Thursday, July 31, 2008

Sekadar Makluman

Asalamualaikum para sahabat bloggers dan rakan-rakan sekalian,
Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato' Mufti Shuib. Kembalinya beliau kerahmatullah merupakan kehilangan besar kepada agama, bangsa, parti dan negara. Bagi saya sendiri, beliau merupakan seorang pemimpin yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya. Jasa beliau tidak mungkin dapat dibalas dengan harta benda dan wang ringgit. Semoga Allah merahmati roh allahyarham. al-Fatihah.

Saya mohon maaf kerana tidak dapat menghasilkan tulisan baru untuk blog ini. Saya hanya meluangkan masa untuk menjawab komen-komen yang dihasilkan di dalam tulisan sebelum ini. Ini memandangkan saya berada di Seoul Korea Selatan untuk Mesyuarat Agung Majlis Belia Asia (Asia Youth Council).

Saya amat berterima kasih ke atas respon para sahabat sekalian dalam topik sebelum ini.

Insyallah saya akan kemaskini topik baru untuk blog ini pada Ahad ini atau minggu hadapan.

Bagaimanapun pada 3 Ogos, jam 8.40 malam, jika tiada aral melintang, saya akan muncul di RTM 1 dalam program Blog.

Salam dari
Seoul, Korea Selatan.

41 comments:

People said...

DSAI will be contest by election in Permatang Pauh!
The road to Putrajaya is getting closer!!!
DSAI, save the nations!!!!

Siaplah kamu semua! Baik berambus dari Malaysia sekarang!!!

midrees aziz said...

Amboi people,

saya nak sambung lagi, kalau macam ni lah pendekatan bahasa yang digunakan, jangan harap kau akan dekat dengan Putarajaya. Saya amat marah dengan perkataan yang saudara gunakan, tak ada nak hormat orang langsung.

kulaan said...

Salam....

Malaysia patut ada undang-undang bagi siapa yang melepaskan jawatan sebagai ahli parlimen atau ahli undangan negeri tanpa sebab seperti nazar atau lumpuh(termasuk mati)secara automatik akan dimenangi oleh lawannya.

Ini satu pembohongan kepada rakyat dan merupakan satu penipuan terhadap duit rakyat yang diambil dari cukai hanya kerana nak buat pilihanraya kecil pulak..

Adalah satu kerugian kepada wang negara jika ini dibiarkan kerana tiada halangan siapa saja boleh buat sesuka hati

kulaan said...

Anwar Ibrahim sebenarnya tali barut barat kerana itu dia tidak berani memberitahu kepada rakyat Malaysia tentang kewangan dia di luaq negeri terutama Di Bank Of Swiss dan beberapa bank di USA ....

Bukti ada cuma ramai yang sanggup mati kerana dia sebab mampu upah siapa saja...

kiriman dari kawan di luar negara...

Kamarul said...

Dato' Seri,

Semakin saya memahami tulisan Dato Seri, semakin bertambah hormat saya pada Dato' Seri secara peribadi dan juga perjuangan Dato' Seri.

Di harap, Dato' Seri dapat terus memberikan rakyat malaysia pemahaman yang lebih mendalam mengenai polisi-polisi kerajaan, terutamanya kerajaan dahulu (kerajaan sekarang hampehhh...).

Terima kasih Dato Seri. Semoga Malaysia akan terus di kurniakan kemakmuran dan semua rakyat Malaysia tak kira agama dan kaum, dapat hidup dengan aman dan bersatu padu.

Salams.

sukj said...

A.kum Datuk Seri,

1. Opp kat Korea?

2. Jangan lupa makan kat restoran 'Pakistan' kat Itaewon tu. Dah tentu halal 100%.

3. Kalau saya kesana saya suka tinggal kat Manhattan Hotel, Itaewon. So jalan kaki saja nak ke restoran tu. Kalau boleh berjimat...jimatlah Datuk Seri tumpang masa berada!!
---------------------------------

Sdr People,

1. Manusia hanya boleh merancang dan bercita-cita, tetapi Tuhan juga yang akan menentukan.
segalanya.

2. Jangan terlalu yakin sesuatu yang belum pasti.

3. Lebih baik berzikir dari berkata kesat kepada orang lain.

4. Para Menteri dan bekas Menteri tak ada masalah nak berambus dari negara ini, sebab mereka telah kaya-raya? If anything happened beyond our control...takut diri kita yang tak sempat nak berambus kot?

http://suarasukj.blogspot.com

Sedingin Salju said...

Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh tuhan yang maha esa.

azman said...

Assalamualaikum dr.

Alfatihah, semoga rohnya bersama dengan ahli ahli syurga. Aminnn

Kepada people
Mengapa awak terlalu berburuk sangka?
Saya tahu awak adelah penyokong Anwar no 1
Tapi dengan pernyataan awak yg sedemikian menunjuk yg awak dan Anwar adelah manusia yg paling busuk hati, kerana jika Anwar menang dan menjadi pm dia akan menghalau semua orang yg tidak menyokong nya? begitu kehendak awak?

Mengapalah awak ni dihidupkan menjadi manusia?

Allah menjadikan manusia ini berpuak puak dan berbangsa bangsa
dengan itu supaya kamu dapat kenal mengenal antara satu dengan lain

Dengan erti kata lain dunia ini akan di penuhi oleh manusia yg baik dan jahat
Sebab tulah dijadikan syurga dan neraka,dosa dan pahala.

anak nah said...

Salam Dr Khir,

Saya kenal Dr melalui kaca TV,

Personaliti yg ditonjolkan dr dahulu adalah tipikal warlord2 UMNO, lebih kurang sombong, dan meninggikan diri. Itu luaran yg sy dpt la, dalaman dr. sapa yg tau kecuali Allah dan diri dr. sendiri.

Cuma skang, lepas kehilangan selangor, sy bole melihat dr. kelihatan semakin tawaduk dan lebih berhemah, dan bole bersikap rational. Tak seperti Ali Rustam.

Jadi, syabas lah kpd Dato. Semoga perubahan ini ada manfaatnya kpd rakyat.

Terus terang disini, sy adalah penyokong PAS. Tapi sy takde masalah dgn UMNO. UMNO yg baik, telus, dan ikhlas adalah baik utk negara. Dan UMNO yg jahat, tipu rakyat, rasuah dan kroni, dah tentu tak baik utk negara.

Semoga negara di masa akan datang akan melihatkan iklim politik yg lg baik dan sehat.

rem said...

excuse me SIR,could you please explain this phrases,"Siaplah kamu semua! Baik berambus dari Malaysia sekarang!!!" siapa KAMU SEMUA itu???? adakah maksudnya,semua kaum Melayu,Cina,dan India dan bangsa lain di Malaysia? atau kamu maksudkan sesetengah pihak sahaja??? care to elaborate?

be careful my dear friend.i dont want to speculate who you are.but please dont say something like that.no matter DSAI wins or not,we are still Malaysians.im still be the same if he wins.im not going to be deputy prime minister,or going to say BERAMBUS to anyone,except to Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) la.that one kita kena halau..eh bro,peace~ hehe

Abd Bashid Harun said...

Al-Fatihah buat roh allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para syuhada' dan solehin.GuruBashid merakamkan ucapan takziah buat keluarga beliau.

midrees aziz said...

people,

Terlalu kasar bunyi bahasa yang digunakan. Tidak ada langsung hormat menghormati sesama manusia. Inilah yang dikatakan ku**** **ar. Kalau inilah bahasa yang digunakan, rasanya belum layak untuk memimpin. Belum lagi memegang tampuk pemerintahan, dah menggunakan perkataan "BERAMBUS". Biadap. Dalam blog beranilah. Tak ada siapa yang tahu.

Agaknya adalah hikmahnya kepada rakyat Malaysia kerana hajat kumpulan saudara belum tercapai.

Maaf

jiwakita said...

Dimana sahaja ia bertanding DSAI dialu-alukan.memang dia ada tempat
dan dimana ia suka.Apa yang dia impikan tak mustahil,pasti ia lakukan.Ini kan dunia politiknya.Syabas diucapkan.

Bergembiralah, penyokong yang ada kepentingan.Kepada rakyat yg hatinya
kecil serta "PEOPLE" yg kerdil diharapkan mimpi menjadi kenyataan...
yakni harapan dan janji-janji yg ditabur oleh pemimpin yg anda sokong memuaskan hati, dan yg terbaik sahaja tertunai.

