Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, November 10, 2008

Islam, Melayu dan UMNO

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat blogers sekalian,

1. Soalan yang sering ditanya di kalangan orang Melayu ialah apakah tujuan menyertai parti-parti politik di negara kita? Apakah erti menyokong UMNO, Pas atau PKR?

2. Jika ditanya kepada penyokong Pas, pastinya matlamat mereka ialah untuk Islam sungguhpun kadang-kadang perilaku tidak mencerminkan perjuangan. Suatu ketika lalu, ada juga yang melihat ia sebagai jalan ke syurga.

3. Jika ditanya orang Melayu yang menyokong PKR, mereka secara mudahnya menjawab mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

4. Bagi UMNO pula, ramai generasi muda hari ini sudah tidak lagi boleh bercakap apa sebab mereka menyertai UMNO. Idealisme perjuangan agama dan bangsa sudah jarang diutarakan.

5. Selepas tewas beberapa negeri dalam pilihan raya umum yang lalu, terdapat pandangan dan suara-suara yang menyatakan UMNO perlu berani melakukan perubahan. Malangnya tidak ramai yang membicarakan apakah bentuk perubahan yang perlu dilakukan.

6. Adakah ia merupakan perubahan struktur organisasinya,atau perubahan prinsip perjuangannya atau berubah rupa bentuk keahliannya atau hanya perubahan pucuk pimpinan? Justeru saranan perubahan ini menimbulkan polemik dan kegelisahan di kalangan orang Melayu. Ada yang tertanya-tanya, apakah perubahan yang dilaung-laungkan itu akan menjejaskan visi atau idealisme perjuangan UMNO untuk Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia?

7. Bagi saya UMNO perlu berani berubah untuk kembali kepada asal-usul tujuan penubuhannya. UMNO hari ini walaupun masih bermatlamatkan untuk agama, bangsa dan negara tetapi dilihat tidak lagi mencerminkan idealisme perjuangan tersebut.

8. Sebenarnya perjuangan UMNO adalah jelas sejak ia ditubuhkan iaitu UMNO berjuang mengangkat martabat agama Islam dan UMNO berjuang utk mengangkat harakat bangsa melayu.

9. UMNO mengangkat martabat agama Islam ialah bila mana UMNO terlibat dalam pembetukkan perlembagaan negara, pemimpin UMNO dengan jelas meletakan Agama Islam sebagai agama persekutuan dgn membenarkan agama lain diamalkan secara aman termaktub dalam perkara 3 perlembagaan negara. Kita lihat waima negara Indonesia merupakan negara Islam teramai jumlah umat Islamnya pun tidak meletakkan Islam sebagai agama persekutuan negara tersebut.

10. Apa yang tidak nampak di mata orang Melayu hari ini ialah hasil daripada perjuangan UMNO itulah membolehkan agama Islam mendapat pelbagai peruntukan untuk membangun dan mengembangkan dakwah Islam. Demikian juga kedudukan bangsa Melayu hari ini ialah hasil perjuangan UMNO.

11. Bukti UMNO berjuang mengangkat harakat bangsa,ialah dinyatakan dgn jelas dalam perlembagaan seperti dalam perkara 32,kedudukan DYMM Agong dan kedudukan raja raja berperlembagaan, Perkara 152, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; Perkara 153, hak istimewa orang orang Melayu. Tidak banyak negara yang sanggup melakukan semua ini demi menjaga kesejahteraan peribumi mereka. Namun UMNO dengan jelas melakukan satu tindakan yang cukup jelas dan berani melakukan semua ini kerana ia selari dengan penubuhannya untuk agama dang bangsa.

12. Cuma akhir-akhir ini UMNO tidak ternampak jelas memperjuangkan keperluan dan kepentingan agama Islam dan juga ternampak kendur dalam mempertahankan hak bangsa Melayu. Ini kerana UMNO berasa selesa kerana semua ini dilaksanakan menerusi jentera kerajaan sedia ada hasil pembentukan perkara-perkara dalam Perlembagaan yang diperjuangakn oleh UMNO sebelum ini. Sikap menyerahkan semunya kepada kerajaan telah memberi imej kurang baik kepada UMNO dan menyebabkan orang Melayu mula menjauhkan diri dari UMNO.

13. UMNO hari ini juga diberi imej sebagai sebagai parti yang tubuhkan untuk mengaut kekayaan negara. Dilabelkan sebagai parti kroni, parti perkauman dan sebagainya. Semua ini terjadi bukan kerana ia tidak lagi memperjuangkan agenda tiga perkara tersebut tetapi kerana jurang kepimpinan yang terlalu jauh telah mewujudkan persepsi sedemikian.

14. Salah satu punca jurang kepimpinan di atas dengan di peringkat akar umbi ialah UMNO sudah hampir menjadi seperti parti Kongres di India dan Golkar di Indonesia pada tahun 90-an. Barisan kepimpinan kedua-dua parti ini diakhir hayatnya tidak lagi datang daripada para pejuang rakyat dan mewakili pelbagai lapisan masyarakat di bawah. Sebaliknya ia di pimpin oleh lapisan kepimpinan parti berasaskan kumpulan keluarga dan rangkaian keturunan pemimpin sebelum ini. Ini menyebabkan parti tersebut menjadi parti elit yang tidak lagi dijiwai oleh rakyat bawahan seperti dahulu.

15. Sungguhpun UMNO belum lagi menjadi sebuah parti elit seperti itu, namun imej-imej tersebut kian menampakkan wajahnya. Di sesetengah tempat, UMNO sudah menjadi parti anak beranak yang menguasai hampir ke semua jawatan utama parti. Apakah ini akan menambah sokongan kepada UMNO atau sebaliknya? saya percaya jika ini berleluasa akhirnya sokongan kepada UMNO akan kian mengecil.

16. UMNO hanya akan kuat kembali jika semua pemimpinnya kembali kepada tujuan asal penubuhan UMNO. Ia juga harus memberi ruang kepimpinan kepada semua lapisan masyarakat. Imej pemimipin yang menerajui UMNO harus mencerminkan orientasi perjuangan agama, bangsa dan tanah air (negara).

17. Saya yakin jika ini dapat diusahakan UMNO akan kembali kukuh. Memanglah kita akan menerima tekanan dari parti lawan mahu pun parti dalam komponen BN sendiri, tetapi pengukuhan UMNO adalah merupakan pengukuhan BN.

73 comments:

  1. salam...

    memang jika dilihat senario umno sekarang, ianya tidak menampakkan umno itu berjuang demi islam...

    lihat saja budaya dalam umno yang suka mengadakan hiburan dalam setiap keraian atau mesyuarat walaupun sebelumnya dibuka dengan doa selamat..

    lihat juga ahli umno (bukan semua) yang hanya dilihat di upacara pesta dan makan2 padahal masjid di sebelah rumah susah nampak batang hidung..

    lihat juga penampilan orang umno yang nampak sungguh banyak duit (gayanya) hasil dari "keahlian" dalam umno padahal hanya bekerja sebagai drebar gomen saja..

    dan banyak lagi..

    mengapa ini semua terjadi?dari era mana perkara ini mula membengkak?ke mana perjuangan menegakkan islam dan melayu?

    pada saya, semua itu telah lama hanyut keluar dalam diri orang umno baik dari pemimpin mahupun akar umbi...

    saya harap saudara dapat memelitinya dengan lebih mendalam lagi sebagai usaha menyelamatkan umno yang sudah nazak ini...

    ReplyDelete
  2. 1. Salam. Memang tepat sekali pandang YB. Dato' Seri tentang perlunya generasi muda kini kembali kepada perjuangan asal UMNO bagi memperkasakan semula perjuangan UMNO menerusi agenda Islam dan Melayu.

    2. Apa yang YB Dato' Seri perkatakan tentang Islam dan Melayu adalah bertepatan dengan Fasal 3: Asas dan Tujuan UMNO ditubuhkan, iaitu:
    " UMNO ADALAH SEBUAH PARTI POLITIK YANG BERJUANG MENDUKUNG CITA-CITA KEBANGSAAN MELAYU DEMI MENGEKALKAN MARUAH DAN MARTABAT BANGSA, AGAMA DAN NEGARA.

    3.1 MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAAN DAN KEDAULATAN NEGARA.

    3.2 MENDUKUNG DAN MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN NEGARA, PERLEMBAGAAN NEGERI-NEGERI DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN.

    3.3 MENEGAK, MEMPERTAHAN DAN MENGEMBANGKAN ISLAM, AGAMA RASMI NEGARA SERTA MENGHORMATI PRINSIP KEBEBASAN BERAGAMA.

    3.4 MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN RAKYAT DAN KEADILAN SOSIAL DENGAN MENGAMALKAN SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI BERPARLIMEN SERTA MEMAJUKAN EKONOMI RAKYAT MELAYU DAN BUMIPUTERA KHASNYA DAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA.

    3.5 MENJAMIN KEDUDUKAN BAHASA KEBANGSAAN (BAHASA MELAYU) SEBAGAI BAHASA RASMI YANG TUNGGAL DAN KEBUDAYAAN YANG BERTERASKAN KEBUDAYAAN MELAYU.

    3.6 MEWUJUDKAN KERJASAMA ANTARA KAUM BAGI MELAHIRKAN SATU BANGSA MALAYSIA YANG KUAT BERSATU BERASASKAN KEPADA HAK-HAK ASASI MANUSIA DAN HAK-HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTRA.

    Tegasnya, kalau YB Dato' Seri nak menyeru agar golongan muda hari ini kembali semula kepada asas perjuangan UMNO maka semua peringkat wajiblah faham dan menghayati ke-enam-enam asas dan tujuan penubuhan UMNO itu sendiri.

    Berapa ramai di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dari peringkat Menteri, MTK, Exco Pemuda, Exco Wanita, Exco Puteri, pemimpin bahagian ( termasuk pemuda, wanita dan puteri) dan seluruh kepimpinan cawangan UMNO seluruh negara yang benar-benar menghayati Fasal 3: Asas dan Tujuan penubuhan UMNO ini...?

