Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.
Sebenarnya tidak molek bagi saya menulis catatan ini kerana ramai yang berpandangan seseorang pemimpin atau kerajaan itu perlu diberi ruang dan peluang yang secukupnya untuk menunjukkan kemampuan memimpin - sekurang-kurangnya selama 100 hari.
Namun saya fikir, pengumuman terbaru oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu diulas kerana ia merupakan satu isu yang serius. Pengumuman kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat tidak akan menurunkan cukai pintu di rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10% adalah sesuatu yang telah lama saya jangkakan.
Sebenarnya pengurangan ini tidak memberi beban yang berat kepada kerajaan Selangor kerana ia hanya akan mengurangkan pendapatan sejumlah lebih kurang RM 170 juta setahun.
Justeru kita menaruh harapan yang tinggi kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yang berimej korporat untuk membuktikan bahawa pentadbirannya dapat menambah pendapatan kerajaan melalui pengalaman beliau.
Alasan bahawa ekonomi tidak mantap tidak dapat diterima kerana kerajaan persekutuan menyatakan secara jelas ekonomi negara dalam keadaan stabil. Malahan keadaan ekonomi sebelum dan selepas pilihan raya tidak banyak berbeza pun.
Justeru saya hairan, apakah sebagai tokoh korporat yang amat berwibawa, beliau merangka manifesto pilihan raya tanpa sebarang kajian teliti atau pun Tan Sri Khalid telah lupa manifestonya sendiri.
Tambah membimbangkan saya mendapat maklumat bahawa YB Ronnie Liew bercadang untuk menaikkan kadar cukai taksiran dan lesen perniagaan. Ini bukan lagi mungkir janji tetapi sudah berpusing 180 darjah, bertentangan dengan janji mereka untuk meraih undi rakyat Selangor semasa pilihan raya lalu.
Saya bimbang suatu hari nanti rakyat Selangor akan menganggap kerajaan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan penipu. Yang lebih dahsyat mereka akan memanggil Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Yang Amat Berbohong.
Saya merasakan akan ada lagi pengumuman janji pilihan raya yang tidak akan dipenuhi dalam waktu terdekat ialah janji untuk memberikan wang saguhati RM 1000 kepada semua anak Selangor yang ditawarkan ke Pusat Pengajian Tinggi, sama ada awam atau swasta. Ini memandangkan dalam masa dua bulan ini surat tawaran akan dikeluarkan dan tiada mekanisme yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri untuk pelajar-pelajar tersebut mendapatkan wang yang dijanjikan.
Saya harap Tan Sri Khalid dan YB Dr. Halimah yang menjaga pendidikan dapat mengumumkan mekanisme tersebut supaya pendaftaran dapat dibuat dan wang dapat disalurkan mengikut daerah-daerah.
Saya mewakili rakyat Selangor akan mendesak supaya kerajaan negeri memenuhi janji mereka. Malah saya mengajak rakyat Selangor mengambil tindakan mendesak kerajaan ini mengotakan semua janjinya. Walau apa pun alasan yang diberikan, potongan cukai 20% tersebut mesti dilaksanakan.
Sebagai umat Islam sepatutnya Tan Sri Khalid tidak mungkir janji kerana mungkir janji adalah perbuatan orang munafik dan umat Islam yang munafik tidak layak memimpin. Saya tahu tulisan ini akan menimbulkan rasa marah kepada penyokong Pakatan Rakyat terutamanya penyokong-peyokong Pas dan PKR kerana mereka akan mengiyakan apa sahaja tindakan yang dibuat oleh pemimpin mereka.
Saya juga sedar akan ada rakan-rakan bloggers yang akan menggunakan bahasa-bahasa kesat untuk menghentam saya. Malah akan ada yang memilih untuk mengalihkan isu dengan memfitnah dan membuat tuduhan melulu. Sebagai rakyat Selangor saya bertanggungjawab untuk menyedarkan rakyat Selangor pembohongan yang berlaku dan akan berterusan di masa hadapan.
Saya juga bertanggungjawab untuk memastikan rakyat Selangor mendapat hak mereka termasuklah pendokong Pakatan Rakyat. Jangan rasa bersalah menuntut hak kita walaupun kita menjadi pendokong mereka. Tugas kita adalah memastikan janji-janji dan tawaran dalam manifesto dilaksanakan sepenuhnya. Janganlah habis madu sepah dibuang.
Sebenarnya tidak molek bagi saya menulis catatan ini kerana ramai yang berpandangan seseorang pemimpin atau kerajaan itu perlu diberi ruang dan peluang yang secukupnya untuk menunjukkan kemampuan memimpin - sekurang-kurangnya selama 100 hari.
Namun saya fikir, pengumuman terbaru oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu diulas kerana ia merupakan satu isu yang serius. Pengumuman kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat tidak akan menurunkan cukai pintu di rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10% adalah sesuatu yang telah lama saya jangkakan.
Sebenarnya pengurangan ini tidak memberi beban yang berat kepada kerajaan Selangor kerana ia hanya akan mengurangkan pendapatan sejumlah lebih kurang RM 170 juta setahun.
Justeru kita menaruh harapan yang tinggi kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yang berimej korporat untuk membuktikan bahawa pentadbirannya dapat menambah pendapatan kerajaan melalui pengalaman beliau.
Alasan bahawa ekonomi tidak mantap tidak dapat diterima kerana kerajaan persekutuan menyatakan secara jelas ekonomi negara dalam keadaan stabil. Malahan keadaan ekonomi sebelum dan selepas pilihan raya tidak banyak berbeza pun.
Justeru saya hairan, apakah sebagai tokoh korporat yang amat berwibawa, beliau merangka manifesto pilihan raya tanpa sebarang kajian teliti atau pun Tan Sri Khalid telah lupa manifestonya sendiri.
Tambah membimbangkan saya mendapat maklumat bahawa YB Ronnie Liew bercadang untuk menaikkan kadar cukai taksiran dan lesen perniagaan. Ini bukan lagi mungkir janji tetapi sudah berpusing 180 darjah, bertentangan dengan janji mereka untuk meraih undi rakyat Selangor semasa pilihan raya lalu.
Saya bimbang suatu hari nanti rakyat Selangor akan menganggap kerajaan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan penipu. Yang lebih dahsyat mereka akan memanggil Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Yang Amat Berbohong.
Saya merasakan akan ada lagi pengumuman janji pilihan raya yang tidak akan dipenuhi dalam waktu terdekat ialah janji untuk memberikan wang saguhati RM 1000 kepada semua anak Selangor yang ditawarkan ke Pusat Pengajian Tinggi, sama ada awam atau swasta. Ini memandangkan dalam masa dua bulan ini surat tawaran akan dikeluarkan dan tiada mekanisme yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri untuk pelajar-pelajar tersebut mendapatkan wang yang dijanjikan.
Saya harap Tan Sri Khalid dan YB Dr. Halimah yang menjaga pendidikan dapat mengumumkan mekanisme tersebut supaya pendaftaran dapat dibuat dan wang dapat disalurkan mengikut daerah-daerah.
Saya mewakili rakyat Selangor akan mendesak supaya kerajaan negeri memenuhi janji mereka. Malah saya mengajak rakyat Selangor mengambil tindakan mendesak kerajaan ini mengotakan semua janjinya. Walau apa pun alasan yang diberikan, potongan cukai 20% tersebut mesti dilaksanakan.
Sebagai umat Islam sepatutnya Tan Sri Khalid tidak mungkir janji kerana mungkir janji adalah perbuatan orang munafik dan umat Islam yang munafik tidak layak memimpin. Saya tahu tulisan ini akan menimbulkan rasa marah kepada penyokong Pakatan Rakyat terutamanya penyokong-peyokong Pas dan PKR kerana mereka akan mengiyakan apa sahaja tindakan yang dibuat oleh pemimpin mereka.
Saya juga sedar akan ada rakan-rakan bloggers yang akan menggunakan bahasa-bahasa kesat untuk menghentam saya. Malah akan ada yang memilih untuk mengalihkan isu dengan memfitnah dan membuat tuduhan melulu. Sebagai rakyat Selangor saya bertanggungjawab untuk menyedarkan rakyat Selangor pembohongan yang berlaku dan akan berterusan di masa hadapan.
Saya juga bertanggungjawab untuk memastikan rakyat Selangor mendapat hak mereka termasuklah pendokong Pakatan Rakyat. Jangan rasa bersalah menuntut hak kita walaupun kita menjadi pendokong mereka. Tugas kita adalah memastikan janji-janji dan tawaran dalam manifesto dilaksanakan sepenuhnya. Janganlah habis madu sepah dibuang.
171 comments:
A.kum Datuk Seri,
1. Bagi saya, kerajaan mana yang memerintah sama saja...2x5 !
2. Mereka mesti akan mendendangkan lagu yang menjadi Juara Lagu 1990 iaitu "Janji Manismu" oleh Aishah.
3. Itu sebab saya istiharkan diri saya tidak suka pada amalan Demokrasi Malaysia...Semua Penipu!
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
A'kum Dr. Khir,
Apa yg telah Dr. tulis bagi saya tepat sekali. Memangg sewaktu pilihan raya segala janji-janji manis akan ditaburkan tetapi selepas dah menang, semua buat-buat seolah-olah mereka tidak menyatakan janji-janji tersebut dalam manifesto mereka.
