Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Sunday, July 13, 2008

Tepuk Dada Tanya Selera

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers sekalian,

Saya telah membaca komen-komen yang dihantar. Saya faham dan maklum kegelisahan sebahagian besar saudara/i yang sayangkan UMNO.

Adalah penting untuk difahami bahawa peralihan kuasa ini merupakan satu persetujuan antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Memang benar ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) telah berbincang panjang lebar. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Namun akhir keputusan telah diambil untuk menyokong pelan peralihan kuasa ini.

Memang benar saya antara yang menggesa diadakan pelan peralihan kuasa diadakan segera. Namun saya juga akur dengan keputusan MT UMNO. Lebih lagi saya akur dengan keputusan Datuk Seri Najib sendiri yang menerima tarikh tersebut.

Adalah tidak manis saya terlebih sudu dari kuah dalam isu peralihan kuasa ini memandangkan tuan empunya badan telah bersetuju.

Berhubung dengan komen mengenai tindakan MT yang seolah-olah membelakangkan keputusan ahli. ia adalah tidak benar. Persetujuan mengenai pelan peralihan kuasa ini hanyalah sebagai panduan sahaja.

Terserah kepada bahagian sama ada mahu menerima pelan peralihan kuasa ini atau mencalonkan sesiapa sahaja untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden mahu pun mana-mana jawatan di dalam UMNO.

Ahli UMNO tentu mempunyai pandangan tersendiri terhadap pemilihan. Bagi saya, sejak dahulu saya berpendirian bahawa Bahagian bebas mencalonkan sesiapa sahaja. Tiada mana-mana individu waima MT sekalipun boleh menghalang sebarang pencalonan.

Tepuk dada tanyalah selera. Cuma diharapkan jangan sampai selera kita merosakkan agama, bangsa dan negara.

Bagi saya memenuhi keperluan rakyat lebih penting dari berbahas dan berkelahi soal berapa lama paling baik untuk melakukan peralihan kuasa ini.

Kita harus memikirkan apakah kesan yang boleh dinikmati oleh rakyat dalam menghadapi himpitan hidup hasil dari inflasi yang meningkat akibat kaedah menangani harga minyak yang bagi saya tidak begitu tepat.

Hari ini, sepatutnya pemimpin mula berbicara bagaimana untuk reform polisi ekonomi yang membolehkan ekonomi diagihkan kepada rakyat dengan lebih luas lagi.

83 comments:

  1. memang akar umbi mahukan kepimpinan yang baru. namun adakah ketua bahagian berani mengambil risiko itu.
    kebanyakkan ketua bahagian lebih menjaga kepentingan mereka dari ahli.
    bila diajukan soalan ini sebelum mereka menang, memang cakapnya berapi bagaikan boleh membakar bumi.
    tapi bila dah dah menang dan memegang tampok, semua dilupakan.
    sedangkan belum menang bertanding lagi ketua bahagian dah takut nk bersuara, apatah lagi kalau dah menang. jadi YES BOSS je la.
    kebanyakkan yg berani bersuara pada perjumpaan dgn PM di PWTC tempoh hari hanyalah ahli akar umbi dan ketua2 cawangan.
    bukan ketua bahagian yg berani bersuara begitu.
    dan diharap andai DS menang dan menjadi KP malaysia, jangan ler diulang perbuatan KP lama.
    berani buat mesti berani tanggung.
    baru kena usik sikit, dh mohon maaf pada komponen lain.
    pemimpin pemuda mesti lantang dan berani, barulah pemuda2 memberi sokongan penuh.
    kalau Dato Hisayam tak tarik balik dan memohon maaf peristiwa mencium keris itu, mungkin sampai sekarang ramai lagi yg menghormati dia.
    kita tak mahu pemimpin muda jadi bacul macam ni.
    datuk dia pejuang, bapa dia pejuang, dia????????
    penakut

    ReplyDelete
  2. DSKT

    Meskipun pelan peralihan kuasa disifatkan sebagai panduan dari MT, namun pastinya ia mempengaruhi keputusan. Ditambah pula dengan kenyataan Badan-Badan Perhubungan Negeri seperti Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Pahang telah mengisytiharkan DSAAB dan DSNR masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Sedikit sebanyak panduan (?) dari MT akan mempengaruhi keputusan di peringkat bahagian. Tentunya DSKT lebih arif lagi, kerana DSKT telah terlebih dahulu melalui pengalaman tersebut. Masakan DSKT boleh lupa apabila Dato' Hisham membuat rayuan terbuka untuk memilih lawan DSKT semasa pemilihan Ketua Pemuda Tg Karang 1998!

    ReplyDelete
  3. saye setuju dengan dato sri..ekonomi harus merakyat dengan lebih luas lagi..

    ReplyDelete
  4. soal pertukaran kepimpinan biarlah seperti itu..karena yang empunya diri telah setuju macam tu..
    jangan paksa..nanti ingat berlebih pula

    ReplyDelete
  5. Dato' Seri,

    Saya salute kata-kata DS di tiga paragraph terakhir. kalau begini perjuangan DS, saya pasti ramai yang akan berada bersama DS, waima di parti mana sekalipun DS berada.
    Sedar tak sedar kita kini ketandusan pemimpin yang sebenar-benarnya.

    ReplyDelete
  6. YB Dato Seri,

    Secara jujurnya....

    1. Apakah benar ahli2 MT yakin tindakan ini adalah benar2 aspirasi ahli2 UMNO dan rakyat???

    2. Siapakah yang bermain politik sehingga gawat sebegini jadinya, ahli2 biasa UMNO? ataupun ahli2 MT sendiri dan pucuk pimpinan UMNO???

    3. Siapakah yang tidak memantau keadilan pengagihan ekonomi kepada orang Melayu..ahli2 UMNO dan orang Melayu sendiri???

    4. Siapakah yang secara tidak bijaksana menghentikan projek yang kononnya mega dan sekarang hendak dibuat semula. Ahli2 UMNO?

    5. Siapakah yang menyebabkan merosot teruk UMNO dan BN dlm PRU12 yang lalu? Ahli2 UMNO dan org Melayu juga kah???

    6. Urusniaga anak menantu siapakah yang jelas tidak telus yang tiada siapa pun menyoalnya ? Anak menantu Ahli2 UMNO dan org2 Melayu ????

    7. 2 tahun untuk DS Najib pulihkan semua haru biru ini? Rakyat dan Ahli UMNO buta sangat kah???

    8. Apakah yang MT mahu sebenarnya? selamatkan diri masing2 atau selamatkan parti, bangsa dan negara??

    9. Apakah jawapan kepada soalan2 di atas sangat susah untuk dijawab??

    10. Apakah jawapan kepada semua di atas ini jika dinilai dalam suasana negara sekarang, memberi kita kepuasan bahawa memberi 2 tahun lagi untuk memendekkan masa org yang mengganti nanti adalah terbaik untuk UMNO,BN dan Malaysia???

    Sampai begitu lemah MT UMNO sekarang....sungguh malang UMNO ini...

    Sebagai rakyat Melayu yang yakin dan percaya kepada visi serta perjuangan UMNO, saya benar2 kecewa dan sedih.

    Memang benar ahli masih boleh mencalon, tetapi apakah sikap pemimpin UMNO sekarang? Sesiapa yang mengkritik Presiden adakah pandangannya dinilai??? Adakah Dato hendak bagi tahu kepada saya bagaimana pandangan pemimpin UMNO seperti Tun Mahathir di nilai?

    Cara MT UMNO melayan Tun M sahaja sudah cukup untuk UMNO kalah sebenarnya...a

    Saya mohon maaf bercakap, tetapi bagi saya MT UMNO sudah hilang kredibiliti sebagai pendokong aspirasi majoriti ahli UMNO dan rakyat Melayu.

    Pelan peralihan ini sebenarnya seperti memberi isyarat kepada saya untuk memberi ruang kepada golongan yang sekurang-kurangnya tampak niat berjuang untuk rakyat.

    Pelan ini jelas telah melunturkan kepercayaan saya kepada keupayaan UMNO membela nasib Melayu dan negara.

    Ramai yang menyuarakan pendapat yang serupa sebenarnya namun
    saya mungkin salah maka saya secara ikhlas berharap selepas PRU13 nanti Dato boleh mendabik dada dan memgimbas 'kebijaksanaan' penerimaan MT UMNO akan peralihan ini.

    Namun yang lebih penting, jika saya betul...sejarah takkan memaafkan MT UMNO khususnya.

    Semoga Dato terus dapat kekuatan dan semangat untuk membuat perkara yang betul untuk ugama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  7. DS Khir,

    Maaf kerana mengulagi pekara yang sama.

    Gesaan Paklah berundur segera kerana akar umbi UMNO dan rakyat menerusi PU 12 tidak mahukan Paklah kerana berbagai kelemahan. Banyak kelemahannya,semua orang tahu.Bukan sahaja kaitan mengunakan kedudukan tetapi lebih penting tidak punya 'management skill'.

    Benar 30,000 ahli NGO menyatakan sokongan. Benar Samy Vellu mengalukan plan peralihan. Tetapi mereka tak releven kerana mereka bukan akar umbi UMNO dan ada yang mengundi pembangkang. Samy Vellu bukan ahli UMNO.

    Paklah selalu gunakan mereka untuk
    menyedap hati beliau ada sokongan padu.

    Inilah yang terjadi dalam PU 12 dan akan berulang dalam PU 13.

    Paklah perlu berhenti sekarang untuk beri peluang kepada pengganti
    membaiki keadaan.

    ReplyDelete
  8. Dalam UMNO peralihan kuasa dr jwtn
    PM kpd Timb.PM adalah tradisi yg masih subur dan harus dipertahankan,bagi
    bg ahli vet.ia amat wajar dan memahami.MIsi,visi dan agenda negara
    adalah amanah yg tidak dapat dielak.Kecekalan dan kebijaksaan perlu ada pd pemimpin atasan.

    Sesiapapun yg diatas, sokongan dan sedia berkhidmat yg tidak berbelah bahagi dr pemimpin bawahan negara dan negeri diperlukan.Agenda peribadi wajip tiada didalam lubuk hati.Jiwa dan minda harus bersih serta suci.Tindakan dan tingkahlaku
    hendaklah tertib dan sopan di mata rakyat.Kerana rakyat akan menilai dan mengadili...ingatlah suara rakyat suara keramat.

    Rakyat telah jemu mendengar cerita-cerita yang tidak enak untuk didengar bilamana pemimpin mudah lupa akan amanah yg beri..penyelewengan,mengharap imbuhan dan mencari keuntungan peribadi lebih utama ditonjolkan
    tanpa segan dan malu..hilangnya sifat merendah diri dan tidak menyumbang untuk kesejahteraan rakyat setempat.
    INGATAN BUAT BAKAL CALON-CALON BERTANDING BAIK YG MEMPERTAHAN ATAU
    YG MENCABAR PENYANDANG DALAM PEMILIHAN PERINGKAT CAWANGAN DAN BAHAGIAN NANTI...BERMUASABAH DIRI,JAUHI
    SIFAT-SIFAT KEJI..NAWAITU BIAR BETUL. NIAT YG BAIK DAN LUHUR PASTI ADA GANJARANNYA YG TIDAK TERNILAI.

    *****SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT****
    RAKYAT ADALAH HAKIM

    ReplyDelete
  9. renung-renungkanlah....

    Persepsi segelintir warganegara terhadap kepimpinan negeri dan pusat terlalu negatif...
    walaupun setiap rakyat melihat akan kemajuan negara dan tindakan kerajaan,rakyat mendapat manfaat...
    sindrom tidak bersyukur dan mengenang budi dah meresap dan melekat kut...

    ReplyDelete
  10. Datuk,

    Ini bukan soa "manis atau tidak manis". Ini soal masa depan bangsa dan negara. Inilah yang saya maksudkan di dalam blog saya melalui catatan terkini. Kartun yang saya paparkan menggambarkan apa yang berlaku di dalam UMNO. Bila ketua bersuara, yang lain semua ikut. Budaya "cium tangan dan cium buntut".

    Bagaimanakah kami rakyat hendak meletakkan kepercayaan kepada pemimpin melayu sekarang dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan?

    http://c-bok.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Saya bersetuju dg fauzi repan....ketua bahagian hanya sibuk menjaga periuk nasi masing-masing. Tidak tahu macam mana boleh dipilih menjadi ketua bahagian. DS pun sama cakap dan mengata orang aje pandai. Sibuk menjaga hal babi dan menuduh yang bukan-bukan tan pa unsur periksa.

    Perubahan perlu dilakukan segera bukan 2010....maknanya ada masa lagi untuk mengkayakan kaum kelurga.

    DS....jgn tidur dan buat tidur. Kami ahli umno dah muak dgn sikap orang atasan umno. DS cuba bagi komen.

    Itulah kadang-kadang saya terfikir juga.....tak cukup pejuang macam DS dalam blog sahaja dan ini terbukti pejuang yang pengecut...tapi cuba contohi pejuang reformasi DSAI...satu persatu masalah cuba dibangkitkan seperti soal ins. kehakiman. Kalau harapkan DS tak ada apapun...cakap je lebih. Saya bukan penyokong PR tapi tak salah pada lepas ni atau suatu hari nanti saya menyokong DSAI.

    Macammana Najib boleh dijadikan peganti PM. DS cuba tengok cakap macam ular berbelit. Kejap cakap tak kenal langsung Samsul tulah...dan lepas tu pernah berjumpa dirumah pulak tu. Bukan main senang budak samsul pergi jumpa najib. DS nilai pemimpin yang akan memimpin DS nanti.

