Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Saturday, November 1, 2008

Politik Jaga Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Keputusan untuk menilai semula ekuiti bumiputra 30% oleh YAB Timbalan Perdana Menteri adalah merupakan pandangan peribadi kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Pandangan ini telah mendapat berbagai-bagai reaksi, malah ramai ahli MT juga tidak setuju .

2. Bagi saya masalah jumlah ekuiti tidak timbul,yang menjadi masalahnya ialah kegagalan kita untuk mencapai jumlah pegangan tersebut.Jalan penyelesaian perlu dicari dan kaedah terbaik perlu dilaksanakan agar orang Melayu tidak merasa mereka dipinggirkan dari arus ekonomi negara.

3. Saya sedar dalam keadaan politik jaga hati yang berlaku hari, pemimpin umno didesak untuk jaga hati parti komponen BN yang lain, hinggakan ia akan melukakan hati orang orang Melayu adalah suatu tindakan yang dangkal dan perlu ditimbang semula. Saya tak mahu berlaku keadaan yang dikendung dicicirkan yang dikejar terlepas dari pandangan.

4. Saya berpandangan tindakan yang lebih berhemah ialah kita perlu perteguhkan pendirian kita terhadap perjuangan asas UMNO, iaitu kembali kepada perjuangan memartabatkan agama dan bangsa Melayu, orang Melayu akan kembali bersatu dan akan menjadi teras kekuatan dalam BN,seperti sebelumnya.

5. Masalah agihan ekonomi yang hangat diperbincangkan oleh semua hari adalah disebabkan saiz ekonomi negara yang mengecil oleh berbagai bagai faktor dalam dan luar negara. Bila saiz eknomi mengecil ia akan menjadi rebutan dan dalam perebutan itulah wujud suasana kurang puas hati antara rakyat dan kita mula mencari kelemahan dalam sistem agihan ekonomi tersebut.

5. Kaedah yang saya anggap lebih praktikal ialah kerajaan perlu mengambil pendekatan untuk membesarkan kek ekonomi negara dgn berusaha mewujudkan lebih banyak peluang peluang ekonomi kepada rakyat. Mengurangkan kebergantungan negara terhadap barang impot dgn menyediakan peluang kepada rakyat menghasilkannya sendiri adalah satu kaedah yang wajar difikirkan bersama.

62 comments:

  1. Dato Seri,
    Pada pendapat saya kerajaan Pakatan Rakyat boleh mengubati masaalah yang Dato Seri kemukan ini. Jelas pada rakyat jelata bahawa kerajaan Barisan Nasional selama 50 tahun memerintah tidak dapat melaksanakan projek-projek untuk meningkatkan prestasi rakyat tetapi hanya membolot kekayaan negara untuk golongan UMNOPUTRA semata-mata.

    Politik penyapu sudah luput dan tidak relevan lagi.

    Sekian, Dato Seri.

    ReplyDelete
  2. dari 10 pada pengamatan saya mungkin 2 saja yang berani kata dan buat seperti apa yang dikata tapi yang lain belum berani buat seperti apa yang dikata.
    jika pemuda umno hari ini masih tidak berani berubah seperti apa yang dikata ..elak rasuah...elak memberi itu dan ini,, kerana takut tak dapat undi saya takut orang yang memerhati akan beralih menyokong dan undi pas pilihanraya akan datang........ya PAS AKAN MENDAPAT KEUNTUNG MAJORITI
    pemimpin yang ingin kuasa akan dapat pengikut dan pengaruh tetapi ingat undi dikira oleh semua rakyat yang berdaftar dan berumur 21 tahun keatas....adakah sesiapa yang ingin memimpin umno ambil kira dan mempertimbangkan perkara yang saya maksudkan ini.....kenapa ini berlaku dan saya masih tidak faham cara pemimpin yang dibentuk sekarang...adakah ia dididik bercakap lain buat lain atau semua politik harus begini dan jika ini memang kaedahnya mengapa kita tidak berani mengatakan ia perlu dilakukan...mengapa bila ada sesuatu yang ingin diberi pemimpin tidak menyatakannya sendiri tetapi hanya melalui orang2nya sahaja.
    ...oleh kerana topik yang ds khir bawa ini berkait "POLITIK JAGA HATI" saya pun hampir2 putus asa untuk bertelingkah dan berhujah dengan rakan2 pemimpin yang berhasrat memimpin.FIKIRLAH NAK JAGA HATI KELILING SAHAJA ATAU NAK JAGA HATI RAKYAT BIASA YANG DS KHIR SENDRI TAK KENAL..RAKYAT NI RAMAI DAN BUKAN AHLI UMNO SAJA.TAPI MEREKA INI NAK BERI UNDI DAN MANDAT...MANA YANG UMNO NAK ?JANGAN SAMPAI NASI JADI BUBUR
    saya dapat rasa dan lihat,pemuda umno hari ini ada tanda2 berada dalam proses perubahan....masalahnya adakah kita perlu lambat dan was-was (tidak berani nak cakap salah tak cakap masalah)inilah sebab melayu terlalu menjaga hati...sudah-sudahlah tu jaga hati....hati rakyat siapa nak jaga... dan takut nanti umno akan kehilangan kuasa baru perubahan dapat dilakukan...wallhualam

    inilah politik jaga hati...saya .berkali2 tak setuju dengan juak-juak dan kelompok yang berkecil2 hati zaman sekarang ini....melayu harus berubah dan dididik supaya menerima perubahan bersedia menerima kenyataan dengan YANG ADA DIPERTAHANKAN DAN YANG LEBIH PENTING PADA MASA YANG SAMA UMNO HARI INI WAJIB BERUBAH DAN JANGAN MASIH MENGIKUT CARA DAN RENTAK ORANG LAMA APABILA BERPOLITIK....CARA2 YANG LAMA BIARLAH IA MENJADI HAK MUTLAK YANG TIDAK PERLU DIPERTIKAIKAN,BIARLAH IA MENJADI HAK GOLONGAN INI TETAPI GENERASI SEKARANG PERLUKAN KETELUSAN,KEJUJURAN DAN KEBERANIAN APABILA BERKATA MESTI HARUS DIKOTA.

    SAYA KECEWA TETAPI MASIH BERHARAP

    ReplyDelete
  3. KT,

    sebagai calun KP sdra wajib memperjuangkan idealisma Pemuda Umno sebagai benteng menjaga kepentingan melayu . kita setuju dgn sdra pada hari ini pemimpin pemimpin melayu terlalu apologetik dan defensif sampaikan melukakan hati orang melayu. lama kelamaan pepatah lama melayu beruk dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan telah hampir menjadi kenyataan .
    Lihat bagaimana pemimpin pemimpin komponen BN memperjuangan bahasa, budaya dan sekolah china dan tamil ,mereka senada dgn DAP .
    Analisa syarikat syarikat koporat CLC ( chinese link company ) dan ILC ) indian link company ) walaupun kerja kerja dari kerajaan tetapi lihat kakitangan mereka dan pengagihkan kerja kerja sub hanya kepada pembekal dan syarikat bukan melayu dan melayu mungkin jadi pemandu dan tea lady sahaja. kebanyakan pengerusi/pengarah yg dilantik adalah pengerusi/pengarah pak pacak sahaja .
    UMNO sudah kehilangan pemimpin pemimpin Malay Rightist bukan nya emosi tetapi memperjuangan yg menjadi hak melayu saperti yg termaktub dlm perlembagaan .

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    Bnyk pandangan yg boleh diutarakan dlm isu ini, namun bagi saya, setelah lebih 20tahun DEB diperkenalkan, kenapa kaum melayu masih ketinggalan? kenapa sasaran 30% penguasaan melayu dalam kek ekonomi susah sgt dicapai? adakah kaum melayu yg tidak berminat untuk memiliki kekayaan negara? atau kerana sikap tidak ambil peduli pihak2 yg tidak bertanggungjawab?
    kerana, bagi org2 bukan melayu, niat suci ini dianggap polisi yg tidak adil, manakala dikalangan org melayu yg tak bersetuju dgn kerajaan, ini adlh bukti kegagalan kerajaan BN. Bermakna, adakah UMNO yg sepatutnya mewakili org melayu gagal meng'kaya'kan org melayu? Atau adkh kerana UMNO sebenarnya telah berjaya meng'kaya'kan org2 melayu yg 'tertentu'?

    Tan Lela Putera
    Tg Rambai

    ReplyDelete
  5. saya amat bersetuju dengan komen YB pasal kegagalan perlaksanaan dasar DEB. sememangnya kita perlu mencari jalan penyelesaian.

    dalam waktu yang sama, kita perlu menerima hakikat yang pemimpin yang ada sekarang ni, tidak berdaya dan gagal untuk melaksanakannya, meskipun sudah memegang kuasa puluhan tahun. apakah punca sebenarnya? saya amat berharap agar sebelum disalahkan kontraktor2 kecil (ali baba etc), perlu diteliti juga dari sudut pimpinan yang korup dan lemah. mereka sudah gagal, perlu rasa malu kerana gagal dan perlu ditukarkan.

    kalau dalam syarikat, CEO yang gagal akan ditukar atau meletak jawatan. itulah yang berlaku dalam politik Jepun. kalau nak berubah, bukan rakyat yang perlu berubah, pemimpin yang perlu berubah dulu, barulah rakyat mengikut. kepimpinana melalui teladan.

    kepada ahli2 UMNO yang saya lihat terlalu emosi bila pemimpin pembangkang yang memberi komen tentang DEB, saya harap anda semua bangkit emosi anda sekali lagi. tolong bagitau kenapa DEB gagal, dan apa yang perlu dibuat. jangan bising tak tentu hala. anda bukannya budak2...

    -----------------------
    info-jariah.blogspot.com
    info-kesihatan-anda.blogspot.com
    our-health-info.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Dato Seri..Tahniah dan syabas diberikan pada Dato Seri atas semua sebab..saya amat dan cukup bersetuju dengan pandang yang dibeikan didalam blog ini..diharap Dato Seri akan terus memberikan idea-idea yang bernasa agar dapat dikongsi bersama generasi yang baru ini..PEMUDA BERANI..zaiyusri..

    ReplyDelete
  7. Politik jaga hati ini kurang sihat dan harus dihentikan oleh UMNO. Kita hendak jaga hati mereka, tetapi mereka tidak jaga hati kita. Sejak kebelakangan ini kita sering di pijak-pijak dan di perlekehkan. Ini sedang berlaku hampir setiap hari. Apatah lagi ada yang datangnya oleh pemimpin melayu sendiri.

    Mereka tidak hiraukan hati kita dan terus meminta-minta dan mengeluarkan komen-komen yang tidak senang didengar oleh kaum bumiputra. Namun pemimpin UMNO bersifat apologetic.

    Tindakan berani harus diambil oleh pemimpin UMNO supaya UMNO kembali ke asas perjuangan dan mengambil langkah-langkah drastik untuk kembali berjuang untuk kaum bumiputra.

    Pemimpin UMNO perlu bersemuka dengan Pemimpin Gerakan dan MCA untuk ingatkan mereka supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip BN dan mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli mereka yang mengeluarkan kenyataan sedemikian.

    Mereka boleh meminta UMNO untuk mengambil tindakan terhadap Ahli UMNO, namum UMNO tidak meminta mereka mengambil tindakan serupa kepada ahli mereka. Dengan ini mereka terus membuat kenyataan yang tidak sedap didengar oleh kaum bumiputra. Mereka melihat UMNO sebagai lemah dan mereka terus bermaharajalela.

    UMNO perlu bertindak tegas dengan perkara ini, jika tidak kaum bumiputra akan melihat UMNO sebagai lemah dan tidak boleh berbuat apa-apa dalam perkara ini.

    MCA dan Gerakan sedang menghadapi krisis sokongan. Atas sebab itu mereka mengeluarkan kenyataan yang bersifat populis untuk mendapatkan kembali sokongan kaum cina.

    Mereka harus hentikan sifat mereka ini dan seharusnya mengambil pendekatan yang lebih bersifat berkerjasama dan bersifat setiakawan antara kaum. Mereka seharusnya mengingati sejarah.

    Mereka tidak seharusnya bersifat populis untuk mendapatkan kembali sokongan. Mereka seharusnya bersifat memperjuangkan kebajikan dan masalah masyarakat mereka. Tonjolkan sifat khidmat untuk masyarakat dengan berada dibarisan hadapan menyelesaikan masalah masyarakat setempat.

