Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Friday, July 11, 2008

Biduk Berlalu Kiambang Bertaut

1. Pasca pilihan raya UMUM 2008 menyaksikan kedudukan politik negara sentiasa sahaja dalam keadaan tidak tenteram dan kadang-kadang hilang rasionalitinya. Ugutan lompat parti, undi tidak percaya dan masalah keyakinan rakyat terhadap kepimpinan parti dan negara telah banyak menjejaskan pentadbiran negara dan parti.

2. Justeru pengumuman peralihan kuasa semalam, yang akan dilakukan pada Jun 2010, bukan sahaja memberi sinar baru kepada UMNO malah seluruh rakyat Malaysia.

3. Jika saudara-saudari masih ingat, beberapa bulan lalu saya menggesa diadakan satu exit plan yang jelas bagi membolehkan UMNO, BN dan negara bergerak ke hadapan. Sungguhpun ketika itu ramai yang marahkan kenyataan saya tersebut, namun hari ini ternyata ia diterima baik oleh pucuk pimpinan.

4. Memang benar ada suara yang masih tidak berpuas hati kerana mahukan perubahan kuasa secara segera. Saya juga pernah menyeru diadakan peralihan kuasa segera bagi mengelakkan berlaku isu lompat-melompat parti dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan.

5. Namun senario sejak beberapa minggu lalu ternyata telah berubah. Ancaman kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi sekencang dahulu. Pakatan Rakyat sendiri berhadapan dengan pelbagai masalah dalaman, pentadbiran dan isu antara agama yang sedang menjadi api dalam sekam sekarang ini.

6. Atas sebab ini saya fikir, peralihan kuasa yang diumumkan ini bukan sahaja elok dan molek malah akan dilihat sebagai satu kebijaksanaan politik UMNO jika ia disusuli oleh beberapa tindakan dalam parti dan kerajaan yang memperlihatkan kejujuran kedua-dua pemimpin.

7. UMNO sentiasa mengamalkan kebijaksanaan politik dalam memastikan kekuatan parti terus utuh biarpun dilambung ombak dan taufan. Proses transisi kepimpinan sentiasa dilakukan secara berhemah. Biarpun kadang-kala ada kelihatan ada gerakan aggresif namun peralihan yang berlaku tidak lebih daripada kocakan air di dalam cawan atau revolusi senyap tanpa "pertumpahan darah".

8. Inilah hakikat yang berlaku dalam peralihan kuasa dari Tunku Abdul Rahman Putra kepada Tun Razak, dari Tun Hussien Onn kepada Tun Dr. Mahathir dan dari Dr. Mahathir kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Semuanya dilakukan dengan penuh ketertiban Melayu di mata umum sungguhpun dalam sesetengah hal terdapat kocakan di belakang tabir.

9. Demikian juga proses transisi yang akan berlaku dalam masa dua tahun ini. Memang benar ada ahli UMNO yang pesimis dan skeptikal sama ada ia akan terlaksana menjelang 2010. Sudah tentulah kita tidak boleh menilai kejujuran manusia bersandarkan kata-kata sahaja, namun sebagai muslim saya sentiasa bersangka baik.

10. Berdasarkan perbincangan di dalam Majlis Tertinggi dan perjumpaan dengan ketua-ketua empat peringkat, saya percaya kedua-dua pemimpin kita ini ikhlas untuk melaksanakan peralihan kuasa ini. Malahan kesanggupan Datuk Seri Abdullah menerima pandangan Majlis Tertinggi dalam retreat yang lalu, yang meminta diumumkan pelan peralihan kuasa sebelum Mesyuarat UMNO, mencerminkan keikhlasan beliau untuk memulihkan semula parti dan negara.

11. Namun kejujuran dalam melaksanakan proses peralihan kuasa ini akan diukur berdasarkan perubahan-perubahan yang akan berlaku sehingga Perhimpunan Agung UMNO ini dan selepasnya. Saya percaya selepas ini akan ada lagi perubahan-perubahan dalam kerajaan seperti mana yang berlaku ketika proses transisi Tun Dr. Mahathir kepada Datuk Seri Abdullah.

12. Atas sebab inilah saya menyeru agar ahli UMNO sama ada ahli biasa mahu pun pemimpin di Cawangan dan Bahagian bersabar dan menerima peralihan kuasa ini rela hati. Berilah peluang kepada Datuk Seri Najib menyesuaikan diri dan menampilkan diri di peringkat antarabangsa. 

13. Sabarlah, tidak akan lari gunung dikejar. Apa guna menang sorak kampung tergadai? Ingatlah ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Jadikanlah segala pertelingkahan sebelum inisebagai carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua.

14. Saya bersyukur UMNO sudah memulakan satu lagi proses perubahan dan kematangan semoga ia akan sekali lagi menjadi sebuah parti yang disayangi oleh orang Melayu dan juga dihormati oleh bukan Melayu dalam membangunkan agama, bangsa dan negara. Setiap kali biduk berlalu kiambang pasti bertaut kembali.

15. Rakyat dahagakan reform dalam parti dan kerajaan yang akan memberi harapan baru dalam kita menghadapi krisis makanan dan krisis tenaga dunia. Reform dalam sistem agihan ekonomi amat kritikal pada saat ini bagi memberikan kepuasan kepada kaum bumiputra dan bukan bumiputra. Jika ini gagal disusun atur dengan baik ia akan memberi kesan yang buruk kepada peralihan kuasa ini. Begitu juga dengan reform dalam hubungan antara agama di Malaysia tanpa mengorbankan agama Islam sebagai agama rasmi.

16. Ini merupakan cabaran kepada Datuk Seri Abdullah dan Datuk Seri Najib untuk bekerjasama dalam proses peralihan kuasa ini. Biarlah yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing; hati nyamuk sama dicicah, hati gajah sama dilapah.

71 comments:

  1. Assalammuaklaikum DSKT...secara peribadinya saya sebagai ahli UMNO di Peringkat Cawangan di Di Bahagian Kapar amat menyokong apa yang telah DSKT coretkan... Saya amat berharap agar DSKT dapat menyampaikan kepada MKT bahawa satu rangka kerja dan perlaksaaan amat perlu dalam kita memperjuangkan dan mempertahankan agama dan bangsa... mungkin dengan lebih agresiff supaya apajua hak dan keistiemwaan orang melayu akan dapat dinikmati oleh cucu cicit kita nanti. dan sudah pasti agar hak ini tidak akan dipermainkan lagi oleh bangsa lain...
    Bagi yang tidak besetuju terhadap pelan peralihan kuasa ini saya berharap agar tuan-tuan semua dapat berfikir kenapa kita semua disarankan supaya jangan makan dalam keadaaan kelam kabut dan tergesa-gesa..? apa jua jawapan tuan-tuan jawab lah dengan jujur... begitulah juga dalam keaadan peralihan kuasa ini jangan kelam kabut dan tergesa-gesa nanti UMNO binasa hancur negara.
    sekian pkpkkanlah...

    ReplyDelete
  2. Dr. Khir,

    Ingatkan bulan 10? Tup-tup 2010.

    Pemuda dari gunung,
    Gunung Semanggol.

    ReplyDelete
  3. Ya, tahniah pada Umno kerana telah memulakan peralihan kuasa. Sesungguhnya nampaklah keikhlasan kedua-dua peminpin tertinggi Umno untuk menjalankan pelan peralihan kuasa ini.

    ReplyDelete
  4. Saya sokong..
    Ular menyusor akar
    tak akan hilang bisanya...

