Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, May 22, 2008

Saat Menyedihkan Buat UMNO

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan UMNO merupakan satu saat yang menyedihkan kepada saya secara peribadi. Sebagai anak muda yang membesar di bawah kepimpinannya, dan menjadi pemimpin kecil UMNO ketika di bawah kepimpinannya tentulah saat ini sukar dilupakan.

Saya fikir ramai lagi yang telah pun meluahkan perasaan yang sama. Malah ramai juga yang telah mengikut jejak langkah beliau keluar UMNO buat sementara waktu.

Sungguhpun saya tidak bersetuju dengan tindakan Tun keluar UMNO, namun saya fikir beliau tentu telah berfikir panjang demi kepentingan UMNO dan orang Melayu keseluruhannya.

Ketika di tanya pemberita beberapa hari lalu, saya menegaskan bahawa kepimpinan UMNO harus mengambil berat tindakan Tun ini kerana beliau bukan sahaja telah banyak berjasa kepada kita, tetapi besar juga pengaruhnya di kalangan generasi muda.

Bagi saya, saya akan terus setia kepada parti dan melakukan perubahan dari dalam. Jika mereka yang mempunyai pengaruh dan kekuatan menyokong Tun tetapi keluar parti, maka perubahan tidak mungkin dapat dilakukan.

Ahli parti mesti kekal dalam parti yang kita perjuangkan. Sebagai pemimpin kecil di dalam parti tidak mungkin kita boleh membuat perubahan dari luar parti. Ini sudah tentu berbeza dengan Tun Dr. Mahathir yang mempunyai pengaruh besar di kalangan rakyat.

Sebab itu, saya meminta semua ahli UMNO agar kekal dalam parti dan menggunakan mesyuarat cawangan mengambil tindakan bagi melakukan perubahan jika perlu. Kita hadir ramai-ramai dalam mesyuarat cawangan dan nyatakan pendirian kita dengan jelas, itu yang penting.

Perjuangan mestilah diteruskan walaupun beribu cabaran menanti. Perasaan kecewa tidak sepatutnya ada dalam diri kita. Walaupun kita mungkin dimaki, difitnah tetapi ia tidak akan melemahkan sebuah perjuangan yang suci dan ikhlas kerana saya yakin perjuangan ini adalah untuk agama dan bangsa.

101 comments:

  1. Assalamualaikum dr,mmg sangat sedih pemimpin yg banyak berjasa kepada bangsa dan negara, telah memilih untuk tidak bersama UMNO lagi.Tapi kenapa? adakah kerana dendam kesumat, kerana Pak Lah tidak pandai untuk menyanjung dan mengenang budi dan jasa yg telah ditaburkan selama 22 tahun memerentah?.Memang Tun Dr. Mahathir adalah Negarawan yg terbilang.Janganlah ia dipadam dari catatan sejarah.

    ReplyDelete
  2. ya, berjuanganlah untuk parti atau dasar parti. Bukan kerana individu. Ikut hati mati.

    ReplyDelete
  3. A.kum Datuk Seri,

    1. Pemimpin datang dan pergi.

    2. Sebenarnya kekuatan sesebuah parti bukan terletak pada seseorang individu tetapi ia terletak pada 'Tujuan dan Matlamat' pada rakyat dan negara.

    3. Walau pun seseorang individu itu hebat tetapi jika 'tujuan dan matlamat' sudah lari, akhirnya parti itu akan hancur juga.

    http://sukj.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan selamat sejahtera bt Ds dan Rakan2 blogger..
    Pengisytiharan Tun meninggalkan UMNO bkn sahaja saat yang menyedihkan malah saat yang menggemparkan seluruh pelusuk negara. Khidmat Tun pada nusa dan bangsa tiada tolok bandingnya..

    Saya yang membesar dalam era pemerintahan Tun amat berbangga dengan pencapai negara yang dipacu oleh Tun dan pemimpin2 Barisan Nasional, saya amat bersyukur kehadrat Illahhi..
    Walaupun sangat terkilan dengan tindakan Tun pada awalnya, namun saya cuba mencari rasionalnya Tun berbuat demikian, dan sy bersetuju dgn pendapat Ds mengenainya.
    Tun masih merupakkan Insan yang berpengaruh besar pada masyarakat khususnya golongan muda yang menjadikan Tun sebagai seorang idola.
    Pasti ramai generasi ini akan mengikuti langkah Tun untuk menyatakan sokongan pd Tun, Tapi malangnya kesannya tidak dirasai oleh pucuk pimpinan UMNO kerana suara golongan ini tidak didengar oleh pemimpin atasan, maka ia akan jadi sia2..
    Mesyuarat peringkat cawangan adalah satu medan terbaik untuk peringkat akar umbi untuk menyampaikan mesej pada pemimpin atasan,tapi adakah mesej ini berani diutarakan oleh wakil2 bahagian dan tidak takut dianggap DURI DALAM DAGING.?????
    Sedangkan Tun yang dihormati dan ramai pengaruh pun boleh dihina sedemikian rupa.
    Yang boleh diharapkan sekarang adalah Ahli2 Parlimen UMNO untuk terus berjuang dengan ikhlas untuk memperbaiki UMNO, saya merayu demi masa depan negara yang terjamin untuk anak cucu cicit kita pada masa depan agar pemimpin UMNO tidak lagi mementingkan WANG DAN PANGKAT sahaja dalam perjuangan mereka.
    Jika pemimpin2 UMNO ini terus memekakan telinga dan mebutakan mata hati dan jiwa pada suara rakyat yang melantik mereka pasti bahtera UMNO akan karam dengan semua anak kapalnya mati teraniaya kerana kesilapan Nakhodanya membuat percaturan.
    BANGKITLAH UMNO, JAUHILAH SIFAT SYAITAN YANG TAMAKKAN HARTA BENDA DUNIAWI SEMATA-MATA,

    AKAR UMBI BUKAN PEKAK TAPI PEKA
    MATA,HATI DAN JIWANYA
    JANGAN DITEGAK BENANG YANG BASAH.

    ReplyDelete
  5. Salam Dato'

    Saya memerhatikan drama yang sedang berlaku ini dengan perasaan yang bercampur baur.Ada perasaan, sedih,marah,bosan dan kadang-kadang melucukan.Selalunya melucukan bagi saya apabila sudah melangkaui perasaan marah.Selepas TDM memgumumkan keluar parti, komen-komen yang saya dengar dari pemimpin-pemimpin UMNO adalah "TDM patut kekal dalam parti untuk bersuara, jika beliau tidak ada dalam parti, suara beliau sudah tidak boleh didengari sebagai ahli parti".Komen-komen ini melucukan.Saya melihat drama ini dari jauh merasakan sudah banyak kali TDM bersuara sebagai ahli parti tetapi situasinya tetap sama, pi mai pi mai tang tu.Saya memerhatikan tiada yang benar-benar mendengar menggunakan semua deria dan keikhlasan.Jika ada yang mendengar dengan penuh keikhlasan, mungkin kita tidak sampai ketahap ini . Saya berpendapat TDM bukanlah orang yang tidak boleh dibawa berbincang.Jika beliau seorang yang tidak boleh dibawa berbincang tidak mungkin beliau dapat memimpin bangsa dan negara kita ke tahap ini.

    ReplyDelete
  6. Nampaknya jangkaan rakyat Dr Khir akan keluar UMNO tidak tepat. Ali Habshee dan Fuad Zarkasy ( maaf jika salah eja ) tentu dianggap oleh kita semua akan mengikut Tun keluar parti.

    Jika Mukhriz tidak sanggup apatah lagi orang lain. Mokhzani tentu tidak ada masalah kerana tidak terikat dengan Parlimen tertentu seperti Mukhriz.

    Apa yang dikesalkan sikap suka memecah belahkan seperti ini, dan ditambah pula Dr sendiri sering dilihat bersama TUn, adalah sangat mendukacitakan ahli yang ingin melihat kesatuan akan muncul di belakang presiden parti.

    Sepatutnya, jika tidak percaya pada Presiden lebih baik mengundur diri dan berpindah ke lain parti.

    Bukan berada di dalam 'rumah' UMNO dan mengutuk Tuan Rumah hingga teruk suasana akibat ahli rumah yang tidak faham dan dengki sesama sendiri.

    Apapun, setiap orang kena tetapkan pendirian dan berani menyanggah pendapat yang tidak dipersetujui.

    Namun, dalam Islam tentu cara memberi pendapat tidak ubah seperti adat budaya Melayu kita sekian lama..

    Ia berseni dan ia tidak mengguris mana mana hati.

    Fikir fikirkanlah....

    ReplyDelete
  7. berharap agar ada perubahan supaya tidak timbul lagi perkara-perkara yang lebih memeningkan Malaysia...

    ReplyDelete
  8. saya sokong kata2 dsk...ahh kawan2 blogger yang lain jangan ingat saya mat angguk2..pandangan dsk ni sama dengan pandangan saya yang lepas...

    TDM saya lihat amat kecewa apabila pak lah yang beliau pilih sekarang seolah2 cuba untuk menjatuhkan maruah beliau.ini saya katakan adalah apabila pak lah mewujudkan suruhanjaya bebas untuk perlantikan hakim baru2 ini yang mana selepas ini perdana menteri tiada kuasa untuk mengawal hakim.

    dengan pengesahan video vk lingam adalah tulen baru2 ini(juga selepas penubuhan suruhanjaya) dan nama TDM adalah disebut salah seorang yang terbabit akan hadapkan dimahkamah membuatkan kemungkinan TDM kecewa sehingga sanggup keluar dari parti umno yang beliau sendiri pertahankan selama ini kerana pak lah seolah2 cuba mengelak untuk tidak akan campur tangan menggunakan kuasa yang sepatutnya beliau sebagai PM ada apabila telah mewujudkan suruhanjaya bebas kehakiman.keadaan ini akan membuatkan kita semakin keliru dan jika tidak difahami ia akan membuatkan ramai yang kecewa.

    pak lah mungkin bertindak atas dasar rakyat yang mendesak dan selalu mewar2kan ikan bilis selalu kena disabitkan kesalahan tapi bila ikan besar selalu tutup kes.apabila perkara ini selalu diperkatakan dan ia akan menjadi seakan2 benar walaupun sebagai pemimpin besar mereka ada sebab tertentu dalam sesuatu keadaan dan tindakan(mungkin atas desakan/tekanan oleh orang2 disekeliling PM).pendedahan sebegini juga akan membuatkan ramai generasi muda yang percaya dan mungkin ia akan menyebabkan umno/bn semakin dijauhi dan lemah.saya rasa pak lah bertindak menubuhkan suruhanjaya bebas kehakiman baru2 ini kerana ia selari dengan kehendak rakyat hari ini.insyaallah sistem ketelusan yang ingin dibawa pak lah suatu hari nanti akan difahami oleh kita semua.saya bukan setuju dengan pak lah 100% walhal saya bersetuju 100% jika pak lah undur diri dengan cara yang baik.

    berbalik kepada penubuhan suruhanjaya tadi saya rasa masa penubuhan suruhanjaya tidak bijak yang sepatutnya tidaklah baik dalam keadaan TDM dihadapkan sebegini.adakah TDM boleh menerima tindakan pak lah yang seolah2 cuba memalukannya.kita seharusnya memahami situasi ini dan saya berdoa semoga ALLAH menyelamatkan dan melindungi TDM dan semoga pak lah dilembutkan hati dan tetap bersabar dengan TDM serta mempertahankan dan menghormati TDM.

    sebagai orang melayu,ahli umno dan rakyat malaya yang sayangkan bangsa(walaupun kadangkala tidak bersetuju dengan tindakan TDM) saya dengan ini mengistiharkan yang saya merelakan apa2 yang sudah berlaku pada zaman TDM tidak perlu diungkit dan dipersoalkan lagi...dan saya merayu kepada pak lah(yang saya kata 100% bertanggungjawab atas kejatuhan 5 +1)pertahankanlah maruah TDM walaupun beliau mendesak bertubi2 terhadap pak lah....kerana pengorbanan adalah sesuatu yang tidak dapat dinilai oleh PEMBANGKANG TEGAR.

    saya meminta maaf kepada semua pihak yang tidak suka dengan buah fikiran saya ini tetapi yang pasti ia membuatkan saya kadang2 marah pada TDM...kadang2 saya sakit hati dengan pak lah dan membuatkan ramai keliru(kekeliruan ini adalah ujian terbesar orang melayu selepas kes pemecatan ds anwar dahulu)

    jika saya dalam keadaan seperti ini.....akhirnya saya akan berpegang kesetiaan saya kepada parti perjuangan dan keramat tok nenek moyang saya tak lain tak bukan ia adalah pejuang umno.
    "HARTA PERLU KITA CARI DEMI KITA TIDAK DIHINA KEMUDIAN HARI TETAPI..... BIAR KITA TIDAK BERHARTA JANGAN KITA TIDAK BERKUASA"

    UMNO TIDAK BOLEH DIWARISI
    TETAPI
    UMNO HENDAKLAH DIHAYATI
    TAKBIR!! HIDUP UMNO

    ReplyDelete
  9. DULU ORAN KAYA MASUK UMNO,
    SANGGUP BERGADAI HARTA BENDA,
    DEMI BANGSA MELAYU,
    SEBELUM PRU12 ORANG MASUK UMNO UNTUK JADI KAYA,DAPATKA PROJEK ITU INI SAMPAI LUPA PERJUANGAN ASAL.....SEKARANG SUDAH TERANTUK BARU TERNGADAH TAPI TAK PA....YANG SUDAH TU SUDAHLAH,SEKARANG UMNO KENA KEMBALI KEPADA MATLAMAT ASAL,
    SEDARKAN MELAYU KERANA "MELAYU MUDAH LUPA"

    ReplyDelete
  10. Seperti yang telah dijangka, pendirian ahli2 umno mmg mcm ni. tunggu sahajalah 2-3 bulan lagi.

    p/s: baru lepas pekena nasi lemak malam.

    ReplyDelete
  11. selalu sahaja pemimpim menyuruh ahli ahli menyuarakan pendapat dan ketidak puas hatian melalui saluran dlm parti..apa yg terjadi ialah selalu juga saluran dalam parti ini TERSUMBAT atau ada FILTER yg mana air yg keluar itu semuanya jernih jernih belaka..pada hal pada mulanya air tu kotor dan menjijikkan..

    ReplyDelete
  12. Memang menyedihkan...tetapi melalui blog chedet inilah caranya untuk mempercepatkan pemindahan kuasa dalam umno serta mengekang ahli parlimen melompat ke Pakatan Rakyat. Masih menunggu apakah rancangan Pak Lah untuk menguatkan UMNO, masih lagi retorik. Timing Tun pun cukup tepat apabila mesyuarat cawangan dan bahagian akan diadakan dalam sebulan dua ini, ahli UMNO yang kecewa melihat ketua cawangan dan bahagian mereka yang terus mencaluni Pak Lah dapat berbuat sesuatu seperti bertindak keluar dari UMNO atau membubarkan cawangan. Ini dapat menghantar message yang cukup kuat kepada pucuk pimpinan.

    ReplyDelete
  13. ISU-ISU DAN CADANGAN UNTUK UMNO DAN BARISAN NASIONAL (SAMBUNGAN)

    Dr Khir,

    Sudah lama saya tidak menulis di laman blog di antara yang paling popular ini. Namun saya walaupun sibuk menjalani kehidupan harian tetap mengikuti perkembangan semasa dari luar negara. Berbagai perkembangan terbaru yang berlaku termasuklah yang Dr Khir dan Dr Mahathir telah ulaskan seperti isu-isu ketuanan melayu, karpal singh menghina raja melayu dan perlembagaan, suruhanjaya kehakiman, lobbying, Dr Mahathir keluar umno dan sebagainya, syabas kerana kewujudan blog-blog ini dapat memberikan platform untuk penjelasan dari pemimpin dan komentari dari saudara-saudara bloggers.

    1) Dr Mahathir Keluar Umno

    Dalam beberapa tulisan saya sebelum ini saya telah menyatakan bahawa saya bukan ahli umno dan mana-mana parti tetapi menyokong umno dan dasar-dasarnya. Jadi saya rasakan Dr Mahathir masih menyokong umno tidak apa, pada pandangan saya Dr Mahathir tidak akan menyokong selain umno sama seperti saya dan ramai lagi bukan ahli umno tetapi sentiasa menyokong umno dan mengundi umno, jadi Dr Khir janganlah bimbang.

    Sebenarnya Dr Mahathir bukan terutamanya mengharapkan ahli-ahli umno keluar dari umno tetapi yang beliau harapkan adalah 35 Ahli Parlimen Umno supaya keluar sementara waktu dari umno untuk memaksa Pak lah melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri, presiden umno dan pengerusi barisan nasional, itu saja. Kemudian 35 Ahli Parlimen yang masih setia pada umno akan mempunyai undi untuk menentukan siapa yang akan menjadi perdana menteri dari kalangan ahli umno seperti saudara Muhyiddin atau Najib, barulah kesemua 35 ahli parlimen umno ini masuk semula ke dalam umno, umno akan lebih kuat dan stabil, Dr Mahathir akan masuk semula dalam umno, suara Dr Mahathir akan dihormati dan didengar, kemungkinan juga dilantik sebagai senator untuk dijadikan Menteri Kanan, jika ini berlaku malaysia akan kuat, stabil, aman dan maju seperti zaman Dr Mahathir sebagai perdana menteri. Kesimpulannya, Dr Mahathir mengharapkan 35 Ahli Parlimen Umno keluar umno sementara waktu, Dr Mahathir tidak mengharapkan ahli-ahli umno selain dari ahli parlimen umno untuk keluar umno.