    ReplyDelete
  3. sdr KT,

    Persoalan asasnya samada parti mengusai kerajaan ataupun kerajaan menguasai parti . sekarang ini nampaknya kerajaan yg mengusai parti tambahan bila pemimpin pemimpin Umno memegang jawatan kerajaan dialah yg akan mengusai parti diberbagai peringkat . keseimbangan tidak ada ,'check and balance' tidak ada . Jikalau parti mengusai kerajaan parti akan memantau prestasi kerajaan untuk kepentingan orang melayu saperti yg termaktub dlm perlembagaan .
    Pemimpin pemimpin Umno terlalu cepat untuk mendapatkan hadiah jawatan peringkat Pemuda dan Puteri
    sudah bercita cita untuk jadi YB ,dapat anugerah bintang,dll
    pastikan kembali diperingkat ini adalah fasa belajar untuk menjadi pemimpin yg tinggi jati dirinya.
    Pemimpin Umno juga terlalu defensif dan apologetik bila mempertahankan hak Umno dan orang melayu juga tidak bijak untuk mengartikulasi issue issue Umno misti kembali kepada meritokrasi .
    Pemimpin Umno harus mengabil teladan dari BG Lee singapore dgn keyataannya dihujung minggu lepas ' Singapore akan hanya mempunyai PM dari gulungan china buat masa ini kerana realitinya penduduk singapore 75% adalah dari kaum china , tidak ada negara didunia ini yg buta sepenuhnya kepada kaum dan ugamanya'
    Sdr KT Umno memandang kpd sdr untuk mengembalikan semula idealisma pejuang tulin.

    ReplyDelete
  4. Sdr.

    Sila berdiri di depan cermin besar dan katakan apa yg sdr baru tulis kepada orang di dalam cermin itu.

    Cermin diri sdr.

    Umno adalah sebuah parti. Ia tidak mempunyai keupayaan untuk merubah satu benda pun. Yang meranapkan matlamat perjuangannya adalah para pemimpinnya.

    Sdr adalah sebahagian dari para pemimpinnya. Apakah sdr tidak mempunyai saham dalam merudumkan parti umno ini?

    Jangan cuba mengalihkan pandangan orang dengan mengatakan parti ini sudah berubah. Parti umno itu tetap sama yang berubah dan yang merubah adalah para pemimpinnya.

    Cermin diri sdr.

    ReplyDelete
  5. Datuk Seri,

    Jika benar apa yang Datuk Sri katakan tentang memertabatkan Agama Islam dalam perjuangan UMNO, apakah yang akan datuk lakukan terhadap video klip seperti yang tertera dalam laman blog ini. http://tunkuaisha.blogspot.com/2008/11/calling-fatwa-crap-this-is-too-much.html

    Sudah tiga hari perkara ini berlaku. Apa yang menghairankan saya ialan tiada seorang pun pemimpin-pemimpin parti politik atau orang persaorangan yang tegas memperjuangkan Islam di Malaysia ini membuat sesuatu terhadap budak2 muda ini yang terang terangan menghina Majlis Fatwa dan ulamak-ulamak kita. Jangan lah hanya pandai bercakap tapi kaku dalam mengambil tindakan.

    Saya menanti perkembangan selanjutnya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. i really would like to know the difference between malay and islam and how about the chinese muslim and indian muslim? are they considered as malay (bumiputera) as well? all of us here really need some clarification.

    ReplyDelete
  7. Kami menyokong penuh usaha dan perjuangan Dato Seri dalam mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada Umno
    Ketua Pemuda Bahagian Seremban

    ReplyDelete
  8. Salam DS,
    Pertama sekali Alhamdulillah kerana DS sedar akan beberapa (barangkali lebih banyak) kekurangan yang terdapat pada UMNO. Saya baru lepas menonton Hujah di TV9 berkenaan dengan Bahasa Melayu (Melayu memang berkaitan dengan UMNO) yang semakin dipinggirkan di arus pembangunan Malaysia sekarang ini..dengan isu PPSMI, papan tanda berbahasa Inggeris malahan mesyuarat2 pun ada dalam bahaga inggeris (sekadar beberapa isu)..Isunya sekarang sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Melayu dan menjadi Kerajaan yang mempunyai kuasa nampaknya tiada apa-apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan yang berkuasa itu untuk memperjuangkan bahasa melayu dan bangsa melayu kea rah yang disegani. DS berkata “Sebenarnya perjuangan UMNO adalah jelas sejak ia ditubuhkan iaitu UMNO berjuang mengangkat martabat agama Islam dan UMNO berjuang utk mengangkat harakat bangsa melayu”. Soalan saya, apa perjuangan UMNO untuk mengangkat martabat Agama Islam?? Adakah sekadar dengan meletakkan Agama Islam termaktub sebagai agama persekutuan tanpa apa-apa pengisian yang benar-benar menampakkan UMNO adalah pejuang Islam yang sebenar seperti yang DS katakan?
    Sekian, Selamat Berjaya dalam Pemilihan UMNO akan datang..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum

    Saya bersetuju UMNO sebenarnya merupakan sebuah parti yang memperjuangkan dan memartabatkan agama Islam, membela bangsa melayu dan memajukan negara Malaysia.

    Bukti nya jelas apabila UMNO berjaya dalam perjuangan memerdekakan tanah air daripada penjajah, maka UMNO telah berjaya meletakkan Islam sebagai agama rasmi, keistimewaan bangsa melayu dan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam perlembagaan. Kini kontrak sosial menjadi asas pembentukan negara.

    Cuma untuk kembalikan semula keyakinan orang melayu dan rakyat kepada UMNO maka kepimpinan UMNO di semua peringkat perlu memberikan contoh yang baik dengan membuktikan bahawa mereka merupakan pejuang Islam dan Melayu yang sebenar. Jangan jadi pemimpin yang hanya pandai bercakap. Jangan jadi seperti PAS yang hanya bercakap memperjuangkan Islam tetapi dalam perlaksanaan nya takut dengan DAP. Jangan menjadi seperti malaikat ketika diatas pentas politik tetapi menjadi syaitan ketika di rumah dan di belakang tabir. Mudah-mudahan dengan contoh yang baik dan ikhlas itu akan menarik perhatian rakyat untuk kembali berjuang bersama UMNO.

    ReplyDelete
  10. monveatesalam dato seri
    umno..
    bagaimana nak hilangkan barah tahap 4. tentu susahkan. banyak perkara perkara yang perlu di buat. cth periska kandungan darah, gula, barah itu sendiri. pergi check pulak barah tu. bedah sana bedah sini. jadi macam tulah dengan umno itu sendiri. dah buat pembedahan pulah umur tak lama tuhan ambil nyawanya.

    jadi untuk perbaharuan umno itu perlu banyak kajian dan perlukan kehalusan bukan pada fizikal dan mentah malah kena buat ujian. jadi dari siapa?? mesti ada gurunya.. sapa guru yang masih ada.. tun ajelah yang tinggal. dah lamaa dahh. tun yang boleh beri pandangan dan buah fikiran kerana tun telah menduduki tahta presiden selama 20 tahun lebih. jadi guru dah ada tanyalah.
    2. umno akan terus hancur jika kebanyakkan ahli mementingkan diri sendiri... kalau dah rasa tak mampu membimbing dan membantu memperkasakan umno letaklah jawatan. beri pada org yang mampu melaksanakanya. tapi di sebabkan tamak dengan wang ringgit yang boleh di dapati. selagi tak tercabar mereka bedal semuanya. mecam banyak kes kes di selangor. sya sebagai ahli umno kawasan parlimen ampang sendiri sedih melihat amanah yang telah di berikan dihancurkan oleh sifat tamak mereka. pernah kah dato seri mendengar ketua bahagian yang tinggal di flat atau pun setinggan. kalau hebat sikit aparment kos sederhana rendah. tentu tak pernahkan. mereka duduk semua kat banglo besar. jadi persoalannya dari mana mereka mempunyai wang tersebut. tak perlulah sya berikan nama tersebut. tak baik nak aibkan org lain. tapi parti lawan membuat perkara ini sebagai satu faktor kepada mereka. sebagai contoh kalau dalam kawasan tersebut terdapat rumah besar. tentu mereka membuat kenyataan... itu ketua bahagian yang banyak makan duit rakyat.
    bagi saya untuk membuat perubahan dalam umno memakan masa yang lama, kalau nak cepat pun perlu langkah langkah yang mantap. rambut sama hitam tapi dato seri tahuke hatinya. tentu tidakkan, mereka mempunyai agenda di sebaliknya.
    jadi saya berharap dato seri dapat memberikan perkhidmatan sebagai pembangkang yang kuat dalam dun selangor.
    seperti kata perpatah biar org lain benci kita jika kita bercakap benar. sebab di sini hanyalah sementara sahaja.
    akhir sekali saya rasa selangor tewas dalam pilihanraya lepas bagi memberi pengajaran kepada umno.. dan kita perlu belajar kenapa rakyat selangor menolak umno dan bn. insya allah bila kita memberikan perkhidmatan yang ikhlas dan amanah yang di beri dengan baik, maka rakyat selangor sayang terhadap umno..

    hidup islam agar semaraklah dia di dalam hati ahli ahli umno selangor. jadikan ia sebagai pedoman dan menguatkan jati diri sayang pada bangsa melayu.
    wassalam ahli umno bahagian lembah jaya. parlimen ampang

    ReplyDelete
  11. Salam...

    Islam sebenarnya untuk seluruh umat manusia di muka bumi ini.Di Malaysia Islam senonim dengan orang melayu walaupun ada juga bukan melayu yang telah menjadi Islam.

    Jika di bandingkan orang melayu di Malaysia ,kedatangan Islam tidak lah seawal Islam di Negara China kerana Panglima Islam telah sampai ke sana.Ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam jika kita beri peluang lebih luas kepada masyarakat cina di Malaysia maka Islam akan berkembang lagi besar.

    Inilah yang ditakuti oleh orang seperti Lit Kit Siang,Terrsa Kok,Ronie dan seorang exco selangor bangsa India tetapi Agama Kristian kerana jika ramai orang cina dapat DI Islamkan maka tidak mungkin kaum india akan ikut juga.Kafiq Laknat ini amat mencurigai umat Islam di Malaysia.

    walaupun berbagai-bagai alasan yang mereka beri tetapi itu adalah muslihat untuk mekelabukan mata Umat Islam yang lemah Iman.Kafiq Laknat ini akan cuba melaga-lagakan sesama Islam supaya tiada persefahaman dan ukhawah yang akhirnya dapat menghancurkan Islam dan umat Islam di Malaysia.

    Jika Islam dibiarkan berkembang dengan elok di Malaysia akan menimbulkan masalah kepada mereka terutama DAP yang rata-ratanya bersifat artheis (tidak mempunyai kepercayaan agama).Kenapa mereka memilih seorang melayu kerana ini satu tujuan tersembunyi bagi mendapat peluang untuk menguasai negeri yang ISLAM dan Melayu sebagai MB dalam perlembagaan negeri itu.

    Walaupun dalam perlembagaan telah tercatat Islam sebgai Agama Resmi Negara tetapi itu bukan Azali tetapi itu perjanjian yang dibuat oleh manusia dan bila masa pun boleh berubah jika perpaduan Islam serta melayu kundur kerana mengejar kekayaan,kuasa dan duniawi

    ReplyDelete
  12. Salam......

