Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, August 25, 2008

Memilih Pemimpin Untuk Bersorak atau Bekerja?

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers sekalian,

1. Esok akan merupakan satu titik penting dalam landskap politik negara. Sungguhpun pilihanraya kecil Permatang Pauh hanya menentukan ahli Parlimen bagi kawasan Permatang Pauh namun ia mejadi begitu "panas" dan tegang hampir di setiap kawasan terutamanya di kawasan pengundi Melayu.

2. Keadaan kali ini lebih kurang sama dengan apa yang terjadi di Ijok tahun lalu. Barisan Nasional dalam situasi "underdog". Ketika itu, BN mencalonkan K. Parthiban dari MIC, manakala PKR mencalonkan Tan Sri Khalid Ibrahim. Memandangkan ia merupakan pilihan raya kecil di kawasan penduduk yang majoritinya Melayu, maka tidak ramai yang memberi peluang untuk BN menang.

3. Keadaan politik dan ekonomi ketika itu juga dilihat tidak menyebelahi parti pemerintah ketika itu. Apatah lagi ia dilihat sebagai satu medan menguji kemunculan kembali Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam arena politik. Namun, alhamdulillah dengan strategi yang betul dan perancangan yang baik, BN berjaya mengekalkan kerusi Ijok dengan majoriti yang lebih baik.

4. "Tension" di dalam pilihan raya kali ini jauh lebih hebat dari apa yang berlaku di Ijok. Ini mungkin kerana ia berlangsung di "home ground" Datuk Seri Anwar Ibrahim. PKR dilihat begitu tertekan untuk memastikan kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia menentukan jangka hayat parti tersebut dan juga Pakatan Rakyat.

5. Mereka tertekan kerana bukan sahaja perlu memastikan kemenangan Anwar tetapi juga perlu meningkatkan majoriti undi berbanding pilihan raya lalu. Jika Anwar menang dengan majoriti yang kurang, maka imej pemimpin de facto PKR ini akan terjejas. Beliau dilihat tidak lagi menjadi satu tarikan dan faktor utama kepada pengundi seperti yang didakwanya.

6. Bagi BN pula kekalahan adalah realiti yang mungkin terpaksa di hadapi. Namun ia bukan satu tragedi kerana ia tidak akan mengurangkan kerusi BN di Parlimen. Sebaliknya, sebarang kemenangan akan menjadi satu titik permulaan baru kepada landskap politik negara. Malahan jika majoriti PKR di Permatang Pauh berjaya dikurangkan pun ia akan memberi satu implikasi yang positif kepada BN.

7. Justeru provokasi, tindakan fizikal dan ugutan sudah menjadi lumrah sekumpulan penyokong parti politik yang melihat pilihan raya ini sebagai survival politik mereka. Ini mungkin menjadi kelebihan kepada mereka atau juga akan menjadi satu pendekatan yang "makan diri".

8. BN sebagai lawan yang bukan pilihan untuk menang mengambil pendekatan yang bersederhana, tidak menentang api dengan api dan lebih banyak menjurus kepada berjumpa secara bersemuka berbanding ceramah besar-besaran. Pendekatan mesra pengundi ini dilihat lebih praktikal.

9. Pendekatan kempen yang berbeza ini juga banyak dicerminkan oleh dua calon yang bertarung kali ini.

10. Imej Anwar sebagai pemidato ulung, bersemangat dan "berapi-api" ucapannya diterjemahkan seiring dengan gerak kerja jentera kempennya. Boleh dikatakan dalam pilihan raya kali ini, Anwar sekali lagi membuktikan beliau berkeupayaan menjadi seorang pemimpin yang menang sorak.

11. Imej BN di Permatang Pauh juga banyak mewakili imej Datuk Arif Shah yang lebih banyak bekerja di peringkat akar umbi, bertemu dengan pengundi secara bersemuka dan cuba menyelesaikan setiap permasalahan pengundi yang berjumpa dengannya. Ini bukan imej pilihan raya sahaja, bagi Arif Shah, bertemu rakyat dan mencatatkan setiap masalah mereka serta cuba menyelesaikan masalah mereka sudah menjadi rutin kepada beliau sejak dahulu.

12. Saya melihat melihat pertembungan dua pemimpin politik di Permatang Pauh ini diantara "cheerleader" dengan "community leader".

13. Seorang mempunyai keupayaan orator, pembujukan dan perwatakan yang begitu menarik perhatian rakyat sehingga boleh meyakinkan sebahagian orang untuk percaya bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri jika menang dalam pilihan raya kecil kali ini. Walaupun kita tahu ia hanya merupakan pilihan raya kecil, namun ramai yang percaya cakap beliau ini sehingga mengenepikan rasional dan logik akal.

14. Manakala seorang lagi merupakan pemimpin lebih banyak bekerja dari berucap. Rekod kerja beliau menjadi bukti kedudukan beliau sebagai pemimpin masyarakat setempat. Sebab itu, ketika Permatang Pauh dianggap kubu kuat pembangkang dan berlakunya tsunami politik dalam pilihan raya lalu, Arif Shah masih lagi berjaya mengekalkan DUN Seberang Jaya.

15. Esok, pengundi di Permatang Pauh akan membuat keputusan sama ada mereka memerlukan seorang "cheerleader" atau "community leader".

16. Sehingga tengah malam tadi, mood pengundi dilihat banyak berubah. Sudah ada tanda-tanda sokongan secara senyap terhadap BN. Harapan BN untuk menang tetap ada.

17. Tidak mustahil apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke 12 lalu akan berulang, cuma kali ini BN pula yang diberi ruang. Dalam pilihan raya lalu, pengundi melakukan satu perubahan secara senyap dari BN kepada Pakatan Rakyat sehingga di gelar Tsunami Politik. Maka tidak mustahil kali ini "silent majority" ini akan memberi undi kepada BN pula.

18. Ketika kaum bukan Melayu mungkin sudah membuat keputusan berasaskan kepentingan kaum, tempatan dan nasional, orang Melayu di Permatang Pauh sendiri dilihat berbelah bagi.

19. Orang Melayu dalam keadaan di luah mati bapa, ditelan mati emak. Anwar sudah menjadi sebahagian daripada Permatang Pauh sejak beliau merampas kawasan tersebut daripada Pas pada 1982.

20. Namun berdasarkan perubahan sikap dan falsafah perjuangan PKR sejak selepas pilihan raya umum lalu, mereka juga tidak mahu menang sorak kampung tergadai. Inilah dilema Melayu Permatang Pauh, antara mengenang jasa Anwar dengan kepentingan agama dan bangsa.

21. Pisau dan mentimun di tangan pengundi Permatang Pauh.

169 comments:

  1. Sudah-sudah lah tu. Ini artikel nak menyedapkan diri sendiri. Berpijak lah di bumi yang nyata Tok Khir oiii.

    ReplyDelete
  2. “War Cries” Before The Mother of All Battles in Permatang Pauh.
    “Laungan-Laungan Perang” Sebelum Perang Terbesar di Permatang Pauh.

    “Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!” - PKR

    “Sodomy! Sodomy! Sodomy!” – BN

    “Taliban! Taliban! Taliban!” – Akim

    Posted at http://patek1472.wordpress.com

    ReplyDelete
  3. Saudara,

    Umno akan 'bungkus' di Permatang Pauh dan apa ulasan saudara tentang penjelasan Ustaz Ramlang Porigi tentang komplot sumpah laknat sayfool?

    Udah2 le..

    ReplyDelete
  4. Dear Mr Khir,
    When you were MB, did you really work aka BEKERJA? If you did work for the rakyat, definitely you are still an MB of Selangor now....

    Please.....if BN ever win at PP tomorrow, all the rakyat already know the dirty tactics your team would had done.

    If kekalahan pada PRU lepas ada pengajaran bagi Mr Khir, then, work hard, work for the rakyat...jangan asyik dok menyalak sana-sini, semua orang lain buat x betul.....muhasabah diri and do the right thing....semua yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya.

    You lost in the last PR, sebab Allah masih sayangkan Mr Khir,.....make the most out of this second chance.

    ReplyDelete
  5. jika mereka mengguna akal dan fikiran dan sabar banyak2 mereka akan undi BN tapi bagaimana jika mereka menggunakan pendekatan "hati dan perasaan" untuk undi?

    ..jika dsai menang walaupun mereka tahu perangai dsai seperti apa yang disebarkan...itu bermakna pengundi masih mengundi mengikut "hati & perasaan"
    ..jika BN menang itu maknanya pengundi sudah matang, bijak...dan sabar dalam perjuangan..saya berharap semoga BN memperolehi kemenangan walaupun saya sendiri kagum lihat dsai berceramah.saya percaya ramai yang tidak sanggup mengorbankan dsai.

    saya doakan semoga pengundi disana prinsip pegangan jelas,yakin dan jujur tidak sanggup mengadai negara kepada boneka amerika...mereka harus melihat perkara yang lebih jauh dihadapan dari melihat apa yang ada didepan mata sahaja
    ...mereka harus bersedia esok untuk mengorbankan dsai dengan memberi undi kepada calon BN.sesungguhnya pengorbanan itu amat besar nilainya kepada penduduk permatang pauh.

    ReplyDelete
  6. Salam Datuk Seri,

    Tsunami politik akan berlaku di Permatang Pauh esok. Menurut laporan terkini daripada grass root di sana, pengundi atas pagar yang dulunya mengundi PKR akan beralih memberi undi kepada BN.

    Pengundi atas pagar sudah hilang kepercayaan kepada Anwar berikutan keengganannya untuk bersumpah bahawa beliau tidak meliwat Saiful.

    Pendedahan demi pendedahan mengenai Anwar yang dibuat oleh Ezam banyak mempengaruhi pengundi atas pagar.

    Terkini pendedahan yang dibuat Datuk Nalakarupan bahawa Anwar menerima wang judi sebanyak RM60 juta telah menyebabkan moral Anwar tercalar sebagai pemimpin yang bermoral.

    Penyokong-penyokong Pas yang tidak berpuas hati dengan PKR dan DAP di Pulau Pinang khabarnya akan membuat protes dan memberi undi senyap kepada BN dan Akim.

    Pas yang seperti `melukut di tepi gantang' dalam kerajaan Pulau Pinang akan menghukum PKR dan DAP kerana mungkir janji.

    Menurut laporan terkini, undi daripada pengundi cina dan india akan terbahagi dua kepada BN dan PKR.

    Ada kalangan pengundi cina dan india mahu YB Ariff Shah menang kerana beliau dilihat lebih dekat dengan mereka di situ manakala satu golongan lagi yang pekat DAP dan PKR akan memberi undi kepada Anwar.

    Jika mood ini berkekalan sehingga tarikh pengundian esok BN dijangka akan menang dengan majoriti tidak lebih daripada 2000 undi.

    Tetapi jika mood ini bertukar pada saat-saat akhir Anwar akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti undi yang lebih rendah daripada yang diperolehi pada PRU 12.

    http://www.lahabau.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. salam dr khir yg dicayangi,

    saya anak selangor dan semalam saya pergi ke permatang pauh. saja nak amik peluang tgk keadaan di sana. memang meriah. saya dapat pegi ke ceramah anwar di 2 lokasi. mmg ramai yg hadir. kalo x caya ckp saya, bole la tgk la koleksi gamba2 kt blog2.. metapa rapat umum anwar sentiasa dapat sambutan hangat. saya x tau sambutan ceramah BN. saya cuba jugak tgk2 di internet, tapi x jmpe. kot2 Dr bole poskan kt blog saudara. Dr cakap rakyat permatang pauh mula menyebelahi pihak BN.. saya nk jugak tgk buktinya. pelik juga camne Dr buat penilaian sebegitu..

    ReplyDelete
  8. Datuk,

    UMNO perlu berubah. BN perlu berubah. Itulah kenyataannya setakat hari ini. Kalau UMNO atau BN masih lagi mahu mendendangkan lagu-lagu lama, tidak mengejutkan kalau UMNO akan dilupakan.

    Anggota komponen BN, Gerakan dan MCA juga mahu UMNO berubah supaya BN boleh terus hidup. Kalau Gerakan dan MCA keluar dari BN, UMNO sudah tidak ada ertinya lagi.

    Pertembungan BN dan PKR di Permatang Pauh, membuka lebih banyak kudis-kudis UMNO yang mula mahu menjadi pekung.

    BN seperti ketandusan modal untuk berdepan dengan PKR. Terpaksa menggunakan tektik-tektik kotor seperti Saiful dan BPR untuk menangkis serangan PKR.

    Menyeret BPR dalam kacah politik Permatang Pauh, akan menambahkan lagi kesangsian rakyat terhadap agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan selepas polis dan kehakiman.

    Akibatnya tidak ada lagi agensi-angensi kerajaan yang akan dipercayai lagi oleh rakyat.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Datuk Seri,

    Apa komen Datuk Seri tentang pendedahan yang dubuat oleh Imam Ramlang Porigi (saksi sumpah Saiful) dalam temuramah seperti di bawah:

    Ikuti pendedahan yang pasti menggegarkan ini bersama dua orang wartawan kanan Edi Suleiman dan Dzulkarnain Taib serta Rusnizam Mahat dan juruvideo Ebrahim Harris, Suara Keadilan (SK).



    SK: Boleh ustaz terangkan siapa yang arahkan ustaz untuk menjadi saksi kepada sumpah Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan?

    RP: Saya diarahkan oleh pihak atasan jabatan saya dan saya hanya mengikut arahan yang diberi kepada saya. Saya tidak terlibat dalam menyediakan teks atau apa yang perlu Saiful lakukan seperi perlu memegang Al-Quran atau tidak.

    SK: Saiful dikatakan tersalah sebut beberapa istilah semasa lafaz sumpah beliau. Adakah ini mencacatkan kesahihan sumpah yang dia ucapkan?

    RP: Bagi saya kalau dia bersumpah untuk dirinya sendiri sumpah itu boleh diterima lagi tetapi dikatakan mubahalah tidak sempurna selagi kedua-dua pihak tidak bersumpah.

    SK: Apa yang mendorong Ustaz mengatakan semasa sidang akhbar bahawa Ustaz merasakan apa yang dilakukan oleh Saiful adalah perancangan satu konspirasi?

    RP: Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan didalam internet dimana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib.

    SK: Apakah isi perbincangan pegawai khas tersebut dengan Ustaz?

    RP: Apabila saya bertemu dengan beliau di masjid dia bertanya sama ada saya salah seorang daripada empat imam yang akan menyaksikan sumpah Saiful.Saya menjawab saya ada majlis akad nikah yang hendak saya langsungkan dan kalau saya sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful.

    SK: Apa yang menyebabkan Ustaz berkata Saiful tidak menunjukkan sebarang reaksi seolah-olah perkara ini adalah kecil dan tidak penting?

    RP: Jika kita beragama Islam dan beriman dan sekiranya kita ingin melakukan sumpah seperti ini kita merasa bimbang, adakah sumpah yang kita lakukan ini adalah betul. Kita akan rasa ketakutan dan riak wajah kita pun kita akan dapat tahu yang kita ketakutan. Berat sebenarnya sumpah ini.

    SK- Dan adakah beliau yang dimaksudkan oleh Ustaz sebagai pegawai khas kepada Najib itu menghubungi Ustaz selepas itu?

    RP- Tidak ada.







    SK-Tetapi yang sahnya, seorang pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri bertemu Ustaz di dalam masjid.

    RP- Ya!

    Sk-Setelah Ustaz membaca caci, tohmah dan maki hamun terhadap Ustaz selepas peristiwa itu di dalam laman web adakah Ustaz menghubungi pihak berkuasa atau pun sesiapa untuk membantu Ustaz dalam perkara ini untuk membersihkan imej Ustaz?

    RP-Saya ada bertanya kepada pegawai saya bagaimana keadaan yang saya alami tetapi saya tidak dipertahankan bila saya dicaci. Orang kata yang bukan-bukan. Saya lihat dalam tempoh seminggu dua ini memang jabatan saya tidak mempertahankan saya.

    SK: Apa jawapan ketua jabatan Ustaz?

    RP: Oleh kerana imam besar tiada pada masa itu, saya hanya bertanya kepada pegawai sahaja dan dia cuma mengatakan bahawa perkara itu kita pun tidak tahu kebenarannya, jadi kita jangan merasa bersalah,itu sahaja. Jadi segala tohmahan yang dilemparkan kepada saya tidak betul jadi beliau berkata kita tidak perlu berasa tertekan atau bersalah.

    SK: Jadi apa perasaan Ustaz bila beliau beri jawapan sedemikian?

    RP: Jadi bagi saya, saya perlu menilai diri saya sendiri apakah itu tindakan betul yang saya lakukan.Kalau kita lihat pada laporan internet itu, ianya memang satu fitnah dan saya boleh menyaman tetapi kerana bimbangkan kerja saya, jadi saya hanya berdiam diri sahaja

    SK: Sekarang Ustaz bimbangkan kerja Ustaz akan terjejas, apakah langkah Ustaz seterusnya selepas membuat penjelasan ini?

    RP: Saya telah berfikir semasak-masaknya apa yang saya telah saya lakukan hari ini.Kawan saya ada memberitahu bahawa insya Allah rezeki Allah SWT ini amat luas. Kita jangan berfikir hanya itu sahaja kerja yang ada.

    SK: Mungkin keselamatan Ustaz terjejas disebabkan tindakan berani Ustaz tampil ke hadapan menjelaskan perkara sebenar. Apakah langkah yang akan Ustaz ambil memandangkan perkara ini sudah luas tersebar dan ada kemungkinan polis 'mencari' ustaz?

    RP: Itu saya berserah kepada ALLAH SWT kerana sebagai makhluk yang diciptakan oleh ALLAH SWT hanya ALLAH SWT sahaja yang berkuasa ke atas setiap makhluk.

    ReplyDelete
  11. Salam Datuk Seri,

    1. Janji menang. Walaupun 1 undi ia tetap dikira sebagai pemenang dan boleh masuk Parlimen.

    2. Bijak berpidato merupakan 'kredit' kepada seseorang ahli politik.

    3. Dari segi 'track record', rasanya Datuk Arif baru diperingkat Jaguh Kampong. Sedangkan DSAI sudah di peringkat Global@international.

    ReplyDelete
  12. DS,

    kalau saya la pengundi PP...
    Saya akan confuse samada nak undi PKR atau BN pasal...

    A. Kalau undi PKR..
    1)habisla masa depan Melayu..
    2)DAP rasa mereka handal dan idealogi mereka diterima ramai..
    3) Anwar pun bakal PM flip-flop..

    B. Tapi kalau undi BN
    1) Pak Lah rasa itu undi untuk dia..
    2) UMNO takkan belajar dari kesilapan..
    3) Pak Lah terus pegang kuasa.
    4) Keadaan sekarang tiada perubahan (ie. ekonomi, masa depan, harga barang, bla, bla bla..)
    5) Rasuah dalam UMNO tetap banyak.

    Apa pilihan saya? taknak undi la..

    ReplyDelete
  13. Dato'
    sebagai penduduk Permatang Pauh, saya sangat menyokong calon BN, Dato Ariff Shah yang begitu mesra penduduk dan amat ramah. Kami tak perlukan ahli parlimen yang mementingkan diri dan karea politik semata-mata, kami mahukan pemimipin yang boleh menyuarakan suara dan pendapat kami kepada kerajaan, itulah kehendak kami..

    Saya sentiasa mendoakan kemenangan Barisan Nasional dan mengharapkan kerajaan Barisan Nasional terus dan terus dapat memerintah dengan aman dan makmur serta adil dalam setiap aspek..

    Hidup Melayu!
    Luth Textile Department
    http://luthtextile.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. Datuk,

    Baru terjaga dari mimpi ker? Kalau baru terjaga dari mimpi, pergilah basuh muka dulu....

