Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Sunday, January 11, 2009

Kebencian di Palestin dan Kasih Sayang di Kuala Terengganu

1. Konflik Israel-Palestin bermula pada 1948 nampaknya tiada jalan penghujung. Selagi tiada campur tangan kuasa besar Amerika Syarikatdan negara-negara Arab untuk menyelesaikan situasi ini yang memuaskan hati semua pihak terbabit, selagi itulah kita melihat kerakusan merebut kuasa memangsakan orang Palestin yang tidak bersalah dan sekadar mahu hidup aman atas muka bumi ini.

2. Kita memang berasa sedih dan mencari pelbagai jalan untuk mengenakan tekanan kepada Israel dan Amerika. Namun pada akhirnya negara kecil seperti Malaysia hanya mampu memberi pandangan, berdemontrasi, memboikot barangan dan memberi bantuan kewangan.

3. Untuk menyelesaikan masalah ini ia memerlukan lebih daripada itu. Ia memerlukan komitmen dan kesungguhan negara-negara arab yang menguasai petroleum dunia mengenakan tekanan serius kepada Amerika dan kuasa dunia lain untuk mencari jalan penyelesaian serius.

4. Pada hemat saya kuasa-kuasa besar dunia dan negara-negara Arab harus duduk semeja mencari jalan menyelesaikan isu ini yang antara lain perlu membuat keputusan sama ada:

a. Membahagikan dua negara - Palestin dan Israel- mengikut keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu suatu ketika dahulu atau;

b. mewujudkan sebuah negara yang berbilang kaum dengan Perlembagaan yang adil kepada semua pihak.


5. Yang tampak rasional dan dapat diterima ramai ketika ini ialah mewujudkan dua buah negara berasingan.

6. Setelah keputusan dibuat dengan persetujuan rakyat Palestin, Amerika Syarikat dan Britain sebagai antara negara yang bertanggungjawab mewujudkan konflik ini harus mengambil risiko dan tanggungjawab memastikan kedua-dua pihak mematuhi ketetapan ini.

7. Konfik ini tidak mungkin selesai kecuali pihak ketiga yakni kuasa besar dunia mengambil inisiatif melakukan campur tangan secara ketenteraan bagi memisahkan kedua-dua pihak berdasarkan sempadan yang telah diputuskan sebelum ini. Apakah Amerika terutamanya Barack Obama, yang akan mengangkat sumpah pada 20 januari nanti, berani mengambil jalan berisiko ini untuk mewujudkan satu keamanan di Baitulmaqdis.

8. Ketika konflik Israel-Palestin sedang memuncak kita juga sedang menghadapi Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu. Dan sungguh menyedihkan apabila ada pemimpin parti lawan sanggup mengambil kesempatan atas emosi orang Islam untuk menyamakan UMNO dengan Israel.

9. Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamakan UMNO dengan Israel. Saya fikir siapa pun yang waras tidak akan menerima kenyataan seperti itu. Malangnya bagi para penyokong parti lawan mereka menerima bulat-bulat kenyataan seperti itu. Malah khabarya kenyataan seperti itu turut diiringi dengan laungan takbir. Saya berharap janganlah kerana hasutan-hasutan seperti ini maka akhirnya kita juga menjadi seperti rakyat Palestin yang terbahagi kepada Hamas dan Fatah.

10. Kuala Terengganu juga memberi saya satu lagi perspektif baru erti kasih sayang. Palestin dan Israel telah lama kehilangan kasih sayang sesama manusia. Pas dan UMNO juga sekali sekala sudah melupakan ikatan persaudaraan sesama bangsa dan agama. Namun dicelah-celah Kuala Terengganu saya menemui banyak kasih sayang yang masih subur.

11. Saya bertemu dengan sepasang suami isteri yang telah tua tetapi masih setia bersama. Si suami yang telah berusia hampir 70 tahun masih menjaga isterinya yang hampir seusia tetapi lumpuh sebelah badan. Suaminya masih setia membersihkan isterinya dan menyediakan makanan setiap hari tanpa merungut atau mempamerkan sebarang kesedihan.

12. Saya juga melawat dengan seorang wanita tua yang tiada anak dan tidak mampu berjalan dengan kuat lagi. Apa yang menggembirakan ialah beliau dijaga dengan begitu baik oleh anak saudaranya yang tinggal berhampiran rumah. Anak saudara tersebut boleh sahaja tidak mempedulikannya, namun kasih sayang dan ikatan kekeluargaan masih akrab.

13. Demikian juga satu lagi keluarga yang saya temui. Suaminya begitu setia menjaga isterinya yang mendapat kanser payu dara dan mempunyai anak berusia sebelas bulan. Sedihnya selepas dua hari saya berbual dengan mereka, suaminya menelefon saya memaklumkan bahawa isterinya telah kembali ke rahmatullah. Demikianlah kasih sayang suami tersebut menjaga isterinya sehingga ke akhir hayat.

14. Ketika kita dihimpit masalah kebencian dan kemarahan sesama manusia atas sebab kuasa dan maruah, masih ada kasih sayang dan harapan di celah-celah kehidupan manusia biasa.

15. Semoga suatu hari ia boleh diterjemahkan di kalangan mereka yang berkuasa dan berkemampuan membuat keputusan penting. Kita cuma mampu mendoakan semoga suatu hari nanti erti kasih sayang dan belah ihsan ada dalam hati para pemimpin kuasa besar dan Israel untuk mencari jalan membina keamanan di Asia Barat.

16. Di negara kita sendiri tampaknya sikap bertolak ansur dan menghormati masyarakat dan agama sudah semakin menipis. Masing-masing ingin memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa sendiri sehingga mencabar kedudukan status quo sedia ada. 

