Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Sunday, December 21, 2008

Kembalikan Matematik dan Sains Kepada Bahasa Melayu


1. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada Januari 2003 bertujuan melahirkan kumpulan pelajar yang berkebolehan menulis, memahami dan berfikir dalam bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek ini. Ini kerana di peringkat universiti atau pengajian tinggi banyak buku dan makalah dalam kedua-dua subjek ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris.

2. Dengan kata lain matlamat utama PPSMI ialah untuk melahirkan kumpulan pelajar yang menguasai ilmu terkini dalam kedua-dua bidang. Ia juga bertujuan melahirkan tenaga akademik yang berupaya menulis di dalam jurnal antarabangsa dan tenaga kerja yang memenuhi tuntutan pasaran kerja.

3. Di samping itu, PPSMI diharap dapat melahirkan generasi muda yang berkebolehan menggunakan bahasa Inggeris dengan baik.

4. Saban tahun polemik ini tidak pernah padam. Rencam pendapat dan alasannya pelbagai. Yang menyokong melihat dari sudut kepentingan generasi muda menguasai bahasa Inggeris dengan baik dalam menghadapi arus globalisasi.

5. Yang menentang pula melihat dari sudut penghakisan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa utama Malaysia dan juga sebagai bahasa pengantar di Institut Pengajian Tinggi Awam.

6. Yang berbelah bagi ialah ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa menghadapi secara langsung kesan kepada sistem ini. Bagi golongan Melayu kelas elit dan pertengahan mereka kurang menghadapi masalah kerana anak-anak mereka telah pun didedahkan dengan pengajaran dalam bahasa Inggeris sejak di tadika lagi.

7. Bagi kebanyakan orang Melayu, anak-anak mereka masih berfikir, bercakap, menulis dan membaca dalam bahasa Melayu. Jika dulu ramai anak-anak Melayu merasa terasing dan sering tidak berminat dengan kelas bahasa Inggeris, hari ini sudah menular pula ke kelas matematik dan sains. Selain tidak faham, mereka juga merasa rendah diri dengan kekurangan dalam penguasaan bahasa Inggeris.

8. Saya memahami hasrat kerajaan untuk melakukan kejutan budaya terhadap anak-anak di sekolah dan juga ibu bapa. Memang benar, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

9. Ibu bapa juga mahu anak-anak mereka mahir dalam bahasa Inggeris. Tapi apakah bahasa Inggeris lebih penting dari kemahiran hidup seperti ilmu hisab (matematik) dan sains? Tentu ramai ibu bapa yang tidak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

10. Namun setelah lima tahun pelaksanaannya, kita perlu bertanya kembali, ruyung yang mahu dipecahkan sudah mengeluarkan sagu atau yang dikendong berciciran yang dikejar entah ke mana?

11. Apa guna kita melahirkan seribu ahli akademik yang melahirkan pendapat akademik dalam bahasa Inggeris dan terbentang dalam jurnal antarabangsa tetapi beratus ribu anak Melayu akan datang tidak menguasai kemahiran asas mengira dan juga ilmu kemahiran hidup (sains)?

12. Oleh kerana matematik dan sains juga merupakan matapelajaran teras dalam peperiksaan (dan juga ketika memohon kebanyakan pekerjaaan yang baik) , saya khuatir jurang di kalangan generasi muda bandar dan luar bandar akan bertambah jauh.

13. Saya akui kepentingan kemahiran bahasa Inggeris. Namun telah jelas setelah enam tahun ia dilaksanakan tentangan terhadap PPSMI bukan kian mengecil malah kian membesar. Ini menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap kemampuan PSSMI membina generasi muda yang lebih baik kian terhakis.

14. Setelah mendengar banyak pendapat di bawah, juga pandangan di atas, yang dari “kiri”, juga “kanan” dan “atas pagar”, saya fikir:

a. Sudah tiba masanya kerajaan kembali kepada sistem pengajaran yang lama menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar untuk Matematik dan Sains di sekolah terutamanya dari tahun satu sehingga ke Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.

b. Di samping itu, memandangkan telah beratus juta dibelanjakan untuk sistem PPSMI ini maka ia harus terus dieksploistasi sebaik mungkin. Justeru, saya ingin mencadangkan agar kementerian pelajaran meneruskan PSSMI ini sebagai satu kelas tambahan selama dua atau tiga jam seminggu untuk setiap tahap pengajian bermula tahun satu.

c. Elaun tambahan yang sebelum ini diberikan kepada guru PPSMI boleh dikekalkan dengan syarat mereka memperuntukkan beberapa jam tertentu dalam seminggu mengajar kelas tambahan sebelah petang kepada para pelajar.

d. Dengan cara ini pelajar akan mendapat keuntungan maksima dari segi penguasaan Matemati dan Sains dan juga penguasaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek ini.

e. Jika penguasaan bahasa Inggeris yang menjadi isu, maka sukatan pelajaran bahasa Inggeris sendiri perlu dirombak dan dicari kaedah yang lebih baik termasuk memperkenalkan mata pelajaran kesusasteraan inggeris di peringkat lebih awal.

15. Saya sedar betapa Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin menghadapi keadaan yang amat sukar untuk membuat keputusan. Ini kerana walau apa pun keputusan yang dibuat ia akan tetap membangkitkan polemik baru. Tidak mungkin sesuatu keputusan yang dibuat akan memuaskan hati semua pihak.

16. Namun keputusan ini harus di buat atas kepentingan anak bangsa bukannya ego politik parti pemerintah mahu pun berdasarkan siapa yang paling kuat melobi.

17. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Demikian juga kerajaan yang mengubah sesuatu keputusan demi kebaikan yang lebih besar tidak akan jatuh maruahnya.

92 comments:

  1. Salam Dato' Seri,
    Ingin tanya istalah mana yg harus dipakai...Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia?

    ReplyDelete
  2. Dato',

    Jangan la menjadi jaguh kampung dengan memperjuangankan agenda sempit segulungan pihak. Sedangkan masa depan bangsa diporak perandakan.

    Melayu kini dalam keadaan yang serba lemah. Baik dari segi kekuatan politiknya mahupun penguasaan ilmu. Jauh sekali untuk menjadi pemegang kuasai ekonomi negara sendiri.

    Pelayaran kita masih jauh Dato'. Jangan hanya kerana ribut sehari kita sudah berpatah balik ke pelabuhan. Di mana letaknya iltizam untuk menjadikan Melayu bangsa maju jika kita asik berbalah tentang bahasa.

    Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu. Menguasainya adalah perlu.

    Saya tidak mahu kerana Dato' ingin memperjuangkan 'survival' politik Dato', anak saya menjadi mangsa.

    Cukup-cukup lah berbalah. Marilah kita bergerak kehadapan demi Bangsa dan Negara yang tercinta ini.

    ReplyDelete
  3. betul pun.
    pelajar2 elit akan menguasai lebih bahasa, ilmu, dll dgn apa2 bahasa.
    jadi sistem pendidikan haruslah mengambil kira keperluan kebanyakan pelajar melayu?
    perkara ini harus dipertimbangkan oleh pemimpin2.
    pada masa ni, selepas mendengar lebih byk pendapat dpd penduduk2 luar bdr, khususnya KL, dan menbaca beberapa kajian mengenai pengajaran, saya fikir lebih baik kita mengembalikan pengajaran matapelajaran ini kepada b.Melayu di sek2 nasional serta memperkukuhkan "education methodology" sekolah2 sek nasional dan kualiti guru2 kita.
    utk meningkatkan penguasaan bahasa, lebih baik ada lebih kelas bahasa, serta menanam tabiat membaca di kalangan pelajar2.

    ReplyDelete
  4. Saya sokong matematik dan sains diajar didalam bahasa kebangsaan. jika bukan rakyat malaysia mempertabatkan bahasa kebangsaan, siapa lagi yang mahu.

    Isu penguasaan bahasa inggeris, ia sepatutnya diterapkan diperingkat sekolah rendah lagi. Dengan ini, mereka boleh menguasai bahasa inggeris diperingkat sekolah menengah.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Saya pula kurang bersetuju. Bagi saya PPSMI patut di teruskan. Memang sukar bagi yg mothertouge di rumah sepenuhnya b.melayu, spt di kampung2 utk belajar bahasa english sehebatnya. Tetapi english dan matematik harus asasnya menggunakan english. Jika rebung di lentur dgn betul, learning curve akan dipertingkatkan, lebih baik di tahun depan. Tidakkah datuk seri mendengar statistik pelajar melayu di universiti swasta, berapa ramai melayu yg ambil engineering terpaksa extend. Pergi ke MMU, tempat saya belajar, mudah kah mereka yg sblm PPSMI ini utk belajar. Di UITM juga telah sepenuhnya diajar dalam english. Tetapi enviroment nya tak seperti di MMU, di sebabkan ada persaingan dengan pelajar cina. Lecturer takde bagi special treatment pada melayu, walaupun lecturernya melayu. Jadi baik datuk seri fikir, jika melayu kita lebih fasih english utk science dan matematik, lebih mudah mereka belajar lebih jauh dalam 2 bidang yg sangat luas ini. Kite tak mau pelajar tersebut dari luar bandar, ttp tanpa PPSMI, pergi overseas utk timba engineering course, harapan besar dari kampung, belanja besar dari JPA atau MARA, tetapi terkandas kerana bahasa.

    Perlaksanaan utk memperkasakan bahasa melayu dari cara lain yg di perlukan. Tetapi utk mencapai negara maju, lebih ramai engineer diperlukan khususnya melayu. Engineer melayu yg dipandang calibre nya dan employer memandang engineer melayu ini setaraf dgn bangsa lain.

    Pendekatan yang lebih baik juga perlu supaya pelajar melayu dapat belajar paham dan tulis dalam english. Pertuturan pula perlukan praktis yg boleh diasah dengan program yg betul tika kelas english.

    Terima kasih.

    Amir

    ReplyDelete
  6. Apa kata...

    Sekolah rendah guna Bahasa Melayu...

    Sekolah Menengah guna Bahasa Inggeris.

    Pelajar-pelajar akan mempunyai masa 6 (ENAM) tahun untuk belajar bahasa Inggeris.

    Kemahiran asas sebagaimana yang Dato' harapkan sudah mereka dapat.

    Masuk sekolah menengah, pelajar, mahu tidak mahu, belajar dalam Bahasa Inggeris untuk kedua-dua subjek tersebut.

    Susah bukan?

    Kalau mereka rajin, InsyaAllah, mereka berjaya.

    ReplyDelete
  7. DS telah mengulas dengan panjang lebar tentang kelebihan PPMSI dan saya sangat bersetuju dgnnya, tapi mengapa kita harus undur ke belakang ? Kejayaan sesuatu bangsa bukannya mudah untuk dicapai dan bukanlah ada jalan pintas. Sebagai pemimpin DS sepatutnya lebih bersemangat waja dan menyokong PPMSI ini disamping memberi idea bagaimana untuk mengatasi kelemahan.

    Saya nampak kegagalan ini adalah berpunca dari sistem pendidikan yg lemah (pengajaran bahasa Inggeris) dan sikap pelajar d an ibubapa sendiri, yang jelas ialah pelajar yang tekun dan dedikasi TIDAK menghadapi masalah ini.

    Apakah kita bangsa melayu masih terbawa-bawa dgn sikap hangat2 tahi ayam dan tiada kesungguhan ? Genggam bara api biarlah sampai jadi arang. Ini hanya menguasai bahasa sahaja, bukan bahasa cina tapi BI yg telah terbiasa.

    ReplyDelete
  8. Pelajar2 yg mengambil exam Math SPM baru2 nie,mereka kata tak faham soalan. Walaupn dwibahasa yakni boleh baca BM kalau tak faham BI tapi mereka tetap tak faham kerana Cikgu ajar dalam BI dalam kelas (mereka kurang faham). Jadi kalau Cikgu ajar dalam BM mereka mungkin akan faham.

    Jadi kesimpulannya subjek Math ni kena ajar dalam BM supaya pelajar betul-betul faham baru boleh jawab soalan. Agak merugikan jika pelajar tak faham sebab cikgu cakap dalam BI..bila dapat soalan tak boleh jawab. Masalah ini banyak terjadi kepada pelajar-pelajar di luar bandar khusunya..

    Tentang nak mempertingkatkan penguasaan pelajar dalam BI itu kena fikir kaedah lain rasanya. Antara cadangan yang boleh dibuat seperti memperbanyakkan waktu belajar BI, tambah bilangan guru-guru BI dan adakan subjek Bahasa Inggeris Komunikasi. Masa subjek tu pelajar speaking jer dari awal sampai habis waktu..lama-lama pandai la..jangan lah kita hendak mengejar menguasai BI sehinggakan subjek lain ikut tergadai sama umpama "yang dikejar tak dapat yang dikendong pula keciciran"..