JANGAN JANJI TINGGAL JANJI,HARAPAN TINGGAL HARAPAN.....tiada dolak-dalih...

RAKYAT YG MENGHARAP...

donmny said...

TUAN

...teruskan memberi pandangan dan cadangan supaya 'pintu' ilmu itu sentiasa terbuka.

...pahlawan yang hebat belajar dari 'musuh'

mohd fauzi repan said...

people
siapa kamu nak menghalau orang2 dari malaysia.
kamu kena ingat, perkataan 'menghalau' ini boleh mewujudkan ketegangan kaum.
kaji semula tragedi tahun 13 mei 1969, apabila orang melayu dihalau kerana kalah dalam pilihanraya tersebut.
ingat!!!!!
jangan lupa dimana bumi kamu berpijak.
sikap taksub kepada pemimpin seperti inilah yang merosakan pemikiran rakyat

Robin HooD said...

wslm..
Jangan lupa sebut nama aku kat rtm tu nanti.. ekekeke
Aku tgu kau masuk PAS, aku dan pasukan aku di Gombak mengalu alukan kau.

Siapalahaku(taman negara) said...

Kalaulah DSAI jadi PM lagilah hancurnya negara.

Old River said...

"People said...
DSAI will be contest by election in Permatang Pauh!
The road to Putrajaya is getting closer!!!
DSAI, save the nations!!!!

Siaplah kamu semua! Baik berambus dari Malaysia sekarang!!!

Thursday, July 31, 2008"

Apa masalah kau? Kau duduk dalam negara ni tak ada orang nak halau kau, tetiba nak suruh orang berambus? Wei ini Malaysia la, bukan Negara ko sorang je!!!! Apa punya sengal la 'people' ni. Atau dah berangan nak jadi pelupus kaum dah. Pegidahhh...

donmny said...

MUHYIDDIN PRESIDEN UMNO.
akar umbi sudah setuju

ysnizam said...

Amboi kasarnya bahasa..

Mak Ayah dulu tak didik bahasa kener beralas..

Save the nations???

Saper yang sepatutnya kener "save"..

Agaknyer saperla "people" nie ekk..?

haa33 said...

dah baca kabinet bayangan PR ke?
PM - DSAI
TPM - Lim kit Siang
Kew - DSAI
KDN - Karpal Singh
JPM - Tian Chua, Gobalakrishnan
Irene Fernandez,Yong TLee
William Leong
2nd Fin Minister
- Tomy Pua

mana pi Melayu esp dari PAS? tak geram ke tengok? Hancur Malaysia.
Dan Melayu terus HILANG.

fikir-fikirkanlah

bahalol said...

Saya masih yakin yang Datuk Sri Anwar tidak membuat perkara terkutuk itu setelah Hospital Pusrawi membuat kenyataan yang lebih mengelirukan. Kenyataan yang mengatakan "the report looks like the original copy but it is not the original report and the doctor is not a specialist to determine sodomy " amat sama macam kenyataan Lingam "the person in the video looks like me but I think it is not me". Janganlah bodohkan rakyat Malaysia macam bahalol . Calon Umno dalam pilihanraya Permatang Pauh kali ini mesti hilang wang deposit.

jiwakita said...

dari manusia sejahat jahatnyer dan sebaik baiknyer..hanya sorang je mangaku "bahalol"....tafsiran
dibuat bagai orang bahalol je..

3 golongan perlu disaman..

Pertama-PUSRAWI =tak reti ajar staf
simpan rekod
pesakit.
Kedua-RPK =putar belit rekod/
sebar ke khalayak

Ketiga-BAHALOL =tak reti baca
lapuran tapi
bahalol cerita kat
orang.

*Ikut lapuran..med.c/up liwat kat HKL..mana lak kat PUSRAWI.alang alang nak buat gimik biar real
curilah lapuran HKL tu....

donmny said...

TUAN

KAGUM ATAS KESABARAN TUAN MELAYANI 'PEKOMEN-PEKOMEN' YANG KADANG-KADANG TIDAK MEMBERI KOMEN SEBAGAI SEORANG MANUSIA.