17. Saya berharap politik kebencian dan mempertikaikan Perlembagaan negara atas sebab kepentingan kaum atau agama yang sedang dimainkan oleh beberapa pihak di negara kita tidak akan berakhir dengan konflik antara kaum mahu pun antara agama yang akhirnya menyebabkan negara kita menjadi padang jarak dan padang terkukur.

Ambillah erti kasih sayang di Kuala Terengganu untuk pedoman akan datang.


35 comments:

  1. Assalamualaikum

    Baru sahaja saya selesai makan di Majlis Perkahwinan anak Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir di Shah Alam, Dr. Harun Din pun duduk bersebelahan dengan Dato Amin Salih, Ketua Pengarah JASA, bekas majikan saya. Harun Din menyatakan bahawa beliau yakin bahawa PAS akan menang di Kuala Terengganu dengan mejoriti 3,000 undi. Datuk Amin pula 51% UMNO dan 49% PAS. Saya mencelah banyak sangat tu mejoriti 3000 untuk PAS. Tersentak Harun Din... Mereka dan rakan2 satu meja terus berborak hal berkaitan pilihanraya.. saya nampak sudah ada bibit kasih sayang antara orang UMNO dan PAS daripada raut wajah mereka, sesekali saya melemparkan senyuman pada Harun Din, walaupun hati ini tak bersamanya. Malangnya, saya tidak dapat bersama mereka sampai habis perbualan, kerana ada hal di Bangi. Sebenarnya masyarakat kita sebahagiannya sudah matang berpolitik, cuma sebahagiannya sahaja yang masih belum mumayyiz dan tidak ada k-politik.

    ReplyDelete
  2. Salam perjuangan,

    Agak mustahil untuk negara-negara Arab bersatu dalam mengenakan tekanan terhadap AS-Israel. Ini kerana mereka sudah menjalin hubungan baik dengan negara tersebut dan mereka sendiri tidak bersatu dalam hal tertentu. Agak sukar untuk mencapai kata sepakat jika mereka masih membenci sesama sendiri.

    Sebagai contoh, puak Syiah dan Sunni. Contoh kerjasama, Saudi Aramco yang merupakan antara syarikat petroleum gergasi dunia. Syarikat ini adalah kerjasama AS-Saudi. Sanggupkah mereka mengambil risiko untuk mengenakan tekanan terhadap AS-Israel? Mungkin tidak.

    P.036 - Selain soal kasih sayang yang boleh membawa ke arah perpaduan ummah, soal sensiviti harus juga dititikberatkan agar tiada lagi perpecahan yang akan berlaku di kalangan masyarakat majmuk. Hormat menghormati sesama kaum perlu diimplemen sebaik mungkin bagi mencegah permasalahan sebegini.

    Akhir kata, Pemuda IKS mengucapkan selamat berjuang kepada Dato' Seri menjelang tarikh pilihanraya. Pulihkan imej UMNO di mata masyarakat.

    “Memperkasa Generasi Baru”

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Perhubungan UMNO dan PAS macam Fatah dan Hamas
    kalau tidak hati hati misti ada petualang yg akan mengambil kesempatan macam menangguh di air keruh
    Anwar macam Hosni Mubarak yg tutup sempadannya dan membiarkan Israel menyembelih Gaza untuk kepentingan survival politik nya dan atas arahan towkehnya Amerika.

    ReplyDelete
  4. Salam hormat...
    Sesungguhnya KEMAAFAN ADALAH DENDAM YANG TERINDAH

    ReplyDelete
  5. Salam..
    Israel tidak harus diiktiraf kewujudan mereka di atas muka bumi ini. Bangsa mereka adalah paling hina.

    ReplyDelete
  6. "
    9. Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamakan UMNO dengan Israel. Saya fikir siapa pun yang waras tidak akan menerima kenyataan seperti itu. Malangnya bagi para penyokong parti lawan mereka menerima bulat-bulat kenyataan seperti itu. Malah khabarya kenyataan seperti itu turut diiringi dengan laungan takbir. Saya berharap janganlah kerana hasutan-hasutan seperti ini maka akhirnya kita juga menjadi seperti rakyat Palestin yang terbahagi kepada Hamas dan Fatah.
    "

    Please state your source of this statement before making any defamatory allegations.

    ReplyDelete
  7. Brian,
    Why don't you share with us anwar's actual statement before you claim others of making defamatory statement?

    ReplyDelete
  8. maaf saya mauk blog sini kerana blog sukj yang menulis isu dibawah bila saya balas dia tak siarkan untuk menagkis hujahnya tentang sanjungannya pada kj.terpulang pada ds samada nak siar atau tidak.....tetapi saya bukan mahu ds atau sukj sorang je yang nak timbang mana batu mana intan...tapi saya mahu rakyat memilih dan melihat siapa yang sesuai....akhirnya saya akan akur dalam peperangan.

    SUKJ MENULIS
    Persoalannya penting di sini ialah, adakah Khir Toyo seorang:

    1) Pembuat penyapu
    2) Peminat penyapu
    3) Tukang sapu
    4) Kaki sapu

    WMU350 NAK JAWAP
    apabila kita ingin menyerang peribadi seseorang kita patut fikir jauh kehadapan sebelum membuat keputusan.tentang bukit gondol,botox,kuil,penyapu semua kita kena nilai dan bandingkan dengan calan yang 2 lagi.
    saya nak sentuh bab penyapu sahaja hari ni..