    Rakyat sebenarnya tidak suka dengan mereka yang membawa isu-isu bersifat perkauman. Rakyat hanya mahu pemimpin berjuang untuk periuk nasi mereka, keamanan dan toleransi antara kaum. Apatahlah lagi dengan keadaan sekarang dimana krisis kewangan dunia sedang berlaku.

    Hentikan semua ini dan kembali ke pangkal jalan.

    Suara Selangor

    suararakyatselangor.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Salam DS Dr. Khir,

    Saya pada dasarnya bersetuju dgn cdgn utk mewujudkan lebih bnyk peluang ekonomi.

    Pada pendapat saya,kita juga harus lebih sensitif terhadap alam sekitar dalam usaha kita mempertingkatkan ekonomi negara.

    Kita perlu mewujudkan 'The Green New Deal' kita sendiri yg mengambil kira kepentingan rakyat dan alam sekitar.

    Dalam usaha mengejar faedah ekonomi,kita harus sedar had ekonomi yang bole ditanggung oleh alam sekitar.Ketamakan manusia dalam mengejar harta dunia telah menyebabkan tanah tercemar dan tidak subur,cuaca tak menentu dan pelbagai bencana alam yg berkaitan yg akhirnya menyumbang kpd permasalahan ekonomi rakyat dan negara.

    Itu lebih penting sekarang dari memikirkan berapa peratus ekuiti yang patut dapat.

    ReplyDelete
  9. Salam DK,

    Maafkan saya, ketika BN berkuasa di Selangor bagaimanakah perkembangan ekonominya?

    Membesarkan kek ekonomi negara dan negeri adalah satu usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan secara berterusan. Tidak kira siapa yang memerintah.

    Masalah prestasi yang tidak memuaskan tentang ekuiti bumiputra terjadi kerana banyak sebab. Bagi saya seorang bumiputra, matlamat 30% ekuiti ini mesti sentiasa menjadi matlamat. Walaupun satu hari nanti kita sudah mencapainya (dengan izin Allah) kita perlu pula meningkatkan pegangan ekuiti kepada 70% pula. Saya percaya orang Melayu masih memerlukan sokongan kerajaan untuk mencapainya.
    Masih banyak lagi yang perlu dilakukan agar orang Melayu memiliki kekayaan yang sama banyak atau lebih berbanding kaum lain. Teruskanlah perjuangan. Saya menyokong DEB.

    ReplyDelete
  10. Politik jaga hati adalah politik yang bersifat sementara. Sampai bila kita akan bertahan menjaga hati manusia. Jika kita menjaga hati suatu kumpulan, kita akan melukakan hati kumpulan yang lain. Akhirnya tidak ada hati sesiapa yang akan terjaga. Kalau kita ingin menjaga hati semua pun masih ada hati yang akan terluka kerana peribahasa berkata "ikut hati mati, ikut rasa binasa ". Jika kita terpaksa menjaga hati orang lain lebih baiklah kita menjaga hati kita sendiri. Tidak ada maknanya hati sendiri terluka semata-mata untuk menyedapkan hati orang lain. Sebagai pemimpin sepatutnya kita mendukung perlembagaan dan undang-undang yang kita telah bersetuju bersama. Jika hendak dijaga, bukan hati per se tetapi adalah kepentingan negara dan rakyat seluruhnya. Salah satu caranya ialah dengan memastikan keamanan dan keharmonian negara yang telah kita kecapi selama ini kekal.Jika perlembagaan, undang-undang hatta ISA sekalipun terpaksa digunakan untuk menjaga keamanan dan keharmonian di negara ini, maka gunakanlah. Apabila keamanan dan keharmonian rakyat berbilang kaum kekal, tidak akan ada hati yang diterjah rasa bimbang, curiga, takut dan cemas. Lebih tidak patut dijaga ialah hati mereka yang sedang "sakit" dek agenda yang lebih mengutamakan nafsu dan kepentingan peribadi yang tak kesampaian.

    Hakcipta Abd Bashid Harun

    ReplyDelete
  11. Salam Dato'

    An interesting title - Politik Jaga Hati.

    Why this happened? It all started with the corrupt UMNOs. Its not so much about the rakyat questioning the 30% bumiputra equity and the opposition is leveraging on this issue.

    If UMNO could convince the rakyat that you would accountable and transparent over all your actions, we the rakyat will leave the issue to rest.

    Therefore, would you UMNO convince us the rakyat?

    ReplyDelete
  12. SIAPAKAH GOLONGAN YG PATUT DIJAGA HATINYA?

    1-ORANG POLITIK
    2-ORANG KAYA
    3-ORANG BANGSAWAN
    4-ORANG ADA JAWATAN PENTING
    5-0RANG YG KECEWA TIDAK DICALON
    6-0RANG YG TAK DAPAT UNDI MENCUKUPI
    7-ORANG YG HILANG SEMANGAT BERJUANG
    8-ORANG YG HABIS HARTA SILAP LABUR
    9-ORANG YG HILANG KUASA
    10-ORANG YG TAK DAPAT PROJEK LAGI
    11-0RANG YG TAK RETI UNTUK BERBUDI
    12-ORANG YG HILANG AKAL

    ATAU....

    1-PENGUNDI YANG SETIA
    2-PENGUNDI ATAS PAGAR
    3-RAKYAT YANG SUSAH DAN MISKIN
    4-RAKYAT YG HILANG RESPEK
    5-RAKYAT YG BERALIH ARAH
    6-GOLONGAN MUDA-MUDI DAN TUA
    7-PEKERJA BURUH,KILANG,PEMANDU,
    KERANI DAN BEKERJA SENDIRI

    P.K.P.K LAH SEJENAK...OLEH PEMIMPIN
    YG MASIH DI ATAS SEBELUM IANYA DUDUK DIBAWAH...

    ReplyDelete
  13. Dalam dua isu terbaru TPM mengambil tindakan politikjaga hati. Kita harap ini hanya tektik Najib untuk menarik sokongan komponen BN supaya menerima beliau selepas Mac 2009 sebagai numero uno.

    Jangan pulak terlalu banyak jaga hati dan terlajak hingga jadi macam PM yang ada kini. Terlalu sangat jaga hati dan lemah longlai hingga orang lain tak hormat dan memperlekeh kedudukan sebagai ketua turus.

    Seperti yang Datuk cadangkan, ketua ini perlu bijak menambah peluang kepada semua kaum dan mengembangkan ekonomi negara.
    Dan setiap keputusan yang dibuat mesti tidak bercelaru dan hanya hendak popular dan dipuji.

    ReplyDelete
  14. DSKT

    Era yang paling kondusif untuk melakukan quantum leap dalam meningkatkan penguasaan 30% ekonomi melalui DEB adalah dari tahun 1983 -2003, terutama pada akhir dekad 80an sehingga awal 90an semasa negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang rancak. Era tersebut adalah di zaman pemerintahan TDM.

    Pencapaian 30% itu juga sepatutnya spread across a wide spectrum of malay society dan tidak berada ditangan institusi-institusi sahaja. Thus membina asas ekonomi orang melayu yang lebih kukuh.

    Entah dimana silapnya ianya tidak berlaku seperti dirancang. Yang kita dengar, pie ekonomi itu hanya jatuh ketangan UMNOputra dan kroni-kroninya sahaja.

    Datang kegawatan dalam tahun 1997, kesemuanya hilang entah kemana. Yang pasti, penguasaan kaum cina tetap utuh, malah makin berkembang.

    bat8

    ReplyDelete
  15. Dr Khir,

    Saudara perlu menjadi amat lantang utk menjadi Ultra-malay & Ultra-Islam skrg dlm memenangi Ketua pemuda UMNO..

    UMNO perlukan kedua2 ciri tersebut utk dilihat umno masih relevan pada org melayu amnya & khasnya..

    http://www.facebook.com/group.php?gid=11214944403

    http://other-perspektif.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,
    Cadangan wakmempelam itu sebenarnya satu sindiran untuk Datuk.

    Sindiran yg macamana?

    Majoriti rakyat dah tahu dan faham betapa BN kalah bukan kerana parti pembangkang kuat sangat. Pembangkang hanya menumpang pada undi protes rakyat yg cuba 'mengajar' BN. Marah rakyat kpd BN umpama anak yg tak puas hati kpd bapanya.

    Perkara yg sama akan berulang tidak lama lagi. KJ yg dikaitkan dgn pelbagai tuduhan moral dsbnya nampaknya mendapat pencalonan yg hampir sama dgn Dr. kadangkala lebih.

    Saya tidak fikir Dr berada pada level yg lebih rendah drpd beliau. Namun dgn strategi yg salah, kekalahan Dr akan jadi lebih mudah.

    Saya tak berapa peduli siapa yg akan menang samaada Dr atau Mukhriz tetapi rata-rata rakyat tidak gemarkan KJ. Mungkin itu semua adalah tohmahan atau sekadar persepsi. Namun itu sudah cukup menjadi alasan untuk KJ 'dibekukan' buat sementara waktu.

    Malah jawatan KP UMNO tidaklah sepenting Presiden. KP hanya sebahagian drpd Naib Presiden kalaupun tidak sebaris dgn MT.

    Namun dgn adanya KJ dlm mana-mana jawatan dlm UMNO, ia ibarat cebisan daging yg terselit di celah gigi.

    Pendekata, kenapa tiada kerjasama antara Dr dgn Mukhriz bagi mengenepikan KJ?

    Apapun, saya nak beri satu tips kpd Dr utk menjuarai pertandingan ini nanti:

    Berjuanglah utk menghapuskan politik wang dlm UMNO. Rakyat sgt jijik dgnya. Matlamat tidak langsung menghalalkan cara. Allah Taala tidak akan tanya adakah cita-cita kita di dunia telah tercapai sebaliknya setiap proses dalam mencapai matlamat itulah yg akan diperiksa.

    Jika Dr bersetuju dgn saranan saya itu, maka saya lah yg akan menjadi panglima Dr yg akan berjuang brsama Dr. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wbt>>

    Kepada Dr Khir saya sebagai peribadi menyokong Dr Khir mempertahankan ekuiti 30% bumiputera (Walaupun saya penyokong PAS). Sebenarnya Orang Melayu adalah punca kepada kemunduran Melayu sendiri. Sebab:

    1. Pernahkah kita ingat dengan gerakan al Arqam?? hampir2 ekuiti bumiputera sampai 30% kerana sumbangangerakan ini... Namun kerana fahaman AQIDAH mereka yg sesat habis semua aset mereka dibekukan, sapa punya kerja???

    2. Sikap org Melayu yang kuat PHD ( Perasaan Hasad Dengki). Bomoh2 yang mengamal sihir berleluasa tanpa ada pemantauan pihak berkuasa termasuk Kerajaan KELANTAN PAS. Negeri yang saya hormat. namun ini hakikatnya... Selalu dengarkan bomoh Siam??

    3. Sikap orang melayu yang tak mau tolong Melayu. Ok pernah tak kaji sikap orang Cina Kafir,?? Mereka hanya membeli barang keperluan di kedai Cina. Orang kita, asal senang, murah 50sen, dah beli barang Cina. BODOH orang macam ini. kesian ISLAM yang mengajar umatnya bersatu.