    DS cubalah ulas dan siarkan. Jadilah seorang pejuang yang agung dan bukan pandai cakap tanpa usul periksa.Saya masih sayangkan umno...tapi lepas ni tiada siapa yang tahu...ahli umno gombak

    ReplyDelete
  12. "Persetujuan mengenai pelan peralihan kuasa ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Terserah kepada bahagian sama ada mahu menerima pelan peralihan kuasa ini atau mencalonkan sesiapa sahaja untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden mahu pun mana-mana jawatan di dalam UMNO."... Dr Khir

    Saya rasa kenyataan di atas sepatutnya keluar daripada mulut Pak Lah, supaya beliau nampak lebih neutral dan tidak nampak seperti ingin kekal jadi Presiden.

    Plan peralihan kuasa itu kini kelihatan sebagai langkah terdesak Pak Lah untuk memastikan beliau selamat dalam pemilihan UMNO kali ini.

    Pemimpin perlu bijak dan boleh melihat daripada kacamata ahli/ rakyat. Jangan membuat keputusan dengan mengambilkira pandangan dari satu sudut sahaja.

    Adult thinking theory says, "Adult will ask the WIIFM question in what ever they need to do, including in disicion making."

    WIIFM = What's In It For Me?

    Pak Lah perlu menjawab soalan WIIFM ini bukan sahaja dari sudut pandangan peribadi beliau sahaja tetapi juga dari konsep pemikiran ahli dan rakyat supaya beliau dapat membuat keputusan yang disenangi semua!

    www.ikhlasmalaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Salam DS,
    Jawatan Pres dan TPres seolah-olah pusaka dalam UMNO dan boleh di wasiatkan mengikut citarasa Presiden. UMNO milik orang melayu dan bukan milik DSAAB & Co. Kata Ku Li DSAAB hanyalah "caretaker" bukan pemilik.
    Sepatutnya pemilihan dalah pentas terbaik untuk menentukan siapa layak menerajui UMNO.
    Bersengketa sebelum pemilihan dibuat lebih baik dari berkelahi selepas keputusan diumumkan.
    Tak semestinya no 2 lebih baik dari no 3,4,5,6,7 kerana DSAAB telah buktikan bahawa sebagai no 1 , beliau tak berkemampuan memimpin pun.
    24 bulan lagi, mampukah DSNTAR mengembalikan perpaduan dalam UMNO/BN yang semakin berkecamuk??
    36 bulan selepas kalau DSNTAR ambilalih, mampukah beliau mengembalikan keyakinan pengundi??
    DSAAB wajar turun sekarang dan biarkan perwakilan membuat pemilihan..

    Anak_Parit

    ReplyDelete
  14. Salam DS,

    Sekiranya kita meletakkan diri kita sebagai Pak Lah, saya percaya ianya adalah suatu keputusan yang berat.

    Desakan demi desakan diterima oleh pak lah agar beliau meletakkan jawatan.

    Ini perupakan satu pengorbanan yang besar oleh seorang Perdana Menteri.

    Jesteru ini, saya bersetuju dengan DS yang mana sekarang masanya kita menumpukan kepada pembentukan ekonomi yang lebih mantap dan merapatkan kembali UMNO.

    DS,

    Perhimpunan agong sudah hampir, Seperti yang lepas-lepas, usul banyak dilemparkan dan dibahas didalam Perhimpunan.

    Saya amat berharap pihak MT dapat meneliti Usul-Usul yang akan dibentangkan, jangan lah di ambil enteng lagi usul-usul dari peringkat bawahan.

    Kemelut kita pada hari ini sedikit sebanyak adalah disebabkan Usul dari KAMI dibawah ini tidak diambil peduli.

    Bersama lah kita membina kekuatan Melayu kembali ..

    Insyallah ...

    ReplyDelete
  15. Setahu saya dalam mesyuarat MT tempohari (mengikut sumber yang sangat boleh dipercayai)...hanya dua orang MT sahaja yang boleh diharap...hanya 2 orang MT ni sahaja yang membantah transition power pada DS Najib dalam masa 2 tahun....lambat sangat 2 tahun tu kata mereka...depa nak transition power tu dipercepatkan...2 orang MT ni ialah seorang Menteri dari Sabah dan seorang lagi ialah ex-MB dari semenanjung...faham-faham je la siapa MT tu...Tu yang Beruk Hitam tu marah sangat kat "MT sorang" tu...hehehhe...

    Walaupun 2 orang MT ni bantah...namun apalah sangat kuasa depa nak lawan MT-MT yang lain? Apatah lagi bila DS Najib (tuan yang empunya badan) sendiri bersetuju dengan tempoh 2 tahun tu...apa nak dikata lagi bila DS Najib sendiri rela?

    Nampaknya...calon2 bahagian yang menang pada pemilihan kali ini terpaksa undi Calon lain sebagai Presiden UMNO...sebab DS Najib akan menolak sebarang undi untuk dia jadi Presiden. Mungkinkah Ku Li? Sekurang2nya Ku Li lebih baik dari Pak Lah, instead of DS Najib. Sekurang2nya, ini dilakukan demi survival UMNO sebagai tunjang kepimpinan politik negara. Demi sayangkan UMNO...kita perlu transition power yang lebih cepat. Sorry to DS Najib...mungkin dia perlu tunggu selama satu atau dua penggal lagi untuk menjadi PM...itulah harga yang perlu DS Najib bayar kerana menolak saranan akar umbi. Kerana akar umbi tidak lagi yakin pada Pak Lah yang licik dan suka menipu dalam kepimpinannya...Ku Li lah yang untung...hehehhe...takpe lah...asalkan bukan Pak Lah, sudah!

    p/s: Jaga2 DS Khir...itu Beruk Hitam sudah mari...dengan tongkat "makkal shakti"...sediakan perisai...kami setia bersama DS Khir...sama2lah kita hantar Beruk Hitam tu ke "Zoo of Oxford"...hehehehhe...

    ReplyDelete
  16. Persoalan yang timbul,

    Cukupkah masa untuk Najib mengukuhkan kembali Barisan Nasional dalam masa yang sama imej Najib sendiri tercalar?

    nadzrikamsin.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Kalau perjuangan DS takut lebih sudu dari kuah, malu alah, DS mungkin tidak wajar di dalam politik kerana kiblat DS ialah kepada manusia bukannya kebenaran. Isu peralihan kuasa bukan sahaja isu Dolah dengan Najib tetapi juga isu masa 2 tahun yang lama. Ahli UMNO sudah muak dengan Najib dan Dolah, tanpa mereka UMNO lebih relevan dan hari ini DS masih berkiblatkan Najib, masih berminat nak jadi pecacai Najib..apani DS, bung current jadi anak jawa macam ni...

    Isu sekarang kita mahu lihat Dolah turun segera, siapa yang bersekongkol dan mempertahankannya juga harus turun, kami sudah muak, geli..

    Lekeh sangat ke UMNO hingga macam tidak ada pemimpin lain yang boleh diketengahkan..

    ReplyDelete
  18. Dato Seri,

    Mengenai jawatan dalam parti keramat (ye ke...) ni, saya cadangkan agar lepas ni semua pemegang jawatan baik drpd Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, MT, Ketua Bahagian dan seterusnya umumkan semua pengganti mereka kepada ahli-ahli parti. Kemudian pada sesiapa yang mendapat jawatan selepas tu pula, dia pun umum kan pengganti masing-masing. Dengan cara ni senang pd ahli-ahli tak payah buang masa nak mesyuarat dan membuat pemilihan secara demokrasi. Amacam ok tak?

    Ini barulah boleh dikatakan untuk keharmonian parti. Barulah cepat parti keramat ni lingkup. Tak payah tunngu 2010.

    ReplyDelete
  19. Dalam budaya politik Melayu, hampir tidak ada pemimpin politik yang mahu melepaskan jawatan dan kuasanya dengan mudah. Maklumlah selepas tidak berkuasa (kecuali seorang dua) mereka tidak lagi disanjung dan dihormati, dan akan mudah sekali dilupakan. Oleh itu, PM kita sekarang tentu tidak terkecuali.

    Saya fikir DS.Najib menyedari hal ini. Sebab itu beliau sedia menerima peralihan kuasa itu berlaku dua tahun lagi.

    Lagi satu, saya kira sebagai seorang yang berasal dari keluarga bangsawan atau golongan feudal, DS Najib tahu kesetiaan kepada pemimpin utama itu adalah satu nilai yang patut dijunjung tinggi.

    Oleh itu, kalau beliau "sentiasa setia" kepada PM, saya kira, antara lain kerana adanya nilai feudal yang mungkin menjadi panduan beliau dalam mengambil sesuatu tindakan.

    Walaupun nilai ini tidak semestinya baik sepanjang masa, dan mungkin ada pihak-pihak yang mahu mengetepikannya, tapi ia mungkin berguna untuk menjaga perpaduan dan kestabilan parti.

    Oleh itu, mungkin tidak ada salahnya jika Pak Lah terus berkuasa selama dua tahun lagi, dan DS. Najib hanya mengambil alih jawatan PM selepas itu.

    ReplyDelete
  20. betul kater JIWAKITA..

    Dan saya sokong pendapat DS..

    Ekonomi perlu diperluaskan..

    Insyaallah makin ramai kayer..
    Makin maju negara kiter..amin

    ReplyDelete
  21. itu lah Umno tampa mesyuarat caw dan bah pun pemimpin negeri dah umum sokong Pak Lah so mana demokrasinya sedangkan pemilihan masih jauh lagi dan sebarabg aktiviti melibatkan calon tidak dibenarkan tetapi sekarang hampir setiap minggu Pak Lah menghadiri perjumpaan dengan caw Umno, kalau pak lah semua boleh orang lain tengok je la..lagi satu ketua penerangan Umno mat Taib sendiri pernah bergelumang dengan masalah tak declare duit kat australia dulu ( berjuta-juta ringgit) sekarang ada hati nak cakap pasal kepentingan melayu...dan Pak Lah macam tak de orang lain nak dilantik ...Umno...Umno dulu memang umno di hati rakyat tapi sekarang.....bak kata Nabil raja Lawak LU PIKIRLAN SENDIRI....

    ReplyDelete
  22. kita bersyukur pd tuhan.. bkn pada makhluk!

    ReplyDelete
  23. Datuk Seri,

    Majlis Kerja Tertinggi telah mengkhianati akar umbi apabila mereka bersetuju dengan peralihan kuasa ini.

    Bukan hak Presiden atau Timbalan Presiden yang sepatutunya mereka pelihara tetapi hak akar umbi dan perlembagaan parti.

    Dengan cara mengendorsekan peralihan kuasa itu, MKT telah melanggar tataetika perkara 5.3 yg pada pandangan saya setelah ini boleh di pam kedalam jamban.

    ....tidak dibenarkan menerbit, MENYIAR atau menulis apa2 risalah, majalah, makalah buku atau lain2 karya secara langsung atau tidak langsung yang mempunya unsur2 MENYOKONG......

    MKT yang penuh dengan orang2 berkepentingan diri sendiri tidak menghormati buku etika itu, adakah wajar mereka menyuruh akar umbi berbuat demikian?

    Datuk Seri juga mula-mulanya nampak macam pemimpin yang berani bercakap setelah kalah negeri Selangor, tetapi sekarang pula akur kerana itu adalah kehendak DS Najib. Adakah Datuk Seri menghambakan diri dan berharap kepada kepempinan DSN sedangkan yang lebih penting disini adalah untuk menyelamatkan parti dan bukan poemimpin2 tertentu?

    Kalau Najib tidak mahu, Tengku Razaleigh bersedia. UMNO perlu di selamatkan bukan pepimpin2nya.

    ReplyDelete
  24. salam...

    tahniah dr.khir kerana berjaya menepuk kepimpinan PKR kini... dah tu, terbongkar pula pekung DIDADA...dan jangan lupa TANYA mereka adakah mereka boleh tunaikan janji dan janji dah tunaikan agaknya boleh berkekalan?

    kemudian, rakyat akan mengundi mengikut SELERA mereka... dan dr.khir diharapkan mengambil alih kepimpinan dengan baik dan melantik ADUN dan parlimen dikalangan yang mereka disukai rakyat bukannya dibenci rakyat dan disokong oleh cawangan atas angin. macam kat ADUN Taman Medan... (abe MIE pengundi sana). Disukai oleh ketua bahagian tetapi pengaruh rakyat ditangan bekas ADUN 1999 dan 2004

    pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. Tetap bersyukur dgn apa yg ada, namun komen2 yang diberikan adalah utk kemajuan yang sama rata, bukan yg rasuah, atau bukan utk kroni...kalau tiada yang komen dgn 'yess boss' jer...inilah jadinya, kata negara demokrasi, tetapi pendapat sesetengah pihak dicantas. Suara rakyat tiada yang mendengar, bila dah di atas lupa pada tanggungjawab yang mana awak tu dipilih rakyat untuk membela rakyat. Hanya apabila jatuh barulah melaung2 nak membela rakyat. Biasalah melayu mudah lupa

    ReplyDelete
  26. Umno sekarang mesti diperkukuhkan kembali. Ingat, jangan biar melayu diperkotak-katik dan dipermainkan. kalau yang empunya badan telah bersetuju dengan peralihan kuasa ini, kita sokonglah mereka.

    Dan, jangan biarkan parti pembangkang mencari kelemahan Umno dan BN. Ingat itu, Musnah melayu, musnah Malaysia.

    ReplyDelete
  27. Akum DS

    kalu peralihan kuasa tu dari seoarang pemimpin yg bagus. saya rasa 5 tahun pun ok sbb pengganti memerlukan masa utk belajar. Tapi jelas AAB sudah gagal dalam byk perkara (tak payah nak ulas satu persatu)jadi 2 tahun adalah terlalu lama dan ianya akan lebih keburukan daripada kebaikan.