    ReplyDelete
  9. Dato' Seri,

    Saya bersetuju dengan saranan Dato' Seri dengan syarat semua sekolah, kebangsaan dan jenis kebangsaan mengambil pendekatan yang sama, iaitu, matematik dan sains diajar di dalam Bahasa Malaysia. Namun ini tidak akan terjadi kerana pengawal-pengawal peribadi SRJK(C) terutamanya DJZ, MCA, Gerakan dan terkini SUPP akan membantahnya habis-habisan. Melainkan jikalau kerajaan bertekad untuk melaksanakan pembelajaran S&M di dalam BM dan sanggup bersemuka dengan kumpulan-kumpulan pelampau cina ini yang terang-terang anti nasional, maka, eloklah dikekalkan sahaja PPSMI. Jangan terpedaya dengan tipu helah mereka yang kononnya menerima PPSMI hanya di peringkat menengah sahaja. Alasanya mudah, iaitu, SMJK(C) sememangnya tidak wujud di negara ini. Sekiranya SMJK(C) wujud maka sudah tentu mereka juga akan membantah dengan lebih kuat lagi.

    ReplyDelete
  10. Alangkah baiknya jika Datuk berani mengutarakan pandangan ini 5 tahun yang lepas ketika ia belum dilaksanakan lagi oleh kerajaan. Kini 5 tahun telah berlalu di mana nasi bukan sahaja telah menjadi bubur, tetapi sebahagiannya telah di beri makan kepada ayam dan itik. Kerajaan telah membelanjakn wang yang banyak untuk melaksanakan program itu dan kini Datuk mencadangkan ia kembali ke asal.

    Memang terlambat adalah lebih baik dari tidak melakukannnya langsung, namun ia akan tetap menjadi pengajaran yg sangat berguna kepada kerajaan dan UMNO khasnya. Lain kali berani-beranikanlah diri untuk berkata benar. Katakan benar, biarpun pahit.

    ReplyDelete
  11. salam dato'sri

    saya kurang bersetuju dgn cadangan ini.pada pendapat saya ianya perlu diteruskan.

    saya tahu,banyak pelajar termasuk anak2 saya sendiri yang mengalami penurunan markah subj sains dan matematik dalam peperiksaan,tetapi berilah ruang secukupnya.

    benda ini akan berjaya ,cuma akan memakan masa yang lama sedikit.yg penting cikgu2 haruslah meningkatkan usaha penguasaan bahasa inggeris mereka.apa yg saya perhatikan cikgu2 ini mengajar ala kadar.mereka tidak menghargai usaha kerajaan berbelanja besar utk menjayakan perkara ini.biasalah ds,tak kan ds tak tahu kebanyakan cikgu2 di negara kita ini penyokong pas dan pkr,sudah tentu mereka tidak memberi kerjasama kepada usaha kerajaan.satu lagi ds,penyokong2 pas dan pkr ni malas dan lembab.selagi mereka2 ini mengusai dlam perkhidmatan awam di negara kita ini selagi itulah usaha kerajaan memajukan sesuatu perkara akan gagal.

    ds,takziah saya ucapkan diatas pemergian ibu mertua ds.salam takziah juga kpada isteri ds

    ReplyDelete
  12. 2 cerita...

    Pertama aku sendiri fail matematik SPM (1990 - walau di ajar dalam bahasa Malaysia!), P7 utk Bahasa Inggeris tapi A1 dlm Bahasa Malaysia. Hakikatnya bila bekerja terpaksa guna english lebih meluas. Penyelesaian, aku byk baca novel english & tonton DVD bersubtitle english!

    Kedua, anak saudaraku. Pandai matematik & selalu dapat A. Bila math diajar guna english pencapaiannya merosot mendadak! Dia tidak putus asa. hasil simpanan belanja sekolah, beliau belanja lebih seribu utk beli kursus belajar english dirumah. hasilnya, beliau mendapat A bagi math & english pada peperiksaan menengah & melanjut pelajaran ke matrikulasi...

    kami berdua berasal dari Sabak Bernam keturunan Jawa! haram tidak pernah berbahasa inggeris dirumah!

    Persamaan disini, kami berjaya menguasai english walau pada masa & tahap berbeza sebab kami mahu itu & usaha utk capai! Tiada kejayaan utk org malas. Sesiapa pun akan gagal math & sains jika malas belajar walau diajar dlm bahasa malaysia (cth aku sendiri!).

    Mungkin lebih mudah diajar dalam bahasa ibunda, tapi jika pelajar itu malas - beliau hanya akan faham atau boleh baca soalan & faham bahasa apa cikgu cakap, tapi masih tidak boleh menjawab soalan sebab malas belajar - hanya faham bahasa & tulisan...

    Aku tiada kata siapa betul siapa salah - cuma boleh difikirkan 2 keadaan diatas.

    ReplyDelete
  13. YB. The poor command of the English language has hurt the Malays more than any other race. Because the Malays are so poor in English, their employment opportunities have suffered. Their opportunities for further education has suffered. Their ability to acquire knowledge after school, college, uni have suffered. Tan Sri, as you well know yourself, information and therefore knowledge is distributed mainly in English. So why make the Malays suffer more. Why ensure that they will lose out in a world that is so increasingly global and dominated by the English language?

    ReplyDelete
  14. Kita sedar bahawa dgn menginggeriskan p&p Matematik dan Sains, bermakna puluhan subjek Matematik dan Sains di universiti akan teralih ke bahasa Inggeris. Hanya kerana pelajar lemah berbahasa Inggeris, bahasa Melayu dikorbankan. Kamikaze ala apa ni?
    Pandangan Dr benar dan kita memang wajar mencampakkan ego dalam hal ini ke jurang maha dlm. Benar, tidak akan hilang bisa ular sekadar menyusur akar, tidak hilang kuatnya jerutan sawa kalau sekdar berlingkar di akar.

    ReplyDelete
  15. Dato' Seri

    Di ajar dalam bahasa melayu pun ramai yang kandas, apatah lagi bila diajar dalam Bahasa Inggeris? Orang Inggeris sendiri pun jika diberi peluang untuk mempelajari pelajaran Matematik dan sains di Malaysia , belum tentu lulus dengan cemerlang.

    Saya fikir, objektik utama matematik dan sains dalam BI adalah untuk meningkat penguasaan BI pelajar melayu secara paksa. Dah habis fikir ker??? Mereka ( orang yang memperkenalkan Subjek ini ke dalam BI ) tahu bahawa bagi peminat fanatik matematik dan sains, walau diajar dalam bahasa apa sekalipun, mereka tetap dapat menguasainya. Tetapi bagi mereka yang memang tidak berminat, walau diajar dalam BM pun mereka belum tentu lulus.

    Oleh itu, saya cadangkan supaya pembelajaran Matematik dan sains dalam BI ini diajar apabila pelajar berada di peringkat menengah dan bagi sekolah rendah, biarlah ianya diajar dalam BM supaya pelajar yang memang tidak minat matematik dan sains ini berpeluang membuat kira-kira mudah dan mengenal bahawa pokok adalah penyumbang utama oksigen dan mereka tidak menebang pokok dengan sesuka hati mereka.

    TQ

    ReplyDelete
  16. sdra dr kt,

    saya terperanjat dgn unjuran sdra yg tidak rational ,persoalan nya bukan masaalah polisi tetapi pelaksanaan nya guru guru sendiri pun lemah dlm pengusaan bahasa Inggeris mereka rata rata tidak bolih mengajar dgn baik dlm bahasa Inggeris . Graduan graduan tempatan tidak laku di pasaran kerja kerana kelemahan bahasa Inggeris mereka . Bila pengusaan bahasa Inggeris lemah mereka menjadi pendiam dan tidak ada keyakinan diri sendiri selain dari mengharapkan bantuan kerajaan sematamata. Pemikiran luar kotak misti dilakukan, mulakan kembali sekolah jenis kebangsaan Inggeris
    atau sekolah national menambah lagi subjek subjek lain dlm bahasa Inggeris ,jgn nafikan peluang anak anak luar bandar untuk mempelajari bahasa Inggeris .

    ReplyDelete
  17. saya sokong datuk......kasihanilah pelajar2 di kampung2.....dulu english ja lemah...sekarang ni math, sains pula lemah.....jadi pelajar di kampung akan dpt status terkebelakang sentiasa ....walhal negara dah pun mengorak langkah lebih jauh......para pemimpin kita yg sayangkan bangsa dan agama....buat la sesuatu demi pelajar2 yg ada di kampung2..............jgn pentingkan diri kerana nak popular saja.....

    ReplyDelete
  18. Dato' buatlah keputusan demi masa depan anak-anak kita.

    Tidak akan terhakis sekelumit pun keMelayuan kita dengan belajar dan menguasai Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

    Malah, akan berdiri gagahlah anak-anak kita suatu hari nanti dengan ketrampilan yang mampu bersaing secara hormat.

    Kita juga semua tahu dan akui bahawa pelajar kita yang berada di Menara Gading (juga lepasannya) kebanyakkannya gagal cemerlang kerana bahan ilmu hampir keseluruhannya berbicara dalam pengantar Bahasa Inggeris.

    Diperingkat tersebut mereka ini malangnya masih terkial-kial untuk memahami bahasa, sedangkan tugas utama mereka sebenarnya untuk menuntut ilmu, bukannya belajar bahasa.

    Kalau sudah begitu hakikatnya, Mengapa Sudah Terang Lagi Bersuluh?

    Pejuang dan pengamal Bahasa Kebangsaan tidak perlu menuding jari, serta melaungkan kerisauan.

    Hakikatnya persoalan mengapa terlalu sedikit, lembab dan perlahan daya usaha perterjemahan makalah ilmu kepada Bahasa Kebangsaan perlu dijawab secara jujur dan ikhlas.

    Bahasa tanpa disokong ilmu dan ekonomi, paling cemerlang hanya mampu menjadi bahasa persuratan yang indah.

    Sementara itu, janganlah pula kelemahan metodologi dan kemampuan pengajaran oleh guru-guru mengajar dalam Bahasa Inggeris menjadi alasan kita. Jangan biarkan cabaran yang mampu kita atasi dalam masa 5-10 tahun itu menjadi pemangkin kepada kelesuan kita untuk 100 tahun lagi.

    Yang perlu kita buat adalah kesungguhan politik untuk memperbetulkan apa yang salah dan terkurang. Keikhlasan politik dan kewarasan pentadbiran pendidikan adalah jawapan sebenar terhadap permasalahan ini.

    Sementara kita perlu lekas bangun dari tidur, jangan pula kita dodoikan anak-anak kita dengan lipur lara yang tiada nilai kecemerlangannya.

    ReplyDelete
  19. bagi saya tidak kisahlah bahasa apa yang digunakan untuk mengajar matematik dan sains. yang pentingnya kenalah overhaul seluruh sistem edukasi di malaysia. kerajaan malaysia tidak haruslah menghasilkan jaguh kampung yang mampu mendapat berpuluh-puluh A sahaja tetapi apabila bercakap dengan mat saleh, orang langsung tidak komprehen bahasa "england" yang diucap oleh jaguh kampung ini. salam

    ReplyDelete
  20. takziah atas pemergian ibu mertua baru2 ni. Maaf tak dapat nak ziarah

    saya kurang setuju pembelajaran kedua subjek ini dikembalikan kpd bahasa malaysia. Kita kan nak bersaing, perlu lebih luas penguasaan ilmu. Belajar dlm BI tidak akan menghilangkan bisa atau menjatuhkan maruah.

    sebab terlalu taksublah maka graduan hari ni tak ada keyakinan sb tak dapat menguasai BI dgn baik

    undi yg DS buat pun ramai yg tak setuju saya lihat

    ReplyDelete
  21. saya dari dulu tak setuju dan ramai pun melayu kawasan luar bandar tak setuju..kalau dah matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris alamat yang jadi mangsa adalah anak2 5tahun yang lepas dan yang akan datang ni sebab mereka yang tidak dapat menguasai bahasa inggeris ini akan rugi banyak....yang penting pada saya ilmu nak berniaga pun tak mahir..iaitu matematik apa taknya dah bahasa inggeris tak faham macamana nak nak faham matematik...bila matematik fail alamat berniagapun rugi memanjang saja...akhirnya siapa yang rugi ...pusing2 melayu yang diluar bandar juga yang jadi mangsa...biar bahasa inggeris gagal tapi pada saya jangan matematik..maaf cakap la kepada ibubapa yang anaknya tak dapat menguasai bahasa inggeris memang anak2 ini kerugian banyak masa dan yang tidak ternilai dengan wang ringgit adalah anak2 ini,mereka ini berada dalam kerugian ehingga mereka dewasa dan mungkin tidak dapat menguasai matematik dan sains dengan baik...saya dengan ini setuju dengan ds...

