Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, October 22, 2008

Bajet Selangor: Jangan Menang Sorak Kampung Tergadai


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para sahabat blogers sekalian,

1. Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog ini hampir sebulan.

2. Seperti mana kita sedia maklumi kerajaan Pakatan Rakyat telah pun membentang Bajet pertamanya di Selangor beberapa hari lalu. Pada awalnya saya menjangkakan kerajaan negeri akan sedaya upaya membentangkan Bajet yang mencerminkan usaha-usaha untuk memenuhi janji-janji dalam manifesto pilihan raya yang lalu.

3. Malangnya, jika diteliti tidak sampai sepuluh peratus daripada janji tersebut disebut semula dalam Bajet ini. Antara yang disebut ialah Tabung wawasan Anak Selangor (Tawas), Bekalan air percuma 20 meter padu pertama, Hadiah anak masuk ke universiti dan Tabung mesra usia emas.

4. Namun, ada lebih 20 janji lagi dalam manifesto yang tidak disebut langsung, mungkin dengan harapan rakyat akan lupa. Antaranya ialah:

a. janji potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% untuk premis perniagaan.
b. elaun anak tadika RM 50 seorang sebulan
c. Elaun anak pusat asuhan kanak-kanan, RM 75 sebulan
d. elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
e. elauan khas ibu tunggal
f. bantuan kewangan untuk anak muda berkahwin
g. bantuan geran untuk perniagaan
h. memberi sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri
i. membiayai rawatan percuma untuk warga Selangor yang berusi 60 tahun ke atas dan banyak lagi,

4. Jelas Bajet pertama Pakatan rakyat di Selangor ini gagal memberi penumpuan kepada usaha-usaha melaksanakan janji pilihan raya menunjukkan Bajet yang dibentang bercanggah sama sekali dan menyimpang jauh dari janji manifesto Pakatan rakyat dalam pilihan raya lalu.

5. Saya tidak tahu apa alasan yang akan PR berikan kepada rakyat Selangor kerana gagal menunaikan janji..

6. Suatu ketika dahulu saya ditempelak kerana tidak sabar menunggu janji tersebut ditunaikan, Dan ketika sambutan 100 hari PR menjadi kerajaan. YAB. Menteri Besar ada berjanji untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 50% janji manifesto dalam bajet pertamanya.


7. Namun saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan pakatan rakyat atas keberanian mereka menaikkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) daripada RM 731 kepada RM 1, 500. Menurut MB, dalam Bajet tersebut, dengan PGK baru ini, 30% rakyat Selangor berada di bawah paras kemiskinan.

8. Malangnya, keberanian tersebut tidak pula diikuti dengan langkah berani mengatasi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan isi rumah. Sepatutnya peningkatan PGK ini hendaklah diikuti dengan pelan perancangan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan isu rumah daripada kurang RM 731 kepada lebih RM 1, 500.

9. Lebih anehnya, pengisyitiharan PGK baru ini tidak pula diikuti dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan negeri. Ini bermakna terdapat kakitangan kerajaan negeri berada di bawah paras kemiskinan.

10. Seiring dengan pengisytiharan paras garis kemiskinan baru ini, saya fikir amat wajar untuk gaji kakitangan kerajaan negeri dinaikkan di atas RM 1, 500.

11. Ada beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat mempersoalkan mengapa kerajaan negeri tidak menaikkan gaji kakitangan kerajaan. Guru-guru sekolah agama rendah dan guru-guru sekolah agama rakyat dan juga kakitangan sokongan di semua jabatan dalam negeri Selangor juga berada di bawah garis kemiskinan berdasarkan PGK baru ini.

12. Adalah tidak wajar menaikkan paras garis kemiskinan dan membiarkan begitu sahaja.

13. Saya harap kerajaan negeri perlu memastikan tiga puluh peratus kemiskinan ini dapat dikurangkan dalam jangka masa setahun ini dan akan dapat dilihat dalam bajet tahun depan.

14. Jika tidak usaha menaikkan PGK ini tidak lebih dari menang sorak kampung tergadai. Bersorak kita bahawa kerajaan prihatin kerana menaikkan PGK tapi tiada apa yang untung kerana tiada satu pun tindakan dirancang meningkatkan pendapatan rakyat.

94 comments:

  1. Asalkan kerajaan Selangor tak rasuah dan boros saya tak kisah lah kalau tak tunai janji

    ReplyDelete
  2. bukan saja melayu dato... cina lagi mudah lupa. india... nyanyok terus macam hindraf tu... nasib lah

    tapi saya tak lupa undi dato

    ReplyDelete
  3. Agak jarang seorang melayu bernama 'kevin'. Bukan apa, jika beliau memang bukan Melayu, tak apa la. Cuma saya agak risau, sejak akhir2 ini sudah ramai yg enggan mengaku melayu dan menganggap tidak ada gunanya membela bangsa melayui. Tak palah... pedulikan je si kevin ni. Lagipun, drpd komen tu, beliau bukan faham sangat...

    Assalamualaikum Dr,
    Siaran berita TV tadi menunjukkan YAB MB Selangor tergagap2 menjawab persoalan yg asalnya diajukan oleh Dr. Saya tersenyum sendiri sebab saya faham jerat yg Dr sedang pasang. Saya percaya YAB MB lebih faham lagi. Tu sebab dia sukar menjawab.

    ReplyDelete
  4. Sapa kata kerajaan selangor tak rasuah? cuba pergi selidik DUN kaum cina beri tekanan kepada PBT macam mana?. Kalau dulu anda ada kawan boleh mencungkil rahsia dari dalam kerajaan. maka sekarang tiba pula giliran kami mempunyai spy dari dalam kerajaan yang memerintah. So orang melayu kata cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar nanti jadi macam JB J nak ke???????

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Kerajaan Selangor mungkin boleh menunaikan semua janji tersebut,kalau banyak duit.

    Tapi kalau duit tak banyak, macam mana?

    Kerajaan Selangor tentu boleh berbelanja setakat wang yang ada saja.

    Adalah tidak realistik untuk mengharapkan kerajaan Selangor berbuat lebih daripada itu.

    Adalah tidak berguna juga, kalau mengkritik setakat untuk melepaskan "sakit hati" yang agaknya masih belum reda!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dr

    Allahuakbar
    Apelah yg dr. risau sangat dgn bajet kerajaan baru PR ni,mereka kan baru saje menjadi kerajaan,
    bagilah mereka peluang belajar bagaimana untuk merealisasikan idea
    mereka,bukankah mereka ade 4 tahun
    lagi untuk belajar,ini baru bajet tahun pertama.

    Dr!! MB sekarang bukan calang calang orang, tokoh koperat tau,
    kalah dr.

    Saye sebagai rakyat Negeri Selangor,telah memilih Barisan Nasional untuk menjadi kerajaan, kerana saye tahu hanya kerajaan Barisan Nasional yg mampu untuk memakmorkan rakyat

    Kepada yg telah mengundi PR diharap bersabarlah dan semoga segala impian anda untuk merubah keadaan akan menjadi kenyataan

    Kepada kerajaan PR, tak nak ke ikut kerajaan negeri perak? mereka kan dah bagi geran tetap 1000 tahun kepada semua penduduk kg kg baru dan mengurangkan cukai tanah nya?
    Macam kate kevin tu saye tak kesah kalau tak tunai janji
    Dari negeri maju menjadi negeri miskin pon saye tak kesah,miskin pon miskin lah

    ReplyDelete
  7. Menaikkan Kadar Garis Kemiskinan melebihi 100% (dari RM731 ke RM1500) tidak bermakna satu tindakan yang telah mengubah kebajikan rakyat atau “household”. Ianya hanya mampu merobah rupa bentuk stastistik tapi bukan keadaan fisikalnya. Sebenarnya tiada apa yang perlu dibanggakan dengan “figure”. Mungkin ia hanya mampu meramaikan bilangan rakyat miskin dalam stastistik. Misalnya pendapatan household dulu RM732.00 dikategori tak miskin tapi kini hosehold yang berpendapatan RM1,499.99 dikira miskin. Cumanya rakyat yang berpendapatan RM1,499.99 kini layak mendapat “pertolongan” yang dilayaki oleh orang miskin. Sekaligus bermakna ramailah rakyat Selangor yang dulu dikategorikan tak miskin, kini menjadi miskin. So its just a statistical manipulation. Apa muslihatnya? Adakah sekadar memperlihatkan bahawa sebenarnya rakyat selangor ramai yang menjadi miskin kini atau “Jabatan yang handle kemiskinan perlu peruntukkan besar unruk bantu rakyat miskin”. Household di KL dengan RM2,000.00 sebulan masih merasa melarat, so, apa yang dibangga-bangakan dengan perubahan KGK ini?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Dr,
    Tolong tengok-tengokkan makcik-makcik kat Kg Sg Tengar, Sungai Ayer Tawar, Parit Baru, BNO dan sekitarnya yg sepanjang masa dibelenggu hutang 'along' yg bersopan santun iaitu 'Amanah Ikhtiar Malaysia' (AIM).

    Pinjaman 1000 wajib bayar dalam tempoh 1 tahun dgn riba nya 10% tanpa boleh bertolak ansur.

    Mereka 'dipaksa' (melalui nasihat dan motivasi) utk menjelaskan bayaran setiap minggu. Kalau tak mampu, ahli kumpulan (yg sama2 miskin & daif itu) perlu menampung hutang tersebut. Pihak pengeluar biaya tak perlu tanggung risiko langsung.

    Program tersebut memang bagus, tetapi bayaran bunganya terlalu tinggi. Jika betul nak menolong, saya cadangkan:

    1) buang terus sebarang bentuk riba'.

    2) beri bimbingan dlm bentuk teknikal secara langsung. Contohnya dengan mencadangkan penggunaan teknologi membuat krepek. (Amalan sekarang ialah peserta diberi nasihat dan motivasi setiap minggu. Pegawai dapat gaji & elaun setiap bulan!).

    3) Beri diskaun pembayaran balik setelah bayaran dibuat dgn sempurna. Contohnya, jika pinjam 1000, selepas setahun, pulangkan semula 30% kpd mereka.

    Saranan di atas berdasarkan beberapa faktor antaranya:
    1) Negara memerlukan hasil pertanian dan orang kampung adalah penyedianya (pengeluar). Jika penanam padi diberi subsidi, kenapa penanam kangkung, serai, pengutip jantung pisang, dan ulam-ulaman dinafikan?

    Di sinilah perlunya pihak AIM 'berfikir lebih sedikit' dan bersikap kreatif serta inovatif. Takkan lah cuma tahu bagi hutang kemudian berceramah dgn memanipulasikan ayat Al-Quran bagi memaksa orang kampung membayar hutang serta riba' yg dikenakan saja.

