Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, June 18, 2008

Rakan Pasir dan Rakan Pencuri Pasir?

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Saya rasa geli hati dengan kenyataan EXCO Pertanian Selangor yang mengatakan bahawa tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap kecurian pasir sejak 20 tahun yang lalu.

Mungkin beliau "memboikot" media arus perdana yang telah memaparkan berpuluh tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri. Malah berjuta ringgit telah dipungut hasil daripada tindakan penguatkuasaan. Saya harap beliau rujuk semula jumlah kompaun dan denda yang telah dikenakan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sebelum ini.

Saya merasa bertambah geli hati apabila membaca kenyataan beliau menubuhkan pasukan Rakan Pasir yang akan beri maklumat mengenai kegiatan curi pasir kepada beliau dan PTG.

Dalam kenyataan yang sama beliau mengakui terdapat kejadian pencurian pasir secara haram di belakang kampus UNISEL, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Puchong.

Malangnya tiada sebarang tindakan diambil sehingga hari ini. Ini bermaksud Rakan Pasir memberi maklumat yang tepat kepada kerajaan negeri tetapi mengapa tindakan undang-undang tidak diambil?

Mungkin tidak salah saya berpandangan kerajaan negeri hari ini, mungkin exco terlibat, turut menjadi "rakan pencuri pasir".

Rakyat Selangor diarah untuk menjadi rakan pasir tetapi kerajaan bertindak sebagai rakan pencuri pasir. Renungkanlah!

Pandai bercakap, bertindak jauh sekali

66 comments:

  1. hentam dato' jgn tak hentam...betul salah belakang kira..

    sy sekarang nih menyokong dato' pasai dato' pembangkang...tp ingat dato'..kalau dato' menang blk lg 4@5 thn nanti jgn pulak dato' laung2kan slogan 'selangor sifar pembangkang' lg...pasai dato' dah pun sedarkan kepentingan pembangkangkan??...harap dato' tak mudah lupa...

    ReplyDelete
  2. Secara bersama kita perlu membantu mencegah apa yang dikatakan sebagai pengkhianatan terhadap tanggungjawab yang telah diberikan.

    Apa yang berlaku adalah realiti, saya mungkin bukan orang yang layak nal berkata apa yang berlaku secara realitinya dalam kerajaan selangor ..dan DSKT mungkin lebih mengetahui..

    apapun ..media perdana tidak selalunya melaporkan semua yang benar...I've had came accross with such situations..repeatedly!! u know better DR ..come on...

    ReplyDelete
  3. "Pandai bercakap, bertindak jauh sekali"

    Rasanya kata ini memang sesuai dengan DS.

    ReplyDelete
  4. Kalau Rakan Cop, mungkin elok juga. Rakan Pasir? Pelik bunyinya.
    Mungkin orang-orang yang suka bermain pasir di tepi pantai boleh sertai Rakan Pasir.

    http://nadzrikamsin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. usaha pengurusan pasir oleh kepimpinan sekarang harus di puji, sekurang-kurangnya usaha itu lebih bagus dan menguntungan rakyat daripada usaha yang pernak DS lakukan dulu.
    Jangan hanya tahu mengkritik kerana niat utama kerajaan sekarang adalah hendak menunjukan yang meraka itu lebih bagus mentadbir negeri daripada cara DS dulu, sebab apa? sebab mereka tidak mempunya peruntukan kewangan seperti yang diterima oleh kerajaan terdahulu

    ReplyDelete
  6. Yang sebenarnya Dato' Seri,rasanya diorang tu yang nak pasir tu. Kan dia dah cakap untung banyak tu banyak ni..berjuta pulak tu....from pemudalangat.blodspot.

    ReplyDelete
  7. Agaknya diorang tu yang nak pasir tu...semua nak di kautnya. konon2 nak bagi rakyat untung pasir tu..air pun payah nak bagi...semua bohong tu..hampeh

    ReplyDelete
  8. Adalah tidak adil melabelkan kerajaan negeri sebagai 'rakan pencuri pasir'.

    Saya pernah bekerja dengan pemaju perumahan di Puchong semasa pemerintahan BN. Sebagai seorang yang terlibat dengan industri pembinaan dan berada di tapak pembinaan setiap hari, kami sedia maklum tentang rules dan regulation berkaitan pengeluaran pasir di Selangor. Memang saya akui dahulu banyak sekali aktiviti melombong pasir untuk dijual tetapi sekitar 2006 dan 2007 (saya tidak mengingati tarikh yg tepat) kerajaan BN Selangor telah menghentikan usaha2 pelbagai pihak melombong pasir di Selangor. Ia secara tidak langsung memberi kesan kepada supply dan harga pasir untuk industri pembinaan.

    Walau bagaimanapun, selepas penguatkuasaan dan undang2 mengharamkan aktiviti melombong pasir di isytiharkan di Selangor, saya masih melihat lori2 pasir mengangkut pasir keluar dari lombong di Putra Perdana Puchong. Khalayak ramai mungkin tidak menyedarinya tetapi orang2 yang terlibat dalam industri pembinaan sedar akan hal ini kerana kami wellversed tentang isu tersebut.

    Bagaimana saya membezakan pasir yg baru dikorek keluar dari lombong dan pasir sungai berbanding pasir yg dibeli dari pembekal2? Senang sahaja. Pasir yg dilombong akan dikeluarkan dalam keadaan basah dan pasir yg dijual biasanya kering atau lembab sahaja. Jika pasir itu lembab (mungkin akibat hujan) air tidak akan mencurah2 menitik dari lori yang mengangkutnya, manakala pasir yg baru dilombong akan menitiskan amaun air yang banyak jika lori tersebut terus meninggalkan tapak lombong tersebut sebaik sahaja pasir dimuatkan ke dalam lori. Dan inilah yang masih dapat saya saksikan pada penghujung 2007, saya tidak tahu jika ia masih berlaku kerana yang tidak lagi bekerja di Puchong.