    sampai bila bangsa kita ni nak maju jika pemimpin tak turun padang rasa sendiri susah senang...kalau cakap dan fikir saja pada saya masih belum cukup syarat untuk jadi pemimpin berjiwa rakyat...saya amat lega sekarang bila ds telah cepat menyelami rasa gundah gulana rakyat kebanyakan ini...dan harus diingat.. yang rakyat kebanyakan ini juga ada impian,keinginan dan perasaan ingin berjaya seperti orang yang sudah berjaya....cuma mereka belum berjaya,dan jika ds berkuasa kembali ds harus membantu sekurang2nya mereka dapat merasai yang mereka dihargai..golongan ini akan berusaha ds!cuma beri mereka ruang dan masa sedikit ..dan yang penting pemimpin wajib jadi penggerak utama dalam setiap agenda yang ingin dilaksanakan janganlah harap orang bawah sahaja yang nak berubah..check & balance la sikit..wang ringgit perlu tetapi bukan wang ringgit sahaja yang diingini oleh rakyat jelata tetapi adalah yang terpenting rakyat ingin merasai yang mereka ini dihargai oleh pemimpin mereka,saya amat berpegang dengan kepercayaan ini...mereka ingin dihargai oleh pemimpin mereka

    artikel ds sekarang sekurang2nya rakyat dapat merasai masih ada pemimpin yang ingat kepada mereka,dan untuk makluman ds saya amat senang sekali bila ds berani menjawab dan berani tidak untuk terlalu menjaga protokol sangat....

    saya juga senang dengan jawapan ds tentang artikel carl berkaitan bukit cherakah....selama ini ds banyak berdiam untuk menjaga pihak2 tertentu tetapi ds lupa yang rakyat kebanyakkan susah hati bila mereka tidak dapat maklumat...maklumat pada mereka ini penting kerana mereka ini setiap hari juga berjumpa dengan kawan dan lawan yang mengkritik kepimpinan ds dahulu ...tetapi bila maklumat tiada mereka pun terpaksa diam dan makan hati kerana hari2 kena dengar lawan memburukkan kepimpinan ds dahulu...pada saya terlalu berdiam pun akan memakan diri dan yang lagi menyedihkan pada saya adalah negeri selangor...apa saya dapat ds bila negeri bermaruah dan kita yang terlalu jujur dalam perjuang ini apa dapat...dapat negeri yang pertama dianugerahkan dengan ladang babi...dalam hati saya memang babi dan bangsat punya kerajaan negeri sekarang tetapi saya tak luahkan cuma kadang2 ds juga harus faham kekadang mengapa saya sebagai rakyat marah...hari ini dan sampai 4 tahunlah selangor jatuh pada mereka,inilah harga yang kita kena bayar ds...

    cukuplah sekali kata orang jika kita kena patuk dengan ular janganlah ular itu patuk kali kedua pada lubang yang sama nescaya amat malanglah hidup kita sehinggakan ular itu dua kali patuk pada lubang yang sama ...cukuplah sekali ds selepas ini biarlah ambil yang jernih dan buang yang keruh walau apa yang kami katakan selama ini anggaplah ia sebagai ingin membantu supaya maruah kita ds dikembalikan kepada tempatnya semula malah saya dengan izin berharap ia akan lebih berjaya dan rakyat lebih menyokong kepimpinan ds kelak.......

    sekarang ni jika orang keliling saja yang tahu agak kurang praktikel sebab undi nanti bukan hanya orang keliling saja yang undi...oleh sebab itu maklumat yang cepat dan pantas adalah cara generasi sekarang bertindak kerana kita semua berada dalam zaman teknologi dan maklumat dan kesibukan dalam arus yang dicipta oleh pihak berkuasa itu sendiri...oleh itu kita perlu bertindak mengikut peredaran zaman....kami terpaksa mengikut...jadi cuba fikir siapa yang membuat rakyat jadi begini hari ini....adakah bukan ketuanya?

    ReplyDelete
  22. hello bro.

    cuba lihat dari sudut yang lebih luas.

    ReplyDelete
  23. Salam Dato' Seri,
    Kita tak payah nak memeningkan kepala dengan perkara ini. Orang melayu mundur dan keterbelakang kerana perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Kita sekarang nak bersaing pun susah apabila didalam bidang pekerjaan dipihak swasta sering memomokkan keperluan berbahasa selain dari bahasa melayu. Cuba dato seri bayangkan dimalaysia, bahasa melayu terpinggir dan tidak menjadi keperluan untuk setengah keperluan sektor pekerjaan. Bangsa lain berasa jijik apabila kita cuba berbahasa didalam bahasa melayu. Apabila kita mencadangkan sekolah satu aliran bukan main melompat lagi pihak pembangkang kononnya kita perkauman. Anak anwar ibrahim, nurul izzah kata cadangan itu berbau perkauman, Poodahh.. kalau cadangan itu datang dari orang umno semuanya salah. Kerajaan PR memang pembohong Besar. Diaoranglah yang memain segala isu sehinggakan bangsa melayu tak boleh buat apa2. Sekolah satu aliran itu penting bagi saya. Mungkin kita tidak dapat menafaatnya diwaktu ini, tetapi cuba kita lihat 30 tahun akan datang. Orang melayu yang tak sedar dek untuk seperti PKR tu cuma menharapkan sokongan dari bangsa lain untuk berkuasa. MB selangor dan MB perak cuma jadi MB proksi je. Bila kita cadang nak beli kenderaan rasmi MERC oleh kerajaan terengganu diaorang gak mainkan isu tersebut tak patriotiklah kita. Tapi bila MB perak meluluskan cadangan beli toyota camry apa kejadahnya. Tahulah MB perak tu suka dengan teknologi automotif tetapi tindakan paling bahlul yang pernah didengari. langsung tak tolong produk dari Malaysia. Sebenarnya kemahuan untuk memiliki lebih hebat dari apa yang putuskan. Memanglah proton tu ada banyak masalah tetapi proton bukannya bodoh dan bangang untuk tidak membaiki keadaan. Setengah pemimpin PR sebenarnya memang membunuh semua perkara yang telah dibangunkan atau direalisaikan oleh pemimpin umno sebelum ini. PR cuma tahu membangkang je. Dato seri, Sebarang pergerakan untuk memngembalikan kembali matematik dan sains didalam bahasa melayu cumalah merugikan bangsa melayu sahaja. Pernah seoarang teman saya berbangsa cina menyatakan orang melayu tidak akan boleh berkerja diluar negara jika terus berbahasa melayu sahaja. Cuma berbahasa english sahaja kita mempunayai peluang besar untuk berkerja. Ijazah kita cuma laku diantara perlis sehingga johor dan seberang laut sabah dan sarawak jer. Pehhh!!! panas telinga saya.

    ReplyDelete
  24. Masalah yang dihadapi pelajar melayu kini ialah krisis budaya. Jika budaya kita perbetulkan, insyallah segala ilmu sama ada sumber bahasa inggeris atau bahasa melaysia, kita dapat kuasai.

    Komen saya ialah, pembangunan jadi diri melayu & Islam perlu di perhebatkan lagi dengan idea-idea baru.

    ReplyDelete
  25. I believe that it is too early to determine the effectiveness because the method of teaching maths and science in English has not last for a generation yet.

    One of the main reasons that the students in rural areas have difficulty studying maths and science in English is because this country have not produced teachers that teach properly in English. The language may be different, but the teachers are the same old generation that used BM.

    And again, if any of you were to assume that it would be easy for moderate or elite students to master English, you're wrong. You should try reading engineering books.

    You'll find that the language they use are not the simple English we learn from the local schools and far more complicated and difficult to understand.

    Changing maths and science back to BM would make it more difficult for the students to understand these engineering books.

    Try searching for an engineering book in BM and you'll also realize that its harder to find.

    ReplyDelete
  26. DS, sejak awal ds menulis blog, banyak isu isu yang ditulis menyentuh dan berkaitan dengan kepentingan orang orang malayu

    Isu isu yang dibangkitkan boleh dikatakan agak sensitif dan cenderong kepada provokasi
    Yang menyentuh hati kecil melayu

    Alangkah indahnya kalau DS melakukan perkara yang sama ketika menjadi menteri besar dulu yaa...

    Yang kelihatan hanya DS menukar wajah melayu original kepada tah apa apa...
    MUSKIL ..MUSKIL..apa motif ?

    ReplyDelete
  27. Tukar semua perkataan Melayu ke bukan Melaya, dan tukar bukan Melayu ke Melayu dalam blogg anda, anak watan ! Then you bro are truly Globalised otherwise......

    ReplyDelete
  28. Change the words Melayu to non melayu aqnd vice versa if not..... susah lah u bro

    ReplyDelete
  29. 10 cara menyelamatkan UMNO: Suara daripada akar umbi di ceruk-ceruk kampung dan pembacaan pemikiran orang-orang PAS.

    1. Penerapan nilai-nilai agama dalam program- pemimpin berhenti sembahyang berjemaah, doa sebelum dan selepas majlis anjuran kerajaan dan UMNO. Biarlah kaum lain menunggu sebentar.

    2. Perkasakan jawi- turut menggunakan tulisan jawi selain bahasa melayu di setiap majlis .… jangan guna langsung english

    3. Menjadi pejuang tegar dan konsisten dalam memperjuangkan Bahasa Melayu- jgn gadaikan dgn ppsmi, pemimpin mesti guna BM, biar org luar (wartawan) translate bahasa kita.

    4. Pakai tudung- semua pemimpin wanita dan isteri pemimpin menutup aurat… kalau isteri PM, TPM, Ketua Wanita dan timbalannya memakai tudung, berpuluh ribu undi akan didapati tanpa perlu berkempen.

    5. Tampilkan ulama dan ustaz-ustaz bersama pemimpin Negara sebagai suara utama bukannya artis. Beri peluang untuk ulama dan golongan agama bersama kepimpinan tertinggi UMNO.

    6. Pemimpin UMNO di semua peringkat hendaklah terdiri daripada golongan berpendidikan dan mengamalkan nilai-nilai islam yang tinggi… Kurangkan penampilan pemimpin yang seolah-olah macam orang barat seperti suka berparti dan tak ke masjid

    7. Pemimpin-pemimpin umno menyeru ke arah ibadat seperti solat, zakat, haji.

    8. Turut memperjuangkan hukum hudud. Jangan dilihat sebagai penghalang kepada pelaksanaannya di Malaysia. Majlis penerangan perlu dibuat ttg Negara majmuk “Bagai menarik rambut di dalam tepung”

    9. Tangani rasuah “dengan penuh kesungguhan”… pemimpin tertinggi jgn hanya beretorik.

    10. Untuk pengundi pula…. Memberi banyak peruntukkan kepada pemuda cawangan dalam memperkasakan aktiviti-aktiviti di cawangan. Peranan pemuda umno amat lemah dalam aktiviti agama, sukan, pendidikan, sosial di cawangan sehingga peranan telah diambilalih oleh “orang lain/parti lain”. Oleh itu, latih dan gunakan sepenuhnya ketua pemuda cawangan.

    JANGAN HANYA BERETORIK, BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT… JOM SELAMATKAN UMNO SEBELUM HANCUR !!!!
    DEKATI PENGUNDI DAN INGAT.... TAK SEMUA PENGUNDI BERADA DI BANDAR DAN BERPENDIDIKAN TINGGI. SEBAHAGIAN BESAR PENGUNDI BERADA DI KAMPUNG DAN SEDAR TENTANG AGAMA. INGATLAH KEPIMPINAN UMNO TERTINGGI SELAMATKAN UMNO... REALITINYA UMNO AMAT PARAH SEKARANG…. PRU SEMAKIN HAMPIR…
    TANPA ILTIZAM DAN “KERJA KUAT” MEMBAIKPULIH UMNO, UMNO AKAN TEWAS DI PRU AKAN DATANG.. PERCAYALAH!!!

    Yang benar,
    AkU AmAt SaYanG UMNO!!!
    23/12/2008

    ReplyDelete
  30. Saya cukup bersetuju agar Sains dan Matematik diajar kembali dalam Bahasa Melayu. Bukan meminggirkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, tetapi melihatkan kepada peranan Sains dan Matematik itu sebagai pelengkap imu dan pengetahuan kepada seseorang pelajar itu. Mungkin seorang pelajar itu tidak mahir berbahasa Inggeris, tetapi cukup mahir dalam Sains dan Matematik. Dua perkara yang berbeza jika seorang pelajar itu tidak mahir dan tidak dapat mengikuti dengan baik mata pelajaran Sains dan Matematik.
    Pelajar luar bandar menganggap Sains dan Matematik pelajaran yang membebankan kerana mereka tidak dapat menguasai ilmu yang disampaikan dalam Bahasa Inggeris tersebut dengan baik.
    Kepada Menteri Pelajaran, fikir dan dengar pendapat orang bawahan. Dengar rintihan guru yang mengajar, dengar keluhan ibu bapa yang mengharapkan kejayaan anak mereka, dengar luahan hati pelajar yang masih terngiang-ngiang lagi makna dan maksud yang tidak difahami. Moga apa jua keputusan yang dibuat tidak mengorbankan kepentingan bangsa Melayu itu sendiri.