    Perpaduan Islam dapat dilakukan jika EGO yang ada dalam hati dan tingkah laku sesama kita di buang.Sepatutnya politik ini tidak dipergunakan hanya untuk merebut kuasa tetapi sepatutnya diperkukuhkan pegangan Iman dalam memastikan Islam bertambah kuat.

    Jika dahulu orang sanggup berkeris berparang kerana mempertahankan Islam tetapi sekarang sudah terbalik.Kebanyakan orang Islam di Malaysia sekarang seperti dayus kerana mahu menjaga kepentingan masing-masing.

    Jangan beri alasan yang bermacam-macam jika hati itu telalu lembut dan lemah .Anggap diri anda pondan atau darai jika setiap kali kafiq memperlekehkan Islam masih 'senyum Kambing'.Kadang-kadang menjadi hairan apabila seorang yang bergelar tok guru pun termakan budi sehingga tergadai body..

    Apa-apa pun 'Lu Fikirlah sendiri'.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum...wbt...
    Petikan...
    Ahmad Zahid mengulas laporan sebuah portal berita Jumaat lalu mengenai tindakan NGO bukan Islam, Katagender dan Food-not-Bombs berdemonstrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan perlakuan 'penkid' atau wanita menyerupai lelaki baru-baru ini.

    Portal berita itu juga menyiarkan temu bual dengan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah mempersoalkan fatwa tersebut yang disifatkan cuba mengongkong cara hidup seseorang termasuk dalam soal berpakaian.

    Lihat bagaiman kfiq laknat ini cuba menggugat dan mencabar Majlis Fatwa tentang mengawal gejala sosial terutama tentan hubungan sejenis seperti pengkid ini...

    Apakah Tindakan Dato'Seri dan Blogger Islam yang lain jangan menjadi jaguh kampung saja tetapi bacul tengah gelanggang...

    Ini pemulaan bagi mencabar Perlembagaan Negara sebab tiada yang berani ambil tindakan

    ReplyDelete
  14. salam datuk seri....
    tahniah diucapkan....
    atas kejayaan datuk mendapat sokongan undi untuk bertanding Ketua Pemuda, saya doakan kejayaan Datuk seri....
    insyaallah..........

    ReplyDelete
  15. 1.UMNO memang sejak dahulu lagi parti golongan elit. Berapa banyak kah golongan marhaen menguasai UMNO?

    2. Saya bersetuju dengan pendapat DS mengenai jauhnya ahli dan kepmpinan UMNO dari perjuangan. Apakah puncanya? Saya rasa kepentingan diri telah menguasai segalanya. Rasuah menbarah dalam UMNO. Segalanya mengharapkan pulangan material.

    3. Masalah ini perlu diberi keutamaan. Rakyat tidak dapat mendekati pemimpin yang bongkak dan menghuni Istana2 mewah dikala rakyat disuruh berjimat dan mengikat perut.

    4. UMNO perlu ada personaliti yang merakyat sifatnya. Duduk bersama rakyat, paham segala susah payah mereka. Integriti dijunjung. Ini tidak ada dalam UMNO. Namakan siapa dalam UMNO yang boleh menghampiri sifat zuhud Nik Aziz? Rakyat terutamanya Melayu boleh "indentify" diri mereka dengan orang2 seperti ini. Bersediakah DS untuk mendekati ciri2 ini?
    5. Ayuh UMNO..! Integriti, merendah diri, dan ikhlas sahaja yang akan mengangkat martabat UMNO.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Datuk,
    Saya tertarik utk memberi komen terhadap tulisan Datuk kali ini.

    Saya berpendapat, apa yg terjadi kpd UMNO kini adalah proses semula jadi terhadap parti yg lanjut usianya.

    Umno adalah perti yg sudah tua, maka perkara-perkara yg Datuk sebutkan memang tidak dapat dielak kan lagi.

    Untuk memberi tenaga baru kepada org tua adalah tidak munkin ber laku.

    Oleh itu terimalah hakikat, bahawa
    org tua akan mati,dan digantikan oleh org muda yg jiwanya masih segar.

    Datuk hanya ada 2 pilihan sekarang,
    1- terus bersama-sama Umno dan tenggelam bersamanya.
    2- bertukar arus perjuangan dng menyertai parti baru atau menubuhkan parti baru, yg hasrat dan inspirasinya selari dng kehendak generasi baru.

    Saya lebih bersetuju Datuk meng ambil pilihan kedua iaitu menubuhkan parti baru...

    Datuk ada potensi kearah itu...
    dan Datuk boleh melakukanya.

    sekian sahajalah .

    ReplyDelete
  17. Salam Datuk Seri...
    Saya rasa pandangan DS memang benar. Hanya satu cara untuk mengembalikan kegemilangan UMNO iaitu dengan kembali ke tujuan asal penubuhan UMNO dan tolak politik wang secara total... Bila semua ahli UMNO kembali ke asal penubuhan UMNO secara tak langsung mereka akan cuba memahami konsep dan perjuangan asal UMNO...Elakkan berpuak-puak kerana ia hanya akan memecahbelahkan UMNO.

    ReplyDelete
  18. Dato' Seri. UMNO diakui begitu besar jasanya kepada orang melayu. Ini tidak boleh sesiapa nafikan. Jika UMNO itu adalah satu makhluk yang mempunyai perasaan, tentu dia akan sedih kerana ramai dikalangan orang melayu sekarang ini yang seolah-olah melupakan jasanya untuk mempertahankan ketuanan melayu dari diambil oleh penjajah British.

    Hakikatnya UMNO itu bukannya makhluk yang bernyawa atau besifat tiada kecacatan, ianya hanya satu pertubuhan yang dipimpin dan diterajui oleh makhluk yang bernama manusia yang mempunyai perasaan dan terdedah dengan kecacatan . Oleh yang demikian, kemana arah dan hala tuju UMNO, semuanya dihayunkan oleh pemimpinnya.

    Kejayaan dan kegagalan UMNO itu ditentukan oleh pemimpin-pemimpin yang menerajuinya kerana UMNO itu sendiri tidak mampu memimpin dirinya sendiri. Oleh yang demikian bukan sesuatu yahg mustahil UMNO akan mengalami kegagalan dan kehancuran jika sekiranya pemimpin yang menerajui UMNO itu bukan orang yang selayaknya menjadi pemimpin dan memimpin satu parti yang begitu berjasa kepada orang Melayu.

    Jika UMNO hancur, tentunya sukar bagi bangsa Melayu untuk bertahan di negara ini daripada anasir-anasir yang sentiasa sahaja ingin melihat dan berasa puas bila melihat kehancuran kuasa politik orang Melayu.

    AWAS, para perwakilan yang diberi amanah untuk memilih pemimpin UMNO merangkap pemimpin bangsa melayu di negara ini, sila pilih pemimpin yang selayaknya, bukan pemimpin yang akan menjahanamkan UMNO.

    Macamana nak kenali pemimpin yang selayaknya, maka pihak-pihak yang berkenaan , berilah panduan kepada para perwakilan kerana mereka semua telah dibutakan oleh Wang.

    ReplyDelete
  19. salam dtk seri,
    teruskan perjuangan..UMNO adalah parti yang perjuangkan nsib org melayu dan islam dan saya fikir dtk seri memang layak utk dinobatkan sebagai kp malaysia..umno bukan dynasty tp utk parti org melayu...

    ReplyDelete
  20. DS,

    Jika dikatakan Melayu itu, apakah konsep melayu tulen sebenarnya? Melayu itu sendiri datangnya dari cabang-cabang yang datang keseluruhannya dari seberang (Indonesia)..ada yg melayunya datang dari Jawa (Selangor,Perak,Johor), ada melayunya datang dari Pagar Ruyong dinamakan masyarakat minangkabau (N9).. ada melayunya datang dari Siam (kelantan, Perlis), ada melayunya datang dari India @ mamak (Penang, Kedah)...
    tapi masih di rumpun yang sama, tetapi semangatnya yang berbeza...
    sebab itulah di dalam idealisme itu terlalu bercanggah pendapat dalam menentukan arah tuju UMNO itu..
    Jika Bahasa Melayu yang menjadi asas perlembagaan, kenapa memerlukana nama United Malay National Organization (UMNO) dalam memperkenal Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu...Jika Islam diperkenalkan kepada Islam Hadhari yang tidak diterima sebilangan orang Islam, akan ada Islam apa yg DS akan islahkan??
    Pemulihan yang bakal DS usahakan, sebenarnya memerlukan sepenuh tenaga dan masa yang lama untuk dipulihkan.
    Di dalam pemerhatian saya, sehingga kini,DS punyai kelebihan sedikit sokongan dengan calon-calon lain.

    ReplyDelete
  21. Salam,

    Saya kira UMNO kini berada dalam dilema.

    Hendak menjadi parti Melayu yang betul-betul memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu, UMNO mungkin tidak disenangi oleh parti bukan Melayu dalam BN dan orang-orang bukan Melayu pada umumnya.

    Hendak menjadi parti yang memperjuangkan Islam pula, UMNO mungkin hanya mampu memperjuangkan syiar Islam, tapi tidak mampu hendak melaksanakan hukum Islam dan menegakkan negara Islam seperti yang cuba dilaksanakan oleh PAS. Dari segi ini, UMNO sudah "kalah" dengan PAS dan tidak akan dapat menarik sokongan orang Melayu yang lebih berminat dengan orientasi perjuangan PAS.

    Ada kemungkinan pemimpin baru UMNO akan membawa UMNO ke arah perjuangan yang lebih liberal. Misalnya DS.Najib ada membayangkan beberapa unsur DEB akan dihapuskan, walaupun secara beransur-ansur.

    Tapi jika melakukan hal yang demikian, perjuangan UMNO akan mirip pula dengan perjuagan PKR yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

    Bagaimanapun, dalam suasana politik Malaysia sekarang, golongan muda saya kira memang lebih berminat kepada parti yang lebih liberal dan kurang bersifat perkauman.

    Oleh itu, walaupun tidak mudah, dan agak terpaksa, UMNO mungkin sekali akan menjadi parti yang lebih liberal juga, kalau ia mahu memanjangkan tali hayatnya.

    ReplyDelete
  22. Salam Hormat Dato' Seri

    Tidak dapat di nafikan generasi muda sekarang ini tidak minat utk berpolitik, apatah lagi masuk UMNO. Mereka sudah duduk di zaman selepas kemerdekaan. Zaman semua sudah tersedia. Budaya selesa dan 'spoon feed'. Salah siapa..?? Sama-sama kita fikir.

    Dulu masuk UMNO utk memperjuangkan kemerdekaan. Sekarang tidak ada sebab utk masuk UMNO.