    Memang ada penguatkuasaan dilakukan, tetapi 100% keberkesanannya saya kira tiada. Mungkin hal ini tidak disedari atau pun ada penyelewengan oleh penguatkuasa Majlis Tempatan.

    Mungkin Dr Khir boleh memantau isu ini bagi pihak rakyat.

    -Cetusan Minda rakyat-
    www.ikhlasmalaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Salam, YB Dato' Sri, saya rasa apa yang saya nak sampaikan ni tak perlu di "publish", sebab perkara ni tiada kaitan dengan topik.

    YB tentu masih ingat mengenai Program KEMBARA MPP yang dianjurkan oleh MPP UiTM...

    Saya cuma ingin menyampaikan sedikit maklumat,

    Dalam sesi LDK, ada seorang pelajar memberitahu salah satu sifat buruk dia adalah "mengumpat", apabila ditanya kenapa, dia menjawab "Sewaktu pilihanraya, ulama membenarkan", lebih kurang macam tu la jawapannya. Saya agak risau dengan perkara ini....

    Keduanya, ada sebuah sekolah yang kami pergi tu, sangat lemah penguasaan bahasa inggeris, pamphlet yang kami bawa langsung mereka tidak faham, dan arahan LDK dalam bahasa inggeris pun sama,...

    harap sesuatu dapat dilakukan demi kebaikkan anak bangsa...

    mohon tidak di "publishkan"...

    damhamaza@yahoo.com
    017-3651462

    ReplyDelete
  10. Salam Perjuangan,

    Berkaitan isu ini saya berpendapat kerajaan Khalid lebih gemar mempolitikkan isu-isu palsu dan remeh demi meraih populariti dengan memperbodohkan rakyat selangor dengan menipu agar terus memberi sokongan kepada mereka.

    Mereka lebih gemar menimbulkan kontroversi berbanding bekerja dan membuktikan kepada rakyat yg mengundi untuk mereka. Mencari kepopularan dengan isu picisan dan murahan akhirnya akan menjahanamkan mereka sendiri. Rakyat inginkan perubahan dan kerja kuat bukan bergosip dan kontroversi.

    Rakan pasir yg ditubuhkan bukan sahaja bagi memberi maklumat kegiatan mencuri pasir sebaliknya seperti yg DSKT katakan team ini juga akan membuat tinjauan kawasan yg belum dikorek pasirnya seterusnya untuk dimajukan. Manakala mana-mana maklumat yg diperolehi berkaitan korek pasir haram... kerajaan Khalid akan berjumpa dan berbincang dgn pengorek pasir haram untuk proses dihalalkan... pastinya nanti dengan imbuhan pembayaran. Satu lagi Jasa Khalid untuk mencari dana kewangan bagi Keadilan.

    Saya yakin org yg menimbulkan isu ini tidak berapa mengetahui dan mengkaji fakta sebenar... sayang teramat sayang pemimpin sebegini menduduki tapuk pemerintahan negara... pasti dengan pertimbangan dengan maklumat yang cetek bakal membawa kepada kesilapan membuat keputusan... apakah pemimpin sebegini yg mahu kita kekalkan...

    Renung-renungkan, Selamat Berjuang

    ReplyDelete
  11. Sesekali Encik khir perlu perjelaskan tentang wang Balkis yang mana nama bini encik khir ada sekali. Kang orang ingat, laki bini kaki sedut duit rakyat....

    ReplyDelete
  12. ds yb,
    tak payalah nak resau pasal curi pasir,orang pakatan belum lagi sepandai orang umno yang expert curi apa saja kepunyaan kerajaan atas nama hak istimewah orang melayu kalau diberi perluang.tanah curi,pasir curi,rumah pkns curi(beli tapi tak bayar.)peruntukan curi,curi,curi,curi!!!!!!tapi itu bagus juga sebab ini bermakna umno ada otak sedikit.tak macam prikatan bodoh sangat nak tadbir negeri pun tak tahu.orang yang tahu bagi free sini,free sana apa meraka tahu.kalau tadbir macam itu,saya pun padai jadi mb.kalau nak jadi pencuri dinegeri first mesti kena padai tadbir.macanm orang umno sudah lama tadbir faham all the in and out barulah tahu macam mana nak curi.nak rompak bank pun kena tahu semaua ini and out bank yang tertentu itu.no problem perikatan is not that smart.semua bodoh bodoh punya tak tahu nak tadbir apakah lagi curi?kalua mereka curi mesti kena tangkap .sebab mereka itu bodoh ,tak macam orang umno.misalnya sekarang ahlimajlis takada mb dan exco,exco yang bodoh bagi state diretive umtuk memluluskan kontrak, lesen,lesen termasuk lesen mesin judi(kuda)dan sebagainya.bagi saya ini adalah kesalahan abuse power,coruption of power.kan saya cakap meraka ini bodoh.tq

    ReplyDelete
  13. salam dr khir
    hope sgt2 dr khir bnykkan turun padang d kawasan dr.khir sendiri..make sure dr.khir rampas kembali selangor dari PR!

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum dan salam perjuangan...

    Syabas Dato' Seri. Kerajaan Negeri Selangor sekarang ni tak ubah seperti "kera dapat bunga". Dah tu buat lawak macam badut sarkis! Mula-mula pasal air free. Dah kena desak oleh Dato' Seri baru depa nak buat? Kununnya laahhh...

