Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Sunday, December 7, 2008

Selamat menyambut aidiladha.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambuit Hari Raya Korban pada semua sahabat sahabat dan pengunjung blog ini,semoga Allah memberkati usaha kita selama ini,insyaallah.

Korban merupakan perkataan yang mudah diungkapkan tetapi amat sukar untuk direalisasikan,sebab itu perkataan ini sering terpacul dari mulut kita tanpa kita merasa bertanggongjawab terhadap tuntutannya.

Berkorban ataupon pengorbanan mempunyai pengaruh yang besar dalam hidup kita,malah kita merasakan hidup kita adalah bertujuan untuk berkorban ataupon membuat pengorbanan,sama ada untuk diri kita,keluarga kita,bangsa kita mahupon agama kita.

Persolannya sekarang sejauh manakah kita sanggup berkorban untuk diri kita meninggalkan sifat sifat mazmumah yang menjadi kebiasaan dan yang kita lakukan setiap hari seperti buruksangka dengan orang lain,memanjangkan fitnah dan cerita yang kita tidak tahu hujung pangkalnya, mencaci maki antara sesama ummat,memandang rendah pada orang lain dan banyak lagi.Oleh kerana ia telah jadi kebiasaan maka sukar untuk kita tinggalkan kecuali kita sanggup berkorban dan membuat pengorbanan untuk meninggalkan kebiasaan kita itu.

Sejauh manakah kita sanggup berkorban untuk kesejahteraan keluarga kita?.Sanggupkah kita berkorban perasaan dan rasa sakit hati kita demi menjaga kebahgiaan rumahtangga kita?.Sanggupkah kita berkorban hobi kita,sesuatu yang menyeronokkan dalam hidup kita demi kepentingan orang lain terutamanya insan yang kita sayangi?.

Jika kita sanggup melakukan semua itu insyaallah kita akan menemui ketenangan dalam hidup kita.Ketenangan itu hanya akan dimiliki oleh orang yang merasakan pengorbanannya itu dihargai.Kadar penceraian dan pergaduhan rumahtangga yang tinggi hari ini berlaku kerana kita masih tercari cari ketenangan hidup tetapi kita tidak mahu melakukan pengorbanan atau berkorban untuk orang lain.

Pengorbanan untuk agama bangsa memerlukan kesungguhan yang luar biasa.Ramai yang menganggap mereka telah berkorban untuk agama bangsa setelah mereka melakukan tugasan hakiki mereka,tetapi sebenarnya berkorban untuk bangsa agama lebih dari itu,sebagai contoh seorang pegawai itu menganggap beliau telah melakukan pengorbanan semasa menjawat jawatan tetapi bila berpencen beliau bertindak menghancurkan kestabilan negara,Saya menganggap beliau tidak berkorban untuk agama bangsa sebaliknya beliau bertindak mengorbankan segala usaha yang dibuat selama beliau bertugas dalam kerajaan.

Berkorban lah kita untuk agama bangsa,berkorbanlah kita untuk keluarga kita,berkorbanlah kita untuk diri kita tetapi jangan sampai kita jadi mangsa korban atas kesilapan kita sendiri. Ikutilah jejak Haabil berkorban dan mendapat restu allah dan janganlah ikut jejak Qaabil berkorban juga tetapi mendapat cemuhan Allah s.w.t.

24 comments:

  1. ds

    betul kata ds,pengorbanan ni besar maknanya jika kita ikhlas walaupun ada kalanya ia amat menyukarkan kita untuk memenuhi tuntutan semua pihak.kadang2 cerita salah tak cerita masalah jadi berserah je pada ALLAH

    contohnya ,saya tahun ni dalam sejarah sejak kecil tidak pernah tidak menyambut hari raya baik aidilfitri atau aidiladha dikampung tapi esok saya menyambut ditempat tinggal saya dibandar...jadi tak de la saya dikampung tahun ni dan salah satu sebab tak balik kat sini ada berkorban ada 6 ekor lembu siapa nak tumbang kalau semua pakat balik kampung,maka pak imam dan bilal je la buat kerja....oleh sebab tu tahun ni saya berkorban untuk bantu kat sini jadi harap orang kampung dan masyarakat agar memahami dan yakinlah walau kita jauh dimata tetapi insyaallah dekat dihati.
    selamat berkorban semua demi agama bangsa dan negara dan semoga ds diberikan semangat dan tahun ni ds menyambut korban dimana?....

