Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Saturday, July 5, 2008

Anwar Ibrahim, Lain Bengkak Lain Bernanah?

Dalam tulisan saya sebelum ini (lihat Anwar Ibrahim dan Mimpinya), saya menyentuh mengenai tingkah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam mencatur dan memporak-perandakan senario politik negara.

Seperti yang dijangka beliau menjadikan YAB. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai sasarannnya.

Cuma kali ini, serangan Anwar terhadap DS Najib sudah menjadi strategi serampang dua mata. Jika sebelum ini beliau hanya bertujuan untuk menjatuhkan kredebiliti semua pemimpin UMNO, kali ini ia juga bertujuan mengalih perhatian umum dari isu skandal seks beliau.

Anwar sentiasa mencari jalan untuk mengalih isu-isu terhadap dirinya kepada orang lain. Apabila muncul isu tuduhan liwat dan salah guna kuasa terhadap beliau pada 1998, Anwar membuat tuduhan-tuduhan rasuah, kronisme dan "kaki perempuan" kepada pemimpin politik lain dalam UMNO.

Bagi Anwar, jika beliau buruk pun biarlah ia menjadi yang terbaik di kalangan yang terburuk.

Kali ini ketika Anwar sibuk memukul gendang lompat parti dan harga minyak, tiba-tiba sahaja orang lain pula memukul gendang ke atas beliau. Pembantu peribadi beliau membuat laporan Polis bahawa beliau diliwat beberapa kali oleh Anwar.

Ini merupakan satu laporan yang serius dan berat tuduhannya.

Yang aneh dan melucukan, mengapa Anwar perlu lari ke kedutaan Turki bagi menyembunyikan diri?

Bukankah ini gimik politik kononnya diri beliau tidak lagi selamat di Malaysia? Jika benar beliau percaya dirinya tidak selamat, mengapa sekarang beliau tidak takut pula? Apakah jaminan Datuk Seri Abdullah sahaja menjadikan beliau terus selamat?

Jika benar ada orang telah diupah untuk membunuh Anwar tentulah beliau tidak akan selamat hanya dengan satu jaminan Perdana Menteri sahaja.

Bagi saya, Anwar bersembunyi di Kedutaan Turki hanya bagi mengelak sebarang pertanyaan umum dan cuba merangka strategi baru bagi menghadapi tuduhan liwat kali ini.

Apabila beliau keluar dari persembunyian, maka serangan bertali arus dilakukan ke atas mangsa dan beberapa pihak lain bagi menenggelamkan isu sebenarnya.

Bagi mereka yang begitu taksub kepada DSAI, tentulah tuduhan dan dakwaan kali kedua ini juga tidak diterima. Sikap sedemikianlah yang merosakkan pemimpin dan masyarakat. Setia membuta tuli sehinggakan pemimpin terus melakukan kesilapan yang sama berkali-kali kerana percaya beliau akan terus lepas dari perbuatannya.

Saya cuma berharap penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang memperjuangkan ketelusan dan konsep ketuanan rakyat agar tidak menghina dan mencerca mangsa yang membuat laporan.

Bagaimanakah mahu memperjuangkan ketuanan rakyat jika mangsa tidak boleh mendapat pembelaan hanya kerana ia membabitkan pemimpin besar mereka? Apakah beliau sebagai mangsa (jika benar berlaku kejadian ini) tidak berhak mendapat pembelaan? Jangan nanti rakyat melihat Pakatan Rakyat telah berubah arus perjuangan dari ketuanan rakyat kepada Ketuanan Anwar Ibrahim.

Jika kali pertama dulu mungkin ada yang ragu-ragu sungguhpun fakta dan hujah sudah di depan mata. Namun kali ini lebih sukar untuk Anwar menepiskannya. Tuduhan kali ini datang daripada pembantu peribadi beliau sendiri.

Jika dulu dikatakan agenda politik untuk menjatuhkan beliau, kali ini agenda apa pula?

Anwar bukanlah seseorang yang memegang jawatan besar untuk dijatuhkan buat kali kedua. Malahan lebih mudah mematikan pengaruh politik Anwar melalui perubahan dasar kerajaan berbanding mewujudkan konspirasi seperti ini.

Bagi mengurangkan tumpuan kepada isu skandal seks dan jenayah beliau ini, Anwar telah "menyerang" Datuk Seri Najib dengan membuat sidang akhbar mengenai kenyataan bersumpah penyiasat persendirian yang mengaitkan Najib dengan mangsa pembunuhan bernama Altantuya.

Penyiasat tersebut akhirnya menarik balik akuan bersumpah itu; beliau mendakwa akuan bersumpah tersebut dibuat dalam keadaan terpaksa dan ditekan. Malangnya kerosakan telah berlaku.

Saya telah melihat akuan bersumpah tersebut, kesemuanya lebih merupakan dengar cakap atau hearsay penyiasat tersebut.

Ini jauh berbeza dengan dakwaan Saiful yang beliau sendiri menjadi mangsa dalam kes liwat.

Akuan bersumpah bersandarkan gosip, dengar cakap orang lain dan fakta-fakta pihak ketiga dianggap benar oleh penyokong Anwar. Malangnya mereka menolak sekeras-kerasnya aduan mangsa liwat Anwar.

Bukankah ini bersikap setia membuta tuli, taksub tidak bertempat?

Saya tidak pasti apakah berlaku kejadian liwat seperti yang didakwa oleh Saiful. Namun saya fikir pengadu berhak mendapat keadilan dan perlindungan sebagai seorang mangsa yang tidak berdaya.

Adalah tidak wajar jika dalam kebanyakan kes, kita mahu polis menyiasat sedalam-dalamnya sebarang kes jenayah seperti rogol dan liwat demi membela mangsa, tetapi kali ini kita memilih untuk berada di sebelah pemangsa terlebih dahulu.

Jika sepuluh hakim kes Anwar terdahulu percaya Anwar terbabit dalam aktiviti tidak bermoral ini, maka sukar saya untuk menolak mentah-mentah dakwaan Saiful.

Bagi mengalih tumpuan juga Anwar telah membuat laporan ke atas Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Beliau mendakwa kedua-dua mereka ini telah memalsukan laporan awal mengenai kejadian mata lebamnya sepuluh tahun lalu.

Apakah tujuan Anwar membuat laporan ini?

Anwar boleh membuat laporan tersebut bila-bila masa sahaja sejak 1999 sehingga awal 2008. Sama ada ketika beliau di dalam penjara mahu pun ketika telah keluar penjara. Sama ada ketika negara ditadbir oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu pun ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebaliknya Anwar hanya membuat laporan ke atas kedua-dua tokoh ini sebaik sahaja ada dakwaan liwat ke atas beliau.

Melihat senario ini, saya melihat bahawa laporan Saiful ini mungkin benar. Tindakan-tindakan Anwar membuat laporan ke atas peristiwa sepuluh tahun lalu meletakan kedudukan beliau seperti orang yang sedang lemas. Apa sahaja boleh dicapai akan dicapainya bagi membantu diri keluar dari arus yang deras.

Bagi saya, Anwar perlu mempertahankan dirinya melalui proses undang-undang. Dan sebagai ahli politik, beliau juga berhak mempertahankan dirinya kepada umum atau public opinion.

Namun mempertahankan diri dalam kes ini bukan dengan menyerang pemimpin parti politik lawan, membawa fakta-fakta palsu dalam kes mahkamah lain dan menganggu siasatan polis terhadap dakwaan ke atasnya.

Beliau perlu membuktikan kepada umum bahawa beliau tidak melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Pembersihan imej dan nama baik beliau perlu dilakukan berasaskan diri beliau dan Saiful, bukannya menimbulkan isu-isu lain.

Bersumpah bukanlah jalan penyelesaian mutlak. Ini kerana orang yang melanggar larangan-larangan Allah tentulah tidak takut untuk bersumpah apa sahaja.

Semakin banyak Anwar bersikap "lain yang bengkak, lain bernanah", maka makin jelas Anwar berada dalam keadaan terdesak dan tersepit. Mampukah beliau melepaskan jerat ciptaannya sendiri kali ini?

Bagi para penyokong Anwar, mereka perlu melihat jalan-jalan alternatif lain selepas ini. Setia kita biar bertempat, jangan setia membuta tuli.

162 comments:

  1. Kalau betul ada ancaman bunuh sudah tentu dia kecut perut dan tak berani keluar rumah.kenapa lepak di kedutaan turki, kemudian keluar seperti tiada apa2 berlaku.
    macam budak yg pura2 sakit perut kerana takut ke sekolah. bila dpt mc, terus sihat.

    ReplyDelete
  2. DS Dr. KT,

    Saya setuju dengan Dato' Seri punya post. Pada saya, kalau setakat nak jatuhkan DSAI yang takde ape2 jawatan dalam kerajaan ni, senang sangat. Tak yah nak buat tuduhan liwat pun.

    Yang patut kita buka mata ialah, macam yang Dato' Seri kata tadi, kenapa Anwar nak berlindung kat Kedutaan Turki. Pas tu pulak, tetiba je US kasik warning kat malaysia. P****k la macam ni.

    Dato' Seri, suruh Malaysia punya Intelligent buat sesuatu. Sincerely speaking, DSAI ni, penyebab huru hara dalam malaysia. Honestly, to me, tak rugi pun kalau dia tak wujud dalam dunia ni.

    Ape2 pun, Dato' Seri teruskan berjuang. Kalau majoriti pemimpin UMNO macam Dato' Seri, insyaallah, UMNO dan BN kembali akan menguasai Malaysia dengan mejoriti yang teramat besar.

    By the way, errr.. No. 1 tu, tak terasa nak letak jawatan ke? Yang nak bertanding pertahan kerusi tu, nak wat ape la hai... menjahanamlan negala lagi ada la.. isk isk..

    Ape2 pun, berenti la kita "palat-memalat" sesama sendiri. Yang penting, kita kena sama2 memajukan ekonomi malaysia.

    Al-fatihah. Allahu akbar!!

    Salam.

    ReplyDelete
  3. Khir...ngenealah...kalau iya pon DSAI teruk kat mata ko,cuba ko ingat balik(harap ko tak PIKUN)apa jadi kat DSAI tahun 1998.tak kan ko pekak = buta apa yg jadi.lepas kena pecat,kena tangkap,...apa jadi...polis cakap dia selamat dan selesa kat tangan POLIS...tup tup keluar lokap bawa mahkamah ape jadi..satu negara kecoh mata LEBAM!dalam lokap kena BELASAH!tak dapat rawatan sampai berjam-jam lepas kena lanyak..nak cerita banyak lagi apa episod BODOH klik korang buat kat seluruh keluarga ngan penyokong DSAI masa dia dalam tahanan.letih ler satu negara tahu...kuasa ALLAH SWT sekarang telah tunjukan satu persatu KIFARAH kepada sapa yang MENGANIAYA DSAI...pikir ler...

    ReplyDelete
  4. Yeah! I'm No 1.
    Saya berpendapat lain. Saya rasa adalah DS Najib yang cuba nak
    mengalih perhatian orang ramai dari isu penglibatan beliau and isteri dalam kes pembunuhan Altantuya seperti dalam SD Raja Petra.

    ReplyDelete
  5. KALAU PAK SHEIKH ANWAR jujur dan ikhlas mengapa dan kepada dia TIDAK BERANI untuk bermuhabalah dalam masjid yakni bersumpah menjunjung Quran dengan saksi saksinya sekali.

    KALAU dia berani menyahut cabaran, aku rasa itu cukup untuk aku membuat pendirian berkaitan hal liwatnya itu.

    AKU dengan ini, MENCABAR ANWAR ! buat apa nak takut Pak Sheikh..

    ReplyDelete
  6. Sudahlah, kamu pun tidak sebegitu bersih. Jangan buat kacau-bilau. Apatah lagi dah kalah, diam aje.

    Tak payah usik-usik api bebara. Tak payah juga jolok sarang rakyat jelata dengan menaglihkan tumpuan kepada DSAI.

    Tak malu ke? Rakyat dah buang kamu, terimalah keputusan kami.

    ReplyDelete
  7. DSKT,

    Membaca artikel Datuk, sama seperti apa yang saya fikir-fikirkan.

    Selepas PI Balasubramaniam menarik balik kenyataan akuan bersumpahnya, petang jumaat, hari sabtu sunyi seketika suara-suara pemimpin PKR. Mungkin terpaksa merangka strategi baru?

    Kalau sekiranya ada keperluanpun PI Balasubramaniam membuat akuan bersumpah, kenapa perlu Anwar campur tangan? Dalam sidang akhbar anwar bersama Balasubramaniam dengan akuan bersumpahnya. Tidakkah Anwar terfikir akuan itu boleh dikaitkan dengan peranan Anwar? pada masa yang sama anwar mendakwa ada konspirasi? BUkankah tindakan anwar itu sendiri lebih jelas akan kronologi konspirasinya??

    Anwar terang-terangan menonjolkan dirinya sebahagian daripada petualang fitnah... Sayang sekali, kepintaran beliau sering terbabas akibat sifat terburu-burunya. Akibatnya, beliau terjerat dalam permainan yang beliau ciptakan..

    Resah bila melihat situasi terkini. Sedih melihat Malaysia diporakporandakan oleh fitnah dan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kesukaran yang dialami rakyat terpinggir dek kesibukan para pemimpin saling bercakaran, saling menyerang peribadi lawan dan kawan, saling bersilat kata di dada media, tepis sana tepis sini, tikam sana dan tikam sini, rakyat juga yang terpinga-pinga. Cukuplah! rakyat pening memikirkan soal makan dan minum dan masa depan anak-anak. Jangan ditambah lagi derita, rakyat sudah mula sesak nafas, nasib bagai pelanduk menunggu masa untuk mati bila gajah sama gajah mula bersengketa.

    ReplyDelete
  8. A.kum Datuk Seri,

    Lain yang bengkak, lain yang bernanah
    Lain yang disemak, lain yang difitnah

    1. Jika dakwaan keatas DSAI itu adalah benar, maka biarlah kerana kes itu melibatkan dia dengan Tuhan.

    2. Bagaimana dengan kes-kes 'besar' lain seperti isu klip video Lingam dan pembunuhan wanita monggolian...kenapa tidak dipercepatkan keputusan penghakimannya?

    3. Kes Anwar itu dia dengan Tuhan. Sedangkan kes-kes besar yang saya sebutkan diatas ia telah melibatkan serta menjejaskan banyak pihak malah lebih memalukan negara ini. Kenapa tidak diutamakan..??

    http://suarasukj.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Punca permasalahan sekarang adalah kerana ketaksuban para penyokong terhadap pemimpin mereka tanpa membuat penilaian yang wajar serta menganggap pemimpin berkenaan "maksum" sedangkan kita semua adalah manusia biasa.Biarlah proses undang-undang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah.

    ReplyDelete
  10. korang yakin ke anwar terlibat kes liwat??????? sekarang kata polis sedang siasatt...nak siasat apa lg.org dah ngaku liwattt..tnya saiful dimata kena liwat..pukul bape kena liwattt..kenapa polis tak buat kerja lg..ataukah skripnya belum diputuskan lg...

    nampak sgt cerita liwat ini agenda umno untuk mengekang kemaraan anwar..mana polis yg telah siasat saiful??? ocpd pulak yg menerima lapuran liwat saifull..korang tau ke dan korang pernah tgk ke ocpd duduk di meja penyambut tamu..yg selalu aku lihat paling tinggi pon sarjan..

    bila agaknya skrip nak siap..apakah najib memikirkan cara macamana untuk mengolah cerita supaya nampak real..ataukah polis malaysia memang lembab..tangkap saja saifull dan soal siasat dia bila diliwat dimana diliwat..seperti mana kes ketua menteri si yamby dulu..apabila org yg di rogol membuat laporan.. perogol bebas, yg dirogol ditangkap

    ada sesiapa tau siapa yg mengarahkan C4 dikeluarkan dari simpanan kerajaan..kenapa altantuya di letupp..kalau tidak melibatkan org tertinggi negara..sekadar kes rompakan cukuplah dengan tembak supaya mati.. tk perlu dibom...dan kenapa bukti kemasukan altantuya dihapuskan dlm rekod kastam?? siapa yg mengarahkan supaya rekod kemasukan altantuya dihapus...kalau tulang altantuya tak jumpa..najib dan baginda razak akan bermatian mengatakan altantuya tidak datang kemalaysia...

    siapa razak baginda sehingga mempunya kuasa menghapuskan kesemua data kemasukan altantuya??apakah unit UTK ini tidak perlu meminta kebenaran dari menteri pertahanan untuk mengeluarkan C4 dari simpanan??kenapa polis begitu bodoh sgt..kenapa tidak menyiasat macamana C4 itu boleh terlepas keluar..kalau najib tidak mahu menyiasat macamana C4 boleh terlepas keluar...najiblah yg harus dikenakan tindakan kerana membiarkan pengkhianat yg mencuri C4 keluar dari simpanan kerajaan.

    jika altantuya boleh dibunuh sedemikian rupa..kita yg sememangnya tak punya apa2 ini.. bila2 saja mereka boleh bunuh.

    kenapa dan macamana razak baginda mengenali altantuya?? untuk apa altantuya datang kemalaysia??kenapa harus dibunuh altantuya?? apakah altantuya mahu membongkar komisyen pembelian kapal selam yg berjuta juta itu??maka ia harus dibunuh??tak mungkin altantuya datang hanya membawa beg pakaian sahaja..mungkinkah bukti dan data serta resit komisyen pembelian kapal selam itu telah dilenyapkan oleh pembunuhnya...mungkinkah hanya kerana bukti bukti itu sahaja maka altantuya dibunuh dengan kejam??

    ReplyDelete
  11. Jika dulu dikatakan agenda politik untuk menjatuhkan beliau, kali ini agenda apa pula?
    Soalan yang sungguh "bijak" Agenda politiklah.. tanya budak 3 tahun pun tau jawapannya"

    Anwar bukanlah seseorang yang memegang jawatan besar untuk dijatuhkan buat kali kedua. Malahan lebih mudah mematikan pengaruh politik Anwar melalui perubahan dasar kerajaan berbanding mewujudkan konspirasi seperti ini.
    Bukan mudah jatuhkan dia. Bukankah ini yang dikatakan sebelum pilihan raya lalu. lihat sekarang apa macam. kamupun dia jatuhkan!!!

    ReplyDelete
  12. kita dah jemu dengan karenah dsai. tak habis-habis nak menghancurkan agama, bangsa dan negara. mengapa kita masih tak sedar lagi dsai digunakan oleh kafir laknatullah untuk menghancurkan islam dan melayu? apakah kita tidak melihat bahawa semua pembela dan penyokong utama beliau adalah kafir yang sentiasa berusaha menghancurkan islam? kita tak faham atas dasar apa dsai nak menonjolkan diri sebagai pemimpin atau nak menjadi pm jika sebenarkan beliau memang tidak layak. kalau Allah memberi rahmat sudah tentu beliau dan jadi pm, tetapi Allah telah menunjukan dan memberi rahmat kepada semua umat malaysia bahawa tidak semestinya pemimpin yang merasakan dirinya besar dan berwibawa adalah sebenar-benarnya pemimpim yang direstui.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum dan Salam Semua...

    Asakan oleh wartawan tentang usul oleh Mufti Perlis tentang bersumpah bagi mencari penyelesaian kes Liwat Anwar tidak dapat diberi jawapan oleh beliau di Seberang Perai(tempat lahir dia).Dengan kedatangan Bulan Rejab ini adakah mungkin Anwar sanggup menyahut cabaran tersebut dan dikalangan fanatik beliau mencabar Dato Seri Najib pun ikut membuat perkara sama.

    Walaupun kita ada mahkamah yang membicarakan kes begini tetapi sebagai orang yang mengaku beliau seorang Islam patut lakukan secara Islam.Ini kerana didalam mahkamah bukan semua mempunyai keyakinan terhadap Islam(terutama bukan Islam),ditambah oleh lawyer yang akan memutar belit fakta demi memastikan kemenangan(janji duit masuk poket).Jika seorang hakim itu seorang Islam beliau pun patut bersumpah kerana Allah swt agar setiap penghakiman itu telus dan dibuat diatas mimbar masjid sebelum ke mahkamah.

    Inilah cara yang sepatutnya,sebabnya kebanyakan laywer2 kafir ini akan mendapat input2 yang mengelirukan kita.

    ReplyDelete
  14. Dato Seri yang dihurmati;

    Kenapa dengan tiba tiba saja ada bermacam perkara 'sensasi' berlaku di Negara kita ini? Dari kes rasuah, Altantuya, dan sekarang yang terbaru kes Sodomi pula.Apakah semua ini berlaku secara kebetulan? Apakah ini hanya melibatkan Anwar, DS Najib, Pak Lah dan lain lain?

    Apakah GILA sesaorang itu sanggup melakukan perkara yang terkutuk demi mencapai hajat nafsunya.Ini pula melibatkan sesaorang yang mempunyai cita cita ingin menjadi Perdana Menteri.Bolih kah ianya di terima dek akal? Mungkin juga jika orang itu gila dan BUTA HATI.Orang seperti ini, percayalah tidak pernah dan akan pernah menjadi Perdana Menteri.Begitu juga dengan yang berRASUAH. Mereka tentunya akan jatuh dikemudian hari.INSYAALLAH.

    Ataupun mungkin ada orang yang tidak ingin DS Najib jadi Perdana Menteri, sehingga sanggup adakan konspirasi ini. Siapakah orang itu? Kita mesti besikap rasional didalam memikirkan masaalah ini.

    Persoalannya, kenapa Saiful pergi mengadu kepada DS Najib? Tidak kepada Pak Lah ataupun Polis? Kenapa P Bala tukar akuan sumpahnya? Apakah P Bala tidak tahu akan 'consequences' yang Akan di hadapinya? APAKAH SEMUANYA INI BERLAKU SECARA KEBETULAN?

    Disini saya ingin menyoal Dato seri. Kenapa blog Chedet dan Malaysia Today di sekat olih Kerajaan. Dimanakah janji tentang kebebasan diberi kepada bloggers? Apakah hanya bloggers kaki ampu Kerajaan saja yang dibenarkan?
    Kenapa Kerajaan takut? Biarlah Rakyat membuat keputusan dengan akal yang bijaksana.Apakah Rakyat semuanya bodoh? Dimanakah kejujuran Kerajaan?

    Kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk menangani masaalah yang dihadapi olih Rakyat, terutamanya didalam masaalah yang melibatkan harga minyak petrol dan diesel.
    Kerajaan patut kaji tentang harga bahan api ini di Indonesia. Kenapa harga di Indonesia hanya RM 2.20 seliter?

    Kenapa Kerajaan membelanjakan wang berbillion Ringgit untuk Projek Koridor, yang sepatutnya ditanggung olih'Private Financing Initiatives'? Apakah ini melibatkan kroni dan yang rapat dengan KJ, menantu Pak Lah.

    Kerajaan sepatutnya tangguh semua projek pembangunan yang tidak mendatangkan faedah kepada Rakyat, bukan hanya tangguh projek di Negeri Pakatan Rakyat sahaja.Wang Pembangunan ini bolih disalurkan kepada subsidi bahan api seperti dilakukan di Negara luar.Barulah Rakyat akan menghurmati Kerajaan.

    Ini tidak, kerana Kerajaan hanya memikir dan mencari jalan untuk menangkis serangan Pakatan Rakyat saja.Apakah hanya UMNO saja yang pandai membela nasib Rakyat. Parti lain tidak tahu membela nasib Rakyat atau Pemimpin UMNO semuanya BODOH SOMBONG?

    ' JIKA TIADA ANGIN, POKOK TENTUNYA TIDAK AKAN BERGOYANG '

    ReplyDelete
  15. Salam...

    Di zaman ini amat susah mendapat orang yang benar2 menyatakan kebenaran tetapi banyak pendustaan lebih banyak terutama akhir zaman ini.

    Kes Anwar ini seperti tahun 1998 dan ia menyebabkan keadaan ketidakstabilan politik pada masa itu dan sekarang ia kembali lagi.Tetapi itu semasa Anwar didalam kerajaan dan ini berbeza sekarang apabila anwar membawa diri kedutaan besar Turki ia menimbulkan persoalan dan apabila jurucakap White House memberi amaran kepada negara kita supaya tidak dibicarakan juga mebuatkan negara kita seperti Iraq .

    Adakah USA akan mengambil tindakan kepada Malaysia jika kita meneruskan perbicaraan tersebut seperti amaran mereka kepada Iran.
    Walaupun ramai pelabur luar terutama dari Amerika tetapi keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu terutama krisis Makanan Dunia mengatasi harga minyak .Dengan masalah suprima di Amerika menyebabkan mereka mahu kroni atau egen menguasai setiap negara yang menghasilkan sumber makanan.

    Sepatutnya kita sedar perkara ini dari dulu lagi.Sikap orang melayu yang mudah permurah dan mudah tertipu akan menghancurkan bangsanya sendiri.Kita terlalu pemurah sehingga tergadai tanahair dan maruah diri

    ReplyDelete
  16. Tahniah atas penulisan DS.

    Sememangnya, kalau orang itu waras, dia tentunya akan berasa sesuatu yang tidak kena bila timbul sahaja kes dakwaan liwad terhadap DSAI, DSAI terus lari ke kedutaan Turki. kemudian, timbul pula dakwaan kononnya ancaman bunuh terhadap beliau. Apa semua ini? Kalau benar beliau diancam, masakan beliau boleh berada di stadium Melawati?

    Kita harus ingat, DSAI seorang yang amat bijak mengatur strategi sampai semua orang jadi terpengaruh. Dulu pun idola saya adalah beliau. memang saya kagum dengan beliau. Tetapi, setelah apa yang berlaku sejak 10 tahun yang lalu, saya terus mencari jawapan.

    Memang benar, beliau sangat bijak bermain kata-kata dan bermain strategi.

    Mengapa baru nak buat laporan polis terhadap ketua polis negara dan ketua hakim negara? Adakah sekarang, baru beliau menyedari kononnya ada konspirasi oleh mereka berdua?