    4. Sikap pemimpin yang korup.Ini DRKhir pon sedia maklum.

    Tolong comment... Kerana bagi saya Dr Khir masih relaven sebagai pemimpin jika amalkan Islam TOTAL

    ReplyDelete
  18. Askm Dato' Seri,

    Sebagai rakyat biasa saya berpendapat;
    1. Apa yang berlaku kepada bangsa melayu pada hari ini merupakan sebahagiannya akibat kegagalan para pemimpin pada hari ini merancang dengan baik pembangunan bangsa Melayu. Matlamat asas untuk membangunkan bangsa Melayu tidak lagi menjadi keutamaan, sebaliknya 'Politik Kepentingan diri' dan 'Politik Jaga hati' lebih menjadi tumpuan. Hanya kroni sekeliling yang difikirkan bagi mengukuhkan cengkaman, manakala nasib bangsa Melayu keseluruhannya tidak diberi perhatian serius.
    2. Ketiadaan hala tuju jelas terhadap pembangunan bangsa melayu dan pembangunan sumber manusia (bagi kesinambungan kepimpinan yang berkualiti) tidak dilaksanakan secara sewajarnya. Ini mengakibatkan rakyat bosan dengan permainan politik yang rakus dan berkepentingan peribadi. Kita lihat sahaja apa yang berlaku diperingkat cawangan dan bahagian. Seakan tiada lagi yang memperdulikan tentang agenda pembangunan bangsa Melayu. Hanya kuasa dan pengaruh yang diutamakan.
    3. Setelah 50 tahun merdeka, negara amat memerlukan bukan sahaja pemimpin yang jujur tetapi pemimpin yang berpengetahuan dan berkualiti. Ini termasuklah pemimpin-pemimpin dipelbagai peringkat, khususnya UMNO. Pemimpin -pemimpin seperti inilah yang mungkin kita boleh harapkan untuk merangka pembangunan bangsa melayu secara keseluruhannya. Untuk melahirkan pemimpin yang boleh bangsa melayu harapkan pada masa hadapan, tugas itu perlulah diusahakan oleh pemimpin sekarang. Walau bagaimana pun jika pemimpin pada masa ini tidak bernafsu lagi untuk memikirkan pembangunan bangsa melayu, maka terjaminkah bangsa melayu ini di masa hadapan?

    azli-ex student yayasan selangor

    ReplyDelete
  19. Salam...

    10 Dalil Kenapa PKNS perlu diteraju oleh bukan melayu/bumiputra:

    1- Melayu/bumiputra Selangor Ramai Kaki Songlap Duit
    2-Melayu/Bumiputra Selangor ramai Penyelewangan Kuasa atau Salah Guna Kuasa
    3- Ramai Kaki Rasuah(wang atau Betina)
    4- Ramai Kaki Kroni(ambil ahli keluarga saja dalam aap2 termasuk jawatan tukang kebun)
    5-Kaki Kedai Kopi /warung kopi (masuk kerja lambat balik nak awal)
    6-Suka Curi Waktu (pantang boleh keluar alasan bayar bil la)
    7- Hasad dengki(pantang lihat kawan boleh naik pancung awal-awal)
    8- Ramai jadi Kambing Hitam (orang lain buat salah dia yang tanggung macam kes Penguatkuasa kena gantung kerja tu..kerja sekarang kena work smart bukan work hard...biar tipu orang jangan orang tipu kita)
    9-Ramai melayu/bumiputra Selangor Malas (dah rasa senang dulu dan leka sehingga orang jijak kepala pun senyum kambing lagi)tak kisah siapa perintah sebab yang kerja kerajaan dia dok macam tu juga...ada gaji,elaun dan bonus.
    10- Sebab Orang Melayu/bumiputra tak makan BABI(tu pun ada juga yang makan ...hasil cukai ternak BABI)
    4-

    ReplyDelete
  20. Aku hairan juga la DSKT kenapa PAS tak ambil kesempatan terhadap 30% ekuiti bumiputera untuk mereka seterusnya meningkatkan keupayaan mereka??

    ReplyDelete
  21. Salam DS,

    Tahniah kerana jumlah pencalonan yang kian bertambah. Ini mencerminkan sokongan dan harapan yang tinggi daripada golongan ahli akar umbi.

    Pada pendapat saya, politik jaga hati yang ada sekarang amatlah teruk sekali biar di pihak BN atau di pihak PR. Bagi saya tidak salah kita menjaga hati pihak-pihak lain tetapi janganlah sampai kita mengadai maruah dan hak kita.

    Di pihak BN ada pemimpin UMNO yang terang-terangan sanggup membelakangkan bangsanya sendiri.

    Di pihak PR seperti diselangor banyak kepentingan orang melayu yang terpaksa digadaikan kerana mahu terus mengekalkan kuasa dan terus mendapat sokongan daripada parti-parti pakatan yang lain.

    Dan saya nampak akhirnya orang melayu itu sendiri yang akan kerugian. Jika dilihat kebawah ramai orang melayu telah mula rimas dengan isu-isu ini. Saya mengharapkan DS dapat terus berjuang membela hak kita.

    Dan kami akan terus menyokong usaha-usaha DS untuk mempertabatkan agama, bangsa dan negara kita.

    ReplyDelete
  22. dato seri,
    saya tidak faham kenapa kita masih dalam keadaan berbincang soal soal perkuaman lagi.kita harus ingat melayu bukan musuh orang cina,dan cina bukan musuh orang melayu,tidak payah 30%, menbantu orang yang perlu, dan bukan orang yang nak kaya cepat.kalaulah system dijalankan dengan adil,tidak siapa nak salahkan siapa.umno sebagai parti politik malaysia yang terbesar bertanggunjawap terhadap orang malaysia dan bukan orang melayu saja,jangan amalkan concept "hidup sendiri".amalkan concept"malaysia bersatu"orang politik tidak payah nak abil hati mana mana kuam pun buat kerja dengan iklas,jujur,adil,saya percaya tuhun
    nampak apa yang kita buat.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Dato',

    Sungguh menarik pandangan Dato' iaitu Bumiputra perlu diberi peluang bukan semata-mata bantuan.

    Ruang pendidikan paling sesuai dalam konteks peluang ini.

    Saya amat tertarik idea Dato'. Bukan ingin memuji tapi cabaran untuk Dato' agar nadi perjuangan terus menjadi amanah kepada dato oleh orang bawah.

    Sebagai orang yang jauh dari sabah saya amat suka melihat idea-idea dato walaupun nama dato banyak tercemar setelah kekalahan 8 mac. Tapi itu saya lihat sebagai satu batu lonjakan dan kekuatan baru untuk dato mengalas beban perjuangan apatahlagi umno sekarang ini dilabel macam-macam.

    Saya juga amat berharap agar dato terus mengkritik dan membuat komen sebab kalau manusia sedar bahawa komen itu sebenarnya baik dan satu hadiah untuk kita memperbaiki kelemahan, tentunya kita akan lebih berjaya.

    Sedangkan Nabi kita bertanya kepada umatnya adakah dia telah cukup menyampaikan wahyu Allah ketika di akhir hayatnya. Jadi kenapa kita tidak sudi dikomen.

    Dalam politik malaysia, dato pada kedudukan yang amat baik untuk memimpin negara ini kelak. Pesan saya sebagai anak muda nun jauh diseberang sini agar dato menang menjadi ketua pemuda.

    Siapa Dato Mukriz tanpa Tun M?
    Siapa Khairi tanpa Pak Lah?
    dan siapa pula Dr.Khir tanpa siapa-siapa?

    Jangan risau, kalau keikhlasan ada dan rela menerima kekalahan lalu, itulah tanda Dato akan terus maju. Sebab dato dikenali tanpa siapa-siapa. Tapi dengan pengalaman sebagai anak muda belia yang pernah memimpin sebuah negeri termaju di Malaysia, saya yakin dato pasti boleh.

    Kepada semua sahabat sekalian, politik Malaysia bukanlah hak milik keturunan, semua orang boleh menjadi pemimpin. Jadi pastikan pemilihan kali ini terhindar dari politik keturunan. Itulah harapan baru untuk umno kembali berjuang kelandasan asalnya. dan antara orang yang mampu mengendongnya ialah DatO Mustapha Muhammad, Dr. Khir, Dr. Rais Yatim, Ahmad Zahid, dan banyak lagi calon yang nampak agak terpinggir dalam pemilihan kali ini.

    Fikir dulu sebelum undi.

    ReplyDelete
  24. umno tak kalah.. yg teruk terpukul adalah parti komponen.. nape lak umno kena jaga hati mereka.. kalau mereka nak keluar bn.. keluarlah.. jangan takut hilang majoriti di parlimen.. kalau perlu mageran.. lakukan..

    bagitau mereka.. hak melayu jangan sekali2 nak diganggu-gugat.. bak kat ibrahim ali.. sarang tebuan jangan dijolok..

    kepada melayu yg menyokong agenda sama rata.. memang jenis lupa asal-usul.. kalau tak kerana hak istimewa melayu.. hangpa semua tak kemana..

    jangan mudah terpengaruh dgn politik dap.. mereka ni same je dgn pap singapore.. acuan yg same.. dah dapat ape yg mereka nak.. hangpa semua pun abis tak dipedulikan lagi.. tengok saudara kita di singapore.. ape jadi kat mereka? menteri melayu sorang je.. tu pun jaga kebajikan..

    kuasa politik bukan benda yg boleh main cuba-cuba.. sekali terlepas sampai kiamat pun tak dapat balik.. jgn kerana agenda peribadi anwar nak jadi pm.. habis hak melayu tergadai.. akan datang anak cucu menyumpah kita sebab tak jage hak mereka..

    kepada pemimpin umno.. berubahlah demi kepentingan bangsa.. jaga dok jaga kepentingan diri.. kami ni tak benci kat umno cuma kekadang marah dgn pemimpin tertentu..

    wahai pemimpin umno, hanya umnolah yg boleh diharap jaga melayu tapi janganlah asyik dok mengumpul kekayaan peribadi.. hang nak kaye takpe tapi jgn lupa jage mase depan bangsa..

    tolonglah.. tolonglah wahai pemimpin umno..

    ReplyDelete
  25. Salam...

    Pemberian Penyapu masih jadi Isu terutama yang menerima adalah orang melayu sendiri.Walaupun pada awalnya dipersetujui tetapi bila dilaksana ramai yang bagi alasan bahawa mereka tidak setuju kerana mereka tahu mereka akan dapat penyapu.

    Ketua Jabatan memang patut mendapat habuan penyapu jika di bandingkan dengan orang bawahan terutama mereka yang berpeluk di bawah cahaya matahari.Mereka ini hanya pandai buat arahan tetapi bila ada yang tidak kena cepat mereka salahkan orang bawahan.

    Jangan ingat semua yang dapat dgree atau master atau Phd itu bijak segalanya tetapi mereka hanya tahu teori dan amali tetapi pratikal banyak di buat oleh orang bawahan seperti tukang sapu jalan maka bila tekanan daripada atasan akan menyebabkan pekerja bawahan akan membalas cara mereka.Itu yang terjadi dalam sistem kita sekarang dan akibat kebodohan kita menyebabkan ramai orang melayu masih lagi ditakuk lama.

    sikap orang melayu yang tidak bersatu dan mudah dibeli oleh bukan melayu menyebabkan kita mundur...Didalam blogger ini pun ramai juga yang melayu tetapi tidak tahu nak tolong bangsanya sendiri.Semua buat stail jaga periuk nasi masing-masing.Bagaimana seorang yang tidak tahu berbangsa melayu tetapi boleh senang dalam masyarakat melayu.

    Jangan kata sudah 50 tahun ...beribu tahun atau sampai kiamat pun jika Umat Islam/melayu tidak bersatu atau memikirkan masa depan demi kemajuan kita akan jadi begini.Walaupun dicerita tentang kepayahan orang dahulu memperjuangkan bangsa melayu dan Islam tetapi kerana kuasa dan kekayaan ramai jadi pencacai,pembelot,gobolot,bajingan atau berenset...

    Tengok ramai yang jadi YB dah tukaq kereta baru(tak kira apa parti politik)...ini menunjukkan bahawa mahu jadi YB syarat utama mesti pandai pembohong

    ReplyDelete
  26. Dato Seri,

    Dalam menjaga hati perlu ada levelnya.

    Hati ibu dulukah atau hati isteri dulukah perlu dijaga.

    Kalau dapat jaga kedua-duanya adalah paling baik.

    Tapi kalau terpaksa memilih siapakah yang patut kita pilih?.

    Orang melayu tentu tahu jawapannya.
    yang hanya satu kah atau yang boleh
    cari ganti.