    TQ

    ReplyDelete
  15. Menang sorak kg tergadai, spt yg berlaku kpd DKT di Selangor dan Pak Lah di Penang. Berjuta-juta duit rakyat yg terkorban dlm by election yg terbaru ni.

    Blog nih makin membosankan, xde apa yg baru. Baca separuh jerk dah malas nk baca lagik. Idea pulak langsung xde. Berenti jer tulis blog, bg ruang bsar dkat TDM, Khalid Jaafar dan Kadir Jasin utk menulis.

    Bilalah agaknya BN nk perbetulkan diri sendiri, kan?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum dr.

    Setelah bekerja kuat, kita berserah dan bertawakkal dan berdoa semoga ape yg telah kita lakukan di redhoinya
    Jika Allah redho kepada apa yg kita lakukan insyaallah kemenangan akan berpehak kepada UMNO dan BN

    Kata hati saye, UMNO akan beroleh kejayaan, Insyaallah

    ReplyDelete
  17. DSKT

    Majoriti besar DSAI adalah strategi UMNO sebagai alasan jika kalah. Sebenarnya berapa majoriti DSAI tidak penting. Yang penting ialah beliau menang dan kembali ke parlimen sebagai ketua pembangkang.

    Sebenarnya kemenangan majoriti yang besar DSAI akan merupakan satu advantage bagi UMNO bagi membuat perubahan dalaman. Inilah yang sepatutnya menjadi agenda utama UMNo dalam PK PP ini.

    Dengan kemenangan majoriti yang besar DSAI, a boleh dijadikan satu alasan bagi memaksa Paklah turun dari kerusi presiden dan PM.

    Sebenarnya itu juga harapan seluruh rakyat malaysia ( kecuali penyokong tegar AAB) kerana telah jelas beliau tidak berupaya memimpin dengan baik. Keadaan ekonomi dijangka semakin parah dan tidak nampak pun langkah-langkah drastik yang komprehensif dari AAB untuk menangani pelbagai masalah yang melanda negara.

    Inilah peluang terbaik UMNO untuk menguatkan parti dengan meminta AAB bertanggungjawab diatas kekalahan di PP.

    ReplyDelete
  18. Biasalah kalau bukan Melayu tak mengundi BN dikatakan perkauman , kalau mengundi BN, mereka pula di tidas! Mengundi salah, tak mengundi pun dipersalahkan.

    Nampaknya pilihraya kecil kali ini seolah-olah bukan pilihanraya untuk mencari wakil rakyat tetapi adalah medan untuk kedua-dua pihak menguntuk, mencaci dan menghina. Dan juga untuk kedua-dua pihak mempertahankan maruah masing-masing. Dan di pihak BN nampaknya Si Arif tu tak kedengaran, yang kedengaran si Najib dengan isu mongolnya. Si Anwar dengan sodo nya. Seolah-olah P. Pauh adalah mahkamah membicarakan kes Sodo vs Mongol. Apa dah jadi! Nasib sama-sama Melayu. Kalau bangsa lain habis kena kuntuk dikatakan Yahudi lah, Babi lah, barat lah dan yang banyak lagi perkataan untuk menyakiti orang lain. Jalanraya pun penuh dengan demo dan kain rentang.

    Cubalah jangan membenci sesiapa. Amalkan ajaran agama dan elemen 'brotherhood'. Guarantee tak ada dengki. Kalau ada silap pun senang diselesaikan dengan keihklasan bermaafan-maafan.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum...

    "Menang sorak Bangsa dan Negara tergadai" inilah pepatah yang paling ideal sekarang bagi kita bangsa Melayu.Kerana apa? Kerana bangsa Melayu (penikut PKR) yang terlalu mengagungkan DSAI yanng terlalu petah berkata-kata demi perjuangan politik diri sendiri yang mana dendam kesumat kepada Mantan PM (DR.M).

    Harus diingat siapa sebenarnya DSAI. Saya tak nafikan beliau terlalu hebat berkata-kata dn menabur janji kepada rakyat. Kita orang melayu jangan terlalu mudah percaya dan seronok sangat dengan angan-angan mat jenin DSAI tu..

    Kalau nak tahu siapa DSAI lawatilah http://pemuda-pelapis.blogspot.com/2008/03/anwar-ibrahim-yang-sebenarnya.html.

    Jadi kepada BANGSA MELAYU BUMIPUTERA SOKONH LAH BN DEMI KETUANAN MELAYU. TAK SOKONG PEMIMPIN PUN TAK MENGAPA TETAPI SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA KITA BERADA DALAM ZON SELESA ADALAH KERANA MUAFAKAT PEMIMPIN BN TERDAHULU YANG KITA DOK KATA RASUAHLAH,KRONI LAH SEMUANYA TAPI HARUS DIINGAT.... DI SELANGOR SENDIRI PUN CUBA AHLI PKR DAN PAS SELIDIKI ADAKAH BENAR TIADA PENYALAHGUNAAN KUASA?? PEMIMPIN BN YANG TIDAK MENJALANKAN AMANAH RAKYAT MAKA KITA SAMA-SAMALAH BERDOA SUPAYA DAPAT PEMBALASAN DARI ALLAH.

    HARUS DIINGAT:
    MENYOKONG DSAI UNTUK P44 KALI INI ADALAH UNTUK MEROBOH DAN MELENYAPKAN BANSA MELAYU KITA DI TANAHAIR SENDIRI. HARUS DIINGAT DAP DAN HINDRAF SEKARANG INI IBARAT KATA SEDANG BERDISKO SERONOK KERANA DSAI AKAN BUAT KENYATAAN DAP DAN HINDRAF AKAN MENJADI KENYATAAN SEDIKIT MASA LAGI. TETAPI KITA BANGSA MELAYU MASIH LAGI DENGAN SORAKAN ZAMAN PAK PANDIR DAN MAK ANDIH YANG MANA SELUAR PAK PANDIR SUDAH TERKOYAK (KETUANAN MELAYU SEDANG TERHAKIS) DAP DAN HNDRAF SEDANG BERSORAK DOK TENGOK KEMALUAN PAK PANDIR (MELAYU SAMA MELAYU BERGADUH).

    WASSALAM.

    ReplyDelete
  21. http://pkrpasdap.blogspot.com

    Anwar menang menjadi YB PP dengan majoriti 6000 undi mengalahkan calon BN.

    Tahniah. Anwar telah memulakan zaman pra-sejarah di mana pecah dan perintah diamalkan. Orang melayu akan menjadi kerani di pejabat, pemungut buah kelapa dan layak menjadi operator sahaja.

    Itulah percapaian terbilang Anwar Ibrahim.

    terima kasih kerana mengundi untuk PKR. Parti Komunis Rakyat

    ReplyDelete
  22. I already know who the non-malays going to vote. But I just hope the malays will cast their vote wisely....jangan nanti 50 tahun akan datang anak cucu kita menyalahkan kita sepertimana kita kita menyalahkan sultan kita dahulu... ingat bagaimana singapore jatuh ke tangan British.

    This comment may appear racist... but to tell you the truth I'm not...I just want to remind my people to think and protect our interest, right and heritage...

    ReplyDelete
  23. Ybhg Dato Seri,
    Sabtu tadi saya balik kampung, Simpang Lima la.. tentu YB dah maklum kematian Tn Hj Kadiron, bekas Nazir Masjid Spg Lima, akibat kemalangan jlnraya. Dulu ada kemalangan di depan dewan, berhanpiran "rumah" YB, terus YB arahkan bina pembahagi jalan. Kini saya mohon YB mengusahakan agar pembahagi jalan dibina di simpang ke Masjid Ma'muniah. Mungkin juga perlu diletakkan lampu amaran di selekoh sebelum masjid dari arah Sekinchan, dan garis kuning perangkap laju diletakkan di jalan berkenaan untuk mengurangkan kelajuan
    Keprihatinan YB diucakan terima kasih

    ReplyDelete
  24. ayah saya 81 tahun. mak saya 71 tahun.

    mereka mengundi ditempat yang berlainan.

    pernah sekali saya tanya mak lepas beliau balik mengundi.

    'mak pangkah apa'. jawab mak
    'mak pangkah ikut ayah hang la. kesian dekat dia'.

    berbagai sebab sebenarnya 'pangkah' yang diberi.

    ReplyDelete
  25. Dato'

    Saya dok ingat Dato' ni seorang yg bijak berpolitik, tetapi anggapan itu meleset sama sekali. Penulisan Dato' semakin lama semain senteng isinya. Gaya pnulisan tak ubah seperti wartawan Utusan Malaysia yg dicekik oleh bossnya, kandungannya apatah lagi. Tak sangka bekas Menteri Besar bertanggapan sebegini. Angkuh nya tak ubah seperti "Typical UMNO man". Sudah la Dato

    ReplyDelete
  26. Salam Dr.
    saya menanti keputusan esok dgn penuh rasa takut dan mengharap,
    bukan utk mahukan satu pihak itu menang dan satu pihak itu kalah,
    lalu yang menang itu adalah benar dan yang kalah itu sudah pasti batil,
    bukan itu yang saya harapkan,
    tetapi seperti kata Dr., moga Allah memberikan kekuatan agar penduduk Permatang Pauh mampu utk memilih seorang pemimpin yang memang layak utk memimpin,
    yang mampu melakukan apa yang dijanjikan,
    bukan hanya dengan berkata2 menerusi apa yg dikatakan politik murahan,
    namun di akhirnya nanti,
    seolah2 tiada langsung perubahan,
    dan saya insaf mendengarkan firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Mulk yg bermaksud..
    "Amatlah besar kemurkaan Allah kepada hambaNya yang perkatakan kepada sesuatu yg dia tidak amalkan.."

    dalam keadaan yang penuh kekeliruan ketika ini,
    memang ramai yang saya yakin mudah terpengaruh dengan apa jua cerita yg diterima,
    dan dengan mengakui kelemahan saya sebagai seorang insan yang alfa,
    kemungkinan saya juga begitu,

    saya sempat juga mengikuti berita dan disudut yang lain saya menjengah laman2 yang saya rasa dapat memberi informasi yang jujur,
    dan saya akui dari sudut pembentangan dan pengolahan usul permasalahan,
    kelihatan Anwar seperti lebih menyerlah,
    lebih terfokus dan bijak meletakkan subjek "PERUBAHAN" agar rakyat terfokus,
    dan seterusnya mampu melupakan sementara isu2 peribadi beliau,
    dan mungkin seolah2 mampu memadamkan terus..

    dari satu pihak lagi,
    saya akui ada kekuatannya,
    namun seperti yang saya kesalkan dan pernah saya lontarkan kepada Dr.,
    media seolah2 terlampau berpihak,
    saya berpandangan, bagi mereka yang mudah untuk memperolehi informasi dari internet,
    sudah pasti mampu mendapatkan kebenaran satu2 isu yg keluar di media,
    dan apabila didapati liputan media sememangnya cuba memutar belitkan keadaan,
    saya yakin dari situ sahaja orang sudah meletakkan kredit kepada pihak yang bertanggungjawab,
    dan untuk berita yang kemudiannya,
    bagaimana untuk mereka ini merasakan ia satu kebenaran?
    sudah pasti amat sukar sekali..

    namun saya secara peribadi merasakan calon BN itu ada kekuatannya tersendiri,
    cara dia berhujah dan gayanya meyakinkan,
    cuma mungkin lagi jika dibandingkan "TARGET" yang disasarkan oleh kedua2 pihak, sudah tentu Anwar lebih terfokus dan perpandangan jauh,
    itu hanya pandangan saya yang sepertimana saya tekankan awal2 tadi, kemungkinan terpengaruh dengan ruang lingkup informasi yang saya perolehi..

    itu sahaja setakat ini Dr.,
    saya mohon maaf kepada Dr. (dan keampunan dari Allah)sekiranya apa yang saya katakan ini membawa mudarat kepada sidang pembaca blog ini..
    Terima Kasih

    ReplyDelete
  27. Rakyat rata rata dah benci dgn UMNO dan pemimpin2nya yang kuat bersorak, hunus keris, racial, rompak duit rakyat dan zalim. Carilah ahli politik UMNO yg makan rasuah yang tak dikenakan tindakan mahkamah pasti takkan jumpa. Rakyat dah bangun untuk padamkan UMNO dan BN sedikit demi sedikit. UMNO sudah tidak relevan.

    ReplyDelete
  28. Salam,

    Saya rasa orang Melayu di PP sekarang samalah seperti melayu di Kelantan.

    Katalah nak kata apa pun tentang PAS Kelantan, melayu Kelantan tak akan dan dapat menerima. Bagi mereka PAS adalah perfect dalam semua hal. Kita bagi duit, dia ambil, kita bagi kain, gula, kopi, beras semuanya diambil tapi tetap undi PAS.

    Melayu PP sama juga, katalah nak kata apa pun tentang Anwar, mereka tidak akan menerimanya. Bagi mereka Anwar adalah Robin Hood moden, Anwar ialah penyelamat dan wira yang perlu diangkat setinggi-tingginya.

    Saya sebenarnya kesian dengan politik Malaysia hari ini, dek kerana marahkan nyamuk seekor, habis satu rumah terbakar. Kerana bencikan Abdullah Badawi, mereka sanggup gadaikan maruah bangsa dan negara dengan memilih Anwar Ibrahim.

    Sebenarnya PKR dan Anwar tak kuat mana, cuma yang menguatkan kedudukan mereka ialah orang-orang UMNO sendiri. Kalau biarkan keadaan ini berlarutan ia akan membuatkan PKR betul-betul menjadi kuat dan sebati dengan rakyat.

    Sebagaimana yang berlaku di Kelantan. Pada mulanya PAS tak kuat, akibat perpecahan dalam UMNO, maka PAS boleh menang di Kelantan. Bila keadaan ini berlarutan, tak ditangani dengan baik, sekarang PAS betul-betul menjadi sebuah parti yang kuat di Kelantan.

    Sebagai seorang pembesar UMNO, saya harap Datuk Seri fikirkan ini semua.

    ReplyDelete
  29. Kita tunggu dan lihat outcomenya malam ini.Walau apa pun keputusannya saya harap ianya tidak menjadi sejarah hitam dalam landscape politik negara.Perjuangan harus diteruskan.

    Ada satu pepatah Cina mengatakan.`Ambil Apa Yang Memang Hak Anda TETAPI Jangan Rampas Apa Yang Memang Bukan Milik Anda`.

    Salam Perjuangan Untuk DS dan semua.

    ReplyDelete
  30. kami memilih pemimpin yang punyai idealisma perjuangan yang jelas membela agama, bangsa dan negara, moral yang baik dan turun padang menyelesaikan masalah rakyat, bukan hanya pandai retorik di atas pentas tetapi sukar berjumpa di kawasan

    ReplyDelete
  31. Seorang Muslim sejati tidak perlu bersumpah kerana berkata benar adalah merupakan satu kewajipan. Jika sesuatu keadaan memerlukan seseorang itu bersumpah, maka dengan itu difahami bahawa sepanjang kehidupannya telah dipenuhi dengan kata-kata dusta sehingga sesekali apabila seseorang itu bekata benar, maka dia bersumpah dengan nama Allah bagi meyakinkan bahawa dia adalah benar.

    Dalam konteks ini, konsep bersumpah sewajarnya tidak boleh diterima pakai dalam menentukan kebenaran dan keadilan terhadap seseorang. Sebaliknya, ia adalah perantaraan di antara seseorang yang bersumpah dengan penciptanya (Allah) dan bagi memberitahu kepada khalayak tentang kebenaran melalui sumpah yang dilafazkan. Namun ianya tidak terikat dengan mana-mana peraturan mahupun undang-undang bahawa dia adalah benar. Ini kerana kebenaran hakiki hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Oleh itu, proses perundangan masih perlu diteruskan samada melalui hukum syariah ataupun sivil. Selebihnya, khalayak berhak membuat persepsi peribadi.

    Namun persepsi peribadi inilah yang cuba dieksploitasikan oleh sesetengah golongan dalam usaha meraih kepentingan politik iaitu dengan mengeksploitasi persepsi khalayak untuk mendapat undi.

    Walau bagaimanapun, sebagai seorang Muslim, setelah kemelut ini diheret kepada isu sumpah serta melibatkan kesucian agama Islam dan kebesaran Allah s.w.t, maka penulis dengan rendah dirinya ingin mengajak SELURUH UMAT Islam terutama di Malaysia, atas tanggungjawab FARDHU KIFAYAH, agar bersama-sama menunaikan SOLAT HAJAT dan berdoa agar Allah s.w.t menunjukkan KEBENARAN HAKIKI melalui kekuasaan yang dimilikinya dengan melimpahkan RAHMAT kepada mereka yang dianiaya dan menurunkan LAKNAT kepada mereka yang menganiaya. Ini kerana umat Islam sudah muak dan jijik dengan keadaan serta kemelut yang melanda di negara ini. Ayuh, saudaraku,firman Allah dalam surah Al-Fatihah " Hanya Engkau Kami Sembah, Dan Hanya Engkau Kami Memohon Pertolongan". Kami umat Islam inginkan bentuk kehidupan yang sederhana serta jauh daripada segala macam KEJIJIKAN yang sedang berlaku di negara ini. A Lu Pikir Lah Sendiri

    fikirlahsendiri.blogspot.com

    ReplyDelete
  32. DATO, MELAYU BELUM RASA LAGI HILANG KUASA. LIHATLAH MELAYU SINGAPURA, MELAYU PETANI THAILAND, MELAYU MORO PHILIPINA... PALESTIN. KELUAR AIR MATA DARAHPUN SIA-SIA DAH.

    NI IBRAHIM ALI PASIR MAS, SIFU SAYA BERI PANTUN,

    "BAPAK BONTOT, BAPA BABI
    PAKATAN RAKYAT COMEL SOKMO
    LUBANG LUAS KENTUT TAK BUNYI
    ASAL HOK MELAYU, BAGI KO CINO"

    ReplyDelete
  33. akum DS

    masih bermimpi disiang hari ke? DSAI akan menang di Permatang Pauh kerana ini adalah "harapan Baru untuk malaysia" kerana UMNO/BN sudah tidak berupaya. kepimpinan yang lemah dan tidak apa yang mampu diharapkan.

    kita tunggu result malam ni.

    wasslam

    ReplyDelete
  34. Kekalahan UMNO di PP akan menjadikan perpecahan orang melayu menjadi nyata. Perpecahan ini akan menjadi lebih dasyat dari sekarang.

    Akibat dari kekalahan ini, UMNO akan menjadi lebih binggung dan withdrawn inside. Sesiapa yang bukan ahli UMNo akan dipandang serong dan dianggap sebagai musuh.

    Perpecahan ini akan dimulakan oleh UMNO. tengoklah nanti

    bat8

    ReplyDelete
  35. salam DSKT.

    jika diikutkan kata2 DSAI tu boleh buat rakyat termakan dgn kata2 beliau. tp jika dipikirkan semula, kenape DSAI perlu sokong DAP. mane pegi islamik dia yg selama ini nmpk di mata org melayu. adakah DSAI da buta hati. Nalla kata DSAI ambil RM60 juta dari Magnum Corp. Nalla x takut disaman oleh DSAI. btul ke DSAI ambil, klu btul la, maknanye DSAI adalah bapak segala rasuah di Malaysia.

    da la ckp xde duit nk berkempen, mntak lak derma dari rakyat yg dia patut wakili. rakyat pulak bg je duit. xde otak ke depa ni. seorg wakil rakyat yg meminta tlg dari rakyat walhal DSAI tu kaya. PKR di tubuhkan pd dasarnya untuk menuntut keadilan bg DSAI. skrg DSAI sudah di bebaskan, bubar je la PKR, parti yg merosak kan kesejahteraan yg kite kecapi selame ini.

    sudahla boneka amerika yg diagung2kan oleh PAS, parti yg memperjuangkan islam. adakah PAS sudah hilang arah tuju. mereka hanya pentingkan duniawi sahaj. sudah mulai lupa pada ajaran agama yg mahu lihat umat islam bersatu menentang yahudi seperti amerika yg terang2 menyokong tndakan rejim zionis. jika ini la part islam yg diagung2kan selama ini, sy mearasakan tidak ade sorg pun dari mereka layak bergelak tok guru.

