Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Friday, December 5, 2008

Catatan I

Penyapu Punya Hal

Pada tahun lalu anugerah Penyapu telah menjadi bahan polemik hebat sehinggakan sesetengah pihak menganggapnya sebagai satu penghinaan dan membawa sial. Malah tak kurang mengatakan saya bersikap sombong ketika itu. Alhamdulillah kerana niat yang ikhlas, tujuannya yang baik dan mendapat persetujuan semua pegawai kerajaan, maka hasilnya terbukti positif.

Ini dapat dijelaskan bila saudara Tukiman yang masih memegang jawatan Yang Di Pertua Majlis Daerah Hulu Selangor, insan yang sama menerima hadiah penyapu pada tahun lalu masih mengetuai jabatan yang sama, mendapat anugerah kecemerlangan negeri Selangor bagi tahun 2007, dengan pencapaian indeks prestasi yang meningkat daripada 47% kepada 94% dan membawa pulang RM 100 ribu.

Alhamdulillah hadiah ini menunjukkan bahawa tohmahan terhadap saya adalah tidak betul. Apa yang dirancang dan laksanakan telah membawa kebaikan. Akhirnya kita melihat Pakatan Rakyat Selangor terpaksa menelan kata-kata mereka sebelum ini kerana pengiktirafan ini dibuat oleh mereka sendiri. Dahulu mereka sendiri mendakwa semangat kakitangan kerajaan berada di tahap rendah, malangnya hari ini mereka pula mengiktiraf "kebangkitan" Majlis Daerah tersebut. bak kata orang tua-tua, bila meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka jua.

Menteri Besar Yang Sombong

Tindakan sebahagian penyewa rumah PPR merancang untuk mengadakan demontrasi bogel kerana merasakan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Menteri Besar merupakan satu titik bersejarah dalam arena politik negara. Tentulah ada sesuatu yang sangat tidak kena sehingga sekumpulan penduduk Selangor yang tidak mempunyai kepentingan politik parti membuat ugutan sedemikian.

Mereka ini terdesak atas kenaikan kos hidup dan mahu Menteri Besar mendengar pandangan mereka mengenai kenaikan sewa rumah milik kerajaan Selangor yang dianggap membebankan. Mereka berharap untuk berjumpa dengan YAB Tan Sri untuk mendengar masalah mereka. Malangnya Menteri Besar yang sombong ini berdolak dalik dan mencari pelbagai alasan untuk membatalkan perjumpaan.

Saya harap Menteri Besar yang dulunya berjanji akan bersifat lemah lembut dan prihatin masalah rakyat akan dapat melayani permintaan mereka. Sekadar ingin berjumpa, meluahkan perasaan mereka, apa salahnya? Mengapakah begitu sukar untuk Tan Sri Khalid berjumpa dan mendengar pandangan mereka terlebih dahulu?

Ini bukan kali pertama YAB Menteri Besar bersifat sombong dan bongkak. Kita masih belum lupa ketika daerah klang dilanda ribut, Menteri Besar yang sama juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa seorang Menteri Besar tidak perlu turun ke bawah melihat dan merasai kesusahan rakyat yang dilanda ribut tersebut.

Katanya, adalah pembaziran untuk beliau turun ke bawah melihat bencana yang menimpa rakyat kerana setiap kali beliau beliau turun ia melibatkan kos yang tinggi. Ini kerana beliau perlu turun bersama sepasukan para pegawainya.

Saya dulu turun melihat mangsa banjir dan ribut bagi membolehkan bantuan dapat disampaikan dengan kadar paling segera dan juga melihat sendiri permasalahan rakyat. MB boleh memilih untuk turun secara sendirian seperti yang pernah saya lakukan beberapa kali dahulu atau turun bersama para pegawai untuk mengefisyenkan lagi penyaluran bantuan.

Jika untung rugi diambil kira menangani bencana yang berlaku ke atas rakyat, maka kita juga perlu mempersoalkan kehadiran MB di majlis-majlis lain yang bercorak "ceremonial" dan "perayaan". Apakah ia tidak membabitkan para pegawainya? Jika ya, adakah ia tidak membazirkan kewangan kerajaan? Mana lebih membazir para pegawai turun ke acara rasmi atau turun membantu mangsa bencana.

Saya berharap MB dapat mengubah gaya korporatnya atau pun sikap sombongnya itu. Kedua-duanya tidak akan menguntungkan negeri Selangor.

Projek CAR TNB

Projek ini amat penting kepada Lembah Klang jika ia dilewatkan kemungkinan besar seluruh negeri Selangor dan Putrajaya akan menghadapi masalah kekurangan bekalan elektrik dan berhadapan dengan kegelapan. Lebih parah lagi banyak industri akan menghadapi masalah dan angkat kaki ke negeri yang lain.

