Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Saturday, December 27, 2008

Penswastaan IJN : Orang Lain Makan Nangka, Orang Lain Kena Getah

1. Cadangan penswastaan Institut Jantung Negara (IJN) mendapat bantahan pelbagai pihak. Rata-rata mempertikaikan kewajaran menyerahkan perkhidmatan kesihatan kepada organisasi korporat yang bermotifkan keuntungan.

2. Saya difahamkan apa yang berlaku ialah cadangan penswastaan itu dikemukakan oleh sebuah syarikat perundingan (konsultan) kepada Kerajaan.

3. Dalam hal ini, kita ingin bertanya:
(a) siapakah konsultan yang mengemukakan cadangan tersebut, dan

(b) berapakah jumlah keuntungan yang bakal diperolehi sekiranya cadangan itu menjadi realiti.
4. Sekiranya ada pihak yang perlu menjawab bantahan rakyat, ia adalah konsultan yang membuat cadangan itu yang sehingga kini tidak menjelaskan rasional cadangan tersebut.

5. Oleh itu, saya berpendapat adalah tidak wajar Kerajaan dan Kabinet dipersalahkan dalam hal ini. Kerajaan hanya menerima kertas cadangan dan membuat pertimbangan sama seperti yang dilakukan terhadap cadangan-cadangan lain.

6. Saya bersetuju bahawa perkhidmatan kesihatan tidak sewajarnya dilepaskan kepada sektor swasta semata-mata. Sekiranya Sime Darby atau mana-mana GLC bermotifkan keuntungan berhasrat untuk terlibat dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan, maka sewajarnya ia membuka hospital jantung sendiri -- bukannya dengan mengambilalih IJN.

7. Dengan cara ini mereka boleh menawarkan perkhidmatan kesihatan premium kepada golongan berada atau pesakit dari luar negara; tanpa meningkatkan kos rakyat mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara sekarang.

8. Usahlah menjadi seperti "Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getah; Orang lain nak untung berjuta, orang lain yang melatah!"

31 comments:

  1. You should know better that the role of Consultant is to make recommendation. The decision to follow or reject the recommendation is with the client, in this case the Government. Are our BN/Govt leaders such a push-over and gullible that whatever Consultants say they will follow? In the first place, who appointed the Consultants? Turun dari langit ke?

    ReplyDelete
  2. Entahlah, kalau saya jadi konsultan, saya akan nasihatkan semua syarikat gergasi ini bagi sumbangan yang besar sahaja kepada IJN. Tak payahlah nak ambil alih. Kalau ikhlaslah ya..

    Mungkin rakyat tak puas hati kerana yakin akan ada pihak yang menerima laba besar dan yang merananya ialah rakyat biasa. Kalau ambil alih tapi polisi dan dasarnya sama sahaja mungkin tak apa lah.. tapi boleh percaya kah??

    ReplyDelete
  3. Kenapa nak salahkan cosultant? Ni dah betul-betul macam Obangau. Biasanya consultant tak akan buat kerja atau cadangan kalau tidak disuruh.
    Kalau satu company nak buat bangunan pejabat, company itu akan panggil pihak consultant untuk quotation.
    Apa pun hasil dari consultant itu akan diputuskan oleh company yang nak buat bangunan itu.
    Janganlah kita menuding jari kepada yang tak ada sangkut paut kerana nak menyelamatkan diri kita.

    ReplyDelete
  4. Dato' Seri,

    1. Ini adalah inisiatif yang "consultant driven". Ia adalah "open secret".

    2. Apabila konsultan berpakat dengan organisasi korporat untuk mengaut kekayaan inilah yang berlaku.

    3. Saya setuju kita tak salahkan kerajaan dalam hal ini.

    4. Bagaimanapun, kita ingin melihat kerajaan tegas menolak cadangan itu; bukannya menangguhkan.

    ReplyDelete
  5. D Khir,
    Menjadi pemimpin bukan mudah. Perlu ada sifat bertanggung jawab dan bersedia menerima teguran apabila rakyat tidak suka. Jangan asyik menepis menyalahkan orang lain sahaja dan nanti jangan pula bila kita tegur, terus label kita ni semata-mata terhasut propaganda pembangkang.
    Kalau asyik nak menyalahkan orang lain aje, kat bahagian mananya tanggung jawab kerajaan?