    ReplyDelete
  36. saudara wizurai,

    knp dato seri najib di halau dan di boo di permatang pauh???

    ReplyDelete
  37. Hanya Penjara boleh menyekat suara Anwar.

    Seperti yang kita saksikan di piliharaya kecil Permatang Pauh, BN telah menggerakkan usaha bersekala besar bagi mematahkan kemaraan Anwar ke Dewan Parlimen.

    Berbagai-bagai usaha telah dilakukan oleh BN bagi menyekat Anwar memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh yang keputusannya mungkin boleh diketahui awal malam ini (26 Ogos 2008), termasuklah tuduhan-tuduhan yang mungkin diada-adakan dan direka-reka bagi menjatuhkan kredibiliti Anwar, dari kes liwat hinggalah ke kes rasuah.

    Walaupun tuduhan-tuduhan itu belum dibicarakan dan belum diputuskan oleh makamah, tetapi ia sudah cukup untuk mengoyahkan kepercayaan orang ramai terutamanya pengundi di Permatang Pauh terhadap kewibawaan Anwar.

    Kelantangan dan kepetahan Anwar sangat digeruni oleh kerajaan BN yang memerintah, oleh itu BN ada sebab yang kuat untuk cuba sedaya yang mungkin bagi menyekat Anwar dapat bercakap di Dewan Parlimen.

    Melihat kepada sambutan pengundi-pengundi di Permatang Pauh hari ini yang memberansangkan kepada Anwar memang sukar untuk BN menang dalam pilihanraya kecil itu.

    Nampaknya usaha melalui cara demokrasi memang BN tidak dapat menyekat kemaraan Anwar ke Parlimen.

    Pilihan yang ada kepada kerajaan BN selepas ini bagi menyekat Anwar ialah dengan menggunakan penjara dan makamah sahaja. Kita tidak berasa pelik selepas ini kerajaan BN akan menggunakan BPR, makamah dan polis untuk menahan Anwar dalam penjara bagi kesalahan yang diada-adakan atau direka-reka.

    Taktik yang digunakan pada tahun 1998 mungkin akan berulang lagi, penjara saja yang dapat melenyapkan suara Anwar.

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum Dr.Khir.

    Lebih baik kita serahkan semua ini kepada Allah, dia Maha Memelihara dan Maha Bijaksana. Semoga Malaysia terhindar dari laknat Allah.

    ReplyDelete
  39. Aku tak paham la dgn JAWA SEKOR ni... macamlah kamu ni dulu prihatin & kuat bekerja utk rakyat... Kalau tidak masakan rakyat berpakat menolak juak2 kamu di Selangor!... Oh ya aku terlupa... kamu memang sibuk dok buat facial dulu....

    ReplyDelete
  40. dr,

    saya berasa bertuah dapat jumpa dan bersalam dr masa mkn di kasim mustapha bandar sunway tempoh hari,

    terus kan usaha dr .. kami pemuda umno di pmtg pauh sedar punca kelemahan di dalam parti.. saya sebagai salah sorang pemuda umno merayu agar dr dan pemimpin2 muda berjuang membuat perubahan di dalam pucuk pimpinan..

    kami sebagai golongan akar umbi agak sukar berkerja dah berkhidmat dalam situasi dan budaya umno yang makin parah..

    di pmtg pauh.. datuk jalil,arif syah dan ustaz pirduas bercakaran sesama sendiri.. ini realiti nya.. mana ada datuk jalil turun padang.. mana ada semangat parti.. buang la kepentingan diri..penting kan parti dari kedudukan.. perkara ni berlaku di mana2 saja..bila diri tak tercalon dan tergugat seluruh line up dia akan boikot..

    bohong la kalau kata beri sokongan..dari segi luaran saja ada la apa punya pemimpin mcm ni.. mmg tak layak langsung..

    saya percaya dan amat yakin.. kalau perubahan pucuk pimpinan dan budaya di dalam umno nanti maka rakyat pmtg pauh akan kembali menyokong umno..

    mereka dari PKR amat bersemangat dalam berjuang atas prinsip mereka,

    saya tabik spring dengan semangat yg begitu rupa..

    walau pun di kalangan pemuda ada yang masih setia sanggup berkerja siang malam utk parti adakah pemimpin sedar akan pengorbanan yang di tunai kan oleh kami di akar umbi.. tengok2 sama la yang di bawah.. jangan la tabur duit byk sgt..budaya kerja dalam umno semua nya pasal duit.. no money no talk.. saya malu.. maruah pemuda dan perjuangan kami hanya berlandaskan duit..

    mana pergi nya semangat..

    ketua pemuda bahagian .. cikgu zaidi.. pentingkan duit yang bukan line up dia di pulaukan.. gerak kerja jentera tidak di bantu..duit peruntukan pun dia sapu..pasal nanti dia ada pertandingan..so perlukan modal..ni la punca2 kejatuhan di dalam umno.. duit,kedudukan , cantas dan pulau..yang di tinggalkan akan kecewa.. akan jauh kan diri dari umno.. sayang sekali.. ramai pemimpin muda pmtg pauh jauhkan diri dari umno..mereka lebih rela dekati pkr ..


    kita perlukan reformasi di dalam parti.. saya berharap sangat dr dan pemimpin muda lain selain dari KJ berjuang dan buat perubahanan besar besaran..ubah budaya di dalam umno,ubah cara kita berkerja,ubah budaya politik duit..

    saya amat sayang pada parti umno, cukup terasa n sedih bila kalangan melayu begitu membenci perjuangan umno.. kita tak boleh salah kan orang.. kita kena cermin diri sendiri ..

    realiti nya DSAI akan menang dalam pilihanraya ni..sapa pun tak boleh pertikai..

    kami amat mermelukan reformasi di dalam umno..tolong la kami yang masih sayang parti umno ni..tolong kami untuk tolong parti umno..

    rayuan ini bukan bermakna kami lemah semangat dalam berjuang ..tapi kami memelukan perubahan dan reformasi untuk tambahkan semangat dalam perjuangan kan dasar umno,ubah la..kembalikan kan relevan umno di mata rakyat..

    saya tak tau mcm mana nak berhubung dengan dr so.. terpaksa la letak dalam comment ni.. biar semua org di dalam parti dan luar tahu apa itu umno..

    walaupun aku di dalam umno,tapi PKR amat dekat dan aku tahu perjalanan parti PKR ..orang dalam ramai yang aku kenal.. problem korang di peringkat tertinggi sama jer dengan umno.. so golongan bawah PKR .. pesan saya.. jgn mendabik dada.. anda semua pun sama bila memengang tampuk pemerintah negeri.. perkara yang saya cerita ni mmg berlaku di dalam pimpinan parti PKR.. jangan mendabik dada anda semua itu perfect.. jangan mendabik dada PKR itu parti maksum, teliti landas perjuangan anda .. 'PKR sekarang dah lari jauh dari landasan reformist 98' .. itu kata salah seorang pemimpin PKR tempatan yang amat rapat dengan aku,
    walau pun kita berlainan pendapat dan prinsip tak bermakna kamu semua betul..

    sekian
    pemuda umno pmtg pauh

    ReplyDelete
  41. Salam all bloggers..

    kenapela penyokong tegar BN ni beria-ia menyerang peribadi DSAI..dh tu semuanya tuduhan dan tomahan..

    mcm2 korang tuduh dia..ni semua pengaruh media berat sebelah je ni..korang tgk di sebelah pihak shj..cube korang ringan2 kan tangan dan minda dok tgk plak media pembangkang..bg ruang utk anda mengetahui perkara sebenar..

    salahkah DSAI utk membantu bangsa2 lain? baru je bg cadangan utk bantu bangsa lain,korang dh tuduh dia pengkianat bangsa dan mcm2 lg..

    abis korang ingat TGNA dan Utz Hadi tu tunggul ke?dia pun org berpengaruh dlm pakatan.mustahil TGNA/Utz Hadi akan biarkan bangsanya dikianati!!mana tau (dgn izin Allah) membantu bangsa lain akan menyebabkan bangsa2 lain tertarik dgn ISLAM (ini pun andaian jugak)..namun mmg andaian2 je yg kita buat..

    apasalah nye buat andaian yg molek2 pulak ye..Semoga ramai Muallaf lahir selepas ini..Amin..

    ReplyDelete
  42. tidak dapat dinafikan mmg PKR akan menang di permatang pauh.
    tapi mcm dr sri ckp.. majoriti undi akan menentukan adakah rakyat telah sedar @ rakyat mahu perubahan dr segi kepimpinan..

    saya rasa UMNO & BN itu sendiri salah.. cukuplah kita mmbaca Utusan Malaysia.. cukup byk hal2 yg meloyakan dlm UMNO..Politik wang.. & kenyataan sesetgh pimpinan uMNo sendiri yg bercakap pasal politik wang.

    adakah ini akan menjadi faktor kemenangan UMNO.. jika uMNo tidak muhasabah diri & buang korupsi2 umNO yg mempunyai kepentingan sendiri maka UMNO & BN tidak akan maju.. samalah juga dgn MCA & MIC..

    kesemua parti diatas perlukan OVERHOUL yg serius utk memenangi semula hati rakyat..

    Satu cadangan saya kepada DR SRi.. percepatkan kemasukan Ahli UMNO.. tiru cara PAS & PKR.. kemasukan sbg ahli secara online & dalam masa seminggu ke dua minggu telah dapat kad result..

    UMNO? huh.. sudah 6-7bulan saya apply ahli.. tak tahu apa dah jadi.. byk profesional muda yg terasa utk berbakti kepada UMNO atas sbb dasarnya.. tapi kerenah birokrasi dlm UMNO sendiri menyebabkn semangat tersebut lenyap..

    ReplyDelete
  43. where is the tsunami politic from umno? is it too small, too shallow to drown even a cat? you must be kidding with everyone of us, our beloved MR KHIR.

    1) kemenangan DATO S.ANWAR IBRAHIM di PP bukan membuktikan beliau seorang 'cheerleader' ttp 'leader on top of all' if not 'leader of all rubbish'. rubbish in this case refers to the current umno/bn politician, they are absolutely garbage when it comes to serving the people.

    2) Rakyat terpaksa memberi undian kepada DSAI bukan kerana beliau seorang yg kaliber, tetapi mananya orang kaliber dr Umno. kalau diberi peha dan tulang, takkan lah pilih tulang betul MR.KHIR? i hope this is one great slap to all politicians to wake up from day dreaming, to realise why are they elected in the first place.

    3) IF 'they' think that by 'swearing', or insisting that the country will be sold to AMERICA would garner some votes, YES it will...but goes to the opposition. This is pure stupidity to make such prejudgement before anything... is just like i am saying 'if bn won this time, the people will be made slave for yugoslavia' which will make me sounded stupid!!!! believe me the people dont vote for stupid leaders.

    4) last but not least is who is arif shah?? they must be kidding sending 'baby' to go for 'war'. Strongly i believed that, DSAI will win tonight. The presence of all leaders from BN/UMNO doesnt even scare DSAI even a bit. His victory tonight(hopefully) will indicate that he alone is more than enough to shake the whole organisation of BN/UMNO, what a shame for a party that leads country for over 50 years!!

    5) The people put up hopes on DSAI just like what they did for MR BADAWI... it doesnt guarantee that he will fulfill his sweet promises, but who cares? the 'rakyat' is going to decide if he still fits into organisation after 4 years.

    ReplyDelete
  44. assalamualaikum dato' seri,

    saya tertarik untuk menjawab komen pantas berani dato mengenai cabaran dato seri agar anwar bersumpah...

    akhirnya penjelasan majlis fatwa dibentangkan dan ternyata latahan dato seri adalah berbentuk kecaman.. ini kerana dari menanyakannya kelak...

    setelah keputusan keluar, nyata dan pasti majoriti yang diperolehi anwar melebihi apa yang dato seri rasakan..jelas rakyat mahukan perubahan.. dan ini petanda politik assabiyah yang dibawa umno hampir berkubur dan semakin ditolak rakyat kecuali yang bermata $$$$$$ semata-mata.

    dato' seri,
    again... fikir2kan lah apa yang terbaik untuk malaysia. buang ego dato seri, perjuangan melayu penting tetapi jgn ketepikan islam dan hak rakyat malaysia... jgn pertahankan yang batil, kerana yang hak dituntut rakyat dan dipertanggungjawabkan tuhan


    lihatlah bagaimana bn mengeksploit jentere kerajaan dan media...seolah2 terdesak sehingga menyisihkan keadilan.. dan lihatlah.. bagaimana penglibatan najib dalam peranan saiful...
    lakukan solat istikharah.. dan bersamalah dengan pergerakan ummah...

    yakinlah bukan bn yang bagi rezeki.. tetapi allah

    ReplyDelete
  45. otai

    Kita telah amanahkan kuasa orang melayu kepada satu puak yang kita semua nobatkan sebagai pemimpin sejak 50 tahun yang lalu.

    Jika hilang kuasa tersebut tentulah mereka yang menghilangkan kerana gagal membawa amanah yang diberikan kepada mereka.

    Sebenarnya kuasa orang melayu tidak hilang. Apa yang terjadi sekarang, setelah 50 tahun kuasa tersebut diberi kepada pemimpin sekarang, didapati kuasa tersebut gagal dimanafaatkan untuk memartabatkan orang melayu dipersada perdana.

    Jadi semakin ramai orang melayu sedar dan cuba mengambilbalik kuasa tersebut. Itulah hakikatnya.

    bat8

    ReplyDelete
  46. “Victory Cries” After Permatang Pauh By-Election.
    “Laungan-Laungan Kemenangan” Selepas Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh.
    ----------------------------------

    “Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

    “Hail! Man of Honour” walks again in the Corridors of Power

    Posted at http://patek1472.wordpress.com

    ReplyDelete
  47. encik nuar menang, 15000 lebih undi.

    con'fremto'. apa di atas?

    :D

    silent mood tu ghupe2nye nak berpihak kepada PKR....

    ReplyDelete
  48. errmmmm udah udah ler tuh tok, mana ade pengundi atas pagar dlm pru 12 nak beri undi pada bn lagi. memang dah terbukti be end dah nak tenggelam, semua org tahu tok. tok jer yang masih dalam mimpi lagi be end akan menang. rakyat sekarang sudah pandai menilai dan memilih. udah udah ler tuhhh....

    ReplyDelete
  49. kemenangan besar PKR di P.Pauh menandakan UMNO sudah tidak di terima rakyat.

    UMNO sudah sampai ke penghujung jalan.

    Seluruh jentera kerajaan di guna kan untuk menentang PKR tetapi malang nye UMNO kalah teruk juga.

    Api kemarahan rakyat sudah tidak dapat di padam kan lagi.

    Bersedia lah UMNO untuk menerima hakikat bahawa UMNO sudah TIDAK LAKU lagi.

    ReplyDelete
  50. apa ni Dato' .. majoriti BN kurang.. Anwar menang besar.. adui.. habis la UMNO dalam mesyuarat bahagian nanti. ishhh..

    ReplyDelete
  51. dah menang dah pun
    mr.khir kena terima hakikat
    hakikat rakyat sudah mula bersuara
    suara rakyat penuh kuasa
    kuasa memecat kerajaan yg dilantik
    memecat kerana korup

    saya cadang mr.kkhir join PR demi agama, bangsa dan negara. PR perlukan org spt mr.khir

    ReplyDelete
  52. Salam,

    Saya menulis posting ini setelah keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh diketahui. Dan pemenangnya ialah Anwar.

    Kalau kita percaya bahawa pengundi adalah orang yang bijak,kita kenalah mempercayai bahawa majoriti pengundi di Permatang Pauh telah menggunakan kebijaksanaan mereka.

    Seorang dua pengundi mungkin silap. Akan tetapi, apabila lebih 31,000 memilih Anwar, mereka tentu tidak melakukan kesilapan!

    ReplyDelete
  53. hai anak toyo...
    sedarlah ckit jangan tulis nak sedar mulut je. hang ceramah malam tu pun ada berapa kerat je yang mai.tu pun umno tot-tot.

    ReplyDelete
  54. Lafaz sumpah hanya lepas proses perundangan - Majlis Fatwa

    KUALA TERENGGANU, 26 Ogos (Hrkh) - Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
    Iklan




    Bernama melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam melakukan sumpah itu, ia perlu melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu yang dituduh serta mereka yang menuduh dan ia tidak semestinya dilakukan hanya di masjid.

    Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpama itu pada masa akan datang.

    "Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan.

    "Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan," katanya.

    Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rumusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu bukan berpihak kepada mana-mana individu sebaliknya ia adalah untuk menegakkan kebenaran mengikut syariat Islam.

    "Undang-undang Islam adil dan jangan harus khuatir memikirkan perbicaraan melalui perundangan dan muhabalah boleh dilakukan di mahkamah ataupun di luar mahkamah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat.

    "Kedua-dua pihak berkenaan mesti berada dalam situasi yang mengizinkan muhabalah atau sumpah itu dilakukan.

    Tidak semestinya kedua-dua pihak itu berada pada satu tempat tetapi kedua-duanya mesti terlibat (melafaz sumpah)," katanya.

    Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan atau memanipulasi isu berkenaan kerana sebarang persoalan mengenainya perlu dirujuk kepada ulama atau kitab-kitab agama.

    Ditanya sama ada lafaz sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful mengikut syariat, Ahmad Zahid menjelaskan apa yang dilakukan bekas pembantu peribadi Anwar itu adalah bagi membersihkan nama dan imejnya.

    Beliau berkata tindakan Mohd Saiful bersumpah dengan memegang kitab suci al-Quran dan dilakukan dalam masjid adalah perkara-perkara teknikal yang tidak dipertikaikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

    "(Bagaimanapun) kita berpendapat apa yang telah berlaku dijadikan pengajaran untuk kes-kes akan datang," katanya.

    Ahmad Zahid menasihatkan umat Islam supaya tidak melakukan lafaz sumpah sewenang-wenang termasuk terhadap perkara remeh-temeh dan menjadikan perbuatan itu sebagai satu trend.

    Beliau berkata sebarang lafaz sumpah itu perlu dilakukan selepas proses perundangan berjalan kerana jika seseorang itu kerap berbuat demikian, sumpah tersebut tiada nilai dan orang ramai tidak akan mempercayainya.

    ReplyDelete
  55. Salam,

    Kalau saya tidak salah, dalam Islam, mendedahkan keaiban seseorang bukanlah satu kemestian. Malah ada ayat Quran dan hadis yang lebih menggalakkan kita melindungi atau menutup keaiban seseorang.

    Dalam hubungan ini, tindakan Mahathir mengaibkan Anwar (dengan menunduhnya melakukan liwat) pada tahun 1998, jelas telah membawa bencana dan malapetaka kepada UMNO dan politik Malaysia.

    Mujurlah dalam pilihan raya tahun 1999, majoriti orang bukan Melayu masih menyokong BN. Kalau tidak, pada tahun tersebut mungkin BN sudah pun gulung tikar kerana pukulan ombak dan gelombang reformasi.