KITA SEWAJARNYA MELAYANI SEMUANYA SAMADA SETUJU ATAU TIDAK DENGAN KITA. TETAPI BIARLAH KOMEN YANG MENGIKUT LUNAS-LUNAS SEBAGAI SEORANG MANUSIAWI.

crazee_hs said...

People and bahalul,

Saya rasa anda mempunyai sakit mental yang amat sangat, pada pandangan saya anda sepatutnya berjumpa dengan Doktor Pakar yg boleh merawat sakit mental anda.

Saya doakan UMNO menang di Permatang Pauh. Jika Anwar memerintah alamatnya merempatlah kita di negara sendiri. Lihat shj kabinet bayangan PR, semua Menteri kanannya India dan Cina, mana pegi PAS jaga masjid sahajalah jawabnya... MAAF PAS, Saya tidak setuju PR memerintah...Pulangkan semula maruah MELAYU..Jangan UNDI Anwar, UNDILAH UMNO demi kepentingan negara kita...

Nasir Az-zaki said...

Assalamualaikum DAto` Seri,

Takziah, semoga Allahyarham Dato` Mufti Shuib, antara pemidato hebat di pentas UMNO...Dalam tidak kita sedari kita semakin ketandusan pemimpin yang cukup lantang menyuarakan keadilan, pemimpim kini perlulah lebih lantang, tidak pasif dengan fitnah2 yang datang melanda.

Lihatlah sendiri penyokong2 pembangkang yang cukup kasar berbahasa, mengumpat, menfitnah serta mencela tanpa mengetahui kebenaran yang sebenar seterusnya menyumbang ke arah perpecahan umat, Nauzubillah...

Selagi Dato` ikhlas berjuang demi agama, percayalah bantuan Allah sentiasa bersama orang yang ikhlas dan benar..

Nasir Az-Zaki
Sabak Bernam

umno 4 ever said...

Aku sokong bolgger people....

Baik berambus menteri2 kabinet yang bodoh lagi bangang. Dah macam2 tohmahan engakau buat kat DSAI...dan akhir sekali engkau yang terkena. Baik engkau jaga Najib...kerana DSAI telah disokong laporan perubatan pusrawi...tapi Najib masih lagi berseorangan dan hanya berpegang kepada Wallahi3. Adakah ini cukup menepis kesalahan yang telah dilakukannya. Ingat kepada blogger yang pro umno yang bacul dan tak boleh terima kenyataan....Allah akan terima sumpahnnya sekiranya penganutnya telah mengamalkan Islam yang sebenar dan bukan Islam Hadhari. Kamu tengoklah semua.. bini Najib rambut macam singa tak mandi dan amat buruk sekali jika dibandingkan dengan isteri Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang lemah lembut dan bercirikan wanita Islam.

Ds....kat korea lagi. Terimalagi ke jadi ahli belia...rambut dah putih...rumah kata pergi...kubur kata mari.

Gagak di Rimba said...

Seorang yang memakai nama "Kulaan" (mungkin orang Banjar) tidak setuju dengan tindakan Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi peluang Anwar bertanding di kawasan itu.

Hal ini memang menimbulkan pro dan kontra, dan boleh diperdebatkan.

Akan tetapi, mengikut undang-undang dan Perlembagaan, Wan Azizah berhak berbuat demikian.

Mungkin sebagai penyokong UMNO (?) anda merasakan BN tidak ada peluang menang di kawasan itu.

Jadi tidak perlulah pusing-pusing cari hujah untuk menafikan Wan Azizah menggunakan haknya.

Rakyat masih berpeluang memilih calon PKR atau calon BN.

HS Haji A.Ali said...

Saya doakan kejayaan UMNO di Permatang Pauh...PKR parti keluarga ANWAR. Dulu PKR ditubuhkan untuk membebaskan ANWAR jadi setelah PM (Pak Lah) membebaskan beliau, beliau tuduh kerajaan sebagai dalang untuk menghancurkan beliau.Sekarang PKR dijulang sebagai parti yang memperjuangkan apa??? saya tidak rasa PKR masih releven sekarang ini. Jika PM Anwar dan TPM Lim Kit Siang maka hancurlah NEGARA kita... Kami PEMUDA UMNO akan memastikan Anwar kalah dipermatang pauh walau apa cara sekalipun.