    ReplyDelete
  17. Dato' Seri,
    Kita sebagai seorang muslim tidak seharusnya kita menuduh orang lain bersalah tanpa bicara lebih2 lagi menuduh zina kerana perbuatan tersebut besar dosanya. Dalam tulisan DS ini jelas sekali bahawa DS seolah-olah menuduh, bukan hanya menuduh tetapi mengiakan tuduhan yg dilemparkan oleh saudara saiful bukhari. Saya berharap agar DS bersabar menunggu keputusan mahkamah dan jgn suka mengiakan perkara yang belum pasti.

    Waulahualam.

    ReplyDelete
  18. Salam Dato Khir,

    Pada pengamatan saya senang ajer ...
    1.Pemimpin yang niatnya berjuang atas jalan Allah takkan TAKUT utk dibunuh.. Kenapa Anwar takut nak kena bunuh ??? .. Sebab niat dia bukan nak memimpin atas jalan Allah.. niat dia nak jadi PM Malaysia ..
    2.Lagi satu Dato', saya rasa ada tangan2 ghaib yang sedang rancak mengaturkan politik Malaysia sekarang nie ... ini tanda2 awal kemusnahan Malaysia ke??
    3.Harga minyak tetap naik ... harga beras pasti takkan turun...hujung tahun ini ekonomi meleset .... siapa yang susah ??? Pak Lah?? Najib ??? Anwar ???
    4.MT UMNO semua sayangkan Pak Lah ek, Dato ??? .. Abis tu kami rakyat ni siapa yang sayang ????

    p/s :Awat x de link blog Che Det kat blog Dato'???

    ReplyDelete
  19. Keadilan yang dituntut DS Anwar bukan untuk rakyat tetapi helah untuk membalas dendam.

    Anwar tidak ada agenda lain selain untuk cuba membersihkan diri dari imej seorang bekas banduan dengan mencari salah orang lain.

    Dalam mengejar cita-citanya Anwar menyebar fitnah dan meluntur keyakinan rakyat terhadap polis, sistem kehakimam, pemimpin UMNO,
    sistem raja berpelembagaan.

    Anwar sanggup membiarkan DAP dan HINDRAF memeperlekeh Melayu, menyoal kedudukan Sultan dan agama Islam, dan mempersoal hak termaktub dalam kontrak sosial.

    Anwar perosak bangsa dan ummah.

    ReplyDelete
  20. salam dato'...

    apa yg nak diherankan dengan 'die hard' fan kat m'sia nih...semua org yg 'terkenal' ade, termasuklah dato'...same jek lah dato' sapa2 pun...

    ReplyDelete
  21. Sebagai pemimpin umno yang dikasihi,
    ds khir!!!!...seperti yang saya katakan dulu walau apapun perbezaan pandangan kita yang ada ia tidak menidakkan untuk terus bersama dengan umno.
    saya percaya semua orang tidak tahu perkara sebenar adakah betul atau tidak tentang kes liwat dsai,….tetapi tujuan sebenarnya adalah untuk mewujudkan sentimen kekeliruan kepada rakyat malaysia
    mari kita fikir sama2....ada 3 kemungkinan
    1)konspirasi sebelah kerajaan BN
    2)memang benar2 liwat
    3)dsai sendiri rancang dengan saiful
    apapun pilihan ia akan memberi credit kepada pihak tertentu....
    disinilah harapan ”PEMBUAT PLOT” iaitu untuk mengelirukan semua rakyat.

    ”Jika sepuluh hakim kes Anwar terdahulu percaya Anwar terbabit dalam aktiviti tidak bermoral ini, maka sukar saya untuk menolak mentah-mentah dakwaan Saiful”...Ds khir

    Untuk pengikut2 adsai dan parti keadilan...jika anda tidak percaya dengan dsai meliwat...saya beri pilihan kedua iaitu pada saya ini bukan konspirasi sebelah kerajaan BN tetapi ini adalah agenda dsai sendiri.

    Kita lihat pilihan no 3(dsai sendiri rancang bersama saiful) iaitu beliau melakukan demi untuk membuat rakyat yang yakin tiada liwat marah dan ia akan membuat sentimen kebencian kepada BN semakin kuat.
    Tiada maruahkah saiful untuk mengaku beliau diliwat jika ia hanya rancangan oleh mereka dan saiful akan didakwa membuat tuduhan palsu?
    Jika tuduhan ini didapati palsu...siapa yang akan membuat kenyataan?adakah ketua polis negara atau peguam negara atau Pak Lah?
    Kita sedia maklum awal2 lagi dsai telah memaku KPN dan Peguam Negara ini untuk membuat rakyat tidak percaya apa2 statment yang melibatkan dsai keluar dari mulut mereka!...dan jika Pak Lah memberi kenyataan tuduhan ini palsu(tiada liwat) siapa sebenarnya yang mendapat credit?...ia sebenarnya telah dirancang disini untuk menaikan kemarahan rakyat ......dan rakyat akan menyatakan yang tuduhan selama ini adalah palsu dan berunsur fitnah untuk menjatuhkan karear politik dsai.....apakah salah jika selama ini ada yang menuduh kerajaan BN yang merancang dan saya juga berhak untuk membuat andaian yang ia dirancang oleh pihak dsai untuk memburuk2kan namanya demi untuk mendapat simpati rakyat seolah2 beliau diiniaya.

    Pada saya..dsai mempunyai pengikut yang fanatik dan tidak mustahil untuk membuat pengorbanan demi mencapai matlamat menjadikan pemimpinnya menjadi PM.(ini dianggap sebagai seseorang itu perlu membuat pengorbanan yang besar demi mencapai matlamat yang besar)....
    Orang akan bertanya....tidak malukah saya jika sanggup menjadi korban mengaku diliwat oleh ds khir...ya saya malu sehingga 7 keturunan tetapi....ini dsai!!!!!bukan calang2 pemimpin jika tidak takan Amerika mahu campur tangan dimalaysia.




    jika kita turuti satu demi satu wujudnya PLOT ini ialah:-
    1) DSAI LANCAR 16 SEPT ADALAH TARIKH BELIAU MENGAMBIL ALIH KERAJAAN(satu matlamat yang jelas dan mempunyai arah panduan untuk pengikutnya mengidam)
    2) RPT BUAT ADUAN BERSUMPAH (betul atau tidak tak penting,yang penting wujudkan cerita)
    3) LAPORAN LIWAT TIBA2 TIMBUL(saiful siap gambar dengan dengan pegawai khas Ds najib,adakah bodoh Ds najib nak jumpa budak tu diofis dia untuk buat cerita ini…tapi jika budak tu dsai yang suruh dating saya percaya,ini mcan sendiri plan)
    4) BALA PULAK BUAT AKUAN BERSUMPAH LIBATKAN DS NAJIB(siapa sebenarnya berkonspirasi)
    5) HARI INI ADALAH DIHARAP RAKYAT NAIK MINYAK (perghh.. memang licik)
    memang terancang tapi siapa sebenarnya musang berbulu ayam?untuk menumbangkan kerajaan BN bukan mudah ini diketahui sendiri oleh dsai.....beliau hanya menguji dengan mengatakan 30 AHLI PARLIMEN AKAN BERSAMANYA tetapi yang beliau harapkan adalah dengan membuat rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan dengan keluar dijalanan seperti apa yang berlaku di INDONESIA pada tahun 1998 zaman kemelesetan ekonomi asia bermula dari THAILAND(demonstari jalanan yang menumbangkan SOEHARTO)

    Memberi tekanan kepada kerajaan BN oleh rakyat yang hilang kepercayaan dengan keluar dijalanan ini adalah mainan dsai sejak diuniversiti lagi....dengan membuat tekanan sebegini diharap kerajaan Pak Lah terpaksa membuat pembubaran parlimen segera demi untuk mendapatkan majoriti mudah 2/3 diparlimen...dan inilah yang diharap oleh dsai ketika MASA EMAS ini.

    saya tidak mengatakan artikal saya ini benar tetapi semua orang berhak untuk berbicara secara rasional...dan akhirnya saya percaya jika kita benar2 ikhlas dalam perjuangan,hanya ALLAH dan empunya diri sahaja yang tahu dan seperti saya katakan dulu saya tidak perlu jawatan untuk berbicara sebegini tapi ”SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT”demi sayangkan bangsa saya dan keamanan negara saya berharap bicara saya bersama ds khir dan para blogggers semua dialam maya ini dapat membantu yang mana patut sekurang2nya sokongan moral kepada pemimpin tulin yang berjuang untuk umno(bukan pemimpin keparat yang berselindung disebalik wajah umno dan merosakan umno) .saya rasa kebanyakan bloggers disini sayangkan pemimpin mcam ds khir sebab itulah bloggers disini lebih rela menegur pemimpin (walaupun pahit diterima oleh ds khir).

    Saya tidak sanggup dan rela pemimpin saya dicaci dan dihina oleh pihak luar,tetapi apakan daya hanya ini yang dapat diberikan .....sabarlah..sepandai2 tupai melompat akhirnya akan jatuh ketanah jua.....insyaallah dan jangan berputus asa...ramai yang menyokong umno lagi saya yakin.

    Kepada pembangkang umno yang terlalu benci dan sanggup menelanjangkan umno walau apa terjadi,saya ingin memberi peringatan...diluar sana ada ramai lagi yang diam(sokong umno) tetapi sedang memerhati tingkah laku kamu yang sanggup memalukan bangsa sendiri sehingga ditertawakan dunia luar...agar kembalilah kepangkal jalan sekurang2nya jagalah maruah bangsa demi masa depan anak cucu kita dikemudian hari.
    KEPADA YANG LAIN BERILAH PANDANGAN ANDA YANG MEMBINA SEMANGAT JATI DIRI.TAK SALAH KITA BERBEZA PENDAPAT TETAPI BIARLAH PANDANGAN KITA MEMBAWA KEMAJUAN KEPADA BANGSA MELAYU KITA,BUKAN MENGHANCURKAN MELAYU!!!!!

    ReplyDelete
  22. sebahagian besar pandangan Dr tentang isu ini saya setuju.

    jika benar DSAI benar, bersabar dan muhasabah diri, tentu ada sesuatu yang Tuhan maksudkan dengan peristiwa ini;

    Mengapa Ambil Berat Kezaliman Orang?

    Menjelang Zuhur
    18.10.99

    Engkau mempersoalkan ketidakadilan orang lain?
    Mengapa engkau mengambil berat sangat kezaliman orang?
    Engkau laung-laungkan, engkau pekik-pekikkan
    Engkau ajak dan hasut orang ramai bersimpati dengan engkau
    Mereka pun riuh-rendahkan ke seluruh negara
    Engkau dan mereka caci-maki si penzalim
    Engkau dan orang ramai sakit hati dengan ketidakadilan mereka
    Engkau atur strategi menentang mereka
    Engkau tuduh dan tohmah berbagai cara
    Tapi perlu ingat, engkau dan orang ramai sudah adilkah?
    Apakah engkau dan orang ramai tidak melakukan kezaliman?
    Sudahkah engkau dan orang ramai adil dengan diri sendiri?
    Sudahkah berlaku adil dengan anak dan isteri?
    Dengan kawan-kawan dan dengan orang-orang yang pernah terzalim?
    Engkau tahukah beza, zalim martabat tinggi itu ialah orang yang tidak kenal Allah
    Orang yang tidak menjadikan Tuhannya itu idolanya
    Orang yang tidak mengagungkan, menyanjung dan tidak menyembah Allah
    Zalim yang engkau perkatakan itu terlalu kecil sahaja
    Tidak adil di bidang ekonomi, pembahagian projek yang tidak seimbang diagih
    Pemimpin yang mementingkan kroni-kroninya sahaja yang engkau benci
    Ini adalah ketidakadilan yang remeh-temeh dibandingkan orang yang tidak mempedulikan Tuhan
    Ini bererti engkau menentang penzaliman yang kecil
    Sedangkan kezaliman engkau lebih besar lagi

    ReplyDelete
  23. YBhg Dato Seri.

    Keadaan negara bercelaru oleh kerana perkara perkara yang tidak benar, sedangkan negara memerlukan ahli ahli politik yang baik untuk meneraju negara didalam kegeloraan pasaran dunia sekarang ini.

    Saya telah merasa muak dengan tindakan kaum kerabat mereka itu dan sudah sampai masa nya semua rakyat merenung kembali apa yang telah terjadi dan balik kepangkal jalan.

    Sesungguhnya, sudah sampai masa peralihan dilakukan dari idea idea kolot kepartian yang mementing diri sendiri dan harus dihapuskan.

    Saya menyokong penuh pandangan Y Bg Dato Seri.

    Sekian,

    ReplyDelete
  24. Assalammualaikum saudara sekelian,

    Mufti Perlis pada saya telah mencadangkan sesuatu yang bernas. Dalam keadaan sekarng ini itu sahaja caranya. Kenapa saya berpendapat demikian:-
    1) Jika Anwar di bicara melalui sistem perundangan sekarang dan keputusan dibuat mendapati beliau bersalah. Beliau akan canang yang sistem perundangan Malaysia dikuasi Kerajaan BN dan oleh yang demikian ia tidak adil.
    2) Samalah juga jika kes ini didengarkan dan dibicara di mahkamah syariah. Output yang sama akan terhasil. Beliau akan tetap putar belitkan fakta dan masih mengatakan beliau tidak bersalah tapi dizalimi.
    3) Keadaan fitnah memfitnah ini memberi contoh yang kurang baik terhadap kredibiliti orang-orang islam dan boleh mewujukan rasa jelik orang bukan islam terhadap kelakuan orang islam. Tambahan pula sekarang ini hebat diperkatakan tentang islamofobia.

    Ironinya, sekarang ini banyak pulak hujah dari pemimpin agama di negara ini terhadap wajar atau tidak keperluan bermubahalah. Apa ini? Tiba-tiba ada pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan yang bermubahalah tidak sesuai.

    Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Tidak sekali-kali Allah akan inaya orang yang tidak bersalah. Besumpah lah kalau benar. Kenapa aperlu takut. Mudah sahaja. Berani kerana benar dan takut kerana salah. Allah yang maha mengetahui.

    Sekarang ini.. selain dari isu pengkristinian Melayu ada lagi satu gejala lagi bahaya.. yaknih bertambah nya Ustaz sesat yang mempolitikna agama. Ceramah untuk kebaikan sikit sahaja tapi yang mengata dan memburuk-burukkan orang lagi banyak. Belajar di Universiti Al-Azhar bukan tiket ke surga allah. Golongan ini lagi dahsyat dari padri kristian.

    Sibuk untuk politik agama islam... kerja mentarniah orang dan menyebarkan islam diketepikan... lepas tu buat ceramah kata banyak orag islam masuk kristian.. APA YANG DIA BUAT UNTUK MENGHINDARKAN PERKARA ITU? SEKADAR BERCAKAP SAHAJA TIDAK DAPAT MEMBANTU APA?

    Semoga allah akan tunjukan keinsafan kepada cerdik pandai agama supaya kembali kepada yang benar... takut lah kepada Allah....

    ReplyDelete
  25. DSKT, dari dulu lagi tuduhan ni terus dilemparkan. Kalau semua ini hanya fintah, sy berdoa semoga Allah menjatuhkan hukuman dan laknat kepada DS khir toyo dan mereka yg terus menyebarkan fitnah ini.

    Pergi ke tanah suci seribu kali pn xguna kalau perangai xubah2.

    ReplyDelete
  26. saya tukar tajuk sikit.

    adakah umno bhg dari selangor nak ikut mamak penang cawangan belum pun mesyuarat dah buat pencalunan demokrasi ape ni.
    nak letak mane suara perwakilan cawangan ke bahagian
    ketua bahagian jangan tunjuk sangat kongkong suara hati ahli2, yg ada pun tak tau berapa yg tinggal masih nak tunjuk kuasa

    ReplyDelete
  27. penyokong pkr kena terima hakikat pemimpin mereka banyak berlakon.sepatutnya kerajaan selangor menunaikan janji pilihanraya dan bekerja untuk rakyat.sekarang bukan masa nak protes sana dan protes sini.perhimpunan sejuta rakyat juga tidak menyelesaikan masalah negara, ia lebih memberi nama untuk pihak tertentu untuk mencari glamour .pemimpin pr hanya mencari kesalahan orang lain,sedangkan negeri tidak terjaga.biarkan anwar dengan kes liwatnya,yang penting tumpuan pada rakyat selangor.kita tiada masa lagi nak ceramah sana-sini memburukkkan orang lain.kelak merana diri...5 tahun sahaja pr kena buktikan pada pengundi mereka.ini peluang yang telah di beri oleh rakyat yang mengundi atas pagar,mereka ini mengharapkan sesuatu imbuhan yang di janjikan.video pengakuan tun dr mahathir telah di edit dalam [you tube] amat di kesalkan kerana tun seorang yang berpendirian teguh dan tidak pernah mengaku kalah.hidup umno...

    ReplyDelete
  28. Assalamu'alaikum DSDK dan semua pembaca serta salam sejahtera buat pembaca bukan Islam...

    Saya memuji hujah DSDK berkait isu DSAI ini yang begitu tepat dan padat sekali. Tidak perlu lagi untuk DSDK dan semua orang meletakkan ayat sebagai "mungkin terjadi" kerana pada dasar dan hakikatnya saya sebagai hamba Allah pada bila-bila masa sahaja bersedia menegakkan Islam agama suci Allah swt dengan bermunajatlah kita memohon petunjuk kebenaran yang hakiki daripadaNya jua. Sesungguhnya itulah sebaik-baik jawapan serta ketetapan Allah swt. Bagi seluruh umat Islam sejati, lakukanlah ianya dengan khusyu' dan tawaddhu' daripada terus berprasangka di minda.

    Berkenaan isu kononnya menerima desas-desus ancaman bunuh sebenarnya itu semua hanya karut-marut semata-mata. Bersembunyi di kedutaan Turki adalah bertujuan mengelak dipersoalkan oleh media sambil merancang sesuatu untuk menyerang balas terhadap sesiapa sahaja pemimpin kerajaan demi menutup keaiban diri sendiri akibat berperilaku songsang yang lebih hina daripada binatang. DSAI memang licik dan bijak menyusun kata-kata berpidato di khalayak ramai. Malangnya masih ada di kalangan pemimpin pengikutnya yang masih ketara menyokong menggila-babi berlandaskan akal bodoh yang cetek ilmu dan dangkal keterlaluan cuba memutarbelitkan firman Allah swt dan hadis Rasulullah saw. Masya'Allah! Benar-benar menggelikan hati... Tapi kalau DSAI pula anunya saja yang reti geli...

    BERTAUBATLAH! KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN! NA'UZUBILLAH!

    Inilah yang dikatakan TUHAN dalam Al-Quran tentang golongan makhluk pemimpin di akhir zaman. Sudah terang lagi bersuluh. KeTAKSUBan kepada pemimpin idola secara membuta-tuli dan menggila-babi tanpa mahu menggunakan akal secara waras. Nama saja ada pelajaran tapi otak di bawah telapak kaki masing-masing.

    PEMUDA PELAPIS
    www.pemuda-pelapis.blogspot.com

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Dato Seri yang dihurmati;

    Apabila kita ingin menyuarakan sesuatu, maka kita kena bersikap jujur dan tidak prejudice, jika tidak pandangan yang diberi tentunya berunsurkan hipocrisi.Jadi kenalah jujur memberi dan menerima pandangan.

    Begitu juga dengan Kerajaan. MEREKA mesti jujur berjuang untuk Rakyat. Jangan hanya OMONG KOSONG saja.

    Macam macam skandal dan masaalah rasuah yang ada di Negara kita. Belum lagi kes Altantuya selesai, kini timbul pula kes SODOMI yang melibatkan Anwar.Secara kebetulan,yang kena cabul pergi berjumpa DS Najib untuk mendapatkan bantuan nasihat.Kenapa beliau tidak pergi buat lapuran polis secepat mungkin.

    Saya begitu yakin tentunya ada lagi pelakun pelakun handalan dalam BABAK ini.Penulis skrip dan PENGARAHNYA? SIAPA agaknya?

    Rakyat sudah jelek dengan semuanya ini. Tolong cari jalan untuk selesaikan masaalah Rakyat.Pemimpin pemimpin terutamanya dalam UMNO hanya asyik cari strategi menangkis Pakatan Rakyat.Pakatan Rakyat adalah gabungan parti parti, jadi tolong jangan sebut mereka itu PEMBANGKANG.Apakah UMNO saja yang bolih membela nasib RAKYAT? Tolonglah Rakyat tidak BUTA. Hanya Pemimpin kita yang BUTA HATI.

    ReplyDelete
  31. sekadar bertanya, jika anwar sanggup bermubahalah dan begitu juga saiful, apa akan jadi agaknya?

    katakan senario yg terjadi selepas bermubahalah itu begini:

    senario pertama;
    anwar ibrahim ditimpa mala petaka, sebagai tanda hukum Tuhan telah terlaksana, apa akan jadi agaknya kepada PR? kemungkinan PR akan dibubarkan.berduyun2 manusia akan mengisi borang UMNO.UMNO bertambah kukuh.

    senario ke dua;

    saiful ditimpa bencana sebagai tanda dia seorg pendusta.
    adakah DSKT akan mengepalai org UMNO mengisi borang PR pula?

    ReplyDelete
  32. dato' seri,

    jgn sampai kita yg bengkak bernanah sudah la. Kerana tak perlu kita terlampau terikut-ikut serta membuat pelbagai andaian tafsiran. Alangkah baiknya kita menumpukan usaha serta berfikir bagaimana menangani kerumitan yang sepatutnya kita hadapi hari ini.

    harap dato'seri terus berusaha dan berfikiran positif dan bersikap neutral dlm isu liwat meliwat dan seumpamanya ini tanpa menyakiti mana pihak. Apatah lagi kesahihan belum terbukti. Biarlah pihak yg berhak menentukannya. Kita teruslah berkerja.

    ReplyDelete
  33. Bro bung karno,
    Bangkali DSAI ni idola nye Mandela kut. Sesuai jugak tu bekas banduan lepas tu jadi negarawan. Tapi Mandela tahanan politik. DSAI? Dan saya pernah terbaca Mandela ni idola KJ. Hebat.

    Bro wanzaim,
    Betul lah saya baru perasan. DS tak de pun blog che det.

    ReplyDelete
  34. Saya bersetuju dengan ulasan Dato' Seri kecuali pengakuan Dato' Seri Najib yang mengesahkan bahawa Saiful datang berjumpa beliau di kediamannya. Walau pun Najib telah memberikan penjelasan, namun, masih lagi ada banyak tanda-tanya. Persoalannya, bagaimana seorang rakyat biasa seperti Saiful, walau serapat mana pun beliau dengan pegawai Najib, boleh bertandang ke rumah TPM untuk membuat pengakuan? Di anatar banyak menteri, kenapa pilih Najib? Tempat yang beliau sepatutnya pergi ialah pejabat peguan dan bukannya kediaman peribadi TPM. Saya kira persoalan ini juga menghantui banyak rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  35. Memandangkan DSAI seorag yg bijak, sgt pelik jika beliau membiarkan dirinya terlibat dgn liwat di saat karier politiknya semakin meningkat.

    Andaikata ini adalah konspirasi oleh BN plak, pelik jgk sebab sudah tentu rakyat kebnyakan akan menganggap ini usaha terdesak BN utk memadamkan karier DSAI, seterusnya bersimpati kpd DSAI.

    Apa2 pun, memandangkan DSAI membuat pakatan dengan DAP, maka diharapkan DSAI gagal dlm usahanya menjadi PM supaya hasrat2 DAP tidak tercapai.

    ReplyDelete
  36. Doc,

    Boleh tak Doc, cerita pada semua apa yg Brader Anwar Bin Ibrahim punya penyataan bela diri semasa dipanggil oleh MT pd 1997 dulu.
    Ada ke dia bela diri atau pun dia nak jadi yg terbaik dlm yg buruk2 seperti yg Doc kata.
    Saya rasa UMNO perlu mengeluarkan setiap butir perkataan yg Brader Anwar Bin Ibrahim ni cakap pada malam itu.

    Orang melayu ni kalau tak kena smash tengah2 dia kata main mengengelat. Macamna taknya ada lagi org melayu yang ingat mati kat Mekah boleh terus masuk Syurga.
    Kalu betul untuk Abu Lahap.

    ReplyDelete
  37. Anwar mmg bijak dan menunjukkan ciri2 kepimpinan yg 'bagus''baik'.Tapi malang..ibarat takur dengan bayang-bayang sendiri.Cuba Dr lihat..since Pak Lah bantu dia 'keluar',Anwar pun sekrg dah bebas, maka takde menonjolkan sikap beliau serta rakan2 lain untuk 'merampas' dan bertindak lagi kejam.Kenapa nak tembak Najib pulak.Sendiri buat nanah dgn 'liwat'dari sekolah lagi kot..maklumler sekolah MCKK..semua lelaki..isk..inilah sikap Anwar..ituler siapa suruh kenekan Arwah Ghafar Baba..kan diri sendiri lagi diAIBkan..sendiri tanggungler..

    ReplyDelete
  38. dari pandangan orang lama,Anwar ni mmg attitude begitu..itulah contoh manusia yang 'baik'.apapun biar Allah yang tunjukan belang dan topeng sebenar manusia yg benar2 hipokrit.
    Tapi mmg DSAI pandai berlakon,kejap sakit kejap sihat..dari saya sekolah rendah sampai dewasa tgk perkembangan dia,dgn kes liwat etc..iskk pelikler manusia ni.PSIKO..PSIKO.mcam ni nak jadi pemimpin

    ReplyDelete
  39. Adalah disarankan kita rakyat yang berugama Islam mengadakan sembahyang hajat perdana, baca yasin mohon kepada Allah s.w.t. untuk menunjukkan kebenaran kepada apa yang berlaku sekarang, macam yang selalu kita lakukan dahulu-dahulu masa jerebu, masa kemarau, masa banjir dan macam-macam lagi. Saudara boleh jadi imamnya, kalau sudi.
    Kita sekarang bersikap macam tidak ada pegangan di dalam kehidupan seharian, walhal kita ni memang orang Islam. Agama memang terbaik tetapi amalannya, setan pun tergelak.
    Adakah ini balasan dari Allah atas sikap sambil lewa kita? Adakah kita mengundang kemurkaan tuhan, untuk memberi 'bala' lebih besar?
    Allahu Akbar!

