Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, January 14, 2009

Camry dan Mercedes: Lain Bengkak, Lain Bernanah



1. Dalam Akhbar The New Straits Times (NST) hari ini, Setiausaha Politik Menteri Besar merangkap ADUN Seri Setia, YB Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa "Datuk Seri Dr Khir Toyo had approved the purchase of a Mercedes S350L worth almost RM1 million for his personal use with funds from Kumpulan Darul Ehsan Berhad when he was Selangor menteri besar."

2. Dakwaan bahawa saya telah meluluskan pembelian kereta Mercedes oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berharga hampir RM 1 juta untuk kegunaan peribadi (personal use) merupakan satu pembohongan dan strategi untuk mengalih perhatian masyarakat.

3. Saya berharap Nik Nadzmi dapat menunjukkan minit mesyuarat KDEB yang menyatakan saya hadir atau membuat keputusan mengenai pembelian tersebut. Mungkin saya terlupa, tapi seingat saya, saya tidak pernah meluluskan pembelian kereta tersebut. Pembelian kereta tersebut dibuat oleh pihak pengurusan KDEB untuk kegunaan pengerusinya, yang kebetulan ketika itu ialah saya.

4. Saya tidak menggunakan Mercedes tersebut atas tujuan peribadi. Saya juga berharap Nik Nadmi dapat membuktikan dakwaannya. Saya hanya menggunakan beberapa kali setahun atas urusan kerja rasmi sebagai Pengerusi KDEB; antaranya ialah ketika menghadiri mesyuarat dengan pelabur luar negara.

5. Saya fikir ramai rakyat Selangor pun tidak pernah nampak saya menggunakan Mercedes jadi bagaimana saya dikatakan menggunakannya untuk tujuan peribadi?

6. Bagi saya jika Nik Nazmi gagal membuktikan bahawa saya yang meluluskan pembelian tersebut maka jelaslah kenyataan beliau itu berniat jahat dan bertujuan menukar isu sebenar pembelian Camry berharga sekitar RM 2.52 juta.

7. Sebagai seorang ADUN dan Setiausaha Politik Menteri Besar saya berharap kenyataan beliau akan lebih bertanggungjawab di samping memahami segala birokrasi pentadbiran sebelum membuat tuduhan melulu.

8. Pembelian Mercedes oleh KDEB jauh berbeza dengan pembelian Camry oleh kerajaan negeri Selangor. Pembelian oleh KDEB dilakukan atas keperluan imej korporat dan menggunakan wang pengurusan syarikat. Sebagai sebuah syarikat besar KDEB mempunyai strategi perniagaan sendiri bagi tujuan menarik pelaburan dan keyakinan di kalangan ahli perniagaan luar negara.

9. Manakala pembelian Camry bukan sahaja menggunakan wang rakyat (duit kerajaan negeri) malah tidak memberi sebarang imej yang baik kepada kerajaan negeri. Ketika kerajaan negeri sendiri dikatakan enggan melaksanakan janji-janji dalam manifesto kerana ingin berjimat cermat, maka kita tentu tertanya-tanya rasional pembelian Camry yang jauh lebih mahal dari Perdana V6.

10. Pembelian Camry ini bukan sahaja menimbulkan tanda tanya kerana alasan ekonomi tetapi juga isu moral dan prosedur. Sebahagian kereta EXCO termasuk Menteri Besar baru berusia dua tahun. Ini jelas bertentangan dengan pekeliling perbendaharaan yang mensyarat kereta rasmi hanya boleh ditukar selepas lima tahun.

11. Jika saya disoal isu pembelian Mercedes oleh KDEB semasa saya, maka saya fikir adalah wajar Nik Nazdmi juga bertanya soal yang sama kepada "boss" nya.

12. Inilah yang dikatakan lain bengkak, lain bernanah. Orang ramai mempertikaikan isu pembelian Camry sebagai kereta rasmi kerajaan negeri, namun kerajaan negeri hanya mampu mengalih isu kepada pembelian Mercedes oleh KDEB pada zaman saya.

13. Akhbar NST juga memetik Nik Nazmi sebagai berkata, "the open tender was not used because the cars were bought at market price for RM130,000 each."

14. Saya tertanya-tanya penjual Toyota manakah yang menjual Camry 2.4 (seperti milik kerajaan negeri Selangor) dengan harga RM 130 ribu. Saya berharap Nik Nazmi tidak mmeberi masalah kepada penjual kereta Camry di seluruh negara dengan mendakwa harga pasaran kereta ini hanya berharga RM 130 ribu bukannya RM 170 ribu. Mungkin Nik Nazmi boleh menamakan penjual tersebut supaya orang ramai boleh turut membeli Camry di sana.

15. Saya juga tertanya-tanya apa sudah jadi dengan janji manis dan kata-kata manis Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa tiada kereta baru dan tiada pengubahsuaian baru ketika baru memenangani pilihan raya lalu.

16. Saya tahu Pakatan Rakyat boleh menceritakan pelbagai pembelian dan pembinaan yang dibuat pada zaman saya, namun pada akhirnya mereka haruslah bertanggungjawab atas apa yang mereka putuskan. Apatah lagi jumlah RM 2.5 juta pembelian Camry tersebut boleh membantu 50 ribu anak tadika di Selangor seperti yang dijanjikan mereka suatu ketika lalu.

Berani buat, beranilah tanggung.

67 comments:

  1. Alahai, biasalah Dr. Pembangkang kan suka nak letakkan kesalahan kat orang? Depa ni kan orang takdak salah punya? maksum.

    ReplyDelete
  2. mungkin datuk seri lupa yang camry tersebut dibeli without tax

    ReplyDelete
  3. selama ni sebenarnya bukan semua betul pun PR ni...tapi puncanya adalah pihak ds lambat bertindak,diam nak jaga hati yang akhirnya memakan diri....

    tapi kali ni memang TIP TOP kerana ds cepat,pantas dan peka....dan jawap sendiri..itulah saya dah kata ds kena bertindak cepat sebelum kita yang bernanah...nah ambil sekarang!!.... bila ds cepat bertindak tengok siapa yang bernanah... dan saya yakin dengan tindakan ds cepar bersuara sekarang ni walaupun PR cuba belit sana belit sini,lidah bercabang dan tak fokus dan buat2 tak tahu..saya tak lah salahkan rakyat yang terpengaruh selama ni tetapi saya juga yakin jika ds selalu peka dengan setiap isu....salah betul tak kesah biar rakyat yang menentukan (yang penting jawap jangan diam)

    lagi satu kan selama ni adakah kerajaan BN mencanangkan tidak akan beli kereta itu dan kereta ini,mendabik dada kata itu dan ini...hari ni bila TUHAN beri mereka menang..baru tahu langit tinggi atau rendah....pemimpin BN tahu mereka tidak berjanji bulan dan bintang..kalau boleh pemimpin BN akan lakukan dan kalau tak mampu mereka tak dapat lakukan....ini fakta...tapi kerajaan PR dan ds anwar sendiri katakan jika kita memerintah kita akan kekal seperti biasa..pakai kereta lama...piirahh...pirahh cit podah.... cakap tak serupa bikin semuanya memancing undi bila dah dapat sama je 2x5...5x2 jadi apa beza dengan BN...SEBAB TU SAYA DARI DULU DAH KATA YANG PATUT DIBELASAH DAN HEMTAM ADALAH PEMIMPIN BN YANG TIDAK BUAT KERJA DALAM BN YANG BUAT TAIK ROSAKKAN PARTI...BUKANNYA TUKAR KERAJAAN...
    SAYALAH ORANG YANG TIDAK AKAN BOLEH DIBODOH2KAN OLEH MEREKA...WAHAI RAKYAT JELATA SEBENARNYA SAMA JE SAPA2 PERINTAH PUN .....JADI MENGAPALAH KITA NAK TUKAR KERAJAAN BUANG MASA SAHAJA KERANA MEREKA KALAU DUDUK ATAS SIBUK BAHAGI2 KAN HARTA RAMPASAN BILA MASA NAK FIKIR RAKYAT BAWAHAN.....JADI BIARKAN BN MEMERINTAH DAN RAKYAT MESTI KERAS TEGAS DAN JANGAN KELUAR BN..DUDUK DALAM DAN KRITIK MANA YANG TAK BETUL...JANGAN DIAM...SAYA KENA HALAU DULU PUN SAYA TAK GOYANG KERANA SAYA TAHU APA YANG SAYA LAKUKAN.....TAPI APA BOLEH BUAT KITA HIDUP DALAM ZAMAN JAGA HATI...INILAH JADINYA