    Para pegawai AIM sepatutnya bertindak sebagai penyelaras projek sebenar dan bukan sebagai penceramah kosong.

    Harap Dr dapat panjangkan perkara ini walaupun saya tahu Dr sangat sibuk sekarang.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Manusia berpegang pada janji. Kalau tak boleh tunai janji, jangan nak jadi hero nak membela nasib rakyat. Nanti kena diri sendiri. Tak kira la leader dr BN ke PKR.Asasnya, semua tabur janji nak nak dapat undi. Tapi kalau, perkara asas i.e tunai janji tak boleh buat, jgn cakap pasal2 apa yang lebih dr itu.

    ReplyDelete
  10. Ibarat orang memanjat kelapa, sebelum panjat orang itu berjanji akan memberi apa sahaja yang kita minta bila ia berada di atas pokok kelapa itu nanti.

    Bila telah berada di puncak pokokkepapa tersebut, ia menjagi 'gayat' dan takut jatuh pula. Lalu segala janji tadi terpaksa dilupakan.

    Begitulah orang beroleh kuasa atau naik pangkat. Jadi saya tidak hairan apabila berlaku seperti yang YB huraikan.

    ReplyDelete
  11. DS Khir

    Blog informasi yang sangat baik, saya harap pihak UMNO selangor dapat mencetak atau mengeluarkan salinan atau ringkasan bajet ini kepada semua rakyat selangor dipelusuk negeri agar mereka tahu akan bajet PKR yang tidak memenuhi janji pilihan raya....sebab tidak ramai yang dapat baca blog ini, terutamanya orang kampung.

    Saya berharap UMNO selangor juga memberi KPI ( Key Porformance Indicator) atau statistik pemcapaian kerajaan PKR yang memerintah selangor agar kita dapat melihat apakah janji-janji mereka telah ditunaikan....kalau boleh keluarkan maklumat ini kepada semua rakyat selangor melalui risalah atau majalah khas.

    ReplyDelete
  12. DS Khir

    Blog informasi yang sangat baik. Harap bajet PKR ini di ringkaskan dan dicetak dalam makalah dan edarkan kepada semua rakyat selangor terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung yang tidak dapat melayari blog sedemikian.

    cadangan Saya juga agar UMNO selangor menyedikan KPI ( Key performance Indicator) dan statistik pencapaian kerajaan PKR selangor untuk dilihat oleh rakyat sejauh mana pencapaian mereka, agar rakyat dapat melihat apakah mereka telah menunaikan janji pilihan raya. Sebab saya lihat pemerintahan UNMO diSelangor jauh lebih baik satu ketika dulu.

    ReplyDelete
  13. Salam Hormat Dato' Seri

    Inilah nasib penduduk negeri Selangor yang maju ini. Di ambil alih oleh parti Penipu Rakyat yang pemikirannya kurang maju. Bila Paras Garis Kemiskinan di naikkan menjadi rm1500, maka bertambahlah orang miskin di negeri maju. Orang Melayu terutamanya.

    Gah dengan menifesto yang hebat dan bila berjaya mengambil alih kerajaan, tak tunai janji, panik... tak tau memerintah.

    Inilah nasib insan insan marhain...

    Semoga Dato' Seri berjaya. Saya dah cuba pencalunan, tapi tak lepas. Wassalam

    ReplyDelete
  14. Salam Dato' Seri

    Penduduk negeri Selangor, pengundi terutamanya harus sedar dan bijak memilih kerajaan di masa kan datang. Inilah jadinya bila memilih kerajaan yang hanya tau buat menifesto yang Gah, tetapi mereka sendiri belum tau samada dapat melaksakannya atau tidak.

    Sudah terbukti sekarang. Kerajaan Penipu Rakyat yang di bayangi oleh DAP, telah meminggirkan orang Melayu terutamanya, bila Paras Garis Kemiskinan di naikan kepada rm1500. Kakitangan kerajaan ramai orang Melayu. Orang miskin bertambah. Inilah nasib insan-insan Marhainnn....

    Semoga Dato Seri lepas pencalunan.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum,

    Jangan kata dulang paku serpih, kata orang dulu kita yang lebih. Mahasabah lah diri.

    tq,

    ReplyDelete
  16. Biasela Dato', mereka ni upkan PGK tu supaya senang lagi diaorang nk sapu duit,makin tinggi PGK,makin ramai yg dapat bantuan,bila makin ramai dapat bantuan,makin byk duit lebih masuk poket..tak begitu?

    ReplyDelete
  17. janji pilihanraya yang penting didahulukan...yang kurang penting dikemudiankan..

    PGK baru adalah langkah awal kearah gambaran sebenar kadar kemiskinan.Syabas..!Kami tunggu rangka kearah membasmi kemiskinan

    ReplyDelete
  18. Umno memerintah selama 50 tahun. PR hanya tak sampai 1 tahun. Bagi saya kalau tak sampai satu tahun dapat melakukan sesuatu itu telah mengatasi segala janji. Dulu yang mengadu tidak mendapat perhatian; yang diadu terlepas. Sekarang yang mengadu diperhatikan; yang diadu disiasat rapi. Saya harap YB mengadilinya dengan saksama sebagai orang yang arif bukan ahli politik buta tuli.

    ReplyDelete
  19. DSKT,

    1. Agak-agaknya..... penduduk selangor boleh saman kerajaan negeri seperti yang banyak berlaku sekarang sebab semuanya telah dinyatakan didalam manifesto mereka. Untung-untung setiap penduduk selangor bolehlah dapat RM30 juta dan boleh kira melebihi tahap kemiskinan.

    2. Sekiranya boleh saman, DSKT boleh ke tidak memberi tunjuk ajar bagaimana caranya nak saman mereka?

    3. Apa-apa pun selamat berjuang di dalam permilihan ketua pemuda

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Dato',

    Nasihat saya, teruskanlah berjuang tanpa mencari-mencari siapa yang salah tapi berusahalah mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah.

    Dato masih muda dan cukup potensi menjadi pemimpin yang lebih matang.

    Terima kekalahan 8 Mac dan berimanlah bahawa tidak berlaku sesuatu itu tanpa syafaat Dari Yang Maha Kuasa. Tentu ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  21. Salam Aidil Fitri DSKT.

    Rakyat ramai yg dah sedar diri DSKT. MCA, GERAKAN pun sama. UMNO dan MIC huru hara lagi ni. Saya doakan DSKT dapat cukup quota utk bertanding Ketua Pemuda. UMNO kena tinggal kan konsep keturunan dlm mentadbir Negara Bertuah ini. Semakin jijik permainan politik melayu. Takut kan Allah DSKT. Tegak kan Islam pasti Melayu kukuh. All the best bro.

    ReplyDelete
  22. yang u sibuk sangat pasal agenda mereka tak dipenuhi apa pula... yang asa u itu ada memenuhi ke... harap harap u tak menang ketua pemuda la

    ReplyDelete
  23. salam...

    saya tertarik untuk menyentuh isu PGk di mana saya rasa memang cubaan yang sangat berani dari PR dan saya percaya tuan tidak akan lakukan perkara seperti ini kerana nampak tidak logik atau terlalu mencabar untuk orang BN.

    atau mungkin juga hanya sebagai momokan PR untuk memperolehi sokongan yang lebih padu.namun apakah dengan kenaikan PGK akan menjadikan rakyat lebih baik?

    saya cadangkan supaya tuan meminta petunjuk prestasi kepada PR sepanjang bajet ini dilaksanakan atau mungkin asakkan demi asakkan harus ditujukan kepada pimpinan PR.

    ReplyDelete
  24. Salam DS,

    Saya sempat menonton interview DS @ AWANI sebentar tadi. Saya suka idea-idea pembaharuan DS walaupun nampak mcm 'mission impossible' nk laksanakan dlm UMNO. Apapun,selamat berjaya buat DS. Usaha murni kerana Allah pasti akan diberkati walaupun mendapat tentangan dan cemuhan dari manusia namun di sisi Allah di pandang mulia. Itu yang lebih penting dari hanya sanjungan manusia di dunia. Adat berjuang biasalah. Ujian perjuangan Rasulullah mengangkat agama Allah itu lebih berat jika dibandingkan ujian kita hari ini.

    p/s- kalau boleh minta DS paparkan video interview @ AWANI tersebut utk tontonan semua.

    ReplyDelete
  25. Elok dato' bukukan apa yang dilakukan dan tidak dilakukan oleh pembangkang mulai sekarang supaya apabila dato' dapat semula selangor dan mentadbirnya maka pembukuan itu menjadi contoh kepada pembangkang how to be good pembangkang seperti dato'.

    Kemenangan pkr di selangor sebenarnya adalah sesuatu yang tidak disangka sangka, kemenangan bukan atas kerana mereka betul, benar dan kuat tetapi kerana umno dan bn lemah dan tidak amanah. Oleh itu bukanlah sesuatu yang aneh apabila kerjaan negeri pakatan rakyat sumbang dan tidak cukup pengalaman untuk membentangkan bajet dan sebagainya. mereka juga akan belajar dan memperbaiki dari masa ke semasa.

    Rakyat selangor akan menilai bukan dari satu sudut sahaja tetapi pelbagai hal dan adalah menjadi tugas dato' membuka pekung dan kegagalan mereka.

    Dato' teruskanlah segala tindakan dan usaha yang dato' fikir betul dan benar dan tidak meletakkan diri dan keluarga sebagai keutamaan jika apa yang sudah berlaku menjadi pengajaran.

    Saya juga berharap dato' akan memainkan peranan utama dan penting serta menyokong sebarang usul di MT nanti untuk UMNO kembali ke tarikh asal, disember bagi perhimpunan agung umno. Selepas UMNO selesai mengadakan perhimpunan barulah satu usaha lain pula dijalankan untuk paklah segera berundur serta merta. Tindakan step by step ini perlu dirancang dengan baik. UMNO dan BN sudah tidak punya masa sebelum PRU13 jika paklah masih lenaggang lenggok nak letak jawatan.

    Hatta jika KJ memang sebagai ketua pemuda pun jika dengan jalan bersih, dia perlu disokong untuk meneruskan agenda UMNO.

    Usaha ke arah peralihan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO dan BN adalah jauh lebih utama dan penting dari peralihan kuasa paklah dan najib.

    ReplyDelete
  26. Pesan untuk bangsa

    Kita bisa sama dengan mereka utuk bermain guli

    Kita bisa sama dengan mereka untuk mengira butir berlian

    Kita bisa sama dengan mereka untuk minum kopi semeja

    Kita bisa sama dengan mereka utuk berjalan seiring.

    Tetapi Cerita asal usul darah kita berbeza

    Cerita sejarah nenek moyang kita berbeza

    Cerita tanah besar kita berbeza

    Cerita sejarah raja kita berbeza

    Cerita syariat jauh sangat beza.