    ReplyDelete
  40. Jika anda terima ugutan bunuh, dan ada pembunuh professional upahan diupah untuk membunuh anda, dimanakah tempat paling selamat untuk mengelakkan anda dibunuh?

    A. Berucap kepada orang ramai daripada bumbung kereta.

    B. Membuat penampilan dengan membuat sidang akhbar sebanyak yang mugkin.

    c. Mengumpul 1 juta orang di satu tempat dan berucap didepan mereka.

    D. semua diatas

    Jawapan dari Datuk tak ber"Sri" A.I ialah D

    He, he lawak sungguh

    DSAI adalah orang yang paling susah untuk dibunuh, nyawenye liat. Buktinya:

    A.Kena tumbuk sampai lebam- boleh senyum sambil beri keterangan terhadap ketua polis.

    B. Kena racun arsenik, tapi sampai sekarang sihat walafiat. Kalau orang lain dah lama kiok

    C. Sakit tulang belakang, kata kalau tak dirawat ikut cadangan dia ( doktor kat malaysia tak ada kelaslah) akan merbahayakan nyawe dalam masa terdekat. Sihat dan fit je sampai sekarang (ape yang doktor kat Jerman tu buat tah?)

    Buat ape nak takut, kalau ikut cerita, HERO takkan mati (HERO dalam lakonan)

    Sorry, tatapan untuk mengurangkan stress semua orang.

    ReplyDelete
  41. Camgini lah, kini ni semua gaduh pasal mamat yang namanya anwar ni, pasal mat namanya abdullah, dan mamat namanya najib. Kita hidup je macam dulu-dulu zaman parameswara dulu. Biar raja je yang memerintah negara. Takpun ikut stail brunei, agong and PM same person. Hapuskan sistem parti politik, dengan paklah, najib, and even anwar pun tak payah nak tambah dosa tabur fitnah.
    Makn ubi kayu je semua, tak payah gaduh-gaduh.
    Kalau takpun, kita perang dengan mana-mana negara dulu, so kita semua sibuk perang, tak de masa pasal politik, boleh?

    Maka dengan itu, adalah baiknya kita semua rakyat ni, berfikiran terbuka. Korang ingat cerita seniman bujang lapuk dulu, itu singh jaga kata, 'apa la punya bangsa, orang punya rezeki pun mahu dengki'. Kalau kerja lebih, lebihlah rezekinya, dulu zaman tun mahathir, macam-macam masalah timbul, tapi kita rakyat malaysia tak macam ni. dulu kita boleh je hadapi krisis ekonomi bersama-sama. sekarang si nuar dah kuar penjara, habis satu negara kecoh. Hantar dia masuk balik! aman sikit malaysia ni. semua orang tak ada prejudis sesama sendiri.

    Tak pun suruh dia balik ceruk tok kun nuh, pegi tanam durian. cukup tahun ble jual durian. boleh pegi semejit, boleh pegi mekah tiap tahun, boleh jadi imam kat umah, nanti kat dalam kubur tak lah teruk kena soal sebab nak sangat jadi pemimpin rakyat.

    ReplyDelete
  42. Kepada Draven:
    "kalau iya pon DSAI teruk kat mata ko,cuba ko ingat balik(harap ko tak PIKUN)apa jadi kat DSAI tahun 1998.tak kan ko pekak = buta apa yg jadi.lepas kena pecat,kena tangkap,...apa jadi...polis cakap dia selamat dan selesa kat tangan POLIS...tup tup keluar lokap bawa mahkamah ape jadi"

    Wei tahun 1998 tu ko yang memerentah ker.. maser tu saper jadek PM.. ko ker.. dolu org lain jadek PM.. skang org lain.. ko tu yang BENCI kat orang kot..!!


    Kepada anakselangor_tetap
    "Tak malu ke? Rakyat dah buang kamu, terimalah keputusan kami.

    Wei nampak sangat ko nie tak paham politik.. kurang membaca.. hati busuk.. Lain kali baca betul2 keputusan pilihanraya ke-12 ari tu.. DS TAK KALAH.. jadek dier x kener buanglah.. nie mmg org yg terlalu membenci nie..


    Kepada Mamat
    Aku raser ko nie terlalu bencikan semua pekara dalam kerajaan nie..
    Semua bender tak betul yea..



    Kepada Agensi Perisikan Pusat
    Tak payahlah ko nak doakan sesuatu yg BURUK kepada orang lain.. ISLAM ajar ko macam tu ker..?? Aku raser ko nie hati2 yg berkarat gak nie..
    Cuber ko bayangkan kalau semua orang doakan utk MENJAHANAMkan ko..
    Kalau Anwar tu PENJAHANAM BANGSA.. maka aku doakan agar ALLAH menjahanamkan hidup ko.. keluarga ko.. cucu ko.. serta keturunan ko.. semoger ko hidop dalam kedaifan serta hidup sengsara.. amacam ok tak..??
    Ingat ko tu pon tah dah raser "Tanggungjawab" ker belom..
    Tapi dah pandai nak doakan bender tak elok kat org.. Takper semoga Allah menunjukan jalan yang lurus pada ko..

    ReplyDelete
  43. Assalamulaikum,DS

    Dalam senario politik skrg ini,gaya
    berpolitik menampakkan keserabutan
    yg dicipta hanyalah untuk menarik perhatian masyarakat.Rakyat harus berfikiran terbuka untuk menerima atau menolak.

    Jangan sampai jiwa warga hilang pertimbangan.

    Elakkan terlalu taksub pada pemimpin.Cubalah pupuk jiwa yg tulus.

    ReplyDelete
  44. salam dato' seri..apa pasal lah dato' seri tak tambah kenyataan ni...

    igt tak masa dulu time si nuar ni kat sg. buloh..bukan dia kata dia diracun dgn arsenik dan HIV...sudah2 nya doktor sahkan dia sihat bebas dr apa2 keracunan...masa tu azizah kata dia bersyukur..

    tapi kita mesti igt..perkataan syukur dia tu tak sesenang yg dia ucapkan..abih tu masa dia sibuk maha busy tabur fitnah yg laki dia kena racun kan dgn arsenik n HIV tu apa hal nya pulak...porak peranda satu malaysia..

    nampak sgt dah si kaki penipu anwar ni..

    satu lagi sapa kah org pertama yg reveal kes liwat anwar ni..tak lain n tak bukan org tu adalah karpal singh dan mat sabu..

    mat sabu lah yg ber tanggung jawab bg nama al-juburi pd nuar...budak 2 org ni jugalah yg dlm ceramah2 diorg terjerit2 kata apa kerajaan buat dgn al-juburi nih??

    bila dah didakwa, 2 org manusia ni boleh pulak ye tukar kata2..cam ne ni..klau dulu siap kutuk macam2 lepas kluar dr kabinet n UMNO terus jek diorg peluk si nuar...wah2..lidah cabang 800.

    kalau betul dia nak kena bunuh apa pasal berani sgt buat ceramah terjerit2 kat tgh2 penyokong dia seramai 10000 org tu??

    tak takut pulak kalau otak dia bersepai masa tgh berucap. ha..nampak sgt kaki penipu..mmg tak dapat dinafikan anwar suka "berkata2 penglipur lara" tapi kalau dikifir2 secara teliti anwar ni mmg penipu besar..ntah2 semua ni cuma mainan politik dia nak raih simpati.

    ReplyDelete
  45. salam DSKT,

    APAPUN KITA SEMUA PERLU MENYERAHKANNYA KEPADA PIHAK BERKUASA ATAU MEWUJUDKAN SIASATAN DIRAJA SEPERTI KES LINGAM. YANG PASTINYA KEDUA-DUA PEMIMPIN YANG SALING TUDUH MENUDUH ITU PERLU JUGA DISIASAT.

    KITA SEMUA TAK PERLU NAK TUDING JARI KEPADA SESIAPA.. YANG MEMBUAT LAPORAN POLIS DAN AKUAN BERSUMPAHPUN DAH BUAT JADI MEREKA INI YANG PERLU DISIASAT. JANGAN ADA DOUBLE STANDARD. PENGADU RASA BERTANGGUNGJAWAB APA YANG DIADUKAN PADA POLIS. SO JANGAN ADA YANG MEMPERTIKAIKAN MEREKA. MEREKA BUAT MEREKA TANGGUNG.

    ReplyDelete
  46. Selagi ada species yg sorang ni..malaysia akan porak peranda dibuatnya. Penipu besar. Tapi tak apa... Allah akan tunjukkan kebenaran. Semoga Allah sentiasa melindungi negara Malaysia seperti mana yang berlaku pada tahun 1998 dan 1999. Inilah masalahnya... masalah peribadi & akhlak antara species yg sorang ni dgn saiful, tak pasal2 orang lain yg kena. Kenapa takut sangat. Yakinlah pada Allah. Kalau benar, Allah akan lindungi kita. Saya, memang nak tunggu dan tengok species sorang ni. Kalau dia berani bersumpah atau tidak. kalau berdua ni bersumpah tentu dah settle masalah. Tak payah nak libatkan orang lain. Buang masa aje.
    Ini pesanan buat penyokong PKR :
    1) tak payahlah membela orang yg tak tahu betul atau tidak, bermati-matian. Tunggu proses undang2.
    2) buat solat hajat di Stadium shah alam, panggil Nik Aziz, Abd hadi dan semua ulamak PAS/PKR dan semua penyokong korang kemudian mintak doa supaya Allah melaknat atau menimpakan bala kepada orang yang sebenarnya bersalah dlm hal ini atau yg membuat konspirasi atau fitnah..
    3) Pujuk species sorang ni, untuk bersumpah bersma-sama dgn saiful.
    Ini cadangan aje...kalau benar kita orang Islam yg beriman, saya rasa ini yg perlu dilakukan. Yakinlah, biarpun seluruh dunia mengatakan TIDAK tapi jika Allah kata YA, maka Ya lah jawapannya. So tak perlu takut, nanti Polis tipulah...buat bukti palsulah... ada konspirasilah... buat skriplah.. ada pelakonlah.. dan macam2 alasan yg dibuat. Seolah-olah mereka ni tak percya kepada kekuasaan Allah. Allah lebih berkuasa...
    Semoga malaysia terus cemerlang, gemilang dan terbilang...Amin

    ReplyDelete
  47. "Anwar boleh membuat laporan tersebut bila-bila masa sahaja sejak 1999 sehingga awal 2008. Sama ada ketika beliau di dalam penjara mahu pun ketika telah keluar penjara. Sama ada ketika negara ditadbir oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu pun ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."

    Dato' Seri kena faham, DSAI telah maafkan mereka tentang kes 1998. Sila ikuti mana-mana ceramah beliau dan artikelnya. Laporan ini kerana mereka melakukan sekali lagi dan DSAI tak bole berdiam diri bila orang yg dimaafkan menggigit beliau lagi. Apa-apa pun kembali pada hukum Allah dengan membawa 4 saksi nyata yang berpegang dengan hukum Allah,jika tiada hukum hudud atas penuduh. Dato' Seri tak yakin dengan hukum Allah kah?tiada ulasan Dato' Seri yang merujuk kepada hukum Allah.

    ReplyDelete
  48. Walaupun mungkin ada yang sanggup berbohong apabila bersumpah, sidang media bersumpa kedua-dua (Anwar & Saiful) perlu diadakan.

    Sumpah atas nama Tuhan dan bersumpah bahawa laknat Tuhan akan jatuh ke atas diri mereka jika berbohong. 3 bulan kemudian kita tengok apa jadi kepada salah seorang daripada meraka.

    ReplyDelete
  49. salam perjuangan

    Saya berkongsi pendapat dan memiliki keputusan analisis yg sama dengan DSKT berkaitan kes ini.. seperti di blogs saya :

    http://www.idealismalaysia.blogspot.com

    Namun begitu apa yg membimbangkan saya ialah sikap rakyat di negara kita yg gagal berfikiran terbuka sebaliknya bersikap jumud dan memiliki minda yg terkunci untuk terus menjadi penyokong MEMBABI buta Anwar Brahim.

    Tidak kira apapun dilakukan Anwar tetap dianggap suci dan kata-katanya adalah satu keramat dan mencerminkan kebenaran serta harapan...

    Persoalannya apakah setiap mereka penyokong fanatik ini mereka benar-benar kenal, amat rapat dan mengetahui siapa Anwar ini sebenarnya??? Atau hanya mendengar cerita2 yg hebat, alim dan baik Anwar daripada penyampai2 yg diragui tanpa bukti jelas...

    Sedar lah...
    1. Anwar bukan nabi dan dia bukan maksum yg kita mesti agung2kan... yg pasti dia akan ada melakukan kesalahan... jadi tidak mustahil dia bukanlah sesuci yg semua fikirkan... sebaliknya merupakan insan yg keji penuh kehinaan yg mungkin boleh disifatkan seperti syaitan yg bertopengkan manusia... yg bertujuan memperdaya dan menjahanamkan ummat manusia.

    2. Anwar seorang yg munafik... buktinya kata-katanya byk berunsurkan fitnah dan menimbulkan pergolakan serta pergeseran dalam masyarakat... dalam ceramah dan kenyataannya banyak menimbulkan pembohongan dan tidak berlandaskan fakta dan bukti sebenar sebaliknya dia mengambil kesempatan memutar belitkan fakta berkaitan isu sensitif yg sensasi sehingga ramai rakyat tertipu dan terperdaya dengan kepetahan berhujah beliau... hingga terikut2 dan menyokong sebuah perjuangan sia-sia tanpa bukti yg jelas. Kalau Anwar pemimpin dan muslim yg baik dia pasti akan menjaga adab, tutur kata dan perbuatannya mencerminkan apa yg Allah SWT mahukan dan Al-Quran nyatakan tapi sebaliknya Anwar amat keji dengan menghalalkan apa jua cara walaupun haram dan berdosa disisi Islam demi memperoleh kekuasaan.

    3. Anwar pengkhianat... Apakah tindakan Anwar berkhidmat dan bekerja dengan badan yg sememangnya diketahui dibiayai oleh syaitan dunia iaitu Amerika yg merupakan pendokong dan penyokong kuat Yahudi melambangkan betapa berkarismanya Anwar... jelas dia tidak mempunyai prinsip hidup yg jelas... Anwar sanggup berkhidmat dan bekerja untuk agensi kafir itu demi menjalin hubungan baik dan sebagai balasannya syaitan Amerika akan memberikan batuan terutama kewangan dan maklumat perisikan utk membantu kerjaya politik anwar di Malaysia... Buktinya Amerika sanggup campur tangan dalam hal ehwal negara kita demi mennunjukkan sokongan pada Anwar... nah apa lagi yg kita mahu lihat... mahu anwar menjadi pemimpin kita pasti Malaysia akan mengikut telunjuk Amerika jika Anwar berkuasa... Masa depan kita dan anak cucu kita...???

    Kepada rakan-rakan,

    Bukalah minda dan jadilah seorang yg rasional dan terbuka... lihatlah sesuatu itu dari setiap persepktif yg berbeza... nilailah sesuatu itu dengan teliti dan bersama BUKTI YANG BENAR dan NYATA ...

    Jangan membuat keputusan dan menilai sesuatu itu dengan EMOSI DAN PERASAAN SAHAJA... buang perasaan taksub dan terlalu memuja mahluk...

    CARILAH KEBENARAN... kemudiannya jika terlihat bukti nyata dan kebenaran itu janganlah nanti menidakkan kebenaran yg terbentang dihadapan mata... bimbang Allah SWT menutup terus pintu hati kita dari menerima petunjuk dan Inayyah dari-NYA.

    Sebagai mahluk Allah SWT kita perlu adil dan jujur... walau pihak mana pun jika ia adalah satu kebenaran kita mesti menyokong dan jika ia satu kemungkaran pihak mana sekalipun kita harus menentang...

    Seterusnya jagalah perilaku dan adab yg telah Allah SWT tetapkan dan yg nyata dugariskan didalam Al-Quran serta Hadis Nabi... Jadilah muslim yg baik dengan menjauhkan diri dari fitnah dan perbuatan yg merosakkan masyarakat... juga perbuatan menghalalkan perkara yg dilarang dan jelas haram demi meraih KEKUASAAN di dunia yg fana ini... percayalah Allah maha mengetahui...

    Kebenaran pasti akan terserlah cuma hati mana yg Allah buka bagi mendapat petunjuk kebenaran itu dan hati mana yg Allah tutup dari mendapat hidayah utk melihat kebenaran yg membezakan kedudukan kita nanti...

    Semoga Allah meletakkan kita di pihak yg benar yg dapat menilai sebaiknya segala perkara yg terjadi dengan hati yg terbuka dan minda yg waras... menerusi hidayah dan rahmat Allah SWT...

    Renung-renungkan , selamat berjuang

    ReplyDelete
  50. salam DS dan bloggers semua,
    several points for me and us all to ponder, tenang-tenang baca ye!
    1. kenapa bila DSAI dituduh, anda semua beria-ia tidak mahu percaya, sedangkan bila orang lain dituduh, kamu mudah sangat percaya?
    2. kenapa setiap tuduhan pada DSAI adalah konspirasi, tetapi setiap tuduhan pada orang lain adalah benar bagi kamu ?
    3. kenapa bila DSAI dituduh zina @ liwat, kamu beria-ia merujuk kehendak Islam tentang 4 saksi yang tidak fasik ( which is absolutely right), tapi bila kamu menuduh DSKT, DSN, JJ dsb, kamu sendiri menyambung tuduhan tanpa ingatkan ALLAH?
    4. kenapa seronok menjatuhkan kerajaan yang dikuasai Melayu Islam, dan seronok pula berpelukan dengan DAP meruntuh maruah orang2 Melayu di Perak dan Selangor?
    5. Kenapa seronok sangat melaknat orang lain, sedangkan hak melaknat itu hanya hak ALLAH?
    6. Kenapa kata kerajaan tidak membenarkan kita bersuara sedangkan kamu sendiri tak mahu menerima jika ada orang yang berbeza pandangan dengan kamu?
    7. berapa rapat kamu dengan anwar, dan berapa rapat kamu dengan najib, hingga bila kamu membandingkan mereka, seolah-olah kamu ini hari2 tidur rumah mereka?
    bila masa kamu tengok najib main perempuan, dan betul2 sure ke anwar tak main jantan?
    HOW SURE ARE YOU? REALLY ASK URSELF DENGAN IKHLAS DAN DENGAN MATA HATI!!!
    8. jangan marah ye tuan-tuan. pejuang Islam mesti banyak sabar dan muhasabah kan?

    ReplyDelete
  51. Saya tidak memuji hujah DS, kerana u dah buat fitnah besar. DS pun Cuma dengar2 cakap orang saja dan kemudian buat teori sendiri. Tak payahlah saya nak sebut dosa pahala, nanti ada pihak yang alergik pula. DS tentu arif apa hukumnya menuduh orang zina?. Dalam tulisan DS ini jelas sekali DS tlh pasti tuduhan liwat ke atas DSAI dan confirmed di atas segala cerita yang direka2 spt. konspirasi kepada Dato Najib dan sebagainya. Hmm..dunia akhir zaman, yang bacul disanjung, ulama dibelakangi, fitnah berleluasa, yang tidak arif agama sudah pandai bercakap pasal agama, dan golongan yg tidak pandai agama mengambil jalan mudah dengan lebih suka mendengar nasihat dari golongan2 ini (bukan ulama) supaya dipermudahkan gaya hidup - konsep Islam hadari. Bagi saya, yang bathil tetap bathil, saya tidak akan pernah mahu bersengkongkol dengan pemimpin2 yang bacul. Entah apa akan jadi pada orang2 Melayu dan negara Malaysia selagi mereka2 ini berkuasa. Saya tetap menantikan tiba masanya seorang ulama yang akan menjadi PM Malaysia.

    ReplyDelete
  52. Dr Khir,
    Kelemhan budaya politik Melayu sangat sesuai bagi mereka yg pandai bercakap berapi-api umpama penjual ubat, tetapi isinya kosong, tiada substance. Buktinya ramai orang Melayu suka dengar orang jual ubat tepi jalan.

    Oleh sebab itu kita lihat para pengikut begitu taksub dgn pemimpin mereka, menyokong membuta-tuli tanpa membuat sebarang kajian terperinci, maka kita lihat ramai orang Melayu begitu mudah terpedaya dgn kepetahan bercakap pemimpin sehingga mereka senang dimanipulasikan.

    Ian, SA

    ReplyDelete
  53. Salam DS,
    Kalau nak bersumpah, semua pemimpin UMNO dan barisan kabinet telah bersumpah untuk mentadbir Malaysia dengan aman , makmur dan sejahtera....kononnya.
    Tetapi pemimpin dan menteri kabinet BN/UMNO juga umpama sesumpah....lidah bercabang.
    Kulit muka pemimpin UMNO juga macam sesumpah....boleh berubah.
    Penyokong BN atau PR tetap terus menyumpah pemimpin mereka kerana gagal menurunkan harga barang walaupun harga minyak naik.
    Tak payah lah bersumpah DS, kerana sumpah dan seranah lah menyebabkan DS jadi ketua pembangkang.
    "Cakap tak serupa bikin"

    Anak_Parit

    ReplyDelete
  54. UMNO TELAH BODOHKAN ORANG-ORANG MELAYU...COME KHIR JANGAN BODOHKAN BANGSA SENDIRI

    ReplyDelete
  55. "Anwar boleh membuat laporan tersebut bila-bila masa sahaja sejak 1999 sehingga awal 2008. Sama ada ketika beliau di dalam penjara mahu pun ketika telah keluar penjara. Sama ada ketika negara ditadbir oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu pun ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."

    Kalau saya berada dalam situasi DSAI, saya pun takkan buat laporan polis kepada Ketua Polis Negara dan Peguam Negara dalam tempoh masa 1999 hingga 2004. Kerana saya sebagai rakyat Malaysia tidak yakin bahawa mereka boleh bertindak secara telus terutamanya pada zaman Tun Dr. M. Sebenarnya sehingga hari ini pun imej badan-badan tersebut masih diragui oleh rakyat, mereka sepatutnya bebas dan bukannya di bawah pengaruh kerajaan. Tetapi keadaan hari ini adalah lebih baik berbanding 1999-2004, insyaAllah kita bakal menyaksikan perubahan dalam agensi-agensi berkenaan.

    Kenapa DSAI bersembunyi di kedutaan Turki. Berdasar pengalaman 10 tahun lepas, dimana rumahnya dirempuh semasa DSAI ditahan, apakah langkah terbaik untuk mengelakkan ia daripada berulang? Jika hari DSAI ke kedutaan Turki itu, ditakdirkan beliau ditahan lagi. Maka, semuanya akan senyap seperti 10 tahun lepas. Jika ada skrip yang telah terencana maka mudah ia dilaksanakan. Kerana di dalam tahanan, orang tidak dapat memperolehi sebarang cerita daripada pihak DSAI, berbanding jika DSAI diluar. Setakat hari ni nampaknya belum ada tindakan drastik diambil oelh kerajaan, Alhamdulillah.

    10 tahun lepas, semasa sibuk mempertahankan maruahnya sebelum ditangkap, DSAI tidak sedikitpun menyentuh Tun DR. M berkaitan pemecatan beliau, sehinggalah Tun terlebih dahulu secara terbuka memberikan komen negatif di media perdana. Sama juga hari ini, DSAI tidak sedikitpun menyentuh Pak Lah, tapi jika Pak Lah bertindak menghentam DSAI maka pasti DSAI akan membalas semula.

    Terima kasih Pak Lah kerana bersikap berkecuali hingga ke saat ini. Saya harap Pak Lah dapat memastikan siasatan dijalankan dengan telus, tidak kira pihak mana pun yang benar, pastikan kebenaran yang benar itu dibuktikan!

    Jika benar DSAI bersalah buktikan dan hukum, jika Saiful yang salah buktikan dan hukum juga! Beranikah Saiful jika kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah dan hukumannnya mengikut undang-undang Islam?

    Saya tertarik dengan keadaaan di Dubai, di mana kedai-kedai emas tidak memerlukan pak guard, kenapa? Kerana mereka takut dengan hukuman potong tangan! Adakah dengan adanya hukuman tersebut maka kesannya ramai orang kudung tangan? TIDAK! Hasilnya ialah tiada rompakan berlaku dan bukannya menghasilkan lebih ramai orang yang kudung tangan (itulah komen rakyat Malaysia bila isu undang-undang Islam dibangkitkan :) kononnya akan bertambah bilangan orang yang kudung tangan)

    Adakah undang-undang ciptaan manusia lebih baik daripada undang-undang Allah? Jika anda berfikir begitu, bagaimana pula dengan balasan neraka (dan syurga) bukankah itu juga undang-undang Allah?

    Dunia dah nak terbalik!

    www.ikhlasmalaysia.blogpost.com

    ReplyDelete
  56. Salam...Dato' Seri...
    saya dah buat satu laporan polis Terhadap tindak-tanduk DS Anwar Ibrahim di Balai Polis Jalan Travers pada 4 Julai 2008 yang lalu....saya minta pihak polis menyiasat DS Anwar Ibrahim...Untuk melihat report polis yang dibuat sila layari..

    www.shamsuddinmoner.blogspot.com

    ReplyDelete
  57. Datuk, jika datuk seorang yang benar2 jujur dan telus tanpa ada sebarang kepentingan peribadi didalam politik tanah air, saya mohon datuk menjawab persoalan yang diutarakan oleh saudara mamat.

    hentikanlah berretorik, kunun2 datuk la manusia yg jujur dan telus demi kesejahteraan Malaysia.

    Saya juga mencabar Datuk dan sekelian ahli UMNO, jika Anwar dan Saiful bermubahalah, dan hasil mubahalah itu Saiful yg ditimpa bala bencana, membuktikan Anwar difitnah, beranikah Datuk dan sekelian ahli UMNO mengisi borang PR? jika bencana ditimpa keatas Anwar, datuk tk perlu risau, garenti UMNO terpaksa mencetak borang UMNO

    ReplyDelete
  58. Mungkin jauh di sudut hati DS berlawanan dengan apa yang ditulis oleh DS dan mungkin juga ianye tidak selari dgn yang bermain dalm kotak fikiran DS. Itu yang pasti!!!