    ReplyDelete
  6. sudahlah.... siapa yang lantik konsultan? takkanlah bapak die suruh die kerja free!

    ReplyDelete
  7. sudah pasti ada konspirasi antara pihak konsaltan dan sime darby dengan pihak berkuasa yang meluluskan iaitu kem.kewangan. Siapa yang bertanggung jawab , saya tak dengar komen menteri kewangan ke 2. menteri kesihatan yang lantang bersuara mana komen nya ? saya puji komen dr. terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Kalau benar pun ini adalah cadangan konsultan, keputusannya tetap ditangan Kerajaan. Mengapakah masih ditangguhkan keputusan jika ini memang merugikan golongan sederhana dan bawahan.Nampaknya masih ada udang disebalik batu. Keuntungan yang berjuta-juta milik siapa jika usaha ini terjadi? Cubalah DSKT cari dalang disebalik semua ini.TQ

    ReplyDelete
  9. Sime Darby elok buat hospital sendiri. Kenapa nak ambil jalan pintas. Jimat RM dan untung cepat? Oi tak malu ke ????? Malu sikit kat orang kampung, asyik nak bikin duiiiiiiiit saja......

    ReplyDelete
  10. UMNO oh UMNO.. dimana ada peluang buat duit disitu lah adanya cadangan.

    Tun Musa Hitam pengerusi sime darby diminta berfikiran lebih berhemat dan strategik jgn hanya memberi alasan kononya ingin memajukan IJN dengan kemudahan yang lebih canggih dan selesa.

    bagi alasan kat orang kampung boleh la...

    Pemikiran Musa hitam ni lebih kurang anak didik dia la si PM ZZZzzzzzzz. Nasib baik la ramai membantah termasuk doktor2. Kalu tidak melayang la IJN ke kantung Sime Darby.

    justeru itu, saya bersetuju dgn pandangan DSK point 6 dan 7.

    ReplyDelete
  11. Ini berlaku kerana tentunya adanya pakatan di antara orang no. 1 di Sime Darby, orang no. 1 di IJN dan lebih penting orang berpengaruh dlm kerajaan (secara tak langsung). Tiga orang ini yg memainkan peranan.

    ReplyDelete
  12. Malaysia is a consultant centric nation everything is depending on consultant opinion why?
    Recruit the best from the market employ them as government PTD give them the best pay to attract talent . Our PTD came from all 2nd or 3 rd graders mostly peoples who failed to made a grade in science class .

    ReplyDelete
  13. sy x paham logik dato seri yg mahu meletakkan kesalahan pada konsultan?

    hujah dato seri seolah2 menunjukkan kerajaan tiada kuasa utk berkata TIDAK pada cadangan dangkal ini?

    kalau inilah gambaran kualiti hujah kerajaan, maka sy tidak kerajaan akan membuat lebih banyak lg keputusan2 merugikan dan BODOH!

    ReplyDelete
  14. Dato' Seri,

    Cakap tak payah selindung. Cakap terus-terang supaya orang tahu. Bila cakap consulting firm, ramai tak faham dan tak tahu apa maksud Dato' Seri sebenarnya.

    Sebut saja Exxxx Consulting!

    ReplyDelete
  15. komen Dato Seri memang tepat.Sime Darby tak payah nak menyibuk beli IJN. kalau teringin nak menceburi bidang perubatan, buka hospital sendirilah. IJN milik kerajaan.. utk rakyat.. bukan utk kaut untung. Siasatan juga perlu.. siapa yg berpakat utk jualbeli IJN. Biar rakyat tahu.