    PENYAPU
    pada saya kesalahan ds khir hanyalah ada beberapa kerat orang melayu masih belum boleh menerima perubahan dengan memberi penyapu kerana pada orang melayu ia dianggap sial

    HUJAH SAYA
    sebagai orang melayu generasi muda saya amat bersetuju dengan pemberian penyapu ini atas """dasar ia telah dibincang dan diberi cadangan dalam mesyuarat dan semua yang terbabit ada dalam mesyuarat itu""".walaupun ds sebagai MB ia bukanlah satu alasan nak kata kita takut bersuara ketika itu.ooo idea tu setuju sebelum kena bila dah kena batang hidung sendiri barulah nak bising satu kampung.piirahh.kenapa tak bising dalam mesyuarat!!!

    isu ini memanglah benar....ada sedikit jika diambil kira dari sudut budaya orang dulu2 kata sial,dan ada macam2 lagi budaya lama kita contoh dulu saya masa sunat "anu" bila dah masuk rumah tak boleh keluar rumah lagi kata mak dan nenek,takut nanti terlangkah taik ayam sebab nanti bentan "anu"tu katanya.dulu sayapun takut dan tak berani keluar rumah tapi saya dalam hati sekarang ketawa bila ingat kisah tu.cuba kita fikir benarkah "anu" saya akan bentan jika terlangkah taik ayam!adakah zaman sekarang akan sesuai dengan cara mendidik budak sunat dan tidak membenarkan mereka keluar rumah dengan bero cerita2 lama lagi jadi....samalah bab penyapu ni ...apa sialnya,sekarang dah tak de sialnya...malu...kalau dah berbuih pemimpin kata,para pekerja masuk telingakiri keluar telinga kanan apa lagi yang pemimpin nak buat..jadi apa salahnya beri penyapu...oleh sebab itu isu ini adalah isu peribadi yang akan memburukkan imej ds khir sahaja tetapi untuk menidakkan beliau dipilih sebagai ketua pemuda malaysia saya adalah golongan muda yang tidak boleh menerimanya jika umno ingin dilihat ada harapan pada pru13 nanti tolong pertimbangkan suara rakyat suara keramat.say bukan mewakili blogger tetapi saya yakin suara saya adalah mewakili majorit golongan muda yang tidak suka berpolitik,atas pagar dan termasuk pembangkang dalam hati kecil mereka tahu siapa yang sesuai sebenarnya....tetapi dalam politik sistem pemilihan yang ada dalam umno sekarang adalah politik sukar dibaca ia bergantung kepada strategi setiap jentera calon masing2 samada bijak,pandai,mempunyai sifat yang ikhlas dan boleh diterima dengan berlapang dada oleh para perwakilan yang memilih nanti..

    pada pandangan saya ds khir ini ada kesalahan yang beliau dah lakukan tapi masih boleh ditegur dan saya tidak tahu samada beliau ini boleh menerima atau tidak.atau sedar apakah kesalahan yaang besar telah beliau lakukan sebelum pru12 dahulu

    walau apapun kesilapan itu ia masih boleh diterima.
    ds khir patut dipertimbangkan kerana ds adalah pemimpin antara dua generasi(perantaraan),iaitu generasi terdahulu dari dia dan yang akan memimpin generasi akan datang

    jadi isu diatas tidaklah boleh dijadikan kesalahan paling besar sangat sehingga para perwakilan dan rakyat tidak menerima ds khir sebagai ketua pemuda akan datang.kita boleh nasihatkan ds khir dan beliau pun saya rasa seorang yang boleh mendengar tetapi saya tidak boleh terima kj jika dibandingkan kesalahan paling besar pada orang melayu

    kepada saudara sukj(banyak yang u tak siarkan sukj dalam peperangan ini,saya tiada masa untuk mencipta blog tapi bukan alasan untuk saya memberi hujah untuk kepentingan negara)
    saya tahu saudara seorang yang bagus dan fokus untuk membantu kj...dan saya menghormati pendirian saudara.....tetapi seperti artikel saya yang lepas yang saudara tidak siarkan saya tetap yakin ds khir bukan manusia sempurna tetapi dia boleh dibentuk kembali jika ada orang sekeliling yang menjiwai rakyat majoriti...dan kj juga bagus,saya sendiri sebelum pilihanraya ijok merasai beliau adalah next kp malaysia tetapi sejak dari itu beliau telah banyak guna tangan gaib hingga rosakkan umno dan bn.cukup sekali dan beliau harus banyak belajar dan bersabar....walaubagaimana pun kepada saudara sukj teruskan perjuang murni anda.

    umno tidak boleh diwarisi
    tetapi
    umno hendaklah dihayati

    ReplyDelete
  9. KERESAHAN PLASTINE

    Anak-anak Plastine
    Pilu mencengkam mata bundar mu
    Memandang sepi sarat kedukaan
    Tangan kiri menagih kedamaian
    Tangan kanan melempar kebencian

    Ibu-ibu Plastine
    Berlari mendukung lara nestapa
    Resah bersarang dihati nan gundah
    Merenung sayu ke langit kehitaman
    Menanti sinaran fajar kedamaian

    Bapa-Bapa Plastine
    Hari-harimu penuh keresahan
    Akan tibakah lagi saat kedukaan
    Anak-anak tercinta isteri tersayang
    Namun hatimu sepejal tebing batu ditepian
    Perjuangan mun takkan terkubur
    Walau berabad walau berzaman
    Demi sebuah Negara bernama Plastine.