    Mengapa mereka tidak mahu mengenal diri sendiri

    Mengapa mereka buat tak faham sejarah mereka disini

    Mengapa sekarang mereka menurut kata hati

    Mengapa mereka mulai disini.

    Atuk kita tak pernah menempa keris bersama atuk mereka

    Atuk kita tak pernah menjadi panglima raja bersama atuk mereka

    Atuk mereka dulunya panglima raja di tanah besar sana

    Atuk kita tinggalkan keris pusaka sebagai bukti puaka.

    Penunggu puaka kita tidak pernah lupa

    Penunggu puaka mereka di tanah besar sana

    Penunggu puaka kita bukti pusaka

    Penunggu puaka mereka kenapa mereka lupa.

    Mengapa mereka langgar ucap janji

    Mengapa mereka langgar nak pula paha

    Mengapa mereka buat lupa

    Kita masih ada yang tak lupa.

    Macam mana melayu jadi melayu

    Macam mana asli jadi asli

    Mengapa tok batin malu hormatnya pada raja

    Melayu menjulang raja sampai bila-bila.

    Asli memohon izin Putri Ledang

    Melayu pula nak meminang Putri Ledang

    Tun tuah sudah tiada pada mata

    Mengapa pusaka dipegang kerabatnya.

    Panglima melayu masih belum pupus

    Tidak kuning hanya putih

    Dipesan atuk jangan bergaduh

    Dipesan atuk ceritakan supaya tahu semuanya jua

    Nak mengenal mesti kenal asal dan usul

    Berbohong mengenal jika tidak tahu asal dan usul

    Sekarang disebut sejarah dulu disebut asal dan usul

    Nak tahu usulluddin kena faham istifar usul.

    Bekorban apa saja

    Bangsa melayu jangan dipanggil kaum etnik

    Nusa bangsa alam nusantara

    Tanah besar kita hanya disini.

    Tak kan hilang melayu di dunia

    ada tercatit didalam kitab

    Bukan kitab kita tetapi kitab mereka

    Masih ada melayu yang memang tahu tentang mereka.

    Mengetahui cabangnya mengenal

    Mengenal bermulalah bani

    Darah arab hijrah ke jawa

    Jadi jawi disebut melayu.

    Mereka kata dah lama disini

    Sampai bila anak cucu mereka macam ini

    Sudah sampai masa untuk itu dan ini

    Semua janji kontrak perlu dikaji.

    Kontrak boleh kalau nak dikaji

    Kena faham salam dan siroh

    Tahu asal usul diri dari yang Maha Rohim

    Sampai mengenal cahaya siapa yang Azim.

    Dalam satu ada beribu

    Mengapa satu Nama beribu

    Cahayanya menyeluruh menyamai erti yang satu

    Bermula satu dari yang itu jua satu-satu.

    Hadaplah mukamu ke Masyrik hingga ke Maghrib

    Samaada faham atau jua mengerti

    Jika faham bersama bukti

    Bolehlah bincang kalau nak berdiri sama tinggi.

    Carilah biji memang disini

    Cahaya Rohman sebagai bukti

    Biarlah benihnya tumbuh dengan sendiri

    Kalau diadun maka tak jadi.

    Pohon tumbuh di Tanah Jawa

    Jatuh sebiji di tanah sini

    Yang sebiji itulah benih

    Tak kira siapa taat setia kena berjanji.

    Sudah termaktub di dalam kitab

    Kitab kita juga kitab mereka

    Tak mengerti dikata ghaib, sudah tahu barulah nyata

    Kita dan mereka masing-masing ada tembus batas

    Baitullah dulu pada Adam

    Kemudian ketemu di Baitul Maqdis

    Asbat Muhammad kiblat ke Mekah

    Hijrah bercabang serata arah

    Jawa Jawi melayu terpilih.

    Nukilan anak cucu

    Jamdali

    ReplyDelete
  27. Salam DS,

    Sememangnya mereka ini hanya pandai buat dua perkara :

    a : buat janji
    b : buat bodoh

    ReplyDelete
  28. DSKT,

    1. Sememangnya dari dulu hingga sekarang kebanyakkan janji yang ditabur oleh parti politik tidak semua dapat ditunaikan. Secara umumnya manifesto BN adalah secara umum dan tidak terperinci seperti Pakatan Rakyat yang mana telah tertulis janji yang terperinci di dalam manifesto mereka. Mungkin sebab itu rakyat tertarik dgn janji manis mereka dan mungkin penduduk selangor rasa tertipu.

    2. Boleh ke DSKT membantu kami sebagai rakyat Selangor untuk menyaman kerajaan negeri sekarang. Mungkin penduduk selangor boleh mendapat RM30 juta seorang kerana parti yang memerintah sekarang tidak dapat melunaskan janji yang telah dinyatakan dengan khusus di dalam manifesto mereka. Ini akan menjadi rakyat selangor melepasi tahap kemiskinan RM1500.

    3. Mungkin Dato dapat menolong kami menyaman mereka itu yang suka-suka menyaman orang sekiranya mereka tidak berpuas hati tanpa sebaranng bukti kukuh.

    4. Selamat berjuang Dato dalam pemilihan ketua pemuda.

    ReplyDelete
  29. tunai janji pun kenalah adil, saya duduk seksyen 7 shah alam, tapi kena juga bayar bil air walaupun dibawah 20 meter padu. Sebab ada bil air dibawah syabas, pkns, maintenance, etc. Maknanya tak adillah tu. Apa pendapat Datuk?

    ReplyDelete
  30. salam Dr., lama xmasuk kesini sbb dr pun semakin kurang melayari web ini, tentunya sibuk dgn pemilihan UMNO utk bulan Mac ini...enth diterima entahkan tidak...

    saya anak jati selangor terus terang menyatakan, kami xkisah jika PR masih belum dapat menunaikan janji2 menifesto, kerana dibandingkan dgn BN yg telah lama mencengkam kuasa, berikan lah laluan dan kesempatan bagi PR menjalankan amanah untuk membuat perubahan diwaktu yg sama memperbaiki segala kerosakan yg telah BN lakukan terhadap negeri selangor yg kayaraya hasil bumi dan industrinya..

    kebencian kami terhadap BN telah meredakan kami kpd kelemahan2 kerajaan PR yg masih sgt baru dan kami fahami segala kesulitan yg dihadapi disamping kekacauan2 fitnah dan domba dari BN yg telah kehilangan kuasa...

    doa kami agar perubahan yg dilakukan PR dapat direalisasikan secara keseluruhan dalam bentuk pemerintahan persekutuan..dgn PM DSAI yg sangat2 kami rindukan...

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum,
    Saya harap DrKhir terus jadi pemerhati, pengkritik dan pembangkang yang menbina. Benda yang remeh-temeh jangan dijadikan isu, kalau boleh teruskan perjuangkan hak-hak yang sepatutnya menjadi milik rakyat.Kerajaan campuran Pakatan Rakyat pun saya rasa bukannya sempurna sangat (minta maaf kalau tersinggung). Oleh itu jika tiada pembangkang yang berwibawa, saya khuatir ahli politik PR nanti pun 2x5 juga dengan kerajaan BN sebelum ini. Jika mereka juga mengamalkan rasuah/komisyen/kronisme dan macam-macam lagi penyakit kronik yang diwarisi dari kepimpinan BN, saya rasa mereka juga akan tersungkur dalam PRU13 nanti.Ingatlah semua : "ANDA DIPERHATIKAN". Terima kasih.

    ReplyDelete
  32. Masa berjanji senang tapi nak tunaikan susah.

    dah jadi tabiat manusia sejak zaman berzaman.

    http://malaysiaheaven.blogspot.com

    ReplyDelete
  33. Datuk Seri

    Maafla kerana Open house Datuk Seri hari tu kami datang makan je, tapi tak sempat bersembang dengan Datuk Seri, apalah sangat saya ni, cuma anak Selangor yang di beri biasiswa untuk ke asrama penuh dan biasiswa untuk ke Amerika dan pulang ntuk kerja kuli sahaja.

    Malu lah nak jumpa dengan orang besar besar ni.

    Tapi makan kat situ semuanya saya puji, memang sedap.

    Kalau boleh buatlah lagi tiap tiap tahun, itupun kalau ada badget la.

    Apa pun terima kasih lagi saya ucapkan kepada pihak Datuk Seri, sempat juga saya bersalaman dengan Datuk Seri. Tapi saya tak sebut nama saya pun, malu lah Datuk.

    wASALAM

    ReplyDelete
  34. Tak rasuah dan tak boros BAIK. Tak rasuah dan tak boros dan pada masa yang sama mampu menunaikan janji serta bajet yang dapat meningkatkan taraf hidup, ini LEBIH BAIK.

    ReplyDelete
  35. Tahniah pada Dato kerana dapat memantau dan menghuraikan janji yang tidak di kotakan oleh Kerajaan Selangor PKR. Saya mengunjungi Blog Dato dan juga website pembangkangselangor.com untuk mendapat fakta-fakta terkini mengenai kesilapan Kerajaan Selangor PKR.

    Sebagai ANAK SELANGOR saya cukup tidak suka bagaimana Kerajaan Selangor PKR mentadbir Selangor. Banyak janji yang tidak dikotakan dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Menteri Besar menimbulkan lagi kemarahan saya dan menaikkan semangat saya untuk berjuang supaya Kerajaan BN dapat menawan semula Selangor dalam PRU 13.

    Saya berharap Dato' dapat memantapkan lagi perjuangan Dato' untuk menawan semula selangor.

    Saya juga ingin memberi pendapat saya kepada Dato' mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menawan semula selangor.

    Saya rasa isu-isu mengenai Kerajaan Selangor PKR tidak sampai ke akar umbi dan golongan muda. Mereka tidak tahu isu-isu yang dibangkitkan di Selangor ataupun telah lupa.

    Jadi saya ingin mencadangkan supaya Dato' membuat langkah-langkah tersebut:

    1) Laman web pembangkangselangor.com mesti update dengan isu-isu semasa selangor setiap hari.

    2) Isu-Isu Kerajaan Selangor PKR mesti di visualkan dalam bentuk video dan diletakan dalam lamanweb pembangkangselangor.com dan juga youtube.kerana ramai golongan pemuda mengunjungi youtube.

    3)Kerajaan Selangor PKR telah lantik EXCO Majlis perbandaran sebanyak 70% dari parti mereka. Wujudkan EXCO bayangan dari BN di peringkat Majlis Perbandaran seperti Dato' telah wujudkan EXCO Bayangan Kerajaan Selangor BN. EXCO bayangan diperingkat Majlis ini juga mesti adakan lamanweb dan blog mereka sendiri supaya rakyat dikawasan majlis tersebut dapat tahu mengenai isu-isu dikawasan majlis tersebut. EXCO bayangan ini juga mesti mendekati Persatuan-Persatuan Penduduk & JKKK di kawasan majlis tersebut dan membantu mereka dengan isu-isu mereka.