    ReplyDelete
  59. ANWAR PANDAI BERSANDIWARA,LAKONAN MENGALAH KAN PELAKON HOLYWOOD TERKENAL.. HATI2 DENGAN AGENDA ANWAR.

    JUGA PASAL ANWAR MELAYU IKUT INDIA!

    SIKAP PAKATAN RAKYAT YANG MELOYAKAN DI STADIUM SHAH ALAM 6.7.08 SELANGOR VS SINGAPORE..
    KENAPA SIKAP SEGELINTIR PAKATAN RAKYAT SPRT BUDAK TADIKA???
    SEHINGGA SANGGUP MENGHINA SULTAN???

    KEAADAAN KECOH SEKETIKA APABILA PERLAWANAN PILIHAN ANTARA SGOR DAN SPORE,DIMANA SEKUMPULAN PAKATAN RAKYAT MEMASANG SEPANDUK (DAULAT TUANKU BUGIS) TINDAKKAN INI TERLALU BODOH!!! KALAU TUANKU BUGIS SEKALI PUN..ANDA ORG MELAYU?ANDA KETURUNAN MELAYU?,WALAUPUN KETURUNAN JAWA TAPI TETAP ISLAM!!!
    KENAPA ORANG MELAYU SANGGUP BERPADU BERSAMA ORANG INDIA PASANG SEPANDUK TERSEBUT???

    YANG MENAMPAKKAN ANDA TIDAK SAYANG KEPADA NEGERI DAN NEGARA KERANA MENGIKUT CAKAP ORANG INDIA,DALAM PADA MASA YANG SAMA TAHUKAH ANDA YANG BERLEGAR DI DALAM KEPALA ORANG INDIA TERSEBUT??? PERKAATAAN YANG BERLEGAR DALAM KEPALA INDIA TERSEBUT ADALAH
    " BODOH PUNYA MELAYU PASANG SEPANDUK NI KAU KAN ORANG MELAYU, KAU TAK TAHU KER AKU TENGAH PERBODOHKAN ORANG MELAYU"???

    KEPADA PAKATAN RAKYAT BERFIKIRLAH ANDA SEDANG DIJAJAH!!!

    ReplyDelete
  60. Assalamualaikum,wbt.
    DS,dan bloggers yg dihormati.
    1)Saya ingin mengalih perhatian semua kepada sukan tenis Wimbledon yg berakhir lewat malam tadi.Pada yg tak menonton atau tak minat,saya berharap mereka dapat menilai dari segi ketahanan mental dan daya juang ahli sukan yg sgt profesional.
    2)Dua finalis,iaitu Roger Federer(RF)dan Rafael Nadal(RN).Perlawanan yg berlanjutan hingga 5sets.Walaupun RN mendahului 2-0 tetapi RF merapatkan jurang 2-2 dan memaksa perlawanan set penentuan.Untuk makluman, RF ialah juara bertahan selama 5 tahun berturut-turut.Akhirnya RN mengalahkan sang juara dalam perlawanan yg disifatkan terbaik sepanjang zaman,menamatkan penguasaan dan 68 kemenangan berturut-turut RF diatas gelanggang rumput.
    3)Disini saya ingin berkongsi pendapat saya bahawa politik juga agak sama seperti sukan,dimana lawan akan berusaha menumpaskan sang juara menggunakan segala jenis pukulan servis,forehand,backhand,spin dan tak lupa serangan psycology.Pada saya DSAI dan ahli politik yg lain tak lebih dan tak kurang macam ahli sukan yang menggunakan segala tipu helah pukulan dan sepak terajang dalam gelanggang politik.
    4)Cuma bezanya disini ialah,pemenang Wimbledon membawa pulang trofi dan wang tunai berjuta ringgit.Sedangkan kita digelanggang politik Malaysia UMPAMA MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.
    5)Saya amat berharap dan berdoa agar bangsa melayu bangkit dari lamunan.Sedarkah kita semua yg kita sekarang ini sedang ketinggalan dalam hampir semua bidang.Adakah kita berbangga dengan bidang yg masih kita kuasai buat masa sekarang iaitu Politik(walaupun agak tenat)...kita jaguh dengan menjuarai carta di serenti dan pelakon video clip dlm handphone...Banggakah kita????
    6)DS,Saya menuntut agar pemimpin tertinggi melayu termasuk DS sendiri(DS masih ahli MT UMNO) yg saya harap MT bukan bermaksud EMPTY...dapat membela nasib jutaan rakyat Malaysia dan Kaum Melayu Khasnya,kerana itulah sepatutnya agenda yg patut diperjuangkan.Jangan lupa ikrar kalian BERJUANG DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA.
    P/S...DS,WMU350 dan semua yang dihormati...JANGANLAH KITA SEPERTI PAK PANDIR YG HANYA MENANG SORAK DAN AKHIRNYA MALAYSIA KITA YG TERCINTA TERGADAI..cukuplah,enough is enough and what`s come around will go around.Muhasabah diri untuk kebaikan semua....AMIN.

    ReplyDelete
  61. Salam Datuk,

    Itu baru cerita liwat dan bunuh. Belum lagi cerita orang minum arak, makan rasuah, jual negara, jual maruah, jual bangsa, tipu sana sini, zina dan macam2 lagi dosa besar dan kecik. Orang "kita" pun banyak masuk kategori di atas. Bila tanya semua nafi. "Saya tak terlibat", saya tak buat" dan macam2 lagi alasan. Itulah orang "kita" Datuk, selagi tak nampak seksaan di neraka selagi itu tak takut. Tambah2 yang suka makan rasuah. Selagi tak penuh duit bawah bantal, selagi itu sapu bersih. Tapi tunggulah akhirat nanti, terima bahagian masing2. Betul tak? "Tepuk dada tanya selera" (pinjam peribahasa dari SAKA BANGSA)

    ReplyDelete
  62. Harap semua rakyat Malaysia dapat komen berkenaan perkara berikut. Kenapa Pengakuan Sumpah RAJA PETRA DAN BALA yang terang-terang adalah daripada "hearsay" atau dengar daripada pihak ketiga atau khabar angin MENJADI BUALAN dan PEKIKAN semua orang TERUTAMANYA PARA PENYOKONG ANWAR IBRAHIM yang kononnya betul tetapi PENGAKUAN SUMPAH oleh BEKAS TIMBALAN GABENOR BANK NEGARA yang dibuatnya sendiri atas apa yang dia lakukan sendiri TIDAK DIAMBIL BERAT?

    Pengakuan sumpah yang mana benar? dari yang dengar orang kata ke atau dari org yang melakukan??

    Rakyat masih tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya apa sudah jadi dengan lapuran siasatan BPR tentang pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan bahawa Anwar Ibrahim mengawal berpuluh akaun induk berjumlah berbilion ringgit semasa menjadi Menteri Kewangan. Jika dilihat kepada isi pengakuan bersumpah itu, ianya bukanlah mudah untuk direka-reka.


    Didalam akuannya, Abdul Murad turut menyatakan nama beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan urusan dana berkenaan. Sebagaimana yang dinyatakan didalam akuan bersumpahnya, beliau menyelesaikan masalah individu tertentu setelah mendapat arahan Anwar menggunakan dana berkenaan. Risiko pendedahan Abdul Murad adalah besar jika beliau sendiri mereka-reka dakwaan berkenaan. Dakwaan Abdul Murad mungkin boleh dianggap berasas manakala penafian individu terbabit pula tidak boleh diketepikan begitu saja. Hanya penyiasatan rapi sahaja yang dapat menentukan segala-galanya.

    Begitu juga, disebabkan kedudukan Abdul Murad di Bank Negara Malaysia sebelum ini begitu penting dan beratnya dakwaan yang dibuatnya itu, BPR tidak boleh menunggu masa yang terlalu lama untuk menjalankan siasatan. Tambahan pula, maklumat yang diberikannya itu adalah dalam bentuk akuan bersumpah. Sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Pengarah BPR pada masa itu, Datuk Ahmad Zaki Husin, hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Dalam sesuatu akuan bersumpah, setiap dakwaan perlu dibuat dengan rasa penuh tanggungjawab. Oleh itu, pengakuannya itu perlu ditangani segera.

    Berhubung dakwaan Abdul Murad itu, BPR sudah pun membuat laporan polis dan dengan ini, siasatan dianggap sudah bermula. Abdul Murad pastinya orang pertama yang akan mempertahankan pengakuannya. Pengakuannya akan lebih jelas jika beliau dapat mengemukakan bukti, umpamanya segala dokumen berhubung urusan dengan bank terbabit. Mereka yang disabitkan dengan tuduhan itu juga seharusnya memberi kerjasama untuk memudahkan tugas BPR.

    Satu perkara yang agak jelas Abdul Murad dan Anwar mempunyai hubungan yang rapat, sekurang-kurangnya ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan yang sering berurusan dengan Bank Negara di mana Abdul Murad bertugas. Abdul Murad sudah pun menyatakan beliau diperalatkan. Apa pun, rakyat seharusnya menunggu keputusan siasatan tanpa perlu membuat andaian sendiri.

    Yang menjadi persoalan sekarang mengapa kes ini sepi membisu. Mengapa tiada kedengaran susulan cerita mengenainya. Adakah kes ini sudah ditutup atau masih lagi didalam siasatan polis dan BPR? Rakyat ingin mengetahui tentang hasil siasatan kes tersebut. Anwar Ibrahim memang bijak dalam mencari kesalahan orang lain tetapi pada masa yang sama beliau sendiri yang melakukannya. Adakah Anwar Ibrahim terlalu suci dan bersih dan tiada cacat dan cela. Adakah satu lagi Suruhanjaya perlu ditubuhkan untuk menyiasat kes Anwar Ibrahim ini? Rakyat mahu jawapannya.

    ReplyDelete
  63. Sekarang seluruh keluarga YANG MENUDUH DSAI tu memang tetap berdiri di belakang dia kerana mereka tahu perkara sebenarnya.Mereka beritahu yang mereka sanggup menanggung malu asalkan semua orang tahu sikap sebenar YANG DITUDUH itu.
    YANG MENUDUH sanggup menanggung malu kerana ini melibatkan maruah dia,tunang dan keseluruhan keluarga dia dan tunangnya.

    Kenapa YANG DITUDUH tiba-tiba cuba mengalihkan perhatian semua dengan membangkitkan perkara-perkara lain? Kenapa tiba-tiba menghentam Najib? Berteriak bahawa dirinya diancam bunuh?( Semua orang tengok DSAI di Stadium Kelana Jaya releks je takde pun tunjuk ketakutan atau kerisauan sedikit pun pasal keselamatan dia). Orang yang takut pada diri sendiri dan orang lain tahu kesalahan dia sahaja yang akan membuat tuduhan terus terhadapa orang lain yang langsung tiada kaitan dengan dia.

    Kenapa DSAI tiba-tiba ambil berat pasal Altantunya?? Adakah DSAI pernah "bersama" Altantunya??

    Kenapa lari dari hal pokok??

    Kalau pun Najib benar-benar terbabit dengan Altantunya sekali pun,biar Najib bersalah sekali pun, yang menjadi soalan pokok adakah sekarang pula ADAKAH DSAI lakukan perkara yang YANG MENUDUH dakwa????


    Fikir-fikir lah sendiri..

    ReplyDelete
  64. Salam DS,
    Walaupun DSAI bukan lagi pemimpin UMNO tetapi DS terus menyerang DSAI dengan komen yang amat berat sebelah. DS seolah sudah tahu keputusan mahkamah dengan menyatakan DSAI bersalah dalam tuduhan liwat.
    Sepatutnya DS menyerang Pak Lah atau KJ kerana pertandingan ketua pemuda UMNO adalah bulan Disember.
    Gaya penulisan DS mencerminkan ketidak matangan DS dalam berpolitik dengan "kesetiaan" membuta tuli kepada kepimpinan tertinggi UMNO.
    Sikap tidak neutral DS akan menyebabkan DS akan dipinggir apabila tidak lagi memegang kuasa.
    Saya terlupa tentang isu penyapu DS, walaupun dah jadi sejarah namun ia mencerminkan tindakkan DS telah mengundang bencana pada DS.( dan akhirnya sumpah memakan karier DS).
    Bukankah DS pernah bersumpah didalam dewan DUN untuk menjaga kepentingan rakyat Selangor sewaktu jadi MB dahulu?.. Kerana tindakan kebudakkan DS, DS di makan sumpah..
    Pada saya , pemimpin politik UMNO atau PR umpama sesumpah kerana lidah bercabang dan asyik tukar kulit kerana ikut senario.
    Sikap pemimpin seperti DS yang akan membawa kehancuran kepada negara kerana bertindak seperti sesumpah dan akhirnya disumpah oleh penyokong dan pengundi...kemudian menjadi sampah-sampah politik yang asyik menyalak bila dah hilang kuasa.
    Hanya menyumpah bila dah hilang kuasa dan semborono dengan tindakan yang dari segi taktikalnya kelam kabut.
    Lebih baik DS mengumpul kekuatan dan menumpukan kepada pemilihan Ketua Pemuda UMNO supaya DS boleh menang dan merobah paradigma pengundi pada PRU 13 nanti.

    Anak_Parit

    ReplyDelete
  65. Kenapa kerajaan "Bad News BN" masih belum faham? Walau DSAI bersalah atau tidak, rakyat akan tetap membenci kerajaan.

    Ini adalah kerana, pemimpin2 UMNO dan para menteri hidup dalam penuh kemewahan dengan wang jutaan ringgit. Pengurusan ekonomi negara hanya bertujuan memberi kekayaan kepada golongan berkepentingan sahaja. Rakyat yang menderita tidak diperdulikan. Sentimen perkauman dijadikan mainan politik.

    Dimata rakyat, yang meliwat rakyat sebenarnya adalah kerajaan BN pimpinan UMNO.

    ReplyDelete
  66. Assalamualaikum
    pd DS dan rakan2 bloggers..

    Diharap rakan2 bloggers dapat menghuraikan fakta, bukan sekadar andian semata2...ramai bloggers suka menulis tulisan yag berbaur fitnah...jgnlh begitu..kita adlah antara insan yang dikurniakan kelebihan AKAL so gunaknlah..

    Jgnlah terlalu taksub dengn pemimpin anda, mereka bkn maksum... Buka lah minda anda... Celikan mata hati...

    KATA PEPATAH,
    BERANI KERANA BENAR,
    TAKUT KERNA SALAH...

    Yang jelas dan nyata sekarang,
    ....ANWAR DALAM KETAKUTAN.....

    ReplyDelete
  67. Assalammualaikum DSKT, mudah2an sihat dan dilimpiahi rahmat Allah s.w.t. Baru baru ini negara kecoh dengan Isu skandal seks luar tabii DSAI. Saya pun terkejut dan saya percaya ramai lagi samada dari PKR atau UMNO , dari BN atau PR semua terkejut. .. Saya ingin bertanya kepada semua rakan-rakan yang sentiasa berada dalam blog DSKT...boleh tak tuan -tuan senarai kan pro dan kontra sesuatu isu itu ditimbul... Sebagai contoh Bak kata DSKT isu saman kepada Tan Sri KPN dan Peguam Negara kenapa dari tahun 1998-2007 tidak dibuat oleh DSAI? dulu masa anawar ditangkap kata kerajaan dan sistem kehakiman negara kejam, tetapi masa dia dilepaskan kenapa tak kata sistem kehakiman kejam ... saya tak berani nak cakap samada perkara liwat itu berlaku atau tidak ... namun apa yang jelas "tukang sodok je yang tahu sapa yang disodok begitu jugak sebaliknya" mintak maaf kalo terkasar sikit ayat ni... dan begitu juga dengan Dato Seri najib Tun Razak sebagai orang beragama islam untuk menuduh seseorang itu membunuh itu merupakan dosa besar sekiranya perkara itu sebenarnya tidak berlaku. Saya nak tanya Orang PR korang cakap Dato seri Najib bunuh orang dan dengan yakin korang sampaikan pula kepada orang lain sedangkan benda tu pun korang tak tahu hujung pangkalnya dan tiada bukti pulak tu....bukan fitnahker? ada tak buktinya yang menyokong... aku rasa takder pasal korang ni cakap jer lebey aktion takder.....Bala tu pun tau nak tarik balik kenyataan akuan bersumpah tu ... pasal dia dengar orang cakap...so dia pun cakap.....untuk makluman tuan puan untuk menunjukan dan mengaibkan orang memang senang sebut saja sipolan-sipolan amik rasuah..maka jatuhlah maruahdia tol.. tak ? macam yang korang cakap kat orang BN ni... tapi bila tanya bukti korang alihkan pulak cakap kerajaan ni zalim...pada saya daripada kita bangsa melayu meneruskan lagi fitnah yang tak tahu hujung pangkal baik korang suruh jer anwar angkat sumpah dan saipol pon angkat sumpah ... tak yah nak berdaleh ddaleh lagi ... berani kerana benar.. tol tak.. ini akan menstabilkan lagi negara Malaysia yang kita cintai ini... Pastu kan korang rasa sapa yang tak terasa harga minyak naik? aku rasa yang paling tak terasa ialah penyokong PR yang selalu buat demo tuh pasal diorang boleh jalan jalan nak buang suara dan minyak mesti diorang ada banyak minyak ... hihhi jangan marah ... Buat DSKT saya pun setuju kalo DSKT dapat dedahkan apa yang anwar cakap masa MKT UMNO 1997.. dan seperti biasa buat penyokong Pakatan Rakyat tiada pemimpin yang maksum... kita teruskan Pejuangan Parti bukan perjuangan individu tak kiralah parti apapun.. tapi kita jangan taksub kepada pemimpin dan kita jangan jual harta orang melayu kerana korang nak popular jangan sekali kali sentuh ketuanan melayu pasal korang dapat belajar tinggi2 pun atas kurniaan Allah s.w.t kepada pemimpin melayu dahulu untuk mempertahankan hak dan kedaulatan melayu.. ok wasallam

    speciall mesagge buat ahli PAS.. wat per tunggu lagi korang pon dah tenggok tembelang PKR kat kelana Jaya ..so lu orang PKPK dan Renungkanlah... jangan sebab PKR nanti orang dah tak percaya pada perjungan PARTI ko ? satu persatu diorang kenekan korang ... sampai bila korang nak bersabar daripada diperkatak katikan oleh PKR/DAP

    ReplyDelete
  68. DSAI mmg dalam ketakutan, mana tak takut baru je keluar penjara, nampak gaya orang nak sumbat dia ke sana semula. Kuasa2 yang nak dihadapi pula adalah kuasa2 zalim yang seboleh2nya nak buktikan dia bersalah. Semua nya telah beliau rasai pada 1998. Hanya dia yang tahu sebab itu dia dah tak percaya pada badan kehakiman negara, dah tak percaya pada pulis malaysia. Korang kalau jadi mcm diapun jgn cakaplah tak risau, gerenti tak tidur malam punya. Cakap pandailah semuanya ni, mengata itu dan ini, besok2 kalau bala ni terbalik pada korang..hah baru rasakan. Aku cakap ni pasal aku dah ada pengalaman perbicaraan di mahkamah yang menipu, pihak pendakwa mengemukakan saksi2 palsu.Akhirnya aku yang berjuang berhabis wang ringgit demi kebenaran, kalah juga di court, so aku tak heran memang wujud ketidakadilan dimahkamah ni.

    ReplyDelete
  69. Ehem...
    Apa pun tahniah untuk Datuk Seri. Saya sebenarnya amat berbangga dengan usaha Datuk Seri untuk meletakkan blog ini dalam kategori blog pilihan.
    Namun begitu, sekiranya kebanyakan menteri kabinet kita dan sebahagian besar drp dapat melakukan perkara dan usaha yg sama seperti ini. Memang diharapkan agar blog2 seperti ini yang datang nya dari penyokong2 kuat kerajaan dapat mengekang dakyah yang ntah apa-apa dari pihak yang tidak bertanggungjawab.
    Teruskan usaha ini.

    ReplyDelete
  70. Assalamualaikum,Ds

    Dalam pengamatan saya:
    DSAI bijak dan licik berpolitik.Ada agenda besar dlm perjuangan yg tersirat dan tersurat.

    PKR hanyalah sebuah parti sahsiah yang masih mentah,tiada trek rekod dan jasa besar yg boleh dibanggakan
    Hala tuju masih samar.

    AHLI pelbagai kaum & etnik yang minda dan jiwa celaru,keliru dan buta tu**.Yang masih perlu panduan dan bimbingan...agar minda terbuka.

    PAKATAN (DAP+PAS+PKR)adalah gabungan yang nyata masih longgar dan londeh...Yang ingin belajar
    jadi kuat dan kukuh dari BN tapi malu malu kucing....

    NGO'S...PRO PAKATAN...TIADA MISI DAN VISI YANG JELAS,KUSUT DAN PAK
    TURUT.PEMIMPINNYA NAK JADI JAGUH KAM....

    TOKOH-TOKOHnya korporat,teknokrat,
    autokrat,lawyerat,islamirat dan kepa***.Liberal,ultra dan moderat pun ada.

    IDEALOGInya ONE (WAN) DAP ala PAPnya.SATU(1) PKR ala sama-rataan.
    Dan ALIF (WAHID) PAS ala Islamnya.

    MATLAMAT menghalalkan cara:fitnah,
    putar belit,demonstrasi,konspirasi,
    maki hamun,tiada moral dan tidak menghormati undang-undang.

    KESIMPULAN:PEMIMPINNYA SAJA YANG
    TAHU APA YANG DIIDAM DIHATI.AHLI
    NYA...SAYANG SERIBU KALI SAYANG,DITUNGGANG,DIPERAH,DITIPU, DIKAMBING HITAMKAN,DIPERBODOHKAN PUN TAK SEDAR....YANG ADA JAWATAN..
    MASUKKK$$$$$$.

    Untuk survival kerajaan PAKATAN.
    Taburlah $$$$$ dan jawatan kepada
    kroni dan kawan rapat.

    Tunaikanlah janji-janji:free,beri, lupus dan hapus kepada rakyat dalam
    keperitan dan kepayahan ini.

    KERANA...RAKYAT ADALAH TUAN HAKIM
    YANG MENENTUKAN JATUH BANGUN,LEMAH ATAU KUAT PARTI/KERAJAAN PADA PRU13
    AKAN DATANG....

    at last...senyum sinis jer....
    (tggu part 11,BN..Dari perspektif saya...)


    wassalam,

    ReplyDelete
  71. Engko pun bukan baik sangat. Jaga kain sendiri. Geli aku baca.

    ReplyDelete
  72. Assalamualaikum semua,

    1. Dengar cerita dari kawan (polis) semalam, kes liwat DSAI dulu adalah benar. Polis memang ada bukti kukuh. Diakui oleh sahabat saya (sahabat lama, dan seorang yang agak neutral dan boleh dipercayai. Walau bagaimanapun, secara politiknya, dia tak sokong kerajaan). Liwat kali ni, dia kata, dia tak tau ape sebab siasatan pun macam tak buat lagi, cuma laporan mangsa je ada.

    2. Kepada DSKT, walaupun DSKT dah tau, tapi saya nak bagitau sekali lagi. Rakyat tak nak pun PR memerintah, tapi takde choice sebab BN dah makin teruk. Pemimpin makin sombong. Saya respect pemimpin2 lama, Tok Mat, and etc. The way they comment things nampak kredibiliti sebagai menteri. Menteri sekarang? Komen lagi teruk dari kongsi gelap. Bangang!!

    3. Saya seorang ahli UMNO dan begitu juga dengan kebanyakan kawan saya. Tapi, kalau lepas UMNO punya election ni, No. 1 masih menjadi No. 1, saya dan kawan2 saya semua nak keluar UMNO, dan sincerely juga saya akan cuba pengaruh sebanyak mungkin orang keluar UMNO, terutamanya orang yang takde kepentingan wang ringgit.

    4. Sebab ape? Sebab pemimpin2 dalam UMNO masih menyokong orang yang tak sepatutnya disokong. Bangkai gajah kan besar.. takkan la nak tutup dengan sapu tangan. tapi benda ni la kebanyakan pemimpin UMNO buat sekarang ni.

    5. Baru-baru ni, dalam paper cakap Pulau Pinang sokong 100% tak berbelah bagi. 2 bulan lepas, dengar dari akar umbi kat Pulau Pinang, 50% je. Rasanya, ketua bahagian je kot yang 100%. Akar umbi dah tak sokong.

    6. Tah la, naik benci pun ada tengok kerajaan sekarang. Muka tak malu, bongkak, sombong, macam bagus. Sibuk menuduh itu ini. Politik dalaman teruk sangat. Cuba bayangkan, UMNO sama UMNO, dah tak ngam. UMNO-MIC-MCA-GERAKAN-SABAH-SARAWAK pun ada masalah sesama sendiri. Dah tu, pegi canang pulak masalah tuh. APe ke bangang. Begaduh dengan bini, cerita satu taman. Itu macam ka?

    7. PR pun sama. PR punya masalah ialah, PKR-PAS-DAP, dari dulu tak boleh reach the common understanding. PAS nak cara dia, DAP ada hal sendiri, PKR ni pulak, suka2 hati dia je. Penasihat dia pun tak jadi ahli, ape kebender tu.

    8. Rakyat malaysia pun sama. Bising dalam blog je. Marah pun dalam blog je. Termasuk la aku.. huhuhuh... malu seyyyy..... bangang!!

    ReplyDelete
  73. Dr Khir ada burung berkicau dalam internet berkata..

    Dalam dewan undangan negeri Selangor,Terresa Kok telah mengepalai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Datuk Satim Diman (Sri Kembangan) mengenai aduan penduduk bukan Islam terhadap laungan azan subuh yg didakwa menggangu ketenteraman penduduk.

    Betul ke?

