Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, December 10, 2008

Kegagalan Sistem Pengawasan Punca Tragedi Berulang?


1. Tragedi yang berlaku di Bukit Antarabangsa ahad lalu sangat menyedihkan. Saya mendapat panggilan jam 4 pagi mengenai perkara tersebut dan terus membuat beberapa panggilan kepada pihak berkuasa bagi mendapat maklumat sebenar.

2. Sungguhpun laporan sebuah akhbar tempatan selepas peristiwa tersebut menunjukkan seolah-olah saya dan Tan Sri Khalid saling salah menyalahkan, namun ia bukanlah gambaran sebenar. Kenyataan saya bahawa projek pembangunan tersebut diluluskan sebelum pentadbiran saya adalah tepat. Demikian juga kenyataan Tan Sri Khalid bahawa projek tersebut diluluskan oleh pentadbiran sebelumnya. Memang projek tersebut diluluskan lama sebelum saya mahu pun Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar.

3. Pembangunan di kawasan tanah tinggi bukanlah fenomena baru. Kita lihat pembangunan Genting Highlands telah berlangsung sejak tahun 60-an tetapi masih utuh. Jadi soalnya bukanlah pembangunan tanah tinggi tetapi bagaimana memastikan pembangunan yang dijalankan terancang, mampan dan tidak memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan orang ramai pada masa hadapan.

4. Sebenarnya banyak kawasan runtuh adalah melibatkan kawasan yang dibangunkan lebih 20 tahun lalu. Mungkin ketika itu kesedaran dan pengetahuan mengenai sistem aliran air bawah tanah dan keadaan muka bumi tanah amat cetek. Teknologi dan kaedah pembangunan juga tidak mementingkan sistem perparitan yang baik dan pengukuhan tanah sekeliling kawasan pembangunan.

5. Pandangan awal saya (kita perlu menunggu siasatan terperinci pihak teknikal untuk mengetahui sebab sebenar), pembangunan kawasan ini tidak diawasi dan diselenggara dengan baik terutamanya sistem perparitan. Kawasan ini juga tidak dibangunkan secara sepenuhnya yang menyebabkan tanah yang tidak dibangunkan tidak ada yang menjaga atau mengawasinya sehingga tanda-tanda awal kelemahan struktur tanah tidak dapat di kesan. Ini ditambah pula dengan tidak ada undang-undang khusus yang boleh dikenakan ke atas pemilik tanah terbiar ini.

6. Untuk pengetahuan umum, pembangunan kawasan baru hanya diluluskan setelah mendapat kelulusan semua jabatan teknikal dalam jawatankuasa khas. Jawatan kuasa khas ini diketuai oleh setiausaha kerajaan negeri. Syarat ketat pengukuhan lereng dilaksanakan sepenuhnya. Sepanjang pentadbiran saya, tiada pengaruh politik yang terlibat dalam meluluskan projek projek tersebut. Semua ketua jabatan dan pakar-pakar pembangunan lereng bukit terlibat dalam melulus, menyelia dan memantau pembangunan tersebut. Kerajaan Selangor juga telah membuat keputusan pembangunan lereng bukit kelas 3 dan kelas 4 diberhentikan sejak tahun 2oo6.

7. Dahulu juga saya ada menubuhkan pasukan khas untuk memantau lereng bukit berisiko tinggi yang terdiri dari pakar-pakar dari JKR, JPS, PBT, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Geologi dan jabatan teknikal lain. Laporan mesti dibentangkan setiap tiga bulan, sebab itu tiada kejadian tanah runtuh yang serius selepas peristiwa di kampung pasir tahun 2006.

8. Kerajaan Selangor yang lepas juga telah mengenakan denda maksima RM 500 ribu kepada mana mana pemaju yang gagal menyelenggara kolam takungan dengan sempurna. Hampir RM 6 juta dikutip hasil denda ini.

9. Saya tidak pasti sama ada sistem 'monitoring' ini masih diteruskan atau tidak oleh kerajaan hari ini. Jika ia masih diteruskan saya tertanya-tanya mengapa tiada maklumat awal mengenai kejadian tanah runtuh ini. Saya difahamkan kelemahan struktur tanah tidak berlaku dalam sehari dua, sebaliknya ia mengambil masa berminggu-minggu malah berbulan sebelum berlaku tanah runtuh.

10. Mungkin selepas ini ada pula yang ingin mencari siapakah yang bertanggungjawab meluluskan pembangunan lereng bukit 20 tahun lalu di Bukit Antarabangsa. Saya fikir mencari salah siapa tidak akan menyelesaikan masalah. Sebaliknya yang perlu dibincang dan dibahaskan hari ini ialah apakah langkah terbaik bagi menjaga pembangunan kawasan lereng bukit sedia ada dari mengalami nasib yang sama.

11. Selain melakukan pengawasan secara kerap dan berkala, saya ingin mencadangkan dua tindakan (yang saya pernah cadangkan suatu ketika dahulu) untuk diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani isu ini.

a. Pertamanya kerajaan perlu memberi peruntukan untuk mengukuhkan cerun-cerun yang berkaitan dengan pembangunan lama. Pada hemat saya ia mungkin mencecah berbilion ringgit termasuk mengambil semula tanah tanah milik persendirian yang terbiar.

b. Keduanya bagi kawasan yang terlalu kritikal menurut pandangan pakar haruslah ada usaha memindahkan penduduk ke kawasan baru.

Dalam ketika kita sibuk menunding jari mencari salah siapa, usaha mengatasi masalah juga harus diutamakan. Masalah tidak akan selesai dengan hanya mencari salah orang lain.

60 comments:

  1. Masalah tidak akan selesai kalo asyik mencari salah orang lain? Saya rasa ungkapan itu telah lapuk..sekarang ni kita perlu mencari dalang yg mempolitikkan pembangunan di tempat tempat sebegitu...dalang yg kenyang dgn duit duit..kita perlu menyalahkan orang itu supaya tragedi tidak lg berulang untuk hal hal yg lain. Aren't you agree with me?

    ReplyDelete
  2. Ini semua adalah akibat daripada perbuatan rasuah oleh konco-konco engkau selama ini.

    Janganlah engkau salahkan orang lain, kerajaan engkau yang lalu patut dipersalahkan.

    Rasuah berleluasa sewaktu zaman pemerintahan engkau.

    ReplyDelete
  3. salam...

    saya setuju dalam masa sekarang ini kita tidak perlu mencari salah siapa.apa yang lebih penting ialah bagaimana untuk mengelak daripada semua ini terjadi lagi.

    dalam konteks ini siapa yang mempunyai kuasa untuk mengharamkan terus projek2 di kawasan ini?

    saya amat bersimpati dengan apa yang telah terjadi tapi dalam masa yang sama saya sungguh upset kerana boleh kata tiada siapa yang menyekat atau memboikot projek2 ini..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...setelah kita tercari2 dan terkial2 ingin mempertahankan apa yang kita yakin tetapi tak tau hujung pangkal sebab tiada maklumat dan kelewatan memberi penjelasan dengan pantas....tetapi sejak akhir2 ini sudah ada tanda2 pemimpin peka dan cepat bertindak memberi maklumat yang jelas dan tepat..
    saya dengan ini boleh menerima penjelasan ds diatas makluman ini...ds telah bertindak pantas dan peka diatas kesukaran rakyat.inilah kelebihan blog,walaupun ada kelemahan...ia bergantung kepada yang menggunakannya.sampai jumpa lagi

    ReplyDelete
  5. Dato Seri.

    Saya masih ingat komen Dato 'Semuanya OK' dalam berita TV dan dalam Utusan Meloya selepas membuat lawatan ke Bukit Cerakah selepas liputan meluas tersiar mengenai kerakusan kerajaan BN yang diketuai anda menggondol tanah di Selangor. Saya masih ingat prokek khinzir yang anda dan kuncu-kuncu anda luluskan. Rekod anda sungguh menyedihkan!!!!

    ReplyDelete
  6. Jangan nak salahkan orang lain. Apa yang anda buat sepanjang jadi MB Selangor sebelum ni? Sibuk dengan penyapu saja ke?

    Baca laporan ni :

    http://www.malaysiakini.com/news/94677

    ReplyDelete
  7. sudahlah tu, memangpun salah ds!
    -----------
    malaysiakini: A total of 99 hillside projects had been approved by the Selangor government under then menteri besar Dr Mohamad Khir Toyo, Parliament was told today.

    ReplyDelete
  8. salam dato'

    Belumpun PR memerintah satu tahun,
    jabatan kerajaan dan PBT di Selangor
    masih dalam mode honeymoon lagi...

    Nak kerja keras tak tentu lagi apa benefit yg akan dapat...

    kerja betol atau main dapat gak gaji...

    persepsi gini lumrah...
    MB harus tegas terhadap orang bawahan..taklah nanti rakyat akan kata MB lembik bercakap.