    4) Setiap Bahagian dan Cawangan UMNO dan component BN di Selangor mesti wujudkan Unit Amal atau Unit Khidmat Rakyat untuk mendekati rakyat dengan lebih aktif untuk menyelesaikan masalah mereka.

    5) SUARA RAKYAT SELANGOR (SUARAS) - wujudkan pertubuhan suara rakyat selangor (SUARAS)untuk bergiat secara aktif meminta Kerajaan Selangor PKR mengotakan janji-janji mereka dan mengutarakan kesalahan mereka kepada rakyat selangor dengan secara meluas, proaktif dan harian. keahlian boleh terbuka kepada mereka yang bukan ahli parti politik dan yang tidak berminat pada politik tetapi mahu perjuang untuk perubahan dan mahu Kerajaan Selangor menunaikan janji-janji mereka dan banyak lagi.

    6) Wujudkan Pelan Induk Tawan Selangor dan laksanakan Pelan-Pelan tersebut.

    Saya membuat cadangan diatas atas sebab-sebab berikut:

    1) Dato' dan beberapa pihak tidak boleh berjuang secara kolompok yang kecil. ramai yang hanya bercakap dan melihat sahaja tetapi tidak bergerak secara aktif untuk menawan selangor.

    2) Perjuangan menawan selangor mesti bersifat menyeluruh dan memerlukan "a collective effort" dari semua pihak.

    3) Mesti ada sesuatu organisasi yang kuat, mantap dan sentiasa focus seperti SUARAS untuk bergerak secara aktif mengutarakan kesilapan dan kesalahan Kerajaan Selangor PKR kepada rakyat selangor dan juga membela rakyat selangor. walaupun ada UMNO dan BN Selangor, namun UMNO dan BN Selangor tidak focus kepada isu-isu di selangor kerana banyak perkara national dan lain2 lagi diutamakan. SUARAS mesti diwujudkan untuk focus hal-hal di Selangor Sahaja.

    Saya cadangkan idea-idea diatas atas sebab saya tidak nampak apa-apa STRATEGI & TAKTIK dilakukan oleh Dato' untuk menawan selangor.

    "Seperti berperang perlu ada strategi dan taktik untuk menang"

    Terus berjuang untuk Selangor!

    Suara Selangor

    ReplyDelete
  36. Salam YB,

    Terima kasih kerana telah menyediakan laman blog mengenai pandangan ikhlas YB tentang urustadbir dan corak pemerintahan negeri selangor sekarang. Laman blog YB telah menjadi antara sumber rujukan dalam kerja-kerja penyelidikan tesis PHD saya..Saya berharap dapat bertemu YB suatu hari nanti untuk membincangkan mengenai Keefisienan Governans Bandar dalam Peningkatan Daya Persaingan Ekonomi Bandar...pandangan dari ahli politik yang berpengalaman yang pernah mentadbir Negeri Selangor. Semoga berjaya dgn pemilihan Mac 2009..

    ReplyDelete
  37. Salam,
    Sebelum berakhirnya Syawal sy ingin mengucapkan Selamat Hari Raya. Disini kesempatan ini sy ingin menarik perhatian tuan2 sekelian tentang apa yg berlaku di Masjid Nurul Ihsan, Taman Seri Cheras, Batu 9 1/2 Hulu Langat.Semata-mata ingin mendapat sponsor dari wakil rakyat utk jamuan hari raya pd 26/10/08 ,ajk masjid sanggup menaikkan banner yg tertera gambar Ahli Parlimen Teo Nie Ching dan ADUN Yap Lum Chin. Sudah le gambar tu bukan main bagak punya besar, letak pula di pintu masuk utama masjid.Apa dh jadi ni. Imam 1 masjid ni bukannya calang2 punya orang, Ahli Majlis MPKJ tu, xkan perkara macam ni pun x disedari. Kalau kt Kelantan tu gambar Teo Nie Ching ni dah di 'author' memakai tudung, menarik la jugak kan....Tp kt Selangor ni belum lagi. Mungkin Dato' Seri boleh usul dlm DUN nanti...hehehe. Gambar menarik ni Tuan2 boleh minta dari Saudara Ungku Salleh, ketua Pemuda Serdang yg dulu & sekarang.Sapa2 yg ada MMS tu boleh suruh Ungku send gambar tu. Sekian Wassalam.

    ReplyDelete
  38. salam..
    dato..
    beri peluang pada kerajaan selangor..
    mereka masih baru..
    dan!
    jgn cakap sembur jer..
    MB ari ni ada lah bekas orang kuat PNB..
    xkkan org bodo boleh jadi kepala PNB kan?
    berbanding pembangkang sekarang?
    pengalaman ekonomi ada kureng ckit..
    masakan rakyat selangor mengundi PR?
    lu fikir sendiri kata nabil..
    negeri selangor lah yang paling dilanda tsunami politik!!
    selain wilayah persekutuan!!
    kesimpulan berilah peluang..
    kita wait n see..

    (firdaus-AMK-PKR-Johor)

    ReplyDelete
  39. Saya tak rasa mereka salah, bukanlah semua janji dapat mereka tunaikan dalam masa 1 tahun bajet. Lagipun janji yang mereka buat pada PRu ialah di masa ekonomi baik tidak seperti sekarang. Saya rasa jikalau mereka ingin tunaikan semua janji maka mereka akan buat bajet yang defisit.Sekarang mereka buat bajet yang seimbang. Bukan macam Kerajaan Persekutuan buat bajet yang tidak relevan dengan suasana ekonomi sekarang,bajet yang defisit.Berbelanja melebihi pendapatan dan berpandukan pendapatan di masa minyak mahal dan minyak sawit mahal.Fikir2 lah orang2 BN semua. Bukan semua janji dalam masa 50 tahun korang dapat tunai kesemuanya. Masih ramai lagi yang tercicir dari arus pembangunan negeri. Tentang PGK tu PR kenalah naikkan gaji kakitangn kerajaan negeri dulu, untuk bagi bukti keseriusan tindakan menaikkan PGK ni.Jika tidak anda di lihat tidak profesional.

    ReplyDelete
  40. tok seri,

    inilah penyakit penyokong pkr.. dah buta mata hati ...

    sepatutnya nilailah apa yang tok seri cakap. jangan kata semua yang umno buat tak betul, semua yang pakatan rakyat betul semua.

    jangan jadikan pkr tu berhala!

    ReplyDelete
  41. Dato' Seri, saya nak bagi info sedikit.
    Ketika Persidangan Dewan baru ni, pada pembentangan Azmin Ali berkenaan pembangunan Azmin Ali mengenai Capital Land adalah fakta yang salah.
    saya merasa tercabar ketika beliau membuat pembentangan tersebut.
    harap-harap DS dapat membidas kenyataan tersebut yang beliau menjatuhkan kreadibiliti pemerintahan BN dahulu.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum wbt>>

    Tahniah bagi kedua-dua belah pihak yang saling bercakaran. Kan sekarang lebih baik kita tumpu pada isu ekonomi global n ISLAM ditindas.

    Mana pergi org UMNO bila majlis peguam buat perjumpaan HARAM mereka?
    Mana pergi Salahudin ayub bila saudara Zulkifli Nordin diserang dalam parlimen?

    Jika MIC dan org Hindu KEADILAN boleh bersatu mengenai isu HINDRAF mana pergi UMNO n PAS?

    sy rasa Dr baik tumpu isu ini jgn sampai kita tumpu pada isu yang tak bagi manfaat kepada Islam, Melayu n Negara. DAP kafir harbi harap jgn timbul kekecohan

    ReplyDelete
  43. Salam DS Khir.Kita sekarang sedang menunggu keputusan pemilihan bahagian UMNO bermesyuarat kerana pada mesyuarat kali ini adanya pencalonan utk jawatan didalam UMNO.Baru baru ini bahagian jerantut telah pun bermesyuarat malangnya DS telah tewas untuk dicalonkan oleh bahagian ini.Saya sebagai salah seorang wakil cawangan yg bermesyuarat di bahagian telah banyak di datangi oleh barwa barwa alhi ahli politik tertentu yg ingin membeli undi utk mereka.Inikah perjuangan para pemimpin UMNO membeli undi utk menjawat jawatan di dalam umno?sememangnya UMNO sudah tenat sakitnya,dan pembawa penyakit kepada UMNO adalah para pemimpin pemimpin UMNO itu sendiri.jadi bagaimanakah saya ingin mencalonkan mereka jika mereka mengamalkan rasuah?.insyaalah saya dan beberapa rakan saya akan meninggalkan UMNO kerana saya rasa bukanlah sebuah parti untuk bangsa melayu lagi. UMNO adalah parti utk para pemimpin umno mencari kekayaan dari hak hak rakyat. semuga parti UMNO akan terhapus didalam sejarah melayu moden. kesalahannya terletak di tangan para pemimpin pemimpin UMNO yg lebih hina dari binatang.renungkanlah..

    ReplyDelete
  44. Salam Semua,

    Kita berharap agar kerajaan Selangor kali ini akan merealisasikan kesemua manifesto pilihanrayanya kepada rakyat sebelum 'tamat tempoh' pemerintahan mereka.

    Saya juga berharap agar Datuk Seri bersabar dalam hal ini kerana tempoh perkhidmatan kerajaan kini masih panjang dan dalam merealisasikan manifesto ini saya rasa memerlukan gerak kerja yang perlahan-lahan atau selamat.

    Saya berharap agar Datuk Seri terus menjadi ketua pembangkang negeri yang sentiasa peka dan jangan leka dalam setiap inci tindakan kerajaan negeri ini.

    SELAMAT BERJUANG

    Sarfarizmal Bin Saad
    Bangi, Selangor

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum Dr.

    Teruskan perjuangan dan wawasan Dr. Cuma saya minta Dr jgn dedahkan sangat kepincangan kerajaan PR Selangor kerana saya nak cadangkan kpd Dr tuliskan semua kepincangan itu dan bukukan. Apabila hampir PR13 nanti terbitkan dan edarkan. Biar rakyat menilai kembali apa yang selama ini mereka inginkan terutama yang telah menjadi kan PR sebagai kerajaan dalam PR12 ini.

    Dalam manifesto mereka ada menyebutkan semua anak Selangor yang mendapat tempat di IPTA diberikan bantuan RM1000. Saya ni anak kelahiran Selangor bekerja sebagai pemandu lori di Penang (Penang kerajaan PR jugak). Anak saya yang lahir di Selangor juga tapi tidak mendapat apa2 baik dari Selangor ataupun Penang.

    Takpe lah... mungkin bukan rezki anak saya. Lagipun biarlah pendidikan anak saya dari hasil titikpeluh saya, semoga lebih berkat.

