Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Friday, November 28, 2008

12 Peratus Milik Siapa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera para bloggers sekalian,

1. Hari ini orang Melayu diasak oleh segelintir pemimpin politik bukan Melayu yang mahu segala dasar pro bumiputera dihapuskan. Alasan mereka dalam zaman globalisasi ini, dasar-dasar yang membantu kaum atau golongan yang lemah atau "kurang kuat" untuk bersaing sebagai sesuatu yang tidak sihat dan menjadikan ekonomi negara tidak kompetitif.

2. Bagi kumpulan ini, apa sahaja keistimewaan atau dasar pro Bumiputera haruslah dihapuskan sepenuhnya. Mereka mahu orang Melayu dan Bumiputera bersaing sendiri tanpa mengambil kira bahawa orang Melayu telah ditindas selama lebih 400 tahun oleh penjajah.

3. Malahan kumpulan ini juga mengabaikan fakta bahawa 100 tahun terakhir sebelum merdeka juga penjajah British memberi banyak ruang kepada kaum imigran untuk membentuk perniagaan mereka. Manakala kaum pribumi dicurigai sebagai pejuang kemerdekaan dan "pengacau" pentadbiran Kerajaan Inggeris.

4. Apabila merdeka sehingga tahun 1970, orang Melayu sukar bersaing dalam bidang perniagaan, pendidikan dan pekerjaan kerana ketiadaan ruang dan peluang. Peluang perniagaan ketika itu banyak dimnopoli oleh kaum Cina yang telah lama bertapak membina rangkaian perniagaan sesama mereka. Peluang pendidikan tinggi kepada orang melayu juga terhad kecuali di kalangan anak-anak kerabat diraja dan beberapa kerat orang kaya Melayu.

5. Gabungan ketiadaan peluang dalam bidang perniagaan dan pendidikan menyebabkan orang Melayu hanya menjadi peon, kerani dan guru sekolah biasa. Selepas kemunculan DEB lah orang Melayu mula diberi peluang untuk mendapat pendidikan yang lebih baik sehingga ramai layak memasuki universiti tempatan dan luar negara.

6. Hari ini kehidupan orang Melayu sudah jauh berbeza. Golongan Melayu kelas menengah sudah menjadi satu pandangan biasa di negara ini. Sungguhpun orang Melayu sudah berjaya menjadi usahawan, golongan profesional dan pentadbir tinggi, namun ia masih jauh dari matlamat DEB.

7.Harapan untuk melihat Melayu dan bumiputera menguasai 30% kekayaan negara belum tercapai lagi. Menguasai hanya 30% walaupun jumlah penduduk pribumi mencecah 70% merupakan satu permintaan yang amat konservatif dan rendah diri. Namun itulah sifat orang Melayu yang merupakan kaum majoriti peribumi negara ini.

8. Malangnya, ini pun mahu dipertikaikan. Alasan mereka setelah lebih 30 tahun DEB masih gagal memenuhi matlamat 30% tersebut, jadi elok dihapuskan semua polisi yang membantu bumiputera.

10. Hari ini dikatakan orang Melayu dan bumiputera hanya menguasai 18% kekayaan negara. Sudahlah masih belum mencapai matlamat, ada pula yang mahu ia dihapuskan terus. Sepatutnya pemimpin politik ini cuba mencari jalan untuk membantu kaum bumiputera mencapai sasaran 30% yang dirancang oleh DEB bukannya mencari jalan untuk merebut jumlah yang 18% ini pun.

11. Mungkin orang Melayu sendiri perlu bertanya semula, siapakah yang mengambil 12% lagi kek ekonomi yang sepatutnya milik bumiputera. Saya tidak berniat menyalahkan kaum lain dalam isu kegagalan memenuhi sasaran 30% penguasaan ekonomi ini. Cuma saya fikir tidak wajar pemimpin bukan Melayu mempersoalkan isu ini.

12. Orang Melayu sendiri tidak menerima bantuan yang banyak dari kerajaan. Sebaliknya mereka menerima banyak peluang dari kerajaan bagi membantu mencapai sasaran DEB ini. Peluang-peluang ini perlu kerana terdapat usaha sejak dahulu lagi menghalang secara senyap pembabitan bumiputera dalam perniagaan, pembinaan, peruncitan dan sebagainya.

13. Ini berlaku kerana terdapat hanya satu kaum yang menguasai rangkaian ekonomi sama ada dari segi pembekalan, pemborong, peruncit mahu pun kekuatan kuasa beli. Tanpa campurtangan kerajaan melalui DEB untuk membuka ruang dan peluang pasti orang Melayu akan terus ketinggalan biarpun berkebolehan.

14. Sungguhpun ada suara-suara yang memutarkan istilah-istilah ekonomi yang mengujakan mengenai sistem yang lebih terbuka dan isu persaingan yang sihat, namun saya melihat cadangan ini tidak lebih daripada kembali ke zaman dahulu, yang Kuat Menjadi raja, Yang Lemah Menjadi Mangsa.

15. Dasar membantu orang Melayu dan bumiputera harus diteruskan bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi dan stratafikasi sosial antara kaum.

16. Namun dalam keadaan yang sama kerajaan juga harus mempunyai dasar "membantu" golongan miskin kaum lain secara lebih sistematik. Dengan ini, selain memperbaiki jurang kekayaan antara kaum, jurang pendapatan antara miskin dan kaya juga dapat dirapatkan.

17. Usaha ini perlu kerana jika terdapat kumpulan yang terpinggir dari menikmati kekayaan negara maka akan wujud juga pelbagai gejala sosial dan jenayah seperti ragut, kongsi gelap, vandalisme dan pelacuran.

18. Ini merupakan cabaran kepada Barisan Nasional pada masa akan datang. BN harus mencari satu formula baru yang bukan sahaja merapatkan jurang pendapatan antara kaum tetapi juga jurang "nikmat kehidupan" antara kelas masyarakat.

Dengan kata lain, hati gajah biarlah kita sama lapah, hati nyamuk sama dicicah. Sikit sama rasa, banyak sama kenyang.

60 comments:

  1. Salam Dr.
    Alangkah baiknya kalau ini yang dr lakukan ketika kuasa di tangan.Walaubagaimanapun sekiranya dr diberi peluang kedua oleh Allah swt melalui undi rakyat janganlah pula dr lupa dgn apa yang dr katakan.. Selalunya kekalahan adalah dugaan pada manusia tetapi ramai yang kecundang bila dugaan diberi dalam bentuk kemenangan....
    wallahualam.....

    ReplyDelete
  2. Salam DS.mcm mana kita nak berjaya mencapai semua impian itu kalau segala peluang hanya direbut oleh para pemimpin pemimpin UMNO yg reedy sahaja? sampai bilapun tak akan dpt mencapai segala impian seperti yg kita mahukan.kesalahan terletak pada kepimpinan UMNO jika melayu mundur. terimalah kenyataan DS

    ReplyDelete
  3. salam datuk..
    kerana isu yang sebenarnya boleh ditangani dengan baik,orang melayu sanggup menukar kerajaan tanpa berfikir panjang..dan dari hari ke hari, kaum lain semakin berani menindas kaum kita..kerana apa?kerana parti BN dan UMNO yang selama ini MENJADI TUNJANG KEPADA ORANG MELAYU dilemahkan oleh orang melayu sendiri..kalaupun PR itu kuat, kaum lain tahu yang PR bukanlah menunjangi orang melayu sejati..keadaan inilah membuatkan mereka semakin berani bersuara...kepada orang melayu..sampai bila kita sanggup membiarkan keadaan ini berterusan?sama samalah kita muhasabah kembali..adakah tindakan kita pada pru lepas satu keputusan yang betul?..

    ReplyDelete
  4. didalam hal ini saya lebih suka melayu diganti dengan istilah bumiputera. bukan bangsa melayu saja ditindas dtanah air sendiri malah anak pribumi lain seperti anak orang asli, kaum kaum di sabah serta sarawak.

    hak mereka juga termaktub didalam perlembagaan negara tetapi apabila didalam politik, hanya hak melayu saja dijulang?

    Sekarang lebih elok kita perjuangkan hak semua kaum bumiputera. Kerana mereka juga adalah anak jati di malaysia ini.

    http://malaysiaheaven.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. ds

    sebenarnya saya rasa bangsa lain tidak akan berani meminta itu dan ini jika bangsa kita sendiri tahu untuk menjaga maruah bangsanya sendiri.jika hari ini pelbagai permintaan dan desakan sebenarnya kita sebagai bangsa melayu yang harus melihat kedalam diri kita sendiri apakah yang kita sudah lakukan untuk bangsa kita sendiri.

    maaf cakap,kekayaan negara 30% tidak dicapai dari dulu sedangkan ia telah dirancang dan kita melayu dalam umno yang berkuasa sebenarnya yang harus melihat mengapa kuasa kita ada tapi kekayaan hanya berlegar sekitar 18% sahaja.

    saya sebagai orang melayu melihat ini sedikit sebanyak adalah kegagalan kepimpinan mentarbiahkan dan cara orang melayu itu sendiri dididik sebab itulah orang melayu muda sudah resah dan gelisah kerana pemimpin yang diharap gagal untuk memastikan sasaran tidak dicapai.kalau gagal siapa dulu kita nak salahkan ds?pemimpin atau rakyat?....ds mcamana..siapa nak disalahkan?
    pada saya nombor satu salah adalah pemimpin dan yang kedua tentulah rakyatnya..akhirnya dua2 yang rugi seperti hari ini...jadi mulai hari ini pemimpin kena berubah dahulu dan kemudian bila rakyat yakin dan melihat barulah rakyatnya akan mengikut apa yang pemimpin itu mahu sogokkan kedalam mulut mereka.