    Nukilan: putrarahman - 12012009

    ReplyDelete
  10. Saudara Brian,

    sila baca keratan berita MalaysiaInsider.com yang turut disiarkan semula oleh pengendali blog DSAI:

    http://anwaribrahimblog.com/2009/01/07/umno-is-like-israel/

    ReplyDelete
  11. Dato', sebelum mengesyorkan membahagikan Negara Palestin kepada dua ataupun mewujudkan dua wilayah autonomi dan mengharapkan pembebasan Bumi Palestin secara perdamaian dan Baitulmaqdis kembali aman adalah sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali jika Dato' mengkaji sejarah Palestin dan Israel secara lebih dalam. Sila semak resolusi Yahudi di Genewa pada 8.9.1897 (yup 1897 is not a typo error). Dan banyak Hadiths sahih yang telah mengambarkan tindak2 Yahudi dahulu kini dan selama2nya (surah AlBaqarah). Jadi, isu Palestin ini bukanlah hanya sekadar isu permasaalahan tanah dan wilayah sahaja, sila sama2 perbetulkan persepsi, ianya adalah persengketaan aqidah dengan orang Islam (dan ini bukan lah kerana marah dengan emosi).

    Pasal KT, let the voters decide on the 17th...salam Dato

    ReplyDelete
  12. Terima kasih Dato’ Seri kerana menyiarkan semua komen saya selama ini.
    YB Dato’ Seri, saya sependapat dengan Dato’ Seri bahawa konflik Israel dan Plastine hendaklah diselesaikan dengan cara membahagikan dua Negara berkenaan kepada sempadan masing-masing. Walaupun hakikatnya Israel itu wujud secara haram, tetapi dalam keadaan sekarang ini, inilah mungkin satu cara untuk menghentikan konflik yang telah berlarutan sejak sekian lama. Saya kata mungkin kerana berkemungkinan banyak isu lain yang menjadi punca kepada konflik berkenaan dan bukan hanya isu perebutan tanah semata-mata.

    Namun secara peribadinya, saya mengharapkan umat Islam Plastine berjaya menundukkan kekuasaan Israel dan menubuhkan sebuah Negara Plastine tanpa berani diganggu oleh Israel dan sekutunya. Kalau boleh, Negara Israel yang ditubuhkan secara haram itu dikuasai sepenuhnya oleh Plastine. Namun demikian dalam keadaan biasa dengan kekuatan yang sedia ada, amat mustahil bagi Plastine untuk menundukkan dan menguasai keseluruhan Israel dan mewujudkan Plastinen yang merdeka. Dengan penaklukan dan penghapusan Negara Israel inilah sahaja Jalan yang hakiki untuk menamatkan konflik Israel dan Plastine. Oleh demikian saya berpendapat bahawa jika USA dan sekutunya inginkan peperangan ini berlarutan, kekuatan ketenteraan kedua-dua belah pihak hendaklah diseimbangkan. Mereka tidak boleh menghalang Negara-negara yang bersimpati dengan rakyat Plastine untuk menghantar segala bentuk kelengkapan ketenteraan kepada Plastine sepertimana yang dilakukan oleh USA kepada Israel.

    P-36- saya percaya ramai dikalangan pengundi yang akan mengundi pada 17 Disember nanti akan membuat keputusan yang matang. Namun saya dapati, kesan daripada kematangan berpolitik rakyat kita terlalu negatif kepada parti BN dan memberikan kesan positif kepada pembangkang. Apa?? Teruk sangat ke penguasaan parti BN selama 50 tahun ini. Saya pun tak tahu jawapannya. Oleh itu, saya mencadangkan supaya ada pihak yang sudi untuk membuat kajian ilmiah yang bebas dan tidak berpihak untuk mengkaji berkenaan baik buruknya penguasaan politik parti BN selama ini. Saya bimbang jika sekiranya kematangan berpolitik rakyat kita bukanlah sesuatu yang baik untuk Negara kita.

    ReplyDelete
  13. SUKJ said...
    wmu350,

    1. Itulah jenis-jenis hujah yang mampu ko orang berikan.

    2. Balik-balik isu jual negara. Lepas tu S'pore. Semuanya itu hanya andaian tanpa bukti.

    3. Sekarang mu kata 'tangan ghaib' pula? Beritahulah apa yang dia dah gaibkan? Jangan hanya baling spanar saja tetapi tanpa disertakan bukti-bukti yang nyata.

    4. Itu sebab kadang-kadang comment ko orang aku malas nak siarkan. Sebab balik-balik isu yang dah lapok..

    WMU350 BERHUJAH ( TAPI TANYA...LEPAS SAYA BENTANGKAN HUJAH TAK SIARKAN MANA KEADILAN KO KALAU NAK BERBLOG),JADI SAYA TERPAKSA SUARAKAN PADA BLOG YANG BOLEH SIARKAN DEMI UNTUK MENJAWAP DAN DEMI PENILAIAN ADIL DAN SAKSAMA GOLONGAN MUDA

    ZAMAN CANGGIH NI MANA ADA ISTILAH BUKTI NYATA KALAU NYATA...SEMUA KENA BACA YANG TERSIRAT DARI TERSURAT.....SETIAP KONTROVASI KITA KENA LIHAT DARI SETIAP SUDUT..ADAKAH PERIBADI ATAU PARTI.
    DIBAWAH BUKAN BUKTI NYATA TETAPI PERSEPSI PENTING UNTUK JAGA AHLI PEMUDA,INI BUKAN PARTI INDIVIDU SUKA HATI SAJA NAK BUAT....JANGAN TANYA BUKTI DENGAN SAYA TETAPI TANYA ADA KE PERSEPSI INI BAIK UNTUK UMNO DAN JIKA TAK BAIK DAN TAK BETUL KJ KENA JAWAB BUKAN JUAK2 NYA YANG JAWAP UNTUK MENANGKIS SETIAP ISU..KERANA INI MELIBATKAN SENSITIVITI RAKYAT.

