi dengan bulan, gigi dengan gusi, kulit dengan kuku dan pantai dan lautan. begitulah Melayu dengan Islam..
http://pkrpasdap.blogspot.com
http://malaysialoni.blogspot.com
assalamualaikum...
Datuk Seri...
Memang benar apa yang DS coretkan disini, saya menyokong 100% apa yang DS coretkan.. memang wajar kita bersatupadu tentang Kafir mcm tu DS..
Malaysian tak perlu orang amcam tu untuk menjadi pemimpin.
Hidup Islam, Melayu untuk Malaysia
www.pewarismelayu.blogspot.com
Sdr Khir,
Nampaknya sdr dah mula nak divert daripada isu sebenar yang dihadapi oleh semua lapisan rakyat.
Sdr bukan tak tahu isu besar yang menghimpit rakyat sekarang ini, tidak kira mereka itu Islam atau bukan Islam ia-itu kos hidup yang melambung-lambung naik.
Apa yang pemimpin Umno aka kerajaan buat bagi menangani isu kenaikan harga beras sekarang?
Nampaknya Perdana Menteri seronok dok "berbalah" dengan Karpal Singh. Timbalan Perdana Menteri pula dok berkelahi dengan "Altantuya". Manakala beberapa NGO pulak sibuk dok ampu PM dengan deretan saman dan kutuk Karpal. Sdr pula berada dalam "halimunan" tak nampak isu mana yang patut diberi keutamaan.
Ikut kata menteri pertanian, negara dibekalkan dengan 70% bekalan beras dari dalam negara dan hanya 30% sahaja ditampung daripada bekalan luar negera. Kenapa pula harga beras terpaksa akur kepada harga 30% yang diimpot itu? Kenapa yang 70% ini pulak turut dinaikkan harga sedangkan harga padi tidak pun naik?
Ni apa punya minda kerajaan yang memerintah ni? Harga padi tak naik tiba-tiba harga beras pulak naik. Mana justifikasinya?
Sdr tahu tak, harga satu botol 4 liter racun rumpai Glyphosate telah naik daripada RM55.00 kepada RM80.00? Sdr sedar ke harga satu beg 50kg baja telah naik daripada RM63? kepada RM130.00? Harga padi tak jugak dibenarkan naik, alih-alih harga beras pulak dibenarkan naik!!!!
Please la Sdr. Tolong la sedarkan diri Perdana Menteri dan Timbalannya daripada BERMIMPI!!!!
bukankah kita patut mengajak mereka supaya turut menggunakan Perkataan "Allah" di dalam bible bahasa Inggeris supaya mereka tidak keliru?
Askm Dato Sri'
Nampak isu Dato sri' bawa ni dah basi, naper masa UMNO menentang kerajaan tak der yang report polis,..saper yg cakap kami nak idris jusoh ,natang u tak der yang jadikan isu..cari ler isu yang standard dgn taraf Dato Sri' sebagai MT UMNO.
Pasal ugama tu apa yang nak runsing,ugama Islam adalah universal..bukan hak orang melayu saja..Melayu cuma salah satu bangsa yang byk beragama Islam...bangsa lain lagi ramai yang berugama islam,.apa nak pelek.Jgn ugama pun nak dipolitikkan..Ulama kat M'sia sekarang semua asyik nak buat duit jer..kalau tak bayar mana nak dtg ceramah,..sekolah ugama pun kena bayar..kalau tak mana boleh masuk,..nak belajar mengaji al-quran pun kena bayar..macam tution..buku2 ugama dan kitab islam semua dijual dikedai termasuk air zamzam pun ada org buat bisnes,..sekarang ni hukum agama (halal) pun dah nak diswastakan(takkan tak tau..Jakim tu untuk aper kalau diswastakan),..untuk kahwin pun kena kursus(kena bayar lak tu-saper yang buat duit kat situ)..tapi masih byk yg cerai berai,.kristian semua mereka bagi percuma.. mubaligh kristian sanggup tidor bersama org asli dan menjaga kepentingan mereka..kita punya ulama mana sanggup sampai macam tu...semua naik keta mewah..tgk semua jabatan ugama bergerak dengan keta mewah(4x4- yg dekat sama dengan harga mercedez).puncanya hati ni ikhlas ke tak...
Saya bukan marah org nak buat duit dengan ugama,,tapi kristian semua mereka bagi free,..tak payah zakat..tapi tabung mereka berbilion-bilion untuk kembangkan ugama mereka.Kita dgn cara kita,,mereka dengan cara mereka,..jgn salahkan kristian kalau mereka lebih berjaya dari kita..kita kena tgk apa silap kita,,jgn asyik nak cari salah org saja.