    Tahun 2008, taktik politik mengaibkan Anwar dengan menuduhnya melakukan liwat diulangi semula. Seorang anak muda yang gagah, dan dipercayai sukar diliwat oleh orang tua seperti Anwar,kalau dia tidak mahu, disuruh bersumpah untuk mengaibkan Anwar.

    Tapi apakah hasilnya? Majoriti rakyat nampaknya tidak percaya, malah terus menyokong Anwar, kerana mungkin tindakan mengaibkan Anwar bukanlah tindakan yang selaras dengan akhlak Islam.

    Tindakan mengaibkan Anwar hanyalah satu tindakan politik.Kerana itu tidaklah menghairankan jika rakyat di Permatang Pauh menghukum BN, dan bukan menghukum Anwar!

    ReplyDelete
  56. Nampaknya tiada 'silent majority' yang berpihak kepada BN. BN tewas dengan majoriti yang lebih besar berbanding dengan PRU yang lalu.

    Mengapa ini berlaku? Adakah BN sudah obsolete? BN perlu muhasabah diri.

    ReplyDelete
  57. Salam DSKT,

    Anwar dah menang. BN dah bungkus. Ini fakta yang jelas. Yang bersorak kuat ialah BN (dengan isu liwat & sumpah), tapi yang bekerja kuat untuk menang ialah PR.

    Dalam pemilihan pemimpin untuk bersorak, dalam UMNO pun 2x5 saja. Cuma DSKT lihat dalam PAU, cakap sikit sorak dan tepuk saja lebih. Lepas PAU, semua buat bodah macam tak ada apa-apa yang berlaku. Yang pasti, duit habis untuk buat beli-belah di gerai sekitar PAU dan kompleks beli-belah di sekitar PWTC.

    Oleh itu, sudah-sudahlah korek isu dalam kain orang. Isu jijik dalam kain UMNO pun beum habis diubati lagi. UMNO akan kembali dihormati jika masalah dalamannya selesai di samping menampilkan para pemimpin yang jauh lebih berwibawa dari yang ada sekarang termasuk DSKT sendiri.

    ReplyDelete
  58. Datuk,

    Pilihanraya umum adalah ingatan...pilihanraya kecil Permatang Pauh memberi Datuk peluang untuk berfikir....

    Jalan mana nak ku tuju....sesat di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan.

    Dunia belum khiamat Datuk.....

    ReplyDelete
  59. Bro Khir Toyo,

    Anggap aja la UMNO dah hampir pupus.. Awat bro tak turun kempen.. Dah tau nak kalah sebenarnya.. Artikel ni buat penyedap ja..

    ReplyDelete
  60. Dear Toyo,

    Tahniah kerana tewas teruk dalam Pilihan raya kecil PP.

    Tunggulah dan menunggu hari kau dalam kapal yang sedang tenggelam tu---UMNO.

    ReplyDelete
  61. Dr Khir! anwar menang laa!
    ape komen Najib?

    "yaa.. kita terima dgn hati terbuka. keputusan ini menunjuk demokrasi di Msia berjalan dgn baik.."

    sepatutnye die jawab camni..

    "oh ya.. nampaknya segala kempen tuk mengaibkan anwar tak menjadi. kita sudah gunakan segala alat kerajaan yg ada.. media..polis.. tapi x jalan juga. dulu PR-12 ingat kita nak belajar drpd kesilapan. tapi tah..cam best la guna media kerajaan ni. ada kuasa ni seronok pulak nak hentam individu tertentu. tgk la camne lepas ni.. kita akan buat post-mortem.. anyway, tahniah Anwar! saya nak bercuti gi Mongolia lah.."

    ReplyDelete
  62. Ds Khir anak Toyo...

    Aku gelak dan bersyukur kerana sempat keluar daripada umno yang penuh dgn dosa sebelum pilihan raya permatang pauh. Aku gelak habis...khir toyo ni turut berkempen di permatang pauh tapi berapa kerat aje yg datang. Dah lah di selangor dah kena sumpah jadi ketua pembangkang di permatang pauh sibuk pula nak mempertahankan saiful sesumpah itu.

    Baik engkau mengucap baliklah anak toyo...sebab aku tengok engkau dan kawan sekutu engkau najib dah sesat jauh sangat.

    Keputusan pilahan raya kecil permatang pauh sebanyak majoriti lebih kurang 15000 telah di sumpah kepada umno. Tu pun tak sedar lagi ke anak toyo maram perapu. Aku nak nasihat supaya umno ni kuburkan saja dan tanam 3 nisan sekali sebab tanda kubur org yang telah sesat dari islam.

    Satu lagi cadangan....blog anak toyo ni ditutup saja sebab banyak nak fitnah orang daripada nak menegak bangsanya dan menegak benang yang basah. Engkau tak layak nak pimpin umat kerana setiap daging atau darah yg mengalir dalam tubuh engkau di penuhi dosa-dosa.

    Bertaubat lah anak toyo...sempat lagi. aku perhatikan engkau selalu kena sumpah dalam blog engkau ni. Rakyat tidak mahu umno lagi kerana parti ni dikenali sebagai parti SESUMPAH dan tiada arah tuju untuk menolong rakyat dan cuma untuk mengkayakan diri sendiri sahaja.

    Kita tunggulah dan pasti parti umno pasti akan menerima sumpahan yang dasyat pada bulan september ni. Oleh itu untuk nak menyelamatkan parti umno....semua menteri kabinat dan termasuk engkau anak toyo perlu letak jawatan dan perlu dilakukan reformasi. Kalau tidak sertai pas atau keadilan yang pasti membela rakyat.

    Tolong kirim salam kat adik angkat engkau...ezam anak kepada m. noor. Ni lagi satu penyebab Bn boleh kalah dalam pr di permatang pauh. Betapa bodohnya umno menerima makhluk yang paling jahat di muka bumi ini dan pasti ezam ni bukan pemimpin yg tulin dan tiada pendirian teguh. Kemana menghilangnya kotak-kotaknya dan pasti sekarang telah di penuhi wang yg berjuta-juta. Beginilah pendirian pemimpin umno termasuk anak toyo ini...dan yg paling pasti ezam telah diperkudakan oleh umno.

    Ayuh lah khir....tunailah t/jawap mu kepada rakyat yang memilih mu untuk bekerja dan bukan nak menyibuk tepi kain orang kerana dimaklumkan pengaruh mu sendiri telah semakin berkurangan. Rakyat dah jelek dgn umno yang lupa diri.

    Khir...tak layak aku nak panggil engkau dato' seri lagi kerana sifat engkau yang suka menjatuhkan umat sendiri dan suka menangguk di air yang keruh.

    ReplyDelete
  63. Apalah yang hendak dirisaukan tentang DSAI akan jual agama, bangsa dan negara.PR dianggotai PAS yang benar2 memperjuangkan hak orang ISLAM dan melayu khususnya.Tok guru pun dah menyatakan kalau dalam kabinet lebih bangsa lain dari bangsa melayu PAS tak teragak2 keluar dr PR.Siapalah PR tanpa PAS untuk membentuk kerajaan baru.Walaupun pilihanraya lepas menunjukkan PAS parti terlemah dalam PR.Tetapi setiap kerusi parlimen membawa erti kepada PR.

    ReplyDelete
  64. Rakyat dah menyampah dengan budaya penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin BN. Agensi kerajaan di gunakan untuk tujuan politik, bajet untuk orang kampung digunakan untuk kempen pilihanraya, duit bajet jabatan kesihatan daerah pun guna untuk raih kepentingan politik, pergi kempen parti pun guna kereta kerajaan dan duit minyak kerajaan, pastu laju je luluskan rang undang undang untuk kenakan lawan politik bukannya untuk memudahkan beban rakyat. Di ambang merdeka ni pun rasanya kita sambut sendiri sendiri je sebab pemimpin umno sibuk dengan kempen permatang pauh.
    Datuk seri, rakyat sekarang ni dah ramai yang cerdik dan celik mata. Kalau pemimpin tak ikut sama cerdik, memanglah tak layak jadi pemimpin. Mudah-mudahan Allah berikan kesedaran dan kecerdikan kepada mereka yang ingin menjadi pemimpin sebab saya tak boleh hormat pemimpin yang nampak tak reti reti bahasa yang tetap fikir dia boleh perbodohkan saya dengan cakap-cakap bombastik tetapi kurang fakta, kurang pengkajian dan kurang persediaan.
    Kita dah kepercayaan kepada pemimpin BN. Cakaplah siapa liwat siapa pun, ada autograf Anwar di seluar dalam Saiful ke, Bust tunjuk resit hantar duit ke Anwar ke, kita tak boleh nak percaya dah. Jadi tak usahlah abiskan tenaga dan duit lagi untuk kempen seumpama itu. Nasihat saya, lupakanlah Anwar tuh dan tumpukan seluruh tenaga untuk berikan kebajikan kepada rakyat. Jangan ugut ugut pulak. Tunjukkan UMNO dan berubah, dah baik, dah insaf dan dah bersih tak angkuh lagi. Bantu orang kampung dengan banyakkan bantuan dan tunjuk ajar projek untuk naikkan kampung. Tak perlu canangkan ini projek kerajaan barisan nasional pun orang akan tahu juga. Hanya kalau canang nanti, nampak tak ikhlas dan akan di tolak oleh orang yang memang menyampah dan berdendam dengan BN. DrKhir pun di Selangor tu, bantu Khalid Ibrahim tu bawa kemajuan kepada Selangor. Jangan sabotaj sebab nanti orang akan tahu juga dan org memang dah chap Dato ni pendengki. Jadi mulakan dengan mengubah persepsi tuh. Kembalikan khidmat kepada rakyat dan bukan untuk sendiri atau parti. Rakyat akan nampak nanti sebab rakyat dah cerdik.

    ReplyDelete
  65. Nampaknya saudara Khir ni tak bangun bangun lagi dari tidurnya. BN sudah TEWAS di Permatang Pauh. Apakah ahli ahli BN semua ini pekak dan buta sehingga tak dapat dengar dan lihat suara keramat rakyat yg menolak kemungkaran BN.

    ReplyDelete
  66. DSKT,

    Apa? Anwar menang besar..lebih besar majority dari Wan Azizah..kenapa?

    Kenapa lawan dengan bekas banduan aka OKU pun boleh kalah?

    Selak-selak balik news utusan malaysia, berita harian, TV3 3-4 hari lepas nak tergelak baca statement Najib, Ezam, Nalla tak kurang KJ gak. Terang2 media pro-BN tolong buat perang saraf.. kalah jugak..sampai takder ruang utk pihak satu lagi..kenapa?

    Saifool angkat sumpah, Najib angkat sumpah, Tajol Rosli pun sibuk angkat sumpah..Tapi sikit pun tak menggugat undi Anwar. Kenapa?

    Sentimen UITM nak bukak pada non-malay...habis ditiup oleh pak misai sampai budak2 UITM yg tak tau hujung pangkal ntah grad ker kantoi esok lusa tu, sibuk gi demo sampai lupa diri.. tak jugak kurangkan majority Anwar. Kenapa?

    Tu belum citer perisikan yg dibayar oleh Ariff Shah pada orang tua, orang cacat.. tak jalan jugak..yg ni wallahualam lah..

    Mungkin orang permatang pauh tak suka Anwar..tapi mereka lebih benci BN/UMNO.. tu jer sebab kalah.. Takkan lah tu pun tak boleh pikir.

    Buat apa undi Arif Shah untuk menang tapi nanti esok kuar statement dalam berita.. UMNO masih diterima, BN masih relevan, yg dapat nama sapa..yg lupa diri sapa? tu lah pemimpin2 UMNO yg sedang bersandar kekenyanganan naik kereta mewah bersama anak bini tanpa bayar minyak dari duit poket sendiri.

    Belum cerita yg naik kapal terbang business class sampai tak muat kaum kerabat pi oversea.

    Belajar-belajar lah beli kain putih, masuk dan ikat akhirnya terjun dan kambus sendiri dalam lubang. Itulah yg sesuai untuk pemimpin UMNO.

    ReplyDelete
  67. haa..haaa...haaa..sudah sudah la tu dato..rakyat dah makin cerdik..!!!

    ReplyDelete
  68. Salam Tok Tempe...

    Apa perasaan dan komen ok tempe kemenangan DSAI dengan majoriti yg besar? Masih rasa BN diterima ramai ker?

    ReplyDelete
  69. Dear Datok
    Saya menulis dari Latinen Brahnenkatu Helsinki Finland setelah Anwar menag majoriti 31000 undi. Banyak blog atau blogers UMNO@BN menyalahkan DS Abdullah atas bencana menimpa UMNO@BN ini amat pelik tapi benar!. Apakah DS Abdullah mentadbir parti seorang diri?dimana tanggungjawab MT? AJk UMNO dsb? Sepatutnya keseluruhan UMNO mesti dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan atas bencana ini. Apakah bila DS Najib menjawat jwtan PM maka kudis dan nanah UMNO akan sembuh sertamerta? Ingat semua menteri dan MT UMNO adalah liabiliti pada UMNO@RAKYAT.

    Sekian

    ReplyDelete
  70. Guess What DSAI has won...
    Oh you are soo screwed and you know that...On behalf of the rakyat, your indonesian 'behind' is gonna get such a whooping for all the racist quips and sentiments you have openly made.
    Still remember the time before the 2008 General Election when u shooed the press away and made a statement that BN does not need the votes of the Non-Malays?...Guess what happened next?..You lost the MB of Selangor position to PKR...Hahaha thats karma for your sorry behind...All that corruption u left behind is now being unveiled bit by bit...Enjoy the peace u may have for now..Its just the calm before the 'storm'..

    ReplyDelete
  71. BN dah kalah beb.....BN dah tak releven...korang buat le apa pun...korang fitnah la camna pun...tapi kami tak termakan tipu daya BN lagi dah...sbb apa..kami suma ni lagi cerdik dari korang2 yang ada kat BN....BODOH NYEEEEE

    ReplyDelete
  72. Sudah la Datuk Sri.... berpijak la di bumi yang nyata.... Bak kata Che Det, mereka bukan beri undi pada DSAI, tapi beri undi utk jatuhkan Pak Lah. Tak paham lagi ke...??? Bak kata pembahas dalam blog mana tah, kata UMNO sedang sakit dan perlu makan ubat. Ubat tak dimakan tapi suruh orang lain makan ubat.

    Buat Datuk Sri, jadilah pembangkang yang baik di Selangor. InsyaALLAH dapat jadi pembangkang terbaik atau tersohor. Jadi terbaik bukan bangkang apa TKI buat sekarang ya....??

    ReplyDelete
  73. Malaysia akan dapat PM baru dari Pakatan Rakyat melalui Tawaran lompat Parti..... Lelongan awan telah dibuka mulai sekarang kepada ahli parlimen Barisan Nasional - dgn jawatan yg ditawarkan menjadi Menteri & Timbalan Menteri. Siapa cepat dia dapat, Terhad 31 kekosongan sahaja ......macam pisang panas ini. Parti Bebas pun boleh juga memohon. Good by Najib Altantuya & Pok Loh Hadhari ......bye..bye samseng UMNO kg Dusun.

    ReplyDelete
  74. Kita lihat sahajalah apa akan berlaku...siapakah yang benar siapa
    yg salah..pihak mana yang benar dan pihak mana yg salah...

    Apa yang telah digembar-gemburkan..
    tentang...sifat-sifat yg baik,
    sifat-sifat yg jahat,sikap yg terpuji
    dan sikap yg terkeji,perbuatan yg mulia dan perbuatan yg hina.

    Tindakan yg diterima rakyat dan tindakan yg ditolak rakyat,siapa yang mencaci,menfitnah,berbohong,
    kata dusta,kata nista dan janji kosong....siapa yg bergelumang dengan penyakit K.K.N yg telah,sedang dan akan dijangkiti....

    RAKYAT SEDANG MENANTIKAN....
    KEINDAHAN ATAU KESURAMAN....

    ReplyDelete
  75. Dr.
    BN dah kalah di Permatang Pauh.. apa komen tuan?

    ReplyDelete
  76. Cuma ada dua je talian hayat umno skang. tapi talian hayat ini pasti takkan diguna pakai.

    1. 80% dari ahli majlis yg amat tinggi umno kene letak jawatan dari kabinet dan wajib dipecat dari keahlian umno. Ini termasuk dollah dan anak menantu. paling wajib dipecat adalah najib aka NAJIS!

    2. turunkan harga minyak ke paras 90 sen seliter dan perangi habis habisan kenaikan harga barang2 keperluan.

    =========

    Ada satu cara je untuk kuburkan PR dari politik malaysia. Bagi PR memerintah untuk satu penggal kita tgk samada mereka mampu atau tidak menurunkan harga minyak dan kembalikan kecemerlangan ekonomi Malaysia. Kalau mereka gagal, PR AKAN TERPADAM TERUS DARI HATI RAKYAT.

    KALAU MEREKA BERJAYA, UMNO AKAN TERKUBUR TERUS DARI MALAYSIA..

    UMNO SANGAT BODOH! Dgn mengekang politik anwar ibrahim, ianya semakin membuat rakyat tak sabar memadamkan UMNO dari bumi malaysia. UMNO terlalu mudah melatah.

    Melayu umno terlampau sibuk dgn ketuanan melayu. aku nak tanya, kalaulah malaysia terima ancaman perang dari luar, siapa yg akan angkat senjata mempertahankan malaysia ni? bukankah melayu cina dan india itu turut sama pertahankan negara ni???

    TUAN TUAN MELAYU KAT ATAS SANA YG SIBUK PASAL KETUANAN MELAYU ITULAH YANG AKAN CABUT LARI DAN BERSEMBUNYI KAT RUMAH2 MEREKA DI LUAR NEGARA!

    ReplyDelete
  77. Assalamualaikum dr.


    Memang Anwar Ibrahim menang dalam prk PP

    Jadi UMNO perlu berubah supaya ia menjadi parti yg kukuh dimata rakyat dan di masa hadapan

    Tidak dapat tidak pemimpin mestilah bermuhasabah diri
    supaya mereka terlihat bersih dan berbau bersih

    Tangannilah rasuah tanpa memilih bulu, kerana rasuahlah akan memusnahkan bangsa dan negara

    Merdekalah kita dari perasaan hasad dan dengki
    Merdekalah kita dari rasuah
    Merdekalah kita dari perkara perkara mungkar

    Allah akan memberi petunjuk kepada mereka yang beriman

    ReplyDelete
  78. UMNO DULU PEMBELA BANGSA.

    UMNO KINI PEMUSNAH BANGSA DAN NEGARA.

    UMNO SELAMANYA TIDAK LAGI RELEVAN.

    ReplyDelete
  79. ssalammualaikum DS. seperti ramalan saya dulu ternyata ianya mmg tepat.kekalahan umno bukan kerana calon yg di letakkan di situ. tetapi keenganan abdullah badawi meletak jawatan dari PM yg menyebabkan kekalahan UMNO.jgn salahkan rakyat jika mereka tak mengundi UMNO. salahkan kesombongan paklah dan pemimpin pemimpin umno yg buta hati tidak mahu menghormati kehendak rakyat. Insyaalah PRU13 nanti UMNO akan jadi pasti pembangkang di parlimen.
    Just wait and see.