    MULAI SEKARANG MARILAH KEMBALI DAN PEMIMPIN HARUS SEDAR DAN FAHAMILAH DAN JAGALAH RAKYAT....INSYAALLHA JIKA TERBUKA HATI ADALAH HASILNYA UNTUK BN KEMBALI.

    jadi akhir kata saya sangat gembira atas dasar
    "MENJAWAP DENGAN CEPAT DAN PANTAS SESUAI DENGAN SELERA GOLONGAN MUDA"INILAH BAKAL KETUA PEMUDA "BERTINDAK CEPAT DAN PANTAS"

    ReplyDelete
  4. ""the open tender was not used because the cars were bought at market price for RM130,000 each.""
    also there is only one TOyota dealer...UMW?....

    "harga pasaran kereta ini hanya berharga RM 130 ribu bukannya RM 170 ribu. "
    corporate price?

    Amboi...Tak tau ada komisen tak!

    Sama-lah siapa2. Tengok Pakatan boleh tahan satu penggal tak. Ataupun org Selangor/KL yang sgt tinggi "expectations" boleh tahan amateur2 ni yg hanya pro menjadi pembangkang -- macam adakan sidang media, protes, drama, dll....

    Macam mana keadaan kilang2 di Selangor? Dan lain2-lah.

    ReplyDelete
  5. Sdra lebih baik tidak terganggu dgn kenyatan yg mundane dari kerajaan negeri selangor . Tunjukkan kebijaksanaan Sdra menjadi ketua pembangkang.

    ReplyDelete
  6. ha ha ha...
    biarkan dia dr khir, rakyat sedang melihat tingkah lakunya apabila jadi kerajaan,bukan lagi pembangkang.
    dulu mereka kata apa yang BN lakukan semuanya sombong,bongkak,membazir,tamak dan sebagainya, hari ini kita lihat "the true colour of Pakatan rakyat"

    rakyat selangor.... bukaklah mata...

    baguslah sangat kerajaan kau. ba wau dal ha!

    ReplyDelete
  7. Dato

    Betul juga jawapan Dato. Tapi apabila diperhatikan betul-betul jawapan Dato, rasanya tak lepas.

    KDE adalah syarikat dan bukan kerajaan, tetapi Dato' lupa bahawa KDE adalah GLC. Pi kot mana pun, berkait dengan kerajaan juga, bukan macam syarikat-syarikat biasa.

    Disebabkan KDE adalah GLC, soal imej berbeza sedikit dengan syarikat biasa. Apalah sangat soal imej kerana kereta rasmi Dato sebagai MB pun bukan jenis moris minor.

    Tidakkah membazir namanya membiarkan pengurusan KDE membeli kereta yang harga RM 1 juta, tapi digunakan hanya sekali dua sahaja atau jarang-jarang. Dato' sebagai MB dan pengerusi sepatutnya mencegah perbuatan membazir begini.

    Patutlah kebanyakan GLC kita terok.

    ReplyDelete
  8. yela....kalau nak di bandingkan dengan rumah2 exco yang hang dok buat 45juta tu...padahal kat ulu selangor masih lagi banyak rakyat tiada rumah.....

    ReplyDelete
  9. Datuk Seri,

    Saya rasa Datuk Seri memperkatakan suatu perkara yang Datuk Seri lebih tahu berbanding orang lain yang hanya bercakap tentang isu ini tetapi tidak ada fakta yang jelas.

    Sekurang-kurangnya Datuk Seri dapat membuka minda sesetengah orang biarpun ramai lagi yang akan tidak mempercayai apa saja fakta yang diberi oleh 'tokoh' UMNO buat masa ini.

    Sebagai rakyat Kedah, saya hanya mampu mengucapkan tahniah kepada rakyat Selangor yang telah berjaya memilih kerajaan yang menabur macam-macam janji. Tahniah!

    ReplyDelete
  10. salam dr. Khir,


    Apa yang saya dapat lihat hari ini adalah majoriti rakyat di Selangor sudah meluat dengan UMNO dan BN.

    di Jabatan2 Kerajaan juga Jabatan2 Negeri staf2 yang bekerja terlalu asyik menceritakan keburukan kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Dr. Khir dahulu.


    walaupun dr khir tidak menggunakan Merc tersebut (mengikut artikel inilah) kegagalan utk menyekat orang2 bawahan dlm pentadbiran dr.Khir daripada berbora-bora berbelanja dengan menggunakan duit rakyat adalah suatu yg tidak sihat.

    Secara keseluruhan orangramai memang tidak berpuashati dengan prestasi Dr.KHir memerintah dahulu.

    Mereka dapat melihat bahawa Dr. Khir adalah salah seorang MB yang gagal.

    Saya juga sebagai rakyat Selangor tidak nampak ketelusan, dan pencapaian yang membanggakan juga jasa2 besar Dr. Khir terhadap negeri Selangor semasa dr Khir menjadi MB dahulu.

    wasalam

    ReplyDelete
  11. Dr Khir,

    Terus terang saya katakan saya bukanlah suka atau sayang sangat pada UMNO atau BN tetapi saya juga bukanlah seorang yang fanatik dan terlalu taksub kepada sesuatu pihak atau parti secara membuta tuli. Saya perhatikan di dalam blog ini dan juga blog-blog lain yang berkaitan politik tanah air terdapat di kalangan bloggers sama ada yang menyokong BN atau PR yang begitu fanatik terhadap parti atau puak masing-masing sehingga apabila membicarakan sesuatu isu mereka sanggup berbohong, memutar-belitkan fakta dan mereka-reka cerita demi menegakkan kepentingan parti dan puak masing-masing sehingga mengelirukan masyarakat umum yang tidak memihak kepada mana-mana parti.

    Berkenaan isu kereta rasmi Toyota Camry ada beberapa perkara yang menyebabkan saya masih tertanya-tanya mengapa isu kereta rasmi ini menjadi satu isu yang hangat diperkatakan.

    Pertama apabila Toyota Camry dipilih menjadi kereta rasmi di Selangor, mengapa pula ia juga turut menjadi pilihan di Perak dan Kedah? Apakah sudah tiada model kereta lain yang sepadan dan setanding dari segi kos penyelenggaraan seperti Honda, Nissan, Naza-Kia, Hyundai dan lain-lain? Macam ada pakatan pulak.Selama hampir 20 tahun PAS memerintah Kelantan model kereta apa yang menjadi kereta rasmi pemimpin-pemimpin negeri?Begitu juga selama sepenggal PAS memerintah Trengganu model kereta apa yang menjadi kereta rasmi Dato Seri Hadi Awang dan pemimpim negeri yang lain?

    Kedua dinyatakan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 terlalu tinggi dan membebankan. Berapa kos tersebut dan adakah suatu kajian dan audit bebas telah dibuat berkenaan kos penyelaggaraan tersebut dan perbandingan secara adil dan saksama dibuat bagi kos penyelenggaraan model Toyota Camry dan model-model kereta lain yang sepadan. Seterusnya maklumat kos penyelenggaraan ini didedahkan kepada umum supaya rakyat boleh membuat penilaian sendiri sama ada wajar atau tidak kereta rasmi Proton Perdana V6 ditukar kepada Toyota Camry atau model-model lain yang lebih baik.

