Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Friday, January 30, 2009

Pakej Rangsangan Ekonomi Mesti Terus Ke Bawah

1. Keadaan ekonomi dunia semakin teruk dan menuju ketenatan. Sudah beratus ribu orang hilang pekerjaan di seluruh dunia. Malah ada sebuah kerajaan juga tumbang akibat krisis kali ini.

2. Kita di Malaysia belum merasai bahang ini sepenuhnya. Ini kerana domino krisis ekonomi kali ini bermula di Amerika Syarikat dan Eropah. Saya percaya dalam beberapa bulan lagi kesan ini akan tiba negara kita.

3. Kerajaan dikatakan akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi kedua dalam sedikit masa lagi. Saya berharap pakej rangsangan kedua ini tidak sahaja mementingkan aspek makro ekonomi tetapi juga mengambil inisiatif dalam isu-isu mikro dan rakyat.

4. Antara masalah utama apabila berlaku krisis ekonomi ialah sebahagian orang akan kehilangan sumber pendapatan. Dengan kata lain akan ada pekerja yang akan diberhentikan, ditawar skim persaraan sukarela (vss) dan juga penutupan tempat kerja yang sekaligus mengakibatkan ramai akan kehilangan pekerjaan.

5. Ini adalah peluang untuk sebahagian kita membabitkan dalam perniagaan kecil dan mengurangkan kebergantungan kepada majikan atau orang lain sebagai sumber pendapatan.

6. Namun lebih ramai yang akan kehilangan pekerjaan sukar untuk memulakan perniagaan atau mendapat pekerjaan baru. Ini akan berlaku terutamanya di kalangan generasi muda yang berusia 35 tahun ke bawah. Tanpa pengalaman yang banyak dan simpanan yang mencukupi, masalah hilang pekerjaan akan menjejaskan kehidupan keluarga mereka.

Jika tidak ditangani dengan baik, kehilangan perkerjaan ini akan menyebabkan meningkatnya kejadian jenayah kecil, gejala sosial dan masalah hutang.

7. Justeru saya berharap kerajaan dapat memperkenalkan Skim Latihan dan Skim Kerja Sangkut bagi mereka yang hilang pekerjaan semasa krisis ekonomi ini. Mereka harus dilatih dalam kemahiran yang sesuai dengan kehendak pasaran kerja negara. Sebahagian yang hilang pekerjaan juga boleh diambil bekerja secara kontrak bagi menyelesaikan fail-fail tertunggak kerajaan.

8. Pakej Rangsangan Ekonomi harus memperuntuk sejumlah wang yang besar untuk latihan dan juga gaji kepada kumpulan ini. Saya ingin mencadangkan agar kumpulan ini, sama ada yang menyertai skim latihan atau skim kerja sangkut, dibayar gaji antara RM 600 sebulan - RM 1, 500 sebulan mengikut kriteria tertentu untuk tempoh antara 6 hingga 12 bulan.

9. Kerajaan juga perlu menggalakkan bank-bank menyusun semula struktur pinjaman milik mereka yang kehilangan pekerjaan dalam tempoh krisis ekonomi ini. Ini akan membolehkan sistem bank terus kukuh tanpa dibebani isu hutang lapuk, dan mereka yang hilang pekerjaan tidak pula hilang harta seperti rumah dan kenderaan.

10. Saya berharap pakej rangsangan kali ini tidak hanya menumpukan kepada hal-hal korporat besar sehingga mengabaikan kebajikan rakyat. Kita tidak menafikan kepentingan menyelamat ekonomi melalui pendekatan makro yang mempunyai kesan domino sehingga ke bawah. Namun pakej bantuan terus di peringkat bawah (rakyat dan pekerja) juga amat penting bagi memastikan kualiti kehidupan tidak terjejas dengan teruk.