    ReplyDelete
  80. KENAPA PERMATANG PAUH DI PILIH OLEH ANWAR? ANWAR SEORANG YANG TIDAK BERANI BERTANDING DI TEMPAT LAIN.KALAU ORANG PERMATANG PAUH MAHUKAN ANWAR SAYA TIDAK HAIRAN,BANYAK LAGI KUBU KUAT BN YANG MASIH KUKUH DI NEGERI-NEGERI LAIN.JANGAN INGAT BN/UMNO AKAN JATUH.TAHUN INI MEMANG RAMAI ORANG UMNO TIDAK MENGUNDI KERANA PROTES TETAPI MASANYA AKAN TIBA JUA.UMNO AKAN MENJADI PEMBANGKANG YANG BAIK DI MASA AKAN DATANG.SEMUA INI MENJADI PENGAJARAN PADA UMNO TETAPI UMNO TIDAK AKAN PUPUS KERANA PERJUANGAN BELUM SELESAI.SEKARANG INI PAKATAN RAKYAT BOLEH BERSUKA RIA BERGELAK KETAWA KERANA MEREKA FIKIR MAJORITI RAKYAT TERUTAMA ORANG MELAYU AKAN MENYOKONG PERJUANGAN SONGSANG MEREKA.PAKATAN RAKYAT SUDAH BERKUASA DI SELANGOR TAPI JANGAN SAMPAI MEROSAKKAN APA YANG DI BINA SELAMA INI.INGAT RAKYAT AKAN MENENTUKAN JATUH BANGUN SESEBUAH KERAJAAN BARU YANG TIDAK KONSISTEN.SEKIAN.

    ReplyDelete
  81. Assalam'kum Dato' Seri,

    Begitu angkuh sekali ramalan Dato Seri mengenai keupayaan BN di Permatang Pauh. Hari ini Anwar Ibrahim telah menang lebih 15,000 majority. Jauh sekali dari ramalan Dato' Seri.

    Apa agak nya alasan BN kali ni? Tak ada alasan sebenarnya. Ianya bukan satu kiraan Matematik sepertimana Dato Seri cuba meramal dalam topik ini. Kekalahan BN hari ini adalah hasil tanggapan rakyat terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak lagi menjuangkan hasrat rakyat lagi korup.

    Seperti UMNO, Dato Seri harus berubah. Sejak kebelakangan ini blog Dato Seri kerap menyentuh isu perkauman dan lebih suka mengeritik Anwar Ibrahim daripada membincangkan isu rakyat. Apatah lagi tentang tuduhan liwat yang tidak berasas itu. Walau apa pun yang diterangkan oleh pihak UMNO dan kerajaan, tidak ada sesiapa pun boleh terima bahawa Anwar Ibrahim telah melakukan tuduhan yang terkutuk itu. Kemungkinan besar Dato Seri kerap menumpukan kepada isu isu ini kerana hasrat Dato Seri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda tidak?

    Sebagai seorang ahli, saya boleh cakap terang-terang bahawa taktik 'ultra melayu' ini sungguh kolot dan tidak menarik sama sekali kepada pemuda UMNO. Pemuda inginkan perubahan dari pimpinan Pak Lah dan membenteras rasuah politik yang telah merosakan parti tersayang ini. Kami bukan mahukan Ketua pemuda fanatik ultra-melayu.

    Dato Seri kerap berkempen seluruh negara dengan ceramah dan cerita yang sama sahaja. Cerita bagaimana Dato Seri ini orang kampung yang memahami masalah orang kampung yang lain dan sebagainya. Tapi yang Dato Seri tidak sedar, kebanyakan ahli pemuda UMNO tidak termakan dengan 'sales pitch' seperti itu. Pemuda UMNO mahukan pemimpin yang berani menyuarakan kebenaran dan menegakkan demokrasi parti. Oleh kerana itu saya percaya Datuk Mukhriz akan menang kepercayaan akar umbi.

    Saya cabar keberanian Dato Seri untuk menulis tentang perubahan yang perlu dilaksanakan untuk membangkit semula UMNO dari krisis ini, serta isu isu pentadbiran bukan sahaja kerajaan Selangor tetapi kerajaan persekutuan. Kalau benar Dato Seri memegang impian untuk menyandang jawatan Ketua Pemuda satu hari nanti, harus diterima realiti yang jawatan cabinet juga bakal disandang oleh Dato Seri.

    Harup Dato Seri tidak menolak cadangan saya yang ikhlas ini.

    Sekian.

    Wassalam

    ReplyDelete
  82. kannnn....

    nak tergelak bila baca point no. 8....apa uols cakap???..bn ambik pendekatan sederhana??.halooo...si keri tu berdekah2 cakap bagao nak rak serang peribadi DSAI, tak cukup ngan tu si ezam plak pot pet pot pet....

    udah-udah lah tu ye pokcik....bole tak pokcik bersumpah yg muka pokcik semulajadi chanteque...bukan pakai botox...leh tak ni???

    ReplyDelete
  83. Datuk Seri,

    Lama tidak berbahas di sini. Walaubagaimanapun, sebagai ahli MT, rasanya elok Datuk Seri membawa mesej rakyat kepada pemimpin tertinggi UMNO tentang keresahan kami. Datuk tahu pandangan saya. Saya pernah menempelak Datuk di blog ini.

    Rata-rata rakyat/ahli UMNO melihat UMNO sudah tidak relevan dan menyokong pemimpin membabi buta. Sekiranya ini berterusan tanpa ada tindakandrastik, saya rasa 16 September bukanlah sesuatu yang mustahil.

    ReplyDelete
  84. About time, you and your gang migrate lah, the more you open your mouth, the more the stinking smell comes out, I hope you and the gang understand what the people want.... dendam sudah bernanah....

    ReplyDelete
  85. Salam...

    Kekalahan BN memang sudah dijangka lebih awal2 lagi...Ini kerana Anwar lebih bergaya(siapa tak tertarik dengan bodguard Anwaryang macho tu...best kalau liwat ni...hihihi jgn mare lawak )...

    BN perlu sedar bahawa rakan-rakan anda bukan semua boleh diharap hanya cakap di depan saja....tetapi kalau Anwar pakai parti yang melambangkan melayu saja serta BN hanya pakai lambang UMNO mungkin akan ada perbezaan.Ini kerana bilangan bukan melayu yang ramai keluaq dan mereka tidak ada siapa berani mengusik atau cuit pon jika dibandingkan dengan orang melayu baru kena getak dah takut.

    ReplyDelete
  86. REVIEW PERMATANG PAUH - ANWAR HARUS TEPATI JANJI, JANGAN TERUS MENIPU RAKYAT.

    http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/08/28/fullfill-the-manifest-anwar/

    ReplyDelete
  87. salam dr khir...

    saya harap dr khir dah sedar dari tidur..DSAI menang dengan majoriti lebih tinggi..HAHAHAHAHAHA...sabar je la aku ngan orang tak sedar diri ni..cermin diri sendiri..dr khir kerja untuk rakyat atau keje untuk tembolok sendiri?

    ReplyDelete
  88. salam,

    mmg Datuk Dr Khir pandai main sentimen jer... dulu dok kata pembangkang sifar kat Selangor... cittt pooooorraaaaahhhh!!!..

    udah2 la Datuk...

    ReplyDelete
  89. Pemimpin UMNO masih tidak dapat menerima kenyataan yang orang Melayu dah menyampah dengan mereka.

    Parti sudah hendak berkubur pun tidak mahu berubah. RASUAH, RASUAH, RASUAH, itulah UMNO.

    Sekarang ini UMNO perlu selamatkan PETRONAS dari jatuh ke tangan menantu Pak Lah, KJ yang menjadi dalang Singapura.

    ReplyDelete
  90. wah . . . . ada apa di Blog ini, kontroversi banget isi nya n komentnya . . .
    keep Post, sir. . .
    pro or kontra . . .
    Post jalan terusss. . .
    terimakasih diizinkan comment

    ReplyDelete
  91. wak.. kabare...

    kepiye, umeno dah kalah terok. segala hulubalang, pembesar dan belanja juta-juta tak boleh lawan satu orang...ish..ish..ish...

    camna nak takbir negara? kalau orang kampung pun dah tak percaya, ini kan pulak nak ajak ornag luar datang melabur kat negara kita...ish...ish...ish...

    taklama lagi, umeno akan jadik footnote aje dalam sejarah negara.

    ReplyDelete
  92. Dr Khir,

    Pada hemat saya, elok lah UMNO menilai apa itu UMNO sebenarnya. Saya ada bertanya kepada seorang Ketua Pemuda Bahagian di Selangor ada tak dia pergi ke Permatang Pauh. Dia kata ada. Soalan susulan saya ialah mengapa dia tidak berada di sana semasa proses berkempen sedang hebat berlaku. Jawapan dia ialah, mana nak larat. Pergi 2-3 hari menelan belanja 3-4 ribu. Saya terkejut dan bertanya, mengapa begitu banyak ? Dia menjawab, semua perbelanjaan untuk pergi adalah dari kocek dia dan dia kena bayar makan minum dan segala-segalanya untuk rakan-rakan(mestilah ahli umno) yang didalam rombongan dia.

    Saya terkejut, macam ini ahli umno sekarang ni. Semua nak harap ketua, ketua kena bayar semua perbelanjaan mereka.

    Dr, apa nak jadi dengan UMNO kalau beginilah ahli-ahlinya. semua kena dibayarkan untuk mereka. Macam mana UMNO hendak kuat ? Macam mana UMNO ingin berubah ?

    Dr. sendiri tahu yang pemilihan di bahagian sedang giat berlaku. Di mana semua pegawai-pegawai di bahagian sedang mempertahankan jkerusi empuk masing-masing. Saya naik meluat bila mendengar cerita-cerita yang berlaku di cawangan2 di sini. Semua gila kuasa.

    Kalau keadaan ini berterusan, maknanya berkuburlah UMNO.

    ReplyDelete
  93. perlu fikirkan masa depan MELAYU..jangan ikut perasaan dan hati,fikir akibatnya nanti dan UMNO perlu berubah..segalanya..PAKLAH PERLU STEP DOWN

    ReplyDelete
  94. Kalau UMNO mahu terus kukuh, ambil perundangan Islam sebenarnya - Hudud, Qisas, alim - ulamak & umarak. Bukan berhukum dengan HADHARI, sudah berzina dan mengandung. Altantuya pula dibunuh, ingat ke senang nak keluarkan BOM dari simpanan peluru POLIS DiRaja, semak buku rekodnya, siapa yg menyuruh ambil BOM itu. Mabuk arak sebat 80 rotan dikhalayat ramai. Riba' ....Rasuah ...mainan UMNO. Selagi berhukum dgn Hadhari. SELAMAT TINGGAL BARISAN NASIONAL

    ReplyDelete
  95. Still in denial! Remember the song "Wake up, wake up!".

    ReplyDelete
  96. Insyaalah PRU13 nanti UMNO akan jadi pasti pembangkang di parlimen.
    Just wait and see.

    selagi sifat Tamak haloba, projek, rasuah, pecah amanah amalan demokrasi yang betul dari BN. Good By lah BN

    ReplyDelete
  97. umnosejati

    pejuangan UMNO yang sebenar adalah sekarang, semasa masih menjadi kerajaan. Ialah perjuangan pulun harta rakyat untuk kayakan diri sendiri dan kaum kerabat. Bukan untuk orang melayu yang sebahagian besarnya masih berada di kampong.

    Bila dah jadi pembangkang, mana lagi dah ada perjuangan. Kuasa dah tak ada. Kuasa untuk rompak harta rakyat dah tak ade. Silap-silap time tu, DSKT pun dah masuk PKR atau PAS.

    Jangan la dok mimpi siang hari wak.

    bat8

    ReplyDelete
  98. khas buat khir toyo n juak2 umnonya....


    PRU yg lepas UMNO dah kalah,
    UMNO yg lemah tetap berhelah,
    Di P44 UMNO terus berdakyah,
    Hasilnya UMNO semakin rebah…

    Jika hendak seribu daya,
    Jika x hendak seribu dalih,
    Sedihnya ada melayu yg dok percaya,
    MeLAYU ni lah yg UMNO hendak sembelih…

    Nasi lemak buah bidara,
    Sayang selasih saya lurutkan,
    Kerana kuasa kerana harta,
    Inilah yg sebenarnya UMNO perjuangkan…

    Pulau pandan jauh ke tengah,
    Gunung daik bercabang tiga,
    Cakap dollah kami tak caya dah,
    Gila..!lidah dia pun bercabang tiga…

    Indahnya kata Dato’ Laksamana,
    “Takkan Melayu hilang didunia”,
    Kata Tokdet “melayu mudah lupa”,
    Dollah plak cakap,”pi lah tanya menantu saya”…

    Buah cempedak diluar pagar,
    Ambik galah tolong jolokkan,
    Org no.2 UMNO dah makin ketar,
    Impian menjadi PM jadi angan tak kesampaian…

    Burung merpati terbang beribu,
    Hinggap seekor diatas dahan,
    TOKDET dah nyanyuk cakap pun merapu,
    Jadi lawak jenaka tak berkesudahan…

    Dagang pak malau dagang bertempat,
    Dagang hamba musafir lalu,
    Dagang UMNO hanya bertempat,
    Dah semesti untuk kaum kerabat,kroni dan Menantu@anak hantu…

    Buah langsat kuning mencelah,
    Senduduk tidak berbunga lagi,
    UMNO nak hidup pun tak lama dah,
    Bersamalah kita talkinkan nanti…

    Limau purut lebat di pangkal,
    Sayang selasih condong uratnya,
    Didunia ni tiada yang kekal,
    Ke liang lahad jua UMNO akhirnya…

    Raja adil Raja disembah,
    Raja zalim Raja disanggah,
    Sedarlah melayu,sudah2lah,
    UMNO dok mohong hangpa berabad dah…

    Tuai padi antara masak,
    Besok jangan layu-layuan,
    UMNO yg KORUP kian terdesak,
    Sampaikan sibontot saiFOOL diwayangkan…

    Dua tiga kucing berlari,
    Manakan sama si kucing belang,
    Dah tiga orang yg pencen Perdana Menteri,
    Tinggalkan UMNO si kaki temberang…

    Kalau padi katakan padi,
    Tidaklah saya tertampi-tampi,
    Perjuangan untuk bangsa atau untuk diri sendiri,
    Woi!! Org2 UMNO jawablah sendiri…

    Kota Pahang dimakan api,
    Antara Jati dengan Bentan,
    UMNO terus-terusanlah dibuai mimpi,
    Tunggu korang kami kapankan…

    Anak cina memasang lukah,
    Lukah dipasang diTanjung Jati,
    Ayuhlah Melayu kita berhijrah,
    Dalam PAKATAN RAKYAT kita bersatu hati...

    ReplyDelete
  99. sayang seribu kali sayang..
    UMNO seharusnya telah lama sedar terutama sekali selepas PRU 12 ari tu.. kenapa susah sangat pak-pak menteri nak paham situasi ni? punca nya dah jelas dan nyata sekali.. pucuk pimpinan perlu ditukar dan digantikan.. selagi begini lah keadaan nya hancur lah UMNO.. bukan setakat itu silap-silap boleh pupus terus.. apa peranan datuk sebagai ahli UMNO? mana suara datuk?? kamon lah datuk.. adakah datuk mau umno trus terkubur.. tolong lah sedarkan rakan-rakan datuk..

    ReplyDelete
  100. Berpijaklah dibumi yang nyata. Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada UMNO dan marah dengan UMNO yang suka memperbodohkan mentaliti mereka.

    Perubahan harus berlaku dalam pimpinan UMNO. Kekalahan UMNO bukanlah kerana UMNO tidak bersatu, tetapi kerana rakyat sudah begitu lama disakiti, muak, benci dan hilang kepercayaan kepada pimpinan UMNO. Jadi sikap berkeras UMNO untuk terus tidak membuat perubahan akan merugikan UMNO sendiri. Bersatu macam manapun para pemimpin UMNO sekarang, ia tidak akan mengubat hati rakyat.

    ReplyDelete
  101. Keputusan dah keluai DSAI menang...aku antara pengundi "silent majority" nak buat rumusan sikit dari PRKPP44..
    1.Jentera BN P.Pauh..bila pemimipin datang mereka serbu...pemimpin hilang mereka tidoq..aparaa
    2.Korupsi duit pengundi luar untuk kroni sendiri. Ahli UMNO(BN)senbdiri yang tak puas hati merungut kat belakang-(pastikan ketua-ketua pilihanraya yabng bersih..ini banyak penyangak dalam jentera UMNO ni)
    3.Bila aku pergi pondok panas BN rasa diri macam orang asing dengan sikap eksklusif BN tapi bila pergi Pakatan..rasa diri macam sebahagian dari mereka..mesra rakyat(rasa macam "dari rakyat kepada rakyat")
    4. Golongan muda(35 tahun kebawah)dah tak termakan gula-gula Pemimpin BN mengenai hak orang Islam dan Melayu walaupun mereka sedar kepentengan tersebut. Sebabnya.."dah kalah..dah kenyang(poket dah tebal)..ada hati nak cakap pasal memperjuang melayu dan islam..-cakap tak serupa bikin..pejuang kononnya???..mereka melihat pemimpin Pakatan lebih bersih dan prihatin kepada rakyat...BN???(masa pilihanraya pun salahguna wang sampai sesama parti pun tak ngam...camna nak menang??)...
    Sedarlah saudara Khir Toyo...renungkanlah rumusan dari rakyat yang kecil ini.......p/s saja nak provok ketua-ketua kempen PKR dengan pertanyaan "DSAI dah menang dan selamat menjalankan amanah Allah"...dan ini jawapannya Alhamdullilah dia menang dan akan menjalankan amanah Allah..KITA RAKYAT AKAN MEMANTAU DIA"..kalau tanya ketua-ketua kempen BN dengan soalan provokasi..melommpatt atau jawab macam orang jual ubat...tiada nilai intelek dan satyu lagi ketinggalan teknologi...."Rakyat muak dengan slogan retorik"

    ReplyDelete
  102. Sdr luthfi dan sahabat bloggers lain,

    berkait dgn angkat sumpah sebenarnya tidak perlu saksi,sebenarnya ia adalah diantara kita dan allah swt,kalau benarlah kaedah tersebut tidak betul.kumpulkan lah ulamak ulamak yang pada pandangan dsai betul dan panggil sdr saiful dan dsai sendiri,angkat sumpah bersama sama,selesaikan secara terhormat,kenapa berdolak dalik,selebihnya serahkan saja kpd allah swt.mengenai kes mahkamah itu peraturan dunia,biar hakim tentukan,bagi saya jika kita tidak buat salah mengapa harus takut serahkan nasib kita pada allah swt.
    bukankah allah itu maha adil lagi maha mengetahui keatas segala sesuatu.

    ReplyDelete
  103. Sdr 4dbetter dan sahabat bloggers lain,

    Selama saya menjawat jawatan mb saya telah laksanakan apa yang sepatutnya saya lakukan,saya tak pernah kesal kerana selangor terus membangun walaupon saya sedar saya tidak akan dapat memuaskan hati dan kehendak semua orang.

    sekarang saya dalam keadaan yang lebih relaks,menikmati kehidupan yang lebih baik tanpa bebanan kerja yang terlampau.kepada pakatan rakyat jangan banyak bercakap tentang keburukan orang lain,tiba masanya utk melaksanakan janji menifesto mereka.rakyat akan membuat pengadilan terhadap sdr,jangan terlalu bongkak dgn kuasa yang ada sehingga tidak boleh ditegur lagi.

    ReplyDelete
  104. Sudahlah!!!

    Berapa ramai rakyat Pasir Panjang dan Sungai Panjang yg dapat nikmat semasa kamu jadi MB. Setakat teloq ayam dah heboh satu dunia. Bila org nak bagi air percuma ko sibuk membantah. Apa punyer pemimpin ni?????

    ReplyDelete
  105. Salam,

    Jika ingin UMNO kembali relevan, ia harus berubah.. Jika kini UMNO adalah United Malay National Organisation.. ia harus diubah kepada United Malaysia National Organisation... insyaallah ia akan kembali relevan...

    kat US pon omputih dah bleh terima african american sebagai calon presiden.. ternyata politik perkauman sempit tidak lagi diterima oleh kebanyakan masyarakat...