    ReplyDelete
  31. Salam.

    Saya membaca semua komen sahabat-sahabat. Terima kasih kerana sudi memberikan ulasan. Sama-samalah kita berlapang dada dalam perbahasan ini. Apa yang penting ialah masa depan anak bangsa kita.

    Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang mengucapkan takziah atas pemergian ibu mentua saya. Semoga Allah s.w.t. menempatkan rohnya bersama-sama orang yang soleh.

    ReplyDelete
  32. ppsmi ni lah satu cara nak bantu anak-anak orang kampung yang tak mampu nak hantar anak tuisyen kat luar sepertimana orang pekan atau penentang ppsmi yang hantar anak mereka ke sekolah antarabangsa. anak melayu kampung disuruh ajar guna BM tapi anak mereka dihantar sekolah antarabangsa. agaknya sekolah antarabangsa ajar s&m dalam bahasa melayu kot. dulu sains diajar dalam bm, % pelajar s&m sekitar 30-40% juga. sekarang dalam BI dah lebih 40%. maknanya ppsmi berjaya. mana ada negara dalam dunia 100% pelajarnya masuk aliran sains. dalam upsr 2008, begitu banyak sekolah luar bandar meningkat sedang ada sekolah luar bandar merosot. maknanya bukan faktor ppsmi. saya cuma nak tanya dr. sendiri. kalau diberi pilihan, mana dr. nak hantar anak dr. aliran melayu atau inggeris? kalau saya tentu akan pilih aliran inggeris. sebabnya ialah kerana masa depan mereka. mana ada pejuang bahasa melayu yang boleh bagi kerja kat anak saya kalau tak dapat kuasai BI kerana pejuang-pejuang itupun makan gaji dengan orang. yang nak bagi kerja semuanya nak yang pandai bi. cubalah fikir sikit.jangan fikir perut kita tapi fikir juga perut anak-anak kita 10 tahun akan datang.

    ReplyDelete
  33. Saya menyokong penuh pandangan Datuk Seri dalam isu ini.

    Dalam pada itu, kerajaan juga sepatutnya bertindak membendung bahasa rojak yang semakin berleluasa di radio dan televisyen. Kenapa sampai tak ada kawalan langsung ? Kecewa betul rasanya.

    ReplyDelete
  34. Dato'
    Oghang selalu lupa bahasa Melayu asasnya tulisan Jawi. Lagi banyak bahasa kita kuasai lagi banyak lapangan ilmu diterokai!

    ReplyDelete
  35. Salam,
    Saya seorang ibu yang datang dari kampung dan memasuki sekolah peralihan atau dahulu di panggil Remove Class setahun sebelum memasuki Form One atau Tingkatan Satu. Saya berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang mengerti keperluan Bahasa inggeris walaupun saya kerugian satu tahun jika dibandingkan kepada kawan2 yang belajar di sekolah rendah jenis kebangsaan inggeris.

    Bak kata pepatah Melayu melentur buluh biar lah dari rebung ,begitu juga dengan bahasa di kalangan anak2...biar lah mereka mengenali dari sejak sekolah tadika dan kalau boleh biarlah dari mereka mula pandai berjalan.

    Kalau di kampung mana ada ibu yang dapat bertutur bahasa Inggeris .Sedangkan Datuk sendiri tahu perkembangan otak kanak2 di kala umur tiga tahun keatas adalah waktu terbaik untuk menerima apa saja yang di ajar...

    Jika anak2 lemah matematik dan sains , mengapa mesti salahkan ia dalam bahasa inggeris .Bukan kah anak2 Melayu tetap lemah matematik dan sains walau pun di ajar dalam Bahasa melayu?

    Dengan mengubah kedua2 mata pelajaran dalam bahasa Melayu juga tidak menaikkan taraf Bahasa Melayu menjadi bahasa No Satu selagi bangsa lain tidak mengiktirafkan nya.

    Saya hanya nampak kerugian yang BESAR sekiranya anak2 Melayu lemah Bahsa Inggeris ,mereka susah mendapat pekrjaan di syarikat2 swasta yang bertaraf antara bangsa!Mereka hanya terperuk didalam negeri...takut hendak menjejak kaki keluar negara.Mereka selalu di persenda oleh bangsa asing kerana bangsa asing akan bertutur dalam bahasa Cina, India dan Inggeris yang semuanya orang Melayu tidak dapat bertutur..fikir2 lah!

    ReplyDelete
  36. Dato' Seri,
    Isu PPSMI ini bukanlah isu ilmu tetapi isu politik.Isu ini dipolitikkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan diri dan kepentingan puak. Tambahan pula isu ini melibatkan soal Bahasa Melayu yang merupakan "perkara pokok" dalam politik Malaysia yang berbilang bangsa ini.

    ReplyDelete
  37. Pengajaran mate & sains dalam bahasa Inggeris bagi mempercepatkan proses pemindahan ilmu. Macam ilmu agama kalau belajar dalam bahasa Arab lebih jelas istilahnya. Terjemahan ke dalam bahasa Melayu akan melambatkan dan menyebabkan umat Islam terus ke terbelakang dan tidak hadhari. Ini yang dikehendaki oleh musuh Islam. Wallahualam.

    ReplyDelete
  38. Dato kalau tak silap saya dulu Dato bukan main sokong PPSMI ni di laksanakan ya la masa tu dato jadi MB yang di lantik oleh Tun M kerana Idea PPSMI ni datang dari Tun M.....kini setelah Tun dah tak ada kuasa baru Dato nak bantah....?
    Tidak kah Dato rasa ia sudah terlambat kerana ia telah memakan Jutaan wang rakyat....?
    Dan adakah Penentangan Dato ini ada kaitan dengan Pemilihan kerana Kempen dato untuk jawatan Ketua pemuda kerana dato akan mementang anak yang empunya idea PPSMI ni...........
    kalau itulah sikap dato nampak nya Dato bukanlah orang yang ikhlas memperjuangkan nasib Bahasa Melayu kita yang kian terpinggir angkara tangan-tangan memimpim Umno yang terdahulu dan sekarang..............

    ReplyDelete
  39. Dato seri,
    Orang melayu kena belajar struggle untuk survival. Baru nak menguasai bahasa Inggeris kita dan bertelagah. Orang melayu memang terkenal dengan cepat mengalah. Langkah telah diatur kenapa nak berundur semula. Dari pengamatan saya, sejak ianya dijalankan dalam bahasa inggeris bagi matematik dan sains pemahaman mereka lebih baik dan meningkat dari masa kesemasa. Tambahan pula kebanyakan terms bagi pelajaran sains lebih senang diingati dalam bahasa inggeris. Bukan nak mengaggungkan bahasa inggeris tapi demi ilmu dan kemajuan bangsa melayu sendiri.

    ReplyDelete
  40. Dato' Seri,
    Langkah telah diatur kenapa sekarang nak berundur? Saya kadangkala kurang faham pemikiran orang melayu. Tak mahu nak bersusah sikit. Semua nak mudah nak senang. Setelah saya perhatikan kepada pencapaian anak-anak saya dalam matapelajaran Sains dan Matematik sekarang, saya amat dapati ianya lebih berkesan berbanding dulu. Banyak istilah-istilah sains yang lebih senang difahami dan diingati berbanding bahasa melayu yang kadangkala berbunyi amat janggal. Apatah lagi kalau ianya diambil dari bahasa inggeris juga. Bunsen Burner dipanggil Penunu Bunsen. Banyak lagi lah perkataan pelik. Bagi saya untuk jangkamasa panjang..penggunaan bahasa inggeris lebih baik apatah lagi nanti kalau anak bangsa kita berpeluang belajar keluar negera..ianya amat memberi kelebihan.

    ReplyDelete
  41. PPSMI..
    Kalau benar ingin menguasai bahasa Inggeris, bukan Sains dan Matematik yang menjadi mangsa. Pertingkatkan kelas bahasa Inggeris di sekolah dari segi membaca, menulis dan bertutur. Itu caranya.

    Kefahaman pelajar terhadap Sains dan Matematik lebih mudah diterima tatkala diajar dalam bahasa Melayu. Kasihan dengan pelajar miskin yang tidak mampu menghantar anaknya tuisyen (BI,SN&MM) dan pelajar luar bandar yang tidak terdedah dengan persekitaran bahasa Inggeris.Terkial-kial mereka.

    Janganlah kita menumpulkan dan merudumkan motivasi pelajar untuk mempelajari subjek kritikal ini (SN&MM) kerana tidak mahu pelajar semakin ANTI dan menutup minda bahawa Sains dan Matematik itu susah akibat kekangan ini (diajar dalam bahasa Inggeris).

    Biar kita rugi dalam jangka masa pendek, jangan menderita pada masa depan kelak.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum Dato'..
    Dalam hal ini saya rasa Dato' ade betulnya sbb saya mmg rase B.melayu perlu utk pemahaman yg lebih bagi pelajar2 sekolah rendah yang sememangnya baru hendak menerokai ilmu sains dan matematik,ini berdasarkan pengalaman saya,saya pernah belajar di salah sebuah universiti di russia yg mana pada mula 3 tahun pertama kursus ijazah saya di mulai dgn bahasa inggeris dan 3 tahun kemudiannya di teruskan dalam bahasa russia,percaya atau tidak hampir smua pelajar malaysia yang pada mulanya dikenali oleh smua lecturer dengan kehebatan dalam bidang akademik jatuh merosot secara mrndadak di sebabkan oleh perubahan "medium" bahasa.memang saya akui sukar utk kita memahami sesuatu ilmu itu didalam bahasa yang bukan kita tuturi setiap hari,ianya menjadi lebih mudah sekiranya di ajar dalam bahasa yang paling mudah utk difahami.Pun begitu kita tidaklah boleh langsung mengabaikan bahasa inggeris sbb memang betul itu adalah bahasa antarabangsa dan bahasa yang memang dikenali sebagai pintu utk ilmu.bagi saya sekiranya pelajar darjah satu yang di ajar "one plus one is equal to two" mmg benar kita akan dapat seorang pelajar yang (mungkin)mahir dalam bahasa inggeris di akhir tahun enam tapi akan ketinggalan dalam pemahaman tentang ilmu matematik itu sendiri,apa yang saya cuba sampaikan disini ialah kita dapat mungkin dapat ape sesuatu yang kecil tapi yang utamanya kita ketinggalan.

    jadi ppsmi ini sangatlah tidak wajar utk dimulakan bagi pelajar yang baru sahaja mengenali alam persekolahan.Subjek bahasa adalah subjek yang berbeza dengan subjek lain,ianya hendaklah selalu di"practice" bukannya di pelajari melalui sains atau matematik.sewajarnya pelajar hendaklah di dedahkan dengan bayak program yg melibatkan penggunaannya seperti program minggu bahasa,ajarkan asas penggunaan komputer dalam bahasa inggeris ini kerana pelajar2 sekolah rendah teramatlah tertarik dengan komputer.jadi mereka akan ada minat dengan sendirinya.

    Sekiranya jepun,korea,perancis,jerman,italy,sweeden dan hampir smua negara maju boleh mencapai status negara maju kerana mereka cipta,teroka,luaskan teknologi dalam bahasa mereka sendiri kenapa kita tidak?Cuba lah tuan tuan renungkan sebentar,maju atau tidak sesebuah negara itu bukan kerana bahasanya tapi kerana "knowledge"nya,tidak kiralah ianya di dalam bahasa apapun.

    p/s: India adalah sebuah negara yang mana penduduknya dikenali ramai kerana kehebatan mereka bertutur dalam bahasa inggeris.

    ReplyDelete
  43. Kepada Amar.k.s, cukup2 la cakap pasal politik. Dato K.Toyo memang ahli politik. So, bila bercakap, tentulah dia orang politik. Cuba Amar.k.s beri pandangan diluar konteks politik. Dato' K.Toyo pun seorang ahli akademik. pesanan rakyat buar Amar.k.s, keluarkan sikit diri tu dari bawah tempurung. Belajar-belajar sikit buat business, jangan nak politik je. Ok... mesti ubah sikap.

    ReplyDelete
  44. Hi Dr,

    Ithink you have no patience to see what can be achieved after this.Being in UK now,Its difficult to be in a technical field if you don't knwo what is in English.I applaud the PSMi efforts and shall continue so.We should never think backwards and should avoid giving in people who has self interest in politics.

    ReplyDelete
  45. Hi Dr,

    I think you have no patience to see what can be achieved after this.Being in UK now,Its difficult to be in a technical field if you don't knwo what is in English.I applaud the PSMi efforts and shall continue so.We should never think backwards and should avoid giving in people who has self interest in politics.

    Educated in maths in Sains in BM is a waste of time.You can never be on par with teh rest of teh world.Its better to start early.

    Go Malaysians!Don't give in to Self Ineterst Politics!

    ReplyDelete
  46. Bagi saya, ada dua isu yang penting di sini. Pertama, keinginan kita untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu dan kedua, keinginan kita untuk menguasai ilmu pengetahuan sains dan matematik melalui bahasa Inggeris.