    Ketiga seingat saya Perdana V6 dipilih menjadi kereta rasmi Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri kerana untuk memberikan imej yang baik terhadap model-model kereta Proton dan seterusnya dapat meluaskan pasaran kereta Proton sama ada di Malaysia atau di luar negara. Sekiranya pihak kerajaan sendiri ( Persekutuan dan negeri-negeri ) sendiri tidak mahu memberikan sokongan dan menaruh keyakinan terhadap kereta nasional bagaimana kita hendak meyakinkan pihak lain untuk membeli kereta keluaran Proton? Industri automotif di Malaysia khususnya Proton sendiri masih di peringkat terlalu muda dan hijau jika dibandingkan dengan pengeluar kereta seperti Ford, DaimlerChrysler, Toyota dan lain-lain lagi.Oleh itu banyaklah kelemahan dan kekurangan pada kereta-kereta keluaran Proton. Bagaimanpun proses pembaikan dan peningkatan secara berterusan haruslah dilakukan oleh Proton supaya ia setanding dengan pegeluar-pengeluar kereta gergasi dunia. Isu Toyota Camry ini seolah-olah memberi gambaran bahawa jika berlaku pertukaran kuasa pemerintahan kerajaan persekutuan di dalam PRU13 nanti maka banyaklah kepentingan nasional yang harus diketepikan dan dikorbankan untuk memberi laluan kepada kepentingan dan matlamat politik pihak tertentu.

    Keempat apabila MB Trengganu sekarang Dato Ahmad Said menukar kereta rasmi kerajaan negeri Trengganu daripada Perdana kepada Merz Kompressor ramai juga pihak ( sama ada dari BN atau PR ) yang menghentam beliau kerana ia pembaziran wang rakyatlah, penyelewenganlah dan lain-lain. Sekarang bila timbul isu Toyota Camry ini pihak yang menghentam Ahmad Said pun berdiam diri malah ada pula yang berbuih-buih mulut mengeluarkan dalil dan dalih untuk menghalalkan dan mempertahankan tindakan menukar kereta rasmi kepada Toyota Camry.

    Kelima ada sesetengah pihak apabila mengambil alih kuasa begitu ghairah untuk memperkenalkan dan melaksanakan tender terbuka bagi apa sahaja urusan kerajaan kerana ingin menunjukkan dan menonjolkan imej betapa telus dan tulusnya(?) mereka di dalam mentadbir kerajaan dan menghentam dan mengkritik pihak lain yang melaksanakan sistem tender tertutup sebagai tidak telus, ada unsur rasuah dan penyelewngan dan lain-lain. Tetapi apabila hendak membeli kereta rasmi mereka amalkan semula tender tertutup tidak pula mereka melaksanakan tender terbuka sebagai mana mereka janjikan dahulu. Kalau orang lain yang buat itu satu kesalahan besar kalau kena pada batang hidung sendiri tidak mengapa malah banyaklah dalil dan dalih yang akan dikeluarkan untuk mempertahankan dan melindungi tindakan mereka.

    Keenam setakat yang saya ingat isu Toyota Camry bermula bila Ronnie buat cadangan peribadi supaya kenderaan rasmi kerajaan ditukar kepada Toyota Camry. Kemudian berlaku insiden kereta rasmi Ronnie bermasalah ketika sedang dipandu. Selepas itu dengan tidak semena-mena semua kereta rasmi kerajaan bukan sahaja di Selangor malah di Perak dan Kedah pun akan ditukar kepada Toyota Camry. Hebat betul si Ronnie ni.

    Jadi berasaskan isu Toyota Camry ini dan beberapa isu lain di negeri Selangor khususnya yang berkaitan dengan orang Melayu dan Agama Islam maka berikut adalah perasaan dan isi hati saya terhadap para pemimpin PR di negeri Selangor.

    DAP - Geram kerana begitu mengambil kesempatan untuk melakukan pelbagai perkara dan isu demi kepentingan politik dan puak mereka tanpa memperdulikan perasaan dan sensitiviti pihak lain.

    PKR - Meluat dan menyampah kerana kerap berbohong, memutar belitkan fakta, suka mencari publisiti murahan dan kesalahan orang lain demi kuasa dan pengaruh politik malah kadang-kala sampai ke tahap sanggup menggadaikan kepentingan agama dan bangsa kepada pihak lain.

    PAS - Simpati dan Kecewa
    - Simpati kerana terpaksa kerap kali jadi pak sanggup berbuih-buih mulut mencari dalil dan dalih yang sesuai setiap kali pemimpin DAP dan PKR membuat onar atau terlajak kata dan tindakan demi mengekalkan sokongan dan perhatian masyarakat Melayu dan Islam terhadap PR
    - Kecewa kerana sanggup membelakangkan bnayak prinsip-prinsip perjuangan parti yang mereka dokong dan sanjung selama ini demi menjaga hati dan sensitiviti sekutu-sekutu politik mereka khususnya DAP

    Sekian

    Tawon Dass

    ReplyDelete
  12. sudahlah tu.. setahu saya, kerajaan bn ini selalu tukar kereta baru.. tak payah nak cemburu. lagipun keputusan membeli camry ini atas isu penjimatan, bukannya nak beraksi macam bn!

    ReplyDelete
  13. tolong jgn tuduh ts khalid. lexusnya dibeli diri dia sebelum dia jadi mb. nampaknya ds memang pembangkang yg pandai memputarbelitkan fakta

    ReplyDelete
  14. Dato' Seri. Inilah budaya sebenar politik Malaysia. Sebelum mendapat kuasa pelbagai janji akan dikemukakan. Janji-janji yang tak masuk akal pun dilontarkan. Tetapi bila dah menang dan berkuasa, lupa segala janji-janji yang pernah dilontarkan. Dengan kuasa yang ada, mereka mula memasang pelbagai impian untuk diri sendiri, keluarga dan kroni-kroni mereka. Walaupun kelihatan seolah-olah impian atau cita-cita mereka itu untuk kepentingan rakyat, tetapi sebenarnya, ada ketam dicelah-celah batu kerikil.

    Landskap ataupun budaya politik negara kita ini sudah dicanai sedemikian rupa. Tidak dinafikan, ada dikalangan mereka yang merasakan mampu untuk melakukan perubahan dan menawarkan pelbagai pakej perubahan, tetapi bila mereka termasuk dalam golongan yang mengamalkan budaya ini, jawapannya masih tidak berubah sejak diperkenalkan iaitu kalau di Terengganu dua kali lima jawabnya sepuluh, walaupun cuba diubah oleh mereka yang berada di “ bulan “ kepada lima kali dua , tetapi jawapannya masih tetap sama iaitu sepuluh.

    Kesimpulannya, kalau benar katakan benar dan kalau salah mengaku sajalah. Jangan ditutupi satu pembohongan dengan himpunan dosa iaitu dengan dengan membuat pembohongan-pembohongan lain yang mana akhirnya pembohongan itu akan dianggap sebagai sesuatu yang benar.Maka berdosalah mereka yang berbohong itu hingga mati.

    Jika tidak sanggup untuk mati dengan membawa dosa pembohongan, maka jangan menimbus satu pembohongan dengan pembohongan seterusnya. Sesungguhnya satu kesilapan atau Kesalahan itu akan berkubur dengan satu pengakuan. BERANI KERANA BENAR, KALAU PENAKUT JANGAN BUAT PERKARA SALAH.