Kerajaan Selangor sekarang adalah contoh terbaik untuk kenyataan diatas. Macam-macam janji ditaburkan. Sewaktu mereka ini keluar dengan janji-janji ini, mereka tidak tahu apa akan terjadi kepada keadaan kewangan kerajaan negeri.Kalau boleh,mereka nak subisidi semua,turun semua cukai,bagi semua percuma dan macam-macam lagi janji merepek yang lansung tidak realistik.
Kalau mereka teruskan juga dengan janji-janji ini, saya yakin kerajaan Selangor akan 'bankrupt' dan akhirnya siapa yang 'suffer'? Rakyat Selangor juga.
Kalau tak salah saya, salah satu manifesto kerajaan negeri sekarang ialah hendak memberi duit kepada setiap anak-anak di bawah umur-umur yang tertentu. Cuba bayangkan berapa juta anak kecil yang berada di Selangor. Memang saya yakin lepas itu kerajaan akan kehabisan duit.
Bagi saya, memang mudah hendak menyatakan janji-janji manis di dalam manifesto. Tetapi hendak buat itu susah. Janji-janji itu biarlah realistik. Rakyat bukannya bodoh.
Pada pandangan saya, kerajaan Selangor sekarang adalah tidak 'efficient' kerana memang rakyat akan 'benefit' daripada apa yang mereka janjikan tetapi kerajaan negeri akan kehabisan duit untuk membangunkan negeri ini. Kenapa? Kerana semua duit bagi kepada rakyat. Kehabisan wang.
Saya berharap negeri Selangor akan sentiasa membangun biarpun dibawah pembangkang ataupun kerajaan terdahulu.
Sekian.
Let's see how the new government can fulfill their promises.. if they can fulfill it my vote will be theirs in the next election..
kalau TS Khalid tu memang pembohong... berbohong jugak la dia hatta kat dalam masjid sekalipun
KJ pun pembohong jugak..
:-)
-ipohmalay-
minta maaf datuk..
kenapa datuk cepat sangat melatah? bak kata orang lebih sudu dari kuah, lebih lajak dari kayuh, atau kata orang muda muda sekarang, berat rantai dari beruk.
baru pengumuman yang dibuatkan oleh kerajaan selangor tanpa sebarang pelaksanaan, datuk dah melompat tak tentu hala.saya takut, andai datuk termasuk dalam perangkap perigi buta..
sekadar mengingatkan, kepakaran dari segi strategi dan siasah ada dipihak Barisan Rakyat.
* suka tengok orang melompat berkinja takutkan bayang daun pisang di bawah cahaya bulan yang samar.
Dr.MKT,
Anda perlu rawatan rohaniah. Kalau dah kalah baru nak gali kubu ~ buang masa sahaja.
Kalau anda bagus rakyat tentu pilih. Kalah tetap kalah. 1-0, 10-0, 600-0 kira kalah lah.
Udah lah tu...bawa berehat.
Salam Dr Khir,
Saya agak tertarik dengan perkembangan terkini kerajaan Selangor. Namun begitu saya berpendapat, dr sebagai ketua pembangkang DUN Selangor perlu mendedahkan kepincanagn dan mengingatkan rakyat janji-janji yang mereka tidak penuhi.
Namun begitu saya berpendapat dr tidak perlu membantu seperti menyediakan senarai ibu tunggal, anak yang perlu mendapat elaun dan sebagainya. Ini hanya membantu melicinkan pentadbiran PKR dan menyukarkan BN menawan kembali Selangor. Biarkan saja mereka terjun dengan labu-labunya!
InsyaAllah mereka akan tunaikan, berikan mereka sedikit masa, kita sebagai rakyat doakan sahaja.
Mula2 rakyat selangor dapat ladang babi. Sekarang plak cukai pintu x leh turun. Lepas ni apa lak..... Masa pilihanraya dulu janji mcm2. Jgn2 air free pun x jadik gak... Nasiblah org Selangor kena gula2 ngan PR.
Assm Dato' Seri
Daripada menjaga tepi kain orang, saya rasa elok Dato's Seri menumpukan perhatian kepada 'rumahtangga' Dato' Seri sendiri yang sekarang ini bercelaru. Sememangnya apa yang berlaku di Selangor sekarang telah dijangkakan. Semuanya telah dibukukan dan komen Dato' Seri hanya sekadar menambah bilangan muka surat sahaja. Semasa era BN pembangkang menyuarakan yang sama dan kini tiba giliran pula BN mengetuk gendang. Mulut memang manis tapi hati bagaikan hempedu - begitulah pepatah Melayu berbunyi. Ramai pembaca ruangan ini lebih berminat kepada komen dan kupasan Dato' Seri berhubung isu-isu yang baru seperti tuntutan MCA, MIC, kemelut PAS dan Istana Perak serta saranan DAP Pulau Pinang supaya semua agama disamaratakan termasuk Agama Islam. Komen Dato' Seri?
Datuk,
Saya bersependapat dengan Datuk bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan terus berbohong dan mungkir janji dalam berbagai lagi segi. Ini ukan sesuatu yang perlu digemparkan kerana Penasihat mereka lebih pembohong dan munafik, apakah Datuk terlupa...
Bagi penyokong2 PKR pula mereka samalah seperti penmyokong2 UMNO sekarang yang 'yes man' kepada pemimpin masing2. Datuk juga sebahagian dari alam bodek dan ampu ketika berkuasa. Mungkin Datuk sudah lupa diri ketika itu..
DS, berjanji mudah. Tapi nak tunai tu leceh. Kat Penang saya tak nampak lagi dengan mata hati saya apa depa nak buat. Dok sengap sampai la ni. Apa cerita?
Tentang tsunami politik,
sudah kedengaran kata2 termasuk orang pas yang
sudah serik dan tidak percaya lagi pada demokrasi.
Buktinya, walaupun sudah menang, Islam tetap tidak dapat ditegakkan, bahkan terpaksa didiamkan dan jadi hidden agenda pulak, untuk menjaga hati hati dalam pakatan.
Jadi, persoalannya, camana nak tegakkan Islam di Malaysia ni? yang menariknya uslub dakwah pula yang dijadikan alternatif oleh mereka, iaitu Islamkan negara melalui diri, keluarga, rakan dan masyarakat.
Mengenai janji, bukankah sering disebut
1.'pilihlah pemimpin yang takutkan Allah,
2. yang minta dibantu menegak kebenaran,
3.yang minta ditegur kalau ia bersalah,
4. yang tidak menyebut apa jua jasanya,
5.yang tidak banyak membuat janji manis'
YB Dr Khir,
Dalam usaha mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO salah satu strategi yang mesti diguna pakai oleh kita (UMNO) mestilah tidak mengata orang lain, tidak merendahkah keupayaan atau kelemahan orang lain. Saya cadangkan Dr Khir jangan komen kerajaan baru selangor, biarkan dia terjun dengan labu-labunya, kalau lebih bagus dari dulu baguslah, kalau lebih teruk biar rakyat menilai. Biarkan kerajaan baru berjanji, biarkan dia kotakan atau mungkirinya. Kalau kita mengata kelemahan orang lain maknanya itu "strategi lama" orang politik yg mungkin ketinggalan zaman. Itu juga tidak baik dari segi agama kita. Selalunya rakyat akan menjauhui kita jika mengikut pendekatan itu. Sama-sama kita fikirkan cara terbaik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kita.
Terima kasih.
Assalammualaikum Dato',
Sudah saya jangkakan Dato' akan menyentuh soal cukai tafsiran ini sebaik sahaja MB Selangor mengumumkan bahawa kerajaan negeri tidak akan menurun cukai tafsiran untuk premis kediaman dan perniagaan. Sebagai seorang bekas MB Dato' sememangnya arif dengan keadaan kewangan negeri dan saya kira RM170 juta itu betul.
Sekiranya kerajaan negeri menurunkan cukai tafsiran seperti manifesto PRU12 yang lalu, termasuk "hadiah" air sebanyak lebih kurang RM130 juta, maka kerajaan negeri akan kekurangan RM300 juta setahun dan saya rasa mereka tidak mempunyai punca atau tidak tahu macamana untuk menampung jumlah defisit tersebut.
Seperti yang Dato' nyatakan, rakyat sengeri Selangor seharusnya berkeras supaya setiap janji PRU12 seperti yang dicetak dan diedarkan oleh PKR, PAS dan DAP dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah PR sekarang ini.
Sebagai contoh, anak saya, Insyaallah akan melanjutkan pelajaran ke IPTA dalam bula n Julai nanti dan saya semestinya mahukan RM1,000.00 yang dijanjikan itu. Malah, ibu saya seorang ibu tunggal juga mahukan habuanya seperti yang termaktub dalam manifesto PRU12 tu.
Namun begitu, saya sememangnya sedar sejak dari sebelum PRU12 lagi bahawa manifesto PKR, PAS dan DAP hanya merupakan umpan kepada rakyat untuk merampas tampuk pemerintahan negeri. Namun begitu, terlalu ramai yang percaya akan janji-janji yang dinyatakan melalui manifesto tersebut dan hasilnya ialah PKR. PAS dna DAP dapat menjadi pemerintah negeri Selangor ini.
