Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Saturday, May 3, 2008

Sabah , Kehakiman dan Politik

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Sabah Perlukan Perhatian Serius Kerajaan Persekutuan

Baru-baru ini saya mengunjung ke negeri Sabah sekali lagi. Banyak tempat yang saya kunjungi. Di banyak tempat inilah juga isu kemiskinan merupakan satu topik yang amat relevan sekali.

Ini mengingatkan kembali saya kepada rancangan kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar sebelum 2010. Sungguh pun ia rancangan yang amatlah baik namun perancangan dan pelan yang ada tidak jelas sama sekali.

Pada hemat saya rancangan pembasmian kemiskinan ini tidak akan berjaya kerana ia tidak dibuat dengan tindakan yang memfokuskan kepada isu-isu pemangkin meningkatkan produktiviti terutama dalam sektor pertanian.

Masalah kemiskinan di sabah akan bertambah serisu bila berlaku lagi kenaikan barangan makanan asas seperti beras, tepung dan gula. Ini akan menggawatkan lagi masalah kemiskinan di Sabah.

Melalui pengalaman saya di Sabah baru-baru ini saya tidak yakin dengan sasaran telah ditetapkan oleh kerajaan persekutuan akan berjaya.

Bagi saya kerajaan Sabah ditadbir dengan baik oleh YAB Datuk Seri Musa Aman, tetapi kerajaan negeri menghadapi kekangan kewangan untuk menyelesaikan miskin tegar terutama dalam menyediakan infrastruktur besar bagi menjana ekonomi dan pendapatan rakyat.

Melalui pengamatan saya, Sabah merupakan negeri yang mempunyai peratus miskin tegar antara yang tertinggi di negara kita. Terus terang dikatakan saya tidak nampak ada perancangan khusus oleh Kerajaan Persekutuan dalam mengotakan janji mereka bagi membasmi kemiskinan.

Lihat sahaja sawah di Kota Belud tidak punya sistem saliran yang baik. seperti projek Barat Laut di Selangor. Sabah hanya mampu mengeluarkan 30% sahaja keperluan beras negeri tersebut. Dengan kenaikan harga beras yang mencapai 40-50% ini akan menyebabkan rakyat Sabah terpaksa mengikat perut.

Kita juga sering mendengar pertanian merupakan sektor tumpuan Perdana Menteri tetapi tiada projek mega berbentuk infrastruktur pertanian kepada negeri Sabah. Saya sedih melihat rakyat Sabah yang rajin bekerja tetapi tidak dapat meningkatkan jumlah pendapatan mereka kerana infrastruktur dan prasarana sedia ada gagal menjadi pemangkin.

Ia cukup jauh berbeza dengan keadaan pertanian negeri Selangor. Saya merayu kepada YAB untuk mengotakan janji membasmi miskin tegar di Sabah dengan membina sistem pengairan yang sepurna bagi sabah dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Rata-rata saya lihat mereka masih bermimpi untuk menikmati janji kerajaan persekutuan. Tapi apakah mimpi tersebut akan menjadi realiti?

Kehakiman

Saya melihat kerajaan agak terburu-buru membuat keputusan membentuk suruhanjaya kehakiman baru-baru ini. Selain daripada peranannya yang tidak dijelaskan saya khuatir akan ada banyak persepsi dan harapan yang tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan kepada rakyat. Kekhuatiran ini berdasarkan banyak pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh kerajaan berkenaan penubuhan suruhanjaya yang disambut gembira oleh rakyat berakhir dengan lebih banyak kemarahan kemudiannya.

Perlantikan hakim-hakim melibatkan institusi Perdana Menteri dan juga institusi Raja-raja. Justeru sepatutnya sebelum keputusan dibuat ia perlulah dibincang dan mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agung dan Raja-raja Melayu. Kita tidak mahu wujudnya suruhanjaya ini akan mengurangkan kuasa raja-raja sebagai lambang ketuanan Melayu dan lambang penyatuan rakyat.

Jika ini tidak diteliti dengan jelas akan timbul konflik di antara tiga institusi iaitu Institusi Suruhanjaya Perlantikan Hakim, Institusi Perdana Menteri dan Institusi Agong dan Raja-Raja Melayu.

Saya amat berharap agar kerajaan dapat memikirkan jalan terbaik agar perkara ini tidak berlaku di masa hadapan. Dalam usaha kita untuk melihat institusi kehakiman bebas, kita juga perlu melihat peranan raja-raja dapat dikekalkan. Yang lebih penting pengumuman yang sebesar ini perlu dibuat dengan kajian dengan teliti bersama banyak pihak.
Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Janganlah kerana ingin mencari populariti sehari rosak negara bertahun lamanya.

Politik

Dua bulan sudah berlalu banyak perkara telah disebut seperti pengutan levi pekerja asing, mengambil alih PKFZ, menjadikan lapangan terbang subang sebagai halal hub, program latihan belia dan menjadikan pengurusan bola sepak diuruskan secara profesional. Inilah diantara kenyataan yang dibuat oleh pakatan rakyat. Kita masih menunggu hasilnya. Saya berharap moga-moga semuanya dapat dirancang dengan teliti dan dilaksanakan dengan baik. Saya harap pakatan rakyat sedar bahawa mereka adalah kerajaan yang bertanggungjawab untuk membawa kemajuan kepada negeri. Jangan juga dilupakan janji-janji manifesto yang membuat rakyat tergoda dalam pilihan raya lalu.

Saya juga tertarik dengan kata-kata DS Anwar Ibrahim yang akan membentuk kerajaan pakatan rakyat pada 16 September ini. Bagi saya tarikh ini ada signifikannya kerana ia merupakan tarikh pembentukan Malaysia.

Saya sedar DS Anwar Ibrahim ingin menggunakan tarikh ini sebagai permulaan era Malaysia Baru. Dan saya agak kesal melihat pemimpin UMNO masih menganggap ianya suatu sandiwara.
Bagi saya DS Anwar Ibrahim tidak akan merelakan kredebilitinya jatuh buat kali kedua. Jika ini berlaku dunia akan menganggap DS Anwar sebagai pemimpin yang kuat berbohong dan tidak akan mendapat kepercayaan rakan politiknya. Atas dasar itulah pemimpin Barisan Nasional perlu menganggap perkara ini lebih serius. Tindakan tertentu perlu diambil.

Dalam politik segalanya berkemungkinan. Bagi mereka yang merancang dengan baik kemungkinan itu akan berpihak kepada mereka.

59 comments:

  1. salam dr khir,

    "tau takpe"

    sabah adalah lokasi pelancongan pertama dalam senarai peribadi saya.. saya jatuh cinta dgn segala2nya yg ada di sabah.. drp KK hingga ke Kundasang.. dan seluruhnya.. jika ada rakan2 yg nak melancong dalam negara, saya pasti akan recommend sabah lah tempat yg paling sesuai..

    saya pernah bekerja, bercuti di sabah.. saya bertemu dgn kanak2 sekolah yang pakaiannya sangat lusuh - sangat menyentuh hati saya.. kasut yg koyak rabak.. tetapi semangat hendak belajar sangat tinggi.. saya sangat sayangkan kanak2 ini.. ada yang terpaksa meredah hutan selama 3 hari utk sampai ke sekolah..

    tetapi di KK saya ternampak satu billboard yang GAH terpampang di simpang nak ke airport.. billboard ucapan hari raya daripada Musa Aman dan keluarga + logo BN.. (oktober 2007)

    apa tu?

    berapa kos utk satu billboard?

    kan lebih baik kos itu dijadikan nasi atau baju sekolah?

    sampai bila Sabah perlu dilabelkan negeri paling miskin di Malaysia?

    negeri yang begitu cantik.. suasana yang sangat mendamaikan.. pelancong pun ramai yg datang.. ada hasil pembalakan.. ada gunung tertinggi di asia tenggara.. UNESCO's 1st world heritage ada di sabah.. marine park, pulau sipadan yang mengagumkan juga di sabah.. perusahaan kopi di tenom.. taman pertanian yang cukup indah.. keajaiban rafflesia di tambunan.. tarikan budaya di Gaya St, Handicraft market.. udang galah yg besar dan amat lazat di sandakan.. mutiara, hasil lautnya, kering dan basah.. Subhanallah amat menakjubkan!

    ke mana perginya hasil drp semua tu? kenapa masih miskin? tegar pulak tu? terengganu je ke yg boleh ada wang ihsan?

    betul ckp dr khir, mmg sabah perlu sangat2 perhatian SERIUS drp semua pemimpin..

    dan kalau masih ada yg leka, lalai dan memperlekehkan canang 16 september.. saya nasihatkan, jangan jadi pak kaduk..

    8 Mac = dah terhantuk baru nak terngadah..

    16 Sept = yang dikejar tak dapat.. yang dikendong berciciran..

    "clear water dont sangka no buaya"

    wallahu alam

    ReplyDelete
  2. Assalamulaikum,

    Datuk Seri,

    Saya berpandangan sokongan kepada calon timbalan speaker dewan rakyat bukan kayu ukuran kepada tidak ada wakil dari sabah akan melompat parti.

    sememangnya saya percaya bahawa itu adalah taktik psikologi pembangkang semata-mata melihat pula isu yang dibangkitkan oleh Datuk Seri menambahkan keyakinan saya bahawa sokongan yang diberikan kepada timbalan speaker itu adalah satu tindakan psikologi untuk mengabui mata kepimpinan tertinggi Barisan Nasional yang diketuai DS Abdullah Ahmad Badawi.

    http://suaragenerasimuda.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Harap Datuk Seri dapat kemukakan satu cadangan yang konkrit kepada MT UMNO bagaimana mahu mengubah keadaan di sabah.

    Janganlah cakap bab koridor Pak Lah yang merapu tu

    ReplyDelete
  4. salam Ds.

    Berkenaan dgn peristiwa yg bakal berlaku pd 16/9 yg dicanangkan oleh DSAI,Saya tertunggu tungu apakah langkah yg DSK akan ambil untuk tidak merealisasikan perkara ini.DSK atas kapasiti pembangkang di Selangor perlu menyusun strategi bagi memastikan perkara ini tidak berlaku.Kami pemuda Selangor di bawah bersedia utk menerima plan dan tindakan DSK utk terus mempertahankan agenda Melayu di bumi selangor ini.

