Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers sekalian,

1. Sekali lagi saya mohon maaf atas kelewatan mengemaskini mahu pun menjawab persoalan - persoalan saudara.

2. Saya akan pulang ke tanah air sebentar lagi. Bagaimanapun saya dan isteri serta ahli keluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh sahabat yang selalu mengunjungi blog ini. Semoga amalan dan ibadat kita di bulan puasa ini diterima Allah s.w.t.

3. Saya juga memohon maaf zahir dan batin jika ada terkasar bahasa, tersalah tulis mahu pun mengguris hati sesiapa yang membaca blog ini. Kita manusia biasa tidak dapat lari dari salah dan silap.

4. Pada sahabat sekalian, saya juga telah memaafkan jika ada salah dan silap saudara/i ke atas saya. Saya juga telah pun memaafkan dan melupakan sebarang tuduhan yang tidak tepat, fitnah serta penghinaan-penghinaan yang dibuat oleh segelintir pengunjung ke atas saya. Bagi saya semua ini berlaku, sama ada kesalahan saya atau saudara-saudari adalah kerana kita manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.

5. Di kesempatan ini juga saya ingin menjemput saudara/i sekalian ke Rumah Terbuka saya di Pekan Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor pada 11 Oktober 2008 dari jam 10 pagi - 4.oo petang. Jika ada kesempatan datang, perkenalkanlah diri saudara/i kepada saya.

Salam Aidilfitri dari Tanah Suci.

59 comments:

  1. Sekiranya terkasar bahasa atau menyakitkan hati ianya bukanlah datang dari sifat membenci mahupun tidak suka akan tetapi hanyalah pendapat yang tersemat di dalam hati.

    Terima kasih kerana sudi membuka blog ini dan mengambil masa untuk menjawab persoalan dari akar umbi.
    Terima Kasih kerana berani berdepan dengan akar umbi di forum mykmu sejurus kekalahan di Selangor.

    Saya mewakili pemuda dari Hulu Kelang mengucapkan terima kasih kerana Dr Khir berusaha untuk merubah persepsi masyarakat terhadap Parti dan perjuangan. Walaupun tidak sependapat dalam sesetengah Isu saya menghormati tindakan Dr Khir ini.

    Alangkah baik sekiranya lebih ramai Pemimpin UMNO mengambil tindakan seperti Dr Khir ini.

    Akhir sekali saya ucapkan semoga berjaya dalam pertandingan jawatan ketua pemuda UMNO. Walau apa sekalipun terjadi dalam pertandingan berkenaan saya berharap Dr Khir akan terus setia dan memperjuangkan prinsip UMNO , Islam dan Melayu dan pada masa yang sama nasib rakyat Selangor tak kira bangsa dan agama.

    Selamat hari raya,
    Maaf Zahir Batin..

    Sekian..

    ReplyDelete
  2. Salam!

    Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan zahir dan batin sekiranya mana-mana tulisan saya yang menyentuh secara terus nama Dr. dan kurang disenangi oleh empunya diri. Walaupun begitu, saya amat mengharapkan Dr. dapat membalas setiap persoalan yang saya wujudkan dalam blog saya khusus yang ada kaitannya dengan diri Dr. sendiri.

    Salam Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin...Minal 'Aidil Wal Faaiziin...

    sudi mampir ke blogku...
    thx!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Saya mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan mohon maaf atas ketelanjuran kata2 saya terhadap Dato' Dr dan juga pengunjung lain. Barangkali ada beberapa perkara yg tak sepatutnya saya hamburkan dan saya akui sebahagiannya adalah atas kelemahan peribadi saya. Namun niat saya adalah utk menambahbaik negara yang kita sayangi ini.

    Teruskan perjuangan Dato' kerana bagi saya walaupun ada kelemahan Dato' selaku manusia namun Dato' juga mempunyai kualiti yg selayaknya dimiliki oleh pemimpin.

    Waassalam.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya To All Malaysian Muslim or Non Muslim...

    :)

    From
    GoMalaysian.Blogspot.Com

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya doc..

    http://writtenbyhim.wordpress.com/

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Dato'

    Semoga DSK berada dalam keadaan sihat walafiat,diberkati usia dan rezeki.

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI BUAT DATO'SEKELUARGA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

    Terima kasih di atas undangan Dato'.
    InsyaAllah....

    ReplyDelete
  7. SAYA SERTA AHLI KELUARGA YANG LAIN INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA DATUK SERI SEKELUARGA.KAMI SEKELUARGA MENDOAKAN DATUK SERI BERJAYA DALAM BIDANG YANG DATUK CEBURI DEMI AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.AMIN...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...