    ReplyDelete
  9. AMATLAH MALANG SEKALI JIKA SISTEM PENGAWASAN YG DIWUJUDKAN UNTUK KEBAIKAN GAGAL
    DILAKSANAKAN.

    KEGAGALAN PASTI PADA ORANG YG DIAMANAHKAN....BUKAN SISTEM
    TERSEBUT.

    ReplyDelete
  10. Salam.
    Sekarang bukan masanya untuk kita saling salah menyalahi sesiapa pun, yang penting apa kata PM perlu dipatuhi dengan serta merta. Jangan jadikan bencana dan musibah ini sebagai perkara main-main. Pembangunan dikawasan tanah tinggi perlu dihentikan serta-merta dan diharap tidak berterusan pada masa depan.'Hijaukan Bumi Kita'
    (cg zam)

    ReplyDelete
  11. Inilah akibatnya terlalu sibuk hendak bina kandang babi dengan 100 juta duit rakyat, mengharamkan Islam hadhari di Masjid, mencari kesalahan kerajaan terdahulu. Akhirnya kebajikan rakyat dilupakan. Mereka ini berpakat dalam pakatan rakyat untuk kepentingan diri dan kroninya sahaja.

    ReplyDelete
  12. Adakah kemungkinan kecacatan Competency bagi semua pihak termasuk MB dan Exco didlm meluluskan dan memantau pembangunan di lereng bukit
    penyiasatan terpeinci misti dibuat supaya kesalahan atau kecacatan ini tidak berulang lagi. Lihat sahaja pembangunan baru lereng bukit dari Ampang, BT Antara Bangsa ,Taman Melawati dan Templer Park ianya diluluskan semasa sdra menjadi MB.

    ReplyDelete
  13. Bila kerajaan Selangor umumkan untuk haramkan pembangunan di kawasan terrain kelas 2, 3 dan 4 beberapa bulan lepas selepas PRU12, banyak suara yang membangkang arahan tersebut bukan sahaja dari kalangan pemaju bahkan juga beberapa pemimpin BN Selangor sendiri termasuk DS. Antara alasan yang diberikan ialah tanah bukit tersebut telah dimiliki oleh individu (telah difaraidkan semasa pemerintahan BN). Alasan lain ialah kita sudah ada teknologi yang boleh mengawal kesan ke atas alam sekitar seperti tanah runtuh dan sebagainya. Alasan tersebut menggambarkan ketakburan kita kepada kuasa Allah. Memang tidak dinafikan pengawasan penting tetapi punca pokok perlu dikenalpasti dan dibuat pembetulan.

    ReplyDelete
  14. tak payah la nak kata siapa bodoh, politik siapa yg betul kerajaan siapa hebat. kerajaan ka PKR ka kalau dah kebulur jawapannya sama ja, kalau perkataan bodoh tu wajar di ungkapkan rasanya perkataan tu sangat sesuai diberikan kpd orang2 yang hidung tinggi dan suka mendabik dada.. kata pepatah kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.. dah tau bukit tu tak selamat yang dok pi berumah kat situ sapa suruh. dlm hal mcm ni sepatutnya individu perlu membetulkan diri sendiri, jangan beli rumah yang berisiko tuk runtuh, kalau nak betulkan pemaju, menteri atau apa2 yang ajensi yang terlibat mmg tak kan menjadi, sbb mereka sentiasa betul dan takkan pernah salah walau setitik pun, lebih2 lagi kerajaan negeri sekarang ni. Buat keje separuh jalan... separuh jalan lagi salahkan orang lain.. sebab apa jadi mcm tu? sebab tak reti buat keje, bodoh sombong, tak tau tp buat2 tau.

    ReplyDelete
  15. Pasukan penyelamat telah mengumumkan bahawa tiada lagi mangsa runtuhan untuk di selamatkan. Jadi sekarang ini ialah masa yang paling sesuai untuk mencari siapa yang bersalah agar mangsa dapat menuntut hak mereka. Di beberapa blog, di kaunter bantuan di bukit antarabangsa, dan di media, usaha sudah bermula untuk menimpakan kesalahan kepada pembeli rumah. Kononnya akibat kebodohan mereka membeli rumah di lereng dan kaki bukitlah kejadian ini berlaku. Ada juga cuba menyalahkan alam sekitar dan membebaskan semua daripada tuduhan.
    Saya cukup kecewa bukan sahaja dengan kerajaan kerana cuba lari daripada tanggungjawab mereka yang mengeluarkan keluluskan projek pembangunan yang dalam ertikata lain satu jaminan selamat duduk tetapi juga saya kecewa dengan sikap kurang bersimpati masyarakat apabila berlaku kejadian sebegini. Apabila kerajaan menyatakan kesalahan ini ialah kesalahan pembeli juga selain pemaju, semua jari menunding kearah pembeli. Pasukan penyelamat pun sudah mula menunjukkan sikap seolah solah kerana pembeli bodoh membeli rumah di lereng bukit maka kita jadi susah sampai tak boleh beraya. Maka berlakulah pesta makan hari raya di bukit antarabangsa.
    Dato, pelbagai dalih boleh diberikan untuk mengelakkan tanggungjawab tu. Boleh buat disclaimer dan sebagainya tetapi dengan melarikan diri daripada tanggungjawab, akan terpahatlah kita di mata masyarakat sebagai pihak yang tak bertanggungjawab. Boleh elak daripada tindakan saman tapi susahlah untuk menang pilihanraya lagi.
    Saudara Ustaz Khairi Jalalludin tu cerita pasal apa tuh? Off topic la rasanya. Tu dah kempen apa untuk ampu siapa ustaz?

    ReplyDelete
  16. Agensi/Syarikat/firm yang Buat ujian tanah kat kawasan itu dan firm/pemaju/dan semua orang yang terlibat dalam meluluskan project ini yang perlu disoal.. Orang yang buat ujian mungkin dapat wang sedekah, ataupun jika penguji itu tidak mensyorkon project diteruskan mungkin kepala dasyat makan duit dan bg project tu jalan..

    ReplyDelete
  17. Khir Toyo, jgn tunjuk pandai la. Pakar2 dari UiTM sendiri ckp yg diorang banyak kali dah warning kerajaan pasal tanah yg tak stabil di Bkt. Antarabangsa, tapi kerajaan tak nak respond. Ada kau ambik peduli ke time tu? Selagi tak runtuh, selagi tu nasihat pakar2 kau buang dlm longkang je, duit punya pasal.. Kalau tak takkan la boleh beli penthouse kat Melbourne kan? Semakin lama kau bukak mulut, makin banyak keluar kebodohan kau.

    ReplyDelete
  18. Salam perjuangan,

    Benar kata Dato' Seri, tidak semua projek perumahan di kawasan tanah tinggi adalah satu kegagalan. Perancangan terperinci serta pemantauan menyeluruh dapat mengatasi masalah tanah runtuh sebegini. Apa yang penting, setiap pihak yang terlibat perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan bersungguh-sungguh. Kelalaian dan kealpaan akan membawa kepada tragedi sebegini.

    Adalah tidak baik untuk kita "post mortem" yang lepas dan mula menuding jari. Sebaiknya, kita perlu bekerjasama supaya perkara ini tidak berulang lagi.

    "Memperkasa Generasi Baru"

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum

    Salam Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban akibat kejadian runtuhan Bukit Antarabangsa dan juga runtuhan-runtuhan sebelum daripada itu.

    Pembangunan di kawasan bukit oleh pemaju dengan kelulusan kerajaan negeri adalah satu perbuatan yang kurang bertanggungjawab. Para pembeli pula telah disogok dengan sesuatu yang mereka tidak mempunyai pengetahuan dan kepakaran mengenainya. Kalau mereka diberikan pilihan antara risiko dan keselesaan, mungkin ramai di antara mangsa yang memilih untuk elak risiko.

    Oleh itu sebarang pembangunan yang dirancangkan hendaklah dibuat kajian risiko jangka pendek dan jangka panjang dan hendaklah didedahkan kepada umum oleh pihak yang meluluskan projek berkenaan. Nak harapkan pemaju dedahkan, sudah tentu mereka tak akan mendedahkan risiko sesuatu projek mereka walaupun setinggi mana risiko yang bakal dihadapi.

    Kasihan kepada mangsa, banyak bersabar dalam menghadapi ujian dan dugaan dan kalau mampu hendaklah muhasabah diri masing-masing.

    Kenapa Genting Highland tak runtuh? Mungkin yang menghuni dan mendiami Genting Highland adalah mereka yang sewaktu dengan yang layak menduduki gunung ganang dan bukit bukau.