    ReplyDelete
  5. A.kum Datuk Seri,

    1. Sebenarnya kemiskinan itu ada dimana-mana. Sedangkan Arab Saudi pengeluar minyak no.1 dunia dan antara negara terkaya didunia pun masih ada rakyatnya yang miskin dan menjadi pengemis.

    2. Kemiskinan adalah anugerah Tuhan. Ia sekadar untuk menguji dan mengingatkan yang kaya-raya supaya dapat membantu mereka yang miskin.

    3. Walaupun Sabah kita nampak rakyatnya miskin tetapi di Malaysia negeri manakah yang paling banyak 'hutang'? Adakah Sabah?

    4. Bagi saya rakyat Sabah terus tertinggal dan hidup dalam kemiskinan kerana 4 faktor:

    a. Mereka menyertai Malaysia
    b. Menyerahkan Labuan kepada kerajaan Pusat.
    c. Membenarkan Umno masuk ke Sabah
    d. Membiarkan PATI masuk secara berleluasa. Malah kita lihat kegiatan ekonomi banyak didominasikan oleh PATI.

    5. Jadi siapa sebenarnya yang menjadi 'Petualang' rakyat Sabah adakah Tun Mustapha,Datuk Haris Saleh atau Putra Jaya? Jika tanya saya...ketiga-tiga pihak inilah yang bertanggong jawab sepenuhnya keatas nasib yang menimpa rakyat Sabah pada hari ini.
    -----------------------------------

    6. Kehakiman:

    a. Saya setuju dengan pandangan Datuk Seri itu.
    b. Saya dah beri komen yang agak panjang dengan tajuk kehakiman ini dalam blog Datuk Kadir Jasin.
    -----------------------------------

    7. Politik:

    a. Saya juga setuju 100% dengan pandangan Datuk Seri.
    b. Bagi saya hanya Tun Dr. Mahathir sahaja yang boleh berdepan dengan DSAI. Kini TDM telah berada diluar gelanggang.
    c. Setakad hari ini, saya perhatikan tidak ada seorang pun tokoh-tokoh didalam UMNO yang boleh menandingi kewibawaan yang ada pada DSAI.
    d. Oleh kerana DSAI lebih berwibawa daripada yang lain-lain, maka adalah wajar bagi beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya selepas ini.

    http://www.penyokong-kj.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Salam dato.

    Pandangan dato seperti mata rakyat yang memandang. Sayang sekali mata yang memimpin pula yang buta.
    Pada pandangan dato adakah ini kerana pemimpin kita terlalu banyak kerja atau pun leka?

    ReplyDelete
  7. benar belaka..

    sabah tidak seharusnya dianggap jauh dari kuala lumpur sehinggakan kedengaran tentang kemiskinan dn kepayahan dari negeri sabah yang disayangi..

    saya berpendapat agar pembangunan malaysia timur dicadangkan untuk dimantapkan dengan menubuhkan 'cawangan Putrajaya di Labuan'..

    ini memudahkan urusan rakyat Malaysia Timur dan seterusnya menjadi mendekatkan kerajaan persekutuan kepada rakyat Sabah & Sarawak (juga Brunei..?)

    http://ipohmalay.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Gi Sabah, tak nampak effect "Project IC" ke?

    ReplyDelete
  9. di zaman Pak lah...

    borneo di abaikan terus...

    pembangunan tak seimbang dianatar semenanjung dan sabah n sarawak...

    koridor sana sini di semananjung tak mendatangkan apa-apa keuntungan

    membazir waktu selama 4 tahun hanya untuk kemegahan koridor yang hancur

    ReplyDelete
  10. YB Dato Seri,

    Sayangnya pandangan YB Dato Seri dibuat selepas terlepasnya kuasa.Kemiskinan rakyat Malaysia terutama di Sabah dan dibeberapa negeri lain tersedia ujud sebelum kuasa YB terlucut.

    Ini lah yang menyebabkan rakyat bosan dengan kerajaan sekarang. Dari tahun 2004/05/06/07 dan RMK9 berbillion bajet dijanjikan untuk sektor pertanian sehinggakan dibelakang bus dihebohkan bajet RM11 billion untuk pertanian.Lihatlah sendiri apa yang ada di Malaysia untuk makan pun beras kurang dan harga produk pertanian mahal seolah olah Malaysia bukan negara asas pertanian.

    Maaf cakap Kementerian Asas Tani gagal dalam menjalankan tanggung jawab nya.

    Manapergi nya bajet yang berbellion yang di janjikan. Mana sawah padi baru yang dimajukan atau ladang sayoran baru yang dibuka atau ladang TOMATO yang dijanjikan?.

    Rakyat tersangat kesihan melihat kelemahan dan kegagalan pemerintah sekarang.

    ReplyDelete
  11. Salam Dato Khir,

    Saya berpendapat Pak Lah telah menghina mahkamah semasa mengumum penubuhan suruhanjaya kehakiman.Pak lah dengan rasa penuh bertanggungjawab telah mengumumkan akan memberi bayaran EX GRATIA kepada semua hakim hakim yang didapati bersalah oleh Tribunal dan disahkan oleh KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG.Sebagai Ketua Kerajaan Pak Lah tidak sepatutnya campur tangan dalam bidang kehakiman,perkara ini harus dibicara semula jika ada bukti bukti baru yang menyatakan Hakim hakim ini tidak bersalah.

    Precedent yang dibuat oleh Pak Lah amat berbahaya kerana ada banyak lagi kes kes yang serupa yang perlu di bayar ex gartia.Wang berjumlah berjuta ringgit ini adalah wang rakyaat, kalau wang peribadi pun dari segi teknikalnya adalah tidak betul.

    Pak Lah should be charge for contampt of court,your views please.

    ReplyDelete
  12. ISU-ISU DAN CADANGAN UNTUK UMNO DAN BARISAN NASIONAL (SAMBUNGAN)

    Dr Mohamad Khir Toyo,

    Tahniah kerana berani dan bersikap terbuka mendengar keluhan rakyat jelata.

    Jika kita lihat apakah secara amnya matlamat kita yang memenuhi aspirasi rakyat. Saya gariskan seperti di bawah:

    1) BAGAIMANA UNTUK MEMAJUKAN MALAYSIA MENGATASI NEGARA LAIN DAN MAJU MENJELANG 2020
    2) BAGAIMANA UNTUK MEMAJUKAN MELAYU SETARAF DENGAN BANGSA LAIN
    3) BAGAIMANA MELAMPAUI BUKAN SAHAJA MEMUASKAN KEHENDAK SEMUA GOLONGAN RAKYAT

    Dr Khir,

    Dr harus tabah mendengar segala keluhan-keluhan dan kata-kata negatif yang dilahirkan minoriti bloggers, pada pandangan saya laman blog Dr Khir adalah di antara yang paling popular mengatasi laman blog saudara Anwar cuma disaingi dengan sihat oleh laman blog Dr Mahathir kerana kita sudah sedia maklum siapakah Dr Mahathir, betapa hebatnya pengaruh insan ini. Saya juga percaya gabungan Dr Mahathir, Dr Khir, saudara Mukhriz, saudara Muhyiddin, majoriti pemimpin-pemimpin Umno (yang dalam diam menyokong) dan ahli-ahli Umno cawangan, bahagian dan akar umbi yang sehaluan dan sependirian maka peralihan kuasa harus dilakukan seberapa segera paling lewat pada pemilihan hujung tahun ini melalui pemilihan presiden Umno yang baru. Pada pandangan saya jika semua ahli Umno berani bersuara, Pak Lah tiada pilihan melainkan mengikut kemahuan ahli umno dan majoriti rakyat untuk berundur seberapa segera atau dipaksa berundur melalui pemilihan parti kerana ianya adalah hak ahli-ahli umno dan rakyat.

    Saya berjanji untuk mengulas sedikit siapakah yang layak menjadi perdana menteri malaysia yang seterusnya. Seperti yang telah saya nyatakan saya akan cuba membincangkan perkara ini secara rasional dan fakta tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak, kerana saya tidak menganggotai mana-mana parti jadi saya cuba menyatakannya dalam konteks Malaysian Malay yang neutral demi kepentingan negara Malaysia dan Melayu khususnya.

    Role model pada pandangan saya adalah Dr Mahathir yang telah terbukti dari banyak pencapaian selama ini kerana itu majoriti rakyat masih menyokong Dr Mahathir walaupun tidak sempurna. Pemimpin ‘sempurna’ pada pandangan umum yang ideal ialah pemimpin yang alim dan wara’, genius membangunkan ekonomi, jujur dan ikhlas memperjuangkan Melayu dan negara. Jadi Dr Mahathir tidaklah sempurna tapi mengapakah masih menjadi pilihan utama majoriti rakyat selama 22 tahun? Kerana pada pandangan saya kerana Malaysia adalah negara sekular dan berbilang kaum, majoriti rakyat samada Melayu dan bukan Melayu hanya lebih pentingkan ekonomi. Selain itu, Dr Mahathir hanya melaksanakan pembangunan sebaik yang difikirkan lantas terbuka untuk melakukan kesilapan atau keputusan yang mungkin salah pada pandangan minoriti rakyat tapi sebenarnya kesan jangka panjang keputusan Dr Mahathir adalah untuk kebaikan demi memajukan Melayu dan Negara dan hanya terbukti beberapa lama selepas itu barulah kesan yang baik dirasai.

    Siapakah pilihan dari barisan kepimpinan Umno pada hari ini yang ideal untuk menjadi perdana menteri?

    Saudara Najib, Saudara Nik Aziz, Saudara Muhyiddin, Saudara Mukhriz, Dr Rais, Saudara Anwar dan lain-lain...

    Siapakah diantara pemimpin di atas ‘sempurna’ dari segi alim dan wara’ dan genius boleh memajukan Melayu dan membangunkan Malaysia? Pada pandangan saya tiada. Kerana itu ramai bloggers telah membangkitkan persoalan bahawa kenapa memilih Saudara Najib selepas Pak lah, adakah Saudara Najib memiliki ciri-ciri yang cukup sempurna untuk menjadi pemimpin no.1 di Malaysia.

    Sebenarnya sahabat-sahabat bloggers, tidak banyak pilihan yang ada. Ada komen yang pernah saya dengar bahawa pemimpin yang hebat hanya datang seratus tahun sekali sahaja, seperti Khalid Al-Walid... jadi pada pandangan saya Malaysia mungkin bertuah jika mendapat seorang lagi pemimpin yang hebat pada masa ini seperti Dr Mahathir yang disegani dan dihormati dunia, kawan dan lawan (musuh islam).