    ReplyDelete
  27. salam dr. khir

    semalam saya menghadiri majlis konvokesyen seorang keluarga saya di UNISEL bestari jaya.. sungguh indah unversiti itu dgn bangunan yg menarik, tentunya dr berasa bangga dgn hasil usaha kerajaan negeri di bawah dr yg menubuhkan universiti tersebut sehingga telah melahirkan graduan2 bermutu tinggi hingga tahun ke 3. suasana di unisel agak terlalu panas,tandus, dan kering. dlm hati saya terfikir, kalaulah org yg berfikiran jauh semasa pembukaan awal unversiti ini, sepatutnya die tidak akan menebang semua pokok2 besar di seluruh kawasan pembinaan unisel ini..agaknya mana lah pergi hasil2 hutan yg telah digondolkan untuk membuat universiti ini...

    seperkara lagi yg mencuri perhatian saya adalah kenapakan canselor unisel ini diberikan kepada isteri timbalan perdana menteri?? apakah rasional dan relevennya die, memandangkan die bukannya darah berketurunan raja, bukan isteri kepada pemimpin no.1 negara, bukan jga anak watan yg mmg bukan mudah untuk menjawat jawatan sbg canselor... adakah ini juga merupakan 'politik mengambil hati', seperti yg dr war2 diatas utk kesinambunagn jawatan politik, kalaulah PM kita bole menjd PM nanti. rata2 dari bisikan mereka yg hadir dlm majlis konvokesyen itu mempertikaikan datin rosmah sbg canselor unisel..hrp dr dpt berikan sebab yg mnasabah memandangkan perlantikan datin rosmah ini berlaku pd zaman dr menjadi kepala kerajaan negeri selangor dan penaung kpd unisel ini..
    sekian itu lah dua persolan saya harap dr dapat memberikan jwapan yg memuaskan hati saya dan pembaca website dr ini...

    ReplyDelete
  28. salam dr khir...

    Tahniah dari Bahagian Pandan...kerana berjaya melepasi kelayakan bertanding.

    Yang tidak sedap didengar ialah Datuk Seri menabur banyak wang kepada bekas Ketua Pemuda PAndan ..saudara Abd. Ghani Ismail yang bertanding tiket Ketua bahagian Pandan...malah beliau juga menang BESAR...cuba Datuk komen sikit...

    ReplyDelete
  29. dato seri

    hati yg nak dijaga hati org kaya....org miskin dpt subsidi tak seberapa....telan mati mak luah mati bapak....tak sokong apa nasib org yang kat kampong....sokong pun yg tak mampu dapat 1 yang kaya dapat 100... mcm mana tu dato seri...

    ReplyDelete
  30. Itulah masalahnya Datuk Seri!

    Bila dikatakan PKR dan PAS mengikut telunjuk DAP, tiba2 UMNO pulak yg sama ikut telunjuk MCA ...

    DImana lagi orang Melayu nak mengadu kalo begini halnya??

    ReplyDelete
  31. Datuk Seri,
    Saya tertarik dengan bisnes yang dijalankan oleh bekas pengikut AL-Arqam iaitu Rufaqa ...

    Bapak saudara saya adalah bekas pengikut Al-Arqam. Bila saya ke rumahnya, kawasan sekeliling adlah orang Melayu yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan ...

    MEreka saling tolong menolong. Bila saya tanya jika ke Klinik, berapa perlu dibayar? Kata bapa saudara saya, kebanyakannya disini bayaran yg diminta adalah "ikut berapa ikhlas" ...

    Wah ... saya seperti di dunia yang lain ... sungguh indah ...

    Tapi Rahman Palil exco Datuk Seri dulu dah menghancurkan segala-galanya! Lagak dia melebih lagi dari mufti! Habis hancur orang MElayu nak berniaga ... semuanya dirampas, diharamkan!

    Kenapa tak dibantu? Kenapa menghancurkan?? JIka tak nak bantu pun janganlah hancurkan perniagaan orang Melayu. Mereka berniaga tak mengharapkan langsung bantuan kerajaan ...

    Jika Datuk Seri dapat menawan Selangor kembali, tolonglah singkirkan Rahman Palil dari barisan Exco ... gayanya mengharamkan itu dan ini melebih lagi dari Mufti!

    ReplyDelete
  32. Salam, Dato' Sri
    Tahniah kerana melepasi kuota pertandingan dan melepasi jumlah pencalonan calon yang lagi satu.

    "The view from the top looking down of the mountain is different than the view from the bottom looking up"

    Dato' kini sudah mendapat persepsi dari atas dan bawah. Semuga semua ini menjadi pengajaran dan pengalaman yang bermakna.

    ReplyDelete
  33. Pada pendapat saya, NEP tidaklah gagal sama sekali. Sebab NEP tu ada banyak cabang. Salah satu cabang yg saya amat sanjung penguatkuasaannya adalah keutamaan pemberian biasiswa kepada anak-anak melayu. No 2nya pula adalah keutamaan pendidikan kepada orang melayu khususnya penduduk melayu luar bandar. Seperti kita sedia maklum, kini ramai professional melayu yg asalnya dari kampung-kampung.

    Dai segi perlaksanaan NEP untuk usahawan bumiputra memang saya setuju ia kurang berjaya. Bukan disebabkan oleh kemudahan yg telah disediakan, tapi di sebabkan cara pemikiran orang melayu itu sendiri. Kebanyakan orang-orang tua melayu lebih cenderung/suka anak mereka menceburkan diri sebagai seorang kakitangan kerajaan ataupun makan gaji. Mereka kurang/tidak langsung memberi galakan anak mereka menceburkan diri sebagai seorang usahawan.

    Tuduhan sesetengah pihak bahawa pemimpin UMNO hanya menkayakan kroni adalah tuduhan dangkal dan bodoh. Ia sebenarnya bergantung kepada kebolehan individu itu sendiri didalam networking dan communication skill masing-masing.

    Adalah menjadi perkara normal seseorang usahawan yg berjaya dikaitkan dengan hubungan dengan ahli politik dan itu sebenarnya adalah lumrah dimana sahaja didunia ini. Di amerika atau UK sekalipun, tidak lari dari tuduhan sebegini. Walubagaimanapun harus diingat, walaupun segelintir usahawan ini dikaitkan dengan ahli politik, mereka ini juga yang memberi makan kepada orang melayu lain dengan memberi pekerjaan dan kemahiran.

    Pada pandangan saya pendidikan kita haruslah diberi sedikit liberisasi. Menggalakkan dan menanamkan idea keusahawanan kepada pelajar melayu dari zaman sekolah lagi bukannya dikejarkan kerjaya makan gaji dan kerja kerajaan. Dorongan ini yg pastinya tidak diserapkan dari keluarga(kerana keluarga melayu cenderung menggalakan anak mereka makan gaji), maka ia harus diperkenalkan di zaman sekolah.

    Mungkin juga idea baik jikalau dihapuskan sekolah jenis kebangsaan, dengan ini anak-anak melayu ini dapat bercampur terus dengan anak bangsa lain. Pendedahan boleh secara terus dapat diberikan kepada anak-anak melayu bahawa keusahawanan adalah bidang kerjaya yg lebih baik dari makan gaji.

    ReplyDelete
  34. Dato Seri,
    saya rasa golongan muda atas pagar dan yg masih belum berani secara terang2an ingin kembali menyokong umno sedang memerhati dan melihat tindakan yang ds lakukan
    contohnya golongan seperti saya (samada ds suka atau tidak dengan artikel saya selama ini)hanya ada ds sahaja pemimpin yang saya harapkan akan menerajui kepimpinan pemuda diperingkat negara..............jika ds tidak dapat memberi penjelasan dan tidak mentarbiahkan pemikiran golongan seperti saya mengapa itu dan ini diberikan......saya akan hilang kepercayaan terhadap parti yang saya sayangi sejak toknenek kita dulu..
    ds sendiri sedia maklum dengan sikap orang muda sebab saya rasa ds sendiri masih muda (iaitu perantaraan untuk golongan bawah 40an dan atas lingkungan 40 ke 70an)sesuai untuk jadi pemimpin perantaraan.
    saya juga amat bangga dengan kata2 ds "biar kali ini anak kampung yang menerajui PEMUDA MALAYSIA" dan saya ingin katakan disini jika KP MALAYSIA diterajui oleh ANAK PEWARIS,kita sedia maklum penyokong masing2 memang gembira tetapi percayalah golongan muda atas pagar akan lebih suram termasuk saya dengan umno(saya tahu sikap saya selama ini adalah orang yang tidak boleh simpan apa yang ada dalam hati saya ,saya tetap akan cakap)........cuma satu yang ingin saya luahkan benda yang saya dan golongan atas pagar tak suka iaitu imbuhan2 tertentu yang bersifat sementara bila sokong umno.melayu tidak mencapai 30% ekuiti negara salah satu kerana ia telah disogok dengan benda bersifat sementara samada disedari atau tidak oleh kita.harap ds faham...imbuhan ini baik untuk perwakilan tetapi ia tidak akan membawa mereka kemana2 dan ia tidak boleh menutup mulut mereka dari bercakap dan ia sudah semestinya jika didengar oleh golongan atas pagar dan ahli biasa serta pembangkang ia akan membuat mereka bercerita,memandang serong dan was2 dengan sikap umno dan golongan ini terus berseteru dengan umno dengan mengatakan inilah budaya umno tetap tidak akan berubah.(rakyat telah memberi amaran kepada kita pada pru12 tadi,mereka ingin benda2 ini dihapuskan dan saya yakin melayu majoriti masih sayang pada umno.)
    mengapa saya risaukan dengan perkara ini?
    sebabnya ialah bukan imbuhan yang saya pertikaikan tetapi ini akan menyebabkan kekeliruan dan buah mulut orang diluar.mungkin mereka tidak berkata didepan ds tetapi dibelakang ia menjadi buah mulut orang dan rakyat biasa.untuk memberi penjelasan ia menuntuk masa dari ds...jadi tidak perlu ds membuang masa dengan masalah yang dicipta sendiri.untuk mengelakkan ia dijadikan buah mulut orang adalah lebih baik pemilihan akan datang ds buat perubahan,sesuai dengan tagline ds PEMUDA BERANI
    saya masih ada sedikit rasa berlapik dalam hal ini demi untuk menjaga hati sahabat taulan dalam kepimpinan setiap peringkat untuk memahami kehendak golongan seperti saya.
    pesan orang lama"setinggi/sejauh mana kita pergi ,jangan lupa dari mana kita datang,satu masa kita akan bermula kembali dari pada bawah",,,jadi apalah salahnya kita kembali mengenang sejarah sedikit bagaimana golongan terdahulu sebelum merdeka berjuang iaitu bergolok bergadai...tetapi kita tidaklah sampai saya harap kita begitu cuma apalah salahnya ds mulai dengan setiap kali berlakunya pemilihan akan datang tidak perlu lagi generasi dididik dengan budaya setiap kali umno nak undi mesti juak2 tanya "tak de apa2 ke,tak kan kosong je"...dan sebagai pemimpin yang berani berubah anggaplah ia kata2 gurau senda tetapi yakinlah rakyat tidak perlu disogok ditelinga mereka dengan cerita2 seronok yang merosakkan parti keramat ini.umno akan hancur kerana perkara ini.apa jadi anak2 kami akan datang ds.apakah mereka terpaksa pertuankan ah chong atau samy,mereka tidak akan menikmati nikmat yang kita rasa sekarang tetapi bukan kerana salah mereka tetapi meraka akan mencemuh dan mengutuk kita jika umno tidak berkuasa lagi.
    SEMOGA UMNO KEMBALI BERJUANG TANPA SOGOKAN2 ITU DAN INI LAGI.HIDUP UMNO!!!wassalam.

    ReplyDelete
  35. 1. Apa nak jadi dengan parti-parti komponen BN di Semenanjung sekarang ini. Bila BN dah tak dapat majoriti 2/3 di Parlimen pada PRU-12 yang lalu, maka sekarang ini macam-macamlah ragam mereka ini. Larat ke para pemimpin UMNO yang sedang sibuk bertarung dalam pemilihan UMNO menjelang MAC tahun depan menjawab serta menangkis segala permintaan yang bukan-bukan daripada para pemimpin Gerakan, MCA dan MIC ni..?

    2. Dulu, bila Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berceramah dalam kempen dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dengan mengatakan bahawa orang cina di malayasia ini adalah kaum pendatang dari negeri China, maka Pemimpin Gerakan di Pulau Pinang telah marah yang akhirnya BN telah membuat keputusan mendesak UMNO untuk mengambil tindakan tegas pada Datuk Ahmad Ismail. Akhirnya UMNO telah menggantung keahlian Datuk Ahmad Ismail selama tiga tahun. Dalam pada itu Gerakan Pulau Pinang telah membuat keputusan memutuskan hubungan dengan UMNO negeri Pulau Pinang dan tidak akan menghadiri sebarang majlis anjuran UMNO di Pulau Pinang. Sehingga sekarang Parti Gerakan Pulau Pinang masih lagi memulaukan UMNO Pulau Pinang. Apa pula tindakan BN kepada keputusan biadap pemimpin Gerakan Pulau Pinang ini..? Apa.. Pemimpin UMNO sekarang takut ke..? Nampaknya UMNO dah kena buli dengan Gerakan Pulau Pinang..!