    ds...kebanyakan bukan semua pemimpin ....mereka ini beri ikan ke atau beri batang pancing kepada rakyat?sebagai rakyat jika dia dalam memerlukan tiba2 diberi ikan ds rasa mereka suka atau benci dengan ds?....lagi satu jika rakyat memerlukan dan ds tetap membantu tetapi dengan memberi batang pancing untuk rakyat itu berusaha sendiri(masih kita bantu bukan)...mula2 apa rakyat kata pada ds?tetapi jika ditarbiahkan mereka lama2 mereka akan sedar tak?dan mereka akan berterima kasih kepada ds kerana mendidik mereka walaupun tak jadi kayaraya.....jadi selama ini persoalannya bangsa kita tak capai 30% sebab apa ds? saya ada jawapan sendiri..tapi cuba ds fikir?
    ds...pisau ada dalam tangan ds.. terpulanglah kepada ds sebagai pemimpin harapan saya dan saya sebagai rakyat biasa hanya berdoa semoga pemimpin harapan saya akan membantu bangsanya sendiri dengan cara yang betul dan pada masa yang saya dia dihormati kawan dan lawan...itulah pemimpin hebat yang dicari dan diharapkan ada dalam umno.kalau itu semua kita dapat kembali saya percaya pemimpin akan dihormati dan rakyat akan bersama2 pemimpin untuk bangkit kembali dari tidur mimpin kita selama ini dan bukan hanya 30% BOTTOM LINE yang kita mahu malah sama rata iaitu 65% hak itu ada pada orang melayu.ini semua hanya akan dicapai jika pemimpin bijak untuk menang tetapi bukan menang sendiri..ia haruslah menang-menang bersama bangsanya.

    apa sebab orang melayu mengundi umno?
    selain dari untuk mempertahankan kuasa, orang melayu sekarang ingin melihat tindakan selepas undi diberi..bukan sebelum undi sahaja berkhidmat tetapi selepas mandat diberi kerjalah bersungguh sengguh..dan jangan kerja untuk memenuhkan tembolok sendiri.ini yang banyak orang melayu muak dengan pemimpin umno.saya tak kata semua tetapi ds fikir dan renungkanlah apa yang saya katakan ini.ini adalah masa kami nak luahkan
    selama ini kami pendamkan dan lihat dan masih beri undi pada umno walaupun kepimpinan tidak seperti yang diharapkan.

    ds
    jika betul2 pemimpin umno kali ini berani berubah...saya rasa golongan seperti saya akan mula mempertimbangkan untuk bersama2 dengan pemimpin politik tetapi jika perasaan itu masih tidak dapat dirasakan yang pemimpin jujur berubah ...jangan harap orang atau golongan seperti saya akan bersama pemimpi politik dan akhirnya MENANG JADI ARANG ,KALAH JADI ABU.ds sendiri sedia maklum yang orang muda memang agrasif dan cepat marah jadi sebagai orang berpengalamam saya harap ds dapat memahami golongan ini.

    ds,saya perhatikan yang ds ni masih ada harapan untuk kembali tetapi saya juga risau yang ds tidak dapat mentarbiahkan kawan2 sekeliling yang lain untuk berani berubah...dan pada masa yang sama pemimpin muda seperti seusia ds....ADA DIDALAM PAS....JADI BAGAIMANA DS?bagaimana ds ingin mendekati golongan ini dan menawan hati mereka.pemimpin muda seusia ds dalam pas saya lihat mereka bijak dan pendekatan mereka mendekati kami amat dihormati sehingga kita segan menolak mereka?ini adalah salah satu sebab yang memungkinkan PRU13 nanti PAS mempunyai merit besar jika UMNO gagal mengembalikan dan mendekati golongan sasaran.

    ds....selama kita berbicara dan berhujah didalam blog ini saya rasa sedikit sebanyak ia dapat memberi kefahaman kepada ds tentang pelbagai golongan dan jenis manusia sebangsa dengan ds zaman sekarang.....tetapi jika ds ingin mengetahui saya jenis seperti apa.....saya nak maklumkan apa saja yang saya katakan selama ini dan kerajinan saya berblog disini:-

    HANYALAH UNTUK MEMBANTU PEMIMPIN
    MEMAHAMI SIKAP DAN PEMIKIRAN GOLONGAN TERTENTU TERHADAP PARTI PEMERINTAH TERUTAMANYA UMNO
    UNTUK BERANI BERUBAH

    kesimpulannya ds.....yang pertama tawan hati mereka dulu dan kembalikan keyakinan majoriti orang melayu dengan BERANI BERUBAH dan jangan cakap sahaja....kerana orang melayu sedang memerhati dan melihat tindakan bukan kata2 sahaja(kalau dulu saya biasa dengan kata2 ini pemimpin yang tujukan pada orang bawahannya bila berjuang tetapi hari ini golongan bawahan pula yang ingin memberi ingatan kepada para pemimpin umno..itupun jika pemimpin ikhlas nak dengar..kalau anggap saya seteru dan pengacau bermakna pemimpin tu memang tak faham apa yang saya nak sampaikan.)

    ds...apa yang kita nak sebenarnya?cuba ds selami hati kita semua...
    contohnya...saya tidak pernah bercakap dan tanya tapi hari ni saya nak kita fikir
    APA YANG GOLONGAN BAWAHAN SEPERTI SAYA DAPAT BILA MENYOKONG UMNO?ini jawapan saya mengapa saya memilih umno,golongan seperti saya menyokong umno hanya satu iaitu mempertahankan maruah bangsa ,agama dan tanahair saya daripada dijajah kembali oleh bangsa asing...mempertahankan perjuangan yang telah dilakukan oleh datuknenek moyang terdahulu,walaupun saya tidak bersama2 mereka tetapi saya dapat merasai perjuangan mereka....itulah sahaja sebab dan musabab saya memilih umno tidak lain dan bukan saya menyokong umno untuk mengkayakan orang atas yang rakus mengumpul harta sehingga tidak sedar yang amanah dan kuasa yang ada pada tangan tidak digunakan sebaik mungkin untuk menjaga kepentingan rakyat yang telah memilih mereka.mereka lupa ds,sebab itu saya percaya kita harus saling ingat dan mengingati walaupun kita dah tahu demi untuk kita sentiasa berada pada landasan yang betul.tetapi bila ada diantara kita sudah sombong dan bongkak kerana kita rasa kita sudah pandai sehingga memekakkan telinga dan membutakan matahati kita kerana kita rasa sakit hati bila orang berkata kepada kita yang pahal teguran itu adalah untuk membetulkan kita dan menyelamatklan kita semua dalam umno.
    hari ini saya tidak dapat merasai perasaan itu lagi ada pada majoriti pemimpin dalam umno....contohnya pemimpin yang telah ada kontrovosi yang tidak dapat diterima rakyat tetapi umno masih ambil mereka
    jadi....kEMBALIKANLAH SEMULA MARUAH UMNO!!!!!sampai jumpa lagi wassalam

    ReplyDelete
  6. Sikit sama rasa. Banyak mungkin tak kenyang kerana terpaksa berkongsi.

    ReplyDelete
  7. Dato

    Good call.

    All the best in the Youth Chief race.

    Sekian.

    Jed Yoong.

    ReplyDelete
  8. sila layari
    http://www.aziziali001.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Salam Dr Khir. Teruskan perjuanganmu. Kekalahan adalah ubat. Namu jika telah capai kemenangan, janji harus dikota.

    ReplyDelete
  10. Salam. Apa khabar YB. Dato' Seri. sebenarnya kebanyakan orang melayu dan bangsa-bangsa lain di negara kita dewasa ini tidak tahu tentang wasiat Raja-Raja Melayu semasa negara mencapai kemedekaan 51 tahun lalu. Untuk itu, saya ceritakan semula wasiat tersebut yang saya perolehi daripada ceramah yang disampaikan oleh Yang Arif Dato' Mohd Nor Abdullah, bekas Hakim Mahkamah rayuan malaysia. Kalau sesiapa yang faham wasiat ini, baru dia sedar kenapa kita perlu pertahankan hak mutlak dan keistimewaan orang melayu.

    1. Yang Arif Dato' Mohd Noor Abdullah ( Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia ) menceritakan bahawa beliau telah membaca WASIAT RAJA-RAJA MELAYU dan PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu ketika negara kita mencapai kemerdekaan, iaitu :

    " KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunan kami 7 PERKARA yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

    7 PERKARA ITU IALAH :

    Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ( sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

    Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

    Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

    Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

    Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah agama persekutuan,

    Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU dan,

    Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. ( kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak ).

    ReplyDelete
  11. Siapalahaku(taman negara) said...
    Salam DS.mcm mana kita nak berjaya mencapai semua impian itu kalau segala peluang hanya direbut oleh para pemimpin pemimpin UMNO yg reedy sahaja? sampai bilapun tak akan dpt mencapai segala impian seperti yg kita mahukan.kesalahan terletak pada kepimpinan UMNO jika melayu mundur. terimalah kenyataan DS

    yeah...saya agak bersetuju dengan pandangan nih sebab memang ada pun orang dalam UMNO macam nih..

    YB Raz Gothic said...
    didalam hal ini saya lebih suka melayu diganti dengan istilah bumiputera. bukan bangsa melayu saja ditindas dtanah air sendiri malah anak pribumi lain seperti anak orang asli, kaum kaum di sabah serta sarawak.

    saya sokong juga sebab kadang2 nampak kaum bumiputera selain melayu macam sangat tersisih..ialah memang orang melayu dipentingkan dalam hal nih tapi kalau boleh janganlah mengabaikan sama mereka2 ini...

    moga Dato bekerja lebih kuat dimasa hadapan dan jgn lupakan rakyat2 bawahan

    ReplyDelete
  12. dskt

    mengenai perniagaan, org melayu harus membentuk satu rangkaian dari atas hingga ke bawah. orang melayu bukannya tidak tahu tentang kepentingan rangkaian ini. tetapi entah di mana silapnya, orang melayu masih gagal memecah monopoli kaum lain dalam sistem rangkaian. adakah kerana sikap orang melayu sendiri yang mementingkan diri sendiri?

    kaum lain juga mementingkan diri sendiri. kekuatan mereka adalah mereka bersatu apabila kepentingan mereka secara keseluruhannya tergugat. tetapi orang melayu tidak.

    betul tak dskt?

    harap blog ds ini kembali hangat seperti dahulu.

    ReplyDelete
  13. Salam Dr...

    GERAKAN dan MCA sedang mengambil kesempatan atas kelemahan dan ketidakteguhan UMNO....

    Dulu sewaktu UMNO kuat mereka ini tidak berani berkata apa2....menikus. Bagi mereka inilah masa yang sesuai untuk menekan kerajaan dan ternik mengancam sering digunakan.

    Dan sekarang mula menunjukkan diri sebagai hero kaum masing2. Sebenarnya tiada isu langsung... ...cara yang paling mudah ialah membangkit kan isu kaum untuk mendapat sokongan kaum ..cara ini tidak perlu guna sesen pun ....dan cara ini amat berbahaya kepada negara ...

    perkara ini perlu dihentikan dengan segera...jika keharmonian antara kaum akan tergugat. Apa yang mereka buat semata2 mereka mahu kita turutkan kesemua nya permintaan/ tuntutan mereka. ...