    TQ

    ReplyDelete
  20. Dato' Seri

    Ramai yang mungkin beranggapan bahawa pembangunan di kawasan yang berisiko disebabkan pihak yang terlibat dengan projek pembangunan tersebut terlibat dengan rasuah walaupun mereka tahu bahawa kawasan yang hendak dibangunkan itu berisiko tinggi.

    Kalau benarlah anggapan ini, maka marilah ramai-ramai kita berdoa agar pemberi dan penerima rasuah tersebut dilaknat oleh Allah S.W.T. hingga ke sepuluh keturunan mereka kerana disebabkan mereka orang lain menjadi mangsa.

    Rasuah ni adalah perbuatan salah dan haram, tetapi kalau dah gain sangat nak beri dan terima rasuah, tengok-tengoklah sikit, jangan nyawa orangramai jadi galang gantinya. Ini tidak... semuanya dibedal dan sapu, macam perangai buaya pulak.

    TQ

    ReplyDelete
  21. With the recent issue & some dating back to 15 years ago - Malaysians are fond of reacting to issues rather than acting proactively. Landslide is a favourite topic now due to the recent tragedy at Bukit Antarabangsa & the most debated Highland Towers tragedy some 15 years back. Do we learn anything from the tragedy? I don't think so. If one were to travel on car or even observe from the windows of public transport we can see hills being torn down without care.

    The Quran on Mountains:

    A book entitled Earth is a basic reference textbook in many universities around the world. One of its two authors is Professor Emeritus Frank Press. He was the Science Advisor to former US President Jimmy Carter, and for 12 years was the President of the National Academy of Sciences, Washington, DC. His book says that mountains have underlying roots.1 These roots are deeply embedded in the ground, thus, mountains have a shape like a peg (see figures 7, 8, and 9).

    Figure 7

    Figure 7: Mountains have deep roots under the surface of the ground. (Earth, Press and Siever, p. 413.)

    Figure 8 (Click here to enlarge)

    Figure 8: Schematic section. The mountains, like pegs, have deep roots embedded in the ground. (Anatomy of the Earth, Cailleux, p. 220.) (Click on the image to enlarge it.)

    Figure 9 (Click here to enlarge)

    Figure 9: Another illustration shows how the mountains are peg-like in shape, due to their deep roots. (Earth Science, Tarbuck and Lutgens, p. 158.) (Click on the image to enlarge it.)

    This is how the Quran has described mountains. God has said in the Quran:

    Have We not made the earth as a bed, and the mountains as pegs? (Quran, 78:6-7)

    Modern earth sciences have proven that mountains have deep roots under the surface of the ground (see figure 9) and that these roots can reach several times their elevations above the surface of the ground.2 So the most suitable word to describe mountains on the basis of this information is the word ‘peg,’ since most of a properly set peg is hidden under the surface of the ground. The history of science tells us that the theory of mountains having deep roots was introduced only in the latter half of the nineteenth century.3

    Mountains also play an important role in stabilizing the crust of the earth.4 They hinder the shaking of the earth. God has said in the Quran:

    And He has set firm mountains in the earth so that it would not shake with you... (Quran, 16:15)

    Likewise, the modern theory of plate tectonics holds that mountains work as stabilizers for the earth. This knowledge about the role of mountains as stabilizers for the earth has just begun to be understood in the framework of plate tectonics since the late 1960’s.5

    Could anyone during the time of the Prophet Muhammad have known of the true shape of mountains? Could anyone imagine that the solid massive mountain which he sees before him actually extends deep into the earth and has a root, as scientists assert? A large number of books of geology, when discussing mountains, only describe that part which is above the surface of the earth. This is because these books were not written by specialists in geology. However, modern geology has confirmed the truth of the Quranic verses.

    Footnotes:

    (1) Earth, Press and Siever, p. 435. Also see Earth Science, Tarbuck and Lutgens, p. 157.

    (2) The Geological Concept of Mountains in the Quran, El-Naggar, p. 5.

    (3) The Geological Concept of Mountains in the Quran, p. 5.

    (4) The Geological Concept of Mountains in the Quran, pp. 44-45.
    (5) The Geological Concept of Mountains in the Quran, p. 5.

    ReplyDelete
  22. Soalnya... pembeli kenapa beli rumah kat bukit? Maaf kata... tanah rata pun boleh gempa dgn izin Tuhan. Siapa boleh jamin tanah tak runtuh? Pembeli harus fikir sendiri sblm beli/buat rumah di lereng atau atas bukit. Tiada rumah lagi ke di tanah rata utk dibeli? Kenapa nak atas bukit juga? Salah siapa? Salah pembeli atau pemaju? Sendiri beli sendiri tanggung!

    Bukan niat menyinggung, tapi rata2 tidak lihat dari sudut ini... kita salahkan org lain atas setiap bencana tapi lupa muhasabah diri, kenapalah aku beli rumah di situ? Masa aku beli, tiadakah rumah di kawasan bukan bukit?

    Di mana2 pun, apa yg dilulus, manusia takkan mampu utk menjamin segalanya. Dia akan betul jika tiada apa berlaku, tapi akan disalahkan jika sesuatu berlaku.

    Kandang babi jika diwujud pada zaman DS, akan dimaki. Tapi jika diterus masa PR, byk pula rasional dan betul. Walhal hampir pasti PR akan menentang jika diwujud pada zaman DS. PR punya kuasa & ikhtiar utk batalkan projek tersebut sekarang, kenapa teruskan? Apa beza PR dan zaman DS? Satu lulus, satu teruskan. Tapi DS salah, PR betul? Kedua2nya terlibat, tapi kenapa DS sahaja yg dikata salah?

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  23. DS dan sahabat,

    Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat.Tragedi sudah berlaku,yang penting jalan penyelesaian harus dicari.Apabila ditimpa musibah,kita haruslah redha,kerana segala yang baik itu datang dari Allah S.W.T.yang buruk datangnya dari kita sendiri.

    Wassalam

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum kepada blogger semua...
    terlebih dahulu saya memohon maaf jika ada yang tersinggung kata dalam komen saya ini.
    Pertama sekali saya tidak ingin memperkatakan siapa yang dalam dan siapa yang betul dalam kejadian tanah runtuh bukit antarabangsa ini.
    biarlah pembaca-pembaca sekelian membezakan yang mana salah dan mana betul.
    projek pembinaan rumah banglo di bukit antarabangsa tersebut telah diluluskan pada tahun 1989 lagi ketika pemerintahan sebelum DS.
    Dan pada tahun 1992 sebenarnya telah berlaku kejadian tanah runtuh pada tempat yang SAMA ketika projek tersebut masih dalam pembinaan lagi. Sebab itu terdapat beberapa rumah yang tidak dapat disiapkan kerana telah berlaku kejadian tanah runtuh ketika itu.
    terdapat tiga baris rumah yang telah terbengkalai daripada disiapkan oleh pemaju daripada disiapkan kerana berisiko.
    memang benar pada zaman pemerintahan DS, telah mengambil iktibar kejadian tanah runtuh di Kg Pasir pada 1999 dengan menubuhkan satu skuad pemantau bagi mengelakkan kejadian serupa berulang. antara yang terlibat adalah beberapa jabatan teknikal kerajaan dengan menjalankan pemantauan hampir setiap bulan dan dilaporkan di dalam mesyuarat kerajaan.
    jadi apa yang menjadi persoalan nye sekarang dimanakah skuad pemantau tersebut.
    ADAKAH SKUAD TERSEBUT MASIH WUJUD?
    ATAU TELAH DIBUBARKAN OLEH KERAJAAN SEKARANG (PR)!!!!!!!!!
    saya rasa skuad tersebut telah dibubarkan oleh kerajaan sekarang kerana SETIAP EXCO YANG DILANTIK INGIN MENJADI HERO!!!!!
    PORTFOLIO SETIAP EXCO TIDAK JELAS!!!! mereka masing-masing mahu jadi hero. tidak membenarkan skuad pemantau menjalankan tugas sebagai petugas kerajaan menjalankan tugas untuk rakyat. hanya EXCO yang berhak menentukan hal-hal bagi protfolio mereka.MEREKA ANGGAP MEREKA BOLEH SELESAIKAN TUGAS MEREKA TANPA CAMPURTANGAN DARIPADA WAKIL KERAJAAN!!!
    jikalau skuad pemantau itu wujud lagi, mungkin sedikit sebanyak trajedi tersebut dapat dielakkan atau maklum lebih awal.

    LU FIKIR LA SENDIRI!!!!!!

    ReplyDelete
  25. Salam DAto, i nak propose at least u respon pd komen2 ni, lg org appreciate, salam blogger Pahang!!

    ReplyDelete
  26. Sdr Sylmi dan sahabat sahabat bloggers lain,

    Sdr telah melawat ke belum kawasan tanah runtuh tersebut,kalau belum eloklah lawat dahulu,barulah boleh beri komen yang mwembawa manafaat,jika tidak sdr hanya beri pandangan tanpa fakta.

    saya ingin jelaskan di sini tanah yang runtuh itu adalah kawasan lereng bukit yang tidak ada pembangunan dan runtuhan itu menimpa kawasan perumahan dikaki lereng bukit tersebut.