Ketika BN menerajui kerajaan, kita telah setuju kawasan talian lama TNB itu dinaiktarafkan tanpa melalui kawasan baru. Cuma kita menghadapi masalah dengan lebih kurang 20 keluarga cina yang tidak mahu berpindah dan ia dijuarai oleh parti DAP pada ketika itu, dan sekarang oleh PKR.

Sepatutnya kerajaan hari ini menjalankan penguatkuasaan untuk memindahkan 20 keluarga tersebut. Saya difahamkan TNB telah setuju untuk membayar pampasan sehingga dua kali ganda daripada penilaian harta yang dimiliki oleh penduduk tersebut. Tetapi wakil rakyat PKR DUN Rawang telah mendesak agar projek TNB ini ditukarkan ke kawasan Sungai Samak dan Taman Tun Perak yang melibatkan kawasan yang dimiliki oleh orang Melayu.

YB Wakil Rakyat Rawang menuduh saya cuba memainkan isu perkauman, Beliau menuduh saya bersikap perkauman apabila bersetuju pemindahan penduduk kerana ia membabitkan kaum cina. Ini bukan sahaja tidak benar malah mengelirukan orang ramai.

Hakikatnya kawasan yang dipersetujui itu merupakan laluan asal talian TNB. Apabila ia dinaikkan kapasiti talian, maka ia tidak sesuai lagi untuk penduduk terus tinggal berhampirannya. Perlulah dijelaskan bahawa tanah tersebut merupakan milik TNB. Para penduduk hanya diberi tanah berstatus TOL pada awalnya. Kemudian atas desakan para penduduk, pejabat daerah memberikan status pemilikan kepada penduduk di situ.

Sungguh begitu masalah pemilikan tanah dianggap selesai bila mana kerajaan negeri setuju untuk mengambil balik tanah tersebut dan TNB telah setuju membayar pampasan seperti yang dituntut. Adalah tidak masuk akal untuk wakil rakyat tersebut mahu pun kerajaan negeri memindahkan talian tersebut ke tempat yang lain dan memberi kesan yang tidak sewajar ditanggung oleh penduduk di Sungai samak dan Tun Perak.

Janganlah kerana desakan dua puluh keluarga yang memang sewajarnya dipindahkan kerana tinggal dibawah talian TNB lama, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk memindahkan ke tempat yang lain dengan penambahan kos yang jauh lebih tinggi dan masalah penduduk yang lebih ramai.

Saya bimbang kerana terlalu mengikut telunjuk DAP, kerajaan negeri tidak berani membuat keputusan. Ini satu lagi bukti Menteri Besar terlalu mengikut telunjuk DAP dalam memerintah negeri.

35 comments:

  1. Dr Khir,

    Anda seorang penipu. Laluan alternatif bagi projek CAR yang dicadangkan itu tidak akan melalui kawasan yang berpenduduk. Janganlah cuba mengapi-apikan sentimen perkauman, sudah jelas anda kehabisan idea. Apakah anda rasa lebih riang melihat rakyat berbalah? Cukuplah, hentikan penipuan anda.

    ReplyDelete
  2. Salam perjuangan,

    Syabas Dato' Seri, pendedahan yang ekslusif dan telus. Terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami berkenaan isu-isu negeri Selangor. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan Dato' Seri.

    "Memperkasa Generasi Baru"

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Dato'

    Ni apa punya bangsa yg Dato cuba ceritakan disini?

    Boleh pulak Dato' kata sebab Dato' bagi hadiah penyapu kat sipulan, dan sipulan tu berjaya kutip cukai lebih banyak.

    Senteng sungguh pemikiran Dato'

    Udah la tu Dato', adakah Dato' masih menatakan yg hadiah penyapu tu tak salah...Ohh sedih sungguh saya lihat pendirian Dato' ini. Amat senteng Dato'....amat Senteng...

    ReplyDelete
  4. Salam bro,

    Pengunjung dari Penang, melawat blog bro.

    -smile-

    ReplyDelete
  5. Salam, Dato' Seri..!

    Pada pandangan saya DAP adalah sebuah pertubuhan parti politik berhaluan kiri yang anti Melayu dan Islam. Kalau di zaman darurat dahulu fahaman ini diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya, tetapi apabila negara sudah merdeka maka fahaman dan perjuangan komunis ini telah meresap dalam perjaungan DAP. Bermakna DAP adalah berfahaman komunis. Bezanya, Parti Komunis Malaya adalah pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan British (gerakan bawah tanah), manakala DAP adalah sebuah Parti Politik yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan. Perjuangan antara Komunis dan DAP adalah sama.