    Saya merupakan individu yang lahir daripada sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu 100% sebagai bahasa pengantar. Alhamdulillah, saya dikurniakan sedikit kebijaksanaan oleh Allah untuk berjaya dalam akademik.

    Apabila masuk ke universiti, bidang saya adalah bidang yang tidak terdapat di universiti lain. Oleh itu, para pensyarah kami telah berusaha sedaya upaya untuk menterjemahkan buku rujukan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu untuk membantu pemahaman kami semua.

    Para pensyarah sentiasa mengutamakan dasar yang fleksibel. Selain buku terjemahan, kami juga merujuk kepada buku rujukan yang diperolehi dari AS dan Britain. Semua buku rujukan ini dalam bahasa Inggeris. Alhamdulillah, kami tidak menghadapi masalah untuk memahami kandungan buku tersebut walaupun tidak menerima pendidikan asas sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

    Setelah beberapa tahun di universiti, Alhamdulillah, saya mendapat pekerjaan dengan sebuah syarikat AS yang sentiasa bercakap Inggeris di pejabat. Saya dapat menyesuaikan diri dengan baik walaupun saya menerima pendidikan asas sains dan matematik dalam bahasa Melayu.

    Saya tidak berniat untuk mempersoalkan sama ada dasar ini wajib diteruskan atau tidak. Bagi saya kedua-duanya ada pro dan kontra. Saya sekadar menceritakan pengalaman hidup. Mungkin ada jalan tengah yang lebih baik supaya bahasa Melayu dapat didaulatkan dan dalam masa yang sama bahasa Inggeris dapat dikuasai.

    Walau bagaimanapun, sains dan matematik bergantung erat dengan konsep. Menguasai konsep tentunya lebih penting daripada bahasa. 5+5=10 mungkin boleh disebut sebagai "lima tambah lima sama dengan sepuluh" atau "five plus five equal to ten". Oleh itu fikirkanlah satu jalan yang dapat membantu anak2 kita memahami konsep sains dan matematik dengan lebih efektif berbanding terus berkelahi tentang bahasa apa yang lebih efektif. insyaAllah. Tahniah Dr Khir membuka ruang untuk perbincangan.

    ReplyDelete
  47. Sahabat-sahabat,

    Pandangan yang saudara/i berikan adalah amat baik. Sudah semestinyalah, sesuatu isu itu ada pro dan kontra.

    Saya masih berpegang dengan pandangan bahawa matapelajaran Sains dan Matematik harus kembali diajar dalam Bahasa Melayu supaya pelajar-pelajar kita tidak ketinggalan dalam bidang ini.

    Ada dua isu di sini. Satu isu bahasa. Kedua isu kecemerlangan dalam bidang Sains dan Matematik. Apa yang penting sekarang ialah untuk kita mencapai kecemerlangan dalam kedua-duanya tanpa mengorbankan salah satu daripadanya.

    ReplyDelete
  48. Salam DS,

    Saya sebenarnya tak setuju dengan menukar kembali pelajaran Math dan Science ke bahasa malaysia. Biarlah dia dalam keadaan begitu kerana saya hendak memberi contoh seperti berikut;-

    1. Tahun 60an, 70an dulu saya bersekolah di SRJK dan banyak subjek dalam BI. DS tengoklah mereka yg bersekolah pada tahun2 tersebut bagaimana mereka berjaya dalam kehidupan hari ini.

    2. Anak saya menduduki PMR tahun 2007 mendapat A dlm semua subjek. Tanpa pergi tuisyen pun sebab tak mampu nak biaya kos tuisyen.

    3. Jadi apa masalahnya bangsa kita ni. Tak perlulah kembalikan ke BM, didik saja dalam minda ibubapa betapa pentingnya BI dalam urusan pendidikan dan pekerjaan hari ini. Tengok saja sekarang ni kalau nak mintak kerja dan kalau syarikat tu bukan milik bumiputra syarat utama mesti pandai bahasa mandarin jadi dapatkah kita memberi peluang pekerjaan kepada anak bangsa kita.

    4. Dah lah masalah tenaga asing yang kian ramai, peluang pekerjaan akan semakin sempit kerana majikan2 di Malaysia ni senang mengambil warga asing kerana boleh dipaksa kerja biarpun gaji murah, beri mereka kerja 12 hingga 16 jam sehari kerana mereka boleh membayarnya. Nak ambik orang melayu bekerja, tak boleh harap sebab masing-masing nak jadi tuan.. takpun mereka dah fobia dengan laungan 'KETUANAN MELAYU' oleh segelintir kita.

    Pada saya perkasakan lah bangsa kita dengan ilmu pengetahuan yang cukup. Tanamkan jiwa usahawan kerana bila dah jadi usahawan mampu memberi peluang pekerjaan kepada bangsa sendiri.

    Minta DS usulkan kepada kerajaan hentikan lah pengambilan pekerja asing.. tak baik untuk jangka panjang, sebab anak melayu akan merempat dinegara sendiri... siapa akan dipersalahkan satu ketika nanti. Pemimpin juga.

    Salam.. ini saja komen saya diharap DS faham maksud saya.

    ReplyDelete
  49. Dr Khir,

    I DO NOT AGREE.

    Life doesn't end after sekolah menengah. These schoolboys have to face life in the real world that values english at work. By doing what you said, kita menang sorak, tapi kampung tergadai.

    http://diataspagar.blogspot.com

    ReplyDelete
  50. Dato Seri Dr Mohd Khir Toyo,

    Saya lahir tahun 1963, tahun 1970 saya masuk darjah satu, masa tu gomen dah jadikan semua subjek dalam BM, bila masuk u tahun 1983 hingga 1986 saya pening sebab buku rujukan hampir semua dalm BI. Dato seri sendiri maklum sebab kita dalam u yang sama.

    Sebagai anak selangor jati dan bekas ahli permas saya sentiasa sokong Dato Seri agar menang jawatan lebih tinggi dan boleh join federal gomen. Masa tu saya harap Dato seri bahas betul2 pasal isu bahasa dan jangan sebab ahli politik semua akan berubah masa tu.

    Jangan jadikan anak2 kita sebagai bahan ujikaji dan berubah setiap 5 tahun dan sampai skrg saya masih lemah bi dan terpaksa gagahkan juga sebab bila masuk bidang korporat kita tidak ada pilihan lagi.

    Saya skrg hantar anak saya masuk kumon sebab nak mereka pandai bi, takut mereka tertinggal dr bangsa lain masa di peringkat lebih tinggi nanti.

    Saya sendiri tahu bahawa anak dari seri skrg ada di australia bersama-sama dengan anak dato Azman ( lebar daun) , yang ini saya kurang faham atau mungkin sbb dato seri dan dato azman banyak duit dan mampu hantar mereka belajar kat luar negeri . Saya sendiri kalau ada peluang dan duit akan hantar anak saya ke UK< US atau Australia agar mereka cekap dan fasih dlm bi dan peluang kerja mereka lebih luas. Kat sini dato seri perjuangkan BM.

    Kawan-kawan saya masa belajar di tingkatan 6 tahun 1981 dan 1982 masa di klang dulu, ramai yang dapat 6 pening dlm BI masa SPM tahun 1980. Kesian mereka sebab kena ada kelas khas. Salah satu paper dlm Bahasa Melayu masa tu ada terjemahan,,, ramai kawan-kawan saya tak boleh score paper BM dlm STPM sebab lemah BI. Dato seri mgkn kenal mereka sebab ramai dari ijok, bukit badong, tg karang, sekincan, sg besar, sabak bernam dan sekitar hulu selangor. Mereka lebih selesa bercakap bahasa jawa, banjar, melayu dan minang masa kat rumah.... kita tak boleg ulang semua ni.

    Berapa ramai yang boleh jadi macam ainon mohd asalh dari banting yang fasih berbahasa inggeris, dato dr fazilah kamsah( meru), dr barjoyai badaie(meru), arwah dr katni kamsono ( kibat(ijok), Dato dr hassan ali ( sg pinang , klang) dan ramai lagi org jawa dan banjar yang. saya bimbang kita akan ketinggalan sebab semangat anak2 kita tak sama dengan semangat kita dulu.

    saya merayu pada Dato seri carilah satu formula yang boleh untungkan anak2 kita dan dalam masa yang sama anak2 kita mahir berbahasa inggeris dan boleh berdebat dengan orang putih di masa hadapan. Kita tidak mahu hanya anak orang politik yang kaya raya, anak orang bangsawan, anak2 raja, anak2 orang koporat saja yang pandai bi di masa akan datang dan anak orang kebanyakan masih di takuk lama.

    Kita ada dato siti nurhaliza yang lemah BI, tapi pandau menyanyi dan kaya raya, kita ada mawi jugak yang kaya raya tetapi lemah bi, mereka ni bernasib baik sebab ada bakat dan suara emas.Saya cuma harap mereka ni akan menjadi ikon bila mereka lebih fasih berbahasa inggeris sepertimana Dato Sharifah Aini yang belajar bahasa inggeris dengan Centre of Modern Language utk perbaiki sebutan dan kelancaran untuk tujuan pormosi album sejak dari tahun 1970an lagi.

    Sekian dan salam hormat

    ReplyDelete
  51. untuk menguasai kedua-dua bidang perlu di ajar serentak. dah kena dah, sains dan matematik di ajar dalam bahasa inggeris. Apa yang tak kena? Khir Toyo mengatakan ada dua isu yaitu bahasa dan subjek tersebut, tapi anda sebutkan juga isu bahawa kelihatan pelajar tidak berminat mata pelajaran inggeris sudah berjangkit kepada sains & matematik. Jelas bahasa bukanlah punca tetapi sikap yang perlu diubah. sikap guru dan pelajar patut berubah. Tukar balik tak mengubah apa-apa, kelas bahasa inggeris tetap tidak diminati dan kita tak buat apa2? jika kita ingin kelas inggeris diminati, kelas sains dan math juga perlu diberi nafas baru supaya diminati, bukan menukar ke asal. Ia pasti tak mengubah apa-apa saudara..

    ReplyDelete
  52. Dato' Seri,

    Anak saya mendapat 5A dalam UPSR yang lalu dengan menjawab soalan matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Adakah ia satu kesilapan dan menjadi satu kesalahan dalam akta pendidikan negara?

    Apa yang Dato' nak perjuangkan sebenarnya. Pencapaian Bahasa Melayu atau Bangsa Melayu?

    Yang menjadi masalah sebenarnya ialah kegagalan guru yang mengajar untuk menguasai bahasa ilmu, bukannya anak murid yang lemah matematik dan sains kerana bahasa penghantarnya.

    Ada yang mengatakan terlalu awal bagi anak-anak kita didedahkan dengan bahasa Inggeris di usia muda. Bagaimana dengan pengajian Al-Quran yang diajar dalam bahasa Arab yang sepatah pun tidak difahami mereka. Perlukan kita menunggu sehingga mereka sudah akil baligh dan lidah sudah keras baru nak mula diajar mengaji?

    Enam tahun sudah berlalu. Kenapa perlu dipertikaikan lagi. Biarlah ia diteruskan demi kebaikan mereka. Sebagai orang yang berilmu Dato' sendiri tahu akan keperluan menguasai Bahasa Inggeris ini, cuma yang menjadi masalahnya ialah, Dato' sengaja tidak mahu menyokongnya kerana ada agenda tersembunyi.

    Buat Saudara rantong,

    Saya adalah seorang bapa yang berfikiran kampung kepada dua orang anak yang baru selesai memduduki peperiksaan KPM dengan cemerlang. Saya sangat berbangga dengan pencapaian mereka walaupun terpaksa belajar matematik dan sains dalam bahasa yang tidak mereka fahami sepenuhnya. Saya juga berasa sangat 'concern' dengan masa depan mereka jika ada orang-orang politik yang berpengaruh yang cuba hendak menjadi jaguh dengan membawa isu-isu remeh tentang pendidikan seperti ini untuk kepentingan pribadi. Maaf juga jika saya kurang cerdik dari saudara.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  53. Dato`Seri,
    Terima Kasih kerana mengetengahkan isu ini.Saya harap kita semua dapat mencari formula yang terbaik untuk anak-anak bangsa kita di masa hadapan.

    I my self and I believe many others out there will agree with me if English as a Second language.Not to burden it to the other subject.

    There are various aspect of learning the English Language,with particular focus on English grammer,spelling and punctuation.Take One Step At A Time,kata orang cina Man-Man,Gamat-Gamat kata orang banjar,orang jawa kata Alon-Alon.

    Belajar Bahasa tak sama dengan Subjek Teknikal lain.Bahasa perlu dipertuturkan,diucapkan setiap hari agar mahir.Senang cerita,macam kita mengajar anak bercakap umpamanya,bertutur 4 atau 5 perkataan setiap hari(1 Tahun=1825 patah perkataan,so genap 6 Tahun=lebih 10 ribu perkataan).Gerenti fasih Bahasa Inggeris bila masuk darjah satu.