    ReplyDelete
  8. Semoga berkat dan rahmat Ramadhan kali ini mengubah hati dan pemikiran pemimpin UMNO, menjadikan mereka benar-benar insaf untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  9. Though I might not have agreed with some of your policies and acts during your tenure as Selangor MB or currently as a politician, I would like to wish you Selamat Hari Raya. God bless you and other Malaysians on this day.

    We cannot always have the same view hence the need for debate. Only this way we can understand what others are thinking of. We cannot always have all the answers and sometimes have to eat the humble pie.

    ReplyDelete
  10. Eksklusif: Khairy Akan Terus Berkuasa
    Posted on Tuesday, September 30 @ 00:59:14 MYT
    Topic: editor : MYKMU

    Jika ada sesiapa yang menganggap menantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Saudara Khairy Jamaluddin, bakal kehilangan kuasa dan pengaruh dalam politik UMNO berikutan ura-ura pengunduran Presiden UMNO ini, nyata ia merupakan satu hipotesis yang tidak tepat.

    Maklumat terbaru yang diperolehi oleh MYKMU mendapati sudah ada usaha kem Abdullah untuk memaksa DatukSeri Najib memastikan kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia Mac ini jika mahu Pak Lah meletak jawatan tanpa bertanding.

    Menurut sumber, dua perkara yang diminta oleh Abdullah kepada Najib dalam pertemuan baru-baru ini ialah Jangan batalkan projek Landasan berkembar yang ada kepentingan SCOMI dan pastikan Khairy akan menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
    Najib dikatakan bersetuju permintaan pertama tetapi tidak memberi apa-apa pandangan terhadap permintaan kedua. Disebabkan itu, Pak Lah tidak mengumumkan persaraannya Mac 2009 seperti sepatutnya. Pak Lah mahu melihat gerak tari Najib terlebih dahulu.

    Najib mempunyai sehingga 9 Oktober ini untuk mencari jalan memastikan Khairy menang jawatan Ketua Pemuda atau sekurang-kurangnya meyakinkan Pak lah bahawa Najib akan memastikan Khairy menang.

    Cakap-cakap di Kota Bharu juga mengesahkan Setiausaha Politik Datuk Seri Najib, Datuk Fatmi telah meminta Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda bagi menunjukkan restu Najib terhadap menantu Abdullah.

    Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, Mykmu difahamkan usaha Datuk Fatmi ini bukanlah atas arahan Datuk Seri Najib.

    Penguasaan Khairy bukan sahaja bersangkutan politik dalaman UMNO. Malah penghijrahan datuk Seri Najib ke Kementerian Kewangan juga tidak merupakan proses peralihan kuasa sepenuhnya.

    Mustapha Ong bin Omar Ong, rakan baik Khairy Jamaluddin dan salah seorang pemain utama Ethos Consultant, dikatakan bakal dilantik sebagai Setiausaha Politik Datuk Seri Najib di Kementerian Kewangan. Oleh kerana perlantikan Setiausaha Politik merupakan bidang kuasa Perdana Menteri, maka tidak banyak yang dapat Najib lakukan.

    Mustapha Ong pernah bekerja dengan Datuk Seri Najib sebelum ini. Beliau dikatakan "Trojan Horse" Khairy dalam pejabat tersebut. Meninggalkan pejabat Najib atas persetujuan bersama setelah timbul beberapa isu dan juga berikutan kematian salah seorang penggerak utama Ethos sebelum ini.

    Ethos merupakan salah satu pasukan konsultan yang digerakkan untuk kepentingan Khairy dalam pilitik dan perniagaan.

    Nampaknya harapan Tun Mahathir dan pemimpin politik UMNO lain serta rakyat Malaysia untuk mengurangkan pengaruh Khairy belum terlaksana. Malah Khairy mungkin akan menjadi lebih kuat selepas ini. Ini kerana beliau akan berjaya menghilangkan labialiti sebagai menantu Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  11. Saya mengucap kan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir dan batin,kepada semua penganut agama islam di Malaysia.

    My dreams are to see that we respect each other as Malaysians irregardless of race,religion,color and creed and all Malaysians to be treated equally as how it was thought by our different faiths.This will ensure Malaysia becomes a united,intelligent,loving and a dynamic nation.

    ReplyDelete
  12. salam lebaran dato seri,

    selamat hari raya maaf zahir batin dari saya juga...