Wassalam.
Rahim
KARPAL SINGH DENGAN ISU RAJA/SULTAN
Manusia semakin tua, semakin bertambah agung budi bahasa dan berkelakuan baik.
Lain bagi Karpal, bagi dia, semua orang tak betul dan sudah gila. Gila kerana menganggapnya sebagai PENDERHAKA? Atau gila kerana tidak faham Undang-undang? Pak Lah dan Sultan/Raja Melayu sendiri dikatakan tidak faham dan jahil pasal undang-undang.
Karpal hina Sultan Perak dan Kelantan pasal bidang kuasa Raja-raja.
Bahkan teks ucapan Yang Dipertua Agong (YDPA) pun dimomok budakkan-. Karpal kata-ucapan itu hanya disediakan oleh kerajaan.
Adakah YDPA adalah tali barut kerajaan? YDPA adalah payung kepada rakyat Malaysia- tak kira Melayu ke, Cina ke, India ke, Kadazan dusun, dayak, mickey mouse ke…
Hebat dan saya puji dengan kenyataan MB Kelantan- Tok Guru yang membidas Karpal.
Katanya, kalau di rumah kita ada ibu bapa, kita kena hormat dan mendengar nasihat mereka. Bagi Negara, Sultan atau Raja dianggap sebagai ‘ibu bapa’.
Ini pertama kali pendirian beliau secara peribadi yang tidak suka dengan ‘aksi ghairah’ Karpal yang suka mencabar undang-undang.
Mana Presiden PAS, Haji Hadi Awang? Diam aje. Takut pada DAP ke? Takut nanti DAP Perak tak sokong MB macam mana?
PAS sepatutnya mempertahankan Sultan dan Raja Melayu yang merupakan simbol kepada agama Islam dan bangsa serta ‘Ketuanan Malaysia’.
Takut kat Karpal daripada takut pada ALLAH?
Ibrahim Ali, YB Pasir Mas (calon bebas, bertanding atas tiket PAS) membidas sikap wakil rakyat PKR. Tahniah dan syabas buat pendekar Brehem kita. Inilah pejuang namanya, bukan jadi penyapu aje dalam parlimen. Yang disapu orang tak betul.
PKR dikatakan macam gelagat tiga ekor beruk- tutup mulut, mata dan telinga. PKR sebenarnya penakut bila hendak membela orang Melayu kerana PKR memperjuangkan ‘ketuanan rakyat’.
Tadi, Karpal diserbu oleh pihak polis di syarikat guamannya. Beberapa laporan polis dibuat oleh pelbagai lapisan masyarakat diserata negeri.
Kata karpal, ‘saya tidak gentar dan takut’.
Tapi kenapa bila ‘budak hingus’ dalam blog pasjohorbaharu menyeru supaya darah Karpal halal untuk dibunuh, bukan main dia takut. Mana betul main politik begini. Takut kat budak seorang lebih daripada takut seluruh rakyat Malaysia.
Mana Anwar Ibrahim? Abang Anwar tolonglah. Abang Anwar dok mana sekarang? Kalau Agong tak suka Anwar jadi PM, maka Anwar tak boleh jadi PM walaupun parti mendapat majoriti. Abang Anwar kena bela ‘Payung Rakyat’ dan ‘Ketuanan Rakyat’ yang sebenarnya, iaitu raja dan sultan Melayu. Bukan Karpal atau DAP.
Mana ketuanan-ketuanan-ketuanan… macam abang Anwar pekik-pekik selama ini!!
http://pkrpasdap.blogspot.com
Assalamualaikum DS.
Karpal orang yang paling tidak menghormati Orang Islam, cuba tanya dari pakatan parti mana?
tapi ada parti yang kononya memperjuangkan Islam Bersekongkol dengan si Karpal tu.
Berbicara tentang Agama bukanlah perkara yang boleh pandang ringan.. Pada zaman Rasullulah S.A.W para pejuang Islam sanggup berjuang mati-matian untuk menegakkan agama Allah S.W.T.
Perjuangan mereka tulus dan suci demi Islam tercinta, tetapi Pemimpin mana sekarang yang benar2 berjuang demi Islam??? UMNO? PAS? PKR memang sudah terang-terangan menyokong DAP.jadi PKR memang tak boleh nak diharap dalam soal ini.