    ReplyDelete
  2. Datuk Seri,

    Tak nak komen ke pasal tanah runtuh di Bukit Antarabangsa? You are the former boss of Negeri Selangor and surely you have something to say. Saya sangat tersentuh dengan kejadian bencana tersebut. Kepada yang berkorban masa, pagi petang siang malam, memastikan keadaan terkawal, diucapkan syabas.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidil Adha.

    Semoga sama-sama kita meraih nikmat rahmat dan berkat dari pengertian Qorban.

    InsyaAllah...

    ReplyDelete
  4. Kerakusan maanusia telah menyebabkan tanah runtuh lagi di Ulu Yam dan Bt Antara Bangsa. Pembangun/developer dan Pihak yg meluluskan pembangunan samaada diperingkat PBT atau negeri bertanggung jawap . Sdra adalah adalah mantan MB sebelum ini ,adakah Sdra mengambil tanggung jawap?

    ReplyDelete
  5. Bolehkah ds berkorban untuk SEMUA RAKYAT MALAYSIA, dan bukannya untuk bangsa tertentu sahaja? Salam aidiladha dan selamat berkorban.

    ReplyDelete
  6. wei bodoh! kau tu mase memerintah banyak buat mungkar ape cite?

    ReplyDelete
  7. Datuk Seri,
    Selamat Hari raya ....

    Ni nak tanya ... betul ke Datuk Seri pernah kasik kad raya kat Ust Aried Cakra Alam tu?

    http://www.cakraalam.com/galeri/Album6.htm

    Cakra Alam dah jadi putar alam dah sekarang Datuk Seri ... malu saya melihatnya ....

    ReplyDelete
  8. Selamat Menyambut Hari Raya Qorban buat Dato' seisisi keluarga.

    "Jika Ismail Ibrahim ialah anaknya sendiri, siapakah(apakah) pula Ismail kita yang patut kita korbankan demi agama, bangsa, parti dan negara tercinta".

    ReplyDelete
  9. salam aidiladha dari saya untuk dato' seri sekeluarga... semoga kita bersama dapat menghayati ibadah korban ini sedalam-dalamnya...

    walaupun kita berbeza pandangan, pengorbanan la yang akan menyatukan kita... hendak atau tidak.. kita semua perlu berubah.. banyak kekurangan pimpinan lama yang kita kena akui.. dan dalam masa sama... kita kena perbaiki kepimpinan yang ada sekarang supaya lebih kuat lagi... semoga harta negara dapat dirakyatkan.. bukan ditelan seorang dua sahaja.. keutamaan kepada rakyat dan keadilan harus kita dahulukan..

    salam aidiladha buat dato' seri

    ReplyDelete
  10. Salam.
    Terima kasih DSKT diatas ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini.Pengorbanan yang dicari memang dituntut dalam Islam.
    (cg zam)

    ReplyDelete
  11. Salam Aidiladha,

    Pemuda IKS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

    Dato' Seri dijemput untuk menghadiri Majlis Kesyukuran sempena sambutan Aidiladha anjuran UMNO Cawangan Taman IKS. Sila rujuk Agenda Pergerakan Pemuda IKS di laman blog Pemuda IKS untuk maklumat lanjut.

    Berharap perjuangan para Pemuda UMNO akan semakin utuh dan perkasa apabila menginsafi pengisian Ibadah Qurban dan Haji.

    "Memperkasa Generasi Baru"

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. maaf izinkan saya berkongsi dengan kewujudan sebuah blog yang begitu bangga menghina agama Islam
    Surind Si Kafir Laknat...
    Betapa tercabarnya maruah Islam bila membaca blogger http://surind.blogspot.com/ yang begitu berani menghina Islam secara terang-terangan...
    1. Segala komen oleh blogger-blogger lain yang mengutuk tindakkannya terus dianggap komen dari seorang Muslim yang berfikiran sempit dan semuanya tidak betul..malahan menganggap mereka sebagai musuh kepada orang bukan Islam..

    2. Yang mendukacitakan sehingga ke saat ini belum ada sebarang tindakkan undang2 di ambil bagi menghalang si Surind kafir itu terus bermahajarela menghina agama Islam... betapa sedihnya berada di negara yang kalangan pemimpinya adalah berugama Islam tapi tiada tindakkan terhadap si kafir surind itu...