    ReplyDelete
  13. memandangkan umno tengah ligat dengan isu pertandingan jawatannya,

    saya agak keliru dengan percaturan politik pemimpinnye yang mahu menyelamatkan survival politik masing2...

    berikut ada lah kekeliruan saya, jika ada masa apalah kiranya dato' seri memberi penjelasan...

    1. Jawatan ketua pemuda...
    saya dapat lihat ada dua team yang berebut untuk mendapatkan jawatan ini... Geng kj vs Geng mukriz.. saya rasa dato' seri tahu sape geng2 mereka.. dan saya pun mungkin dapat menghidu dato' seri pada proxy yang mana.. Persoalannya? adakah pertandingan banyak pihak ini berkemungkinan dari perancangan yang telah dirancang oleh individu berkepentingan bagi memecahkan undi? supaya akhirnya nanti samada terkuburnya riwayat politik kj atau terkuburnya riwayat politik geng anak mahathir?
    pada kami, yang menyokong pergerakan ummah... perlawanan sengit sesama umno ini semestinya membawa kebaikkan kepada kami yang mana akhirnya nanti ketidaksepaduan dan perpecahan akan berlaku..amin

    2. kemungkinan demokrasi didalam umno dibuka seluas-luasnya..
    saya ingin juga mendapatkan kepastian dari dato' seri mengenai isu kuota dan jawatan presiden serta hak individu bertanding... adakah ianya akan dibuka seluas luasnya... atau tidak.. saya rasa dato' seri paham akan isu ini...
    jikalau masih ada ruang keadilan didalam umno.. maka demokrasi ini akan dibuka dan bukan dikuburkan...

    akhir kata selamat bertanding,

    ReplyDelete
  14. Selamat menyambut hari lebaran semuanya :-)
    Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi ;-)





    Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan ;-)
    http://pro-faizal.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. 1. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada Dato' Seri dan Keluarga, Semoga Doa Dato' seri di Tanah Suci dimakbulkan oleh Allah S.W.T

    2. Semoga berjaya di dalam Pemilihan Ketua Pemuda Malaysia. Saya selaku anak Selangor mewakili Pemuda Sungai Besar menyokong penuh dan mendoakan Kejayaan Dato' Seri.

    3. Saya Yakin dan Percaya Dato' seri boleh membawa perubahan di dalam UMNO melalui wadah perjuangan Pemuda supaya UMNO kembali kuat dan menjadi parti keramat yang terus relevan di dalam memartabatkan Perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

    ReplyDelete
  16. 1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin diucapkan kepada Dato' Seri dan Keluarga. Semoga Doa Dato' Seri di Tanah Suci diterima dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T

    2. Semoga Dato' Seri berjaya didalam Pemilihan Ketua Pemuda Malaysia. Saya selaku anak Selangor mewakili Pemuda Sungai Besar menyokong penuh di atas Pencalonan tersebut dan akan terus mendoakan kejayaan Dato' Seri.

    3. Saya yakin dan percaya Dato' Seri mampu menggalas tanggungjawab yang ada untuk membawa perubahan di dalam UMNO melalui wadah perjuangan Pemuda. UMNO akan kembali kuat dan mendapat tempat di hati rakyat, UMNO parti keramat yang terus relevan untuk memartabatkan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

    ReplyDelete
  17. Salam,

    Terima kasih atas jemputan ke Rumah Terbuka di Simpang Lima.

    Tapi saya pulang ke Sabak Bernam pada hari raya pertama hingga ketiga sahaja, dan tidak dapat menunggu sehingga 11 Oktober.

    Salam takzim dan selamat hari raya.

    Andin Salleh
    (juga memakai nama Tun Jeram, Gagak Di Rimba, Sang Rajuna, Salman Madani dll).

    ReplyDelete
  18. Assalamu'alaikum Datuk Seri,

    Selamat Hari Raya 'Aidilfitri buat Datuk Seri, semoga lebaran kali ini lebih memberi kekuatan berganda kepada Datuk Seri dan keluarga dalam mengharungi cabaran yang sentiasa datang.

    Saya mengambil kesempatan untuk memohon keampunan dan kemaafan atas apa jua keterlanjuran kata sepanjang saya memberi komen.

    Saya menyokong perjuangan Datuk Seri dan pemimpin UMNO yang lain demi agama, bangsa dan negara tercinta.