    Sekarang ni pasal pasir pulak! dah tu berani buat statement, padahal depa tak refer fact...lawak! Elok exco pertanian tu masuk rancangan "Raja Lawak". Pasal "rakan pencuri pasir" tu...saya minta Dato' Seri siasat dulu sebelum keluarkan statement. So, bila dah ada prove, baru senang kita nak "tembak" depa! Amacam?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.. Dr
    Zaman mencuri pasir memang dah sekian lama .. sejak 20 tahun dulu ... tapi pada zaman tuh sapa lak memerintah.. PKR ker .. ehhh silapp PAS kot?
    tapi masa kerajaan tue memerintah .. takde pun tangkapan yg di buat ... kerajaan masa tuh buat bodo jer kalau pasal curi pasir nih ...
    Paku dulang Paku serpih ..
    mengata orang tah sapa sapa yg lebih ...

    ReplyDelete
  16. Sebagai ahli kariah di satu kawasan perumahan di Selangor, saya telah menerima surat edaran dari pihak Jawatankuasa Daerah Mengundi dengan menggunakan 'letter head' PKR. Kandungan surat tersebut adalah berhubung dengan makluman dan jemputan ke majlis kesyukuran sempena 1000 hari pimpinan kerajaan PR. Surat edaran itu juga memaklumkan bahawa Kerajaan PR Negeri Selangor telah mengarahkan agar semua rumah-rumah ibadah di Selangor mangadakan majlis tersebut.

    Selama hambir 30 tahun saya mendiami kawasan tersebut, belum pernah majlis yang serupa dianjurkan oleh kerajaan sebelum ini, melainkan sempena sambutan Kemerdekaan setiap tahun.

    Meskipun surat edaran tersebut memaklumkan majlis adalah bertujuan untuk mengimarahkan masjid dan silaturrahim dikalangan ahli kariah, apakah mungkin ahli kariah dapat mengenepikan ideologi politik masing-masing? Walhal, majlis tersebut amat terang-terang sebagai majlis politik untuk kepentingan pihak tertentu dan bukan bersifat umum.

    Anehnya, majlis peringkat negeri diadakan di Stadium Shah Alam dan bukan rumah ibadat.

    Sebagai Ketua Pembangkang, saya harap DSKT dapat membangkitkan perkara ini supaya masjid kekal sebagai simbol keharmonian kariah ahli kariah.

    ReplyDelete
  17. A.kum Datuk Seri,

    1. Bukan Rakan Pencuri Pasir?

    2. PR..Pasir Rakyat.

    3. PKR...Pasir Kerajaan Rakyat.

    http://sukj.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. Dato" pantas mencantas isu 'pasir' di Selangor tapi memekak dan membisu tentang Presiden kesayangan Dato', Dolah yang merajuk kepada rakyat Johor yang enggan membenarkan Singapura membeli pasir dan memasuki ruang udara, Dolah telah membuat keputusan 'no' jambatan bengkok or jambatan lurus sebagai balasan kedegilan Johor dan Sultannya (MB Johor dah tentu jadi tukang angguk). Pendedahan TDM dalam hal ini langsung tidak disentuh oleh Dato'.

    Apakah Dato' pun koro ( potong dan buanglah ), masih pilih kasih, masih pengecut macam Najib, ini rupanya nak jadi Ketua Pemuda UMNO, lupakanlah Dato'.

    ReplyDelete
  19. Salam perjuangan,

    Dengan berbesar hati ahli-ahli cawangan UMNO Damansara Utama menjemput Dato' dan pembaca-pembaca untuk melayari blog kami di

    http://umnodu.blogspot.com

    Wasalam

    ReplyDelete
  20. kerajaan negeri mahu kumpulkan semua hasil pasir dalam tabung khazanah negeri untuk bayar semua elaun-elaun yang dijanjikan dalam menifesto PRU12... apa pendapat DS?

    ReplyDelete
  21. DS, sekarang siapa yang pandai bercakap dan tidak bertindak? BN atau PR?

    S'gor bagi beras percuma Jumaat ini
    Jimadie Shah Othman | Jun 18, 08 3:56pm
    Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan membahagi-bahagikan beras, susu dan gula secara percuma mulai Jumaat kepada rakyat Selangor yang berpendapat di bawah RM1,500 sebulan, sempena sambutan 100 hari pentadbirannya.

    Exco Kebajikan Negeri, Dr A Xavier Jayakumar berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bahan-bahan tersebut akan dibahagi-bahagikan melalui seluruh Dewan Undangan Negeri di Selangor.

    Katanya, bagi kawasan yang dimenangi Pakatan, bahan-bahan tersebut akan diedarkan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

    Manakala di 20 kawasan yang dikuasai Barisan Nasional (BN), ia akan dibahagi-bahagian melalui exco kerajaan negeri.

    Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Shah Alam hari ini.

    Beliau berkata, 800 beg pertama yang masing-masing berisi lima kilogram beras, setin susu dan sekilo gula akan diedarkan mulai Jumaat ini manakala bakinya akan diedarkan secara berperingkat-peringkat.

    Bulan lalu, Dr Xavier dilaporkan berkata, golongan miskin di Selangor akan mendapat bantuan beras bagi menampung kenaikan harga makanan ruji itu.

    Untuk itu, beliau dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan membelanjakan RM500,000 untuk membeli beras untuk dibahagikan kepada golongan miskin di Selangor.

    ReplyDelete
  22. DS,
    terpanggil saya utk beri komen pasal isu pencuri pasir ini.

    mungkin umum kurang maklum tapi ramai yg terdedah dlm hal ini sedia maklum hal-hal mafia pasir yg byk berleluasa di S'gor.

    DS tak perlu mencerca atau mengecilkan usaha Kerajaan utk mendpt untung dari pasir. Sekurang-kurangnya untung yg byk itu akan ke tabung Kerajaan Negeri. Kalau dulu masuk ke tabungan sesetengah pihak tertentu sekarang ia akan ke tabung negeri.