Sekiranya kerajaan PR negeri Selangor ini bertekad untuk melunaskan janji-janji PRU12 tu, saya rasa RM1 bilion pun tidak mencukupi. Sememangnya mudah membuat janji tetapi susah untuk menunaikan janji.
Dan akhir sekali buat kali ini, nampaknya kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh PKR melalui "pakatan rakyat" ini telah berpakat untuk menyisihkan rakyat yang telah memberi mereka kuasa.
Salam Dato Seri,
Benar lah seperti ramalan ramai, bila PR mendapat kuasa, maka banyak janji yg tidak akan dan tidak dapat di turuti. Sebelum mendapat kuasa, pelbagai cara diguna kan untuk meraih undi. Ada yang berjanji dan ramai juga yang menhina dan melemparkan fitnah kepada kerajaan sebelum ini. Tapi bila kuasa yg mereka pegang, apa yg telah mereka buat kecuali bercakap mengenai b*bI dan tak habis2 'spin' fakta saling tidak mahu mengaku dan bertanggungjawab.
Bagi saya jika seorang pemimpin/wakil rakyat itu tahu tujuan asal beliau mewakili rakyat, dan sedar tanggungjawab yang MENGGUNUNG yg dipikul dan akur tentang hukuman Allah jika tidak melaksanakan tugas ini sebaik mungkin, maka tentunya orang itu akan bertugas dan memimpin dengan baik dan tidak spt yang berlaku skrg.
Kepada SU-KJ,
suka saya nyatakan kepada saudara, jika saudara istihar tidak suka amalan demokrasi malaysia dan sama sahaja mana2 kerajaan yg memerintah, maka eloklah saudara cari negara lain yg lebih demokrasi dan lebih baik daripada Malaysia dan tinggallah di sana.
Semoga saudara Aman dan makmur di tempat/negara baru saudara itu.
-Wallahualam-
assallamualaikum, Dato Seri saya ingin mencadangkan supaya semua satu pejabat kerajaan berkebajikan untuk menbuat pendaftaran penganggur, pelajar (tsdika hingga IPTA) Suri rumah, ibu tunggal, warga emas untuk dihantar kepada Kalid brahim dan kita s.k kan kepada semua media arus perdana dan blog supaya ini dapat membantu kerajaan negari yang baru untuk menunaikan janji2 pilihanraya. Selain itu bagi memudahkan kerajaan negeri untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat negeri selangor kita dahulukan dengan IPTS yang dibawah kuasa kerajaan negeri.. cakap ngan kaled tak yah lah nak kater kener jaga parlimen baru buleh buat. buat dulu apa yang ader dalam bidang kuasa kerajaan negeri.. dan orang umah saya pun tengah tunggu nak dapat elaun suri rumah.. penganngur dan suri rumah juga dalam bidang kuasa kerajaan negeri.(Kalo lembu berpegang kepada tali manusia berpegang kepada janji, yang mungkir janji ni tak tahulah kategori aper)... itu saja wat maser nih... rakyat selangor nantikan perubahan...buat Dato Seri. teruskan menjadi pembangkang yang hebat .. dan juga bijak.. tahniah dato seri
salam datuk seri..
tembelang pembangkang mula pecah.biasala tu,janji manis untuk menawan negeri.saya juga melihat dan menanti apakah semua manifesto pembangkang akan ditunaikan.alasan ekonomi tidak mantap adalah alasan bodoh yg akan diterima rakyat yg begitu kuat menyokong pembangkang sahaja.
kenapa saya cakap begitu? takkan tak boleh turun sikit? kalau dulu janji 20% cukai pintu rumah turun,kenapa tak turun 10% sahaja? atau 5% sahaja? sekurang-kurangnya turun lah jugak.ini tidak...
nah,itu semua janji sampah sahaja.saya percaya,seandainya pembangkang menawan Malaysia,janji manis utk menurunkan harga minyak pun belum tentu dikotakan..setakat pandai berjanji tanpa mengkaji.berjanji utk melakukan keputusan meraih populariti sudah lali saya dengar..
hai pembangkang..cakap tak serupa bikin..rakyat pulak? tak rasa tertipu ke?
akskum DS n Semua
bersedialah rakyat2 selangor untuk mendegar banyak lagi pengumuman Yang Amat B........ bahawa mereka tidak dapat menunaikan janji2 pilihanraya dengan
Salam Dato' Seri,
Memang tepat apa yang dikatakan oleh Dato' Seri dan saya bersetuju. Saya percaya Dato' Seri bukan orang yang mudah berjanji dengan orang ramai seperti pembinaan masjid Taman Melawati, penduduk minta peruntukan 12 juta tapi Dato' Sri tidak mahu berjanji dan kekal meluluskan 4 juta sahaja. Dato' Seri mempunyai pendirian kerana 8 juta lagi boleh membina 4 buah masjid di kampung. Syabas Dato' Seri.
Tetapi Dato' Seri dalam konteks Gombak, pemimpin UMNO khasnya ketua bahagian, Dato Ahmad Bujang kuat buat janji dan mudah lagi memungkirinya serta melaksanakan dasar pecah dan perintah. Habis semua peringkat kepimpinan UMNO di Gombak dilaga-lagakan bagi mengekalkan pengaruh beliau. Ini adalah antara faktor-faktor kekalahan UMNO di Gombak yang menyumbang kepada kekalahan Selangor kepada pembangkang.
Ikutilah perkembangan UMNO Bahagian Gombak dib log berikut:-
http://umnogombak.blogspot.com
Hidup Melayu! Hidup Bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia!
betui tu dato'
PR memang tak ada niat nak menjalankan apa yang mereka janjikan dalam manisfesto PRU...malah mereka seakan hilang akal dengan memenuhi janji pada khinzir di Selangor
www.isuhot.com
itulah yang dikatakan demokrasi melibatkan manusia....kerana manusia bukan robot yang boleh diprogramkan..
http://suaragenerasimuda.blogspot.com
Assalaualaikum Ds..
Emmmmm...Pepatah Cina "CAKAP TALAK SERUPA BIKIN"
PR telah mula menampakkan taringnya, Bendera2 pkr pun byk lagi tak diturunkan selepas PRU12 yg lalu, tapi sudah jadi sedemikian rupa, betul kata Ds kalau nak kritik Tunggu 100 dulu, tapi rasanya lebih baik kritik sekarang supaya penipu2 tu xlupa pada manisfesto khayalan yg dicipta untuk menipu pengundi2 pd PRU12 yg lalu..
Minta maaf cakap yer..
Bagi penyokong2 PR yang buta@tuli pasti langsung xrasa pemimpin mereka tengah menipu..kasihan2..
Sudah terang DISULUH dengan
"BULAN2 SABIT" "BULAN PENUH" DAN "API ROKET" pun rasanya penyokong2 PR tidak akan mengakui penipuan yang sedang belaku..
Nak kata xbersekolah, rasanya semuanya sekarang berpendidikkan tinggi, tapi entah kenapa masih diselubungi dengan pemikiran yang tidak relevan dan terlalu sempit sehinggakan mata "KERIS" yang tajam pun tidak dapat mencelah di pemikiran mereka.
PR sekarang tidak ubah seperti "PAKU DULANG PAKU SERPIH"
Masih terngiang2 di telinga saya Para penceramah PKR mengatakan BN penipu..tapi sekarang bagaimana??? itu baru sedikit belum lagi pelbagai janji manis umpama IBU GULA yang ditaburkan pada kempin yang lalu..
Kalau sebelum ini, pemimpin2 PR begitu gah menyatakn mereka akan bela nasib rakyat..tapi ternyata semuanya dusta belaka..belum sampai 2 bulan!!!kalau 2 tahun sudah pasti banyak lagi..
kepada rakan2 blogger, fikirlah degan fikiran yang terbuka, kalau yang salah tetap salah, tidak kira dipihak mana sekalipun baik BN mahupun PR.
MASAM MANIS SI BUAH KERANJI
TAPI SAYANG BANYAK BIJI
SENYUMAN MANIS MENABUR JANJI
MUKA MASAM CAKAP TAK JADI
wasallam.
http://semut-mata.blogspot.com
YB Dato',
Mohon laluan bercerita 'halal' foods.
JIKA TIADA SIJIL 'HALAL'
JIKA TIADA SIJIL 'HALAL'
SIAPA YANG MENENTUKAN HALAL? JAKIM ATAU UMMAH?
MIHAS atau nama penuhnya Malaysian International Halal Showcase akan di adakan 7 hingga 9 Mei 2008.
Setiapkali terpandang iklan MIHAS ini teringat saya kepada rancangan "My First Million Dollars" di TV 7 pada jam 6 ptg Sabtu 19 April 2008.
Ia menceritakan kejayaan seorang pengusaha makanan keturunan Cina bernama Mr Ding meningkatkan pengeluaran dan jualan kueh pau yang diusahakan bermula awal 80an. Pada hari ini jumlah pengeluaran pau yang diusahakannya di sebuah kilang di Hulu Langat mencecah 50,000 biji kueh pau sehari.
Sejak awal perusahaannya lagi Mr Ding telah cuba menggalakkan orang Melayu menggemari makanan tradisi Cina ini. Setelah berfikir berbagai cara akhirnya Me Ding membuat keputusan MENGGUNAKAN NAMA ISLAM untuk menarik minat orang Melayu Islam membeli dan makan kueh pau keluaran syarikatnya.