    2) Isu Karpal Singh Menghina Raja Melayu

    Mengenai isu karpal singh, setiap rakyat mesti (tiada pilihan) menghormati dan mengamalkan rukun negara di antaranya Setia Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, jadi dengan jelas apabila karpal singh mempersoalkan kuasa raja melayu bermakna beliau tidak menghormati dan setia kepada raja berperlembagaan, pada hemat saya ini adalah tidak sopan dan harus meminta maaf seperti saudara Nik aziz mengatakan kita tidak boleh menegur bapa kita dikhalayak ramai perumpamaan yang dilakukan oleh karpal singh ini, jika anak tidak meminta maaf selepas memalukan bapanya dikhalayak ramai mungkin bapanya akan tidak mengaku anak dan menghalaunya keluar dari rumah, sama seperti kes ini, jika karpal singh tidak meminta maaf kepada Seri Paduka Baginda dan semua Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda boleh tidak mengaku karpal singh sebagai rakyat malaysia dan melucutkan kewarganegaraannya. Ini saudara Nik aziz yang kata, kerana saya menghormati hanya seorang sahaja dari parti pas ini iaitu saudara Nik aziz, beliau seorang yang berkeperibadian dan berakhlak, sentiasa cuba mengeluarkan kata-kata beliau dengan berdasarkan akhlak al-quran, berhati-hati dan berhemah, saudara Nik aziz sendiri mengatakan karpal singh umpama anak tidak sopan dengan bapanya, jadi Seri Paduka Baginda boleh mengambil tindakan tegas sama seperti yang akan dilakukan bapa kepada anaknya yang tidak menghormati dan setia kepadanya.

    3) Ketuanan Melayu vs Ketuanan Rakyat

    Islam Agama Rasmi, Raja Melayu Berperlembagaan dan Hak Keistimewaan Bangsa Melayu. Perlembagaan ini tidak boleh dipinda dan telah dipersetujui sebelum merdeka.

    Pada pandangan saya, majoriti rakyat melayu dan malaysia menyokong dasar perlembagaan ini. Dr Khir jangan bimbang akan sokongan rakyat terhadap dasar ini, sama seperti poin no.2 di atas, setiap rakyat mesti bersetuju dengan dasar ini jika tidak akan dianggap tidak menghormati perlembagaan, menolak keistimewaan raja-raja melayu, bangsa melayu, Seri Paduka Baginda boleh mengambil tindakan tegas demi mempertahankan keistimewaan raja melayu dan bangsa melayu.

    4) Dr Khir tidak pernah feedback akan semua tulisan-tulisan saya, oleh kerana itu saya andaikan Dr Khir bersetuju.

    5) Saudara-saudara bloggers, marilah bersama-sama menjadikan Umno kuat dan stabil seperti di era Dr Mahathir dan marilah memajukan malaysia supaya sekali lagi dikagumi dunia, saya rakyat malaysia di luar negara telah menyaksikan bukan rakyat malaysia di luar negara berbangga dengan pencapaian ekonomi malaysia di era Dr Mahathir tetapi tidak di zaman Pak lah, Dr Mahathir dikenali sebagai bapa dan pemimpin negara-negara islam, rakan-rakan saya bukan rakyat malaysia di luar negara menghormati dan mengagumi Dr Mahathir, marilah kembalikan zaman kegemilangan, marilah semuanya berfikiran positif!

    Tahniah Dr Khir kerana memulakan usaha ini, diharapkan akan mendapat kejayaan yang didambakan oleh seluruh rakyat jelata.

    Saya amat berharap supaya cadangan saya ini Dr Khir ambil kira dan lakukan sedaya mampu melakukan apa yang difikirkan perlu untuk kebaikan BN.

    Muhammad

    ReplyDelete
  14. drK, ada berani letak jawatan. takdenya. apa perasaan drK kalau anak2 halau keluar dari rumah.

    macam tu lah perassan PM. walaupun saya tak minat dgn PM yg ada ni tapi dia tetap PM. berilah peluang. bersatu berjuang.

    ada berani face-to-face lah dgn PM. luahkan perasaan then buat keputusan nak dok dgn pak sedara ke dgn bapak sendiri. dok cerita dlm blog je buat apa.

    ada ke buat benda tak masuk akal. dok dlm rumah bapak semua tanggung termasuk DUIT tapi dlm masa yg sama, cerita dgn semua orang tak suka bapak sendiri. orang tgk, heran dan bertanya, awat yg kamu dok rumah tu lagi? keluar la cari rumah lain. Nape? rumah lain takda orang nak bagi duit belanja.

    ReplyDelete
  15. Mungkin Tun berpendapat bahawa beliau sudah tidak berupaya memperbetulkan UMNO dari dalam kerana suaranya bukan sahaja tidak didengar malahan beliau sering dikeji selain dari tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menyatakan pendapatnya.

    Saya No KP 571103065077
    KEAHLIAN UMNO
    Keahlian 01283319
    Bahagian P081

    akan menunggu sehingga Perhimpunan Agung Cawangan dan nelihat bagaimana pucuk pimpinan menangani krisis-krisis yang melanda umno ketika ini serta melihat jika adanya ketelusan didalam umno, atau saya selepas itu bersama keluarga dan saudara mara akan mengambil tindakan keluar umno beramai-ramai kerana sudah tidak yakin kepada pucuk pimpinan.

    Apapun, Tun Mahathir harus dihormati sebagai negarawan yang ternyata telah berjasa kepada negara serta berwawasan.

    http://spu-bloggers.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Tun seorang yang bijak. di saat orang lain sibuk beretorika, tun sudah menggerakkan buah caturnya.

    He is the last wise man ever sit in UMNO. Sekarang semua yang tertinggal di dalam parti purba ini adalah orang2 bodoh dan pemimpin super bodoh.

    Politik untuk mencapai matlamat bangsa. Kalau politik sekadar main sedap cakap...maka tunggulah hari UMNO dikuburkan sekali lagi seperti 1988.

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum DS,

    Baru sekarang ke sedih? sebab TUN keluar UMNO? Pada saya UMNO dari dulu lagi memang menyedihkan...

    Nape DS tak keluarkan komen saya pasal rm27 juta=50 hari? saya tak guna bahasa kasar apatah lagi kesat, DS takut yer? yelah...sampai bila DS boleh sorok semua bende ni? ni baru 1 isu, lepas ni satu persatu kena bongkar DS bersara lah dari dunia blog ni. Bangkai gajah nak tutup ngan tudung saji?

    Untuk pengetahuan DS dan kroni2 hardcore UMNO/BN seterusnya, UMNO ni dah macam rancangan RAJA LAWAK la skang ni. Semua peserta berebut nak tunjuk lawak memasing. Dengan Pak Lah, Najib, terbaru TUN, Musa Itam, Shahrir Samad dan seangkatannya. Takkan tak perasan lagi atau buat2 tak tau? konon nak perkasakan parti dari akar umbi, tapi rakyat dan dunia luar dok gelak je tengok, memang jadi bahan lawak, setaip hari ade je idea buat lawak baru.

    kalau DS rasa komen ni pun tak nak siarkan, terserahlah sebab blog ni DS punya. Tapi tindakan seperti ini hanya dapat mengekalkan beberapa hardcore UMNO/BN sedia ada sahaja tak lebih dari itu.

    P/s: DS pun saya dengar buat lawak gak dalam dewan rakyat. Speaker suruh tanya soalan DS bagi ucapan pulak, terlupa gamaknya awak tu ketua pembangkang la ni....

    wassalam....

    ReplyDelete
  18. Jadi, marilah kita sama-sama berdoa moga-moga TDM akan kembali semula ke Umno. Dan kepada saudara Mukris, janganlah keluar Umno. Mungkin saudara Mukris ada inisiatif untuk menyelesaikan krisis dalaman yang sedang berlaku sekarang ini.

    Tindakan keluar Umno tidak akan dapat menyelesaikan masalah malah, ianya akan membuka ruang yang amat-amat luas bagi parti pembangkang untuk mengucar-kacirkan lagi BN dan Umno yang sekarang memang sedia bermasalah.

    Kepada DS pula, harap DS dan rakan-rakan lain dapatlah berbuat sesuatu.

    Banyakan bangun tengahmalam untuk berdoa pada tuhan yang maha esa.

    ReplyDelete
  19. Kepada sipapan-kekunci dan sahabat bloggers yang lain,Peruntukan yang dimaksudkan adalah peruntukan wakil rakyat utk tujuan diberikan kepada pertubuhan pertubuhan NGO,sekolah sekolah,masjid surau,kuil,tokkong,dan lain lain pertubuhan yang memohon kepada wakil rakyat dikawasan mereka.Peruntukan ini juga digunakan utk menganjurkan program progam spt sukan sambutan hari kebesaran agama,perayaan perayaan,semua kaum,bantuan makanan fakir miskin,dan lain lain,Semua peruntukan ini diletakkan dibawah jagaan pegawai daerah masing masing,jumlah peruntukan ialah rm 500,000 setiap dewan undangan negeri.terpulanglah kepada wakil rakyat tersebut untuk meluluskan peruntukan tersebut samaada awal ataupon lewat hujung tahun.peruntukan ini adalah peruntukan tahunan.Pegawai pengawal adalah pegawai daerah,jikaada perkara perkara yang menyalahi undang undang kerajaan hari ini bolehlah mengambil tindakan yang mereka fikirkan wajar.Saya difahamkan kerajaan hari ini juga akan memberi peruntukan yang sama kepada semua wakil rakyat mereka kecuali wakil rakyat BN.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Dr, memang betul sedih sebab seorang negarawan ulung macam Tun keluar dari UMNO, saya nak bagitahu Dr, keluarga saya di Kelantan memang fanatik gila dengan UMNO, sebab tu walau pun BN ak menang2 lebih 18 yahun kat Kelantan kami masih sayang kan UMNO, sebab ni satu2 parti yang betul2 memperjuangkan bangsa. Saya amat menghormati tindakan berani Tun M yang masih memperjuangkan bangsa melayu walau diluar UMNO, Dr Khir sebagai ahli umno yang masih didalam tak boleh ke ahli MT ni bagi pandangan yang jujur buat presiden, habis tunggang langgang parti dibuatnya.tak faham lah, diaorang ni sayangkan parti atau kepentingan diri. MInta sangat UMNO balik pada perjuangan asal. Terus berjuang Dr Khir.

    Lawan tetap Lawan.

    p/s: saya anak jati Pulai Chondong Kelantan, dari kecik dah kenal menteri2 sebab diaorang mesti singgah rumah saya kalau datang machang termasuk lah DSAI waktu masih dalam UMNO, arwah Tun Ghafar, Tun M sendiri, TPM sekARANG, zAHID hAMIDI ramai lagi ler sampai tak tertulis..bukan nak kecoh hanya nak dr tahu betapa dekatnya UMNO dengan saya dan keluarga.

    ReplyDelete
  21. Salam DS,

    Ramai yang menyatakan kesedihan, tetapi saya sependapat dengan DS yang Tun telah pikir masak-masak.

    Keluarnya Tun telah memberikan kekuatan kepada kita untuk berjuang dan mengkaji kembali bagaimana kekuatan kita untuk memastikan perubahan yang dikehendaki rakyat dapat direalisasikan didalam Perhimpunan akan datang.

    Saya amat berharap agar Orang UMNO tidak mengikut jejak Tun keluar parti. Perkara ini tidak akan memberikan kekuatan kepada UMNO.

    Dan saya berharap, tidak akan ada desakan lagi didalam Menjatuhkan PM, kerana sudah tidak jauh untuk kita memilih kembali pucuk pimpinan bagi penggal yang akan datang.

    Bermula la dengan Cawngan, Bahagian dan Mesyuarat Agong Umno Malaysia, yang penting, "Kita perlu KUAT didalam menyatakan pendapat akar UMBI"

    wasalam ...

    ReplyDelete
  22. DS

    Sila hebohkan supaya semua ahli yang ingin menyertai mesyuarat Cawangan kelak telah membayar yuran dan simpan resitnya. Jika boleh buat bayaran yuran ke ibupejabat UMNO supaya esok tiada insiden undi ahli ditolek hanya kerana bayaran yuran tidak dijelaskan atau yang telah dijelas tiada bukti seperti resit atau sebagainya.

    Ini tugas pemimpin untuk memberitahu ahli-ahli akar umbi.

    ReplyDelete
  23. sy hairan kenapa Gerakan mempunyai penasihat parti,Lim Kheng Yaik.malah singapura pun mempunyai penasihat Lim Kuan Yew dulu pun.tapi UMNO atau PM malaysia takde? sbab tu TDM jadi macam ni,nape taknak amek jadi penasihat kpada PM.TDM perintah 22 thn,1999 pun dikecam teruk tapi takdela kalah teruk dalam pilihanraya.22 thn mestila syg beb.kalau kita ada anak/menantu pun kita nak tego even dia dah kawen dan ada keluarga seniri,betul? tapi paklah bila 2004 menang besar,dia angkuh,tak jaga UMNO.haih,kalau july pun takde perubahan,saya kira,belum sempat bulan desember 2008 paklah akan jatuh.

    UMNO terkubur,kita biar DAP pulak memerintah Malaysia yek!(bererti mendominasi) sy tak nampak PAS mampu menjadi tonggak Pakatan Rakyat kalau setakat kerusi pun tak banyak mana kat parlimen.undi melayu pecah kepada PKR-PAS.PKR? kalau anwar ibrahim dah takde lg 20-30 thn lg,sape nak lead Pakatan Rakyat utk pertahankan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam.agaknye bila kita dah jadi negara republik dan ditindas mcm di Singapura barulah nak sedar kot..sudah terlambat waktu tu..

    ReplyDelete
  24. Some fight within the system, some fight outside the system. The question of who is right will obviously depends on the subject matter of the struggle.

    ReplyDelete
  25. Salam DSKT,

    Kini ramai berpendapat UMNO semakin parah. Namun sikap penafian pemimpin atasan UMNO membayangkan seolah-olah UMNO masih kuat. Sedangkan tersebar luas khabar angin mengatakan ramai ahli biasa UMNO keluar parti menyertai parti lain. Kalau tak silap saya, Datuk Anifah Aman pernah membangkitkan isu ini dalam parlimen sebelum TDM keluar parti lagi.

    Tindakan TDM mungkin disebabkan terlalu kecewa dengan situasi sekarang dan mengharapkan ada pemimpin atasan UMNO yang akan bertindak memperbetulkan permasalahan UMNO ini.Jika sikap penafian ini berterusan, tidak mustahil impian DSAI akan tercapai tidak lama lagi, kerana ramai yang sudah mula jelek dengan sikap penafian pemimpin UMNO.

    Sokongan dari kalangan pemimpin atasan tidak bermakna jika ia tidak lahir dari luahan perasaan peringkat bawahan. Kadang-kadang hati kata lain mulut kata lain.

    ReplyDelete
  26. akm...datuk seri..moga sihat

    APA YANG TUN BINCANG MASA BELIAU JUMPA DATUK SERI NAJIB DI SERI SATRIA??....lepas ceramah kat johor pi kedah letak jawatan ...

    P/s:saya pon ikut serta letak jawatan sebagai ahli penebang buluh dan pemanjat pokok gantung bendera..

    ReplyDelete
  27. TDM cucup2lah,pak lah cukup masa cepat2 bersara,kj,mukriz tak payahlah pegang jawatan penting cukup kat sini saja biar umno diterajui oleh pemimpin yang tidak ada bayang2 pewaris.... jika boleh kj dan mukriz baik kurangkan pengaruh dlm umno dan baik beri kepada pemimpin baru dalam umno yang tidak dibayangi seperti untuk diwarisi kerana saya perhati penghayatan keseluruhannya mereka ini tak total 100% untuk jadi pemimpin yang diyakini akar umbi(saya secara peribadi tak setuju kj atau mukriz jadi ketua pemuda malaysia).banyak lagi pemimpin pelapis yang lebih bagus dalam umno yang akan akan mengembalikan perjuangan sebenar umno.pengikut memang ada tapi cuba hayati berapa ramai pengikut kj dan berapa ramai pengikut mukriz....atau yang lebih ramai adalah pengikut umno yang ingin pemimpin ikhlas dan ia juga harus nampak seakan2 ikhlas,

    umno tidak boleh diwarisi
    tetapi
    umno hendaklah dihayati
    takbir hidup umno
    RAMAI YANG TAK NAMPAK SEBAB MELAYU MUDAH LUPA.

    ReplyDelete
  28. salam dato,

    kadang2 perubahan perlu dibuat dgn kaedah yg lebih kasar dan paksaan supaya org lebih membuka mata. tun seorng perancang yg baik, setiap langkah telah dipikirkan. tapi kadang2 manusia sebijak mana pon akan tersilap langkah.

    smoga cerita2 dalam senario politik kita hari ini akan membawa kepada kesudahan yg baik. Tidak kepada sad ending atau plot anti klimax seperti siri2 cerita tamil dan hindustan.

    Ole.

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum DS dr...

    tak sangka ada badut sarkas dari pembangkang yg terlepas masuk ke sini dan buat lawaknya... ok juga sebab ada juga hiburan ringan di sini.. :)

    pujian atas jawapan pantas DS dr... action inilah yg sepatutnya dilakukan oleh pemimpin2 BN setiap kali keluar isu... jgn dibiarkan khabar angin menjadi berita.. kemudian menjadi epic story...

    seharusnya apa pun tuduhan dari pembangkang MESTI dijawab dgn pantas kerana rakyat sekarang masih terikut budaya melayu lama iaitu "diam tanda setuju"...

    tak ramai yg berpegang kepada budaya "tunduk bukan beerti mengalah, diam bukan beerti bersalah"...

    saya percaya sipapan-kekunci mesti terkedu mendengar jawapan DS dr. biar dia ternganga dan terkebil bijik mata sambil kata dalam hati "apa ke benda yg org ni cakap?"...

    berbalik kepada isu TDM keluar parti... saya sependapat dgn DS dr.
    TDM bukanlah org yg bertindak tanpa berfikir panjang... saya percaya dia sudah siap sedia segala perancangan... moga apa yg dilakukan beliau lebih mendatangkan manafaat kepada parti dan umat melayu....

    tahniah sekali lagi dari saya DS dr.