    Kalau di zaman darurat dahulu Saudara Chin Pheng telah memperalatkan pemimpin Melayu seperti Musa Ahmad, Rashid maidin dan Shamsiah Fakeh; maka tidak hairanlah di zaman sekarang ini DAP - LIm Kit Siang telah memperalatkan pula Dato' Seri Anwar Ibrahim, HJ Abdul hadi Awang, Datin Seri Dr. Wan Azizah dan termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim ( MB Selangor -PKR). Jadi, memang benar apa yang Dato' Seri tulis yang mengatakan bahawa Tan Sri Khalid (PKR) terlalu mengikut telunjuk DAP hingga sampai ke tahap menjadi boneka DAP.

    Tapi, PKM di bawah Chin Peng dahulu ternyata gagal untuk menarik sokongan daripada golongan ulama, sebab itu komunis jadi berkubur kerana tidak disokong oleh ulama melayu. Sebaliknya, DAP yang dipimpin oleh Lim Kit Siang lebih berjaya daripada Chin Peng kerana Lim Kit Siang telah berjaya menarik sokongan daripada golongan alim ulamak PAS seperti Hadi Awang dan Nik Aziz serta dan ulama dalam PKR seperti Dr. Badrul Amin Baharum untuk menyokong agenda perjuangan DAP bagi menghapuskan hak keistimewaan Melayu dan menentang pembentukan sebuah negara Islam. Dah terbukti DAP ni memang hebat.

    Kalau tok guru macam Hadi AWang dan Nik Azizpun LIm KIt Siang dapat menundukkannya, ini kan pula orang macam Tan Sri Khalid yang baru setahun jagung mengenal dunia politik.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum Dato' Seri..

    biasalah tu..seperti kata pepatah..bila habis madu, sepahnya dibuang..itulah sikap orang yang hanya pandai bercakap..

    demi mendapatkan undi oleh semua kaum, semuanya mulut manis..tetapi akhirnya masam di punggung..mulut manis tapi masam di punggung..itulah perupamaan yang boleh diberikan kepada menteri besar sekarang.

    sesungguhnya yang busuk itu akan zahir juga walau bagaimana cara sekali pun ianya cuba disembunyikan..

    pakcik

    ReplyDelete
  7. Salam DMKT.

    Saya ingin memberi cadangan.

    Cara untuk memastikan matlamat DEB tercapai.
    - mempromosikan 'beli barang jualan orang Islam dahulu'. Setiap orang Islam yang mahu membeli barang keperluan perlulah membeli barang daripada peniaga Islam. Cthnya; jika kita perlu ke klinik gigi, pergilah klinik gigi yang diusahakan oleh Dr Islam; jika mahu ke bengkel kereta pergilah ke bengkel usahawan Islam; jika mahu membeli sayur atau ikan belilah daripada peniaga Islam; carilah peguam Islam; arkitek Islam; penjual baju Islam; peniaga kasut Islam; kedai cermin mata Islam; kedai alat tulis Islam; kedai kek Islam dsbnya.

    Ahli Umno di semua peringkat bahagian dan cawangan perlulah mengutamakan perniagaan usahawan Islam. Begitu juga persatuan lain seperti persatuan silat, Pekida, PPIM dll perlulah sentiasa mempromosi ahli masing-masing agar mengutamakan membeli barang usahawan Islam.

    Saya percaya jika kempen ini dilakukan secara agresif dan berterusan nescaya matlamat 30% ekuiti akan tercapai dengan mudah dan dengan izin Allah boleh melebihi matlamat ini.

    Daripada komen sahabat blogger lain, saya percaya ramai menyokong promosi ini. Sudah ramai yang mempraktikkannya. Apa yang perlu ialah sokongan politik dari parti-parti Islam terutamanya UMNO dan PAS kerana jumlah keahlian kedua-dua parti ini dapat mengerakkan promosi ini.

    Bagi saya tiada yang lebih indah apabila Islam mendominasi politik dan ekonomi di Malaysia. Saya percaya ini juga impian DMKT. Yang tinggal kini adalah usaha.

    Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk DMKT dan keluarga juga umat Islam Malaysia daripada saya Mohammad dan keluarga.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    Barulah mereka tahu betapa payahnya nak mentadbir dan mengurus negeri Selangor. Kalau dahulu banyak janji manis yang mereka tabur semasa pilihanraya ke-12 bagaikan syurga yang akan diberi kepada rakyat. Apabila diberi kuasa, mereka ini rupanya gila kuasa, bukan kebajikan rakyat diutamakan tetapi yang paling penting bagi mereka ini ialah perut dan bawah perut mereka. Sorry agak emosi sikit dalam hal berkaitan nasib rakyat. Maklumlah Datuk dah lama tidak dapat ceramah di negeri pembangkang ni.