Itu pada tahun 1985 pada ketika pengesahan sijil halal JAKIM belum dikomersialkan. Ertinya dengan hanya menggunakan nama Islam sahaja, pengeluar makanan bukan Islam seperti Mr Ding berjaya membuka selera orang Melayu Islam memakan produk keluarannya. Produk keluarannya hingga kini masih mengekalkan jenama PAU AHMAD. Mr Ding bertambah selesa apabila ujud keadaan pengesahan halal untuk produknya boleh didapati dengan mendapatkan sijil daripada JAKIM.
Mr Ding pernah menghadapi tuduhan dimana kueh pau keluarannya dianggap mengandungi bahan-bahan pelemak babi tetapi ini tidak dapat dibuktikan apabila pihak JAKIM datang membuat pemeriksaan dikilangnya.
Seterusnya Mr Ding menceritakan bagaimana rancangan memperluaskan perusahaanya ke dunia Islam dengan menggunakan kaedah yang sama dalam melabel produk halal keluaran syarikatnya. Peluang juga terbuka luas dengan adanya usaha gigih kerajaan Malaysia hari ini untuk menjadikan negara sebagai hab produk halal dunia Islam dan membantu pengusaha produk halal mengembangkan perniagaan.
Diakhir rancangan tersebut Mr Ding menegaskan bahawa 90% daripada pengilang dan pengeluar produk halal di Malaysia dimonopoli oleh pengusaha Cina.
Apa yang menarik?
1. Mudahnya masyarakat Melayu Islam menerima produk yang hanya MENGGUNAKAN nama Islam.
2. Sejak dulu lagi pengedar PAU AHMAD tidak menghebahkan siapa pembuat pau tersebut. Juga tidak dihebohkan bahawa di kedai-kedai makan Cina pau tersebut juga dijual tetapi tidak dipasang jenama PAU AHMAD. Tidak juga diketahui sekiranya pau berinti babi dibuat ditempat yang sama atau inti ayam dan daging dihasilkan daripada sembelihan cara Islam.
3. Pengesahan halal oleh JAKIM membolehkan orang bukan Islam menguasai industri makanan halal dengan sokongan kewangan dan jaringan pasaran. Pengusaha Melayu Islam tidak berupaya menandingi mereka dan produk mereka mudah diketepikan kerana pegawai pembeli di pasaranya juga dikuasai oleh bukan Melayu.
Pada pertengahan tahun 80an ada usaha peniaga-peniaga Melayu Islam untuk membuat dan memasarkan produk makanan dan untuk seketika majoriti orang Melayu Islam dapat pilihan membeli bahan makanan keluaran orang Islam dan tidak membeli makanan buatana orang bukan Islam kerana perasaan was-was.
Sebaliknya setelah ujud skim sijil HALAL oleh Jakim pengusaha-pengusaha bukan Islam mudah kembali menguasai pasaran dan pengusaha Melayu Islam kembali terhipit oleh masalah persaingan yang tak seimbang.
4. Oleh kerana pegeluaran sijil HALAL dikomersialkan, senario ini terdedah kepada gejala penipuan sijil, birokrasi dan rasuah. Kesahihan juga diragui untuk produk HALAL yang dibuat di negara Cina dan dibawa masuk ke negara ini, seperti ubat gigi jenama terkenal.
5. Kempen hab halal Malaysia memberi peluang dan keuntungan besar kepada pengusaha bukan Melayu yang menguasai 90% pasaran. Khususnya tindakan mengeluarkan sijil halal ini sebenarnya meyokong memperkayakan golongan mewah dan kuat.
Pensijilan produk halal ini sepatutnya bukan sahaja untuk kepastian HALAL tetapi juga mesti tidak megecilkan peluang peniaga dan pengilang Melayu Islam, bukan sebaliknya. Cadangan dan pemikiran YBhg Mufti Perlis, Tuan Hj Mohd Asri dalam hal ini sepatutnya diberi keutamaan.
Posted by Bung Karno
assalammualaikum Dato Seri,
saya sebagai rakyat selangor tak kisah pasal janji pilihan raya
yg pastinya bn atau pr menang sama saja.
tapi saya amat2 bersyukur kerana rakyat selangor telah mengajar umno/bn pada pru 12 ni seperti mengajar anak kena tangan-tangankan.
dah kalah baru pemimpin umno sedar ke diri
kalau tak pemimpin umno ni ikut suka hati dia tanpa memikirkan kesusahan rakyat jelata.
Bro,
gua cuma nak bilang, rakyat adalah bos dan sesiapa yang dipilih jadi ADUN atau ADR, adalah kuli2 yang dibayar gaji dan elaun membuat kerja untuk rakyat. hidup rakyat!!!!! tak mau kerja ye??? jadi pembangkang le...buat bising pandai le.
Assalammualaikum WBT
Dr Khir,
Cuba la Dr Khir tengok 50 tahun BN memerintah beribu janji tak tertunai sampai rakyat pun muak faham sangat itu cuma janji pilihanraya.
UMNO memang parti yang paling pakar menjatuhkan orang, janganlah Dr Khir bawa budaya UMNO tu untuk jatuhkan kerajaaan yang telah dipilih rakyat.
YB Dato'
Pemimpin dan kerajaan PR terhantuk2, terkias2 kerana baru sedar rupanya mudah berjanji tapi payah nak buat. Pengalaman satu syarikat tak sama mentadbir satu negeri.
Lagipun orang PR ni asyik dulukan kerja cari salah orang. Bila dah diberi peluang ni patutnya tunjukkan apa program dan rancangan kerja.
Pesanan pada kerajaan PR : Semangat dan cakap aje tak cukup untuk mentadbir. Contohnya : Apa dah jadi dengan usaha menghalalkan kilang haram (siapa yang empunya)? Apa rakan2 dari DAP kata?
Akum Datuk Seri,
Kami menyokong apa yang DS tulis. Kita kena memastikan janji yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat ni terlaksana.Kami tak rela melihat ramai rakyat selangor yang tertipu dengan janji manis PR dalam menunaikan manifestonya yang menjanjikan kabajikan untuk semua dikala rakyat menghadapi kesusahan.
Jika TS Khalid sebagai MB pun tidak mampu untuk menunaikan menifestonya untuk rakyat apalagi yang rakyat harapkan.Bak kata perbahasa dah makan cili baru rasa pedasnyer. Dulu sebelum menjadi pemimpin semua yang manis ingin dilaksanakan tetapi bila dah jadi pemimpin baru tau pedasnyer.
Apakah sebagai rakyat inikah contoh kerajaan yang kita inginkan selama ini.PRU12 telah lama berlalu apa yang kerajaan PR lakukan demi untuk kepentingan rakyat.Secara terang rakyat telah ditipu apakah masih ingin mempertahankan?Inilah perjuangan PR yang sebenar iaitu mempertahankan penipuan terhadap rakyat.Jadi salahkah kita mengingatkan dan menegur jika menifestonya tidak dilaksanakan.
Rakyat seharus menilai yang mana terbaik untuknya.Jika manifesto yang rakyat inginkan maka saya menyokong DS mendesak mereka supaya menunaikan manifestonya.Biarkan apa saja yang akan mereka katakan tetapi ingatlah DS apa yang kita lakukan Demi untuk Rakyat yang dari dulu memang kita mengamalkannya.
-Pemuda UCBA
" Namun saya fikir, pengumuman terbaru oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu diulas kerana ia merupakan satu isu yang serius."
Pandai DS bermain kata-kata. Memanglah mudah, kerana ini blog DS. Sendiri bikin sendiri boleh komen, sendiri boleh masak apa resepi yang berselera dihati. Bijak sunggoh kau ini Jawa.
Sebijak-bijak engkau, tidak mampu membawa UMNO kemercu kejayaan. Malah tersungkur menyembah pantai Morib yang berkeladak dengan Najis Babi.
Isu serius ialah - BABI, BALKIS, PENYAPU DAN Kepimpinan Tertinggi UMNO. Usah lari dari kenyataan. tangkis dengan cermat empat perkara ini bari DS boleh mencari subjek Politik yang lain untuk diperdagangkan pada masyarakat Bloggers bagi mengalihkan pandangan mereka.
Good try, but not good enough.
APA KHABAR DSK,
SAYA INGIN MEMBERI SEDIKIT PANDANGAN DISINI.... KEPADA SEMUA GOLONGAN MUDA ..MARILAH KITA SAMA2 KEMBALI KEPANGKUAN UMNO KERANA INILAH SATU SATUNYA PARTI TUNJANG MELAYU DAN UNTUK MASA DEPAN ANAK KITA. SEBENARNYA PARTI INILAH YANG MEMBERI KESTABILAN POLITIK BERBILANG KAUM DI BUMI MALAYA INI.JANGANLAH KETERLALUAN EMOSINYA,ADA KALA KITA MARAH ADA KALA KITA BERSABAR DAN HAYATILAH PERJUANGAN UMNO SEBENAR.
KITA LIHAT KEADAAN SEKARANG,APA JADI BILA MELAYU BERPECAH?SULTAN TERPAKSA MENGGUNAKAN KUASA YANG ADA DEMI BANGSA SENDIRI.