    3. Adalah diharapkan semua ahli Blogger Pembela Negara bersatu hati untuk mengambil tindakkan yang sewajarnya demi menjaga kesucian Agama Islam.. Semoga Allah merestui kita ini untuk menghadapi situasi ini dengan jayanya..
    p/s di mana ya pihak berkuasa negara ini????????????????

    ReplyDelete
  13. http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html

    ini adalah buktinya Islam di hina...

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Raya Aidil Adha DS dan sahabat sekalian.

    Saya menyambut Hari Raya di kampung dan baru lewat malam tadi sampai ke rumah.Ingin saya menyentuh serba sedikit berkenaan JALAN RAYA kerana bersempena dengan cuti sekolah dan cuti Hari Raya bukan sedikit KORBAN jalan raya yang kita saksikan.

    Jalan raya kita hebat DS,sangat hebat jika dibandingkan dengan sesetengah negara.Jalan Kampung kita sendiri jika di bandingkan dulu dan sekarang sangat jauh bezanya.Tetapi begitulah mentaliti manusia DS,tak pernah puas dan selalu menyalahkan orang lain DAN jarang sekali merenung diri sendiri untuk bermusahabah.

    Saya harap DS tidak akan putus asa dan lemah semangat dengan kritikan juga kutukan.DS sudah melalui jatuh dan bangun dalam politik,PENGORBANAN yang DS berikan pada nusa dan bangsa amat besar ertinya pada kami.Insya Allah DS,dengan semangat Hari Raya Korban ini DS akan berjaya menempuh segala rintangan.

    Memanglah dalam politik tindakan yang tak popular akan cuba dijauhi,kerana itu TS Khalid bersandiwara dalam isu TNB.Berlainan sekali dengan DS yang bertindak tanpa rasa takut hilang populariti dan sokongan dalam isu penyapu dan kuil.Tidakkah masa sudah membuktikan tindakan DS itu adalah tepat.

    Anggaplah suara-suara sumbang itu sebagai asam garam kehidupan.Teruskan perjuangan DS.

    Hayatilah kata-kata hikmah oleh,
    -LUKMAN AL HAKIM;
    ADA 2 ORANG YANG PALING GAGAL DALAM HIDUP:
    1)ORANG YANG TIDAK CEKAP MEMBUAT APA YANG DISURUH.
    2)DAN ORANG YANG HANYA MEMBUAT APA YANG DISURUH.

    WASSALAM.

    ReplyDelete
  15. Salam Dato Seri, Saya ingin membuat pandangan mengenai kejadian samseng kedai handphone di Pertama Kompleks yang dapat dilihat melalui http://www.youtube.com/watch?v=M5LYXLFVVW0&feature=related dan yang lain-lain dimana orang-orang cina semakin berani membuat perkara yang mengganggu ketenteraman. Bukan niat untuk membangkitkan apa2 berkaitan perkauman cuma geram dan tera hina melihat aksi mereka terutamanya bila ada org melayu yang sudah mengalaminya seperti dilaporkan dalam akhbar baru baru ini di Kompleks Pertama. Jadi apa tindakan kita untuk mengangkat ketuanan Melayu yang semakin dihakis dan tidak dihormati bangsa lain terutamanya cina...apa komen Dato Seri? Apa tindakan yang boleh Dato Seri bangkitkan demi masa depan melayu tanpa mengira ideologi dan fahaman politik, demi bangsa melayu ?

    ReplyDelete
  16. Korban?

    Yg pastinya orang Melayu akan jadi KORBAN dlm pilihanraya yg akan datang jika mereka masih LUPA asal usul perjuangan politik di Tanah Melayu.

    Terkorban bila angkuh bersekongkol dengan kaum munafiq dan kafir atas wahama Liberalisme.

    Terkorban kerana lalai mempertahankan maruah bangsa dan agama yg semakin kerap diperlecehkan bangsa pendatang.

    Terkorban kerana gagal bertindak bila pihak kafir mencaci Rasulullah saw - kemuncak segala penghinaan terhadap bangsa dan agama orang Melayu!

    ReplyDelete
  17. Sdr Tualang 3 dan sahabat sahabat bloggers lainnya,

    Saya juga amat merasa sedih,malah saya mendapat telepon pada pukul 4 pagi,oleh salah seorang mangsa,yang mengatakan berlaku tanah runtuh yang melibatkan beberapa banglo,saya terjaga dari tidur,kerana telah menjadi kebiasaan kepada saya meletakkan telipon tangan disebelah bantal tidur saya.