    Bahasa Inggeris memang tak dinafikan amat penting,mempelajarinya amatlah perlu.Jadi persoalannya disini,Mengapa perlu 2 subjek lain menjadi korban andainya pelajar gagal menguasai Bahasa Inggeris?

    Satu formula yang baik untuk menjadikan Bahasa Inggeris dapat dikuasai oleh anak-anak kita haruslah dicari,mungkin cadangan saya mengajar anak-anak bermula dari pra-sekolah dengan 5 patah perkataan setiap hari,InsyaAllah mereka boleh fasih berbahasa Inggeris bila mereka memasuki ting.1.Saya percaya begitulah cara-cara untuk memecahkan Ruyung Bagi Mendapatkan Sagu...Mana Boleh Main Belasah jer.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  54. Aku nak belajar bahasa Jawa. Ada tak soalan Sains/Maths dalam Bahasa Jawa. Tolonglah emelkan pada saya soalan Sains/Maths dalam Bahasa Jawa!

    Ramai yang buat-buat tak faham. Kalau sakit kepala makan ubat kepala bukannya makan ubat malaria nanti mati!

    Masalahnya BI lemah, jadi perbaiki BI, tambah kelas. SRJK (C) pun bantah. Cina Kristian yang duduk dibandar-bandar semua sokong PPSMI sebab mereka berbahasa Inggeris dirumah. Cuba tanya Cina yang bela ayam, peniaga kedai runcit mereka pun tak mahu.

    Berpuluh negara bekas penjajah melaksana PPSMI dalam BI adakah mereka mahu? Sepatutnya Nigeria, Kenya , Zimbabwe lagi maju sebab pandai BI.

    MASALAHNYA,
    NEGARA MAJU "MENGUASAI" BI. KITA "DIKUASAI" BI HINGGA BAHASA SENDIRI PUN DIABAIKAN.

    ReplyDelete
  55. Jika kita hendak menguasai Bahasa Inggeris, tidak sepatutnya penggunaan bahasa tersebut tertakluk kepada subjek Matematik dan Sains sahaja. Ia patut merangkumi ke semua subjek yang diajar di sekolah. Melalui langkah ini, pasti ke semua pelajar kita akan celik berbahasa Inggeris.

    Tetapi. Langkah itu tidak praktikal. Malah ia merendahkan martabat bahasa kebangsaan kita Bahasa Melayu/Malaysia. Jadi sewajarnya langkah lain perlu dikaji. Bagi saya, sistem yang lama sudah bagus (pengajaran Matematik dan Sains di dalam bahasa kebangsaan) dan apa yang diperlukan adalah memperkasakan lagi teknik pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Saya pasti ramai di antara kita yang merupakan produk pengajaran di dalam sistem lama, tetapi ia tidak membantutkan keupayaan kita untuk berbahasa Inggeris. Apa yang penting dalam mempelajari bahasa adalah dengan cara menggunakannya. Jadi sekiranya ada iltizam dari pelajar itu sendiri untuk menguasai bahasa Inggeris pasti mereka akan mencarinya dengan cara menulis, bercakap dan membaca. Jadi di sini lahir peranan kerajaan untuk menggalakkan pelajar menguasai bahasa Inggeris dengan cara berkempen atau pun pemerkasaan para guru, pemberian buku-buku ilmiah bahasa Inggeris dsb.

    Pengajaran di dalam bahasa Inggeris hanya untuk kedua subjek ini bagi saya kurang membantu pelajar kita. Mungkin juga ia hanya akan menyebabkan lebih kekeliruan di dalam pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Kajian perlu dijalankan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan PPSMI ini.

    Dan Dr Khir harap boleh memberikan saranan bagaimana caranya kita boleh meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris ini jika kita hendak memansuhkan PPSMI. Saya pasti sekiranya pihak-pihak yang membantah PPSMI memberikan saranan-saranan yang bernas untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pasti kerajaan akan membuka mata dan menimbang semula dasar tersebut.

    Wasalam

    ReplyDelete
  56. Ada orang kata:

    Gang UMNO, sekolah "malay medium"

    manakala

    Gang PKR, sekolah "english medium"

    ... faham maksudnya???

    ... tak faham, Lu fikirlah sendiri....

    ReplyDelete
  57. Saya berpendapat PPSMI tidak perlu diteruskan di Sek. Keb. jenis Cina dan Tamil, tetapi perlu diteruskan di semua sekolah-sekolah Kebangsaan. Dengan ini pelajar bukan melayu yang rata2nya bukan berada di sekolah kebangsaan dapat diseimbangkan 'penguasaan'nya.
    Orang bukan melayu sudah tentu bukan melayu bahasa ibundanya, nak tak nak mereka perlu tahu bahasa selain bahasa ibundanya apabila ingin 'menguasai' sesuatu bidang di muka bumi Malaysia ini. Mereka Saya berpendapat PPSMI tidak perlu diteruskan di Sek. Keb. jenis Cina dan Tamil, tetapi perlu diteruskan di semua sekolah-sekolah Kebangsaan. Dengan ini pelajar bukan melayu yang rata2nya bukan berada di sekolah kebangsaan dapat diseimbangkan 'penguasaan'nya.
    Orang bukan melayu sudah tentu bukan melayu bahasa ibundanya, nak tak nak mereka perlu tahu bahasa selain bahasa ibundanya apabila ingin 'menguasai' sesuatu bidang di muka bumi Malaysia ini. Mereka sekurang2nya dua bahasa dalam kepala-hotak mereka (walau tak pergi sekolah pun), mereka terpaksa. Tapi bangsa melayu yang memamg turun temurun berada di sini (yang sering mempertahankan ke'tuan'an melayu itu) apa yang mereka tahu adalah bahasa melayu sahaja selain bahasa daerah mereka yang lebih kurang saja, bayangkan orang melayu selama ini dikelilingi bahasa tamil, cina dan inggeris di tv tetapi masih tak dapat tangkap apa yang diucapkan 'kawan-kawan' mereka. Nasib baik dari kecil kita dihantar mengaji quran boleh kita membaca arab, itupun masih tak faham isi kandungannya, dan melayu bukannya kristian untuk menguasai bahasa inggeris perlu pergi gereja yang mana inggeris adalah bahasa bicaranya.
    Itu sebab bangsa melayu tak pernah nak menguasai apapun bidang di negara ini sebab mereka rasa selamat disini, cukuplah satu bahasa dan duduk elok-elok tak perlu tambah apa lagi kerana mereka rasa tiada apa yang akan berlaku kepada mereka selama-lamanya.
    Atau saya cadangkan orang melayu kalau nak menguasai bahasa tersebut kita hantar saja keluar negara, tapi takut tersangkut di luar tak mahu pulang maka kuranglah me'layu' di negara ini.

    ReplyDelete
  58. Sahabat-sahabat,

    Saya setuju mengenai penguasaan Bahasa Inggeris untuk meningkatkan daya saing pelajar-pelajar kita.

    Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris di kalangan anak-anak kita di luar bandar?

    Ada cadangan?

    ReplyDelete
  59. Bagi saya, apa yg lebih penting, kerajaa hendaklah menggerakkan usaha untuk menterjemah lebih byk buku2 ilmu2 terkini kedalam bahasa melayu. Gerakkan balik DBP betul2, sekarang macam takde fungsi.
    Begitulah yg bangsa Jepun buat hingga jadi antara kuasa teknologi dunia. Masa mereka jatuh dulu,jepun takdelah jadikan B.I bahasa diajar disekolah-sekolah, tapi adanya usaha2 menterjemah teknologi kedalam bahasa jepun, hingga akhirnya jepun bangkit menjadi kuasa teknologi walaupun majoriti mereka termasuklah engineer2 kilang jepun tdk tahu berbahasa inggeris, jika tahupun, cakap memang kelakar gila.

    Juga, tolong sebut, negara maju manakah, (selain US & Britain, sebab memang bahasa mereka), yg amat mementingkan bahasa inggeris ? saya pernah pergi Russia, spain, itali, jerman, jepun, korea, memaglah susah amat nk jumpa yg tahu bahasa inggeris.. ini negara2 yg maju..

    Kalau bahasa inggeris syarat nak berjaya, kenapa pula ramainya orang cina yg berjaya dalam perniagaan tak tahu berbahasa inggeris? Contoh terbesar, Lim Goh Tong.. boleh berjaya, jadi bahasa inggeris bukanlah syarat untuk jadi hebat & berjaya, tetapi usaha, kefahaman ilmu, strategi dan lain-lain yg tiada kena mengena dgn bahasa.

    ReplyDelete
  60. Cadangan saya sebagai langkah pertama:
    1. wujudkan 2 hari dalam waktu sekolah, mesti menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan. Jika ingkar, denda. Semua orang kena participate. Guru, murid, kakitangan, dan juga tukang kebun.

    ReplyDelete
  61. Dato

    Dalam isu ini, saya melihat kepada 2 isu: pentingnya bahasa inggeris dalam dunia hari ini dan masaalah tahap penguasaan yang hampir zero dikalangan pelajar-pelajar diluar bandar terutamanya dikalangan orang melayu.

    Pada pandangan saya, kelemahan ketara adalah dari segi perlaksanaannya. Matematik dan sains ini memerlukan pelajar memahami prinsip, barulah dapat menguasainya.

    Apa yabg berlaku, walaupun perkakasan seperti komputer dan kurikulum yang mantap telah disediakan, kegagalannya adalah berpunca dari penguasaan bahasa inggeris oleh guru-guru matematik yang rendah.

    Kalau cikgu matematik dan sains bercakap bahasa inggeris pun tak berapa reti, macamana dia nak mengajar dan memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar-pelajarnya?

    Kalau cikgu matematik dan sains gagap dan mempunyai vocabulary yang yang taat yes, no, alright sahaja - macamana dia nak menjelaskan prinsip-prinsip dan asas matematik dan sains kepada pelajarnya secara efektif?

    Ini masalah utama dalam pengajaran matemati dan sains dalam bahasa inggeris.

    saya mencadangkan agar guru-guru pelatih untuk matapelajaran matematik dan sains terutama untuk sekolah menengah dipilih dari mereka-mereka yang mempunyai penguasaan bahasa inggeris yang baik.

    Kurikulum guru pelatih untuk matapelajaran matematik dan sains ini perlu mewajibkan mengambil bahasa inggeris sebagai minor.

    Pemilihan guru-guru pelatih ini perlu dibuat secara tegas dan tanpa kompromi terutama yang akan mengajar di sekolah rendah. Mereka mesti mempunyai penguasaan bahasa inggeris yang baik. jangan pakai syarat - janji anak orang UMNO, tak reti bahasa inggeris pun boleh masuk krusus tersebut!

    bat8

    ReplyDelete
  62. Sekejap Bahasa Malaysia sekejap bahasa Inggeris..mana satu nak dikejar..tak konsisten.Ini adalah sistem pembelajaran disebuah negara.Sebelum melaksanakan sesuatu peruban pemerintah mest mengkaji sedalam dalamnya implikasi yang akan timbul.Jangan cepat melatah seperti juga menangani harga petrol.. ini semua menampakkan tentang kebodohan kerajaan sekarang.

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum!

    Tuan2!!!

    Buat aper nak gaduh2. Yang ubah bahasa ni Mahadir. Dia tak kisah pun samada jadi ke tak jadi, punah ranah ker anak2 Melayu. Yang dapat kontrak untuk laksana PPSMI pun dah kaya raya. Yang dah dapat kesan pun orang Melayu. Dah di kata pun "Tak Melayu Hilang Di Dunia". Kalau diteruskan jugak maka lingkuplah Melayu. Jadi, balik lah ke pangkal jalan. Selama 50 tahun yg lepas pun yg hilangkan hak Melayu pun orang yg mengatakan nak tolong Melayu. Jangan lah malu untuk patah balik bagi "kebaikan" umat Melayu.

    Hidup Jawa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum dr

    Betul!!dalam bancian memang terdapat penurunan yang ketara dalam pencapaian murid melayu,kerana dasar pelajaran kita yang cacamerba

    Kepada siapa ini harus dipertangungjawapkan?
    Pemimpin?atau orang melayu itu sendiri kerana tidak mahu belajar dan kerja keras?

    Kenapa pada masa pimpinan Pak Lah baru isu ini dibangkitkan?.
    Adekah mase pimpinan Tun Mahathir dulu tiada pemimpin yang berani untuk berhujah dengan beliau?
    Tun Mahathir pernah berkata pemimpin diera Pak Lah semuanya kaki ampu (Yes Men),Tapi nampaknya pada era Tun lah perkara itu yang banyak terjadi

    ReplyDelete
  65. Pemimpin ni ada 2 jenis:-

    1) Pemimpin yang memimpin (banyak pengalaman)

    2) Pemimpin yang dipimpin (kurang pengalaman)

    Tuan dari golongan mana? Kalau nak kena pimpin eloklah...(cakap orang), blah lah.