    Kaum cina tidak jujur dalam persahabatan dalam BN ...

    jika tidak.. mana mungkin mereka turut serta dan membantu DAP DALAM PEMBANGUNAN PULAU PINANAG ..

    Fikir2kan ....
    bukan untuk nerendahkan sesiapa, tapi ingin menjaga keharmonian kaum.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum dato' seri,

    1. menarik tajuk kali ini.. kemana perginya 12% kekayaan kita sebagai orang melayu.

    2. deb, 30 tahun. tempoh yang lama..setiap kali budget mesti ade peruntukan kepada melayu, khasnya MARA... alhamdulillah.

    3. saya sebagai seorang bekas pemegang biasiswa mara tidak dapat menafikan sumbangan yang allah telah zahirkan MARA memberinya kepada saya jua.

    4. walaupun terpilih, saya masih merasa kecewa. mengapa?... Saya dan beberapa kerat sahaja yang terpilih bukan dari golongan berada dan tidak mengunakan 'cable'. Yang anak jutawan, yang anak yb, yang anak kaya raya, pun dapat juga.. hairan-hairan.. apalah nasib kami rakyat bawahan.. amanah negara disabotaj.. tapi ini realitinya.. 'Cable' itu penting. Satu fenomena biasa dalam kerajaan barisan nasional yang akan berterusan. Kasihan nasib rakyat yang berhak.. hak mereka disabotaj. ini adalah contoh kegagalan deb.

    5. Kemana perginya 18%?
    kalau diteliti secara zahirnya... 10% atau lebih lagi daripada peratusan itu hanya dimiliki oleh sebilangan melayu(kira-kira 1% melayu, mungkin tidak sampai). baki 8% pula dipegang oleh 16 juta rakyat malaysia.. Ini adalah realitinya.. ketidak seimbangan dan jurang yang teramat besar antara golongan melayu berharta dan perempat di negara sendiri..sape lagi kalau bukan orang kita, melayu!

    6. Tun daim, syed mokthar albukhari, mustapha kamal, mahathir mohamad, khir toyo, kerabat diraja, ahli politik barisan nasional, dan sebilangan orang lagi adalah mereka yang saya rasa sudah mengaut 10% daripada 18% yang ada... tidak mustahil... banyak pendedahan demi pendedahan tentang harta mereka diketahui rakyat jelata.

    7. Relevenkah deb jika terus begini?
    target 30%, patutkah dicapai atau dipunyai oleh minoriti melayu? keseimbangan sesama melayu pun kita teramat jauh.. lagikan jurang kita dengan bangsa lain.
    takkan kita mahu lihat 25% dari kekayaan negara dimiliki oleh 1% golongan melayu.. manakalah 5% lagi direbut oleh 16 juta rakyat melayu?
    tidak adil... tidak adil....

    8. Deb hanya relevan jika ianya diperbaiki. Apa yang perlu diperbaiki?

    1. Pemberian tender - keseimbangan perlu ada tanpa membezakan parti politik, cara open tender juga adalah sesuatu yang akan memberi kebaikan.. semangat untuk melayu berlawan akan wujud berbanding cara melayu sekarang yang suka makan disuap.
    tender2 besar, harus diberi kepada melayu. tetapi bukan segelintir melayu..

    2. penghapusan double standard
    ketelusan dalam pemberian biasiswa, penawaran pekerjaan, dan pemberian tender harus diberikan kepada mereka yang layak sahaja.. jangan biarkan hak orang lain diambil semudahnya..

    3. persengketaan politik
    telah sedia maklum, perjuangan pas yang mempunyai agenda murni telah dikhianti oleh umno.. ahli-ahli dan pemimpin pas telah dinafikan hak mereka, mereka tidak mendapat hak mereka yang sepatutnya.. begitu juga bagi ahli dan pemimpin pkr.

    4. kehidupan kita didalam zaman teknologi dan ict pada masa ini telah banyak berbeza dengan apa yang berlaku 30 tahun yang lepas.. kita kena alert dengan perubahan... kekayaan dan sumber ekonomi masa hadapan harus diterokai oleh melayu sebelum ianya tepu.

    5. Galakkan berniaga
    bukan sahaja pemberian pinjaman, tetapi pemberian pinjaman tanpa riba' harus dilakukan. Insentif tidak wajar diberikan kepada minoriti sahaja.. rakyat malaysia yang berhak perlu memilikinya. Usaha membuka minda melayu untuk menguasai perniagaan harus dilakukan dengan lebih gigih. supply chain harus dikuasai dari awal lagi.. pengeluar,pemborong,pengedar,penjual semuanya perlu dipunyai oleh bumiputra dalam konteks perniagaan halal apa sekalipun...

    banyak lagi kelemahan deb yang perlu diperbaiki, memang benar niat kita untuk menaikkan ekonomi melayu.. tetapi deb harus diperbaiki ianya tidak perfect buat masa ini setelah 30 tahun berlalu supaya melayu akan kaya, benar-benar kaya...bukan sorang dua yang kaya sahaja...

    ReplyDelete
  15. This does not make sense unless you're trying persue a communist country where everyone suffers will feel the same pain.

    Why don't you start by donating most of your money to the poor so that you would feel the same pain as they feel? Would that make sense?

    This is retarded as it people who are able to reach a bright future should be allowed to do so without restriction since it brings a greater good to the country.

    It would be terrible that the limit is set for highly potential people for the sake of people who have proven themselves unworthy of better treatment.

    It is a fact that society can only accept and tolerate that people who have proven themselves and others worthy deserves the fruits of their labour.

    Since independance, there was never a time when the government denied the chance for the Malays to take a piece of the economy pie. As a matter of fact, there weren't any restriction or laws that prevent any race from taking a piece of that economy. The non-Malays cannot be responsible for the underhandedness of the Malay race in terms of economic because they didn't make the Malays poor in the first place. Therefore, it can be said that opportunity for each race to take on the economy was equal.

    However, with the introduction of NEP, competition between the people became a racial issue. Instead of having people worthy of the wealth based on their knowledge/experience, it became an issue giving status to people who have yet to prove their worth based on their race.

    It makes no sense that intelligent successful people are judged by their origin and have their status limited or taken away while people who struggle less thinks that they deserve such status just because they are on this country longer than anyone else.

    Apparently, it should not be the actions of our ancestors that makes us deserving more than others when we ourselves have not contributed much at the present day.

    If I'm not mistaken, as much as the Malay are proud of their race and thinks that they deserves better treatment, it was their ancestors' racist actions that lead to the fall of the great Melaka empire. It was corruption that weakens and gave way for foreign power to invade.

    Other than that, asked whether the Malays as a whole benefitted from NEP is a doubtful one. I believe that only the rich Malays get richer while the poor Malays in the rural areas were ignored.

    Moreover, it would be very unfair and morally wrong if the non-Malays were to be blamed for the underhandedness of the Malays. It's as if the non-Malays should be blamed if the Malays get poor marks for their test.

    Above all, there is no honour, pride, and respect in taking something when you have yet to prove worthy of it. Hence, it shouldn't be surprised that a successful non-Malay would be more respectable than the Malay counterpart.

    ReplyDelete
  16. Datuk Dr Khir,

    You are too much a man of yesterday. The past cannot change the future, but the future can change the pasts. Haha. Now I don't know what I am talking about. Can someone in the future change me and you? Why not? At one time you have been a man in the future. Tell me, how many tears of yesterday you have successfully change to smiles? Do you have a statistic for that? So start counting..

    ReplyDelete
  17. Mentaliti orang Melayu itu sendiri yg tak minat berniaga. Lebih suka kerja dengan kerajaan atau swasta. Kalau kerja kerajaan dapat pencen, kalau kerja swasta dapat gaji besor sikit.

    Orang melayu yg berniaga pun ramai cenderung bukak kedai makan. Kurang risiko, modal rendah dan tak perlu buat networking.

    Saya pernah cuba berniaga, tapi partner songlap duit untuk beli kereta BMW, terus melingkup bisnes.

    Mungkin silibus pelajaran perlu diperkemaskan supaya dapat menerapkan semangat/pengetahuan berniaga pada orang Melayu dari zaman persekolahan.

    Anyway, saya harap DS tulis mengenai kecenderungan parti kawan UMNO sekarang yg suka main ugut-ugut tinggalkan BN kalau permintaan mereka tidak di dengari. Malah ada orang UMNO sendiri pun yg kecewa dengan parti pun nak main ugut-ugut tinggalkan parti. Apa tindakan/strategi pemimpin UMNO nak mengatasi masalah sebegini? Nak harapkan Pak Lah, sori la.

    ReplyDelete
  18. Sdra KT,

    attack is the best line of defence?
    Sdra have to represent the whole Bumiputera not only Melayu .
    Give your comment on non Malay non Bumi attitute on languange ,culture and education especially on vernacular school . Why only Tamil school not Punjabi or Gujerati school . Why only mandarin not hokkien ,cantonese and other chinese dialect vernacular school.
    We want to hear your rightist attitude as enshirine in Malaysian constitution.

    ReplyDelete
  19. Salam perkenalan,

    Kami anak didik Abas Batu.

    “Memperkasa Generasi Baru”

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. "2. Bagi kumpulan ini, apa sahaja keistimewaan atau dasar pro Bumiputera haruslah dihapuskan sepenuhnya. Mereka mahu orang Melayu dan Bumiputera bersaing sendiri tanpa mengambil kira bahawa orang Melayu telah ditindas selama lebih 400 tahun oleh penjajah. "

    Saya tidak setuju dengan fakta ini Dato Seri. Melayu tidak dijajah selama 400 tahun. Itu semua putar belit sejarah yang mahukan melayu dilihat sebagai lemah dan hina.

    Kita dinafikan dari mengetahui sejarah sebenar. Melayu hanya wujud setelah British mengusai Penang, Melaka dan Singapura. Mereka tidak menjajah secara total. Asalnya kerajaan melayu itu adalah didominasi oleh Siam Islam yang Maharaja terakhirnya adalah Long Jaafar.

    Hari ini beliau dikatakan tokoh korporat Melayu, kerana memilik harta yang berjuta-juta, memilki properties di Mekah, memiliki lombong bijih, memiliki gajah2 dan kuda perang, memiliki istana pertahanan dan berbagai lagi. Bagaimana seorang tokoh korporat dapat hidup melebihi kemampuan seorang raja biasa Melayu?