    Usaha merakyatkan ekonomi Sgor harus disokong walaupun DS sebagai ketua pembangkang

    ReplyDelete
  23. Dato Seri Yang dihurmati;

    "Kuman diseberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak nampak"...Dulu masa Dato seri memerintah Selangor, nampak tak gajah di Kelang? dan dibanyak tempat lagi.

    'Siapa makan cili tentu dia rasa pedas'.

    ReplyDelete
  24. dato' biasanya yang kalah akan makan pasir..

    kali ni yang menang pun nak makan pasir..

    dato' sudah sedia kah untuk melawan pemuda kahfi berani mati PAS untuk menentang UMNO?

    Mereka sanggup berani mati menentang islam hadhari, tetapi DAP cakap jangan buat siasah syariah, mereka tunduk.

    Dato' sila komen

    ReplyDelete
  25. Dr Khir, saya percaya kerajaan anda mempunyai pengalaman yang banyak berhubung "rakan pencuri pasir", kerana rakan pendokong dr. lebih bijak menceritakan taktik2 pengorek pasir haram tersebut seperti ada pengalaman saja. Ingatkanlah mereka supaya tidak membuat gosip dan kontroversi jangan menyamakan semua orang sama seperti mereka, kerana yang saya nampak sekarang team tersebut sudah seperti "memaku dulang paku serpih..........". Inisiatif Menteri besar dalam isu pasir kita haruslah diberi sokongan.

    ReplyDelete
  26. Nelayan Mukmin Dan Nelayan Kafir

    Pada zaman dulu, ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya, si-mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya. Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin tidak berjaya mendapat sebarang ikan manakala si-kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak.

    Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin itu tetap bersabar serta redha dengan apa yang Allah takdirkan. Si-kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak.

    Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu; iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat “Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah.”

    Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir. Berkata malaikat “Alangkah malangnya nasib si-kafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahannam.”

    Moral & Iktibar

    Kediaman mukmin adalah di syurga manakala kediaman kafir adalah di neraka.
    Dunia adalah syurga orang kafir.
    Kekayaan dan kemewahan di dunia tidak semestinya berkekalan di akhirat.
    Kesusahan orang mukmin di dunia tidak seberapa jika dibandingkan dengan kenikmatan yang disediakan di syurga.
    Kesenangan orang kafir di dunia tak berbaloi jika dibandingkan dengan azab seksa yang disediakan di neraka.
    Kesenangan atau kesusahan seseorang bukan menjadi kayu ukur bagi keredhaan Allah; yang menjadi penentu ialah keimanan terhadapNya.
    Kesusahan di dunia bukan bermakna Allah tidak menyukai seseorang.
    Begitu juga kemewahan yang Allah berikan kepada seseorng bukan bermakna Allah meredhainya.
    Redha di atas takdir Ilahi adalah sifat mukmin sejati.
    Jangan berputus asa, kecewa atau sedih apabila melihat orang kafir senang dan mewah dalam kehidupan di dunia
    Keimanan seseorang adalah lebih mahal daripada dunia dan isinya.

    Apalah maknanya kemewahan jika tidak mensyukuri dan beriman dengan Allah

    ReplyDelete
  27. Salam

    rm10m gone in 3 days ,

    saya sokong apa yang you cakap.... " Pandai bercakap , bertindak jauh sekali "

    Moto nie sesuai untuk DSDMKT .. bekas MB , penulis blog dan yang selalu cakap pasal pembangkang sifar....

    Elok ke kalau pembangkang sifar DS ? Dah rasa macamana kan .... so fikir sendirilah.

    ReplyDelete
  28. saudara seagamaku,
    paku dulang paku serpih?
    pagi tadi sudahkah sahabat seagamaku melihat cermin?

    ReplyDelete
  29. Bang,
    Masalah curi pasir ni dah SANGAT2 BERLELUASA di Selangor ni. Betul seperti kata abang, dah berjuta kutipan saman hasil dari curi pasir tetapi ada tak perubahan yang berlaku dari banyak ke tiada curi pasir? Ini makin teruk curi pasir dan masalah ini timbul dari ketidak perihatinan seorang Menteri Besar yang terdahulu dan penguatkuasa yang asyik bila berlaku masalah, selalu jawapan nya 'TERLEPAS PANDANG' jawapan panggil best untuk tutup cerita. Kalau dah lombong pasir sedalam 5 tingkat bangunan sebesar 5 kali staduim shah alam pun bole terlepas pandang ke? Kalau dahulu masa BN memerintah dengan majoriti 2/3 boleh meluluskan undang2 yang ketat dan hukuman yang sangat berat bersama penguatkuasa yang tidak tutup sebelah mata , tidak makan gaji buta dan mengejar penjenayah pasir, pasti masalah ini jadi kecil atau berkurangan dengan drastik sekali. Pernah berlaku di depan saya, sebuah kenderaan Majlis Perbandaran, penuh dengan ahli2 majlisnya yang beruniform menyerbu kedai Hardware haram tak jauh dari lombong pasir haram. Mereka dengan sombong sekali berkata dengan nada tinggi berkata "kami nak saman ni, kalau tidak Isnin kami tutup jalan ke kedai awak' berkali2 di hadapan saya. Isnin tu saya pergi kedai tu balik dan masih beroperasi dan jalan masih terbuka. Masih beroperasi sampai laa ni. Paling best, lombong haram tu tak pulak mereka nampak terbentang luas bak laut membiru. Masih mencuri sampai ke laa ni. Kerajaan terdahulu punya bad habit masih tebal dan bebal. Sudah2 lah tu nak memburuk kan kerajaan baru ni. Baru 4 bulan dan ade perubahan dan arah tuju. Memang kerajaan masa abang memerintah dah memang teruk, Itu sebab BN kalah, terima hakikat itu dengan hati terbuka okay. Ini masa kerajaan baru nak memberitahu rakyat apa masalah yang berlaku dan jadi teruk begini dan mesti ada punca. Kena cari punca. Kalau masuk court pun hakim nak tau punca.
    Kalau kerajaan sekarang nak politik kan isu ni sikit2 ape salah nye, masa mereka, masa abang memerintah pun lebih teruk lagi politikan isu2. Sampai diri abang pun ada isu. Betul tak????
    Sekian