    ReplyDelete
  16. Seperti yang dijanjikan pengerusi Sime Darby (dalam berita), mereka tidak akan bebankan rakyat dengan kos rawatan yang tinggi. Mereka (Sime Darby) akan pastikan dengan pengurusan secara penswastaan, pentadbiran IJN dapat diperkemaskan lagi dan prihatin rakyat.

    ReplyDelete
  17. 'manis di bibir' kata:-

    Cakap tak payah selindung. Cakap terus-terang supaya orang tahu. Bila cakap consulting firm, ramai tak faham dan tak tahu apa maksud Dato' Seri sebenarnya.

    Sebut saja Exxxx Consulting!

    Sapa ha?

    ReplyDelete
  18. Dato' Seri. Saya suka hendak mengetahui apa sebab sebenarnya mereka membuat cadangan supaya IJN ini diswasta. Jika sebab dan alasaan hendak mempertingkatkan, kemampuan IJN, soalnya selama ini IJN tak berkemampuan ke? Ada ke kes-kes yang dirujuk kepada IJN yang tidak dapati di atasi ke? Jika ada, maka sepatutnya kerajaan memikirkan bagaimana nak menampung kekurangan tersebut dan bukannya mengambil jalan mudah dengan menswastakannya.

    saya tidak nampak sebab lain selain daripada sebab untuk menguasai IJN dan memperolehi keuntungan kepada pihak yang ambil alih. Pihak yang untung adalah kerajaan dan pihak yang ambil alih, manakala pihak yang rugi adalah rakyat yang memilih kerajaan tersebut. Sebagai pihak yang rugi, adadkah kerajaan fikir rakyat akan setuju tentang perkara ini sebelum menerima cadangan pengswastaan ini. Apa lagi nak ditangguh-tangguhkan, batalkan terus projek pengswastaan ini.

    ReplyDelete
  19. memanglah cadangan dibuat oleh pihak konsultan. tetapi pihak kerajaan yg memberi kata putus samada mahu menerima cadangan itu atau menolaknya. dalam isu ijn ini ternyata kerajaan sudah membuat kata putus untuk menerima cadangan konsultan kerana tpm sudah membuat kenyataan media tentang penswastaan ijn. takkan hal begini pun dato tak tahu.

    ReplyDelete
  20. sudah lah khir.....bukan orang tak tau....semua orang kampong dah tau....aparahhhh

    ReplyDelete
  21. 3. Dalam hal ini, kita ingin bertanya:

    (a) siapakah konsultan yang mengemukakan cadangan tersebut, dan

    (b) berapakah jumlah keuntungan yang bakal diperolehi sekiranya cadangan itu menjadi realiti
    ********************************
    betul juga kata dato', sapa consultan yang mencadangkan projek pengambilalihan IJN, maka boleh kita tahu siapa disebalik idea bernas ini...tapi rasanya kita dah tahu....tapi buat2lah tak tahu

    www.isuhot.com

    ReplyDelete
  22. ASSALAMUALAIKUM DSK,
    saya tak faham dan sukar mengerti akan maksud Dato "jangan salahkan kerajaan dan kabinet" dalam isu IJN ni.
    Dan menjadikan konsultan (main tembak aje)sebagai kambing hitam.
    Mengapakah ini terjadi kepada Dato', adakah kerana pemilihan parti dah semakin dekat. maka nada perlu diadjustkan.

    ReplyDelete
  23. kepada pengomen yg berminat bolehlah menonton filem terbaru michael moore bertajuk sicko yg mendedahkan dominasi kapitalis koporat dalam industri kesihatan amerika sehingga rakyat tiada insuran tidak mendapat khidmat hospital yg sepatutnya, malah org yg ada insuran kesihatan pun susah mendapat servis yg baik. harga perubatan pula melambung sehingga ada rakyat yg jatuh muflis akibat bayaran perubatan yg tinggi. inilah akibatnya bila kapitalis menerajui industri kesihatan, semuanya berlandaskan keuntungan semata2. malah org politik pun dapat dibeli utk menjadi talibarut kapitalis ini.

    michael moore juga mendedahkan bahawa khidmat perubatan yg percuma dan berkualiti sememangnya boleh didapati seperti yg diamalkan oleh kanada, britain, france dan cuba sejak berdekad lalu. tiada pun kita mendengar negara2 ini jatuh muflis kerana memberikan khidmat kesihatan percuma kepada rakyatnya.

    apa yg menarik berlaku di cuba apabila harga sejenis ubat yg sama jenama berharga 3.60 peso (usd 0.05) manakala di amerika harganya usd 120. untuk makluman cuba adalah sebuah negara komunis.