    Kerana itu kita sebenarnya cuba memilih yang terbaik dari yang kita ada. Saudara Najib dan Saudara Anwar mempunyai rekod dan reputasi masing-masing yang tidak enak didengar, kalau diikutkan definisi ideal dan ‘sempurna’ maka kedua-duanya tidak layak jika dilihat sebagai pemimpin yang bersih dan bebas dari skandal dan sebagainya. Apabila saya mengingat kembali tahun sebelum 1998, Saudara Anwar adalah calon yang terbaik pada masa itu, apabila saya melihat siapa pada masa ini yang berada di parti yang memperjuangkan Melayu adalah Saudara Najib dan majoriti rakyat masih sayangkan Umno.

    Adakah Nik Aziz, Saudara Muhyiddin atau Dr Rais? Saya juga menghormati Nik Aziz kerana sentiasa mengeluarkan kenyataan berdasarkan pengetahuan Islam yang tinggi dan saya percaya Kelantan diperintah Nik Aziz dengan baik tetapi adakah rakyat terutamanya bukan Islam di negeri-negeri lain mahu menyokong Nik Aziz untuk menjadi perdana menteri? Saya rasa susah.

    Jika kita melihat Singapura dan Pulau Pinang, tokoh hebat seperti Lee Kuan Yew dan Lim Kit Siang bijak memilih anak mereka menjadi perdana menteri dan ketua menteri. Alangkah baiknya jika Dr Mahathir menjadi Menteri Kanan seperti Lee Kuan Yew, sudah tentu nasihat Dr Mahathir pada hari ini didengar tanpa banyak bantahan. Adakah Saudara Mukhriz sesuai menjadi perdana menteri suatu hari nanti, mengapa tidak tapi bukan selepas Pak Lah kerana belum cukup pengalaman melainkan jika Dr Mahathir adalah menteri kanan dan Saudara Mukhriz adalah perdana menteri seperti Lee Kuan Yew dan Lee Hsien Loong jadi saya rasakan jika seperti ini berlaku mengapa tidak selepas Pak Lah, negara Singapura lebih maju kerana walaupun tidak berpengalaman Lee Hsien Loong mendapat nasihat bapanya ketika menjadi perdana menteri memerintah negara Singapura. Kenapa tidak saudara Mukhriz dan Dr Mahathir?

    Kesimpulannya:

    Sahabat-sahabat bloggers, tiada pemimpin samada di kalangan Umno, Pas atau Keadilan layak menjadi perdana menteri jika kita melihat skandal atau reputasi atau sokongan majoriti atau dari erti kata lain ‘sempurna’. Jadi pada pandangan saya kita perlu menapis dan memikirkan dari segi kepentingan bangsa Melayu dan Negara, siapakah pemimpin yang berada di parti yang dasarnya memperjuangkan hak ketuanan Melayu dan keistimewaan Melayu dan boleh memperolehi sokongan majoriti Melayu dan bukan Melayu yang kesemuanya komited dan bersetuju dengan dasar ketuanan Melayu ini dan kemudiannya kita melihat siapakah yang boleh memajukan ekonomi Malaysia dengan cepat untuk mencapai wawasan 2020. Pilihlah dengan bijak kerana seperti Dr Mahathir katakan kita harus memikirkan keputusan kita pada hari ini akan memberi kesan kepada generasi Melayu kita yang akan datang. Saya bimbang memikirkan hak ketuanan dan keistimewaan Melayu dihapuskan, jika ini berlaku tidak mustahil perdana menteri pada masa akan datang dari golongan cina dan hak Raja-raja dihapuskan, negara MALAYsia tinggal nama dan menjadi seperti Singapura bangsa Melayu tiada suara tiada kuasa.

    Parti Umno lebih penting dari mana-mana individu, marilah kita segerakan peralihan kuasa Pak Lah kepada sesiapa sahaja dikalangan pemimpin Umno yang ahli-ahli Umno fikirkan layak seperti Saudara Najib, Saudara Muhyiddin, Dr Rais, Saudara Mukhriz (jika Dr Mahathir Menteri Kanan), saya juga sentiasa konsisten dengan pandangan saya sebelum ini bahawa Dr Mahathir harus dijadikan Menteri Kanan Malaysia yang pertama walaupun Saudara Najib atau sesiapa sahaja menjadi perdana menteri. Melayu dan Malaysia akan maju sepesat-pesatnya dengan nasihat Dr Mahathir.

    Mulai saat ini saya akan menyalin tulisan saya untuk turut dibaca oleh beberapa laman blog yang lain seperti laman Dr Mahathir.

    Tahniah Dr Khir kerana memulakan usaha ini, diharapkan akan mendapat kejayaan yang didambakan oleh seluruh rakyat jelata.

    Saya amat berharap supaya cadangan saya Dr Khir ambil kira dan bawa ke pucuk pimpinan untuk kebaikan BN.

    Muhammad

    ReplyDelete
  13. DS, nampaknya dah semakin berani skrg ye. Tahniah...kalau dl jgn harap nak dgr pendapat ni.hehe

    DS, sabah negeri terkaya di Malaysia. Tetapi rompakan terhadap hasil bumi sabah oleh kerajaan BN selama ni telah menjadikan penduduk sabah sebagai rakyat termiskin di Malaysia hari ini. Miskin tegar pula tu.

    Jadi memang bijak dan tindakan sayangkan rakyat sekiranya MP sabah menyertai PR apatah lagi 20% royalti minyak telah dijanjikan. Sabah negeri minyak dan rakyatnya berhak untuk mendapat lebih daripada sekarang. Sekarang sabah cuma mendapat 5%. Tu pun pasti banyak kebocoran di mana2.

    Inilah masa untuk rakyat sabah. Masa untuk perobahan. It is 'time for change'! 'The power is in their hand' & 'always the smarter choice'!

    http://videoreformasi.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Dato' seri;

    Terkadang terasa jengkel juga saya dengan Dato' seri (maaf, saya perlu jujur).

    1. Tulisan Dato' Seri sebelum ini yang macam tulisan "peguam" dalam membela kes duit Balkis. Elok Dato' Seri jangan komen apa2.
    2. Dalam Buletin Utama yang lepas, ada juga kisah sedih penduduk di Dengkil yang takde api dan air. Tu belum campur penduduk Ijok. Jangan sesiapa tuding jari pada Khalid Ibrahim sebab dia baru sangat jadi MB.

    Diharap Dato Seri menggunakan blog ini sebagai platform untuk Muhasabah dan jangan tuding jari sahaja. Macamlah dulu Dato' Seri tak pernah pergi Sabah.

    Saya juga bersetuju dengan pendapat su-kj dan bagi saya adalah tepat untuk menyatakan begini:
    > Sabah tenggelam dek arus semasa kerana hasilnya telah ditelan oleh "unknown entity" from UMNO.

    Apapun saya tetap sokong Dato' seri dalam pemilihan Ketua Pemuda nanti.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  15. Askm Dato' Sri,
    Memang segalanya berkemungkinan, tapi yang anehnya kenapa setelah kalah teruk baru nak fikir tentang rakyat yang miskin.
    Sepatutnya 10 tahun lepas dah fikir tentang perkara ini dan ambil tindakan yang patut kerana kuasa ditangan anda.
    Sayang..terlajak perahu boleh diundur..tetapi terlajak perbuatan..ini lah padahnya.
    Saya hairan kenapa sekarang baru cakap tentang rakyat miskin dan menteri pun sanggup turun padang..habis jabatan dan pegawai kerajaan buat apa?
    Selama ini hanya asyik fikir nak buat projek syok sendiri saja dan senang kroni nak kaya cepat.
    Cakap dah cakap tapi harga barang makin naik,..kalau tak boleh dibendung nampaknya selamat malam ler dengan UMNO.
    Kat Sabah tu..jurang antara yang kaya dengan miskin amat ketara..yang kaya bertambah kaya dan yang miskin terlalu papa.Ada individu yang mempunyai beribu-ribu ekar ladang sawit dan rakyat miskin rumah pun tak der..pergi sekolah pun pakai selipar..fikirkan lah!Kenapa jadi begitu..takkan baru sekarang nampak.
    Wasslam
    Rahim

    ReplyDelete
  16. salam dr khir,
    ..2-3 hari melawat sabah dan terus memberikan BINTANG kepada musa aman telah memerintah sabah dgn baik?..membuat saya tersenyum.
    apa2 pun, keprihatinan yg ikhlas dari dr memang baik cuma sedikit rasanya menggeletek hati saya...kenapa baru SEKARANG????..

    setakat ini saya belum pernah dgr dan nampak ada PM.KM,YB yg MISKIN dan rasanya kita tahu kenapa.rumah besar2,kereta bermacam macam jenama,isteri sana sini dll.

    oleh kerana itu dr jgnlah terkejut pula kenapa masalah kemiskinan masih ada terutamanya di Sabah dan negeri2 lain di malaysia.

    semoga masalah kemiskinan tegar ini dapat diatasi walaupun barangkali amat sukar...namun mengurangkan itu lebih baik dari menambahkannya.

    sekian.

    ReplyDelete
  17. ermm.. Walaupun Kelantan kurang peruntukan untuk mentadbir negeri tapi masih tidak semiskin sabah...

    Sabah yang 50 tahun dipegang BN...

    just wondering je..

    mesti tak lepas nye lah komen ni..
    yelah.. komen orang muda..
    yang tak tau pape

    ReplyDelete
  18. Salam DSDK,

    Amat malang penduduk Sabah malahan juga negeri-negeri lain jika mahu dikaji dengan teliti.

    Sayangnya, setelah hilang kuasa di tangan baru DSDK sedar semua hal sedemikian rupa dan kenapa dari dahulu tidak menyedarinya? Adakah alasannya kerana terlalu ketat jadual selaku "MB Selangor" sehingga tiada teguran untuk menyedarkan kepimpinan persekutuan untuk hal-hal demikian?

    Kelainan yang nyata pada diri DSDK mohon kekal seikhlas-ikhlasnya dan tidak hanya berubah buat seketika sahaja di masa "tiada kuasa di tangan".

    Jauh perjalanan DSDK sehingga ke Sabah perginya. Sudahkah DSDK benar-benar meneliti di Selangor negeri sendiri?