    ReplyDelete
  106. "kepada pakatan rakyat jangan banyak bercakap tentang keburukan orang lain" - dr Khir

    hahaha look who's talking..?? yg UMNO sibuk buruk2kan anwar tu ape kebendanya?

    anyway, pasal sumpah ni..
    Dr Khir xde isu lain dah ke? x habis2 pasal sumpah. nape nk sibuk sgt pasal sumpah ni? kes tu dh bawak ke mahkamah pon. biar la mahkamah tentukan. anwar bukan macam najib.. tajol rosli.. sikit2 nak sumpah. pemimpin yg ade pengikut mana bole buat macam tu. benda ni dah jadi benda mainan. org yg tak paham akan sesuka hati bersumpah. saya sangat mengharapkan Dr Khir rujuk la pada para ulamak pasal benda ni. dan pada pendapat saya, org yg bersalah je suka sangat bersumpah ni..sebab die xde bukti. so semata-mata kononnya nak bersihkan nama..die bersumpah la..habis kes. ni bukan cara Islam..

    ReplyDelete
  107. wow..beratnye bahan bacaan ini!!...tapi..menarik sangat comment2 yang terpacul di blog Dr nih....takpelah Dr...sebenarnya mereka bukan membenci Dr...mereka juga tidak membenci UMNO, BN atau bangsa mereka sendiri...cuma..mereka membenci penindasan secara senyap yang dilakukan oleh pihak2 tertentu (and you absolutely know who..)...mereka inginkan pembaharuan yang mampu membawa mereka keluar dari kekusutan...dah tak larat dudok kat bawah orang yang sama, tapi tak de pape pon...plak tu hanya dapat tgk orang bergembira sambil menghabiskan duit rakyat....erm..(sorry, ter emo sikit.....) btw, saya taknak sentuh pasal semua yang Dr tulis...itu pandangan peribadi Dr...dan juga pandangan peribadi komentar2 lain..semoga kite semua akan terus maju dan aman..Amin!!...Berjuanglah orang Melayu!!!...one more thing, kalau Dr tengah bosan-bosan tuh...Dr g arr lawat blog saya...sebab Dr sudah di "tagged"...hehehhee...ini permintaan kecik je...kengkawan suruh saya "tag" Dr..nak tengok jugak, macammane agaknya orang politik jawab soalan-soalan lazim bagi orang biasa...kalo tanak jawab kat dalam blog...jawab je kat ruangan komen dalam blog sya tuh...hehhee...(alamak semua orang nak tau ni..!)..k Dr. take care...and good luck with the tag questions!! tanak jawab takpe...(kawan saya pon cakap Dr takkan jawab...)sorry Dr....(aku last komentar ke? hehehe..bestnye..)

    ReplyDelete
  108. DS Khir,
    Fantasi DS untuk melihat BN menang di P44 tidak menjadi realiti dan sebaliknya fantasi DS Anwar untuk menjadi PM mungkin menjadi realiti dengan menjadi MP P44.
    Pemerhati politik seperti saya berpendapat usaha BN/UMNO semakin sukar untuk merampas 5+1 negeri dengan adanya DSAI di Dewan Rakyat.
    UMNO/BN semakin bergelora walaupun media arus perdana mewarwarkan perpecahan PR.
    Usaha UMNO/BN mengambil Ezam dan Nalla sebagai pemidato di kempen P44 tak mendatangkan hasil dan sebaliknya menjadi liabiliti umpama mendokong biawak hidup.
    Fitnah bercetak yang di taburkan di P44 tak mampu mengubah undi P44.
    Sesumpah DS Najib dan Saiful juga tak mampu menukar undi sebaliknya mengurangkan undi BN.
    Saya mencabar DSKT, sekiranya DSKT mengatakan pengundi masih menyokong UMNO/BN, letak jawatan sebagai ADUN dan biar rakyat menentukan pilihan mereka. Sekiranya calon DSKT menang dalam PRK itu, saya akan terus memberi undi pada BN/UMNO untuk masa-masa akan datang. Berani kah DSKT??

    ReplyDelete
  109. kepada yg berbahagia daro khir, seronok membaca komen2 dalam blog dato, harap segala pandangan dapat penilaian yg sewajarnya dari dato dan blogers lain. saya percaya setiap kita mempunyai kata hati sendiri yg bole menilai mana yg baik dan mana yg buruk, kerana hati dalam diri kita tak pernah menipu diri kita..hanya keegoaan kita saja yg tidak mahu mengakui akan kebenaran segala sesuatu. kita semua akan kembali kepada Allah SWT, segala perbuatan jahat dan baik pasti akan dapat pembalasannya, dimana hari yg tangan dan kaki akan berkata2 dan menjadi saksi atas perbuatan kita, dunia hanya pinjaman, banyakkan usaha kearah bekalan utk mencapai kebahagiaan akhirat...

    berkenaan kes DSAi, rakyat marhean telah membuat keputsan utk membela org teraniaya, tidakkan pemimpin umno dan dato sendiri terfikir sensitiviti rakyt bukan setakat di permatang pauh malah seluruh dunia dan malysia sendiri, bagaimana kes DSAI ini telah bnyk memberikan kesan yg buruk kepada imej, moral pemipin Umno sendiri dalam menyekat kebebasan bersuara dan kebebsan memilih kepimpinan yg lebih telus dan bermoral...sedar2 le bawalah bertaubat...

    ReplyDelete
  110. DSKT

    Kaedah bersumpah walaupun ada perbezaan pendapat akan kesahihannya, rasanya bukan merupakan satu masaalah besar yang tidak dapat diselesaikan apabila tiba masa perlu dibuat sumpah tersebut.

    Yang dipersoalkan adalah timing,sidang akhbar selepas sumpah, kemunculan bapa saiful pada mlm sebelum membuang undi PRK Pematang Pauh, isu tersebut dijadi bahan kempen oleh UMNO termasuk DSNTR.

    Tidak boleh disalahkan jika ada dikalangan rakyat berpendapat bahawa sumpah saiful tu bermotifkan politik.

    Yang paling menyedihkan bagaimana isu sumpah ini dipermainkan demi kepentingan politik. Tak nak nmati ke hangpa semua. Tak ada Padang Masyar ke esok? Apa politik itu menjadi syarat utama yang dihitung Allah di Padang masyar besok untuk menentukan syurga neraka?


    aTengok dari gelagat permainan politik mutakir ini, agaknya pada pandangan ahli politik kita itulah perkara utama yang akan di hisab oleh Allah sebab itu depa sanggup mempersendakan Ugama.

    bat8

    ReplyDelete
  111. sampai bila la ahli BN nak sedar.. terutama orang2 seperti Dr. Khir. subhanallah...

    ReplyDelete
  112. Dr khir, seronok membaca komen2 dalam blog ini. tahniah pada Dr yg bersikap terbuka utk menerima dan mendengar pandangan blogers lain.

    Dalam hal DSAI ni, tentunya Dr sendiri tahu dalam diri seorang manusia itu mempunyai satu kata hati yg suci bersih, yg jika didalami dan hayati sejenak lebih2 lagi selepas solat, tentunya akan dapat melihat kebenaran...hati kita tak pernah menipu diri kita...

    Sepanjang pemerhatian saya, segala senario yg berlaku telah menjelaskan kedudukan sebenar fitnah yg dikenakan kpd DSAI...kalau rakyt permatang pauh lebih 80% mengkut kiraan sebenar (xtermsuk pengundi hantu yg dtg kemudian) telah menyatakan pendirian mereka, dan rakyt2 diluar penyokong2 datang berbondong2 berpuluhribu tanpa habuan tetapi dgn rela dan perbelanjaan sendiri. mereka ini walaupun dgn tidak dapat mengundi, sanggup berkampung untuk menunjukkan sokongan. kita lihat pula pandangan dan kritikan masyarakat antarabangsa yg agak pedas...dimanakah pemimpin UMNO yg saya rasa xsemua yg setuju dgn fitnah ini hendak mempertahankan lg dakwaan palsu yg sungguh menjijikkan.

    Contohi dato muhhiddin yg cpt sedar dan sanggup menerima hakikat bahawa rakyt dah muak dan inginkan perubahan,,,sedarlah buat kali yg kedua selepas PRU12, sedar bahawa kami dah muak, jijik, nyampah, meluat dgn tohmahan ini...sedarlah sebelum pemimpin UMNO semua dihumban oleh rakyat...

    ReplyDelete
  113. Dr khir, seronok membaca komen2 dalam blog ini. tahniah pada Dr yg bersikap terbuka utk menerima dan mendengar pandangan blogers lain.

    Dalam hal DSAI ni, tentunya Dr sendiri tahu dalam diri seorang manusia itu mempunyai satu kata hati yg suci bersih, yg jika didalami dan hayati sejenak lebih2 lagi selepas solat, tentunya akan dapat melihat kebenaran...hati kita tak pernah menipu diri kita...

    Sepanjang pemerhatian saya, segala senario yg berlaku telah menjelaskan kedudukan sebenar fitnah yg dikenakan kpd DSAI...kalau rakyt permatang pauh lebih 80% mengkut kiraan sebenar (xtermsuk pengundi hantu yg dtg kemudian) telah menyatakan pendirian mereka, dan rakyt2 diluar penyokong2 datang berbondong2 berpuluhribu tanpa habuan tetapi dgn rela dan perbelanjaan sendiri. mereka ini walaupun dgn tidak dapat mengundi, sanggup berkampung untuk menunjukkan sokongan. kita lihat pula pandangan dan kritikan masyarakat antarabangsa yg agak pedas...dimanakah pemimpin UMNO yg saya rasa xsemua yg setuju dgn fitnah ini hendak mempertahankan lg dakwaan palsu yg sungguh menjijikkan.

    Contohi dato muhhiddin yg cpt sedar dan sanggup menerima hakikat bahawa rakyt dah muak dan inginkan perubahan,,,sedarlah buat kali yg kedua selepas PRU12, sedar bahawa kami dah muak, jijik, nyampah, meluat dgn tohmahan ini...sedarlah sebelum pemimpin UMNO semua dihumban oleh rakyat...

    ReplyDelete
  114. Dr. Khir, any comments on the below?

    Public land gone!

    Friday, 29 August 2008 12:04
    by R. Nadeswaran and Terence Fernandez, THE SUN

    What was supposed to be land for facilities for the people in the up-market Bandar Utama township has ended up in private hands.


    All it took was for the previous members of the Selangor Executive Council to agree and for the then mentri besar to alienate the land to individuals, bodies, corporations – and even political parties.

    The result: the sprawling township does not have a fire station – on the land designated for it sits a used-car dealership. Even land meant for surau is in private hands – a car showroom and furniture centre.

    All in all, seven parcels of land meant for public amenities have been misused.

    When developer Damansara Jaya Development Sdn Bhd, submitted the layout plans for the entire area, the State Town Planner had indicated that land must be set aside for the common use of the residents, including schools, bus shelters, post office, etc.

    In this instance, the layout plan was submitted and approved in 1991 but the sale of the land took place much later – before March 8 when the people voted in a new government.

    Apart from the loss of the fire station and surau, what was meant to be a food court is now another car showroom, and what should have been a balai raya (community hall) is now someone’s home!

    Apart from this illegal use of land, an apartment complex sits on land meant for a secondary school.

    However, not all of these parcels of land have been alienated to individuals. Political parties have also got into the action and hijacked some of them.

    The land on which Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)’s building is located was meant for a telecommunications exchange, while the Malaysian Indian Congress (MIC) now owns a parcel of land designated for a Tamil school.

    ‘The whole process of alienating the land could be illegal’

    Planning expert and Petaling Jaya City Council (MBPJ) councillor Derek Fernandez believes that the whole process of alienating the land was illegal since it is incumbent on developers to provide basic infrastructure when developing a township or residential area.

    "I can’t go into specifics as I don’t have the full facts, but according to the Town and Country Planning Act (TCPA) 1976, such land can be used only for the purposes specified in the layout plan presented by the developer.

    "Any attempt to amend that use will require a public hearing and I doubt this was done, judging from how the previous administration was doing things," he said, adding that any change in the designation is illegal unless the zoning has been changed in according with the TCPA.

    Fernandez said as far as the present administration of MBPJ is concerned, any amendment to the developer’s layout plan, requires a public hearing.

    "Even after the hearing is held, we will ultimately decide on the propriety of the development, guided by the principles of public interest," he said, adding that he will discuss with his colleagues at the council on the available remedies to this situation.

    ReplyDelete
  115. Khir anak toyo...

    Aku nak nasihat engkau jadilah bagi komen tentang sesumpah saiful kerana majlis fatwa dah ulah dan rakyat dah faham semua dah.

    Sapa engkau nak cakap pasal hukum tuhan kerana engkau sendiri yang roboh surau. Rasuah situ sini.....dan dalam dewan undangan negeri aku dengar engkau ambil wang zakat jais untuk pertandingan golf...apa ni....Toyo.

    Bertaubatlah khir bin toyo...muhasabah dirilah. tgk macam dah tua sebab rambut dah putih atau ada penyakit lain atau dah kena bala.

    ReplyDelete
  116. Datuk,

    Cukuplah tu bicara soal sumpah menyumpah ni. Bukanlah nak pertahankan Anwar tapi benda tu tidak elok sangat bunyinya. Dah jadi bahan ketawa orang.

    Kalau pihak Saiful atau kerajaan betul-betul ada bukti, seret sahaja Anwar itu ke pengadilan. Biar mahkamah tentukan.

    Bukan apa Datuk, yang ruginya Islam. Janganlah kerana hendak mempertahankan parti assobiyah UMNO, kita sanggup melingkupkan agama kita.

    Hidup ini terlalu singkat Datuk. Ingatkan sikit tentang mati....

    ReplyDelete
  117. Kalau UMNO itu di pihak yang benar, buatlah solat hajat minta Allah tunjukkan kebenaran.

    Tapi pasti UMNO takut minta Allah tunjukkan kebenaran, kerana UMNO bukan di pihak yang benar.

    Saya cabar UMNO anjurkan Solat Hajat mohon Allah tunjukkan kebenaran. Tidak perlulah nak bersumpah, orang munafik pun boleh bbersumpah.

    ReplyDelete
  118. Bang, kalau abang terus ngan sikap dan pemikiran camni, bye bye bang...muekekekeekek

    ReplyDelete
  119. Dr. Khir ni tak habis2 nak mengutuk org. Kalau Dr. Khir berani sgt, sebutkan berapa juta Dr. Khir dpt sepanjang jadi MB hasil kegiatan rasuah. Kalau tak mcm mana boleh beli penthouse kat Melbourne. Betul tak?

    ReplyDelete
  120. Assalamualaikum dr.

    Kemenagan Anwar di permatang pauh
    tidak menjadikan kuasa bertukar tangan

    Yang pentingnya, Anwar mestilah dapat membersihkan dosanya yg bertapok tapok itu

    Pertuduhan LIWAT-kata Anwar Komplot
    Pertuduhan korupsi sebanyak 60juta?
    -kata Anwar, Nalla dah di beli UMNO
    untuk jatuhkan maruahnya
    Tuduhan Ezam-kata Anwar, mmglah orang dah tak suka kat kita mesti keluarkan perkara yg tak baik
    Bersumpah laknat-kata Anwar tuduhan di siasat bawah akta(suka sama suka)buat apa sumpah
    Pendapat saye, Anwar kena mengaku liwat meliwat ni mmg kerja dia

    Kawan saye seorang guru, katanya
    Dia pernah menangkap murid nya yg membawa vcd lucah yg ceritanya perlakuan sex jantan dengan jantan
    Bila disoal siasat, mendapati vcd ni senang didapati di tepi tepi jalan sahaja, oleh penjual cd haram

    Ape akan terjadi bila pemimpin sendiri mengamalkan nya

    Lu pikir lah sendiri

    ReplyDelete
  121. aparaaa hangpa semua asyik dok pekena DSKT je...kesian la skit kat tuan blog ni. Dah le datang blog orang....taji kow kow plak.

    Meh relax skit. Aku nak bawak cerita pasal bukti yang UMNO tunjuk sowang putri UMNO kena raba kat matang pauh tempohari. SIap tunjuk dengan baju koyak sekali.

    Tapi yang kelakarnya, jika diamati betul-betul kat baju tu, orang buta pun bleh bagitau, baju tu bukan koyak kena tarik TAPI MACAM KENA GUNTING! ELOK JE KOYAKNYA....

    Jadi kalau inilah standard kempen UMNO nak tipu orang melayu....sorilah sampai ayam balik reban pun orang melayu tak termakan dengan tipu muslihat ini.

    Teknik sesuai dalam tahun 60an dulu je. teknik ni sama la kelasnya bawak ezam dan nalla pi kg anwar cerita keburukan anwar kat orang kampung dia. Sumpah saiful pun sekelas jugak le.

    Walaubagaimanapun UMNO janganlah gusar sangat dengan kekalahan kat P44 - blum end of the world .

    UMNO masih ada peluang lagi nak tunjukkan kecerdikan mereka bila PRK DUN Sanglang yang akan diadakan tak lama lagi. KAlau masih gagal lagi, kemungkinan UMNO boleh mencuba lagi dalam PRK Bandar Baru Kulim.

    Selamat mencuba lagi! Kali ni jangan dok bawak modal dan stail kempen zaman tok kadok lagi.....zaman dah berubah, dunia dah maju...hehehe.

    bat8


    ps: DUN Sanglang adalah kubu kuat PAS. Dah 3 penggal PAS menang!

    ReplyDelete
  122. sudah larr toyo,terimalah hakikat yg UMNO sudah tak relevan pada orang melayu.Dulu aku percaya UMNO pembela masyarakat Melayu,tapi sekrang pembela kroni sahaja.Aku akui UMNO banyak buat pembangunan,banyak bangunan yang hebat dari hasil duit titik keringat rakyat.Tapi bila sebut pambangunan UMMAH dan MORAL,UMNO hanncusss..!!!

    Tak payah lar kau nak mecarut bukan2 TOYO,cukup larr 50 tahun untuk UMNO,bawak2 lar muhasabahkan diri tu.Banyak lagi kerja kau boleh buat daripada kau melontar ideologi kau yang terlalu sempit dan kolot dalam blog.

    Kau tak sedar ke yang kerajaan kau dulu banyak meninggalkan taik2 kat negeri selangor tu.Bila PR amik alih je,bukan main lagi kau ekk, melalak sini sana kononnya PR lah yang wat taik tu semua.Tak perlu larr kau nak melalak,rakyat tak bodoh dan berpikiran sempit seperti kau TOYO..!!!!!!

    ReplyDelete
  123. Sorry if I sound rude but I log in to your blog to see how narrow-minded and out of touch you are. Face the facts. Umno is losing it's popularity. Change now or be obsolete. Open your heart and listen to the rakyat.

    ReplyDelete
  124. KEPADA DS KHIR YANG DIHARAPKAN AKAN MENJADI PEMIMPIN YANG SEBENAR IAITU PEMIMPIN YANG BOLEH DIDAMPINGI DAN DISENANGI OLEH KAMI DISINI
    CUBA INGAT KEMBALI ARTIKEL SAYA TULIS DAHULU DIBAWAH INI DAN BANDINGKAN DENGAN KOMEN2 SERTA PANDANGAN BLOGGER YANG AGAK KRITIKEL...ADAKAH MEREKA INI PEROSAK UMNO ATAU GOLONGAN YANG SEBENARNYA SAYANGKAN UMNO?