SAYA RASA DSK MENJALANKAN TANGGUNGJAWABNYA UNTUK MEMBERITAHU RAKYAT SELANGOR TENTANG JANJI2 YANG TELAH MEMPENGARUHI RAKYAT TEMPOHARI,DSK WAJIB MENGINGATKAN TAN SRI KHALID KERANA UNDI BUKAN BOLEH DIBUAT MAIN2 DAN DIHARAP RAKYAT DAPAT MEMAHAMI DAN BERFIKIR.....SAYA APAPUN PENDIRIAN DAN PEGANGAN SAUDARA SEKELIAN DIHARAP DAPATLAH KEMBALI BERSATU DAN JIKA INGIN SUARA KITA DIDENGAR MASUK JADI AHLI UMNO KEMUDIAN PEGANG JAWATAN BARU KITA TAHU SENANG DAN SUSAHNYA UNTUK MENJADI PEMIMPIN
DALAM MASYARAKAT KITA GOLONGAN MUDA DIBANDAR SEKARANG KURANG MINAT BERPARTI TETAPI BERHAK MENGUNDI (DAN BANYAK TERDEDAH HANYA DALAM ALAM SIBER YANG BELUM PASTI BETUL ATAU SALAH.)
SAYA PERNAH MENGINGATKAN GOLONGAN MUDA YANG CANGGIH SEKARANG(DISEK7 SHAH ALAM JIKA KITA LIHAT,RAMAI GOLONGAN MUDA SAMBIL MINUM KOPI LAYARI INTERNET)…SIAPA KITA HARI INI JIKA BUKAN KERANA KESETIAAN YANG TUA DULU TERHADAP UMNO……DAN INGAT APA AKAN JADI PADA ANAK KITA 20 TAHUN AKAN DATANG JIKA PERCATURAN KITA TERSASAR HARI INI…
AKHIR KATA BERBEZA PENDAPAT TIDAK SEMESTINYA MEREKA SALAH TETAPI ANGGAPLAH IA SEBAGAI SATU PROSES PEMBELAJARAN DAN FIKIRLAH ATAS DASAR APA PEGANGAN KITA TERSEBUT, DAN ADAKAH KITA TELAH MELAKUKAN UNDIAN YANG BENAR2 TEPAT?......YANG SUDAH TU SUDAHLAH TETAPI YANG PASTI PRU13 NANTI UNDILAH DENGAN NIAT DEMI SURVIVAL BANGSA MELAYU.INGAT TUNJANG YANG TINGGAL HANYA UMNO...PAS MASIH BELUM MAMPU MENUNJANGI PAKATAN RAKYAT...KEADILAN????? LU FIKIRLAH SENDIRI.....HIDUP UMNO… HIDUP MELAYU..HIDUP INDIA,CINA DAN KAUM2 LAIN DIBUMI MALAYA TERCINTA INI
SESUNGGUHNYA SEMUA KAUM YANG CINTAKAN KEAMAN DAN KEMAKMURAN AKAN TERBELA DIBAWAH BN
UMNO TIDAK BOLEH DIWARISI
TETAPI
UMNO HENDAKLAH DIHAYATI
Rela janji Pakatan Rakyat tak tunai, janji ikhlas.
Daripada janji BN-UMNO - tunai janji bagi RM1, tapi kebas RM1 juta! Baik tak payah.
Melayu, masa untuk berdikari. Asyik menunggu janji, macam budak kecik. Bila nak maju? Orang dah berlari, kita masih nak bertatih?
saya sokong Datuk KHIR kadang2
Boss!,
Adalah tidak tepat kalau Dato Sri kata terlalu awal nak komen Kerajaaan Terkini Selangor sebab tak cukup 100 hari lagi memerintah. Why? nasib laaa...sapa suruh pegi announce cukai pintu tak akan dikurangkan awal-awal, bertentangan dgn manifesto semasa tengah pancing undi!! Buat apa saja untuk dapat kuasa, lepas dapat, janji-janji boleh cerita maa! Jelas sekali Pembangkang buat manifesto tak buat kajian abis - abis. Main belasah jee. Sama laa dengan isu air free. Mula - mula janji, lepas tu kaji balik, sekarang nak beli SYABAS. Apa sebenarnya motif yg tersirat?
Nie laa masalah pemimpin zaman sekarang, kalau menang jadi pemimpin, senyum sampai ke telinga, happy giler dapat power dan kenduri kendara 3 hari 3 malam! Ramai pemimpin yg lupa bahawa lantikan ke jawatan adalah suatu amanah dan tanggungjawab besar, yang akan diaudit oleh Tuhan kelak. Cuba laa ikut resmi pemimpin Islam dulu, menggeletar takut dan abih rendah diri bila jadi khalifah.
Syndrome ini memang nyata, UMNO ke, PAS ke or sosialist PKR ke, semua nya sama!
One more thing DSK, sila blog lebih sikit isu ketuanan melayu dan bagaimana melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR telah tanpa disedari, telah dipinggirkan oleh bangsa lain melalui kuasa ekonomi.
Amat jelas sekarang bila mereka spt sosialistDAP (yang disokong oleh melayu PAS dan melayu PKR) telah terang terang mencabar Sultan dan Raja-Raja Melayu (yg menjadi ketua agama Islam dan lambang ketuanan bangsa Melayu)
Bagi saya, orang melayu sekarang sedang tercari-cari pemimpin melayu yang berani dan lantang bersuara tentang isu ini. Apatah lagi bila pemimpin melayu PAS dan pemimpin melayu PKR seperti Anwar Ibrahim dan Hadi Awang sanggup menyepi diri tak mau komen member DAP drp mempertahankan agama dan bangsa.
This agenda is far more worth while than commenting on the Selangor Govt (By the way, agak awkward to comment on the Selangor Govt as you were once leading it. Better comment on the MB or exco personally)
YB Dato'
Saya rasa kita perlu wujudkan satu badan bertindak atau tribunal bagi menguruskan tuntutan Rakyat atas janji-janji manifesto bagi memudahkan rakyat menuntut hak mereka. Atau bolehkah kita rujuk kepada tribunal Timbang Tara Pengguna bagi menuntut hak kita sebagai Rakyat sebagaimana yang telah tertulis di dalam manifesto berkenaan?
Salam DSKT,
Bagi saya, tiada banyak bezanya siapa pun memerintah. Seperti yang saya tekankan sebelum ini, mudah untuk kita merencanakan sesuatu program atau agenda tetapi seringkali perlaksanaannya dipertikaikan. Cuma kini, sejak PRU12, pemimpin mula membuka mata dan telinga mendengar keluhan rakyat. DSKT jangan risau, insyaallah jika PR gagal menjalankan tanggungjawabnya, tidak mustahil rakyat akan menghukumnya dalam PRU13 nanti. Tetapi sebagai Ketua Pembangkang, DSKT perlulah sentiasa memantau program kerajaan negeri agar tidak terpesong dan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.
Saya sebenarnya ingin tahu apakah pandangan DSKT tentang EGM Umno yang seringkali diperkatakan sekarang. Benarkah ia menjadi sumber utama untuk mengetahui pendirian akar umbi ahli sedangkan ia hanya diwakili oleh segelintir pemimpin bahagian sahaja. Bagaimana pula pandangan ahli biasa di peringkat cawangan? Setuju atau tidak jika saya katakan adalah lebih baik jika diadakan kajian secara terperinci atau bancian bermula dari ahli biasa di peringkat cawangan hinggalah ke peringkat atasan. Pada pandangan saya, pendirian ketua cawangan @ bahagian tidak semestinya dipersetujui oleh ahli biasa, cuma tidak diketahui peratusan di antara yang bersetuju dengan yang tidak bersetuju. Walau apapun tindakan yang diambil selepas ini, diharapkan agar laporannya biarlah telus.
salam datuk seri yg dihormati,
saya berasa terpanggil pula kali ini dalam isu pengumuman MB Selangor yg baru ini tidak dapat menurunkan cukai taksiran dlm waktu terdekat....
bg saya adalah suatu yg dangkal dan cetek pemikiran datuk seri dan peminat2 datuk seri di blog ini...
nak kata belajar tinggi dah jd doktor dah.. nk kata x pandai pun xbleh sbb u all semua saya pandai2 belaka... tp bab2 isu mengenai politik yg melibatkan pakatan rakyat semua jadi x btul...
i dont know why u guy cetek sgt akal... kesian tgk..
mengenai isu tersebut... i think there is not a big issue coz off course take a few time to solve any discrepencies in term of agreement between local authority and occupants... then budget pun mb selangor pun camne nk buat...
xbleh bawak bersabar ke?
ni time BN jaga selangor dulu pun byk je janji yg tak tertunai... 50thn lak tu... traffic jam... tol berlambak...
n i think if BN won that previous election... i can bet mesti cukai.. n watever tax naik punyek...
so, please laaa... jaga letak otak yang pandai2 tu kat lutut...
salam Dato' Seri,
Hahaha, skrg smua rakyat Selangor dah jadi "TIPAH TERTIPU"....nak pembaharuan sgt...alih alih sama ja...manifesto adalah janji yang dibuat setelah diambil kira kedudukan strategik dan timbang tara yg teliti...sekali lagi TELITI..bukan membab* buta ja tabur janji....!!penyokong PKR cam saya pun dah terkesima dgn pengakuan Tan Sri. What a blunder!!!Tolonglah, naikkan sikit martabat org melayu..dah diludah ludah Cha YA Nun Alif!!! skrg masa nak pulihakan org melayu...ada plak org melayu yg dah mungkiri janji!!!apa benda nih Tan Sri!!!
pangkah dah sudah...tunggu janji2 manis diorang pulak la..kalau tak tertunai pangkahnya pada pemimpin yang lagi satu...4 tahun tu tempoh yang agak panjang...baby kalau lahir dah blh masuk nursery...
assalammualaikum..