    ReplyDelete
  15. Saya merasakan pembelian kereta Camry sangat tidak wajar tatkala kereta proton perdana V6 masih boleh digunakan lagi.Apatah lagi kilang proton terletak di Shah Alam ,Selangor yang mendapat cukai daripada proton selama ia beroperasi dan mendapat banyak faedah ekonomi daripada pekerja proton di Selangor.

    Lebih 90% pekerja proton adalah Melayu dan mereka ini mencari rezeki dengan proton.Apakah kerajaan Selangor tidak menghargai jasa mereka kepada negeri Selangor.Seharusnya kerajaan Selangor membantu proton dan staffnya dan bukan menggunakan jenama lain.

    Saya sangat kecewa ketika ekonomi gawat duit negara berjuta RM keluar walhal ianya boleh dibelanjakan dalam Malaysia.Berapa ramai vendor bumiputra yang terlibat dengan proton? Kerajaan Selangor boleh membuat perjanjian dengan proton berkenaan penyenggaraan proton perdana pada harga yang berpatutan.Bincang dahulu sebelum membuat keputusan.

    Proton juga harus mengeluarkan model yang baru dan berkualiti bagi bersaing dengan kereta buatan luar.
    Jangan suka menyalahkan orang lain atas apa yang telah diputuskan oleh Kerajaan Selanagor.

    Saya merasakan ramai pemimpin hari ini tidak tahu meletakkan keutamaan dalam membuat keputusan.Di mana patut dibelanjakan duit dan apa kesan kepada negara.Belanja kepada yang sepatutnya dan bukan mengikut kehendak hati sahaja.Apa guna menghabiskan berjuat RM hanya untuk kereta rasmi walhal jika menggunakan motorsikal/perkhidmatan awam apa salahnya untuk kebaikan rakyat.Lebih baik menggunakan kenderaan sendiri dan claim semula daripada membeli kereta baru.Ikutlah para sahabat dan khalifah Umar Abdul Aziz yang kaya tetapi miskin kerana tanggungjawab.
    Jika kita benar-benar tahu tanggungjawab sebagai pemimpin nescaya tiada yang berenut-rebut untuk menjadi pemimpin kerana tanggungjawabnya sangat besar.

    APABILA SUDAH BERKUASA DAN BERDUIT MAKA SIKAP TELAH BERUBAH .INI TERJADI KEPADA HAM[PIR SEMUA PEMIMPIN PAS,UMNO DAN KEADILAN.

    KALAU BETUL NAK BERKHIDMAT BUKAN MEMBELI KERETA BARU TETAPI MEMBERI KERETA BARU KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT.

    SEKIAN,MOGA ADA MANFAAT

    ReplyDelete
  16. TS Khalid Ibrahim pun satu bangang, suruh budak tak cukup umur buat statement...lagi gagap dari Khalid la jadinya.

    Nik Nazmi baru blajar politik, merempat dari Kelantan ke Selangor lak tu....belum faham sangat ngan dengan politik Selangor dah memandai buat tafsiran. Bosnya pun bangang sama, bagilah budak politik Selangor yang dah matang sikit buat kenyataan...kalaupun Khalid takut nak buat kenyataan.

    payah...kalau dah bebal...bebal gak pemimpin Pakatan Rakyat ni...nilah susahnya kalau merempat dengan DAP...setakat jadi kuda tnggangan jer la.

    ReplyDelete
  17. Bro,

    "Isu pertukaran kereta oleh kerajaan Selangor dan perak ni janganlah dibaca sebelah pihak je. Bagaimana dengan tindakan kerajaan terengganu sekarang yang menukar kereta exco-exco dari proton perdana kepada mercedes?

    Ketiga-tiga kerajaan negeri tersebut memberi alasan bahawa kos penyelenggaran kereta proton tersebut adalah terlalu tinggi disamping soal kerap rosak.

    Anehnya isu kerajaan selangor dan perak membeli toyota camry je yang nampak. Agaknya harga kereta toyota camry ini lebih mahal dari kereta mercedes E200 yang diberi oleh kerajaan terengganu kot? Lalu isu pembaziran oleh kerajaan selangor dan perak menjadi persoalan

    Soalnya, perangai yang orang lain semuanya tak elok, yang elok semuanya yang UMNO buat inilah yang menyebabkan berlaku tsunami kat selangor ni. Juga jika UMNO masih nak main silap mata macam ni, sampai bila pun tak akan dapat kepercayaan dari rakyat."

    Berfikirlah sikit cara orng bersekolah Omputih, janganlah berfikiran secara 'kampung'...

    Sekarang ni orang dah ramai berfikir secara "logik", bukan cara "paksaan"...

    ReplyDelete
  18. salam datuk,

    kalau RM2.5 juta boleh bantu 50 ribu anak anak selangor, RM1 juta boleh bantu 20 ribu tak datuk?

    KDEB itu syarikat negeri selangor, rakyat selangor itu shareholder KDEB. Kalau nak belanja RM1 juta untuk bagi seorang chairman gah sekali sekala jalan jalan jumpa pelabur...saya rasa baik tak payah saja la.

    pembaziran.

    bayangkan kalau KDEB derma kat anak yatim selangor amount sebanyak itu. atau pada penduduk gaza.

    keperluan imej korporat. Apa datuk masa jadi MB dulu takda kereta besar lain ker?

    bayangkanla, kalau betul dah dibeli, kemudian nak nampak on the road pon tak pernah...tak ker itu pembaziran...

    might as well jangan beli dari mula.

    Datuk, ada sebab kenapa rakyat selangor tolak secara total pemerintahan datuk march lepas. bukan sebab emotional. kalau ada election bulan march depan pon, kami still akan pangkah yg lain jugak...

    ReplyDelete
  19. by the way, camry tu dibeli dari UMW kot, syarikat milik PNB, mungkin dapat harga murah...sesama kerajaan..

    ReplyDelete
  20. Salam Mas Khir,
    Apa jadi dengan S350L itu? Masih KDEB simpan untuk kegunaan current Pengerusi ataukah sudah dijual kepada Mantan Pengerusi dengan a "token price" seperti kelaziman?

    ReplyDelete
  21. Salam Mas Khir,
    Apa jadi dengan S350L itu? Masih KDEB simpan untuk kegunaan current Pengerusi ataukah sudah dijual kepada Mantan Pengerusi dengan a "token price" seperti kelaziman?

    ReplyDelete
  22. Saya setuju Dato, itu memang perangai pembangkang, dia cuba mengalihkan pandangan rakyat terhadap pembeliaan camry..dah memang perangai mereka, pembohong, pelawak, penipu besar. Janji mereka langsung tak boleh pegang.

    ReplyDelete
  23. Salam Dr,
    begitulah sukarnya menjadi pemimpin kan? apa yang dibuat boleh saja dicari busuknya... apapun saya percaya, yang paling penting dalam menjadi pemimpin ialah keikhlasan... jika dulu Tuan di atas, apapun yang Tuan lakukan dicari2 salahnya oleh orang. Jika sewaktu itu Tuan ikhlas, then good for you. i hope your conscience had guided you through your rein previously. sekarang giliran orang lain pula..

    ReplyDelete
  24. Ternyata bahawa Kerajaan Campuran Selangor bukan memperjuangkan kebajikan rakyat tetapi kebajikan untuk beberapa tengkuk orang sahaja. Inilah pakatan jahat (ganti rakyat)yang sentiasa memikirkan kesenangan sementara perut dan bawah perut mereka, sama seperti orang PAS apabila baru dapat Terengganu pada satu ketika dahulu.

    ReplyDelete
  25. Datuk Khir,Saya fikir tak perlu Datuk terima kereta itu jika Datuk betul betul memikirkan kepentingan orang ramai ketika itu.Satu juta tu banyak duitnya.Pada orang yang BERADA memang tidak seberapa apatah lagi jika duit itu bukan dia yang punya.Insaf lah Datuk esok masih ada.Tuhan akan memehak kapada orang yang benar.