    ReplyDelete
  30. Inilah masanya untuk kita menilai antara ahli UMNO yang berjuang untuk rakyat dan ahli UMNO yang berjuang untuk darjat.

    Sejak 8 Mac 2008 berbagai insiden telah berlaku, dan apa yang berlaku pada 19 Mei 2008 adalah suatu yang di luar jangkauan minda mana-mana penganalisis politik. Tiada siapa menyangka Tun Dr. Mahathir akan bertindak keluar UMNO. Dan saya melihatnya sebagai usaha terakhir beliau, selepas semua usaha beliau dan rakyat untuk menyedarkan kepimpinan UMNO gagal. Tidak kira sama ada gagal difahami ataupun sengaja tidak mahu difahami oleh kepimpinan UMNO kini.

    Amat menarik kerana kita bakal melihat ahli yang CINTAKAN UMNO dan negara akan keluar seorang demi seorang. Dan ahli yang SAYANGkan UMNO akan kekal bersama Pak Lah. Cintakan UMNO tidak sama dengan Sayangkan UMNO. Orang yang bercinta sanggup mati demi kekasihnya, orang yang berkasih sayang sanggup melakukan apa sahaja tetapi tidak sanggup bergadai nyawa. Tanyalah romeo-romeo dan juliet-juliet di dalam UMNO sendiri, mereka pasti mengiyakannya.

    Saya ingin menyaksikan berapa ramai orang yang cintakan UMNO akan mengikut langkah Tun, dan kita bakal disajikan pelbagai alasan daripada mereka yang sayangkan UMNO dan ingin kekal bersama Pak Lah. Jika ada menteri kabinet yang sanggup keluar daripada UMNO, maka inilah sebenar-benarnya pejuang rakyat. Pangkat bukan keutamaan bagi mereka. Perjuangan untuk rakyat tidak memerlukan seseorang itu menjadi seorang Menteri untuk melaksanakan tugasan mewakili rakyat. Dan impak positif jangka panjangnya... apabila rakyat mengenalpasti Menteri yang sanggup meninggalkan jawatan mereka demi kebenaran maka Insya Allah rakyat akan memilih mereka semula untuk mewakili suara rakyat dalam pilihan raya akan datang. Tetapi adakah menteri yang sanggup berbuat demikian? Kerana jawatan tersebut juga adalah periuk nasi mereka.


    Karpal Singh pula menyalak mengata Tun seorang ahli politik murahan. Sebenarnya saya pelik dengan insan bernama Karpal Singh ini. Nampaknya permusuhan beliau dengan Tun lebih bersifat peribadi. Bukankah tindakan Tun keluar UMNO ini secara tidak langsungnya memberi impak positif kepada pembangkang? Ia seolah-olah membuktikan bahawa UMNO sekarang tidak relevan. Dan risiko daripada tindakan Tun ini adalah ia bakal dijadikan modal ceramah politik pembangkang. Itu jika dilihat daripada sudut kesan positif kepada pembangkang. Bukan itu yang kita cari, apa yang kita mahukan adalah UMNO sedar... dan bila UMNO sedar, kesan positifnya adalah kepada UMNO dan pembangkang pula yang rugi. Pembangkang rugi jika UMNO pulih, kerana sokongan Melayu akan kembali kepada UMNO (mungkin tidak 100%!). Itu yang menyebabkan saya gagal memahami tindakan si Karpal Singh ni. Kenapa tindakan beliau tidak selari dengan kehendak pembangkang? Mungkin Karpal Singh ada agenda lain yang belum difahami oleh kita semua, kerana kita leka dengan isu UMNO hinggakan kita mengabaikan spekulasi dan kemungkinan yang bakal diambil oleh pemimpin bukan Melayu lain.

    Menteri Besar Kelantan pula mengalu-alukan jika Tun menyertai PAS. Tapi ini tidak mungkin berlaku kerana DSAI tidak akan merestuinya. Jika Tun masuk PAS maka PR akan hancur, dan BN akan kekal memerintah Malaysia, kerana PR bakal dilanda gempa bumi antara DSAI dan Tun Dr. Mahathir, melainkan kedua-dua insan ini boleh memaafkan kesalahan masing-masing. Jika Tun dan DSAI berbaik semula, saya kira jutaan rakyat Malaysia akan mensyukurinya. Ianya satu kemenangan buat rakyat!!!

    Saya tertunggu-tunggu pula komen daripada DSAI tentang Tun keluar UMNO, nampaknya beliau tidak mengulas banyak. Tengku Razaleigh mahu kekal dalam UMNO. Ya lah, kalau Tengku keluar UMNO macam mana beliau nak bertanding untuk Presiden. Beliau nampaknya mempunyai agenda sendiri yang melebihi kepentingan parti dan rakyat. Layakkah beliau menerajui UMNO? Saya melihat beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak konsisten dan tidak cukup kredibiliti untuk memimpin UMNO.

    Najib pula bukan seorang yang betul-betul bersih rekodnya. Ramai yang sangsi tentang kejujuran beliau. Banyak cerita yang tidak dapat beliau nafikan dengan fakta masih berkeliaran di seluruh negara. Najib perlu membersihkan namanya beserta fakta jika beliau benar-benar ingin memimpin Malaysia. Jika beliau memperolehi kuasa melalui Pemilihan UMNO, saya kira itu bukan pilihan dan restu rakyat. Undi perwakilan berstatus was-was. Itu saya kategorikan sebagai suara minoriti bukan suara mewakili rakyat Malaysia.

    Kerajaan BN tolonglah bersihkan segala-galanya. Hentikan penipuan kepada rakyat. Rakyat boleh memaafkan kesilapan pemimpin jika pemimpin itu menyesali dan sedar akan kesilapannya. Tapi rakyat tidak akan memaafkan penipu yang memutar belitkan fakta demi agenda tertentu. Kejujuran adalah kunci utama. Pemimpin adalah manusia, rakyat juga manusia, manusia tidak lari daripada kesilapan dan rakyat memahami hakikat ini.

    There is a saying, " People can forgive mistakes but if you lie, you are gone!"

    Dan itulah yang berlaku pada Pak Lah. Tidak mahu mengaku kesilapan.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  31. Sudutan dari filem pendekar bujang lapok... Kebetulan atau betul2...

    Macam tahu2 jer sudin nie... hehehe


    http://www.youtube.com/watch?v=Ypa1kniQUcs

    ReplyDelete
  32. Salam Dato,

    Komen saya terhadap tulisan Panglima Perang Cyber, menggunakan perkataan " tuan rumah UMNO " adalah tidak tepat.

    Komen pada papan kekunci, memang sedang banyak lawak dalam UMNO. Walaubabagaimanapun lawak dalam UMNO tak boleh lawan lawak PKR yang menghentam TDM, selepas itu menjemput TDM menyertai PKR.

    ReplyDelete
  33. Assalammualaikum Dsk..
    Isu tun dr mahathir adalah isu yang hangat namun sehangat-hangat isu itu ada jugak penyejuknya...Untuk pengathuan semua isu TDM adalah sudah dijangkakan kerana mungkin telah menjadi resam sesiapa yang menjadi perdana menteri akan keluar dari parti selepas tidak lagi memegang jawatan...sebagai contoh Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein onn dan Sekarangang TDM... Mengapa ? Pada hemat saya mungkin kerana telah lama berkuasa dan berada di puncak apabila turun ke bawah kita akan merasa lainnya keranan kita telah tiada mempunyai kuasa..dan sebagai orang yang dah lama diatas bila berada dibawah kita akan merasa bahawa apa yang dibuat oleh penganti kita tidak sama... dan kita kan mengambil tindakan untuk berkonfrontasi... namun sebagai seorang pemimpin yang dilantik oleh mesyuarat agong Pak Lah ada strateginya dan pendekatannya sendiri mungkin acuannya tidak sama... 22 tahun yang lepas mungkin keadaan dalam malaysia sedang berkembang dan memerlukan begitu banyak pembangunan fizikal namun kini semuanya telah berubah setelah begitu lama mungkin perlu ada shifted from ekonomi based to diversified all the risk that have been taken through 22 years agoo. Iam not sayaing that TDM is not a good manager and architect of Malaysia but his time has pass now let the new leader to bring us forward but it's not easy because ahli UMNO tidak bersatu seoalah olah ada dua ketua didalam UMNO..kita dapat lihat bahagaimana setelah bersara TDM acapkali mengasak pak Lah melalui segenap sudut dan ini telah memberi ruang kepada kejatuhan barisan national ..ini menyebabkan saya telah berfikir semuala dan maybe PAK lAH IS NOT THE REASON WHY WE LOST BUT IT'S TDM. Saya ada asasnya kerana sewatu berkempen pada PRU 12 ada disatu tempat di Klang di dalam kem PR menayangkan video yang TDM mengatakan bahawa menagkap DSAI adalah kesalahan TDM yang paling besar... Namun sebagai Ahli Umno saya berpendapat bahawa video itu telah diedit dan dipaparkan kepada umum bahawa itu adalah pengakuan TDM ... Mengapa ini berlaku kerana TDM telalu banyak memberikan ucapan dan ceramah tentang ketidak puasan hati TDM terhadap BN dan ada diantara yang hadir itu dalah dari PKR yang sentiasa mencari ruang untk menjatuhkan UMNO telah merakam dan membuat suntingan seolah-olah kata-kata dalam video tesebut adalah ucapan Dari TUN sendiri..bagi kami ahli UMNO solid mungkin tiada masalah untuk mempercayainya tetapi pada pengundi atas pagar apa agaknya yang dia faham....
    "pemimpin datang pemimpin pergi" itulah adalah satu ungkapan yang paling baik dalam situasi sebegini... memang dah menjadi lumrah UMNO pepcahan dalam parti selalunya akan menguatkan lagi perpaduan ahli-ahli parti...
    buat Datuk Mukriz UMNO bukan lah milik individu untuk ditukarkan dengan sebarang individu atau sebab.. UMNO adalah untuk melahirkan apa yang dihasratkan olah akar umbi tanpa mengadaikan kepentingan majoriti dan negara... Tuan-tuan boleh bayangakan adakah apa yang berlaku kepada negara dewasa kini adalah disebabkan oleh fakto-faktor dalaman atau luaran?... dari segi ekonomi ialah negara kita mengalami satu fenomena globalisasi yang harus ditangani dengan bijak.. pepecahan bukanlah jalan yang terbaik untuk mengatasinya.isu, minyak, kenaikan harga barang adalah salah satu faktor kekalahan BN/UMNO tetapi itu semuanya adalah diluar kuasa negara kerana sumber-sumber ini masih bergantung kepada kuasa pasaran dunia.. namun beberapa pendekatan telah diambil oleh kerajaan semenjak tahun 2004 ialah dengan menyemarakan kembali sektor pertanian supaya kita akan depat menangani kesan kenaikan harga pasaran global namun apa yang berlaku ialah ramai diantara kita yang masih tidak nampak kepentinganya dan masih mengharapkan pembangunan fizikal atau material untuk menjana negara...seolah-olah ianya faktor dominan yang akan memajukan negara... papa guna sekiranya banguna ada banyak tetapi makanan tidak mencukupi... pkpkkanlah adakah ini tandanya kerajaan tidak cekap....bagi UMNO pula ini mungkin satu kelebihan kerana UMNO dapat bergerak lagi tanpa perlu dibayangi oleh "Duri dalam daging " maaf tapi mungkin itulah yang berlaku.. mungkin ada pepatah mengatakan :sesuatu bangsa itu tidak akan jatuh , melainkan dijatuhkan oleh bangsa itu sendiri... wasalam. Anyway Dr. gasak -jangan tak gasak... dan tahniah Saudara Ezam daiats kembalinya Tuan kedalam UMNO....

    ReplyDelete
  34. sudah lama kita dlm umno tetapi hasilnya tidak ke mana DS.
    betul kata DS tentang kita gunakan semasa mesyuarat cawangan, tetapi adakah kita boleh menjamin G7 akan mewakili suara akar umbi?
    bagaimana sekiranya tiada perubahan selepas mesyuarat caw/bhg dan seterusnya PAU ?

    ReplyDelete
  35. Salam Dr. Khir.

    Tun Dr. Mahathir keluar parti sebab dia sayangkan parti, sebab dia nak selamatkan parti. Pengekalan ahli parti di dalam UMNO buat masa sekarang hanya akan menjahanamkan UMNO kerana itu merupakan tanda menyokong pucuk pimpinan.

    Seperti yang Dr. Khir katakan TDM seorang yang berpandangan jauh dan berfikir panjang sebelum membuat tindakan. Ramai orang yang tidak nampak apa yang TDM nampak selama 22 tahun dia memerintah. Apakah kejayaan yang tidak terhitung banyaknya yang diperolehi hasil dari pemikiran Tun tidak boleh memberi keyakinan kepada Dr Khir dan ahli UMNO yang lain untuk bersetuju tentang idea TDM itu?

    Keluar UMNO bukan untuk selama-lamanya... hanya sementara sahaja untuk menjadikan UMNO minoriti untuk sementara waktu sahaja. Itu merupakan idea yang brilliant. Bila Pak Lah dah benar-benar lemah dia akan letak jawatan dengan sendiri.

    Pak Lah tidak mahu letak jawatan atas nasihat ahli keluarganya. Sebab dengan perletakan jawatan Pak Lah akan menutup peluang bagi Khairy Jamaludin mencapai cita-cita dan keinginannya.

    Benar plan peralihan kuasa telah dibuat dengan Najib. Tapi persoalannya BILA peralihan itu akan berlaku??? Pak Lah ingin bertanding jawatan president pada bulan Disember ini, yang bermaksud Pak Lah masih inginkan jawatan.

    Tolonglah Dr. Khir sokong Tun Dr Mahathir!!! Tun seorang yang banyak berjasa dan buah fikirannya tak terjangkau akal fikiran orang lain walaupun di peringkat antarabangsa. Lihat bagaimana dia menangani masalah krisis matawang!!! IMF dan Amerika mengkritik Tun. Tapi akhirnya Amerika mengakui kebenaran cara Tun menangani masalah krisis kewangan. Siapa Amerika berbanding Malaysia??? Adakah kuasa kecil??? Amerika adalah sebuah negara maju. Kenapa pulak Amerika boleh menerima cara Tun?

    Jadi Dr. Khir, kadang-kadang untuk kita memperolehi sesuatu kejayaan, kita perlukan pengorbanan yang pahit. Memang benar tindakan keluar dari UMNO adalah suatu yang pahit. Saya akui TDM pun merasakan kepahitan itu... manakan tidak, beliau adalah pemimpin yang paling banyak berjasa dalam UMNO berbanding pemimpin-pemimpin lain. Beliau terlalu sayangkan UMNO tetapi terpaksa meninggalkannya demi untuk menyelamatkan UMNO.

    Sedarlah Dr. Khir meninggalkan UMNO memang pahit, tetapi ingat yang pahit itulah UBAT. Kalau Dr. Khir turut keluar UMNO untuk sementara waktu bagi mengurangkan sokongan kepada Pak Lah, saya percaya pemimpin seperti Dr. Khir akan turut dikenang anak cucu kita. Saya khuatir tindakan terus berada di dalam UMNO dalam situasi sekarang ini hingga menyebabkan UMNO semakin hilang sokongan rakyat, akan menyebabkan anak cucu kita akan melabel kita sebagai pengkhianat bangsa suatu hari nanti.

    Sekian.

    ReplyDelete
  36. Kalau tak suka dengan seseorang pemimpin, jangan jadikan parti sebagai mangsa. Apa yang Mahathir lakukan langsung tidak membantu pembangunan umno dan perjuangan pak lah. Walaupun apa yang dijanjikan pak lah ada unsur slow atau lembap, tapi pemimpin lain mana lagi kah yang boleh melalui apa yang pak lah lalui sekarang ini dengan penuh sabar dan tidak berputus asa? Dan paling penting berjaya mengawal malaysia dari menjadi negara yang kucar-kacir kerana apa yang berlaku dalam arena politik tsuanami kita sekarang. Kalau lah orang lain yang jadi PM sekarang confirm lagi habis lingkup malaysia!

    Tapi untuk masa depan pulak, siapalah orangnya yang berkaliber menjadi PM yang baru? Tidak perlu terkejut juga jika Mahathir akan menghantam pula PM yang seterusnya.

    ReplyDelete
  37. Dato Seri'

    Rupanya masih ramai pemimpin-pemimpin UMNO lansung tidak mengenali Tun. Mereka ini samada yang berada dalam Majlis Tertinggi mahupun yang menjadi Menteri, Timbalan Menteri atau yang tidak lagi berada dalam kabinet.

    Hanya mereka yang mengenali Tun sedar bahawa tindakan dan keputusannya adalah demi kepentingan parti dan bukan atas sebab peribadi. Heran bila ahli-ahli UMNO dan pemimpin akar umbi cukup faham dengan isi hati Tun. Mereka faham apa yang dilakukan oleh Tun tidak bersifat peribadi.

    Saya setuju dengan pendirian Dato' Seri supaya ahli-ahli UMNO dan pemimpin akar umbi jangan keluar parti dan sebaliknya menunjukkan kuasa undi dan suara mereka dalam mesyuarat2 cawangan.

    ReplyDelete
  38. Selamat petang DS,

    Terima kasih kerana memperbetulkan persepsi saya tentang peruntukan tersebut. Jadi mengikut fahaman saya yang tak berapa paham ni, peruntukan tadi ialah peruntukan tahunan untuk semua adun(RM500K setiap kawasan DUN) bagi memenuhi keperluan kategori-kategori yang DS sebutkan tadi, dan boleh digunakan awal atau hujung tahun mengikut kesesuaiannya.

    Kalau tak keberatan boleh DS beritahu untuk peruntukan tahun 2007, berapa lama masa diambil untuk habiskan peruntukan tersebut, awal atau hujung tahun habisnya atau 50 hari juga? Mungkinkah PRU-12 sebagai salah satu faktor peruntukan 2008 disegerakan kelulusannya?