Malangnya pada masa kini Umat Islam yang menjadi pemimpin khususnya seringkali menggunakan Islam sebagai topeng untuk meraih undi.. Kalau benar mereka berjuang untuk menegakkan agama Islam, mengapa isu ini tidak dapat diselesaikan lagi Wal hal degan kuasa politik yang ada, kita mampu menanganinya dengan baik..
Islam memang tidak menghalang agama lain untuk diamalkan tapi janganlah sampai dibiarkan agama lain nak disamakan dengan agama ISLAM yang ALLAH S.W.T wahyukan pada Rasullullah S.A.W. KEBIADAPAN pihak ini harus ditentang.
Bila direnug2kan mengapa manusia sering tidak bersyukur dengan kurniaan ALLAH S.W.T.. Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur. mengapa keamanan ini ingin sangat dimusnahkan????? Kasihanilah generasi akan datang. pertelingkahan yang berlaku sekarang ini amat mengancam generasi akan datang.
Ketamakkan kuasa sering menjadikan seseorang pemimpin tidak lagi berfikiran waras, bila syaitan telah menguasai jiwa, mereka pasti sanggup berbuat apa saja hingga mengetepikan ajaran Islam yang sebenar.Islam haruslah diamalkan ajaranya agar terus bekembang hingga ke akhir zaman.
SEdarlah WAHai PemimpinKu. USAHLAH LAGI BERCAKARAN SESAMA KITA LAGI, BERSATULAH DEMI AGAMA ISLAM YANG TERCINTA,
KEPADA PAS YANG PENGECUT DAN BACUL, DIMANA LAUNGAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM?? JANGAN JADI PENIPU KEPADA AGAMA SENDIRI.
KEPADA UMNO DIMANA KATA2 PERJUANGAN DEMI AGAMA,BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA.
KEPADA PKR YANG BERSEKONGKOL DENGAN DAP, BERTAUBATLAH ANDA, MASIH SEMPAT LAGI SEBELUM NAFAS YANG TERAKHIR.
ALLAHHU AKHBAR ALLAH MAHA BESAR
MATA HATI DAN JIWA...
assalammualaikum dan salam sejahtera Bangsa Malaysia.
Setelah saya baca komen2 dalam blog ini, terbawa saya untuk membiar anda semua terfikir:-
1) Kenapakah UMNO dan BN dikatakan musuh Islam. Tak ada bukti yang boleh membenarkan fitnah ini. Apakah pengamal Agama islam di malaysia di zalimi. Mana2 kita pergi masjid dan surau bukan satu masalah. Tuduhan ini adalah sentimen PAS terhadap UMNO. PAS memang pandai membuat sentimen supaya orang membenci seseorang individu dan parti politik. Mereka ini adalah orang berpendidikan ISlam tapi tak takut kepada amaran ALLAH SWT berkenaan Fitnah.
2) Perkara keagamaan ini tak boleh dibincang secara tertutup lagi. Kalau asik bincang cecara tertutup orang ramai tak tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Orang islam kena berani. Selama ini di Malaysia, pemimpin melayu dan Islam tak pernah menzalimi agama lain sepertima na yang berlaku diluar negara keatas orang islam.
Fikir lah....
Salam. DS.
Orang Melayu sudah "hilang roh dan semangat melayu" mereka terhakis sensitiviti tentang apa sahaja yang menjadi nilai, peradaban, falsafah serta pegangan terhadap bangsa melayu dan agama islam. Percubaan pihak tertentu untuk menekan dan dan memecahkan kelompok melayu sudak tidak mendapat perhatian sepakat dari orang melayu, bangsa melayu dan parti melayu. sekadar beberapa contoh yang menyentuh kepentingan melayu tidak lagi diambil kisah oleh mereka, seperti isu ladang babi, isu bahasa melayu, menghunus keris ( sehingga kita perlu tunduk dan memohon maaf atas berbuatan yang tidak nampak dimana dosanya - ini budaya melayu ) isu menghapuskan DEB oleh DAP di P.Pinang, isu penggunaan perkataan Allah dalam terjemahan injil, isu memperlekeh dan menghina Raja / Sultan melayu serta Yang Dipertuan Agong . Orang melayu kini sudah tidak mengangap perkara itu sebagai sesuatu yang menyentuh kepentingan dan menggugat mereka. Akan tetapi jika berlaku perkara yang melibatkan bangsa lain, reaksi mereka berbeza. Bangsa asing akan bangkit bersatu dan menunjukan reaksi marah mereka, contohnya isu kuil, isu sekolah jenis kebangsaan, isu hak dan keistimewaan orang melayu, isu ketuanan melayu, malah isu tahan kena ketuk ketampi dalam penjara( yang belum diketahui identitinya pada masa itu) turut mendapat tindak balas dan mereka bersatu dan melenting menyanggah kerajaan.