    WMU350:-
    "Jika diizinkan saya mohon ds untuk saya berkongsi pandangan saya bersama blogger semua dalam blog ds.....jika kata2 saya ini keterlaluan dan menyinggung mana2 pihak pada ds,saya setuju jangan disiarkan disini.....ini hanyalah imbauan saya 10 tahun yang lepas

    ORANG MELAYU PERLU BERKORBAN SEKALI LAGI!!!!!!!!!!

    saya ingin mengimbas kembali kejadian 10 tahun dahulu sekitar 1998.
    saya berumur 24 tahun ketika itu dan mengikuti perkembangan politik walaupun saya tidak suka jadi orang politik,itulah sikap saya yang saya tahu,suka nak tahu apa yang berlaku walaupun tak dapat apa2 faedah.



    DS KHIR:-
    Saya rasa ada telah silap dgn mengatakan Tun M telah membuat konpirasi tuduhan liwat terhadap dsai hanya utk menghancurkan perancangan dsai utk menjadi pm pada ketika itu.Jika dilihat dari keputusan mahkamah rayuan menunujukkan 2 dari tiga hakim setuju perkara terbut dilakukan ole dsai,cuma terdapat ketidakaturan dalam fakta teknikal.

    jika benar kerajaan membuat konpirasi kali kedua dgn isu yang sama adalah suatu perkara yang bodoh krn tiada sebab kerajaan utk melakukannya.

    sebenarnya kerajaan tidak pernah melakukan sebarang konpirasi jauh sekali penipuan terhadap dsai,yang jelas terlalu banyak kenyataan dan pengakuan dsai yang jelas berbohong spt keracunan arsenik,sakit tulang belakang,tiada layanan baik dari penjara dan lain lain.

    mengenai kes saiful biarlah mahkamah menentukan kesahihannya,dsai tak perlu bimbang keadilan akan ditegakkan,jika dsai tak yakin dgn sistem kehakiman negara,beliau boleh melakukan mubahalah dan saya yakin dsai yakin dgn balasan dan keadilan allah swt

    WMU350:-
    maafkan saya,walaupun saya hormat dan kasih kepada pemimpin seperti ds khir tetapi apa yang saya katakan diartikel diatas adalah pandangan dan pendirian saya, keyakinan saya sehingga kini tetap tidak berubah....itulah yang sebenarnya berlaku...dan pada saya tidak menjadi kesalah jika kita mengaku dan memberi penjelasan kepada yang muda sekarang tentang apa yang saya percaya(saya tidak ada hak menyuruh semua orang bersetuju dengan saya tetapi saya tetap yakin dengan apa yang saya percaya),biar mereka faham dan janganlah takut kerana jika saya boleh berkorban dan menerima cara TUN…lama2 mereka pun boleh juga cuma golongan muda sekarang mahu dihormati dan diberi peluang untuk menyatakan pandangan mereka kepada apa yang mereka rasa walaupun berbeza.itulah yang patut umno buat bukan dihalang2 mereka ini


    MORAL PADA SAYA..........
    PANDANGAN KEBANYAKKAN BLOGGER YANG KRITIKEL DISINI ADALAH GOLONGAN MUDA SEBENARNYA SAYANG DAN MAHU MELIHAT UMNO BERADA DITEMPAT YANG DIHORMATI CUMA GOLONGAN INI MAHU MARUAH DAN KEJUJURAN YANG TOTAL...BUKAN NAMPAK SEOLAH2 ASYIK BERMUKA2 DILUARAN SAHAJA.DS KHIR KENA FAHAM BILA KITA BERBLOG DISINI DS KHIR JANGAN BERKECIL HATI DENGAN TEGURAN DAN PANDANGAN TETAPI DS KHIR SEHARUSNYA MENJADIKAN IA AZIMAT DAN SEMANGAT KERANA GOLONGAN DISINI MASIH MAHU MELAYARI LAMAN BLOG DS KHIR..SETIAP HARI DAN WAKTU SEMATA2 INGIN MEMBERI MAKLUMAT YANG TERUS TANPA BERLAPIK2 BAHASANYA.....
    DENGAN INI ADALAH MENJADI HARAPAN KAMI UNTUK DS KHIR MENEGUR KAWAN2 YANG TAK BETUL DIATAS SANA..BUKAN SEMUA PEMIMPIN UMNO TAK BAIK TETAPI DS KHIR PATUT TAHU DAN LAKUKAN PERKARA YANG SEPATUTNYA WALAUPUN PAHIT UNTUK DITELAN....

    PADA SAYA MELAYU ZAMAN SEKARANG BUKAN KESAH SANGAT JIKA ANWAR LIWAT ATAU TIDAK TETAPI MEREKA LEBIH JIJIK DAN MELUAT BILA MELIHAT PARTI YANG DIDOKONG OLEH AKAR UMBI MEMALUKAN KAMI SENDIRI OLEH KARENAH PEMIMPIN.KAMI MAHU KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN DALAM PERJUANG MEMBELA RAKYAT......INI YANG PEMIMPIN UMNO HARUS FAHAM DAN BELAJAR!SERTA BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT.JANGAN TUNGGU DAN CUBA TAKTIK2 LAPUK LAGI

    ReplyDelete
  125. Dato'

    Ni mana punya mazhab yg kata bersumpah tak perlu saksi nih. Saya pon nak belajar dari sekolah Dato' kalo ada. Kalu kita dengan Allah tak perlu lah bersumpah kerana yg tahu hanya ALLAH dan kita sendiri.

    Dapat saya perhatikan yg Dato' kini semakin meleret dari segi memberi pendapat.

    ReplyDelete
  126. Salam Dr,
    tadi saya sempat jengah blog che det, mungkin saya boleh menyandarkan hujah saya sedikit sebanyak berkenaan ketidaktelusan media, dan saya dapat buktikan yang memang ada sumber lain (yang boleh dianggap sumber asal) boleh diperolehi dari internet..
    contoh jelas dibuktikan sendiri dari mantan Perdana Menteri kita..
    Jadi mohonlah Dr buat sesuatu, saya amat kesal dan saya rasa itulah antara sebab kekalahan BN dalam pilihanraya tahun ini..
    Salam..Terima Kasih

    ReplyDelete
  127. Salam semua,

    Apa guna sumpah menyumpah?

    Kalau orang tu makan rasuah dan melakukan fitnah terbesar, ada fikir dia takut pada tuhan ke?

    Pada hemat saya, keengganan Anwar Ibrahim untuk menyumpah adalah amat wajar sekali. Adat angkat sumpah yang dipergunakan oleh pihak UMNO ini nyata bermotif politik dan hanya menunjukan tiada hormatnya pada al-Quran dan Islam.

    Wassalam

    ReplyDelete
  128. BERSATULAH MALAYSIA DI BAWAH PAYUNG BN!

    http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/08/30/lets-us-unite-malaysian/

    ReplyDelete
  129. Salam...

    Walaupun menang tetapi maruah diri sudah tiada,apatah Lompat si Katak Lompat menjadi agenda.

    Kita tahu pada Permatang Pauh hari itu yang memain peranan adalah bukan melayu serta golongan muda yang tidak belajaq tentang sejarah melayu dan Islam.Mungkin kerana janji-janji yang bermacam-macam akan memakan diri kerana apabila kita sudah berjanji maka ramai yang akan menagih janji tersebut.

    ReplyDelete
  130. Tunggu AAB bungkus macam DSK barulah orang Melayu akan kembali memangkah BN(dalam kes permatang pauh,UMNO).

    ReplyDelete
  131. Salam...

    Janji Anwar ada 2 TPM utk.cina ngan india,maka jika terjadi apa-apa kepada Anwar(kita mampu merancang tetapi Allah juga menentukanNya)siapa yang akan jadi pemangku PM...tepuk dada tanya nafsu....ini pernah terjadi semasa Umno diharamkan tetapi atas kebijaksanaan Tun Dr.M ia tidak menyebabkan kepimpinan negara tergugat.

    Janji umpama setinggi Gunung Fujiyama yang dingin tetapi berbahaya apabila ia meletup.Jika negara kita dah kucar kacir senang la anasir luaq campur tangan.

    Jika keadaan politik negara kucar kacir,harapan kepada Angkatan Tentera Malaysia(terutama Rejimen Askar Melayu Diraja dan cabang2 lain) kita supaya segera bertindak demi menyelamatkan negara daripada petualang yang menghancur negara serta ekonomi negara.

    ReplyDelete
  132. Salam...

    Cabaran supaya Umno sembahyang Hajat yang dicadang crystal dan blogger boleh dilakukan dan ia bukan masalah tetapi nanti ada bermacam-macam cerita yang akan dipolitikan seperti kena paksa atau disuruh orang atasan.
    Bersumpah dengan ikhlas kerana Allah tidak boleh dipermainkan atau dipersendakan.Jika kita Niat hanya kepada Allah dengan sempurna ditambah dengan sembahyang hanya kepad Allah Yang Maha Kuasa,kebenaran pasti menjelma.
    Anwar pernah buat Sembahyang Hajat pada tahun 1998/99
    tetapi beliau masuk Jel dan sakit belakang pulak yang menjadi isu.

    Apa pun kita serah kepada Allah Talla Tuhan Pencipta Alam semesta ini kerana dalam Al-Quran telah menerangkan segala-galanya.Dan ingat Nabi Junjungan Muhammad swt bahawa akhir zaman dunia ini berbagai macam perkara yang pernah dilakukan dizaman nabi terdahulu akan berulang serta yang mengaku bahawa mereka arif pada hukum agama bertelagahan sehingga menyebabkan perpecahan dan kehancuran kepada umat Islam

    ReplyDelete
  133. kulaan dan dskt,

    bukan generasi muda tak belajar sejarah... tetapi hakikatnya ; mereka tak tertipu dengan media tak macam dulu, baca surat kabar percaya bulat2.. sekarang media tanpa batasan dan rakyat bijak memikir... terang lagi bersuluh... 50 tahun bn masih gagal membentuk perpaduan utuh, masih mementingkan politik asyabiah dan masih mahu menegakkan benang yang basah,

    rakyat semakin bijak, tahu memikir perkara-perkara berikut :

    1. Asas perjuangan
    Bn berteraskan parti yang bersifat perkauman, men2nd classkan agama dari bangsa dan cita-cita individu,
    Harus diingat hukum hakam tuhan, bukan mainan.. tetapi cara terbaik untuk satukan rakyat berbilang bangsa.

    2. Agenda politik
    Agenda politik bn, mementingkan sesetengah pihak. Masuk parti bermotif $$$$$$... bukan untuk berkorban. Kebanyakkan pemimpim bermotif perjuangan individu semata-mata, bukan berkerja untuk rakyat. Duit rakyat masuk poket sendiri dan anak bini... Projek pergi kat mereka sahaja

    3. Halatuju dan kepentingan rakyat
    Harus diingat malaysia bumi bertuah, ade sumber tenaga, minyak dan gas, tanamannya subur, hasil hutan melimpah ruah, kilang bersebelah-sebelah, pelabuhan bersepah, keliling laut pula, iklim khatulistiwa, tapi rakyat masih susah. Kesilapan banyak dilakukan, perjanjian konsensi tol, IPP, dan pelbagai lagi hanya mengkayakan seorang dua, tapi menyusahkan 25 juta rakyat. Maaf kata, Bn sebagai pemegang amanah gagal mentadbir ekonomi dengan baik, prospek kewangan masa hadapan kurang aktif diteroka, dibiarkan begitu sahaja, urus tadbir dan karenah birokrasi 50 tahun lamanya, Apekebende?

    4. Mentaliti rakyat gagal diubah
    cina masih memikirkan cina, melayu lagi la pula, india pun sama. Kenapa begini? Sistem pendidikan terkebelakang.. jauh... Pendidikan alquraan harus diguna dan pendidikan kanak2 harus diawalkan. Pendidikan yang kini ada pun gagal menguatkan bangsa malaysia. Mane silapnye?

    kepada pemimpin2 semua,
    Jangan kata orang lain hanya pandai berkata, salahkan orang sini sana, tapi dia pun serupa, Dato seri, akuilah kesilapan lalu, ada kelemahannya kalau tak masakan rakyat muak, baca suratkabar dan tv pun tak percaya.... kami semua lihat dato' seri yang terkebelakang.. masih mempertahankan pemikiran yang dangkal. taksub dengan politik assabiyah dan asyik berkokok macam ayam tua.. Sape yang bersorak sebenarnya? Ini belum dibuka pasal kezaliman lalu...

    1. sistem kehakiman dipersenda - mcm dia yang punya.
    2. isa
    3. layanan kelas kedua kepada negeri kerajaan pembangkang
    4. Rahsuah2 yang tak terhingga
    5. byk lagi kalau nak cerita..

    insaplah pemimpin !!!

    saya masih rasa kepimpinan paklah terbaik buat masa ini,
    najib seorang yang gagal, lihat gambar anak2nye bersosial, latar belakang sosialnya dulu, perkahwinan pertamanya, Rosmah tu dulu siapa ( jgn dilupa), pasal altantuya , saya tak nak usik, bak kata dato seri tentang anwar, antara dia saiful dan tuhan, so najib pun sama.. tapi saya nampak dia bukan pemimpin baik untuk malaysia...

    saya menyedari bn akan buat apa sahaja, sanggup menipu semata-mata mahu terus berkuasa...

    selepas paklah diganti, demokrasi yang telah dibunuh pemimpin lalu akan dibunuh, saya nampak benda ini akan berlaku, saya expect : media akan diperkosa, hakim pun sama dan Isa diguna gila-gila....

    dato seri,
    takkan mahu gagal selama-lamanya? tak pernah ke rasa nak jadi pemimpin sebenar? sangup berkorban untuk kebenaran seperti mana anwar?
    dato seri masih sempat untuk perbaiki kesalahan lalu....

    ingatlah tuhan akan menanyakan apa yang kita buat kelak.. Nyata dan pasti..

    ReplyDelete
  134. Datuk Sri Dr Khir,

    Saya ialah salah seorang pengundi di Permatang Pauh yang telah mengundi DSAI kerana faktor faktor berikut:

    1.Kos sara hidup makin meningkat dalam masa setahun kebelakangan ini sehingga tiada penjimatan dari gaji kami untuk membuat simpanan .
    2. Polis yang didatangi dari seluruh negara ke tempat kami menyusahkan kehidupan harian kami kerana di sana sini ada polis road block seolah olah nak menakutkan kami untuk tidak mengundi PKR kerana DSAI ini sudah di cop penjenayah terulung di Malaysia.
    3. Kempen BN seolah olah telah awal awal lagi menjatuhkan hukuman bersalah ke atas DSAI dengan di tayangkan berulang ulang sumpah laknat si Saiful.
    4. Berita di akhbar akhbar dan TV tiap tiap hari menjatuhkan maruah DSAI dan ahli ahli PKR sehingga kami meluat tengok akhbar dan berita TV lebih lebih lagi TV3.
    5. Syarahan Ezam dan Nalla yang di datangi khas dari KL dan di taja khas oleh UMNO untuk memburukkan DSAI.
    6. Aksi KJ dan bodyguard bodyguardnya semacam gangster bertauliah di akhir akhir hari berkempen tanpa di ganggu oleh pihak Polis..
    7. Pekerja pekerja UMNO pun berlagak macam gangster di siang hari dgn mengugut yang kami akan ketinggalan jauh ke belakang dan projek projek pembaikan Permatang Pauh akan di boikot oleh Kerajaan Persekutuan jika kami menyokong DSAI.Macamlah kita ini bukan pembayar cukai dan semua wang negara kepunyaan BN/UMNO.
    8. SPR seolah di kontrol oleh BN dengan sengaja memilih hari Selasa untuk mengundi supaya majoriti boleh dikurangkan tetapi nasib baik Lim Guan Eng istihar cuti di seluruh Penang supaya kami semua boleh pergi merngundi.

    Di sebabkan perkara perkara di atas, sebahagian kami memutus untuk mengundi PKR semula supaya UMNO dan kuncu kuncunya boleh di ajar kali kedua setelah di ajar kali pertama pada 8 Mac lalu.Rupa rupanya UMNO mengalami kekalahan yang terhina setelah mendapat bilangan undi yang lebih kecil dari majoriti undi keseluruhan. Padan Muka UMNO !

    ReplyDelete
  135. Sdr 4dbetter dan sahabat bloggers lain,

    Selama saya menjawat jawatan mb saya telah laksanakan apa yang sepatutnya saya lakukan,saya tak pernah kesal kerana selangor terus membangun walaupon saya sedar saya tidak akan dapat memuaskan hati dan kehendak semua orang - Khir Toyo

    Pembangunan Bukit Cerakah? Cheetttt !!! Kitorang akan bongkar, relax la selagi boleh.

    ReplyDelete
  136. berkait dgn angkat sumpah sebenarnya tidak perlu saksi,sebenarnya ia adalah diantara kita dan allah swt,kalau benarlah kaedah tersebut tidak betul. - Khir Toyo

    Dato' Seri
    Kalau angkat sumpah untuk tujuan politik, seorang pun boleh. Tapi kalau untuk kebenaran, kedua dua pihak kena ada. Baru dapat tengok keadaan sebenar.
    Kalau seorang ... baik masuk TV, belasah cukup cukup, orang lain tak dapat jawab.
    Mentaliti tu kena ubah. Jangan berfikiran pada satu pihak saja.

    ReplyDelete
  137. Rakyat telah memilih dan kita akan lihat perkembangannya.

    www.malaymind.blogspot.com

    ReplyDelete
  138. Ape lah Dr.Khir ni....
    Muslihat demi muslihat....

    Sg.Besar pon xhebat mana pun pembangunannya...
    Berkhidmatlah utk rakyat..

    Ok lah Dr.Khir...
    Selamat Berjuang...

    ReplyDelete
  139. lepas ni tunggu 16 september pulak. ada apa2 komen DS? nak jugak dgr pandangan "kritikal" DS tentang ni.

    ReplyDelete
  140. Hadiah Penyapu masih dalam kenangan. Inilah balasan mereka yang berkerja untuk BN

    ReplyDelete
  141. Kota sarat disimpan tempayan
    Zahir berlian di sunyi hari
    Harta rakyat dijadikan taruhan
    Akhir kebencian menjadi api.

    Gula dan santan diuli roti
    Kelapa diparut dimakan sama
    Bila kebencian menjadi api
    Apa dihasut ditelan semua.

    Anak singa di Pulau Teberau
    Anak tebuan seekor lari
    Jika negara sudah kacau
    ELOKLAH TUAN MENGUNDUR DIRI.

    Pergilah mandi di Titi Tinggi
    Jalan tersepak tali pencuci
    Carilah ganti berbudi tinggi
    BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI.


    kpd Dr khir Mat Toyol,
    sile bace pantun ini dengan teliti,
    ni bukan calang2 orng merekecipta pantun nie,

    ReplyDelete
  142. kulaan ni nampak nye ketinggalan zaman, masih lagi berfikiran di zaman Tungku Abdul Rahman.

    Rakyat hari ini sudah sedar kerana ada nye IT dan Internet, mungkin sdr kulaan gunakan internet untuk satu tujuan sahaja, layari laman XXX.

    Soal berkenaan PM dan TPM Pakatan Rakyat pun tak boleh selesaikan.

    Anda kurang faham kuasa DYTM Yg Di pertuan Agung. PM tetap melayu yg beragama Islam.

    Selagi Yang Di Pertuan Agung berkuasa , hak2 orang melayu tetap terpelihara.

    Negara kita yg kaya raya, hasil bumi melimpah ruah, tetapi masih ramai rakyat nye yg kais pagi makan pagi.

    Semua pemimpin2 dan pencacai UMNO kaya raya banyak harta wang ringgit berjuta2.

    Pemimpin dan pencacai ini dlm satu penggal berkuasa sahaja sudah kumpul harta berjuta2.

    kulaan kena sedar bahawa kerajaan yg ada pada hari ini patut di ubah. Jika kita takut berubah makan kita akan terus di jajah oleh UMNO.