    3. Selepas itu, dalam Mesyuarat Agong Wanita Parti Gerakan baru-baru ini, Ketua Wanita Gerakan, YB Dato' Tan Lian Hoe yang merupakan Timbalan Menteri Penerangan telah membuat kenyataan bahawa semua orang Melayu di negara ini juga adalah kaum pendatang yang berasal dari Sumatera dan pelbagai wilayah di Indonesia. Beliau menjelaskan lagi bahawa penduduk asal negara ini hanya penduduk orang Asli sahaja. Apa tindakan UMNO ke atas keceluparan kenyataan YB Dato' Tan Lian Hoe ini..? Kenapa UMNO tidak mendesak supaya Ketua Wanita Gerakan ini digantung keahliannya sepertimana Datuk Ahmad Ismail? Ataupun, kenapa tidak digantung sahaja tugasnya selaku Timbalan Menteri Penerangan sebagaimana yang pernah dilakukan kepada Dato' S.Sotinathan ( MIC ) pada tahun 2005 yang lalu. Nampaknya UMNO kena buli lagi...! Hantam sajalah labu... Yang dah tentu dan pasti kena buli ialah ahli-ahli UMNO Bahagian Grik di Perak termasuk Ketua Bahagiannya Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali. Dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, UMNO Bahagian Gerik telah mengorbankan Kerusi Parlimen Gerik yang dulunya milik UMNO kepada Gerakan dengan memberi laluan kepada Ketua Wanita Gerakan ini untuk tanding kerusi Parlimen Gerik. Melayu di Gerik telah diperbodohkan oleh seorang perempuan cina ini yang langsung tidak menghargai jasa pengundi-pengundi Melayu di kawasan Gerik. Bacul dan dayus sungguh orang melayu di Gerik yang telah mengundi Ketua Wanita gerakan ini dalam Pilihanraya Umum ke-12 tempohari..! Apa nak buat, UMNO sekarang lemah..!

    4. Baru-baru ini juga, MCA, Gerakan dan MIC telah menggesa pihak kerajaan supaya ISA dimansuhkan dan mendesak supaya para pemimpin Hindraf yang ditahan ISA supaya dibebaskan. Samy Velupun seperti jurucakap dan juga seolah-olah seperti Penaung Kehormat kepada Hindraf, yang mana beliaulah yang begitu lantang mendesak kerajaan supaya membebaskan 5 orang pemimpin Hindraf daripada ISA sebelum Depavali baru-baru ini. Orang yang buat kerja-kerja jenayah dan juga pengkhianat negara seperti Hindraf inipun nak dibela oleh MIC kerana pentingkan undi kaum India.

    5. Di selangor lagi malang, kedengaran juga cakap-cakap nakal dari kalangan para pemimpin pembangkang kahsnya DAP dan Keadilan ( non muslim ) yang mempertikaikan laungan azan subuh di masjid-masjid yang berhampiran dengan taman-taman serta kawasan perumahan. Kononnya suara laungan azan ini mengganggu tidur lena mereka. Apa.. mereka tak sedar ke selama ini terdapat di kalangan kaum cina yang berarak keliling bandar dan taman yang membujat tarian naga. Tak buat bising ke..? Sama juga dengan orang Hindu yang pada setiap tahun di hari Thaipusam, mereka telah berarak di dalam bandar melalui jalan-jalan utama ke Batu caves untuk mengarakkan Kavadi dan sebagainya sehingga POlis Traffic dan Dewan bandaraya terpaksa menutup jalan-jalan tertentu untuk memudahkan laluan mereka. Ini tak ganggu orang melayuj dan Islam di sekitarnya ke..? Nampaknya umat islam dan Melayu di negara ini dah jadi kaum pengemis di negara sendiri. Tak bebas lagi macam dulu. Semua yang kita buat nak kena restu dulu daripada kaum cina dan India di tanahair kita sendiri. Padan mujka orang-orang Melayu di Malaysia ni..!

    6. Yang terbaru hari ini, Naib Presiden MCA yang baru dipilih, YB Dato' Liow Tiong Lai yang merupaka Ahli Parlimen Bentong ( wakil rakyat kawasan saya ) telah membuat gesaan supaya Ekuti 30% Bumiputra dalam syarikat-syarikat kerajaan dihapuskan supaya ianya dibuka kepada pasaran bebas. Apa nak jadi negara kita ni. Akhirnya nanti, Telekom, TNB, PNB, Pos Malaysia, MAS dan sebagainya dikuasai oleh Amerika dan Yahudi. Saya amat marah dan cukup naik angin dengan kenyataan Ahli Parlimen Bentong ini kerana dia adalah wakil rakyat kawasan saya yang saya undi dan sokong dalam Pilihanraya Umum ke-12 tempohari. Insya Allah kalau usia saya panjang menjelang PilIhanraya Umum ke-13 nanti, saya secara peribadi serta kaum keluarga saya seramai 200 orang pengundi di Bentong tidak akan memberi undi lagi kepada calon ini. Biarlah saya diambil tindakan oleh UMNO ataupun BN di atas undi sabotaj saya ini nanti daripada saya menggadaikan maruah melayu kepada pemimpin yang sedemikian.

    7. Apa nak jadi dengan UMNO ni.. Siapa yang kena buli.. UMNO yang kena buli ataupun UMNO yang dibuli..? Insya Allah, saya akan berlatih mulai daripada sekarang untuk belajar bagaimana untuk membuli para pemimpin Parti Gerakan, MCA dan MIC di Bentong. Ini kerana semua ketiga-tiga parti komponen BN ini bertanding di kawasan Bentong. Ayuh..! wahai bangsaku Melayu yang seagama dengan ku (Islam), marilah kita gerakkan penyatuan umat melayu dan Islam di negara ini bagi memberi pengajaran kepada pelampau Hindu dan pelampau kaum Cina di negara ini agar tidak lagi membuat kenyataan-kenyataan biadap kepada Umat melayu dan Islam di tanahair kita.

    ReplyDelete
  36. Hantarkan cadangan anda : Pak Lah Bapa ……(apa)…. Malaysia?
    Sila buat cadangan dengan seikhlas hati dan sertakan kenapa anda mencadangkan begitu.

    http://duriankuning.blogspot.com/2008/11/pak-lah-bapa-apa-malaysia.html

    tq.

    ReplyDelete
  37. Isunya cuma perspektif dan pelaksanaan.

    Orang bukan melayu berasa tertekan dengan sistem kuota dan merasakan ini adalah salah satu cara orang Melayu mencuri ekonomi mereka - ini tidak tepat!

    http://malaymind.blogspot.com/2008/08/greedy-master-of-supply-chain.html

    Yang kedua, rakyat melayu sendiri begitu jelek dengan perjuangan separuh jalan pemimpin melayu yang menggunakan DEB untuk hanya membantu kroni dan rakan taulan.

    Ubatnya cuma penerangan kepada bukan melayu secara berhemah dan ketelusan dalam pelaksanaan DEB.

    ReplyDelete
  38. Sebenarnya kegagalan orang-orang Melayu mencapai pegangan ekuiti sebanyak 30% saperti yang digariskan didalam DEB adalah berpunca dari kelemahan pemimpin-pemimin Melayu sendiri khususnya pemimpin UMNO yang menerajui Kerajaan.

    Kepimpinan UMNO terutamanya dibawah TDM dilihat hanya memberikan atau mengagihkan projek-projek dari yang besar sehingga kepada yang kecil, hanya kepada kroni-kroni mereka sahaja tanpa mengambil kira sama ada kroni mereka itu mempunyai kebolehan atau pun tidak.

    Cuba kita lihat kepada projek lebuhraya utara-selatan (PLUS) misalnya. Ia dipertanggungjawabkan kepada seorang individu. Oleh kerana banyak kemalangan jalanraya yang berlaku di lebuhraya tersebut, individu yang sama telah diberikan tugas untuk menguruskan sebuah hospital swasta pula. Kemudian Kerajaan mendapati pengguna lebuhraya tersebut agak kesunyian apabila menggunakan lebuhraya tersebut. Dengan itu individu yang sama telah dipertanggunjawabkan pula untuk mengurus rangkaian radio agar pengguna lebuhraya tersebut tidak kesunyian lagi.

    Lama kelamaan tugas-tugas yang diberikan kepada individu tersebut tidak dapat diurus dengan berkesan kerana sudah tidak terbawa dek badan.

    Kita mesti ingat, seorang pakar itu hanya boleh menjadi pakar didalam satu bidang saja. Pakar ENT misalnya, hanya tahu tentang hidung, telinga dan tekak. Mereka tidak tahu tentang gigi meskipun gigi terletak diantara tekak dan hidung.

    Ini lah kelemahan kepimpinan UMNO yang membawa kepada kegagalan DEB dan bukannya disebabkan oleh orang-orang Melayu haprak!!!

    Strategi yang digunakan oleh kepemimpinan UMNO itu lah yang menyebabkan kegagalan DEB. Strategi ini di panggil 'damage limitation' strategi.

    Kepimpinan UMNO tidak mahu terlalu ramai yang tahu akan ketirisan atau kickback yang berlaku didalam sesuatu pemberian projek itu.

    Dan ini lah akibatnya. Orang-orang Melayu terpinggir didalam arus perkembangan dan agihan kekayaan yang digariskan oleh DEB.

    Oleh kerana kroni-kroni yang menerima kontrak-kontrak tersebut tidak mempunyai kebolehan, mereka terpaksa menjalankan perniagaan itu dengan berkonsepkan Ali-Baba dan lazimnya pengagihan adalah saperti berikut: 30% diberikan kepada Baba sebagai Sub-Con, 30% diberikan kepada peniaga Cina yang lazimnya mengawal bahan-bahan asas (raw materials),30% lagi pergi ke Bangladesh dan Indonesia sebagai upah. Kontraktor Melayu/UMNO hanya mendapat 10% yang mana 5% darinya perlu diberikan kepada pihak-pihak berkuasa agar mereka mempercepatkan proses pembayaran.

    Dengan 5% yang diperolehi oleh kontraktor Melayu/UMNO itu, lazimnya 1% atau 2% digunakan untuk membeli kereta-kereta mewah saperti Mercedes dan sebuah banglo dikawasan Damansara atau Taman Melawati serta sebuah banglo di kampung halaman mereka untuk mereka balik berhari raya.

    Ini lah sebenarnya yang terjadi dan sebab itu lah DEB meskipun sudah melewati tarikh jangka hayatnya tetapi orang-orang Melayu masih lagi miskin.

    Dalam ertikata lain, DEB hanya mampu melahirkan beberapa orang elit Melayu sahaja dan semua mereka itu terhakis apabila krisis ekonomi melanda negara ini pada tahun 1997/1998.

    Saya berharap sdra sebagai anak muda yang bakal memimpin negara tidak sekali-kali mengulangi perkara yang terkutuk ini sekiranya sdra benar-benar ikhlas didalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

    Jangan lah kita bertindak saperti ultra-Malay apabila tiada tempat didalam UMNO tetapi MUDAH LUPA selepas orang-orang Melayu memberkan mandat dan kepercayaan.

    Hendaknnya sdra belajar lah dari sejarah dan jangan sekali-kali mengkhianati bangsa sendiri.

    Saya serta kaum-kaum bapa yang lain (yang juga mempunyai rangkaian diseluruh Malaysia) akan memberikan sokongan kepada sdra. Inshaalah.

    ReplyDelete
  39. Salam...