    Pesanan saya berkenaan "Tanah Perkuburan di Ampang" sudahkah dimaklumkan kepada TS Khalid di Dewan Undangan Negeri? Sebagai "Ketua Pembangkang" Selangor, itulah satu amanah yang saya wakilkan pada DSDK untuk disampaikan kepada yang sedang berkhidmat. Jangan anggap usul itu tidak penting. Kita umat Islam perlu dikebumikan secara sempurna.

    Apa pun, inilah hakikat dan realiti kepimpinan yang ada pada hari ini. Lebih "worst" sejak Dolah Badawi menerajui negara. Kita juga tidak mahu Najib sebagai penyambung "kemusnahan" yang dibawa oleh Dolah Badawi. Oleh itu semua ahli-ahli Umno, bersepakatlah jangan memilih Najib pada pemilihan parti Disember ini jika Umno benar-benar mahu kembali pulih ke asalnya.

    Sabah dan Sarawak telah "dianaktirikan" sejak sekian lama tetapi kenapa baru sekarang semua pemimpin, baik BN mahupun Pakatan Rakyat sibuk mahu "mengambil peduli?". Adakah kerana PRU12 yang lalu 2 negeri ini menjadi "penyelamat" kepada BN?

    Secara peribadi, saya sarankan semua pemimpin Umno/BN tolonglah benar-benar sedar dan berubah sikap dengan setelus-telusnya berkhidmat untuk rakyat dan bukan demi poket sendiri, wa'imah DSDK sendiri pun.

    Wassalam!

    PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSA

    ReplyDelete
  19. Salam Dr Khir,

    Semua negeri memerlukan perhatian yang sama adil dari Kerajaan Persekutuan. PM yang dilantik bukannya Perdana Menteri Pulau Pinang atau Perdana Menteri Putrajaya ataupun Perdana Menteri BN. Ia adalah Perdana Menteri Malaysia.

    Sikap tidak matang kerajaan BN sungguh amat menyedihkan.

    ReplyDelete
  20. Dato' seri

    Saya harap kerajaan persekutuan tidak akan mengambil sikap remeh temeh terhadap sesuatu perkara yang berlaku seperti apa yang berlaku di Sabah. Kita pula sebagai rakyat harus bijak dalam menilai sesuatu perkara. Janganlah kita terlalu mudah diperdaya oleh pihak tertentu yang menjanjikan janji yang manis dengan menggunakan apa saja kekurangan yang ada pada kita demi matlamat mereka yang tertentu.
    Kita harus berusaha sedaya upaya dan berdoa untuk mencapai apa yang kita hajati tidak kira sebagai rakyat ataupun sebuah kerajaan.sekian

    ReplyDelete
  21. Saya berpendapat 'vokal' Datuk semakin mantap sejak semenjak dua menjak ini, cuma kena jaga 'pitching'...hehehehehe

    Apapun tahniah, kerana Datuk sudah membuat latihan dan persediaan awal untuk nampak vokal, garang dan bervisi sesuai sebagai calon Ketua Pemuda. Tetapi memandangkan Ketua Pemuda di era sekarang yang sejak duamenjak berkapitankan Si Lembut, rasanya reputasi, status dan roh Ketua Pemuda sudah tidak lagi beraura, elok Datuk bertanding Naib Presiden ( kemuadian tewas ) adalah lebih bermaruah dan bergaya dari mengotorkan kaki dan tangan dalam pertandingan Ketua Pemuda, biarkan itu kepada budak2 hingusan seperti KJ, Norza dan Mukhriz.

    Dalam lain perkataan, seperti apa yang datuk bimbangkan, UMNO sebenarnya sudah sampai ke penghujung, teori RAHMAN akan mencatitkan sejarah Najib tidak kesampaian sebagai Perdana Menteri, sekadar Presiden UMNO yang sudah hilang kerajaan. Dengan berlatarbelakangkan ugama saya percaya Datuk lebih unggul bersama Husam di dalam PAS, insyaAllah.

    Perihal Anwar, dia umpama kulit pisang montel kebun wak jawa yang nampak cantik tetapi isinya lembut, mudah diratah dan ditelan, dibenyek, diramas buat cokodok. Ayam jantan memang berkokok bergegar gegar, tapi di gelanggang belum tahu. Anwar hanya dilahirkan sebagai agen propaganda, agen pembangkang dan pemidato, nampak berkesan dan bergaya. Kepimpinannya sebagai NO. 2 sudah menampakkan belang dan rakus dan jika ia bergelar No. 1, Anwar hanya akan mencipta sejarah yang lebih banyak buruk dari baiknya.

    ReplyDelete
  22. salam dato sri dr khir,
    semoga dato sri selalu berada di dalam rahmat Allah SWT.

    saya hanya ingin menambah komen pasal 'polling system' dato sri, Pada Pandangan Anda, Siapakah Calon Terbaik Mengganti Pak Lah Suatu Hari Nanti. dato sri hanya menamakan 4 orang sahaja, iaitu DS Mohd Najib Tun Razak, TS Muhyiddin Yassin, DS Mohd Ali Rustam, dan Tg. Razaliegh Hamzah. saya ingin mencadangkan dato sri menambah 1 lagi nama iaitu, dato seri anwar ibrahim. dato sri tidak perlu merasa takut atau gentar, dan
    kita anggap saja lah ia sebagai satu kaji selidik (walaupun bukan rasmi), dan anggap lah ia bukannya ada kaitan permasalahan politik tanahair masakini.
    saya rasa ini adalah perlu kerana para pengunjung blog dato sri bukan hanya dari mereka yg sealiran dengan dato sri, tetapi yang juga dari aliran berbeza, dan mereka masih tetap menjadi pengunjung tetap blog dato sri, sekurang-kurangnya para pengunjung masih ada menu lain selain dari menu yang tersedia - 'unlisted menu but popular'.

    setiap para pengunjung blog dato sri, ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak sebulu, sanggup membaca setiap artikel yang dato sri timbulkan, dari bermula tajuk hingga noktah terakhir, jadi dato sri tidak perlu rasa gusar, gentar, takut, bersalah dan terhina dengan sebab meletakkan nama tambahan (dato seri anuar ibrahim), sedangkan dia adalah 'nobody to UMNO and BN as well'.
    tidak salah mencuba sesuatu yang baru, sedangkan kita sudah tahu hasil kerja orang2 terdahulu yang tahap kerjanya memang tidak berada pada PAR yang cukup makan pun.
    hidup ini ibarat perjudian, kena berani berubah, barulah nasib kita akan berubah. andaikata hasilnya buruk, sekurang-kurangnya kita dapat pengalaman yang akan memandu kita untuk terus berjaya di masa hadapan.

    salam,
    man tiger.com

    ReplyDelete
  23. Sabah memerlukan pemerhatian yang lebih dan khusus dalam banyak perkara terutama berkaitan 'Politik'.

    Politik Sabah merupakan antara yang paling kontroversi dan prawarna dalam sejarah Politik Malaysia. Dari isu ahli yang melompat parti, kepada Parti yang lupus akibat bahana politik (lihat USNO) dan parti yang membelot atas dasar tamak dan tidak percaya (lihat PBS 1990). Itu politik Sabah dalam sejarahnya. Dan jika tidak diberi peringatan, sejarah mungkin akan berulang kembali.

    Yang mencari peluang akan menggunakan sejarah sebagai panduan dan faktor kemiskinan pembangunan serta kewangan sebagai asas. Yang bertahan harus menggunakan sejarah sebagai peringatan dan faktor pemberian jawatan dan imbuhan bantuan kewangan sebagai modal.

    ReplyDelete
  24. Assalammualaikum Dato' Seri. Saya bersetuju dengan pandangan Dato' Seri walaupun ianya nampak terlambat, tetapi saya beranggapan seperti "DATANGNYA KESEDARAN" pada setiap insan. Masalah Sabah sudah lama berlaku sebelum UMNO masuk ke Sabah, selepas UMNO masuk dan menapak di Sabah juga, perkara ini tetap berlaku. Seharusnya kerajaan tidak memandang remeh hal ini. Jangan hasil bumi sahaja dieksploitasi, dan meninggalkan dengan keadaan yang terumbang ambing dilambung ombak laut china selatan...sekian

    ReplyDelete
  25. Sabah tidak akan muncul sebagai sebuah negeri yang maju jika usaha-usaha yang dilakukan hanya sekadar untuk mengambil hati dan memenangi undi.

    Rakyat Sabah memerlukan lebih daripada sekadar ambil hati.

    Rakyat Sabah memerlukan wang,modal, prasarana,R & D dan pembangunan menyeluruh dan berskala besar, bukan sekadar janji.

    Sabah kaya dengan alam semulajadi tetapi itu belum mencukupi sebelum ada "titi" ke hati dan publisiti tanpa henti.

    Sabah kaya dengan hasil tanaman estotika seperti avocado, markisa, tarap dan bambangan yang memerlukan ladang yang luas dan teknologi yang tinggi.

    Sabah kaya dengan makanan tradisional seperti kuih cincin yang lazat dan berpotensi untuk pasaran seluruh Malaysia dan ke seluruh Asia dengan syarat aspek pembuatan, pembungkusan dan pemasarannya diambil berat oleh pusat.

    Begitulah Sabah yang kaya dengan pelbagai khazanah tetapi masih tenggelam di dalam "tanah"nya yang indah di mana bayu bertiup di atasnya.

    Jika sokongan Sabah diharapkan berterusan dan berkekalan, seiring dengannya adalah pembangunan dan kemajuan yang mapan.

