2. Saya difahamkan apa yang berlaku ialah cadangan penswastaan itu dikemukakan oleh sebuah syarikat perundingan (konsultan) kepada Kerajaan.
3. Dalam hal ini, kita ingin bertanya:
(a) siapakah konsultan yang mengemukakan cadangan tersebut, dan4. Sekiranya ada pihak yang perlu menjawab bantahan rakyat, ia adalah konsultan yang membuat cadangan itu yang sehingga kini tidak menjelaskan rasional cadangan tersebut.
(b) berapakah jumlah keuntungan yang bakal diperolehi sekiranya cadangan itu menjadi realiti.
5. Oleh itu, saya berpendapat adalah tidak wajar Kerajaan dan Kabinet dipersalahkan dalam hal ini. Kerajaan hanya menerima kertas cadangan dan membuat pertimbangan sama seperti yang dilakukan terhadap cadangan-cadangan lain.
6. Saya bersetuju bahawa perkhidmatan kesihatan tidak sewajarnya dilepaskan kepada sektor swasta semata-mata. Sekiranya Sime Darby atau mana-mana GLC bermotifkan keuntungan berhasrat untuk terlibat dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan, maka sewajarnya ia membuka hospital jantung sendiri -- bukannya dengan mengambilalih IJN.
7. Dengan cara ini mereka boleh menawarkan perkhidmatan kesihatan premium kepada golongan berada atau pesakit dari luar negara; tanpa meningkatkan kos rakyat mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara sekarang.
8. Usahlah menjadi seperti "Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getah; Orang lain nak untung berjuta, orang lain yang melatah!"