    DS juga menulis "Saya difahamkan kerajaan hari ini juga akan memberi peruntukan yang sama kepada semua wakil rakyat mereka kecuali wakil rakyat BN". Kalau saya jadi MB Selangor skang pun saya takkan bagi peruntukan kat adun BN, dah habiskan peruntukan tahunan dlm masa 50 hari, ada hati nak mintak lagi? tunggu le tahun depan camne...hhhmmmm....

    ReplyDelete
  39. Sdr Azman,dan sahabat bloggers lain,saya bertemu dgn yab tun Dr Mahathir dan berbual dgn beliau agak panjang juga,diantara perkara yang Tun kecewa ialah tidak ada pemimpin Umno yang menghormati beliau,malah sanggup mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati,tidak ada pertemuan antara pucuk pimpinan dgn beliau utk bertanya khabar,dan lain lain lagi.bagi saya ia pada awal;nya adalah soal hati dan perasaan kemudian menjangkaui lebih dari itu.Semasa belau menjadi pemimpin dahulu ,beliau akan menemui Tun hussain sekurang kurangnya tiga kali setahun,begitu juga dgn yam tunku.Kita harus sedar semua pemimpin mempunyai gaya dan cara kepimpinan masing masing ,inilah mungkin faktor yang sukar diterima oleh Tun dan beliau kecil hati.kita orang muda perlu belajar dari episod ini,moga moga ada kebaikannya utk dijadikan panduan dihari muka,saya telah melalui sebahagian pelajaran yang amat sukar dalam perjalanan hidup sebagai seorang ahli politik,bila kita diatas kita dihormati bila kita dibawah kita akan dihina,dimaki dan dicaci.Saya selalu berdoa moga suatu hari ini akan wujud budaya hormat kpd pemimpin kerana ia pemimpin bukan kerana jawatannya.

    ReplyDelete
  40. Salam Dato....

    Tak pe lah Dato, biarkan ajerlah Pak Lah terus perintah .... yg susah nnt bukan Pak Lah ngan pembesar UMNO... kami rakyat marhain ajer yg susah ... Tak pe Dato' ... saya sanggup berkorban hidup susah supaya pembesar UMNO hidup senang lenang ...

    p/s: berkorban apa sahaja .....

    ReplyDelete
  41. Sdri Faezah dan rakan rakan rakan bloger lain,
    Apapon kita mesti lalui perjuangan ini dgn penuh berani,saya lega krn sdri masih ada rasa lucu yang boleh dinikmati,krn tak semua orang menikmatinya lagi.Ada yang berpandangan supaya tinggalkan umno ramai ramai,adakah ini akan menguntungkan umno.saya merasakan orangn melayu telah hilang rasa kasih sayang antara kita mahupon dalam umno lebih lebih lagi orang melayu yg berbeda parti ,kita sanggup mengutuk antara sama sendiri dikalayak ramai selalunya tanpa memikirkan fakta dan tuntutan akhlak yg baik,ini telah menimbulkan rasa benci yang amat mendalam.Saya bimbang ia akan melahirkan satu generasi yang menjadikan asas tindakan adalah perasaan dendam kesumat hingga melupakan tujuan kita hidup bermasyarakat adalah menggembirakan antara satu sama lain mengikut landasan agama.Perjuangan ini nampaknya semangkin sukar,rasanya kita akan menemui cabaran yang lebih besar, walaupon begitu kita jangan putus asa,kepada allah kita berserah.

    ReplyDelete
  42. kita tidak tahu ape sebenarnya yang dicita-citakan oleh TDM sehingga beliau berhabis-habisan untuk memaksa Pak Lah melepaskan jawatan kesayangan ramai itu.

    kita tidak nampak motif yang dibawa oleh TDM untuk menyatukan bangsa Melayu malah ianya sekarang seperti menangguk di air keruh.

    apapun yang kita lihat seolah-olah Tun seperti berdendam sesuatu dengan Pak Lah dan telah berikrar tidak akan terus berdiam diri. Kini yang lebih mengkusutkan lagi campurtangan ahli keluarga (yang sudah tentu anak membela bapa)untuk sokongan moral ayahanda tercinta TDM.

    Kalau nak dikatakan Pak Lah bertanggungjawab di atas kegagalan BN pada PRU12 yang lalu, bagaimana pemimpin kanan UMNO yang lain yang saya rasa turut sama bertanggungjawab termasuklah MT seperti Datuk Seri sendiri.

    saya percaya akar umbi sekarang tertunggu-tunggu dan akan pastikan ada perubahan corak kepimpinan pada perhimpunan UMNO selepas Disember nanti.Wallahualam.

    http://www.kulatlapok.blogspot.com

    ReplyDelete
  43. Dr,
    Seperti ramai diantara pengomen disini, saya pun tidak berminat nak komen apa yang Dr. tulis. Saya hanya ingin mempromosikan blog saya. Saya tidak pun membuang masa saya membaca tulisan Dr., saya hanya terus click perkataan 'Post a Comment' dan tinggalkan komen. Dengan harapan akan ada orang terbaca komen saya yang panjang dan unik ini. Seterusnya dia akan click nickname saya dan terus pergi ke blog saya. Saya desperately memerlukan visitor untuk blog saya yang sememangnya tidak popular. Saya percaya paling kurang beberapa puluh reader akan terpanggil untuk melawat blog saya. Beberapa puluh visitor itu pun sudah memadai.

    Dr./Orang yang jaga blog Dr.,
    Tolong approve komen saya ini. Saa tidak pun mengutuk atau mencaci sesiapa, sekadar melakukan promosi murahan sahaja. Saya juga berharap moderator tidak akan mambaca komen ini dan simply approved.

    Dr.,
    Lepas ini saya akan pergi ke blog Chedet, Ali Rustam, Mat2Taib dan meninggalkan komen yang hampir serupa.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  44. akum dato'..
    dato' saya sangat2 menghormati dato'. saya juga sedih bila dato' tk lagi menjadi MB.. tp tkpe la dato' yang lepas biarla.. kita pikir tentang masa akan datang!..

    dato'..
    saya disini ingin membuat aduan, permohonan, rayuan dan menyembah pada dato' bukan untuk saya tapi untuk pakcik saya..

    dato'
    saya ada seorang pakcik yang tinggal di Pekan Sungai Nibong,parit 12. nama die mungkin dato' pernah dengar "Usop gunting rambut".

    dato'..
    saya merayu pada dato'pakcik saya ni boleh digelar bukan lagi penyokong umno tapi GILA UMNO! kemana die pergi die akan cerita mengenai umno dan kehebatan pimpinannya terutama mengenai dato' lah maklumlah adun die.. pergi kenduri dengan bernaju umno.. kedai gunting die dato' penuh poster gambar pemimpin umno .. sampai dipermaian, dikata dan dicaci oleh org sebagai gila umno termasuklah orng2 umno sendiri..

    dato'
    sekarang die sakit tenat gak..
    ada masalah buah pinggang yang serius.. dimasukkn ke hospital kelang tapi mohon keluar walaupun doktor tk bagi kerana nk membantu umno dalam pilihanraya baru-baru ni..

    dato'
    saya nk mintak belas ikhsan dato tolong lah die dato'.. die dulu sewa kedai di pekan sungai nibong tp dihalau keluar kerana tk mampu bayar sewa... sekarang sewa umah kosong depan kedai tu.. dato saya nk mohon dato tolong die dapatkan umah PPRT dato'.. kesian die dah tua, uzur pas tu umah belum ada ..
    makan pun susah dato..
    tolong die dato.. saya tk tau nk cakap apa lagi.. bantulah die..kasihani lah die.. dan dayo' borak lah ngan die dan disitu dato' akan jumpa pejuang umno yang sejati dan takkan tinggalkan Umno da;am kekadaan apapun dan hinnga akhir hayat tak mcm tuN MAhathir... tolong die dato' bukan untuk saya tp untuk die.. semoga jasa dato' terbalas.. akum

    ReplyDelete
  45. Assalamualikum YB Dato',

    Setelah saya baca banyak makluman balas dari rakan-rakan bloggers yang lain melalui berapa rangkaian blog, saya berpendapat sudah cukup untuk kita berhenti di sini.Lagi banyak kita menulis, lagi menyebabkan keadaan bertambah meruncing. Ada pendapat yang mencabar pihak-pihka yang bertelagah, ada juga (tanpa disedari) melaga-lagakan antara dua pihak dengan pendedahan pelbagai teori dan senario, tanpa memikirkan implikasi yang mungkin akan berlaku. CUKUPLAH SAMPAI DI SINI.

    Seperti yang telah saya cadangkan kepada YBhg Dato', dalam penulisan saya sebelum ini:-

    1. CUKUPLAH KITA BERBINCANG MENGENAI KEBURUKAN BANGSA KITA SEHINGGAKAN TAK MAMPU DITUTUP LAGI.

    2. BANGUNLAH DAN PUJUKLAH AGAR SEMUA PEMIMPIN YANG LAYAK DIGELAR PEMIMPIN DI KALANGAN BANGSA MELAYU DUDUK BERBINCANG SECARA JUJUR DAN CARILAH PENYELESAIAN TERBAIK DEMI MASA DEPAN KITA SEMUA.

    3. HENTIKAN MENGGUNAKAN PIHAK KETIGA MENYUARAKAN RASA TIDAK PUAS HATI. SESUNGGUHNYA IA TIDAK MENYELESAIKAN MASAALAH. KADANG-KADANG KITA TERLUPA BAHAWA KITA INI TERLALU BANYAK MEMBERI PENDAPAT TETAPI YANG SEBENARNYA TIDAK SIAPA YANG ANGKAT TANGAN DAN MENAWARKAN DIRI UNTUK BERTINDAK MENYELESAIKANNYA. APA SALAHNYA KALAU KITA RAMAI-RAMAI PERGI PUJUK YABhg TUN DAN PAK LAH AGAR MEREKA INI BERBINCANG DAN CARI PERDAMAIAN. MUNGKIN TAK CUKUP SEKALI, KITA BUAT DUA,TIGA KALI SEHINGGA KITA BERJAYA MENCAPAINYA. TERLALU BANYAK CAKAP PUN TAK MENDATANGKAN HASIL, SEBAB KERJA YANG SEPATUT KITA BUAT, KITA TAK BUAT. BAGI MEDIA, MEREKA TAK AKAN PUTUS-PUTUS MENCARI PENDAPAT DAN BERITA SEBAB ITU MAKANAN MEREKA.

    4. HENTIKAN KENYATAAN-KENYATAAN YANG MEMBAKAR SEPERTI "IBARAT DURI DALAM DAGING". IANYA TERLALU PEDIH DAN PILU BILA KITA DENGAR STATEMENT INI DARI "PEMIMPIN"

    5. KALAU PEMIMPIN YANG MENGGELARKAN MEREKA INI PEMIMPIN MELAYU TIDAK DAPAT MELAKUKAN PERBINCANGAN SEPERTI YANG SAYA NYATAKAN DI ATAS, MAKA SAYA DENGAN INI MENGATAKAN BAHAWA MEREKA INI TIDAK LAYAK MEMIMPIN KAMI SEMUA.

    Kita banyak kehilangan termasuk yang baru ni8 iaitu Pualu Batu Puteh.

    Salam

    ReplyDelete
  46. Sdr Muhammad dan sahabat bloggers lain,
    Saya setuju dgn pandangan yang telah sdr berikan malah banyak berguna kpd saya dalam membuat pertimbangan membuat keputusan politik,dan saya ucapkan terima kasih,Saya mohon pandangan sdr berhubung dgn perpecahan antara melayu dalam parti politik yang berbeda,sebenarnya saya amat bimbang dgn fenomena ini krn perpecahan yang berlaku sebenarnya amat dalam dan mungkin sukar utk ditautkan lagi.Saya melihat orang melayu amat gemar memandang pemimpin mereka amat jelek dan telah wujud perasaan benci yang tidak ada penghujungnya.Lebih malang lagi sebahagian tanggapan yang ada dalam pemikiran mereka tidak tepat dan berdasarkan rumours semata mata.Saya telah nyatakan kepada rakan rakan pemimpin supaya persepsi ini dibetulkan jika tidak orang melayu tidak akan mempercayai pemimpin mereka.Ramai yang memberi pandangan jika mereka cuba menafikan ia dianggap betul.Berbeda sekali dgn bangsa lain,mereka akan menyiasat dahulu kebenaran sesuatu cerita sebelum membuat kesimpulan,jarang benar kita mendengar bangsa lain menghina pemimpin mereka terutamanya dikalayak ramai walaupon mereka mempunyai pandangan politik yang berbeda.Sdr Muhammad saya amat bimbang ini akan menimbulkan perpecahan yang berkekalan diantara kita,dan kita sanggup melihat bangsa ini hancur asalkan puas hati melepaskan dendam kesumat antara kita.Percayalah pecah melayu orang lain akan tertawa besar,bak kata orang putus tali lidi bertabur,menyesal tiada gunanya.

    ReplyDelete
  47. walaupun tun keluar parti saya yakin umno tetap kukuh.kita semua harus menerima dengan hati terbuka dengan apa yang terjadi.kita juga harus sedar era pemerintahan tun telah pun berakhir.berilah peluang kepada pak lah untuk membuktikan kebolehan beliau.saya percaya kepentingan parti melebihi kepentingan individu.saya juga percaya pada suatu hari pak lah juga akan menyerahkan kuasa dengan cara lebih tersusun dan terhormat terhadap penggantinya.berilah peluang pak lah untuk membuktikan kebolehan beliau.apa yang pasti rakyat malaysia akan mengenang segala jasa dan bakti tun dr. mahathir terhadap negara malaysia tercinta.keluar parti atau tidak terpulang pada ahli umno mana yang terbaik.apa yang pasti saya tetap memberikan sokongan kepada sesiapa saja yang memimpin umno dan malaysia.PADA PENDAPAT SAYA PARTI LEBIH PENTING DARI INDIVIDU.SEKIAN...

    ReplyDelete
  48. Mencari salah ialah kerana ingin mengehtahui yang betul, kenapa pemimpin dahulu rakyat sanjung dan kenapa pemimpin skrng rakyat sanggah?

    ReplyDelete
  49. UMNO dah tak relevan lagi..apa nak buat.. pemimpin hanya pentingkan diri saja.. ini adalah kenyataan dan ahli umno pun tahu.. kita tunggu episod seterusnya.

    ReplyDelete
  50. saya ada terbaca komen-komen yang di hantar oleh penyokong pakatan rakyat dalam akhbar 'SINAR HARIAN'.Komen-komen tersebut mengatakan supaya datuk seri jangan mendesak kerajaan negeri selangor untuk melunaskan janji-janji dalam manifesto.saya tidak bersetuju dengan pandangan tersebut kerana memang kerja pembangkang dari bn mendesak serta menyedarkan kerajaan pakatan rakyat tentang janji-janji yang telah di buat.kepada penyokong pakatan rakyat dan pemimpin mereka kenapa perlu takut dan panas telinga dengan kritikan dr.khir,dah memang kerja pembangkang mencari kesalahan PAKATAN REPUT.masa bn memerintah dulu kau orang jugak yang bising,cari salah orang lain,tidak menyokong projek untuk rakyat,lepas tu kecoh satu dunia bn tak betul.sekarang ni pun dah menang tak sedar nak cari salah kerajaan bn.macam dia yang betul.'KALAU TAKUT DI LAMBUNG OMBAK JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI'.....TAK LAMA LAGI STANBY JE BN NAK PEGANG BALIK DARI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT ..KONONNYA......BAGUS SANGAT.....JANGAN MARAH NANTI KENA JUAL....

    ReplyDelete
  51. TERUSKAN PERJUANGAN DATUK SERI UNTUK MENJADI PEMBANGKANG DALAM KERAJAAN SELANGOR.PAKATAN RAKYAT MULA PANAS TELINGA KERANA KRITIKAN YANG PEDAS.ITU YANG SEBENARNYA RAKYAT NAK TAHU,BUKANNYA DARI RAKYAT DARI PAKATAN REPUT.SELANGOR NI BUKANNYA SEMUA SOKONG PAKATAN RAKYAT JADI KENA TERIMALAH KRITIKAN ORANG LAIN.SAYA ULANGI HABIS 5 TAHUN BUNGKUS LA [PR] JANGAN MIMPI NAK PEGANG LAMA KALAU TAK BOLEH TERIMA KRITIKAN DARI KAMI.

    ReplyDelete
  52. Salam Dr.

    Sebenarnya semua orang tahu politik UMNO adalah paling kotor berbanding politik parti2 lain di negara ini tetapi sebelum ini kebanyakan orang Melayu merasakan tak ada parti lain yang boleh membela orang Melayu jadi mau tak mahu terpaksa pangkah juga calon UMNO/BN. Tapi itu dulu. Trend dah berubah dalam PRU12 lepas.

    Untuk jadi exco Pemuda UMNO pun ada yang sanggup belanja beratus ribu ringgit. Soalnya dari mana dapat duit sebanyak itu sedangkan di kalangan mereka bukan semua ada business yang kow-kow. Rakyat tahu banyak pemimpin UMNO jadi broker untuk dapat projek melalui direct nego untuk orang-orang tertentu. Bila dapat projek dapatlah komisen.

    Gejala inilah yang rakyat meluat dan masih menjadi kanser dalam UMNO. Kalau orang2 inilah jadi pemimpin negara apa yang kita boleh harapkan untuk negara...???

    ReplyDelete
  53. Saya setuju dengan pandangan Datuk Seri.Cuma saya berharap Datuk Seri lebih berani bersuara untuk menegur kepimpinan kerana Datuk Seri berada dlam MT Umno.Saya simpati terhadap Datuk Mukhriz kerana beliau di serang dari segenap penjuru demi memperjuangkan kebenaran.Sedangkan pemimpin lain yg sependapat bersama beliau dan akar umbi hanya mendiamkan diri.Ayuh Datuk Seri,setia kita pada Umno bukan pada pemimpin yang lemah dan mempunyai kepentingan peribadi.
    Salam suaraperubahan..

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum Dato' Seri...