    Salam hormat dan maaf zahirbatin,

    Abd Bashid Harun
    Zarina Abbas
    Nurul Husna
    Nurul Atiqah
    Nurul Izzah

    ReplyDelete
  19. selamat kembali ketanahair dan semoga ds khir sihat sejahtera hendaknya.

    pada saya ds khir sentiasa dimaafkan kerana saya percaya setiap tindakan yang ds khir lakukan adalah demi untuk memenangkan hati semua masyarakat sekeliling.bukan mudah bila kita berada dikemuncak dahulu kerana setiap tindakan kita kadang2 kita memerlukan sokongan disetiap peringkat cuma adakalanya kawan pun cuba mengambil kesempatan dan sanggup mengabaikan akar umbi dan ia akan sedikit sebanyak memberi impak kepada ds khir sendiri.

    apa yang rakyat jelata mahu sebenarnya?

    saya sebagai ahli contohnya inginkan adalah keikhlasan,tindakan dan perlaksanaan tanggungjawab yang dipilih oleh setiap orang yang bertanding..kerana kempen memang satu perkara biasa dibulan pemilihan seperti ini tetapi rakyat yang bijak hari ini hanya akan menilai seseorang itu setelah ia berkuasa....apa tindakannya..jadi kami perlu berhati2 sekarang sebelum orang yang bertanding diberi kuasa!!!!
    jika saya yakin dan telah memilih seseorang yang saya percaya boleh membantu akar umbi(no 1)saya akan pastikan mereka ini melaksanakan seperti apa yang sepatutnya dan akan membantu mengikut kapasiti yang saya ada.

    janganlah kali ini kita yang berjawatan ambil mudah dan masuk telinga kiri keluar telinga kanan sebab dah menang peduli apa "aku buat apa yang aku rasa ok sahaja"dan untuk dengar kata2 yang menyakitkan kita tolak tepi.

    jelik!dan rasa seperti rakyat dibodoh2kan pun macam ada bila melihat sendiri kepimpinan tertinggi peringkat pemuda dikawasan ds khir sendiri sanggup bertanding atas dasar perubahan?.....PERUBAHAN APA YANG INGIN DIBAWA
    ...........untuk berubah dan untuk meyakinkan akar umbi sanggup bertanding dan mengenepikan perpaduan yang hakiki pada saya seperti duduk berbincang dimeja bulat dan diakhiri dengan persetujuan untuk bersatu,bergerak,berhujah dan perpadu dalam satu wadah.bukan salah untuk pertandingan tetapi sedih kerana yang bertanding berpotensi jika mereka bersatu berkongsi kepakaran masing2 tetapi sayang seribu kali sayang kerana ia tidak ada sesiapa yang berjaya meyakinkan mereka dari duduk bersatu.saya sebagai pemerhati luar merasakan inilah satu punca besar yang menyebabkan kelemahan pada pengukuhan dan meramaikan generasi muda kepada umno..sayang seribu kali sayang kebolehan dan kebijaksanaan pemuda melayu yang ada disetiap peringkat terpaksa ditafsirkan dengan pertandingan.. kita semua bersikap ego dan selalu bersikap langgar sahaja demi pangkat...sanggup lupakan kemampuan..ahh yang penting lawan tetap lawan...inikah kepimpinan yang diharap boleh merubah persepsi generasi muda...kelakar pun ada pada saya....dan saya hari ini cuba untuk meluahkan kepada ds khir kerana saya juga telah berusaha membantu menyatukan tetapi inilah politik.mungkin ada ramai golongan muda yang bersikap berdiam diri sambil melihat dari jauh parti kesayangannya tumbang didepan mata dek kejelikan sesetengah pihak yang masih tidak faham apa yang dimahukan oleh generasi akan datang!.....

    tak tahu apa yang ingin saya ucapkan lagi kerana mungkin ramai yang tidak faham dengan aktikel saya ini,dan yang rasa benar mungkin orang2 yang tidak berjawatan dan tidak mengejar cita2 politik semata mata mungkin

    KADANG KALA KITA LEBIH GEMBIRA MENDENGAR KATA2 YANG MEMUJI2 WALAUPUN IA MENGHANCURKAN KITA DARIPADA MENDENGAR KATA2 YANG MENYAKITKAN HATI WALAUPUN IA BERTUJUAN UNTUK MENYEDARKAN BANGSA

    ds khir! jika kita berani dan yakin dengan perjuangan membela rakyat jelata...percayalah belum pernah pemimpin ditolak oleh rakyat jika mereka dapat merasai perjuangan ikhlas pemimpin tersebut malah akan muncul lebih ramai untuk membantu pemimpin itu dalam perjuang membela rakyat....bila kita ditinggalkan oleh kawan ketika berjawatan

    pastikan apa yang ds khir katakan tentang perjuangan ikhlas ds khir dapat diterjemahkan dan saya berharap ds dapat memeberi tarbiah kepada kepimpinan pemuda diperingkat kawasan supaya lebih kuat dan bersatu...dan insyaallah jika ds dapat meyakinkan perwakilan disetiap peringkat pelusuk negara ds tetap akan menerajui pemuda diperingkat negara.....kemana pemuda nak dibawa?