    ReplyDelete
  5. salam dato seri..

    tak sangka, sungguh saya tak sangka..
    dato' seri rupanya salah seorang apologist yang tok det saya ceritakan tempoh hari...

    semoga dato' seri dapat apa yang dato' seri hajatkan dengan terus menyokong kepimpinan bodowee yang terang dan nyata sangat2 lemah!!

    apakah dato' seri dah dijanjikan jawatan dan pangkat atau dato' seri ni buat2 pekak dan buta dengan kehendak dan kemahuan rakyat yang mereka mahukan bodowee melepaskan jawatannya sekarang..

    saya tak sangka, dato' seri gagal melihat kelemahan pimpinan bodowee ini, tak cukupkah dengan dato' seri kehilangan jawatan sebagai menteri besar di selangor? contoh apa lagi yang dato' seri mahu untuk meyakinkan dato' seri yang bodowee ini tak layak memimpin negara kita? atau dato' seri mahu membodek bodowee ini, dan apabila dia sudah meletakkan jawatannya nanti baru dato' seri berani untuk mengkritik kepimpinannya..

    janganlah jadikan alasan, "saya hanya pemimpin kerdil" oleh sebab itu saya tak mampu buat apa2...
    kecil atau besar pemimpin itu pasti ada jalan untuk membaiki kelemahan, asalkan ianya berlandaskan kebenaran... ya, kebenaran!! kita mesti berani menyatakan kebenaran walaupun ianya pahit untuk di telan!!

    atau mungkin apabila BN dan Umno sudah hilang kuasa nanti, barangkali dato' seri akan beralih menyokong PR dan si peliwat tu pulak....
    sapa tahu.. politik tetap politik...

    ReplyDelete
  6. Salam Dato KT,

    1.Penat saya menanti keberanian Dato' menongkah arus, rupa-rupanya nak naik sampan pun Dato' takut..
    2.Cukuplah Dato' setakat ini sahaja hormat saya kepada Dato' sebagai pemimpin yang berpendirian dan berani...
    3.2010 ???? Masa tu ada ke lagi Malaysia ????

    p/s : Dato' masih rindukan kerusi empuk ek ... ??? .. Lupakan LAH sahaja ... Melayu mudah lupa...

    ReplyDelete
  7. DENGAN pemergian PLAH maka KJ sudah kehilangan tongkat saktinya. Selama ini 'nyawa politik' KJ hanya bergantung kepada tongkat sakti tersebut untuk terus bernafas.

    SEKARANG INI, KJ sesungguhnya berada di dalam alam yang nyata dan DALAM SATU GELANGGANG YANG ADIL. Selama ini kejantanannya DISERLAHKAN oleh tongkat sakti PLAH.
    TO KJ, GOOD LUCK BRO !

    ReplyDelete
  8. Salam Dr Khir,

    UMNO meneruskan tradisinya, ahli tidak boleh bersuara dan memilih pemimpin. Kena bodoh lagi ahli UMNO disogokkan dengan ayat-ayat politik.

    Menantu Pak Lah yang selalu kena lanyak dalam Parlimen tu awal-awal dah bagi amaran jangan pertikaikan peralihan kuasa Jun 2010 tu. Ingat Malaysia nie bapak mentua dia punya ker?
    Dia kumpul kekayaan berjuta ringgit, rakyat di suruh makan ubi kayu, ada ke patut.

    Indeks bursa saham pun tiba-tiba melambung naik, menunjukkan rakyat gembira Pak Lah turun.

    UMNO tidak demokrasi kerana tidak memberikan ahlinya memilih pemimpin dan bersuara.

    ReplyDelete
  9. doc,
    saya rasa peralihan kuasa perlu dibuat bulan dec ini. biarlah dato najib mengambil alih pimpinan presiden UMNO dan PM dan PakLah bolihlah di lantik menjadi Senior Minister hal ehwal antarabangsa.
    kita harus berubah mengikut pandangan rakyat dan akar umbi Umno. cara begini juga kita dapat mengenengahkan
    kepimpinan baru, darah baru, nafas baru kepada umno dan negara.kita sudah hilang pengaruh di arena antarabangsa biarlah Paklah fokus 2 tahun ini untuk memulihkan imej malaysia dipersada dunia.

    ReplyDelete
  10. Salam...

    Peralihan Kuasa telah diumumkan oleh Pak Lah tetapi bila pulak Tok Guru Nik Aziz nak tiru sama supaya geng muda pulak buat keputusan.

    Pak Lah dah umumkan tetapi lambat lagi 2010.Anwar pun dok pasang angan-angan nak jadi PM ,Haji Awang pun nak juga apatah Lim Kit Siang komunis laknat ni pun nak juga jadi PM.Maka yang tersiksa ialah rakyat biasa kerana gajah sama gajah berperang.

    Apakah nasib kami golongan muda yang sentiasa memerhatikan perkembangan semasa negara dan bagaimana masa depan kami kalau mereka hanya pentingkan diri

    kulaan dari Masjid Tinggi

    ReplyDelete
  11. salam...

    nampaknya tekanan kepada Pak Lah sudah dan hampir selesai. semua orang dah buat kerja masing-masing...

    Najib nampaknya menghadapi masalah terutamanya ada manusia berhati syaitan tidak mahu menjadikan beliau PM. Pelbagai tuduhan dan taktik kotor ditabur..alhamdulilah, kini masalahnya hampir selesai.

    apa yang dinantikan kini ialah perhimpunan agung UMNO... apa yang menarik dan apa yang terbaru.

    ReplyDelete
  12. dan juga...

    kejayaan dr.khir menjadi pembangkang juga berkesan. macam-macam perangai MB selangor dah buat menyedarkan kita semua. selama ini apa yang drkhir lakukan tidak betul dan salah...

    teruskan perjuangan


    pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum & Salam...

    Kita masih lagi berhujah tentang masalah politik serta pembangunan bangsa terutama melayu/bumiputra tetapi masih bercakaran sedangkan bangsa lain tidak memikirkan tentang PRU12 lagi,mereka mengutamakan tentang ekonomi yang makin mencabar ini apatah lagi ura-ura tentang kegawatan ekonomi akan kembali semula seperti 1997.

    Dato'seri dan Blogger lain apakah kesedaran ini ada didalam fikiran anda semua atau hanya memikirkan percaturan politik terkini?
    Pembangunan negara telah dipinggirkan apabila semua orang terutama orang melayu banyak bercakap tentang politik semata-mata saja baik di opis atau kedai kopi sehingga di dalam kelambu.

    Tiada pun penbincangan atau tindakan untuk membangun minda orang kita terutama golongan muda,kalau ada masih tertumpu di IPTA&IPTS saja.Dikala pekerja asing mula mendominasi pekerjaan di negara kita,kita hanya banyak cakap dari melakukan permindahan fikiran dan masih lagi terkial-kial dengan taksub serta fanatik kepada peminpin yang belum menetukan kebahagian kepada kita.Kita masih lagi berceramah politik dan memburukan sesama kita serta pertahankan jenayah yang mereka lakukan(yang tersurat atau tersirat)sehingga kita yang bergolok gadai tetapi mereka masih senang dan boleh naik kapalterbang FIRST CLASS

    ReplyDelete
  14. apa pun sekurang2nya ada matlamat yang jelas dan dimaklumkan pada rakyat...... aman sikit.amin

    ReplyDelete
  15. Salam Datuk Seri,

    Saya telah melalui kepimpinan dari Zaman Tunku Abd Rahman hingga lah ke AAB.

    Jangan samakan peralihan Kuasa PM yang terdahulu dgn kini.

    DS kekalahan PRU 69, hampir memusnahkan PERIKATAN, but then kebijaksanaan dan Kewibawaan Tun Abd Razak telah berjaya memulihkan keadaan. And Yep...Tun Abd Razak actually pegang kuasa sebelum pengalihan kuasa.MAGERAN was in charge.

    So pengalihan kuasa dari Tunku kepada TUN Razak hanya lah formality!!

    Kedudukan Tun Hussein Onn pula, kerana pulangnya TUN Razak ke Rahmatullah.

    The Transition of power dari TUN HUSSEIN ONN kepada Tun Dr Mahathir pula, tiada perselisihan politik yang ketara. Tiada kemelut yang melanda rakyat.

    Transition dari TUN kepada AAB, adalah yang paling selesa...dimana keyakinan rakyat kepada UMNO/BN begitu utuh!!

    dan saya adalah salah seorang dari jentera pilihanraya BN ditahun 2004.

    Saya tidak mengharapkan AAB menjadi sebijak TUN Dr Mahatir, saya juga rasa simpati kepada sesiapa pun yang mengganti TUN Dr Mahathir..it is not an easy thing to emulate TUN dr Success...saya faham itu semua.

    BUT... selepas satu persatu hal yang begitu menyayat hati telah AAB lakukan.

    Masih ingat kah lagi DS, wawancara khas AAB di TV ketika persoalan urusan keluarga beliau yg mencampuri urusan negara... Penafian beliau terlalu kosong... Beliau seperti TIDAK TAHU apa pun yang berlaku. Tak in touch with the REAL WORLD.