    ReplyDelete
  28. 1. ASSALAMUALAIKUM..! Terima kasih atas komen dan pendirian ikhlas YB Dato' Sri dengan Pelan Peralihan kuasa oleh Pak Lah kepada DS Mohd Najib.

    2. Dato' Sri Mohd Najib tentunya berasa lega dan selesa dengan keterbukaan bosnya iaitu Pak Lah yang memberi sepenuh kepercayaan kepada beliau untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara dalam masa dua tahun dari sekarang. Ini satu jaminan politik yang berasaskan kepada sejarah peralihan kuasa dalam UMNO dan kerajaan yang sebelum ini juga dilakukan oleh Tun Dr Mahathir kepada Dato' Seri Abdullah pada 31 hb Oktober 2003.

    3. Namun senario yang pada peralihan kuasa daripada Tun Dr M kepada Pak Lah pada tahun 2003 yang lalu adalah amat berbeza dengan apa yang ingin dilaksanakan oleh Pak Lah kepada DS Mohd Najib pada kali ini. Tun DrM sebenarnya telah mengejutkan ribuan perwakilan UMNO di perhimpunan Agong UMNO pada bulan Jun 2002 dengan mengisytiharkan perletakan jawatan. Beliau mengisytiharkan di dalam majlis rasmi perwakilan Agong UMNO, yang mana beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk menerimanya secara sah di sisi Perlembagaan dan Peraturan UMNO. Namun demikian, semua MT UMNO pada ketika itu termasuk Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Ketua kepada Ketiga-Tiga sayap UMNO telah merayu kepada TUN DRM agar beliau menarik semula perletakan jawatannya. Dewan hampir gamat dan gawat buat beberapa jam pada ketika itu untuk memujuk TUN DRM agar terus memimpin UMNO dan kerajaan.

    4. Akhirnya, TUN DRM akur dengan kehendak MT UMNO dan perwakilan pada ketika itu untuk meneruskan kepimpinannya bagi membolehkan Pak Lah cukup bersedia untuk mengambilalih pucuk kepimpinan negara dan parti pada suatu tarikh yang sesuai, iaitu selepas selesai Persidangan OIC pada 31 Oktober 2003. Perletakan jawatan TUN DRM ditangguhkan atas sebab untuk membolehkan TUN DRM mengetuai persidangan OIC yang mana Malaysia telah terpilih sebagai tuan rumah dan Pengerusi pada persidangan tersebut. Kepakaran dan juga pengalaman TUN DRM amat diperlukan pada ketika itu. Pada prinsipnya TUN DRM ingin melepaskan jawatan serta merta pada mesyuarat perwakilan UMNO 2002 tersebut, tetapi dibantah oleh MT UMNO dan perwakilan UMNO.

    5. Berlainan dengan senario peralihan kuasa yang dicadangkan oleh Pak Lah kepada DS Mod Najib pada kali ini. Ianya dilakukan di dalam majlis perjumpaan biasa dengan hanya Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan juga Ketua-Ketua Sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO. Ianya tidak dlakukan di dalam perhimpunan perwakilan tahunan UMNO. Jadi, pengumuman tersebut tidak dapat dijadikan sebagai suatu pengumuman yang rasmi yang dipersetujui oleh para perwakilan UMNO. Tambahan pula, dalam kenyataan yang dipetik dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Julai 2008 , Pak Lah mengungkapkan dengan perkataan : " Saya bercadang untuk menyerahkan jawatan kepada DS Mohd Najib pada pertengahan tahun 2010". Ini cuma cadangan sahaja dan masih lagi belum suatu keputusan yang muktamad. Jangkamasa dua tahun adalah terlalu lama bagi proses peralihan kuasa.

    6. Kenapa terlalu lama sangat untuk melatih DS Mohd Najib..? Bukankah beliau sudah hampir 5 tahun berpengalaman memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sama juga dengan Pak Lah dulu, pegang jawatan TPM pada tahun 1999 dan dilantik PM pada tahun 2003, iaitu dalam jarak masa hampir 4 tahun lebih. Apakah DS Mohd Najib akan selesa dan bersabar dengan penantian selama dua tahun ini..? Pada pandangan saya, Pak Lah sebaik-baiknya mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada bulan Disember ini dan menyerahkan kepada ahli-ahli perwakilan UMNO di cawangan dan bahagian seluruh negara untuk menentukan siapakah penggantinya sebagai Presiden UMNO melalui proses demokrasi dalam UMNO. Dalam masa yang sama memberi sokongan penuh kepada DS Mohd najib sebagai calon Presiden bagi menggantikannya. Barulah ianya dapat memperkukuhkan UMNO menerusi suara akar umbi dan kehendak rasmi parti.

    7. Seperkara lagi, harus diingat bahawa MT UMNO telah mengedarkan buku Kod Etika Ahli UMNO kepada Ketua-Ketua cawangan UMNO di seluruh negara mulai awal Julai 2008 baru-baru ini. Cuba lihat Teks Tataetika Ahli UMNO yang telah saya salin semula untuk paparan saudara sekalian di laman blog saya ini (Rujuk di bawah artikel ini nanti ). Perkara 5.1 dalam Tataetika Ahli UMNO menjelaskan :

    "5.1 Rasuah / Sogokan Politik : 5.1.1 menyalahgunakan apa jua kuasa secara langsung atau tidak langsung dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya.... Contoh : (a) menggunakan kedudukan atau kuasanya secara salah dengan membuat janji-janji memberi pangkat, anugerah / gelaran, peluang perniagaan, bagi mendapatkan undi "

    8. Lihat pula Perkara 11 ( Hukuman ) : " Mana-mana Ahli yang didapati bersalah melanggar Tataetika Ahli UMNO ini bolehlah dikenakan mana-mana hukuman seperti yang termaktub di dalam Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO ".

    9. Fasal 20.9: Perlembagaan UMNO pula menjelaskan : "mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagan ini atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman yang tersebut di bawah : -
    (a) Diberi amaran;
    (b) Digantung hak-haknya dalam parti;
    (c) Dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam
    Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis tertinggi;
    (d) Dipecat daripada parti;
    (e) Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.

    10. Apakah pengumuman Pak Lah untuk memberikan jawatan Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO kepada DS Mohd Najib menjelang pemilihan UMNO nanti boleh dikategorikan sebagai suatu rasuah/ sogokan politik. Kalau semua yang membaca tulisan saya ini berpendapat bahawa ianya satu rasuah/sogokan politik yang dilakukan oleh Pak Lah kepada Timbalannya DS Mohd Najib agar timbalannya tidak menetangnya untuk jawatan Presiden UMNO, maka apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang turut hadir di majlis berkenaan. Kalau ianya tidak termasuk ke dalam kategori rasuah /sogokan politik, maka apa perlunya diadakan Kod Tataetika Ahli UMNO. Adakah Kod Etika tersebut hanya dikuatkuasakan kepada ahli-ahli ikan bilis di peringkat cawangan dan bahagian sahaja..? Terserahlah kepada pembaca dan juga pemimpin-pemimpin UMNO sekalian untuk menilainya.

    11. Apa akan terjadi dengan Pelan Peralihan Kuasa yang dijanjikan oleh Pak Lah kepada DS Mohd Najib sekiranya Tg. Razaleigh Hamzah berganding bahu dengan Tan Sri Muhyidin Yasin untuk pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan bulan Disember nanti. Katakanlah Tengku Razaleigh (KULI) akan mendapat cukup kuota pencalonan dan sewaktu pemilihan nanti akan terpilih sebagai Presiden UMNO yang baru. Jangan pandang mudah dengan kemampuan KULI dan jangan kita beranggapan bahawa Tan Sri Muhyidin tak akan bergabung dengan KULI. Dalam politik, semuanya boleh berlaku.

    12. Kita kena ingat dan insaf semula bahawa dalam PRU-12 tempohari telah berlaku tsunami besar dalam politik pilihanraya di Selangor, Perak, P.Pinang Kedah dan sebahagian kawasan di N. Sembilan dan Melaka. Saya yakin dan optimis bahawa ahli-ahli dan perwakilan UMNO di mesyuarat Agong Cawangan, Bahagian dan juga di peringkat pusat nanti akan dilanda satu lagi tsunami politik. Kali ini mungkin lebih dahsyat dan tidak dijangka oleh sesiapa yang leka dan lalai. KENAPA...TAK PERCAYA KE..?

    ReplyDelete
  29. saya kurang setuju peralihan kuasa yang terlalu lambat ini..negara akan hancur..

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum DSKT dan rakan2 bloggers...
    Izinkan sy utarakan satu pendapat mengenai PROGRAM DEBAT anjuran media arus perdana...
    Jelas dan nyata sekali bila pembangkang di beri ruang utk beri penjelasan di media arus perdana menunjukkan keterbukaan minda para pemimpin BN UMNO khususnya...
    DS Anwar nampaknya hilang kepetahan tutur katanya bila berdepan dengan fakta..bagai langit dengan bumi bezanya bercakap ketika itu..segala soalan diberikan diputar belit dengan agenda2 lain lantas tidak menjawab persolan debat itu sendiri...
    Bagaimana rakyat2 yang cerdik pandai boleh terpengaruh dengan idea yang langsung tidak realistik oleh DS anwar????? Banyak fakta diberikan bercanggah dengan fakta sebenar..mungkin "pakatan rakyat" yg b%d$h mempercayainya, tapi "rakyat" tidak bodoh untuk menerimanya..

    Syabas diucapkan kpd pihak kerajaan kerana mengadakan media sebigini bagi menjelaskan keadaan sebenar, rakyat kini akan lebih memahami siapa benar dan siapa pembawa propaganda..
    Tahniah DTK Sabree kerana ada brani utk berdebat dgn DS anwar dan berjaya menepis segala tuduhan DSAI selama ini terhadap kerajaan BN..
    Tidak dinafikan DTK Sabree pun kadangkala tidak menjawab pentanyaan...dan perlu lebih berhati2 di lain masa...dan lebih fokus kpd pokok perdebatan..
    Semoga perdebatan begini akan menjadi platform utama menyelesaikan masalah rakyat, bkn dgn berdemostrasi dijalanan yg menyusahkan hidup insan lain...

    LIHATLAH DENGAN MATA HATI JIWA.....

    ReplyDelete
  31. Jeyklls and Hydes in Malaysia. Are you? (Updated 15 July 2008)

    Malaysians in dilemma? So many events and news both real and unreal. Don’t know who to believe? Bombarded with too much spins. These are the quotes, we now hear.

    “Give up”, “Fed up”, “Wait and See”, “Lost interest”, “Headache”, “Cannot believe anyone”, “Who to believe ah?”, “Niamah”, “Pening kepala”, “Pening otak”, “Sudah lah”, “Pi mampus”, “Insyallah (God Willing)” or raise your palm and fist and put them together on National tv or www.Youtube.com or www.malaysiakini.com or www.Malaysia-today.net or other blogs.

    Why? Because it depends on what you want to perceive and your bias toward your own race, color, religion, party, groups, interests, superiority or plain dumbness.

    That makes you something of a Jeykll and Hyde if you can’t differentiate between facts and fictions, good and evil, right and wrong, true or false. Too many Malaysians can’t decide now whether to become Jeykll or whether to become Hyde or when to become Jeykll or when to become Hyde.

    Think hard and search your conscience from deep within and “Viola” you can differenciate between Night from Day. Throw out bias towards race, creed, superiority, affiliations, religion and beliefs, greed, power, cronyism etc and then see whether some of the things happening around is right or wrong , true or false, evil or good, facts or fiction.


    1. Altantuya was killed and blown to bits. (Fact or Fiction).
    2. Sodomy is as evil as murder. (True or False).
    3. Anyone accused are innocent until proven guilty. (True or False).
    4. Statutory Declarations and Police reports can be made to fool people. (True/False).
    5. Anyman or woman will swear on his religion or beliefs to save his/her own skin. (True/False).
    6. Race superiority is needed to rule Malaysians. (Fact or Fiction).
    7. Religious superiority is needed to rule Malaysians. (Fact or Fiction).
    8. All poor people need to be helped by Government. (True or False).
    9. Corruption is a fact of life and should be tolerated. (Fact or Fiction).
    10. ISA is needed because prevention is better than cure. (Fact or Fiction).
    11. Free education is a right for all Malaysian children. (True or False).
    12. Free healthcare is a right of all Malaysians. (True/False).
    13. Free speech is a right of all Malaysians. (True/False).
    14. Freedom of religions and beliefs is a right of all Malaysians. (True/False).
    15. Liberty is a right of all Malaysians. (True/False).
    16. All Malaysians and the world can be converted to a single culture, religion, race in future. (Fact or Fiction).
    17. The next PM of Malaysia will follow R.A.H.M.A.N theory. (Fact or Fiction).
    18. All Malaysian Malays are poor and lazy. (Fact or Fiction).
    19. All Malaysian Chinese are rich and gamblers. (Fact or Fiction).
    20. All Malaysian Indians are drinkers and liars. (Fact or Fiction).
    21. All East Malaysians are inferior to West Malaysians. (Fact or Fiction).
    22. Only Barisan Nasional (BN) can govern Malaysia. (Fact or Fiction).
    23. Only UMNO can take care of Malaysian Malay’s and other Bumiputeras interest. (Fact or Fiction).
    24. Only MCA can take care of Malaysian Chinese’s interest. (Fact or Fiction).
    25. Only MIC can take care of Malaysian Indian’s interest. (Fact or Fiction).
    26. Only Gerakan can take care of Malaysian’s interest. (Fact or Fiction).
    27. Only PKR can take care of Malaysian’s interest. (Fact or Fiction).
    28. Only PAS can take care of Moslem’s interest. (Fact or Fiction).
    29. Only Hindraf can take care of Hindu’s interest. (Fact or Fiction).
    30. Only PBDS can take care of Sarawakian’s Bumi interest. (Fact or Fiction).
    31. Only UMNO Sabah can take care of Sabahan’s Bumi interest. (Fact or Fiction).
    32. All Jews are intelligent and corrupted. (True/False).
    33. All Africans are corrupted and murderers. (True or False).
    34. All Westerners are corrupted and evil. (True or False).
    35. All Chinese are communists. (True or False).
    36. All Indians are Hindus. (True or False).
    37. All Malays are Moslems. (True or False).
    38. The Malaysian Constitution cannot be changed. (True or False).
    39. Constitutional monarchy is forever in Malaysia. (True or False).
    40. Only Barisan Nasional can preserve the Constitutional Monarchy. (True or False).
    41. All bloggers are liars. (True or False).
    42. War is inevitable between Malaysia and it’s Asean partners. (Fact or Fiction).
    43. Divide and rule exists in all politics and religion. (Fact or Fiction).