    Sekian

    ReplyDelete
  30. Nada dan emosi DS lebih kepada perasaan 'tidak puas hati yg lebih kepada cemburu'. Apa sebenarnya cadangan DS untuk menangani masalah ini ? Kalau setakat nak mengkritik cara orang buat kerja ... a lot can be said about cerita 'Penyapu' DS. I know DS seorang yang bijak, don't downgrade yourself so low ... Be opjective and be sincere.

    ReplyDelete
  31. Sejak akhir-akhir ni saya kurang minat dengan penulisan Dato'. Mungkin kerana tersalah pilih topik atau pun tulisan yang terlalu panjang dan berulang-ulang. Lama-lama boring membacanya. Elok Dato' kerap pergi kat blog Tun Mahathir. Tepat, padat dan amat informatif. Idea-idea yang dilemparkan oleh Tun cukup menarik dan kreatif.

    Sebab tu saya malas nak beri komen atas isu yang dibangkitkan oleh Dato'.

    Maaf Dato' kerana terpaksa berterus terang. Harapan saya Dato' akan lebih kreatif serta informatif. Elak daripada terlalu defensif. Penduduk Selangor sebenarnya berpengetahuan. Mereka boleh bezakan samada kenyataan dari pentadbiran Kerajaan Selangor adalah pembohongan atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  32. Saya pulak rasa geli hati dengan kenyataan DSKT...
    EXCO Pertanian Selangor yang mengatakan bahawa kecurian pasir sejak 20 tahun yang lalu tu memang benar2 berlaku...
    contohnya kes kecurian pasir di Selangor sebanyak 1000 kes...
    yg DSKT dan kerajaan terdahulu selesaikan cuma 100...
    kalau karam singh walia dedahkan di tv3 atau di surat khabar pro kerajaan umno/bn barulah MB Selangor masa tu turun padang pasir...pulak tu dgn muka slumber DSKT kononnya tak tahu menahu dan akan menyiasat kes tersebut...
    masa tu pencuri pasir dah kayaraya tengah buat projek kerajaan selangor lagi.

    ReplyDelete
  33. saya setuju sangat 'RAKAN PENCURI PASIR' harap-harap keuntungan pasir bukan untuk kroni pr.lawak betullah.

    ReplyDelete
  34. hmmmm...

    kerajaan bn dulu pun pandai wayang gak...panggil tv3 cover "terjah" aktiviti curi pasir...

    tp esoknya, relek je lori bwk kuar pasir...makin bnyk aku tgk...

    plg dekat pernah aku tgk, kes kat hulu langat...kat area bt 10 kalau tak silap....

    kerajaan PR pun satu...lawak gak bunyinya.."rakan pasir"...

    tp dpt disimpulkan...diorang ni nak kasi settle hal kritikal dulu...air, pasir....

    ReplyDelete
  35. Heran Pulak Sekarang ini wartawan2 pun tak nak tunjuk dah masalah rakyat atau penduduk seperti dahulu kalau ada pun kat BersamaMu saja mungkin takut kena boikot ker? Kemana Karam Sigh Walia yang penuh kiasan.Adakah sekarang ini semua negeri terutama negeri pakatan sudah mendapat gred A.

    Walaupun sy bukan anak jati Selangor cuma jiran belah utara tetapi selama 100 hari ini ada sikit janji iaitu air free.Tetapi bagi anak Negeri Perak jangan harapla benda free ini dan sy sendiri tak pernah kenal siapa itu MB ir.Mohamag Nizar(hanya boneka tukang sain surat kot).Kami mcam dulu juga tiada apa2 perubahan pun jika mai sini hanya boleh cari labu sayong aje.

    Malang sungguh anak negeri Perak tiada satu janji yang ditunaikan dan apa yang berlaku ialah perebutan sebagai Ketua Kampung kerana ramai juga menawar diri untuk bertanding.Maka sekarang ini sudah ada perpecahan sesama orang kita terutama orang melayu walaupun mereka idelogi politik sama tetapi sudah tidak bersatu hati tidak seperti dulu.

    Jika begini keadaannya jangan kata Pencuri Pasir saja yang kita ribut-ributkan .Ketenteraman sudah tiada sedangkan tindakan hanya seperti "melepas batuk ditangga".Beginilah jika yang ada hanya jadi "Pak Turut"

    ReplyDelete
  36. Dewan Pemuda Pas Selangor pada Isnin lepas menghantar memorandum kepada pejabat Menteri Besar Selangor bagi membantah rancangan untuk membawa Ella dan Mas Idayu membuat persembahan di perlawanan itu pada 6 Julai ini.

    Mereka berkata persembahan kedua-dua penyanyi itu tidak sesuai kerana ramai golongan belia yang akan menyaksikannya.

    Mereka mengancam akan membuat tunjuk perasaan di Stadium Shah Alam, venue perlawanan berkenaan, sekiranya Ella dan Mas Idayu dibenarkan membuat persembahan.

    Sultan Sharafuddin sebaliknya menyifatkan bantahan itu sebagai bersifat hipokrit dan remeh. -

    Begini keadaannya sebab sekarang ini pun semasa sambutan Hari Keputeraan Sultan pun kurang menyerlah seperti dahulu,tiada lagi Bendera Negeri dihiasi dibangunan perniagaan (hanya tertentu)apatah lagi jika Hari Kemerdekaan juga dilihat ramai sudah tidak kisah kepada Jalur Germilang iaitu Bendera Malaysia(harap free saja)dapat dilihat hanya berkaitan dengan kerajaan.