    Saya tidak bersetuju dgn wmu350...Rasenye jelas terbukti di dalam perlembagaan Malaysia bahawa menerangkan 3 badan eksekutif di Malaysia.1-Agong 2-Parlimen 3-Kehakiman.Di sini bermaksud badan kehakiman bukan di bawah kuasa perdana menteri.perdana menteri tiade hak untuk mengawal atau berkuase pd institusi kehakiman.jelas di sini ianya bebas dan adil.satu tindakan yg murni sebenarnye menubuhkan suruhanjaya kehakiman untuk membersihkan badan kehakiman yg dilihat sudah tdk telus dan bersih.past is the past.mungkin kita boleh memaafkan.tp hukuman tetap hukuman.pandangan sy setiap kemelut dpt diselesaikan JIKA kita semua jujur untuk menyelesaikannya

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum dr...
    Maaf la tapi saya tak setuju dengan apa kata Dr. Apa yang Tun buat adalah cara yang terbaik untuk kita beri message pada kepimpinan tinggi UMNO. Apa yang Dr boleh buat dari dalam? Tengok saja pada Mukhriz yang besar kemungkinan akan dilucutkan ahlinya. Pada mulanya saya fikir dia ada agenda sendiri, mungkin jadi telinga dan mata pada Tun. Kalau tempat ditinggalkan lebih senang la KJ bergerak tapi lihatlah sekarang. Yang saya lihat hanya ahli biasa sahaja yang berani tapi bukan orang besar2. Orang macam Dr pun tak berani nak ikut Tun. Iye la saya faham, mungkin takut kena hukuman, dari segi peras ugut ke atau apa2 la. Maaf la kalau saya salah. Hari tu ada saya borak dengan orang besar UMNO dari Terengganu dan sempat bertanya pada mereka tentang tindakan Tun. Jawapan nya memang memalukan. 'Biar la Tun berhenti...dia dah tua...lagipon sapa yang sanggup lepas jawatan...susah nanti'. Jadi dalam otak saya sekarang,nampak gayanya Tun berjuang sorang2. Perlu saya ingatkan umur Tun dah 82. Mungkin tak lama dah...Nauzubillah! Kasar bunyinya tapi saya terpaksa. Jadi Tun berjuang untuk siapa? Tentulah untuk kita. Saya tertarik sekali dengan kata Mukhriz, setia pada parti berbeza dengan setia pada pemimpin. Dan ingin juga saya cakap tentang setia pada parti dan bukan individu. Ramai orang dah missing the point. Kita keluar UMNO sebagai protest. Jadi saya pohon pada orang2 mcm Dr dan Mukhriz, dan kalau ada orang2 lain. Buat lah sesuatu dan cepat. UMNO sekarang mengajar generasi muda untuk menjadi kurang ajar (mcm Nazri dan musa hitam) dan jangan lupa yang generasi ini nanti yang akan megganti mereka. Hari ini kita terlepas Pulau batu putih. Iskandar Malaysia bagaimana pulak? Orang kecik macam saya ni kalau bersuara tak sampai ke telinga Paklala coz he is too content with his new wife and family. Dalam blog Lim Kit Siang ada dibincangkan tentang Pulau Pisang yang juga di uruskan oleh Singapore. Busy sangat ke pemimpin UMNO sampaikan tak dapat dah nak uruskan negara sendiri. Mungkin sebab tak ada minyak, gas atau balak kat situ la agaknya. Ada kalanya saya terfikir,Malaysia akan lebih maju kalau pembangkang yang memimpin Malaysia tapi terpaksalah kita jual hak orang melayu kita. Maaf lagi sekali Dr jika saya kurang sopan, tapi tak ingin saya jadi 'yes man atau saya sokong' pada apa setiap pemimpin kata. Dah lama sangat orang Melayu ikut Hang Tuah, tak salah kita ikut Hang Jebat. Ini soal hak kita. 5 tahun tak lama.

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum dr...
    Maaf la tapi saya tak setuju dengan apa kata Dr. Apa yang Tun buat adalah cara yang terbaik untuk kita beri message pada kepimpinan tinggi UMNO. Apa yang Dr boleh buat dari dalam? Tengok saja pada Mukhriz yang besar kemungkinan akan dilucutkan ahlinya. Pada mulanya saya fikir dia ada agenda sendiri, mungkin jadi telinga dan mata pada Tun. Kalau tempat ditinggalkan lebih senang la KJ bergerak tapi lihatlah sekarang. Yang saya lihat hanya ahli biasa sahaja yang berani tapi bukan orang besar2. Orang macam Dr pun tak berani nak ikut Tun. Iye la saya faham, mungkin takut kena hukuman, dari segi peras ugut ke atau apa2 la. Maaf la kalau saya salah. Hari tu ada saya borak dengan orang besar UMNO dari Terengganu dan sempat bertanya pada mereka tentang tindakan Tun. Jawapan nya memang memalukan. 'Biar la Tun berhenti...dia dah tua...lagipon sapa yang sanggup lepas jawatan...susah nanti'. Jadi dalam otak saya sekarang,nampak gayanya Tun berjuang sorang2. Perlu saya ingatkan umur Tun dah 82. Mungkin tak lama dah...Nauzubillah! Kasar bunyinya tapi saya terpaksa. Jadi Tun berjuang untuk siapa? Tentulah untuk kita. Saya tertarik sekali dengan kata Mukhriz, setia pada parti berbeza dengan setia pada pemimpin. Dan ingin juga saya cakap tentang setia pada parti dan bukan individu. Ramai orang dah missing the point. Kita keluar UMNO sebagai protest. Jadi saya pohon pada orang2 mcm Dr dan Mukhriz, dan kalau ada orang2 lain. Buat lah sesuatu dan cepat. UMNO sekarang mengajar generasi muda untuk menjadi kurang ajar (mcm Nazri dan musa hitam) dan jangan lupa yang generasi ini nanti yang akan megganti mereka. Hari ini kita terlepas Pulau batu putih. Iskandar Malaysia bagaimana pulak? Orang kecik macam saya ni kalau bersuara tak sampai ke telinga Paklala coz he is too content with his new wife and family. Dalam blog Lim Kit Siang ada dibincangkan tentang Pulau Pisang yang juga di uruskan oleh Singapore. Busy sangat ke pemimpin UMNO sampaikan tak dapat dah nak uruskan negara sendiri. Mungkin sebab tak ada minyak, gas atau balak kat situ la agaknya. Ada kalanya saya terfikir,Malaysia akan lebih maju kalau pembangkang yang memimpin Malaysia tapi terpaksalah kita jual hak orang melayu kita. Maaf lagi sekali Dr jika saya kurang sopan, tapi tak ingin saya jadi 'yes man atau saya sokong' pada apa setiap pemimpin kata. Dah lama sangat orang Melayu ikut Hang Tuah, tak salah kita ikut Hang Jebat. Ini soal hak kita. 5 tahun tak lama.

    ReplyDelete
  57. ISU-ISU DAN CADANGAN UNTUK UMNO DAN BARISAN NASIONAL (SAMBUNGAN)

    Dr Khir,

    Terimakasih atas feedback Dr Khir.

    Isu Kecil Perbezaan Pandangan Politik Sesama Bangsa Melayu

    Saya mengatakan isu ini tidak besar kerana penyelesaiannya ada di depan mata tetapi ramai pemimpin umno (selain Dr Khir, saudara Mukhriz, saudara Muhyiddin dll) setakat ini masih menghiraukan penyelesaian ini.

    Penyelesaian

    1) Sudah lama Pas berbeza dasar yang diperjuangkan dengan Umno tetapi selama 22 tahun diera Dr Mahathir keadaan ini tidak menyusahkan atau memecahbelahkan bangsa melayu kerana apa? Kerana Perdana Menteri dan Pengerusi BN adalah seorang yang kuat, dihormati dan disegani lawan malah saudara Nik aziz pun mengagumi Dr Mahathir kerana lantang mengkritik yahudi dan dasar amerika. Jadi Umno dan Pas walaupun bukan sama dasarnya tetapi boleh bersetuju akan banyak perkara kerana kita adalah seagama dan sebangsa, maka negara aman dan stabil diera Dr Mahathir.

    2) Penyelesaian yang saya maksudkan adalah menukar perdana menteri yang lemah kepada seorang yang kuat, dihormati dan disegani seperti Dr Mahathir. Terpulang kepada ahli umno tetapi mungkin saudara Muhyiddin adalah yang paling popular.

    3) Kerana Dr Mahathir masih hidup, boleh menyumbang dan mempunyai idea-idea yang diluar jangkauan pemikiran pemimpin yang biasa, kerana itu saya takut kita akan menyesal kerana kita tidak menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan nasihat Dr Mahathir yang dengan mudah boleh memberi nasihat bagaimana strategi untuk mendapatkan kembali kekuatan BN, menawan kembali 5 negeri dan mendapatkan dua pertiga. Nasihat Lee Kuan Yew masih diguna pakai walaupun setelah bukan lagi perdana menteri singapura kenapa ramai pemimpin umno menghiraukan nasihat dan tidak merujuk kepada Dr Mahathir? Setakat ini kita rugi kerana tidak melakukan yang ini, sebelum kita menyesal kerana Dr Mahathir sudah tua.

    4) Dengan Dr Mahathir menjadi penasihat kerajaan, kerajaan meminta nasihat secara formal dan tindakan diambil berdasarkan nasihat ini maka masalah ini tidak susah untuk diselesaikan, bukan saja bangsa melayu bersatu malah MCA dan MIC juga akan kembali kuat seperti sebelum ini.

    5) Menggunakan Common Ground Di Antara Melayu Yang Menyokong Umno, Pkr dan Pas Ialah Kita Seagama Dan Dilahirkan Sebangsa.

    Gunakan pendekatan ini apabila kita berbincang dan berbicara sesama kita, kita mengamalkan agama yang sama iaitu islam dan kita harus mempertahankan saudara sebangsa kita. Contohnya jika dua orang berjiran tetapi masing-masing penyokong hardcore dua parti politik yang berlainan iaitu umno dan pkr, seorang menyokong kuat Dr Mahathir dan seorang lagi menyokong kuat saudara Anwar. Bayangkan rumah sijiran yang menyokong saudara Anwar ini sedang dijilat api adakah jiran yang saudara seagama islam dan sebangsa itu akan membiarkan jirannya dengan berdiam diri? Bukankah ajaran agama islam itu menyuruh supaya kita saling bantu membantu apatah lagi saudara seagama dan sebangsa, kita akan ketepikan politik dalam keadaan ini.

    Samalah seperti cara kita menangani penyokong pkr dan pas adalah dengan berbincang secara bijaksana, elakkan perkataan negatif dan kesat, berilah contoh teladan yang baik dan sambil-sambil ingatkan saudara seagama kita ini bahawa kita seagama dan sebangsa, mungkin cara ini perbincangan akan dilakukan dengan tenang, rasional, menggunakan fakta yang sahih/jelas, berhemah dan tidak menggunakan perkataan kesat.

    6) Dr Khir juga menyatakan di negara luar jarang sekali pemimpin dihina dan dikritik secara terbuka. Saya rasa ya kalau di negara dunia ketiga dan membangun tetapi tidak di negara maju seperti amerika dan britain yang mana sesiapa sahaja boleh mengkritik pemimpin cuma bezanya rakyat amerika yang mengkritik ini tidak menggunakan perkataan kesat tetapi menyampaikan hujah dengan fakta dan buah pemikiran yang jelas. Contohnya rancangan Oprah winfrey yang mengundang senator Obama dan banyak pemimpin lain tetapi tetamu yang hadir boleh mengkritik dan memberi hujah dengan sihat, menyoal tanpa rasa takut. Diharapkan pada tahun ini pertama kali dalam sejarah ahli-ahli biasa umno akan berani menyatakan pendirian mereka di mesyuarat cawangan, bahagian dan kemudian menukar presiden umno kepada yang mereka fikirkan sesuai seperti Muhyiddin atau Najib.

    7) Dr Khir, apabila kita telah melalui proses ini dan akhirnya ia lebih memperkuatkan umno dan stabil, kita semua akan bersyukur kerana cabaran ini telah mematangkan kita untuk menghadapi cabaran dimasa hadapan, jadi pada pandangan saya masalah ini kecil. Kesimpulannya kita hanya perlu mengamati segala tindakan kita, harus berhati-hati dan positif itu saja.

    8) Saya juga mengingati semasa Dr Mahathir dahulu, beliau ada mengatakan jangan kita pandang lawan kita besar kerana ini akan mempengaruhi kita bahawa kita susah melawan mereka, kata-kata ini pada masa itu ditujukan kepada barisan alternatif kerana Dr Mahathir tidak mahu melihat barisan alternatif sebagai lawan utama, lawan utama hanyalah pas sahaja, itulah kebijaksanaan Dr Mahathir mengurangkan saiz psikologi lawan.

    9) Ini konsisten dengan Dr Mahathir tidak mempunyai masalah mengkritik amerika negara kuasa besar secara terang-terangan, sedangkan malaysia ini hanyalah mungkin sama seperti saiz new mexico salah satu daerah amerika. Lagi satu contoh Dr Mahathir tidak mahu berjumpa dengan hanya menteri luar amerika, jika amerika menghantar menteri luar, Dr Mahathir akan mengarahkan menteri luar malaysia bertemu dengan menteri luar amerika, demikianlah pride dan kebijaksanaan Dr Mahathir ini. Jadi dalam konteks melawan pkr dan pas ini, sebagai kerajaan persekutuan, kita harus menganggap saudara anwar adalah tiada apa-apa, bukan menteri besar atau memegang apa-apa jawatan, jadi seorang menteri persekutuan pun secara logiknya boleh mematahkan saudara anwar ini. Di luar isu sebangsa, sama juga karpal singh tidak memegang apa-apa jawatan dan hanyalah seorang peguam, sepatutnya peguam negara tidak menghadapi masalah mengambil tindakan terhadap beliau.

    10) Saudara-saudara bloggers, saya pahit apabila membaca tuduhan-tuduhan terhadap pemimpin tanpa bukti yang nyata dan jelas, saya dan majoriti rakyat insyaallah tidak akan terpengaruh dengan tuduhan-tuduhan ini melainkan dengan bukti nyata dan jelas yang harus diserahkan kepada polis untuk diambil tindakan, jika tidak berani saya andaikan itu hanya fitnah dan tuduhan liar, saudara pun tahu dalam agama kita jika memfitnah tanpa bukti nyata adalah dosa besar sama seperti membunuh saudara sesama islam.

    11) Saya bukan ahli umno tetapi seagama dan sebangsa dengan saudara-saudara bloggers yang berbangsa melayu walau apapun pandangan politik tetapi kita mesti saling membantu dan bersatu demi menegakkan agama kita, raja melayu dan keistimewaan bangsa melayu di bumi melayu kita ini. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

    12) Saudara-saudara bloggers, seperti di era Dr Mahathir marilah memajukan malaysia supaya sekali lagi dikagumi dunia, saya rakyat malaysia di luar negara telah menyaksikan bukan rakyat malaysia di luar negara berbangga dengan pencapaian ekonomi malaysia di era Dr Mahathir tetapi tidak di zaman Pak lah, Dr Mahathir dikenali sebagai bapa dan pemimpin negara-negara islam, rakan-rakan saya bukan rakyat malaysia di luar negara menghormati dan mengagumi Dr Mahathir, marilah kembalikan zaman kegemilangan, marilah semuanya berfikiran positif!

    Tahniah Dr Khir kerana memulakan usaha ini, diharapkan akan mendapat kejayaan yang didambakan oleh seluruh rakyat jelata.

    Saya amat berharap supaya cadangan saya ini Dr Khir ambil kira dan lakukan sedaya mampu melakukan apa yang difikirkan perlu untuk kebaikan BN.

    Muhammad

    ReplyDelete
  58. Salam DS Khir

    YABhg Tun Dr. Mahathir keluar Umno secara BERSYARAT, jangan tulis sekerat. Memang dijangka tidak ramai akan menurut jejaknya, sekurang-kurangnya dalam waktu terdekat. Mukhriz sendiri pun memilih untuk kekal di dalam Umno walaupun sedar bahawa perbezaan pendirian mereka akan digunakan sebagai modal untuk menghentam mereka berdua. Jangan DS Khir pun gunakan isu sama untuk kempen Ketua Pemuda pulak. Kalau di Malaysia mungkin orang dengar kempen DS Khir, kalau di Australia, kangaroo pulak yang dengar nanti, telinganya lebih panjang.

    Suara akar umbi telah dipinggirkan sejak sekian lama oleh pimpinan Umno di semua peringkat. Jika tidak, sudah tentulah PRU-12 tidak akan menjadi satu tsunami kepada Umno. Seruan DS Khir supaya mesyuarat cawangan digunakan untuk menyalurkan suara akar umbi amat mendukacitakan. Bolehlah bersuara, setakat peringkat cawangan, di bahagian pun dah kena pancung, inikan pulak nak sampai ke Perhimpunan Agung. Komen "tunku" mengenai perkara ini adalah tepat. DS Khir sendiri hadir pada majlis anjuran JASA baru-baru ini. Setiap hadirin diberi sebuah beg yang antara lain diletakkan RM100 di dalamnya. Itu belum cerita projek yang diagihkan oleh Kementerian YB Sepang, lebih kurang RM200k setiap projek. Atas RM pimpinan Umno hidup, dan kalau dibiarkan, atas RM itulah juga Umno akan lingkup.

    Kedegilan Pak Lah dan kebaculan Najib menjerumuskan kita dalam krisis kepimpinan yang berpanjangan. Andainya cuma Umno yang terjejas, tidaklah merisaukan sangat. Yang lebih mencemaskan, kerajaan turut terbabit dalam krisis ini. Maka berlakulah macam-macam peristiwa, ex-gratia kepada Salleh Abas, Suruhanjaya Perlantikan Hakim, Lingamgate, kehilangan kedaulatan Pulau Batu Putih dan sebagainya.