    Takkan perkara macam ni pun tak boleh nak selesaikan. Dah banyak contoh, sekolah asrama penuh macam STAR, SDAR, STF, etc... itu semua sekolah untuk anak orang kampung, dululah. Semua dari tak tahu bahasa Inggeris, tetapi, ramai tokoh-tokoh yang berbahasa inggeris, yang dihasilkan.

    Atau you tak tahu hakikat ini, maybe you are too young, lacked of experience probably.
    Belajar lagilah, baru tunjuk terer... kalau tidak inilah terjadi kepada kamu sekarang...
    Think bro, think...

    ReplyDelete
  66. Assalamualaikum,
    Perjuangan menolak PPSMI mungkin bukan terhasil dalam zaman kita ini. Tetapi percayalah bahawa kemungkinan PPSMI ini ditolak ketika generasi pertama seperti kita sudah tiada lagi. Percayalah bahawa anak cucu cicit kita akan mengenang jasa-jasa generasi hari ini membantah PPSMI.

    Barangsiapa yang masih hidup 40 tahun akan datang, insya Allah, barang diizinkan Tuhan.. nanti dia bakal menyaksikan bagaimana teruknya Hishammuddin Tun Hussein dihina, Abdullah Ahmad Badawi dipandang rendah kerana tidak memansuhkan PPSMI.

    Penguasa yang dipandang mulia pada hari ini akan jatuh terhina di masa depan selepas tamat pemerintahannya.

    Amat malang bagi pimpinan Melayu yang telah menganjurkan PPSMI ini. Abdullah Ahmad Badawi, Hishammuddin Tun Hussein, Tun Dr Mahathir Mohamed dan juak-juak penyokong PPSMI akan ditanya kenapakah mereka tergamak menyusahkan semua guru dan para pelajar di seluruh Malaysia melalui dasar yang langsung tidak berfaedah ini.

    Mereka perlu bertanggungjawab atas setiap masalah yang timbul, masalah dihadapi oleh guru-guru yang lumpuh semangat mengajar ilmu itu dalam bahasa ibunda mereka. Pada hari akhirat kelak, Abdullah, Mahathir, Hishammuddin dan lain-lain perlu berdepan dengan para pelajar yang berasa susah dengan pengajian mereka di dunia dahulu.

    Jangan main-main dengan semua perkara ini. Hari akhirat itu ialah hari di mana tiada bermakna lagi segala harta dan keturunan kecuali bagi mereka yang datang menemui Allah s.w.t dengan membawa pulang hati yang sejahtera.

    Wallahuaklam!

    ReplyDelete
  67. assalamualaikum Dr khir..

    saye mewakili mahasiswa universiti malaya, sy sebenarnya tidak bersetuju PPSMI dilumpuhkan kerana saya sendiri merasakan sumber rujukan sains mana yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu?..klau ada pun buku-buku lama yang dah tak boleh pakai lagi kandungannya..

    saya tidak merasa suasana PPSMI sewaktu sy dibangku sekolah rendah dan disekolah menengah..sebagai kesannya, saya terpaksa merangkak memahami pengajaran di dalam kuliah sewaktu sy di matrikulasi..ia seperti kejutan budaya..sy sedar perkara ini sebab sy pada asalnya bukan golongan elit yang hidup dibandar yang tiada masalah tentang perkara ini..

    negara kita bukan seperti jepun atau german yang lebih jauh maju daripada malaysia..mereka menggunakan hampir kesemuannya dalam bahasa mereka sendiri, sebabnye mereka mampu untuk berdiri sendiri tanpa terlalu bergantung kepada negara yang lebih maju yang secara majoritinya komunikasi mesti dgn menggunakan bahasa antarabangsa iaitu english..tdk seperti malaysia, kita belum mampu untuk berdiri sendiri tanpa bergantung kepada negara yang lebih maju..segala urusan samada sosial,politik,ekonomi semuanya menggunakan bahasa antarabangsa..

    saya mewakili mahasiswa universiti sesungguhnya sgt memahami masalah ini..namun begitu..sy tidak pernah menolak bahasa nenek moyang sy..sy bertutur seharian dalam bahasa melayu walaupun sy cuba memahirkan diri dengan mempelajari bahasa english dengan mendalam..saya masih mampu mengarang comment ini dalam bahasa kebangsaan..

    PPSMI tidak seharusnya dilumpuhkan..adalah lebih baik diteruskan..bukannya ditahap sekolah rendah bahasa malaysia tidak diajar..bahkan hanya 3 matapelajaran sahaja yang menggunakan bahasa english..itupun murid2 mempunyai pilihan samada untuk menjawab peperiksaan dalam bahasa Malaysia atau eng kecuali subjek english itu sendiri..

    sy akui pembelajaran dan pengajaran dalam bahasa Malaysia di tahap Universiti hampir lupus keseluruhannya terutama dalam bidang sains dan teknologi.kerana kebanyakan sumber rujukan dan pengajaran adalah dalam bahasa english..sekiranya ia di tukar kepada bahasa melayu tanpa penilitian yang mendalam, ia akan mengelirukan para pelajar.

    namun begitu pihak universiti mewajibkan pelajarnya mengambil subjek teras universiti seperti pengajian sejarah yang keseluruhannya dalam bahasa melayu..maksudnye kami sama sekali tidak terpinggir daripada bahasa kebangsaan..sekiranya ini masih menjadi masalah, tambahkan subjek utama bahasa malaysia seperti yang diajar di sekolah rendah dan menengah diperingkat universiti..

    jangan jauhkan jurang pemisah antara pelajar luar bandar dan pelajar dibandar..sekiranya buluh tidak dilentur dari rebungnya, maka susahlah pelajar2 yang ditawarkan ke universiti untuk membiasakan bahasa antarabangsa ini..

    para pendidik...teruskan usaha untuk mendidik anak bangsa dengan menggunakan kedua-dua bahasa melayu dan english tanpa berat sebelah..english adalah keperluan dan bhs Malaysia merupakan budaya kita..

    ReplyDelete
  68. salam blogger..

    SEKOLAH KEB. JENIS CINA DAN TAMIL TIDAK ADA MASALAH
    DENGAN PPSMI...DARI KECIL ANAK-ANAK MEREKA SUDAH BIASA BERTUTUR DALAM BI...BAIK DI MANA MEREKA MENETAP...DIBANDINGAKAN DENGAN PELAJAR MELAYU/ANAK
    ORANG MELAYU TERBAHAGI DUA..YG DUDUK BANDAR MEREKA
    LEBIH ADVANCED BI DENGAN CARA DAN SUMBER MEREKA KUASAI BI...MALANG BAGI YG BERSEKOLAH DI KAMPONG2.KEBANYAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN DI BINA
    DIKAMPONG...WALAUPUN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG LEPAS TIDAKLAH TERUK...TIADA PULA ANAK-ANAK KITA MEMBERONTAK DISEBABKAN PPSMI DAN IBUBAPA MASIH RASIONAL TERHADAP PPSMI INI.

    APA YANG SAYA FAHAMI...HANYA BIJAK PANDAI ORANG POLITIK SAHAJA YG RIUH TENTANG PPSMI INI.......
    ADAKAH ANAK KITA KAN HILANG KEMELAYUAN JIKA PANDAI BI?ADAKAH SEMATA-MATA DUA MATA PELAJARAN DIAJAR DALAM BI,ANAK KITA AKAN MENGKHIANATI BAHASA KEBANGSAAN DAN HILANG JATI DIRI....

    UNTUK ANAK BANGSA...BI ADALAH ILMU
    UNTUK JIWA SENTIMENTAL..BI BAHASA PENJAJAH
    UNTUK ORANG POLITIK...MENGUNDUR KEBELAKANG
    APA SUDAH JADI?

    ReplyDelete
  69. Buat ape la nak ubah balik. Sebab sebenarnye bagus pun belajar dalam english untuk subject math dan science. supaya nnt pelajar-pelajar takkan terkapai-kapai bile melangkah masuk ke Universiti. Saya adalah pelajar batch terakhir yang belajar math dan science dalam bahasa melayu. tak dinafikan kesukaran yang saya hadapi apabila belajar math dalam bahasa melayu pada peringkat sekolah menengah dan english pada peringkat universiti. Ini kerana istilah-istilah math dan science yang digunakan berlainan dan menimbulkan kekeliruan. Cuba juga kita bayangkan jika pelajar-pelajar belajar math dan sc dalam bahasa melayu yang dapat melanjutkan pelajaran ke luar negera. Sudah tentunya mereka juga akan menghadapi masalah yang sama dalam memahami istilah-istilah sc dan math. mungkin mudah untuk pelajar di universiti tempatan kerana pensyarah mereka menggunakan bahasa melayu sbg penerangan tambahan. Mungkin dalam peringkat usia saya, adalh terlalu muda untuk mengeluarkan pendapat. tetapi saya berkata diatas pengalaman saya sendiri.

    ReplyDelete
  70. DSKT kata:-
    'Sudah tiba masanya kerajaan kembali kepada sistem pengajaran yang lama menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar untuk Matematik dan Sains di sekolah terutamanya dari tahun satu sehingga ke Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah".

    Apa cerita ni,
    Takkan nak salahkan orang Melayu jer. Yang dah terpelajar tu berilah idea bagaimana bahasa Melayu dapat dimartabatkan jadi bahasa satu dunia. Ini asyik nak agungkan bahasa penjajah jer. Ego tak kena gaya tu riak namanya dan Allah Taala murka dengan sifat itu. Yang beri kepandaian tu pun Allah Taala cuma manusia saja yang 'perasan' lebih.

    Pikir-pikirlah!!!

    ReplyDelete
  71. Burung serindit terbang melayang,
    Terbang hinggap di ranting mati,
    Bukan ringgit dipandang orang,
    Pandang atas bahasa budi.

    Tingkap papan kayu bersegi,
    Sampan sakat di Pulau Angsa,
    Indah tampan kerana budi,
    Tinggi bangsa kerana bahasa.






    (( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    Forum Generasi Muda
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
    http://pro-faizal.blogspot.com

    ReplyDelete
  72. DATO,Saya setuju apa yg diperkatakan.Kenapa baru skrg nak kecoh dan bagitau semua perkara.Berjuang biarlah konsisten.

    ReplyDelete
  73. Echa,

    Terima kasih atas pandangan itu. Sebenarnya dalam mengeluarkan pandangan, tidak ada istilah muda atau tua. Apa yang penting ialah kita mengeluarkan pendapat dengan baik dan bernas.

    ReplyDelete
  74. sudah 50 tahun merdeka masih lagi nak agungkan bahasa penjajah.Mana identiti bangsa malaysia.Mahukah kita hanya gunakan bahasa malaysia sekadar untuk hiasan bukannya sebagai bahasa ilmu.Hairan!! kenapa bangsa melayu sendiri nak hapuskan penggunaan bahasa datuk nenek moyang mereka......Adakah melayu moden sudah bodoh atau sombong tak bertempat. Menang sorak tetapi kampung tergadai....Fikirkan...

    ReplyDelete
  75. Fikirkan yang terbaik, jangan berfikiran sempit, jika Melayu tidak Maju dan tidak berpendidikan tinggi, bagaimana Melayu akan kuasai dunia dan kuasai bahasa dunia.Tidak semestinya jika menguasai bahasa lain, bahasa Melayu dilupakan.....

    ReplyDelete
  76. Kepada Wonderfull World,

    Sikap anda (sepertimana tulisan anda) inilah contoh sikap yang memundurkan melayu. Budaya "komplen" saja yang ditujukan.

    D.M.K.T memerlukan pendapat blogger2 (input) bagi merungkai persoalan tajuk ni. Yang kamu keting-ketong macam tin kosong komplen yang tak betul je.. macam mana D.M.K.T nak beroleh input.

    Lain kali, beri lah pendapat apa sepatutnya seseorang pemimpin perlu lakukan. Bagi idea...bukan komplen aje. Ok, muhasabah diri tu tau.. selawat atas nabi banyak2..

    ReplyDelete
  77. Kalau boleh bahasa Melayu pun nak diajar dalam bahasa Inggeris...

    ReplyDelete
  78. kepada hatimelayu24, orang melayulah yang lemah dan perlu diperbaiki. bukannya pemimpin. Pemimpin tugasnya, merencanakan apa yg terbaik buat rakyat, tetapi jika rancangan yang paling baik manapun kalau orang melayu (seperti anda juga) tidak mahu ikuti, tidak guna jugalah idea pemimpin itu. Pesanan saya, ubah fikiran, ubah cara, sentiasa fikirkan positif, bukannya negatif atau complaining sahaja.

    ReplyDelete
  79. mana yang lebih penting?matematik atau bahasa inggeris?

    pada saya kedua-keduanya penting.paling kurang pun kena ada asas dalam kedua-dua subjek ini supaya senang nak berurusan.

    tapi tentang PPMSI,sebenarnya ia dilaksanakan didalam keadaan tergesa-gesa.kesian pada budak-budak yang kurang mahir dalam bahasa inggeris dan matematik.dah lah tak mahir dalam matematik ditambah pula dengan kena belajar matematik dalam bahasa inggeris.memang lagi parahlah jawabnya.