    Lihat mereka sekarang tidak kisah dengan teguran Baginda Sultan kerana Pakatan Rayat hanya ketuanan Rakyat.

    ReplyDelete
  37. Boleh blahla dengan Pakatan Rakyat ni....cakap tak serupa bikin, banyak retoriknya dari kenyataan. Banyak janji lain tak tunai, sibuk dengan benda-benda baru...yang tentunya pasal pasir tu menguntungkan poket sendiri...piiiiiirahhhh.

    ReplyDelete
  38. saudara Salam Perjuangan,

    aku tak setuju ngan pandangan kau. Cara kau menulis tu menampakkan gaya seorang ketua pemuda cawangan atau bahagian united malay national organisation yg kecewa.

    kau melihat isu tu dari sudut pandangan berkepompong parti kau yg memang sentiasa mencari peluang utk kekeyaan sendiri.

    Jangan ingat mb n exco PR skrng ni macam zaman penguasaan parti anutan kau dulu.

    Bila baca komen kau tu aku jadi geli ketiak.

    ReplyDelete
  39. Rakan Pasir
    ehm..saya berpeluang mendegar penjelasan dari kjaan slgor..
    mereka meyatakan sekiranya pasir diurus dgn betul,selagorakan untung dgn lebih banyak..

    hari ini mereka megumumkan pemberian beras percuma kepada rakyat bawah RM 1500.00..

    zaman DS ape yang rakyar selagor dapat??
    jawapan:PENYAPU

    ReplyDelete
  40. Salam DSKT,

    Dah sekian lama BN menjadi rakan pasir dan rakan pencuri pasir. Apalah salahnya sekarang giliran PR pula. Bukan ke adil namanya tu?

    Biarlah PR curi pasir sekarang, esok-esok bila BN menang semula, boleh sambung curi semula.

    BN & PR curi pasir, rakyat jelata makan pasir... hidup pasir...!!!

    Tak gitu DS?

    ReplyDelete
  41. Encik Toyo,

    Boleh tak anda jawab rakyat Malaysia kenapa pejabat anda dikosongkan sekaligus pada 9hb March 08?

    Dokumen dokumen kerajaan yang tidak boleh diumumkan kah?

    ReplyDelete
  42. Betul tu Boss,

    Depa tu pandai cakap je, sekarang tengok diri sendiri...
    Agaknya kerajaan dulu pun lebih kurang kot... ha ha ha ha ha
    jangan marah.

    Selagi manusia pandang duit dan dunia, selagi itulah kes curi pasir, curi itu ini berlaku.

    Macam macam dalam dunia ni.

    ReplyDelete
  43. Aku tengak Selangor dah macam negara afrika,rakyat Slangor tak cukup makan ka? Kerajaan Selangor jangan pikir populariti sahaja. Jangan ingat dengan memberi beras, susu dan gula boleh membantu membangunkan ekonomi rkyat Selangor. Fikirkan cara bangaimana hendak meningkat pendapatan rakyat Selangor. Kedah, Penang & Perak macama manapula, PR tidak ada hadiahkah untuk rakyat di sana. OH!!! mungkin Selangor negeri kaya syer2 la sikit kat negeri tawanan PR lain mereka pun berhak juga. Jangan lupa utamakan kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama merentasi sempatan negeri.

    P/S: Kepada pengundi BN pada PRU12 jangan malu untuk menuntut hak anda sebagai Rakyat Selangor. Jangan lupa bawa slip gaji, AE form atau apa yang patut sebagai prove anda berada di bawah garisan RM1500.00. Kalau dah bagi ambik jer jangan malu2 !!!!

    ReplyDelete
  44. Ni! Ape cite Pasir ni! Org sibuk camne nak meningkatkan taraf ekonomi..sibuk pasal pasir lak..Minyak naik ni camne. Kita isi kenderaan dengan minyakla.. bukan ngan pasir..Pasir PBT la handle

    ReplyDelete
  45. salam,

    kadang-kadang apa yang kita lontarkan, terkena pada diri kita, tidakpun kepad organisasi yang kita anggotai.

    ReplyDelete
  46. bro sugiman,

    takkan tak boleh kena bangkang kot! asal sokong bn aje kaya la orang tu, hampeh!

    ReplyDelete
  47. sudah lah dr awak dulu, kerjanya mengabihkan harta negeri tanah dipecahkan diberi pada kroni dan proksi pasir di pejam sebelah mata pintu belakang semua orang tahu. Macam mana dengan rezab2 hutan kekal dan hutam simpan yg kau kerjakan dulu, habis semua tergadai. Tapi aku heran mcm mana licik betul kau elak dari dihidu kemana perginya dokumen2 tu semua. hebat jugak ko ni tunggu sikit masa dan ketika lagi kita saksikan bersama2

    ReplyDelete
  48. Sdr man helang dan rakan rakan bloggers.

    motto pembangkang sifar diadakan adalah utk melawan motto pas tawan selangor pada pilihanraya 2004,tujuan nya adalah utk menaikkan semangat ahli ahli bn sehingga mendapat kejayaan besar pd pilihanraya tersebut.memang tidak dapat dinafikan peranan pembangkang penting dalam menentukan keseimbangan pentadbiran negeri,malah saya beberapa kali menghargai peranan dap dalam dewan undangan negeri dahulu bila mana mereka memberi teguran dan cadangan yang bernas dan boleh dilaksanakan.