    We have been trying to tell him something for the PAST 4 years bila dia mendapat mandat yang begitu besar dlm sejarah.

    HE CHOOSE TO IGNORE US!!
    He kept trying to fool us,
    sorry to say....
    Saya belum lagi nampak KETULUSAN AAB.

    Kalau benar ada, harap DS beri saya SATU bukti keTULUSAN AAB.

    Cukup lah kita jadi parti pembangkang di lima negeri... Rela kah DS melihat UMNO/BN jadi parti pembangkang di PARLIMEN??

    And now...he is asking for us to give him another 2 years!!

    Maaf lah DS, 2 years is a VERY VERY long time.

    Kalau DS nak percaya..percaya lah.

    Anything can happen!!


    :- Herotamil,mykmu.net.

    ReplyDelete
  16. Saya cadangkan agar peralihan kuasa ini dijadikan satu budaya yang sentiasa dipertahankan. Mana-mana PM yang telah membuat kesilapan hendaklah digantikan dengan orang lain. Soal saling menegur dan saling memperbetulkan rasanya tidak relevan sama sekali dalam abad ini. Lagipun kita dah terlalu maju.

    Kita juga tidak perlu mempertahankan keputusan ketua kita mahupun berusaha menjayakan wawasannya. Tempoh 2 tahun ini kita perlu berhati-hati jangan sampai Paklah mampu memperbetulkan kesilapan dan menarik semula sokongan rakyat.

    Jika perlu, sebarang usaha yang kelihatan positif dan menyebelahi Paklah hendaklah disabotaj.

    "Batang yang tumbang boleh juga dibuat penyandar musafir yang lelah."

    Mujur kalau hanya musafir. Kalau yang bersandar itu lanun yang sedang mengintai peluang?

    Barangkali hanya tinggal saya seorang yang masih belum faham kenapa kita wajib membuang pemimpin sendiri.

    cheguman@yahoo.com

    ReplyDelete
  17. Apa perlunya diumumkan peralihan kuasa? adakah langkah ini dapat membantu prestasi UMNO dan BN utk PRU-13?
    Bukankah lebih elok sekiranya ahli² UMNO yg memilih penggantinya?
    Perlu diingatkan imej Dato Seri Najib bukanlah dlm keadaan terbaik.
    Dan dlm politik persepsi amatlah penting.

    ReplyDelete
  18. Saya tidak bersetuju dgn Dr. Saya sependapat dgn chedet.com & The scribe Kadir Jasin. Benar kita harus bersangka baik, tetapi bukan dlm keadaan sekarang. Situasi skrg umpama kapal Titanic yg nak tenggelam.

    Dlm politik seminggu umpama setahun, inikan pulak 2 tahun. Banyak perkara buruk boleh terjadi. Maka UMNO mesti kena berani utk bertanding jawatan Presiden tahun ini.

    Jika tidak, saya bimbang UMNO akan pupus 4 tahun dari skrg. Masa tu menangis darah dah tak berguna.

    Ian SA

    ReplyDelete
  19. Bilamana pentadbiran negara di tangan PakLah.Pembangkang telah mendapat kredit amat besar kerana
    PakLah dilabel sebagai pemimpin yang tiada ketegasan, 'lembik' dan tak popular.Pemimpin bawahan telah mengawal seperti PakLah 'tiada kuasa'
    atau ikut telunjuk sahaja.Propaganda
    serta tohmahan ini telah berjaya masuk ke dlm minda rakyat.Betapa licik dan bijaknya pemimpin pembangkang ujudkan senario ini untuk kepentingan diri dan PRU12 mencipta kemenangan yang tiada ketulinan.

    Gaya dan cara yang PakLah bawa dalam mentadbiran amat berbeza dari
    PM terdahulu.Berhemah serta toleran
    PakLah telah disalah anggap dan diputarbelitkan.

    Didalam PRU12,PakLah dan BN telah menerima ujian pertama yang mengejutkan kerana jatuhnya 5 negeri dan bertambahnya kerusi parlimen kpd PR.Ujian dua yang PakLah lalui pula ialah fitnah yang ditaburkan terhadap pemimpin2 BN
    yang semakin berleluasa.Ketelusan badan kehakiman,polis dan kerajaan telah dipertikaikan.

    Kerajaan pusat kini mengalami tekanan dr keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu,kenaikan bahan bakar serta barang keperluan rakyat.

    Kerajaan walaupun telah melakukan pelbagai cara untuk meringankan beban rakyat dan melakukan reform dalam pentadbiran jabatan dan agensi,tatapi rakyat masih memandang sinis dan sangsi.

    Adakah benar jika peralihan kuasa yang diumumkan oleh Paklah serta
    DS Najip sebagai penganti pd 2010
    boleh mengembalikan kegemilangan dan kepercayaan rakyat kpd BN?
    Pertanyaan ini tentu tidak dapat dijawap ketika ini..masih terlalu awal untuk menelah.

    Untuk BN kukuh dan utuh dan dipercayai semula sebagai wadah perjuangan rakyat perlulah ada plan yang konkrit dan cuba menonjolkan
    kematangan dan keikhlasan pemimpin.

    INilah saja peluang yang ada,jangan disandarkan lagi kepada kelemahan parti lawan semata....

    Seruan harus disampaikan kepada rakyat yang keliru dan tiada arah tuju agar kembali kepad landasan yg betul untuk berjuang dalam arus perdana,berpolitik dgn cara bersih serta beretika.

    (***suatu kemuskhilan dan hairan juga..rata-rata orang memperkata
    apa yang berlaku kpd DSAI suatu "pembunuhan" terancang kerajaan..orang percaya,tapi "drama"yang dicipta oleh DSAI..tak masuk dek akal pulak...sedangkan ini saja cara untuk "hebat" dan pemimpin kerajaan jahat....***)kes li*** lah..

    ReplyDelete
  20. ass'kum..DS

    Berjuang didalam parti atau diluar parti mana lebih teruja dS?

    Walau saya nie pengundi atas pagar
    senarionya,sesungguhnya dengan hati dan minda terbuka kerajaan BN adalah yang terbaik untuk kestabilan,keutuhan dan survival bangsa....

    Rancangane arek melebu UMNO....deloklah kapan....

    tips...pemimpin harus amalkan kesederhanaan,prihatin ,hebat dan bijak....elakkan bersifat negatif,takbur,sombong,keji dan kontrovesi...alquran dan hadis sbg rujukan,nabi muhammad sbg ikutan.amin

    DS najib perlu "datang"dengan package supaya rakyat tertawan
    dan dapat sokongan 200% bila peralihan kuasa nanti...

    ReplyDelete
  21. Saya tak faham, bagaimana sebuah parti yang sarat dgn korupsi dan salah guna kuasa macam UMNO dapat menangani krisis makanan dan tenaga sedunia?

    ReplyDelete
  22. Salam Dato Seri.

    Saya selaku ahli umno diperingkat cawangan amat kecewa dengan keputusan tersebut. Ternyata Pak Lah hanya mementingkan kekuasaan politik berbanding kehendak ramai. Cukup-cukuplah tu, jadikan Tun Mahathir sebagai rujukan. tun berundur dikala sokongan terhadap beliau semakin merudum.

    Lagi satu saya inginkan pandangan Dato berkenaan sokongan Umno Negeri yang secara terbuka menyokong Pak Lah & Najib sekalipun jawatan mereka sendiri belum tentu kekal sebagai Ketua Bahagian. Sesuatu yang melucukan bagi saya. Ternyata Umno tidak mengambil lansung iktibar PRU yang lepas.

    Dan sebagai pembaca buku kecil merah yang tiba-tiba diedarkan kesemua cawangan Umno mengenai KOD ETIKA berkempen, ternyata Umno Negeri sendiri tidak mematuhinya. Bukankah didalam KOD ETIKA tersebut ahli dilarang berkempen sedangkan Pak Lah secara tidak langsung telah berkempen melalui perjumpaan Ketua Bahagian & Ketua Cawangan ?