Apakah ini pun tidak cukup untuk menyedarkan orang melayu akan akibatnya berpecah dan berbalah sesama sendiri. Melayu harus kembali bersatu cukuplah segala kecaman dan sengketa sesama sendiri. terima kasih
YB Dr Khir,
Reformasi yang patut dilakukan bukan sahaja untuk UMNO tetapi pendekatan pendidikan Islam dalam kalangan rakyat bermula dari peringkat tadika. Islam tidak akan runtuh tercabar jika penganutnya memahami dan menggunakan sebagai cara hidup, teras dan intipati islam. Konsep hidup islam adalah untuk semua umat islam dan juga memberikan kebaikan kepada bukan islam jika mereka memahami. Saya percaya semua kampung di Malaysia boleh menjadi kampung Islam jika kita ada strategi yang tepat bagi mendekatkan bukan islam untuk memahami Islam. Maka tidak akan ada istilah kampung tergadai. Nampaknya ideal?. Tapi saya percaya penuh dengan pendekatan islam pasti semua boleh, InsyaAllah.
Dear Datuk,
Those people using word Allah meaning the One God when they worship TRINITY is more than an insult to our Faith. Our Prophet (PBUB), the Last of the Messengers, completed Allah’s religion on earth with incomparable exemplary and in perfecting Allah with 99 names.
Datuk, you can’t go wrong in advancing this cause but be forewarned, proceed with great caution as today’s enemies of Allah are manifold and they hide in many mischievous and treacherous forms. Strengthening your tauhid and akidah, insha ‘alah, should help you trounce these disbelievers. So fear not for the reward comes only from Him.
The promoter for the non-exclusivity of the word ‘Allah” is by no means a small fry or simple institution; its best you know its history and inside out who you are confronting with; do your research in-depth. In addition to your proposals, secure the help of the Ummah by bringing forward the cause to the forefront via the main stream media for most of the Ummah may not alien with blogging. The non-exclusivity was left to the courts to decide with the least of publicity and knowledge of the Ummah; most deceitful. The Unity of the Ummah is KEY to your success and its best to drum up their support even to the masjid, surau and madrahsah when necessary. The sanctity of the divinity of Allah is for us to protect with the dearest of our hearts lest “the fiery stones will fall upon us from the sky”. Also I would suggest you seek the assistance of those international dakwah instituitons who have experienced in such issues.
I fear the present leadership and the liberal minded Law Minister cannot be relied on because of their quest to promote more freedom in seeking popular support; the will of the minority is favored at the expense of the majority. Its timely and prudent for Muslim NGO’s to move forward in togetherness, armed with the best of the country’s Muslim solicitors, to challenge the court’s decision. To fund the legal challenge, if need be, set up a fund to collect from the Ummah and for sure the donations will heap by the day.
Do not leave any stones unturned.
May Allah guide us Malay Muslims in this honorable cau
UMNO juara meminkan isu perkauman, konon cakap pembangkang tapi sendiri buat..........dulu UMNO yang kurangkan kuasa raja-raja melayu di zaman 90an...tak dah lupa atau mudah lupa atau buat-buat lupa.........
Pi lah......
UMNO pasti kalah....
HALIMI K
YB Dr Khir,
CUBA BUAT SATU TOPIK "BRAINSTORMING REFORM UMNO".
Saya dah banyak bukak laman blog tak kira UMNO punya atau PAS, PKR atau orang punya. Tapi tak jumpapun satu laman yang boleh bagi pendapat tentang cara-cara nak reform UMNO dengan nada positif dan membina. Banyak topik2 yang dipaparkan tidak sesuai termasuk topik yang Dr Khir persembahkan sendiri. (Contoh: mengutuk org/ parti lain, menceritakan kelemahan org lain dan topik yang seakan menghasut)
Mungkin semua pelawat yg masuk boleh memberi idea tak kira baik atau buruk tapi jgn idea yg dok mengutuk org lain/parti lain, bangsa lain.
Harap Dr Fikir2kan ya.
TQ
Assamualaikum...
Terima kasih atas perlepasan komen-komen saya dalam blog sdr sebelum ini. Saya setuju dengan pandangan sdr berhubung penggunaan nama Allah dalam Bible. Ia tidak sepatutnya dibenarkan bukan kerana kita berfahaman primitf tetapi demi menjaga kesucian Islam.