    ReplyDelete
  26. saya melihat rakyat yg miskin sebagai satu keperluan kepada kerajaan BN untuk memastikan keujudan BN.tanpa rakyat yg miskin dan kurang terdedah kepada sumber ilmu dan berita, maka nescaya telah lama BN bersemadi di liang lahad.

    saya kurang arif dengan sabah, tetapi amat mengetahui keadaan di sarawak.keadaan sarawak yang amat sukar dihubungi merupakan satu sumber sokongan kepada kerajaan BN untuk memastikan BN masih kekal berkuasa.

    cukup dengan melihat keadaan rumah rumah panjang di sepanjang jalan dari kuching ke miri.masih bnyk lagi rumah rumah panjang yang hidup tanpa kemudahan asas.walau pun tidak dinafikan ada juga yg mendapat kemudahan asas.cuba bayangkan keadaan mereka yang masih jauh di pedalaman.jika yang berhampiran dengan jalanraya pun masih penuh dengan kedaifan.

    mana mungkin rakyat ini mampu mendapat sumber berita selain dari berita kerajaan?

    kenapa tidak ada satu usaha bersepadu untuk menaikan taraf hidup golongan ini?alasan yang sering dimainkan oleh pemerintah di sarawak adalah kekayaan sarawak telah dirampas oleh persekutuan.tetapi jika andaian dan tuduhan ini benar, mana mungkin hampir seluruh ahli ahli YB di sarawak memmpunyai istana yang jika tidak lebih pun sama dengan istana YN di kelang.

    bagi saya momokan ini hanya satu agenda untuk melarikan diri dari sesuatu yang benar, dimana sesuatu perlu disalahkan, dimana dalam kes ini, KL yang perlu dikambing hitam kan bagi menutup kelemahan "chief minister and son."

    pengekalan rakyat yang susah, dimana kesusahan akan memungkinkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan yang korup adalah perlu untuk memastikan kesinambungan empayar pemerintahan.korupsi yang secara berleluasa dilakukan oleh kerajaan amat sukar untuk diketahui oleh rakyat yang miskin kerana segala sumber maklumat dan berita amat mustahil sekali untuk diketahui, jika sumber berita alternatif tidak mampu dicapai.

    ReplyDelete
  27. geram kan dtk tengok banyak kawasan kosong?potential besar untuk di majukan. Parjalanan ke papar, ke kudat! Projek mega dah banyak lah dtk! Airport,keretapi!Kan banyak peruntukan tahun-tahun sebelum ni, tahun ni saja peruntukan sikit! Entah bila agak nya pemimpin kami nak sedar, tak taula dtk!Manfaatkan diri dulu, sudahnya..tak puas-puas juga!Wallahualam!

    ReplyDelete
  28. DS KT,

    Bukan sahaja Sabah yang jauh ketinggalan dari segi pembangunan fizikal. Datanglah ke Sarawak, dan DS KT akan lihat sendiri negeri ini yang telah 47 tahun menyumbang kepada Kerajaan Pusat tidak setara pembangunan dengan rakannya di Semenanjung.

    Saya rasa Sarawak/Sabah patut diberi hak peruntukkan yang lebih besar untuk membangunkan infrastruktur di kedua-dua buah negeri masing-masing.

    Selepas PRU-12, apabila Sabah dan Sarawak menyumbang 54 kerusi kepada BN pusat, barulah terbeliak mata kerajaan pusat. Sedangkan, selama ini kedua-dua negeri ini tidak menikmati pembangunan fizikal. Tak percaya? Cuba guna jalanraya di Sarawak DS KT! Kalau nak rasa, silalah guna lebuharaya Pan Sarawak - dari Kuching ke Lawas! Jangan setakat dengar Politik Pembangunan sahaja tapi habuk pun tarak! Itu cerita jalanraya. Nak cerita bab kemudahan lain, ada kampung di Sarawak tidak ada elektrik, tidak ada jalan, tidak ada paip air dan sebagainya serba dhaif! Datanglah tengok sendiri dan bawaklah semua MP BN yang ada dalam kabinet tu.

    Bila DS Anwar ancam BN bahawa "Katak" dari Sabah dan Sarawak akan melompat, maka barulah Pak Lah terhegeh-hegeh datang untuk memberi jaminan itu ini. Cheh! Ingat rakyat Sarawak dan Sabah semua tolol sangat ke? Kalau ada MP mereka nak lompat kepada Pakatan Rakyat, rasanya rakyat dia akan berdiri teguh dibelakang mereka. Mana tidak, kalau royalti minyak naik 5% ke 20%! Memang itu yang dituntut!

    Ingatlah kerajaan pusat! Sarawak, Sabah dan Singapura pada 1963 bersetuju dengan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia yang ada sehingga hari ini. Bukan Sarawak dan Sabah masuk Malaysia. Jadi, Kedua negeri ini patut menerima peruntukkan setara dengan keseluruhan Semenanjung untuk tujuan pembangunan dan bukan diiktiraf sebagai negeri ke 13 atau ke 14 dalam Malaysia.

    Oleh sebab diatas lah, kerajaan negeri di Sabah dan Sarawak masih melaksanakan perjanjian 20 Perkara. Ini termasuklah hak immigresen sendiri! Masih tak perasan ke kerajaan pusat?

    Membaca tulisan DS ini menyebabkan darah saya berderau kerana sakit hati. Sudah terantuk barulah BN pimpinan romPak Lah ini tergendadah! Selama 47 tahun ini, apa BN buat? Sekarang bagi MP Sarawak dan Sabah jawatan yang kurang penting dalam kabinet. Tak paham lagi tu! Nak buat trick lagi tu. Tidurlah Pak Lah! Tunggulah, kami setuju benar dengan DS Anwar. Mari kuburkan UMNO dan BN kerana kebodohan secepat mungkin!

    DS KT, cakap kat Pak Lah - Tidurlah! Tak usah bangun lagi! Syyyssssshhhhzzzz....

    ReplyDelete
  29. drK,

    mau beli jiwa orang SABAH nampak...

    HENTILAH BERSANDIWARA...

    sbagai MT do somethinglah or lepaskan dan bg orang SABAH pegang jawatan. Ingat beli jiwa orang SABAH, dema nak undi drK masa pemilihan UMNO nanti. sok dah menang lupakan mereka.

    ReplyDelete
  30. "ermm.. Walaupun Kelantan kurang peruntukan untuk mentadbir negeri tapi masih tidak semiskin sabah..."

    Saya quote kenyataan encikpundak ttg perbandingan Sabah dan Kelantan. Sebagai rakyat Kelantan saya rasa perbandingan itu tidak adil. Saudara perlu datang sendiri ke Kelantan untuk melihat kemiskinan tegar yg ada di Kelantan.Nik Aziz gagal sebagai pempimpin kerana beliau telah meracun pemikiran rakyat kelantan.

    ReplyDelete
  31. Saya setuju berkenaan cadangan memasukkan nama DSAI (Dia Superstar Abad Ini) di polling station anjuran DS Khir. DS Khir anggap sebagai kayu ukur sejauh mana hebatnya karisma pada DSAI berbanding nama-nama yang sudah DS Jkir masukkan. Saya yakin undiannya mampu menyaingi Mawi.

    Kedua DS Khir,saya juga setuju yang jawatan Ketua Pemuda bukan untuk DS Khir. Mungkin jawatan Naib Presiden lagi sajak memandangkan DS Khir sudah pernah memegang pangkat yang lagi besar dari Ketua Pemuda. Bagilah geng-geng hingusan merebut jawatan itu. DS Khir nama besar berbanding Mukhriz dan KJ.

    Selamat berjaya DS Khir.Izinkan saya memaut blog DS Khir di Blog saya.Wassalam.

    http://harimau-menaip.blogspot.com

    ReplyDelete
  32. Salam Dr.

    Saya harap komen Dr. ini ikhlas dan seikhlas ikhlasnya dan tiada udang di sebalik mi. Saya bukan prasangka kepada Dr. cuma bimbang budaya pemimpin UMNO yang berlaku beberapa tahun lalu berulang lagi. Sudahkah kita lupa dulu MAR sebelum pemilihan MKT UMNO kerap sangat turun ke Sabah, maka berlakulah sejarah apabila pemimpin yang tidak berapa cerdik seperti MAR pun boleh terpilih sebagai Naib Presiden UMNO, maka selepas itu bertaburanlah bintang-bintang dari Melaka jatuh ke bumi Sabah. Ramai orang pening berfikir kerana ada orang UMNO Sabah yang tak berapa berjasa kepada Sabah sendiri pun apatah lagi kepada Melaka juga dapat gelaran Dato' Melaka atas rekemen MAR.

    Dr. pahamkan maksud saya... sehingga ada kawan2 yang membuat jenaka menghantar SMS bahawa saya pun telah dianugerahkan bintang kebesaran Melaka yang membawa gelaran Dato' tetapi hanya perlu diambil di Pejabat Pos Brickfields saja. Sesungguhnya saya percaya dan berharap Dr. tidak main politik macam MAR tu. Ketidakcerdikan MAR dapat dilihat sehinggakan anak saya di form 2 pun boleh membuat komen begini 'ayah kenapa setiap kali AAB mau berangkat keluar negara atau pulang dari luar negara KM Melaka ada saja kat airport nak cium tangan AAB...dia tak ada kerja lain ke yang lebih penting?' tapi sejujurnya saya jarang nampak Dr. buat begitu malah masa majlis 'penyerahan kuasa dari Tun kepada AAB' dulu pun Dr. antara salah seorang pemimpin UMNO yang tidak ada kalau tak silap saya (betulkan saya kalau saya silap)

    ReplyDelete
  33. ASSALAMUALAIKUM DS..
    Sabah
    Kenapa sekarang baru sedar, dulu tak nampak ke? Pasti Pemimpin2 yg lain pun sedar dari dulu lagi, tapi mcm biasalah..kata pemimpin kita'ok' mereka sokong kita lagi bt apa nak kalut tolong..kasihan2.
    ___________________

    Hakim
    Pasti banyak masalah yang akan timbul dikemudian hari, terlalu banyak kekalutan namaun diharap dapat dibendung dari kecelakaan.
    _____________________

    Politik
    Sayang seribu kali sayang..pemimpin kita selalu xsedar diri..xpernah rasa insaf,..malah jika dilihat media2 arus perdana banyak menghamburkan keegoan para pemimpin kita pada masa kini..
    Adakah mereka semua ini buta,pekak @ buat2 buta dan pekak.
    minta maaf cakap..si Nazri Aziz tu langsung x de ciri sebagai pemimpin, pengampu No.1 la.. Cakap bongkak, nak bukti kajian saintifik konon.(tentang suara akar umbi menuntut peralihan kuasa)
    Ini satu contoh yang jelas lagi nyata pemimpin yang Buat2 pekak dan buta asalkan ada kuasa..kasihan UMNO kerna selagi masih ada pemimpin begini, selagi itulah rakyat akan memberontak pada peti undi.

    lihatlah Dengan Mata Hati Dan Jiwa
    Wasallam...
    http://semutmata.blogspot.com

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum,

    Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

    "Manusia akan tua dan beruban. Namun bersamanya ada dua hal yang tetap muda, Angan-angan dan cinta dunia."

    "Beruntunglah bagi orang yang ditunjukkan kepada Islam. Hidupnya merasa cukup dengan apa yang diterima."