34 comments:

  1. Dalam keadaan kegawatan begini, rakyat harap segala duit yang bakal turun menerusi projek2 kerajaan tidak akan DICURI oleh orang2 pertengahan. Sampaikan ia terus kepada rakyat. Tiada perkataan2 "ada Markup skit", "tak kan tak de percent kot" dan banyak lagi ayat2 pencuri wang kerajaan. Harap semua orang telus dalam kepentingan rakyat jelata.
    View Profile: Rantong

    ReplyDelete
  2. saya cadangkan kerajaan ambil alih kilang yg ditutup(yang terpilih sahaja).
    -Biasanya kilang ditutup kerana kurang jualan/tempahan terhadap produk mereka. Jadi Kementerian perdagangan btjawab mencari pembeli produk2 mereka di luar negara terutama ASEAN.
    -Pemilik asal kilang patut berikan kebenaran royalti kepada mereka yang ambil alih kilang pada jangka masa terdesak ini.
    -Gaji pekerja mungkin dikurangkan, tapi yg penting jumlah mereka yg hilang kerja dpt dikurangkan
    -mungkin pada masa ini AFTA lebih mudah dilaksanakan kerana semua kilang di ASEAN yang terkesan dan negara2 ASEAN saling memerlukan antara satu sama lain.
    -negara2 ASEAN patut support produk sesama sendiri DAN mencipta blok perdagangan kita sendiri( Tolak product dari luar ASEAN )
    -Bila ekonomi pulih nanti, PASTI pemilik lama kilang lebih mahukan kilang lama mereka berbanding membuka kilang di tempat baru.

    ReplyDelete
  3. Salam DMKT,

    Aku sokong semua pandangan dan cadangan DMKT tu, terutama nya mengenai perenggan 7 - 9. Tentang bayar hutang PTPTN juga wajib distruktur semula dan pembayaran ditangguh atau dikena bayaran minimun i.e RM 50/bulan kepada yang dilibas oleh kemelesetan ekonomi. Harap Dato, Dr. Sharom Pengerusi PTPTN dapat lakukan sesuatu.

    ReplyDelete
  4. Saya kurang yakin kerajaan sekarang baik persekutuan mahupun negeri negeri yang dikuasai BN atau Pakatan dapat membuang ransangan ekonomi yang tepat dan bernas kerana masing masing sebok memperkuatkan kubu politik masing masing.

    Hal hal politik lebih banyak dicakapkan dan strategi politik di susun untuk bulan dan tahun akan datang.

    Hal hal pentadbiran kerajaan dan ransangan ekonomi lebih ditangkap muat dan perlaksanaannya cukup indah di kertas sahaja.

    Kegawatan bukan sahaja melanda rakyat tetapi juga pemimpin dan mereka akan 'melahap' saki baki kekayaaan dan peluang yang ada di depan mata.

    Ransangan untuk rakyat tapi dipelahap pemimpin.

    ReplyDelete
  5. salam...

    Dalam keadaan kegawatan ekonomi seluruh dunia
    sekarang ini,sebagai rakyat serta pekerja
    amat memahami situasi ini serta mengetahui
    peranan kerajaan dengan menyalurkan pakej ransangan
    berbilion ringgit untuk merancakkan sektor kritikal
    untuk minimakan kesan-kesan negatif ekonomi terhadap negara...

    Sebagai rakyat biasa berdetik dalam hati apakah tanggungjawap sosial oleh sektor perbankan terhadap pelangan mereka terutama rakyat biasa
    yang mempunyai pinjaman yg masih perlu dibayar
    setiap bulan seperti pinjaman perumahan,kenderaan,peribadi,kad kredit dan sebagainya.

    Sebelum sesuatu yg lebih rumit dihadapi oleh peminjam dan sektor perbankan amatlah wajar
    pihak bank memberi sedikit kelegaan kepada pelangan dengan menyusun semula pinjaman,mengurangkan interest serta
    memberi rebat serta potongan.

    Awas!!! NPL..(Nak Penggal Leher)..jer

    ReplyDelete
  6. Antara kawan saya yang baru menutup kedai beberapa minggu yang lalu ialah Saudara Astora Jabat. Saya harap beliau tabah menghadapi cabaran ekonomi global yang melanda dunia. Kita juga harap "Negara Kebajikan" Pakatan Rakyat dapat juga membantu usaha Kerajaan Pusat. Ini adalah kerana, tanpa kolaborasi antara semua pihak pakej ransangan ekonomi tidak akan memberi kesan jitu kepada rakyat.