Saya nampak usaha pihak tertentu untuk ikut sama mempopularkan nama Allah sebagai sengaja bagi mengelirukan umat Islam. Ada taktik dan usur dakyah dalam hal ini.
Sangat elok kalau kerajaan menggubal undang-undang agar nama Allah itu terkhusus kepada agama Islam saja dan tidak menjadikan nama Allah itu sebagai nama umum yang boleh dirujuk oleh mana-mana agama. Antara tanggungjawab orang Islam ialah menjaga kesucian nama Allah itu agar tidak tercemar dan terpalut dengan unsur-unsur lain.
Keperihatinan sdr dalam soal ini (agama) saya ucapkan terima kasih. Inilah sikap yang harus ada kepada setiap kita umat Islam. Wakil Rakyat, MB yang ada kuasa perlulah memelihara dan memastikan kedudukan agama senantiasa terpelihara dan terjamin.
Tetapi dalam pada itu saya jadi sedikit teralat dan hairan kenapa semasa sdr menjadi MB Selangor dulu sdr mengambil pendekatan untuk menghalang atau menutup pintu surau dan masjid dari dijadikan medan politik.
Bukankah mereka yang naik ke masjid berpolitik itu adalah orang Melayu dan mereka yang mendokong agama? Mereka juga berpolitik bagi menjamin dan menjaga keutuhan agama Islam.
Paling merujakan saya apabila Kerajaan pimpinan sdr tergamak merobohkan surau di Bangi.
Yang berlalu biarlah berlalu. Asal kapas menjadi benang. Ditenung benang menjadi baju. Kita pakailah baju itu sampai buruk!
Kesedaran dan keinsafana baru sdr dalam politik mungkin beetolak dari dosa-dosa lampau. Semoag Allah s.w.t. memberi kekuatan jasmani dan rohani kepada sdr menebus balik segala dosa dan negeri yang terlepas. Sesungguhnya orang-orang beruntung di sisi Allah ialah mereka yang memperakui kesilapan mereka!
Salam
MSO, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Saya bersependapat dengan Yussen. Mengapakah orang Islam takut akan agama lain? Kalau agama Islam boleh mempengaruhin begitu banyak manusia begitu lama, tentu sekali ada yang benar dengan ugama ini. Ugama tidak tukar tetapi pengikut sahaja yang tukar.
Kalau ada pengikut yang rasa ugama Islam sudah tidak 'sesuai' dengan penhidupannya, mengapakah menggunakan undang-undang untuk melarangnya untuk mengikut ugama lain? Bukankah ini menunjukkan 'kelemahan' ugama Islam sendiri, kerana ia perlu undang-undang untuk mempertahankan kedudukannya? Selain itu, kalau kelakuannya tidak menasabah, bukankah ini disalah sangkah sebagai 'keburukan' ugama Islam?
Ugama adalah kepercayaan dan kepercayaan tidak boleh dipaksa. Apa gunanya kalau seseorang itu digelar Islam tetapi cara hidupnya bukan Islam?
For the record, I am not a Muslim but a Buddhist.
KEPADA YANG MARAH SANGAT KAT UMNO NI KENAPA ? KAU ORANG YANG TAK BETUL CAKAP BANYAK PULAK.BEGINILAH SIKAP PENYOKONG PAKATAN REPUT.SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN.DIRI SENDIRI TAK BETUL,PATUTNYA KAU ORANG KALAU BETUL NAK TOLONG MELAYU,SOKONG AJE LAH BANGSA KITA.KARPAL JUGAK YANG KAU ORANG SAYANG.INI BUKAN ISU PERKAUMAN TAPI MARUAH KITA SEBAGAI ORANG MELAYU HARUS DI PERTAHANKAN TAK KIRA ANDA DARI PAS,PKR ATAU UMNO.
Salam Dr MKT,
Isu penggunaan nama Allah dalam Bible terjemahan Melayu itu hanyalah kesan dari kelemahan orang Melayu kita sendiri. Ketika orang-orang melayu dahulu bersatu-padu atas naili-nilai murni ajaran Islam, kita tidak dengar pasal isu ini.
Kenapa? Sebab masa itu kita menunjukkan contoh Islam yang sebenar dalam jiwa kita. Jadi penganut agama lain sudah tentu terasa malu hendak promote agama mereka.
Namun kini, orang melayu sudah hidup berpecah-belah. Kerana hendak berebut kerusi dan jawatan, kita sanggup mengutuk dan mencela orang lain malahan ada yang sanggup menyebarkan fitnah-fitnah di internet mahupun email.