    Seperti KETAM mengajar ANAK berjalan lurus !!!.

    p/s: Saya berharap Najib bertanding Presiden & Isa Samad (mangsa korban Pak Lah) sebagai regu di kerusi Timbalan.

    www.semasa.pdniaga.com

    ReplyDelete
  23. 1. apa kah jawatan presiden dan timbalan presiden boleh diserahkan kepada sesama sendiri? Bukan kah jawatan jawatan ini perlu di pertandingkan dan perlu RESTU dari akar umbi sendiri?
    2. begitu lama Dr dalam UMNO, takkan begitu naive dan optimistik dengan pegumuman ini.
    3. mengapa tulisan Dr dah macam dr mahathir?
    4. saya tak suka pak lah tapi saya tak keje dengan kerajaan. apakah Dr takut kerana masih diberi makan oleh kerajaan?
    5.Dr berperlajaran tinggi dan mungkin lulusan universiti, tentu pernah belajar psikologi. Takkan tak boleh "read between the lines", kot. Mana kesedaran, keinsafan dan kekuatan dr dalam memertabatkan UMNO? saya tak nampak tapi mungkin saya buta.

    ReplyDelete
  24. Dato seri;

    Mohon maaf, komen saya untuk topik ini termasuk ke topik lain, yang sebelum ini.

    Walau bagaimanapun, saya berasa bangga atas pandangan berani dan jujur Dato seri di dalam peralihan kuasa ini.

    Saya yakin DS Najib akan jadi 'Mat Jenin' jika penantian ini terlalu lama buat beliau.

    Pak Lah dan KJ tidur lena kerana Ahli Ahli MT semuanya menyokong beliau akan niat beliau ini.Mereka hanya menyokong membuta tuli, seperti 'kerbau' yang bolih di tarik kesana kemari, asalkan ditunjukan 'rumput' hijau.

    Pak Lah dan KJ sedang menyusun strategi politik 'clan clan' mereka agar kedudukan mereka terjamin.

    Saya berharap agar Dato Seri berani bertanding jawatan Ketua Pemuda dan jangan sekali sekali mengalah.

    Saya doakan yang terbaik buat Dato seri.

    ReplyDelete
  25. Dr Khir dah tak panggil kita sahabat blogger lagi kah?

    ReplyDelete
  26. Inilah tatasusila orang melayu. Buat kerja dalam keadaan tertib dan tidak kelam-kabut.

    ReplyDelete
  27. kenapa dato' seri tak siarkan comment saya malam tadi?
    takutkan kebenaran?

    ReplyDelete
  28. kenapa dato' Seri tak siarkan comment saya malam tadi?
    takutkan kebenaran?

    ReplyDelete
  29. assalammuaalikum DSKT..

    "peralihan kuasa"

    saya kurang yakin dengan janji PM.. banyak sangat kepalsuan yang beliau lakukan..

    ReplyDelete
  30. UMNO: dulu, kini dan selamanya, sama saja.

    ReplyDelete
  31. Dato' Seri ,

    Peralihan kuasa masih jauh lagi.Dlm masa itu hampir 2thn apa2pun blh berlaku. Cara terbaik utk ia berjalan lancar ialah pastikan Pak Lah mesti lepaskan jawatan Menteri Kewangan dan penasihat tingkat 4 yg tidak boleh diharap diganti dengan lebih berwibawa dan pintar agar krisis ekonomi dapat diatasi . Ramai lagi ahli ekonomi yg bijak spt Dr. Noraesah, Dato' Dr. Afiuddin ,Senator Dato' Dr. Ismail Salleh dll. Selagi tingkat 4 tidak dan Menteri Kewangan tidak diganti , saya tidak nampak keikhlasan Pak Lah dalam hal ini. Byk cara akan dilakukan utk menjatuhkan TPM. Oleh itu Dato' Seri ambil beratlah cadangan saya ini ...

    Wassalam .

    ReplyDelete
  32. Salam Dato'

    Ini bukan soal Presiden dan Timbalannya sahaja. Ini adalah soala kelangsungan kepimpinan Melayu. Soal maruah Melayu. Saya rasa 2 tahun terlalu lama.

    Mampukah Pak Lah mengawal UMNO dan BN untuk tempoh 2 tahun yang akan datang sedangkan beliau gagal sebelum ini. Menjadi pemimpin bukan sekadar gelaran. Ada tangungjawab yang berat untuk dipikul.

    Soal ini bukan boleh buat main. Pantang saya orang politik memperjudikan nasib bangsanya,rakyat dan ekonomi negara ini.

    ReplyDelete
  33. Setakat ini ia sekadar pernyataan mulut dari Pak Lah. Keikhlasan ini perlu dibuktikan dengan TINDAKAN. Maksudnya, pada tahun pertama, sebahagian tugas PM perlu dipindahkan kepada Najib. Dan pada tahun kedua sekurang-kurangnya 50%bidang tugas PM dijalankan oleh Najib. Jika ini tidak berlaku maknanya peralihan kuasa masih lagi cakap-cakap. Seeloknya, pada tahun kedua, semua urusan berkaitan dengan Rancangan Malaysia Ke9 atau pun Kementerian Kewangan diserah kepada Najib. Kerana kalau selama 2 tahun lagi Najib masih menjaga Kementerian Pertahanan, tak ada apa yang beliau boleh belajar lagi.

    Jika sehingga akhir tahun ini sebahagian tugas PM masih tidak dijalankan oleh Najib, saya sangsi peralihan kuasa itu akan menjadi kenyataan pada pertengahan bulan Jun 2010.

    ReplyDelete
  34. DS
    Saya pun rasa lega mendengarnya. Cuma harapkan dalam masa dua tahun ini Najib dapat menyelamatkan diri dia dari kontraversi altantuya. Kalau tidak, pasti orang lain yang dapat jadi PM.

    Tapi saya tak letak 100% lagi percaya disebabkan Pak Lah ini flip flop dalam buat keputusannya. Mungkin esok dia kata tak jadi pulak nak letak jawatan.

    Walaumacammanapun gelombang politik kat malaysia ini, saya yakin BN jugak akan jadi pilihan rakyat akhirnya. PAS takkan berjaya berseorangan, DAP pun begitu. PKR pula mengharapkan 100% pada Anwar. Pakatan mereka juga rapuh kerana masing-masing ada dasar yang berbeza, PAS takkan bergabung dengan DAP tanpa PKR. PKR pula amat rapuh kredibilitinya.

    Diharap BN lebih kuat di masa akan datang. Kepada pemimpin, jangan cepat mendabik dada, jangan cepat meninggi diri, jangan lupakan rakyat yg memilih BN. Hapuskan rasuah, bela nasib kaum majoriti, jaga agama islam, kuatkan ekonomi negara, baiki hubungan antara kaum, isyaallah BN berjaya.

    ReplyDelete
  35. untuk cepatkan lagi peralihan saya rasa DS tak payah lawan ketua pemuda bulan 12 ni tapi pi terus jawatan presiden. Apa macam? ada keyakinan ke. Ku Li jadi pair pergi timb presiden. Takkan nak harap najib ( bali tulisan tun M dlm blognya)

    harap DS beri pertimbangan

    ReplyDelete
  36. Ya betul.. hati gajah sama dilapah. Begitu juga dengan wang PETRONAS (ini bukan wang rakyat, ini wang, UMNO yang punya ha,ha, ha- versi ahmad albab). Sama-samalah puak UMNO melapahnya. Tak gitu Khir?

    ReplyDelete
  37. DR Khir...
    1.Apa yang dr maksudkan dengan ketertiban pada saat saat darurat sebegini. Bukankah dr sendiri sebagai orang dalam lebih maklum bahawa luka yang ada didalam tanpuk umno sudah bernanah dan bau nanah ini sangat busuk. Bau yang busuk dari najis ini amat perlu di bersihkan segera. Kerana ianya tidak lagi suci di mata dan di jiwa rakyat.
    2. Apakah keterbiban ini adalah satu dalang untuk menyelamatkan tembelang sendiri supaya dapat dilakukan secara halus...?
    3. Ingatlah, padauan suara raktyat semakin lama semaikn menghilang... sedangkan paduan suara pihak lawan semakin kuat.
    4. Bangkitlah wahai warga umno dan bangsa melayu.

    ReplyDelete
  38. Sejak bila parti UMNO ini Milik dua orang ini ataupun sekumpulan pembesar dari majlis tertinggi?

    Apa hak ketua perhubungan yang TIDAK DIPILIH MELALUI UNDI menyatakan bahawa bagus sekiranya kita tidak ada pertandingan presiden UMNO.