    dikesempatan ini saya juga memohon ampun maaf kepada ds khir diatas keceluparan mulut saya selama ini....dan kepada para blogger semua tiada apa yang lebih utama dari artikel saya selama ini melainkan sokongan kepada umno...apa2 yang dikata disini harap dimaafkan sekiranya ia menyinggung hati dan perasaan kerana zaman sekarang zaman keperluan menjaga hati dan perasaan...jadi harap diampun.

    ReplyDelete
  20. Minal aidin walfaidzin.

    Selamat kembali dan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin.

    Insyallah, saya akan berkunjung ke majlis Rumah Terbuka DS Khir.

    ReplyDelete
  21. selamat hari raya aidil fitri buat DS sekeluarga semoga kita semua mendapat barakah sempena hari yg mulia ini. sama samalah kita maaf memaafkan atas kesilapan dan keterlanjuran.sesungguhnya kita hanyalah manusia biasa yg tak terlepas dari melakukan kesilapan.. maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  22. dato, tlng bg peta @ cara nak p mcm

    http://anwaribrahimblog.com/2008/09/29/majlis-rumah-terbuka-dsai-12-oktober-2008/#more-3711

    sbb kami nak p rmh terbuka dato!

    yg bnr,

    mal handsome

    ReplyDelete
  23. kalau blh siap dgn GPS coordinate mcm

    Copy and paste this number
    to google map search
    3.220151, 101.531401

    http://www.geocities.com/bbqland2003/

    thx...

    ReplyDelete
  24. Assalamu'alaikum YB Dato' Seri Dr Khir:
    It gave me great pleasure and honour to have met you personally, albeit briefly - the first in Banda Aceh and later in Taipei. I missed the first opportunity when my daughter won the MB Selangor's Trophy for being the best student at INPENS then - you had to go overseas (Moscow?) and delegated your EXCO Pendidikan instead. I wanted to thank you personally for the generosity (handsome cash rewards) on your part. And "Selamat Hari Raya" too from us in Taipei, pohon maaf zahir batin. May God bless YB and Family, insyaAllah. Wishing YB great success and happiness in the years ahead.

    ReplyDelete
  25. Saalm Aidil Fitri Dato Seri. Semoga ceria sokmo

    ReplyDelete
  26. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Dr sekeluarga. Semoga aidilfitri ini membawa rahmat buat dr sekeluarga

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum,
    Selamat hari raya, semuga Dato' Sri
    telah dapat hidayah dari Allah semasa buat umrah.
    Saya harap buatlah yang terbaik untuk sama-sama memajukan N.Selangor, berilah pandangan yang membina bukan yang menjahanamkan rakyat N.Selangor. Sabarlah kalau nak sangat jadi MB tunggu PRU 13
    kalau2 BN boleh menang.

    ReplyDelete
  28. Datuk Seri,

    Saya juga mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada Datuk sekeluarga. Mana-mana tulisan saya yang menyinggung hati saya mohon maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  29. Salam lebaran DS,

    Semoga dengan barakah mengerjakan umrah baru-baru ini DS telah bermuhasabah diri dan menginsafi segala kemungkaran dan keterlanjuran DS selama ini.

    Jika DS rasa tiada perubahan pada diri DS setelah balik dari umrah, cuba DS pergi sekali lagi tetapi jangan gunakan wang di dalam bank DS kerana mungkin telah bercampur baur sumbernya, sebaliknya cari satu sumber lain yang halal...

    Bagaimana perasaan berhari-raya sebagai ketua pembangkang buat julung kalinya?

    Semoga DS di beri petunjuk dan hidayah dariNya...amin....

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum Dato Seri,

    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  31. Dr ,
    malaysia memerlukan pemimpin muda saperti DR yg tidak memerlukan DNA ex pm atau pm untuk memimpin Pemuda Umno . Malaysia memerlukan pemimpin dari famili yg lain untuk memimpin bagi memberikan perpektif yg lain .
    Mukriz atau KJ tetap bersandarkan hubungan keluarga untuk meningkat naik.