    To be continued……


    From: Patek1472.wordpress.com
    (P/S: Random Answers to the above will be provided in due course by individual Topics)

    ReplyDelete
  32. as'kum,DS

    Saya nak beri pendapat mengenai debat yg telah diadakan malam ni.antara DSAI
    dan DAS...

    Apabila kenaikan minyak negara dipolitikkan
    pelbagai teori & retorik muncul dalam pendebatan tersebut
    untuk kepentingan politik sahaja.

    Penurunan harga minyak yg DSAI sarankan,adalah tindakan popular.Seperti mana negeri
    yg telah PR perintah dengan memberi
    air percuma contohnya..Sebagai rakyat pasti suatu rahmat...dalam
    masa yang sama adakah rakyat perihatin terhadap kekangan yg kerajaan tanggung,apabila hasil negara/negeri berkurangan tanpa ada resolusi yg kukuh untuk mencari sumber lain untuk menampong kekurangan hasil negara/negeri.
    (YG MENERIMA TAK BERSYUKUR YG MEMBERI TAK IKHLAS)

    CUba kita renungan, untuk jangka panjang pembangunan negara bagaimana jika sumber yg kita ada sekarang dari hasil keuntungan petronas dari sumber minyak sahaja
    tidak ada lagi.Kepada generasi selepas kita bagaimana dan adilkah kita atas kebejatan dan kerakusan kita,cucu-cicit kita terpaksa menanggung beban.

    Justeru itu kerajaan yg memerintah sekarang perlu bijak mengunakan hasil ini dengan berhemat dan berjimat sambil itu keuntungan PETRONAS sebahagiannya dilaburkan semula di dalam industri hiliran serta pelaburan diluar negara.

    Dengan kerajaan menaikkan harga minyak dapatlah mengurangkan defisit negara,wang subsidi dapat dijimatkan serta dapat diguna untuk
    hal-hal yg lebih penting seperti menaikkan taraf hidup rakyat miskin/golongan sasar.





    KIta harus sedar hasil dari PETRONAS sekarang semakin nipis dan mengecut.BILa negara menjadi pengimpot minyak sepenuhnya adakah subsidi yg diberi akan dimansuhkan?
    JIka dimansuhkan adakah rakyat sudah bersedia untuk mengubah cara hidup mereka.
    Selama ini rakyat tidak peka untuk memahami agenda tadbir urus ekonomi sesebuah negara seperti malaysia yang unik ini.

    Persepsi majoriti rakyat mentalitinya adalah wang/
    hasil negara adalah untuk rakyat.
    Walaupun kerajaan telah menjadikan negara dari negara pertanian kepada negara perindustrian. Segala banyak pembangunan, rakyat tidak memandang itu sebahagian sumbangan
    dan tanggungjawab negara kepada rakyat. Pemimpin dan agensi kerajaan yg telah bertungkus-lumus untuk memberi kesejahteraan keseluruhan dipandang serong.

    Sekarang masanya sebelum terlewat untuk belajar mensyukuri rakmat
    apa yang telah diberi...berubahah menjadi warga prihatin serta mencari peluang memajukan diri atas
    kaki sendiri.....
    SAya beri kredit kpd DAS...100%

    wassalam

    ReplyDelete
  33. Shabery kalah debat...... Pak Lah patut pecat dia...... sebab dia yang minta di pecat

    ReplyDelete
  34. Siapa lebih arif tentang penyakit dan penawarnya: pesakit atau doktor?

    Siapa lebih faham tanggung jawab terhadap keluarga: anak atau ibu bapa?

    Siapa lebih memahami tentang negara: rakyat atau pemimpin?

    Saya tujukan kpd pengunjung semua termasuk saya sendiri.

    Bersyukurlah kerana kita tak dipilih oleh Tuhan untuk jadi YB tetapi berilah sedikit sokongan & simpati.

    Sampai bila kita nak maju kalau penyokong asyik digelar pengampu dan pembodek? (nak tahu maksud sebenar pengampu dan pembodek, lihat http://waadat.blogspot.com )

    (tak ada siapa kah nak tanya berapa gaji & elaun YB-YB kita dengan tanggung jawab yg mereka pikul?

    Lu pikir la sendiri...

    ReplyDelete
  35. Rakyat adalah umpama sarang tebuan kalau kau jolok buruk padahnya. Sebelum dollah jadi pm, sarang tebuan tak penah dijolok. takda sapa nak ambik peduli sapa liwat sapa. Tapi bila sarang tebuan kau dah jolok, bermakna riwayat umno pasti tamat. Sarang tebuan paling bahaya sekarang adalah cina dan india yg jadi komuniti pengundi terbesar BN. SIAPA UMNO TANPA MCA DAN MIC???? sekarang diorg dah keluar beramai2 dari MCA dan MIC. Yg tinggal hanya suku org melayu yg masih jadi lembu cangkuk hidung UMNO. Aku tgk sekarang lembu2 UMNO ni je yg lantang bercakap dan mengelabah tapi lembu2 MCA dan MIC tak banyak bercakap. jadi soalannya di sini: SIAPA UMNO TANPA MCA DAN MIC????

    Sedar diri sikit yg kedua dua sarang tebuan (cina dan india) ini dah rosak dan takkan lagi bernaung didahan pokok yg lama sebaliknya mencari dahan pokok baru untuk buat sarang. Yg paling mengerikan, sarang tebuan melayu pun dah rosak teruk dan keluar beramai2 buat sarang lain. jadi apa yg tinggal? YG TINGGAL CUMA LEMBU2 YG MASIH BERTEDUH BAWAH POHON YG DAH REPUT.

    ReplyDelete
  36. Dr, tak perlu siar. Nak beritau something. Keluar tajuk sikit, tak apa ke? Maaf ye.

    Di Sk 7 Shah Alam saya perhatikan semakin banyak tanah lot yg hendak dijual/sewa. Sebelum p/raya dulu tak ada pula macam ni. Skrg ni menjadi-jadi, cubalah pusing2 Sk 7 sebelah Dewan Belia & Kebudayaan sampai Sk 8. Hatta tanah kosong sekangkang kera sebelah Shell di Sk 7 pu nak dijual.

    Dr tahu ke psl ni. Ada apa2 yg tak kena ke dgn krjn Sgor ni?

    ReplyDelete
  37. Dr & Ahli2 UMNO,

    Anda semua perlu sokong peralihan kuasa. Kan budaya UMNO utk kata "saya sokong"? Paling tak kena kata "saya amat tersentuh hati"...

    Lagi lama Pak Lah dok kat atas tu, lagi cepat la PR naik. Itu yg pasti. Apa yg anda semua boleh buat? UMNO bukan perjuangkan kehendak majoriti, yg diperjuangkan adalah agenda peribadi.

    hahaha

    ReplyDelete
  38. hem puas dengar kenyataan umno ni,hampeh aje,bila kalah je sebuk2la baru ingatkan rakyat bila menang tak ingat kedunia...

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum:

    Kepada Semua Umat Melayu yang Sayangkan UMNO..
    UMNO tu sebenarnya milik sapa? Milik ahli ke atau milik individu tertentu? Kalau ia milik ahli, layanlah ia seperti miik ahli.. maknanya biaq ahli yang menentukan. Kalau pemimpin tak mau.. kena keluar... sebab parti ni bukan milik individu... contoh seperti Dato'Onn yang berundur setelah ahli tidak sependapat...
    Kalau UMNO milik individu... buatlah sendiri, sendiri calon, sendiri pangkah.. senang je.. mati pun kambus sendiri...Sepatutnya kerana sayangkan UMNO pemimpin perlu peka dan bijak membawa body language rakyat... rakyat dah beri signal masih lagi tak reti reti.. post mortem pilihan raya mac lalu masih diteruskan ke? Mana result post mortem? apa yang perlu dilakukan bagi mendapat keyakinan rakyat....Rakyat tak semuanya redha dengan keadaan.. ramai yang emosional....Pepecahan umat melayu semakin ketara... UMNO kata Anwar pengkianat bangsa...Betul ka? Atau dakwaan sekadar nak tutup kelemahan dan menakutkan melayu... Tuan presiden sendiri beri tahu dalam persidangan " jangan di momok-momokkan melayu" melayu tidak lagi mudah dimomokkan dan sebagainya...Apa masalahnya????
    Politik sekarang makin sempit..Tidak boleh bertanding? Pemimpin dipertikaikan kredibilitinya...Wajib beri pada pemimpin lain untuk menerajui.. kenapa tidak perlu pertandingan bagi 2 kerusi teratas????
    "Akibat sengketa sesamalah kita... cinta lenyap di arus zaman...."
    Ayuh melayu... bangkit... bangkit kerana kita dalam keadaan lemah dan "mereka" sedang memerhati dan menunggu masa yang sesuai untuk membaham kita.... melayu....ayoh..
    bersatu, rapatkan barisan, perkuat semangat agar melayukan gagah di nusantara.....
    Wallahuaklam......

    ReplyDelete
  40. semut

    debat mana yang hang tengok semalam. Kalau debat yang kat DBP semalam, seingat aku tak ade pun statistik yang dikemukakan oleh shabery cheek untuk menagkis statistik DSAI.

    yang banyak kita dengar shabery dok kata : duduk kat luar boleh la cakap.....percayalah apa yang dia kata tapi mane statistukya.

    yang aku ingat shabery cheek ade menyebut bahawa inflasi kat iran dan venezuela tinggi walaupun harga minyak rendah je.

    Mana boleh banding keadaan iran dengan malaysia. memanglah inflasi di iran tinggi kerana negara tersebut telah dikenakan pelbagai santion. nak import makanan pun susah.

    Kalau barang makanan nak import tak boleh maka bagaimana ianya untuk cukup menampong keperluan negara. Bila dah xcukup, harga tentulah tinggi. inflasi pun naik la. rasanya situasi venezuella pun camtu juga walaupun tak seterok iran.

    semut mungkin tergolong dalam kumpulan kecil yang tidak menghadapi masalah tekanan kenaikan harga minyak. Mungkin dia beli minyak dan barang keperluan harian dgn harga lebih murah dari sebelum kenaikan.

    ReplyDelete
  41. DS...nak mintak tong ni. Tolong bagitahu Paklah yang dah lelah tu supaya pecat segera bekas ahli S46 kerana didapati telah gagal mempertahankan hak rakyat kerana sibuk nak mempertahankan syarikat besar...dan tiada fakta yang bernas diberi....maklumbalas yang saya terima daripada warga angkasapuri sendiri rasa amat memalukan kerana mempunyai menteri yang punyai pemikiran yang sempit dan amat mengecewakan dalam memberi penerangan tentang tindakan yang telah diambil oleh kerajaan

    Demi sayangkan umnolah saya mencadangkan bekas ahli S46 ini dipecat daripada jawatan menteri penerangan. Org yg macamnilah yang telah merosakkan semangat dalam umno kerana mempunyai pemimpin yang lemah dan berlagak serta tidak pandai menghormati sidang debat....seperti memanggil saudara anwar.(tunjuk lah akhlak yang terpuji sikit kerana kamu tu nasih mentah dan bekasan s46)Kita di sebelah kerajaan sepatutnya menunjukkan sifat yang terpuji dan disenangi.

    Saya juga nak mencadangkan juga supaya DS menyahut mana2 cabaran debat kerana platform ini saja untuk mempertingkat kualiti dan kematangan DS mengemukakan idea yang bernas daripada melontar idea kolot DS seperti anugerah penyapu.

    Saya mohon supaya DS memberi komen terhadap ulasan saya.

    Hari ini masih lagi ahli umno..esok lusa tiada siapa yang tahu

    ReplyDelete
  42. bolger shahrulnizam....
    Saya amat tidak bersetuju dengan pelan peralihan kerana seolah - olah menunjuk kumpulan tertentu saja yang berhak untuk jawatan itu......ini ke yang demokrasi. Ingat saudara kita menuju semanagat malaysia baru dan sikap keterbukaan kepada semua ahli. Tiada guna saya dalam umno jika tidak diberi hak untuk memilih pemimpin yang dikehendaki.

    Saya juga bersetuju juga tentang jika berlaku perpecahan dalam umno semasa pemilihan pemimpin yang diingini. Ini silap pemimpin dan sistem itu sendiri kerana tidak berlandaskan Islam dimana pemimpin kita gagal memberi kita pendidikan tentang pahala dan dosa dalam melakukan sesuata perkara. Saya bersetuju juga kalau orang mengatakan dalam umno ni kita hanya sibuk mengumpul harta dunia.

    Wahai ahli umno dan termasuk diri saya juga untuk kita berhijrah ke destinasi yang lebih baik dan bertemadun. Kerana PRU12 telah menyedarkan kita untuk kita teruskan reformasi dalam umno dan bukan pak sunggup tak perlu kita memberi pendapat.

    Saya berharap DS memberi komen yang bernas dan sikap keterbukaan dalam mengembalikan kepercayaan rakyat kepada umno.