    ReplyDelete
  74. Saiful (bukan pembantu peribadi anwar) dan Najib yang sepatutnya bersumpah bermuhabalah sebab tidak dapat kemukakan 4 orang saksi

    ReplyDelete
  75. Salam DSKT,

    Pertama saya simpati dengan PM kita yang dah kena kincing Anwar Ibrahim. Dia gunakan isteri dan anaknya untuk jumpa PM minta jaminan keselamatan. Bila PM dah beri jaminan, Anwar buat roadshow, malam ceramah di Stadium Shah Alam, lepas tu ceramah di perhimpunan sejuta rakyat...walaupun yg datang tak sampai sejuta (gimik mesti lebih....biasalaaa Anwar Ibrahim....membohong kuat, sepatutnya orang kena ancaman bunuh tak berani keluar rumah....ini tak...bebas kesana kemari. Pelik memang pelik...tetapi yang lebih pelik dan kesian ialah penyokong fanatik Anwar Ibrahim...buta-buta kena kincing dengan Anwar.

    Apapun biarlah DSKT, saya yakin satu hari nanti Allah akan tunjuk juga siapa sebenarnya Anwar Ibrahim ni, mungkin sekarang Allah nak lihat sejauh mana sesatnya Anwar dan para penyokongnya yang sanggup terjun dengan labu-labunya. Sabarlah. wassalam.

    ReplyDelete
  76. Bila kita bercakap tentang kebenaran kita akan dikatakan taksub. Tidak semestinya kita taksub, kita cuma ingin membela insan seagama yang nampak gayanya lebih teraniaya. Rasanya penyokong PKR pun bukan sgt2 nak membela anwar ibrahim, cuma isu yang dimainkan sekarang ni adalah isu fitnah yang karut-marut dan terlampau. Siapa dahulu yang memukul gendang hingga anwar ibrahim menari2? Perasan kah anda bahawa isu liwat hanya timbul tatkala sarang tabuan telah dijolok?

    ReplyDelete
  77. Assalamualaikum Datuk Seri, minta maaf lari topik, Minta Datuk pastikan kesahihan dalah harakah berkenaan RM10 juta diagihkan kepada pelajar IPTA anak negeri. Soalannya, apakah takrifan anak negeri 2. apakah method pembayaran kepada penuntut tersebut. Sekian terima kasih...

    ReplyDelete
  78. Saya setuju dan sokong pandangan Dato Seri. Orang salah memang macam-macam alasan,,,Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

    ReplyDelete
  79. dah lah Dato, saya lagi letih dengan sikap Dato' yang gila kuasa ni. Dato minta penyokong setia Anwar jangan setia membabi buta. tapi Dato juga setia membabi buta dengan UMNO tu kenapa? kalau UMNO tu betul sesaje! kalau Pakatan Rakyat tu ada je salahnya. Dato masa ada kuasa dulu kenapa air pun susah nak bagi percuma. robohkan kuil Hindu lagi ada la. bukankah Allah suruh kita juga menghormati agama lain. Dato salahkan menteri UMNO lain, tapi siapa yang punya kuasa untuk menghalang dulu? dia ke Dato'? apa kata Dato jangan setia membabi buta dan masuk PKR atau PAS je. baru la cakap serupa bikin.

    ReplyDelete
  80. BODEK LEBIH NI... Dato' nak jd MB selangor blk ker? huhuhuhu... usaha yg bagus. itupun kalo rakyat nak Dato' semula... silakan....
    Dato' ckp seolah2 dato' tak pnah wat salah pon.. bkk akaun bank dato', tgk mane dtg duit2 tu...
    dari langit ka? nice try...

    ReplyDelete
  81. DS Dr KT,

    Masing-masing cuba mengalihkan perhatian. Tetapi Rakyat tidak bodoh seperti dahulu.

    Mudah di tipu dengan arus perdana dan media massa. rakyat sudah mampu menilai mana yang baik dan yang buruk.

    Kita akan lihat nanti, kebenaran dan keadilan akan merungkai semuanya

    ReplyDelete
  82. Salam sejahtera...

    Anda semua memang pandai buat spekulasi tentang liwat..Saya nak tanya ada tak sesiapa sahaja di antara kamu pernah melihat dengan mata kepala sendiri Anwar meliwat orang? Jika ada tunjukkan bukti...kalau tak dapat 4 saksi Tunjukkan rakaman video ke yang tak pernah diedit atau disunting? jika ada tunjukkan jangan takut...Jika bukti seperti ini ditunjukkan sudah pasti rakyat atau kita semua akan berpuashati dan Dato Anwar sendiri pun pasti mengaku seperti kes Chu Soi Lek...Jika tiada bukti seperti ini dan tak pernah melihat sendiri tak payahlah nak melalak orang pasti tak percaya punya...walaupun yang mendakwa adalah bekas PM Malaysia...

    ReplyDelete
  83. pada pendapatku lah, politik malaysia ni sudah tak adil. kerajaan tuduh pembangkang, pembangkang tuduh kerajaan... last2 rakyat yg merana...sepanjang TUN tiada apa yang sudah kerajaan lakukan untuk menaik tarafkan hidup rakyat....rakyat tersepit tetapi pemimpin senang lenang. apa inikah yang rakyat mahu semasa memilih pemimpin? kedua2 belah pihak pandai menabur janji2 pilihanraya, tapi apa yang berlaku selepas pilihanraya? rakyat diperdulikan?

    ReplyDelete
  84. Dato',
    Rasanya dato' ni bijak orangnya, tapi coretan dato' ni lebih banyak kepada emosional kepolitikan bak kata pepatah "paku dulang paku serpih, ngata orang, dia dato' plak yang lelebihnya.

    Dato,
    Soal taat kepada pemimpin secara membuta tuli ni sebenarnya patut ditujukan kepada UMNO sendiri. Sampai Tun Mahathir sendiri out drp UMNO, yang lain2 terus taat membuta tuli pada PM tanpa menimbang secara waras luahan perasaan Tun mahathir terhadap UMNO yang kini semakin rosak.

    Dato'
    Saya rasa, dato' sendiri pun perlu lebih banyak diam dan bermusabah diri, lagi banyak Dato' bercakap, lagi banyak kelemahan dato' yang ditonjolkan. Dato' sendiri tewas dalam perjuangan mempertahankan SELANGOR DARUL EHSAN. Apakah dato' baru sedar bahawa kata2 untuk mensifarkan pembangkang akhirnya memakan diri Dato' sendiri ???
    Sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Adil.

    Justeru, Sebelum dato' ingin mencuri cari publisiti dalam isu-isu panas politik negara, carilah dahulu kesalahan dan kelemahan diri sendiri...sesungguhnya ia lebih baik daripada kerja mencari salah orang lain yang baru 100 hari lebih mentadbir Selangor.

    ReplyDelete
  85. Assalamualaikum dr,

    Sdr.Anuar Ibrahim dan PKR
    Tengku Razali Hamzah dan S46
    Kedua dua individu ini cuba untuk meraih sokongan orang Melayu untuk menyokong idealogi mereka.

    Sdr. Anuar Ibrahim, tembelangnya telah mula dapat dihidu oleh orang yg mahu menggunakan akal dan
    fikiran yg waras, kerana dgn akal yg waras barulah seseorang itu dapat menilai yg mana berlian yg mana kaca.
    Sdr. Anuar Ibrahim bukanlah seorang yg sangat boleh dipercayai,
    kerana setiap ucapannya kepada hadirin selepas dia meninggalkan UMNO, akan penuh dgn hasutan dan persangka buruk sama ada kepada individu atau pun kpd kerajaan.
    Bak kata pepatah "Kokok berdegar degar,ekor penuh dengan tahi"(Mengapa harus ke kondo berdua duaan?)mungkin untuk berehat setelah kepala telah terlalu sarat dan berserabut, tidak dapat lagi untuk berfikir dgn waras.

    Tengku Razali Hamzah adelah seorang yg ("Berfalasafah, berundur tidak bermakna kalah").
    Apesalahnya berundur demi untuk menggumpul kekuatan dan mengatur strategi.

    Soalannya, adekah ini calon calon yg layak untuk memimpin Negara yg tercinta ini?

    ReplyDelete
  86. KITA SEBAGAI RAKYAT YG ADA AKAL
    GUNALAH DENGAN BIJAK....JANGAN
    KITA TAKSUB PADA PEMIMPIN DAN MENYOKONG MEMBABI BUTA...KITA AKAN KERUGIAN DAN AMAT MALANG JIKA BERGADUH SESAMA SENDIRI..YANG UNTUNG
    PEMIMPIN YANG ADA AGENDA TERSEMBUNYI
    YANG KITA TAK TAU.KITA BOLEH MEMBEZAKAN YG MANA ELOK DAN BAIK DARI
    TUTUR KATA DAN PERBUATAN MEREKA..
    BUTA KAH KITA,PEKAK KAH KITA..TERTUTUP KAH HATI KITA...
    MELAYU KAH KITA,ISLAM KAH KITA...
    TANYA PADA DIRI TEPUKLAH DADA KITA SENDIRI...KEBENARAN PASTI TERUNGKAP.
    TAWAKKAL PADA BERSERAH PADA YANG MAHA KUASA...ALLAHUAKBAR

    ReplyDelete
  87. untuk penyokong pr,ahli parlimen bn telah menunjukkan kesetiaan mereka terhadap perdana menteri pak lah.impian anwar untuk menjadi pm tidak kesampaian ketika ini.kekuatan bn/umno masih tetap kukuh walau beribu rintangan yang datang.rakyat ketika ini masih memberikan sokongan terhadap pak lah.untuk penyokong pr tunggulah lagi 5 tahun ya.UMNO TETAP KUKUH KETIKA INI WALAU BERIBU TOHMAHAN YANG DATANG...SEKIAN

    ReplyDelete
  88. Datuk Seri,

    Di peringkat nasional kita sekarang sedang mengalami huru-hara tentang tuduhan liwat ke atas Anwar.

    Di Selangor, pengurusan agama Islam juga sedang huru-hara.

    Isu pembayaran zakat tertangguh dan kegunaan masjid sebagai medan politik. Saya turut menulis tentang perkara ini dalam blog saya.

    http://nadzrikamsin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  89. tokmad gasak

    Saya bersetuju dengan cadangan tokmad. Selain anwar kita cabar mereka-mereka ni juga bermuhabalah:

    1. Saiful - dia diliwat anwar
    2. Najib dan rosmah
    3. Paklah dan KJ - tak terlibat nak pekenakan najib dan anwar dan lain-lain tuduhan kroni dan balun reta rakyat.
    4. TDM - tidak mengamalkan rasuah, kronisma dan porak perandakan negara
    5. Semua mentri-menteri zaman TDM dan paklah yang mereka tak rasuah
    6. Semua menteri besar dan ketua menteri termasuk TG Nik aziz - mereka tak rasuah dan balun reta rakyat.
    7. Semua exco negeri termasuk esco negeri kelantan atas tuduhan seperti 6 diatas.

    Baru adil. Kita minta mereka bersumpah jika mereka buat, minta pada Allah turunkan bala dan pembalasan ketika tu juga!

    Ader berani ke?

    Bat8

    ReplyDelete
  90. wmu350

    anda tertinggal satu kronologi yang penting. Sebelum RPK membuat akuan bersumpahnya telah terjadi satu peristiwa yang penting.

    Peristiwa tersebut adalah sidang akhbar NTR dimana dalam sidang akhbar tersebut beliau mengatakan adalah masih awal lagi bagi beliau membuat keputusan samada untuk melawan AAB atau tidak.

    Tak lama selepas itu, akuan bersumpah RPK muncul. Kemudian tuduhan liwat DSAI plak timbul.

    Jadi mungkinkah dsai dan ntr ni dilagakan oleh pihak ke3?

    ReplyDelete
  91. aaalooo brother,
    you cakap lain kali cari cermin,AGAK AGAK apa sebab selangor jatuh?
    sebab anwar liwat?

    brother,carilah kebenaran dengan kebenaran,cari dan carilah lagi.

    ReplyDelete
  92. Salam Dato' KT...

    bat8 ... semua orang pernah menipu, semua orang pernah buat salah, tapi x semua orang meliwat ... ke bat8 mmg bersetuju kalau AI meliwat ... mmg hak peribadi dia .. mcm tu ke ???

    p/s : Dato' KT, takkan ler kasi bubuh link chedet.com pun kena minta permisi dari Pak Lah ???

    ReplyDelete
  93. Damaikan Hang Tuah dan Hang Jebat Atau Hapuskan Kedua-duanya

    Suasana politik negara buat masa ini adalah sangat tenat seperti berulangnya sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat di zaman Kesultanan Melaka.Di zaman Kesultanan Melaka Hang Tuah dan hang Jebat telah bertikam sesama sendiri demi menegakkan prinsip masing-masing. Hang Tuah dengan sikap taat kepada raja demi mengekalkan sistem yang sedia ada. Hang Jebat pula dengan sikap menderhakanya kerana beliau dan keluarga sendiri dianiaya oleh raja.

    Maka Hang Jebat dengan prinsipnya "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah" demi untuk menegakkan keadilan. Sebagai rakyat biasa Hang Jebat merasakan perlu untuk mengubah sistem raja yang tidak adil ini.

    Namun Hang Tuah tidak berdiam diri dengan tindakan rakanya yang menderhaka dan cuba mencetuskan perasaan tidak puashati rakyat. maka kedua-duanya bertikam sehingga Hang Jebat terbunuh. Selepas peristiwa itu Hang Tuah terus membawa diri dan menghilangkan diri.Ketiadaan Hang Tuah dan Hang Jebat menyebabkan negeri Melaka tidak pernah aman dan terus huru-hara sehingga ia telah ditawan oleh Portugis, kemudian Belanda, British dan Jepun dalam satu penjajahan yang panjang mengambil masa lebih 400 tahun.

    Apakah kita tidak belajar daripada sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat ini? Apakah kita mahu peristiwa pertelingkahan Hang Tuah dan Hang Jebat berlaku dan berterusan lagi hingga ke hari ini. Sejarah membuktikan pertelingkahan Hang Tuah dan Hang Jebat ini tidak pernah terhenti dan sejarah membuktikan pertelingkahan Hang Tuah dan Hang Jebat ini merugikan pemerintah dan rakyat sendiri.

    Melihat situasi politik hari ini, watak Hang Tuah dan Hang Jebat kembali lagi namun dalam versi moden. Pihak pembangkang boleh kita umpamakan mewakili watak Hang Jebat manakala pihak pemerintah mewakili watak Hang Tuah. Jika dulu Hang Tuah dan Hang Jebat bertelingkah disebabkan fitnah dan Taming Sari sebagai senjata bisa untuk membunuh Jebat. Hari ini situasi itu hampir sama namun kini kedua-duanya saling mempunyai senjata berbisa iaitu Fitnah bukannya keris Taming Sari lagi. Tuduh menuduh antara keduanya seolah-olah sudah tiada noktahnya. Wujudnya watak si Tuah dan si Jebat ini telah memberi ruang kepada musuh kedua-duanya untuk menangguk di air yang keruh. Berjayakah Hang Tuah dan Hang Jebat mencapai impian masing-masing? Namun yang jelas pertelingkahan kedua-duanya telah menyebabkan rakyat menderita dan berasa bimbang.

    Berjayakah Hang Jebat untuk menegakkan keadilan atau berjayakah Hang Tuah untuk mempertahankan kuasa pemerintahan yang sedia ada? Namun berjaya atau tidak kedua-duanya sudah tidak penting lagi. Kerana jika dilihat pada situasi kini, seolah-olah ada Tangan Asing telah menyusup masuk ke dalam sistem pemerintahan dan cuba mengapi-apikan kedua-dua watak ini. Apakah kedua-dua watak Si Jebat dan Si Tuah ini akan berjaya dihapuskan oleh Tangan Asing ini? Perlukah kita mendamai atau menghapuskan sendiri kedua-dua watak ini dengan sistem sedia ada seperti mengistiharkan darurat atau mengadakan pilihan raya sekali lagi? Adakah dengan mengitiharkan darurat dapat menghapuskan kedua-dua watak ini? Atau adakah dengan mengadakan pilihan raya sekali lagi dapat memuaskan hati dan seterusnya mendamaikan kedua-dua watak ini. Berjaya atau tidak tindakan kita, adalah amat bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk membuat pilihan. Namun yang pasti watak Tuah dan Jebat perlu didamaikan atau perlu dihapuskan. Pilihan semuanya di tangan kita sebagai rakyat jelata bukannya pada Tangan Asing.

    ReplyDelete
  94. saudara sinatra_z,

    Memang betul ada petisyen dari kaum Cina Kinrara yang meminta diperlahankan suara azan. Petisyen ini disokong oleh YB. Teresa Kuok.

    Perkara ini dibangkitkan oleh YB datuk Satim di DUN Selangor tetapi tiada jawapan. Saya bimbang mungkin kerana YB Teresa Kuok telah berjanji untuk membantu tuntutan itu dilaksanakan.

    Saya sebagai Ketua Pembangkang akan terus menentang perkara tersebut atas dasar agama Islam adalah agama rasmi negara dan negara ini mengamalkan kebebasan beragama dan tiada undang-undang yang menghalang surau dan masjid menggunakan pembesar suara. Perkara ini berlaku kerana pendokong DAP telah jadi besar kepala sejak akhir-akhir ini.

    Jangan dijolok sarang tebuan, kelak menyesal tak berkesudahan.

    ReplyDelete
  95. Assalamulaikum saudara Shamsuddin,

    1. Saya berharap Datuk Seri Anwar akan sanggup melakukan mubahalahbersama saudara saiful sebagaimana cadangan yang telah dibuat oleh mufti dan dipersetuhui oleh Saiful, yakni pengadu sendiri.

    Anwar tidak perlu gusar jika ia dipihak yang benar. Tidak perlu hendak membuat laporan khazaf dan sebagainya. Yang benar itu benar, yang salah itu salah. Berlaku adillah kepada diri beliau, keluarga dan pendokongnya.

    2. Mengenai blog Tun Dr. Mahathir, adalah tidak benar kerajaan menyekat akses atau menghalangnya. Sebaliknya apa yang berlaku ialah penyedia hosting Blogger.com telah menggantung blog beliau kerana hits yang terlalu tinggi.

    ReplyDelete
  96. saudara bat8,

    kita tunggu sama ada ada pengumuman penting yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan dalam pertemuan bersama pemimpin 4 peringkat UMNO esok petang.

    ReplyDelete
  97. saudara anak_parit,

    Pandangan yang saudara berikan saya terima dengan hati terbuka tetapi saya tidak boleh terima sebagai seorang Islam saudara percaya bahawa penyapu itu mengundang sial kepada seseorang. Dan dengan memberi penyapu saya melanggar sumpah kepada rakyat selangor.

    saudara sedar tak tujuan ia diberi untuk meningkatkan prestasi penjawat awam bagi menjaga kepentingan rakyat. Sumpah saya ialah untuk menjaga keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negeri Selangor. sumpah saya ialah untuk mengambil tindakan ke atas para pegawai yg tidak bertanggungjawab. saya juga masih lagi kekal akan terus mempertahankan negeri Selangor dari dirosakkan oleh sesiapa termasuk kerajaan pakatan rakyat dokongan saudara.

    Sekiranya mereka merosakkan negeri ini, maka mereka akan terus menjadi musuh saya.

    Saya bukanlah manusia sesumpah kerana saya tidak pernah bertukar prinsip perjuangan politik saya.

    Hari ini kita lihat ramai orang yang telah bertukar perjuangan yang menjadi seperti sesumpah.

    Harus diingat janji saya bukan untuk menjaga segelintir rakyat yang malas bekerja tetapi janji saya membawa kemajuan kepada negeri Selangor.

    Dan ia terbukti bila mana laporan IMD Switzerland yang menunjukkan bahawa pencapaian negeri Selangor dari segi pembangunan ekonomi dan sosial telah meninggkat dari 67% pada tahun 2002 kpd 76% pada tahun 2005 dan 81% pada tahun 2007.

    Kejayaan ini tidak boleh disangkal oleh Pakatan Rakyat kerana ia dijalankan oleh badan bebas IMD menggunakan standard antarabangsa. Saya telah melontarkan cabaran supaya kerajaan pakatan rakyat menggunakan model kajian yang sama dan juga IMD untuk menjalankan kajian pada tahun ini dan mendedahkan hasil kajian tersebut kepada umum supaya rakyat dapat mengadili kerajaan mana yang lebih cekap.

    ReplyDelete
  98. bat8

    sebabtulah kita kena berbicra secara rasional.terima kasih atas perhatian...ya mungkin juga.

    apa saja kemungkinan kita harus rapatkan barisan bersama ds khir sebab saya masih ada keyakinan pada kepimpinan beliau.beliau juga manusia biasa kadang2 ada melakukan kesilapan tetapi sehingga saat ini kepimpinan beliau amat diperlukan dalam menerajui umno sehingga kita mempunyai pelapis pemimpin faktor X sebagai pewaris perjuangan melayu yang berfikiran jauh dan kehadapan.

    saya sebagai rakyat biasa dalan keadaan sekarang ini tidak mahu terus mendesak AAB berundur secara terhormat kerana beliau sudah dengar dan faham....cuma nasihat saya jika beliau masih duduk kat situ,tak kan kita nak tinggalkan umno sebab marah kat dia...inilah sebab melayu hancur kerana kita telah keliru dengan hati dan perasaan lalu membenci umno.

    saya juga faham untuk mengubah sesuatu perkara ada 2 cara
    pertama - keluar parti terus
    kedua - mengubah dari dalam
    sebenarnya untuk mengubah dari dalam adalah memerlukan sesuatu pengorbanan yang amat besar dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

    marilah kita berdiri teguh dalam umno (jgn anggap kita ni dayus )tetapi kitalah pejuang sebenar yang mempertahankan ketuanan melayu tidak runtuh.

    selagi saya hidup saya berdoa semoga ALLAH merestui perjuangan umno DAN UMNO TERUS BERKUASA.kalau saya dah mati terpulang kepada generasi akan datang.
    fikirlah sendiri sanggup ke lihat bangsa sendiri merempat dan meminta2 ditangan bangsa lain sedangkan kita 60% dalam MALAYA.

    Ada yang kata umno ni perkauman...saya nak kata apakah salah jika saya mempertahankan umno demi ketuanan melayu,kita pertahankan bangsa sendiri memang patut kita perkauman..yang penting kefahaman.iaitu kita jangan membenci bangsa lain seperti india,cina dan lain2 bangsa ..takan pula AhChong...Bala atau Edward yang patut jaga melayu.apa2pun yang penting adalah dasar pegangan kita atas dasar apa?kita utamakan umno kerana kuasa tunjang atau nadi MALAYA.Yang muda2 ni saya tahu bukan ramai yang faham...dia ikut dia punya angin je.macam coca cola (goncang sikit semua buih naik,bila dah lama senyap baru menyesal tengok 20 tahun nanti anak sendiri merempat minta bantuan dari bangsa lain)tak malu ke...saya tidak mahu cari pasal dengan orang yang dangkal akal fikirannya,jika nak berbeza pandangn biar berpelajaran sikit dan sebelum cakap fikir dulu...dan lagi satu bila ada orang yang berani cakap secara terbuka beri dia peluang jangan dihalau pulak...tak malu ke kita melayu dalam umno buat begitu

    jika ada yang benci umno sebab umno korap kita belasahlah orang yang korap tu..tapi apahal pulak sampai umno kena sekali.inilah sebabnya generasi semakin senang semakin tak faham dan kurang jati diri harap rambut je colour nakikut trend konon dan yang satu jenis lagi alim belajar pondok...tak kesahlah mana2pun tapi berdiri teguh dalam umno dan sama2 betulkan masyarakat dari dalam.ini ada dua satu umno satu pas .apa salahnya semua ni duduk dalam satu wadah dan betulkan dari dalam.pada saya pemimpin dalam pas kata mereka pilih pas sebab islam tapi saya rasa mereka pilih pas sebab kecewa dengan umno dan tak tahan lalu tinggalkan umno.yang sudah tu sudahlah kembali kedalam umno dan ambil peranan dan ambillah jawatan yang kamu rasa perlu demi untuk membimbing orang umno yang kurang islam ni pada pandangan kamu

    dalam kampung pun bukan semua layak jadi imam...adajuga jadi makmum,ada juga tak pernah kesurau dan ada juga yang rajin membantu.semua ni kan masyarakat.

    pada saya jika sesiapa ada hati ingin jadi pemimpin besar ia mestilah diterima oleh semua pihak secara amnya.
    contoh jika dia imam di kawasannya.dia bukan saja diterima oleh ahli suraunya dan dia juga hanya menerima ahli suraunya tetapi beliau dihormati oleh semua masyarakat dengan imam tadi harus memahami apakah ciri2 untuk menjadi pemimpin yang baik.
    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  99. UMNO SELANGOR CALONKAN ABDULLAH, NAJIB

    KUALA LUMPUR 8 Julai - Badan Perhubungan UMNO Selangor sebulat suara akan mencalonkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Disember ini.

    Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, UMNO Selangor juga memutuskan sebulat suara mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Presiden UMNO.

    "Keputusan ini dibuat dalam mesyuarat Badan Perhubungan di Ibu Pejabat UMNO Selangor di Shah Alam malam tadi.

    "Ia dihadiri oleh Ketua-Ketua UMNO Bahagian dari seluruh Selangor," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

    Sebelum ini Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang turut memutuskan untuk mencalonkan Abdullah sebagai Presiden UMNO dan Najib sebagai Timbalan Presiden UMNO.

    Setakat ini, hanya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan secara terbuka hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Presiden UMNO.

    p/s: Dato' pun sama mencalonkan Pak Lah ek??? .. Aduhai sayang sungguh UMNO Selangor pada Pak Lah. Bertambah mual saya dgn pemimpin UMNO skrg.Takut sangat hilang jawatan, dan ramalan saya bahawan UMNO akan bungkus bakal menjadi kenyataan. (Tp yg peliknya semua orang yang saya jumpa dah meluat dgn PM kita skrg nie dan telah dinyatakan dlm PRU 12... tak cukup lagi ke signal tu ??)

    ReplyDelete
  100. DS...saya rasa you pun dah kena sumpah.Saya setuju dgn anak parit.....DS masih tak faham...sebab apa yang saya ingat semasa pengenalan calon PRU12 di Tmn Greenwood...DS nak jadikan Dr Hassan Ali Ketua Pembangkang sebab ada hati nak jadi MB Selangor...akibat daripada PRU12 ...DS yang kena sumpah jadi Ketua Pembangkang...