HIDUP ISLAM HIDUP UMNO...!!!

fzlik said...

askum dato sri.

sy benar2 senang hati tentang pemikiran dato ttg rakyat msia terutamanya selangor. tetapi sy lbh menyokong DSAI kerena pemikiran beliau lebih jelas dan telus. harap maaf sekiranya terksar bahasa

HS Haji A.Ali said...

UMNO Dulu Sekarang Selamanya.
Ini ada satu cerita,
Tentang apa?
Siapa meminta,
Meminta apa?
Mana mungkin kan terjadi,
PKR hampir mendekati,
PKR termimpi-mimpi,
Umno tetap menyengat dan walau disakiti,
Tetap selamanya menjadi pilihan dihati,
Mana kau tahu kerusi disana akan menjadi milik kau,
Fikirkanlah keadaan kita,
Fikirkanlah nasib anak-anak kita,
Jangan disebabkan lain orang punya pasal,
Negara kau gadaikan,
Jangan disebabkan nafsu songsang kau,
bangsa kau gadaikan,
Fikirkanlah nasib kita,
kau Fikirkanlah nasib kita,

UMNO marilah berjuang sehingga kafan menutupi,
UMNO teruskan perjuangan sehinggan nafas terakhir,
Zaman sekarang ramai intelektual,
Aku dah naik mual,
UMNO jangan bersembunyi lagi,
jangan berselindung lagi,
Mohon kemaafan untuk kesilapan lama,
UMNO kau sapu habis buku lama,
Kau buang habis rekod lama,
Buku lama jangan kau jadikan panduan,
Mara kehadapan dengan azam dan semangat baru,
Buang jauh-jauh kisah lama,
Jangan disimpan di bawah karpet,
Jangan simpan di kepala lagi,
Sejarah tetap sejarah,
Takut nanti kita yang tersempit....

INDIA dan CINA,
Bila kami menindas?
Siapa tertindas???
Bila kami menghapus kaum?
Siapa yang kami ghapus???
HINDRAF???
Apa yang dituntut?
Ini Negara Malaysia,
Bukan INDIA MARI...
Ini Negara Malaysia,
Bukan Cina KONGKANG...
Buktikan penindasan yang kami lakukan,
Apa yang kami buat semua releven,
Apa yang kami buat demi negara,
ISA itu penting,
demi keselamatan,
Tanya apa salah mereka kena ISA,
Jangan tanya siapa bersalah dan kenapa tangkap mereka,
PKR dan PAS kau julang CINA dan INDIA sebagai rakan,
PKR dan PAS kau buang bangsa sebagai panduan,
PKR dan PAS fikirlah mereka kah yang akan tahlil kan kau nanti ???
Peluang masih terbuka,
Pintu masih terbuka luas,

UMNO tetap releven,
UMNO pejuang agama dan melayu sejati,
UMNO tetap dihati,
UMNO Dulu, Sekarang dan Selamanya.....

FIKIR-FIKIR KAN LAH....

nadzri said...

Datuk Seri,

Bagaimana dengan perkembangan pemilihan Ketua Pemuda UMNO ? Adakah Datuk Seri akan bertanding?

Apa betul berlaku sogokan di cawangan-cawangan UMNO yang boleh menyekat kemaraan Mukhriz bertanding Ketua Pemuda ?

faizul hadi said...

banyakla korang penyokong kuat umno ni...
sdh2 la....
korang nak si najib jd PM ke ANWAR?
gila la sapa ckp najib...
kena letup ar penyokong PR...
x gitu?

anti-racist said...

dear bloger,
saya rasa oranng yang first kena berabus adalah "PEOPLE".saya harap ds akan terus ban bloger "people" serta merta. bloger-bloger yang lain tolong jangan layang orang macam tu lagi.saya boleh confirm ini adalah orang recist.jangan layang.

sonata said...

AssalamualaikumYb,

Undian sms di tv tempohari abaikan saja sebab undian itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia. Saya percaya kebanyakan yang mengundi setuju pemerintahan negeri Selangor sekarang lebih baik adalah bukan rakyat Selangor. Kalau rakyat Selangor yang mengundi pasti undian tidak setuju kerana pemerintahan sekarang entah hape-hape. Yang tak bagusnya 'langit putera' sekarang lebih berlagak macam Selangor ni dia saje yang punye. Teruskan usaha YB Dato' Seri semoga Allah memberkati keikhlasan Dato'Seri untuk berusaha mengembalikan pemerintah lama ke negeri Selangor ini.