    Pernah terlintas difikiran saya, sebaik saja Projek Khinzir Raksaksa diluluskan saya khuatir SELANGOR DARUL EHSAN bertukar menjadi SELANGOR DARUL KHINZIR. Pusat Hab Halal yang dibangunkan bertukar menjadi Pusat Hab Haram dan bakal banyak lagi pusat persundalan haram, pusat video haram dan pusat pengeluar VCD haram yang ada antaranya wakil rakyat mereka menjadi pelindung.

    Terbaru tentang kes curi kereta yang akhirnya kereta tersebut dileraikan dan dipotong dalam tempoh sejam selepas dicuri... siapakah dalang disebalik semua tu...

    Nampaknya apa peranan mereka yang parti berlabel ISLAM dalam PR. Sebagai batu atau tunggul...

    ALLAHu AKBAR..

    http://manifaseto.blogspot.com

    ReplyDelete
  46. Tahniah Dr Khir kerana melepasi kuota pencalonan.

    Anda akan bertanding dengan dua lawan yang bukan calang-calang.

    Semoga berjaya,
    Selamat bertanding.......

    ReplyDelete
  47. politik dr khir,

    seolah-olah apa yang dia buat selama ini semuanya betuk,
    seolah-olah yang sekarang tidak betul,
    seolah-olah dia saja yang terbaik, tidak ada penyelewengan dan semuanya telus-telus belaka,
    seolah-olah, apa yang telah dilakukan oleh kerajaan selangor kini tidak melebihi kebaikkan di zamannya,
    seolah-olah, zamannya kewangan negeri dirakyatkan,
    seolah-olah, rumah mewah exco tiada,
    seolah-olah, dia berjimat cermat,
    seolah-olah, kekayaanya sebelum menjadi menteri dan selepas tidak berubah atau hanya meningkat sedikit sahaja dan tidak berkali-kali ganda,
    seolah-olah dia sahaja yang betul,

    dr khir, jgnlah mendabik dada,
    rakyat tahu menilai anda, kami bukan orang yang mudah tertipu

    ReplyDelete
  48. Sdr azman dan sahabat bloggers lain,

    Sepatutnya saya tak perlu risau membaca dan memahami baget yg dibentangkan oleh kerajaan pakatan rakyat ini,kerana baget ini merupakan baget pertama kerajaan berkenaan,mungkin mereka tidak berpengalaman atau terlalu ghairah utk membuktikan mereka lebih baik dari kerajaan bn yang telah mengakar umbi dalam pentadbiran kerajaan selama lebih lima puloh tahun

    Baget yang tidak mempunyai hala tuju yang jelas ini akan menyebabkan ekonomi selangor mnguncup dan seterusnya akan menyebabkan rakyat selangor mengalami tekanan hidup dimasa akan datang.

    Tiada usaha jelas utk mencari sumber pendapatan baru kerajaan negeri dan tiada inisiatif utk menstrukturkan semula kutipan tumggakan cukai serta tiada pengukuhan pentadbiran di pejabat pejabat tanah mengurangkan keyakinan saya sasaran pendapatan seribu empat ratus juta yang disasarkan.

    Tujuan utk menjadikan negeri selangor sebuah negeri kebajikan spt dijanjikan oleh pakata rakyat ternyata hanya janji kosong,terdapat percanggahan dalam ucapan baget dan peruntukan baget,saya menimbulkan perkara ini dalam ucapan saya,yab mb menyebut peruntukan 8 juta utk hadiah anak masuk universiti,peruntukan khas utk takaful warga emas tetapi dalam buku peruntukan baget sebenar peruntukan yang diluluskan adalah rm 10 sahaja.

    Saya rasa yab mb tidak memahami kaedah pentadbiran sebuah kerajaan amat berbeza dgn mentadbir sebuah syarikat koperat,yang seringkali disebut dan dibanggakan oleh beliau dalam setiap ucapan beliau samaada dalam dewan atau diluar dewan.beliau mengatakan dgn bangga bahawa pnb itu hasil idea beliau,dan beliaulah yang bertanggungjawab kepada kejayaan pnb,walaupon beliau masih tidak sedar hingga kini mengapa beliau diberhentikan di pnb.pasti ada sebab sebab yang kukuh mengapa beliau diberhentikan dari pnb.

    mb menaikkan kadar garis kemiskinan dari rm 731 kepada rm 1500 adalah satu tindakan yang cukup berani,dgn menaikkan pgk ini menggambarkan lebih 30% rakyat selangor miskin tetapi yang sedihnya tiada satu perancangan mahupon hala tuju dalam baget yang memyetuh bagaimana utk meningkatlkan pendapatan rakyat sehinggakan dalam pejabat mb sendiri 50% pegawainya berada dibawah paras miskin.Bagi saya ini adalah janji kosong dan hanya utk menidakkan peranan kerajaan bn dalam menangani kemiskinan.saya tak faham kaedah mana yang diguna samaada mb telah merujuk kepada kaedah yang telah disarankan oleh UNDP.

    Ada banyak perkara lagi yang amat membimbangkan saya apa yang akan berlaku pada negeri selangor dan saya akan ulas dgn lebih detail dilain lain forum.

    ReplyDelete
  49. Salam DS Dr Khir,

    Saya ingin mengucapkan tahniah kerana berjaya melepasi kouta pencalonan jawatan Ketua Pemuda Umno.

    Jika diizinkan Allah jawatan tersebut disandang oleh Datuk,saya percaya Datuk boleh membawa perubahan didalam Umno.

    Dlm pada isu bajet Selangor,adalah penting utk diwujudkan tema dan fokus yg kukuh,yg dpt dijadikan tunggak kpd misi dan visi kerajaan negeri.

    Pada pendapat saya,bukannya ralat utk menggunapakai falsafah corporate governance pada pentadbiran kerajaaan negeri.

    Akan tetapi,jika tiada fokus dalam pentadbiran,letaklah org yg 100 tahun pengalaman korporat memang satu benda pun tak jadi.

    Jika MB Selangor menjadikan pengalaman korporat beliau sesuatu yg beliau banggakan,maka kita seharusnya melihat beliau bukan sebagai orang yang baru 6 bulan belajar pengurusan dan pentadbiran TAPI sebagai orang yang berpengalaman 23 tahun dalam pengurusan dan pentadbiran.

    Maka,soal nak bagi peluang belajar menguruskan pentadbiran kerajaan negeri sepatutnya tak muncul.

    ReplyDelete
  50. Khalid Ibrahim memang pandai jolok tabuan.

    Sengaja dia nakikan kemarahan orang Melayu, kali ini dengan menamakan seorang perempuan Cina sebagai kepala PKNS.
    Akan hilang hala tuju PKNS untuk memperbandarkan Melayu dan meningkatkan penguasan hartanah Melayu.

    Bila orang Melayu dan UMNO membantah dia dapat modal politik dengan mengatakan UMNO perkauman dan orang Cina dan India akan terus menyokong PKR.

    Cuba ambil sesuatu daripada orang Cina, misalnya kerajaan Selangor ambil alih sebuah sekolah swasta Cina atau hantar seorang Melayu jadi pengetua sekolah tersebut ?

    Khalid Ibrahim ni makan ba agaknya.

    ReplyDelete
  51. Assalamualaiikum Bro....

    Selamat Hari Raya. Maaf zahir Batin.

    Congratulation and Salute to you of successfully acquiring sufficient and more than the required quota’s in the race For Ketua Pemuda Umno Malaysia. Remember Bro the Penangites have so much of trust throwing their support to you. It’s a real dismay that the whole Selangor Pemuda does not have that credo of throwing their unanimous support to you or most probably they would do so during the voting. I really hope and pray so.

    Bro, your experienced of managing a state budget has given you a wide spectrum distinctively foreseeing how the balancing figure between human balance and state coffer. However corporate budget orientation as every novice could understand is making the all possible sale in acquiring whatever the target is all about. Indeed this great one time Corporate Figure whom we never denied his one time great achievement unfortunately it demised halfway through is now trying to apply the corporate orientation doctrine budget to run a state. As we can see that he is revamping all the profit centre with all new managers who he believed could made all the possible sale or trying to sell whatever that can be too generate the a proper income for PKR and not for the state or the peoples. Now, let us see what this new manager will be selling and dismissing any substantial property that had stood substantial during your period and look less substantial in their tenure. Never to forget there are assets that has so much of roots value when comes to state ownership. This could be visualized or example can be taken from our neighboring country, Thailand for that matters. The former Prime Minister thinks he is all out of a Corporate Man maneuvering corporate doctrine in managing a country. He sold his telecommunication company no doubt it is his company but then there is something of roots value for a nation and during his tenure as the Prime Minister.

    Imagine if PNB is solely owned by this Great former Corporate Man, will he be selling PNB for the benefit of Selangor state government. I doubt so but most probably he will be selling for his own benefit during his tenure as the MB of Selangor. This proceeds than he could always enjoy buying another football club in Britain rather than the Selangor football team. As a notable corporate man the ROI is very much in favor in terms of foreign investment.

    Bro, time is running and Selangorian had seen and experienced this anak jati Selangor of great corporate background making changes without the need to think or consider or having a second opinion of what would the people think should these changes take place. All these changes are his right alone as the Corporate Leader of the state. Who care’s about the peoples? They appoint me so just follow what my thoughts are all about.

    ReplyDelete
  52. Salam DS,

    Kenapa kali ni komen saye kene GAM?
    Tak gentle camni...

    Wasslam....

    ReplyDelete
  53. salam dr.khir.

    sy ni penyokong PR.
    sy ucap slmt buat dr.khir dlm pertandingan pemuda umno. dari KJ baiklah dato seri.
    sy doakan agar dr.khir menang dlm pertandingan nnti.
    maka bolehlah dr.khir laksana agenda Islam.. insyaallah.

    berkaitan dgn bajet selangor tu mmglah tak sampai 10% pun dilaksanakan. tp sekurang2nya dpt jugaklah 10% tu. kalau nak tunggu bwh dr.khir alamat smpai bila2 pun tak boleh nak buat.

    so dr.khir, may Allah bless us.
    gudlak pertandingan nnti!

    ReplyDelete
  54. Saya telah wujudkan blog saya, suararakyatselangor.blogspot.com. Harap-harap ini menjadi titik permulaan tertubuhnya Pertubuhan Suara Rakyat Selangor (SUARAS).

    Harap-harap semua dapat "contribute" dalam blog baru ini yang akan focus hanya pada isu-isu di Selangor.

    Salam Perjuangan,

    Suara Selangor

    ReplyDelete
  55. Datuk Seri,

    Orang yang bercakap bohong, akan dipotong lidahnya diakirat nanti.

    Tahniah, kerana layak bertanding Ketua Pemuda.