    Saya sayangkan lagi umno tapi selepas debat semalam sedikit menggugat kepercayaan saya kepada umno dan kerajaan serta DS.

    ReplyDelete
  43. penulisan...kupasan..olahan Dtk tak best Mcm Dtk Kadir jasin dan Dtk Ruhaine....

    Knpe skrang baru terhegeh2 nak jd blogger... Jadilah blogger yg pro jgn nak BODEK..AMPU..

    Kau kena kena tahu DOSA..kau terhadap rakyat Selangor..hanya kau yangtahu apa yang kau dah buat selama jd MB...

    Ingat hidup tak selalu berada di atas....

    Aku sokong Tan Sri Muhd Taib (Mike tysin)terajui Selangor dan jd MB selepas PRU13....

    Mike Tyson memang pemimpin Ultra Melayu di SELANGOR... Memang patut la dia jg pengerusi phubungan umno negeri... - ini balasan yg ko dapt

    MB tergadai pengerusi umno pun tergadai... Ko ingat ko saperrrrrrrrr!!!!

    X payah la tawar apa yg jawatan pd pemilihan Disember ini..

    ReplyDelete
  44. Dato nampaknya MT sendiri tak menghormati hak ahli-ahli atau akar umbi UMNO dengan mengeluarkan KENYATAAN bahawa MT meminta semua ahli meghormati keputusan MT. Apa hak MT untuk berbuat demikian?? Nampaknya betul seperti pendapat majoriti ahli UMNO yg saya jumpa bahawa pemimpin sekarang buat keputusan ikut sedap mak bapak mereka sahaja.. Siapa mereka MT untuk membuat keputusan begitu tanpa meminta pandangan dan persetujuan ahli-ahli di cawangan yang 90% belum pun bermesyuarat? Kedudukan mereka semasa pemilihan itu sendiri pun tidak terjamin menjadi MT untuk penggal seterusnya..

    Wahai dato,MT kena lah sedar bahawa tugas MT termasuk presiden dan timbalan dan naib presiden adalah untuk membuat dasar, dan tugas ahli adalah untuk memilih pemimpin mereka bukan untuk disuruh memilih pemimpin yg telah ditetapkan. Jadi biar lah ahli yang menentukan siapa yg mereka mahu sebagai PEMIMPIN nombor SATU dan DUA mereka.

    Sikap ini lah yg menyebabkan ramai org muda menjauhi UMNO pada masa sekarang.

    Untuk makluman Dato bahawa ada blog yg saya tak ingat blog mana yg menyatakan bahawa ada cawangan UMNO telah rela hati dilucutkan keahlian nya kerana akan membawa kes PERLEMBAGAAN UMNO ke MAHKAMAH kerana sayangkan UMNO dari terus di rosakkan MARUAH dan SEmANGATnya.

    Tradisi apa yang di ikut yg di war-war kan oleh MT?? Semua tradisi peralihan kuasa dari Almarhum Tunku adalah kerana TUNKU sendiri mengundur diri kerana tidak lagi mendapat kepercayaan ahli, Almarhum Tun Razak kepada Almarhum Tun Hussein kerana Tun Razak meninggal dunia walaupun jasanya masih diperlukan,Arwah Tun Hussein kepada Tun Mahathir kerana sakit tenat dan tak berdaya menjalankan tugas secara effektif, Tun Mahathir kerana dia dah berjaya memulihkan UMNO dan BN dan sebenarnya mempertahankan Timbalannya daripada dicabar oleh NAJIB dan Tan Sri Muyidin oleh itu dia bagi masa kat PAKLAH bersedia utk menghadapi PRU11.

    Sekarang situasi PaklLah termasuk dalam situasi TUNKU dan Tun MAHATHIR dimana ahli dan hilang kepercayaan kepada dia dan peralihan kuasa perlu disegerakan untuk memberi masa PENGANTinya untuk menyipkan diri dan UMNO untuk menhadapi PRU13.

    ReplyDelete
  45. DSK nak mintak tolong pada DSK supaya beritahu ahli MT dan menteri, dekatilah golongan oku ini. Jangan biarkan mereka ini semua. kalau begitulah, pembangkang akan mempergunakan mereka warga oku ini semua.

    ReplyDelete
  46. Salam...

    Pasal subsidi minyak maka rakyat dibawa bersama-sama bertelingkah serta berbalah akibat pemikiran ahli-ahli politik.Bagi kita debat itu tidak memberi apa-apa pun kesan kepada keadaan sekarang.

    Pengurangan subsidi minyak sepatutnya dimanafaatkan oleh kita .Kita hanya fikir periuk nasi sendiri saja tetapi tidak pernah memikirkan periuk nasi orang lain.Bagi petani atau nelayan tidak ramai yang memikirkan nasib mereka terutama yang makan gaji tiap-tiap bulan.

    Untuk pengetahuan Dato'seri dan blogger lain adakah ada sedar nasib petani terutama pesawah atau nelayan...Kalau pesawah yang sepenuh masa, untuk mendapat hasil memerlukan 4-6 bulan baru merasai hasilnya dan apakah yang mereka dapat setiap bulan sebelum mendapat hasil melainkan berjimat cermat untuk menyara keluarga di dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini.

    Begitu juga nelayan selain kos bahan api,mereka mempertaruhkan nyawa di lautan melawan arus ombak,ribut,berhujan panas serta lanun.

    Tetapi kita yang senang dengan keadaan dulu setiap pagi keluar berkereta cepat melatah apabila minyak naik .

    ReplyDelete
  47. Salam Dr Khir,

    Ini bukanlah isu terlebih sudu dari kuah, tapi ini isu yang melibatkan kepentingan negara.

    Ini bukannya nak suruh orang kahwin nak tanya tuan punya badan setuju ke tak setuju.

    Ini soal kepimpinan dalam sebuah parti yang mengamalkan demokrasi, yang perlu mengambil suara ramai.

    Ini bukan zaman memperbodohkan rakyat.

    Ingat rakyat Malaysia bodoh ke..... tengok isu terbaru.... Anwar patut jumpa Polis pukul 2.00 petang, tapi polis tangkap Anwar pukul 1 tgh..... Tapi Najib kata Polis ikut prosedur...... IKUT PROSEDUR KE ARAHAN........ itu membuktikan Polis ikut arahan dari pihak tertentu...... lagi lah rakyat Malaysia hilang kepercayaan kepada kerajaan BN.....

    ReplyDelete
  48. Salam...

    Anwar telah dibebaskan oleh Polis dengan jaminan.Maka bermulalah road show penerangan tentang apa yang berlaku semasa dalam tahanan .Beruntung jadi orang terkenal,jika rakyat biasa maka lari dari kampung atau setengahnya yang kafiq akan membunuh diri kerana malu.

    Tindakan ahli parlimen(naib presiden PKR) menyebut kebinatangan kepada PDRM amat menyedihkan kerana yang melakukan tugas penahanan Anwar hanya sebahagian tetapi seperti kata pepatah kerana setitik nila rosak sebelanga susu.Selepas ini diharap pihak polis jangan terima apa-apa laporan dari azmin ini walaupun melibatkan diri dia (seperti kecurian,rompakan,bunuh ke ,rogol walaupun melibatkan keluarga dan sanak saudaranya)...Tindakan dan kata-kata biadap yang dapat lihat diseluruh dunia sangat mengecewakan serta menjatuhkan maruah anggota-anggota PDRM.

    Jika begini keadaan maka orang akan berpandangan tidak elok kepada PDRM.

    ReplyDelete
  49. Terserah kepada bahagian sama ada mahu menerima pelan peralihan kuasa ini atau mencalonkan sesiapa sahaja untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden mahu pun mana-mana jawatan di dalam UMNO.

    Apakah salurannya jika bahagian mahu mencalonkan Presiden?

    ReplyDelete
  50. Apabila melayu sudah lemah sekarang, lihatlah betapa angkuhnya mereka yang kononnya berjuang untuk kesejahteraan rakyat malaysia.

    Yang kesiannya, ada melayu yang sanggup menjadi tali-barut mereka. Sanggup menggadai hak dan kepentingan bangsa dan maruah.

    Saya sebagai bukan melayu, berasa amat sedih dengan sikap melayu yang dari dulu sehingga kini, tak serik-serik dengan apa yang telah menimpa ke atas mereka.

    Mereka sanggup berkorban tapi tidak kena gaya. Lihatlah PAS, sanggup berkorban, sanggup tukar prinsip dari negara islam kepada negara berkebajikan. Tapi, apa mereka dapat?

    Insaflah wahai melayu, sedarlah wahai melayu. Ingat, apabila PR ambik alih, silap haribulan, kami yang untung, anda melayu habis. Fikir-fikirkan.

    ReplyDelete
  51. alahai lambat pick-up la blog u Dr Khir nh..update cepat la sket
    bnyk isu hot, dah basi baru nak update.jgn la bukak blog kalo lambat mcm nh.patot la bn kalah
    lembab mcm siput.

    ReplyDelete
  52. Kepada blogger semua....inilah pemimpin yang sekumpulan dengan ku iaitu umno. Sekarang tak boleh nak kesan kemana menghilang pergi sehingga komen dan seruan blogger tidak kesampaian nak di balas. DS memang pengecut kerana telah disumpah oleh MT UMNO supaya jgn lebih sudu pada kuah.

    Jgn jadi pejuang sekiranya takut menghadapi cabaran. Jgn bercakap seorang diri nanti disumpah sampai gila. Maaf DS saya berkasar kerana tak tahan dgn sikap DS yang lambat bagi respon kepada blogger.

    Cadangan saya supaya Blog DS ditutup kerana DS seorang yang penakut dan pengecut. Semangat UMNO tidak memerlukan pemimpin macam DS kerana seorang pengecut.

    Mengapa diriku ini masih setia dngn Umno...itulah yang sedang ku cari.

    ReplyDelete
  53. ass'kum,semua

    Dalam "jiwakIta"..cuba kita fikir sejenak...

    Didalam kekalutan politik negara kita ini.. bagi yg menangguk diair keruh
    amatlah terserlah sekali...
    Yg cuba berkuasa memainkan sentimen
    dan persepsi yg tak masuk akalpun segelintir warga
    kita terpengaruh.Mereka bersandiwara dan berdrama semakin rancak,penonton fanatik mulalah naik seronok.

    Kebencian yg sudah bersarang didalam hati..Otak yg adapun tak diguna untuk berfikir apa yg benar lagi sahih dan apa yg salah lagi palsu...kerajaan persalahkan
    walaupun kerajaan kita ini suara majoriti yang menentukan setiap PRU.

    Pemimpin yg sentiasa cuba mencari formula dan cara untuk meringankan beban yg ditanggung oleh rakyat sentiasa menerima cacian,kejian dan makian.Itu belum lagi fitnah dan sebagainya...

    Agensi-agensi kerajaan dan jabatan
    kerajaan di label dengan pelbagai
    tohmahan.

    Bagi mereka yg sentiasa menentang apa jua polisi kerajaan...
    ingatlah anda dalam golongan yg munafik dan menipu diri sendiri kerana:
    1)anda bukan rakyat miskin atau susah.
    2)anda bukan seorang pejuang tulin.
    3)anda belum lahir lagi sudah disubsidi oleh kerajaan.
    4)selagi anda hidup dibumi malaysia
    anda tak merempat.
    5)apa yg kerajaan beri ambik jangan tak ambik..terimakasih? tak payah
    6)pekerja swasta dgn ada jawatan dan gaji "cantik".
    7)penjawat awam dan kerja gomen ada gaji dan dpt kemudahan.
    8)rumah batu tak duduk dipondok,
    ada kenderaan tak menapak dan ada
    kerja tak menganggur.
    9) dapat rebet tunai kat pos ofis.
    10)ada otak,ada pelajaran dan berilmu.
    INI dia rakyat malaysia yg tulin:
    petani,nelayan,peneroka,penternak
    dan yg tahu bersyukur atas segala
    rezeki yg allah kurniakan.

    pikir-pikirlah......

    ReplyDelete
  54. ORANG POLITIK SAHAJA TAHU DAN FAHAM APA YANG SEBENARNYA DENGAN DSAI
    CUBA LAKUKAN.....
    KITA RAKYAT BIASA YG MENDENGAR HANYA TAHU DALAM KESAMARAN.
    PEMIMPIN YG BERANI BERSUARA TIDAK MEMENTINGKAN DIRI.
    PEMIMPIN YG SENYAP DAN BISU,CUBA MENCARI JALAN SELAMAT.
    PENYOKONGNYA YANG FANATIK DAH BUTA DAN TULI.
    RAKYAT YG DIAM TAPI BERISI BERKECUALI.

    ReplyDelete
  55. dr khir tak tau nk cakap pa kot pasai debat anwar sabery nih..patot dr khir la p debat.ok sket kot

    ReplyDelete
  56. Salam Datuk,

    Kenapa Badan-Badan Perhubungan UMNO Negeridilaporkan bersetuju dengan pera;ihan kuasa sekaligus mencalonkan DSAAB dan DSNTR sebagai Presiden dan Timbalan Presiden? Apa ahli-ahli UMNO ini tidak bijak menilai ke kewibawaan calon? Bukankah pencalonan datang dari Bahagian?

    Saya sebagai ahli UMNO Bahagian Pandan akan tetap membawa usul agar Dato Najib dicalonkan No. 1 dan Tan Sri Muhyiddin No. 2. Kita sudah muak dengan pimpinan lemah dan isu debat hari itu sungguh memalukan UMNO yang diwakili pendebat murahan dari bekas parti Semangat 46 yang terdiri orang2 yang kecewa denagn UMNO.