    Saya terus menghubungi ketua polis selangor,kerana dalam menangani bencana alam seperti ini,ketua polis adalah orang yang akan mengetuai misi menyelamat,Alhamdulillah,dato Khalid sendiri mengangkat telipon dan menjawab dgn tenang,insyaalah bantuan akan sampai dalam masa tidk lebih dari setengah jam.Saya ucapkan syabas kepada Dato Khalid kerana cukup bertanggongjawab,bukannya mudah seorang pegawai sanggup mengangkat telipon diwaktu yang begini.

    Kemudiannya saya menghubungi Dato Ismail kijo ketua UMNO Ampang,bagi menyelaras bantuan kemanusiaan,saya telah arahkan Dato Ismail menghubungi Giant Ampang bagi menyediakan bekalan bahan makanan,tentang kos tak apalah saya akan cari bantuan kawan kawan,alhmdulillah pengurusan Giant telah sudi menderma sejumlah rm 10,000 bahan makanan yang telah diedarkan pada hari kejadian,yang selebihnya akan saya usahakan.

    Saya rasa sedih dgn komen yang dibuat oleh semua pemimpin yang tak tepat berhubung dgn pembangunan dikawasan lereng bukit. Saya hendak tegaskan kawasan yang terlibat adalah kawasan pembangunan yang lama,telah diluluskan 15 tahun sebelum saya menjawat jawatan menteri besar.

    Sebenarnya banyak kawasan runtuh adalah melibatkan kawasan yang dibangunkan lebih 15 tahun dahulu,yang mana tidak ada penyelenggaraan terutamanya sistem perparitan. Kawasan ini juga tidak dibangunkan secara sepenuhnya yang menyebabkan tanah yang tidak dibangunkan tidak ada yang menjaga dan mengawasinya sehingga tanda tanda awal tidak dapat di kesan.

    Ditambah pula tidak ada undang undang khusus yang boleh di kenakan keatas pemilik tanah yang terbiar ini.

    Bagi pembangunan kawasan baru yang diluluskan setelah mendapat kelulusan semua jabatan teknikal yang mana jawatan kuasa khas yang di ketuai oleh setiausaha kerajaan akan mengenakan syarat ketat pengukuhan lereng dilaksanakan sepenuhnya.Tiada pengaruh politik yang terlibat dalam meluluskan projek projek tersebut.Semua ketua jabatan dan pakar pakar pembangunan lereng bukit terlibat dalam melulus,menyelia dan memantau pembangunan tersebut. Kerajanaan yang saya pimpin telah membuat keputusan pembangunan lereng bukit kelas 3 dan klas 4 di berhentikan sejak tahun 2oo6.

    Persoalan yang timbul hari ini,siapakah yang bertanggongjawab keatas pembangunan kawasan bukit yang tidak dirancang dgn baik 15 tahun dahulu?.Siapakah yang bertanggongjawab menjaga dan mengawal kawasan lereng bukit atau cerun terutamanya tanah milik persendirian yang selalunya menjadi punca tanah runtuh ini?.

    Pada saya ada dua tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan,saya pernah cadangkan dahulu,pertamanya kerajaan perlu memberi peruntukan utk mengukuhkan cerun cerun yang berkaitan dgn pembangunan lama ini,jumlahnya mencecah bilion ringgit termasuk mangambil semula tanah tanah milik persendirian,ataupon yang kedua mengarahkan penduduk berpindah kekawasan baru.

    Saya dahulu ada menubuhkan pasukan khas utk pantau lereng bukit beresiko tinggi yang terdiri dari pakar pakar dari JKR,DID,PBT,Jabatan Alam Sekitar,Jabatan Geologi dan jabatan teknikal lain,laporan mesti dibentangkan setiap tiga bulan,sebab itu tiada kejadian tanah runtuh yang serius selepas peristiwa di kampong pasir.
    Saya juga telah mengenakan denda maksima rm 500 ribu kepada mana mana pemaju yang gagal menyelenggra kolam takungan dgn sempurna,kerajaan negeri mendapat pendapatan lebih dari rm 6 juta dari pemaju hartanah dan denda ini tidak boleh dikurangkan langsung.