    ReplyDelete
  56. Salaam Dr Khir..

    Orang Selangor bagi je la PKR dan DAP tu memerintah 7 pilihanraya berturut2.

    Peduli apa dia kota janji ke tidak. Effisien ke tidak asalkan janji2 yang ditaburkan sedap didengar..

    At least dia dapat mewujudkan persepsi mereka berjuang untuk rakyat. Tak kira la rakyat bertambah miskin ke hape. Kan Anwar kata Indonesia lebih baik daripada Malaysia, mestilah mereka nak jadikan Indonesia sebagai role model.

    Yang penting gaya sebagai pejuang rakyat tu mesti ada, rakyat biar miskin takpe.

    ReplyDelete
  57. tapi sekarang pemimpin umno pilih terbalik.
    Biar kampung tergadai, asalkan menang :-(


    Failure
    >> http://teampemudaumno.blogspot.com

    ReplyDelete
  58. Tahniah kepada Dato kerana berjaya mendapat pencalonan yang melayakkan diri dato bertanding sebagai ketua Pemuda mac depan nanti. Pencalonan dari Pemuda Segamat mengenapkan kelayakkan Dato bertanding. Nampaknya tak sia-sia Dato turun Segamat pada Jumaat lepas di Bukit Tunggal..
    kalau dah menang jangan lupakan pemuda Segamat yang bertungkuslumus memastikan kemenangan Dato
    Tahniah...selamat berjuang demi bangsa ugama dan tanah air
    wasalam

    ReplyDelete
  59. Salam YB Ketua Pembangkang Selangor yg dihormati..

    YB nampaknya lebih menonjol jadi 'Yang Berkhidmat' dibawah panji pembangkang skrg..

    Kerajaan Pakatan pun dah nampak mabuk semacam kerana terlebih pakatan sgt dgn DAP & puak liberal PKR.. ada juga ADUN malaun sentuh bab duit zakat untuk beri kpd bukan Islam? Sama ada tak tau hukum atau saja perbodoh diri sendiri?

    Dalam bab ini YB 'ayam sabung' PAS pun diam jer? Buat2 bodoh ke?

    Ini dunia politik..kadang2 tak perlu penat nak perjatuh sesiapa pun, yang terlalu asyik mashyuk menari boleh tersilap langkah & tersungkur tergolek sendiri.. penonton cuma perlu tumpang gelak sekaki.

    Tak perlu nak jadi beruk yang terkinja2 kerana terlalu teruja tak tentu fasal..hanya memalukan diri sendiri saja.. silap langkah jatuh tanah juga.

    Rakyat MAJORITI sedang menilai.. kami tak bodoh seperti disangka puak2 tertentu..taklid membuta tuli.
    Ada rezeki, mana la tau bila UMNO dah betul insaf & buat reformasi dalaman utk kebaikan bangsa & agama ...adalah rezeki utk YB-YB di kerusi pembangkang skrg ini.

    Janji jgn buat perangai loklaq..jaga akhlak , rohani & minda dlm apa jua tindakan.

    (",)

    p/s: 1st time saya komen disini...sbb selaku org muda saya dpt rasa semangat asal usul UMNO 1946 cuba dibarakan semula oleh akar umbi UMNO..
    patut bg lg marak menyala.. bukan disabotaj dipadamkan dgn pasir oleh pemimpin2 atasan UMNO sendiri kerana tamak kuasa, harta & pengaruh kroni/keluarga...

    kelak pasir2 itulah yg akan kuburkan UMNO 7 kaki dlm tanah pada PRU13 nanti..

    ReplyDelete
  60. Walau macamanapun nampak jugak perkembangan utk rakyat berbanding dulu yg lebih mementingkan org berada

    ReplyDelete
  61. Salam Dato' Seri,

    saya doakan DS menang pertandingan ketua pemuda.. cukup-cukuplah kaum kerabat perdana menteri dan bekas-bekas perdana menteri dlm kepimpinan umno.. saya nak gak tengok anak orang kampung / miskin mcm DS menerajui pemuda.. bukan 2 calon lagi tu tak bagus.. tapi cukup-cukuplah.. buktikan umno bukan milik keluarga mereka..

    rakyat pun bosan tengok balik-balik kaum keluarga diorang je yg duk atas.. DS kena buktikan bahawa anak kampung pun hebat sebagai pemimpin.. tak perlu tumpang populariti bapa / mertua untuk jadi pemimpin.. berdiri atas kekuatan sendiri..

    Pandangan ikhlas saya terhadap DS pula untuk menjadi pemimpin pemuda,
    1. beridentiti pemuda - DS nampak kurang sesuai pakai uniform pemuda.. mungkin lama jadi mb..
    2. kurangkan protokol.. kalau boleh tak payah protokol.. mungkin lama jadi mb.. jadilah khir toyo yg dulu mase belum jadi mb.. (saye ingat lagi DS panjat tembok kat stadium merdeka mase membantah SUQIU, malam tu diumum jadi mb)
    3. dekatkan diri dgn pemuda akar umbi.. cukuplah identiti elit pemuda sejak zaman najib.. tu yg rakyat menyampah.. kalau bole turun padang tu bawak kereta malaysia (wira ke, waja ke.. kereta mewah simpan kat umah) dan kalau boleh bawak sendiri.. naik motor lagi bagus..
    4. bertindak cara pemuda.. pemuda yg jadi golongan pendesak bukan tukang kipas.. bila ade isu melibatkan bangsa cepat-cepat buat demontrasi.. tunjukkan pemuda umno prihatin..

    Kalau DS buat semua perkara yg saya sebutkan, InsyaAllah DS akan diterima pemuda.. rakyat pun akan dekat dgn umno..

    Hidup UMNO! Hidup Melayu! Hidup Khir Toyo!

    ReplyDelete
  62. dato,
    apa komen DSKT berkenaan khalid bagi jawatan ketua PKNS pada non-malay?
    betul kata bung karno, camner la non-malay punya reaction kalau diaorang yg terkena..

    alasan khalid adalah merit... tapi saya pandang, ia seumpama tidak mengiktiraf orang melayu sebagai berkebolehan dan bagus. macam takde langsung orang melayu yg bagus untuk memimpin PKNS.

    Nasib baik sultan tak bagi jawatan MB dilepaskan pada non-malay, kalau tak jawatan MB tu pun, agaknya khalid nak bagi kat non-malay.

    Saya rasa macam terhina.. dahla nak dapat kerja kat tempat non-malay susah..Kalau dapat pun, dapat gaji tak sama dengan member non-malay yg pegang jawatan serupa.. Sekarang pulak, tidak diiktiraf oleh sesama bangsa, lagi la susah hati..

    Tapi macammana dato? nak pangkah BN, BN tak sedar diri, sekarang bila pangkah PR, makan diri..

    ReplyDelete
  63. Salam..

    Kerana nak jaga hati kawan biar sesama bangsa dan seagama Islam menjadi taruhan.
    Lihat Apa yang jadi kepada YB Zulkifi Nordin yang memperjuangkan Islam tetapi dihambur serta di perkecilkan oleh orang yang selama ini memperkatakan bahaw mereka Membangun Bersama Islam.
    Idelogi politik yang mahu kekuasaan,pangkat dan kekayaan telah menyebabkan Agama Islam sebagai alat untuk menipu Umat Islam yang mudah diperbodohkan
    Melantik seorang bukan melayu dengan alasan dia berpengalaman dalam semua hal ada satu lagi permainan politik yang hanya utamakan kafiq daripada se agama Islam.
    Itu pun ada juga blogger2 yang terlalu bodoh dan buta hati .Ini kerana Nur Islam tidak ada dalam hati kerana nafsu yang dinodai oleh syaitan sehingga setiap keburukan akan nampak kebenaran

    ReplyDelete
  64. This posted in SAPP Blog: Entittled "When do "Malaysians" learn?" DATO PLEASE WRITE SOMETHING ABT THIS.
    "....Six staff bodies of state agency Selangor Development Corporation (PKNS) have objected to the appointment of a senior official as acting general manager on grounds that she is Chinese.

    Pas, a member of the Pakatan Rakyat coalition government in Selangor, is unhappy with the appointment of Low Siew Moi as acting head of the Selangor State Development Corporation (PKNS)...".

    SAPP SAID:-
    "Merit doesn't count", colour matters...are we heading backwards?

    ReplyDelete
  65. Nak lihat transkrip wawancara Dato Sri Najib dengan BLOOMBERG TV pada 24 Oktober 2008? Sila layari http://waksapu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  66. DS Khir,
    Kerisauan DS tentang bajet 2009 Negeri Selangor yang membawa halatuju pembangunan negeri tahun depan kurang jelas. DS awalnya menekankan tentang menifesto PR yang tak dapat ditunaikan secara total dalam bajet ini sedangkan menifesto itu terpakai untuk jangkamasa 5 tahun untuk dipenuhi. Apakah sekiranya tidak disebut dalam bajet maka ia tidak dapat dilaksanakan? Air percuma tiada dalam bajet tapi masih boleh dilaksanakan dan DS sendiri pada peringkat awalnya meramalkan dalam masa 3 bulan Selangor akan bankrap tetapi ternyata ramalan itu meleset. Tentang kenaikan PGK adalah logik jika diukur pada masa sekarang. Apalah sangat yang dapat dibelanjakan dengan RM1500 masa ini dengan kenaikan harga barang keperluan yang tinggi. Apakah kita takut dengan angka kemiskinan yang tinggi sedangkan realitinya begitu? Ini merupakan satu cabaran kepada PR untuk meningkatkan ekonomi penduduk Selangor.
    Nak tanya DS siapakah yang memfaraidkan hutan simpan dan tanah rizab di Selangor kepada individu tertentu. Setinggan yang kebanyakannya Melayu dipindahkan ke rumah pangsa sedangkan hutan simpan dan tanah rizab diserahkan kepada .....?

    ReplyDelete
  67. salam DSK,
    PR tak akan memberi penyapu kpd individu yg ada maruah.....tak serupa dgn DSK,beri penyapu.Berilah peluang pd mereka untuk belajar,sekiranya mereka (PR) gagal untuk berubah,masa PRU13 kita ubah kembali,jgn takut dgn bayang2 sendiri,masa akan tiba....Masalahnya sekarang kerajaan BN takut dgn bayang2 sendiri,sekiranya kerajaan PR lebih berjaya dr BN/UMNO.sbb itu BN/UMNO cukup takut dgn hilang kuasa kpd rakyat.Jgn bimbang pd BN/UMNO belajar dr kesilapan yg lalu,Jgn terlalu yakin yg BN/UMNO akan beroleh kejayaan selalu..Bak pepatah melayu,ada kalah,ada menangnya...ambil sebagai pengajaran untuk berubah..