    Kepimpinan hari ini sudah tidak mengikut tradisi, maka haruslah tindakan bukan tradisi digunakan untuk menurunkan mereka.

    Beras dah naik harga, beli nasi lemak pun kenalah bayar lebih, tak gitu DS.

    ReplyDelete
  59. Kita boleh berbeza pandangan, tetapi kita tidak boleh berpecah hanya disebabkan perbezaan itu.Perbezaan antara kita adalah peluang dan ruang untuk memperkaya dan memperkasa pengalaman. Kita tak boleh kata pendapat kita sahaja yang betul dan orang lain salah. Selagi namanya pendapat, ia boleh dizahirkan oleh sesiapa sahaja; didengar dan diteliti walaupun sebahagian atau semuanya boleh ditolak sahaja. Sepatutnya pendapat A dan pendapat B dicarikan titik pertemuannya lalu dirumus satu pendapat baru yang dinamakan pendapat C iaitu adunan daripada kedua-dua pendapat tadi. Inilah namanya sinergi, iaitu 1 tambah 1 = 3.Inilah bentuk kolaboratif tahap tertinggi. Inilah yang melahirkan implikasi menang-menang, iaitu apabila tak ada sesiapa yang merasakan pendapatnya disingkirkan sama sekali.

    ReplyDelete
  60. Jasa-jasa tun terhadap negara tidak akan di lupa oleh sesiapa pun di tanah air malaysia yang tercinta.sejujurnya saya masih sayangkan umno dan tidak terlintas untuk keluar parti.saya percaya ada hikmah di sebalik peristiwa pahit yang di rasai oleh umno.saya juga akan tetap menyokong kepimpinan pak lah dan datuk seri najib untuk meneruskan perjuangan dalam umno dan memajukan malaysia.sekarang ialah era pemerintahan pak lah dan biarlah penyerahan kuasa lebih teratur dan terhormat tanpa ada paksaan dari sesiapa.parti lebih penting di saat genting begini.'SAYANG UMNO'

    ReplyDelete
  61. kesetiaan ahli parlimen amat di hargai ketika ini.inilah semangat yang harus ada pada setiap wakil rakyat bn supaya bersatu dalam menghadapi masalah dalam parti kompenon.saya juga merasa terharu apabila semua bersatu menyatakan sokongan terhadap parti bn dan menepis fitnah dari musuh bn/umno. SYABAS SEMUA....

    ReplyDelete
  62. saya ingin menyangkal kata-kata saudara 'FAUDZI' umno tidak relevan pada pandangan itu silap,bukan semua ahli umno keluar parti tapi hanya segelintir sahaja.keluar parti tidak menyelesaikan masalah tetapi bertambah masalah.hanya ahli umno yang sejati serta cekal mampu menepis kata-kata musuh umno.ahli umno masih bersatu ketika ini dan semangat itu masih ada pada orang-orang macam kami dan juga bukan ahli umno yang menyokong bn.pemimpin umno datang dan pergi,penggantinya akan bertukar jua.'UMNO TUNGGAK NEGARA'

    ReplyDelete
  63. Assalaikum Dato' Seri,

    Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO merupakan satu-satunya parti orang melayu yang banyak mengalami krisis kepimpinan. Tetapi berkat kekuatan ahli-ahlinya parti kukuh semula selepas melepasi proses pemulihan. Inilah keramatnya UMNO. UMNO diasaskan untuk membela rakyat dan membela nasib orang melayu. Jadi bila UMNO lari sedidkit dari landasan maka perlulah pemulihan. Pemimpin datang dan pergi, kesetiaan kepada parti tetap menjadi keutamaan.

    Bermula dari keluarnya pengasas UMNO iaitu Dato' Oon , kemudian Almarhum Tunku tinggalkan UMNO, Tun Husain oon dan akhirnya Tun Mahadir tinggalkan UMNO. Setakat ini hanya seorang sahaja Presiden UMNO yang kekal dalam UMNO hingga akhir hayat iaitu Allahyarhan TUN Razak.

    UMNO terus tetap ada hingga hari, cuma pencapaiannya sahaja yang ada kala ok ada kala tak ok. Tapi jika kita teliti dari keputusan PRU ke 12, UMNO masih lagi merupakan parti politik yang terkuat yang mewakili orang melayu di negara ini.

    Jadi dapatlah kita katakan bahawa UMNO dikuatkan oleh hli-ahlinya diakar umbi, peminpin hanya sebagai peneraju parti yang boleh datang dan pergi. Kalau diteliti dari keuntungan pemimpin UNMO yang paling untuk jika nak dibanding dengan ahli UMNO. Pemimpin UMNO dapat bebagai-bagai kemudahan terutamanya bila dak jadi wakil rakyak dan dapat jawatan dalam kerajaan jika dibandingkan dengan ahli-ahli bawahan yang sentiasa sangguh sedia bekerja terutama bila nak pilihanraya.

    Jadi biarlah Tun dengan keputusannya. Mungkin dia ada pertimbangannya. Cuma sebagai orang melayu yang tinggi budi pekerti, jangan terlalu mencaci dan mengkeji bekas-bekas pemimpin kita. Kenanglah jasa mereka semasa mereka bekerja bangunkan negara. Mungkin esok lusa terbuka balik hati Tun untuk kembali semula.

    Apa yang penting hari ini, kita yang masih ada dalam UMNO perlulah mengorak langkah bagi pastikan UMNO terus relevan di hati orang melayu. Terutama peminpin UMNO perlu muhasabah diri, jangan rasa terus selesa lihatlah cawangan-cawangan yang dibawah ini. Jangan bila nak tanding jawatan baru jumpa ahli, jika tidak sedap tidur kat rumah, kumpul harta dan kumpul isteri.
    Ketahuilah UMNO ini hak semua ahli UMNO bukan hak pemimpin-pemimpin tertentu, suburkan domokrasi dalam parti, lagi ramai nak tawar diri tanding jawatan bermakna UMNO masih tidak ketandusan pemimpin pelapis. Cuma selapas bertanding kembalilah kepangkuan parti jangan ada dendam kesumat sesama kita.

    UMNO ini adalah parti keramat orang melayu yang diwarisi dari genarasi ke genarasi, kalau kita tak jujur dalam parti, tunggulah balasan akan tiba. Jangan sampai parti kita berkubur biarlah pemimpin yang tak ikhlas yang pergi tinggalkan UMNO kerana sesungguhnya UMNO nasih banyak bakal-bakal pemimpin yang mampu meneraju parti.

    Kepada Dato' Seri, teruskan perjuangan............

    ReplyDelete
  64. Pak Lah dan koncu-konconya kurang ajar dgn TDM balasannya rakyat sepuluh kali kurang ajar dgn mereka. buktinya tidak memberi undi di pru. baru depa tau kami siapa tapi itupun nak berlagak lagi

    ReplyDelete
  65. Salam DSKT,

    Perpecahan dalam masyarakat Melayu paling ketara adalah disebabkan perbezaan ideologi politik. Masalah ini terlalu ketara terutama di kawasan luar bandar. Bila musim pilihanraya, kita akan dapat lihat kelakuan mereka ini mengalahkan budak kecil. Berbahasa kesat dan tingkah laku kurang elok banyak terzahir ketika berkempen untuk parti masing-masing.

    Saya kurang setuju dengan DSKT tentang bangsa lain tiada masalah dengan pemimpin mereka. Saya rasa silapnya adalah media arus perdana yang suka memainkan isu Melayu di dalam artikel mereka.

    Bangsa lain, mereka mempunyai saluran untuk mengutarakan masalah dan ketidakpuasan hati mereka. Sebagai contoh, Biro Aduan MCA. Badan ini menjadi tempat kaum Cina menyuarakan permasalahan mereka dan Biro ini bertindak.

    Melayu lebih suka bergantung kepada Media Arus Perdana. Dari isu tiada Mykad hingga ke isu mau kahwin 4, semua ini dihangatkan dalam Media Arus Perdana. Cerita sebegini menampakkan kelemahan Melayu secara total.

    Malah pemimpin melayu juga terlalu suka aktiviti amal mereka sering dikeluarkan dalam Media. Penyerahan bantuan itu & inilah, semuanya mendapat liputan meluas dari media.

    Sebenarnya, PRU12 telah mengubah persepsi ini. Bermula dengan cabaran PM supaya menggunakan kertas undi sebagai tempat menyuarakan luahan hati rakyat telah mendatangkan hasil yang dianggap 'tsunami politik' negara.

    Pada pandangan saya, buat pertama kalinya rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira bangsa menghukum kerajaan dengan menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen. Tidak timbul soal rumours tetapi apabila PM sendiri mencabar rakyat, kita lihat sendiri apa terjadi selepas keputusan PRU12 diumumkan.

    Semua ini berlaku kerana rakyat sedang menkaji isu dan meminta penjelasan. Tapi tidak dilayan dan ada pula dikalangan rakyat yang bertindak secara drastik mengadakan perhimpunan jalanan. Mereka juga tidak berjaya mendapat perhatian kerajaan malah rakyat pula dicabar. Nah! Lihat sendirilah hasilnya.

    Seperti saya utarakan sebelum ini, sikap penafian inilah yang menjelekkan rakyat. Setiap penafian perlu ada bukti bukan sekadar kenyataan akhbar semata-mata. Kata tanpa bukti tak bermakna apa-apa.

    Apa yang saya nampak, rakyat sudah mula bangun dari tidur, pemimpin pula bila lagi. Mungkin terlalu leka dengan kuasa dan kekayaan, mereka lupa, rakyatlah yang memberi ruang untuk mereka berada di tempat mereka sekarang.

    Saya kagum dengan DSKT yang sudah mula bangkit dari tidur. Teruskan perjuangan DSKT dan janganlah leka atau lalai dibuai kawan-kawan disekeliling. Yang penting DSKT turun sendiri berjumpa rakyat. Blog inipun dah dikira satu usaha yang bagus untuk DSKT mendekati rakyat. Tak guna ada orang tengah yang banyak menutup daripada mendedahkan. Jangan sesekali hipokrit.

    ReplyDelete
  66. Dtk Seri, Apa yg saya lihat dalam kemelut ini adalah tiada lagi cara yg lebih berkesan untuk Tun sampai kepada org yg tak reti mendengar dan tak mempeduli.

    Benar setia kepada parti dan bukan kepada individu, tapi apa yg kita nampak hari ini, individu tersebut telah dijadikan tiang seri kepada parti.

    Adakah memdesak presiden sebagai tidak setia kepada parti? sedangkan tujuannya adalah untuk menyelamatkan parti?

    Adakah dengan menyokong presiden digambarkan sebagai kesetiaan kepada parti??

    Harus diingat datuk seri pepatah lama "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah", bagi saya ABB adalah raja yg zalim, yg patut disanggah.

    Mana perginya sifat pemuda yg menjadi suara pendesak dalam UMNO??? mana hilang suara tersebut?? kalau dulu saya cukup yakin bahawa pemuda adalah kampus bagi pemimpin akan datang, tapi sekarang semua sudah berubah, sura pemuda menjadi lembut selembut ketua yg memimpinnya. adakah ini yg kita harapkan.

    Jadi jika ayahanda TUN mengundurkan diri dari UMNO jangan sekali-kali anda kata dia tidak setia, kerana yg tidak setia kepada parti adalah mereka-mereka yg sekarang sedang berlumba-lumba merosakkan parti org melayu ini.

    Saya tidak menyokong tindakan TUN, tapi saya amat benci dan lebih tidak org yg bermuka-muka yg lebih mementingkan survival diri dari survival parti.

    Salam

    ReplyDelete
  67. Dato' dan saudara iron madz,

    Memang dah kene jual pun...

    Dato', PASAL PULAU BAT PUTIH...

    Bukan saja kecewa, tapi KALAH TERUK.. 12-4 (Macam pasukan bolasepak S'pore-1 dan M'sia-2). Yg menang tu 15-1. (Mawi - 15juta Undi, Taufik Batisha-1Juta Undi, AF-Msia/Spore).

    MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI, perumpamaan yg paling sesuai.

    Inilah perjuangan pemimpin2 UMNO selama 62 tahun. Dulu bagi Temasik.. Baru-baru ni bagi 5+1.. Esok WPI lak..

    Mana lawyer2 pendekar dan sejarawan negara, lulusan Oxford ker..

    Jangan tak keluarkan komen saya, kalau tak saya anggap Dato' penakut..

    ReplyDelete
  68. asmkm

    saya rasa.... dengan keluarnya TDM dari UMNO... maka makin sukar lah BN utk merampas kembali 5 negeri yg dikuasai pakatan rakyat.

    Dr sendiri pun saya tengok macam muka mengantuk / poyo jer sekrang ni

    ReplyDelete
  69. Datuk Seri,

    Selepas UMNO kehilangan seorang pemimpin agung Tun Dr. Mahathir, Malaysia dikejutkan sekali lagi kerana kehilangan hak terhadap Pulau Batu Puteh.

    Kehilangan Pulau Batu Puteh bukanlah sangat memberi kesan kepada orang-orang Melayu kerana pulau itu tidak lebih dari sebuah "busut" di Laut China Selatan.

    Tetapi kehilangan hak dan ketuanan orang-orang Melayu terhadap tanah-tanah mereka di Felda Bukit Cerakah dan Felda Sungai Buaya, amatlah menguris hati.

    Tun Abdul Razak bersusah payah membuka tanah-tanah Felda untuk diberikan kepada orang-orang Melayu, supaya orang-orang Melayu tidak merempat di negara sendiri.

    Dibuat undang-undang yang ketat supaya tanah-tanah itu tidak terlepas kepada orang lain atau dipecah-pecah selepas kematian penerokanya.

    Siapakah saudagar-saudagar Melayu yang telah menggula-gulakan para peneroka di Felda tersebut supaya menjual tanah-tanah mereka, dengan menjanjikan mereka akan menjadi "jutawan".

    Siapakah pemimpin kerajaan negeri yang bersubahat dengan saudagar-saudagar itu yang telah mengubah peraturan Felda supaya tanah-tanah peneroka itu boleh dijual.

    Tahukah Datuk Seri berapa ramaikah peneroka-peneroka itu yang masih jadi jutawan dan berapa ramaikah yang telah jadi "jaga" di kilang-kilang sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya.

    Semasa Datuk Seri jadi Menteri Besar Selangor, pernahkah Datuk Seri terlibat dalam proses "menghilangkan hak ketuanan" orang-orang Melayu terhadap tanah-tanah mereka dikedua-dua Felda ini.

    ReplyDelete
  70. salam.

    saya rasa TDM masih mahu lagi berkhidmat sebaik sahaja beliau turun dari jawatan PM dan Presiden UMNO. Saya juga tertanya - tanya, kenapa tiada jawatan penasihat UMNO diwujudkan dan ditawarkan kepada UMNO sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan terdahulu. tidaklah beliau terumbang ambing membawa perjuangan. Kalau Gerakan ada pensaihat parti, begitu juga dengan DAP, KEADILAN dan lain - lain, kenapa tidak UMNO. Saya cadangkan agar UMNO mengadakan jawatan penasihat parti yang ditawarkan kepada presiden UMNO yang telah melepaskan jawatan. sekurang - kurang, jika TDM jadi penasihat, beliau dapat menegur UMNO secara tertutup dan hanya dalam mesyuarat. Kini, ramai pemimpin tinggi UMNO lupa kan TDM, tidak dapat sertai ulang tahun UMNO, perhimpunan Agung UMNO....saya agak pelik dengan situasi ini...

    ReplyDelete
  71. Assalamualakum
    DS Khair saya Bukanlah ahli umno tapi saya hendak bagi pendapat baguslah kalau PM pak lah tak mahu letak jawatan lagi mudahlah pakatan rakyat hendak mengalahkan Umno pada PRU13 nanti....

    ReplyDelete
  72. Salam sejahtera Datu Seri.Saya berminat membaca blog DSK yang lembut,tegas dan tenang.Saya tidak nampak ahli majlis tertinggi umno yang rasa sedih dengan keputusan TUN.Malahan ada yang mengeluarkan kata2 yang kurang sopan terhadap pemimpin yang sangat berjasa kepada agama bangsa dan negara.Saya sangat kecewa melihat pemimpin2 tertinggi umno yang memberi komen begitu sedangkan ada diantara mereka yang diberi jawatan dalam party dan kerajaan diera pemerintahan TUN.Tidakkah ada rasa hormat dan malu mereka kepada TU Nbekas pemimpin yang sangat dihormat dalam dan luar negara?Walaupun TUN sendiri memilih utk keluar dari umno,saya pasti tidak semudah itu TUN bertindak kalau tidak sebab yang kuat untuk beliau berbuat demikian.Dari awal saya sentiasa membaca tulisan2 DSK saya sangat menghormati setiap kata yang ditulis sangat berhemat dan cermat.Sudahkan hakis budi bicara dan budaya hormat menghormati sehingga sanggup melahirkan kata2 kesat yang sangat tidak beratika kepada pemimpin ulung yang tidak ternilai jasanya?Saya pasti rakyat Malaysia tidak akan dapt melupakan atau meminggirkan jasa TUN walau dalam keadaan apa sekali pun.Bersyukurlah Malaysia menjadi cemerlang gemilang dan terbilang diera pemerintah TUN DR MAHADHIR tiada siapa yang boleh menafikan.

    ReplyDelete
  73. APA YANG SAYA NAMPAK BANYAK AHLI-AHLI UMNO BAGI PANDANGAN DALAM BLOG NI SAMA JE SEBIJI AYAT MACAM PEMIMPIN MEREKA CAKAP DALAM TV DAN AKHBAR DAH TAK ADA IDEA LAIN KA...PEMIMPIN DATANG DAN PERGI...BERJUANGLAH UNTUK PARTI...MACAM-MACAM LAGI LAH...CUBA BAGI LAH BAGI PANDANGAN SENDIRI JANGAN ASYIK COPY PANDANGAN ORANG JE....KALAUPUN PANDANGAN SAMA TAPI GUNA LAH AYAT YANG LAIN..