    Saya kata biar pemilihan akar Umbi UMNO pilih samada Dato Seri Abdullah wajar kekal sehingga 2010, saya lebih suka sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah mendapat kuota.

    Nah kalau Najib tidak berani kita beri laluan kepada mereka yang telah bersedia mahupun sudi.

    Dato Seri Najib dan Datuk Seri Abdullah sudah setuju peralihan kuasa.. HABIS YANG KITA NI SIAPA, DIAM JE LAH YE DENGAR KATA PEMBESAR NEGERI!!!

    Kampung Terbakar Nampak Asapnya..
    Hati Terbakar Siapa Yang Tahu...

    buangkan kuota, biar kami yang pilih siapa presiden kami. Kemudian siapa yang menang dari pertandingan itu barulah kami berkerja dengan setia untuk orang berkenaan.

    ReplyDelete
  39. A.kum Datuk Seri,

    1. Siang, malam, pagi dan petang...UMNO sentiasa meraung perkataan 'Demokrasi'?

    2. Adakah UMNO mengamalkan demokrasi yang sebenar 100% atau hanya 70% sahaja demokrasi. Manakala 30% lagi ialah 'they more kera seen'?

    3. Sepatutnya 'kuasa' itu dipilih melalui 'Pemilihan' dan bukan melalui 'Penyerahan'? Amalan ini nampak sihat tetapi hakikatnya ia tidak sihat.

    http://suarasukj.blogspot.com

    ReplyDelete
  40. Ya tadi Pak Lah sendiri mengaku pilihanraya kali ini adalah yang terburuk.

    ReplyDelete
  41. Inilah masalah pemimpin UMNO, bercakap tidak mewakili akar umbi tetapi masih mahu mencari dan mengambil untung sendiri. Kalau hendak berpolitik tetapi mahu dalam keadaan selesa dan tanpa perjuangan, berhentilah, main golf lagi baik..

    Hari ini Dato' berkata peralihan kuasa sehingga 2010 adalah sesuatu yang terbaik, tetapi besok bila Najib atau Muhyidin telefon dan minta pikul senjata melawan Pak Lah, Dato' pun akan ikut serta, kepada penyokong 1001 alasan akan Dato' berikan.

    Sesekali tengok cermin, jangan tengok setakat muka, cuba buka mulut, jelirkan lidah..sudah bercabang ke tidak..sebab Dato' orang politik, kena perhatikan benda benda macam ni.

    Kalau inilah politik Khir Toyo yang kononnya bakal Ketua Pemuda yang mahu jadi golongan pengimbang dan pendesak untuk kepentingan Islam dan Melayu, saya tak nampak ada gaya dan ciri2 tersebut..

    Kepada Dato' saya hadiahkan tali, cucuk hidung dan biar Dolah pegang tali tersebut..

    ReplyDelete
  42. Assm Dato' Seri,

    Saya bersama-sama dengan Dato' Seri dalam mengalu-alukan penetapan dan pertukaran kuasa UMNO. Hanya satu perkara yang saya rasa gusar dan kemungkinan ribuan lagi rakyat Malaysia. Perkara ini tidak lain dan tidak bukan mengenai status DPM. Saya berharap apa yang berlaku dua minggu yang lepas adalah fitnah semata-mata. Namun disudut kecil hati terdapat sedikit keraguan. Saya akur memang topik ini tidak boleh dibincang memandangkan ia masih lagi di dalam siasatan polis. Namun halangan ini tidak banyak membantu. Malah ia lebih banyak mendatangkan persoalan daripada penyelesaian.

    ReplyDelete
  43. Bukan pesimis, tapi pelik macam mana DSKT yang berada di dalam MKT UMNO tidak tahu disebalik muslihat pelan peralihan kuasa ditetapkan dalam tempoh dua tahun sehingga 2010.

    Awang selalu mendampingi ahli-ahli UMNO biasa dan bersembang dengan mereka di kedai-kedai kopi. Input yang Awang dapat ialah suara mereka tidak didengar oleh ketua bahagian. Awang berani bet kalau dibuat mass poll secara menyeluruh di kalangan setiap ahli UMNO, 80 peratus akan menggesa Pak Lah berundur segera, atau setidak-tidaknya akan mengundi pemimpin lain jika dibenarkan bertanding pada Disember nanti.

    Tapi, kita semua tau apa yang telah dibuat oleh KJ dan orang-orangnya terhadap hampir semua seluruh Ketua Bahagian dan juga pemilihan pewakilan yang akan ke PWTC Disember nanti. Takkan DSKT tak tau kuttt...Sebab itu Pak Lah berani bertanding. Strategi adalah jelas memihak kepada beliau.

    DSKT tak perlu banyak beretorik di dalam blog ini, sedarlah bahawa apa yang semua ahli UMNO (kecuali yg berkepentingan peribadi) inginkan dan seluruh rakyat mahu ialah Pak Lah dan kroninya dibuang daripada menjadi peneraju parti dan kerajaan. Rakyat telah muak dan meluat dengan cara dan kaedah Pak Lah memimpin negara iaitu dengan cara menjadikan menantunya sebagai pencetus dan penggerak strategi dalam apa jua keputusan kerajaan. Tak payah Awang huraikan terperinci di sini kerana ianya sudah terang lagi bersuluh.

    OK laah, rumusan yang Awang nak jelaskan di sini ialah seharusnya kita semua ahli UMNO dan rakyat Malaysia terutama orang Melayu yang sayangkan negara dan bangsanya perlu merangka pelan bagi menentukan siapa yang harus dijadikan pemimpin kita melalui pemilihan agung UMNO pada bulan Disember nanti.Bagi Awang sudah tentunya bukan lagi orang yang bernama Abdullah Ahamad Badawi.

    Jika DSKT seorang yg jujur dan profesional, tolong siarkan tulisan Awang ini.

    ReplyDelete
  44. salam DS
    kita baru bertemu beberapa hari yg lalu di glenmarie.
    saya dtg bersama saudara ali dan cikgu man.
    pada pandangan saya, peralihan kuasa pada 2010 adalah terlalu lama dan akan membuatkan rakyat bertambah bosan dgn kerenah pemimpin atasan.
    apabila ini berlaku, pemimpin yg mengambil alih pucuk pimpinan akan menghadapi masalah kerana masa utk menarik semula pengundi2 adalah terlalu singkat.
    saya berharap pemilihan pada tahun ini bg 2 jawatan tertinggi akan diteruskan demi kepentingan masa depan UMNO dan BN.

    ReplyDelete
  45. Dalam krisis yg berkocak dlm politik UMNO/BN...dakwaan kegagalan PakLah mentadbir negara,kecaman dan tuduhan tiada asas kedengaran..Peralihan kuasa PM dan DS Najip sbg ganti pd 2010,
    saya berpendapat ia adalah jalan tengah diambil oleh PM.Rakyat
    sebenarnya tidak melihat penyelesaian kpd
    krisis politik setakat ini sahaja..
    tetapi persoalan yg bermain diminda
    paling besar ialah bagaimana
    pemimpin BN pelbagai peringkat memainkan peranan untuk menarik kembali sokongan majoriti rakyat serta penyokong fanatik parti yg
    alami kecelaruan minda dan fikiran itu.


    Dari skrg mereka harus mula bergerak lebih aktif untuk memenangi kembali hati rakyat tanpa
    menggadaikan kepentingan negara
    dari kepentingan peribadi serta rakyat.

    Maksud disini ialah kerajaan tidak
    perlu tunduk kpd tuntutan tidak masuk akal.Janganlah kerana hendak
    sokongan serta kuasa,pemimpin ambil langkah popular pula...yg penting ketelusan dan bagaimana untuk meringankan beban rakyat.

    Penyelesaian dlm badan kehakiman,
    jabatan penguatkuasa yg telah dipandang serong oleh rakyat harus
    di cari agar ianya disanjung dan dihormati kembali.

    BN tidak perlu risau tentang PR,
    kerana PR akan jatuh
    dan hilang kuasa serta pemimpin mereka hilang bisa dengan sendirinya.Rakyat harus bijak menilai antara kaca dan permata,yg mana realiti dan fantasi.