    Beliau adalah Maharaja Melayu Islam yang dibunuh oleh Ingris dan Thai 1876. Dengan terbunuhnya baginda seperti mana Ingris membuang Maharaja Monggol India 1862, maka dapatlah Ingris menguasai raja2 Melayu dan rakyat semenanjung yang seperti ayam kehilangan ibu.

    Lalu seterusnya sejarah kita ditukar. Ingris mengkebelakangkan sejarah Melayu sehingga kita akhirnya terpaksa terima kisah 500 tahun yang tipu itu.

    Dato Seri, kita jangan melemahkan Melayu dengan kisah 500 tahun demi kepentingan politik UMNO. Pendapat saya, UMNO perlu kembalikan keyakinan umat Melayu dengan berpandukan SEJARAH REALITI dan bukan sejarah Melaka 1511 ciptaan penjajah.

    Dato Seri, Portugis pada 1511 bukanlah kuasa militer yang kuat seperti yang diperbesarkan oleh sejarah barat, rakyat mereka waktu itu tidak sampai pun 6 juta...

    Hari ini Melayu kena melihat sejarah dari sudut yang lebih luas, bukan hanya berkisar pelabuhan Melaka sahaja.

    Dato Seri, berbanggalah bahawa orang Jawa Majapahit pernah berperang sabil disamping Maharaja Siam Islam menentang Puak Thai Buddha tahun 1836..kisah perang yang dipadamkan dari sejarah.

    Kita semua adalah satu dan bukan berpecah seperti kisah dongeng Hang Tuah dan Tamingsari yang lebih menyemai bibit persengketaan sesama Islam.

    Sejarah UMNO pun bermula di KSS dan bukan Istana Johor...itu adalah contoh sejarah realiti yang dikesampingkan....

    ReplyDelete
  21. salam..
    Bagaimana ini berlaku jika kita sesama Islam masih tidak insaf dan sedar bahawa bumi ini tidak akan kekal lama.Kegagalan kita kerana kita terlalu lemah dalam segala hal baik bidang Agama,ekonomi dan Teknologi.Kita baru belajar sedangkan orang lain sudah pratikal berkurun-kurun lama sehingga kita perlu 30% .Ini kerena pemimpin melayu/bumiputra disemua peringkat baik awam atau swasta kerap lupa daratan.Walau apa fahaman politik mereka tetap sama...
    Kenapa ini terjadi kerana duniwi lebih menguasai segalanya..

    Harap Dato'seri cari jalan...sedangkan pemilihan Umno pun sudah jadi macam harta sendiri tidak boleh berkomgsi kerana ketamakan kuasa...Contoh paling senang lihat ZAID Ibrahim yang kayaraya(ingat banyak projek kerajaan dulu dia n company sapu).Zaid ibrahim juga yang menentang 30% kepada bumiputra dan juga ISLAM dalam berkaitan hukum-hukum Islam .Zaid Ibrahim juga telah menghabiskan duit rakyat dengan membayar Hakim-hakim yang dia kata terzalim.Lihat selama jadi memnteri tak sampai 1 tahun berapa banyak duit rakyat dia perabiskan. Lihat seorang lagi YB Arif Shah dah merajuk pasal tak dapat kuasa tu pun nak lompat PKR.

    Semua ini menunjukkan bahawa orang kita lebih kepada kuasa dan wang ringgit daripada membangunkan ummah..Mereka ini sebenarnya penipu rakyat dengan muka sedih mengharap simpati

    ReplyDelete
  22. Segala kejadian ini bagi kita umat Islam perlu kesedaran dan tergugatnya keimanan kita kerana kita.
    tindakan segelintir orang kita yang menjadi petualang Agama,bangsa dan negara perlu diawasi dan tindakan keras perlu diambil bagi mengelakan menjadi barah yang besar dalam umat Islam

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum DS,

    From your writings and thoughts, i think you could be the qualified and capable UMNO youth chief. However, your track records are somewhat "stained" due to all sorts of allegations in your previous state government.

    Wallahualam ...

    ReplyDelete
  24. salam dr,

    antara faktor yg penting adalah kesadaran setiap org bumiputera..samaada pemimpin atau rakyat..kemudian setiap kesadaran itu diterjemahkan menjadi realiti melalui tindakan2 yg jitu..elakkan berteori dan bercakap sahaja..dan jgn lupa setiap pemimpin bumiputra mestilah mempunyai sifat jujur serta ikhlas didalam setiap tindakan..

    ReplyDelete
  25. Salam Hormat Dato Seri

    Dalam hal ini saya tidak menyalahkan pemimpin bukan Melayu mempertikaikan isu pemilikan 30%. Selagi sikap MALAS ada terdapat pada orang Melayu, usahkan hendak dapat 30%, hendak mengekalkan 18% pun perit. Sudah lama sangat isu ini di bincangkan. Pun masih tak sedar lagi. Percayalah, lagi 10 tahun pun isu ini akan tidak akan selesai, jika minda orang Melayu tidak berubah.

    Pemimpin atasan, minta maaf cakap makin kenyang dan mengenyangkan kroni. Kini kerajaan BN masih memerintah Kerajaan Persekutuan. Masih belum telambat. Buatlah sesuatu. Ramai pemikir-pemikir ekonomi yang ada. Bawa berbincang.

    Nanti kalau PRU ke 13 tewas, meloponglah kita. PKR dengan konsep sama rata, sama rasa. Makin ketinggalanlah orang Melayu.

    Maaf Dato Seri, kali emosional sikit...

    Wassalam.

    ReplyDelete
  26. Dimana silapnya? Silapnya sebab terlalu ramai pemimpin-pemimpin Melayu yang tidak faham sejarah dan lupa diri serta tamak, tidak kira pembangkang atau pun yang dipihak kerajaan. Muhasabah dirilah dan jangan lupakan kulit!

    ReplyDelete
  27. Sdr anak desa dan sahabat bloggers lain,

    Semasa saya memegang amanah banyak projek dan peluang saya berikan kepada bumiputra,sehinggakan tahap pencapaian ekonomi meningkat dgn dibuktikan jumlah wang kutipan zakat yang meningkat pada tahun 2000 sejumlah hanya 40 juta kepada 215 juta pada tahun 2007.

    Jumlah orang melayu yang mendiami perumahan elit juga meningkat,kawasan setinggan kita selesaikan,pembinaan gerai dibanyakkan,kouta bumiputra dalam pemilikan rumah kedai ditingkatkan,grant iks dilipatkaligandakan,sungguhpon begitu banyak lagi kerja perlu diteruskan,malangnya kerajaan pakatan rakyat tidak teruskan,dan usaha ini terbantut ditengah jalan.

    ReplyDelete
  28. Sdr siapalahaku dan sahabat bloggers lain,

    bagi saya samaada orang melayu itu ada kaitan dgn umno atau pemimipin umno atau tidak ada kaitan dalam umno,jika mereka mendapat kesenangan kerana usaha mereka ,walau tak dapat dinapikan peranan kerajaan,mereka adalah melayu dan telah menjayakan pencapaian pegangan 18% kita,yang saya tak setuju mereka yang mendapatkan kesenangan dgn mudah menjadi broker dan talibarut kpd orang lain.

    ReplyDelete
  29. Sdr wmu 350 dan sahabat bloggers lain,

    Saya setuju dgn pandangan sdr,saya merasakan terdapat ruang luas yang memisahkan antara kita dan pemimpin yang menyebabkan rakyat mengharapkan perkara yang lain tetapi pemimpin laksanakan yang lain.

    Sehinggakan memberi pandangan secara terbuka kpd pemimpin dianggap perbuatan kurang ajar,dan dikecam oleh kepimpinan peringkat bahagian.Idea dan pandangan rakyat tak sampai ke pemikiran pemimpin,inilah punca pemimpin tidak mengetahui apa yang sebenarnya kehendak rakyat. Pemuda perlu berani jadi jurubicara rakyat,menyampaikan pandangan dan harapan rakyat kepada pemimipin walaupon ianya tidak enak didengar oleh pemimipin.

    Saya banyak belajar dalam hidup,kerana sebagai orang yang pernah di atas dan berada dibawah saya sedar banyak perkara yang mesti dibetulkan dan saya yakin masih belum terlewat utk kita melakukannya. Kita perlukan keberanian terutamanya di kalangan pemuda. Bagi menjaga kepentingan orang melayu kita hari ini bukan sahaja berhadapan dgn tekanan parti lawan tetapi juga tekanan dari parti komponen BN sendiri.

    Sanggupkah pemimipin kita berada diluar kabinet spt yang dilakukan oleh presiden gerakan,timbalan presiden MCA dan presiden MIC yang hari lantang memperjuangkan kepentingan kaum mereka,siapakah pemimipin pemuda yang setanding dgn mereka dari segi pengalaman dan pengetahuan bagi mengimbangi kehebatan pemimpin tersebut.Jika ini gagal dilakukan saya bimbang kita akan kehilangan apa yang menjadi milik kita di masa hadapan.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum dr

    "12% milik siapa"
    Kura kura dalam perahu jangan pura pura tak tahu,tentunya milik GLC yg dengan sewenang wenangnya munubuhkan anak syarikat untuk turut same dalam segala tender untuk bumi,dan ade juga yg pergi kepada syarikat alibaba

    Kerajaan sepatutnya tidak membenarkan syarikat GLC untuk menubuhkan anak syarikat semata mata untuk bersaing dengan syarikat bumi.

    Sekarang kita bertanya kemana tirisnya 12%

    ReplyDelete
  31. dr,
    Allah tidak akan ubah sesuatu kaum sehingga kaum itu merubah sendiri...kembali kepada al-quran dan hadis nabi pasti selamat...terima lah pendapat ulamak dan cerdik pandai islam...

    ReplyDelete
  32. sanggup atau tidak sanggup pada saya ds..lah yang harus berada diluar kabinet untuk mengimbangi suara parti komponan yang lain,jika ds dalam kabinet suara ds tersekat demi protokol yang ada,tugas ds 8 tahun akan datang adalah mempertahankan dan bersuara untuk menangkis segala tohmahan pada umno dan membentuk pelapis yang baru............... barulah ds boleh masuk kabinet semula.