    Semua ini tidak dilakukan lagi oleh kerajaan hari ini,kerana mereka sibuk mencari kelemahan kerajaan terdahulu sehingga tiada apa yang mereka lakukan kecuali menyalahkan kerajaan terdahulu,itu saja yang mereka tahu, saya tak tahu sampai bila sikap ini akan diteruskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat,lapan bulan telah berlalu,kita lihat apa yang akan mereka kata selepas 2 tahun mereka berkerajaan,saya yakin jika ada kejadian tanah runtuh lagi alasan yang sama akan diberikan iaitu menyalahkan kerajaan dahulu kerana itu sahaja yang mereka tahu.

    ReplyDelete
  18. Salam hormat.
    Selamat Menyambut Ibadah Korban untuk DSKT dan keluarga.
    Nampaknya bisa DSKT sebagai Mantan MB masih ada. Bantuan yang dihulurkan kepada mangsa-mangsa bencana tanah runtuh telah mendapat perhatian semua.Tahniah dan teruskan perjuangan ini sehngga mendapat rahmat dan keredhaan dariNya.InsyaAllah.
    (cg zam)

    ReplyDelete
  19. salam aidiladha dato'

    Saya sebagai penduduk negeri selangor
    kerajaan Pr sekarang nak tau jugak adakah pasukan pemantau yg dato' ujudkan tu masih berfungsi ke dah terkubor bersama terlungkupnya kerajaan BN negeri Selangor.

    Kalau nak dikira PR Selangor dah perintah lebih dari 7 bulan adakah
    dalam tempoh tu adakah bermesyuarat
    lagi berkaitan pembangunan di lereng dan bukit seterusnya mengadakan pemantauan berkala?

    Atau jawapan yg diberi oleh MB sekarang 'tak tau lah pulak ada
    pasukan ini,pasukan itu'...ataupun
    akan ada pasukan lebih hebat tahun depan...

    ReplyDelete
  20. mana nak dapatkan komen dari MB Selangor tentang musibah yg menimpa
    penduduk Bkt Antarabangsa?


    Kat akbar utusan takde pulak berita
    MB ni...low profile ke boycot utusan?

    Atau kecut perut aka membisu je?

    ReplyDelete
  21. MPAJ adalah PBT di N.Selangor.Selangor pula Dperintah oleh PR...so MB tak senang tidur selepas ini jika benar penduduk nak
    saman MPAJ/N.Selangor kerana culas/ mereka tak endah aduan
    penduduk dengan mengambil tindakan
    untuk memantau kestabilan lereng/cerun bukit setelah tanda-tanda adanya pergerakan tanah
    dapat dilihat dari pokok tumbang tersebut(tanda mudah)...pokok tumbang hanya tindakan buang,cukup?

    ReplyDelete
  22. salam dato'

    BN memerintah Selangor dulu anasir pembangkang
    amat berleluasa..tetapi tindakan tidaklah diambil untuk dihapus idealogi
    kerana mereka adalah individu/rakyat
    yg perlu bekerja untuk menyara ahli
    keluarga mereka di jabatan2 negeri selangor.

    Tetapi kini, PR memerintah,AMK mendesak pula agar anasir BN harus
    dihapus...

    Saya nak bertanya..mampukah mereka?
    Atau retorik semata?

    Hak rakyat Selangor adakah hendak dinafi jika bukan penyokong PR?
    Mana slogan negeri kebajikan,adil dan telus?

    Adakah mereka cuba mencari peluang
    untuk diagih kroni mereka dengan
    merampas hak orang lain?

    ReplyDelete
  23. Kepada Abg Bashid Haron;

    Jika semasa Nabi Ibrahim , Nabi Ismail itu menjadi korban kerana menyahut wahyu Ilahi maka pada hari ini demi survival agama, bangsa, parti dan tanah air ada 3 anak Ibrahim yang patut dikorbankan atau disingkirkan iaitu

    Pertama : Anwar Ibrahim
    Kedua : Khalid Ibrahim
    Ketiga : Zaid Ibrahim

    Apa sebab dan dalilnya tak payahlah saya ulas lebih panjang kerana kita semua sedia maklum kecuali para penyokong fanatik PR

    ReplyDelete
  24. Selamat Menyambut Aidil Adha.. Semoga dengan kehadiran hari raya haji atau hari raya korban dapat meningkatkan pengorbanan kita kepada Allah swt dan agama nya serta dapat menyatupadukan umat Islam seluruh dunia.

    ReplyDelete