    Bukan yang runtuh itu kawasan yang ada pembangunan. Projek ini telah siap semporna pada tahun 1983,saya masih belajar di Universiti malaya,tahun pertama Asasi Sains.

    Saya harap tan sri khalid membuat siasatan lengkap, mengapa tiada laporan lereng bukit dilaporkan kepada exco,yang sepatutnya setiap tiga bulan perlu dibentangkan,atau menteri besar tidak prihatin kawasan yang telah siap dibangunkan?.

    Siapa yang bertanggongjawab mengawal selia cerun cerun projej yang telah lama siap ini?.Syarikat pemaju telah lama menghilang diri,pbt pula tiada peruntukan khas utk tujuan ini,kerajaan negeri pula lepas tangan.

    Saya harap menteri besar bertanggongjawab memberi peruntukan yang secukupnya spt saya lakukan dahulu,dan jika pihat pbt tidak efisisen,ambil tindakan ke atas pegawai yang terlibat.Bukankah kerajaan negeri pernah menggantung pegawai tertentu kerana merobohkan kuil haram?.

    Saya memeng tidak pernah berpuas hati dgn prestasi pihat pbt sebab itu saya beri hadiah penyapu,walaupion saya dipersalahkan atas hadiah tersebut oleh kerajaan hari ini dan para pendukong yang membuta tuli menyokongPakatan Rakyat,saya ingin bertanya apa tindakan yang akan diambil keatas mereka yang tidak efisien ini.

    Jika benar ada unsur rasuah saya harap kerajaan arahkan BPR ambil tindakan keatas pegawai terlibat pada tahun 1983 itu.kerana mereka lah yang meluluskan perojek di lereng bukit tersebut.

    Bagi saya kerajaan negeri hari ini perlu proaktif memantau semua lereng bukit yang berhampiran dgn projek perumahan yang telah lama siap dgn bersungguh sungguh.

    ReplyDelete
  27. Sdr Wong dan sahabat sahabat bloggers lain,

    Komen sdr ini benar benar tidak mencerminkan sdr seorang yang berpengetahuan,ditambah dgn sikap kebencian yang berjaya ditanamkam oleh pihak tertentu dalam diri sdr.Saya sedih kerana sdr menjadi seorang insan yang tidak bebas bersuara kerana konkongan sifat benci dan dendam yang menguasai diri sdr itu.

    Projek ini siap pada tahun 1980an,ketika itu Majlis Ampang Jaya belum wujud lagi,saya baru masuk universiti pada ketika itu tahun satu.

    Kalau benar rasuah berleluasa mengapa kerajaan Pakatan Rakyat yang sdr dokung tidak ambil tindakan undang undang,bukankah pisau dan mentimun ada di tangan mereka.

    Saya ingin bertanya sdr,apa pandangan sdr kerajaan Pakatan Rakyat yang awalnya berdegar degar mengatakan tidak akan membazir,kereta rasmi exco tidak akan ditukar,cukuplah dgn kereta proton perdana lama sahaja,tetapi belum sampai setahun telah tukar kepada Camry.Alasannya hendak jimat kos penyelenggaran. Persoalannya kenapa buat kenyataan tidak mahu tukar sekarang tukar,bukankah itu itu satu pembohongan kepada sdr dan orang ramai.

    Ada banyak lagi kemungkaran kerajaan yang sdr anggap paling bersih ini akan didedahkan terutamanya dgn industri ladang babi dan industri lombong pasir.Kita tunggu dan lihat sahajalah.

    ReplyDelete
  28. Sdr Wakmempelam dan sahabat sahabat bloggers lain,

    Berkait dgn Taman Pertanian Bukit Cerakah yang sdr maksudkan, sila lawat taman ini dan nyatakan kepada saya apa kerosakan yang telah kerajaan yang saya pimpin lakukan.

    Tanah tanah dikawasan ini telah dianugerahkan pada awal tahun 1990an lagi,saya bertindak memberhentikan dan meggazetkan kawasan yang lebih luas,dari 270 ekar kepada 300 ekar. Malah saya telah diancam oleh pihak tertentu kerana membatalkan kelulusan tanah yang masih belum membayar premium.

    Saya menjangkakan media akan memainkan isu ini,kerana ada mereka yang tidak berpuas hati dgn tindakan saya ini.Sebab itu hingga hari ini saya sanggup berjumpa sesiapa sahaja bagi menjelaskan perkara sebenarnya.

    Berkait dgn perojek raksaksa pertama kerajaan Pakatan Rakyat sebagai hadiah kepada sdr dan pendokung yang lain iaitu ladang babi,di Sepang.

    Sdr masih memperkatakan saya yang meluluskan,
    Saya hendak jelaskan saya tidak meluluskan perojek tersebut masih di peringkat kajian,sebab itulah kita hantar pegawai membuat lawatan keluar negara dgn melibatkan ketua kampong,tujuannya utk mendapatkan pandangan dari mereka.

    Pakatan Rakyat sepatutnya meneruskan kajian tersebut,bukan terus membuat keputusan secara tergesa gesa ataupon kerana desakan parti tertentu menteri besar terpaksa tunduk.
    Baru lapan bulan menjadi kerajaan terlalu banyak isu yang memburukkan imej selangor di lakukan oleh kerajaan dokongan sdr,dimulakan dgn membuat kutipan tabung parti yang tidak telus,tiada jawapan hingga kehari ini kemana dan berapa jumlahnya hinggalah ke sequad bogel yang menuntut menteri besar bertemu mereka,hinggalah yang terakhir dalam keadaan terdesak membentangkan baget ketika sembah ucap taat setia dalam istana yang tak sewajarnya dijadikan majlis politik,dimana hampair semua yang hadir tercengang dan terkejut atas tindakan menteri besar.

    Lain padang lain belalang,jangan anggap semua majlis itu sama.

    ReplyDelete
  29. Sdr jhj dan sahabat bloggers yang lain,

    Semua projek yang diluluskan dibawah kepimpinan saya adalah hasil dari kajian,pandangan,nasihat kumpulan profesional yang terdiri dari IKRAM,JKR,JPS GEOSAINS,JAS,PBT dan lain lain jabatan,yang di pegurusikan oleh YB Dato Setia Usaha Kerajaan negeri.Tiada pengaruh politik termasuk saya.

    Malah semua jabatan perlu setuju jika ada satu jabatan yang tak setuju perojek itu perlu di batalkan
    Saya masih menghadapi tindakan saman oleh beberapa pemilik tanah kerana bertegas tidak membenarkan projek dikawasan kecerunan klas 4,kerana ada jabatan yang tidak setuju.

    Saya harap kerajaan negeri membawa kemuka pengadilan jika ada salah guna kuasa kepada sesiapa yang terlibat termasuk diri saya.Janganlah kita bercakap tetapi tiada tindakan,jangan lah asik menyalahkan orang lain utk tutup kelemahan pemantauan yang sepatutnya mereka lakukan.

    ReplyDelete
  30. Sdr Jerung sakti dan sahabat sahabat bloggers lain,

    Kerana hadiah penyapulah majlis daerah hulu selangor mendapat hadiah kecermelangan pada tahun ini dan membawa pulang rm 100 ribu sebagai ganjaran.
    Alhamdulillah pegawai yang sama menerima anugerah tersebut mengakui hadiah penyapu merupakan sumber inspirasi mereka hingga mencapai peningktan yang mendadak dari 47% kepada 94% kadar kutipan pendapatannya.

    Jika Majlis perbandaran Ampang Jaya dapat hadiah yang sama ,mungkin mereka lebih berkerja kuat dan pemantauan dapat dilaksanakan dengan baik,dan kejadian ini tidak akan berulang lagi, Harus diingat kerajaan pakatan rakyat telah memerintah sudah hampir setahun bukan baru semalam.Jalankan tanggongjawab dgn lebih rajin jangan salahkan orang lain,esok lusa akan berlaku lagi kejadian yang sama tak kan lah nak salahkan orang lain lagi.

    Jika ada kecuaian samada pegawai atau pemaju ambil tindakan tanpa rasa bimbang,bukankah itu janji Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  31. "Komen sdr ini benar benar tidak mencerminkan sdr seorang yang berpengetahuan,ditambah dgn sikap kebencian yang berjaya ditanamkam oleh pihak tertentu dalam diri sdr.Saya sedih kerana sdr menjadi seorang insan yang tidak bebas bersuara kerana konkongan sifat benci dan dendam yang menguasai diri sdr itu."

    HA HA HA HA HAHAHA HAHAHA

    "Jika ada kecuaian samada pegawai atau pemaju ambil tindakan tanpa rasa bimbang,bukankah itu janji Pakatan Rakyat."

    HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA

    ReplyDelete
  32. Jika projek yg sudah sedia ada tidak di senggara dengan betul dan pemantauan berjadual dan kekerapan
    pada musim tengkujuh yg pasti akan
    berlakulah bencana yg kita boleh jangka dan fikirkan.

    Walaupun runtuhan bukan dikaw.
    pembangunan ttp bencana yg berlaku
    pasti akan melibatkan kaw. rendah atau lereng-lerengnya.Dan lagi kaw.
    yg dikata terbengkalailah yg selalu
    pihak berwajip terlepas pandang utk di pantau dan senggara.


    Isu ini besar jika kaw. yg terlibat
    merupakn kaw. elit dan penempatan
    yang diwar-warkan sebagai kaw.penbandaran/penempatan terancang.

    Jika cuaca menjadi faktor penyebab
    ,manusia tidaklah dipersalahkan.
    Faktor fizikal mukabumi maka manusia yg harus bijak menilai
    kesesuaian pembangunan dan pandai memilih utk menetap.

    Adakah pihak PBT,JKR,IKRAM dan penyelidik di Universiti ketandusan pakar untuk membentuk satu pasukan
    yg dapat memainkan peranan lebih cekap,tepat,cepat dan padat untuk
    mengkaji,bertindak dan penyelesai
    permasalahan ini utk tidak berulang?

    Adakah kita masih ketinggalan dalam
    teknologi,mekanikal,teknikal dan digital yg berkaitan tanah,cerun dan bukit?

    ReplyDelete
  33. Dato

    Saya nak tanya, apa Dato nak kata atau buat dengan Sukj atas perkara 20 kes rasuah Khir Toyo. Ianya sedang merebak pantas dalam blog.

    Blog beliau kerjanya hanya menghentam Mukhriz dan Dato. Katanya pengikut kuat KJ. Kira-kira orang UMNO lah. Tetapi kali ini pada saya hentaman beliau terhadap Dato paling hebat. Jika benar, satu pendedahan yang sungguh memalukan UMNO dan keluarga Dato. Jika tidak benar dan Dato diamkan, Dato sengaja mencari nahas. Pemfitnah perlu direjam. Melayu yang sifat sebegini tidak layak ada dimuka bumi. Begitu juga perasuah dan penerima rasuah.

    Saya pernah kata otaknya di kepala lutut. Beliau sebenarnya adalah beban yang terpaksa dipikul oleh KJ dan UMNO. Memalukan semua umat Melayu.

    Kami semua ingin tahu tindakan Dato.

    Salam.

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum Dr,

    Minta maaflah,ingatkan Dr yang luluskan projek di Bukit Antara Bangsa tu

    ReplyDelete
  35. Syabas Dr Khir! Jawapan saudara memang kena pada sasarannya! Dia org tu semua dah kena santau dendam benci yg ditiup oleh org2 PKR. Memang tak rasional langsung dia orang ni! Menulis macam budak sekolah tak habis dan tak matang. Memalukan!Terlalu berlandaskan emosi saja...typical PKRians

    ReplyDelete
  36. apa la nak jadi...
    pening kepala...

    pemimpin masih dalam kebudak budakkan...

    selamatkan tengkok memasing...

    teringin saya untuk melihat pemimpin bersatu..

    kita sedang dilanda musibah.. akan tetapi ianya tidak menjadi titik pertemuan untuk bersatu.. bahkan semakin bercakaran lagi...

    akuilah kesilapan lepas, gunakan ruang yang ada untuk perbaiki.. agar kesilapan sama tak diulangi oleh pemimpin kini.. jika benar2 ikhlas..

    jika nak selamatkan tengkok memasing, selamatkan nama dan reputasi yang mungkin dah tercemar kerana kebodohan dan kesilapan sendiri... rakyat bijak menilai..
    kami semua tidak bodoh dato' seri..

    tapi apa pun ketika dilanda musibah ini, alangkah eloknya kita lupakan pertelingkahan, wujudkan kesepakatan, sama2 bersatu, bukan hentam menghentam...

    ps: harap dato seri paham maksud tersirat saya.. nampak macam dato' seri ketagih kuasa dan sentiasa mengaku betol seolah2 dato' seri masih mahu menegakkan benang yang basah....

    ReplyDelete
  37. Salam Semua

    Saya bersetuju dengan Dato' Seri bahawa konsep pemantauan dan penyelenggaraan amat penting baqi sesuatu pembangunan di kawasan tempat tinggi. Pemantauan hendaklah menyeluruh dari tanah, sungai, pokok-pokok dan sebagainya.

    Dato' Seri amat tepat sekali bilamana mempertahankan diri dari tuduhan-tuduhan yang tidak benar yang dihamburkan oleh mereka yang saya percaya sudah dipengaruhi pemikiran mereka oleh pihak-pihak yang tidak senang dengan Dato' Seri.

    Rakyat kita termasuk saya sendiri kebiasaannya tiada masa atau mungkin sedikit malas untuk mencari fakta-fakta dan sumber-sumber yang sebenar, oleh itu apa yang orang cakap, itu yang dipegangnya. Jika kita mendengar cakap dari pihak pembangkang, maka fakta-fakta yang diberikan kebiasaannya bertentangan dengan apa yang pihak kerajaan ada. Jadi, kedua-dua fakta atau sumber itu sepatutnya dianalisa dan dibuat penghakiman seadil-adilnya.

    TQ

    ReplyDelete
  38. Salam DSKT,

    Ada orang tua-tua cakap kat saya, dalam Islam pun dah ada larangan untuk berumah di kawasan bukit bukau. Bagi saya ini semua dugaan dari Allah s.w.t. Sejauhmana penduduk kawasan tersebut menginsafi kejadian yang menimpa mereka. Ada yang masih berlagak sombong dan ada juga yang merendah diri menginsafi apa yang berlaku.

    Agak malang buat DSKT untuk berbicara tentang isu ini kerana, rekod DSKT amat buruk berkenaan isu projek di tanah tinggi. Sejarah adalah bukti yang tidak mudah orang lupakan. Kes Bukit Cerakah umpamanya. Pengawasan atas kertas berbeza sangat degan kerja sebenar. Ini semua terjadi kerana wang mendahului segalanya. Ada wang semua jadi.

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum dr

    Tak payah nak salah menyalahkan,
    yang penting adelah bagaimana untuk menyedarkan manusia yang tak pernah sedar dan mengambil iktibar dari kejadian lampau,mereka perlu disedarkan bahawa lereng bukit adelah bukan habitat untuk manusia mendiaminya,ia adelah habitat flora dan fauna

    Kita selalu bercerita mengenai pemanasan dunia, apekah sebabnya kita juga tahu,tapi kita selalu ambil mudah apebila perkara yang menjadi kemahuan kita akan jadi terhalang, itulah resam manusia yang merasakan wang adelah segalanya

    Kepada yang ditimpa bencana saye tumpang simpati dan diharap bersabarlah

    Kerajaan mestilah bertindak bijak supaya ape yang terjadi tidak akan berulang lagi walau siapa pon yang menerajuinya

    ReplyDelete
  40. Kelihatan beremosi, beliau mengungkit perihal Anwar yang memperjuangkan nasib rakyat miskin Baling pada 1974 tetapi "gagal membela mereka apabila menjadi timbalan perdana menteri”.

    Anwar dilabelkan oleh Ramlan sebagai "jelmaan syaitan, pendusta, penipu, hipokrit dan munafik".

    Ramlan berkata beliau pernah memaklumkan kepada tokoh utama PKR itu "supaya memperbaiki kepimpinan Abdul Khalid" tetapi Anwar gagal melakukannya dan masih "berdiam diri".

    Ramlan berkata, cabaran debat itu dibuat kerana "kegagalan Pakatan Rakyat di Selangor memenuhi manifesto pilihanraya" yang dibuat Mac lalu.

    ReplyDelete
  41. Salam..

    Kadang-kadang kita ini melupakan kekuasaan Yang PenciptaNya bahawa setiap kejadian ini kerana kita lupa kepada Yang Esa.Mungkin Wong dan seangkatan mereka tidak tahu siapa Yang Maha Kuasa kerana mungkin kekafiran mereka ini menyebabkan mereka buta.

    Walaupun berbagai2 bantuan diberi mereka masih riak,takbur dan bongkak tidak bersyukur.Di dalam Al-Quran telah diberitahu.Tetapi masih juga ada manusia yang alpa.Kenapa kita sanggup mengeluar wang yang banyak membeli rumah yang mahal dan membiarkan mereka yang susah meminta-minta.

    Kadang-kadang tertanya-tanya apabila orang kaya dapat ditimpa kesusahan,ramai dan cepat membantu tetapi jika yang miskin atau kurang mampu lambat diberi bantuan mungkin mereka ini bukan VVIP...inilah resam hidup manusia

    ReplyDelete
  42. Salam..