    ReplyDelete
  26. Dr, Khir,

    Bukankah lebih bagus jikalau kerajaan negeri Selangor dapat membeli kereta Camry itu dengan lebih murah berbanding harga pasaran? Mereka membeli sepuluh kereta, bukannya sebuah. Jadi tidak hairanlah jikalau Toyota memberi diskaun kepada mereka.

    Berkenaan isu kereta Mercedes yang dibeli oleh KDEB semasa Dr. Khir menjadi Menteri Besar dahulu, saya dapati alasan Dr. Khir adalah tidak munasabah. Jikalau saya merupakan seorang pelabur dari luar negara, saya akan lebih suka jikalau Pengerusi KDEB memakai kereta yang sederhana, kerana itu tandanya syarikat tidak membazirkan wang mereka ke arah perbelanjaan yang tidak perlu. Tambahan pula, pelabur yang bijak akan menganalisa kekuatan 'fundamental' sesebuah syarikat itu sebelum melakukan pelaburan, bukannya melihat Pengerusi syarikat itu memakai kereta apa.

    ReplyDelete
  27. Sdr seluang dan rakan rakan bloggers lain,
    kereta merz 350L,itu sekarang maseh dimiliki oleh KDEB,Saya tidak pernah membeli walau satu unit kereta pun semasa dan selepas saya menjadi Menteri Besar.Sepatutnya Tan sri khalid tak perlu beli kereta Camry utk kegunaannya kerana kereta Merz itu maseh dalam keadaan yang amat baik.Saya maseh tak faham mengapa kerajaan negeri membeli sampai 15 unit Camry termasuk utk kegunaan Menteri Besar.

    ReplyDelete
  28. Salam DS,

    Sedikit sebanyak saya setuju gak dengan DS dalam isu ni... DS boleh tengok komen saya dengan melawati blog saya...

    Memang tak nafikan memang tak pernah nampak DS pakai MERC, kemana-mana DS pakai Harier...

    Namun tak bermakna saya berpihak pada DS, saya juga tahu DS memang teliti dalam urusan sehingga tak tinggalkan bukti...

    Tapi bagi saya kalau setakat exco tu nak pakai kereta CAMRY, pakai lah... DS pun buat rumah exco berpuluh juta.

    Saya pernah masuk ke dalam salah satu rumah exco dulu untuk urusan tertentu, saya rasa DS pun tahu rumah tu sebenarnya jadi istana hinggap je untuk para exco kan....

    Sama-samalah kita tengok dan nilai kerajaan PR ni, ada apa lagi selepas isu CAMRY ni...

    Saya bukannya lalang cuma kalau tak betul saya kata tak betul, kalau salah saya kata salah, tapi so far still reasonable pembelian CAMRY tu...

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum dr

    Dr sendiri tentu faham mereka tentu akan back fire kepada orang yang cuba menjatuhkan maruah mereka.Tapi kate orang tua tua bila kita menuding jari kepada orang,satu jari aje dan yang lain akan tuding kepada kita balik.

    Tukar kereta isu kecik je, lagipon keta tu dah 2tahun lebih,tapi mengapa tak tukar kereta baru buatan negara? itu menunjukan mereka tidak ada jatidiri,dan juga tidak patriotik.Tidak mengapa rakyat menilai segala tindak tanduk mereka,dan diharap dr. dapat membongkar segala kemungkaran mereka.

    Dr.!! hanya tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja, tapi masih tidak begitu meyakinkan,malah pencabar yang lain telah menampakan kewibawaan mereka,isu yang mereka bawa lebih meyakinkan.

    Selamat maju jaya dan semoga Allah meredhoinya.

    ReplyDelete
  30. Pemimpin akan lebih dihormati dan disayangi oleh rakyat jika hidup cara sederhana seperti mana rakyat kebanyakan. Kalau rakyat kebanyakan ramai pakai proton wira atau waja, MB pun turut pakai kereta wira, memang rakyat sangat respect MB yang macam tu, memang tiap pilihanraya pasti rakyat akan pilih dia lagi.

    ReplyDelete
  31. Dr Khir,

    Pada saya tindakan mana-mana pihak sama ada dari pihak BN mahupun PKR adalah satu pembaziran sekiranya pembelian kereta berkenaan adalah diluar keperluan dan kemampuan.Yang menjadi persoalan sekarang adakah ia benar-benar menuntut peri pentingnya membeli kenderaan baru sekiranya kenderaan/kereta yang lama masih elok dengan jangka hayat yang masih baru?

    Maka kewajaran pihak kerajaan Perak,Selangor dan Kedah patut dipersoalkan.Ini bukanlah 'politik kereta' seperti yang telah digembar-gemburkan,namun rakyat berhak mempersoalkan kenapa pihak kerajaan terbabit agak terburu-buru membeli kereta baru sedangkan kereta lama masih elok dan boleh digunakan?

    Namun kita tidak boleh mempersoalkan tindakan KDEB untuk membeli kereta bernilai waima satu juta pun,kerana itu memanglah satu tanggungjawab dan strategi perniagaan.Tahukah kita sudah berapa banyak wang yang digunakan oleh KDEB untuk menyediakan prasarana pembangunan insani?Mungkin kita tak mahu tahu pun!!

    Apa,Siapa,Bagaimana dan Kenapa pembelian kereta Toyota Camry itu AMAT-AMAT DIPERSOALKAN..

    ReplyDelete
  32. Ada komisyen kot dato...

    saya nak pesan agar FLAG di atas blog dato dibuang..

    untuk security dan mengelak disabotaj.

    lawat blog saya cara buang flag di sini :

    http://penembak-tepat5.blogspot.com/2008/10/bagaimana-membuang-flag-di-blog-anda.html

    Satu lagi, apa kata Dato join team blogger membela negara menyertai team BPN yang saya asaskan ?

    orang lama kata bersatu teguh bercerai roboh.

    Cuma kita tegah kempen utk pemilihan parti di sidang tersebut dan menfokuskan kepada menjawab semua isu isu pembangang sahaja.

    info terkini kita terima dari team dan send kepada team yg blm tahu.

    Open to all bloggers samada pro mana mana pihak.

    itu pun jika dato sudilah...

    Orang macam dato sesuai menjadi mentor blogger...

    salam dato..

    ReplyDelete
  33. dulu diam bukan bermakna tak ambil tahu,tapi perhatikan tingkah laku semua pihak....tapi ada satu lagi yang berbuku dalam hati saja selain banyak hal yang tunggu masa meletop...yang buku ni adalah ds tolong sahkan sikit dan korek apa cerita nizar dan kerajaan kebajikannya diperak beri tanah 999 tahun...999 tahun...999 tahun pada kampung baru...siap duduk kat kampung baru!tanah siapa yang dikaut?...dan apa keuntungan pada keturunan anak cucu saya kat perak...yang saya dapat beli rumah pajak dengan kerajaan 99 tahun...gila ke diam2 beri 999 tahun....kalau saya salah tolong betulkan?...tapi kira menyirap jugaklah ni....

    ReplyDelete
  34. kilang-kilang di selangor dah mula vss pekerja. petanda ekonomi semakin suram.

    daripada bercerita pasal kereta, baiklah bercerita pasal manusia marhain yang tak habis-habis dilupakan pemimpin baik BN mahupun PR.

    pemimpin malaysia sesungguhnya rendah kualiti di zaman kini.

    ReplyDelete
  35. Dr Khir,
    Kita kalah lagi ni, kenapa boleh jadi macam ni Dr Khir? Apa pemimpin UMNO buat ni. Ini bukan Permatang Pauh ini Kuala Terengganu! Dengan rekod PAS yang teruk di Terengganu, Harga Minyak dah turun pun boleh kita kalah. Saya dan kawan-kawan di akar umbi yang tiada suara ni dah tak tahu nak cakap apa dah.