    ReplyDelete
  57. SALAM DATUK..
    DENAT-DEBAT...KALAU SEBUT PASAL DEBAT TERNYATA DSAI LEBIH MEYAKINKAN DARIPADA DSC...INI MENUNJUKKAN KEPIMPINAN KERAJAAN SEKARANG BEGITU LEMAH...
    SAYA TAKA NAK ULAS PASAL DEBAT SAYA NAK ULAS KRITIKAN TUN...

    SAYA RASA TUN MEMANG SENGAJA INGIN MENJATUHKAN BN DAN UMNO SENDIRI KERANA TUN MERASAKAN UMNO BUKAN LAGI SEBUAH PARTI UNTUK RAKYAT TETAPI SEBUAH PARTI UNTUK KEPENTINGAN POLITIK PIHAK TERTENTU...SETELAH SAYA MENGAMATI FORUM TUN DAN KRITIKAN TERBUKA TUN MELALUI MEDIA ARUS PERDANA DAN ELEKTRONIK. SAYA MENDAPATI TUN SEBENARNYA INGIN MENJATUHKAN BN(UMNO) SENDIRI PADA PANDANGAN RAKYAT.

    JADI MUNGKIN INILAH MISI TUN YANG SEBENARNYA KERANA SELAMA INI MUNGKIN TUN BANYAK BUAT SILAP PADA RAKYAT DAN TUN MEMBALASNYA DENGAN MENJATUHKAN PARTI SENDIRI YANG DIRASAKAN TIDAK LAGI DAPAT BERKHIDMAT PADA RAKYAT. MISI TUN UNTUK MENJATUHKAN BN DAN UMNO DISOKONG PULA OLEH PENYOKONG DAN RAKAN-RAKAN TUN YANG SECARA TIDAK SEDAR TERJEBAK JUGA UNTUK MENJATUHKAN BN(UMNO) ITU SENDIRI...SUNGGUH HEBAT TUN BERPOLITIK BARU SEKARANG SAYA MENGETAHUI NIAT SEBENAR TUN.

    KENAPA SAYA BERKATA BEGITU SEMAKIN TUN MENGUTUK KERAJAAN DAN MENGUTUK PEMBANGKANG TERUTAMA ANWAR SEMAKIN MELUAT RAKYAT KEPADA BN(UMNO)...PERCAYALAH...KITA TENGOK NANTI....

    ReplyDelete
  58. Dato Seri'

    Apa yg dapat dibuat oleh Paklah dalam masa 2 tahun akan datang ini? Adakah sepenggal yg lalu tidak cukup utk memporak perandakan UMNO & BN?

    Kuasa adalah amanah allah yg dipinjam sementara kepada hamba2nya. dalam konteks kuasa & jawatan dlm umno kuasa itu pilihan ahli2.. pelan peralihaan kuasa seperti menidakkan fungsi cawangan & bahagian. kepada perlu 2 tahun.. 2 tahun selebihnya utk Najib utk prepare for PRU13..

    Saya sebagai salah seorg ahli2 cawangan & rakan2 menggesa jika Najib tidak menerima pencalonan maka beliau akan hilang undi & kepercayaan kami sebagai kuasa UMNO.. kami akan mencadangkan sesiapa sahaja utk calon presiden & calon timbalan presiden..

    Mungkin Ku Li & Muhyidin..

    Najib perlu menerima pencalonan sbg presiden. jika beliau tidak mahu bertanding maka kami simpulankan beliau harus turun bersama2 paklah dlm UMNO general election ni.

    ReplyDelete
  59. DS,
    Saya kurang yakin DS dapat melepasi tembok yg sedang dibena ole TS M.Taib.Mungkin di bahagian agak mudah utk DS kerana tiada sesiapa yg berani tampil utk lawan BEKAS BOSS.

    Di peringkat nasional adalah cabaran sebenar DS.

    Prove me that i`m wrong..then u can climb up for higher post..

    Come on DS,i still believe u are a good leader..but u must be brave enough.Lihat sahaja pada pemimpin yg telah berjaya menjadi PM,mereka semua pernah melalui berbagai cabaran dlm UMNO.Show us your quqlity.

    ReplyDelete
  60. DS,WMU350 dan semua bloggers,

    Salam hormat,
    pada 2july,TS Zeti telah mengumumkan kadar inflasi mungkin telah mencapai 6-7%(kadar kenaikan bulanan plg tinggi dlm sejarah).Beliau mengenal pasti kenaikan harga minyak,pemotongan subsidi dan faktor luar negara sebagai punca lonjakan inflasi dan prospek pertumbuhan ekonomi yg lebih lembab.

    Serentak dgn itu Zeti jg turut meramalkan kemungkinan pertumbuhan ekonomi negara jatuh dibawah paras 5%.Keadaan yg paling ditakuti yg dipanggil STAGFLATION,dimana ekonomi menguncup tetapi inflasi melambung.

    Tak kira apa jua krisis,konspirasi dan skandal yg melanda politik,kepimpinan dan pentadbirannya skrg,MERUDUMNYA ekonomi negara adalah satu mala petaka kpd rakyat jelata.Sekiranya masalah inflasi yg berterusan dan ekonomi yg meruncing gagal dibendung maka ia akan membawa kita kembali kezaman KEMUNDURAN.

    Kepimpinan MELAYU kini hambar atau ada sesetengahnya menggunakan perkataan `HAMPEH`,bukan sekadar dipersendakan malah dijadikan alasan oleh pelabur utk membawa keluar pelaburan mereka.

    Pada 17 July,pemimpin akar umbi dan ahli Umno telah mulai bersidang.Mereka ini haruslah berani dan perlu mencari formula utk memertabatkan kembali umat Melayu.Caranya ialah,dgn pengukuhan ekonomi utk org melayu dan memilih barisan pemimpin baru yg lebih BERWIBAWA.JIKA TIDAK,bukan saja UMNO yg akan menuju kehancuran,malah org Melayu keseluruhannya akan menderita.

    Ramai org melayu kini tidak lagi yakin dgn UMNO,oleh itu UMNO haruslah bijak utk bertindak kerana negara amat terdesak dan memerlukan kepimpinan baru yg cekap dan berwibawa bagi menangani suasana ekonomi skrg.

    DATUK SERI,
    KEDUDUKAN ORG MELAYULAH YANG PALING TERANCAM DALAM SUASANA POLITIK DAN EKONOMI YANG KUCAR-KACIR SEKARANG KERANA KUASA EKONOMI KITA(ORG MELAYU)YANG PALING LEMAH BERBANDING BANGSA LAIN.

    TERIMA KASIH,
    ASSALAMUALAIKUM.WBT.
    AWI..PARIT 8.

    ReplyDelete
  61. Setuju dgn Mohd Faiz. Kalu blog lambat update dah jadi mcm baca paper pastu hantar komen pakai pos, dan U reply via Pos...

    ReplyDelete
  62. Khir Toyo buat blog atas dasar terdesak untuk menunjukkan masih relevan dan 'test power' nak tengok masih orang suka atau tidak kepada dia. Hangat hangat tahi ayam di peringkat awal untuk menggunkan blog sebagai saluran menghentam PKR Selangor.

    Khir Toyo sudah terbiasa dengan kemanjaan sebagai MB yang ada budah suruhan dari bawah hingga ke atas, semasa jadi MB, Khir toyo hanya 'cebok' sendiri, yang lain lain ada orang tolong buatkan, sebab tu slow and lembab nak update blog sendiri, sama lembek macam Dolah.

    Tetapi percayalah, kalau bab 'corner', bab menjawab, bab beralasan, Khir Toyo sama handal macam Dolah.

    ReplyDelete
  63. ass'kum,semua...

    Kalau benar kerajaan ini ada konspirasi terhadap DSAI,apakah keuntungan yg kerajaan dapat?Adakah pengundi pada PRU12 lalu yg menentukan kemenangan BN ini
    bacul atau telah dirasuah?Adalah malang sekali setelah 50 tahun BN
    memerintah,begitu takut kepada DSAI ini....jawapan kepada persoalan ini
    adalah tidak masuk akal langsung!!!
    Hak majoriti rakyat adalah pertimbangan rasional dan bertanggungjawap.

    Persoalan yg nyata dan terang harus
    dijawap oleh pendokong kuat DSAI supaya segelintir rakyat yg keliru dan buta hati dapat kembali menilai...Apakah keuntungan yg pendokong & DSAI dapat dari dakwaan
    kerajaan ini?Provokasi apakah yg di mainkan sehingga Kehakiman, polis dan HKL tidak diyakini?Adakah benar
    konspirasi ini sengaja diujudkan oleh DSAi untuk merosakkan minda rakyat dan kerajaan?Amat sedikit sekali kemaluan dan kerugian yg ditanggung olehnya....Impian yg ingin digapai,matlamat menghalalkan cara adalah caranya...keraguan munasabah

    w'alam...

    ReplyDelete
  64. Mahap la Dato,

    UMNO dah diresapi oleh pengaruh kongsi gelap Melayu. Ketua tidak boleh ditentang, tidak boleh dibantah.Kena ada sumpah taat setia.Umno dah rosak sebenarnya.Budaya cium tangan bukan budaya Melayu.Orang Melayu hanya cium tangan ayah, ibu, datuk, nenek dan saudara tua yang rapat dan ada pertalian darah.Bukan sedara mara disebabkan sumpah.Sumpah yang menghubungkan semua orang Islam adalah kalimah syahadah, tiada sumpah lain.

    ReplyDelete
  65. ass'kum,DS..

    Apabila PKR menang di Selangor,
    ramailah orang_orang tertentu
    bergerak pantas mendapatkan ahli
    baru dan berbondong-bondonglah pelbagai
    bangsa mengisi borang keahlian PKR..

    Lain pulak halnya UMNO/BN Selangor
    jawatankuasanya, tidak nampak gerak kerja yg dilakukan untuk menambah keahlian..nampak kecut agaknya atau lebih baik mendiamkan diri saje...

    Tetapi ada hikmahnya...kedengaran suara akar umbi dari ahli PKR
    ketidakpuasan hati terhadap tindaktanduk pemimpin PKR dan halatuju parti.....

    Perlu diketahui....relevannya,
    rakyat adalah silent majoriti
    terhadap UMNO/BN....yang masih
    terbaik untuk menjadi wadah perjuangan...

    ReplyDelete
  66. (Datuk Seri, saya mohon maaf kerana menghantar komen yang saya buat untuk The Scribe A Kadir Jasin. Saya berharap ada kaitan dan masih releven dengan isu, harap maaf)

    Assalamu'alaikum Datuk,

    Saya minta laluan untuk berkongsi pandangan atas maudhuk dan isu yang sangat menarik perhatian saya.

    Isu Ekonomi: Siapa Hendak Kita Percaya?

    Pada fahaman saya, kesimpulan daripada isu yg Datuk ketengahkan adalah persoalan 'kepercayaan' terhadap 'kepemimpinan'.

    Suka saya menarik perhatian Datuk tentang ketokohan seorang pemimpin Melayu yang telah 'dibunuh' dan cuba 'dikuburkan' ketokohan beliau.

    Sedang semua usaha 'memusnahkan' kredibilitinya berakhir dengan jalan buntu.

    Abuya Ashaari Muhammad adalah nama yang tidak asing lagi. Pemimpin yang di'kontraversi'kan oleh pihak Pusat Islam dan Jakim selama ini.

    Abuya telah dicuba melalui pelbagai bentuk sekatan, halangan, cubaan dan akhirnya 'pembunuhan' karakternya oleh sekuat-kuat tenaga pemerintah sebelum ini.

    Namun sehingga kini, mampukah kita menafikan ketokohan beliau?

    Sebelum saya perpanjangkan hujah dan keterangan, saya penuh yakin bahawa Datuk tentu mengenali tokoh ini dari berbagai sudut. Saya yakin juga bahawa Datuk tentu tidak dapat menolak ketokohan dan kepemimpinan beliau. Inilah kepercayaan saya dalam hal ini.

    Abuya mempunyai sebuah wadah perjuangan yang terbukti sangat berkesan dan berjaya merealisasikan gagasan dan kepimpinannya.

    Abuya telah berjuang mendominasi bangsa Melayu dalam berbagai sudut seperti ekonomi, pertanian, pembangunan, kebudayaan, pendidikan, penerbitan, kesihatan, masyarakat, perhubungan antarabangsa dan lain-lain.

    Abuya berjuang dengan prinsip, konsep, kaedah, teknik dan taktiknya yang sangat tersendiri.

    Beliau tidak bersandar pada sistem yang diasaskan oleh Barat atau menceduk dari mana-mana sumber selain dari Islam.

    Kaedah dan pendekatan perjuangannya sangat segar, praktikal dan mendahului zaman.

    Sebagai hujah, mana ada gerakan Islam yang menggunakan bas double decker sebagai pusat tarbiah dan dewan meeting. Persembahan nasyid dan kebudayaan Islam telah dipeloporinya lebih dari 30 tahun dahulu diwaktu tiada gerakan Islam terfikir melakukannya.

    Dalam sudut ekonomi, bukankah Abuya berjaya membuktikan melalui jiwa yang dididik takut dan cintakan Tuhan berjaya menggegarkan kuasa monopoli bangsa asing. Prinsip pernigaan bermodalkan Tuhan telah terbukti dijayakan tanpa sebarang sokongan atau dokongan sistem kewangan konvensional.


    (Maaf Datuk..

    sebagai tambahan yang perlu dinyatakan tentang Abuya adalah;

    Terlalu ramai tokoh dan badan NGO berbangsa Cina menyokong ketokohan dan kepemimpinan Abuya secara terbuka dan senyap2.

    Pada tahun 90an, hampir kesemua akhbar berbahasa Mandarin menyiarkan berita dan komentar yang sangat positif terhadap Abuya.

    Harap sambungan ini disertakan pada komen saya yang awal, terima kasih Datuk.)