    Semua orang mahu kesenangan,kemewahan dan ego yang menguasai mereka....Dunia oh Dunia

    Ahli politik dengan cara mereka begitu juga ahli perniagaan.

    Apabila kita bergantung kepada orang kanan ,orang kanan harap orang kanan dan begitu seterusnya...Maka ini yang berlaku...DAH LAMA DAH

    ReplyDelete
  43. Assalamualikum kepada Dato Seri....Dato Seri kejadaian BKT Antarabangsa ini amat menyedihkan dan saya simpati dengan mangsa-mangsa yang terlibat. Dato Seri saya ingin bertanya bagaimana pula dengan project di Bukit Cerakah dahulu. Saya masih ingat lagi semasa Dato Seri di temubual oleh media yang bertanya" Dato Seri Bagaimana hutan di Bukit Cerakah ini boleh ditebang?" apa yang Dato Seri jawap" Saya sendir pun tak tahu bagaimana ia boleh ditebang?" Adalah jawapan itu wajar? Saya memang kecewa dengan jawapan itu. Bukan sahaja saya malah seluruh rakyat Selangor juga kecewa dengan jawapan Dato Seri. Sedanagkan dari bagunan SUK itu sendir pada tingkat atas Dato Seri boleh melihat dengan jelas dan nyata apa yang belaku di kawasan bukit cerakah. Saya berharap Dato Seri ingat kembalilah apa yang Dato Seri lakukan semasa Dato Seri lakukan semasa pememerentahan Dato Seri dahulu...

    ReplyDelete
  44. KEJADIAN tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008 telah mengemparkan seluruh rakyat Malaysia. 15 tahun lalu, ditempat yang sama kondominium Highland Towers tumbang menyembah bumi. Kejadian terbaru di Bukit Antarabangsa ini membuktikan ada pihak yang tidak mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku. Malah lebih teruk lagi ada pula yang cuba mengambil sikap lepas tangan atas kesilapan yang telah lama mereka lakukan.
    Iklan

    Untuk mendapatkan maklumat tentang pembinaan projek-projek di lereng-lereng bukit yang dikatakan melanggar undang-undang yang telah diluluskan pada tahun 2001, Harakah mendapatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa yang juga Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang sudi untuk mendedahkan penyelewengan ini.

    Ikuti interbiu Wartawan Harakah, IRWAN MUHAMMAD ZAIN bersama Naib Presiden KeADILan itu pada 12 Disember lalu di pejabat beliau di Taman Melawati.

    HARAKAH: Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak, apa yang saudara ingin perkatakan tentang tragedi tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember lalu?

    AZMIN ALI: Pertama saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang kehilangan ahli-ahli keluarga mereka. Semoga mereka sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini. Saya juga amat bersimpati dengan mangsa-mangsa yang lain yang kehilangan harta benda dan rumah kediaman mereka ekoran tragedi ini.

    Bukan saja mereka kehilangan harta benda dan rumah kediaman tetapi pengalaman yang gentir ini cukup traumatik. Saya dan kerajaan negeri berusaha agar kebajikan mereka dapat disalurkan seberapa segera yang boleh melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri.

    H: Apakah bentuk bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kepada mangsa kejadian tanah runtuh atau penduduk di Bukit Antarabangsa?

    AA: Itu sedang diteliti oleh Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri yang mana saya difahamkan telah pun mereka teliti secara khusus beberapa pilihan dalam mesyuarat exco khas 11 Disember. Saya mengsyorkan supaya Menteri Besar dapat mengadakan pertemuan bersama persatuan-persatuan penduduk yang terlibat dalam masa terdekat dan beliau sedang mengaturkan pertemuan tersebut supaya maklumat ini dapat disampaikan terus kepada penduduk kerana kita tidak mahu pihak media yang dikuasai pemerintah memutar belitkan kenyataan-kenyataan Menteri Besar dan memburukkan lagi keadaan.

    H: Dari hari pertama kejadian hingga kini, apa bentuk bantuan yang telah diberikan kepada mangsa dan penduduk yang mengalami kejadian ini?

    AA: Ada beberapa proses dalam menangani krisis dan tragedi atau bencana alam yang besar seperti ini. Tumpuan awal pastinya kepada operasi mencari dan menyelamat. Ini telah dilakukan oleh polis, Pasukan Smart, Tentera, pihak bomba dan penyelamat dan beberapa agensi lain.

    Pada masa yang sama program kemanusian itu juga penting, iaitu pembekalan makan dan minum kepada mangsa yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

    H: Saudara telah bertemu dengan penduduk Bukit Antarabangsa baru-baru ini. Jadi dalam pertemuan tersebut, apa yang dibangkitkan oleh penduduk kawasan tersebut?

    AA: Ada tiga perkara yang telah dibangkitkan oleh penduduk dalam pertemuan saya dengan mereka pada hari kedua tragedi ini. Persoalan yang paling utama ialah bekalan elektrik yang terputus dan yang kedua ialah jalan keluar kerana lebih 5,000 penduduk terperangkap di puncak Bukit Antarabangsa apabila jalan utama terputus akibat kejadian ini maka mereka yang duduk di bahagian atas terperangkap selama beberapa hari.

    Yang ketiga mengenai keselamatan harta benda mereka. Apabila mereka diarahkan meninggalkan kediaman maka mereka mahukan jaminan pihak keselamatan akan melindungi harta benda mereka. Dan ketiga-tiga aspek kemanusiaan ini telah kita tangani secara pantas.

    Tragedi berlaku pada 6 Disember, jalan utama terputus, bekalan elektrik terputus dan majoriti penduduk berada dalam keadaan panik. Pada 7 Disember jam 6.30 petang, pihak tentera telah berjaya menyiapkan jambatan sementara maknanya dalam tempoh 24 jam tindakan pantas telah diambil bagi membolehkan penduduk-penduduk Taman Bukit Mewah meninggalkan kediaman masing-masing melalui jambatan sementara ini.

    Pada malam yang sama, saya dan pihak MPAJ dan lain-lain memastikan jalan sementara itu terus dibina agar dapat digunakan oleh penduduk untuk berpindah.

    H: Ada pihak yang menyalahkan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana tidak mengambil tindakan ke atas aduan yang dibuat oleh penduduk Bukit Antarabangsa sejak tahun lepas. Apa komen saudara?

    AA: Saya tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak dalam kejadian seperti ini. Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai tanggungjawab besar dalam menangani masalah yang dihadapi penduduk. Tetapi yang lebih utama ialah apa yang didedahkan oleh Menteri Besar mengenai 99 projek lereng bukit yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri yang terdahulu.

    Kalau kita lihat beberapa pemimpin kerajaan terutama menteri-menteri memberikan kenyataan yang pada saya boleh dianggap melampau, menyalahkan pembeli kerana memilih perumahan lereng bukit untuk dijadikan kediaman. Ini bagi saya tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin apatah lagi seorang menteri. Pada saya apa yang perlu kita lihat, kelulusan yang diberikan itu perlu dipertikaikan, perlu kita semak dan siasat.

    Selepas kejadian tersebut, kita dapat dengar banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Umno dan juga menteri. Tetapi kenyataan ini hanyalah retorik semata-mata kerana seperti selalunya bila berlaku kejadian seperti ini, menteri akan buat kenyataan itu dan ini tetapi selepas itu projek-projek akan diteruskan juga ...

    Selepas kejadian di Bukit Antarabangsa baru-baru ini, kita dapat dengar Perdana Menteri membuat kenyataan agar semua projek-projek perumahan lereng bukit dihentikan atau tidak diluluskan lagi. Timbalan Perdana Menteri juga membuat kenyataan yang sama.

    Malah ada juga menteri-menteri lain turut sependapat dengan PM dan TPM. Pengerusi PAC, Azmi Khalid pula cadangkan agar dibuat akta seperti di Hong Kong. Ini semua tak akan dapat mengubah apa-apa. Kalau hanya setakat kenyataan sahaja tak ada apa yang boleh membantu.

    Sebaliknya kerajaan kalau betul-betul serius mahu projek-projek ini dihentikan kena lihat kenapa projek ini diluluskan. Di Dun saya sendiri iaitu di Dun Bukit Antarabangsa, sejak 2004 hingga 2007 terdapat sembilan projek perumahan lereng bukit yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri yang terdahulu. Iaitu di zaman Khir Toyo. Saya bukan nak menunding jari menyalahkan sesiapa tetapi ini kenyataannya. Kita ada maklumatnya dan kita akan dedahkan.