    ReplyDelete
  9. Buat ketua pembangkang negeriku tersayang,

    Janganlah nak memperkurang cerdikkan rakyat selangor dengan memutar-belitkan fakta...

    Isu sewa PPR dah jelas, tiada kenaikan untuk isi rumah berpendapatan rm 1500 ke bawah.

    Isu CAR tu adalah bahan buangan kerajaan DS sebelum ni jugak. CAR bukan timbul selepas PRU-12...

    Isu penyapu memang saya sokong DS. Kalau lembab memang layak dapat penyapu, kalau lembab terlampau terus kena sapu dibuang jauh di Sungai Panjang....

    DS... tak pernah terpikir ke? ke"korup"an UMNO selama ini memang tak dapat nak sorok lagi...

    Yang pegang jawatan dalam UMNO, amik tanah, projek sesuka hati bagi kat anak beranak dan kroni tu bukan kenalan kita ker?

    Yang baru sepenggal jadi YB dah boleh naik rumah banglo 3 tingkat sampai jutaan RM sedangkan sebelum jadi YB kerja kat POS Malaysia tu bukan jiran kita ker?

    Bangkai gajah nak tutup dengan tudung saji....mane boleh...kasi letop dengan C4 pun kantoi....hahhahaaaaa

    ReplyDelete
  10. assamualaikum ds...

    sangat menarik catatan ds nie...
    bukan sahaja kepincangan pr Selangor
    yg dapat dihidangkan kepada rakyat negeri nie..tetapi lebih hebat jika
    ds dapat senaraikan resolusi yg kukuh lagi menusuk kalbu untuk menawan kembali Selangor...

    ReplyDelete
  11. Kesian sungguh pada Dr.Hassan Ali,
    Jika benarlah apa yg dicadang tak dapt ditunai dek sanggahan politikus DAP....benarlah kata orang, PKR parti tunggangan DAP dan PAS hanya dapat pegang ekor. Jadi mengekor jer lah.

    Didalam BN pula,parti umno/melayu/islam diperlekehkan
    ttg isu ketuanan dll yg tiada kesudahan jernihnya.

    Sungguh cantikk jika UMNO/PAS mentadbir SElangor...sungguh radikal
    bunyinya...tetapi jika ada keazaman
    dan semangat pasti berjaya...

    Memandangkan situasi terkini PARTI melayu/islam tersepit dan dipersimpangan,eloklah kita bersatu
    mengumpul kekuatan politik.

    Jangan nanti politik melayu hanya
    kuat pada 'keris' sahaja sedangkan
    mereka kini tampak kukuh politik,kukuh ekonomi dan kukuh bangsa.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum

    Dulu ketika Isu Penyapu menjadi isu panas, saya juga pening untuk memahami dan membuat kesimpulan kepada keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri.

    Kadang-kadang menganggap berlaku nya Isu itu kerana MB tidak perihatin kepada soal maruah diri manusia dan menganggap kakitangan kerajaan negeri pula menjadi pak turut serta tidak berani memberi pandangan yang betul.

    Kadang-kadang pula saya menganggap Isu itu diambil kesempatan oleh musuh dalam selimut (Dalam UMNO/BN) dan pihak pembangkang sehingga tumbang nya kerajaan BN Selangor dalam PRU12 yang lalu.

    Kadang-kadang juga saya menganggap ada hikmah disebalik anugerah itu kerana telah menjadikan penerima anugerah penyapu itu saudara Tukiman Yang Di Pertua Majlis Daerah Hulu Selangor sebagai penerima anugerah kecemerlangan negeri Selangor bagi tahun 2007, dengan pencapaian indeks prestasi yang meningkat daripada 47% kepada 94% dan membawa pulang RM 100 ribu.

    Kesimpulan nya setiap pendekatan yang diambil atau hukuman yang diberikan mempunyai tujuan tertentu, maka terpulang kepada masing-masing samaada mahu menjadikan perkara itu sebagai pengajaran untuk lebih maju atau bala yang menutup peluang hidup.

    "Ada hikmah disebalik nya" hanya berlaku kepada mereka yang menjadikan bala atau musibah itu sebagai cabaran dan ujian kehidupan.

    ReplyDelete
  13. salam dtk seri, tahniah..semoga pejuangan dtk seri dirahmati, semoga mertabat melayu dapat dipertingkatkan sekiranya dtk seri menjadi ketua pemuda malaysia...saya mengagumi kepimpinan dtk seri.