    .....insyaallah jika ds serah dengan ALLAH,ds akan mendapat ketenangan dan kejayaan.
    ds boleh tanya dengan sahabat2 kepimpinan yang bersama ds seperti yb noriah apakah yang tidak disukai oleh golongan atas pagar pada kita.jujurlah jika ada niat dan saya juga tahu bukan mudah hendak buat sekaligus tapi buktikan "AKAN ADA PERUBAHAN"
    saya benci dengan didikan yang diterapkan ketika pemilihan kerana setiap kali itulah hati saya terasa sakit apabila orang berkata tentang umno dan dipandang hina oleh anak bangsa sendiri.
    SAYA BERANI JAMIN JIKA PEMIMPIN YANG ADA SEKARANG TIDAK BUAT PERUBAHAN YANG IKHLAS....PRU13 NANTI PAS AKAN AMBIL ALIH PERANAN UMNO UNTUK ORANG MELAYU...ITUPUN JIKA PEMIMPIN UMNO BUTAKAN MATA DAN PEKAKKAN TELINGA TETAPI JIKA PEMIMPIN UMNO BUKAKAN MATA DAN MENDENGAR SERTA.................. BERTINDAK..BERTINDAK..BERTINDAK,,,,INSYAALLAH UMNO AKAN SELAMAT UNTUK ANAK CUCU KITA MENERUSKAN DAN MEWARISI PERJUANGAN DARI PEMIMPIN SEPERTI DS...APAKAH YANG DS CARI SELAMA INI?? ..WANG RINGGIT ATAU KEPUASAN DALAM PERJUANGAN?..APAKAH DS TIDAK BERASA PUAS DAN BANGGA BILA ANAK CUCU CICIT DS NANTI AKAN BERTERIMAKASIH DIATAS PERJUANG YANG DS LAKUKAN UNTUK MEREKA!


    bolehkan kita menutup suara2 dari bercakap tentang keburukan yang kita cipta sendiri.nak salahkan siapa....ahli atau pemimpin?

    ada yang beritahu saya "sbb itu yang perwakilan mahu. so? no choice,depa nak menang".

    SAYA NAK BERI PANDANGAN SAYA...BERBALIK KEPADA ARTIKEL SAYA YANG LEPAS...CERITA BERI IKAN DAN BATANG PANCING,SIAPA DIDIK MEREKA???SIAPA SUAP DALAM MULUT MEREKA..KALAU BAYI BOLEHLAH DISUAP DALAM MULUT ..INI DAN JADI BAPAK BUDAK..APAKAH KITA PEMIMPIN NAK SUAPKAN DALAM MULUT LAGI..DIA NAK MAKAN DIA CARILAH SENDIRI DAN PEMIMPIN HARUS MEMBANTU DENGAN CARA YANG BETUL BARULAH PELUANG UNTUK MENCAPAI 30% AKAN TERCAPAI......JIKA ARTIKEL SAYA INI ADA DIBACA OLEH PARA PERWAKILAN DAN ADA YANG TIDAK BERSETUJU DENGAN SAYA...INGIN SAYA MAKLUMKAN SAYA LEBIH UTAMAKAN KEPADA PEMIMPIN YANG SESIAPA ADA MEMBERIKAN IKAN KEPADA BANGSANYA SELAMA INI...SAYA FAHAM SEBAGAI ORANG BAWAHAN MEMANG KITA MENGHARAP TETAPI BIARLAH CARA YANG TIDAK MENGAIBKAN UMNO...
    SAYA TIDAK MAHU SALAHKAN SESIAPA KALI NI TAPI SAYA HARAP SEMUA KITA BERSUARA DAN BERJUANG MENENTANG PERKARA INI DAN SAYA AKAN MELIHAT DAN MENDENGAR APAKAH DAN SIAPAKAH YANG BENAR2 BERANI MENGAMBIL RISIKO DAN BIJAK MENHADAPI PERCATURAN POLITIK MASA KINI UNTUK MENAWAN HATI PERWAKILAN DAN JUGA HATI RAKYAT.PERWAKILAN SATU HAL DAN NAK JAGA RAKYAT ADALAH YANG PALING PENTING
    DALAM PERJUANGAN........... RAKYAT ADALAH YANG TERPENTING PEMIMPIN KENA JAGA PADA PANDANGAN SAYA.PEMIMPIN NI WAKIL SAJA!!JADI HARAP DS DAPATLAH MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN MEREKA.

    ds
    satu lagi sikap saya adalah lebih baik saya cakap walaupun menyakitkan daripada orang luar cakap dan biar orang luar tahu masih ada orang umno yang berani menegur walaupun ada sesetengah mereka pernah dihalau keluar oleh ahli partinya sendiri,namun ia tidak mengecilkan hati jika kita tahu arah dan tujuan kita memihak kepada umno selama ini.....dan terima kasih kerana ds memahami sikap memberontak golongan muda seperti saya...ds harus mendekati golongan yang memberontak dan fahami mereka.mereka ada kekuatan tersendiri dan ada sesuatu yang mereka nak sampaikan tetapi apabila suara mereka tidak dapat didengar seperti apa yang ds sudah nampak ....mereka tetap akan berkarya dengan mencari suara pembangkang yang

    "besar tapak tangan,
    nyiru pembangkang tadahkan"
    so
    siapa yang rugi..fikir2kan

    saya bercakap disini bukan sebagai pemimpin atau sebagai pengikut tegar tetapi sebagai kawan untuk membantu dan bertukar2 fikiran dengan kawannya yang sejati

    sampai jumpa lagi wassalam

    ReplyDelete
  33. Salam...

    Ketuanan Melayu mula dicanang-canangkan terutama selepas PRU12 baik pembangkang mahu di dalam BN...Ini gara-gara DAP Parti Komunis Alaf Baru bersama PKR(kerana gabungan sosialis)yang ada unsur komunis dan artheis dalam idelogi mereka.

    Walaupun mereka terutama azizah berkata-kata bahawa mereka akan menaikkan kembali kekebalan Raja-raja Melayu tetapi konsep mereka yang keserataan itu mengelirukan(Apakah mereka sanggup tiada tindakan diambil jika Raja-raja Melayu terlibat di dalam sesuatu kes )>bagagaimana pendapat bukan melayu di dalam PKR(gerenti mereka ini lari pulak terutama geng kafiq atau paria).

    Jika cabar-mencabar yang berkaitan Kesultanan Melayu atau Raja-raja Melayu diharap tindakan yang tegas perlu diambil .Gerakan ini amat berbahaya dan langkah yang sesuai selain ISA atau akta Hasutan ,kita perlu gerakan Angkatan Tentera Malaysia terutama RAMD kerana PDRM ramai kalangan mereka kerap mengketawakan dan tidak takut lagi kepada Polis Diraja Malaysia.

    Kita tidak boleh berlembut dan kerap mengalah sehingga satu hari nanti akan terhakis terutama Agama Islam seperti infomasi di Penang yang menghina Islam

    ReplyDelete
  34. Salam...

    Kenapa kita perlu berlembut terhadap musuh-musuh Islam sehingga membiarkan Islam menjadi lemah ,adakah itu yang dituntut oleh Baginda Nabi Muhammad saw.
    Kita memerangi apabila diperangi bukan membiarkan dan banyak minta berbincang sedangkan mereka kafiq laknat ini memerangi kita..

    Dato'Seri tolong ulaskan...Adakah tunggu dan lihat...Sampai Bila????

    ReplyDelete
  35. sokong yang baik asalkan tiori sama dengan penguatkuasaan sama.

    itu ayat cakap sama serupa bikin., supaya tidak dibolot oleh sesuatu golongan sahaja. Tiada unsur dengki dan mencantas pengkritik., atau yang ingin membawa perubahan yang baik.

    ReplyDelete
  36. Salam,

    DS sepatutnya mengkaji akar umbi kenapa kegagalan itu berlaku. Secara logiknya majoriti pemimpin adalah orang melayu, PMnya boleh kata melayu tiada bangsa lain tetapi masih gagal. Selama 50 tahun diberi pelung kepada UMNO sebagai tonggak utama dlm BN tetapi ternyata gagal. Saya rasa tak perlu diberi pelung lagi kerana jika diberi pelung lagi kita terpaksa menunggu tak tahu berapa tahun lagi.
    Kalau DS nak berjuang ayuh ubah halaun bukan nya UMNO sebagai landasan. Bukan mudah nak mengubah UMNO secara bersendirian sedangkan DS di tempat bahagian sendiri pun haru biru dibuatnya. So tunggu apa lagi, jom berhijrahlah atau buat parti baru
    Wallahualam

    ReplyDelete
  37. Salam DSKT..
    Melihat kebelakang, era pemerintahan negara kita sejak kemerdekaan sehingga kini dikuasai oleh MELAYU. Melayu telah banyak mendominasi arah tuju negara antaranya DEB.Namun dasar-dasar yang dibina oleh Melayu tidak banyak membantu kaumnya sendiri. Tak perlu kita mencari sebab-sebab kegagalannya.Hari ini pemimpin Melayu cuba kembali mencari kekuatan yang makin sirna. Kekuatan sebenarnya bukan hanya dapat diukur melalui pengguasaan ekonomi atau politik semata, namun pengukuhan jiwa Melayu itu yang perlu dikembalikan. Melayu dan Islam adalah jiwa yang paling ampuh. Melayu perlu kembalikan roh perjuangan umat terdahulu agar jiwa dan roh bersatu. kesatuan inilah merupakan titik kekuatan sebenar Melayu yang dapat menidakkan kelemahan hari ini.

    ReplyDelete
  38. UMNO sekarang didesak oleh pelbagai pihak.

    Parti MCA sentiasa mengambil kesempatan, lihat tahun 1999 bila undi UMNO jatuh merosot ttp MCA mendapat kerusi parlimen yg banyak mereka minta macam2 daripada UMNO, minta universiti, bahasa cina di airpot dan di mesin ATM etc, mereka ambil kesempatan..

    Tahun 2008, MCA kehilangan banyak kerusi, sekali lagi mereka mengambil kesepatan dengan cara mempertikai ketuanan melayu, dan mereka 'lanyak' UMNO bila ada peluang kerana menuduh kerana UMNO mereka kalah. walaupun hakikatnya mereka menumpang undi UMNO utk hidup, ini bukan keikhlasan tetapi gergaji dua mata..

    Kita tidak dapat lihat keikhlasan MCA.