    ReplyDelete
  68. Dah MB pun ahli keparat yg "kurang" berjaya.. nak diherankan apa lagi dgn bajet yg sebegini. Cuma rakyat selangor pakat2 tengok lah sendiri selepas ini..Tak tunai janji dah jadi pembohong..jadi pembohong tak layak jadi pemimpin..tapi kalau dah pemimpin besar lagi kuat bohongnya..anak buah kat negeri apa la kurangnya..Tak gitu???

    ReplyDelete
  69. Asalamualaikum

    This is to introduce our website to Dr Khir. We wrote an analysis on the chances of Dr winning the Umno Youth Chief post.

    Hope you appreciate our story.

    http://www.worldfutures.info/Analysis/Analysis/Malaysia-Umno-Youth-polls-an-open-battle.html

    Yours truly

    Cordoba

    ReplyDelete
  70. Ada logiknya juga bahawa kerajaan PR memang tak dapat menunaikan menunaikan kesemua janji mereka semasa pilihanraya PRU 12 dalam setahun. Apatah lagi keadaan ekonomi dunia yang tak menentu.

    Kepada penyokong-penyokong UMNO(Baru) tegar....bagaimana dengan janji Paklah dalam PRU 11 yang lalu? Dah berapa janji telah paklah tunaikan setelah 5 tahun menjadi PM? Rasa-rasanya satu pun masih belum ditunaikan!

    Yang paling-paling nak tanya kat hangpa semua....dah tertunaikah janji UMNO/BN melalui dasar DEB dimana pemilikan ekonomi orang melayu disasarkan sebanyak 30 %.

    Dasar tersebut sasarkan akan mencapai dalam tahun 1990. Sekarang dah tahun 2008......dah 18 tahun terlewat!!!.....bukan 18 hari....bukan 18 bulan!

    Jadi, sabar-sabarlah sedikit. Mereka baru je meraba-raba untuk memerintah. Berilah mereka peluang untuk membuktikan keupayaan mereka sebagaimana kita beri peluang kepada Paklah dan UMNO/BN untuk menunaikan janji DEB.

    bat8

    ReplyDelete
  71. Sdr jebat setia,dan sahabat bloggers lain,

    Saya sedar dalam setahun tak banyak perkara yang boleh dilaksana,tetapi masalah asas pentadbiran dan baget yang tidak konsisten dgn menifesto pilihanraya akan berakhir dgn kegagalan melaksanakan janji tersebut.

    Ketika bn memerintah ,kami dituduh tidak prihatin dgn masaalah aduan rakyat,jika gagal melaksanakan tindakan segera atau gagal turun bersama rakyat yang ditimpa musibah,kami dianggap sombong,tetapi apa yang berlaku hari ini turun padang bersama rakyat ditimpa musibah yab mb menganggap buang masa dan membasir wang rakyat,apa gelaran agaknya patut diberikan kepada wakil rakyat spt ini,sombong atau pemimpin prihatin.
    Masaalah aduan di PBT semakin banyak,masalah jalan berlubang,sampah tidak dipungut,lampu jalan tidak berfungsi semakin menjadi jadi,saya kira kita tidak perlu mengambil masa yang lama utk selesaikan,mengikut pengalaman saya tahap perkhidmatan PBT semakin merosot dan yang amat membimbangkan saya semangat berkerja yang semakin menurun,ekoran tindakan kerajaan negeri menggantung tugas pegawai tanpa mengikut peraturan perjawatan.

    Hilang fokus kerja,merobohkan kaben pasti memrlukan kos,alangkah baiknya jika kos itu digunakan utk menyelesaikan masalah aduan rakyat,sedangkan kaben telah berada ditempatnya beberapa tahun dulu. Ini adalah diantara contoh mudah yang saya boleh gambarkan betapa PBT hari ini tidak mengamalkan amalan budaya kerja berprestasi tinggi.

    ReplyDelete
  72. Khir,

    Jangan duk ngata org saja... dulu u macamana? Muhasabah diri tu dulu.. perasan bagus laa ko ni.. pegi makan tempe tu banyak2

    ReplyDelete
  73. Sdr 18/34d dan sahabat bloggers lain.

    Masalah bil air percuma ini juga ada percanggahan kenyataan mb selangor,peringkat awalnya beliau mengatakan bahawa bil yang perlu ditanggong sejumlah lebih kurang rm 150 juta setahun ditanggong oleh syarikat kerajaan negeari iaitu KDEB,tetapi dalam buget baru baru ini kerajaan negeri memberikan pinjaman rm 50 juta pada KDEB sebagai fasa pertama ini bermakna kerajaan negerilah yang membayarnya tetapi dgn berselindung di belakang KDEB,saya yakin KDEB tak akan mampu menyediakan peruntukan sebesar itu.

    Skim air percuma ini tidak membantu golongan berpendapatan rendah yang tinggal di flat flat,kerana dirumah bertingkat ini masih lagi menggunakan meter air bersepadu,skim
    hanya memberi kelegaan kepada pemilik rumah yang menggunakan meter air individu,

    Cuba sdr bayangkan wang sejumlah rm 150 juta itu digunakan utk tujuan menyediakan perkhidmatan dan keperluan yang sangat mendesak spt mengatasi masalah banjir,menyediakan kemudahan rumah ibadah,memperbaiki jalan berlubang dan lainnya,bagi saya itu akan memberi faedah jangka panjang kepada rakyat selangor.

    Jika berlaku penagguhan program pensrukturan sistem bekalan air selangor saya kuatir kerajaan negeri akan menghadapi masaalah kewangan yang membimbangkan.

    ReplyDelete
  74. Sdr sadiq dan sahabat bloggers lainnya,

    Sebenarnya saya telah merangcang peralihan jawatan pengurus besar PKNS,daripada pengurus yang ada kepada penggantinya,dgn melantik dua timbalan pengurus besar,salah seorang agak junior tetapi saya melihat potensi yang ada dan pengalaman yang telah dimiliki cukup utk membawa pkns ketahap yamng lebih baik,kedua dua mereka berkebolehan utk memimpin PKNS.

    Dakwaan PKNS gagal membawa keuntungan adalah satu dakwaan melulu oleh orang yang tidak mengetahui prestasi PKNS,dan menidaklkan keupayaan pengurus melayu mengurus korperat hartanah spt PKNS,ingin saya jelaskan matlamat penubuhan PKNS adalah diantaranya membina bandar baru dgn peratus penduduknya adalah majoritinya melayu,dgn kata lain menyediakan peluang memiliki rumah kpd bumiputra dgn harga yang istimewa,mengasuh dan membina pemaju pemaju hartanah melayu yang boleh bersaing dgn pemaju hartanah bukan bumputra,menyadiakan peluang pekerjaan kepada orang orang melayu,mewujudkan wendor syarikat pengeluar bahan bahan binaan bumiputra dan lain lain.

    Pkns merupakan satu satunya sedc yang mempunyai perestasi kewangan yang menguntungkan .

    ReplyDelete
  75. Secara mudah bacalah sejarah dan paham kan lah.

    Hang Tuah kata "Tak Melayu Hilang Di Dunia", Tapi dek kerana melayu jugak lah Empayar Melaka jatuh ketangan Portugis.

    Apa yg MB Selangor buat kebelakangan nie samalah seperti pengkhianat Empayar Melaka, DS mintak sangat DS jadi jebat untuk selangor.

    Jangan nanti kerana tindak-tanduk kita sekarang yg rugi waris kita dikemudian hari.

    ReplyDelete
  76. rumah pkns mahal...kalau tak percaya tengok harga rumah kos sederhana apartment kat seksyen 24 shah alam...

    ReplyDelete
  77. Salam tuan blog...

    blog anda antara blog2 yg saya himpunkan di blog saya :

    beritamalaysiakini

    dipersilakan jenguk dan memberi pendapat setiap berita yang disiar di blog saya.

    tq

    ReplyDelete
  78. " Teman termangu2 juga bila baca kritikan rakan2 blogger terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim pasal PKNS ni. Kisah dilantik pemangku Pengurus Besar berketurunan Cina bukan melayu atau jawa atau banjar atau rawa....Nama pun pemangku. Apa ke hei lah kecuh sangat?

    PAS Selangor pun turut kecuh sama...Khabonye Dato' Dr. Hassan Ali pun melahirkan kebimbangannya...begitu juga Iskandar. Sama bimbang dengan Khir Toyo...sama goncang dengan budak Syukur Idrus tu...kenapa teruk sangat yob?

    "It is better if we give the job to someone who will rake in millions for the benefit of the Malays than to appoint a Malay who is more interested in giving out contracts to non-Malays."- Khalid Ibrahim..

    Haa mudah aje Khalid jawab. Dia tambah lagi....

    "If there is a Malay manager who cannot benefit the Malays, then this is something we should view seriously," he said.

    "People are angry because we changed the people, but are they not angry about the billions lost? Which is better? Think about this," he urged those who challenged the decision.

    Haa kan nampak bodoh pengkritik2 semua.

    Itulah kita ni kadang2 nak mengamuk tak tentu pasal. Kata nak berubah? Berubah ape ke hei nye kalu mentaliti lebih kurang orang Umno aje? Kalu macam ni tak ke mana lah yob...

    Pada teman memang kena betullah Tan Sri Khalid menerajui Selangor ni. Kita bukan saja kena gosok minda karat yang dipupuk dek Umno lebih 50 tahun ni...kalu boleh kena pakai SD-40 Anti rust lubricant tu...bukan setakat lubricating kita juga kena dehumidifying, decontaminating and eliminating karat2 biru tu.

    Dato' Dr. Hassan Ali tak kanlah tak tau benda ni semua. Bukan ke YB kerap bebeno dok cerita pasal kecemerlangan, anjakan paradigma dan sebagainya....kalu dok cakap tapi tak buat nanti orang kata kita kaki kelentong aje YB. Sama macam cerita nak ambil Masjid Bukit Indahlah....

    Pandang jauhlah sikit yob. Kita juga dok pukul canang PAS FOR ALL. Bila Khalid buat benda macam ni...kitapun kecoh....nak terkencing..terberak...terkentut semua ada. Apa raahhhhh??

    ReplyDelete
  79. Sdr dizzy boy dan sahabat bloggers lain'

    Isu beri penyapu kpd pegawai,yang dipersetujui oleh pegawai pegawai melalui beberapa mesyuarat sepatutnya tidak timbul,jika sdr mengatakan itu perbuatan yang membawa sial atau memalukan nampak benar sdr ini berfikiran kolot dan sempit,beri hadiah penyapu,kasut buruk,dan lain seumpamanya diamalkan oleh syarikat multi internasional spt korea,taiwan dan jepun.

    menggantung pegawai kerajaan di mpaj tanpa mengikut peraturan perjawatan adalah satu perbuatan penganiyayaan dan amat memalukan krn ia akan tercatat dalam laporan perkhidmatan pegawai berkenaan,lebih lebih lagi pegawai tersebut menjalankan tugas yang diarahkan oleh kerajaan negeri iaitu meruntuhkan mana mana struktur haram dalam kawasan majlis.