    ReplyDelete
  7. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Krisis Ekomoni - Cabaran Dan Tuntutan Baru

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




    Pendekatan yang lebih berkesan untuk:
    -kerajaan
    -syarikat
    -rakyat























    Jangan Potong Q :-)
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Sindrom Mat Salleh Celup
    http://pro-faizal.blogspot.com
    Suara generasi Baru
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

    Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. kerajaan malaysia ini in denial sangat. asyik kata ekonomi kita ok. hakikatnya, ekonomi kita terlalu bergantung pada negara-negara lain seperti amerika, jepang dsb

    ReplyDelete
  9. Hmmmm, so nice of Pakatan to buy new cars in such an economy.
    Really "kerja kuat" for the "rakyat".

    ReplyDelete
  10. Kali ini saya amat berstuju dengan DSMKT, pakej ransangan ini jikalau sampai kepada rakyat jelata nescaya dapat mebantu rakyat yang terkena kesan kemelesetan ekonomi. Tetapi diharap tidak berlaku seperti di Terengganu, wang digunakan begitu rakus sekali seolah2 duit yang diperuntukkan itu, duit mereka sendiri. Bila ditanya datang dari mana duit itu, jawabnya duit RM7 Bilion dari pakej rangsangan ekonomi. Mengapa di Terengganu sahaja duit itu dibelanjakan. Di tempat lain rakyat tidak memerlukan bantuan ke? Saya harap jikalau pakej rangsangan ekonomi kedua ini dibentangkan, janganlah dijadikan senjata sulit UMNO & Bee End di pilihanraya akan datang di Persiangan Sabah sekiranya rayuan dari Bee End ditolak.

    ReplyDelete
  11. DS Khir Toyo,

    Pada pandangan saya kerajaan perlu menyaluran sejumlah peruntukan terus ke poket rakyat. Boleh jadi dalam bentuk rebet cukai pendapatan atau wang saku.

    Dengan sedikit wang yang diperolehi ini setidak-tidaknya dapat merangsang perbelanjaan sekaligus merangsang kitaran ekonomi domestik.

    Kerajaan juga boleh menambah peruntukan kepada TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia bagi membolehkan rakyat menjalankan aktiviti keusahawanan. Lagipun institusi perbankan kita kurang mesra dalam proses memberikan pinjaman kepada insan kecil.

    ReplyDelete
  12. hello Bro

    biar aja la begitu.. kan YAB PM tido nak tengok rakyat jadi petani dan nelayan. Ini lah masanya kerana untuk melahirkan usahawan dan petani dan nelayan moden memerlukan "push factor" untuk menjadikan impian PM tido menjadi kenyataan.

    nampaknya ayat ayat membodek dikalangan pemimpin umno sekarang ni dah kurang kedengaran.

    mungkin dah dapat pengajaran berguna kot???

    ReplyDelete
  13. Sdr Mat sepial dan rakan rakan bloggers lain,

    Bagi saya pinjaman PTPTN ini,sepatutnya dibayar selepas bekerja lima tahun,kerana peringkat awal terlalu banyak komitment yang perlu di selesaikan oleh mereka yang baru keluar dari pusat pengajian tinggi.

    Potongan dgn kadar tertentu wajar dipertimbangkan,kerana bagi saya inilah sumbangan kerajaan pada golongan muda.

    Jika kita amati tiada bantuan yang diterima oleh golongan muda secara terus,tidak seperti banyak yang disalurkan kepada golongan tua.Mungkin ini yang menyebabkan golongan muda menjauhkan diri dari kerajaan dan sering bertanya apakah sumbangan kerajaan pada golongan ini.

    ReplyDelete
  14. ds....

    pandangan ds tentang pinjaman ptptn sepatutnya dibayar selepas bekerja 5 tahun memang saya bersetuju tetapi adakah perlaksanaannya wujud atau hanya pandangan sahaja......dan bagaimanakah dengan saluran yang kami ada dan kami sampaikan pada ds dan akhirnya ds dapat bersama2 membantu usaha meringankan bebanan rakyat yang meminjam ini.