    ReplyDelete
  14. Setiap apa yang berlaku pada orang lain pasti berlaku juga kepada kita. Sebaiknya janganlah menunding jari kepada orang lain apabila berlakunya kesalahan kerana ianya juga mungkin berlaku kepada kita.

    Pakatan rakyat harus mengambil perkara ini sebagai iktibar. Sekiranya mahu terus berkuasa, mereka tidak seharusnya mengulangi kesalahan yang kerajaan lama lakukan.

    MB baru ni pada pendapat saya mempunyai ego yang tinggi. Tidak mahu bercampur dan mendengar masalah rakyat bawahan. Hanya bergaul dengan mereka yang boleh memberikan keuntungan semata mata kepadanya.

    Renung renungkan dan selamat beramal..

    http://malaysiaheaven.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. bab isu penyapu ,saya dari dulu setuju dengan tindakan ds ni....BERANI KERANA BENAR bukan ramai orang mcam ds ni,saya tahu!.. tetapi saya harap ds jangan putus asa dan yakinlah ds telah melakukan dengan betul..ramai yang diam dan malas nak layan perkara yang kontrovesi ni....satu masa ramai orang akan sedar...dan kepada yang masih tak faham niat yang tersirat dengan tindakan ds tersebut jgn dimusuhi mereka yang tak nampak tujuan tersirat..mudah2an suatu hari mereka menerima ds....selamat menyambut hari raya korban..dan semoga ds akan berjaya dalam setiap langkah yang ds lalui..selamat berjaya

    ReplyDelete
  16. ds

    tentang penjelasan ds berkaitan bus terminal(klang central)tu,minggu lepas seorang sahabat saya berkata ramai ahli perniagaan dibandar klang tidak setuju dan membantah dan beliau kata pada saya ini semua ds khir punya pasal dan beliau kata pegawai mpk dapat rm500,000,ds dapat berapa banyak,u fikir?
    ...saya tanya dia..u mana tau?..dia kata kawan dia bagitau..

    moral dari isu ni adalah~kita tidak boleh menutup mulut orang dari berkata dan bercerita,kerana itu memang sudah lumrah didunia ini tetapi yang penting bagaimana kita mematahkan hujah ini dan penjelasan kita kepada mereka

    saya pula kata padanya...siapa2 yang jadi pemerintah dan berkuasa dia berhak untuk melaksanakan apa yang dia rasa perlu dan tentang isu orang itu dapat ini dan itu pada saya itu tidak penting untuk dibesar2kan tetapi yang penting adakah projek itu menjadi tentangan rakyat majoriti atau segelintir peniaga yang berkepentingan?kalau rakyat majoriti yang membantah kita patut pertimbangkan tetapi jika segelintir peniaga dan orang sekeliling berkepentingan itu adat pada yang berniaga...kalau takut rugi jangan berniaga...

    kawan saya pun diam..dia ingat saya suka sangat cerita tentang orang tu dapat dan orang ini dapat!
    kalau nak ikutkan saya pun boleh kata pemerintah sekarang diselangor tak boleh dapat ke kalau dia nak buat itu dan ini,entah2 lagi teruk dari yang lama kerana maklumlah seperti beruk baru dapat bunga...ni la masa nak balun kut..2 x 5...5 x 2
    ..pru13 belum tentu menang jadi sekarang mcamana?saya dengar sekarang ni pun dah macam2 alasan dan masalah yang ada?akhirnya siapa yang rugi..bukankah rakyat jelata selangor yang rugi?...lagi satu u boleh jamin ke yang pemerintah sekarang bersih,jujur ,tulus dan ikhlas,berpegalaman dan mempunyai network yang baik untuk mentadbir negeri ini?
    kalau cakap semua orang boleh cakap!jadi pada saya isu yang penting adakah ia dilihat keseluruhan itu untuk rakyat!apa2 projek jika majoriti untuk rakyat saya sokong tak kiralah pakatan rakyat atau barisan nasional sebab manusia ni sama je kalau tak diingatkan dia mudah lupa termasuk ds sama dan saya pun sama,sapa2 pun sama bila ia tidak berbincang bersama2 masyarakat sekeliling bila membuat keputusan

    itulah seperti yang saya kata dalam artikel yang lepas kebanyakan orang suka cerita bila benda berkaitan orang tu dapat dan orang ni dapat tetapi kita tak dapat..sebabtu kita sakit hati kot?bila suruh kerja malas,inilah sikap kebanyakan orang yang tidak faham tugas dan fungsi masing2 termasuk rakyat,pemimpin kecil,pemimpin utama dan pembuat dasar semua ini jika tidak berkerjasama maka akan adalah yang pincang.