    Saya cadang MCA dikeluarkan dari BN, biarlah UMNO bergerak dengan MIC. MIC mewakili org India yg seperti mana org Melayu banyak tertindas di bumi Tanah Melayu ni..

    Atau UMNO bergerak sendirian. Bila UMNO bergerak secara sendirian, UMNO akan mempunyai pengaruh yg kuat dalam parlimen kerana UMNO mempunyai kerusi parlimen terbanyak. UMNO akan menjadi 'barang berharga' i.e. sokongan UMNO menjadi sangat bernilai dalam meluluskan polisi negara..

    Saya percaya jika Dr Khir fikir sedalamnya Dr akan dapati cadangan saya ni drastik tetapi perlu di buat. Bila UMNO bergerak secara solo kita akan tahu dan semua org akan tahu betapa relevan dan kuatnya UMNO..

    ReplyDelete
  39. " Dr Mohamad Khir Toyo said...
    Sdr anak desa dan sahabat bloggers lain,

    Semasa saya memegang amanah banyak projek dan peluang saya berikan kepada bumiputra,sehinggakan tahap pencapaian ekonomi meningkat dgn dibuktikan jumlah wang kutipan zakat yang meningkat pada tahun 2000 sejumlah hanya 40 juta kepada 215 juta pada tahun 2007.

    Jumlah orang melayu yang mendiami perumahan elit juga meningkat,kawasan setinggan kita selesaikan,pembinaan gerai dibanyakkan,kouta bumiputra dalam pemilikan rumah kedai ditingkatkan,grant iks dilipatkaligandakan,sungguhpon begitu banyak lagi kerja perlu diteruskan,malangnya kerajaan pakatan rakyat tidak teruskan,dan usaha ini terbantut ditengah jalan."

    ...tetapi tuan abaikan intelek melayu, yang lagi kaya kawan-kawan cina tuan... sebab itu "12 Peratus Milik Siapa?"

    ReplyDelete
  40. "Hati gajah biarlah kita sama lapah, hati nyamuk sama dicicah. Sikit sama rasa, banyak sama kenyang."
    Menarik ungkapan ini tetapi semuanya hanyalah fantasi saja. Kegagalan DEB bukan pada dasarnya secara total tetapi lebih kepada perlaksanaan. Memang betul DEB itu berjaya mengetengahkan orang Melayu berada setara dengan bangsa lain tetapi hanya empat lima orang saja. Usaha mengurangkan jurang kemiskinan antara kaum gagal disebabkan masalah pakai kabel.
    Jangankan untuk menang tender tetapi untuk dapatkan peruntukan dari zakat untuk surau atau masjid pun terpaksa guna kabel untuk cepatkan proses dan kelulusan. Ini adalah cerita benar dari pengalaman dua tiga tahun lepas di Selangor sendiri. "Kabel" sudah sinonim dalam urus tadbir kerajaan BN.
    Sekiranya ditakdirkan BN berjaya menawan semula Selangor pada PRU13 nanti dan DS dilantik semula menjadi MB, saya tidak yakin DS boleh membuat pembetulan ini. Sekiranya pembetulan tidak dibuat, ungkapan di atas hanyalah khayalan sahaja dan akan berterusan begitu saja.

    ReplyDelete
  41. Salam DSKT,

    Kegagalan DEB adalah disebabkan pemimpin yang mengamalkan kronisme, nepotisme dan rasuah. Bumiputra itu sendiri ada menyumbang ke arah kepincangan DEB kerana bila diberi kepercayaan, kontrak di 'alibaba' kan. Bumiputra suka mencedok untung yang senang. Senang dapat senang habis.

    Sebagai contoh, di kampung saya kini, ramai bumiputra menjual tanah mereka kepada pengusaha sarang burung layang-layang / walit. Boleh dikatakan hampir seluruh kampung terdampar bangunan sarang burung. Harga jualan memang tidak dapat dinafikan memang tinggi nilainya.

    Maka ramailah orang kampung yang ingin mencari kesenangan dengan mudah menjual segala tanah mereka yang berpotensi untuk dibangunkan bangunan sarang burung. Hasil yang diperolehi, dibuat modal membesarkan rumah, tukar kenderaan dan membeli rantai emas buat isteri dan anak-anak. Kemudian sedikit demi sedikit duit hasil jualan itu akan kehabisan.

    Berbanding dengan pengusaha sarang burung ini, mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda berbanding modal yang mereka keluarkan. Difahamkan sarang burung mentah yang belum diproses boleh dijual dengan harga RM800-RM1000 setiap sekilogram. Bumiputra ini mula irihati, membuat aduan kepada PBT berkenaan bunyi bising dan kotoran. Tauke-tauke ini hanya tersenyum dan membayar sahaja denda atau kompaun yang dikenakan kerana mereka mampu dan mereka untung besar. Apalah sangat denda PBT berjumlah RM500 bagi mereka.

    Disinilah saya lihat mentaliti bumiputra kita. Mereka mau kesenangan dengan mudah. Memulakan sesuatu dan mengharapkan hasil dalam masa terdekat. Sebab itu kita lihat betapa ramai bumiputra menjadi mangsa penipuan sindiket perniagaan internet. Semuanya kerana mau duduk terkangkang menunggu hasil jatuh didepan mata.

    Sebelum kita menuding jari ke orang lain lebih baik kita cermin dulu diri kita. Orang lain juga perlu bertimbang rasa, jangan cakap sesedap rasa. Kita mahukan pembaharuan, perlulah ada pengorbanan untuk mencapainya. Janganlah harapkan bumiputra semata-mata untuk berubah, orang lain perlu turut sama berkorban. Bagi pemimpin jangan berkata-kata semata-mata ingin popular. Buktikan dengan tindakan.

    ReplyDelete
  42. DS dan sahabat,
    Golongan Melayu manakah yang mendapat habuan dari 30% kek ekonomi itu???.Saya terpanggil untuk bertanya begitu kerana sebilangan besar anak-anak kaum melayu yang tinggal diluar bandar sangat jauh ketinggalan dari segi ekonomi dan kini dengan PPMSI ramai anak-anak melayu yang agak merosot pencapaian akedemik mereka.

    Saya KURANG BERSETUJU dengan PPMSI,kerana apabila difikirkan secara logiknya,bagaimana hendak menzahirkan perkara tersebut andai guru-guru yang terlibat dalam matapelajaran itu sendiri kurang fasih???Dan juga murid-murid yang mahu diajar baru ditahap bertatih untuk memahami ONE is SATU,TWO is DUA???
    Kita semua berbangga melihat anak-anak yang berjaya dalam pelajaran,tetapi pernahkah kita menyedari lebih ramai peratusannya yang hanya cukup makan atau gagal terutama dalam mata pelajaran BI,Sains dan Metametik???Pernahkah seseorang bertanya bagaimana anak-anak ini dapat mengulangkaji dan membuat `homework`dengan cara yang betul andai ibubapa dirumah yang ingin ditanya juga gagal membantu kerana faktor bahasa dan tahap pendidikan mereka???
    Perkara ini amat menyedihkan saya DS.Lihatlah sendiri dimanakah kedudukan anak-anak melayu kita apabila tamat persekolahan mereka,berapa ramai yang menjadi penghuni pusat serenti,mat rempit,bohsia dan macam-macam lagi???
    Mereka semua anak-anak bangsa melayu,bangsa kita DS.Mengapa boleh terjadi begitu,sedangkan Parti orang melayu adalah parti pemerintah???
    Memang ibubapa mereka yang harus bertanggung-jawab kerana mereka yang mencorakkan warna anak mereka sendiri...DAN dalam hal orang melayu saya meletakkan sebahagian kesalahan tersebut kepada PEMIMPIN UMNO kerana mereka ini GAGAL MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN.
    WASSALAM.

    ReplyDelete
  43. Tun Mahathir pernah meluahkan kekecewaan beliau selama 22 tahun dan sehingga ke saat akhir sebagai PM, iaitu mengubah sikap orang melayu dan ternyata sekali kekecewaan beliau ini sangat releven dengan perangai, tabiat dan sikap melayu sehingga ke hari, tidak akan berubah dan mungkin buat selamanya.

    Nak lihat perangai buruk orang melayu nah lihat bagimana berlangsungnya pemilihan umno yg penuh dgn rasuah sampai beribu2 aduan.

    Diberi kontrak jadi alibaba, dapat kuah tak apa cina dapat isi, dapat kerja senang dan ini datangnya dari parti. UMNO juga memainkan perananya menggagalkan DEB.

    PMSI pun banyak melayu menentang kerana apa kerana memang melayu mahu jalan mudah untuk berjaya tidak mahu susah2 belajar. Siapa mahu menterjemahkan buku2 teks BI yg berlambak ? Sikap ibubapa yg tidak pedulikan pelajaran anak2 adalah penyumbang kpd kemorosotan pelajaran dan akhlak anak2.

    Begitu juga dlm perniagaan, mana ada bisnes yg tak ada risiko? Melayu siang2 lagi takut gagal dan takut gagal tidak layak untuk berjaya dlm bisnes jadi yg tak ada risiko? Makan gaji !

    Melayu puas dgn makan gaji dari 8pagi hingga 4 ptg dan pendapatan yg statik, ramai yg sanggup jadi jaga dgn gaji RM500 dari pagi sampai ptg walhal jika otak digunakan pendapatan berlipatkali ganda, kerana apa? kerana mahu senang kerja tak payah "berfikir".
    Jadi adalah mustahil kek ekonomi akan dapat dinikmati oleh melayu kerana 80 % melayu mewarisi dan mengamalkan tabiaat ini.