Janitor said...

Khir please grow up...

Why are you still in the dreamworld. The wavelength of Anwar and rakyat is at the same level. He seems to understand us and we seem to express ourselves better to him. This is destiny.

Malaysians, millions of them are willing to support Anwar because they were abandoned by UMNO and BN. Seriously speaking, have you ever thought why people are willing to give him a chance? You better ponder your thoughts...

kulaan said...

Salam...

Blogger People dan seangkatan dengannya...

BERAMBUS untuk siapa ...mungkin untuk dia....

Kita telah menyerah banyak kepada orang lain sehingga TANAH MELAYU tidak disebut lagi melainkan Malaysia.....bayangkan kalau di luaq negara lain jangan harap macam mana kita disini hidup.Paling mudah di Thai atau Filipino yang asyik bergaduh dengan pemberontakan.

Belum ada lagi penhapusan etnik di malaysia seperti di Bosnia atau negara lain.Jika dibandingkan di India atau Thailand,masjid pun kena serang dan diruntuhkan.


Mungkin people bukan seorang Islam Sejati,jika Islam sejati dia tidak bersubahat dengan kafiq laknat yang menghina Islam serta Rasullallah.

utohkacil said...

kepada semua melayu

Yg berperang di sini semua nye melayu.

Tak insaf2 ke melayu ni.

Negara dah hampir di rampas orang.
Lihat P.Batu Putih, Iskandar Malaysia. Name aje 'Iskandar Malaysia' penghuni nya nanti siapa?

Singapura, siapa yg sedekah kan nye kpd cina? Melayu kan!

Melayu asyik gaduh, yg kaya raya banyak harta wang ringgit ber jute2 semua nye pemimpin dan pecacai UMNO sahaja.

Dah 50 tahun melayu di tipu melayu. Melayu harus sedar dan insaf, JANGAN TERLALU TAKSUF KEPADA UMNO YG MENIPU MELAYU.

utohkacil said...

sdr sonata,

jangan bandingkan pemerintahan selama 50 tahun dgn pemerintanah yg tak sampai 1 tahun.

klu gaduh2 atau marah2 pun bukan boleh buat ape. Sabo2 aje le.

kita sama2 tunggu sampai habis satu penggal, klu tak bagus TUKAR aje.

President said...

Merujuk kepada Pihak Dato' Seri masih lagi meneruskan agenda belia sehingga kekorea alangkah bagusnya JIKA YB Dato' Seri dapat membantu kami diMAYC untuk melihat serta mengambil alih pucuk pimpinan dibawah presiden lama kerana seperti dilihat diblog Tan Sri Sanusi serta mykmujohor.net dan kesahihan BPR yang sedang menyiasat pihak pengurusan seperti mana dilihat diatas tajuk GOOGLES MAYC BPR.. Pihak saya mempunyai maklumat maklumat yang sahih serta bukti rujukan BPR MAYC untuk rujukan YB Dato' Seri bagi mengatasi dilema sahabat sahabat diMAYC diseluruh Malaysia. emailkan saya di yusofhisham@yahoo.com.

Free Forex Alert said...

Assalamualaikum WBT Dato & semuanya,

Buat semua, kita jgn taksub pada satu2 pemimpin tetapi hanya berpegang teguh dgn tali agama.... Setiap sesuatu kejadian ada hikmahnya.... Jika semua rakyat Malaysia cerdik politik maka sukar mana2 pemimpin nak rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Contoh sekarang BN berlumba2 buat baik dengan rakyat. PR sedaya upaya cuba tunaikan janji dengan rakyat. Jadi sape yg untung RAKYAT JUGAK. Rakyat harus cerdik berpolitik dimana yang terbaik sahaja dibenarkan memerintah. Walau bagaimanapun pembangkang amat penting untuk check & balance. Jangan bagi kemenangan terlalu selesa nanti mereka buat suka hati dia orang jer....

Sekian. Tepuk dada tanya iman... jangan tanya hati... nanti mati dlm kebinasaan....

Wassalam.

Hamba Allah.

Post a Comment