    "Ada dua pemburu yang tidak akan kenyang. Pemburu Ilmu dan Pemburu Harta."

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  35. Salam DSKT,

    Sedih memikirkan Sabah kini menjadi perhatian utama pemimpin UMNO. Perhatian yang diberikan hanyalah setelah dakwaan DSAI bahawa akan ada Lompat Parti menjelang 16/09/08. Sabah & Sarawak sebenarnya agak terpinggir berbanding semenanjung. Walhal kedua-duanya merupakan negeri pengeluar minyak. Ironinya, negeri pengeluar minyak di Malaysia tetap menduduki Top Ten negeri yang mempunyai tahap kemiskinan tertinggi.


    Pengumuman Suruhanjaya Kehakiman nampak seperti tergesa-gesa. Sepatutnya perbincangan yang lebih mendalam dan teliti perlu dilakukan terutamanya ia melibatkan Institusi Agong dan Raja-Raja. Pengumuman ini nampaknya lebih kepada kepentingan pemimpin yang ingin membaiki rekod setelah tercalar ketika PRU12. Tindakan membaikpulih ini sememangnya bagus cuma agak terlewat sedikit. However, better late then never.


    Politik Malaysia nampaknya mengalami perubahan yang agak ketara seepas PRU12. Namun ia bukanlah suatu yang terlalu negatif kerana rakyat kini mula berani bersuara. Umno sepatutnya mengambil iktibar dan mula mengambil langkah untuk memulih kembali kepercayaan rakyat.


    DSKT sepatutnya mencuba nasib untuk bertanding menerajui NP Umno. KP Umno agak kurang sesuai kerana DSKT sudah agak senior dan berpengalaman mentadbir Selangor sebelum ini. DSKT teruskanlah kelantangan untuk menegur pemimpin tertinggi Umno kerana di era kini, satu dunia memperjuangkan kebebasan bersuara. Tegur bukan bermakna melawan.


    Rancangan Blog di RTM1 semalam memaparkan Sang Kelembai yang mempertahankan tindakannya mengkritik kepimpinan Umno. Sikapnya yang sayangkan Umno lebih dari pemimpinnya menyebabkan dia lantang bersuara. Saya bersetuju dengan pandangannya bahawa sememangnya kita perlu bebas bersuara tetapi sebagai rakyat berbilang bangsa tidak semua perkara perlu kebebasan bersuara.


    Walau apapun fahaman politik kita, keharmonian negara perlu diutamakan. Kita boleh membicarakan apa jua perkara, merencanakan pelbagai program, namun perlaksanaannya yang sering dipertikaikan. Kita janganlah Sembang Lebat tapi haprak pun takde.

    ReplyDelete
  36. apa khabar dsk,

    apakah sebagai pemimpin diperingkat atasan dsk tidak pernah melakukan kesilapan?....jika dsk tidak beritahu pun saya yakin dsk tidaklah sempurna,dan sebagai hamba ALLAH S.W.T yang penting kita semua muhasabah diri dan kembali bersatu...itu yang lebih penting

    apakah yang bangsa kita mahu sebenarnya?apakah yang orang melayu mahu?....
    seorang memperjuangkan ISLAM...seorang berkata tentang KETUANAN MELAYU....dan yang seorang lagi bercakap tentang KETUANAN RAKYAT(semua ini melayu)sepatutnya melayu lebih kuat tetapi apa jadi sekarang.saya bersuara bukan untuk mencari publisiti disini tetapi demi untuk anak cucu kami golongan muda akan datang.saya bersyukur dengan perjuangan nenek,mak,ayah,pemimpin,orang kampung dan semua orang tua dulu kerana mereka kami dapat nikmat dari ALLAH.kami tidak akan mengizinkan sesiapa yang menerajui negara ini merosakkan anak cucu kami akan datang,jadi dsk teruskan perjuangan membela bangsa,sekarang masa untuk berkerja keras menyedarkan orang melayu kembali menyokong umno

    saya sebagai golongan muda yakin ramai yang keliru dengan slogan pihak-pihak tertentu yang memperjuangkan agenda masing-masing.
    pada saya tidak salah kita berbeza pandangan dan pendapat dan anggaplah ia suatu proses pembelajaran,cuma berapa ramai pemimpin yang berani mendengar,dalam acara tertutup sekalipun tidak ramai yang berani bercakap kerana sikap2 kepimpinan dan pengikut yang seolah2 tidak merestui pertanyaan dan pandangan yang menyusahkan mereka sebagai pemimpin,jadi ramailah rakyat yang diam tapi pandai,bila pilihanraya bersuara dengan undi pembangkang.
    marilah kita mencari kaedah atau formula yang kita ingin gunakan untuk menyatukan perbezaan pendapat ini pada satu wadah!!!!.....ini yang harus lebih diberi tumpuan dan fokus untuk dibincangkan.kembalikan demokrasi tulen iaitu biar ahli umno bersuara dalam wadah kerana jika dihalang mereka tetap bersuara tetapi mereka bersuara dimana?...adakah dsk sedar golongan ini telah beralih arah.mana yang lebih penting pada dsk sekarang?golongan muda atau golongan tua?...tentulah kedua2nya penting...itu saya tahu tetapi saya bertanya yang mana lebih penting sekarang?...untuk memacu negara siapakah pengikutnya yang akan menjadikan wawasan 2020 menjadi kenyataan?...adakah ramai golongan pemimpin muda seperti dsk memahami golongan muda.

    dsk!!...ada kawan2 saya yang merasakan cara saya seolah2 menyokong ANWAR ...tetapi sebenarnya saya adalah seorang yang ada pegangan dalam perjuangan saya bersama umno.ANWAR tidak akan dapat mempengaruhi golongan seperti saya tetapi bukan bermakna saya tidak menghormati dan mengkagumi beliau jadi kena faham dan jangan cepat melatah dengan golongan seperti saya.ramai golongan muda seperti saya tetapi mereka terus mengkagumi ANWAR sehingga menjadi penyokong setia beliau,inilah bezanya antara saya dan kawan2 diPR.

    untuk mengurangkan perbezaan ini berlaku ,eloklah umno kembali memberi dan mendengar luahan hati ahli akar umbi supaya ia kembali segar dan terasa demokrasinya kita bila berparti.sampai jumpa lagi

    UMNO BUKAN UNTUK DIWARISI
    TETAPI
    UMNO HENDAKLAH DIHAYATI

    ReplyDelete
  37. Salam Dr K,
    Sabah cukup indah namun kerakusan pemimpin jauh meninggalkan massa di belakang.
    Tindakan berani dari kepimpinan UMNO perlu untuk meneruskan kelangsungan perjuangan bangsa. Jgn meremehkan aura DSAI.Segenap pelusuk tanhair pernah merasai aura beliau dan langkahannya menuju puncak kuasa akan pasti disusun dengan berhemat.
    Bersuaralah demi kerana kita datang dari rakyat dan kepada rakyat jua kita kembali untuk berkuasa.

    ReplyDelete
  38. Saudara,
    Saya hairan, saudara amat taksub dengan idealogi Pakatan Rakyat. Saudara adalah ahli UMNO yang juga merupakan mantan MB Selangor yang sentiasa dilihat menyokong apa saja yang disuarakan oleh pemimpin tertinggi sebelum ini. Alih-alih bila BN kalah, saudara beralih arah ? Commonlah, jangan tutup misi saudara yang sedang berkira-kira untuk menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO tu ! Saudara keneng-keneng Sabah ni apa hal ? Bukankah itu tandanya saudara memang mahu supaya perwakilan negeri di bawah bayu itu 'memberikan' sesuatu kepada saudara ?

    ReplyDelete
  39. Salam Dr. Khir,

    Sabah...bg sy, PATI adalah masalah besar di Sabah. Pemimpin dan pegawai kerajaan yg korup yg mencipta masalah besar ini.

    Kehakiman...cadangan lebih bagus dari apa yg diamalkan skg. Tapi terlalu awal utk dinilai. Lihat dulu bgmana perlaksanaannya. Kalau baik, kita sokong, kalau takat nak dpt sokongan politik...ermmm

    Politik..DSAI mmg faktor besar dlm PRU12. Kalau DSAI "bebas" masa PRU10/11 dulu pun mungkin dah lama BN jadi pembangkang. Rasanya tiada siapa dlm pimpinan UMNO yg akan dpt mengekang kemaraan DSAI. Senang cerita, barisan kepimpinan UMNO perlu ditukar, naikkan yg boleh bekerja, tak korup dan mahukan Islam. Tak perfect takper, janji boleh terus perbaiki sebaik yg mungkin.

    Komen sy...
    Dr, sy harap Dr ikhlas mahukan perubahan demi agama, bangsa dan negara dan bukan demi survival politik. Jadi, apa yg baik utk rakyat wpun dari kerajaan negeri PR jgnlah ditohmah dan diputar belit.

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum,

    Saudara Pemuda Pelapis, insyallah saya akan bawa hal isu tanah perkuburan ampang ini dalam sidang DUN akan datang.

    ReplyDelete
  41. Salam buat Dr. Khir

    Sayangnya Dr Khir hanya berpeluang memahami dan berinteraksi terus sebegini hanya selepas BN ditewaskan. Jika dulu diperuntukkan masa sebegini setiap hari pasti Dr Khir dekat di hati kami penduduk Selangor. Kita sedia maklum kerusi MB Selangor merupakan antara kerusi MB terpanas di Malaysia. Jadi rebutan kerana kepesatan ekonominya.

    Apa yang telah berlaku tak dapat diulang tapi hari mendatang perlu diteruskan. Perbaiki kesilapan, berjuang untuk kebaikan bukan kepentingan.

    Saya tak nampak yang kepimpinan UMNO akan sedar daripada kesilapan. Samada mereka tak mahu sedar ataupun Pak Lah tidak disampaikan berita yang sebenarnya. Pelik bagi saya bagaimana seorang Perdana Menteri tidak mendapat maklumat yang tepat. Terlalu sibuk sangatkah dengan bini barunya hingga tak ada masa untuk menganalisa suara rakyat? Atau diikatkah tangannya dan matanya hingga tak nampak apa yang berlaku di depan mata? Seorang pemimpin anak kepada Alim Ulama tersohor di utara sepatutnya bertanggungjawab untuk memelihara nama keluarganya.

    Siapa yag sibuk melaungkan ketuanan Melayu? Orang UMNO! Siapa orang Melayu? Kita semua. Dulu Cina berpecah kepada DAP dan MCA(termasuk Gerakan), kini majoriti menyokong DAP.