    Apakah UMNO sudah kehilangan Kerisnya mahupun BN sudah tidak setara lagi dacingnya?

    aihhh.......

    ReplyDelete
  36. Salam Dato',
    Runding terus dan bukan tender? Siapa lah pula yang menjadi brokernya? Boleh Dato' selidik? Dengar cerita salah seorang exconya bekas salesman toyota? kalau betul, dah tentu Perak dan Kedah guna broker yangs sama. banyak tu komisyennya...

    ReplyDelete
  37. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/1/18/kuala_terengganu/3056503&sec=Kuala%20Terengganu

    Sekurang-kurangnya ini bolehlah mengubat hampa kekalahan. Walaupun nampak seperti Pengundi bukan melayu sudah menolak BN tapi masih ada kawan-kawan yang mengingati kerja-kerja baik yang dilakukan oleh BN.

    ReplyDelete
  38. cuba komen sikit tentang rumah2 rehat yg dibina untuk exco....
    duit spa tu
    duit tu boleh digunakan untuk buka brp tadika
    brp sekolah boleh dibina dgn duit tu
    dan apa apa lg kegunaan yg lebih berfeadah

    ReplyDelete
  39. ds, sekarang ini siapa yang kluk klek? umno atau pas?

    ReplyDelete
  40. PAS/PAKATAN MENANG LAGI....TAHNIAH
    UMNO/BN? TELUNGKUP....

    JADI LEPAS NI...POSTMORTEM LAH LAGI DAN LAGI...
    POSTMORTEM DI P.PAUH TEMPOH HARI TIDAK DITERJEMAHKAN DI KT...

    APAKAH KELEMAHAN DAN KELEBIHAN PAS/PAKATAN?
    DIBANDINGKAN DENGAN UMNO/BN?

    FAKTOR KEKALAHAN UMNO/BN BAGI
    PENDAPAT PEMIMPIN BN ,KITA BOLEH AGAK DAH.....
    APA KATA MEREKA

    HANYA SATU SAHAJA FAKTOR PENYEBAB KEKALAHAN BN..
    MALU DAN EGO UNTUK MENIMBA ILMU DARI MUSUH......

    IKUTLAH LENGGANG LENGGUK MUSUH DARI BELAKANG...
    JIKA MALU UNTUK BERDEPAN ATAU KIRI ATAU KANAN..

    CARA BERPOLITIK MASA KINI DENGAN MENABUR JANJI,
    BUAT PROJEK SANA-SINI,IMBUHAN JUTA SANA JUTA INI
    TIDAK RELEVAN LAGI....KERANA RAKYAT SUDAH PANDAI
    MENILAI SESIAPAPUN YANG MENANG AKAN TETAP ADA KEMUDAHAN DAN 'KEINDAHAN'...SEPERTI DIJANJIKAN.

    ReplyDelete
  41. Betul DS, kalau saya bagus beli Accord 2.0 saja, jimat minyak dan dipasang di Melaka, dan syarikat GLC, DRB ada sedikit kepentingaan BERBANDING UMW-Toyota Camry datang dari Thailand.

    karl

    ReplyDelete
  42. DS

    Sekali pandang 2 X 5 saja dengan ds. Kata dulang paku serpih kata orang kamu yang lebih!

    Apa-apa pun kedua-dua pihak diteropong oleh rakyat. Kedua-dua pihak patut muhasabah diri dengan kurniaan Allah Subhanahuwataala.

    ReplyDelete
  43. Sdr OZ dan rakan rakan bloggers yang lain,

    Saya tertarik dgn pandangan dangkal sdr menyamakan pembinaan rumah exco dgn pembelian toyota camry dan ingin saya jelaskan disini,pembinaan rumah exco merupakan aset kerajaan negeri yang mana nilainya semangkin meningkat dari tahun ketahun,dengan kata lain rumah itu akan terus meningkat nilainya,kos pembinaan awal adalah rm 20 juta hasil sumbangan PKNS.Saya difahamkan nilainya rumah rumah tersebut hari lebih tinggi,lagi lama lagi mahal,tiada unsur rugi.

    Pembelian kereta Camry pula adalah liabeliti kepada kerajaan,harga kereta tersebut semangkin rendah dan lepas lima tahun dah tak ada harga,pastinya ia merupakan pelaburan yang merugikan kerajaan dan menggunakan wang kutipan cukai dari rakyat.

    Tentang kos penyelenggaraan proton perdana yg di katakan tinggi,itu satu pandangan yang subjektif,ia bergantung bagaimana ia digunakan,setahu saya kereta proton yang saya gunakan kos penyelenggaraan tidak sampai rm 15 ribu setahun,
    Toyota Camry juga jika digunakan secara cuai akan menelan belanja kos penyelenggaraan yang tinggi.

    Meneteri Besar mengatakan tak akan guna kereta rasmi kerana guna kereta sendiri,tetapi mengapa kerajaan negeri beli sampai 15 unit camry?.

    ReplyDelete
  44. sedingin salju
    sape yg pembangkang ni Dr. Khir ke Kerajaan PR ha ah

    ReplyDelete
  45. Dato' Seri
    Suka lah saya nak komen tentang kekalahan BN di Terengganu.

    Rakyat sekarang semakin bijak.
    Biar lah banyak mana pilihanraya kecil di adakan.
    Ketua2 pembangkang akan hasut rakyat.
    Bila ada pilihanraya.. BN akan datang mendendangkan lagu yang sama..
    Bagi projek itu.. bagi projek ini...
    Rasmi projek itu.. rasmi projek ini..
    Tiap kali pilihanraya pastinya akan berlaku seperti itu..

    ReplyDelete
  46. 1. Guru Geography saya suka menyebut "yo podowae..." Now saya lebih faham maksudnya.

    2. Syukurlah S350L itu masih disimpan KDEB. Jika Dr Khir dah dapat, lagi susah Dr Khir nak defend.

    3. Namun saya fikir pembelian itu tidak wajar jika untuk kegunaan sekali-sekali serta Dr Khir pun isin-isin (malu-malu) nak guna dulu. Tok Nizar dan TS Khalid pun nampaknya isin-isin nak guna Camry dan S350L. Kalau PERLU juga guna untuk "menarik keyakinan" pelabur asing, baik sewa sahaja untuk hari-hari keramat itu.

    Last year ada lawatan Menteri “Pendidikan Tinggi” Saudi. Pihak sana memohon disewakan beberapa biji S class untuk beberapa hari. Saudi yang lebih kaya itupun tak minta dibelikan S class yang hanya untuk dipakai beberapa hari.

    4. Now apa nak dibuat dengan S350L itu as TS Khalid pun tak sudi nak guna atau "sedekah" kat mantan Pengerusi KDEB?

    Many years ago saya tinggal di Seksyen 24 Shah Alam. Seorang jiran Melayu saya memiliki E2X0 hitam. Setiap weekdays dia guna untuk urusan bisnesnya. Dan pada weekends dia sewakan kereta itu (dia sendiri jadi drebar) kepada pengantin-pengantin Cina. Bijak jiran saya itu.

    Probably Dr Khir boleh cadangkan kepada TS Khalid agar disewa sahaja S350L itu untuk pengantin-pengantin Cina pada hujung minggu dan cuti serta saudagar-saudagar Arab pada hari-hari bisnes/kerja.

    ReplyDelete
  47. nampaknya dato cukup takut mengapprove comment saya..
    tergugat ker dato?

    ReplyDelete
  48. UMNO sudah ketinggalan zaman.Tidak laku lagi dimata rakyat.Masih dengan cara lama yang kuno.Berlagak seperti pemimpin tetapi sebenarnya penyamun.Generasi sekarang merasa jemu, muak, penat dengan UMNO tetapi UMNO pula syok sendiri.