    BAWAH NI BUKANLAH 100% SALAH KJ TAPI KJ ADA MENYUMBANG

    1.PAK LAH KJ GHAIBKAN
    2.DLAM SEJARAH 5 NEGERI JATUH KJ GHAIBKAN termasuk selangor kj sebenarnya yang kena bertanggungjawab tapi apa nak buat dunia sekarang kena ikut aturan hitam dan putih jadi ds khir toyo kenalah jadi kambing hitam pasal dia mb selangor,apakah Pak Lah tidak bersalah dan siapa cemar imej Pak Lah kalau bukan kj..piiirahh
    3.UNDI GOLONGAN MUDA LARI KJ GHAIBKAN
    4.TV3 HENTAM KHIR TOYO DULU SEHINGGA ORANG TERKELIRU SALAHKAN KHIR TOYO KJ GHAIBKAN

    KALAUPUN SAUDARA KATA INI SEMUA TAK BETUL,PADA SAYA KJ HARUS TERIMA KENYATAAN DIA KENA BERKORBAN ATAS TAKDIR INI TAK SEMUA YANG KJ INGINKAN DIA AKAN DAPAT,INI JANJI ALLAH..BIAR PUN TUN MAHATHIR YANG BUAT NAMA KJ BURUK TAPI UMNO TIDAK PERLU SEMUA INI......DENGAN HUJAH INILAH SAYA BERPENDAPAT DS KHIR TOYO YANG SEPATUTNYA KITA ANGKAT DAN BELIAU AKAN PERBETULKAN DIRINYA DAN MENGEMBALIKAN SOKONGAN MAJORITI GOLONGAN MUDA KEPADA UMNO

    APA2 PUN SAYA SUKA ADA KJ CUMA DIA TAK BOLEH JADI KP MALAYSIA...JELAS TAK SUKJ..MAAF HURUF BESAR TAK PERASAN NANTI KATA SOMBONG PULAK..

    saya sependapat dengan saudara kalau pas nak buat hudud....kita suruh dia pi bincang dengan umno dulu kalau ini pun tak boleh buat pirahh jangan cakap pasal hudud...nak bodoh2kan kita pulak...itu saya sokong saudara....tapi kj jadi kp malaysia...sorry ya...

    tapi saudara pandai.....tapi game ada 90 minit.selagi game belum tamat saya juga akan main..saya yakin dengan ds khir toyo , kj dan mukhriz membantu ds khir,macamana?kalau ini terjadi saudara boleh terima tak?

    tak kan artikel ini pun tak siarkan apa alasan pula kalau tak siarkan?

    P/S :- TAPI DAH NYATA LAGI BERSULUH…SUKJ TAK SIARKAN PUN….SAYA SEBENARNYA TIADA MASA UNTUK CAKAP BANYAK TAPI SEJAK KEKALAHAN PRU13 DAN JATUHNYA DS KHIR SAYA PUN TIDAK BOLEH TERIMA PEMIMPIN HARAPAN SAYA SUKJ PANDANG RENDAH PADA KREDEBELITI DS KHIR…SAYA AKAN BERSUARA MEMBANTU UMNO DAN SAYA YAKIN DENGAN HATI KECIL SAYA BERKATA DALAM MENCORAKKAN PEMIMPIN YANG BENAR2 MAMPU MENGEMBALIKAN SOKONGAN MAJORITI GOLONGAN MUDA KEMBALI KEPADA UMNO……UMNO DAH PARAH SEBENARNYA KALAU KETUA PEMUDA TAK PILIH BETUL2 SAYA YAKIN GOLONGAN MUDA YANG ADA PUN AKAN LARI LINTANG PUKANG MASUK PAS....SAMA JE UMNO ATAU PAS JADI JIKA PEMIMPIN TAK PILIH BETUL...JENTERA KEMPEN FIKIRLAH SENDIRI

    ReplyDelete
  14. putarahman

    rasanya lebih baik kajian bagaimana nak memajukan orang melayu pasca UMNO perlu dibuat. Terok atau tidak penguasaan UMNO, timbanglah sendiri.

    Berita terbaru, menteri besar terengganu telah mengarahkan bilik gerakan DAP di kg cina, dalam bandar KT ditutup. Itu hanya perkara kecil sahaja. Jika perkara kecil pun dah macam tu, perkara besar tentulah lebih parah.

    bat8

    ReplyDelete
  15. hampeh plak blog ni...dulu2 ok jer. harap perbaiki. tq.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum dr

    Persoalannya sekarang memang dunia telah ketahui bahawa israel adelah paksi kejahatan dunia,tiada siapa yang israel takuti,malah kerajaan mane sekalipon tidak dapat untuk melarang israel dari melakukan kekejam.Amerika telah dari awal dapat mereka tundukan kerana masyarakat yahudi di amerika amat kuat pengaruhnya terhadap pentadbiran dan dan pemimpin amerika,tanpa undi mereka cita cita untuk menjadi presiden tidak akn menjadi kenyataan.

    Cadangan untuk menubuhkan pakatan ketenteraan antara negara negara islam adelah cadangan yang amat bernas dan ianya hendaklah disepakati oleh semua negara islam,hanya dengan tindakan itu akan membuka mata musuh musuh islam bahawa masyarakat dan negara islam telah bersatu dan mereka tidak boleh dilekehkan lagi.Malaysia perlu konsisten dan memain peranan penting dalam merealisasikannya.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum dr

    PRK Kuala Terengganu seharusnya lah dimenangi oleh BN, kenapa begitu? adelah disebabkan pengundi telah matang dan demi untuk kesinambungan pembangunan setempat.Semasa pru12 lepas mereka tidak mahu menukar kerajaan,jadi pada prk ini mereka tidak akan teragak agak untuk untuk bersetia dengan BN....