    Jgn buat lupa ya..Itulah org yang kena sumpah.Insaflah DS...jgn pergi melancong ke Mekah tu tapi muhasabah.

    ReplyDelete
  101. Tulislah lagi banyak2, jangan malas. Tengok chedet punya blog, macam2 dia tulis.

    Dan dengan itu, saya akan dapat tahu apa isi hati awak, baru boleh decide, jujur baik atau jahat.

    ReplyDelete
  102. salam DS,
    saya merasa terperanjat yang amat sangat membaca pengesahan DS mengenai petisyen yang disokong oleh Teresa Kok. nyatalah bahawa sedikit demi sedikit jarum-jarum berbisa dokongan pakatan rakyat telah mula meracuni umat Islam di Selangor.
    tolonglah DS, you as the person who has the avenue to stop such practice, tolonglah lakukan sesuatu.
    jangan ulangi lagi kompromi yang berselindung disebalik "keharmonian kaum", dah jemu sangat.
    please make this public! jangan sampai hilang hak dan maruah kita umat Islam!
    KEPADA PENDOKONG PAKATAN RAKYAT,
    FIKIRKAN KESAN UNDI KAMU TEMPOHARI!!!

    ReplyDelete
  103. Tuan Hamba,
    Hamba mohon jawapan segera Tuan Hamba. Kenapa secara tiba-tiba Perhubungan UMNO Selangor mengumumkan untuk mencalonkan DS Abdullah dan DS Najib sebagai Presiden dan Naib Presiden UMNO. Tidakkah, ia menyalahi kod etika dan perlembangaan UMNO. Hak untuk mencalonkan mana-mana jawatan dalam UMNO adalah oleh ahli-ahli akar umbi UMNO. Kenapa Perhubungan UMNO Selangor dan Pulau Pinang membelakangkan perlembagaan UMNO. Ini amatlah menyedihkan ahli UMNO yang lain. Ternyata, tiada lagi demokrasi dalam perjuangan UMNO. Sekiranya ia tidak dibendung, maka benarlah, UMNO akan PUPUS menjelang PRU13. Hamba menyeru, perhubungan UMNO Selangor dan Pulau Pinang menarik balik pendirian tersebut.

    ReplyDelete
  104. dato

    Pergolakan politik negara semakin menarik. Setelah kita disajikan dengan siri akuan sumpah RPK dan bala serta tuduhan liwat DSAI, kita disaji dengan santapan baru pula.

    Mula-mula UMNO Pulau Pinang mencalonkan AAB sebagai presiden dan NTR sebagai timbalan. Langkah ini diikuti oleh beberapa negeri lain termasuk UMNO Selangor.

    Kita tahu, yang mencalonkan nama untuk bertanding dalam pemilihan bulan disember ini BUKAN UMNO NEGERI tetapi bahagian-bahagian yang akan bermesyurat setelah habis kesemua cawangan mengadakan mesyurat.

    Heran kan tetapi tidak sukar untuk melihat bahawa ini adalah satu tektik politik bagi memastikan AAB tidak dicabar ekoran kenyataan NTR baru-baru ini.

    tujuan kenyataan UMNO negeri-negeri
    adalah untuk mempegaruhi mesyuarat cawangan yang sedang berjalan dan mesyuarat bahagian nanti agar mencalonkan AAB sebagai presiden dan timbalan - thus menutup atau sekurang-kurangnya menyukarkan peluang NTR untuk mendapat jumlah pencalonan yang cukup sekiranya NTR membuat keputusan untuk mencabar AAB bulan disember ini.

    Paling tidak kenyataan UMNO negeri-negeri ini merupakan sutble warning kepada kem najib sekiranya ada ura-ura NTR hendak mencabar AAB.

    Seterusnya, kita tunggu sekiranya ade pemgumuman besok sebagaimana yang disarankan oleh DSKT untuk melihat perkembangan seterusnya.

    Semakin hampir dengan pemilihan nampaknya politik dalaman UMNO semakin hangat.

    Walaubagaimanapun, diharapkan dalam keghairahan untuk mempertahan jawatan atau mencabar mana-mana jawatan bulan disember ini, pemimpin-pemimpin negara tidak menjadikan tugas mentadbir negara ditangga yang paling rendah priority mereka. Jauh sekali sekiranya mereka meletakan urusan pentadbiran negara dalam "mode auto pilot".

    dato

    Apakah tekaan saya tentang wujudnya puak ketiga akan terjawap besok? kita sama-sama tunggu. Terima kasih atas hint yang dato kasi.

    bat8

    ReplyDelete
  105. TOK;
    APA CERITA SETELAH PENANG ,PERLIS , SELANGOR PULAK BERLUMBA LUMBA KONON AKAN SOKONG SEPENUH2NYA PADA PAKLAH DAN NAJIB.DATO DALAM PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR.

    KATA TAK DA TEAM ATAU RAKIT?
    LEPAS TU BILA PULAK KETUA BAHAGIAN ADA KUASA MENCALONKAN PRESIDEN DAN TIMBALAN? KUASA BAHAGIAN PUN NAK RAMPAS JUGA

    BINI ORANG BOLEH LAH RAMPAS GENG
    KAN KUASA PENCALONAN PADA PERWAKILAN BAHAGIAN, TUNGGULAH BULAN 10 NANTI
    JANGAN GOPOH, JANAGN TAMAK, ORANG BAWAH TENGOK MALU PERANGAI BURUK

    APA KETUA KETUA BAHAGIAN PENANG, PERLIS DAN KINI SELANGOR TAK ADA ENDOK KER?

    ReplyDelete
  106. Dato' berhubung 'isu penyapu' saya menyokong 1000% atas keputusan Dato' yang lalu dan jika isu itu dikatakan sebab BN tewas di Selangor, ia adalah umpama budak budak yang putus tali layang layang tetapi menyalahkan angin.

    Kini Anwar membuat laporan kepada JAWI sebagai satu cara untuk terus bernafas dalam isu tuduhan liwat ke atasnya. Di bawah seksyen 41 ASKJWP, satu cara dan tindakan yang menghampiri kepada kebenaran kerana MAHKAMAH TIDAK PANDAI BERDUSTA.


    SAAIFUL SUDAH TENTU BERSEDIA BUKAN SAHAJA DI mAHKAMAH SYARIAH TETAPI JUGA MAHKAMAH DI PADANG MASYAR KETIKA MEMBUAT PERTUDUHAN TERSEBUT.

    ReplyDelete
  107. Selagi orang melayu dari PAS dan PKR tunduk dengan DAP,orang melayu di selangor di permainkan oleh DAP.sepatutnya PAS DAN PKR mempertahankan hak-hak orang melayu dari di kacau oleh DAP.Berkongsi kuasa bukan bermaksud tunduk dengan kata-kata DAP,tapi setiap perkara yang menyentuh sentiviti islam dan orang melayu harus di tentang.Hanya umno sahaja yang berani mempertahankannya,percayalah kerana sikap terbuka anwar orang lain melihat inilah peluang mereka untuk menuntut hak meraka.Inilah DAP musuh dalam selimut.

    ReplyDelete
  108. Anwar ibrahim kini pula telah membuat lapuran kes liwatnya kepada jawi tapi untuk apa ? Banyak kes liwat di malaysia telah di selesaikan di mahkahmah ,kenapa harus takut.Bukannya anwar sahaja malah ramai pesalah telah di lepaskan atau di dapati bersalah oleh mahkamah.Adakah dengan status vip anwar harus di lepaskan,kalau macam tu pesalah lain pun nak macam tu.Biarkan mahkamah yang menentukan.kenapa harus takut sebelum di bicarakan.salah atau tidak salah kita tentukan di mahkamah.sampai bila kes liwat ini akan habis,jika anwar berdolak dalik.Berani kerana benar salah kerana takut.lepas ni nak pergi mengadu kat bush pulak ke?

    ReplyDelete
  109. Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim
    Terjemahan Ustaz Zainuddin Hashim
    Wed | Jul 09, 08 | 4:43:07 pm MYT
    Soalan
    Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah.

    Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan?

    Jawapan Dr Taha Jabir al-'Ulwani:

    Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai 'Qazaf' dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:

    4. "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

    Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:

    "11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

    Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

    Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

    Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -

    Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

    Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan".

    Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

    Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."

    Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Ba�ath (Kebangsaan Arab).

    Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.

    Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.

    Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.

    Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.

    Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan fuqaha� melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu �Qazaf�.

    Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk membebaskan diri daripadanya.

    Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri untuk membersihkan nama baik dan maruah.

    Isu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu.

    Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).

    Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.

    Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya. - mr_

    ReplyDelete
  110. Assalamualaikum,

    Untuk pengetahuan Dato Seri bahawasanya ada pihak akan membawa kes pengumuman oleh Ketua Perhubungan UMNO Negeri bahawa hasil mesyuarat tersebut satu kata sepakat telah dicapai dikalangan Ketua-Ketua Umno Bahagian di Selangor dengan memutuskan untuk mencalonkan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengekalkan jawatan Presiden Umno dan Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan akan datang ke pihak mahkamah dan rakyat kerana melanggar PERLEMBAGAAN UMNO fasal 20 dan yang berkaitan dengannya.

    Kenapa? Kerana semua mesyuarat cawangan UMNO belum dijalankan dan semua KEtua Cawangan di Pulau Pinang dan Selangor belum memutuskan sama ada mereka akan mencalonkan Pak Lah atau Najib. Jadi sesiapa di peringkat Bahagian yang membuat pengumuman sewajarnya di hadapkan ke Lembaga Disiplin Parti kerana melanggar PERLEMBAGAAN dan etika UMNO.

    Ramai ketua cawangan (jikalau terpilih semula) akan membawa kes ini ke ROS dan kebarangkalian ke Mahkamah kerana ini melibatkan PERLEMBAGAAN UMNO.

    Sekian terima kasih

    wassalam

    ReplyDelete
  111. Wak Khir,
    Saya cuma setuju ayat wak yang last sekali tu,"Setia kita biar bertempat, jangan setia membuta tuli".
    Kalau wak dah tau pemimpin wak tu dah tak diterima oleh rakyat dan orang-orang UMNO jugak, wak tak reti-reti ke nak lawan dia!
    Pasal si Anwarn tu, saya nasihatkan wak tak payah masuk campur la, wak bukan level dia!

    ReplyDelete
  112. orang umno ni, tak habis habis dgn fitnah karut marut.Semuanya berhujah berasaskan andaian semata tanpa bukti.bila disuruh buat repot berserta dgn bukti, baru kelam kabut macam syed hamig albar.jika didiamkan, makin kuat salaknya.

    Bila masa dan apa bukti PKR tunduk kepada DAP? bila masa Lim Kit Siang kemaruk jadi PM? sejak jadi ahli UMNO, tak kan tak pernah baca perlembagaan Malaysia, PM hanyalah untuk org melayu beragama ISLAM sahaja.
    Bila pula PR nk jual Malaysia kpd Amerika? kalau betul nk jual pun, aku setuju jadi wilayah amerika.kereta jadi murah, gaji akan bertambah.dapat aku beli mitsubishi evo murah2 macam kat Hawaii.sekarang ni dah naik papa kedana dpt PM org melayu.nak makan pun susah dah. makan nasi sehari sekali jer.mkn pagi dgn tghhari campur sekali makan roti canai 3 keping.malam baru makn nasi.makmur ker negara ni?yang makmur, poliTIKUS saja.

    ReplyDelete
  113. DS, penyapu tu bukan bawa sial, tapi penyapu tu digunakan menyapu kotoran di lantai, jadi kalau di rumahpun kita simpan penyapu dalam stor atau bahagian dapur, mana ada orang junjung2 penyapu. Dah selama nya adat budaya melayu begitu, tak pernah orang hadiahkan seseorang ngan penyapu, kurang ajar namanya tu, apa lagi dalam sesuatu majlis yang besar!. DS pun tentu tak suka kalau anak2 main dgn penyapu, kalau dah menyapu mesti simpan di tempatnya semula. Jadi saya harap DS tak perlu tegakkan benang yang basah lagi, satu Malaysia memang orang tak pernah kasi hadiah penyapu kat orang kecuali kalau nak merasa back hand buatlah. Itu sahaja pendapat saya, jgn marah.

    ReplyDelete
  114. kelakar, dah kalah baru la nak main blog. Then nak jadi hero kunun2 nya. Siarkan dan tunjuk bahawa kerajaan selangor kini bermasalah.

    Kami dah tahu, tak perlu la kamu nak berlagak baik dan bersih. Semasa kamu memimpin selangor dulu, kamu pun 'kotor'...


    hahahha, jangan ingat rakyat tidak tahu, jangan ingat rakyat lemah.
    Allah Maha Berkuasa...

    ReplyDelete
  115. YB DSDKT, Assalamualaikum wbh.
    Ok lah hal Anwar tu satu hal. yang jelas beliau ialah seorang pencetus dusta dan kehancuran keharmonian negara, setidak-tidaknya begitulah anggapan sebilangan rakyat. Teori Permuafakatan diantara beliau bersama KJ dan DSAAB jangan pula dikesampingkan.

    Dato pula kini umpama dah jadi sasaran UMNO untuk dinyahkan dari tampuk kuasa dan kedudukan dalam UMNO. Panglima baru UMNO Selangor khabarnya dah menyerang Dato. Bersedialah.

    Ni nak minta tolong sikit. Saya ni dulu kononnya adalah sikit semangat nak tengok Melayu maju, antara nya kalau bolih nak tengok memiliki harta dikawasan perbandaran. Sekoyong-koyong masa panglima UMNO Selangor sekarangni jadi Memanda Menteri Besar Selangor, beliau mencanangkan nak memajukan Transport City di Bukit Beruntung. Saya pun belilah apartment kat situ. Tapi, beliau terjerat dengan kes di Australia. Hanyutlah jawatan nya. Naik pulak Tok Uban kita, semua projek dialihkan ke Kuala Selangor. Hanyutlah projek Bukit Beruntung tu. Besamanya hanyut jugalah saya, hingga kini mananggung hutang, hidup dah jadi macam peladang padi yang x bendang.

    Nanti kat sidang DUN, minta Dato Seri cadangkan supaya kerajaan mencari usaha memajukan tempat-tempat yang sebegitu. Bukit Beruntung, Pulau Indah (Armada Putera). Tempat-tempat tu , kalau buat pusat pengajian tinggi , mungkin sesuai, pasarana dah siap, Alam sekitar memberangsangkan.

    Dulu masa DS berkuasa pun , tiada usaha kearah tu, sibuk memajukan Sabak Bernam je.

    Ikhlaslah kita dalam menempuh hidup ni. Semua kita ada peranan, dari pengikut hingga pemimpin.


    Tkasih.

    ReplyDelete
  116. anwar ni wat aku nak ketawa aje..
    pasal ape, dia banyak merapu tak tentu hala..

    ReplyDelete
  117. Dato

    Mengikut laman web malaysiainsider, AAB dijangka akan mengumumkan petang ini bahawa beliau akan menyerahkan kuasa kepada NTR pada bulan jun 2010.

    Jikalah benar berita ini ia adalah satu anti-klimaks yang sama memualkan seperti keputusannya memotong 10% atau RM 1,868 elaun keraiannya sedangkan elaun-elaun lain dan gaji tak diusik - konon-kononnya nak tunjuk pengorbanannya apabila rakyat diminta mengubah gaya hidup dan berjimat cermat.

    Jadi jika ini keputusan paklah, NTR perlu membuat penilaian yang mendalam samada menerima sahaja nasib politiknya yang ditentukan oleh AAB atau bertindak menentukan sendiri halatuju politiknya.

    Jarakmasa dari Disember 2008 hingga jun 2010 adalah terlalu lama dan macam-macam boleh berlaku.KJ menjadi timbalan presiden UMNO pun mungkin terjadi...hehehehe.

    Terlintas difikiran saya, sekiranya kita campor isu akuan sumpah RPK dan keputusan UMNO beberapa negeri mencalonkan AAB dan NTR sebagai presiden dan timbalan - adakah semua itu untuk memaksa NTR menerima sahaja tarikh penyerahan kuasa yang dicadangkan oleh AAB? - maaf, ini hanya lintasan fikiran saya sahaja, mungkin tak benar.

    bat8

    ps: Inikah pengumuman yang DSKT maksudkan?

    ReplyDelete
  118. dr khir
    saiful tu bukan pembantu peribadi anwar...die hnya sukarelawan
    semasa pilihanraya yang lalu
    sr rse elok dr khir semak fakta sebelum wat ape2 post...agak memalukan seorg bekas menteri berblog mggnekan fakta yang salah

    ReplyDelete
  119. Bersungguh-sunguh nampaknya Dr Khir menentang Anwar. Takut BN kehilangan kuasa ke?

    Dr Khir sekarang nampaknya tak berani nak tentang Pak Lah? Takut kena siasat dengan BPR ke?

    Jijik sungguh politik BN nie.

    ReplyDelete
  120. Assalamualaikum....

    Jika benar tidak perlu berdolak dalik atau bersyarat ,mengapa perlu bersyarat? Saya amat setuju dengan pendapat Mufti Perlis bahawa Islam itu adil dan jangan kita memalukannya.Apakah perlu saksi yang beriman untuk mendakwa seseorang seperti kes rogol atau liwat(kalau rogol bergilir-gilir siapa saksi) kalau saksi itu beriman mengapa dia tidak ambil tindakan atau dia tumbang sekali itulah hakikatnya zaman ini.

    Berbalik kes Anwar Ibrahim ini siapa mau jadi saksi kalau buat kat kondo VVIP yang pakai guard bagus(Nepal kot jadi saksi).Beginila kalau kita buat tafsiran cara sendiri apabila golongan tua tidak dapat menerima fikiran golongan muda maka bertembung pendapat yang merugikan umat Islam.

    Apakah benar ura-ura bahawa ada cubaan meminta umat Islam di Puchong memperlahankan azan di Masjid.Cerita ini bukan baru tetapi dahulu sebelum PRU12 lagi sudah ada dengar di Parlimen tentang azan yang menyebabkan suasana tidak selesa ini.

    Kepada yang masih lagi minat dan sokong DAP Kafiq Laknat ini sedar serta bertaubat atau hati anda sudah dihitamkan kerana cahaya Nur Islam cuba dikekurangkan atau dihapuskan oleh kafiq laknat ini yang berpayung dengan nama PAKATAN RAKYAT demi mengkaburkan mata Umat Islam.Mereka tahu bahawa Umat Islam sekarang tidak segagah dahulu kerana telah berpecah belah kerana diperdaya oleh golongan munafik...

    Untuk Umat Islam Bangkitlah bahawa Kiamat pasti menjelma

    ReplyDelete
  121. Khir Toyo, tolong cermin diri sendiri dulu sebelum keluarkan kenyataan.Cakap tak serupa bikin.Macamlah kau tu baik sangat. Konon-kononnya kaulah org yang paling bersih. Lupakanlah hajat ko nak tanding jawatan ketua pemuda. Tak sedar diri. Ada hati lagi nak rebut jawatan. Harta yang kau kebas tu tak cukup lagi ke?

    ReplyDelete
  122. ANWAR AKAN DIBUNUH???

    Dato Seri,
    Perkara ini ada kemungkinan.

    Anwar berada dalam kedudukan seperti Saddam Husin. Saddam pernah dikaitkan dengan Rusia kemudian dikaitkan dengan Amerika.Apabila Sadam tidak berguna lagi maka Sadam pun dihapuskan. Akhirnya Iraq jatuh ke tangan Amerika.

    Anwar sering dipergunakan oleh orang lain.Mungkin Dr M pernah melihat bakatnya yg boleh digunakan untuk Malaysia. Tetapi Amerika juga mahu menggunakannya. Akhirnya jelas pihak Amerika mendapat kelebihan dalam penggunaan Anwar. Amerika samaada Anwar suka atau tidak suka diperlihatkan oleh Amerika sebagai agen Amerika.

    Betul atau tidak Anwar agen Amerika adalah perkara kedua. Yg penting Anwar sentiasa dilihat disokong amerika. Mahu tak mahu jadilah dia seperti agen amerika.

    Maka jika malaysia sentuh Anwar maka datanglah amaran dari amerika.Jika amerika hendak 'mengambil' malaysia alasan yg baik ialah anwar mati dibunuh. Sudah tentu bukan amaran lagi tetapi betul-betul malaysia akan kena cekup oleh amerika.

    Maknanya Anwar mungkin dibunuh oleh agen amerika sendiri untuk alasan amerika cekup malaysia. Anwar mungkin ingin mempergunakan amerika tetapi amerikalah yg boleh menentukan bagaimana hendak menggunakan Anwar. Jika proses penghapusan Sadam telah membawa kebaikan kepada amerika maka begitulah Anwar yg dikorbankan sudah tentu membawa alasan besar untuk amerika campur tangan di malaysia.

    Maka berulanglah sejarah malaysia ditakluk kuasa asing lagi.

    wassalam
    Yin & Yan

    ReplyDelete
  123. Assalamualaikum. saya nak tambah fakta logik dalam kes tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim ni sikit. DSAI mendakwa bahawa saiful telah membuat tuduhan Qazaf kepadanya kerana tidak ada 4 orang saksi.DSAI dan isterinya telahpun membuat laporan kepada Penguatkuasa JAWI agar saiful di dakwa di bawah enak jenayah Wilayah Persekutuan kerana menuduhnya melakukan liwat tanpa empat orang saksi. Kalau begitulah alasan DSAI, maka akan bertambah ramailah perogol-perogol bersiri di negara ini yang akan merogol wanita-wanita muslimah pada setiap masa. kerana sudah tentu mangsa rogol ini tidak akan menang dalam kesnya ke mahkamah kerana belum pernah dalam sejarah ada empat orang saksi yang nampak perogol sedang merogol mangsanya. Justeru, selama ini berapa banyak kes mahkamah sivil yang telah menghukum pesalah/penjenayah rogol yang hanya berasaskan keterangan mangsa dan juga laporan perubatan. Nampaknya DSAI akan meminta mahkamah sivil mengkaji semula para perogol yang telah dihukum penjara atas kesalahan rogol tanpa ada empat orang saksi. Hati-hatilah semua kaum hawa selepas ini dengan undang-undang baru DSAI. Siapa yang kenan rogol jangan lapor pada polis, nanti dia akan di dakwa pula dengan kes qazaf kerana tanpa ada 4 orang saksi.

    Di sini juga saya nak ambil kesempatan untuk iklankan laman Blog saya , http://shamsuddinmoner.blogspot.com.
    Sesiapa yang nak mendapatkan salinan teks buku panduan Etika Pemilihan UMNO 2008 bolehlah mengakses ke dalam laman blog saya ini. Ok. selamat mencuba.

    ReplyDelete
  124. DSKT

    Nampaknya segala-gala telah terjawab petang tadi dengan pengumuman paklah mengenai tarikh peralihan kuasa dalam UMNO. Terima kasih atas hint dato.

    Rasanya saya dah faham apa yang berlaku dalam 2/3 minggu ini.....

    sdara-sdra semua,

    udah le pasal liwat DSAI ni...drama swasta dah abih. Drama slot samarinda : SD RPK, kes liwat DSAI, SD 1 & 2 bala, pencalonan AAB dan NTR sebagaicalon presiden dan timbalan oleh UMNO beberapa negeri dah tamat. Episod akhir telah berlangsung petang tadi dengan pengumuman AAB dan sidang akhbar AAB dan NTR petang tadi.

    Cayalah....semuanya akan kembali normal...business as usual from tomorrow. Tapi kesian tengok muka najib semasa PC petang tadi....sedih ade, kesal ade, marah ade, sebak ade, rasa kena perangkap pun ade...hehehehe.

    Esok kita sumer pakat-pakat komen topic lain plak lah....kita komen pasai drama swasta yang lain plak!siri drama ni dah habis petang tadi...hehehe


    bat8

    ReplyDelete
  125. Jangan kita mencemuh dan menuduh seseorang itu tanpa usul periksa kerana tuduhan itu akan memakan diri sendiri. Ingat jika kita dfitnah diinaya siapa yang akan membantu. Allah hanya tempat mengadu. Jika menimpa diri sendiri baru tahu betapa hebatnya fitnah. renunglah didunia kita punya harta duit berjuta didalam kubur gelap gelita tanpa amalan mana cahayanya. Pintu taubat masih terbuka insaf-insaflah wahai saudara.

    ReplyDelete
  126. Salam....

    Hukum Allah swt adalah adil dan saksama ia tidak menidas golongan yang lemah tetapi mempertahankan mereka terutama golongan hawa dari golongan jahiliah.Oleh itu jangan salahkan golongan hawa saja dalam kes rogol seperti kata-kata dangkal perlu 4 saksi beriman.Kita boleh tanya kepada semua orang termasuk Haji Hadi Awang atau Anwar Ibrahim kalau berlaku kepada ahli keluarga mereka apakah mereka perlu 4 saksi beriman.

    Sekarang ini Yajuj dan Makjuj kecil telah ada yang akan menyesatkan umat Islam terutama di Malaysia kerana ramai yang hilang arah kerana Agama Islam dipermainkan apatah lagi idelogi politik sempit sehingga mengeluarkan FATWA HALAL HARAM SEMUA UMAT ISLAM MALAYSIA....tidak ada pun yang mahu buat lapuran polis pasal ini atau suhunjaya diraja kepada Duli-duli Sultan-sultan .Sedangkan ia telah menyebabkan perpecahan yang amat teruk dalam umat Islam di Malaysia ini.

    Yang menjadi tanya-tanya disini masih ada juga blogger yang mengaku Islam menyiakan perbuatan KAFIQ LAKNAT serta bertakbir apabila kafiq join dalam ceramah...Inilah akibat kurangnya ilmu dan hanya jadi pak turut atau macam lembu dicucuk hidung dengan tali.Sampai kena tayang pungkoq pun masih lagi seronak walaupun sudah masuk MAGHRIB dok terloncat-loncat dengan kafiq laknat (tara potong punya anu atau tak tau bersuci serta mandi wajib,entah makan depa bawa ).Ingat konsert jom heboh saja rupanya kat Kelana Jaya pun sama juga

    ReplyDelete
  127. Assalamualaikum...