    ReplyDelete
  74. Salam DRKT,
    Saya tak tau sama ada UMNO sedih atau seronok apabila Pulau Batu Putih diisytiharkan milik Singapura. Sebab ada menteri UMNO kata ini situasi menang-menang....

    ReplyDelete
  75. DS,
    Saya berpendapat, biarla Pak Lah pegang lagi jawatan PM tu supaya PRU akan datang makin mudah la rakyat nak buat keputusan untuk undi pembangkang!..

    ## UMNO harus bersedia untuk duduk dalam museum..

    ReplyDelete
  76. Dato'

    saya amat setuju dengan pandangan Dato' tentang pengaruh TDM kepada golongan muda. Sebahagian besar rakyat negara ini membesar dan mendapat nikmat di bawah kepimpinan TDM.

    Golongan muda yang berumur di antara 15 - 40an hanya mengenali TDM sebagai pemimpin mereka. Apabila pemimpin politik tua (sudah umur pencen, hampir pencen) menafikan, menghina dan memalukan TDM - sudah pasti ramai (silent majority) yg. marah. Mereka ini adalah grass root UMNO yang berfikir.

    Malangnya pemimpin politik tua yang sekarang berkuasa (samada jadi menteri @ memimpin bahagian) tidak nampak realiti ini. Tindakan mereka memalukan TDM mengundang padah kpd. kesinambungan kepimpinan Melayu.

    http://c-bok.blogspot.com

    ReplyDelete
  77. Assalamualaikum

    Dato Seri,

    Saya masih ingat lagi apa yang diajarkan oleh kedua orang tua, cikgu2 disekolah, dan saya sentiasa amalkan ,'MENGHORMATI ORANG TUA'. Tapi saya dah tak nampak dah nasihat tu diamalkan dalam UMNO. Apa yang saya nak harapkan jika orang tua pun tak dihormati, nasihat dianggap kritikan lepas tu kata nak tarik orang muda masuk UMNO.?? Apa hak kami golongan muda ni? Adakah suara kami ada didengar? Kalau ada teguran, nak ambil tindakan disiplin la, buang la... Sebab tu PRU-12 tak dapat nak kesan BN lemah, sebab hak bersuara nanti dijadikan alasan untuk dikenakan tindakan disiplin.
    Dato Seri, kalau macam ni lah keadaan UMNO, macam mana saya nak perjuangkankan bangsa, agama dan negara saya bersama UMNO?
    Kenyataan balas yang dinyatakan oleh pemimpin2 seperti Dato' Hishamuddin,dan Dato; Nazri dalam isu TUn Mahathir mengecewakan. Saya menyampah dengan cara yang diberikan mereka. Cukup2lah komen pasal Tun Mahathir, mereka tak layak. Ingatlah, rasanya bukan setakat saya aje yang menyampah malah ada beribu2 lagi yang kat luar tu yang berkongsi perasaan nie dengan saya.............
    Ingatlah 'sebab pulut santan binasa, sebab mulut parti binasa (untuk pemimpin yang tak tahu menghormati pendapat orang TUA)Wassalam

    ReplyDelete
  78. isk..isk..dr. khir sedih ker sapa yg mati ahli keluarga ker..isk..
    isk..saya ingatlah madet dah nyanyuk so, dr. khir pun jgn ikut nyanyuk mengatakan pR jgn cari salah, dah memang banyak buat salah mengakulah , yg pegi buat umrah wat apa nak hapus dosa ker..macam pegi sungai ganges lak buat dosa jer gi mandi..muhasabah diri kita..ingat ini allah bagi kita peluang lagi esok di kasi maacam madet nyayuk dah tak guna dah merepek tak tentu pasal, sepatut umur mcm tu dah tak payah fikir hal politi dah.

    ReplyDelete
  79. Keputusan yang diambil oleh Tun untuk keluar UMNO adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan diluar jangkaan terutama bagi orang melayu yang mana diketahui umum beliau adalah seorang tokoh pemimpin melayu yang hebat dan terlalu berjasa kepada negara dan orang melayu.Walaubagaimanapun kita perlu rasional dengan tindakan yang diambil oleh Tun yang mana beliau lebih maklum akan keputusan yang dilakukan oleh beliau.Saya berpendapat orang Melayu pada hari tidak kira dari golongan pemimpin mahupun rakyat biasa harus sedar dan kembali kepada faktor sejarah Melayu yang orang Melayu harus bersatu bukan sekadar berkata-kata tapi harus dipraktikkan akan makna BERSATU.Melayu akan hancur ditanahair sendiri jika kita masih bersikap mementingkan diri sendiri dan masih ada sikap mengkhianati akan bangsa Melayu.Pemimpin-pemimpin Melayu wajib sedar apa yang mereka lakukan pada ketika ini kerana satu kesilapan oleh mereka akan mengorbankan KeTUANAN Bangsa Melayu yang selama ini terjaga dan terbela.

    ReplyDelete
  80. Salam DS,

    Apa sebenarnya yg sedang bermain dalam minda Pak Lah? Apa strategi UMNO skang ni? UMNO sdang dipekotak-katikkan dari segenap penjuru. Yg mana nak tabdir negara, nak tangkis dakyah/tuduhan pembangkang, nak rebut balik kepercayaan rakyat, nak 'betulkan' rumah (UMNO) lagi...macam mana nak semua ni? Saya cadangkan lebih baik kurangkan bagi kenyataan kepada media. Biarkan si luncai terjun dgn labu-labunya. Utk apa buka mulut klau sekali buka mulut smpai esok lusa berpanjangan. Lebih baik bekerja utk rakyat, terus berkhidmat agar dapat kembalikan kepercayaan rakyat.

    Bersihkan UMNO dari org-org yg hanya mahu ambil keuntungan darinya. Cari pejuang2 Melayu tulen . Hayati sejarah, bukan sekadar dengar dan tahu. Hargailah pengorbanan veteran dan org terdahulu.

    ReplyDelete
  81. Assalamualaikum DS dan rakn2 blogger....
    Sy sangat bersetuju dengan pandangan saudara MUHAMMAD..komentarnya memberi satu pandangan baru kpd sy tentang politik Malaysia..
    Pandangan seperti saudara lah yang sy inginkan, bukannya caci maki,hinaan dan tomahan yang tidak berasas.
    Tq...
    MATA HATI JIWA.

    ReplyDelete
  82. Saya ingin menyangkal kata-kata penyokong pakatan rakyat yang mengatakan pada pilihanraya ke-13 bn akan kalah teruk apabila pak lah memimpin,mungkin pada masa 5 tahun itu senario politik telah reda dan berubah.ya mungkin bn menang besar dengan pengganti pak lah yang baru kelak.BN kalah kerana fitnah yang melampau terhadap pak lah seta keluarga dan juga serangan fitnah dari akhbar parti pembangkang.malah pemimpin pakatan rakyat juga membuat ceramah berbaur fitnah.Amat di kesalkan rakyat mengundi untuk menjatuhkan pemimpin yang berjiwa rakyat dan penyayang seperti pak lah.saya bukan kaki bodek dan tidak berharap apa-apa balasan.saya percaya pengganti pak lah juga tidak akan selamat dari fitnah pakatan rakyat.saya juga percaya beratus atau beribu perdana menteri dari umno tetap akan di benci walaupun hebatnya pemimpin umno.saya tidak akan lupa pemimpin pkr iaitu anwar ibrahim yang masih tidak senang duduk apabila di singkirkan oleh tun dr. mahathir dari umno dan kerajaan sehingga tertubuhnya parti keadilan.saya juga tidak akan lupa apabila yang berbahagia tun pernah di gelar ditaktor dan mahafiraun pada waktu ketika dahulu sehingga tun menyerahkan kuasa terhadap pak lah yang amat saya sayangi.kerana peribadi pak lah pada masa itu di gelar 'MR.CLEAN' sehingga mendapat majoriti 2/3 dalam ppr ke-11.sejak itu pak lah terus di aibkan serta di fitnah bersama anak dan menantu beliau sehingga nama KHAIRY JAMALUDIN menjadi popular dengan tiba-tiba kerana ada orang sudah mulai takut dengan menantu pak lah.sejujurnya saya amat kagum dengan keberanian seorang anak muda bernama KHAIRY JAMALUDIN.kelantangan beliau bersuara juga menyebabkan pakatan rakyat tergugat dengan sifat agresif beliau.karier politik khairy mungkin akan hancur kerana ada orang umno yang mulai takut dengan pemikiran seorang anak muda yang hebat pada pandangan saya.Kita lupakan cerita itu mungkin ada yang panas telinga kot.Tetapi yang lebih ingin saya tegaskan disini saya adalah pengundi setia bn/umno serta ahli keluarga saya akan membantu kemenangan bn pada pilihanraya ke-13.kami juga menyangkal umno tidak relevan kecuali orang-orang yang lemah pendiriannya tidak layak berada dalam umno kerana politik sempit yang mementingkan kuasa.seperti orang lain saya tidak akan menyokong orang yang kronisme,rasuah,salah guna kuasa.kepada penyokong pakatan rakyat usah bermimpi pemimpin anda akan menjadi perdana menteri sedangkan mereka hanya mahukan kuasa yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan.bercakap ikut rasa ,mengumpat dan memaki memang menjadi adat resam pakatan rakyat yang terlalu marah tanpa sebab selepas mendengar ceramah yang belum tentu betul isi kandungannya.Jangan hanya kerana 2 atau 3 orang yang melakukan rasuah parti di salahkan.INILAH PENDIRIAN SAYA SERTA RAKYAT MALAYSIA YANG MASIH SETIA DAN AKAN TETAP SETIA PADA KERAJAAN INGIN MEMBUKTIKAN UMNO /BN AKAN KEKAL MEMERINTAH DENGAN SYARAT ORANG MELAYU MULA BERSATU DAN SAYANG SESAMA INSAN.UMNO TUNGGAK NEGARA.sekian.....

    ReplyDelete
  83. ISU-ISU DAN CADANGAN UNTUK UMNO DAN BARISAN NASIONAL (SAMBUNGAN)

    Dr Khir,

    Seperkara lagi buat masa ini, sabar adalah senjata orang mukmin, kalau kita bersabar semuanya akan berjalan lancar.

    Juga apabila kita mulai merasa tidak berdaya buatlah dua rakaat, selain itu buat perjumpaan lebih kerap dengan pemimpin lain yang seiring dengan kita, memberi motivasi sesama kita untuk meneruskan perjuangan dan 'recharge' semula sebelum kembali ke medan pertempuran melawan anasir-anasir yang menggalakkan perselisihan faham di antara kita dan kita cuba bawa mereka yang insaf kembali bersama kita.

    Di lain perkara, saya rasa kita mesti kreatif dalam menyelesaikan masalah dan kalau kita hanya bertindak berdasarkan tradisi umno semata-mata maka bekas ahli umno yang sekarang ini melawan umno yang tahu selok-belok dan tradisi umno akan menggunakan kesempatan ini kerana dia tahu akan 'loop hole'nya. Kerana itu saranan Dr Mahathir pada pandangan saya adalah kreatif dan boleh diikuti walaupun bukan cara tradisi umno, yang saya maksudkan 35 ahli parlimen umno keluar sementara waktu, kerana rata-rata rakyat yakin kerana paklah ingin memgekalkan jawatan sebagai presiden umno hujung tahun ini bermakna beliau mungkin menyimpan hasrat untuk terus menjadi perdana menteri selama yang boleh. Oleh sebab ini saranan dan cara Dr Mahathir atau jika ahli-ahli umno berani menukar pemimpin melalui pemilihan parti mana-mana di antara cara ini mesti dilakukan dan ianya adalah kreatif, jangan kita terikat dengan tradisi umno semata-mata kerana mana-mana bangsa tidak akan maju ke hadapan jika tidak kreatif dan hanya mengamalkan tradisi semata, kita harus bertindak mengikut keadaan semasa dengan bijaksana, dalam pengalaman kita tindakan Dr Mahathir sememangnya selalunya tidak dipersetujui seperti projek mega, tambatan ringgit dan lain-lain tetapi akhirnya keputusan-keputusan inilah yang terbukti membuahkan hasil dan kita panggil beliau genius, jadi sama juga saya rasakan 35 ahli parlimen umno hanya perlu percaya dan laksanakan saranan Dr Mahathir ini dengan berani, kemudian bincang dengan Dr Mahathir tindakan seterusnya. Akhirnya kita akan menang, umno dan BN akan lebih kuat.

    Tahniah Dr Khir kerana memulakan usaha ini, diharapkan akan mendapat kejayaan yang didambakan oleh seluruh rakyat jelata.

    Saya amat berharap supaya cadangan saya ini Dr Khir ambil kira dan lakukan sedaya mampu melakukan apa yang difikirkan perlu untuk kebaikan BN.

    Muhammad

    ReplyDelete
  84. Salam Datuk SK (:
    1) Sebagai Bangsa Melayu yang tinggi budi bahasa dan sopan santun, tindakan beberapa menteri UMNO adalah seperti 'ketam mengajar anaknya berjalan lurus'. Sebagai pemimpin patut ada rasa malu dengan tidak menghormati bekas pemimpin yang banyak berjasa!
    Saya yakin TDM pasti punya strateginya yang tersendiri. InsyaAllah segalanya akan selesai, pokoknya Melayu Islam bersatu padu!

    2)Saya setuju dengan pandangan iron manz...walaupun saya bukan penyokong kedua2 pihak, tapi sikap PR dan ahli2 dari dulu lagi cuba untuk mencari kesalahan BN walaupun tidak punya bukti yang cukup! Biasalah kalau dah benci tu macam2 kesalahan yang dicari...
    Saya amat bersetuju agar DSK terus mendesak dan menekan PR agar menunaikan janji2 manis manifesto mereka! Setakat bagi air percuma bolehlah, habis tu SYABAS nak bagi 'bungkus'? PR ingat proses air percuma macam tu shj. Kalau nak 'free' tadah air hujanlah, itu pun belum tentu 'free' sebab bekas tempayan pun kena beli.
    Macam ini cara perintah negeri, habislah duit rakyat!
    Kenyataan orang kanan SYABAS baru2 ini saya amat sokong!


    Salam DSK (:

    ReplyDelete
  85. Salam Dato'

    Kelucuan yang ada pada saya bukan datang dengan mudah. Perjuangan Dato' membela bangsa menggunakan jalan politik. Perjuangan saya yang kecil pula menggunakan jalan yang berbeza. Saya telah melalui saat sedih, kecewa,putus asa dan marah dalam membawa bangsa kita dari titik A kepada titik B.Saya sentiasa ingat kata-kata TDM" Saya tak akan manjakan melayu".Amat susah melaksanakan kata-kata tersebut.Kalau diikutkan hati memang binasa. Tetapi bila saya toleh kiri dan kanan, siapa yang nak saya harapkan? Perlahan-lahan perasaan marah, sakit hati beransur-ansur hilang dan datang pula rasa sedih dan sayu mengenang nasib bangsa. Hilang sedih dan sayu baru datang kelucuan melihat keletah bangsa sendiri.

    ReplyDelete
  86. Macam mana nak pi mesyuarat cawangan kalau tak pernah sekali pun dijemput atau diberitau tarikh nya?

    Bolehkah UMNO paparkan tarikh dan tempat untuk semua mesyarat cawangan dalam home page UMNO - Jadi kita tak payah tunggu surat, pergi saja ke tampat yang dinyatakan pada tarikh yang ditetapkan. Harap DS bagitau UMNO perkara ini.

    ReplyDelete
  87. Dato Seri yang di hurmati;

    Persoalannya, Kenapa TDM keluar UMNO?.Tentunya ada sebab sebab yang membuat TDM ambil tindakan yang demikian rupa. Apakah TDM sudah hilang kasih sayangnya pada UMNO. Ini mesti kita halusi bersama.
    Ramai pemimpin pemimpin UMNO hanya pandai kutuk dan hentam TDM saja. ada yang mengatakan TDM itu 'duri dalam daging, nyanyok, bakar kelambu, dictator' dan bermacam lagi.Kadang kala tohmahan itu menunjukan akan kebodohan orang yang membuat tohmahan itu.Nampaknya menteri menteri yang kutuk TDM adalah orang orang yang 'frustrated' dan hanya pandai melenting kerana nak membela 'seseorang'.

    Kita mesti mempertahankan seseorang pemimpin kita jika PEMIMPIN itu seorang yang bertaqwa, zuhud, ikhlas dan jujur dan takut akan azab Allah SWT. Jika kita tidak bersikap adil, saksama, tidak bertanggung jawap maka tentunya akan menerima balasannya. Kesannya lihatlah PRU 12.

    Ramai pemimimpin pemimpin yang kita ada hanya mementingkan 'keduniaan'. Buktinya terlalu banyak. Ada pemimpin yang 'egoist' dan 'bodoh sombong'. Contohnya cara pemimpin kita menyelesaikan masaalah perlantikan MB perlis dan Trengganu. Akhirnya terpaksa akur juga dengan keputusan Sultan Sultan Negeri tersebut. Siapa yang RUGI? Ada yang mengatakan MB itu akan jatuh seperti 'nangka busuk' dan bermacam lagi. Bukan orang biasa yang melemparkan kata kata tersebut, tetapi dari menteri menteri UMNO dan yang pegang jawatan dalam UMNO. Seseorang Pemimpin mesti mempunyai fikiran yang tajam dan punyai 'vision' dan bolih nampak akan kesan keatas setiap tindakan yang dilakukannya. ADAKAH KITA ADA PEMIMPIN BEGINI.

    Sayang sekali pemimpin pemimpin yang kita ada hanya berfikiran seperti orang 'biasa'dan tidak bolih di' banggakan'.Maaf Dato Seri kerana saya terpaksa berterus terang akan isi hati saya,kerana saya terlalu sayangkan bangsa dan negara kita ini.