    Hidup UMNO...
    Hidup BN... dan selamanya

    ReplyDelete
  18. Dato' menulis:

    "5. Yang tampak rasional dan dapat diterima ramai ketika ini ialah mewujudkan dua buah negara berasingan."

    Komen saya:
    Anwar Ibrahim dah tandatangan Deklarasi Annapolis dalam tahun 2007 bersetuju dengan kewujudan Israel sebagai satu negara, Dato' bila lagi?

    ReplyDelete
  19. Brian, so now what? You want to sue DS Khir for defamation or you want to sue anwar for making you believes that all that is negative about Anwar is not true, when actually that is what he is, not true!

    ReplyDelete
  20. Dato',
    Saya orang KT,antara KT dan Palastine..
    Saya tidak pernah termimpi dan tak pernah mahu bumi KT ini jadi seperti Palastine dan mimpi saya 4 hari lepas BN menang di Terengganu majoriti 2 ribu lebih undi.
    Wallahualam..

    ReplyDelete
  21. Sama-samalah kita beristighfar.Astaghfirullahal'azim

    ReplyDelete
  22. Brian,dah la..jangan la ko nak beretorik pasal sumber-sumber yang telah Dr KT nyatakan. Kalau dah fikiran tu kusut dan tak nak percaya apa orang cakap,tak payah la nak sibuk-sibuk persoalkan kebenaran. Ko ingat Dr KT ni buat-buat cerita ye,ko ingat Dr KT ni acai ke? Ko ingat Dr KT ni macam Anwar ke? Baru balik dari Turki konon,bincang pasal Palestin konon..Nah sekarang Anwar dah berjaya menyelesaikan isu Palestin dengan jayanya..DIULANG..DENGAN JAYANYA..

    ReplyDelete
  23. sebab hilangnya kasih sayang BN kepada rakyatlah maka BN telah ditolak dalam pilihanraya pada 2008 yang lalu.

    ReplyDelete
  24. salam,

    Teringat saya ketika berlaku pertukaran kuasa pemerintahan di Australia tahun lalu, apabila Mr Kevin Rudd menggantikan Mr John Howard sebagai perdana menteri, Mr Howard berucap di hadapan ribuan penyokongnya... dan antara intipati utamanya ialah dia mengucapkan tahniah kepada Mr Rudd di samping memberikan banyak sungguh pujian terhadap lawannya itu sehingga saya terasa seolah2 Mr Howard dan Mr Rudd bagai adik beradik.

    Demikian juga kesnya, apabila Mr Obama memenangi jawatan presiden Amerika baru2 ini, dan pujian yg diberikan oleh John McCain, sungguh gentleman, sungguh matang dan mengagumkan.

    Namun senario di Malaysia sungguh berbeza. Sungguh kebudak-budakan sometimes... tiada ucapan tahniah, malah sejurus selepas keputusan pilihanraya, ada bekas menteri besar yg berkubu dalam rumah dan susah utk ditemubual, ada yang terus merendah2kan lawan dan mula mengejek2, tidak memberi peluang langung utk pihak lawan utk mula bertatih (bukannya mahu membantu), malah yg paling menyedihkan.. ada yg menghukum rakyat yg memilih secara demokrasi dengan kritikan seperti "tidak mengenang budi" dan lebih zalim lagi apabila menghentikan pemberian keistimewaan dan projek pembangunan.

    Negara kita, DS, perlu buka mata dan hati.. dan belajar dari negara luar... usah banyak bercakap, tapi lebihkanlah dalam perbuatan itu. usah tunggu lawan utk memulakan kebajikan, kita patut mulakan. Apalah salahnya memuji sedikit sebanyak kejayaan lawan, dan membantu sedikit sebanyak kesusahan lawan. Rakyat bukan lagi bodoh, kami lihat dan kami fikir, dan kami tahu siapa yg elok, dan siapa yg tidak.. tak perlu byk bersorak.

    Jangan mudah manis lidah menyatakan kasih kepada lawan, andai di hati sungguh penuh dengan hasad dan dengki.

    Good Luck Malaysia,
    We are all one, and as one we should all be.


    Ramzan Melbourne

    ReplyDelete
  25. Dr Khir
    First of all, I would like to express gratitude for your time to reply my comment. Please understand that the contents of your blog would likely be more convincing if there were reference to prove the validity of your post. I do urge you to provide reference in future blog postings as it would be beneficial for your credibility as well as your readers. Other than that, it would display yourself as a responsible blogger who researches before sharing your opinion to your readers.

    zainalabidinahmad
    My intention is to know the source of the statement. To me, Dr Khir lost his credibility when he made baseless allegation against Teresa Kok. It is not the responsibility of the readers to provide evidence because the burden of any wrongful statement is not on me, but the blogger. However, it is the responsibility of any reader to question the credibility of the writer and try to find the truth before believing anything that is written. Are you telling me that you are among the people who actually believe Dr Khir even though the mosque didn’t even supported Dr Khir’s allegation? If you are that kind of person who believes Dr Khir or anyone else blindly, then I’m sorry to say that you are the one who gets fooled by anyone easily. And for your information, you cannot file a defamation lawsuit if you’re not the victim of the case.

    ReplyDelete
  26. Please inform me whether are u still in Kuala Terengganu? Because i would love to meet you and spit on your face. That will be a better honour than your 'penyapu'. Trust me. Belum cuba belum tahu. Good spit!