    Yang saya nampak Pemuda UMNO sendiri sudah tidak mempunyai daya juang. Sebagai contoh waktu PRU 12 lepas. Pemuda UMNO turun macam orang koperat. Kereta mewah dan baju seragam yg cukup bergaya. Pasang sepanduk dan poster pun di swastakan. Ketua mengarah, apek lempang memantau. Tak macam parti lawan. Ketua pun panjat pokok pasang poster. Cukup berbeza.. Salah siapa...?? Fikir2 kan lah.

    Sebagai calun KP, adalah diharap Dato' Seri, buatlah sesuatu utk pemuda UMNO. BERANI BERUBAH...

    ReplyDelete
  23. walau macamana pun siapa lagi nak bela melayu

    UMNO MASIH RELEVEN LAGI UNTUK MEMPERJUANGKAN BANGSA KITA... MUSUH KELILING PINGGANG, LAWAN TETAP LAWAN

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum...

    Kepada t.o.s dan yang lain...

    Sekarang ini budaya hiburan bukan hanya 1 parti saja tetapi sudah melangkau semua parti(kan parti itu adalah parti)...

    Saya bukan nak membela parti apa tetapi semasa saya di kampung saya lihat ahli parti Pas juga yang menjadi tauke judi bersama pemuda umno dan pkr.Apabila masa pilihanraya dia kempen abis tetapi bila pilihanraya selesai semua itu tolak tepi....

    Ini kenyataan di mana saya lihat sendiri di sebuah kedai perjudian Magnum di Negeri saya iaitu Perak tanpa segan pilu orang yang mengaku Islam terlibat sekali.Sekarang ini perjudian telah meluas sehingga kepada anak-anak kecil dan saya rasa sejak masih persekolahan lagi pada tahun 70an sudah wujud budaya ini seperti 'tikam no dengan hanya 5 sen pada masa itu.

    Oleh itu kita jangan ingat seorang itu nampak alim dia betul alim setengahnya ada agenda tersembunyi yang hanya ALLAh swt saja yang tahu.

    ReplyDelete
  25. Salam...

    Kemajuan Agama Islam bergantung kepada umatnya jika umatnya lemah maka Agama Islam pun juga akan lemah.Yahudi,nasrani dan majusi termasuk kaum kafiq ini tidak redha terhadap Islam dan ini telah tercatat dalam Al-Quran dan hadis.

    Mereka akan cuba menarik kita mengikut mereka sedikit demi sedikit dan membiarkan mereka yang leka kepada kuasa dan kekayaan ini menghancurkan Agama Islam dengan tangan mereka juga.

    Peluang yang mereka perolehi daripada kealpaan kita yang dungu dan bodoh sehinggakan kita tidak dapat membezakan antara kebaikan dan kejahilan.Berapa ramai muda-mudi Islam yang telah rosak sejak berzaman-zaman akibat perbalahan politik sempit kita.

    Seorang Peminpin Pas,Umno,Pkr belum pasti lagi bahawa genarasinya iaitu anak,cucu atau cicit akan mengikut 100% jejaknya.Pergi periksa di jel,pusat serenti atau pusat pemulihan ahklak siapa mereka dan cari salasilah keturunan mereka.

    Jangan hanya pandai baling sembunyi tangan ....

    ReplyDelete
  26. ds,
    saya doakan semoga ds berjaya demi untuk meneruskan perjuangan kepimpinan yang ada sekarang dan adalah menjadi harapan semoga ds akan menjadi salah seorang yang mampu mengilap pelapis kepimpinan yang akan datang.

    saya harap para perwakilan dapat mempertimbangkan dan melihat satu langkah kehadapan tentang kelebihan yang ada pada ds berbanding dua calon anak pewaris.umno sudah tidak relevan untuk diwaris-wariskan.

    semoga berjaya pada pemilihan mac 09.

    ReplyDelete
  27. Salam..

    Seorang yang arif tentang undang-undang lebih membahaya daripada yang tidak beberapa pandai undang-undang.Maka lihat apa yang diperjuangkan oleh Zaid Ibrahim yang mana company dia dalah yang terkaya dalam firma guaman.

    Dia telah lupa bagaimana dengan dasar dan Islam sehingga tidak bersuara tentang forum anjuran majlis peguam tentang kepentingan Islam.Orang begini adalah membahayakan umat Islam yang menggunakan kepandaian undang-undang dan memutar belit fikiran rakyat.Kenapa sekarang ini dia bersuara rancak setelah gagal untuk menjadi Ketua Bahagian kerana tidak disukai oleh setengah orang.

    Pemberian saguhati yang berjumlah besar kepada Hakim-hakim yang dipersaraan lebih awal juga memberi tanggapan bahawa kita lebih utamakan mereka ini daripada kepayahan rakyat.Hakim,peguam serta pengamal undang-undang juga adalah manusia biasa dan mereka juga tidak terlepas melakukan kesalahan dan keadilan yang ditegakan di muka bumi ini belum pasti telus atau jujur melainkan hukuman oleh Allah swt Yang Maha Berkuasa dan Bijaksana .

    RM 10.5 juta amat tinggi dan apabila ia diperkatakan di Parlimen baru-baru ini menunjukan bahawa perkara yang melibatkan wang rakyat perlu dihebahkan supaya rakyat tidak menyalahkan Kerajaan.Ini kerana setiap titik peluh rakyat patut dihargai terutama mereka yang bersusah payah demi kemajuan dan kemakmuran negara

    ReplyDelete
  28. salam....

    Dato'Seri...

    Diharap DS dapat membukukan setiap pendapat di dalam blog ini supaya menjadi tatapan kepada semua terutama semasa Persidangan Agung pada Mac ini....

    Ini kerana sikap kita hanya awal-awal saja bersemangat tetapi kendur selepas diketahui siapa pemenangnya.Ini kerana bagi mereka yang menyokong seseorang itu jika yang disokongnya kalah maka alamat periuk nasi tidak berasap.Selalunya mereka akan dipinggirkan terutama yang jadi perwakilan kerana kegagalan memberi 'Undi'.Walaupun undi itu rahsia tetapi ramai yang jadi spy yang akan memantau setiap Perwakilan semada ia putih atau hitam

    ReplyDelete
  29. Salam..

    Kesilapan kita dalam menilaikan seorang pada luaran saja dan ini amat membahayakan jika apa yang tersurat atau tersirat tidak difahami oleh kita.

    Kegagalan dan kecewaan yang melanda dalam setiap muslim sekarang ini bukan kerana sebuah parti itu tetapi sesiapa yang meminpinnya.setiap peminpin mempunyai agenda tersendiri yang memungkinkan mereka bertindak mengikut cara-cara mereka.

    Budaya menghasut,dengki atau cantas(bahasa baru "pancung")adalah lumrah kehidupan masyarakat orang melayu amnya.Ini juga berlaku dalam kaum lain tetapi kurang menyerlah.

    ReplyDelete
  30. Aku masuk UMNO sebab nak projek2 kerajaan.. hahahaha... ni realiti... sedarlah Pak Jawa ooiiii

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum wbt>>

    Maaf Dr Khir yg ini saya tak setuju dengan Dr. Jika sebelum ini sy menyokong dr kerana ketegasan berhadapan DAP Kafir Harbi..

    Saya bersetuju dengan t.o.s..

    Pelik dan lawaak UMNO sebagai pejuang Islam..

    Apapun Dr nak bohong orang awam boleh tapi tak leh bohong Allah Al Haq

    ReplyDelete
  32. Salam DS

    Saya bersetuju dengan pendapat DS itu. Sememangnya besar harapan kami untuk melihat UMNO berubah. Kami akan terus menyokong DS.

    ReplyDelete
  33. Rakyat Tahu Menilai Antara Kaca Dan Permata .

    Salam Datuk Seri,

    Memang tidak dinafikan kadang-kadang ada juga benarnya pendapat di kalangan pemerhati politik bahawa setiap parti politik Melayu di negara ini, walau apa pun faktor yang membawa kepada penubuhannya mempunyai tujuan murni, yang termaktub dalam perlembagaannya. Jika boleh dianggap tujuan murni itu sebagai cita-cita dan hasrat pemimpin dan ahli parti berkenaan, dapatlah juga dikatakan bahawa perjuangan mereka membawa kebaikan untuk agama, bangsa dan negara.

    Keseluruhan parti politik Melayu berhasrat menegakkan agama, membela bangsa Melayu, mempertahankan kedaulatan negara, memperjuangkan kesejahteraan untuk rakyat dan berusaha bagi kemajuan negara. Perjuangan menyatupadukan ummah menanamkan semangat perpaduan cintakan negara juga menjadi tujuan utama perjuangan parti politik Melayu berkenaan. Hubungan parti berkenaan itu dengan Islam begitu erat sekali malah berhasrat meletakkannya di tempat yang tinggi. Parti-parti berkenaan itu juga menyatakan hasrat untuk membela kedudukannya dan mendaulatkan hukum Islam samada secara langsung atau tidak.

    Demi perjuangan murni itu, penubuhan UMNO adalah untuk menegakkan, mempertahankan kemerdekaan dan mendaulatkan negara Malaysia. Ia juga untuk mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri dan Raja-raja, menghormati prinsip kebebasan beragama, mempertahankan kedaulatan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu. UMNO juga diamanahkan untuk mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak asasi manusia dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

    Inilah hasrat dan tujuan murni perjuangan UMNO – pernyataan yang jelas dan terang malah dapat dilaksanakan.Walau apa pun yang dikatakan namun masyarakat Melayu dapat menilai antara parti politik Melayu yang selama ini banyak berjasa, mencemerlangkan bangsa Melayu, berusaha bagi kemajuan negara, kepemimpinan yang berkualiti dan berwawasan. UMNO sebagai parti yang besar dan kuat kerana sokongan bangsa Melayu dengan kecekapan kepemimpinannya.

    Memang kita tidak menolaknya bahawa sejak UMNO ditubuhkan, parti itu tidak pernah sunyi daripada menghadapi pelbagai masalah dan cabaran yang datang menyerang samada dari dalam mahupun dari luar. Tetapi semuanya dapat diatasi dan diselesaikan dengan kebijaksanaan kepemimpinan UMNO. Sejarah akan menyaksikan dan memuji serta memberi nilai yang tinggi peranan UMNO, pemimpin dan ahlinya terhadap kejayaan pencapaian orang Melayu dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan pendidikan. Ini adalah usaha dan tanggungjawab UMNO dalam menentukan nasib bangsa Melayu dan demi kepentingan agama negara Malaysia tercinta.

    Inilah cita-cita dan hasrat UMNO ditubuhkan. Wajar bagi setiap ahli UMNO mengingatkan diri masing-masing dan seluruh bangsa Melayu supaya sewaktu kita diberi mandat membantu Presiden UMNO hari ini, kita harus kenal serta menghayati falsafah perjuangan UMNO bahawa parti itu tidak mempunyai pilihan atau tujuan lain kepada wadah perjuangan Melayu di negara ini. Ahli-ahli UMNO dan orang Melayu serta rakyat jelata perlu sedar, bahawa perjuangan politik yang berteraskan parti itu menjadikan negara Malaysia merdeka lagi berdaulat. Generasi Muda Melayu juga harus menerima kenyataan serta bersyukur kerana perjuangan UMNO berjaya meningkatkan syiar Islam.