    ReplyDelete
  143. Salam Dr.
    Selamat menyambut Ramadhan...
    Selamat Hari Kebangsaan ke-51.

    Anwar memang telah dijangka menang. Saya berada disana ternyata apa yang dipaparkan di TV dan akhbar indah khabar dari rupa.

    Tiada yang berani mengibarkan bendera Umno & BN. Situasi yang amat pelik jika dibandingkan tahun 1999 ketika kami pemuda Umno melakukan protes mengibarkan bendera Keadilan kami dikecam dengan pelbagai tohmahan. Situasi yang sama kini kembali kepada Umno & BN.

    Ternyata Pak Lah & Najib harus memberi laluan kepada orang baru jika sayangkan UMNO dan orang Melayu. Terlalu banyak kerosakan yang perlu dibaiki.

    Ketahuilah masih ramai yang masih menganggotai Umno tetapi sekarang semuanya "BERLAKON". Mereka kekal dalam parti tetapi mengundi, berkempen unuk Pakatan Rakyat.

    Ketahuilah juga sidang mesyuarat Umno cawangan yang telah berjalan dan sedang berlangsung amat sukar untuk memngumpulkan "Korum". Apa petandanya ?

    Terima kasih kerana masih bersikap liberal membenarkan pengunjung blog membuat komen yang ada kalanya bagi saya amat menghina & melampau terhadap Dr.

    Salam perjuangan.

    http://dunia-politik.blogspot.com

    ReplyDelete
  144. Nak sedapkan hati je ni...

    Dr Khir, apa komen DS Anwar menang besar??? Hehehehe...mesti cuak dan malu kan dr khir..

    ReplyDelete
  145. KEPADA DATUK SERI TERUSKAN PERJUANGAN KITA.BIAR APA ORANG NAK KATA.BIARKAN DAP JUAL ORANG MELAYU DALAM PAKATAN RAKYAT.KEBENARAN AKAN KEMBALI KEPADA UMNO.JANGAN BONGKAK KERANA PEGANG NEGERI SELANGOR.TUNGGU SAHAJA BILA-BILA PAKATAN RAKYAT AKAN HANCUR KERANA AKAN DI TIPU HIDUP-HIDUP OLEH PEMIMPIN MEREKA.KAMI TAK GENTAR DENGAN PAKATAN RAKYAT YANG SUKA CAKAP BESAR,LEPAS TU MENIPU ORANG-ORANG KAMPUNG MENJAJA KEBURUKAN UMNO/BN.DAP DAH JUAL PKR DAN PAS,TUGGU SAHAJA.SEKIAN

    ReplyDelete
  146. kepada pengundi anda merosakkan masa depan permatang pauh.terpulang pada anda jika tidak percaya tentang sumpah saiful.saiful sudah melakukannya kerana beliau seorang pemuda yang berani dan mangsa keadaan.beliau berani kerana benar takut kerana salah,bagi saya hanya tuhan sahaja yang tahu.kos sara hidup yang tinggi berhubung kait dengan ekonomi.itu hanya pakar ekonomi yang layak membincangkannya bukan saya.segala kesusahan hidup jatuh dan bangun pernah kita rasai dengan kejatuhan ekonomi pada tahun 1997 .Ahli umno jarang sekali memukul orang tapi banyak di pukul dan di maki oleh penyokong pkr.kalau undi hari selasa mintaklah cuti,pengundi kerajaan tak bising pun.malah ramai yang berkerja mengambil cuti yang datang dari negeri lain.pilihan raya ini pun satu pembaziran kerana perletakan jawatan ahli parlimen pkr.kalah atau menang bukan persoalannya.bn lawan tetap lawan.Bagaimana pula jika bn menang besar di permatang pauh pastinya ada rusuhan besar-besaran oleh penyokong pkr.biarlah kalah daripada di tuduh penipu.kekalahan bukan kejatuhan tapi satu semangat.ucapan terima kasih pada yang mengundi bn,walaupun bn kalah ,satu undi tetap berharga.malah kerajaan tidak menahan anwar untuk bertanding kerana kerajaan tidak pernah gentar.kecenderungan pengundi bukan melayu memilih pkr kerana janji-janji yang di tabur oleh pakatan dap dan pkr.saya adalah ahli umno yang akan menentang rasuah dan salahguna kuasa.pemimpin yang pentingkan diri tidak layak berada dalam umno.mereka ini banyak melarikan diri dan kecewa damn masuk pkr kerana kuasa.orang-orang macam ini juga akan merosakkan pkr.pkr juga ramai terdapat bekas ahli umno yang kecewa kerana tidak dapat bertanding dan merajuk membawa diri.kenapa kesalahan terlalu banyak di lemparkan oleh pr kepada umno.jika ada rasuah dan salah laku dalam jabatan kerajaan itu tiada kena mengena dengan parti.parti tidak bersalah sama sekali dalam kes-kes sebegini.kakitangan kerajaan yang patut di hukum kerana kesalahan jenayah mereka.sering kali dalam ceramah pakatan rakyat menuduh rasuah dan salah guna kuasa.tolong adukan masalah rasuah ini jika ada bukti dan jangan suka menuduh untuk menarik undi dalam pilihan raya.sesiapa sahaja dalam kerajaan bn atau pakatan rakyat tidak akan terlepas dari jenayah rasuah ini.rasuah harus di banteras pada semua kerajan pakatan rakyat juga.tiada siapa yang akan terlepas walaupun pakatan rakyat yang kononnya terlampaulah baik dan alim-alim kucing,minta maaf,,,.kerajaan barisan nasional pimpinan pak lah amat konsisten untuk membanteras masalah rasuah ini.pujian harus di berikan pada kerajaan pak lah yang lebih terbuka dan berjiwa rakyat.fakta dan bukti harus di kemukakan bukannya menuduh tanpa bukti.akhir sekali ucapan terima kasih pada pengundi dan penyokong kerajaan yang mahukan keamanan dan kemajuan berterusan semuga malaysia aman makmur dan maju di bawah kerajaan BARISAN NASIONAL.saya juga akan menunggu 16 september ini untuk melihat perdana menteri yang baru iaitu datuk seri anwar ibrahim berkuasa bersama dap dan pas yang akan mendapat ahli parlimen lompat seramai 30 orang.tahniah pada katak-katak tersebut [jika ada]kerana baru menghancurkan kerajaan terbaik di dunia.kepercayaan anda semangat kami semua.semuga ada yang membuka hati,mata dan perasaan terhadap cintakan bangsa,agama dan negara.hidup melayu ! hidup islam ! hidup malaysia ! hidup pak lah ! [BUKAN BODEK TETAPI HORMAT PADA ORANG TUA]

    ReplyDelete
  147. Money is power.Therefore I appeal to all capitalists worldwide to unite!!

    "Capitalists of all countries unite! Unite!! Let the minority-workers' classes tremble at a capitalists' revolution. The Capitalists have nothing to lose but to gain freedom and liberty. They have a world to control!!"

    "Control oil, you control nations, control food, you control people, control money, you control the world"- Henry Kissenger, ex-Secretary of State of USA, 1973-1977.

    That includes UMNO-Ketuanan Melayu Kapitalist

    ReplyDelete
  148. Sdr abdrahim kassim dan sahabat bloggers lain,

    pandangan sdr bn menyeret bpr dalam kancah politik adalah satu tuduhan yang tak berasas,kes dua exco kerajaan perak ditahan bpr tiada kaitan dgn pilihan raya permatang pauh,bpr telah menjalankan siasatan sekurang kurangnya beberapa bulan sebelum tangkapan dibuat,dan tindakan akan hanya diambil bila kes terlibat boleh sabit kesalahan mencapai lbih 80%.
    ahli umno negeri sembilan dan seorang wakil rakyat dari negeri yang sama juga diambil tindakan sama spt dua exco perak,mengapa bila ahli anggota kerajaan bn diambil tindakan ia dianggap betul tetapi bila kena anggota kerajaan pakatan ratyat ian dianggap penganiyayaan.

    bagaimana dgn tindakan pakatan rakyat diselangor yang mengutip derma sempena sambutan 100 hari memerintah,dimana program merupakan program dibawah pembiyayaan wang kerajaan negeri,hasil kutipan dimasukkan dalam akaun parti keadilan,kalau bn yang lakukan pasti sdr hentam habis habisan,tetapi diam bila pakatan rakyat yang lakukan.tepok dada tanya selera.

    ReplyDelete
  149. Sdr Ibnu ahmad dan sahabat bloggers lain,

    Saya setuju dgn pandangan sdr berkaitan dgn kedudukan pak lah dan imej beliau jika dibandingkan dgn imej dsai,apa yang berlaku di permatang pauh adalah dsai menjadi pemimpin yang serba betul manakala pak lah dilihat pemimpin yang dalam keadaan serbasalah,Apa sahaja yang dilakukan oleh pak lah hari ini semuanya dianggap salah dan tidak betul.

    Pemimpin yang berimejkan serbasalah memang sewajarnya melepaskan jawatan dan beri peluang kepada pemimipin lain menyambung tugasnya.

    ReplyDelete
  150. Sdr sans dan sahabat blogerrs lain,

    Saya cadangkan kerajaan pakatan rakyat menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yang tegas jika benar ada salah laku telah dibuat oleh pentadbiran dahulu.

    Saya tidak mahu hanya tuduhan dibuat tetapi tiada tindakan lanjut,pisau dan mentimun telah berada ditangan,tunggu apa lagi.

    Sebelum ini telah ada tuduhan terdapat penerokaan haram di kawasan hutan simpan tadahan air sawah padi di hutan simpan raja musa, seluas lebih 100 hektar, tuduhan dibuat ahli parti bn terlibat,saya masih menunggu hingga sekarang apakah tindakan yang telah diambil,malangnya pakatan rakyat mendiamkan diri bila mengetahui yang terlibat adalah pendokong parti pakatan rakyat.

    Saya percaya akan ada banyak lagi tuduhan dibuat tetapi tiada tindakan yang diambil kerana apa yang telah diputuskan adalah mengikut undang undang dan tiada unsur unsur penyelewengan.

    ReplyDelete
  151. Anwar sudah menang besar...

    Najib sudah takut....

    Pak lah lagi kalutttttt


    UMNO apa nak jadiiii???

    TUn Mahathir tak habis habis melatah

    BN sudah kalah.. katanya..

    lagi 400 tahun pun belum tentu UMNO boleh menang.

    Sudah menjadi adat manusia, masa di atas cakap slow slow (banyak duit masyuk....mulut penuh wak e)

    bila dah jatuh ( dah jadi pembangkang) banyak bunyik!!!!!

    ha ha ha ha ha ha ha ha ha

    Padan muka kita....

    ReplyDelete
  152. DSAI menang!!! DSAI menang!!!! Udah la tu datok, Org melayu ke, cina ke, india ke semua dapat berfikir sekarang ni.... UMNO aje yg do tido tak bgn2 lagi... masih munggunakan taktik lapok!! sekarang terbukti UMNO sudah tidak relevan lagi.... so, elok lah packing mana yg patut krn 16 September bakal menjelang!!! elok juga datok menasihati AAB dan najib utk shred segala dokumen2 sulit mcm dato buat masa kalah di PRU 12 tempohari.... jgn last2 minit mcm tempohari plak... hahaha.....

    ReplyDelete
  153. Amerika akan memileh Barrack Obama kerana inginkan perubahan. Malaysia pileh DSAI sebab fedup dengan UMNO yang hanya mementingkan Melayu UMNO saja

    ReplyDelete
  154. DS,

    Salam. Kenaikan harga minyak bukan sahaja menyusahkan orang-orang kampung macam bapak saya yang hanya naik basikal tapi saya yang bargaji RM2400.00 sebulan pun mengeluh.. budget untuk petrol sebulan dulu lebih kurang RM320.00, tapi sekarang setelah kenaikan dalam perkiraan saya dalam RM500.00 sebulan. Nasib baik kereta hanya kancil 860. Itulah kenderaan untuk hantar isteri pergi kerja dan anak-anak ke sekolah. Apalah nasib.. tempat kerja jauh dari rumah.
    Saya dapat rasai orang kampung seperti nelayan, petani, penoreh dan buruh kasar lebih merasai keperitan ini.

    ReplyDelete
  155. DS,

    Salam. Kenaikan harga minyak bukan sahaja menyusahkan orang-orang kampung macam bapak saya yang hanya naik basikal tapi saya yang bargaji RM2400.00 sebulan pun mengeluh.. budget untuk petrol sebulan dulu lebih kurang RM320.00, tapi sekarang setelah kenaikan dalam perkiraan saya dalam RM500.00 sebulan. Nasib baik kereta hanya kancil 860. Itulah kenderaan untuk hantar isteri pergi kerja dan anak-anak ke sekolah. Apalah nasib.. tempat kerja jauh dari rumah.
    Saya dapat rasai orang kampung seperti nelayan, petani, penoreh dan buruh kasar lebih merasai keperitan ini.

    ReplyDelete
  156. Salam DSKT:

    Setakat hari ini, apa yang dapat kita perhatikan adalah parti BN dengan pemimpin pemimpin utamanya masih lagi berada dalam keadaan "denial syndrom" yang kronik, sejak PRU12.

    Jikalau dilihat pada senario politik sekarang, adalah amat sukar untuk sesiapa yang WARAS berfikir untuk menyokong BN dalam keadaan yang tidak meredakan hati rakyat disebabkan banyak permasalahan yang menyakitkan hati rakyat.

    JANGANLAH LAGI:

    i) menuduh dan memaki hamun Tun Dr Mahathir sebab meluahkan pendirian yang sahih serta kritikan yang kritis melalui tulisan blog terhadap penyelewengan kerajaan. Rakyat TIDAK dapat menerima sikap terutamanya dari segolongan pemimpin UMNO ini. Untuk pemimpin-pemimpin tersebut, cermin muka dan menilai diri dengan sejelas-jelasnya.

    ii) tambah meluatkan Rakyat dengan penyebaran berita yang berat sebelah serta berbentuk mengapi-apikan kemarahan sesuatu pihak setiap hari di media utama melalui surat khabar dan TV terutamanya berita yang kesahihannya telah dimanipulasikan

    iii) bersikap perkauman yang keterlaluan, melalui ceramah, akhbar, TV ataupun tulisan blog sehingga menjejaskan keharmonian antara kaum yang mendokong kepada keamanan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia selama ini. Perlu diingatkan, majoriti rakyat Malaysia cintakan keharmonian dan setiakawan antara kaum.

    iv)membuat keputusan kerajaan secara "flip flop" yang sentiasa berubah-ubah mengikut menteri mahupun pemimpin utama negara PM. Sejak sekian kali, kepercayaan Rakyat sudah sangsi terhadap pengumuman rasmi kerajaan. Apatah lagi, ada pula insiden telah menjadi "laughing stock" masyarakat dunia.

    Selamat Berpuasa

    ReplyDelete
  157. Khir Toyo

    Mu ni kecek banyok. Mace mu ni biso benar. Maso mung berkuaso dulu, mung tak buat keja pong. La ni kecek banyok. Beli cermin so, suloh muko....

    ReplyDelete
  158. Datuk....tau tak kenapa UMNO makin teruk? UMNO dikepalai oleh orang yang mengaku Islam, tetapi mudah sangat mempermainkan ugama Islam. Suka memperlekehkan. Contohnya sumpah Saifool dan Najib. Kedua-duanya bersumpah atas Nama Allah SWT. Rata-rata masih ramai rakyat yang tidak percaya walaupun kedua-duanya menjunjung Al-Quran dan berdiri di atas mimbar mesjid. Kenapa ya agaknya Datuk? Kerna kedua-dua hamba Allah ini tidak takut dan faham akan hukum Allah. Kini UMNO kucar kacir kerana perbuatan sesetengah pemimpin atau pengikut UMNO itu sendiri. Dan, boleh tak Datuk lakukan sesuatu agar Dollah Badawi faham dan letak jawatan. Mulanya Dollah dgn Islam Hadharinya, mulalah saya dan sahabat seIslam tidak menerimanya dengan konsep yang dibawanya. Dollah lupa tentang sajaknya dulu....Ku cari Al-Ghazally.....memang dia tak layak memimpin, tapi dia nak jugak dan terlalu ramai ahli UMNO yg terlalu bodoh menurut tanpa memikirkan apa yang akan terjadi pada UMNO itu sendiri.

    ReplyDelete
  159. Assalamualaikum .

    DSAI menang .
    Alhamdulillah . Sememangnya itu yang dijangka dari awal .

    Sebenarnya saya tak berminat dengan politik.
    Tapi baru-baru ini saja saya mula mengambil tahu tentang politik .
    Itu pun kerana politik pemerintah sudah kucar kacir selepas pilihanraya umum yang lepas .

    Kenapa agaknya ?
    Sebab UMNO dah terlupa dan terlalu selesa . Ya .. BN masih mampu membentuk kerajaan . Tapi apa agaknya yang akan berlaku 5 tahun kedepan?

    Ramai yang kata . Jangan pangkah Anwar . Bangsa akan tergadai .

    Pada saya , biar bangsa tergadai di tangannya dari bangsa tergadai di tangan UMNO . Ketika itu baru UMNO dan melayu mahu bersatu padu .
    Ketika itu baru hilang kroni , rasuah .
    Jika sekarang dibiarkan menang , UMNO dan melayu masih lagi bersenang lenang dan berpecah belah sampai bila-bila pun belum mahu sedar .

    Pandangan saya saja DS.

    *saya diantara pengundi yang memenangkan PKR di Selangor .

    ReplyDelete
  160. Datok Khair.. Saya ramalkan BN akan pupus. Eloklah dipertimbangkan untuk mewujudkan sebuah parti baru yang setanding PKR....

    Datok pikir2lah dulu...

    ReplyDelete
  161. Umno yang tidak mengikut al-quran n hadis memang akan terkubur suatu hari nanti..perjayalah kata saya..selagi islam tidak diletak dasar yang terpenting...

    ReplyDelete
  162. Tidaklah semua ahli umno tak ikut Alquran, mereka ini diam saja..nanti ada tempat dia jadi pemimpin akan ubahlah corak..jadi sdr kena mengaji quran dan belajar hadis dan bulan rahmand ini buat sbyang tahjud sikit jika sdr betul ditujuk jln nya

    ReplyDelete
  163. You said,

    "2. Keadaan kali ini lebih kurang sama dengan apa yang terjadi di Ijok tahun lalu. Barisan Nasional dalam situasi "underdog". Ketika itu, BN mencalonkan K. Parthiban dari MIC, manakala PKR mencalonkan Tan Sri Khalid Ibrahim. Memandangkan ia merupakan pilihan raya kecil di kawasan penduduk yang majoritinya Melayu, maka tidak ramai yang memberi peluang untuk BN menang."


    Are you saying that we, the Rakyat vote for the leaders who are as same race as we are and not for the candidate who we think can perform beter? Wake up! We do not want to have any racial issues anymore and it is very clear that the rakyat is sick and tired of the tricks the government is pulling out of their hat. Your race is not important, it's how much you can do for the rakyat.

    ReplyDelete
  164. Salam YB Dr: Dengar cerita YB tawarkan diri utk tanding Ketua Pemuda UMNO...Mudah2an berjaya, tapi kalau dah 'tersilap langkah' di masa2 dulu tu (persepsi sebilangan rakyat), harap jangan la ulangi lagi. YB masih ada potensi utk bangun semula dan meneruskan perjuangan - demi agama, bangsa dan negara yg kita cintai ini. Salam dari Taipei.

    ReplyDelete
  165. Ramalan Dr Khir saja. Hakikatnya DSAI menang jugak... kua.....kuaa.....kuaaa.....

    ReplyDelete