    ReplyDelete
  32. Bersempena dengan Aidil Fitri tahun 2008 ini, Abang Bear mintak maaf atas segala keterlanjuran .....kita melangkah meninggalkan ramadhan yg barakah dgn berat hatinya di samping gembira menyambut tibanya syawal yg mulia.... semoga persaudaraan kita kekal dan sentiasa dalam redha Allah.....

    Ketupat diletak di atas para
    Rendang diletak di bawah titi
    Andai ada tersilap bahasa
    Maaf dipinta menyusun jari

    Adat jauh kata mengata
    Adat dekat puji memuji
    Andai ada tersilap kata
    Maaf dipinta sepuluh jari

    Sungai disusur sepanjang sehari
    Dalam gelap menangkap ikan
    Kami menyusun sepuluh jari
    Salah dan silap harap maafkan

    Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf zahir dan batin dari Abang Bear

    wassalam

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum Datuk Seri,
    Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin saya ucapkan.
    Njalok Ngapuro lohor batin seng akeh-akeh.
    Semoga di bulan Syawal ini Allah S.W.T memelihara kehidupan harian kita dari fitnah dan niat jahat. InsyaAllah saya akan menghadirkan diri di rumah terbuka Datul Seri nanti.
    Saya sebagai seorang indidvidu yang selalu menyokong datuk seri sepanjang kepimpinan datuk seri menerajui Selangor akan tetap terus memberi sokongan padu terhadap Datuk Seri.
    Pemilihan Ketua Pemuda sudah hampir..Saya dengan niat ikhlas dan kalau boleh semahu-mahunya Datuk Seri menjadi Ketua Pemuda UMNO yang baru. Saya benar-benar maksudkannya. Siapalah saya untuk menentukan Datuk Seri supaya menjadi Ketua Pemuda UMNO...tapi itulah hakikatnya, memang saya dan rakan2 mahukan Datuk Seri menjadi Ketua Pemuda UMNO.. Saya benar2 maksudkannya..
    Saya akan "BANTU" Datuk Seri untuk menjadi Ketua PEMUDA UMNO.
    Memang pelik bila Datuk Seri membaca komen saya ini.. Tapi yang penting saya dan rakan2 mahukan Datuk Seri menjadi KETUA PEMUDA UMNO..
    Sekian terima kasih

    Saiful Bahri
    gemilang@myportal.my

    ReplyDelete
  34. i like your interviewed today at Mingguan Malaysia . request Pemuda Umno hg or Awani channel to organise the great debate for all potential UMNO Youth candidates . the topic should cover not only politic but economic ,social engineering , leadership for malaysia -direction and focus ,international relation ,religion,etc. get Johan Jaafar to moderate.

    ReplyDelete
  35. Rumah terbuka Aidilfitri boleh dijadikan tempat beramah mesra antara semua bloggers yang berkunjung ke blog ini.

    Selama ini bersemuka secara online, apa kata kali ini semua perkenalkan diri masing-masing.

    ReplyDelete
  36. Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada Datuk Seri dan pengunjung blog ini.

    Majalah Dewan Ekonomi keluaran Oktober ada menyiarkan artikel saya yang bertajuk, "Dinar Sebagai Alternatif". Mungkin saudara-saudari dapat meluangkan masa untuk membaca.

    Bersama-sama kita berkongsi pandangan dan mengembangkan minda.

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum....

    salam Aidil Fitri buat muslim dan muslimat....

    kepada umat Islam di MALAYSIA perkukuhkan persaudaraan kita dalam menghadapi ancaman kafirun.

    ReplyDelete
  38. Assalamu'alaikum, YB Datuk Seri.

    Saya adalah ahli UMNO yang bergiat di kawasan utara Kedah dan saya serta member-member lain banyak melawat blog YB Datuk Seri, mykmu.net dan juga laman khas bagi utara, mykmutara.net. Laman-laman ini telah memberikan banyak cetusan idea dan fakta bagi kami untuk menyusun strategi melawan Pas di Kedah.

    Pada hari raya kedua, saya dengan bangganya melayari laman-laman yang dibanggakan ini kepada adik-beradik dan saudara-saudara yang datang melawat, dan alangkah terperanjantnya apabila laman mykmutara.net telah digodam.