    UMNO juga menaja segala gagasan kemajuan dasar pembangunan untuk membebaskan seluruh rakyat khususnya orang Melayu dari lingkaran kemiskinan. UMNO juga penggerak utama dalam usaha menyatupadu dan memupuk semangat perpaduan segala bentuk rupa dan corak keturunan di negara ini.Kepada orang Melayu khususnya Ahli UMNO kita harus rela dan mampu menghayati falsafah perjuangan parti sebagaimana kita menghayati agama Islam yang suci. Memang kita sedia maklum bahawa UMNO tidak mempunyai syurga dan neraka bagi mereka yang menyokong atau mengkhianati perjuangannya.

    UMNO juga tidak mempunyai hukum Tauhid dan ibadat untuk mempastikan proses perjuangan yang bersih dan berkesan. Namun demikian, UMNO mempunyai undang tubuh, adat dan etika. UMNO bergerak berlandaskan nilai dan susila yang wujud dalam institusi masyarakat Melayu, justeru UMNO mempunyai satu tekad politik yang murni.Hidup UMNO. Dulu, Kini Dan Selamanya.

    Taminsari
    Shah Alam
    www.belantan.blogspot.com

    ReplyDelete
  34. United Malays National Organisation tu nama omputeh, nape xpanggil PEKEMBAR je. Nampak sgt anak didik penjajah british. Cmne nak ada semangat melayu islam.
    Pmimpin2 umno kena muhasabah diri.Kebanyakan join umno sbb faktor WANG. Tu yg palinnggg utama. Boleh nafikan ke. Klau xde balasan apa2, jgn harap la nak jadi pmimpin. Cuba terapkan kesederhanaan dlm kehidupan, utamakan rakyat, bca tentang pmimpin2 agung islam...
    Ni gaduh dan bertekak nak jawatan tinggi pasal harta, pangkat dan pengaruh. Melayu ntah kemana, islam entah kemana. Cuma kulit je, isi takde. Umno sekarang ni dah parah duit, bukan cam umno dulu2. Ada duit suma jadi, xde duit...sori laa.

    ReplyDelete
  35. islam belum tentu melayu dan melayu belum tentu UMNO

    ReplyDelete
  36. Salam DSKT

    Saya sebagai orang Islam berbangsa Melayu memang mengharapkan kejayaan untuk Islam dan Melayu. Pas memperjuangkan Islam, PKR pula memperjuangkan individu, hanya UMNO sahajalah yang memperjuangkan kejayaan Islam dan Melayu di bumi Malaysia ini.

    Cuma akhir-akhir ini UMNO dilihat lebih memperjuangkan individu tertentu sahaja. Jika DSKT kata pembaharuan itu perlu, laksanakanlah ia secepat mungkin demi kejayaan Islam, Melayu dan rakyat.

    ReplyDelete
  37. Salam YB,

    Sebenarnya alasan kenapa golongan muda sekarang tidak menyokong umno adalah spt dibawah:
    1. Kebanyakkan pemimpin umno berjuang bukan utk org melayu tetapi lebih kepada kepentingan diri
    2. mereka ini terlalu bongkak dan sombong
    3. rasuah dan penyalahgunaan kuasa terlalu berleluasa dlm umno
    4. penggunaan duit rakyat terutama bagi projek kerajaan digunakan sewenang-wenangnya
    5. tiada ketelusan
    6.badan kehakiman disalahgunakan

    dan banyak lagi selain mereka ini lupa akan asas perjuangan umno sebenar. Cubalah YB tanya kebanyakkan pemimpin umno diperingkat cawangan hingga Timpabaln presiden, apa tujuan sebenar mereka bertanding jawatan dlm umno? Cuba dapatkan jawapan sebenar dari dalam hari mereka hatta mungkin dari YB sendiri, apa yg mendorong mereka utk mendapatkan jawatan dlm UMNO kalau bukan untuk mendapat projek dan pengaruh...

    Fikir-fikirkanlah...

    ReplyDelete
  38. Salam...

    Semasa dahulu dilihat bahawa ramai peminpin Umno riuh rendah tentang teknologi IT ni sehingga ramai berlumba-lumba mahu membuat blog sendiri tetapi sekarang senyap sepi hanya 'hangat-hangat taik ayam'.

    Kenyataan blogger 'selamat di jalan raya' menunjukkan bahawa terdapat orang kita yang hanya mementingkan kekayaan atau kebendaan dan bukan perjuangan Agama Islam bangsa dan negara.

    Ini juga berlaku dalam parti politik lain apabila gagal mendapat habuan yang diinginkan mereka akan melompat parti seperti katak oh katak sehingga mendapat habuan atau apa yang diidamkan meraka ini akan tinggal lama disitu

    ReplyDelete
  39. Prevention is better than cure... Meroboh memang senang dari membina... Kalau dah sakit Tuan Doktor memang tahu padahnya... Kalau kena 'AIDS' susah nak ubat tu...
    Kena 'soul-searching' bak kata Tuan Presiden Baru...

    ReplyDelete
  40. Dato' Seri,

    Pemimpin-pemimpin utama UMNO bercakaran sesama sendiri. Dato' tak perasan ke? Macamana nak duduk semeja, berbincang senada dan seirama untuk UMNO?

    Yang lebih buruk lagi ialah bila pemimpin UMNO lepas buat keputusan pemimpin UMNO sekarang ubah sebaliknya. Tak pasal-pasal berjuta-juta duit kami rakyat jelata yang bayar cukai diberikan pada kelompok manusia yang dah sememangnya kaya. Bodoh!

    Betulkan diri anda semua (pemimpin-pemimpin UMNO sekarang, termasuk Dato' sendiri) sebelum menyalahkan sana sini, itu dan ini. Jangan jadi macam senikata lagu 'Bangau Oh Bangau', punca masalahnya mudah - kenapa bangau kurus. Tapi mereka saling menyalahkan hingga tak terjumpa jawapannya!

    ReplyDelete
  41. 'Terpulang kepada DAP keluar dari PR'
    Oleh Johari Ibrahim
    joib@bharian.com.my

    ALOR STAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, terpulang kepada DAP untuk keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini jika tidak bersetuju dengan dasar baru pemilikan rumah iaitu kuota Bumiputera dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus di semua projek perumahan.

    "Itu hak dialah (DAP), kalau mereka hendak keluar (PR) saya hendak buat macam mana... mana boleh saya tahan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, semalam.

    Beliau juga membidas tindakan pemimpin DAP dari luar Kedah yang campur tangan dalam isu itu sedangkan ia dipersetujui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tunggal DAP di Kedah, Lee Guan Aik dan parti Gerakan.



    Bagaimanapun, akhbar melaporkan Gerakan dan DAP Kedah saling sokong-menyokong membantah dasar baru itu.

    "Mengapa (pemimpin DAP) Selangor hendak datang sini (masuk campur), ini urusan Kedah dan biarlah kita selesaikan masalah kita... Jangan sibuk hal orang lain," katanya.

    Beliau mengulas ugutan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP, Teng Chang Kim, yang menyokong jika Lee mahu meninggalkan PR dan menjadi pembangkang di Kedah jika Kerajaan Pas Kedah meneruskan dasar itu.

    Teng dilaporkan berkata, ahli CEC DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, juga bersetuju jika Lee mahu bertindak demikian.

    Azizan berkata, tindakan ugut-mengugut itu tidak akan menguntungkan kerajaan PR.

    "Kalau di Selangor dan Perak pula Pas ugut untuk keluar (PR), apa mereka akan kata.

    "Saya tidak suka orang ugut saya. Janganlah ugut, biar Kedah selesaikan masalah kita sendiri," katanya.

    Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengeluarkan kertas putih mengenai dasar itu untuk memberi penjelasan kepada semua pihak.

    Azizan sebelum ini dilaporkan berkata dasar itu diperkenalkan untuk memastikan Bumiputera yang membentuk 80 peratus daripada kira-kira dua juta penduduk Kedah tidak terpinggir daripada memiliki rumah mampu milik.

    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20081112233333/Article/

    Ulasan: Secara peribadi, walaupun saya seorang ahli parti (PAT)- Parti Atas Tembok daaa... menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh MB Kedah. Berani menegakkan hak. kalau dah 80 % orang melayu, dasar yang bakal diperkenalkan itu adalah berpatutan dan munasabah.

    Tetapi bagi negeri-negeri lain, kenalah fikir dasar masing-masing ikut kesesuaian.

    ReplyDelete
  42. Bye, bye UMNO.
    Satu hari demi satu hari,
    Generasi muda mula mengundi
    Generasi tua walaupun sudi
    Tidak ramai lagi

    =)

    ReplyDelete
  43. Tidak ada masalah kepimpinan UMNO berasaskan warisan keluarga selagi mereka masih ikhlas berjuang untuk orang Melayu dan parti.

    Yang menjadi masalah apabila warisan keluarga dalam kepimpinan UMNO dijadikan medan untuk membolot harta dan pangkat untuk keluarga dan kepentingan sendiri dan mengabaikan kepentingan bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  44. Oh tidak!
    Setakat ini saya belum lagi menyertai mana-mana parti politik.
    Tak minat.

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum dr

    Demi agama, bangsa dan negara. Sungguh luhur bunyinya slogan tersebut,tapi adakah ia dipraktikkan dalam UMNO? kerana ramai pemimpin UMNO selalu melaong laongkan selogan tersebut tanpa pengisiannya, itu yg dilihat oleh masyarakat banyak.Semua pemimpin dan ahli UMNO mesti bermuhasabah diri.Tanyalah diri sendiri apekah yg telah aku sumbangkan untuk agama,bangsa dan negara yg tercita ini.

    Tapi kepada pemimpinlah persoalan ini yg banyak perlu ditanyakan adekah anda telah menjalankan tugas dengan adil dan saksama demi agama,bangsa dan negara?

    ReplyDelete
  46. Salam 2 all. Saya melihat kebiadapan segelintir golongan yang mempertikaikan fatwa Majlis Fatwa berkaitan isu pengkid semakin melampau-lampau. Bukan sahaja mereka berani mengadakan perhimpunan haram, malahan tedapat NGO bukan Islam yang menyokong mereka dan mempertikaikan fatwa tersebut.

    Perlu diingatkan bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dibuat setelah diadakan muzakarah dan perbincangan mendalam di kalangan mereka yang ahli dalam permasalahan sosial pengkid ini dan para 'ulama-'ulama.