Dr seri..
kerajaan negeri sekarang memang banyak kelemahannya sama juga seperti kerajaan BN dibawah pimpinan Dr Seri sebelum ni..
Bezanya janji2 yang kerajaan BN tidak laksanakan telah mendapat hukuman rakyat dengan beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat..
Kini kemungkinan Pakatan Rakyat juga akan melakukan perkara yang sama kerana mereka juga tidak menjadikan kerajaan BN dahulu sebagai satu ikhtibar dan pengajaran..
akhirnya ingatlah "Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya"
kalo tak tunai janji fikirlah sendiri sama ada layak jadi manusia atu mahluk apa..
masa lu memerintah selangor, lu apa buat pd rakyat??? Lu lagi teruk tau?
U tak layak nak tegur Khalid. Prestasi dia 2 bulan sbg MB selangor dah mengatasi u 2 penggal, faham? Kalau tak faham...pergilah belajar di Oxford
A.kum Datuk Seri,
sabar la.. baru lg dia memerentah...kau pulak .. ape kau buat.. sekurang2nya.. ade lackit dia buat..
isu pokok nya sekarang bukan menunaikan janji...yang lebih penting adalah kerajaan mana yang lebih integriti. Itu isu asalnya. Isu balkis, isu rasuah dan sebagainya
ermmmm adat manusia memang begitu... lumrah alam... bila time orang lain kita akan beria-ia memastikan semuanya dilaksanakan dengan elok TAPI masa dan bila kita yang dipertanggungjawabkan, kita tak pun mempedulikannya... bagi kita yang penting sudah dalam keadaan selesa... saya tidak akan menyalahkan sesiapa kerana saya juga mungkin seperti itu...
*** Apa yang pasti sudah terbukti Kerajaan Negeri Selangor sekarang ini telah melaksanakan tanggungjawab terhadap KEBAJIKAN RAKYAT YANG MEMERLUKAN BANTUAN!!! :)
Salam Datuk Seri,
Saya amat bersetuju dengan pandangan Datuk tentang perkara ini. BN sebagai pembangkang di N Selangor ini perlu menggunakan isu ini dengan sebaik-baiknya. Walaubagaimanapun masih ada dikalangan rakyat berpendapat terlalu awal untuk mereka menilai kerajaan yang ada sekarang sebagai sebuah kerajaan yang penipu.
Saya ada lihat dirumah rakan2 yang menampal menifesto pakatan rakyat ini di dinding rumah mereka. Mereka berkata nak tengok diorang buat tak apa yang dijanji. Saya tanya mereka apa harapan mereka? dia kata kalau dari semua janji2 ini kalau 70% diorang buat dah kira baik dah.
Saya ingin bertanya kepada Datuk tentang isu projek ternakan babi di Sepang? Apa yang telah dibuat oleh pihak Datuk (sebagai ketua pembagkang) untuk menghalang projek ini dari terus dilaksanakan?
Sebagai penduduk sepang projek ini bukan sahaja merugikan penduduk sekitar sepang tetapi seluruh rakyat selangor. Mengapa? ini kerana lokasi projek itu tidak sesuai kerana ia berdekatan dengan penempatan, projek pelancongan, pintu masuk utama ke Malaysia, pusat petadbiran kerajaan, dan MSC. Saya rasa tak perlu saya nak bagitau mcm mana projek ini boleh merugikan rakyat selangor saya rasa rakyat selangor sudah cukup bijak untuk menilainya sendiri.
Tetapi ada masanya saya sendiri merasa terkilan terutamanya terhadap sikap penyokong2 dari pihak Pakatan Rakyat khususnya dari daerah2 diluar sepang ini. Mereka menyatakan seolah-olah rakyat sepang ini mengada-ngada tak nak terima keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri.
Suka saya menyatakan disini bahawa rakyat sepang tidak akan bersetuju dengan mana2 kerajaan sekalipun yang ingin membuat projek sebegini di Daerah Sepang ini. Ini kerana kami dah merasa susahnya apabila wabak JE melanda...kami mahu semua ladang yang ada disini dipindahkan jauh dari kawasan ini. Jika kerajaan dulu (yang dikatakan bersifat kuku besi) boleh pindahkan projek diBroga/semenyih dulu kerana ancaman kesihatan kepada penduduk setempat kenapa tidak kerajaan sekarang yang dikatakan lebih mesra rakyat??
DAN KEPADA MEREKA2 YANG MENYOKONG SANGAT PROJEK INI SAYA NAK TANYA SIKIT KALAU DIORANG BUAT KANDANG BABI BELAKANG RUMAH TUAN2. TUAN2 MARAH TAK??????
su-kj.
Jadi, kalau amalan demokrasi anda tidak suka, amalan apa yang di inginkan? kuku besi? monarki?
Kita jangan salahkan kerajaan yang memerintah tetapi kita salahkan individu dalam kerajaan yang tidak bertanggungjawab terhadap apa yang mereka janjikan dan lakukan.
Kerajaan sepatutnya mengotakan apa yang mereka janjikan supaya syurga masih ada tempat untuk mereka...
untuk umno johor, Tidak salah untuk Dr membantu PKR untuk menyediakan senarai ibu tunggal, anak yang perlu mendapat elaun dan sebagainya. Ini kerana walaupun Dr merupakan site pembangkang tetapi beliau masih seorang pemimpin.
Bukan kerana kita ingin menjatuhkan parti lain, rakyat jelata yang merana.
Untuk Dr, walaupun saya orang Sabah, tetapi saya mengagumi keberanian Dr dalam membuat keputusan semasa menjadi Menteri besar dulu...
salam..
Mohamad Khir Toyo...
Bole bawak bersabar x? Tunggu la dulu apa yang aprti pembangkang nak buat..tergesa-gesa nak ke mana..bawak bersabar..belum buat belum tau..jangan khir toyo terkejut plak satg dengan pembaharuan yang di buat..
cuka pintu..perkara keduniaan...
'pub' yang bagaikan cendawan tumbuh tu macam mana?dunia hanyalah kecil dibandingkan dengan akhirat..yang mana patut di utamakan? bawak istighfar banyak2..waktu mohamad khir toyo memerintah dulu, persoalkan balik apa yang telah dilakukan untuk Islam itu sendiri.saya bukan nak kutuk sape2 tp setiap pekerjaan yang kita buat dalam hidup ni biarlah untuk islam semata-mata..
wassalam..
Dr,
Keep up the good work sebagai pembangkang di negeri selangor. Kalau setakat bagi manifesto untuk menang baik PKR duduk rumah je. Rakyat dah pilih mereka kerana janji-janji mereka. Tolong penuhi janji anda untuk pelepasan cukai yang telah dijanjikan.
Salam Dr,
Mmg diakui PR telah membuat janji2 yg pd sy amat "mahal" harganya. Sy sbg rakyat biasa dan sederhana mmg amat tertarik dgn janji2 tersebut, ttp mmg di dlm perkiraan kasar sy payah utk ditunaikan 100% dlm masa terdekat.
Ttp Dr, pemerintahan kerajaan negeri PR adalah utk j/masa sekurang-kurangnya 4 tahun, bukan 1tahun. Yg dinyatakan oleh TS Khalid penurunan tersebut x dpt dibuat skg. Bukan tidak langsung akan dipertimbangkan pd masa2 akan dtg.
Sekurang-kurangnya ada usaha kerajaan skg utk meringankan beban rakyat, cthnya dgn pengumuman bekalan air percuma. Bg sy, kalau pun x dpt 100% ditunaikan, tp dpt dicapai dgn margin tertentu yg boleh diterima rakyat, itu sudah memadai, paling tidak beban rakyat dpt dikurangkan.
Kalau masih ingat, semasa kempen PRU12 baru2 ini, dipaprkan di dada2 akhbar tentang perlaksanaan projek2 (janji2) BN. Masih byk yg ditanda "akan dilaksanakan" atau "dlm perlaksanaan". Tu dah nak p/raya, kira masa dah tamat. jadi mcm mana tu??
Sy mahu jadi org waras, tak mahu melompat dan terkinja-kinja mengejek sdgkan masa perlawanan masih panjang, tak tahu lagi siapa yg menang. Keputusan dari penilaian sy cuma pd PRU13 nanti.
Utk DR, itu mmg kerja pembangkang. Teruskan lah mengkritik, tp jgn lah putar belit. Keputusan penilaian kepimpinan Dr telah pun diketahui. Sy tunggu kepimpinan PR pula. Rakyat bijak menilai siapa yg lebih layak menerajui kepimpinan Selangor akan dtg.
Salam Datuk seri
Persoalan utamanya adakah mereka ini menang kerana janji janji tersebut? Daif sangatkah orang selangor sehingga sanggup menjual bangsa semata mata nak 20 meter air percuma yang nilainya hanya RM10.72 sebulan. Yang merokok mungkin tak sedar harga rokok mereka lebih mahal dari itu.