    ReplyDelete
  46. Peralihan kuasa apa ni Dato' Seri? June 2012? Lamanya......nak tunggu Disember pun, saya dah tak larat, nikan pulak nak tunggu lagi DUA TAHUN??????
    Pak Lah bukan penting sangat. Dia letak jawatan hari ni pun, saham takkan jatuh merundum macam ketika Tun Dr.M buat announcement dulu, bahkan kalau Pak Lah buat announcement letak jawatan sekarang, saya gerenti esok saham mesti meloncat 200 points! Pak Lah dah jadi libelity kepada Malaysia. Takda sapa akan menangis, kalau dia berhenti sekarang. Jadi janganlah cakap,Dato' Seri pepandai cakap, pengistiharannya boleh membuatkan 'kiambang bertaut semula'. Semakin berkecai adalah, tak caya bacalah apa orang lain kata kat blog jebatmustdie, kudakepang, tempua, MYKMU atau pun blog-blog yang bukan politik, macam Forum-forum Artis.Hehehe... Datuk Seri, janganlah bagi Pak Lah terasa macam dia penting sangat, nasihatkan dia letak jawatan sekarang sudahlah!

    ReplyDelete
  47. Saya terbaca di satu blog bahawa Tan Sri Sanusi memetik sebahagian dari kata-kata Alexander Fraser Tytler dalam ucapannya di Telok Kemang pada Julai 12hb, 2008.

    Petikan itu seperti di bawah:

    From bondage to spiritual faith; From spiritual faith to great courage; From courage to liberty; From liberty to abundance; From abundance to complacency; From complacency to apathy; From apathy to dependence; From dependence back into bondage.

    Mengikut Sanusi, orang Melayu berada di pelbagai peringkat dan masih perlu pembelaan dan diperjuangkan.

    Ayuh kita fikirkan pula keadaan mereka yang tidak perlu pembelaan?

    Ada yang sudah mewah dan kini leka. Ramai sudah ambil sikap tidak peduli kepada nasib bangsa dan perjuangan bangsa yang memberi kemewahan dan kejayaan kepada mereka.

    Ramai pula dalam masyrakat sudah di tahap pergantungan dalam pelbagai rupa. Mereka rela lakukan apa saja untuk jalan mudah ke arah kemewahan dan kuasa. Pembohongan, pengkhianatan, pencurian, dan apa saja dilakuakan untuk demi kepentingan diri, keluarga – anak dan menantu, dan sahabat dan kroni.

    Mereka ini yang akan membawa kita kembali semula kepada penjajahan dan penghambaan. Abdullah Badawi telah membawa kita ke keadaan demikian dalam masa singkat 4 tahun.

    Adakah peralihan dalam dua tahun itu sesuai?

    Mandat habis akhir tahun di dalam waktu tambahan. Apahak Presiden untuk menyerahkan pada masa yang dia tidak ada mandat lagi. Alangkah pelik UMNO melakukan kita .

    Adakah Abdullah seorang yang berkebolehan?

    Dia diserahkan kuasa dengan negara sudah dipulihkan. Dia hanya melakukan pembinasaan. Tidak dapat kuasai pentadbiran, lemah, leka/tidor dan mudah dipengaruhi.

    Adakah ini satu penyelesaian dengan keadaan negara, bangsa dan parti serta tekanan pembangkang dan tuntutan masyarakat?

    Demi menjaga hati, kita mengenepikan kepentingan parti, halatuju perjuangan dan kepentingan bangsa, negara, agama dan parti.

    Dalam keadaan yang sangat kritikal kita masih mah mencari jalan tengah dan menangguh2 lagi. Kita sudah tidak ada masa.

    Demi tatasusila dan adab, kenapa Imam yang tidak diterima makmum mahu lagi kekal? Margret Tatcher boleh turun bila akarumbi sudah tidak mahu walaupun mahu dapat 60% undi?

    Pak Lah seperti seorang yang gila kuasa. Bukankah tidak ada adab susila Melayu orang yang tidak tahu merendah diri, bersikap ego dan menolak kehendak akarumbi parti dan rakyat?

    Bolehkah parti dipulih dalam dua tahun lagi dengan masa lebih kurang dua tahun setengah?

    Orang yang tidak tahu dan telah membinasakan ekonomi tidak boleh diharap menghidupkan kembali.

    Lame duck hanya siapkan kerja yang ada. Reform tidak boleh dilakuakn oleh seorang PM lame duck tetapi oleh pemimpin yang mahu kekal. Sepatutnya dalam 100 hari sudah cukup masa untuk memahami, selepas itu sepatutnya tindakan dan penyampaian.

    Dalam 4 tahun, tidak ada apa2 signifikan yang telah dapat dilakukan! Dia tidak boleh diberi lagi masa.

    Persidangan UMNO Cawangan 17 Julai ke 24 Ogos. Bahagian 9 Oktober - 9 November. Agong 16-20 Disember.

    Fikirkan apa yang dikata sebelum pergi bersidang.

    Sedia berjuang. Tentangi kekangan. Hilangkan ketakutan. Rungkaikan pergantungan.

    Berani lakukan perubahan!

    Bersuara. Sebarang manipulasi ditentang habis-habisan. Usul diguna untuk nyatakan pendirian. Undi diguna dengan penuh kebijaksanaan dan keberanian.

    ReplyDelete
  48. Salam DS,
    Pengumuman PM tentang JUN 2010 tentang pengganti beliau akan mengulangi kesilapan lalu bila TDM umum DSAAB menjadi pengganti beliau.
    Akhirnya akar umbi UMNO tidak lagi berkuasa memilih Pres dan TPres mengikut pilihan terbaik mereka.
    "Inilah demokrasi" seperti yang dilaungkan oleh pemimpin UMNO.
    Akar umbi hanya mempunyai suara bila nak pilih ketua cawangan dan bahagian sahaja kerana alasan pemilihan peringkat tertinggi hanya akan memecahbelahkan perpaduan dalam UMNO. Inilah juga alasan yang acapkali kita dengar dan alasan ini hanya sebagai alasan dan "escapism" untuk menidakkan hak ahli UMNO untuk memilih.
    Bila ada bahagian yang nak mencalonkan calon pilihan mereka, ia pula dianggap pengkhianat dan engkar pada Pres.
    Kalau beginilah keadaan dalam UMNO pada setiap kali pemilihan nak dilakukan, UMNO akan hancur disebabkan masih tak berubah walaupun "amaran" telah diterima pada PRU 12 lalu.
    MCA lebih matang berpolitik daripada UMNO bila KT Ong dan KC Chan tidak menamakan Pres dan TPres MCA selepas mereka meletakkan jawatan dalam parti dan menyerahkan akar umbi yang menentukan pilihan mereka sendiri.
    UMNO tak pernah cuba mengubah tradisi yang lapuk dan asyik dengan tarian lama yang semakin sumbang langkahnya dan tarinya.
    Pilihan DSAAB adalah pilihan seorang yang mungkin tidak tepat berbanding pilihan akar umbi UMNO seramai kononnya 3 juta ahli..
    DS fikirkanlah...

    Anak_Parit

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum..
    DSKT dan rakn2 bloggers...
    Alhamdulillah akhirnya kita didedahkan jua dengan tarikh peralihan kuasa..rakyat yng selama ini menanti-nantikan pengumuman terbabit pasti berasa lega dan lapang didada.. Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa Parti UMNO merupakan parti yang begitu beribawa dalam memperjuangkan agama dan wadah bangsa.Segala percaturan pasti diambil kira terlebih dahulu, syabas diucapkan kepada ayahanda Pak Lah..
    Secara jujurnya ini bukanlah sekadar komen memuja muji, tapi luahan hati yang ikhlas dari seorang rakyat yang mengangotai parti keramat UMNO..
    Kepada yang kurang bersetuju dgn proses peralihan kuasa ini perlulah berfikir secara rasional, peralihan PM bukanlah seperti perubahan ketua kampung... PM merupakan jawatan yg amat penting bg memastikan corak masa depan negara..
    Kepada ahli-ahli UMNO xkira dr peringkat bawahan mahupun berjawatan MT sekalian buanglah yang keruh dan ambilah yng jernih, bersatulah kita semua untuk kesejahteraan agama, bangsa dan negara,buang jauh2 sifat tamak dan hasat dengki di dalam diri..
    SEMOGA PERJUANGAN KITA DEMI AGAMA ISLAM TERCINTA, BANGSA MELAYU YANG BERDAULAT DAN BUMI MALAYSIA TERCINTA DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT.
    ALLAH HUAKHBAR...