    Apa jua keadaan pun, golongan bukan Islam tidak ada hak sama sekali untuk turut mencampuri urusan hukum-hakam umat Islam. Andaikata ada kesilapan atau kelemahan dalam fatwa tersebut, ianya adalah untuk mereka yang berkenaan menyelesaikannya.

    Apabila segelintir golongan bukan Islam mula mempertikaikan secara terbuka institusi Islam saperti Mahkamah Syariah, Majlis Fatwa dan lain-lain, ianya secara langsung akan membangkitkan rasa tidak puas hati dikalangan umat Islam yang lain. Saya cukup yakin penganut agama lain juga akan tidak puas hati jika perihal agama atau institusi keagamaan mereka dipertikaikan secara terbuka.

    Kepada segelintir golongan ini, saya ingin tegaskan bahawa kalau kamu dan rela anak perempuan kamu menjadi pengkid atau terlibat dalam kegiatan lesbianisma..persilakan. Tetapi jangan sekali-kali kamu heret umat Islam ke kancah kehancuran peradaban dan akhlak kamu.

    Kami yakin dengan agama kami, dan kami yakin dengan cara hidup kami. Kami yakin Allah itu Tuhan Yang satu, dan kami yakin kebenaran risalah Islam. Please don't meddle in our life..

    Kalau kamu memilih untuk terus menerus menghina kami dan memperlekehkan agama kami, saya berikan amaran kepada kamu akan ada dikalangan umat islam yang akan bangkit mempertahankan kesucian dan kemurniaan agama kami.

    Lakum diinukum waliyadiin.. for you your way of life..for us our way of life....

    DARI BLOG ZULKIFLI NORDIN... Mana UMNO

    ReplyDelete
  47. Dear Amar and Dato' Sri

    UMNO memartabatkan Islam, ya... jawapan dia tapi untuk yang ada kena mengena dengan tembolok masing-masing. Bukan menyeluruh...

    Saya tak pasti untuk Insan lain bila tengok klip tersebut. Ini bukan isu fatwa or what, but hukum tuhan.

    Mula-mula saya rasa pelik kenapa perlu ada fatwa pasal pengkid or tomboi sebab dah ada hukum yang jelas tentang larangan mendedahkan aurat, rambut dan anggota badan yang lain. Hukum tuhan bukan setakat pengkid sahaja tetapi untuk semua manusia. The fact is, dedah aurat haram hukumnya and siapa berani cabar. Apo nak dikato orang No. 1 dan future No. 1 pun tak tutup kepala (No. 1 now dah tutup sikit).

    Nak juga dengar komen dari SIS (tiada paksaan dalam agama)dan juga komen dari Azalina...

    ReplyDelete
  48. DSK.
    saya nak lari dari topik sikit.

    saya berharap jikalau bila dato jadi ketua pemuda nanti, dato perjuangkan agar sekolah kebangsaan kita di ajar mata pelajaran bahasa mandarin, tamil dan cantonese. Baik sekolah rendah atau sekolah menengah, jadikan subjek bahasa ini salah satu subjek wajib.

    saya tahu pasti ada tentangan dari pertubuhan cina, tapi ini amat penting untuk masa depan anak-anak melayu kita.

    Saya amat berbesar hati sekiranya dato dapat melihat dan paham niat sebenar saya.

    sekian. thanks

    ReplyDelete
  49. Sdr azam dan sahabat bloggers lain.

    Tercatat dgn jelas dalam perlembagaan(penjelasan takrif,160),melayu ertinya seseorang yang menganut agama islam,lazim bercakap bahasa melayu dan menurut adat istiadat melayu.

    Jika mana mana individu mempunyai ketiga tiga ciri tersebut maka ia adalah melayu dan haknya tidak boleh dinafikan.

    ReplyDelete
  50. salam..

    sebagai pelajar universiti dan pengundi baru sememangnya tidak dpt dinafikan umno tidak popular dikalangan pengundi muda skrg ini

    Pada pendapat sy ini kerana pemimpin umno 2 sendiri gagal utk mendekati golongan ini.Tambahan pula sebagai contoh ketua bhgian tempat di johor sy memegang jawatan terlalu lama.

    Cadangan sy sepatutnya setiap wakil rakyat diberi 3 penggal perkhidmatan wakil rakyat dan kemudian menyerah kepada org bwh selepas abis tempoh 2.

    tetapi ini jrg berlaku sebab itu umno xpopular dikalangn org muda kerana andaian mereka x akan kemana jika tidak mempunyai pengaruh wang dan pengaruh politik utk naik pangkat dlm parti.

    Bandingkan parti pembangkang yang mempunya pemimpin muda yg agresif serta tahu citarasa dan kehendak golongan muda

    Maka tidak pelik lah jika pelajar IPTA lebih mengenali pemimpin muda drpd parti pembangkang bebanding kerana pemuda umno gagal utk membentuk imej sebagai organisasi yg relevan kpd golongan muda

    wslm

    ReplyDelete
  51. Datuk,

    Ramai generasi muda masuk UMNO sekarang kerana mereka rasakan UMNO boleh menjadikan mereka kaya raya.

    Cara bagaimana? Kalau nak tahu kena masuk UMNO dulu.

    ReplyDelete
  52. Dato Seri

    Saya nak tanya ni, selama perjuangan UMNO, selama Dato Seri 'Menang', pernah tak UMNO cuba menyebarkan Islam di kalangan MCA dan MIC?

    Kalau di USA, selagi boleh Islam di sebarkan dikalangan Mat saleh,Minah Saleh, Pak itam dna mak Itam, tak kira di mana walau dalam penjara sekali pun.

    Tapi apa yang saya tengok, jagankan nak menyebarkan Islam di kalangan ahli kabinet, kabinet dapur pun tak lepas.

    Apa cerita ni?????

    Islamkan dulu mana mana yang boleh, pastu baru boleh cerita banyak.

    Negara kita punya, Islam semua orang punya, bukan Melayu sahaja.


    Sendiri mau ingat, Fikirlah sendiri.

    Alid cakap: Berjuang demi Melayu tak kemana, tapi berjuang demi Islam kalau betul betul, rasanya satu Dewan Negeri Selangor boleh di Islamkan kalau kena gayanya. Masih belum terlambat.

    Kalau mereka boleh, kita pun boleh.

    ReplyDelete
  53. btoll la 2 dr khir,
    kalo nak tolong org melayu...
    sila layari
    http://www.aziziali001.blogspot.com
    pastu cal saya...

    kalo xcal xtau la...

    ReplyDelete
  54. Salam DS.Bagaiman generasi muda tau perjuangan UMNO sekarang? sesungguhnya UMNO sekarang sudah lari dari matlamat asalnya utk memperjunagkan nasib bangsa melayu.UMNO hari ini hanya memperjuangkan nasib para pemimpin umno utk memenuhkan tembolok mereka sahaja. Lihatlah disekeliling DS sendiri saya pasti DS faham tabiat buruk para pemimpin UMNO.sesungguhnya rakyat sudah jelak dgn pemimpin UMNO DS itulah kenyataannya.mereka memilih DSAI bukan kerana mereka suka DSAI tetapi mereka membenci UMNO.ITULAH kenyataan yg tak boleh kita semua nafikan.UTK mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO nyahkan semua pemimpin yg hanya mementingkan diri sendiri sahaja. tapi sanggupkan pemimpin seperti ini berundur? sudah tentu tidak kan?.haya dgn memberi undi kepada pembangkang saja jalan yg terbaiki utk mengajar pemimpin UMNO yg terlalu kurang ajar itu.fikir fikirkanlah.

    ReplyDelete
  55. salam,

    cuba tengok blog ni: http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ kandungannya sangat kurang ajar! tak boleh ke kita tangkap mereka ni? tolonglah berbuat sesuatu demi maruah Bangsa, Agama dan Negara!

    sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  56. kah.. kah... masih xsedar lagi ke tgk result GE ke 12 ari tu??? kah .. kah..

    Mohon tolong betulkan dulu masalah dalaman AMNO... maklumlar politik wang dah tahap parah ... kata MB Pahang..

    Tolong bagitahu sikit.. ayat mana dalam Qoran kata kita boleh terima rasuah? Nak memartabatkan Islam, kena lar praktiskan dulu Islam dgn baek.. bukan setakat cakap je.. tunjukkan bukti, xde rasuah langsung dalam UMNO.. nie lar salah satu faktor ana dan student2 laen undi PR pada GE lepas... Dulu kami sokong UMNO apa.... Tapi skrg dah ubah idealogi sebab masalah diatas...

    Anyway, Gud luck kepada Dato dan rakan2 rampas balik negeri Selangor tercinta nie.. Mohon maaf kalo ayat atas xberapa sedap dibaca.. tapi nak buat macam mana.... niat ana baek.. nak kasi faham, itu je.. xde niat laen... Wallahu'alam...

    ReplyDelete
  57. UMNO - "Perjuangan Sebuah Bangsa".

    Yang berlaku, banyak yang menjadikan UMNO - " Perjuangan untuk Keluarga dan Kroni".

    ReplyDelete
  58. UMNO mesti kuat. 3 strategi utk lawan parti pembangkang:

    1. Serang anwar ibrahim sebelum dia serang umno. contohnya, sebelum anwar serang kelemahan umno serang kelemahan PKR. lihat kelemahan PKR - a. bukan parti islam tetapi sekular/sosialis ttp perguna terma2 islam dlm ceramah pemimpin tertinggi dia, b. tidak perjuangkan hak org islam dan melayu ttp perjuangkan hak org cina n india, c. walaupun cakap besar pasal adil dan bersih ttp ahlinya rasuah juga contohnya 2 org ADUN PKR terima 'sedekah' perempuan! jgn biar umno dilanyak setiap hari! parti cina ni pun perlu 'dibalun' juga supaya mereka sedar diri, sekarang ni umno di lanyak oleh MCA dan DAP, tk malu ke?

    2. educate semua pemimpin dan ahli umno. contohnya, saya rasa sekarang tk ramai org umno yg faham kontrak sosial pun, org melayu pun tk tahu. kalau tk tahu mcmana nk pertahan hak islam melayu di malaysia? matlamat perjuangan umno pun mungkin ramai yg tk tau, mcmana nk berjuang? bila pemimpin dan ahli umno berpengetahuan barulah boleh menang!

    3. tingkatkan iman org umno, berjuang tanpa iman tk kemana...

    semoga berjaya drkhir!

    ReplyDelete
  59. agaknyer apa yang dikatakan datuk seri memang benar, dah hilang banyak kepercayaan orang melayu pada UMNO, UMNO perlu lakukan sesuatu supaya mengembalikan kekuatan pada UMNO sendiri.....
    harap datuk seri dapat memberikan sesuatu buah fikiran pada UMNO untuk masa depan yang cemerlang.... insyaallah....
    wassalam....