    Setelah merisik dari kawan-kawan, saya mendapat tahu yang laman kmutara telah digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, dari kmu.net. Saya juga mendapat tahu yang mereka ini juga yang berkhidmat dengan YB Datuk Seri, saya tak pasti samada baru atau pun sudah lama. Tapi dari apa saya faham, laman blog Datuk Seri juga diuruskan oleh mereka.

    Saya percaya yang sebagai orang yang berkhidmat dengan Datuk Seri, mereka tak mungkin akan bertindak sedemikian tanpa arahan dari Datuk Seri. Apakah salah kmutara sehingga diperlakukan sebegitu? Sekiranya betul dari apa yang saya dengar, kmutara telah digodam kerana kononnya terlalu ramai yang menyokong YB Datuk Mukhriz Mahathir, apa salahnya? Saya pernah membaca artikel yang menyokong Datuk Seri dalam kmutara dan tiada sesiapa pun yang membangkang atau complaint. Lagipun kmu.net sendiri digunakan sebagai medan kempen untuk Datuk Seri dari segi artikel dan forum-forumnya.

    Saya rasa ini adalah satu tindakan yang tidak adil dan tidak demokratik. Adilkah kalau Datuk Seri boleh berkempen di mykmu.net untuk jawatan KP dan mana-mana ahli atau laman kmu yang tidak menyokong YB Datuk Seri, akan diberi amaran atau laman webnya digodam. Agak malang kerana ada di antara kawan-kawan saya di bahagian sini yang meyokong Datuk Seri tetapi kini hampa dengan tindakan Datuk Seri dan orang-orang Datuk Seri.

    Saya amatlah berharap Datuk Seri dapat memikirkan semula tindakan orang-orang Datuk Seri dan Datuk Seri sendiri, kerana, macaman Datuk Seri nak mengetuai Pemuda UMNO Malaysia sekiranya Datuk Seri sendiri melanggar etika demokrasi? Saya terpaksa menghantar tulisan ini sebagai artikel kerana tak pasti bagaimana untuk menghubungi Datuk Seri secara langsung. Fikirkanlah betul-betul, Datuk Seri.

    Terimakasih.

    nadiaedita@gmail.com

    ReplyDelete
  39. trima kaseh byk2 dato' sbb link kan page nie ke web saya!hehe... x tau nak ckp apa dah. nmpknya nak x nak kenalah sy hdr jgk ke rmh terbuka dato ni, kan? hdp dato khir!

    dato, awt mat taib x bubuh rmh terbuka dia dlm blognya tp banner kat roundabout upm ke seri kembangan plk?

    ReplyDelete
  40. sy akn cuba promote lg rmh terbuka dato ke kwn2 yg ada d slrh dunia via email, insyaallah... x kira cina, india @ bkn MY.

    ReplyDelete
  41. Asalamualaikum Datuk Seri,

    Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ~ maaf zahir batin kpd DS dan keluarga.

    sebagai manusia biasa kita x terlepas dari melakukan kesilapan. itulah manusia..

    kami akan tetap menyokong DS dan Selamat berjuang!

    ReplyDelete
  42. Salam..

    Apabila Hindraf buat kecoh semasa Sambut Rumah Terbuka Aidil Fitri,pakat ramai dok kutuk dan bermacam-macam lagi tetapi tiada tindakan pun...Kenapa kena tunggu sehingga lama? Ada juga yang kata dia arif tentang Islam dan sokong pulak tindakan Hindraf atasan alasan demokrasi terpeminpin konon...
    Apa kata kalau kita pun buat masa depavalli atau thaipusam gerenti mengamuk satu Malaysia dan akhir jadi macam sahabat di penang tu...

    Inilah nasib Islam di Malaysia serupa seperti negara luaq juga.Dimana yang mengaku arif setaraf tok guru bercakap tak serupa bikin.Ketaksudkan pengikut sehingga yang jahil bertambah jahil tanpa sedari kita ketaksudkan itu melebihi daripada Pencipta Yang Maha Esa lagi Bijaksana serta rasul-rasul.

    Jika zaman dahulu umat Islam terutama di kalangan melayu Islam di Malaysia mempertahankan Agama Islam dan para-para Rasul tetapi sekarang sudah terbalik mereka mementingkan serta menanggkat peminpin yang tidak maksum ini pada peringkat atau tahap yang paling tinggi.