    Atas desakan politik pegawai tersebut jadi mangsa keadaan demi mengikut telunjuk parti tertentu,yang mana pemimpin tersebut mengugut utk letak jawatan.

    Inilah tindakan yang hari ini telah menurunkan moral pegawai pegawai kerajaan dan hari ini mereka tidak berani mengambil tindakan undang undang penguatkuasaan dan kita akan lihat banyak masaalah akan timbul tanpa sebarang tindakan.

    Sebenarnya jika saya biarkan kerajaan pakatan rakyat terus buat kesilapan itu akan memberi kebaikan kepada BN,rakyat akan melihat kegagalan mereka dan kembali kepangkuan BN,tetapi rakyat selangor berada dalam kerugian dan selangor dalam suasana muram,sebab itulah saya menegur kerana tanggungjawab saya sebagai rakyat malah sebagai wakli rakyat yang bertanggongjawab terhadap masa depan selangor.

    ReplyDelete
  80. Terima kasih DS kerana balas comment saya.

    Kalau baca blog lain-lain pasal isu perlantikan ini, semua kata ia atas dasar meritrokasi.. ini yg buat saya tambah sedih.. macam ada double standard orang melayu dengan cina..

    Apabila orang melayu dilantik, dituduh dia ada connection, dasar NEP, cronism, nepotism... tapi bila cina dipilih dikata atas dasar meritrokasi.. adakah sampai begini standard orang melayu kita?

    Persoalannya ialah:
    1) tiada Orang Melayu yg berkaliber ker?
    2) adakah sepandai-pandai orang melayu serupa dengan sebodoh-bodoh orang cina?

    Yg lebih sedih apabila orang melayu sendiri yg mempertahankan idea lantikan ini. Saya percaya Khalid melantik minah cina ni bukan atas dasar meritrokasi, tapi atas dasar "mahu cuba lain".

    Saya berharap kepada blogger lain, supaya dapat meneliti perkara sebegini. Orang melayu hanya ada Malay sia ini sahaja sebagai tanah tumpah darah kita. Sedikit-sedikit hak kita diambil, nanti apa yg tinggal lagi?

    Cuba bayangkan kita duduk di tanah orang/negeri orang? berapa banyak yg kita boleh mintak dari tuan tanah? Sampai had mana tuan tanah akan layan kehendak kita?

    ReplyDelete
  81. DATO'..

    Tahniah Dato' kerana menjadi Pembangkang negeri yg effective.

    Teruskan usaha murni dato..

    Dato' kbykan problem BN @ UMNO skrg adalah kurangnya interaksi antra pemimpin & rakyat..

    adakah Dato mmpunyai formula utk melaksanakan isu tersebut.

    saya cadangkan Dato buat satu email utk menerima email cadangan & pendapat & juga kritikan utk Kerajaan Negeri Selangor.. @ komplen.. yg boleh menunjukkan kepincangan kerajaan negeri skrg..

    anaklangkawihttp://other-perspektif.blogspot.com/

    ReplyDelete
  82. salam datuk seri..
    bg sy biasa la 2 org melayu.. haha pandai je berjanji.. tp janji yg dorang bg mcm best je, bile time nk tunaikan, hilangkan diri.. bkn alasan je yg xde, khalid pn mghilang..


    bg sy, kerajaan sgor skarg ni sebenarnya plg tidak pandai menguruskan ekonomi.. dan ini telah menunjukkan sikap sebenar tan sri khalid semasa dlm guthrie dulu.. ape yg dilakukan beliau pd hari ini adalah sama dgn apa yg dilakukan beliau semasa memimpin guthrie dulu.. dan sikap dia yg licik dlm menyembunyikan pelbagai kesalahan juga mnyebbkan guthrie dipndang tinggi tp sy yakin, guthrie sbnarnye bermasalah..
    biasalah datuk seri.. mereka tidak pernah memimpin selangor...
    dan kejayaan besar UMNO sebelum ini dalam memimpin sgor seakan2 menggambarkan memimpin sebuah negeri itu terlalu mudah.. sbb itu mereka pandai menabur pelbagai janji.. hakikatnye, mereka tidak layak langsung untuk disamakan dgn umno malah tidak ada standard lgsung sbg pemimpin.. skrg bile dh ada atas kerusi datuk seri dulu, dia sndri rase nk larikan diri..
    sy teringat kata2 menteri besar kedah.. dia kata bukan mudah jd seorg MB.. tidur dgn masalah, bangun tidur pn dsambut dgn masalah.. knapa??? bru ta ke yg jd MB ni besar tanggungjawabnya??? jd jgnla pandai bercakap je..

    ReplyDelete
  83. assalam...

    naikkan garis kemiskinan ada kebaikkannyer.. apalah gunanyer kalo setakat ader rm700 kat tengah2 bandar macam nie. laen lar kalo kat negeri dibawah pengaruh bulan sejak 18tahun tu.. rm700 boleh beli banyak benda dah.. kalo kat bandar macam nie.. rm700 tu, duit minyak n tol pun xlepas... anyway..
    biler kerajaan negeri naikkan garis miskin, bukan ke kita akan nampak lagi ramai yang miskin? so, makin besarlah lar tanggungjawab untuk sediakkan subsidi oleh kerajaan seperti pengecualian cukai or something... bagi saya, lebih baek miskin kat kampung tapi berharta tanah or kebun, daripada kaya gaji kat bandar tapi xdapat nak simpan apa2 untuk masa hadapan kecuali hutang n bill2 bulanan yang menimbung...

    biarlah kita tgk dulu kerajaan baru nak buat apa.. lagipun baru setahun jagung mereka.. walaupun baru setahun, "agak banyak jugak" lar yang mereka concern kat rakyat berbanding kerjaan lepas.. itu yang saya nampak nyata n jelas...

    Anyway.. gud luck kerjaan baru selenggorr.....

    ReplyDelete
  84. Salam DS,

    Tahniah kerana berpeluang bertanding utk Ketua Pemuda nanti. Cuma satu saja saya harapkan kepada siapa saja yang menerajui pemuda. Ambil langkah untuk menggalakan anak muda menjadi usahawan tani. Sebabnya seperti berikut:-

    Berita sedih dan menggemparkan di TV3 pada 2.11.2008 dan Harian Metro 3.11.2008 tentang satu kawasan di Kedah iaitu ladang betik baja nya dari najis babi. Saya rasa kaum caya nun alif ni mmg sah menggunakan najis itu kerana ia menyuburkan tanaman. Nampak jelas sekarang bidang tersebut banyak dikuasai oleh mereka dan hasilnya ramailah orang melayu islam semakin terhakis akidah dan keimanannya kerana perkara-perkara begini.

    Itu belum lagi ladang limau bali, ladang jambu batu, ladang sayur-sayuran.. tidak kah tercabar kita sebagai orang melayu islam.
    Saya harap siapa pun yang memimpin tampuk UMNO selepas ini jangan lah pandang ringan perkara ini.. lakukan anjakan paradigma dalam dan dalam jiwa para belia supaya mencintai usaha ini.

    Itu belum lagi pengusaha-pengusaha makanan yang sedikit sebanyak ada unsur-unsur haram walaupun sedikit. Lahirkan ramai usahawan bumiputra dengan menggajikan rakyat tempatan . Tengoklah berapa billion RM kita mengalir keluar hanya kerana tokey-tokey yang takde jiwa patriotik kerana menggaji pekerja asing. RM18billion kot.. boleh untuk menyelesaikan masalah PBT atau banyak lagi untuk rakyat.. kalau tambah beberapa tahun lagi.. makin muflis lah negara kerana pendatang asing.

    Saya mencadangkan ini kepada DS seandainya DS berjaya menjadi KP UMNO.

    Sekian.

    ReplyDelete
  85. wa sokong kevin

    lagi teruk kalo
    "menang sorak NEGERI tergadai"

    kan??

    ReplyDelete
  86. Ex YAB DSKT,

    Kerajaan PR baru memerintah selama 8 bulan, tentu tak banyak yang boleh dilakukan dalam tempoh itu. Kecualilah ada lampu ajaib " Alladin"
    Kebayakkan masaalah yang melibatkan kebajikan rakyat( kemiskinan, penganguran,setingan, PBT dan PATI bagitu juga kes babi bukan hal baru, jalan berlubang jgn salahkan org lain zaman siapa ianya dibina - tak berkualiti) telah diwarisi oleh PR dari BN yang telah memerintah selama 51 tahun.
    Anda sendiri telah memerintah selama 8-9 tahun. Tetapi gagal menjanjikan, apatah merealisasikan apa yang di janjikan PR.
    Beri suatu contoh kejayaan besar yang telah anda lakukan (for record) selain "pembangunan"dimana anda memegang kunci peti besi wang rakyat.
    Jika nak menang pertandingan ketua Pemuda UMNO pun biar cara G'Man semuaga anda tak berjaya.

    "orang Islam tak beri penyapu"

    burung hantu

    ReplyDelete
  87. assalammualaikum dr,saya bangga dgn dr kerana walaupun BN menjadi pembangkang sekarang,tp dr tetap lantang bersuara sejak PR memerintah....Saya akui sejak PR ambil alih kerajaan negeri,jelas nyata dan terang PBT mmg menanggung masalah dan beban yang tinggi dek kerana permintaan dari ahli majis yang ingin kan kemewahan untuk pejabt mereka,tapi kerje kite nampak cam endah x endah!Harap Dr dapat beri komen....

    ReplyDelete
  88. Salam DS

    Saya amat teruja dengan zaman kelam kabut dek pemimpin yang boleh mengundang macam macam kepada rakyat. Menyentuh isu hindu/candi/kepala lembu tiadakah diantara pemimpin mereka atau pemimpin didunia ini yang mengetahui agama mereka yang sebenar macam mana supaya dapat di ketahui yang sebenar macam mana oleh orang ramai masyarakat majmuk. Masih releven kah pemimpin mereka berlidung disebalik sebatang lidi? mengapa etnit melayu menjadi korban keadaan ditanah air sendiri kerana tiada pembelaan?

    ReplyDelete
  89. memanglah susah nak tunaikan janji tu sbb duit negara duit mak bapak pemimpin umno juga..selagi umno masih memegang pusat selagi itu dasar kapitalisme dalam berkerajaan tidak dapat dibendung...macamana geran wajib apakah dibayar oleh kerajaan pusat kepada negeri2 yg diperintah pr sedang semua rakyat adalah warga negara juga.
    apakah datuk yg mengumpulkan kekayaan relevan untuk bercakap soal kebajikan.

    ReplyDelete