    ReplyDelete
  60. Salam...

    Semua orang mahu jadi peminpin...Setiapa orang jadi peminpin dalam keluarga dan dalam masyarakat apa diberi peluang.

    Kita yang sebenarnya menyebabkan setengah-tengah peminpin itu lupa diri kerana taksud dan fanatik.Kekayaan dan kekuasaan yang mereka perolehi akan menyebabkan mereka hanyut sehingga melupakan orang bawahan yang banyak berkorban demi menaikkan mereka.

    Lihat apabila ada demotrasi atau apa-apa,siapa yang sanggup berkorban dan akhir hidup melarat.Peminpin mereka tetap senyum walaupun bergari kerana duit akan masuk banyak setiap kali bergari tetapi orang bawah bukan bertambah duit bila bergari tetapi tergadai wang ringgit.

    Kita mempertahankan orang yang sentiasa senang lenang dengan kereta BMW atau semewah dengannya,tetapi adakah mereka ini sanggup berkongsi pinggan nasi dengan kita.

    Peminpin walaupun apa jenis parti tetap sama kerana mereka juga manusia yang tetap melakukan kesilapantetapi pengikut yang fanatik terlalu jahil akhirnya tertipu dengan kehidupan duniawi ini.

    Walaupun bagaimanapun saya rasa dalam Umno,MCA,MIC sudah ada yang berani minta peminpin mereka blah awal bila kalah walaupun mereka ini disisihkan tetapi mereka sudah berani .Bagaimana PAS,DAP LAKNAT,PKR ..sehingga hari tiada siapa yang berani berkata-kata terutama dalam perjumpaan parti atau di media...Inilah hakikat .

    ReplyDelete
  61. salam dr.

    apa yang dr. katakan terus terang memang kami rakyat tak nampak. betulkah umno perjuangkan islam? jadi tanda tanya pula.

    Saya ada satu soalan penting dr.

    memandangkan dr. adalah calon ketua pemuda, adakah dato' tidak gentar dengan permainan politik wang yang semakin bermaharajalela sekarang ni?

    Sedangkan MB pahang pun tidak tahu hendak berkata apa tentang politik wang ini, bagaimana dengan dr. sebagai calon.

    saya harap dr. boleh terangkan keadaan sebenar sekarang ini dan bagaimana dr. nak atasinya.

    wassalam

    ReplyDelete
  62. Salam Datuk,

    Orang UMNO, dari dulu hingga sekarang, ramai yang tak sedarkan diri.

    Dulu saya satu cawangan dengan seorang bekas Menteri. Bila hilang jawatan maka beliau telah menghilangkan diri tak pernah datang ke mesyuarat cawangan apa lagi nak menziarah orang kampong di situ. Masa hendak undi dan sokongan, seluruh ahli keluarga menjadi ahli cawangan tersebut. Tapi sekarang di mana mereka?

    Cerita begini saya rasa biasa berlaku dengan orang UMNO di mana jua mereka berada. Selepas sekian lama memegang jawatan tinggi disebabkan UMNO, tak kiralah Ahli Parlimen, menteri besar, ADUN ke, mereka semuanya sama.Mereka menghilang selepas sekian banyak mengumpul harta dan kekayaan kekayaan yang lain. Rumah di KL dan London adalah perkara biasa.

    Haha. Rasanya, nasi hampir nak menjadi bubur. Dengan adanya Najib, rasanya keadaan harapkan dapat diselamatkan. Tapi awas, tidak betul pemimpin, tidak betul strategi, UMNO akan kecundang pada pilihanraya yang 13.

    ReplyDelete
  63. Salam...

    Dato'seri...Kenapa keminpinan Umno masih juga tidak melakukan perubahan..

    Adakah apa yang diutarakan daripada akar umbi ,mereka dengar dari hati ke hati atau "Berkata-kata Siapa awak nak ajar Aku".

    Apakah mereka masih takut dengan bayang-bayang sendiri?


    Rupanya politik melayu ini sama saja.Baik Pas atau PKR kebanyakan peminpin takut dan kecut jika bawahan bersuara dan akhirnya bawahan seperti Timun dengan durian.

    ReplyDelete
  64. Inilah perangai pemimpin UMNO sekarang. Bila dah tersepit baru nak memperjuangkan bangsa melayu. Semasa hidup selesa asyik nak memperjuangkan poket sendiri, kroni, adik beradik.Ini semua alasan shj. Stelah 51 thn ekonomi bumiputera masih di tahap yg tidak memuaskan. di manakah pemimpin UMNO yg memperjuangkn hak orang melayu. Kami sebagai generasi muda sudah muak dgn alasan yang diberikan oleh pemimpin UMNO ini, lihat shj pemilihan UMNO skrg ini, tidakkah ianya menunjukkan pemimpin UMNO ini hanya memperjuangkan agenda peribadi?

    ReplyDelete
  65. DS,
    Apa yang DS katakan itu saya sokong. Jika benar pembetulan dapat dilakukan dengan meletakkan perjuangan UMNO mengikut dasarnya, ramai Melayu akan kembali menyokongnya. Tapi boleh ke ?
    DS Najib dalam satu ucapan nya akan membawa UMNO berjuang untuk semua kaum, Datuk Jamaluddin Jarjis juga dalam arah yang sama. Jika begitu kaedahnya, apa beza nya UMNO dengan parti lain ? Cina dan India dah ada parti yang berjuang untuk bangsa mereka, sedangkan UMNO yang Melayu harapkan dah nak berjuang untuk mereka juga.

    Apa salahnya UMNO jadi parti perkauman ? Ini negara Melayu, ramai pahlawan melayu, askar melayu mati kerana nak menegakkan negara melayu, tapi pemimpin melayu sekarang nak mengadaikan negara nya.

    DS jika dapat menerangkan hasrat dan tujuan perjuangan DS kearah membela Melayu , jangan disebut nak membela sama bangsa lain, pasti DS akan mendapat sokongan melayu teramai.

    Syabas.........

    ReplyDelete
  66. salam...

    AGAK gamat seketika apabila bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim mendakwa wujudnya diskriminasi gender oleh kerajaan terhadap ahli akademik tempatan dan cara-acar ia berkata-kata berunsur LUCAH bila menyebut 'anu'...

    Ini salah seorang yang mungkin akan jadi ahli pembangkang kerana kecewa tidak mendapat pangkat dan kuasa.Golongan wanita jika terpengaraug kepada 7 nafsu mereka akan menyebabkan 1 akal mereka gagal berfungsi dengan elok.

    ReplyDelete
  67. salam DKT,

    Tahniah kerana berjaya layak untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO. Secara jujurnya, saya tidak yakin DKT mampu melakukan pembaharuan maupun perubahan dalam UMNO. DKT bukannya baru dalam UMNO malah pernah memimpin Selangor tetapi masih tidak diterima rakyat dalam PRU12.

    Kenapa? Itu yang DKT kena cari dan perjuangkan sebenarnya, bukannya cuba untuk menggalas cabaran yang lebih besar. Maaf jika saya katakan, ada di kalangan orang muda yang saya jumpa pernah berkata, negeri sendiri kalah ada hati nak pimpin pemuda malaysia, jaga tempat sendiri dah la.

    Turunnya Pak Lah membuatkan ramai pemimpin UMNO cuba mendaki kepimpinan tertinggi. Semoga berjaya buat mereka, namun diharapkan ahli UMNO bijaklah membuat keputusan. Jika anda memperjuangkan ISLAM maka hayatilah ia semoga PAU kali ini tiada lagi politiking atau politik wang.

    Janganlah indah berbicara tetapi hasilnya tak nampak. Bila sudah berada tinggi, hilang sudah janji-janji. Semakin tinggi jawatan semakin jauh dengan orang bawahan. Semoga UMNO akan terus berjaya menyinari dunia politik dengan sikap kepimpinan yang baru. Tabiat dan sikap UMNO lama perlu dibuang jauh-jauh. Sombong mendongak langit dan mengorek semua lombong emas untuk diri, keluarga dan kroni.

    Good Luck for you DKT, DMM & KJ.
    Peace for all...

    ReplyDelete
  68. ds,

    artikel yang ds keluarkan ini untuk semua pengunjung blog ds ini adalah hampir sama dengan artikel yang ds berikan kepada saya dalam artikel yang lepas.kita masih berbicara tentang:-
    "TENTANG PERUBAHAN"

    hari ni TUN MAHATHIR dalam blognya ada berkata tentang apa yang saya rasa agak sama tentang apa yang saya persoalkan dan maksudkan dalam artikel yang lepas.agak terlalu terbuka kita memberi itu dan ini sehinggakan kadang2 kita tidak sedar ia sebenarnya memberi aib bukan hanya kepada pemimpin itu tetapi akibatnya terhadap parti umno itu sendiri akan lemah.adakah saya bersikap keterlaluan selama ini terhadap pemimpin saya dalam umno sehinggakan ada yang memandang sinis terhadap setiap artikel saya yang kadang2 membuatkan kita tidak selesa untuk bersahabat kerana perbezaan kita tentang perubahan?

    hari ini juga kita boleh membaca ada banyak suara2 yang bercakap tentang umno dan aduan rasuah 900 dan sikit lagi pecah rekod 1000ketika pemilihan...artikel ini amat pedih dan seolah2 ia membuka pekung didada sendiri tetapi jika ia tidak ditegur dan dikatakan nanti dianggap semua ok...bila ada sesiapa yang bersuara ia dianggap pembawa masalah dalam parti?adakah begitu ds?jujurlah dan berjuanglah bersama kami dalam bersuara untuk mengembalikan dan penambah baik dalam umno.cuma kita mungkin tiada garis panduan yang jelas tentang apa yang boleh dan tidak ketika pemilihan berlaku setiap kali perhimpunan agong.bagi salah tak bagi masalah,bukan begitu ds?

    ds,
    saya kalau boleh hanya ingin bersuara dalam rumah saya sahaja iaitu antara saya dan ds kerana setiap kata2 saya akan keluar dari dalam hati saya seperti apa yang saya katakan ia seolah2 membuka pekung didada dan seolah2 memalukan pemimpin apabila ia dibaca oleh orang ramai tetapi apakan daya tuntutan masa dan keadaan membuatkan kita begini untuk bersuara apa yang saya rasa umno perlu ubah tetapi semakin lama umno saya lihat tidak memberi ruang dan bersedia untuk meluangkan masa untuk berjumpa dan berbicara.