    Walaupun buruk macammana sekali pun mereka ini memberi angan-angan indah serta janji dusta tetapi pengikut yang alpa dan jahil ini berasa benar kerana mereka ingat dapat diberi petunjuk atau hidayah daripada peminpin duniwi ini

    ReplyDelete
  43. saya pun sama...saya pun sama... :)

    Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  44. asslammualaikum datuk seri..
    selamat hari raya maaf zahir dan batin
    semoga datuk seri sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

    ReplyDelete
  45. Salam DS,

    Walau apa pun kisah Dato' di masa lalu, saya sebagai rakyat selangor tetap menyokong Dato' untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Pemuda UMNO memerlukan seseorang yang bukan dari susur galur politik ex PM atau DPM. Hanya Dato' saja yang saya lihat wakil dari Selangor yang dapat menterjemahkan apa yang diperlukan oleh akar umbi.

    ReplyDelete
  46. Salam Aidilfitri kepada DS Dr Khir sekeluarga...

    Teruskan berjuangan untuk mepertahankan Raja-raja Melayu dan hak masyarakat Melayu...

    Syabas dan terima kasih... :D

    ReplyDelete
  47. Selamat Hari Raya datuk Seri.

    Keep on fighting...

    ReplyDelete
  48. DS,

    saya nak tukar topik sikit.

    dengar kabar Isa samad, MMT, Rahim Thamby chik masih ada pasang angan-angan nak bertanding. Sedarkah mereka yang rakyat tengah perhatikan UMNO sekarang. Takkan la UMNO nak terima balik orang yang ada buat kes. Rakyat kat bawah ni pelik, terkejut, hairan camna UMNO masih terima orang macamni lagi. Takde orang lain yg ada OK ker?

    Bila kalah masa pilihanraya umum, UMNO buat post mortem la, itu la, ini la,.. tapi yang basic punya reason kenapa kalah pun tak nampak.

    Kalau kita nak makan nasi, ada nampak ulat dalam pinggan, dah tentu kena reject nasi tu. Kalau tak pun, kita kena buang ulat tu dulu, baru boleh makan nasi tu balik.

    ReplyDelete
  49. SELAMAT HARI RAYA juga dari KAMI SATU KELUARGA...Fadil, Bibi, Dinie, Damia, Muhammad Amir Ikram dan Qaseh Rauhah.

    Selamat memperjuangkan slogan PEMUDA BERANI....Berani kerana benar untuk membawa satu perubahan yang lebih berhemah, profesional, mantap, berwibawa, ikhlas, jujur, amanah...

    Wasallam....

    ReplyDelete
  50. Dato
    Akhirnya, setelah hampir 6 thn lebih
    Kali ni la baru kami rkayat simpang lima dpt beraya di ruamh dato dgn bebas. Klu dulu penuh org yg kami tak kenali....
    Dulu cuma kereta kereta besar (tokey tokey besar) menjalar tumpang parking di laman rumah kami.. tanpa izin pulak tu
    Cuma mesti Dato sedar beza seorang MB dan seorang Ketua Pembangkang. Tiada lagi outrider, hanya dua org Rela kampung bertugas mengawal lalulintas. Moga apa yang dato alami ini ada pengajarannya.
    Moga dato juga insaf atas tidak demokrasinya Dato terhadap pembangkang sebelum ini.

    ReplyDelete
  51. dalam kegawatan global ada untungnya...

    harga minyak turun lagi..alhamdulillah...

    rakyat dapat minyak murah kembali...
    insyaallah...

    yang masih cekik darah...pembekal barangan keperluan harian....

    ReplyDelete
  52. salam!

    Saya mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan mohon maaf atas ketelanjuran kata2 saya terhadap Dato' Dr dan juga pengunjung lain. Saya selaku wakil pemuda batu memohon maaf kerana tidak dapat mencalonkan Dato seri sebagai calon ketua pemuda.
    Walau bagaimanapun,teruskan perjuangan Dato' seri kerana bagi saya walaupun ada kelemahan Dato'seri selaku manusia namun Dato'seri juga mempunyai kualiti yg selayaknya dimiliki oleh pemimpin.

    waasalam.

    ReplyDelete
  53. Belum terlambat lagi,Saya mengucapkan selamat hari raya aidil fitri.
    saya harap dr jangan banyak merugut jeeeeeeee.bantulah orang melayu dengan sepenuh hati.buat baik di balas baik,buat jahat sendiri mahu ingatlah ok

    ReplyDelete
  54. maaf tok x p rmh terbuka hr tuh sbb mampu ke tmpt yg dkt2 je d KL.

    http://www.warisan-marzuki.blogspot.com/2008/10/sywl-jth-dlm-okt-utk-kt-braya-ianya-jgk.html

    ReplyDelete