    ReplyDelete
  49. UMNO parti ketinggalan zaman.Parti berbentuk perkauman bersama MCA dan MIC sesuai sebelum tahun 2000 dan kini tidak relevan lagi.Selepas ini UMNO akan menerima kekalahan demi kekalahan.Cara kepimpinan UMNO masih ditakuk lama hinggakan generasi sekarang merasa jemu, muak dan penat.Berlagak seperti pejuang bangsa tetapi maruah bangsa satu demi satu hilang.Pemimpin UMNO semasa Lyndon Byn Johnson menjadi presiden Amerika Syarikat masih lagi wujud dan tidak mahu berundur. Bila bapak PM anak pun nak jadi PM dan kita nak tanya hebat sangat kah Najib, Hishamuddin, Mukhriz dan maple Khairi? Dialaf baru ini kepimpinan UMNO masih berfikiran feudal dan lebih memualkan apabila mereka selalu kelihatan syok sendiri.

    ReplyDelete
  50. Dato' Seri, adakah Dato' dah check harga kereta secondhand Camry dan Perdana dalam tempoh 5tahun? Adakah rumah Exco dibina untuk dijual? cubalah Dato' Seri cari alasan yang benar2 meyakinkan rakyat bukannya untuk melepaskan batuk ditangga.

    ReplyDelete
  51. Dr.,

    Pada pandangan saya oleh kerana Toyota Camry walaupun harganya lebih mahal dari Proton Perdana manakala kos penyeleggaraannya lebih murah dan harga jualan semula Camry selepas 5 tahun lebih tinggi dari Perdana maka adalah satu tindakan yang bijak , tepat serta ekonomik untuk memilih Camry berbanding Perdana walaupun hakikatnya Camry kereta import manakala Perdana kereta keluaran industri automotif tempatan.

    Menggunakan logik yang sama saya berpendapat adalah lebih baik dan ekonomik untuk mengambil tenaga kerja asing untuk bekerja di sektor awam khususnya di negeri Selangor ini menggantikan para pekerja tempatan ( terutama di kalangan mereka yang malas, suka curi tulang, kerja main-main dan lain-lain )kerana gaji yang dibayar kepada mereka jauh lebih rendah manakala produktiviti mereka juga lebih tinggi ( mereka ini boleh dikerah bekerja tanpa kira waktu sabtu, ahad, hari kelepasan am dan jarang MC dan ambil cuti). Saya percaya dengan demikian kos pengurusan Kerajaan Selangor akan menurun dengan drastik manakala produktiviti akan meningkat berganda-ganda.
    Macam mana bagus tak cadangan saya?

    ReplyDelete
  52. Nafi tuduhan rasuah lembu korban - MB Selangor
    Muhammad Arif Ismail
    Thu | Jan 22, 09 | 9:25:41 am MYT

    SHAH ALAM, 22 Jan (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan tuduhan yang mendakwa beliau menyalahgunakan dana kerajaan negeri oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak).

    Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang diadakan di tingkat 20, bangunan SUK di sini petang semalam.

    Kerajaan negeri katanya sentiasa berpegang teguh kepada konsep ketelusan dan bertanggungjawab secara menyeluruh dalam menjalankan pentadbiran negeri dan anak syarikat.

    "Saya peka dengan tuduhan ini yang dilemparkan tentang menyalahgunakan kuasa dalam isu pembelian 46 lembu untuk program korban diperingkat Perlimen Bandar Tun Razak untuk 46 buah surau dikawasan itu.

    "Lembu tersebut sebenarnya disumbangkan oleh sebuah syarikat milik agensi kerajaan negeri" tambahnya ketika diminta mengulas tuduhan ini.

    Tegas beliau, dana kerajaan negeri Selangor tidak digunakan untuk membeli lembu-lembu tersebut. Sebaliknya, lembu itu telah didermakan oleh enam anak syarikat dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

    "Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah membuat apa-apa keputusan yang boleh menyebabkan kerugian kepada rakyat. Image

    "Saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan kes ini dan berharap perjalan penyiasatan ini dapat dilakukan dengan adil tanpa dipengaruhi oleh pihak yang mempunyai agenda politik," katanya.

    Sebelum itu satu aduan telah dibuat oleh Gerak kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwanya telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri.

    Aduan dibuat melalui Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa, Menteri Besar itu telah menggunakan wang kerajaan untuk pembelian lembu untuk dikorban dalam hari raya haji Disember lalu.

    Mohd Nazree mendakwa Abdul Khalid telah membeli lembu tersebut pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri dan aduanditerima oleh Pengerusi SPRM Selangor, Mohd Shamsuddin Yusof di Plaza Masalam, Shah Alam pagi semalam

    ReplyDelete
  53. PKNS taja lembu korban Bandar Tun Razak

    PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menjelaskan bahawa ia telah menaja 390 ekor lembu korban yang diagihkan kepada surau dan masjid di seluruh negeri Selangor sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Disember lepas.

    Menurut perbadanan itu, dalam menguruskan penajaan lembu untuk ibadat korban di Selangor, beberapa anak syarikat dan syarikat bersekutunya telah bersetuju menderma lembu korban di kawasan Bandar Tun Razak sebagai menjalankan tanggungjawab sosial.

    Keputusan untuk menderma 46 ekor lembu korban kepada 46 masjid, surau dan madrasah di kawasan Bandar Tun Razak telah dibuat selepas satu perbincangan diadakan di peringkat kumpulan pengurusan PKNS dan beberapa anak syarikat serta syarikat bersekutu, katanya dalam satu kenyataan di sini.

    Bayaran untuk 46 ekor lembu itu telah diuruskan oleh Selangor Industrial Corporation (SIC) Berhad, yang kemudiannya membahagikan bayaran itu kepada enam lagi anak syarikat dan syarikat bersekutu PKNS yang telah menyatakan persetujuan untuk menyertai program itu, katanya.

    Pihak PKNS hanya memaklumkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tentang derma lembu korban itu setelah semua perancangan selesai diatur, kata perbadanan itu.

    Kenyataan itu juga menyebut bahawa Abdul Khalid bukan pengerusi SIC Berhad seperti yang dilaporkan oleh pihak media, sebaliknya, Datin Paduka Low Siew Moi selaku pengurus besar PKNS, adalah pengerusinya.

    Pada Rabu lepas, Abdul Khalid menafikan dakwaan kononnya beliau menggunakan dana kerajaan negeri bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bernilai lebih RM110,000 pada Hari Raya Aidiladha lepas. BERNAMA

    ReplyDelete
  54. Hello Dr.Khir,

    Please check your facts before throwing any unwanted comments at the Selangor Government. Just wait and see on next GE, BN will be taken out, completely.

    ReplyDelete
  55. Wahai Dr. Khir,
    jgn mengutuk pembelian Toyota Camry oleh kerajaan PR. Lihat diri sendiri dlu terutama sekali BN. Lihat sahajalah Terengganu yang membeli Merc (YANG LAGI MAHAL DARI CAMRY) dan penggunaan kereta luar oleh Kerajaan Negeri Sarawak! Sy bercakap atas skop negeri Sarawak di mana kebanyakan exco-exco kerajaan negeri tidak ada yang memakai proton tetapi menggunakan Jaguar, BMW dan juga Camry. Malah, KM sendiri menggunakan Rolls Royace. Mcm mane neh Dr. Khir, dlm BN sendiri pun ade pembaziran, nak kutuk kerajaan PR. Sbb ini lah ramai rakyat malaysia muak dan rasa nak muntah dengan kerajaan BN terutama pemimpin UMNO yang hanya pandai cakap, komen dan bagi janji namun x pandai buat. Semua janji ditabur bila pilihanraya, dah abis, BLAH TRUS MENIKMATI KEKAYAAN MASING-MASING!