    kebetulan saya baru habis membuat perjumpaan dengan sekumpulan masyarakat setempat dan dalam perjumpaan itu seorang bapa berumur lingkungan 50an meluahkan perasaannya yang bapa zaman sekarang tiada mendapat biasiswa jika anak ingin kemenara gading..yang tinggal adalah pinjaman dan dikenekan faedah....mereka menyuarakan faedah itu dimansuhkan.....jadi kalau dapat ds ambil perhatian tentang PTPTN ini dan cuba jadikan apa yang ds jawap pada Sdr Mat sepial diatas agar menjadi kenyataan

    kalau tak dapat 5 tahun pun buatlah 4 tahun...jangan tak dapat langsung....barulah orang muda yang meminjam ini rasa ds membantu mereka,mak bapa mereka pun rasa lega sikit.....faedah tu sekali dimansuhkan,ini barulah namanya usaha terus kepada rakyat paling bawah.

    bantu dari bawah baru naik diatas...jangan bantu atas baru kebawah....takan nak tunggu orang bawah minta bantuan baru nak bantu,mereka ni esok bercakap dengan undi je...dia terbalikan umno..jadi sebelum pru13 umno mesti ambil perhatian serius dengan apa yang diperkatakan oleh rakyat.

    ReplyDelete
  15. Sdr WMU 350 dan sahabat sahabat bloggers lain,

    Kerajaan selangor dibawah kepimpinan saya telah tidak mengenakan sebarang faedah keatas pinjaman pelajaran kerajaan negeri.

    Cadangan ini telah diketengahkan kepada kerajaan pusat,tetapi sehingga sekarang yang saya dengar jawapan dari pihak Pak Menteri maseh dalam kajian.

    Saya setuju dgn pandangan sdr,saya juga ada berbincang dgn salah seorang guru ketika saya dijemput merasmikan sukan tahunan sebuah sekolah di Johor Baharu, PTPTN merupakan isu yang menimbulkan rasa tidak puas hati ramai golongan muda terutamanya lepasan universiti,dan harapan mereka kerajaan mengurangkan beban mereka dan bantuan ini perlu disegerakan,janganlah dah dekat pilihanraya baru nak dibantu,nampak kerajaan tidak ikhlas.

    Saya akan suarakan perkara ini,harap pihak berwajib mendengar pandangan ini.

    ReplyDelete
  16. DS Khir Toyo,

    Saya pernah mengutarakan cadangan agar kerajaan memansuhkan PTPTN dan cuba untuk mengadakan pendidikan tertiari secara percuma di semua IPTA di Malaysia.

    Apa yang boleh dilakukan ialah dengan mewajibkan semua ibu bapa mencarum sekurang-kurangnya sebanyak RM1000 ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Dengan wang tersebut bolehlah digunakan bagi merealisasikan program pendidikan percuma ini. Kerajaan juga boleh tambah syarat iaitu pendidikan percuma hanya layak kepada pelajar yang dapat CGPA 3.00 dan ke atas.

    Saya sekarang berada di Finland menemani isteri yang sedang membuat PHD di sini. Di Finland dan beberapa buah negara Scandinavia yang lain tidak mengenakan sebarang yuran pengajian kepada pelajar IPTA mereka. Ini kerana kerajaan membuat pemotongan cukai pendapatan yang agak tinggi tetapi secara bijak. Boleh dikatakan semua orang berpeluang mendapat pendidikan percuma dari pra-sekolah hingga ke pengajian pasca siswasah di sini.

    Saya harap DSKT dapat utarakan buah fikiran dan pandanngan tentang PTPTN dan cadangan-cadangan DSKT dalam blog pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  17. Salam semua

    Blog menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.
    Perlu tindakan segera daripada kita.
    http://syurga-islam.blogspot.com/
    Maaf Dr. keluar drp tajuk

    ReplyDelete
  18. Isu lompat parti sekarang ini telah menghantui UMNO & Be End. dahulu UMNO mengatakan kegiatan lompat ini tidak bermoral dan tidak demokratik, tetapi mengapa ADUN PKR mahu melompat parti ke UMNO dialu-alu kan. Di manakah pendirian UMNO, adakah ianya hanya terpakai kepada pemimpin UMNO yang mahu melompat ke PR sahaj. tetapi klu PR mahu melompat ke Bee End dialu-alu kan.