    Terlalu banyak hujah untuk semua pihak mengakui ketokohan dan keberkesanan kepimpinan Abuya.

    Persoalannya sekarang ialah, siapakah Abuya sebenarnya?

    Benarkah beiau tokoh yang paling digeruni sehingga merupakan Melayu paling lama di'ISA'kan, yakni selama 10 tahun?

    Tahukah Datuk beberapa pihak tertinggi yang berperanan menentukan kepemimpinan Malaysia sedang 'menjaga' dan 'menaikkan' beliau melalui sistem 'tersendiri' tetapi sah?

    Sedarkah Datuk bahawa Abuya telah dan sedang mendapat perhatian dan sokongan pemimpin gerakan Islam seluruh dunia terutamanya Asia?

    Saya bersaksi bahawa senario yang terjadi kini, keruntuhan politik, ekonomi dan budaya merupakan perkara yang telah Abuya sebutkan sejak 20 tahun dahulu.

    Keadaan ini adalah membenarkan isyarat kebenaran dari Tuhan akan menang.

    Oleh kerana kebenaran kepunyaan Tuhan, maka Tuhan ada caranya tersendiri untuk membela dan memenangkan HAKNYA.

    Sementara kebatilan adalah musuh Tuhan, maka Tuhanlah yang berhak mengagal dan mengalahkannya.

    Kita sebagai hambaNya hanya perlu menurut dan menerima kehendakNya.

    Saya berharap Datuk terbuka dalam soal ini dan saya sangat ingin berjumpa Datuk jika sudi untuk berbincang mengenainya.

    Ampun maaf dan terima kasih.

    nawawidahalan.blogspot.com

    ReplyDelete
  67. Undi Tidak Percaya Tidak Penting
    Walaupun PM Malaysia tidak pernah menghadapi undi tidak percaya secara rasmi di parlimen atau dalam mesyuarat MT parti, adalah amat jelas bahawa beliau sebenarnya sentiasa mendapat tentangan dari dalam dan luar parti serta dari dalam dan luar kerajaan secara berterusan. Tentangan datang dalam berbagai wajah dan bentuk secara bertimpa-timpa. Desakan supaya beliau meletakkan jawatan daripada pelbagai pihak adalah merupakan salah satu bentuk undi tidak percaya. Pilihanraya 8 Mac, 2008 menjadi tarikh keramat di mana setiap ahli UMNO menjadi pandai bersuara dan merasakan wajar menyatakan perasaan dan pendapat masing-masing tanpa berselindung mengenai presiden parti mereka yang juga PM Malaysia.

    Sebahagian daripada mereka yang lebih bertimbang rasa melabelkan ini sebagai keterbukaan PM, kerana bersedia mendengar dan dikritik. Mereka juga memuji-muji PM di atas kesediaan sebegini. Malangnya majoriti rakyat Malaysia tidak melihatnya begitu. Mereka melihatnya sebagai kebangkitan yang mahukan presiden parti, merangkap PM itu, supaya berundur. Malangnya, mesej ini seolah-olah “fell on deaf ears” sepatah kata orang putih.

    Bukan itu sahaja, bekas PM yang menjadi PM selama 22 tahun sebelim ini, telah bertindak keluar parti dan rajin menulis serta berucap atau berceramah secara terbuka menghentam PM penggantinya itu agar meletakkan jawatan. MP Jerlun yang juga anak kepada bekas PM membuat gesaan yang serupa. MP Gua Musang membawa pendekatan yang lebih demokratik dengan menyatakan hasrat untuk mencabar PM dalam mesyuarat agung selain menyatakan bahawa plan peralihan kuasa PM kepada TPM yang telah diumumkan itu sebagai bercanggah dengan perlembagaan parti. Justeru beliau menganggapkan peralihan kuasa itu sejajar dengan amalan raja yang menurunkan takhta kepada anakanda baginda. Namun begitu PM masih berdegil dan tidak mahu berundur sebelum Jun, 2010; tarikh peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dengan TPM

    Soalnya sekarang, bagaimana jika TPM dicalonkan untuk jawatan presiden parti dalam pemilihan Disember ini?. PM akan malu besar kerana ditewaskan oleh timbalannya sendiri. Ini tidak mustahil berlaku kerana rata-rata ahli UMNO mahukan ini berlaku. Mereka yang kuat menyokong PM secara terbuka sekarang hanyalah menteri-menteri kabinet beliau sahaja.

    Selain itu PM perlu ingat bahawa jawatan PM adalah menjadi hak mutlak Yang Dipertuan Agung melantiknya. Peristiwa pelantikan MB Terengganu dan Perlis sepatutnya menjadi iktibar.

    Harapan BN dalam pilihanraya 13 umpama telur di hujung tanduk. Ini kerana UMNO menghadapi kepupusan sokongan kaum Cina dan India yang sedang menghadapi kekalutan dalaman dalam MCA dan MIC. Selain itu kegagalan dan kepayahan memenuhi tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak akan menyebabkan sokongan rakyat Sabah dan Sarawak berpindah kepada pembangkang. Kerakusan tindakan menghalau rakyat Filipina akan menyebabkan rakyat Sabah sendiri yang tidak berkad pengenalan berkemungkinan menjadi mangsa. Ini akan menaikkan kemarahan saudara mara yang kehilangan waris yang dihalau kerana kesilapan tidak mempunyai kad pengenalan. Undi untuk BN akan berkurangan di Sabah atas sebab-sebab sebegini.

    Siapapun menjadi PM sebelum pilihanraya 13, pembangkang akan tetap mengambilalih pemerintahan Malaysia. Sekiranya DSAI ditakdirkan terkurung semula di penjara, pembangkang tidak menghadapi masalah bersetuju dengan pelantikan isteri DSAI, Dato Seri Wan Azizah, kerana beliau telah muncul sebagai seorang yang kental dan berjiwa juang yang dikagumi sekarang ini.

    BN akan menerima nasib malang dalam pilihanraya 13 kerana tabiat sombong dan cakap besar menteri-menterinya menjadikan rakyat semakin mual setiap hari. Mereka bukan sahaja gagal mengatasi beban kenaikan harga barang , malah manambahnya dengan pelbagai masalah baru. Bila rakyat beralih daripada penggunaan kereta kepada penggunaan motosikal, mereka menjadi seronok dan bangga, sedangkan menderita dan rintihan rakyat miskin itu gagal diselami.

    Sebahagian besar rakyat bukan ahli mana-mana parti politik. Mereka hanya menunggu pilihanraya 13 untuk menunjukkan kuasa. AWAS!

    ReplyDelete
  68. Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional kedua-duanya dipimpin Melayu. Tiada perubahan cuma pengaruh kepimpinan sahaja yang berubah.

    Mungkin juga akan diperkenalkan apa yang dikatakan Agenda Ekonomi Baru yang berkemungkinan akan mengantikan Dasar Ekonomi Baru sekiranya Pakatan Rakyat berjaya PRU13.

    Mungkin juga Najib kekal PM ke-6 tetapi hanya untuk 1 atau 2 penggal. Mungkin juga pertarungan antara Nurul Izzah Anwar dan Khairy Jamaluddin bakal menyaksikan PM termuda bakal terhasil.

    Semuanya perihal mungkin hanya kita merancang tetapi Tuhan Maha Menentukan.

    Malaysia adalah Multiracial.

    Pakatan Rakyat [PKR,DAP,PAS]
    Barisan Nasional [UMNO,MCA,MIC]

    ^_~! parti apa BEST? Bagaimana dengan hak Sabah/Sarawak kelak?

    ReplyDelete
  69. Salam Dato Seri,

    Diharap Dato akan dapat menghantar wakil ke mesyuarat UMNO cawangan Taman Cahaya, Ampang, Selangor yang akan membawa usul agar Dato Najib dicalonkan sebagai Presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden.

    Kami mahu disegerakan peralihan kuasa agar perasaan marah meluap-luap terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah dapat diredakan. Jom Sokong!!! Jangan Sokong Membawa Rebah, Menang Sorak Kampung Tergadai.

    Ahli UMNO Taman Cahaya

    ReplyDelete
  70. kemungkinan....

    Setelah 20 tahun menerajui UMNO/BN..
    TUN telah melihat pemimpin dan ahli UMNO sebenarnya tidak menjiwai perjuangan dan hilang kefanatikkan terhadap
    parti sangatlah mengecewakannya....
    oleh itu parti keramat ini telah hilang bisanya....

    Disebalik kritikan terhadap pemimpin pelapis serta ahlinya
    dan serta keluar parti,parti yg menjadi wadah perjuangan selama ini...
    tindakkannya kemungkinan untuk menyedarkan pemimpin dan ahli lebih
    menyayangi serta kembali kelandasan yg betul.....atau inilah sahaja cara untuk menebus segala kesalahan
    dosa sepanjang 20 tahun memerintah
    apabila melihat betapa merosotnya sokongan terhadap UMNO dalam PRU12 lalu dan mengambil hati musuh politiknya...maka PM sekarang dijadikan kambing hitam....

    Pasti....

    TUN mengetahui DSAI
    boleh mengugat dan menyokot kembali
    dalam arena politik masa kini dan
    membuat konspirasi yg direka sendiri tetapi menuduh pemimpin UMNO kononnya mereka berkonspirasi
    untuk menghalangnya bertanding KP
    seterusnya menubuhkan kerajaan ikut pintu belakang....

    (KES PERTAMA GELOMBANG PERTAMA KUASAI NEGERI,KES KEDUA GELOMBANG KEDUA KUASAI NEGARA)
    Apa ke halnya...

    DSAI mengingatkan orang lain jangan
    berbicara sembrono tentang kesnya kerana nanti menganggu proses dimahkamah...tapi diri boleh pula
    sehingga 18 ogos ini menjaja pelbagai bentuk kata-kata didalam
    roadtour ceramah politik diseluruh negara...itulah kebebasan yg dimiliki dan diberikan kepadanya...
    ..menafikan kebebasan orang lain...
    bijak-bijak

    W'ALAM...

    ReplyDelete
  71. SAYA MERAYU KEPADA DATO SRI SUPAYA MENYOKONG DATO MUKHRIZ SEBAGAI KP MALAYSIA.

    DATO SRI HARUS MENGIKUT PILIHAN DAN SUARA RAKYAT YANG MAHUKAN ORANG YANG HEBAT UNTUK MEMIMPIN UMNO !

    KJ DAN DATO SRI HARUS BERPIJAK DI BUMI NYATA!

    ReplyDelete
  72. Kenapa perlu UMNO nak buat pertemuan dengan PAS. Sedangkan sebelum ini mereka langsung tak tengokpun PAS ini. Malah mereka menyebarkan dakyah bahawa kepimpinan PAS sangat lemah di Kelantan. mereka sebarkan kelemahan pemerintahan PAS di kelantan melalui media. Mereka kata PAS tak boleh memerintah Malaysia. Tetapi sejak Tsunami PRU12 mereka mula nak mendampingi PAS. Bila susah jumpa PAS, bila senang minta bantuan PAS...Apa ke jadahnya nie...? Saya rasa baik UMNO masuk PAS, lagi bagus...barulah orang melayu bersatu..

    ReplyDelete
  73. DS yang telah menghilang ketika rakyat disajikan dgn debat dan kes liwad. Isu yang sebegini para blogger nak menguji tahap pemikiran DS untuk memberi komen tentang perkara tersebut yang telah dibekalkan dengan protein yg berlebihan kerana merupakan penggemar pemakanan tempe jawa.

    Saya rasa lagi meriah blog kuda kepang jika dibandingkan dalam Blog DS Khir anak lelaki Toyo yang merupakan seorang pemimpin tiada pendirian dan tiada semangat juang yang kental.Sorry DS...kerana saya masih lagi ahli umno yang biasa saja.

    Kenapa Pak Lah telah menunjukkan akal yang terlalu pendek dan bodoh mengatakan DNA dulu sudah lama. Ramai kawan-kawan saya terutama dari kalangan Doktor tergelak besar...macam ni perdana menteri malaysia. Dia merasakan Pak Lah sepatutnya berhenti dari PM semalam daripada mengganggu proses siasatan . Pembuktian melalui kaedah DNA sebenarnya telah ada pembuktian perlakuan meliwad diantara yang peliwad dan yg kena liwad terlebih dahulu.Sekiranya tiada perlakuan meliwad kita tidak boleh menggunakan kaedah "Back Door" iaitu dimulakan dengan Kaedah DNA.Saya amat bersetuju dgn rakan saya Tuan Salehuddin Saidin iaitu bekas PP bagi kes Rahim Nor dan Kes Kenny Ong. Adakah DS tak kenal Tuan Salehuddin ini dan saya kira DS rapat juga dgn Tuan Salehuddin iaitu semasa percalonan wakil rakyat semasa PRU12. Cuba rakyat dan semua blogger menghayati kembali kes Kenny Ong dan bilakah pembuktian DNA telah diambil. Untuk perhatian semua Tuan Salehuddin telah pun memberi komen dalam RTM 1 dan TV3 tentang keperluan ujian DNA..Dan renungilah semua betapa undang-undang Islam iaitu Hudud begitu adil dan saksama kepada penganutnya. Sesuatu kesalahan perlulah dibukti keatas perlanggaran seksyen itu terlebih dahulu dan barulah di sokongi dengan kaedah pembuktian ujian DNA.

    Saya berpendapat sekiranya pembuktian melalui DNA dilakukan terlebih dahulu atau kaedah "Back Door" ini dilakukan.....keadilan keatas kes tersebut tidak tercapai kerana sesuatu kes tersebut perlu ada 'pemberat' yang maksimum iaitu kelakuan dan saksi dan barulah disokong dengan kaedah pengujian DNA.