    ReplyDelete
  44. Kepada ds dan semua orang melayu

    Saya bukan seorang yang bersikap PERKAUMAN tetapi saya hanya tujukan artikel ini hanya untuk dikongsi dengan bangsa saya MELAYU dan bukan berniat artikel ini dibaca oleh kaum lain kerana jika kamu membaca kamu akan merasa saya seperti perkauman.(padahal saya jaga kaum saya mestilah saya cakap pasal kaum melayu jadi jgn putar belit macam ular dengan saya)bangsa saya sudah lama tertekan dan keliru kerana bangsa cina…..boleh cakap cina yang melayu tak berapa kerat yang faham…. Dan bangsa India cakap India juga berapa kerat melayu yang faham bila bangsa kamu cakap pasal kaum kaum tapi orang melayu cakap degan bahasa kebangsaan untuk memberi sedikit kesedaran dan kefahaman untuk orang melayu berfikir menggunakan akal sudah dengan mudah dianggap PERKAUMAN….jadi sebelum kata2 saya dianggap perkauman saya dengan ini mengistiharkan dahulu yang artikel saya ini hanya bertujuan untuk bangsa melayu berfikir sebelum kuasa yang ada ditangan jatuh ketangan orang lain melalui system berpelembagaan iaitu ATAS PAKSI DEMOKRASI DAN JIKA KUASA KESAMARATAAN PADA PENGERTIAN PARTI KEADILAN(yang pada saya tak adilpun) TELAH BERKUASA SAYA JUGALAH YANG AKAN BERSETUJU….YA BERSETUJU ATAS PAKSI DEMOKRASI TADI JIKA IA MENANG…DAN PAKATAN RAKYAT TELAH MENANG 5 NEGERI DAN AMBILLAH DAN LAKSANAKANLAH KERJA YANG KAMU RASA BN TAK MAHU BUAT DAHULU KETIKA BN BERKUASA...NAH...HARI INI ALLAH TELAH BERIKAN RUANG DAN PELUANG UNTUK KAMU MELAKUKAN DAN MELAYU YANG FIKIRAN SEPERTI SAYA AKAN BERSAMA RAKAN2 YANG MASIH MEMPUNYAI PERASAAN SAYANG KEPADA UMNO AKAN BERJUANG MENGIKUT KAPASITI YANG ADA DAN KEMAMPUAN

    SUKA SAYA MENGINGATKAN KITA MELAYU MUDA AGAR SEDAR BETAPA PENTINGNYA KUASA APABILA KITA BERPOLITIK UNTUK NEGARA. UNDI PENTING PADA GENERASI KITA MUDA…APA GUNA WANG RINGGIT HABIS BUAT AKTIVITI TETAPI TIADA PENGHAYATAN BILA UNDI..... ADA MELAYU BAGI DAP!...........APA GUNA TUNJUK MUKA SETIAP MASA DEPAN PEMIMPIN TETAPI TAK PANDAI JAGA HATI ORANG BAWAHAN!......YANG AKHIRNYA MENYUSAHKAN PEMIMPIN ATASAN KERANA SEKARANG SIAPA YANG KENA?
    BUKANKAH DS YANG KENA SEMUA?.......APA GUNA MENANG DENGAN MAJORITI BESAR TETAPI NEGERI SENDIRI TERGADAI!.......CUBA KITA FIKIR DS!....APA GUNA SEMUA INI? SAYA PUN TAK TAHU APA NAK JADI ESOK LUSA ?
    PEMIMPIN YANG SAYA HARAP KECUNDANG DITENGAH JALAN…. BILA TENGOK ANAK SENDIRI DAN MEMBAYANGKAN BILA SAYA MATI SAYA TENGOK DIA MENGEMIS MINTA SEDEKAH SEBAB TAK MAMPU..TANAH TIADA,HARTAPUN TIADA..MELAYU MUDAH ALPA! SEDANGKAN BANGSA SENDIRI ADA TAPI TAK MAMPU NAK BANTU……BOLEH MENITIS AIR MATA…DS!!!…
    ORANG YANG VOKAL,DAN TEGAS MACAM SAYA PUN ADA PERASAAN…JADI MELAYU NI SAMA JE…..SIAPA NAK TOLONG MELAYU KALAU BUKAN MELAYU !!!

    ReplyDelete
  45. “ MALAY DILEMA “

    PAKATAN RAKYAT VS UMNO(BARISAN NASIONAL)

    PAKATAN RAKYAT ~ melayu telah lemah dan sedarkah orang melayu kita telah memberikan kuasa yang lebih kepada para sahabat bangsa yang lain secara tiori dan praktikalnya.contohnya dulu dalam BARISAN NASIONAL kita ada UMNO,sekarang setelah 5 negeri dalam PAKATAN RAKYAT kita ada KEADILAN yang nampak mendominasi menerajui PAKATAN RAKYAT,inilah maksud saya secara tiori dan praktikalnya kuasa pada bangsa (kuat dalam umno) sekarang kuasa pada bangsa jadi lemah (kurang dalam keadilan)

    Saya yakin orang melayu yang ada pada PAS hanya akan menjadi pak turut dalan pakatan rakyat dan hanya menjadi budak buli oleh DAP yang berselindung dibalik KEADILAN.

    DAP saya yakin sampai mati pun dia nampak bersahabat baik dengan PAS atas dasar........atas dasar demi memastikan mereka masih berkuasa dan diterima rakyat,mereka berselindung disebalik badan KEADILAN tapi DAP tidak akan memberi peluang kepada PAS untuk bercita2 menjadi tunjang dalam PAKATAN RAKYAT....SAYA YAKIN 100% SAMPAI MATIPUN SELAGI PAS BERSAMA PAKATAN RAKYAT PAS AKAN HANYA JADI BUDAK SURUHAN DALAM PAKATAN RAKYAT.

    WALAUPUN APA YANG SAYA KATAKAN BELUM TERJADI LAGI TETAPI JIKA IA BOLEH DIIBARATKAN SEJARAH ,IA TELAH ADA DALAM BUKU LIPATAN SEJARAH DAP...YANG PAS TIDAK AKAN BERKUASA ATAU MENUNJANGI PAKATAN RAKYAT SAMPAI MEREKA MATI.

    MESEJ SAYA ~ ORANG MELAYU PAS ....PARTI BERASASKAN KAUM MELAYU TERBESAR KEDUA SELEPAS UMNO BERADA DALAM DILEMA DEMI UNTUK MEMPERJUANGANKAN ISLAM......TETAPI PADA MASA YANG SAMA ADAKAH MEREKA SANGGUP MENGORBANKAN KUASA BANGSANYA SENDIRI DEMI UNTUK BERSAMA PAKATAN RAKYAT?????.......ORANG MELAYU FIKIRKAN!......

    UMNO (BN) ~ sebuah parti yang dahulu keramat bagi orang melayu sekarang telah berhadapan dengan krisis kepimpinan yang kritikal pada pandangan saya yang menyebabkan ia semakin kurang diterima oleh orang melayu terutamanya golongan muda.sehingga sekarang umno masih berhadapan dengan masalah seperti yang semua rakyat tahu iaitu PENYAKIT DIBERI SALAH TAK BERI MASALAH IAITU POLITIK WANG

    Walaupun umno DIMALUKAN dan MEMALUKAN tetapi inilah sahaja kuasa yang masih tinggal pada BANGSA.....ya orang kita melayu....ya peluang hanya datang sekali jika kita tidak berfikir selepas ini dan orang melayu berkorban....umno dan pas harus salah satu berkorban SEMPENA HARI RAYA KORBAN....APA MAKNA KORBAN?...KISAH NABI IBRAHIM DAN NABI ISMAIL DISEMBELIH PUN MEREKA TELAH BERKORBAN.ADAKAH MEREKA BERGELAK KETAWA BILA BERKORBAN YANG ADA HANYA KESYAHDUAN DAN SALAH SATU TERPAKSA BERKORBAN ....SAYA TIDAK MAHU BERKATA UMNO BETUL DAN PAS SEMUA SALAH TETAPI APA YANG SAYA HARAPKAN PINTU HATI UMAT MELAYU/ISLAM TERBUKA HATI MEMBERI MANDAT KEMBALI KEPADA PARTI YANG BOLEH DIBERI MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN KITA SEMUA DIBUMI TERCINTA INI.
    kita masih mempunyai peluang dan sebab untuk terus berkuasa jika pemimpin dalam setiap parti politik orang melayu dan dan pengikut masing2 mengambil pendekatan bersatu hati demi bangsa dan agama atau agama dan bangsa,pada saya sama sahaja iaitu yang penting NIAT HARUS TULUS DAN IKHLAS SERTA BERPEGANG KEPADA MATLAMAT YANG JELAS IAITU BERJUANG UNTUK RAKYAT DULU BARU FIKIR BERJUANG UNTUK TEMBOLOK DIRI

    Dan ................MCA pula adalah parti cina berasakan kaum yang kedua terbesar didalam BARISAN NASIONAL
    Sedarkah kita melayu yang MCA selain dari rakan dalam BARISAN juga adalah menjadi kuasa pengimbang untuk UMNO dan PAS dalam dilema untuk bersatu.ibarat ditelan mati mak diluak mati bapak(UMNO nak jaga rakan lama pada masa yang sama sudah hampir tidak diterima jika tidak BERANI BERUBAH)SEMUA ORANG TAKUT...YA...SAYA PUN TAKUT TAPI JIKA SAYA RAKYAT BIASA BERDIAM DIRI DISINI DAN MENGHARAPKAN PEMIMPIN SAHAJA YANG BERJUANG MAKA ALAMAT HABISLAH PEMIMPIN DALAM UMNO KERANA MEREKA TERPAKSA BERJUANG BERSENDIRIAN YANG ADAKALANYA MEREKA JUGA MELAKUKAN KESILAPAN YANG TIDAK DISEDARI.

    MESEJ SAYA ~ 1) UMNO BERHADAPAN DENGAN MASALAH TERBESAR MASA KINI BAGAIMANA UNTUK IA DITERIMA KEMBALI OLEH GENERASI BARU BANGSANYA SENDIRI
    2) “MCA DAN PARTI KOMPONAN TERTENTU SEDANG MAIN TARIK TALI DIDALAM BN SELAIN DARI SETIA IA JUGA SEKARANG TELAH MENJADI KUASA PENENTU KEPADA UMNO SAMADA MENYOKONG ATAU MEMPROTES JIKA PAS MASUK BN JIKA ADA HASRAT UMNO DAN PAS BERSAMA ATAS NAMA DEMI ISLAM DAN DEMI KUASA BANGSA.KERANA MEREKA TAHU JIKA UMNO DAN PAS BERSATU AKAN SEMAKIN KUATLAH BANGSA MELAYU MENGUASAI NEGARA TERCINTA INI...DAN AKAN SEMAKIN MUDAHLAH ORANG ISLAM MELAKSANAKAN APA YANG DIKATA UNTUK DIKOTA”APAKAH INI TIDAK BOLEH DITERIMA PAKAI DS

    SOALAN SAYA KEPADA SEMUA MELAYU TERMASUK DS SENDIRI SEBAGAI EMPUNYA BLOG INI.............ADAKAH FIKIRAN SAYA MENYIMPANG JAUH!!!!
    JIKA SAYA SALAH SIAPAKAH YANG HARUS MEMBETULKAN PEMIKIRAN GOLONGAN SEPERTI SAYA....SAYA YAKIN GOLONGAN SEPERTI SAYA ADA RAMAI DISEBELAH PAKATAN RAKYAT(BARU SAYA TAHU DULU MAWI PUN PERNAH TAMPAL POSTER KEADILAN.BUKANKAH GOLONGAN JIWA MEMBERONTAK INI ADA RAMAI PENGIKUT!!!!BUKANKAH IA HARUS DIBERI PERHATIAN DAN TUGAS PEMIMPIN ATASAN YANG MENTARBIAHKAN DAN BUKAN BERDIAM DIRI MEMBISU SERIBU BAHASA.)

    APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN OLEH BANGSA MELAYU DEMI UNTUK MEMASTIKAN ISLAM DAN KUASA BANGSA MASIH BERADA DITANGAN KITA?
    NAK MEMPERJUANGKAN ISLAM TETAPI APA GUNA JIKA BANGSA SENDIRI BERPECAH BELAH...DAN AKHIRNYA AGAMA ENTAH KEMANA BANGSA MENJADI HINA MEREMPAT DITANAHAIR SENDIRI........APAKAH INI KITA SANGGUP LIHAT JADI PADA ANAK CUCU KITA KEMUDIAN HARI?

    PADA SAYA SEMUA INI BERMULA DARI PEMIMPIN....CAKAP SALAH TAK CAKAP PUN MASALAH!!!!!!TOLONGLAH FAHAMI KEPADA SESIAPA YANG ADA PISAU DITANGAN.....DAN YANG BERKUASA UNTUK MENJAGA MARUAH BANGSA..DAN JANGAN DISALAK LAGI BANGSA LAIN JIKA SEMUA PERBUATAN ITU PERPUNCA DARI BANGSA SENDIRI..JANGAN BUAT MALU ORANG MELAYU....DS MESTI MELAKUKAN SESUATU UNTUK MEMPENGARUHI PIHAK2 TERTENTU DEMI AGAMA DAN BANGSA KITA!

    Umno dan pas sama sahaja ..... pada saya jika terus tidak bersatu sebegini..orang melayu dan islam tidak ada yang gah dan kuatnya..yang ada adalah kebodohan kita semua dipamerkan setiap hari kepada rakyat...fikirkanlah adakah mesej no 2 saya boleh diterima?kalau dulu ada pemimpin yang berusaha menyatukan dua parti melayu ini sukar diyakini keilkhlasannya tetapi hari ini ............. sebagai rakyat bawahan inginlah saya bersuara..saya senang jika umno bersama pas dan apakah suara rakyat marhain ini tidak mahu didengar lagi...jadi suara siapa lagi harus didengar.....!!!!!!
    ADAKAH INI MEMBANTU?...JAWAPAN SAYA ADALAH TERPULANG KEPADA ORANG MELAYU YANG MEMBACA YANG SAYA TAHU IA DATANG DARI HATI KECIL SAYA SENDIRI APABILA SAYA MENULIS DISINI TANPA MENGHIRAUKAN PANJANG BERJELA DIBACA ATAU TIDAK......DAN ADAKAH SESIAPA YANG BERANI DAN CUBA MEMPENGARUHI SAYA UNTUK MENDAPAT KEPENTINGAN PERIBADI MENULIS SEBEGINI?..YA ADA IAITU UNTUK KEPENTINGAN PARTI YANG SATU..

    ....MELAYU?......

    Inilah yang dinamakan
    MELAYU DALAM DELIMA

    ReplyDelete
  46. alangkah indah jika orang melayu yang beragama islam dapat memahami islam itu dan bukan hanya dijadikan cerita dan bisnes semata...pandai berkata bila ada kepentingan...buanglah semangat perkauman itu,ayuh berdakwah di jalan sunnah di lorong2 quran...

    www.falsafahminda.blogspot.com

    ReplyDelete
  47. DSKT

    Dato' Seri, apa yang Melayu mahu dan apa yang kaum lain mahu.

    DSKT, saya perhatikan para pemimpin Melayu tidak bijak menggunakan kekuatan yang ada pada orang Melayu untuk digerakkan supaya menjadi kuasa ekonomi. Dua bidang yang menjadi kekuatan turun temurun orang Melayu iaitu Petani dan Nelayan tidak dibantu secara menyeluruh dan bersepadu. Apabila negara berwawasan untuk menjadi negara maju menjelang 2020, sepatutnya bidang pertanian dan nelayan hendaklah diberi perhatian khusus kerana disitu terletaknya kekuatan orang Melayu.

    Sekarang ini, berapa banyak tanah-tanah terbiar yang tidak diusahakan dan berapa ramai nelayan-nelayan Melayu yang masih menggunakan perahu-perahu kecil untuk menangkap ikan. Jika kerajaan berhasrat untuk memajukan ekonomi orang Melayu. dua perkatra inilah yang sepatutnya diberi perhatian yang khusus.

    12% yang masih belum dicapai oleh orang melayu itu hendaklah dicapai melalui Nelayan dan Pertanian. Usahakan dengan menyeluruh dan rancang strategi-strategi yang berkesan supaya jangan hanya menjadi slogan sahaja, " Pertanian adalah perniagaan" tetapi bagaimana nak realisasikan perkara ini.

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum

    Hari ini yang hentam ketuanan Melayu orang Melayu (PKR). Bila bercakap soal masa depan orang Melayu pula dikatakan assaobiyyah oleh PAS. Begitu juga anak-anak muda, kini amat sinis dengan perjuangan bangsa, sebagahagian mereka pula tidak ambil peduli hal ini. Justeru, UMNO perlu buat sesuatu untuk memahamkan golongan yang disebutkan. Jika tidak perjuangan UMNO semakin dilihat tidak relevan pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  49. dahlah tu.... bialah semua orang bersaing secara adil... tu baru ade "omh" sokong tun m: buang tongkat!

    ReplyDelete
  50. DS dan sahabat bloggers,
    Salam Hormat,
    Sila layari komen saya di:
    http://nasilemakbungkus.blogspot.com
    Wassalam.

    ReplyDelete
  51. blogger semua

    Korang tulis panjang panjang pun
    buat letih je
    benda ni buakan di bawa ke Dewan Negeri atau Dewan negara pun

    Buang masa.....

    ReplyDelete
  52. Dr,
    Saya mengharapkan agar analisa anda lebih seimbang, telus dan bersifat mendidik. Saya tidak melihat ada keberanian untuk mengatakan bahawa kehilangan 12% kek kekayaan itu turut disumbang oleh keserakahan 'baron-baron' melayu seperti datuk. Kegagalan melihat kedalam diri sendiri atas bahana yg menimpa bangsa melayu adalah sebahagiannya sumbangan manusia seprti anda. Seorang phlawan ulung akan meiliki seni menilai diri yg tinggi, bukan mengaum keluar menyalahkan org lain. Datuk, wake up!

    ReplyDelete
  53. Sdr moderate07 dan sahabat sahabat bloggers lain.

    Saya setuju dgn pandangan sdr MCA sering mengambil kesempatan di atas kelemahan UMNO,walaubagaimanapon menyalahkan mereka sepenuhnya tanpa melihat kelemahan diri adalah suatu perkara yang kurang bijak.

    Kita tidak dapat nafikan UMNO dalam keadaan lemah,ditambah pula perpecahan orang melayu yang semakin ketara walau dalam soal soal agama islam dan kepentingan orang melayu kita di lihat bertelagah diantara satu sama lain secara terbuka,ia tidak berlaku dikalangan orang cina dan orang india,bila mana isu yang membabitkan kaum mereka ,perpaduan dapat dilihat bila mana mereka memiliki satu nada satu suara.

    UMNO akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan jika ia dilihat dapat menyatukan suara orang melayu terutamanya dalam soal agama islam dan kepentingan orang melayu.

    ReplyDelete
  54. Janganlah rasis! Malaysia ini milik semua orang Malaysia dan bukan sekadar bangsa atau ugama tertentu sahaja. Contohilah negara-negara seperti Australia, Amerika Syarikat, UK, Singapura dsbnya, di mana meritokrasi dihargai sebagai tunjang kemajuan!

    ReplyDelete
  55. QUOTE : jhj
    "Janganlah rasis! Malaysia ini milik semua orang Malaysia dan bukan sekadar bangsa atau ugama tertentu sahaja. Contohilah negara-negara seperti Australia, Amerika Syarikat, UK, Singapura dsbnya, di mana meritokrasi dihargai sebagai tunjang kemajuan!"

    inilah standart ungkapan bagi puak2yg memikirkan semua perkara hak mereka..baru bangkitkan sekolah vernakular, mereka dh terpekik terlolong..belum benda2 lain lagi..kalau nk attack golongan spt ini kita ada byk point sebenarnya..cuma bangsa kita tak nk buat kecoh sahaja..bangsa kita hanya akan buat kecoh apabila agaknya air dah nk sampai kat hidung..betul atau tidak dato sri?

    ReplyDelete
  56. QUOTE : jhj
    "Janganlah rasis! Malaysia ini milik semua orang Malaysia dan bukan sekadar bangsa atau ugama tertentu sahaja. Contohilah negara-negara seperti Australia, Amerika Syarikat, UK, Singapura dsbnya, di mana meritokrasi dihargai sebagai tunjang kemajuan!"

    inilah standart ungkapan bagi puak2yg memikirkan semua perkara hak mereka..baru bangkitkan sekolah vernakular, mereka dh terpekik terlolong..belum benda2 lain lagi..kalau nk attack golongan spt ini kita ada byk point sebenarnya..cuma bangsa kita tak nk buat kecoh sahaja..bangsa kita hanya akan buat kecoh apabila agaknya air dah nk sampai kat hidung..betul atau tidak dato sri?

    ReplyDelete
  57. Mainlah lagi issue agama dan bangsa..
    Kamu boleh berkuasa balik guna isu agama/bangsa sahaja..
    Negara lain mengunakan teknologi, government yang tiada corruption dan manyak lagi yang menguntungkan.. Tapi Bendera biru Pekat ni selalu menyindirkan issue agama dan budaya.. Padahal selama ini dia yang menjajah..

    Sensetiflah dalam aspek lain.. Jangan dalam hal bangsa dan agama sahaja..

    ReplyDelete