    ReplyDelete
  19. salam DS...
    bagus untuk cadangan kali ini.
    pernah banyak kali keluhan perkara ptpn ini didengari...
    mcm2 cadangan juga yg telah diperdengarkan...
    tapi... lgsg takde ape yg berubah.
    kesian pada mereka2 yang bercita2 tinggi...tapi tak mengizinkan dr segi kewangan. waktu belajar dah kene berhutang.
    belum lagi biler masuk alam pekerjaan, perkahwinan, biler dah anak, sampai ke tua, sampai akhir hayat dikelilingi hutang.
    Tak sumer rakyat malaysia ni berharta, byk duit walaupon heboh sana-sini war2kan malaysia ni negara kaya, maju.
    meluat, menyampah giler biler tengok iklan PTPTN kat tv... patutker ader iklan mcm tu?

    ReplyDelete
  20. Lupuskan MOF 2 yg mementingkan GLC yg Syarikat gergasi sahaja tanpa memberikan empasis kepada IKS
    Stimulus ke2 negara misti meletakkan kepentingan kepada IKS

    ReplyDelete
  21. Sdr Putaranroda dan sahabat bloggers lain,

    Isu mengambil alih kerajaan melalui melobi wakil rakyat tukar parti,bukanlah isu baru politik malaysia,beberapa kerajaan negeri pernah berganti tangan,terutamanya di negeri Sabah.Punca sebenar adalah bila wujudnya satu kerajaan yang tak stabil.

    Perkara ini memuncak bila mana Datuk seri Anwar Ibrahim merancang utk menumbangkan kerajaan BN di negara ini pada 16 sept lalu.Kita melihat usaha terancang dilaksanakan kearah tersebut,perbincangan secara rahsia dilakukan di luar negara,dan perkara ini diketahui umum malah DSAI tak rasa segan menghebahkan perkara tersebut seantero dunia.

    Pemimpin BN tidak pernah menempelak usaha tersebut,tetapi usaha dilakukan bagi memastikan perkara tersebut tidak menjadi kenyataan.Sungguhpon begitu negara digemparkan dengan tindakan ADUN Bota melompat ke parti PKR.

    Kita semua saksikan wajah ceria Datuk Seri Anwar dan wajah angkuh MB Perak mengatakan ia adalah proses demokrasi yang perlu diterima oleh mana mana parti politik.

    Kita tidak boleh mengamalkan double standard dalam perkara ini,mengapa kita selalu berfikiran sempit,bila suatu perkara itu tidak memihak kepada kita kita akan mengutuk tindakan tersebut.

    Saya berharap tindakan dua wakil rakyat PKR keluar parti dan memihak kepada BN tidak akan mempengaruhi kes mahkamah yang sedang mereka hadapi.Kita yakin badan kehakiman adalah bebas dari mana mana pengaruh.

    ReplyDelete
  22. salam....Apakah kaitannya pakej rangsangan
    yg kerajaan peruntukkan dengan objektif merancakkan perbelanjaan rakyat?

    (pakej ransangan tidak meningkatan perbelanjaan rakyat-petikan dari berita)

    Sedang sedia maklum peruntukkan berbilion ringgit
    bukanlah secara direct ke tangan rakyat.Ia adalah untuk ransangan pembangunan supaya ianya tidak terhenti, mengalami kelembapan atau kemuncupan.

    Bagi yg berpendapatan rendah atau cukup makan atau perbelanjaan defisit,tentulah mereka amat
    berhati-hati untuk tidak berbelanja melebihi pendapatan.

    Ini kerana,sektor perhidmatan,pembuatan dan perkilangan telah kekurangan permintaan terhadap
    barangan dan perhidmatan.Kesannya kepada pendapatan pekerja kerana syarikat mengenakan
    sekatan kepada pekerja dari kerja lebih masa,membekukan kenaikan pangkat dan gaji.lebih
    teruk lagi tiada bonus, perhentian pekerja dan henti operasi.

    pakej ransangan untuk pembangunan,impak terhadap
    rakyat amat kecil berbanding pakej ransangan
    'kuasa beli' rakyat dapat dipertingkatkan.Maka
    pendapatn rakyat dapat dipertahankan serta ditinggikan....(?)

    ReplyDelete
  23. salam... untuk kebaikan rakyat carilah
    kerajaan yg kukuh serta padu untuk kebaikan sekian hamba rakyat negeri bernama Perak ini....