    Mengikut pengalaman saya juga dalam kes pendawaan sebelum ini...tidak pernah lagi salinan report polis tidak diberikan kepada pihak yang satu lagi.....saya dan rakan seperjuangan tergelak besar apabila arahan ini telah dikeluarkan oleh pegawai polis yang berpangkat kanan. Ds dan blogger yang lain nilailah sendiri...

    Semalam D.Shahrir telah mengatakan DSAI tidak menunjukkan kaedah yang lebih terperinci untuk menurunkan harga minyak. Betul semua orang dan termasuk saya sendiri sependapat sedemikian. Fikirkanlah debat hanya 52 minit...adakah ini dapat selesai masalah minyak. Tapi DSAI telah menggunakan sepenuhnya ruang yang ada untuk menerangkan untuk menerangkan sebaik mungkin kaedah menurunkan harga minyak. Disini saya mencadangkan supaya DSAI berdebat pula Dgn D...Shahrir atau DS sendiri pula berkenaan tentang kaedah yang lebih terperinci bagaimana kerajaaan PR boleh menurunkan harga minyak. Kerana saya berpendapat D...Shahrir begitu bodoh dan bengap sangat untuk menurunkan harga minyak dan dia sekarang digelar sebagai pakar menaikkan harga minyak. Ingat D....Shahrir ....org dikampung dan pendalaman sangat tertekan sekarang. Saya berpendapat Ds pun sama juda dgn D.. Shahrir. Sepatutnya D...Shahrir didalam Kabinet membincangkan masalah rakyat bukan bincang bagaimana nak beri inasiatif kepada syarikat besar. Rakyat pilih kamu untuk selesai masalah rakyat...cuba ingat tu.

    Saya harap rakyat bijak menilai perkara yang telah berlaku seperti Debat dan perbuatan meliwad. Saya hanya memberi pandangan sebagai salah seorang Pegawai pendakwa yang pernah menjalankan prosedur kes rogol.

    Rakyat telah disajikan sesuatu perkara yang telah mengubah persepsi rakyat kepada kerajaan.Cuba fikirkanlah rakyat disebelah mana sekarang..

    Ayuh DS beri komen dan ulasan kepada pendapat saya ini. Dan juga selamatkan UMNO daripada ditelan bumi......

    ReplyDelete
  74. lupakan umno... politik assabiyah dan kabilah...
    kembali perkasakan ummah...
    tegakkan hukum allah...
    tiada jalan terbaik melainkan jalan yang ditetapkan olehnya

    cukup lah rakyat malaysia menjadi mangsa politik bn dan umno

    ReplyDelete
  75. lupakan umno... politik assabiyah dan kabilah...
    kembali perkasakan ummah...
    tegakkan hukum allah...
    tiada jalan terbaik melainkan jalan yang ditetapkan olehnya

    cukup lah rakyat malaysia menjadi mangsa politik bn dan umno

    ReplyDelete
  76. Biar saya ambil ulasan berikut dari beberapa blog sebagai renungan....

    umno 4 ever said...
    D...Ron

    Saya rasa lagi meriah jika dibandingkan dalam Blog DS Khir anak lelaki Toyo.

    Kenapa Pak Lah telah menunjukkan akal yang terlalu pendek dan bodoh mengatakan DNA dulu sudah lama. Ramai kawan-kawan saya terutama dari kalangan Doktor tergelak besar...macam ni perdana menteri malaysia. Dia merasakan Pak Lah sepatutnya berhenti dari PM semalam. Pembuktian melalui kaedah DNA sebenarnya telah ada pembuktian perlakuan meliwad diantara yang peliwad dan yg kena liwad.Sekiranya tiada perlakuan meliwad kita tidak boleh menggunakan kaedah "Back Door" iaitu dimulakan dengan Kaedah DNA.Saya amat bersetuju dgn rakan saya Tuan Salehuddin Saidin bekas PP bagi kes Rahim Nor dan Kes Kenny Ong. Cuba rakyat dan semua blogger menghayati kembali kes Kenny Ong dan bilakah pembuktian DNA telah diambil.

    Saya berpendapat sekiranya pembuktian melalui DNA dilakukan terlebih dahulu atau kaedah "Back Door" ini dilakukan.....keadilan keatas kes tersebut tidak tercapai kerana sesuatu kes tersebut perlu ada 'pemberat' yang maksimum iaitu kelakuan dan saksi dan baarulah disokong dengan kaedah pengujian DNA.

    Semalam D.Shahrir telah mengatakan DSAI tidak menunjukkan kaedah yang lebih terperinci untuk menurunkan harga minyak. Betul semua orang dan termasuk saya sendiri sependapat sedemikian. Fikirkanlah debat hanya 52 minit...adakah ini dapat selesai masalah minyak. Tapi DSAI telah menggunakan sepenuhnya ruang yang ada untuk menerangkan untuk menerangkan sebaik mungkin kaedah menurunkan harga minyak. Disini saya mencadangkan supaya DSAI berdebat pula Dgn D...Shahrir pula berkenaan tentang kaedah yang lebih terperinci bagaimana kerajaaan PR boleh menurunkan harga minyak. Kerana saya berpendapat D...Shahrir begitu bodoh dan bengap sangat untuk menurunkan harga minyak dan dia sekarang digelar sebagai pakar menaikkan harga minyak. Ingat D....Shahrir ....org dikampung dan pendalaman sangat tertekan sekarang.

    Saya harap rakyat bijak menilai perkara yang telah berlaku seperti Debat dan perbuatan meliwad. Saya hanya memberi pandangan sebagai salah seorang Pegawai pendakwa yang pernah menjalankan prosedur kes rogol.

    11:50 AM

    ReplyDelete
  77. Pergilah keseluruh pelusuk Negara dan YB akan dengar pendapat yang sama – Paklah dan SIL patut lesap dari muka politik Malaysia. Pendapat ini berkekalan walaupun GE 12 sudah tamat 4 bulan bermakna sekiranya akar umbi UMNO tidak mengambil tindakan yang sepatutnya iaitu tidak melantik PM dan SIL di PAU nanti, maka UMNO telah membelakangkan kehendak bukan sahaja bangsa Melayu tetapi bangsa lain kecuali mereka yang mempunyai kepentingan sendiri seperti mendapat kontrak. Amat rugi kepada UMNO dan Negara

    1. Tanyalah mengapa DSAI dapat memutar belit dan mempermainkan isu liwatnya dan ramai bolih mempercayai hujah-hujah beliau? Antara lain
    • Rakyat curiga dengan berita yang disiarkan oleh media kepunyaan kerajaan yang selalunya tidak menggambarkan perkara sebenar yang berlaku “on the ground”. Umpamanya soal ‘kepintaran’ PM menaikkan harga minyak dengan mendadak, rakyat pelbagai lapisan semakin menderita, apa lagi polisi ekonomi PM flip flop yang diperhatikan kurang berupaya menentangi realiti ekonomi negara. Tiada menafaat langsung melanjutkan pemerintahan PM walau sehari lagi pun.
    • PM dan SIL yang telah berjinak dengan DSAI sejak hari pertama beliau dibebaskan selepas kesalahan yang pertama dulu, dilihat tidak begitu berupaya menentangi kepintaran DSAI, mungkin ada sesuatu terselindung yang boleh diterjemahkan sebagai PM tidak boleh sangat dipercayai.
    • Rompakan harta Negara yang keterlaluan olih PM, SIL dan seisi keluarga tetap lekat di hati dan fikiran rakyat yang amat berdendam dan tidak boleh dimaafkan. Projek IR adalah satu tindak tanduk menjual Negara.
    .
    2. Dua tahun untuk PM memberi penyerahan kuasa kepada Najib tidak boleh disamakan dengan peralihan kuasa yang berlaku antara TDM kepada Badawi sebelum ini; pentabiran dan kewibawaan negarawan antara TDM dan PM amat jauh beza.

    3. Menerima peralihan kuasa yang tidak direstui rakyat bermakna UMNO hanya mementingkan isi perut mereka sendiri; UMNO tidak memperjuangkan kehendak bangsa Melayu dan rakyat jelata. Hujah-hujah UMNO dalam perkara tersebut hanya omong kosong sahaja.

    4. Bodoh sekiranya akar umbi percaya UMNO akan berpecah sekiranya diadakan pertandingan untuk jawatan No.1 & 2. Yang membuat kucar kacir adalah PM dan SIL kerana mereka mahu terus berkuasa dan tidak mahu menerima kenyataan sebenar.

    Saya bagi pihak Silent Majority berharap akar umbi UMNO membuat keputusan yang mencermainkan kehendak dan kepentingan rakyat jelata terutama kaum Melayu.

    ReplyDelete
  78. Salam Dr Khir,

    Menarik juga ya pakatan antara dua orang yang di tolak oleh rakyat Malaysia ini.

    Pak Lah terang-terang ditolak oleh rakyat Malaysia, rata-rata rakyat berkata TAK NAK PAK LAH, manakala Najib pun jelas begitu, survey yang pernah Dr Khir lakukan dalam blog Dr Khir ini dulu pun jelas menunjukkan Najib bukanlah pilihan rakyat.

    Najib sedar yang dirinya di tolak, jadi apabila Pak Lah menawarkan satu plan peralihan kuasa tanpa wujudnya pertandingan dalam pemilihan agung UMNO akan datang tentulah dia suka.

    Kalau wujudnya pertandingan nasibnya umpama untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

    Kesian ahli UMNO diperbodohkan oleh plan peralihan kuasa oleh dua orang yang ditolak rakyat.

    ReplyDelete
  79. Assalamualaikum dr,

    Agaknya sibuk dengan urusan dan mesyuarat, hingga blog agak terabai,tidak mengapa
    tentu dr. lebih arif yg mana satu keutamaan

    Pernah saya menyarankan agar dr.melangkah dgn cermat dan berkeyakinan, serta dgn niat yg ikhlas dan berjuang kerana ALLAH demi ugama bangsa dan negara

    "USAHA TANGGA KEJAYAAN"
    "SELAMAT MAJU JAYA"

    ReplyDelete
  80. Assalammualaikum DS Khir.Saya dan kebanyakan ahli umno dibawah ini tidak dpt bersetuju dgn dato seri tentang mengekalkan kepimpinan DSAAB sebagai PM. bagi saya ahli biasa umno dgn mengekalkan pak lah lah kita akan merosakkan bangsa agama dan negara,Di harap MT dan perwakilan UMNO ke PAU memahami suara ahli akar umbi atau UMNO akan berkubur di PRU 13 nanti.Pilihan adalah ditangan perwakilan sekarang.ingatlah sesungguhnya jika paklah masih memerintah,umno akan kalah dan cuma tinggal sejarah sahaja nanti.fikirlah demi bangsa agama dan negara wahai MT dan perwakilan UMNO.

    ReplyDelete
  81. Datok Seri.. Saya berasa hairan, mengapa orang-orang Melayu boleh berpakat dengan mudah dengan orang2 bukan Melayu iaitu Cina dan India untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu tetapi amat sukar untuk berpakat sesama Melayu dalam hal kepentingan orang Melayu sendiri.

    Mengapakah dalam keadaan sekarang ini kita tidak boleh mengambil langkah memberi dan menerima kepada parti-parti Melayu yang lain spt Pas dan PKR sepertimana yang telah kita lakukan kepada orang2 Cina dan India dahulu demi menyatupadukan semula orang2 Melayu?

    Dahulu kita sanggup memberikan sebahagian hak kita kepada bangsa Cina dan India demi mencapai kemerdekaan. Kenapa kali ini kita sukar memberikan sedikit hak yang dituntut oleh "bangsa kita sendiri" yang hanya berlainan ideologi politik demi menyatupadukan bangsa kita. Jangan pula nanti kita dikatakan kera dihutan disusukan anak sendiri mati kelaparan.

    ReplyDelete
  82. Dato Seri',

    Tidakkah Dato'2 sekalian yang berada di atas berasa satu bahang penolakan dari ahli-ahli akar umbi terhadap kepimpinan Dato Seri AAB.

    AAB you did a big mistake by increasing the fuel prices, our economy down, market share goes down, inflation high, unemployment rate goes high....yang paling sedih bila mak bapak kat kampung tanya....apsal kau tak balik minggu ni...??? Sedih...sebab harga minyak naik mak....nak naik bas...selalu penuh kena booking sebulan awal...mak saya adalah antara beribu-ribu ahli veteran UMNO yang mengharap anak-anak balik selalu menjenguk. Bukannya mak tak nak duduk KL, tapi sbb lebih selesa tinggal di kampung. Mak saya ada bertanya kenapa petrol naik sampai 78 sen? Kenapa tinggi sangat naiknya? Takkan naik 30 sen sajer tak boleh ke? SUNGGUH KEJAM...saya hanya mampu tersenyum walaupun saya tahu alasan-alasan yang diberikan oleh kerajaan dari segi faktor ekonomi global maupun rezab simpanan minyak. Cuma persoalannya, bagaimanakah wang penjimatan subsidi yang dahulu dibelanjakan? TEPUK DADA TANYA SELERA...JUMPA LAGI TSUNAMI PRU13.

    ReplyDelete
  83. Kita harus memikirkan apakah kesan yang boleh dinikmati oleh rakyat dalam menghadapi himpitan hidup hasil dari inflasi yang meningkat akibat kaedah menangani harga minyak yang bagi saya tidak begitu tepat.

    Hari ini, sepatutnya pemimpin mula berbicara bagaimana untuk reform polisi ekonomi yang membolehkan ekonomi diagihkan kepada rakyat dengan lebih luas lagi.


    demi rakyat, saya harap DS Khir dan rakan-rakan Umno sekalian lebih berani menyuarakan pendapat dan kritikan.
    Keberanian anda pd waktu ini,dgn niat ikhlas sbg seorg pemimpin,insyaAllah akan di rahmati Allah.

    ReplyDelete