    Bermubahalah adalah jalan yang baik demi membuktikan keikhlasan seorang terhadap Pencipta Yang Maha Esa ALLAH swt.

    Kata-kata Anwar bahawa beliau hanya sanggup bersumpah dengan bersyarat bukan satu alasan apabila ia mengambil kata-kata Mufti Perak yang dia rasa tidak perlu melakukan.Walaupun pembalasan seorang manusia tidak ditentukan di muka bumi ini semata-mata tetapi bila kita beramal dengan Rukun Islam dan Rukun Iman maka kita sedar semua itu.

    Dahulu semasa 1989 berbagai usaha dilakukan seperti sembahyang Hajat dan sebagainya tetapi Anwar tetap juga ke jel dan beliau mengadu sakit tulang belakang.Bagi saya ,dia masuk jel bukan sama orang lain yang jadi banduan atau Mendela.HUKM yang banyak memberi peluang kepada dia selama 6 tahun seperti hidup di hotel 4 bintang,kalau banduan lain terutama rakyat biasa alamatnya duduk kelas 3 dengan gari ditangan atau kaki.Inilah hakikatnya

    Kepada penyokong-penyokong fanatik tak kira apa-apa parti jangan kita taksub berlebihan kepada peminpin kerana meraka bukan Tuhan Yang Maha Berkuasa Allah swt.Mereka juga bukan Para-para Rasul utusan Allah swt sehingga mempertahankan mereka melebihi kecintaan dan takwaan kita kepada Allah,Agama ISlAM yang suci ini.

    ReplyDelete
  128. Aku perlukan jalan..

    R.A.H.M.A.N. sudah lengkap..

    ReplyDelete
  129. Nampak Nya penyokong dan pencacai UM-no dah mati kutu apabila anuar bawa kes nya ke makamah Syariah......
    wahai penyokong umno hampa kena terima lah hakakit bahawa dalam kes anuar ni kita bukan nak mencari sapa yang menang ka kalah kita nak mencari kebenaran....eloklah kes ni di bawa ka makamah Syariah ni kerana memang dalam bidang kuasa dia....
    Kalau tak di kemukakan 4 saksi yang alim maka fitnah akan bermaharaja lela lah di negara kita....senang-senang ja orang boleh buat fitnah kepada sesiapa pun asal saja tidak puas hati....
    Hujah samsudin moner akan bertambahlah kes rogol kerana tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi adalah begitu danggal dan cetik...Undang undang islam ni kita tak boleh fikir ikut logik akal saja kita kena kaji dan pelajari kalau tak faham tentang islam kena tanya lah alim ulama yang faham jangan keluarkan hujah yang bodoh dan dangal silap haribulan boleh membawa kufur...keran undang-undang islam berdsarkan Al-Quran dan sunah ada hikmah di sebalik setiap sesuatu yang di laksanakan....
    Kalau betul la saiful ni di liwat oleh anuar biarlah makamah yang adil akan membicarakan kerana hakim makamah syariah cukup pakar dalam undang-undang islam tambahan pula anuar dan syaiful orang islam....
    Kalau Polis nak siasat apa masalahnya depa boleh terus siasat hasil siasatan tu nanti dia boleh serahkan kepada pihak jawi....awat hampa takut ka saiful bersalahhh.....?
    awat hampa ingat Anuar senang-senang ja tak payah buat apa dok tunggu hampa dok terus hemtam dia sori la beb...lu silap la beb....
    Kalau hampa yakin sangat saiful tak bersalah apa nak takut....Allah tetap bersama orang-orang yang benar......
    bagi aku terang dan nyata Anuar adalah mangsa konspirasi puak-puak hampa umno.....

    ReplyDelete
  130. Assalammualaikum DS,
    Terima kasih kerana memberi komen terhadap coretan saya, mengenai isu "penyapu", saya ingin bertanya pendapat DS sekiranya berdasarkan prestasi BN/UMNO di Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, WP dan Kelantan, adakah wajar sekiranya PM menghadiahkan penyapu kepada keenam-enam pengerusi BN kerana prestasi buruk yang ditunjukkan?
    Adakah DS akan menerima "penghormatan" sebegitu dan disaksikan oleh rakyat Malaysia?
    Adakah DS akan tersenyum malu atau memperkuatkan azam untuk merampas kembali negeri yang dicintai selepas penghormatan tersebut?
    Untuk makluman DS, saya merupakan ahli UMNO sejak tahun 1980 kawasan Parlimen Parit, tetapi berubah arah apabila menyaksikan pengkhianatan pemimpin UMNO terhadap orang-orang melayu. Pemimpin UMNO mempunyai muka yang sering berubah wajah dan janji yang sering dihamburkan dari lidah yang bercabang membuatkan saya muak, meluat, jelak dan benci apabila mendengar nama UMNO dan pemimpinnya. Saya tidak pernah keluar dari UMNO sebagaimana TUN DM tetapi mengalihkan sokongan kepada PAS disebabkan sebab-sebab yang saya nyatakan tadi.
    Wajarkah saya di persalahkan sekiranya saya tidak menyokong BN/UMNO yang berpemimpinkan pengkhianat bangsa?? Saya juga bukan ahli UMNO yang membabi buta menyokong pemimpin yang tidak mampu memimpin seperti kepimpinan UMNO sekarang.
    Saya mungkin beralih semula menyokong UMNO sekiranya PR gagal memimpin negeri Perak dengan baik ataupun kepimpinan UMNO berubah dengan kehadiran pemimpin yang berakhlak mulia, iaitu pemimpin yang dari segi tingkah laku dan keperibadian mulia.
    Buat masa ini saya tidak nampak UMNO mempunyai pemimpin yang sedemikian sifatnya.
    Saya cadangkan DS supaya melihat semula perjuangan UMNO,politik wang atau rasuah akan terus berleluasa dalam UMNO sewaktu pemilihan dan pencalonan, liwat meliwat juga akan berlaku sewaktu pencalonan... seolah-olah sudah menjadi tradisi UMNO.
    Selagi perkara-perkara yang saya nyatakan diatas masih berlaku..saya tidak akan membazirkan undi saya kepada BN/UMNO.
    Pernah saya mendengar pepatah " sekiranya berkawan dengan tukang besi..pakaian kita akan berlubang terkena serpihan bara besi, sekiranya berkawan dengan penjual minyak wangi, kita dapat menghidu keharuman wangian yang dijual oleh kawan kita tadi, kalau berkawan dengan pengkhianat bangsa, nescaya kita pun akan dijual olehnya".

    Anak_Parit

    ReplyDelete
  131. Salam DS dan rakan bloggers,
    ramai yang memberikan komen di dalam blog DS ini telah memetik pelbagai hujah dan malah hadis, ayat Quran, dan fatwa2 besar dari Ulama'.
    terima kasih atas maklumat tersebut.
    saya sedikitpun tidak menentang hujah2 saudara semua. semuanya benar. yang saya kurang gembira adalah sifat bias kenyataan2 saudara.
    seperti yang saya persoalkan sebelum ini, kenapa hanya sebelah pihak sahaja yang salah pada pandangan saudara?
    kenapa rujuk agama hanya jika tuduhan2 dilempar pada pemimpin PR ? kenapa kita tak rujuk agama semasa menuduh Dato' Najib? memfitnah DSKT? untuk membetulkan persepsi saudara2 semua, saya bukanlah ahli UMNO pun. saya ahli PAS cawangan Kuang, Selangor sejak tahun 1997 lagi( dan masih ahli). tapi hati saya pedih bila tengok parti saya yang sepatutnya membela Islam dan penganutnya hanya jadi alat oleh parti2 munafik dalam PR...
    saudara suruh penuduh beri saksi 4 orang yang tidak fasik bila anwar dituduh, tapi HARAKAH sendiri menjadi medan memfitnah pemimpin2 UMNO, TANPA BUKTI!
    APA NI?
    lepas tu, kenapa suka benar guna bahasa2 kasar, laknat orang itu ini, sumpah orang, maki !!
    MUHASABAH LAH BROTHER, JGN LUPA TARBIAH KITA!

    ReplyDelete
  132. Blogger Eisha,cemana awak bleh kata dia bukan pembantu peribadi,sedangkankan Biro Penerangan Keadilan mengaku Saiful tu pembantu khas.sendiri cakap tapi sendiri tak mengaku.berita penuh;

    Pembantu Khas DSAI ditahan dan dipaksa membuat pengakuan PDF Emel
    29 Jun 2008

    Polis telah menahan pembantu khas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bahari, petang tadi dan memaksa beliau membuat pengakuan diliwat.

    Pimpinan parti sedang berbincang langkah seterusnya dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

    Sidang Media yang dijadualkan esok (29 Jun), pada jam 1 petang di Hotel Quality, Shah Alam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap diadakan.

    Biro Penerangan
    Parti KeADILan Rakyat


    SUMBER
    http://www.keadilanrakyat.org/index.php/content/view/627/

    saya cadang utk penyokong PKR,jangan terburu² menuduh orang lain sambil mengagung-agungkan orang lain tanpa usul periksa.eisha (dan org yg terasa),awak dah memalukan diri sendiri..

    ReplyDelete
  133. Biarlah mahkamah menentukan kes liwat meliwat tu..jgn kita pula yg terseret ke arah dosa fitnah memfitnah..

    Tentang anugerah penyapu, saya pasti niat DS adalah untuk kebaikan. Namun...kalau kita masih mementingkan adab dan maruah, idea sebegini seharusnya dihindarkan...Kalaupun prestasi pihak berkenaan lembab dan tidak memuaskan, tiada kaedah lainkah utk memperbaiki keadaan selain mengaibkan penerima di mata khalayak dan mengakibatkan persepsi negatif masyarakat kepada DS. Sengaja atau tidak, anugerah sebegini tidak sesuai bagi kita. Selagi anugerah ini dipertahankan, selagi itu ia mengurangkan rasa hormat sebahagian masyarakat.

    ReplyDelete
  134. Kepada mat_terab

    Padanla gambo tu gambo KAMBING !!!..

    Lain kali bacer tulisan DS betul2..
    Nie lagie sorang penyokong FANATIK

    Baru mula ceriter sket pasal Anwar..
    terus.....
    Orang cuit sket dah terus.....

    Cakap pasal ISLAM..
    Tapi menghina orang bukan main..
    Inilah contoh......

    ReplyDelete
  135. UMNO SEJATI konon...Kiata hanya akan jati Umno sejati bila membawa kepentingan kepada kita. Bila dah tak ada kepentingan....Keluar parti pun sanggup...Politik kita sudah kotor. Sanggup bunuh orang lain yang kononnya demi untuk rakyat.Inilah politik yang kotor. Kita selalu cuba membela kaum-kaum kita sendiri sahaja bila dan berkuasa. Jika ini yang kita lakukan kita tak ubah sama dengan bangsa lain yang sentiasa cuba membela kaum masing-masing. Cuba kita luaskan skop perjuangan kita melaksanakan tanggungjawab demi manusia sejagat. Sebab itulah Islam sama Islam berperang kerana saling membela kaum masing-masing. Perjuangan kita lebih kepada kaum bukan demi AGAMA atau manusia sejagat.Amat jelas perjuangan kita masih sempit. Kita minta orang lain berundur dan turun dari kuasanya. Tapi sanggupkah kita menurunkan kuasa yang ada pada diri kita seperti sebagai peguam, hakim, pegawai polis, pegawai kerajaan, pegawai daerah, sebagai penghulu dan sebagainya. Kalau kita sanggup barulah boleh minta orang lain turunkan kuasa.

    ReplyDelete
  136. Safemalaysia, ko jgn suka menemplak bila orang menyebut pasal Islam, apsal alelrgik sgt ke bila org menyebut Allah, pasal hukum dan apa2 yg berkaitan ngan Islam? Itu antara dia ngan Allah ko tak ada hak nak mempertikaikan. Macam ko sorang je betul.

    ReplyDelete
  137. Saya bukan sahaja tidak percaya Anwar meliwat malah jika Tun, Paklah dan Nik Aziz jika dituduh sedemikian pun saya tidak akan percaya. Walaupun saya tidak mempercayai Tun lagi jika beliau dituduh dengan tuduhan seperti ini sayalah orang pertama tidak mempercayainya. Sebab jauh di sudut hati saya percaya Tun tidak akan berbuat seperti itu walaupun terdapat bukti ada DNA Tun pada mangsa sampai matipun saya tetap tidak mempercayainya. Kerana saya tahu untuk menjatuhkan seseorang mempunyai banyak cara. Mengikut Teori Komunikasi ‘Sesuatu perkara yang tidak benar, apabila kerapkali(berulang-ulang) disiarkan dalam media ia akan menjadi seolah-olah benar’.Saya tidak tuduh Tun dan Najib melakukannya untuk menjatuhkan Anwar.

    Namun sesiapa sahaja boleh melakukannya. Sebagai contoh jika sesebuah parti politik menjanji kepada saya bahawa saya akan mendapat kontrak yang bernilai berbilion ringgit dengan syarat parti politik tersebut mesti terus berkuasa. Apa perlu saya lakukan? Adakah saya akan membiarkan parti politik berkenaan tewas dalam pilihanraya? PEGAWAI PENYISIAT, BAHAGIAN FORENSIK, PEGUAM, DOKTOR dan HAKIM semuanya boleh dipengaruhi. Sekarang ini semua itu tidak mustahil lagi. Bank yang mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti CCTV pengawal bersenjata pun dapat dirompak dalam sekelip mata inikan pula untuk menzahirkan sesuatu bukti yang tidak wujud. Begitu juga wang yang dibekukan oleh BNM boleh lesap.

    Saya bukan bodoh, tidak berakal, tidak pandai menganalisis dan sebagainya. Namun saya boleh senaraikan lebih 20 perkara sebab kekalahan BN(UMNO) pada PRU12 yang lepas. Sebabnya saya adalah pengundi dan rakyat biasa. Saya tidak seperti anda begitu mudah mempercayai sesuatu tanpa mengambil kira latar belakang mangsa dan bukti sahih yang munasabah.

    Cuba fikir mengapa Pulau Batu Putih jatuh ke tangan Singapura walaupun kita dah menunjukkan bukti yang kukuh. Namun Batu Putih telah dirampas oleh Singapura meskipun pada hakikatnya Pulau Batu Putih itu hak milik kita. Mengikut fakta daripada 16 hakim yang mengundi bagi penentuan hak Pulau Batu Putih hanya 4 sahaja yang menyokong Malaysia, 12 menyokong atau mengundi Singapura. Cuba lihat peranan hakim dalam kes Batu Putih ini. Walaupun kita dah tunjukkan bukti dan pada hakikatnya pulau itu milik kita tetapi nampaknya kebanyakan hakim tidak menyebelahi kita. Di sini kita boleh lihat hakim kadang-kadang mengikut kata hati mereka dan berat sebelah dan mudah dipengaruhi dalam menentukan hak seseorang. Mungkin hakim2 ini menyebelahi Singapura berdasarkan pengaruh Singapura di rantau ini atau awal2 lagi Singapura sudah melobi hakim-hakim ini. Atau apa2 kemungkinan lain yang boleh mempengaruhi mereka.

    Mungkin itulah sebabnya Tuhan mahu tuduhan Zina(Liwat) perlu mendatangkan 4 saksi sebab jika begitu mudah mengemukakan bukti pasti ramai akan menjadi mangsa Fitnah.
    INGAT JANGAN MENGADILI SESEORANG KERANA BUKTI SEMATA-MATA…HANYA HAKIM YANG BERPEGANG DENGAN KEPERCAYAAN DAN BERIMAN KEPADA TUHAN(ALLAH) PASTI DAPAT MENENTUKAN KEBENARAN.

    ReplyDelete
  138. Saya bukan sahaja tidak percaya Anwar meliwat malah jika Tun, Paklah dan Nik Aziz jika dituduh sedemikian pun saya tidak akan percaya. Walaupun saya tidak mempercayai Tun lagi jika beliau dituduh dengan tuduhan seperti ini sayalah orang pertama tidak mempercayainya. Sebab jauh di sudut hati saya percaya Tun tidak akan berbuat seperti itu walaupun terdapat bukti ada DNA Tun pada mangsa sampai matipun saya tetap tidak mempercayainya. Kerana saya tahu untuk menjatuhkan seseorang mempunyai banyak cara. Mengikut Teori Komunikasi ‘Sesuatu perkara yang tidak benar, apabila kerapkali(berulang-ulang) disiarkan dalam media ia akan menjadi seolah-olah benar’.Saya tidak tuduh Tun dan Najib melakukannya untuk menjatuhkan Anwar.

    Namun sesiapa sahaja boleh melakukannya. Sebagai contoh jika sesebuah parti politik menjanji kepada saya bahawa saya akan mendapat kontrak yang bernilai berbilion ringgit dengan syarat parti politik tersebut mesti terus berkuasa. Apa perlu saya lakukan? Adakah saya akan membiarkan parti politik berkenaan tewas dalam pilihanraya? PEGAWAI PENYISIAT, BAHAGIAN FORENSIK, PEGUAM, DOKTOR dan HAKIM semuanya boleh dipengaruhi. Sekarang ini semua itu tidak mustahil lagi. Bank yang mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti CCTV pengawal bersenjata pun dapat dirompak dalam sekelip mata inikan pula untuk menzahirkan sesuatu bukti yang tidak wujud. Begitu juga wang yang dibekukan oleh BNM boleh lesap.

    Saya bukan bodoh, tidak berakal, tidak pandai menganalisis dan sebagainya. Namun saya boleh senaraikan lebih 20 perkara sebab kekalahan BN(UMNO) pada PRU12 yang lepas. Sebabnya saya adalah pengundi dan rakyat biasa. Saya tidak seperti anda begitu mudah mempercayai sesuatu tanpa mengambil kira latar belakang mangsa dan bukti sahih yang munasabah.

    Cuba fikir mengapa Pulau Batu Putih jatuh ke tangan Singapura walaupun kita dah menunjukkan bukti yang kukuh. Namun Batu Putih telah dirampas oleh Singapura meskipun pada hakikatnya Pulau Batu Putih itu hak milik kita. Mengikut fakta daripada 16 hakim yang mengundi bagi penentuan hak Pulau Batu Putih hanya 4 sahaja yang menyokong Malaysia, 12 menyokong atau mengundi Singapura. Cuba lihat peranan hakim dalam kes Batu Putih ini. Walaupun kita dah tunjukkan bukti dan pada hakikatnya pulau itu milik kita tetapi nampaknya kebanyakan hakim tidak menyebelahi kita. Di sini kita boleh lihat hakim kadang-kadang mengikut kata hati mereka dan berat sebelah dan mudah dipengaruhi dalam menentukan hak seseorang. Mungkin hakim2 ini menyebelahi Singapura berdasarkan pengaruh Singapura di rantau ini atau awal2 lagi Singapura sudah melobi hakim-hakim ini. Atau apa2 kemungkinan lain yang boleh mempengaruhi mereka.

    Mungkin itulah sebabnya Tuhan mahu tuduhan Zina(Liwat) perlu mendatangkan 4 saksi sebab jika begitu mudah mengemukakan bukti pasti ramai akan menjadi mangsa Fitnah.
    INGAT JANGAN MENGADILI SESEORANG KERANA BUKTI SEMATA-MATA…HANYA HAKIM YANG BERPEGANG DENGAN KEPERCAYAAN DAN BERIMAN KEPADA TUHAN(ALLAH) PASTI DAPAT MENENTUKAN KEBENARAN.

    ReplyDelete
  139. Assalamualaikum Dr Khir'

    Tidak menghairankan jika pandangan sedemikian dilontarkan oleh Dr.Dr berada dipihak kerajaan...

    Sepatutnya kita tak boleh menentukan siapa yang salah dan siapa yang betul hanya kerana kita berlainan parti..

    Fitnah atau tidak lambat laun akan diketahui jugak kebenarannya nanti..

    Perlukah kita perlu berpenat lelah memikirkan siapa salah dan siapa betul sedangkan agenda negara bersusun lapis belum dilaksanakan.

    Jangan hanya kerana timbul isu ini pihak tertentu berpandangan akan dapat mengalihkan perhatian rakyat dari isu ekonomi serta permasalahan pentadbiran negara kearah lain.Kalau 10 tahun dulu mungkin ya..Sekarang rakyat dah masak dengan permainan politik di Malaysia..

    Jadi.. apa pun.Biar mahkamah tentukan keputusannya..,

    ReplyDelete
  140. Salam para komenter prihatin....
    isu kes DSAI VS " Najib @ GOV " macam Ayam & Telur, siapa keluar dulu, tapi kami RAJA RAKYAT amat teramat faham permainan HAMBA KERAJAAN, bersumpahlah, berdalihlah, atau ber"apa"pun, kami tahu mana intan asli dan kaca hipokit yang disalut emas palsu.
    Semoga Allah membuka hijab hati-hati yang terhijab. Jangan sombong dibumi Allah. sesungguhnya keampunan dosa pada manusia hendaklah pada manusia itu sendiri, kalau tidak sampai bila-bila azab menanggung dosa, hatta pada Non Muslim apatahlagi sesama manusia seagama

    ReplyDelete
  141. Kepada blogger safemalaysia yang tak selamat lagi.....jangan lah menyokong membuta tuli...atau pekak atau butah saudara ku ini. Aku ni ahli umno jugak tapi dah beralih kepada pas. Semenjak aku berada dalam umno dan pada ketika itu aku bekerja dgn kontraktor pengampu umno. klau engkau nak tahu kalau nak dapat projek mesti untuk bagi pada poket umno kalu tidak sorrylah projek tak dapat. Itu namanya makan duit rakyat atau rompak duit rakyat. sebab itu aku sokong sangat kalau dibuat open tender....nah tgk ramai yang tak setuju. Sebab tadilah. projek asyik masuk kedia je sebab ada kabel diatas. Ni semenjak aku kerja dgn kerajaan jumpa lagi....projek berjuta-juta tapi office pun tiada. Setelah disiasat ...ini org kuat umno yang laknat makan duit rakyat . Apa semua ini. Projek alibaba..maklumlah projek dapat terus dari Pemuda. Org macamnilah yang merosakkan bangsa sendiri. sampai bila nak jadi macam ni, Kepada safemalaysia jgnlah jadi penyokong yang buta dan tuli.

    DS pun sepatut nya jadi pemankin untuk berubah dalam umno. Carilah pengganti yang mengikut lunas Islam buakan pemimpin yang penuh dgn kontraversi. Malaysia oh malaysia.

    ReplyDelete
  142. Salam DS,
    Pertama sekali sy nak mengajak kita banyak beristigfar kpd Allah.
    Kenapa kita di 'bala' dgn jutaan fitnah? bermacam2 isu dicetuskan.. knp kita masih dgn dolak dalik .. belum nak guna hukum yg Allah tetapkan untuk selesaikan semua ni. Jika masih berterusan, kita sama2 lihat Allah akan menghukum kita umat Islam di Malaysia ini, Melayu Islam saling berfitnah, yang bukan Islam ketawa bertepuk tgn. Tentu DS sedar hal ini, knp masih 'bertangguh' untuk melaksanakan hukum Islam bagi isu Anwar contohnya, tak pun ISu Altantuya tu, lagi plak isu Rasuah dan banyak lagi .. Kami rakyat Malaysia yang cintakan Islam nak sgt tgk hukum yang digariskan Islam dapat dilaksanakan di negara Islam Hadhari ini.
    Saya dan ramai lagi rakyat Malaysia melihat semua ini sbg bala Allah pada umat Islam d Malaysia kerana tidak taat padaNYa. DS akan tgk lagi banyak bala akan turun jika kita berterusan menolak hukum ALLAH. Kami rakyat tak nak bersengkongkol dgn org yang menolak hukum ALLAH. jika UMNO ingin menjadi parti yang melekat d hati rakyat .. laksanakanlah hukum ALLAH demi agama ISLAM. Jgn lagi membuat alasan kita masyarakat majmuk, tidak sesuai guna hukum Islam. itu budak pun boleh jawab. Semua bangsa penciptanya ALLAH SWT. kenapa kita ragu nak guna hukum ISLAM. Kami sayangkan ISLAM. Daulatkanlah ISLAM demi anak bangsa kita. Islam bukan buat banyak masjid, buat pusat Islam, buat kerja urus Haji,dan mcm2 lagi yang kerajaan UMNO buat.Kami umat Islam nie.. bukan nak semua tu.. cukup sekadarnya jer.. Islam Is way of Life. DS, ckp bukan main .. mana usaha DS untuk daulatkan ISLAM? Ms zmn DS, semua kerja dakwah di sekat ke Selangor. Mufti pun kena... pk la utk ISlAM bukan untuk UMNO shj.

    ReplyDelete
  143. PERALIHAN KEPIMPINAN

    Posted by Dr. Mahathir Mohamad at July 13, 2008 3:10 PM | Permalink | Comments (439) | TrackBacks (0) | Previous Blog
    Saya percaya ramai daripada ahli UMNO dan orang ramai juga berasa lega apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan yang dianya akan letak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada Jun 2010. Pengisytiharannya di hadapan pemimpin-pemimpin UMNO dari seluruh Negara disambut dengan tepukan gemuruh.

    Dia juga memilih Dato Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya.

    Saya tidak hendak pertikai samada ini menurut tradisi UMNO atau tidak. Tetapi saya ingin tarik perhatian kepada keadaan dalam parti UMNO, parti Barisan Nasional dan Negara menjelang pilihanraya ke-13 hanya empat setengah tahun lagi.

    Umum tahu bahawa UMNO, BN dan parti-parti komponennya sudah rosak teruk dan tidak mendapat kepercayaan daripada rakyat lagi setelah lima tahun Dato Seri Abdullah menerajui Parti dan Kerajaan. Buktinya ialah kekalahan teruk BN dalam Pilihanraya Umum ke-12, 2008. Belum pernah BN kalah sebegini dalam sebelas Pilihanraya Umum yang terdahulu, termasuk pada tahun 1969.