Bila kesepakatan orang Melayu sudah lemah dan nilai-nilai mulia Islam sudah tidak wujud lagi, maka penganut agama lain akan mengambil peluang untuk menunjukkan keindahan agama mereka. Akibatnya ramai anak-anak Melayu sudah berpaling tadah kepada agama lain.
Salah siapa? Salah kita sendiri yang sukar untuk mengakui kesilapan diri kita sendiri. Kita suka menghukum orang lain tidak betul, sedangkan kita lupa hendak perbetulkan diri agar nilai-nilai mulia Islam diperindahkan kembali.
Jadi pada pendapat saya, menghalang penggunaan nama Allah pada kitab Bible terjemahan itu bukanlah perkara pokok yang perlu ditekankan sangat. Apa yang penting adalah bagaimana kita hendak satukan orang Melayu dengan akhlak Al-Quran. Kita tidak perlu takut dengan usaha dakwah agama lain, kita perlu bersikap offensif daripada defensif. Kembalilah grab sifat-sifat mulia ajaran Islam agar cahayaNya kembali bersinar di atas muka bumi.
Jika semua orang Islam sedar untuk membentuk akhlak mulia ini tanpa sifat suka mengutuk dan marah pada orang lain (api kemarahan itu adalah syaitan yang menipu), insyaAllah "kampung" kita tidak tergadai lagi.
Maafkan saya jika ada terkasar bicara, kerana kita hanyalah sekelumit jiwa yang lemah.
Visit Me
dr khir..saya rasa dalam kenyataan karpal singh tidak dinyatakan perkataan mencabar..kita jangan ambil kenyataan ini di luar konteks.KS hanya menyatakan pendiriannya di dalam konteks perlembagaan atau pun undang2.Baginda DYMM Sultan Perak juga tidak menyatakan kemurkaan baginda dalam isu ini.baginda sultan juga merupakan bekas ketua hakim negara dan baginda mampu untuk membuktikan kesalahan KS sendiri tetapi baginda tidak berbuat demikian menunjukkan KS mungkin benar..eloklah jika tidak dipebesarkan isu ini..Elok kita salurkan kebijaksanaan kita dalam menyelesaikan masalah rakyat..
-MelayuMuda-
Assalamualaikum...
Apabila Karpal Singh laknat mula menguris perasaan orang melayu seperti mana dahulu.Tiada lagi Kiai Arshad yang berani penampar atau menumbuknya,pemergiannya adalah wira orang melayu dan Islam yang menunjukkan ketaatan beliau kepada Duli Yang Mulia Kesultanan Melayu.Adakah kita masih lagi seperti tunggul kayu hanya menunggu orang lalu lalang siapa bernasib malang pasti tertuging kerana melanggarnya.Kita sendiri masih terpingga-pingga dalam menunjukkan kekuatan Bangsa Melayu demi mempertahankan Kesultanan Melayu.
Ini merupakan satu ruang bagi mereka perlekehan Kesultanan Melayu dan tidak mustahil nanti kita akan kehilangan jati diri seperti negara-negara lain apabila kesatuan bangsa tidak diutamakan.
Kemana-mana perginya taring-taring kita,apakah kita hanya mampu suarakan pada poster sahaja.
Apabila seorang pemuda Islam dari Johor bersuara melalui pena IT maka mereka yang selama ini mengatakan bahawa mereka memperjuangkan Islam yang sebenarnya tidak berani mempertahankan pemuda ini dan sanggup berlutut memohon maaf kerana kedayusan dan kelakian yang lemah lebih baik dikenali sebagai pondan saja.Akhirnya pemuda ini pun terikut-ikut dengan golongan munafik ini.
Marilah kita sedekahkan AL-FATIHAH buat perjuang kita Kiai Arshad...
Assalammualaikum WBT
Dr Khir,
Masalah mencabar Sultan bukanlah perkara baru. Jika kita lihat kebelakang perkara ini banyak berlaku sejak lepas pilihanraya yang lalu. Bermula dengan Lim Kit Siang, di ikuti oleh Pak Lah dalam isu perlantikan MB Perlis dan MB Terengganu hingga porak poranda Terengganu jadinya dan kini Karpal Singh. Ingatlah Sultan berhak bersuara untuk kepentingan Negara dan Rakyat. Sultan bukannya perlu tandantangani watikah secara membuta-tuli. Kalau nak dakwa mereka yang biadap itu dakwa la dengan adil biar mereka semua itu didakwa.