    tetapi mereka jarang suka bercerita tentang matlamat,tujuan dan apakah kebaikannya sesuatu projek itu dilaksanakan atau diluluskan oleh pemerintah..dalam bab ni saya tiada bantahan sebagai rakyat bawahan...tetapi rakyat yang duduk kat bukit tinggi tu rasanya bantah tak?dan rakyat yang duduk meru pun ada yang bantah ke!!

    saya harap para bloger dan sahabat semua adakala benda yang baik,kita pun kena bantu memberi penjelasan kepada para sahabat kita dan adakala benda yang kita rasa tidak baik kita pun perlu memberi dan luahkan pada pemimpin?...dan kalau ada perkara yang ds rasa kata2 blogger tak betul,sudah semestinya ds harus memberi penerangan agar mereka faham dan insyaallah akan menyokong ds bukan berdiam diri dan sabar itu separuh daripada iman...sampai jumpa lagi
    wassalam

    ReplyDelete
  17. Sdr Tak dan rakan rakan bloggers lain,

    Siapa penipu dalam CAR projek ini,mudah utk menjawabnya saya jemput sdr melawat sendiri kawasan yang terlibat,kawasan lama di Air terentang yang memang tempat talian asal yang didiami penduduk,yang memang menjadi hak TNB utk ditingkatkan kuasa aliran eletriknya.Pampasan juga akan dan telah diberikan oleh TNB pada kadar yang lebih tinggi .

    Kawasan baru yang dicadangkan penduduk Air Terentang yang melibatkan kampong Sg Samak dan taman Tun Perak,sdr kata tidak orang yang tinggal di kawasan tersebut eloklah sdr datang lawat sendiri,tapi jangan lawat dgn mata tertutup.

    Secara kebetulan kawasan Air Terentang didiami oleh orang cina manakala Sg Samak dan Taman Tun Perak oleh orang melayu,saya tak faham bila saya memperjuangkan keadilan yang sepatutnya diperolehi oleh orang melayu sdr kata saya racist,dan boleh menyebabkan pergaduhan kaum,bagaimanapula dgn sdr yang mempertahankan penduduk penduduk cina yang tinggal memang di bawah talian yg sedia ada,adakah bukan racist,andalah yang racist kerana tak ada sebab TNB ingin mengubah laluan ditambah pula laporan teknikal yang jelas menunjukkan laluan baru yang dicadangkan tidak boleh dilaksanakan.

    Saya kurang faham dgn pemikiran sdr adakah jika ada orang mempertahankan keadilan utk bangsa melayu dianggap racist tetapi kalau ada orang lain berjuang utk kaum lain walau tanpa sebab munasabah tidak Adakah kerana saya melayu apa yang saya perkatakan tentang orang melayu saya bersikap racist?.

    Saya harap sdr bertanggongjawab di atas tulisan sdr ini.

    ReplyDelete
  18. Saya faham saudara masih terperangkap dgn pemikiran kolot penyapu bawa sial dan sebagainya,Bacalah sinar yang salinannya ada dalam pembangkang selangor.com.

    Pegawai tersebut mengakui hadiah tersebut adalah sunber inpirasi jabatan tersebut.

    Bagi saya tak ada salahnya hadiah tersebut,hanya orang yang tak pernah terbuka pimikiran,jumud,egoistik yang menganggap ia salah,nyatakan pada saya hadis mana,dalil mana yang mengatakan penyapu sial ataupon memang sdr yang berfikiran sial.

    ReplyDelete
  19. Saya tidak mahu komen pasal penyapu sebab saya bukan orang Selangor tetapi berkenaan CAR memang saya sokong Dr.

    Sebagai bekas pekerja TNB saya amatlah memahami situasi yg kritikal ini dan saya yakin apa yg diputuskan oleh TNB adalah yg terbaik untuk semua pihak.

    Politik DAP dan PKR amatlah berbahaya dan mereka sanggup lakukakn apa sahaja demi keuntungan politik walau pun meletakkan negara dlm situasi "bergelap". Insiden ini mungkin berulang lagi jika tidak ditangani segera.

    ReplyDelete
  20. Apa juga alasan sdra telah memalukan sesama maanusia dgn memberi penyapu
    Rakyat sudah pun menghukum sdra dgn kekalahan PRU 12.

    ReplyDelete
  21. Nak DUSUN berbuah, tapi malas nak letak benih!!!