    Kerja untuk memulihkan parti-parti dan kepercayaan rakyat sebelum Pilihanraya Umum ke-13 memerlukan masa yang panjang. Masa yang ada hanyalah empat setengah tahun jika tidak kurang daripada itu.

    Kenyataan yang dibuat oleh Dato Seri Abdullah bermakna dalam masa yang singkat ini, walaupun Dato Seri Najib mengambilalih pada Jun 2010; UMNO, BN dan Kerajaan akan dipimpin oleh dua pemimpin, masing-masing dengan masalah masing-masing dalam hanya dua setengah tahun bagi tiap satu.

    Masa ini terlalu singkat untuk berusaha memulih semula parti BN, UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain. Sesungguhnya selain daripada parti-parti di Sabah dan Sarawak semua parti BN di Semenanjung telah ditolak oleh rakyat dan perlu rawatan luar biasa.

    Keadaan politik dan peristiwa selepas Pilihanraya Umum ke-12 bergolak dan tidak menentu. Sebenarnya kurang kepercayaan keapada BN menambah kerana mesej rakyat kepada pemimpin tertinggi Kerajaan tidak dipedulikan olehnya. Pemimpin ini ternampak khayal dan berada dalam keadaan menidakkan kenyataan.

    Dengan Dato Seri Abdullah menerus kepimpinannya hingga Jun 2010, pemulihan tidak dapat dimulakan kerana beliau tidak faham kehendak rakyat - iaitu beliau berhenti daripada mengepalai parti dan Kerajaan.

    Jika Dato Seri Najib ambil alih pada Jun 2010 dia hanya mempunyai dua setengah tahun untuk pulihkan UMNO, pulihkan BN dan menolong memulih parti-parti komponen dalam BN.

    Kerja ini bukan mudah. Ia berkehendakkan Dato Seri Najib dan semua pemimpin UMNO dan BN turun padang untuk menjelaskan tindakan yang akan diambil oleh mereka untuk memperbaiki kerosakan dalam parti-parti mereka dan pemerintahan yang dilakukan oleh Dato Seri Abdullah.

    Dimasa yang sama mereka perlu bertindak untuk memulih ekonomi Negara. Dalam tiga empat tahun yang menyusul ekonomi dunia akan alami huru-hara kerana kenaikan harga minyak, bahan mentah dan makanan. Amerika Syarikat akan terus menghadapi krisis kewangan disebabkan hutang Amerika Syarikat yang tidak dapat dibayar dan kemelesetan ekonominya.

    Dalam Negara inflasi luar biasa akan berlaku disertai oleh pengangguran yang tinggi. Perniagaan runcit dan industri perkhidmatan akan tergugat. Kenaikan harga barang dan makanan akan diikuti dengan lebih ramai kes muflis dan penutupan perniagaan.

    Semua ini perlu ditangani oleh Dato Seri Najib dan anggota Kabinet daripada BN dalam dua setengah tahun. Ini tidak boleh jadi kerja sambilan. Ia berkehendak tumpuan sepenuh masa.

    Apakah Dato Seri Najib mampu menangani semua masalah-masalah ini disamping memulihkan parti-parti? Sebenarnya kredibiliti Dato Seri Najib telah banyak merosot sejak dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah.

    Dahulu Dato Seri Najib merupakan bintang yang gemilang di antara Menteri-Menteri Kabinet. Tetapi oleh kerana dia tunduk rendah kepada Dato Seri Abdullah, dengan selalunya mengia apa sahaja yang dikata dan dibuat oleh Dato Seri Abdullah, pandangan tinggi rakyat kepadanya sudah jatuh merudum. Dia perlu masa untuk memperbaiki semula imejnya. Jika daripada sekarang hingga Jun 2010 dia masih dilihat sebagai "Mr Yes" yang utama, mustahil dia akan dapat pulih imejnya.

    Kenyataannya yang dia berasa terharu kerana kepercayaan Dato Seri Abdullah kepadanya tidak meyakinkan sesiapa yang dia boleh ubah sikapnya. Dia akan dilihat sebagai pemimpin yang lemah yang mudah dikongkong oleh Dato Seri Abdullah. Apakah ada jaminan yang dia akan dapat bebaskan dirinya daripada Dato Seri Abdullah setelah mengambil alih? Sukar bagi kita mempercayai yang dia mampu.

    Di masa yang sama banyak tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

    Dalam keadaan ini pemulihan UMNO, BN, MCA , MIC, Gerakan dan PPP tidak mungkin dijayakan sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

    Dato Seri Abdullah harus tahu bahawa akhirnya rakyat yang akan menentukan siapa menang dan siapa kalah.

    Hari ini Dato Seri Abdullah boleh paksa, ugut, sogok ahli dan pemimpin UMNO untuk ikut kehendaknya, untuk sokong apa sahaja yang dikatakan olehnya, atau yang dibuat olehnya.

    Tetapi seperti pada Pilihanraya Umum ke-12, ahli UMNO dan BN, penyokong biasa UMNO dan BN dan mereka yang secara terbuka pandang jijik kepada kepimpinannya akan tolak UMNO dan BN.

    Percayalah jika UMNO dan BN hendak dipulih supaya tidak kalah lebih teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13 berbanding Pilihanraya Umum ke-12 Dato Seri Abdullah perlu letak jawatan sekarang juga.

    Biarlah ada pertandingan untuk jawatan-jawatan presiden, timbalan presiden dan lain-lain dalam Mesyuarat Agong Disember ini.

    Siapa juga yang dipilih hendaklah diasingkan daripada Dato Seri Abdullah supaya pengaruhnya dan ketamakan konco-konconya tidak lagi dapat merosakkan Negara.

    Apabila ini berlaku maka kepemimpinan baru dan seluruh jentera parti boleh digerak dengan semangat yang baru untuk berusaha menarik balik ahli dan penyokong yang telah undi parti lawan atau merosakkan undi pada Pilihanraya Umum ke-12.

    Kerajaan perlu disusun semula supaya dapat menghadapi dan mengatasi masalah ketidakstabilan politik, masalah ekonomi yang telah rosak dan tekanan politik dan ekonomi dari luar negeri.

    Ahli UMNO yang sudah di sedapkan oleh kenyataan Dato Seri Abdullah perlu fikir dengan mendalam.

    Jika kerana diri sendiri hendak senang Parti UMNO biar dihancurkan, generasi sekarang dan akan datang akan kutuk kamu. Janganlah kerana duit RM100, kain pulikat dan sejadah, bangsa sendiri dijual.

    Janganlah utamakan kepentingan diri, keinginan untuk jadi menteri, untuk mendapat kontrak bagi diri sendiri, maka bangsa dan maruah dijual.

    Ingatlah beberapa Menteri Besar yang begitu yakin mereka akan terus jadi MB, akan terus mengagih peluang jadi Exco, peluang untuk kekayaan dan dengan itu menyatakan dengan kuat sokongan mereka kepada Dato Seri Abdullah, Presiden UMNO, hari ini jadi ketua pembangkang, terpaksa tinggal mahligai mereka dan tidak boleh beri gula-gula kepada yang mencium tangan mereka.

    Dan Dato Seri Abdullah sendiri harus ingat parti lawan hanya memerlukan 30 kerusi sahaja lagi untuk menang pilihanraya. Sokongan oleh ahli yang setia secara buta tuli tidak mencukupi untuk menang. Sokongan penyokong yang bukan ahli diperlukan.

    Di masa yang sama jikalau calon-calon parti komponen tidak menang kerana orang Cina dan India tidak suka pada Dato Seri, justeru itu menolak MCA, MIC, Gerakan dan PPP, BN tidak akan menang Pilihanraya Umum ke-13, Dato Seri tidak akan dapat memberi gula-gula lagi.

    Ingatlah kalau UMNO kalah Pilihanraya Umum ke-13, ia tidak akan kembali berkuasa walau siapa pun yang memimpinnya.

    Sedarlah akan hakikat ini semua. Jika Dato Seri kalah, UMNO dan BN kalah, generasi ini dan akan datang akan kutuk Dato Seri, pemimpin dan ahli-ahli UMNO.

    ReplyDelete
  144. tp kenapa kedutaan turki??tak faham la..kenapa tak pergi je terus ke US embassy dia punya BFF tuh?atau pun singapore embassy ke???nenek aku yg pun tergelak besar dengar kes pak sheikh al-liwati ni.

    ReplyDelete
  145. "Melihat senario ini, saya melihat bahawa laporan Saiful ini mungkin benar. Tindakan-tindakan Anwar membuat laporan ke atas peristiwa sepuluh tahun lalu meletakan kedudukan beliau seperti orang yang sedang lemas. Apa sahaja boleh dicapai akan dicapainya bagi membantu diri keluar dari arus yang deras."

    Mulanya saya menghormati saudara...tetapi apabila membaca tulisan saudara yang prejudis ini....saya telah hilang hormat terhadap saudara...

    Sebagai seorang Islam...saudara tidak sepatutnya membuat kenyataan yang prejudis terhadap saudara Anwar yang belum terbukti bersalah....

    Dengan ikhlas, Saya berpesan kepada saudara supaya insaflah....kerana agama kita tidak mengajar kita berburuk sangka kepada orang lain....

    ReplyDelete
  146. Salam

    Bila kita berhujah, pastikan hujah kita mengikut nas dari Al-quran dan sunnah. Dari kefahaman saya yg cetek bab Islam ni, Sesiapa yg mendakwa atau menuduh seseorg itu berzina atau meliwat, dia wajib mengemukakan 4 org saksi adil. Pendakwa mesti nampak jelas keadaan itu berlaku ibarat 'keris masuk ke sarung' atau tidak org itu akan dikenakan 80 sebatan mengikut Ajaran Islam.

    DSk dgn senang2 menuduh DSAI dan disokong oleh juak2 yg sama2 tak tahu bab hukum agama. Kedangkalan ugama menyebabkan DSK dan juak2 tak rasa takut akan hukum2 ALLAH.

    Saya bukan berniat nak membela DSAI tetapi yg hak itu hak.samada saudara bertaubat dan pergi minta maaf kpd DSAI. Takut mati terbeliak biji mata jerr..Waslm.

    ReplyDelete
  147. Bagi saya, Anwar bersembunyi di Kedutaan Turki hanya bagi mengelak sebarang pertanyaan umum dan cuba merangka strategi baru bagi menghadapi tuduhan liwat kali ini.

    blog ini da jadi blog fitnah dah... adoilah.

    ReplyDelete
  148. fsalam dskt.memang tepat lain bengkak lain bernanah.sebagai doktor tentu tahu.

    ReplyDelete
  149. Buat DSAI bravo..bakal penerima anugerah pemutar skru atau pemutar belit..saya sudah penat baca pasal awak..dulu saya cukup sanjung awak puja awak puji DSAI..tapi semua hancur lebur pasal perkara yg penuh sangsi..saya memang tak suka kerajaan tp makin lebih tak suka dng DSAI TP bukan dng PKR,saya sedih bila DSAI MULA BERDALIH..sekali dua tak pe masih blh terima tapi dah tahap mcm ni rakyat pun bosan sudah...pertama: DSAI lari p kedutaan turki? masa laporan d buat..apa sal tak p rumah mentri besar selangor je? napa tak buat laporan polis nyawa terancam..kedua: napa
    kenyataan dato murad bekas bank negara DSAI tak saman setalah tarik tali akuan bersumpah? org lain buat sumpah nak bg tahu satu dunia dah lah tu bising2 ketiga: paling buat kami kecewa dan timbul kan sangsi teramat seperti komen hard-T d blog,just go lah buat sumpah laknat kat masjid negara dah ulama cadangkan mufti pun sama apa lg PAS sendiri cadangkan..napa dalih2..buat satu keyakinan buat rakyat, keempat: napa DSAI nak buaNG duit keliling negara buat ceramah..dah PAK lah bg pilihan tu ahhh buat DNA dng bersaksikan doktor sendiri dan pakar sendiri siap lagi dng live d tv mcm cadangan yg d nyatakan dlm agenda daily...kelima:perkataan sapa rogol sapa jadi hal seolah2 mcm hal tu wujud lah pula..napa tak terus saja nafikan..napa pula pingang2 ni d bawa..nak bg tahu yg dia sakit pinggang lagi kah? dah lah sakit d dlm tapi balut d luar baju pula supaya rakyat simpati mengalir air mata..dan paling kureng senag d dengar masa wartawan agenda daily bertanya solan pada DSAI tetang rakaman cctv kat condo why DSAI terus marah dng wartawan tu?ha tu satu hal pasal baling yg dulu ada laporan org mati kebulur kononnya, tapi masa depa jadi TPM apa yg DSAI dah buat kat sana? tak gemuk pun org kat sana cukup makan.saya rasa byk lg org seperti saya d luar sana..ada baiknya kad ahli PKR buat nyalakan api bakar sate je lah.. apa2 pun good luck DSAI.. rasa meyesal beli tiket undi pru yg lalu skg kena turun dari bahtera tu pula nak p umno pun dah malu pipi tersorong dulu kutuk umno skg adeiiii..all the best malaysia..

    ReplyDelete
  150. Biar kita diingatkan dengan peringatan dari cerita berikut:

    PERINGATAN DARI TULANG BUSUK

    Ketika menjadi Gabenor Mesir, Amru bin Al’Ash menduduki sebuah istana yang besar. Di hadapannya terhampar sebidang tanah yang cantik tetapi dicacatkan oleh sebuah pondok seorang yahudi yang terlalu buruk.
    Amru tidak sedap hati melihat pemandangan yang begitu rupa. Alangkah baiknya jika di hadapan istananya itu dibina sebuah masjid. Dan Amru, tanpa bertangguh lagi meminta Yahudi itu datang mengadapnya.
    “Saya mahu membeli tanah tuan,”kata Amru Al’Ash.
    “Saya tidak mahu menjualnya.”
    “saya bayar tiga kali ganda daripada harga biasa,”balas Amru lagi.
    “Walau berapa pun tuan tawarkan, saya tetap tidak akan jualkan.”
    “Tuan akan menyesal nanti.”
    Keesokan harinya Amru sudah membuat keputusan untuk merobohkan pondok buruk itu. Yahudi itu tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menangis. Namun dia bertekad mahu membawa masalahnya kepada khalifah.
    Sampai di Madinah, dia berjumpa khalifah Umar Al Khattab di halaman Masjid Nabawi di bawah sebatang pokok kurma yang rendang.
    “Ada masalah apa tuan datang ke mari ?”Tanya Sayidina Umar.”Mesir terlalu jauh dari sini.”
    Yahudi itu menceritakan segala-galanya.
    Wajah Sayidina Umar berubah.”Tidak sepatutnya dia berbuat bergitu!”Lalu diambilnya sebatang tulang dari tempat sampah.Di atas tulang itu diguris huruf alif dengan pedangnya di tengah-tengah huruf alif itu pula dipalangnya.
    “Nah, ambil tulang ini dan serahkan kepada gabenorku.”
    “Dari jauh saya datang untuk menuntut keadilan tetapi tulang busuk ini yang tuan berikan. Adakah tuan mahu menghina saya?”
    “Wahai tuan yang saya hormati, pada tulang busuk itulah terletak keadilan yang tuan mahukan,”balas Sayidina Umar.
    Yahudi itupun pulang dan menyerahkan tulang busuk itu kepada gabenor. Sungguh aneh.Amru kelihatan pucat dan menggigil tubuhnya apabila menerima tulang yang busuk itu. Dia segera memerintahkan supaya dirobohkan masjid yang baru itu dan dibina semula pondok Yahudi tersebut.
    Tiba-tiba Yahudi tadi datang kepada Amru dengan tergesa-gesa.
    “Ada apa lagi tuan?”Tanya Amru lembut.
    ]“Jangan dibongkar masjid ini. Beritahu saya mengapa tuan begitu takut apabila memandang tulang itu.”
    Amru menjelaskannya:”Sebenarnya tulang itu tulang biasa, malah baunya pun busuk.Tapi kerana dikirimkan oleh khalifah, ia mengandungi peringatan yang tajam dan tegas.
    “Maksud alif itu ialah: Ingatlah, betapa tinggi pangkat dan kekuasaanmu sekarang, suatu masa nanti kamu akan berubah menjadi tulang busuk juga.Kerana itu bertindak adillah seperti huruf alif,adil di bawah dan adil di atas.Andainya engkau tidak bertindak lurus, akan kutebas lehermu.”
    Yahudi tersebut terharu.Dia lantas mengisytiharkan tanahnya diwakafkan.Dirinya juga Islam akhirnya.

    ReplyDelete
  151. Minta maaflah DSKT...

    INILAH BLOG YANG PALING LEMBAB PERNAH SAYA TENGOK.... KALAU DATUK JADI PM MALAYSIA ALAMATNYA KEMAJUAN MALAYSIA SEPERTI KURA2...
    TAK PAYAHLAH BUKA BLOG DATUK KALAU MACAM INI JADINYA...BAIK BALIK RUMAH TIDUR...

    ReplyDelete
  152. lembab tak lembab yg kita tahu blog ni ramai org kunjung..kalau nak adil kena tengok dua2 juga belah pembangkang and kerajaan..lepas baca u all nilai lah sendiri..

    ReplyDelete
  153. Asalamualaikum
    Terlambat sikit bagi komen, tapi isu ni interesting
    Bagi penyokong2 Umno, tak payah lah buang masa nak meyakin kan PKR mengenai isu liwat Anwar ni.
    Biar kan mereka ikut Anwar terjun dengan labu-labu nya
    Walau pun benar kira nya perkara ini terjadi, penyokong fanatik yang tinggi iq( tapi tak mau fikir) akan tetap mengatakan undang-undang telah diputar belit kan ( tapi pelik kan, tak percaya dengan undang2 Malaysia, tapi banyak betul polis report dan saman-menyaman dilakukan oleh pakatan rakyat).
    Buat la sembahyang hajat supaya Allah tentukan kebenaran . Tak pun cuba tanya Azizah!!!! maklum lah dah lama dia hidup dengan Anwar, luar dalam dia tahu.

    ReplyDelete
  154. Salam...

    Bagi sy,apa pun yang terjadi hanya ALLAH dan empunya diri yg tahu.
    Yang sy tahu,puak-puak Umno yg menyokong membuta tuli kpd kepimpinannya.
    Yang Umno wat tak tahu,akibat budaya 'bodoh' dan kaki ampuno ni lah,sedikit demi sedikit akar umbi Umno yg xdak kepentingan dlm parti,beralih arah.
    yang sy agak,ada org nak kuasa cepat,jadi 'guna sebijik batu,utk jatuhkan 2 ekor burung'.
    yang sy pasti,DS Anwar lebih popular,lebih bijak,lebih berani dan lebih bersemangat dr mana-mana pemimpin BN dan Umno.Beliau bercakap x berbuih mulut!

    ReplyDelete
  155. aku just nk kongsi aku nyer pandangan mengenai kes DSAI ni..betulke dia trlibat ngan kes sodom ni?klu x silap aku la kes liwat anwar pada thun 1998 pn digugurkan..mugkin rakyat lupa kot. satu lagi aku nk kongsi klu la si saiful tu kna liwat knapa la dia snang2 gi ngadu kt najib tu..siap najib bleh rasa tangan dia sejuk..lol.dh la dia tu pmbantu anwar (PKR) pastu g ngadu kt org umno..lol. 1 lg pehal nk g citer kt najib, dia xde bapak ke. pastu dh kna liwat 9 kali br nk g lapor polis, bebal...dh kna 1 tu trus la lapor..ni x, pegi lagi keje sbb nk kna sodom,(xcukup 1x)..nmpak sgt la konspirasi yg plg bodoh pernah dirancang..sumenya sbb najib bengang pasal bini dia sirosmah tu kna tuduh bom altantuya..lu pikirla sdiri..laki mana xnak back up bini yg suka peluk salman khan tu.dh la pemboros..igt duit laki dia tu duit sape..tu duit rakyat la.guna 5ribu sblan sudey..org len gaji 500 leh nk idup..ni plak pemimpin islam,,cmne la nk berkat..

    ReplyDelete
  156. Sekadar nak mempertahan anwar jangan mempermainkan hukum dan perundangan Islam. Seperti Tian Chua si kulup ni, bless dan penyokong anwar mahu saiful membawa 4 orang saksi utk membuktikan perkara itu berlaku. Anwar si bodoh tu nak meliwat dihadapan orang ke? Adakah orang berzina dihadapan khalayak ramai? Pernahkan perogol merogol dihadapan para saksi? Jangan buta hati, buta iman dan buta akal.....Chua Soi Lek pun tahu malu jga, cuba bersembunyi dari dilihat orang...mahukah anwar benarkan 4 orang alim melihat di meliwat orang lain? Tak tahulah kalau selama ini, ramai dikalangan pemimpin PKR yang melihat "Filem anwar" secara live....mungkin sudah jadi cara hidup dan amalan kot....lain kali kalau ada perogol merogol saudara perempuan kamu hingga mengandung anak haram...kamu paksa lah saudara perempuan kamu bawa 4 orang saksi yang adil, jika tidak ada kamu hukumlah adik kamu itu. Mungkin ketika terkena atas keluarga sendiri baru kamu faham masalah ini...janganlah permainkan hukum Allah hanya kerana mahu mempertahankan seekor syaitan.

    ReplyDelete
  157. Sebenarnya isunya bukan DSAI semata-mata. DSAI hanyalah catalyst. Rakyat sudah muak dgn pemimpin2 BN yg sudah 'overstay their purpose'.

    Didalam sebuah ekonomi yg vibrant, kita perlu pemimpin baru yg dpt memberi visi dan misi yg dapat diterima oleh rakyat.

    Pemimpin BN sdah terlalu lama bercokol sehingga mereka perlu diganti setiap 5 thn agar negara kita Malaysia dpt terus bergerak maju sesuai zaman.

    Kalau DSKT benar2 sayangkan Malaysia, berilah kesempatan utk orang lain membuktikan mereka juga mampu memerintah seandainya diberi peluang. Skenario sekarang seolah2 hanya BN dan konco2nya sahaja yg mempunyai intelek utk mengurus negara Malaysia. Jangan lupa, ada beribu-ribu lagi rakyat Malaysia yg juga mampu mentadbir negara ini dengan lebih baik seandainya diberi peluang yg adil.

    ReplyDelete
  158. Assalamualaikum yang amat berhormat dato' seri Dr. Khir,

    Pada pendapat saya dalam isu Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pertuduhan yang terbaru ini megenai isu liwat adalah amat mengelirukan rakyat.Kerana;
    1. Kenapa encik saiful setelah diliwat sebanyak beberapa kali baru dia membuat laporan kepada polis? kenapa tidak kali pertama lagi terus membuat laporan kepada polis? kenapa ye..adakah dia seronok untuk diliwat?
    2. Adakah encik saiful tidak mampu memukul sampai bengkak muka dato' seri anwar ibrahim, kerana dari segi perbezaan umur dia amat ketara..kalau dato seri anwar ibrahim kena smack down ngan dia pasti kalah pukulan tko..bukan kah dia masih muda belia untuk berlawan tumbuk sekalipun..isk..isk..isk..tak logik3. Kenapa dia mengadu domba kepada dato seri najib sebelum membuat laporan polis ..adakah ada pakatan antara beliau.dan dato seri najib??.kerana biasanya dalam kes rogol( kalau nak menyamakan kes liwat ini seperti rogol) orang itu akan mengadu pada orang yang terdekat samada ibubapa, guru atau awek..kengkawan..tapi rasanya bukan kepada pemimpin negara..heran ni...kalau kita tengok pada rekod polis adakah kes menyatakan bahawa orang yang dirogol menceritakan masalah mereka pada pemimpin negara...isk..isk..isk..confuse saya jadinya...
    4. Kenapa polis nak DNA anwar lagi..bukankah DNA beliau sudah ada dalam simpanan polis..sebab setahu saya yang belajar biology setakat SPM ni ..DNA tak beubah..adakah ada agenda tersendiri untuk mendapat DNA anwar yang lebih itu...atau pun DNA anwar sudah mutasi...

    Tapi sebenarnya persoalan disini kenapa orang melayu suka bergaduh sesama sendiri..kita tak belajar sejarah agaknya...bangkitlah orang melayu..bersatu lah...tak payah lah kita membunuh sesama sendiri..banyak lagi isu yang perlu kita fikirkan..contohnya harga minyak naik..harga beras naik..harga susu naik..sapa yang jadi mangsa..rakyat jelata..kami hanya pekerja kilang..bukan macam pekerja kerajaan yang asyik naik sahaja gajinya..sapa nak tolong kami...penat dah kami tengok politik orang melayu yang kucar kacir ni...saya berharap Dato seri tidak lagi melibatkan diri dalam isu anwar ni..lebih baik dato seri memikirkan bagaimana memperkasakan bangsa melayu amnya, khasnya melayu selangor..lagipun kalau dato anwar tak melakukan liwat..kita duk tuduh dia buat liwat..sia-sia je kita dapat dosa kering..takda pekdahnya..kalau betul pun dia buat..biarlah dia mendapat hukuman dari Allah..kerana Allah maha adil...so nasihat saya pada dato seri tolong jadi leader yang baik kepada rakyat selangor agar menjadi ketua yang cemerlang gemilang dan terbilang satu hari nanti.kita kena focus pada objektif ini..dan tolong jangan melibatkan diri pada isu liwat anwar ni..kerana beliau tidak didapati bersalah lagi...

    ReplyDelete
  159. dr nk pcaya jd x pcaya bila dia nyorok kt tempat lain... something is wrong somewhere about him..

    ReplyDelete
  160. SALAM,

    1. RASANYA ADALAH WAJAR PARA ULAMAK MENASIHATKAN DIA AGAR TIDAK MENGANGKAT SUMPAH PENAFIAN SELAGI DIA MENGAKU DIA UMAT ISLAM. MEMAKSA DIA MENGANGKAT SUMPAH PENAFIAN, MUNGKIN BERERTI MEMAKSA DIA MENAMBAH DOSA, KITA YANG MEMAKSA TURUT BERDOSA?

    2. ADAKAH WAJAR KITA BERI PELUANG KEDUA KEPADA BEKAS "MENTERI KEGAWATAN" UNTUK SEKALI LAGI MENGGAWATKAN EKONOMI NEGARA?

    ReplyDelete