    Silalah fikirkan perubahan demi masa depan. Perubahan yang radikal. Jika tidak, jangan mengharapkan kemenangan di pilihanraya akan datang.

    ReplyDelete
  56. Macam mana melayu nak maju kerana lembu Korban pun nak bising takada benda lain ke nak bising. Malu dgn bangsa lain yg jauh lebih maju dan kaya di negeri kita kerana bangsa kita dengki.... kianat sesama sendiri.

    ReplyDelete
  57. Aduan dari Gerak kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memalukan bangsa Melayu. Ini menggambarkan bangsa melayu bodoh kerana lembu untuk dikorban d hari raya haji pun nak dibesarkan.

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum Datuk Seri,

    Ya, kita boleh kata apa sahaja mengenai kesalahan orang lain, tetapi hanya Allah Sahaja yang tahu segalanya.

    Kini Tan Sri Khalid mahu saman anda mengenai 'tohmahan' yang anda lakukan.. sila lihat berita ini: http://www.tvantara.com/v1/newsdetails?news=141

    Apa jawapan Datuk Seri...?

    ReplyDelete
  59. More you talk, more you lost..rakyat makin tak percaya dengan uoals ni! So, shut up and concentrate on your work, please bring up good issue which can benefit to those rakyat especially malays (atas apa yang uols laungkan selama ini)..not benefit you as a leader..

    ReplyDelete
  60. MNS,

    "Macam mana melayu nak maju kerana lembu Korban pun nak bising takada benda lain ke nak bising. Malu dgn bangsa lain yg jauh lebih maju dan kaya di negeri kita kerana bangsa kita dengki.... kianat sesama sendiri."

    That's why Lembu also cannot handle properly....And then get broom award then sedih, "terluka", dll.....It's quite sad that lembu korban menjadi issue because Selangor state funds have been used for a KL constituency....And then the many variations in Khalid's, Nik, the MB's press sekretariat's, etc explanations...Mana tak pening? Lembu pun tak boleh selesai....

    ReplyDelete
  61. aku masih menanti,bila kerajaan dapat memberikan pendidikan percuma kepada semua org..

    ReplyDelete
  62. Saya rasa kritikan Dato pada UMNO tidak cukup kritikal. Saya kasihan barisan dato dan kepimpiman tinggi UMNO tidak begitu tegas terhadap kepimpinan tinggi UMNO. Semua bacol macam tak tahu nak tegur akan kesilapan yang dibuat UMNO. Semua hanya suka ambil tunggu dan lihat. Semua Kepimpinan UMNO bak bagaikan daun layu. Tiada upaya untuk lantang di hadapan pemimpin. Saya rasa inilah kesilapan terbesar pemimpin UMNO. Mementingkan kewibawaan pemimpin daripada kewibawaan parti UMNO sendiri.

    Untuk merubah, semua veteran UMNO atau pemimpin UMNO yang sudah lama duduk di atas haruslah memberi peluang pada anak muda. Dato pertahankanlah kewibawaan dato sendiri, inipun orang tak percaya. Sebab persepsi yang begitu teruk oleh parti UMNO yang begitu lemah, daif dan tidak mampu lantang akan kesilapan pemimpin.

    Sedangkan rakyat boleh menegur khalifah di depan orang ramai. Ahli UMNO khususnya pimpinan tinggi UMNO hanya bersikap bacol.Saya ucapkan selamat berkubur UMNO. Jika dato boleh buktikan dato tidak bacol, dato bertindaklah untuk kewibawaan parti bukan pemimpin.

    ReplyDelete
  63. CERCAAN, MAKI HAMUN, MEMFITNAH & MENGKAFIRKAN PEMERINTAH ISLAM

    Antara tanda-tanda orang bid'ah ialah suka mencerca pemerintah. Haram hukumnya perbuatan seorang muslim memaki-hamun, mencerca, memfitnah, menggunakan kalimah yang kesat, keji, mencarut dan kalimah yang lain terutama pemimpin sebuah negara yang beragama Islam.

    Allah mengajar dan meminta kepada para nabiNya dan para hambaNya yang soleh agar sentiasa menggunakan kalimah yang baik dan lemah lembut walaupun manusia yang sekeji Firaun yang terkenal sebagai Taghut, zalim dan kafir. Firman Allah :

    "Pergilah kamu berdua menemui Firaun kerana ia adalah seorang Taghut. BERBAHASALAH KAMU BERDUA KEPADANYA DENGAN BAHASA YANG LEMAH-LEMBUT mudah-mudahan dia boleh ingat dan takut."
    (SURAH TAHA, 20:44)

    Kalau kepada Firaun disurah berbahasa dengan cara yang lemah-lembut, pastinya kepada seorang pemimpin Islam dituntut agar menggunakan kalimah yang sopan dan baik. Oleh yang demikian, DIHARAMKAN bagi mereka yang beriman MEMAKI HAMUN, MENCERCA, MENCARI-CARI KESALAHAN DAN MEMFITNAH PEMIMPIN ISLAM.

    Menurut penafsiran dari Imam Al-Qurtubi Rahimahumullah tentang ayat diatas (TAHA, 44)

    "Dengan yang demikian ia menunjukkan perlunya menggunakan kata-kata yang lemah lembut kepada sesiapa yang berkuasa," *

    *Rujuk Al-Jami'k Lia' Hukm Al-Quran - Al-Qurtubi. Jilid 11, Halaman 199.

    Allah memerintahkan agar orang Islam menggunakan kalimah yang baik kepada orang lain atau diam :

    "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." *

    *Rujuk : H/R Bukhari (10/445) Al-Fath. Muslim (1/68)

    Nas ini merupakan ayat pendidikan bagi setiap orang yang beriman. Menyeru agar mereka yang beriman sentiasa berbudi-bahasa, bersopan-santun dan sentiasa menggunakan perkataan yang terbaik kepada semua manusia, siapa dan apapun kedudukan atau pangkat orang tersebut. Firman Allah :

    "Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia"
    (Al-Baqarah, 2:38)

    Menurut tafsiran Ibn Kathir, yang dimaksudkan:

    "Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia" ialah : "Berkatalah kepada manusia dengan kata-kata yang sopan dan lemah-lembut (bukan menghina). Dan termasuklah dalam hal ini menyuruh melakukan kebaikan dan menegah dari kemungkaran."*

    *Rujuk: Tafsir Ibn Kathir Jld 1. Halaman 169.

    Nabi Muhammad S.A.W apabila ditanya mengenai siapakah orang Islam yang mulia akhlaknya dan sikapnya? Baginda bersabda:

    "(Islam yang baik ialah) barangsiapa yang menjadikan orang lain selamat dari lidah dan tangannya"*

    *Rujuk: H/R Bukhari. (1/54) Al-Fath dan Muslim (1/65).


    Saudaraku, disini inginku berpesan supaya janganlah kita mencampuri urusan yang mana kita bukan ahlinya. Tugas dan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim adalah mentaati pemerintah bagi mencari keredhaan dari Allah S.W.T semata-mata.

    Saudaraku yang ku kasihi,

    Bergurulah dengan Ulama-ulama yang jujur dalam menyampaikan ilmunya. Bergurulah dengan Ulama yang hanya berlandaskan Al-Quran dan Hadis yang sahih.

    Semoga Allah memberkati kita dalam mencari jawapan yang sebenar.

    ReplyDelete
  64. How silly it is of you to ask for Elizabeth Wong's resignation. She has done nothing wrong. She has not been involved in an affair like Chua Soi Lek was.

    Does it mean that if someone snaps a photo of your willy while you're taking a piss in a public toilet, and then posts the photos on the internet, you will have to resign your calafare post?

    Tsk tsk tsk "Doctor"....

    ReplyDelete