    Dulu melayu dipayungi (atau lebih tepat memanyungi) UMNO, tapi kini Melayu terpecah 3; UMNO,PAS dan Keadilan!.

    Kenapa ia berlaku sekarang? Kenapa tidak dahulu?

    Dulu Melayu tak nampak kelemahan UMNO. Semua media dikawal. Hanya berita yang dikawal ini sahaja sampai kepada rakyat terutamanya yang tinggal di luar bandar dan di kampung-kampung. Kini berita itu juga yang sampai kepada mereka dan hasilnya UMNO menang di kawasan luar bandar tetapi tewas di majoriti kawasan bandar. Lihatlah dan telitilah lakukan analisa yang jujur. 10 tahun lagi, 20 tahun lagi, mereka yang di luar bandar ini majoritinya telah tiada lagi kerana majoritnya adalah warga tua, maka siapa pula yang ada di luar bandar sana untuk memangkah UMNO lagi? Anak-anak yang bekerja di bandar hari ini akan bersara dan pulang ke kampung. Siapa yang akan mereka undi?

    Semua orang telah nampak tapi ada yang buat-buat buta dan pekak. Takkan nak tunggu disepak baru nak bergerak? Tegurlah dengan kata-kata, seterusnya dengan perbuatan dan jika masih tak sedar maka tegurlah di dalam hati. Manusia itu tidak akan berubah melainkan dia sendiri yang ingin berubah.

    Saya menyarankan agak Dr Khir bantulah rakyat, bantulah UMNO, pulihkan UMNO daripada dalam kerana itulah bantuan terbesar buat rakyat. Melayu sayangkan UMNO, rakyat sayangkan UMNO, tapi rakyat nampak seperti UMNO tak sayangkan rakyat. Masih sibuk bertelagah, menuding jari, orang itu salah, orang ini yang salah. Dua bulan berlalu sudah, masih bertekak bertelagah. Orang di Seri Perdana tu sedar-sedarlah, jangan last minute baru nak menggelabah. Rakyat menontot rancangan politik realiti ini, antara Pak Lah dan kroni-kroni. Jika salah apa yang di jajakan cerita diinternet, buktikanlah! Jika senyap, rakyat faham, rakyat tahu, mana yang betul mana yang salah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Senyap tanda setuju, maka ibarat menggali kubur sendiri. Tapi sudahkah cukup ibadah?

    www.ikhlasmalaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  42. Menarik pandangan-pandangan dlm blog ini. Banyak bahan-bahan berita baru yang boleh dicerna. Sama seperti komen-komen yang diberikan, saya turut merasa hairan kenapa DR.K baru sekarang nak menyatakan perkara kemiskinan di Sabah. Kat selangor pun masih ada (tengok je BERSAMAMU TV3). PZS kutip zakat berjuta2 tapi kemisikinan masih ujud sebab 'redtape' birokrasi. Dr Asri (Mufti Perlis) pernah sindir kenapa duit PZ banyak lebihan, pengarah bertukar kereta, dsb tapi asnaf zakat tak dapat bahagian mereka.
    Macam-macamlah bermain di fikiran saya (rakyat marhaein) pasal pemimpin dari UMNO...
    RASA MACAM SUSAH NAK PERCAYA CAKAP MEREKA....

    ReplyDelete
  43. dk,

    SABAH

    Pelik juga dk sebagai ketua pembangkang selangor bercakap tentang kemiskinan di Sabah....ada agenda tersendiri ke....hehehe..mungkin dk prihatin tentang maha besar kemungkinan akan ada loncatan parti besar-besaran oleh ahli2 mp sabah yang akan berlaku dalam sedikit masa lagi....justeru untuk survival....dk pun terpaksa untuk buat wake up call sekali lagi pada kerajaan pusat supaya jangan lagi tidur...tidur dan terus tertidur dibuai mimpi indah....apapun saya melihat pandangan dk ini bagus untuk rakyat2 Sabah....tapi kalau PR dapat teraju pun bagus juga...20% hasil bumi pasti milik rakyat Sabah.....InsyaAllah....

    HAKIM

    Saya setuju dgn dk..keputusan suruhajaya kehakiman jelas nampak terburu2...(saya nak bg contoh tentang non muslim nk peluk islam kena inform family...pak lah umum kena inform....last2 pelbagai pihak keluarkan pendapat pro and contra...so jelas benda ni belum dibincang dgn detail pak lah dh buat decision)....nampaknya benda yg sama akan berlaku juga tentang suruhanjaya kehakiman ni nanti...salah satu yang menjadi tanda tanya nanti adalah siapa pula badan yang akan melantik suruhanjaya tersebut....sapa yg patut berada dalam suruhanjaya tersebut...adakah sekadar lawyer2 dr BAR council..????aduhai...lawaknya paguam melantik hakim...nanti digelak dek negara2 mundur seperti timor laste atau pun kemboja...nampaknya ada pihak yang masih mahu 'mengula-gula'kan rakyat yang cerdik pandai kat luar nunn....saya berpendapat...dua pihak sudah memadai ...s'jaya kehakiman dan raja-raja melayu tanpa campurtangan eksekutif...


    POLITIK

    Saya menaruh harapan agar dk n the gang menjadi pembangkang yang bagus,berkaliber dan berintergiti di Selangor ni...pembangkang harus berfikir 'mentadbir' adalah lebih susah dari'membangkang'...sume itu perlu untuk kesejahteraan rakyat selangor....saya percaya pengalaman dk selama 2 term jadi mb boleh dikongsi bersama dgn tan sri khalid demi untuk kesjahteraan rakyat selangor....Tentang dsai.. dk sudah menampakkan sedikit keresahan mengenai perang2 saraf yg dijalankan...apapun saya tetap percaya kuasa rakyatlah yang perlu semua pemimpin takuti kerana pemimpin adalah 'pekerja' dan rakyat jualah yang menjadi 'boss' dalam erti kata sebenar....

    ReplyDelete
  44. Salam abg Khir..

    Sekarang, isu yang sering diperkatakan ialah mengenai masalah kepimpinan di Selangor oleh kerajaan di bawah pimpinan Abg Khir dulu.

    Persoalannya, sejauh manakah kebenaran ini semua?

    Sabah, mereka dan politik mereka...Bagi saya percaturan di Sabah tidak sama dengan percaturan di Malaysia. Hari ini mereka mungkin menganggotai UMNO, mungkin besok mereka menganggotai parti pembangkang. Bukanlah niat saya hendak menuduh mereka ini umpama "katak" tetapi itulah politik di sana.

    Abg Khir, adakah Selangor akan menjadi bertambah maju atau mundur semula? Atau mungkin kepimpinan sekarang mampu menyaingi kepimpinan terdahulu?

    HESMEL FAZNEE FAISAL

    ReplyDelete
  45. Salam Dato

    Datuk Kadir Jasin memberi 6 senario berhubung keghairahan DSAI nak jadi PM.

    Akan jadi kenyatan, sekiranya realpolitik Paklah masih macam ni.
    DSAI hanya nenunggu Sept bila beberapa Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak melompat. Ditambah pula dengan 5 atau 6 AP UMNO termasuk menantu Paklah dan dia biarkan UMNO tak menentu hingga Disember. Siapa jadi Presiden UMNO nanti hanya jadi pemimpin pembangkang.

    By that time DSAI dah jadi PM dan menantu Paklah dah jadi TPM.
    Dia orang dah pakat2 awal lagi, masa menantu dia bagi pasport untuk DSAI gi berubat luar negeri.

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum dr khir,Wah sekarang bertambah berani komen dr.Tentang Putrajaya yg tidak begitu bersungguh untuk membangunkan Sabah kenapa agaknya? adakah 1.Keadaan kewangan Negara tidak setabil?2.Kerajaan Sabah tak lantang bersuara?3.Ade perjanjian yg tersembunyi?atau bila pilihan raya akan ada kuasa tawar menawar.

    ReplyDelete
  47. Mahkamah benar permohonan Herald.

    Sedih saya melihat tajuk berita.Orang Melayu sibuk dengan kemufakatan Melayu sehingga sanggup berseminar 3 hari ttp urusan mempertahankan agamanya dilupakan. Saya berharap DDKT dapat menjadi kepala untuk perjuangan ini.Tidak pernah didengar di dunia permintaan nama Allah dalam kitab Injil dipohon guna kecuali di Malaysia.Adakah disebabkan leka berpolitik kita lupa untuk mempertahankan agama suci Allah dan agama dipijak akibat kelemahan kita.Wassallam.

    From: Golongan Tua UMNO

    ReplyDelete
  48. Sabah nampaknya semakin mendapat perhatian dari para pemimpin pusat sama ada dari parti pemerintah mahupun pembangkang, saya yakin perhatian-perhatian yang diberikan ini mempunyai niat 'ada udang disebalik batu'.Mungkin ramai yang mengetahui akan sejarah politik Sabah yang 'suka bertukar angin' apabila mereka mahu kerana mereka tidak akan segan silu untuk menukar kerajaan apabila mereka mahu.Bermula dari Usno, Berjaya,PBS dan kini BN. Sejarah lampau membuatkan mana-mana pemimpin Pusat boleh menggunakan Sabah sebagai kuda tunggangan mereka untuk mendapatkan sokongan. Sikap prihatin seperti yang ditunjukan oleh mantan MB Selangor, Datuk Khir Toyo, yang kesihankan tentang masalah kemiskinan di Sabah amat dialu-alukan tetapi kenapa baru sekarang beliau sedar tentang perkara ini.
    Begitu juga dengan Datuk Sharir Samad yang hendak menyeragamkan harga barang antara Semenanjung dengan Sabah dan S'wak malah sudah pun menyeragamkan harga gas bulan lepas. Kita berterima kasih dengan pemimpin-pemimpin yang prihatin terhadap masalah rakyat Sabah ini kerana mereka pastinya menyedari Sabah mempunyai pelbagai kekuatan termasuk dalam politik terutama dalam Umno dan juga MP-MP yang ada menguasai 24 dari 25 kerusi yang ada.
    Dalam Umno Sabah mempunyai perwakilan kedua terbesar dengan jumlah 302 undi termasuk dua kerusi MT yang diduduki oleh Ketua Menteri,Datuk Musa dan Datuk Shafie Apdal.Memandangkan pemilihan Umno hanya tinggal beberapa bulan saja lagi sudah pasti lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin pusat yang akan turut prihatin terhadap pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk Sabah terutama sekali dari segi kemiskinan, pembangunan infrastuktur dan sebagainya.
    Para pemimpin Pusat juga harus ingat bahawa rakyat Sabah juga boleh mengubah kuasa politik negara sekiranya mereka mengizinkan MP-MP yang mereka berikan mandat menyertai Pakatan Rakyat yang menjanjikan pemberian royalti 20 peratus serta mengembalikan 'kuasa-kuasa negeri yang hilang'.Bagi rakyat Sabah mereka tidak akan merasa rugi apa-apa sama ada terus berada dalam BN atau Pakatan Rakyat kerana keadaan juga tidak akan berupa tetapi mungkin boleh mencuba nasib dalam Pakatan Rakyat yang kemungkinan boleh mencerahkan harapan dan masa depan penduduk Dibawah Bayu ini secerah "Gunung Kinabalu".
    Apabila DS Anwar menyatakan bahawa adanya MP-MP Sabah yang akan keluar dan menyertai PKR, itu tidak mustahil kerana politik Sabah sebenarnya sukar untuk diduga.Berpindah parti sudah menjadi lumrah malah perkara biasa bagi pemimpin-pemimpin Sabah, jadi tidak hairanlah bila DS Anwar bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan pada 16 Sept hari yang dianggap keramat bagi penduduk Sabah.
    Dalam diam kadang-kadang ada orang tidak akan terfikir apa yang akan dilakukan oleh pemimpin Sabah dari itu, pandai-pandailah mengambil hati orang-orang Sabah.