    ReplyDelete
  50. ubahlah umno jangan parti untu sesebuah keluarga

    ReplyDelete
  51. cari lah pengganti yang kuat agama bukan yang kuat betina

    ReplyDelete
  52. aku dah bosan dgn umno...parti untuk keluarga tertentu

    ReplyDelete
  53. aku dah letih ngan umno...lupa keputusan PRU12...ehli nak perubahan ni diganti pula dgn najib yang penuh kontraversi....DS engkau buta kah atau pekak.Sorry lah Dato...kalau berkasar sb dah tahan ni

    ReplyDelete
  54. umno...macamna orang tak cemuh. Pemimpin dah diatur

    ReplyDelete
  55. Kami ahli-ahli umno di gombak amat tidak bersetuju apa yang pak lah telah wasiatkan....krn pemimpin tidak ditentukan melalui pemilihan. saya difahamkan hanya ketua bhagian yang setuju tentang peralihan kuasa kerana ada kepentingan indidu yg cuba dilindungi....DS pun macam penakut juga untuk nak bertanding mungkin kedudukan dah selamat. Kami amat menyesal diatas sikap yang diambil oleh pemimpin atasan....saya rasa umno semakin dibenci dan di cemuh.

    ReplyDelete
  56. DS...kalau anak jantan tak usah ditapis - tapis.Ini pandangan ahli akar umbi. kalau tidak tutup aje blog ini. Jangan jadi pondan.

    ReplyDelete
  57. DS saya baru je balik berjumpa dgn ketua bahagian di salah satu cawangan di sekitar gombak...beliau bukan main lagi menyokong kepimpinan Pak Lah dan Najib. Tapi aoa yang saya tengok dan kaji....beliau mempunyai kepentingan peribadi. Mana tidaknya sebelum jadi Ketua bahagian nampak biasa aje dan mudah untuk diajak berbincang...tapi sekarang dgn harta yang bertimbun cakap macam dunia ni aku je yang punya. Cuba nasihatlah orang sebegini DS.

    ReplyDelete
  58. Salam DS Khir

    Daripada perkhabaran yang dituliskan, DS adalah salah seorang daripada dua orang ahli MKT yang bersuara supaya peralihan kuasa Pak Lah dilakukan dalam tempoh segera pada mesyuarat yang lalu. Namun dalam blog ini ternyata DS sendiri sudah berpusing 180 darjah dengan mempersetujui tempoh 100 minggu yang ditetapkan oleh Pak Lah.
    Sedikit harapan yang disandarkan kepada DSN juga sudah kelihatan pudar dengan persetujuan beliau terhadap tempoh perlihan yang memakan 100 minggu itu.
    Manakan mahu disamakan peralihan kuasa ini dengan ketika TDM meletakkan jawatan secara mengejut pada PAU 2002 yang dibantah oleh sekian banyak pihak, dalam dan luar Umno. TDM mahu menyerahkan kuasa serta merta kepada timbalannya ketika itu tanpa soal dan alasan. Tempoh peralihan satu tahun hanya dicadangkan oleh timbalannya sendiri yang tidak bersedia untuk menggalas tanggung jawab ketika itu. Nampaknya selepas lima tahun diberikan tanggung jawab, timbalan TDM dahulu masih kelihatan belum bersedia untuk memegang teraju.
    Senario sekarang, suara lantang yang kerap kedengaran ialah supaya Pak Lah menyerahkan kuasa kepada DSN dalam tempoh terdekat. 100 minggu bukanlah tempoh yang singkat. Dalam tempoh hampir 20 minggu selepas PRU-12 pun, negara sudah semakin tidak tenteram dengan pelbagai langkah sumbang Pak Lah, rakyat sudah tidak lagi mempunyai keyakinan bahawa keadaan akan menjadi bertambah baik sekiranya dia terus berada di persada kuasa dalam tempoh 100 minggu lagi.
    Nampak gayanya DS hanya mementingkan kemandirian Umno semata-mata dengan menyatakan bahawa menipisnya ancaman PR untuk merebut kuasa, maka tempoh peralihan 100 minggu ini adalah sesuai. Jika beginilah pandangan DS, sesuailah DS terperap sebagai pemimpin Umno semata-mata tetapi tidak sesuai untuk berpencak sebagai pemimpin negara. Peralihan kuasa itu perlu dilakukan selewat-lewatnya Disember ini untuk mengekang pucuk pimpinan yang secara rakus merosakkan negara hingga ke paksinya.

    ReplyDelete
  59. Salam Dato' Seri,

    Pemimpin asyik bercerita pasal peralihan kuasa lah, pemilihan lah..pertandingan bahagian lah, perwakilan lah....tu belum campur cerita sodomi bagai.. Byk masa dihabiskan....
    Nampaknya kita sibuk sangat tentang peralihan kuasa bagai ni.Yang penting kita diterajui oleh mereka yang berkerja kuat, menitikberatkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara ini. Yang penting kerja harus dijalankan dengan cekap dan berkesan.

    Harap dato' seri tidak seperti mereka, yg terlalu nak berpegang pada kuasa sampai tanggungjawab yg diamanahkan tidak dilaksana dgn sempurna.

    ReplyDelete
  60. Assalammualaikum DSKT...
    Bagi kami Pengundi muda (Undi Penentu @ Atas Pagar) yang bukannya ahli UMNO mahu pun mana-mana parti politik di Malaysia mahukan bukan sahaja Pak Dollah yang perlu lepaskan jawatan malahan anak menantu kesayangannya tu @ anak hantu KJ perlu melepaskan apa saja jawatan dalam kerajaan/UMNO dengan serta merta!!! tak payah tunggu Jun 2010!!! kami mahu SEKARANG!!!!!
    Selepas itu barulah sokongan kami kepada UMNO & BN akan kami berikan dan lepas itu barulah DSKT akan dapat lihat kami akan masuk UMNO dalam masa 24 jam selepas perletakan jawatan mereka...
    Mungkin isu ini kecil bagi DSKT dan ahli MT UMNO..tapi ini adalah ISU YANG AMAT BESAR DAN AKAN MENJADI PENENTU KEPADA KEWUJUDAN UMNO AKAN DATANG....DALAM RANGAKAIAN KAMI, KAMI ADA SERAMAI LEBIH DARIPADA 2 JUTA ORANG....KALAU TAK PERCAYA..LAYARI TOK DET PUNYA BLOG....
    Wassalam

    ReplyDelete
  61. Saya bersetuju dgn anak parit. Beginilah kami dalam umno yang hanya mampu pilih ketua bahagian. Demokrasi ala umno...dan mereka diatas telah lupa apa yang terjadi pada Tun Mahathir ketika memberi kuasa kepada Pak Lah. Khairi lah yg paling gembira masa itu.

    DS lagilah menyokong tanpa ada semangat demokrasi yang sebenar.

    Peralihan kuasa sebegini seperti ada perkara yang cuba nak diselindungi daripada ahli.

    Masih lagi ahli umno...esok lusa tiada siapa yang tahu.

    ReplyDelete
  62. Dato' KT,
    DSAAB hanya baru "bercadang" menyerahkan jawatan Presiden pada DSNTAR dan bukan "akan" menyerahkan jawatan tersebut.
    DSAAB hanya cadangkan dan peralihan jawatan itu tak semestinya dapat pada DSNTAR.
    Putar belit dengan menggunakan ayat-ayat penyedap telinga merupakan senjata DSAAB dan ia mungkin akan "beralih" kepada ayat yang lain pula bila sampai 2010.
    Strategi dalam masa 24 bulan lagi akan bertukar dan inilah dikatakan strategi sesumpah yang mempunyai lidah bercabang dan kulit ikut senario semasa.
    Ahli UMNO akan terus di perbangangkan oleh pucuk pimpinan dalam UMNO dan di gula-gula kan (pinjam kata TDM) oleh DSAAB.
    Tujuan pengumuman "cadangan peralihan" untuk menyejukkan calon yang tak sabar mencabar DSAAB iaitu DSNTAR, Ku Li, TMY dan ramai lagi tokoh yang akan hanya menjadi toko. Bila pemilihan akan berlaku 3tahun lagi, plot cerita dan akuan DSAAB akan berubah.
    Alahai DSAAB....sumpah, sesumpah, menyumpah, menyampah dan sampah..
    Turunlah...DSAAB

    Anak_Parit

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum dr,

    Sekarang lautan selalu bergelora manakan ada kiambang yg akan hidup subur.Bidalan dr.seperti tidak relevan dgn masa dan keadaan

    Dr.!! adakah sanggup dr. untuk menutup mata dan telinga demi kuasa di dunia yg sementara sahaja?