    Apa kes? wahai sahabat2ku. janganlah terlalu taksub dan termakan dengan darah muda sahabat (walaupun dah tua sebenarnya)...kalau ia pun tak setuju dengan kenyataan Dr Khir, attack la dengan cara berhemat...orang melayu kan kaya budi bahasa... dia kan dah banyak tolong u all and orang2 negeri Selangor sebelum ni. kalau tak, mana mungkin Selangor jadi negeri paling maju di Malaysia berbanding yang lain... (kami bukan anak jati Selangor rasa iri hati dengan pembangunan yang di bawa oleh beliau kepada saudara/i)...
    berbalik kepada kes CAR-TNB, MB Selangor (nama pun MENTERI YANG BESAR) tak kan tak tahu undang2..jgn terlalu memutar-belitkan isu rakyat, jangan sampai termakan diri...dah tahu tak bole survive, ngaku dan akur saja la, mesti ada solution yang lebih baik..jangan mempermainkan isu pembangunan rakyat kebanyakan ni jd lebih parah sampai sanggup menimbulkan isu perkauman...
    berbalik kepada kenyataan MB SElangor yang kadang2 tak nak masuk campur, kadang2 tak membenarkan projek CAR dijalankan mengikut plan awal...Mesti ada pendirian, dia adalah pemimpin...nak cakap ya, tak nak cakap tak nak...senang..
    Kalau ikutkan, dia sebagai Exco Tanah negeri dan mengikut Akta pengambilan Tanah 1960, beliau sepatutnya mengambil tindakan tegas dan kalau boleh sergah saja 20 penduduk yang enggan pindah kerana mereka secara sah tidak mempunyai hak langsung ke atas tanah tersebut. lagipun TNB sudah menawarkan pampasan lebih dari 2 kali ganda....(sangat memadai)...
    Jangan disebabkan 20 keluarga, 20daerah bakal bergelap disekitar Lembah klang n putrajaya bergelap dan kemungkinan banyak lagi masalah berbangkit lain (ekonomi juga bakal lumpuh)-(elektrik mati, kilang tutup-saudara/i juga yang bakal menganggur)....
    Begini je lah, sebagai MB ke, pegawai ke, manusia ke...semua orang boleh berfikir secara logik dan legal perspective sudah nyata...jangan bermain teka-teki kerana bakal memakan diri sendiri... sahabat2 ku, bantulah sesama kita, untuk orang kebanyakan..saya yakin isu ini bukan bertunjangkan isu mata wang or perkauman..tapi mesti ada agenda yang lebih besar lagi....jangan tanya sy, kerana saya bukan 'mastermind' khalid...ok usahalah Dr, yang betul dan logik akan mendapat sokongan orang yang "normal"

    ReplyDelete
  22. Kemungkinan besar MB sekarang dah kena kuda..atau berpolitiking sempit.. Mungkin 20 penduduk yg tak pindah tulah yg menangkan PR dalam PRU 12 tu...sikap lepas tangan MB inilah patut ditolak oleh majoriti rakyat...

    MB nak jaga hati kg Terentang tapi jadi pengkhianat kg samak kot...berubahlah sebelum terlambat..

    ReplyDelete
  23. Dato' Seri Dr Khir Toyo
    Saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dato' Seri...

    Kpd Blogger Tak....
    Kalau tak tahu isu sebenar jgnlah bercakap.... Laluan alternatif CAR yang dicadangkan oleh Kerajaan PAKATAN RAKYAT itu akan melalui kawasan penduduk..

    Semua kaum terlibat dalam pemindahan tersebut... Ini bukan isu perkauman....

    Sdra laa yang tak reti fakta....kaki penipu...

    ReplyDelete
  24. Sekarang musim hujan..kaw. perumahan dan perniagaan yg tanahnya ratapun banjir bila hujan lebat...lihatlah hari ini di Bayu perdana kaw. DUN Pandamaran/DUN Sri Andalas..air naik sampai memasuki
    dalam bangunan perniagaan di jalan Leboh Turi...nak salahkan hujan lebat ke nak salahkan longkang tersumbat?

    Utk makluman...

    ReplyDelete
  25. andaikata ada "Hak Istimewa Kaum Cina" termetri dlm perlembagaan Malaysia, adakah mereka/kaum Cina akan melupuskan hak itu hanya semata-mata desakan dari pemimpin Melayu?

    kita lihat org Cina di luar negara membentuk koloni mereka @ Chinatown tanpa peduli sensitivity masyarakat asal.

    di Tanah Melayu mereka bukan saja mencipta koloni, malahan menawan koloni bangsa lain umpama kadok naik junjong.

    adakah kita penduduk asal perlu bersikap bacul memerhati saja?

    ReplyDelete
  26. Dato Seri..

    Memang sombong semasa jadi MB? Atau tidak? Itu persepsinya tapi pun belum jumpa dulu.
    But can you be a sombong grassroots politician, esp in Selangor?