    ReplyDelete
  49. Datuk Seri,

    Saya terharu dengan sikap prihatin Datuk Seri atas keadaan Sabah. Boleh kah Datuk Seri memberikan pandangan dan sebab musabab mengapa isu PTI di Sabah sehingga kini tidak diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan?....Kami rakyat Sabah agak terkilan dengan sikap Kerajaan Persekutuan yang terus "Memelihara" PTI di Sabah seperti 'ANAK EMAS'. Rakyat Sabah amat kecewa dengan sikap dolak dalik kerajaan Persekutuan berhubung dengan isu PTI ini yang saya rasa sudah berada ditahap yang tidak dapat dibendung dan sangat merbahaya. Kami hilang kebebasan di Negeri kami sendiri.

    ReplyDelete
  50. saya bersetuju. Sabah memang antara sebuah negeri yang termiskin di Malaysia. Walhal, negeri sabah merupakan antara negeri tertinggi dalam perangkaan kedatangan pelancong dan mempunyai sumber asli yang banyak.

    saya anak sabah. saya lebih tahu keperitan orang sabah.

    ReplyDelete
  51. Orang Melayu sibuk dengan kemufakatan Melayu sehingga sanggup berseminar 3 hari tetapi urusan memantapkan ekonomi tidak kedengaran. Inilah sebenar-benar penyebab utama orang melayu berpaling tadah, waima bangsa lain pun. Pemimpin perlu memikirkan bagaimana 'cash flow' orang melayu tidak 'tersekat-sekat' atau terputus langsung.

    Adakah disebabkan politik dan kuasa, kita memaksa orang 'menyembah' untuk mendapatkan sesuap nasi, kalau inginkan lebih dari sesuap tahu-tahu sajalah....

    ReplyDelete
  52. Guru bersila, murid meniarap di SABAH

    KOTA KINABALU 5 Mei - Kementerian Pelajaran diminta segera bertindak mengatasi kedaifan kemudahan di beberapa sekolah di Kalabakan, berikutan ada murid yang terpaksa meniarap semasa belajar kerana ketiadaan kerusi dan meja.

    Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, suasana pembelajaran murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kalabakan itu amat menyedihkan dalam arus kemajuan pendidikan negara hari ini.

    Menurut beliau, selain murid yang terpaksa meniarap, guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut juga terpaksa bersila kerana ketiadaan kemudahan asas itu.

    "Sekolah ini tidaklah terlalu jauh di pedalaman, hanya kira-kira 60 kilometer dari bandar Tawau, tetapi tidak tahu di mana silapnya apabila kebajikan mereka diabaikan.

    "Keadaan ini amat merunsingkan saya sebagai wakil rakyat. Apakah ini generasi yang mahu kita lahirkan sebagai pemimpin akan datang," katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

    Hamisa yang juga Ketua UMNO Wanita Bahagian Kalabakan berkata, selain murid tahun satu itu, beliau juga melihat sendiri bagaimana pelajar tahun empat sekolah yang sama menulis beralaskan paha kerana hanya mempunyai kemudahan kerusi.

    Katanya, hasil lawatan ke sekolah tersebut pada Mac lalu itu juga, beliau difahamkan pihak sekolah telah mengemukakan masalah tersebut kepada Jabatan Pelajaran Negeri tetapi tidak ada tindakan yang diambil.

    Beliau memberitahu, dalam lawatan ke SK Tanjung Batu Darat pula yang hanya terletak kira-kira 20 minit dari bandar Tawau, didapati air hujan bertakung menenggelamkan kawasan sekolah menyebabkan murid dan guru berhadapan dengan suasana pembelajaran yang cukup tidak selesa.

    "Suasana pembelajaran, kemudahan awam dan bangunan sekolah masih ada lagi yang sangat uzur dan tidak layak dipanggil sekolah dalam keadaan negara sudah 51 tahun merdeka.

    "Kerajaan kita membelanjakan berpuluh juta ringgit setahun di bawah Kementerian Pelajaran untuk menaik taraf kemudahan pembelajaran, tetapi persoalannya mengapa masih ada sekolah yang tertinggal dengan masalah kecil seperti ini," katanya.

    Tambah beliau, apa yang dikesalkan ialah sekolah-sekolah terbabit merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan yang sepatutnya mendapat perhatian dan tindakan segera pihak berkaitan.

    Terdahulu semasa membahas usul terima kasih di atas ucapan dasar Yang Dipertua Negeri, Hamisa berkata, banyak isu mengenai prasarana pendidikan di luar bandar perlu segera ditangani oleh Kementerian Pelajaran.

    Katanya, antara isu tersebut termasuk ketiadaan padang untuk aktiviti kokurikulum, kawasan berdekatan bukit-bukau menyebabkan pelajar dalam keadaan tidak selamat, pelan pembinaan sekolah tidak teratur serta kawasan tidak berpagar.

    ReplyDelete
  53. sabah memang memerlukan lebih perhatian

    ReplyDelete
  54. sabah sinonim negeri bawah bayu
    tulisan dr khir buatkan termanggu
    golongan miskin masih menghantu
    segera tindakan sebelum terbuntu

    ada udang di sebalik timbun batu
    DS anwar ibrahim pakar buat haru
    Ketika di UM, siswa jaya dicelaru
    kini wakil BN sabah mangsa buru

    ReplyDelete
  55. Cerita kat Sabah tu bukan baru, dah lama dah... baru sedar ke DS? Cuma aku nak tambah satu je lagi - bila umNO masuk ke sana, keadaan jadi bertambah teruk, dah jadi macam penjajah pulak tu... kalau British dulu bawak masuk org India dan Cina sebab ekonomi... umNO bawak masuk org Moro sebab politik, rakyat tempatan yg tanggung susah!

    Kalau pasal kehakiman tu, aku tak nampak apa2 yg konkrit yg pak lah nak bentangkan... dia tu biasa la, kalau cakap sekarang... tunggu nanti 4 tahun baru nak buat! Itu pun kalau ada org kejutkan dia... kalau tak, terus aje la kita ni bermimpi tunggu buah yg tak jatuh2... ehh... takkan pisang berbuah dua kali!

    Lagi satu lojiknya, dia tu tak kan nak lepaskan kuasa yg dia ada sekarang. Pasal itu sajalah talian hayat dia yang tinggal la ni...!! Kalau cabut yg tu... terus hilang nyawa la dia... hehehe...

    DSAI... ya kita tunggu 916, atau lebih awal dari itu... tapi DS jangan risau, PR tak akan menganak-tirikan mana2 negeri pun seperti yang Be'N buat tu... caya lah!

    ReplyDelete
  56. A'kum Dr,

    Saya berharap kerajaan persekutuan akan dapat melihat betapa pentingnya Sabah dan Sawarak yang telah menyumbangkan banyak kerusi parlimen kepada BN. Jikalau sewaktu pilihan raya dahulu, Sabah dan Sarawak tidak menyumbangkan begitu banyak kerusi kepada BN, sudah tentu BN sudah kalah dan gagal membentuk kerajaan persekutuan.

    Cuba bayangkan, hanya 2 kerusi daripada begitu banyak kerusi yang dipertandingkan di Sabah dan Sarawak dimenangi oleh pembangakang.

    Berikan 'more focus' to Sabah dan Sarawak sebelum terlambat dan ia turut jatuh ke tangan pembangkang kelak.

    Sekian.

    ReplyDelete
  57. maaf DS khir,

    nampaknya UMNO dan BN tidak serik, Raja Petra di tahan hanya kerana menyuarakan apa yang sepatutnya dibuat oleh Kerajaan bagi menyelesaikan kes ALtantuya...

    apa pandangan DS

    ReplyDelete
  58. Dato seri. I hope that u are a good leader to represent the people. We need leaders like that, and not hipocrites. Most leaders are always thinking of their positions and this makes them arrogant and ego. Please be humble.If u can change, people will forgive u. Now i believed u are changing since making good, sincere comments on the present leadership in UMNO. Salam and take care

    ReplyDelete
  59. begini sajalah, tidka payah analysis panjang2, saya anak sabah pergi sekolah negeri lain , saya sangat faham dan di akui tahap kemiskinan tinggi.
    entah kamu ada fikir kah tidak tapi SABAH sama LUAS dengan SEMENANJUNG TANAH MELAYU, PERUNTUKAN BAGI SAMA Banyak DENAG NEGERI PERLIS, kalau macam tu daerah Ranau pun tidka buli bangun2 busss... fikirlah sendiri... tapi tengoklah macam mana, KAlau BN Akan berada di sabah lagi akan datang.Penduduk Sabah sudah cukup pengalaman,jadi kami disini tidak lah respect sangat menteri sebab kami yang lantik dia jadi menteri, kalau macam c musa,cakap saja banyak kami tidak ada masalah mahu tukar ba tu. tapi tengoklah macamana....

    ReplyDelete