    ReplyDelete
  88. Gambar DSK pun memang macam org yg sangat sedih dan dukacita

    ReplyDelete
  89. Kesetiaan kepada UMNO

    1. Saya kurang faham dakwaan pemimpin-pemimpin tertentu UMNO bahawa mengkritik atau mendesak Presiden UMNO berhenti bermakna tidak setia kepada UMNO.

    2. Tun Razak dan beberapa pemimpin UMNO yang lain telah tidak bersetuju dengan yang di Pertua UMNO Dato Onn Jaafar berkenaan dengan cadangannya untuk buka UMNO kepada semua kaum sehingga Dato Onn terpaksa undur.

    3. Apakah sikap dan perbuatan Tun Razak dan rakan-rakannya ketika itu bermakna mereka tidak sayang dan tidak setia kepada UMNO?

    4 Pada 1969-71 Tun Razak dan lain-lain pemimpin UMNO secara tidak langsung tidak bersetuju dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tunku telah undur diri.

    5. Apakah Tun Razak kerana menolak kepimpinan Tunku, iaitu tidak setia kepada Tunku sebagai Presiden UMNO maka dianya tidak setia kepada parti?

    6. Pada tahun-tahun 1986-7 [Tun] Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan DATO SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI bertindak untuk menjatuhkan saya sebagai Presiden UMNO. Mereka jelas tidak setia kepada saya.


    7. Apakah saya tuduh mereka tidak setia kepada parti? Apakah mereka dilarang berjumpa ahli-ahli UMNO? Apakah mereka ditegah berkempen untuk memburukkan nama saya, tidak undi saya? Apakah tentangan terhadap saya dianggap oleh saya dan oleh mereka sebagai tidak setia ada parti?

    8. Sepatutnya setelah Dato Seri Abdullah kalah dia tidak diterima masuk UMNO Baru kerana tidak setia kepada saya.

    9. Tetapi dia diterima masuk dan dibenar bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi dan kemudian Naib Presiden.


    10. Jika saya pegang kepada tafsiran sesiapa yang tidak setia kepada saya tidak setia kepada parti, apakah akan saya lantik sekali lagi Dato Seri Abdullah sebagai Menteri dan kemudian sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan seterusnya.

    11. Saya tak suruh ahli UMNO sokong apa yang saya lakukan.

    12. Tetapi fikirkanlah akan kewajaran dakwaan sesiapa yang tidak setia kepada Dato Seri Abdullah adalah tidak setia kepada parti UMNO.

    13. Apakah UMNO adalah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah UMNO?

    14. Jika Abdullah Ahmad Badawi dengan UMNO adalah sama dan satu, maka parti ini bukan lagi UMNO. Apa perlunya saya jadi ahli dalam parti Abdullah Ahmad Badawi?

    15. Hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang menyebar dan mendokong konsep UMNO adalah Dato Seri Abdullah dan tanpa kesetiaan kepada Dato Seri Abdullah maka ahli tidak setia kepada UMNO.

    Dipetik dari www.chedet.com

    ReplyDelete
  90. Dato'

    Saya ingin menyambung komen saya tentang tulisan Dato'. Dato' telah menyatakan bahawa kita mesti meneruskan perjuangan kita dengan berani. Sudah semestinya kita meneruskan perjuangan dengan berani. Tetapi berani yang macammana, adakah berani membuta tuli atau berani yang mempunyai perancangan strategik dan saluran yang akan memberi impak terus.Contohnya makna berani dalam perjuangan bagi saya ada banyak peringkat,berani bersaing dengan bangsa asing, berani berdebat dengan bangsa asing, kena marah dan kutuk dengan bangsa sendiri,tidak mahu mengalah ataupun berani mempertaruhkan periuk nasi dan beberapa lagi pengertian.Pengertian berani ini saya terjemahkan dalam saluran perjuangan saya dan ianya mempunyai impak yang terus.Pengertian berani ini pula tidak membawa makna apa2 kepada saya sebagai ahli UMNO kerana saya tidak mempunyai saluran dan tidak mempunyai jawatan untuk melahirkan rasa berani. Maka ia tiada kesan apa2. Situasi saya ini tentunya amat berbeza dengan Dato'.Dato' mempunyai jawatan dalam UMNO. Keberanian Dato' akan memberi impak terus kepada parti. Dato' telah berani menghadapi kehilangan jawatan menteri besar.Saya berharap Dato' akan meningkatkan tahap keberanian Dato' ketahap yang lebih tinggi.Penjuangan yang suci dan ikhlas ini demi agama dan bangsa sudah semesti akan menuntut Dato' membuat pengorbanan yang lebih besar dari apa yang sudah Dato' lalui.Saya berharap persoalan-persoalan ini bermain di fikiran Dato'. Persoalan-persoalan ini yang akan membawa ciri-ciri kepimpinan seseorang ketahap yang lebih tinggi dan bukannya pujian dan kata-kata manis yang diberikan orang kepada Dato' sewaktu Dato' mempunyai segala-galanya.


    Saya ulangi kembali,Dato' telah memilih politik sebagai landasan perjuangan.Saya telah memilih jalan saya sendiri sebagai landasan perjuangan. Maka Dato' perlu berjuang sedaya upaya menjaga politik agar nasib agama dan bangsa terbela dan juga supaya saya dan rakan-rakan yang lain dapat membela bangsa dengan cara kami sendiri dengan fikiran yang tenang.

    ReplyDelete
  91. KENAPA TUN MAHATHIR KELUAR UMNO ???

    YABhg. Tun Mahathir telah mengisytiharkan beliau keluar dari UMNO. Disusuli YABhg. Tun Siti Hasmah dan anak beliau Dato' Mokhzani. Berita ini agak menggemparkan semua pihak. Pihak BN agak kecewa, manakala pihak parti lawan menyambutnya dengan penuh kegembiraan.

    Sejarah telah membuktikan bahawa semua bekas-bekas Presiden UMNO meninggal dunia di luar UMNO, kecuali Tun Razak. Beliau meninggal ketika masih menjadi Perdana Menteri. Diawali dengan Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien semuanya meninggal dunia di luar UMNO.

    Kenapa jadi begitu?
    Apakah kesannya kepada UMNO?

    Masing-masing punya sejarah yang berbeza. Kesimpulannya semua bekas-bekas pemimpin UMNO ini tidak sehaluan atau tidak sependapat dengan pemimpin UMNO yang memimpin ketika itu. Tapi UMNO terus hidup subur di hati orang Melayu hingga hari ini. Orang Melayu tetap bersama UMNO walaupun bekas pemimpin mereka tidak lagi sehaluan.

    Atau ini agaknya trend dalam UMNO. Pemimpin yang telah bersara tidak boleh sependapat dengan pemimpin yang sedang berkuasa. Kenapa? Mungkin teori ini ada kebenarannya....

    1. Pemimpin yang bersara sudah tentu ada pengikut mereka sendiri, pengikut mereka ini kadangkala taksub dengan seseorang pemimpin itu sehingga tidak boleh berpisah idealisme mereka dengan pemimpin tersebut. Maka pemimpin yang telah bersara perlu mencipta konflik dengan pemimpin semasa supaya pengikut-pengikut mereka yang setia dan taksub ini tidak datang berjumpa dan mengganggu mereka lagi apabila mereka telah bersara.

    2. Ahli UMNO perlu dididik dan diasuh agar tidak taksub kepada pemimpin. Bukan macam parti-parti yang lain. Mereka diasuh agar taksub kepada pemimpin. (Contohnya PAS dan PKR) Maka pemimpin yang telah bersara perlu berpisah atau mencari jalan berkonflik bagi merenggangkan hubungan mereka dengan pengikut mereka yang taksub tersebut.

    3. Ahli UMNO perlu diuji sejuhmanakah kesetiaan mereka dan kekuatan jati diri mereka kepada parti. Dengan wujudnya konflik tersebut, maka akan zahirlah kumpulan yang setia dan kumpulan yang tidak setia kepada parti. Maka hanya akan tinggal dalam UMNO hanyalah ahli-ahli yang benar-benar berkualiti dan setia. Ahli-ahli yang bersikap 'talam dua muka' atau opportunist perlu disingkirkan dari parti.

    FIKIR-FIKIRKANLAH

    http://putramalaya.blogspot.com

    ReplyDelete
  92. Kami perlukan Tun ataupun Tengku Razaleigh sbg PM yg menerajui UMNO.

    ReplyDelete
  93. A'kum DS, pada saya keluar dr parti bukan jalan penyelesaian. Kita hanya ada UMNO sahaja yg amat memperjuangkan bangsa melayu ini. Semua pemimpin harus berusaha lebih gigih utk membantu pemimpin kita sekarang ini walau apa keadaan sekali pun. Sayangilah bangsa kita dan yg paling penting negara ini!!!

    ReplyDelete
  94. Assalamulaikum DS,

    i totally agree with DS that the decision og Tun to leave UMNO is a shocking and sad moment for all of us.

    The comments of some UMNO leaders following the Tun's decision is somewhat surprising.

    Why is that they now have the audacity to say that Tun should have expressed his views within the Party and not by leaving UMNO??

    Tun was prevented from airing his views to UMNO members. Persuasion was used to prevent any invitation be extended to TUN to attend UMNO functions.

    Divisions are coerced not to invite Tun. Everry effort was taken to ensure that TUN is not elected by the Kubang Pasu Division to be one of the G7 during last years Perhimpunan Agung.

    So, to those leaders. mind your words. Despite Tun leaving UMNO (temporarily and not for long)he is still a towering figure whose words still commands a lot of attention and loved by many.

    "Perjuangan Masih Belum Selesai"

    Hidup UMNO, Hidup Melayu

    ReplyDelete
  95. Assalamulaikum DS,

    i totally agree with DS that the decision og Tun to leave UMNO is a shocking and sad moment for all of us.

    The comments of some UMNO leaders following the Tun's decision is somewhat surprising.

    Why is that they now have the audacity to say that Tun should have expressed his views within the Party and not by leaving UMNO??

    Tun was prevented from airing his views to UMNO members. Persuasion was used to prevent any invitation be extended to TUN to attend UMNO functions.

    Divisions are coerced not to invite Tun. Everry effort was taken to ensure that TUN is not elected by the Kubang Pasu Division to be one of the G7 during last years Perhimpunan Agung.

    So, to those leaders. mind your words. Despite Tun leaving UMNO (temporarily and not for long)he is still a towering figure whose words still commands a lot of attention and loved by many.

    "Perjuangan Masih Belum Selesai"

    Hidup UMNO, Hidup Melayu

    ReplyDelete
  96. PAKATAN RAKYAT MAKIN TERSEPIT KERANA RAMAI AHLI PKR KELUAR PARTI BERAMAI-RAMAI SELEPAS INI DAN AKAN DATANG ,SIAPA TAHU.KEBENARAN AKAN BERPIHAK KEPADA UMNO JUA KERANA PEMIMPIN PKR MEMPERGUNAKAN KEKUATAN AHLINYA MENYEBARKAN FITNAH TERHADAP KERAJAAN.LAMBAT LAUN TERBONGKAR JUGA MOTIF PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT.BANGUN BANGSAKU BANGUN DARI TIDUR......

    ReplyDelete
  97. TQ. 4 ALL MALAYSIAN WHO LUV THIS COUNTRY.MALAYSIAN UNITED....WE LUV OUR GOVERMENT....PEACE...TQ. BARISAN NATIONAL..

    ReplyDelete
  98. Dato Seri Yang dihurmati;

    Saya bersyukur pabila membaca coretan tentang ' Ketuanan Melayu dan Ketuanan Rakyat' olih Dato Seri hari ini. Saya yakin Dato Seri adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang pertama yang berfikiran demikian.Syabas.

    Benar, kita mesti memperjuangkan hak Raja Raja dan bangsa kita, segai tunjang dan teras perjuangan kita.

    Dari dulu lagi, tidak pernah saya mempunyai hurmat pada KIt Siang dan Karpal, dari DAP. Mereka adalah musuh NEGARA kerana menentang RAJA RAJA. TIADA maaf bagi mereka dan mesti di tentang sekeras kerasnya.

    Disini, bagaimana pula dengan orang orang UMNO yang tidak menghurmati Raja Raja? Saya dengan ikhlas, amat benci akan mereka.

    Topik " Saat Menyedihkan Buat UMNO " sebenarnya bukan hanya ketika Tun Mahathir keluar UMNO, tapi bermula dari keputusan PRU 12.
    Ekoran dari itu macam macam masaalah yang timbil. Paling KETARA sekali ialah tentang pemilihan Menteri Besar Perlis dan Trengganu, yang mana tidak dapat di selesaikan olih Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri yang baru di lantik olih Yang Di Pertuan Agung.

    Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO menentang keras keputusan Sultan Sultan Negeri tersebut.Apakah ini tidak MENDERHAKA namanya??? Orang Melayu sendiri, yang mana seorang PEMIMPIN kita TIDAK menghurmati RAJA RAJA. Ini yang membuat RAKYAT hilang hurmati kepada Pemimpin kita. Sayang sekali, kita yang dahulu mengajar orang lain menjadi KURANG AJAR. PEMIMPIN kita itu lah yang selalu bercakap tentang ISLAM HADHARI...Inilah saat menyedihkan bagi saya...

    ReplyDelete
  99. Saya kenal Dato' Sri dari ketua pemuda Tanjung Karang lagi, seorang yg berhemah tinggi, berwawasan dan tak kurang warak nya. Tapi kini apa yg saya kesalkan setelah Tamat menjadi MB apa yg saya nampak adalah kekayaan Dato' Seri yg luar biasa termasuk adik beradik Dato' Seri. Ingat lah pepatah melayu, jangan seperti enau dlm belukar melepaskan pucuk masing-masing. Yang senang Dato' Seri dan keluarga tetapi raayat masih ditakuk yg sama. Dato sri ada berjuta-juta di luar negara tapi rakyat apa yang ada hanya terpengaruh dengan janji manis Piliharaya dan manifesto UMNO. Bawak-bawak sedar wahai Dato'Seri sementara ALLAH masih menduga keiklasan Dato' Seri.

    ReplyDelete
  100. Dato’ Seri Tajol Rosli dimalukan dihadapan khalayak ramai ketika Majlis Ramah Mesra bersama Perdana Menteri di PWTC pada 07 Jun 2008. Peristiwa yang sama berlaku kepada Dato' Seri Khair dalam perjumpaan ketua UMNO Cawangan dari Selangor yang lalu.

    Maklumat yang saya dapat Dato’ Shabery Chik dan kuncu-kuncunya iaitu Roslan Latiff & Zawawi telah merancang untuk menjatuhkan maruah Dato’ Seri Tajol di hadapan Ketua-ketua UMNO Cawangan dari seluruh Perak.

    Menurut maklumat yang saya terima, Dato’ Shabery Chik dan kuncu-kuncunya telah mengarahkan seorang guru bernama Yusof yang perlu mengaku dari Bahagian Beruas meminta agar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak digantikan dengan orang baru. Guru tersebut setelah didesak, mengaku telah dibawa ke tingkat 30 Putri Pacific (Pan Pacific) dan diberi pas Urusetia agar dia boleh masuk ke Dewan Merdeka.

    Guru tersebut ketika didesak, telah menceritakan bahawa beliau diarahkan oleh seseorang di tingkat 30 P.Pacific. Guru tersebut telah menunjukkan kepada Dato' Shabery Chik, Roslan Latiff dan Zawawi yang mengarahkan beliau berbuat demikian ketika Dato’ Shabery & PM keluar dari Dewan Merdeka. Setelah disiasat didapati Cikgu Yusof tersebut bukan Ahli UMNO Beruas. Dia datang pun bukan dengan bas, tetapi datang dengan keluarga. Dia juga tidak menginap di bilik bersama ketua UMNO Cawangan yang lain. Dia tinggal bersama keluarga di bilik yang berlainan.

    Menurut maklumat yang lain bukan Cikgu Yusof seorang sahaja yang diarah berbuat demikian, tetapi ada 3 orang lagi yang lain yang perlu mengaku dari Bahagian Kuala Kangsar, Padang Rengas dan Parit. Mereka semua juga telah dikenal pasti.

    Setelah disiasat lagi, tingkat 30 hanya didiami oleh Dato’ Shabery, Roslan Latiff, Zawawi, KSU Kementerian, Ketua Pengarah JASA dan Timbalan Ketua Pengarah JASA. Motif ini adalah motif politik, tak mungkin orang yang tidak ada kepentingan politik berbuat demikian, melainkan orang yang ada kepentingan politik. KSU dan Pengarah JASA tidak ada kepentingan politik.

    Selain itu saya dengar salah seorang pegawai JASA yang akan dijadikan ‘kambing hitam’ untuk dipersalahkan dalam hal ini. Yang penting Dato’ Shabery dan kuncu-kuncunya terlepas dari tuduhan ini dan tidak malu dengan kejadian ini.

    Saya dapat tahu Dato’ Hamdi Ketua UMNO Bahagian Beruas telah menceritakan perkara ini kepada semua ketua UMNO Bahagian dan wakil-wakil rakyat di Perak. Dato’ Hamdi juga akan utus surat kepada Perdana Menteri untuk maklumkan perkara ini.

    Saya juga dengar dalam perjumpaan Ketua-ketua UMNO Cawangan dari Negeri lain juga terjadi sedemikian. Dato’ Seri Mahadzir Khalid juga dimalukan, Dato’ Seri Adnan Yaakob juga dimalukan, Tan Sri Muhamamd Taib juga begitu, Dato’ Seri Khair Toyo lebih teruk lagi dalam perjumpaan Ketua Cawangan dengan Pak Lah yang lalu. Semua ini seolah dirancang awal untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin ini. Adakah ini agenda pemimpin Semangat 46 untuk menjatuhkan pemimpin yang selama ini menyokong Tun Mahathir?

    Saya salah seorang Ketua Cawangan terkejut mendengar berita tersebut. Betapa tergamaknya seorang Menteri berkelakuan demikian. Dah tak ada kerja lain ke nak buat.

    Dato' Seri fikirlah macamana UMNO nak aman kalau ada pemimpin yang begini.

    ReplyDelete