    Persoalannya kenapa projek ini diluluskan sedangkan pada tahun 2001 sudah ada satu garis panduan yang diwartakan yang disebut Total Planing Guide Line yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

    Di mana garis panduan ini menetapkan pembangunan di kategori tiga iaitu cerun di atas 25 darjah dan empat iaitu cerun di atas 35 darjah mestilah dihentikan serta merta. Garis panduan serta undang-undang sudah ada pada tahun 2001 tetapi kelulusan masih diberikan pada tahun 2004 hingga 2007. Maknanya, undang-undang sudah tidak dihormati lagi.

    H: Jadi kenyataan Khir Toyo yang mengatakan Menteri Besar Selangor sekarang tidak faham masalah sebenar itu tidak berasas?

    AA: Saya ingin ingatkan Khir Toyo, jangan melampau membuat kenyataan dan jangan cuba menyembunyikan kesilapan yang beliau lakukan dengan mencari salah Tan Sri Khalid. Seperti yang saya sebutkan tadi, undang-undang sudah diluluskan pada tahun 2001 tetapi kenapa dari tahun 2004 hingga 2007 terdapat 99 projek lereng bukit yang telah diluluskan?

    Dan kalau kita lihat, pemaju terus berani membuat projek-projek ini kerana mereka tahu tidak ada tindakan yang akan dikenakan kepada mereka. Kenapa mereka sebegitu berani? Kerana mereka inilah yang menyalurkan dana kepada Umno.

    Sebab itu, biarpun undang-undang sudah ada tetapi sanggup dilanggar kerana ada pihak yang akan mengaut keuntungan. Ini juga boleh dikatakan telah berlaku salah guna kuasa dan rasuah dalam meluluskan projek-projek ini kerana sanggup melanggar undang-undang yang dibentangkan oleh kerajaan pusat.

    H: Jadi apa desakan saudara kepada mereka ini?

    AA: Desakan saya supaya Khir Toyo berani bertanggungjawab atas apa yang telah beliau lakukan. Jangan salahkan kerajaan negeri sekarang kerana projek yang diluluskan semuanya ketika beliau menjadi Menteri Besar. Dan kita akan membuat pendedahan dengan mengedarkan maklumat ini kepada rakyat agar rakyat tahu siapa sebenarnya yang melakukan penyelewengan dan rasuah.

    :)

    ReplyDelete
  45. Kepada DS & komentar2,

    Tidak perlu menunding jari kepada sesiapa. kita balik kepada asasnya.
    Supply & Demand. kedua2 ni ada hubungkaitnya.

    penduduk Bkt Antarabangsa pula cuba nk salahkan pihak itu pihak ini. Cuba renungkan pepatah ini:

    "Kalau takut dilambung ombak, Jangan berumah di tepi Pantai"

    Mungkin version baru mcm ni:

    "Kalu takut ditimpa tanah, Jangan berumah ditepi bukit"

    Mungkin bunyinya agak menyakitkan atau keterlaluan. Tidak berniat menyinggung mana2 pihak. Cuma marilah kita sama2 renungkan kenapa ada pepatah ini.
    Sekian Wassalam.

    http://redssays.blogspot.com

    ReplyDelete
  46. yang penting kuatkuasakan undang2 dan supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi..

    ReplyDelete
  47. Takziah kpd semua mangsa tragedi semoga anda banyak bersabar di atas musibah itu. Saya percaya dgn penjelasan DS dan saranan2 dan amat kesal dgn tuduhan melulu tanpa fakta.

    "Kongkongan sifat benci dan dendam yg menguasai diri menjadikan seseorang itu tiada kebebasan bersuara" adalah satu hal tapi satu hal lagi ialah seperti kata Razak Baginda iaitu "dalam dunia ini ramai orang yg bodoh sebab itu mereka mudah percaya kpd fitnah tanpa fakta" dan insan seperti inilah yg menggagalkan segala usaha baik orang lain.

    ReplyDelete
  48. walau begitu hebatnya pun ds memuji2 diri sendiri sewaktu memerintah dulu, namun High Land tower telahpun runtuh, bukit cerakah terjejas juga akibat pembangunan yang rakus, tu tak termasuk lagi yang kecil2 punya keruntuhan. Kalau benarlah kehebatan jawatankuasa pemantau tanah tinggi yang ds tubuhkan dulu, takkan lah bukit antarabangsa yang dulunya cukup gah bagi orang2 yang kemaruk untuk berumah di lereng bukit, tiba2 runtuh. Setahu saya, setiap kajian dan pantauan mengenai tanah tinggi atau bangunan tinggi dibuat untuk tempoh sekurang2nya 6 bulan sehingga 2-3 tahun akan datang. So, apa yang mereka pantau sehingga April 2008 ari tu? Mudah saja menunding jari kepada orang lain semata2 untuk menutup silap sendiri, tak hilangkah lagi perasaan amarah serta hasad dengki sejak tidak menduduki takhta? Sudah2 lah tu.........

    ReplyDelete
  49. Blogger Dr Raffick wrote:

    "The Selangor State government in fact also announce that no new projects will be allowed for slope areas of Class III and IV. Khir Toyo made this announcement personally in the news just like what the PM did recently.

    To me surprised, the MB said that it was a verbal advice and was not a written policy. There was no specific written document issued. It was a not a policy. What sickened me most is the fact that in the last 5 years, Khir Toyo and his State Exco’s has approved so many new development in Bukit Antarabangsa. The way I see it, he is responsible in making BA a real danger zone. He is making it into a killing field. To me the entire previous Selangor State Exco is liable. How can they be so irresponsible in putting thousands of life in danger?"

    True?

    ReplyDelete
  50. komen sikit, ds?

    -------------------

    DUN S'gor siasat jutaan wang Balkis
    Jimadie Shah Othman | Dec 17, 08 10:58am
    Satu siasatan awam akan diadakan terhadap sumbangan kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri
    sewaktu pemerintahan Barisan Nasional.

    Siasatan awal Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mendapati ada "kes-kes yang memerlukan siasatan lanjut".

    Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha berkata siasatan awal jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan berkata, nilai transaksinya ada yang mencecah sehingga RM1 juta setahun sejak penubuhan Balkis pada 1985.

    khir toyo zaharah kechik selangor former mb 171208Beliau bagaimanapun enggan menyerahkan butiran syarikat dan jumlah sumbangan tersebut.

    Isu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.

    Yang dipertuanya Zaharah Kechik, yang juga isteri bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (foto kanan), dilaporkan memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.

    Wang itu, dilaporkan berjumlah RM9.9 juta, telah disalurkan ke sebuah akaun lain sebelum diserahkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.

    'Hadiah mahal'

    Ketika dihubungi Malaysiakini, Haniza berkata, terdapat sumbangan yang perlu disiasat seperti peruntukan membeli pakaian, pakaian sukan dan "hadiah yang mahal-mahal".

    Sehubungan itu, katanya, beberapa pegawai tertentu daripada kesemua enam GLC di Selangor akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan awam tersebut.

    haniza talhaSekarang Selcat dalam proses menyediakan soalan bagi siasatan itu, kata Haniza (foto kiri), yang juga naib ketua Wanita PKR.

    Tambahnya, siasatan itu dijangka diadakan awal tahun depan atau paling lewat sebelum pertengahan 2009.

    Haniza menjelaskan, siasatan awal memakan kira-kira lapan bulan kerana Selcat tidak dibenarkan melihat akaun Balkis.

    "Jadi, kita terpaksa semak (satu persatu) akaun GLC di seluruh Selangor," katanya.

    Mengikut undang-undang pendaftaran pertubuhan, tambah Haniza, hanya penjawat badan itu sahaja dibenarkan mengakses akaun Balkis.

    Wakil rakyat itu bagaimanapun menegaskan, Selcat tiada sebarang kuasa pendakwaan jika ada pihak yang didapati bersalah.

    "Jika cukup bukti, perkara itu akan dikemukakan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis," katanya.

    Jawatankuasa khas Selcat ditubuhkan tahun ini bagi memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan urusan pentadbiran kerajaan Selangor.

    Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.

    Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

    Selcat juga sedang menyiasat perbelanjaan boros 56 wakil rakyat BN penggal lalu sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan awal tahun ini.

    ReplyDelete
  51. YB Dato'Sri Dr Khir,
    Masalah tanah runtuh, kegelinciran cerun dan hakisan tanah adalah disebabkan pembangunan fizikal yang tidak dirancang dengan betul. Perancangan ini dibuat oleh Jurutera-jurutera dan tidak mengambil kira kepakaran ecologist tanah,botanist, saintis, Landscape Architect dll. Saya panggil pambangunan fizikal kita" buldozer oriented development"

    Tanah runtuh atau kegeliciran cerun boleh dikawal dengan teknik"Bioengineering"iaitu mengawal hakisan dan kegeliciran cerun dan tanah runtuh dengan menanam pokok-pokok( trees) yang di pilih khas untuk teknik Bioengineering. Spesies pokok ini banyak terdapat di Malayia.
    Tidak siapapun berminat dalam teknik Bioengineering ini.