Dihati orang melayu yang tersirat lebih membara dari yang tersurat.
Dear Sir,
You and your party will never learn. The fact that your party has charged Raja Petra Kamarudin with sedition shows that you people have learnt NOTHING from the last election.
Do you not realize that by censoring RPK, you have censored a symbol of dissent? The RAKYAT’S symbol of dissent. Do not confuse him as the opposition. He is, in effect, our representative, and our voice. A voice that fights against the injustices committed by the government, i.e, YOUR party.
And you know what? This whole situation makes us angry. Very very angry. My blood boils further the more I think about it.
I’m sure you guys have brains (or what’s left of it). Use it. Tell your bosses that angering the people is NOT the wisest thing to do. Tell your bosses charging RPK and sending him to jail will just make him a legend. Censoring him physically only makes him more popular with the people. You guys really are so narrow-minded that you can’t even think of better ways of shutting people up.
I leave you with this parting thought:
Should the oppression and suppression of dissent continue, I can only say this: Revolution is nigh, my dear man.
Come next election, the rakyat will show you people who is really boss. We’re sick and tired of you guys treating our basic rights like toilet-paper.
Regards,
Jeremy
Dato Seri...
Sekurang2nye MB baru ada juga membuat perubahan macam Air "free"utk bawahan 20meter padu.Dan jika MB baru ada idea utk rakyat kan bagus team Dato joint sekali menjayakannye..Saya tahu Dato terpaksa mencari kelemahan MB baru kerana agenda politik utk mendapat sokongan moral yg Dato akan menjadi "Hero",Bab Dato kalah satu cerita.Kenapa kalah?Kerana rakyat terpengaruh dakyat PKR?Bukan Dato tapi bosan dgn mainan org besar,saya tahu Dato memang bagus (kerana ada sokongan/dpt undi)tapi Dato check tak wakil rakyat dato sebelum ni (buat kerje ke atau buat duit?)macamnilah Dato kita ni melayu beragama islam kena pikir balik nak jadi Menteri/wakil rakyat kerana nak kuasa atau bantu rakyat..kalau niat bantu rakyat tampa ada agenda tersembunyi Allah swt akan naikan kedudukan Dato.tapi kalau ada niat lain (rebut kuasa,kerana kuasalah boleh membuat kaya raya)cita-cita hanya tinggal cita2 ajelah Dato...Kita ni asal drp tanah..
Dk...
Komen dk ni bukan satu kejutan...malah memang dijangkakan...apatah lagi now ni dah ada own blog kann...apa pun saya percaya Selangorian patut ucapkan berjuta2 lemon t/kasih la kpd dk kerana menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang yang boleh dikatakan bagus la juga setakat ini....seperti kata Pak lah...'mentadbir' bukanlah sesenang 'membangkang'....kalau di syarikat2 besar...jawatan2 penting akan diberi 'probation' atleast 6 month utk proving their performance...memang la kalau tengok resume semuanya hebat2 belaka....tapi 'boss' akan menilai pekerja melalui result yang dihasilkan....saya percaya tokoh korporat such as TSKI adalah seorang yang 'result oriented'...saya agak kesal kerana dk yg pernah jd peneraju sebelum ini..tiba2 melatah bagaikan orang2 tua di kampung saya dimana tahap educational dan mindset mereka adalah 10 kali rendah dr dk....jangan la bersangka bahawa semua rakyat selangor ini akan mudah terikut2 dengan latahan dk itu....adakah latahan dk ini ikhlas atau sekadar memenuhi selera jijik kawan2 di dalam umno/bn bg menghentam PR....apapun semua rakyat Selangor tahu...masih ada janji2 dk selama 2 term jadi mb masih lg on paper...saya percaya rakyat Selangor adalah terdiri dari orang2 yg sabar....buktinya selama 50 thn di bawah umno...anda semua boleh bertahan dengan segala macam tipu helah mereka...oleh itu harus la diberi peluang kepada PR yang baru berumur 60 hari memerintah untuk membuktikan performance mereka...
salam ds,
bagus posting yang diutarakan. saya setuju dengan tajuk "mudah berjanji, mudah lagi memungkirinya".
pada pandangan saya, apabila sudah berkuasa. biasala. semuanya sama sebenarnya. tidak kira BN atau BR.
semuanya permainan politik.
mengaburi mata orang ramai, lepas itu senyap.
pernahkah mereka turun padang untuk mengetahui masalh dan juga apa yang rakyat rasa.
apabila pilihanraya sampai barulah nak cari dan turun padang.
fikir-fikirkanlah.
Salam,
Don't be a sore loser. Lets give the new Government benefit of the doubt.
Seperti yang anda katakan terlalu awal untuk membuat sebarang komentar, setidak-tidaknya selepas 100 hari. BN yang memerintah lebih dari 50 tahun (18,250 hari) di Selangor juga banyak kekurangannya dan kesilapan walaupun telah banyak kali diperingatkan oleh rakyat. Sebab itu rakyat memberontak dan menolak BN dalam PRU12.
Ambillah kekalahan lepas sebagai iktibar dan anda jadilah sebagai Ketua Pembangkang yang berwibawa dan memberi faedah kepada rakyat Selangor. Berilah idea-idea yang lebih bernas untuk membangunkan Selangor dan rakyatnya, dan bukan sekadar menghentam Kerajaan yang berusia kurang 3 bulan ini.
Sekiranya anda lebih bersikap positif dan proaktif, kemungkinan anda akan memenangi semula hati rakyat. Tetapi sekirannya sikap buruk sangka ini anda dan ADUN BN teruskan... The only thing that can I say, "You can kiss Selangor goodbye and this time forever".
a.kum Dato' Seri,
Kalau penipuan ini dikatakan mempunyai integriti didalam mentadbir kerajaan negeri Apakah salah kerajaan BN yang terdahulu?
Setiap apa yang ingin dilakukan mestilah mengikut procedure yang telah ditetapkan.Apakah semua permintaan rakyat terhadap kerajaan BN terdahulu tidak tertunai?Mengapa kita sebagai rakyat mesti mengiakan apa sahaja desas desus sebelum kita membuat kajian dan melihat dengan mata kepala kita sendiri?
Persoalannya apa yang dilakukan kerajaan negeri sekarang? Apakah manifesto itu tidak penting bagi mereka.Kerajaan PR harus faham rakyat menerima manifestonya dengan baik kerana keadaan tertekan rakyat di era kenaikan harga ini.Berapa lama rakyat harus menunggu untuk merealisasikan manifesto itu sedangkan rakyat amat memerlukan.
Apakah kerajaan PR hanya tertumpu kepada menaiktaraf kehidupan khinzir dari menaiktaraf kehidupan rakyat?Sedarlah semasa era pemerintahan kerajaan BN dahulu kebanyakkan tetapi bukan semua permintaan rakyat dapat ditunaikan.
Apakah kerajaan PR pada waktu ini mendengar dan menunaikan permintaan rakyat???masalah isu babi adakah mereka dengar???masalah manifesto apakah mereka lupa?
Rakyat pada waktu ini dapat membuat perbandingan yang bernas bukan dengan berasaskan mendengar sahaja tetapi mengkaji adakah ia benar atau tidak.
Sama-samalah kita tunggu DS bila mereka dapat menunaikan manifestonya yang agung itu.Bila sampai rakyat berang kerana janji tidak ditunaikan kami menyeru DS supaya mengesa kerajaan PR demi kepentingan rakyat.Kita harus sampaikan suara rakyat bukan hanya kepada kerajaan negeri tetapi juga kerajaan pusat.Itu tanggungjawab kita DS dan kuatkan semangat ingatlah allah sentiasa berada disisi kita.
-Gerak Gempur
Salam kepada Dr,
Terlalu awal untuk Dr melatah tak tentu fasal. Bawa bertenang Dr, isu Balkis masih belum terjawab lagi ni. Fokuskan perhatian Dr ke perkara itu ya.
Hal kerajaan PR ini biarlah mereka yang 'baru' menentukannya.
Salam DS,
Sy mmg setuju sangat dengan pendapat peribadi DS pasal janji tu.
Namun, rakyat dah beri peluang 50 tahun kpd BN untuk memakmurkan Selangor ni. Baru beberapa hari PR memerintah pembangkang dah mula teriak nak minta tunaikan janji manifesto.
Pr ada masa 4-5 tahun untuk menunaikan janji mereka. Berilah peluang.
Jika mmg kita sayangkan negeri kita, bantulah dengan memberi input positif agar Selangor terus makmur dan maju bukan menghentam keromo.
p/s: macam balas dendam je...
Buat saudara Carl,
pada fikiran saya elok segala usul dari ahli UMNO dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat cawangan yang akan datang sahaja.
Usul-usul ini akan dikaji dan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Usul yang dipengerusikan oleh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain itu, usul juga boleh dikemukakan kepada jurucakap-jurucakap semasa mesyuarat Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO nanti.
Berkenaan isu Balkis telah dijelaskan dalam tulisan sebelum ini dan beberapa kenyataan akhbar. saya fikir terserah kepada saudara/i untuk menilainya. Yang penting sepanjang pegetahuan saya tahu tiada sesen pun wang persatuan disalahgunakan.