    Hanya kerana pemimpin/penyokong berpuak-puak,berparti-parti serta pelbagai idealogi..jangan korbankan keharmonian dan keselesaan rakyat....majoriti!rakyat PDR..AMIN

    ReplyDelete
  24. salam....wakil rakyat Negri Selangor,kata orang
    kampong..dipasang GPRS dan GPS....!kayalah pembekal.....

    ReplyDelete
  25. sorry off topic...

    ruginya rakyat perak.. hilang pemimpin yang baik...
    profesional, multi language, boleh berkhutbah, menyembelih binatang kurban, berjiwa rakyat.. berkerja untuk rakyat.. berhemah...

    dek kerana rasuah umno, politik keji yang membunuh demokrasi.. rakyat sengasa..politik sempit keji dan berpuak (racial) akhirnya dipilih

    open your eyes dato seri, adakah politik seperti ini pilihan dato seri, yang dato seri pertahankan.. agung2kan...fikir2kan..

    selamatkan la malaysia. amin

    ReplyDelete
  26. Kabare Wak... waras!

    Saya salah seorang yang sedang menjadi mangsa akibat kegawatan ekonomi sekarang.

    Apa yang dapat saya buat sekarang hanyalah mengeBLOG. Mungkin dunia BLOG dapat menghasilkan pendapatan buat saya.

    Entahlah.....

    ReplyDelete
  27. Mas Khir,

    Nang di kue? Apa komen Mas terbaharu tentang laporan terkini Malaysiakini

    Khalid: Lexus kereta rasmi MB
    Feb 7, 09 3:46pm
    Kenderaan yang didakwa milik peribadi menteri besar Selangor tetapi disenggara menggunakan wang kerajaan negeri sebenarnya kereta rasmi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    "Kenderaan SUV Lexus bukan kenderaan peribadi tetapi ia adalah kenderaan rasmi saya sebagai menteri besar," jelasnya, mengulas tuduhan beliau menyalahgunakan wang kerajaan negeri untuk menyelenggara kenderaan itu.

    Menurut Bernama, Abdul Khalid berkata kenderaan itu hanya digunakan untuk urusan rasmi beliau sebagai menteri besar dan bagi urusan peribadi, beliau menggunakan kenderaan lain.

    "Itu (Lexus) saya telah isytihar sebagai kereta rasmi menteri besar, bukan saya gunakan sepenuh masa dan untuk kegunaan peribadi, saya gunakan kereta lain.

    "Ia satu amalan biasa bagi perbendaharaan luluskan peruntukan untuk penyelenggaraan kereta untuk tujuan urusan rasmi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil Simpanan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) Ambank dan Kad Si Manja Tawas di kediaman rasminya hari ini.

    Gerakan Anti Korupsi (Gerak) dan Pemuda Umno Selangor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa menteri besar itu menggunakan wang kerajaan bagi membiayai kos penyelenggaraan kenderaan itu, bernombor pendaftaran WQR 779.

    "Saya telah meminta peguam saya menelitinya (laporan) dengan mengambil kira penggunaan maklumat yang boleh menjadi fitnah dan pada masa sama saya telah meminta pengarah kewangan negeri untuk membuat laporan supaya apa yang kami akan lakukan semuanya telus.

    "Anda cuma tahu sebahagian ceritanya sahaja dan anda membuat dakwaan yang tidak wajar," Abdul Khalid dipetik berkata.

    Disoal alasan beliau tidak menggunakan Toyota Camry yang baru dibeli kerajaan Selangor sebagai kenderaan rasmi, Abdul Khalid dilaporkan berkata:

    "Saya lebih selesa dengan Lexus sebab itu saya tidak gunakan Camry sebagai kereta rasmi."
    ____

    Fahamlah saya mengapa TS Khalid tak selesa dengan TOYOta. Kok podowaee ... walhal Lexus pun milik TOYOta...

    Check out Camry, Rondo dan Atos.

    ReplyDelete
  28. Kemelut ekonomi membawa kepada peningkatan kadar jenayah jika tidak ditangani dengan betul.

    ReplyDelete
  29. BN mendirikan kerajaan secara sah di Perak.