    Pelbagai cara orang untuk menyalahkan siapa saja jika hasrat hati tidak tercapai.sekarang ini ketua keadilan negeri selangor Khairul Anuar Ahmad Zainudin mahu kerajaan negeri tukaq canselor Unisel kerana dia bini Datuk Seri Najib.

    ini seorang lagi mangkuk hayun yang belagak ranggi dan buat siru pulak...Lebih kepada kekuasaan dan kekayaan bukan memikirkan hala tuju mahasiswa atau mahasiswi dalam dunia yang mencabar ini..terutama orang melayu walaupun ada 30 peratus tetapi masih juga di takuk lama kerana orang melayu masih lagi tidak berubah dengan phd dia

    ReplyDelete
  40. Salam Dato' KT,
    Tahniah le kerana dapat pencalonan yang cukup untuk bertanding jawatan KP UMNO.
    Sekiranya DSKT antara calon yang menggunakan RM untuk dapat pencalonan, saya harap DSKT menarik diri dari bertanding kerana baka perasuah politik akan dikuburkan oleh pengundi pada PRU 13 nanti walaupun menang KP.
    Kalau blog DSKT sekadar menulis tentang satu-datu isu tanpa DSKT sendiri mempraktik sewaktu jadi MB dulu..ia akan jadi "tulis tak serupa cakap"..
    Walau apa apapun "matlamat tak menghalalcara ".
    Selamat berjuang.

    Anak_Parit

    ReplyDelete
  41. Dato Seri

    Apa apa hal yang terjadi sekarang
    Saya tetap menyalahkan 'The Boss'.

    Itula, bagi muka sangat...

    Sekarang, mereka dah nak pijak kepala...

    ReplyDelete
  42. Kedudukan BN yang semakin lemah selepas pilihnraya terutamanya MCA, MIC dan Gerakan telah menyebabkan banyak pemimpin kanan parti komponen tersebut cuba untuk menjadi hero dan lebih agresif memperjuangkan kepentingan kaum dan ideologi masing-masing.

    Pegangan ekuiti 30% bumiputera masih belum dicapai. Tekanan untuk mengurangkan hak istimewa orang Melayu oleh bukan Melayu semakin meningkat.

    UMNO perlu berhati-hati dalam menarik undi bukan Melayu. Jangan sampai hak istimewa orang Melayu terhakis dan tergadai.

    Jika hendak mengurangkan hak istimewa orang Melayu ketika ekonomi global semakin muram dan Malaysia pastinya akan turut menerima kesan, hak bukan Melayu patut juga dikaji semula.

    Biar ada menang-menang di kedua-dua belah pihak.

    ReplyDelete
  43. Dato seri

    Aku malas nak tulis banak banak kat sini.

    Bukan ada apa apa tindakan pun.

    Buat letih je.

    Itu la pasal, masa ada kuasa tak nak jaga orang betul betul, sibuk mengumpulkan harta sendiri sahaja.

    Lepas tu bila dah kalah, macam macam bunyikkkkkkkk.

    Finally, siapa suruh bagi muka sangat kat CIna/Keling????


    Padan muka kita semua Melayu kena pijak

    TA TA

    Alid cakap: Melayu sekarang semua mata duitan, sebab PM yang bentuk jadi mata duitan.

    Fikir sendiri la

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum Dato' Seri

    Adakah disebabkan ketuanan melayu menyebabkan kaum Melayu mundur atau tidak berjaya mencapai kejayaan dalam Negara sendiri. Bagaimana pula Melayu-Melayu yang berjaya dan maju seperti contoh Datuk Zaid Ibrahim yang begitu berjaya dalam industri guaman, adakah dia bukan orang Melayu yang bernaung di bawah konsep dan dasar ketuanan Melayu.

    Namun demikian, tidak boleh dinafikan juga ramai lagi orang-orang Melayu yang tidak berjaya dan berada jauh ketinggalan di belakang kaum Cina dan India. Adakah ini menjadi sebab untuk mengatakan bahawa ketuanan Melayu itu tidak berjaya dan gagal untuk memajukan orang Melayu?.

    Kenapa ketuanan Melayu yang dipersalahkan. Sepatutnya perkara berkaitan hak-hak orang Melayu tidak wajar dijadikan sebab dan alasan untuk kejayaan dan kegagalan orang Melayu, tetapi kejayaan dan kegagalan orang Melayu setelah 50 tahun merdeka hendaklah ditujukan kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang mendokong dan menerajui orang Melayu itu. Disebabkan dasar merekalah maka, setelah 50 tahun, hanya setakat ini kedudukan orang Melayu. Bukannya disebabkan hak-hak keistemewaan atau hak-hak orang Melayu yang menjadi penghalang.

    Hak dan keistemewaan ini janganlah hendaknya disentuh sama sekali oleh mana-mana pihak samada orang Cina, India atau mana-mana kaum termasuk orang Melayu sendiri kerana hak-hak keistemewaan ini telah dipersetujui bersama sejak sekian lama antara pemimpin-pemimpin kaum terdahulu dan ianya bukan untuk digadaikan bagi menjamin kejayaan dan kegagalan mana-mana kaum di Negara kita ini atau dijadikan sebab atas kegagalan dan kejayaan sesuatu kaum di Negara ini.

    ReplyDelete
  45. pemimpin pemimpin melayu sekarang bacul. tak layak pun kadi pemimpin DS .The truth pemimpin melayulah yg memecah belahkan bangsa melayu dengan kebaculan mereka.

    ReplyDelete
  46. DSKT,
    Sebenarnya, politik jaga hati ini telah dipraktikkan oleh BN sejak sekian lama lagi. Untuk menjaga hati MCA dan Gerakan, Pak Najib sanggup berkata utk menghapuskan DEB secara perlahan-lahan. Demi menjaga hati MIC, diberikan kelonggaran untuk membebaskan tahanan HINDRAF.Demi menjaga hati rakyat Sabah, di danakan sebanyak mungkin untuk kesenangan rakyat Sabah untuk mengelak berlaku peralihan kuasa kepada PR. Jelas bajet 2009 adalah bajet sabah dan sarawak...bajet tu menjaga hati siapa??Politik ini memang untuk menjaga hati semua pihak YB.. Soalnya ikhlas ke tidak untuk memberi kebaikan kepada keseluruhan rakyat.
    DSKT pun masih menjaga hati perwakilan UMNO untuk Datok Seri mendapat undi mereka pada pemilihan akan datang...Banyak nak kena jaga hati tu Datok.. I wish you good luck

    ReplyDelete
  47. Salam, Dato' Seri,

    Kebelakang ini kita dapati bahawa, pelbagai pihak terutama pemimpin-pemimpin politik samada dari Pembangkang ataupun dari kalangan parti pemerintah samada Melayu dan Bukan Melayu telah berani menyentuh berkenaan hak istimewa orang Melayu. Walaupun UMNO pada dasarnya merupakan parti yang berjaya untuk memastikan hak keistemewaan orang Melayu dicatat dalam Perlembagaan, tetapi disebabkan agenda tertentu para pemimpinnya kebelakang ini, sedikit demi sedikit hak-hak istemewa ini terhakis. Bermula dengan Bahasa Melayu, diikuti dengan istitusi Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Biasiswa, Meritokrasi, DEB, hak istemewa orang melayu ini dinafikan. Malah ada pemimpin Melayu yang berani menyatakan bahawa hak istemewa orang Melayu ini menjadi punca kemajuan dan kejayaan orang Melayu. Jika perkara ini tidak diambil satu langkah pencegahan, dikhuatiri hak istemewa orang melayu hanyalah dicatat dalam lipatan sejarah tanahair sahaja.

    Bagi memastikan hak-hak orang Melayu ini terus terpelihara dan dipertahankan, maka satu langkah yang bijaksana perlu dilakukan oleh mereka yang berada diluar parti politik. Penubuhan satu Suruhanjaya khusus yang fungsinya untuk menjaga hak-hak Istemewa orang melayu ini difikirkan satu langkah tepat sebelum terlambat. Suruhanjaya yang dihubungkan secara langsung dengan Institusi Raja-Raja Melayu hendaklah memainkan peranan untuk memantau segala yang menyentuh hak istemewa orang Melayu termasuk dasar-dasar diwujudkan oleh kerajaan, peraturan-peraturan dan langkah-langkah yang diambil oleh sesiapa sahaja di Negara ini. Jika didapati ada yang menyentuh berkaitan hak istemewa orang Melayu seperti Dasar penggunaan Bahasa Inggeris dalam bidang-bidang akademik, penggunaan papantanda, dan lain-lainnya, suruhanjaya yang ditubuhkan itu hendaklah memainkan peranan untuk mengkaji dan mencadangkan suatu tindakan kepada Raja-raja Melayu.

    Mungkin ada pihak yang mempersoalkan kenapa perlunya penubuhan Suruhanjaya ini sedang diketika yang sama telah banyak pertubuhan-pertubuhan yang membela nasib orang melayu termasuk UMNO yang kononnya menjadi pembela utama orang Melayu. Memang tidak dinafikan, telah banyak pertubuhan-pertubuhan yang digambarkan menjadi pembela hak istemewa orang Melayu, akan tetapi kebanyakan daripadanya adalah badan-badan yang mana dilihat tidak berupaya untuk menghalang pemimpin-pemimpin Melayu dan pemimpin bukan Melayu dari terus menggunakan hak istemewa orang Melayu untuk kepentingan politik mereka. Dalam pada itu, para ahli-ahli akademik hanya memberikan pandangan-pandangan mereka hanya apabila mereka merasakan perlu untuk berbuat demikian ataupun setelah sesuatu dasar itu telah dilaksanakan. Itu hanya dikalangan mereka yang berani dan berasa bertaqnggungjawab untuk bersuara. Jika dirasakan tidak perlu , mereka hanya membincangkannya dalam ruang lingkup mereka sahaja.

    Diharapkan apabila tertubuhnya satu Suruhanjaya yang khusus menjaga kepentingan hak istemewa orang Melayu ini, maka tidak tanduk pemimpin-pemimpin politik dan badan-badan NGO dapat dipantau oleh satu badan bebas. Mereka yang mengangotai Suruhanjaya ini hendaklah terdiri daripada mereka yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam politik dan yang penting keputusan-keputusan yang diambil oleh mereka hendaklah jangan dipolitikkan.

    Saya percaya, jika ada satu suruhanjaya yang menjaga kepentingan dan hak istimewa orang Melayu yang digariskan dalam Perlembagaan, maka tidak ada pihak-pihak dengan sewenang-wenangnya memperkotak-katik Hak-Hak Orang Melayu tanpa dikenakan sebarang tindakan yang wajar mengikut Akta-Akta yang tertentu.

    ReplyDelete
  48. Dh berapa banyak duit abis nakkan pencalonan ni dato seri? bagi kat org miskin kan bagus, bg kat diaorg tu bukan dapat apa pun, kalau jadi kp pn belum tentu dapat songlap duit dah lepas ni, rakyat dah bijak,

    ReplyDelete
  49. sdr wakmempelam dan sahabat bloggers yang lain'

    Bagi saya kerajaan pakatan rakyat selangor tidak mampu membawa sebarang penambahbaikkan kerana melaljui baget pertamanya kita lihat sasaran pencapaian kdnk hanya sekitar 5.2%,sasaran yang terendah sejak 10 tahun ini.

    Hari kerajaan pakatan rakyat dan pendokong pendokong mereka sedang bergaduh berebut rebut kerja kerja dipihak pbt,ada tiga kumpulan siapa dapat lebih merasa seronok dan yang dapat sedikit rasa kecewa,terlupa oleh mereka taraf perkhidmatan pbt semakin merosot,penduduk bandar akan menghadapi situasi jalan yang tidak diselenggara dgn baik,kutipan sampah yang mengikut jadual,lampu jalan tak menyala dan sebagainya,kita akan melihat perkara ini berlaku dalam masa 6 bulan ini.

    ReplyDelete
  50. Saya agak kecewa, apabila terdapat pihak yang mendakwa bahawa “politik wang” bukanlah rasuah, sebaliknya “politik wang” merupakan duit kopi, atau duit ehsan daripada seseorang ahli politik yang “baik hati” yang diberikan kepada para pengikutnya, demi perjuangan untuk mengejar sesuatu jawatan dalam parti. Lantaran itu, para ahli politik yang mengejar jawatan ini telah “menabur” sebanyak mungkin wang di bahagian-bahagian UMNO seluruh Malaysia demi memastikan nama mereka dicalonkan bagi melepasi syarat kuota yang ditetapkan.


    Mendakwa bahawa “politik wang” bukanlah satu bentuk rasuah, merupakan pembohongan dan penipuan terhadap kebenaran dan menafikan larangan Allah berhubung isu tersebut. “Politik wang” yang diketahui umum, merupakan sogokan dan pemberian wang tunai kepada seseorang, agar orang tersebut mengundi atau menyokongnya untuk mendapatkan sesuatu jawatan. Dengan kata lain, “politik wang” ialah istilah bagi perlakuan menggunakan wang ringgit dalam pertandingan atau dalam mempengaruhi seseorang ahli atau perwakilan, bagi meraih sokongan terhadap seseorang calon yang bertanding merebut jawatan yang dipertandingkan.