    Seharusnya pertandingan yg sihat diamalkan, untuk menunjuk kepada semua rakyat bahawa demokerasi bercambah dengan suburnya, dan dengan itu akan berpadulah sokongan kepada UMNO

    Pengumuman Pemimpin no 1 dan 2 Parti MCA untuk tidak bertanding, adalah menunjukan mereka lebih ikhlas dan bertangungjawab serta sanggup berkorban untuk membantu BN.

    Adakah tindakan seperti itu tidak menunjukan kepada kita bahawa mereka adelah lebih patriotik dari kita? tidakkah mereka lebih sayangkan bangsa dari diri sendiri?

    Siakap, Senohong, Gelama ikan Duri
    Bercakap bohong, lama lama mencuri

    ReplyDelete
  64. DS Dr.
    Assalamualaikum.
    Pengundi amat penting dalam menentukan Pemerintah Malaysia. Kita bercakap dalam contact kuasa pemerintah Malaysia olih melayu. Kini ianya bertambah terhakis, bukan kerana melayu x sokong, tapi kerana bilangan pengundi melayu dah kurang. Majority disatu satu tempat olih melayu dah terhapus kerana apa ? antaranya kerana pemimpin UMNO bila ditampok kuasa amat rasuah. Meluluskan pembinaan kawasan rumah tanpa usul dan pemikiran panjang.DS kena akui itu. Akibatnya kita melayu kini hampir hanyut.

    Kalau kita umpama kan, ada kawan yang dah kawin empat, kemudian gagal mengekalkan perkahwinan nya, lalu menasihatkan kawan nya supaya jangan berkahwin empat.
    Nssihat nya x bolih diterima kerana, kegagalan dia bukan bermakna kawin empat tu salah. Begitu juga DS. Kegagalan UMNO mencapai kejayaan cemerlang bukan kerana rakyat salah tapi kerana DSAAB & the gang.

    ReplyDelete
  65. Jangan pula nanti, biduk berlalu. Terus berlalu. Kiambang tak bertaut lagi.

    ReplyDelete
  66. Saya bukan dari mana2 ahli parti.

    Tetepi saya sangat malu dgn keadaan bangsa melayu pada hari.

    UMNO ber pecah2, ada kem DSAAB, ada kem DSNTR, ada kem TDM, ada kem KJ, dan ada berpuluh2 kem lagi.

    PAS dah hilang arah tuju, bersekongkol dgn DAP & PKR.

    Melayu suke Mengaib kan sesama bangsa dan se agama.

    Keadaan melayu dari parah dah bertambah parah.

    AKU MALU MENGAKU DIRI KU MELAYU

    ReplyDelete
  67. Salam.........

    Peralihan kuasa perlu disegerakan demi kesatuan melayu atau bumiputra.Tindakan Pak Lah yang menunggu pada Jun 2010 memungkinkan ketidak puashati ahi-ahli saja dan Dato"seri pun sepatut bersuara menyatakan kebimbangan hati ahli-ahli terutama akar umbi...

    Tidakan yang diputuskan oleh Bahagian Perhubungan Negeri serta MT yang memberi sokongan tidak perlu pertandingan P & TP amat dikesali umpama tidak kanjong.Memalukannya geng kulaan yang jadi malin

    ReplyDelete
  68. SALAM DATO..

    BERSUMPAH BUKANLAH CARA TERBAIK. SESIAPAPUN BERANI BERSUMPAH SEKARANG NI.SEKARANG NI ORANG DAH TAK TAKUT LAGI BERSUMPAH DAN BERSUMPAH TIDAK LAGI BERKESAN SEPERTI DIZAMAN SI TANGGANG DULU KERANA MEREKA SUDAH JAUH DENGAN TUHAN MEREKA...LEBIH2 LAGI SI SAIFUL YANG MASIH MUDA...APA SANGATLAH BERSUMPAH BAGI DIA...KACANG AJE. BILA2 MASA DAN DI MANA2 DIA BOLEH BERSUMPAH...PERCAYALAH

    ReplyDelete
  69. Wahai orang UMNO, cerita banyak pun tak guna, tunggu 2 tahun lagilah baru PM flip flop berundur. Tapi aku rasa tak...dia kan suka....

    Tolak saja orang merosakkan maruah bangsa dan negara sebelum "nasi menjadi bubur"

    Bincang dalam blog tak guna. Disember ini gunakan hak anda sebagai ahli parti.

    Tapi yang menjadi masalah majoriti orang besar2 UMNO "yes man" belaka. Jadi, terimalah nasiob masing-masing

    ReplyDelete
  70. Majalah IslamicaMagazine menyiarkan Surat Terbuka yang ditandatangani oleh 43 orang ilmuan Islam, ulama, mufti, dan aktivitis Islam dari seluruh dunia yang mendesak agar kerajaan Malaysia melindungi kebebasan sivil Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang perlu anda buat:

    1. Baca surat tersebut di http://www.islamicamagazine.com/
    2. Selepas baca, jika bersetuju sokong (endorse) surat tersebut dengan memasukkan nama/e-mel anda di bahagian yang disediakan

    ReplyDelete
  71. Dato' Seri ,

    Sekali lagi sy nak komen. Apabila membaca komen Kelantan,ada pendapat yg sy setuju dengannya. Pd pemikiran sy Tuan Guru Nik Aziz memerintah dgn mengamalkan konsep Islam sebenar. Dato' seri, sy adalah cucu kpd salah seorg pengasas UMNO tapi sy lihat UMNO telah menyimpang dari misinya . Pd pemikiran sy , Tuan Guru Nik Aziz telah menitikberatkan konsep keadilan.Sy tidak faham kenapa kerajaan menidakkan hak rakyat Kelantan terhadap kekayaan negerinya sendiri yg kaya dengan gas asli sehingga lebih 1trillion ka3 sehingga anugerah Allah itu lebih 3 generasi boleh merasainya. Sebab itulah antara sebab kekalahan BN di Kelantan ialah cuba menafikan hak rakyat Kelantan. Apa yg sy dengar rumour orang , kekayaan itu cuba disedut menantu PM . Lagi satu , orang bukan Islam dpt menerima PAS di Kelantan kerana konsep kafir zhimmi ( kalau x silap sy pernah diriwayatkan bhw Khalifah Umar AlKhattab pernah memarahi Gabenor Mesir ketika itu iaitu Amru AlAs kerana memukul seorg kafir dan Khalifah mengatakan bahwa perbuatan AmruAlAs itu spt memukul Khalifah Umar sendiri kerana kafir itu adalah kafir zhimmi dan bukan kafir harbi). Kesimpulannya adalah wajib bagi Islam melindungi kafir zhimmi . Kalau tak silap sylah .
    Pada pendapt sy konsep inilah yg mesti diterapkan oleh UMNO .
    Yang membimbangkan sy Dato' Seri dlm sinar harian lain pula laporan bahwa YB Parlimen Shah Alam kata Pak Lah telah menyebut dlm muzakarah sblm ini beliau menjemput PAS utk menyertai UMNO . Mcmana ini ? Adakah ia benar? Lebih elok sebenarnya jika UMNO berkompromi dgn. PAS tidak perlu msk UMNO , hanya berpakat dgn. BN dan PAS dibenarkan menggunakan lambang mereka sendiri . PAS juga mesti dibenarkan memperjuangkan konsep negara Islam spt sy komen sblm ini . Dan PAS juga dibenarkan memerintah negeri yg mereka perintah sekrg ini . Di samping itu urusan carigali dan pengurusan petrol dan gas asli mestilah diserahkan kpd kerajaan Kelantan & Petronas . Barulah itu adil namanya.Janganlah berulang peristiwa dahulu apabila PAS msk UMNO dan kemudian apabila tidak diperlukan PAS ditendang keluar .
    Wassalam .

    ReplyDelete