    ReplyDelete
  27. Susah jadi Menteri besar ni...
    Tak boleh memenuhi kehendak semua orang...
    Tak caya tanya Datuk Seri Khir Toyo...

    Korang cakap senangla...

    Cuba korang jadi Manager atau engineer(macam aku) lepas tu jaga staff kat bawah kurang kurang 100 atau 150 orang (pun macam aku jugak)...

    itu baru 100 ke 150, dah macam macam perangai, sikap dan habitat...

    inikan pula nak jaga 3 juta ( mengikut perangkaan... termasuk pendatang haram) penduduk Negeri Selangor...

    Sekian terima kasih

    ReplyDelete
  28. Sudahlah mendengar penipuan DS dalam isu Balqis, tanah di Bandar Utama, Istana Zakaria, skandal rumah EXCO dan banyak lagi isu yang telah dibongkari. Saya hairan ada orang yang jahil yang masih begitu bangang sampai boleh percaya cerita-cerita dongeng kamu. Sepatutnya DS insaf dan memohon ampun dan maaf kepada mangsa-mangsa di Bukit Antarabangsa kerana semasa DS memerintah negeri Selangor kebenaran ini diberikan.

    SEMUANYA OK! Selepas melihat kerakusan anda di Bukit Cerakah.
    Kah!Kah!Kah!

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum dr

    Itulah!! nasi dah jadi bubur apo nak dikato, yg memerentah sekarang nak tunjuk mereka juga ada kuasa pembatal, mereka sanggup menjadi bodoh kerana hanya untuk menyelamatkan 20 keluarga,tapi sanggup menidakkan kepentingan rakyat banyak dan negara

    Pengundi negeri selangor telah tersalah pilih, disangkakan memilih berlian rupanya terpilih kaca,Hampeh betollllll

    Jangan biarkan keadaan ini berlarutan, kembalikan kecermelang negeri selangor ketempatnya yg asal

    ReplyDelete
  30. Salam Dato' Seri dan blogger semua.

    Apa yang berlaku kepada corak pemerintahan di Negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat adalah gambaran dan contoh serta imej kepada corak pemerintahan Negara jika sekiranya PRU 13 nanti kerajaan BN tumbang.

    Oleh itu sila perhatikan betul-betul dan buatlah penghakiman dengan adil bagaimanakah keadaannya selepas PRU 13 nanti.Siapa sebenarnya yang memerintah???

    Banyak perkara yang PR bangkang sekarang ini, akan disokong dan dijunjung bila mendapat kuasa. Contohnya seperti ISA. Mereka juga amat memerlukan ISA bila memerintah nanti. kalau tak percaya, cuba jika ada rusuhan di Pulau Pinang, cepat-cepat Lim Guang Eng mengharapkan ISA untuk menangkap para perusuh.

    UMNO pun masih tidak reti untuk memperolehi pengajaran dari kekalahan ini. Mereka masih tidak sepakat dalam pemilihan pemimpin yang terbaik di kalangan mereka, wang masih lagi menjadi penentu.
    Punah Ranah Tanah Melayu suatu hari nanti jika keadaan sekarang ini tidak dibuat pembetulan SEGERA.

    TQ

    ReplyDelete
  31. sdr putrarahman, utk memastikan umno berada dilandasan yang betul...marilah kita sama-sama membantu dtk seri menang menjadi ketua pemuda kerana dtk seri mempunyai semangat melayu yg begitu tinggi...

    KJ=Kena Jual ; KT=Kena tolong ; MM=Main-main

    ReplyDelete
  32. Dato ni tak sudah2 mahu menegakkan benang basah serta menutup2 keburukan laku atau kediktaktoran semasa dato menjadi MB dengan memberikan hadiah penyapu. Sudah sudahlah tu dato, kalau jadi pemimpin kelak jgn memperlekehkan individu lain dgn perbuatan spt itu lagi. Sombonh namanya tuh!

    ReplyDelete
  33. Salam Dr Khir,

    saya sokong Dr dlm soal anugerah penyapu.. kenapa orang Melayu nak fikir penyapu itu sial? dimana sialnya? lebih2 lagi dlm Islam pun takde benda2 sial ni.. kot kalau nak kate sial jugak mungkin kalau baling dengan penyapu..

    macamane Melayu nak maju kalau asyik pk benda2 sial.. kalau nak maju mmg kita kena lakukan perkara yg Dr lakukan.. Org Melayu nak marah saya marahlah.. saya anak jati Melayu yang sayangkan bangsa..

    yg perlu ditentang bukan isu penyapu.. tapi orang2 yg boleh menggugat agama Islam dan bangsa Melayu yg WAJIB kita tentang..

    ReplyDelete