    ReplyDelete
  27. Salam,

    Saya melihat senario politik Malaysia, pihak BN banyak memperlekeh-lekehkan kemampuan kerajaan2 negeri PKR melalui pelbagai saluran atau medium terutamanya TV dan Akhbar yang dikuasai BN. Seolah-olah kerajaan negeri PKR ini gagal.

    Saya sebagai rakyat Malaysia mengkaji dan menilai perkara ini, saya rasa rakyat Malaysia juga menilai. Apa yang diperolehi adalah kerajaan PKR adalah lebih baik dari yang disangkakan. Saya tak mahu ulasan apa kebaikan itu tapi rakyat Malaysia boleh menilai.

    Ini kelemahan BN kerana masih berjuang cara lama, katanya nak buat pembaharuan, tapi masih menggunakan teknik yg lama. Sebenarnya rakyat dah cerdik dan pandai menilai. Rakyat akan pilih kerajaan yang membela rakyat sahaja.

    BN kenalah lebih muhasabah diri supaya tidak terikut-ikut cara lama.

    Sila baca:
    http://www.malaysiakini.com/news/96384

    Sekian.

    ReplyDelete
  28. Brian,
    and u are the kind of people who goes around questioning the credibility of others just on hearsay or perception created arising from a statement by one party, like the said spokesman of the mosque? Lets not use big words like credibility, integrity and so forth just to invoke scepticism on others.

    The case is yet to be tried in court, so not necessarily the said denial by the spokesman is the truth. Are u not questioning the credibility of the person who denies the allegation, or that is the gospel truth to you?

    Lets leave it to the court and until then DS Khir is not guilty and BTW,just because Theresa files a suit against DS Khir, it does not necessary means she is not guilty already, unless u have decided before the court decides!

    ReplyDelete
  29. SHAH ALAM: Datuk Seri Dr Khir Toyo had approved the purchase of a Mercedes S350L worth almost RM1 million for his personal use with funds from Kumpulan Darul Ehsan Berhad when he was Selangor menteri besar.

    This resulted in the state having to bear the extravagant purchase, said Nik Nazmi Nik Ahmad, the political secretary to Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    He was responding to Dr Khir's statement who said that the RM2 million purchase of 15 Toyota Camry cars showed that the Pakatan Rakyat leaders were more concerned about their needs than the welfare of Selangor people.

    The opposition leader also questioned why the purchase was not made through an open tender and the state government should focus on fulfilling their election manifesto.

    In a statement yesterday, Nik Nazmi said the open tender was not used because the cars were bought at market price for RM130,000 each.



    The state government received its fleet of Camry cars on Friday.

    As for the state's Proton Perdana V6 cars, those below two years old would be retained and used as pool cars.

    *p.s. agak2 kena tngkp dgn sprm nanti, x?

    ReplyDelete
  30. Dia beli Mercedes S350L sebijik utk rm1 million boleh, Terengganu beli Mercedes untuk exco boleh, tapi orang lain beli Camry tak boleh. Mamat ni memang takda modal. Takda modal takpa gak tapi maruah pun takda. Hang tak malu ka Selangor hilang sebab HANG tapi sampai sekarang hang takmo belajar dari kesilapan. Tak sabar nak jumpa hang plak!

    dah la pendatang.

    ReplyDelete
  31. zainalabidinahmad
    First of all, who are you to judge what kind of person I am? You do not have the slightest clue of what my character is like and you dare to judge me? I also never said anything about filing a defamation lawsuit and all of a sudden, you think that I will? Now you say that I go around questioning their credibility based on information from one party? What evidence can you present to prove that I’m that person you think I am?

    For your information, I took my time to even visit this blog to see the other side of the story. Therefore, you cannot judge me as a bias person. You judged me, what about you? Where is your source of information? Is it one-sided your did you also took the time to see the other side of the story?

    It’s interesting to see that you start questioning the credibility of the spokesman of the mosque. This is what I believe that I would expect and prefer the people to do before believing anything other people say (which include Dr Khir himself). Therefore, I congratulate you for doing your part. However, what I don’t get is that why aren’t you treating Dr Khir the same as the spokesman by questioning his credibility before believing his words?

    All I ask is for some reference to his source of information. I choose to believe Teresa Kok because there is nothing that supported Dr Khir’s allegations so far I’m aware of. I also have no clue as to what Dr Khir’s lawyer would say in the court to prove his innocence or worthiness of my trust. If you have any reason to defend Dr Khir, by all means I invite you to share it with us.

    I have better reasons to question Dr Khir’s credibility after the allegation he made against Ronnie Liu. If Dr Khir’s allegation were true, why didn’t he take action when he was in power 1 year before he made that allegation?

    In the argument about the decision of the court, it is undeniable that even judges make mistakes. Innocence does not improve anyone’s credibility. Otherwise, you can believe everything a child says because after all, children are the most innocent ones. Credibility of a person, news, or any source of information is something that everyone has the right to judge and decide whether they want to believe or not. Are you going to believe a stranger’s medical advice knowingly that he/she is innocent, has good intention but isn’t actually a doctor?

    Well, after all these, you can state newspapers or news from local media in support of your defense or argument, but let me ask you this: Does the local media deserve any credibility knowingly that they are controlled by the government?

    ReplyDelete
  32. Dr khir,

    sy org muda dalam politik, dan menunaikan tanggunjawab saya yg ke-2 kali ini

    ini apa yg saya nmpk berlaku di terengganu dan saya sangat2 ingin berkongsi dengan Dr...

    - calon bn mpunyai reputasi yg teruk diklangan kenalan2 saya yang turut mengundi nanti dan x perlu saya nyatakan disini cerita tentang beliau...