    ReplyDelete
  49. Sdr jundi ummah dan sahabat bloggers lain,

    Masalah yang timbul ialah tiada kesungguhan dari kerajaan negeri mengambil tindakan terhadap maklumat yang telah disalurkan,saya harap kerajaan negeri ambil tindakan segera sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  50. Datok Seri

    nanti kalau dah jadi MBr Negeri Selangor semula,
    jangan jadi macam PKR ye...
    cakap aje pandai
    tapi buatnya... harammmmm
    itu lah pasal...
    depa ingat senang ke nak tadbir negeri...
    Ingat macam tadbir Sekolah Pasir Panjang atau Sekolah Datuk harun Tanjung Karang ke....

    Cakap semua orang boleh... apek jual ikan pun pandai cakap..

    Sekian

    ReplyDelete
  51. Sdr adyzan dan sahabat bloggers lain.

    saya rasa sdr tidak dapat matlumat yang benar dari pemimpin idola sdr, ketika kerajaan pimpinan saya ,kami telah mengambil tundakan tegas bukan sahaja merampas jentera yang digunakan,malah mengheret mereka yang terlibat kemahkamah,malah kita telah mengumpul berjuta ringgit hasil kutipan denda.

    Ada syarikat yang meneruskan aktuviti ini dgn kebenaran kerajaan negeri diatas tanah mereka sendiri bukan atas tanah kerajaan,juga bagi memenuhi permintaan pasir utk meneruskan pembangunan negeri selangor.telahan sdr tidak ada tindakan itu adalah pandangan sdr yg fanatik terhadap pakatan rakyat,walauapapon yang dilakukan oleh pakatan rakyat sehinggakan menyediakan kawasan rumah ibadat sama saiz dgn masjid,juga tindakan yang tepat,sehinggakan nanti akan ada gereja dan kuil sebesar masjid negeri.

    ReplyDelete
  52. ds yb
    apa salahnya kalau orang lain ada rumah ibadat yang besar atua kuil yang mega.sempit hati ds?atau racism?

    ReplyDelete
  53. sudah la dato' seri..

    isu pembatalan jambatan bengkok oleh Pak Lah sebab rakyat johor taknak jual pasir kat singapore (pendedahan TD Mahathir) tak nak kupas?

    ReplyDelete
  54. Salam DS,

    1- Persepsi masing2 berbeza. Ada yang minat baca , ada yang hanya minat mendengar, dan ada juga yang berminat nak lebih mena'kul sesuatu benda / isu.

    2- Kalau you all tak minat nak baca blog ini, tak payah buka atau cari this blog. Pergi tempat lain. Tak susah kan...

    3- Untuk DS Dr. Khir, tulisan saudara masih lagi relevan untuk dibincangkan. Pemilihan topik juga penting, tapi so far saudara dapat capture the audience.

    4- Pesan saya cuma satu... berani kerana benar. Tulisan saudara terlalu "lembut" bila berkitaran dalam politikus UMNO. Pak Lah dah muak dengar benda2 yang elok... walhal banyak benda lain yang berlaku. Saudara kena kuat & cergas sikit bila menegur pemimpin UMNO. Baru ada tokoh untuk lawan dalam pergerakan PEMUDA...

    5- Anyway DS, selamat menulis. Moga kesihatan berpanjangan dikurniakan oleh ALLAH Ta'ala. Ingat, berani kerana benar... tegur sekiranya kerajaan PR buat benda yang tak elok @ betul sert menyimpang daripada matlamat kebajikan rakyat

    ps : saya fikir DS dah kena start MELOBI untuk jawatan dalam UMNO.

    SYAUQIE

    ReplyDelete
  55. dato seri

    biarkan sahaja komen2 yg x suka pada dato, mereka hnya nmpk keburukkn dato tapi kebaikkan dato mereka buat lupa dan pekak..

    apa yg kerajaan PKR bg pd mereka hr nie hnya umpan, esok2 percayalah madu yg kerajaan PKR bg pada hari nie akan jd pahit dan kelat jua akhirnya..

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum dr,Ape benda ni?
    Rakan pasir?
    Rakan pencuri pasir?
    Tapi betul juga, kalau dah jadi lombong siapa pula nak kambus kan?.Silap haribulan bila BN berkuasa balik dah kena keluar belanja nak kambus lombong.
    Kerajaan PR ni mmg tau buat kerja secara ad hock aje, macam kat Kedah,kalau tak dapat bantuan kerajaan persekutuan dia ugut nak tebang balak kat kawasan tadahan hujan plak tu, tak ke nak cari nahas.Kalaulah air tadahan tu pecah dah tentu banjir,dah kena keluar belanja."Pi mai, pi mai dok tang tu lah juga" nak tegelak lah tu.Eh dah melalut lah pulak sampai ke kedah, jangan maree.
    Kat Selangor ni, kerajaan negeri masih tidak ade formula tindakan jangka panjang untuk menaikkan taraf kehidupan rakyat,yg kedengaran hanya kerajaan bagi sedekah beras 1 kampit 5kg,susu,1kg gula,tapi sampai bila kerajaan nak buat?
    Rakyaat negeri Selangor ni dah pandai mengail dah, jangan bagi ikan lagi, kami nak kail, supaya kami bole mengail ikan ape yg kami hendak.
    Kami hendak kerajaan buat yg lebih baik dari kerajaan yg sebelum nya, kerana kerajaan yg terdahulu telah menetapkan satu tanda aras, iatu Negeri Selangor negeri maju pd tahun 2005.
    Ada butol kaaaaa?????

    ReplyDelete
  57. Dulu BN curi pasir, sekarang giliran PR pula nak curi pasir. Adil le tu. Pasal apa nak bising-bising? Biarlah PR tu curi pasir puas-puas. Bila BN menang semula nanti, sambunglah kerja curi pasir yang terbengkalai tu. Bukankah hidup ini ibarat roda?