    Secara mudah, wang tunai diberikan kepada pengundi bagi mendorong mereka mengundi calon berkenaan. Selain wang, pemberian berbentuk hadiah, barangan seperti kain pelekat / kain batik, dan pemberian tender atau kontrak tertentu jika bertujuan mempengaruhi pengundi, juga digolongkan sebagai politik wang.


    Dengan kata mudah, “politik wang” ialah rasuah politik. Itu sahaja. Persoalan sama ada seseorang yang sudah menerima wang tersebut akan mengundi si pemberi atau tidak, itu soal lain. Namun demikian, si penerima tadi tetap dianggap sebagai penerima rasuah, tanpa ragu. Hukum tetap jatuh, sekalipun orang tersebut mendakwa bahawa beliau tidak mengundi si pemberi rasuah itu.


    Rasuah boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, dan tidak terbatas kepada penyogokan wang ringgit semata-mata. Malah, kadangkala rasuah berlaku secara terhormat dan terang-terangan, umpamanya, seorang calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia menaja kos melancong bagi Ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian ke luar negara kerana sesuatu tujuan peribadi, seperti sedang berkempen untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada Mac depan, termasuk juga sebagai rasuah. Contoh lain, seperti seorang klien sengaja mengalahkan diri dalam sesuatu perlawanan kerana mahu menjaga hubungan perniagaannya, turut dianggap rasuah. Seorang pelajar, menghadiahkan sesuatu kepada gurunya kerana mahu mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan turut dimasukkan dalam jenis-jenis rasuah. Banyak lagi perlakuan rasuah yang berlaku secara terselindung dan terhormat. Semua ini tetap haram dan berdosa. Tiada keraguan lagi.


    Rasuah mempunyai definisi yang sangat luas dan tidak terbatas kepada pemberian berupa wang, hadiah atau sebagainya kepada seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu pulangan, atau habuan untuk kepentingan peribadi atau kelompoknya dengan mudah. Rasuah turut merangkumi aspek motif dan hubungan interpersonal, strategi dan wawasan, perundangan dan keagamaan. Dari segi motif misalnya, seseorang dianggap melakukan rasuah jika motifnya ketika melakukan sesuatu pekerjaan diselitkan dengan kepentingan peribadi atau kelompok.


    Jelas, “politik wang” merupakan nama lain bagi rasuah – demi menghalalkan perbuatan kotor tersebut. Dengan kata lain, “politik wang” merupakan perilaku mungkar manusia yang nipis iman dan akhlaknya, demi mengejar jawatan dalam politik serta mengikut dorongan syaitan dan hawa nafsu bagi memenuhi kepentingan diri dan mendapatkan jawatan dengan mudah.


    Maka, “politik wang” merupakan jalan seseorang dalam usaha mendapatkan jawatan dalam sesuatu badan politik dengan cara yang batil dan zalim. Al-Quran jelas melarang umat Islam daripada mengambil atau menerima sesuatu secara batil seperti firman Allah dalam surah al-Nisa’ (4:29) yang berbunyi:


    “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu."



    Hal ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang berbunyi, “Sesuatu yang haram diambil (diterima) haram juga diberi.” Kaedah ini menjelaskan hukum haram menerima dan memberi rasuah.



    Membanteras “politik wang” dalam UMNO merupakan suatu jihad bagi setiap ahli-ahli UMNO yang ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negaranya. Jatuh berdosa jika tiada ahli UMNO yang menggerakkan perjuangan untuk membanteras kebejatan tersebut. Abu Hurairah meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:


    “Rasulullah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya dalam suatu hukuman.” (Riwayat Al-Tarmizi).



    Apabila Rasulullah menggunakan perkataan “melaknat” maka hukumnya adalah haram. Itu adalah jelas. Malah, dengan lebih tepat Allah mengharamkan perbuatan rasuah dalam surah al-Baqarah (2:188) yang berbunyi:


    “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”


    Para mufassir mengkategorikan takrif memakan harta secara batil itu kepada beberapa cara, iaitu :


    1. Memakannya secara riba


    2. Mengambilnya dengan cara yang tidak benar seperti menipu, rasuah, mencuri dan sebagainya.


    3. Melakukan sesuatu penjualan dan pembelian dengan cara yang cepat dan tergopoh-gapah sehingga melahirkan rasa penyesalan dan tidak puas hati bagi pihak yang berakad.


    Jelas, sesungguhnya “politik wang” adalah sama dengan rasuah. Hukumannya juga adalah jelas, yakni haram. Semua ahli politik yang menerima dan memakan makanan hasil daripada “politik wang” adalah sah dianggap sebagai penerima duit haram. Dan nabi bersabda,


    “Wahai Ka’ab bin Ajrah, sesungguhnya tidak akan masuk syurga daging (anggota badan) yang tumbuh daripada suht (haram).” (Riwayat Al-Darimiy).


    Lantaran itu, mana-mana ahli UMNO yang memberi rasuah untuk mendapatkan sesuatu jawatan merupakan manusia yang dilaknat oleh Allah dan Rasul-Nya. Oleh sebab itu, semua ahli UMNO wajib menolak “politik wang” jika tidak mahu musibah dan bala Allah turun kepada mereka. Sesungguhnya, saya telah menyampaikan apa-apa yang telah saya ketahui, terpulanglah kepada para pembaca untuk menerima atau pun tidak. Yang hak dan batil itu sangat jelas dan terang, dan mengapa kita masih memilih jalan untuk ke neraka? Wallahulam.

    ReplyDelete
  51. Sdr wmu350dan sahabat bloggers,

    Saya aetuju dgn pandangan sdr UMNO mesti berani utk melakukan perubahan,persoalannya berubah yang bagaimana?. Adakah perubahan struktur organisasinya,atau perubahan prinsip perjuangannya atau berubah rupabentuk keahliannya atau hanya perubahan pucuk pimpinan?.

    Bagi saya UMNO perlu berani kembali keasal tujuan penubuhannya,walaupon saya sedar tidak ramai orang melayu memahami tujuan UMNOdiwujudkan hinggakan ada yang berpandangan UMNO ditubuhkan utk mengaut kekayaan negara,parti kroni,parti perkauman dan sebagainya.

    Sebenarnya perjuangan UMNO adalah jelas sejak ia ditubuhkan iaitu UMNO berjuang mengangkat martabat agama Islam dan UMNO berjuang utk mengangkat harakat bangsa melayu.

    Bukti UMNO mengangkat martabat agama Islam ialah bilamana UMNO terlibat dalam pembetukkan perlembagaan negara,pemimpin UMNO dgn jelas meletakan Agama Islam sebagai agama persekutuan dgn membenarkan agama lain diamalkan secara aman(PAS masih tudak wujud lagi pada ketika ini),termaktub dalam perkara 3 perlembagaan negara.Kita lihak waima negara Indonesia merupakan negara islam teramai jumlah ummat islamnya pon tidak sanggup meletakkan islam sebagai agama persekutuan negara tersebut.

    Hasil daripada itu wang disatukan kerajaan boleh digunakan utk membangun dan mengembangkan dakwah islam.Membina masjid surau dan sekolah agama islam dgn wang kerajaan adalah satu keperluan dan dibolehkan dalam undang undang.Ini membezakan agama Islam dgn agama lain,Sebab itu penganut agama lain tidak berhak mempersoalkan wang kerajaan digunakan utk membangun dan mengembangkan agama Islam.

    Saya melihat sejak akhir akhir ini ada pemimpin parti politik tertentu sering mempersoalkan mengapa agama lain tidak mendapat layanan yang sama dgn agama Islam.Bagi saya jika tidak berpuas hati eloklah mereka cadangkan adakan pindaan perlembagaan,jangan berselindung di belakang hak asasi manusia ataupon demi keadilan.

    Bukti UMNO berjuang mengangkat harakat bangsa,ialah dinyatakan dgn jelas dalam perlebagaan spt dalam perkara 32,kedudukan DYMM Agong dan kedudukan raja raja berperlembagaan,perkara 152,bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan,perkara 153,hak istimewa orang orang melayiu,Tidak banyak negara yang sanggup melakukan semua ini demi menjaga kesejahteraan ummat melayu,tetapi UMNO dgn jelas melakukan satu tindakan yang cukup jelas dan berani melakukan semua ini kerana ia selari dgn penubuhannya utk agama dang bangsa.

    Akhir akhir ini UMNO tidak ternampak jelas memperjuangkan keperuan dan kepentingan agama Islam dan juga ternampak kendur dalam mempertahankan hak bangsa melayu yang akhirnya ia diberi imej buruk yang menyebabkan orang melayu mula menjauhkan diri dari UMNO.

    Jika semua pemimpin kembali kepada tujuan asal penubuhan UMNO,imej pemimipin yang menerajui UMNO berimejkan agama dan perjuangan bangsa saya yakin UMNO akan kukuh kembali,memanglah kita kan menerima tekanan dari parti lawan mahupon parti dalam komponen BN sendiri,tetapi pengukuhan UMNO adalah merupakan pengukuhan BN,kukuh UMNO kukuh lah juga BN.

    Persoalannya sanggupkah kita melakukan langkah berani tersebut?.sanggupkah kita menghadapi resiko disisihkan oleh pengundi bukan melayu dalam pilihanraya akan datang?.

    ReplyDelete
  52. Sdr cengho dan sahabat bloggers lain,

    Saya pernah dituduh bersikap perkauman bila mana saya memperjuangkan hak orang melayu dan agama islam oleh pemimpin bukan melayu,salahkah saya memperjuangkan apa yang menjadi hak kita malah termaktub dalam perlembagaan,jika saya bersikap perkauman kerana menegakkan apa yang telah dipersetujui dalam perlembagaan,maka saya ingin bertanya kpd mereka adakah perlembagaan negara adalah perlembagaan bersifat perkauman?.

    Apa pandangan sdr bila mana pemimipinmereka memperjuangkan kepentingan kaum mereka,bahasa mereka,agihan ekonomi utk kaum mereka,adakah mereka ini tidak bersikap perkauman?.

    Saya kurang faham mengapa bila pemimpin melayu berjuang utk kaum melayu dianggap bersifat perkauman,tetapi pemimipin kaum lain melakukan perkara yang sama dianggap tidak.

    Bagi saya ,perjuangan saya tetap utk kepentingan agama Islam dan orang melayu kerana UMNO ditubuhkan utk memperjuangkan agama dan bangsa.

    ReplyDelete
  53. Sdr labulabi dan sahabat bloggers lain,

    Selama lapan tahun saya diamanahkan utk menerajui selngor kdnk negeri selangor pada purata 7%,lebih tinggi dari kerajaan persekutuan,sumbangan kdnk selangor kepada kerajaan pusat ditingkatkan hingga mencapai tahap tertinggi 25%,Ini bereti ekonomi selangor berkembang baik pada ketika itu,ekonomi orang melayu juga menungkat sebagai bukti jumlah kutipan zakat telah meningkat dari hanya 40 juta pada tahun 2000 kepada 200juta tahun 2007.

    Malangnya dalam baget kerajaan negeri oleh pakatan rakyat abru baru ini hanya mensasarkan anggaran kdnk sekitar 5.2% sahaja, takpalah kerana ia dipimpin oleh tokoh koporat yang hebat sehinnga diberhentiikan dari PNB.

    ReplyDelete
  54. OLEH KERANA INI ADALAH TEMPAT KITA BERTUKAR2 PANDANGAN ,SAYA NAK LUAHKAN PERUBAHAN YANG SAYA DAN RAKAN2 NAK....