    - pendapat saya, kebanyakan pengundi muda kini lebih gemar memangkah calon kegemaran mereka dari memangkah parti, menyebabkan sebahagian malaysia jatuh ke tangan pembangkang...seperti pilihanraya umum dulu..

    Saya ambil contoh, disebabkan calon yg diletakkan adalah anak kepada ketua PKR, maka, calon umno yg lebih matang kalah kepada budak mentah yang menggunakan pengaruh bapaknye untuk meraih undi...saya berpendapat, pengundi di situ sangat marah kepada calon umno atau kemungkinan sangat marah kepada parti kerajaan BN.

    - kemungkinan perkara diatas akan berlaku di terengganu, dan apa yang membimbangkan saya ialah, kesan dari kekalahan BN, segala peruntukan yang dibuat, dirancang atau akan datang untuk pembangunan negeri terengganu akan ditarik balik oleh k'jaan persekutuan dengan kata lain, "peruntukan xde". walaupun rakyat tidak akan perasan, tapi nilai itu akan susut sedikit demi sedikit. (nauzubillah)

    -saya mengharapkan calon BN akan menang, demi kemajuan negeri terengganu, jika contoh situasi diatas berlaku.

    -Selain itu, saya berharap, kemenangan calon BN dapat membuktikan golongan muda terengganu berfikiran lebih matang dalam memilih pemimpin.Calon BN juga perlu mengambil perhatian kepada khabar angin yg tersebar luas tentang beliau. harapan saya jika beliau memperoleh kemenangan kikislah sifat-sifat yang dibenci oleh rakyat.

    sekian...


    p/s harap Dr khir boleh meluangkan masa di blog dibawah ini dan meninggalkan sedikit komen, terima kasih:


    http://nekuromanseru.lalaland.com.my/

    http://hjraffar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  33. Salam,

    Kelakar la jawapan datuk tu...KDEB tu syarikat milik negeri selangor, pendek cerita maksudnya rakyat selangor tu shareholder KDEB. untuk spend RM1bil supaya seorang chairman boleh sekali sekala naik kereta gah konon jumpa pelabur tu namanya pembaziran.

    bak kata datuk sendiri, kalau datuk khalid can divert that 2.5mil untuk 50 ribu kanak2 tadika, why datuk tak terpikir untuk suruh KDEB derma RM1mil untuk 20 ribu anak2 tadika selangor?

    datuk ada sebab kenapa orang selangor reject pentadbiran datuk March lepas. cermin la muka tu sikit.

    ReplyDelete
  34. 1.umno ni mcm fatah. pas mcm hamas.
    hamas menang praya palestin, secara demokrasi, tapi fatah xikitraf kemenangan hamas. masa persidangan OIC di KL(masa paklah jd ketua OIC), sepatutnya wakil palestin adalah org hamas, tp malaysia pi jemput wakil fatah.
    haha.. memalukan. negara Malaysia yg konon mendokongi perjuangan demokrasi tapi menidakkan dan menafikan, majoriti suara rakyat.

    bagitulah pas, dah menang, umno pi lantik pulak ketua jkkk persekutuan, semua tu memecah-belahkan masyarakat. bagi la chance k'jaan PR mentadbir.

    2. tahniah dato', kerana berjaya menjadi KETUA PEMBANGKANG yg berwibawa di selangor. lagi dato' tegur dan berkokok, lagi byk pekung dato' a.k.a kesalahan pentadbiran dapat diselongkar. TAKBIR!

    3. malaysia patutnya hentikan urusniaga luar dgn guna USD. bukan setakat malaysia. sepatutnya semua negara Islam yg patut lakukannya.

    ReplyDelete
  35. 11. Saya bertemu dengan sepasang suami isteri yang telah tua tetapi masih setia bersama. Si suami yang telah berusia hampir 70 tahun masih menjaga isterinya yang hampir seusia tetapi lumpuh sebelah badan. Suaminya masih setia membersihkan isterinya dan menyediakan makanan setiap hari tanpa merungut atau mempamerkan sebarang kesedihan.
    (Quote from Dr MK TOYO)

    saya rasa saya kenal pasangan yang anda maksudkan.mereka adalah jiran saya.kenapa bila waktu pilihanraya menjelma, baru orang2 UMNO terhegeh-hegeh nak datang melawat orang?sebelum ini, takde pemimpin2 UMNO pun yang datang melawat mereka.
    untuk pengetahuan dr MK TOYO, orang yg tak pernah jemu menjaga pasangan ini di kala sakit dan sihat mereka adalah anak mereka yg tinggal di kawasan rumah yg berdekatan.
    satu perkara yg saya musykilkan, kenapa Dr MK TOYO terlebih rajin turun ke terengganu dan melawat warga2 tua di kala pilihanraya kecil PARLIMEN K. TERENGGANU menjelma?adakah semua rakyat selangor yang berada dalam kategori warga emas telah Dr MK TOYO lawat?saya rasa di selangor masih ramai lagi pasangan yg berada di lewat usia yang berada dalam keadaan yang lebih menyayat hati, yang Dr terlepas pandang.
    rakyat di negeri sendiri tak dilawat, rakyat negeri orang yang dia terhegeh-hegeh nak lawat.
    hentikan dunia hipokrit wahai pemimpin2 UMNO.
    anda takkan mampu memancing undi dengan cara ini.
    kami, sebagai rakyat tganu generasi muda tidak sesempit pemikiran generasi lama yang mudah termakan dengan kempen murahan sogokan wang saguhati.
    luckily, PAS menang di Parlimen KT.
    HIPOKRASI PEMUSNAH UMNO.

    ReplyDelete