    ReplyDelete
  58. Dato Seri,

    Geli hati saya baca dato punya blog nie...mcm orang nak meraih simpati pun ada...pasal pemberian air percuma tu kalo dato tak pressure pun diorang tetap akan buat...at least ada gak la usaha nak menolong rakyat..nak harap BN Selangor???Mentedarah rakyat ada...tapi saya puji la dato pasal ayat2 dlm blog nie dah nampak insaf..teruskan menulis isu2 yang membina...jgn mcm nak jadi hero plak...PR ada cara..takanla diorang tu bodoh sgt...PR lantik exco semuanya yang berkelayakan dan saya yakin semua pakar dlm bidang2 mereka...Akhir sekali, dulu dato camni la..Pandai bercakap, bertindak jauh sekali

    ReplyDelete
  59. Salam..
    saya malu bila membaca komen-komen dri blogger2...dari orang melayu yang konon penuh rase hormat dan berbudi bahasa..Nabi Muhammad S.A.W pernah di ejek dan di hina oleh orang yahudi..
    tapi tak pernah mengeluarkan kata kesat dan penghinaan pada orang yahudi secara terang-terangan...
    amalan mana yang digunakan penulis komen..dimana kah kesucian ISLAM yang konon disanjung saudara-saudara sekalian...
    Satu permintaan saya...tolong beradab dalam penulisan kerana penulisan kita dalam gambaran kita sebagai HAMBA ALLAH.

    ReplyDelete
  60. DS,
    knpe kjaan skang tak tentu perasan??
    ape yg saya nmpk 2 minggu kebelakagan nie,kjaan byk memberi pelbagai bantuan kpd negeri di MALAYSIA..
    terutama di Sabah dan Sarawak..

    adakah kjan skrng menghadapi msalah??

    cube DS terangkan

    ReplyDelete
  61. Orang UMNO: PR dah start pandai curi pasir dah!!

    Orang PR: Cermin la diri dulu sebelum kata kat orang. Korang lagi teruk!

    Orang UMNO: Kalau dah UMNO curi pasir, PR pun curi pasir, apa bezanya PR dan UMNO?

    Malaymind: Tunduk hormat pada DAP yang berkuasa di dalam PR.

    ReplyDelete
  62. salam semua..
    sebenarnya rakyat yg lebih geli hati jika membaca tulisan dato.
    Nampaknya dato boleh di sifatkan sebaai melayu mudah lupa. Dato sudah lupakah pada apa2 g dato lakukan pd masa pemerintahan dato dulu? Tak ke pelik bila dato jadi pembangkang dato kritik keputusan yang telah di buat oleh dato sendiri semasa menjadi kerajaan,cthnya isu khinzir.. eh silap,isu babi. maklumla masa zaman dato jd kerajaan dato panggil khinzir tp bila pakatan rakyat jd kerajaan plak dato panggil babi. tak geli hati?

    ReplyDelete
  63. kegiatan curi pasir ni bukan baru lagi kat selangor. sejak dari zaman BN lagi. ape yang DS lakukan ketika memerintah selangor selama 5 thn sebelum ni?

    ReplyDelete
  64. Masa berkuasa pandai bercakap tak pandai buat, masa tiada berkuasa pun sama aje pandai bercakap kerja tiada juga.
    Hampeh punya Dato'
    Kenapa dato hanya pandai komplen pembangkang saja yang Umno buat semua betul ke ? Atau sesungguh dato hanya pandai gosok bontot pak lah je....

    ReplyDelete
  65. kenapa lah kerajaan pembangkang selangor macam hitler bila pohon permit pasir tak dilayan bila curi ditangkap lu pikirlah sendiri jgn jadi umat islam yg tamak allah akan laknat anda kandang babi di sepang diluluskan apa babi yg haram tu diberi keutamaan pikir-pikirlah tengok jangan sampai kat selangor bertambah perompak kedai emas dan bank sudah ingatlah hidup di dunia ni sementara

    ReplyDelete
  66. orang tengah ghairah..tikus jatuh ke beras katakan..
    dulu masa jadi pembangkang, semua yang bn buat semua tak betul...tapi bila dia memerintah, orang bangkan marah pulak....
    bukan setakat bangkang, maki hamun, gelar orang macam-macam..seumpamanya mereka saja maksum.
    Tapi bila memerintah, baru tahu susah nak tunai janji...setakat air free biasalah...tapi kalau alam sekitar musnah macam mana? air free, paip air siapa buat, dam siapa buat> bukan ka masa kerajaan BN yang buat...bagi kami...tak ada bendanya..semua dah tersedia....setakat pulas paip, siapapun bolah buat....

    tak percaya dengan khalid, kewangan selangor dia nak pegang, kononnya jadi penasihat.sudahla..lepas tu, kuasa khalid dah pindah ke Azmin.....Khalid tak ada poser...Sian tengok muka dia masa ikut Sultan Selangor....kecut saja.....

    Anwar lagi la...tak habis jual janji..Jumpa cina kata lain, jumpa melayu kata lain, jumpa india kata lain...Dengan melayu dia bisik...kita bagi saja apa cina nak....yang penting kuasa...dah dapat nanti....tak merasa...Takut nanti, dia yang tak merasa, melayu tergadai.....menang sorak.....

    dah terbukti, perangai anwar ni, apa nak jadi jadi la..yang pentiang dia jadi perdana menteri...tapi rasanya tak sempat.......sebab orag lainpun ada perhitungan..
    Demgam yahudi, bencik marah, kutuk..pi amerika, sembah yahudi..merayu minta ampun.

    Ini pemimpin yang orang PR mahu.....? fikir-fikirlah.....bila dia dapat nanti....kroni dia sajala.....

    ReplyDelete