    ReplyDelete
  80. Saudara, Math & Sains perlu dikekal pengajaran dalam Inggeris kerana ia lebih berkesan. Guru2 perlu meningkatkan terus kemahiran mengajar dalam BI dengan lebih gigih lagi, jika tenaga pengajar merasakan PPSMI ini adalah sementara sahaja, ataupun sistem percubaan (ingat budak2 tu bukan barang percubaan ye), Selagi itu kita tak akan melihat hasilnya.

    ReplyDelete
  81. Nampak sangat masyarakat kita jahil bahasa. Penulisan jurnal misalnya biarlah ditulis dalam bahasa Melayu. Kerja terjemahan dalam bahasa lain biarlah dilakukan perterjemah. Jangan gopoh.

    Berilah kerja terjemahan ini kepada puak perterjemahan. Itu profesion mereka. Mereka pun nak cari makan juga. Yang penting jangan bahasa Melayu diperlekehkan.

    Selama ini pun kita tidak pinggirkan bahasa Inggeris. Perbetulkanlah di situ, kalau bermasalah di situ. Kenapa libatkan Sains dan Matematik.

    Cukuplah dengan selama ini bahasa Melayu dipersenda dan diperlekehkan oleh rakyatnya sendiri. Malah sebenarnya pemimpinlah pencetus asalnya. Ini isu jiwa yang tidak besar, malah mungkin jiwanya lebih ke bawah daripada kerdil.

    ReplyDelete
  82. Assalamualaikum wbt. Saya amat setuju agar matematik dan sains diajar dalam BM bahkan seluruh universiti di Malaysia samada IPTA atau IPTS menggunakan BM bukan BI sebagai bahasa pengantara. Kenapa kita tidak menjadikan BM sebagai bahasa ilmu? Adakah BI itu bahasa ilmu. Siapa kata BI itu bahasa ilmu saya rasa dia adalah orang buta tapi celek dan orang pekak tapi dengar dan orang yang berada di bawah tempurung. Kalau kita hantar anak-anak kita ke Jerman, anak kita terpaksa belajar dalam bahasa Jerman, Kalau ke Jepun, mereka kena lulus bahasa Jepun, seperti Korea, China dan lain-lain negara yang menjadikan bahasa negara mereka sebagai bahasa ilmu. Jiran kita Thailand pun guna bahasa ibundanya sebagai bahasa ilmu dan terdapat beberapa universiti negara gajah putih itu dalam senarai 200 universiti terbaik dunia. Maka itu bagai mereka yang meyokong BI digunakan dengan alasan BI bahasa ilmu, saya agar beliau menyenaraikan negara maju mana yang menjadikan bahasa ilmu bukan daripada bahasa kebangsaan negara tersebut. Pandangan saya BM mampu jadi bahasa ilmu sekira orang-orang melayu di Malaysia ini sedar bahawa mereka adalah orang melayu yang nasi adalah makanannya bukan tepung gandum. Saya juga mencadangkan, mana-mana warga Malaysia yang tidak suka mengagungkan BM atau menghina BM dengan apa cara sekalipun dilucutkan warga negaranya atau mereka ini mohon jadi warga negara Singpura yang tidak tahu apakah bahasa rasminya.

    ReplyDelete
  83. saya asal orang kampung dan bahasa inggeris dahulunya adalah bahasa yang asing bagi saya. saya datang dari kaum kerabat yang beranggapan belajar bahasa inggeris in belajar nak jadi kapir. warih warah saya semua belajar sekolah arab dan saya masuk sekolah kebangsaan pun dikatakan tak pandai mengucap sebab sekolah kapir... ini semua cerita tahun 1970an ni...

    bila baca pasal perdebatan pasal belajar sain & matematik dalam bahasa inggeris ni teringat balik cerita2 zaman saya sekolah dulu yang mana debat kaum kerabat saya... cuma bezanya dulu kalu belajar bahasa inggeris jadi kapir tapi sekarang ni kalu belajar bahasa inggeris kita tolak bahasa sendiri...

    bila tamat SPM saya terpaksa buat kursus bahasa inggeris di ITM (satu batch dgn Datuk Idris Harun timbalan menteri tu) dulu sebelum pergi belajar luar negeri.

    saya belajar matematik (matematik moden dan matematik tambahan) dan sains (fizik, kimia, biologi) dalam bahasa malaysia. Bila sambung belajar ke Amerika dalam jurusan kejuruteraan, bukan main susahnya saya nak terjemahkan istilah dalam bahasa malaysia kedalam bahasa inggeris. sebagai contoh dalam matematik untuk kejuruteraan;

    1. kita belajar "kerbedaan" orang puteh belajar "differentiation"
    2. kita belajar "pengkamilan" orang puteh belajar "integration"
    3. kita belajar "kebarangkalian" orang puteh belajar "probability"
    4. kita belajar "perintang" orang puteh belajar "resistor"
    5. kita belajar

    dah lah bila masuk kelas bahasa inggeris (english 105 dan english 107) di sana, pensyarah kata "this is not english" bila baca karangan kita. kan susah tu....

    bila tak tamat belajar, masuk kerja di Motorola pun kena guna bahasa inggeris.

    sekarang ni saya dah ada 6 orang anak, semua anak saya berbahasa dalam bahasa inggeris saban hari. saya ajar anak saya dari umur 1 tahun lagi untuk berbicara dalam bahasa inggeris.

    jadi jangan lah kita takut sangat dengan bahasa inggeris ni.

    ReplyDelete
  84. pembetulan:

    5. kita belajar ..

    "bila tak tamat belajar, masuk kerja di Motorola pun kena guna bahasa inggeris."

    sepatutnya dibaca:

    5. kita belajar "pembolehubah rawak bebas" orang puteh belajar "independent random variable"

    "bila DAH tamat belajar, masuk kerja di Motorola pun kena guna bahasa inggeris."

    ReplyDelete
  85. Bahasa adalah medium untuk kita menyampaikan sesuatu. Tidak bermakna kelemahan berbahasa menandakan seseorang itu tidak bijak atau tiada idea. Idea,buah fikiran yang baik akan tersorok disebabkan masalah komunikasi.Banyak kebijaksanaan yang dimiliki anak melayu dalam bidang matematik dan sains terlindung dengan masalah penggunaan bahasa ini(Inggeris).

    ReplyDelete
  86. I think, in Malaysia, it doesn't matter hatr your qualifications are.. The dumber, the better..
    ..As long as you kenal a VIP (UMNO Goons) anything can 'jalan'...

    It's all about corruption... Even Pendatangs can come to Malaysia and 'make it big'..

    The keyword here is - corruption..

    Non Malays and even the learned Malays; are already migrating by the thousands..

    In 20 years or so, the coffers of Malaysia will be empty.. What happens then..?? Agriculture..??

    ..Yes, go back to the Padi fields and start all over again... Do we want that..??

    So, getting rid of Barisan is our only choice.. Including pendatang asings' who are the real trouble makers... VOTE PAKATAN RAKYAT. For change...

    ReplyDelete
  87. Maaf, ingin mencelah..

    Sy seorang guru di sebuah sekolah menengah. Memang banyak yang telah kerajaan belanjakan utk perlaksanaan ini. Namun, apa yg dicapai hanyalah setinngi mana? Bangsa melayu kian pupus.Sedih! Muka melayu, hati, jiwa, amerika! Bandingkan dengan negara Jepun. Bahasa selain Jepun, tidak diiktiraf dan mereka sangat bangga menggunakan bahasa mereka sendiri. Teknologi mereka juga canggih dan mampu mengalahkan negara maju yang lain. Mengapa mereka boleh, tapi kita tidak? Takut? Atau nak jadi Pak turut dan propaganda amerika? Fikir-fikirkanlah wahai bangsaku..Anda patut merasa malu.

    ReplyDelete
  88. Saya sokong dengan amar k s. tetapi saya tidak kutuk dato. masalah utama kita adalah sahsiah dan semangat generasi sezaman dengan saya ni sebenarnya. ramai kawan saya yg tidak pandai berbahasa inggeris tetapi oleh kerana iltizam untuk berjaya tinggi dan kemahiran berfikir, mengira dan sains yang cukup maka mereka boleh berjaya di universiti dan kerjaya malah sudah fasih menggunakan bahasa itu. puncanya banyak tidak dapat diungkapkan tetapi yang boleh dirumuskan adalah cara hidup kita sekarang. renung-renungkan lah. kenapa dulu pemimpin kita yang pergi sekolah tanpa kelengkapan sempurna boleh membawa kemajuan kepada malaysia tetapi sekarang dengan kehidupan serba ada tapi sebesar zarah pun tiada perkembangan. perkembangan rambut berwarna merah hijau banyakla. semuanya berbalik kepada sikap yang telah dibentuk dari dalam rahim ibu lagi.

    ReplyDelete
  89. Salam....
    Isu PPSMI? Beberapa persoalan yang kita perlu jawab untuk mencari rasional perlaksanaannya...

    1.Adakah dengan menggunakan BI dalam 2 subjek tersebut pelajar dapat menguasai BI untuk berkomunikasi dengan baik? - kalau setakat terms sahaja rasanya tak berbaloi melayu dikorbankan.

    2. Berapa peratus pelajar selepas SPM menyambung pengajian dalam bidang sains dan matematik? -- Peratus selebihnya nak jadi apa tambah-tambah kalau matematik gagal?

    3. Sudah ada formula ka untuk membantu pelajar melayu lemah dalam matematik dan sains?

    4. Semua orang setuju BI penting tapi takde ka cara lain untuk pelajar dapat menguasainya tanpa memberi risiko kepada orang melayu.

    ReplyDelete
  90. tentang negeri jepun yang boleh menggunkan bahasa kebangsaan mereka untuk berurusan adalah disebabkan mereka mempunyai modal.Modal dari segi tahap pencapaian sains dan teknologi mereka. Ini amat berbeza dengan negara kita sekarang yang sangat bergantung kepada teknolgi moden dari luar negara. Oleh hal yang demikian Bahasa Inggeris harus digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.Biarlah menguasai Bahasa Inggeris sekarang, supaya dapat menguasai ilmu teknologi dan sehinggalah kita dapat berdiri dengan kaki sendiri barulah bincang tentang guna bahasa kebangsaan secara keseluruhan!!

    ReplyDelete
  91. mari kita kembali kepada tajuk asal... mansuhkan PPSMI, bukan mansuhkan BI.. math & sc ajar dlm BM, pd masa sama BI di perkasakan.. tak ada sapa pun di malaysia ni samada BN atau PR yg menentang BI.. yang ditentang cuma penggunaan BI dalam Sc & math.. yang tu pun dah tak faham..
    saya adalah generasi sc & math dlm BM.. tp takde masalah pun penulisan & pertuturan saya dalam BI walaupun masa tu hanya belajar BI masa di sekolah je.. semasa di universiti tak ada masalah pun cari rujukan dalam BI sebab dah terer BI.. tapi rujukan bahasa german, jepun dsb takleh la nak cari.. jd adakah perlu kita belajar sc & math dalam bahasa german dan jepun di sekolah semata2 kerana banyak juga buku rujukan dalam bahasa itu?
    adakah semua anak2 mat saleh berjaya dalam sc & math walaupun mereka dari sebesar tapak tangan lagi dikelilingi org2 yg berbahasa inggeris? guru2 TESL pun belum tentu mampu kuasai SC % math walaupun mereka power dalam BI.
    dalam kelas hari ini, bila guru ajukan soalan dalam BI, semua diam membisu.. tapi bila diterjemah kepada BM, ramai yg angkat tangan nak jawab..rupa2nya mereka tahu tp tak tahu macamana nak bagitau.. janganlah disalahkan guru2 sbb semua guru mereka asal daripada BM dan x pernah terfikir pun akan mengajar dalam BI.. bagilah mereka masa sebab kebanyakan mereka dah meniti usia..
    biarlah anak2 kita kuasai ilmu dalam bahasa yg mudah mereka fahami dulu sebelum melangkah lebih jauh dengan BI yg sememangnya dah cukup diajar di dalam kelas..

    ReplyDelete
  92. Saya menghormati pendapat2 mereka yang menyokong PPSMI khasnya dan Bahasa Inggeris amnya.
    Tapi, secara tidak langsung, penyokong2 bahasa inggeris sebenarnya hendak menyimpulkan:

    1)bahasa inggeris bahasa ilmu - oleh itu, bahasa melayu tidak layak dijadikan perantaraan dlm sains dan matematik khasnya.
    2)hanya bahasa inggeris kita boleh maju - bahasa melayu akan meyebabkan kita lambat maju
    3)mereka tidak mahu melihat bahasa melayu maju

    ReplyDelete