    Saya telah mengenalpasti beratus-beratus tempat yang akan berlaku tanah runtuh atau kegelinciran cerun. Kebanyakannya di sekitar lebuh raya utara selatan
    dan dimana-mana saya sahaja bukit yang sudah ditarah.

    Saya amat dukacita saya tidak boleh membantu, kerana saintis tidak termasuk dalam buku pembangunan Malaysia.

    ismail3098@gmail.com

    ReplyDelete
  52. Salam DS Khir.TRagedi tanah runtuh ini sebenarnya adalah akibat pembangunan yg tak terancang.sistem saliran yg tak baik serta tindak balas bumi terhadap hakisan yg manusia lakukan keatas bumi sendiri yg penting kita ambik iktibar dari tragedi ini bukan menuding jari ke arah sesiapa.

    ReplyDelete
  53. Datuk Seri,

    tidak kira siapa mana pun kerajaan, kawalselia penting. Tiada penyeliaan yg bersepadu akan menyebabkan kegagalan untuk mengenalpasti risiko. Semua projek pembangunan tidak ada yang tidak BERISIKO! Kecekapan kawal selia dapat membantu untuk tujuan langkah-langkah keselamatan.

    Saya bersetuju dengan Datuk bahawa langkah yang berkesinambungan di dalam pemantauan sangat penting.

    ReplyDelete
  54. takziah dari saya dan keluarga atas pemergian mak mertua DS. Maaf tak dpt nak ziarah sb berada di luar. Salam pada Datin dan tabahkan hati.

    dia dah tentu selamat, kita yang tinggal ni belum tentu lagi.

    ReplyDelete
  55. Sdr jitu dan sahabat sahabat bloggers lain,

    Inilah sikap orang melayu bila ada pertandingan,bukan kemampuan yang ingin dibincangakan,tetapi fitnah akan disebar,agar orang menaruh benci pada lawan.Bagi saya mereka lakukan ini kerana tiada keyakinan diri atau mereka tidak yakin dgn calon yang mereka dokong.

    Saya dah dengar macam macam tuduhan dan saya telah menjalani siasatan oleh bpr semasa memegang jawatan lagi,dan saya berpegang dgn prinsip yang bersalah akan menghadapi hukuman.Alhamdulillah semua proses siasatan telah selesai,tiada sabitan kesalahan atas tuduhan tersebut,saya berdoa moga allah beri apa jua ganjaran pada mereka yang bertanggongjawab keatas tuduhan tersebut.

    Bagi saya mereka yang terlibat dgn fitnah,maksiat spt minum arak dan zina,tak jaga sembahyang tak layak diangkat utk jadi pemimpin.

    ReplyDelete
  56. Sdr Carl dan sahabat bloggers yang lain,

    Berhubung bukit cerakah saya dah jawab sebelum ini,sdr lawat dulu taman pertanian tersebut,kemudian kita jumpa,tahun bila tanah tanah tersebut diluluskan,mb mana yang terlibat dalam kelulusan tersebut.

    Saya terpaksa menjaga rahsia kerajaan,dan menjaga maruah pemimipin sebelum saya,kerana itu sebahagian amanah yang terpaksa saya pikul,bila saya setuju terima jawatan tersebut saya kena bertanggongjawab terhadap semua perkara samaada baik atau buruk,mengnutungkan atau merugikan,termasuk yang salah dan yang betul. Saya bertanggongjawab yang salah terpaksa dibetulkan,yang buruk terpaksa saya tanggong sendiri,menyalahkan orang lain bukan sikap saya.Penting sekali kita mesti terus bergerak kehadapan keperluan rakyat tetap jadi keutamaan.

    ReplyDelete
  57. Sdr Jhj dan sahabat bloggers lain,

    Pihak polis telah melakukan siasatan,kerana perkara tersebut telah dilaporkan kpd pihak polis,Saya boleh katakan tiada sebarang penyelewengan berlaku,wang tersebut telah di pindahkan kepada BAKTI dan digunakan utk membiyayai persekolahan anak anak balqis.

    Saya yakin yang benar akan dibenarkan oleh allah s,w,t juga.

    Bagi wang 26.6 juta ,merupakan peruntukan kerajaan negeri kepada wakil wakil rakyat sebelum pilihanraya,jika ada penyelewengan saya amat berharap kerajaan negeri ambil tindakan sewajarnya,jangan lah asik menuduh tetapi tiada tindakan,dah hampir setahun cerita yang sama juga yang didendangkan.

    cerita ini timbul semula bila mana saya menimbulkan tindakan kerajaan negeri membeli kereta camry tidak mengikut prosedure,satu pembaziran dan menipu rakyat spt yang dijanjikan oleh MB dan Pakatan Rakyat,jadi mengalihkan pandangan rakyat penipuan mereka itu,mereka akan timbulkan cerita cerita lama ini.

    Bagi saya tindakan ini adalah tindakan utk cuba memperbodohkan rakyat selangor,dan ini bukan kali pertama di lakukan banyak contoh yang saya boleh berikan diantaranya,
    a) kes ladang babi,bila rakyat marah mereka katakan itu keputusan kerajaan dahulu,sedangkan perkara itu masih dalam kajian kerajaan yang saya pimpin,kemudian exco terlibat berjanji utk membina ladang lembu yang sama keluasan dgn ladang babi tersebut,mana dia ladang lembu yang dijanjikan oleh pakatan rakyat tersebut.

    b) Penyelewengan wang kutipan sempena sambutan 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat,MB mengalihkan isu dgn memberhentikan pegawai terlibat,hingga kini berapa jumlah kutipan dan kemana wang tersebut di salurkan masih jadi tandatanya.

    c) Caruman takafful yang dijanjikan,borang telah bertukar beberapa kali,hasil nya masih dalam bayangan dialihkan pandangan dgn menggunakan sistem yang telah digunakan olenh saya dahulu,cuma nama di tukar
    Banyak lagi contoh contoh yang boleh saya paparkan,tapi bukan tujuan saya mencari keburukan orang tetapi memberi bukti nyata apa yang berlaku hari ini.
    Kita akan lihat pada hujung tahun ini berapa tender terbuka yang mereka kemukakan terutamanya dalam sistem pengurusan sampah di selangor. Jika dilihat dari projek pasir selangor saya tak jangka akan ada tender terbuka semuanya akan dilakukan secara tertutup,krn syarikat yang mendapat konsesi pasir selangor dibuat secara tertutup bukan secara terbuka spt yang dijanjikan.

    Saya akan lihat dimasa akan datang apa lagi isu yang akan mereka gunakan utk mengalihkan pandangan rakyat terhadap kesilapan mereka kerana mereka yakin mereka boleh memperbodohkan kita raktyat sel;angor berkali kali.

    ReplyDelete
  58. Dato Seri,
    Saya sudah melawat Taman Pertanian Bukit Cherakah. Malah sebagai penggiat fotografi macro, selain Taman Rimba Ampang, Bukit Cherakahlah lokasi yang sering saya kunjungi sejak beberapa tahun. Benar tiada tanah kena sodok di dalam kawasan taman tersebut kerana kerosakan yang dmaksudkan ialah di sekeliling kawasan taman. Ia umpama keadaan Zoo Negara sekarang ni yang dikelilingi kawasan perumahan menjadikannya bukan lagi kawasan yang aman suatu hari nanti. Bersama dengan pembangunan, akan terlonggoklah segala sisa pembangunan. Kita jangan berfikiran sempit menyangka sesuatu projek tu tak akan memberi kesan apa-apa kepada kawasan sekitarnya. Tebang balak di hulu sungai, sampai ke muara juga keruh airnya. Kecewa saya melihat Dato ni macam cakap apa saja walau mengarut asalkan dapat menjawab balik.

    ReplyDelete
  59. setelah memikirkan bahawa umno sudah tidak punya hala tuju dan membawa banyak keburukan dari kebaikkan akhirnya.. dato zahar berhijrah meninggalkan umno..

    dato seri bila lagi?
    marilah sama2 kita melihat makna hijrah nabi dengan lebih mendalam lagi...

    tingalkan umno secepat mungkin dan bantulah perjuangan ummah...

    gerenti hati senang.. jiwa tenang...

    ReplyDelete
  60. SALAM DATO SERI..Teringat lagi Onyang saya bercerita macammana beliau meneroka tanah dan membina rumah diatas bukit di Banjaran Titiwangsa suatu ketika dulu...Macammana berhati hatinya ketika kerja hendak dijalankan. tak jauh dari tapak rumah ada jeram yang sangat cantik.. Semua kerjakerja mengikut ketetapan orang dahulu saja.... Sehingga kini rumah kampung tu masih ada dan menjadi tempat berkumpul bila bercuti.

    ReplyDelete