Dr Khir,
Pada 1992 siapa yang perjuangkan mengurangkan kuasa raja-raja melayu dan kalau boleh raja tiada kuasa langsung? UMNO lah yang memperjuangkan perkara ini. Road show telah dibuat diserata malaysia. PAra pwerwakilan barisan nasional telah bersetuju dan menggubal perlembangaan di parlimen. Itu semua berlaku pada tahun 1992. Undang-undang yang dibuat oleh kerajaan memerintah.
Tahun 2008 ada pihak menyoal tentang kuasa raja-raja melayu. Mengikut perlembagaan yang telah digubal kuasa raja-raja melayu hanyalah sebagai pemimpin islam negeri. Tidak ada kuasa untuk melantik sesiapa yang digajikan oleh pihak kerajaan. Pihak raja-raja melayu boleh bertindak atas nasihat menteri besar. Nasihat tuh. Bukannya membantah. Tapi ini semua undang -undang BN yang telah memakan diri sendiri.
MAsa hendak kurangkan kuasa raja-raja melayu semua menyokong. Masa raja melayu kena pulak nak sokong raja melayu pulak... Mana satu pendirian BN especially UMNO? nak buang kuasa raja ke atau nak kembalikan kuasa raja?
askum ds,
kes Karpal Singh ni dah di politikkan oleh media pro umno/bn nampaknya.
turut mengambil kesempatan menunjuk kehebatan ya itu panglima2 umno yg kehilangan keris kerana takut sekutunya MCA,GERAKAN dan MIC.
masa kes perlantikan MB perlis dan MB Terengganu apa cerita?
PM (pak lah hang) dan panglima2 umno lebih teruk, tak tau undang2 mempertikaikan kuasa2 sultan!! seolah2 si lembik PM lebih berkuasa dari Raja dan Perlembagan.
betul kata datok seri Nazri, katanya menteri dan pemimpin bukan semua yg bijak.
sekian.
Di dalam blog datuk, terdapat dua isu (1) Karpal Singh dan (2) penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian.
Berkenaan Karpal, saya berpendapat beliau seakan amat marah kepada Sultan Perak. Marah kerana, pertamanya calon DAP tidak diperkenankan oleh Yang Teramat Mulia, Sultan Azlan Syah sebagai calon Menteri Besar , dan atas sebab itu, beliau berperangai seperti " kalau tanduk tidak dapat, cuping telinga kalau dapat dipulas, akan dipulas". Nampaknya cuping telinga yang hendak dipulas oleh Karpal adalah cuping telinga Sultan Perak.
Karpal Singh telah berbuat sesuatu yang kurang ajar kerana beliau adalah peguam, dan peguam seharusnya mengetahui undang-undang dan protokol negara, tetapi nampaknya Karpal seperti tidak ambil endah untuk menyemak dahulu sebelum memberikan sebarang kenyataan di media. Sultan Azlan Shah merupakan bekas Ketua Hakim Negara. Bekas kerusi Sultan Azlan ini pun tidak dihormati oleh bangsa kafirun ini.
Manakala PKR dan PAS bersifat berdiam diam, kerana mereka inginkan sokongan daripada DAP. Adakah sebagai umat Islam, kita merasakan mereka ini boleh diberikan harapan untuk melindungi kepentingan Islam dan Melayu di Malaysia ? Saya rasa tiada harapan dan putus harapan untuk PAS dan PKR melindungi kepentingan umat Islam dan Melayu di Malaysia.
Perkara kedua adalah perkataan Allah. Saya amat risau dan menyokong saranan Dr. Khir berkenaan perkara ini. Saya amat berharap agar Dr. Khir dapat menyampaikan / menulis berkenaan perkara ini kepada DYMM Agong dan juga MP-MP Barisan Nasional yang lain kerana , nampak gaya apabila isu ini di hakimi oleh hakim bukan Islam, mereka dengan mudah mendapat kelulusan untuk mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri. Perkara ini saya pandang amat serious dari segi simbolik.
Simbolik kerana melibatkan hakim bukan Islam - yaitu pengaruh-pengaruh yang sekiranya menyelinap ke dalam jawatan-jawatan yang berkepentingan , dengan mudah akan menghancurkan institusi Sultan, Islam dan budaya di Malaysia.