    kadang2 jika ds mengadakan perjumpaan beramai2 pun bukan semua berani bercakap perkara yang tersirat dalam hati jika perkara itu akan memalukan lagilah mereka akan diam seolah2 semua ok..contohnya adakah sesiapa yang berani bertanya kepada ds tentang politik wang,rasuah wang dan adakah yang berani mencadangkan supaya ketika setiap pemilihan pemimpin jangan beri wang untuk undi?persolan saya ada tak yang bertanya begitu kepada ds atau mana2 pemimpin apabila berjumpa secara beramai2.saya pun tidak berani ds!!...ini akan memalukan....olehsebab itu ia blog ini adalah sesuatu yang keluar dari hati nurani tanpa ada apa2 halangan demi untuk menyatakan yang sebenar2nya apa yang tersirat dalam setiap hati rakyat sebenarnya.adapun perkara2 disebut diatas hanya sesuai dikatakan dalam kelompok kecil dan yang benar2 pemimpin berjiwa rakyat berani mendengarnya.

    oleh sebab itu berlakulah sekarang suara2 yang masih sayangkan umno bersuara tetapi oleh kerana pemimpin umno sudah terlalu sibuk sehingga tidak ada masa untuk bertemu dan bertukar2 fikiran dengan akar umbi menyebabkan golongan ini bersuara dari luar contohnya kedai kopi-bagi orang kampung,blog-bagi golongan muda,pertubuhan2 ngo dan parti pembangkan yang dilihat lebih bersedia mendengar suara dan keluhan mereka2 ini.

    saya juga bersetuju dan menerima pendapat ds iaitu umno harus kembali kepada perjuangan asal
    seperti apa yang ds tulis dalam artikel ini tetapi umno juga harus kembali berjumpa golongan sasaran terutamanya pemimpin2 atasan seperti ds sendiri turun mendekati mereka....cari jalan mendekati mereka bukan tunggu mereka sendiri mendekati pemimpin atasan...zaman sudah berubah.....jika tidak saya setuju pru13 nanti parti pembangkang akan menang besar kerana pemimpin umno tidak dapat melihat dengan jelas apa yang diingini oleh golongan sasaran ini.

    adakah ds tidak nampak yang sekarang ini terlalu banyak keburukan umno didedahkan dikhalayak umum....adakah ds sedar yang PAS sekarang bersikap berdiam diri membiarkan cerita umno dijaja disana sini tentang yang buruk2 sahaja....membiarkan umno dilanyak dari atas,bawah,kiri,kanan dan biasanya dalam diam jangan disangka tiada buaya kerana sekali lagi jika ia melibas umno akan hancur dan diganti dengan pas kerana orang melayu hanya tunggu dan melihat sahaja apa yang berlaku sekarang dan apabila tiba masa ketika itulah saya rasakan pas dan pakatan rakyat akan menggunakan segala senjata yang ada sehingga akan membuatkan orang melayu dalam delima samada ingin memilih "UMNO" ATAU "PAS".masa itulah PAS akan dilihat parti alternatif selain UMNO.(saya bukan ingin melihat pas menjadi pilihan tetapi saya ingin memberi peringatan kepada umno,jika leka ini akan berlaku)

    pada saya segala2nya buat masa sekarang ada dalam tangan ds sebagai pemimpin atasan yang ada kekuatan peluang,ruang dan kepercayaan yang ds berani merubah kepimpinan tertinggi,sahabat dan taulan supaya pemilihan MAC 09 kesemua pemimpin bebas dari cerita2 rakyat tentang rasuah politik.

    adakah ds sedar tentang niat saya selama ini bila saya berhujah disini....mungkin artikel saya nampak terlalu berterus terang dan tidak bijak menjaga hati tetapi yang penting saya ingin sampaikan mesej yang jelas iaitu saya ingin menjaga maruah pemimpin saya seperti ds supaya ia tidak dicemar oleh orang luar dengan cerita2 yang dicipta sendiri oleh kita.
    semoga ds memahami mesej saya dan semoga ds benar2 seorang yang mampu memulakan gerakan perubahan untuk umno kepada pandangan mata hati generasi akan datang.

    saya tetap bersetuju dengan ds yang umno tidak boleh dilihat seperti parti anak beranak dan ahli keluarga lagi,dulu boleh la...budak sekarang tidak lagi...jika ini masih berlaku sayalah orang yang akan menjauhkan diri sejauh2nya dari parti ahli keluarga ini dan tidak akan menegur lagi parti keramat ini,sekarang masih sayang sebab tu masih memberi pandangan.wasalam sampai jumpa lagi dimasa akan datang.

    ReplyDelete
  69. Saya sokong apa yang Dr cakapkan tu. Cam saya ni nak join UMNO pon susah. UMNO dah macam kelab golf pulak. Hanya golongan tertentu sahaja yang dapat menyertai parti MELAYU ini.

    UMNO perlu kembali kepada teras perjuangan mereka, dan belajar kembali dari sejarah awal penubuhan parti ini. Saya yakin masih ramai BANGSA MELAYU masih berharap UMNO dapat membetulkan kedudukan mereka dalam kerajaan.

    ReplyDelete
  70. Memang tidak dapat dinafikan politik Msia selama ini tidak dapat lari dari politik perkauman oleh kerana kita bermula dengan syak wasangka, ketidakyakinan pada diri dan jurang perbezaan antara kaum yang terlalu besar. Oleh kerana jurang yang terlalu besarlah menyebabkan golongan elit berganding bahu untuk memastikan negara ditadbir tanpa meminggirkan mana-mana pihak dan juga untuk memastikan semua kaum ada ruang dan tempat dalam Negara Malaysia.
    Lama-kelamaan disebabkan oleh sentimen perkaumanan dan polemik perkauman telah menyebabkan api perkauman meletus pada Mei 13 disebabkan ramai tidak dapat hadam polemik-polemik politik yang berbau dan mengancam ketenteraman kaum. Keadaan ini bertambah buruk disebabkan ada usaha pihak tertentu untuk merobohkan dan mengoncang aliran PERAHU ALLIANCE yang berdasarkan semangat kekuatan politik dalam tangan UMNO dan kekuatan ekonomi dalam tadbir MCA. Kerakusan pihak tertentu dan pergolakan politik telah membawa kepada tercetusnya Peristiwa Mei 13. Peristiwa ini telah digunakan untuk menukar fahaman imbangan politik dan ekonomi yang dicapai.

    Saya rasa sudah tiba masanya kita mencari pendekatan politik yang melibatkan orang kebanyakkan dan menumpu pada empowerment Rakyat and the State yakni segala keputusan ddan dasar perlulah memenuhi kepentingan Rakyat dan State. Pada masa ini , sentimen PERKAUMAN sengaja digunakan untuk membolot peluang dan kekayaan oleh golongan tertentu. Inilah yang menyebabkan Rakyat semua KAUM marah.
    Kita tidak dapat lari dari pentadbiran politik berlandaskan kaum tetapi kita juga perlu bertindak dengan memberi keutamaan dan penekanan pada kepentingan umum dan Negara.
    Politik perkauman menumpu dan berkisar dengan perampasan kekayaan dan pembahagiaan kuasa dan kekayaan berlandaskan tuntutan kaum yang KUAT tanpa mengindahkan perasaan, pandangan dan tanggapan Rakyat yang mengharapkan Pemimpin menjaga dan mengutamakan kepentingan Negara dan Rakyat.
    Keadaan sudah berubah dikalangan generasi muda....
    UMNO perlu berubah untuk menarikbalik sokongan dan keyakinan golongan kelas menengah ini..
    Rasuah politik UMNO yang berleluasa juga telah menyebabkan SIAPA YANG BERKUASA merampas kekayaan NEGARA..this also resulted in the present war cry...time to ponder...time to change for the better..tiada gunanya kita banyak cerita...tetapi semakin ramai menderita...

    ReplyDelete
  71. Jika ditanya kepada penyokong Pas, pastinya matlamat mereka ialah untuk Islam sungguhpun kadang-kadang perilaku tidak mencerminkan perjuangan. Suatu ketika lalu, ada juga yang melihat ia sebagai jalan ke syurga.

    Salam Dr.
    Semoga Dr sihat dan dirahmati Allah..
    Dr…Kadang kala saya merasa agak kecewa kerana dr menolak perjuangan Pas…Memang apa yg dr katakan kadangkala adalah benar mengenai Pas…Dr dalam perjuangan tidak semuanya sempurna..Namun asas perjuangan yang perlu diambil kira..Kita ini sekadar umat akhir zaman klu hendak dibandingkan dengan zaman Nabi n para sahabat…DR pas tidak sempurna…Pas memerlukan orang-orang yang lebih bijak dan sempurna untuk menyokong perjuangan nya…Namun kebanyakkan orang Islam menolak Pas dan lebih suka menyokong Umno bkn kerana perjuangan Bangsa… w/pun perjuangan bangsa yg dr selalu katakan itu mmg tiada dlm islam..tiada hadis mahupun dlm Quran yg menyuruh kita memperjuangkan bangsa..Bangsa melayu…tidak semua melayu itu islam di malaysia kini..mahupun di Indonesia kebanyakkan melayu juga adalah kristian….Berbalik kpd perjuangan bangsa oleh orang Umno itu sudah tiada..manusia akhir zaman ini semua pentingkan diri sendiri..berjuang utk anak dan keluarga..nak termuntah saya dengar istilah perjuangan bangsa ni…dlm 20 org Umno mungkin seorang sahaja yg benar2 ingin berjuang…sudahlah…sy kenal ramai org2 umno…manis di mulut ttp semua pentingkan diri…dr…dr katakan perilaku org Pas x cerminkan perjuangan…sy rasa baik DR mengkaji sejarh Islam…kdg kala manusia itu tidak terlepas dr kelemahan diri..ttp asas perjuangan dia tidak lari…perangai kita mmg susah nak di buang..pendekatan kita berbeza..Umar al Khatab sendiri Nampak tegas dlm perjuangan…harap Dr kaji sejarah Islam…
    Dr apa umno bt utk Islam adakalanya baik..namun itu belum cukup krn umno x melaksanakan hokum Allah..arak,judi,zina,isu kruntuhan akhlak…apa yg umno bt…fatwa pun dilanggar..ulamak yg tegakkan kebenaran di tolak…dr..perkataan umno itu sendiri dlm bahasa Inggeris…kenape x tukar…kata perjuangkan bangsa..bahasa melambangkan bangsa….umno ditubuhkan oleh British…itu sejarah yg tidak boleh dipalsukan…

    ReplyDelete
  72. sy tunggu kenyataan dr pasal isu pengkid dan yoga...mampukan dr menegakkan syariat Islam...sy doakan spy dr mampu..spy lahir org umno yg perjuangkan Islam..sy tumpang bangga...

    ReplyDelete
  73. Chua Sui Lek, lagi berani ...tiada lagi ketuanan Melayu. Dato' Sri keluarkan MCA dari BN. Baru padam dgn muka Cina.

    ReplyDelete