    PR mendapat sokongan majoriti undi rakyat.

    ReplyDelete
  30. Saya tidak setuju tampuk kuasa perintah beralih tangan ini akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam negara.Malaysia ini adalah negara makmur dan saya rasa Malaysia ini macam Madinah kerana sesiapa saja datang ke nagara ini tidak pernah di kacau,sentiasa memberi bantuan kepada negara luar yang memerlukan bantuan.Apa yang saya harapkan setiap pemimpin hendaklah jujur pada diri,rakyat lebih lebih lagi pada Allah S.W.T.tidak akan ditanya oleh malaikat nungkar dan nangkir tentang kekayaan,yang ditanya hanyalah AMALAN kita apabila kita MATI kelak.

    ReplyDelete
  31. Apesal Kerajaan sorok2 ekonomi kita bagus, padahal kilang jepun dan kilang US di Malaysia banyak dah nak melingkup. Growth kita bawah 1%. ape cerita? DS ingat rakyat kita tak reti ekonomi ka?

    ReplyDelete
  32. Asm Dr Khir,

    Pengalaman saya sebarang peruntukan kerajaan samada dalam bentuk pakej ransangan selalunya tidak sampai terus kepada rakyat yang mana selalunya dicuri oleh 'pencuri-pencuri yang amat licik', tidak perlu saya jelaskan Dr Khir amat arif dan kenal siapa 'pencuri-pencuri licik' tersebut.

    Selepas pengunguman TPM ada lagi pakej ransangan, pencuri-pencuri tadi telah mula meleleh air liur dan telah mula mengatur strategi untuk mengagih-agihkan hasil pencurian tersebut.

    Saya amat berharap kerajaan perlu telus mengagihkan setiap peruntukan agar 101% sampai ke tangan rakyat, tidak seperti sekarang telah dicuri oleh 'pencuru-pencuri licik' di pertengahan jalan.

    Perlu diingatkan bahawa orang-orang kampung sekarang banyak telah tahu apa yg berlaku 'behind the scenes' kerana mereka telah banyak menonton 'the making of' sesuatu projek kerajaan seperti mereka menonton 'the making of' sesuatu filem hebat yang banyak menggunakan 'camera trick', 'stunt-man', 'stand-in', CGI dan bermacam2 lagi tricks utk menipu penonton agar nampak gah dan hebat...

    Bila rahsia sesuatu filem itu telah terdedah maka akan semakin kurang penonton, dan semakin ramai mula menyampah! Dan hero tadi sudah hilang kehebatan kerana dia tidak betul2 terjun atau terbang!!

    ReplyDelete
  33. Hairan – peniagaan tulin perlukan pinjaman , banyak karenah …
    Kerajaan mencanangkan bantuan untuk rakyat bagi membela nasib mereka bersabit kegawatan ekonomi dunia sekarang. Kerajaan juga telah memperuntukkan berbilion ringgit untuk tujuan itu, Perbagai agensi ditubuhkan untuk membantu orang melayu untuk berniaga,
    Tetapi saya kurang faham kemana perginya peruntukan tersebut. Saya ingin menceritakan hal perniagaan kawan saya. Beliau menjalankan perniagaan menghanar barang dengan lorinya sendiri. Perniagaan kebanyakkan dengan cara tunai. Apabila mula berlaku kegawatan, perniagaan turut tersebak. Maka setelah berfikir panjang, dan tiada jalan lain beliau mengemukakan pinjaman Tekun Bahagian Cheras. Malangnya pelbagai karenah dan saolan yang di kemukakan. Pejabat Tekun minta resit perniagaaa, Dari awal telah dinyatakan kebanyakkan perniagaannya secara tunai.Tetapi ada pula orang yang senang dapat. Kami berkawan kami tahu siapa dapat. Perniagaan kawan saya ini telah tergugat. Saya harap pinjaman sebegini biarlah orang yang telah lama berniaga dan sekarang mereka menimpa masalah. Saya bersimpai dengan beliau dan hanya boleh menasihtinya supaya bersabar jangan putus asa. Memudah-mudahan pihak kerjaan bantulah bumiputra yang tenat ini. Isu begini selalu kedengaraan.
    Walinong Sari ,

    ReplyDelete