    ReplyDelete
  24. ala bro.. macam Pantai ler, memula kat M'sia, singgah kat Temasik, masuk M'sia.. know kat Khazanah...

    ReplyDelete
  25. sokong DS

    Batalkan saja pengambilalihan IJN oleh Sime Darby

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum DS

    Saya menyokong penuh sekiranya kerajaan dapat membatalkan terus pengambilalihan IJN oleh Sime Darby. Saya merasakan Sime Darby boleh membuat hospitalnya sendiri jika mahu kerana kita semua tahu SJMC tu mereka yang punya.Sebenarnya mereka mampu,tapi saya tak pasti kenapa IJN juga sasaran mereka.

    ReplyDelete
  27. Salam,
    Kalau kerajaan pentingkan RAKYAT...BATALKAN cadangan tu je tak payah nak tangguh2...Kalau tangguh mcm terima je pengambilihan IJN tu,

    Kalau dah kata company..logiknye mesti ambik untung...company mana nak rugi kan...kerajaan je patut tanggung...bukan SIME DERBY... :)

    ReplyDelete
  28. Siapa kah Konsultan tersebut....?
    Dalam hal ni walaupun Kerajaan dan Kabinet tak makan nangka dia patut kena getah kerana yang membuat keputusan penswastaan tu Kabinet kerajaan........
    Yang menjadi persoalan kenapa nak di swastakan IJN setelah kerajaan menghabiskan BerBilion duit rakyat untuk membina IJN sehinga ia menjadi gah dan banyak membantu rakyat sampai hari ni....
    adakah kerajaan tak dak duit lagi nak menguruskan IJN dan adakah kerajaan tak mampu menguruskannya....?
    dan yang menyebabkan rakyat marah kenapa kerajaan Sekadar tangguh Penswastaan IJN ini kenapa tidak di batal terus....?
    Tangguh bererti akan di laksanakan juga cuma tunggu masa yang sesuai saja......
    Eloklah kerajaan batalkan terus kalau tak mau kena Getah.....kalau tak kena getah sekarang kerajaan akan kena getah juga PRU13 nanti......

    ReplyDelete
  29. DS,

    Kalau Sime Darby nak berniaga buatlah macam Hospital Pakar yang lain tu, jangan ambil alih hak kerajaan yang mana apa yang kerajaan buat tu adalah untuk rakyat yang miskin, yang berduit tu akan pergi ke hospital pakar yang dah melambak sekarang ni. Janganlah di swastakan IJN tu. Esok kalau saya sakit jantung, memang saya tak cukup duit kalau diswastakan dengan kos yang melambung.

    Selangor tu sejak di swastakan.. (diambil oleh pembangkang), rumah PPRT dah ada cadangan nak naik ke RM250 ... gawat..gawat...

    ReplyDelete
  30. Saya setuju dgn dato' seri..

    Ini merupakan cadangan. seperti Tun mendapat cdgn utk bangunkan F1.. jadi kalo setuju barulah kerjaan akan bertanggungjawab..

    seperti jugak cadangan utk swastakan air..

    cuma ada sstgh pihak mempolitikkan isu demi demi utk popular..

    http://other-perspektif.blogspot.com/

    ReplyDelete
  31. Dear Datuk,

    Saya agak kurang setuju kalau Konsultan pula yang kena blame 100%.

    Bagi saya koroner-koroner yang meletakkan tandatangan di atas Sijil Mati IJN tulah nanti yang saya hendak dengar penjelasan mereka......tu pun kalau IJN tu sampai ajalnya....

    ReplyDelete