    PERUBAHAN SIKAP DARI YANG LAMA KEPADA YANG BARU.TIDAK PERLU DIUBAH PEMIMPINYA.SEPERTI DS.... MEMANG MENJADI HARAPAN TETAPI JIKA DS MASIH TAKUT2 DENGAN PERWAKILAN DAN MEMBERI ITU DAN INI...ITU MENCEMAR NAMA DS SENDIRI.MENGAPA IA DIIZINKAN KEPADA PEMBANGKANG DAN RAKYAT ATAS PAGAR MENCEMAR NAMA DS.SAYA DAH KATA SAYA RELA DIBENCI DAN DIMAKI OLEH AHLI UMNO SENDIRI DEMI MENEGUR DAN MENYATAKAN APA YANG SAYA TAK SUKA PEMIMPIN UMNO BUAT... DARIPADA ORANG LUAR MENGATA DAN MENGHINA PEMIMPIN PARTI SAYA SENDIRI.DIMANA MARUAH SAYA DAN GOLONGAN MUDA YANG BERANI BERSUARA INGIN MEMBELA JIKA AIB PEMIMPIN SAYA ,SAYA TIDAK BOLEH PERTAHANKAN.DIMANA MARUAH KAMI DS!!!

    JIKA SELEPAS INI DS BENAR2 BERANI MENGAMBIL RISIKO PADA SAYA HANYA PEMIMPIN YANG BERANI MENANGUNG RISIKO SAHAJA YANG RAKYAT AKAN ANGKAT.PELUANG MASIH ADA PADA TANGAN DS,JANGAN SAMPAI UMNO SUDAH HANCUR BARU DS NAK BERJUANG BERMATI2AN SEBAB KETIKA ITU SUDAH TIADA GUNANYA LAGI

    PEMIMPIN YANG BERANI MELAKUKAN PERUBAHAN (CONTOHNYA DULU BAGI WANG UNTUK UNDI TAPI KALI NI BERANI BERUBAH WALAUPUN DIKATA OLEH KAWAN2 DENGAN TIDAK MEMBERI WANG PADA PERWAKILAN)... PADA SAYA PEMIMPIN BEGINILAH YANG SAYA AKAN PERJUANGKAN NAMANYA WALAU DIMANA SAYA BERADA.JANGAN DIPERTIKAIKAN PEGANGAN SAYA DAN TIDAK SEKALI2 KALI SAYA MELAYU YANG JENIS MENGUNGKIT KISAH KEGAGALAN PEMIMPIN UMNO SAYA DAN SAYA AKAN PERTAHANKAN NAMA DAN MARUAH PEMIMPIN SAYA JIKA DIA BERANI MENJAGA MARUAH PARTI SAYA...PERSOALANNYA BERAPA RAMAI PEMIMPIN YANG BERTANDING YANG BERANI UNTUK TIDAK MENCEMAR NAMA UMNO DENGAN TIDAK BERMAIN DENGAN WANG?KALAUPUN PEGAWAI KERAJAAN RASUAH SAYA MASIH TAKAN BISING TAPI JIKA PEMIMPIN YANG SAYA HARAPKAN YANG TIDAK BERUBAH,APAKAH SAYA HARUS DIAM?

    YANG SUDAH TU SUDAH TETAPI YANG PELIK AMAT KURANG YANG BERANI BERUBAH SEHINGGA RAKYAT TERPAKSA UBAH PARTI SEBAB PEMIMPIN MASIH TIDAK FAHAM APA YANG RAKYAT NAK.
    WALAUPUN RAKYAT NAMPAK SEOLAH2 LUPA JASA UMNO TETAPI SEBENARNYA HATI RAKYAT HANYA DIA SENDIRI TAHU DAN ALLAH SAJA TAHU BETAPA REMUK HATI MEREKA... DAN BERBAGAI2 AMARAN YANG DIBERI TETAPI PEMIMPIN MASIH MENJADIKAN WANG UNTUK BERKUASA DALAM PARTI KERAMAT.

    WANG AMAT PERLU DAN SAYA AKUI TETAPI UNTUK MEMILIH PEMIMPIN DALAM UMNO JANGAN SEKALI2 KALI PEMIMPIN MEMBERI WANG TERUTAMANYA KEPADA PERWAKILAN.PERWAKILAN TIDAK BERSALAH KERANA MEREKA ADALAH GOLONGAN YANG MENGHARAP,PERSOALANNYA ADAKAH INI HARAPAN YANG KITA SEBAGAI PEMIMPIN HARUS BERIKAN?DIBERI HABIS..BERI HABIS..SAMPAI BILA MEREKA DIDIDIK DAN DIAJAR MENERIMA YANG SEMENTARA?ADAKAH SALAH MEREKA SEBAGAI PERWAKILAN ATAU SALAH YANG MEMBERI?CUBA DS FIKIR?...DATANG UNTUK MEMILIH BUKAN UNTUK DISOGOK!

    SIAPA YANG FAHAM TENTANG PERJUANGAN UMNO DULU.........SAMADA RAKYAT ATAU PEMIMPIN UMNO???.PADA SAYA RAKYAT LEBIH FAHAM TENTANG PERJUANG UMNO DULU DAN BEZA APA YANG DIFAHAMI PEMIMPIN UMNO SEKARANG...

    JIKA MASIH RASA SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT,SAYA NASIHATKAN DENGARLAH SUARA MEREKA AGAR DS MEMAHAMI SEJUJUR JUJURNYA NIAT MEREKA DAN AGAR DS BOLEH MEMPERBETULKAN APA YANG DAH TAK BERAPA SESUAI SEKARANG BUKANNYA APA UMNO BUAT DULU TAK BETUL,CUMA SEKARANG TIDAK SESUAI..

    KALAU DS TANYA SAYA APA YANG NAK DIUBAH SAMADA PUCUK PIMPINAN ATAU TIDAK......................... SAYA NAK LUAHKAN, IA TERPULANG KEPADA PEMIMPIN ITU SENDIRI....JIKA DIA SANGGUP BERUBAH MAKA SAYA SEBAGAI AHLI UMNO AKAN BERJUANG BERSAMA2 DIA.TETAPI JIKA DIA SENDIRI TIDAK MAMPU UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN YANG DIHARAP...PEMIMPIN ITU BOLEH BERUNDUR SECARA TERHORMAT TANPA DIUSIR OELH GOLONGAN SEPERTI SAYA KERANA GOLONGAN SEPERTI SAYA BUKAN JENIS INGIN MEMALUKAN MARUAH PEMIMPIN BANGSA SAYA SENDIRI,GOLONGAN SEPEERTI SAYA AMAT MELETAKKAN MARUAH BANGSA SAYA DIATAS.KATALAH APA NAK KATA TIADA SIAPA BOLEH MENGUBAHNYA.

    SEPERTI YANG SAYA KATAKAN SAYA MASIH BERDOA DAN BERHARAP TETAPI JANGAN SAMPAI NASI BETUL2 JADI BUBUR.ORANG SEPERTI SAYA TIDAK PERLU PANGKAT DAN DARJAT TETAPI ADALAH MENJADI HARAPAN SANGAT PEMIMPIN YANG SAYA SAYANGI MELAKUKAN PERJUANG YANG JUJUR IKHLAS DAN BERMARUAH SUPAYA RAKYAT BERANI MENGANGKAT PEMIMPIN SEBEGINI YANG BERJUANG BERSAMA2 PEMIMPIN ITU.

    SAMPAI JUMPA LAGI..
    SALAM PERJUANGAN!

    ReplyDelete
  55. Salam...

    Politik wang yang diperkatakan dalam Umno sekarang ini juga berlaku dalam parti lain tetapi tidak seperti Jom Heboh dalam umno..Ini diakui oleh semua masyarakat kerana sekarang siapa mahu susah payah untuk pergi mesyuarat dengan wang poket sendiri dan cuba bayangkan kalau anda berada di Sabah mahu ke Kuala Lumpur berapa kosnya...

    Cerita tentang politik wang ini meningatkan tgentang seorang teman yang mahu bertanding sebagai exco Pemuda Pas dengan bermodalkan RM500 dia mahu mencuba nasib tetapi tewas kerana kemampuan dia sebagai operator kilang tidak mampu melawan kemampuan seorang ahli perniagaan atau yang berpangkat.

    Senario ini juga wujud dalam parti politik lain terutama Umno kerana Umno adalah parti politik yang besar maka ia menjadi perhatian ramai.Maka setiap tindak laku menjadi perhatian.

    Mengapa ini berlaku kerana zaman sekarang rakyat susah tetapi peminpin politik senang jika dibandingkan dahulu kerana wang atau kekayaan menjadi ukuran supaya tidak menjadi 'anjing kurap' yang tunggu masa dilanggar lori .

    Jika dahulu peminpin banyak yang susah seperti sebelum merdeka sehingga mahu ke London rakyat sanggup mengeluarkan wang atau emas demi sebuah kemerdekaan.Tetapi sekarang sebaliknya,walaupun seorang itu mempunyai sawah bendang yang luas tetapi dia pun kena beli beras dari kilang padi apatah lagi untuk makanan lain.

    Sekarang ini semua yang menjadi peminpin walaupun apa-apa parti pun tetap senang terutama di peringkat bahagian sehingga ke atas.Itu yang menyebabkan rakyat sekarang telah menyedari bahawa peminpin sekarang lebih senang dari dahulu dan mereka juga mahu merasai kesenangan tersebut dan masa inilah peminpin-peminpin akan memberi apa-apa yang boleh memberi kesenangan walaupun sekejab saja.

    ReplyDelete
  56. Salam...

    Anda mendapat pencalonan yang tinggi juga dan KJ dibelakang...Ramai yang mengatakan bahawa sepatutnya Pemuda mesti orang muda bukan yang dah tua seperti Pertubuhan Belia yang mahu bawah 40 tahun sebagai peminpin..

    Tetapi kerana setiap orang pemuda berhak bersuara mengkatakan hak-hak mereka maka kita perlu terima dengan hati terbuka...

    Senario sekarang mahukan orang muda diketengahkan dan ini dapat dilihat bahawa suara orang muda perlu diberi perhatian yang sewajarnya.Walaupun KJ seorang muda tetapi tingkah laku dan skandal masa remaja dahulu menjadikan ia kurang disukai dan amat dirisaui oleh pemuda-pemuda dan golongan yang ariif tentang dunia politik yang penuh penipuan dan sebagainya

    ReplyDelete
  57. kepada encik dan kawan2 seagama tolong pegi baca bolg mamat ni http://penjagaketuananmelayu.blogspot.com/2008/...

    mampukah Pusat Zakat dan baitulmal melakukan nya???

    Kalau mampu kenapa masa tak lakukannya?/

    ReplyDelete
  58. dato seri,
    pemimpin cina yang berjuang untuk bangsanya sahaja adalah racist,begitu juga dato seri kalau berjuang untuk bangsa sendiri adalah racist juga.kalau kiat siang sudah jadi racist,janganlah dato seri ikut jejak dia.keupaya dato seri lebih dari juangan untuk orang melayu sahaya,tetapi sky is limit,jadi lah orang yang cita cita tinggi berjauanglah untuk keadilan for the mankind.dengan alasan mengambil contoh orang yang racist dan dato seri pun tidak bersalah kerana racist adalah tidak betul.jangan terjatuh ke lubang racist yang di korek oleh orang racist sendiri,tidak kira melayu,cina,india,dll.sebab penyakit racist ini paling tidak racist.semua kaum memang ada segedentir yang hidap penyakit ini.kalau susah sangat, tuhan adalah penunjuk kita.semoga berjuang bukan saja demi bangsa tetepi demi manusia,jangan jadi wira bangsa saja tapi jadi wira negara,wira pemanusiaan.

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum dr

    Allhamdulillah dan semoga perjuangan diredhoi allah jua

    Hati adelah diantara organ yg terpenting untuk di jaga, didalam ilmu perubatan menyebutnya begitu dan dalam islam juga mengutamakan supaya hati itu dijaga dengan sempurna

    Dari hati yang tulus dan ikhlas dan diikuti dengan tetakwaan akan terpancarlah kewibawaan dan ketokohan seseorang itu

    Tetapi dalam tugas untuk menjaga hati individu lain ianya agak menjadi satu bebanan kepada seseorng, terutama pemimpin.
    Untuk tidak menjadi bebanan kepada pemimpin,konsep bermesyuwarah adelah amat perlu, dan segala unsur unsur rasuah dan kroni hendaklah di hindari

    30% kekayaan negara yg di perjuangkan untuk orang melayu mestilah tidak diabaikan dan ianya mestilah sampai kepada mereka yang memerlukan dan tidak hanya "melepas batuk ditangga"

    ReplyDelete
  60. Yes Dato Seri,

    Ini yang harus di stop Dato. Pandangan peribadi sebelum dibincang dalam parti dan tiba2 diumumkan ke rakyat.

    Tak peduli siapa dia.

    ReplyDelete