Saya juga berpendapat, adalah penting untuk umat Islam di Malaysia untuk mempunyai rangkaian pengintipan di seluruh negara. Saya percaya, dengan adanya keupayaan untuk mengintip, segala niat dan tindak tanduk kelompok yang ingin merendahkan martabat Islam dapat di check-mate. Saya juga berpendapat dan merasakan , kelompok-kelompok yang ingin merendahkan martabat Islam ini amat berkuasa dan berpengaruh, malah boleh diterima akal juga sekiranya mereka mempunyai rangkaian pengintipan mereka sendiri.
Saya juga merasakan amat risau sekiranya terdapat Melayu yang berkepentingan tinggi tetapi dengan cara rahsia telah murtad. Melayu Murtad berkedudukan tinggi ini mungkin penuh harapan ingin mengubah kedaulatan agama Islam di negara ini.
Keupayaan pengintipan ini adalah penting untuk seterusnya memastikan agama Islam sentiasa terpelihara di bumi Malaysia ini. Di samping itu, perlu ada badan dakwah yang bergerak secara agresif dan menyebarkan definisi Allah kepada umat Islam dan juga bukan Islam sepertimana yang terkandung di dalam surah Al-Ikhlas.
karpal mememang melampau. Dia harus ingat, ini adalah tanah melayu.
sahabat blogger labulabi'Sebagai pemimpin kerdil saya selalu berdoa semoga suatu hari nanti akan wujud perpaduan sejati diantara umat islam kususnya orang melayu.Saya memang merasakan banyak yang tak kena dgn kita,malah secara jujur saya mengakui,rasa malu bila mana berlaku dedah mendedah perkara yang tidak betul antara kita sehingga ia ditertawakan oleh orang lain,terutamanya berkaitan isu isu agama.Saya amat mengharapkan suatu hari nanti orang melayu boleh berbeza pandangan dan berbincang secara ilmiah tentang polisi yang boleh menguntungkan bangsa,tidak menyerang peribadi tanpa memikirkan samada perkara itu betul atau tidak dan kesannya kpd individu mahupon keluarganya.Menggunakan orang awam utk menghukum adalah suatu perkara yang perlu di elakkan.Saya akan terus berusaha dan berdoa moga suatu hari nanti saat yang kita nantikan itu akan kunjung tiba.
Sahabat melayamuda dan sahabat sahabat bloggers,
Saya tidak menganggap isu karpal singh dan penggunaan nama Allah dalam tulisan tulisan artikel agama kristian sebagai isu perkauman,saya harap sdr tidak memandang ringan perkara ini hanya krn sdr mendokong parti tertentu,taat kpd raja dan negara merupakan rukun negara,agama islam adalah agama rasmi kedudukannya perlu dijaga,penganut agama lain adalah ditegah menyebarkan agama mereka kepada umat islam,semuanya ini terkandung dalam perlembagaan negara.
paklah kata buat laporan polis, koh tsu koon kata bagi nasiha aje pada karpal supaya tak menghasut rakyat ????? mana satu yek????
Blogger yusseri dan sahabat sahabt lain,
Saya bangga dgn pendirian dan kefahaman mendalam sdr dalam agama.Alhamdulillah,jika semua umat islam memahami agama seperti sdr banyak masaalah dapat dielak dan terungkai.Kita harus maklum ada diantara kita yg tidak mendalami agama,walaupon peluang utk belajar dimana mana,kita boleh menarik kuda secara paksa ketepi kali,tetapi kita tidak boleh memaksanya minum air kali tersebut.Kita bimbang golongan ini akan terkeliru dan sukar utk dibetulkan.Selama hari ini mereka telah gunakan perkataan tuhan,dan tidak menimbulkan konflik antara kita,mengapa hari ini mereka beria benar menggunakan nama Allah.Saya sedar nama Allah telah digunakan oleh mereka disetengah negara,adakah situasinya sama dgn dalam negara kita yang berbeza agama,budaya ,bahasa dan keturunan.Dimana bumi dipijak disitulah langit kita jungjung,janganlah kita terus melukai hati antara kita,bimbang nanti luka lama belum sembuh yang baru pula perlu dideritai.
Usah menang sorak, kampung tergadai
Peringatan orang dulu jangan buat lalai
Jangan pula melayu umpama ikan salai
Teramat sedap diperbuat masakan gulai
YB,
Terpanggil utk memberi komen tentang isu Karpal laknatullah yg melanda negara..
Adalah amat sedih melihat sudah bermula cubaan utk memperlekehkan ISLAM & MELayu secara amnya.. Amat sedih jugak melihat sahabat sebangsa & seagama menyokong & berdiam diri atas cubaan mencabar islam..
SULtan & Agong adalah lambang ISLAM.. Memperlekehkan/ me