Wang RM 9 juta itu tetap disalurkan kepada pihak yang dijanjikan iaitu anak-anak yang tinggal di Rumah Balkis.
Your blog is a serious joke. I am really worried at the state BN is running the country it would soon suffer the fate as Zimbabwe. Stop squandering valuable resources and get some work done
salam datuk seri,
saya tidak trkejut bila bn kehilangan kerusi di pp, sgor, perak dan semua bandaraya. memang pembangkang menggunakn it utk memerangkap pengundi, begitu juga diswak. kenapa bn x guna org sastera utk berkempen di masa depan kerana org sastera juga mampu lakukan demi kemakmuran msia. salam
Terima kasih atas maklumbalas DSKT.
wuebakerajaan pakatan rakyat baru jer memerintah, berilah mereka masa dalam setahun utk mengotakan janji-janji mereka. lagipun bertukar-tukar pemerintah itu baik untuk pembangunan negara. kalau kerajaan pr tak bagus kita tukar balik bn pru13 nanti, senang kan. takkan asyik muka org umno jer yg kaya-raya mengaut duit rakyat, bagi canlah org parti lain pulak, barulah adil namanya kan
baru shj 2 bulan PR memerintah... Dato Seri dah melompat. At least, diorang ada buat kajian utk cuba ringankan beban rakyat. kalau tak dpt laksanakan thn ni pun takpe. Diorang ada lagi 3 - 4 tahun utk laksanakannya. Kita rakyat pun faham.
Tapi Dato Seri berapa tahun kat dlm ofis MB, ada buat kajian nak ringankan beban rakyat secara direct? takde!! kadar minimum bil air RM6 ada la! Walaupun tak guna, kena byr jgk. OH, membantu sgt la rakyat sederhana... baru 2 bulan Dato Seri, 2 bulan...
pangkah BN pun belum tentu cukai akan diturunkan.. so mana lebih elok. cubaan turunkan cukai, mungkin tak sekarang tapi akan datang/tiada cubaan langsung dari sebelum ni.
cuba perhatikan perabot sendiri yang senget dulu baru nak compare dengan perabot jiran sebelah
SAMPAI BILA DIBOHONGI ?
MB wakili pakatan rakyat
Berlatar belakang koperat
Tetapi diguna pasang jerat
Rakyat selangor patut ingat
Dengar guruh, air curahkan
Bukan senang tapi celarukan
Air free pun belum grantikan
Janji tinggal janji hadiahkan
Mudah berkata dari laksana
Demi tarik undi, janji dibina
Belit DAP dan PKR mengena
PAS ngaku Islam pun sama
serling
[07.05.08]
rabu
....
p/s;
- begitulah bila terpedaya kata manis madu si anwar penasihat PKR yang berangan jadi PM Malaysia walau mungkin terpaksa guna bukan kaedah Pengundian biasa @ Pilihan Raya Umum – fikir2kan lah cukuplah terpedaya – perentah negeri baru dua bulan pun dah ngelabah, kalau negara...?
DS, tohmahan dari penyokong PKR yang fanatik mempertahankan kerajaan negeri selangor adalah sama sahaja dengan 'yes man' orang UMNO seperti datuk walaupun paklah itu bobrok. DS telah meilih jalan yang betul, berubah dari gokblok kepada go blog.
DS teruskanlah memperkatakan yang benar, itu kehendak rakyat untuk DS berubah dan DS telah berubah sekarang, perubahan itu bukan bererti tewas dan mengalah tetapi mengatur strategi untuk kembali, jika diiring keikhlasan saya percaya DS akan berada dipuncak jua suatu masa nanti.
Yang terus fanatik mengkritik. mereka umpama kalkatu di lampu, mereka mengejar cahaya yang palsu, akhirnya membakar diri.
Assalamualaikum dr,mmg tepat kata dr tu,baru beberapa bulan memerentah mereka telah menunjukan wajah mereka yg sebenar.Tetapi tak mengapa dr,pepatah melayu mengatakan "Pelandok selalu lupakan jerat,tapi jerat tak pernah lupakan pelandok".Tapi Melayu mudah lupa hahahahaha, macam "Pak Kadok menang sorak kg tergadai".Dr. mereka ni macam sebuah lirik lagu melayu lama bertajuk "Pak Dukun" liriknya berbunyi,Nak pulang tak nak pulang, dah pulang congang congang.entahlahhhh
DSK
Saya dari dulu lagi berpendapat kemenangan pihak pembangkang bukan disebabkan oleh manifesto mereka. Ia adalah lebih kepada tuduhan rasuah dan salah guna kuasa, masalah pentadbiran, masalah barang naik, jenayah naik, isu roboh kuil, body snatching, KJ, bagi penyapu, pemimpin berlagak, pemimpin tidur dan macam-macam lagi yg diamalkan oleh BN.
Kalau BN dapat bangun kembali, pulihkan diri, muhasabah, maka saya rasa dengan mudahnya BN dapat rampas kembali kuasa dari pihak pembangkang.
Pembangkang pegang kuasa tidak akan lama (kecuali PAS pasal mereka banyak ada pengalaman), sebabnya pembangkang hanya pandai melihat dan mengkritik tapi mereka tiada pengalaman untuk memerintah.
Sekarang mungkin mereka sedar langit tinggi atau rendah. Semua orang(rakyat) nak mintak itu-ini. Kita tengok macammana kerajaan pembangkang tunaikan. Saya yakin mereka tidak akan mampu nak tunaikan semua.
Kerajaan BN kena bersatu kembali, kembali ke jalan asal dan isyaallah Selangor, Perak dan penang akan dapat dirampas kembali dari tangan pembangkang.
Salam DSKT.
Kepada para penyokong pakatan rakyat.Syabas kerana sekarang anda semua telah sedar bahawa memerintah tidak semudah mengkritik.Syabas kerana anda telah mengerti erti sabar,kaji sebelum berjanji,manusia tidak sewenang2nya boleh berjanji utk mendapatkan kuasa.Harap boleh beri peringatan ini kepada pimpinan kesayangan anda Datuk Hassan Ali.Beliau sebelum pilihraya,rakus menabur janji siap dengan tarikh bila utk implement manifesto mereka.sila lihat youtube pada tajuk (IKRAR HASSAN ALI & TAWARAN UNTUK RAKYAT SELANGOR).Lantaran ini, adalah tidak keterlaluan jika DSKT, atas kapasitinya sebagai Ketua Pembangkang negeri Selangor menimbulkan isu ini kerana isu ini dijadikan umpan untuk rakyat menyokong pakatan rakyat.Jika perkara ini tidak tertunai rakyat perlu di bela dan DSKT sedang menjalankan tugasnya utk membela rakyat yg telah tertipu.
salam...
janji mudah..betul saya sokong..
janji senang sebab
1. guna air liur sahaja. minum air bila dahaga..
2. tidak guna tenaga
3. kena fikir sedikit suruh orang percaya
4. orang lain tak pernah buat, janji kita lebih afdal..
5. tapi janji nie sampai 4-5 tahun sahaja...lepas nie orang kata PR-panipu rakyat...
(http://pkrpasdap.blogspot.com)
datuk seri,
saya ingat dia orang tak sangka boleh menang kot. sebab tu tabur banyak janji.
" janji di tabur...berteraburlah janji..."
salam
dah name pun pembangkang mesti lah membangkang kan?selidik dan perhatikan apa yg nagetif supaya boleh diulaskan..
boleh datuk seri beri satu contoh yg baik untuk kerajaan baru nie?tak delah kan?kesiankan rakyat selangor negeri maju yg dipenuhi orang2 bijak pandai boleh kene tipu oleh menifesto pakatan rakyat?hebat betul TSKI dapat menipu jutaan rakyat selangor dengan menifesto nya so saya harap datuk seri dapat mengulas setiap penipuan beliau supaya rakyat selangor yg bijak pandai nie dapat menilai dan sedar diri.mereka perlu tahu hanya BN kerajaan yang layak untuk memerintah selangor hingga kiamat nanti yg lain tak layak..
add link buleh tak?
http://malaysiakamu.blogspot.com
salam dr Khir,
rasanya kita sudah sedia maklum ttg politik Malaysia dan negara2 lain.TIDAK akan terlepas dari suasana yg sama..."JANJI MANIS"
contohnya...beberapa thn dulu...sblm pilihanraya...parti pemerintah..tak kisahlah parti apa2 pun...mereka dgn penuh semangat membawa berlori2 TIANG Lampu letrik ke kawasan perkampungan ..lepas pilihanraya ...ANGKUT balik tiang tersebut.kampung masih GELAP GELITA walaupun dah thn 2008 dan dah merdeka 50 thn +.
Tidak kiralah..BN atau PR....saya harap mereka yg dipilih rakyat akan mengotakan janji dan berkerja dan menerima gaji yg SEPATUTNYA...kalau tak...selamat makan DUIT HARAM dan TUHAN TAHU APA YG KITA BUAT...lari kemanapun...kita tak mampu!!
mengkritik dgn ikhlas itu tersangat baik...tapi kalau ada udang di sebalik mi bandung...tu kita tahulah apa faedahnya..dan hanya kita dan tuhan saja yg tahu kebenaran ttg diri kita!
apa2pun...Nice