Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, January 26, 2009

Selamat Tahun Baru Cina - Tahun Lembu, Isu Lembu

1. Selamat tahun baru kepada rakan-rakan dari kaum Tionghua. Saya berharap saudara/i dapat menyambut kedatangan tahun Lembu ini dengan suasana yang menggembirakan biarpun prospek ekonomi dunia tidaklah begitu baik. Sifat positif dan berkeyakinan amat diperlukan dalam menghadapi kelembapan ekonomi dunia hari ini.

2. Nampaknya kita menyambut tahun Lembu tahun ini dengan isu lembu. Saya tahu ada pihak yang tidak gembira apabila saya mendedahkan isu lembu korban anak-anak syarikat kerajaan negeri kepada surau dan Masjid dalam Parlimen Tun Razak.

3. Keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor seharusnya disalurkan semula ke dalam negeri Selangor. Tindakan Tan Sri Khalid meminta PKNS membiayai program sedekah lembu korbannya untuk surau dan masjid Parlimen Bandar Tun Razak bukan sahaja tidak wajar, malah mencetuskan tanda tanya mengenai isu salah guna kuasa seperti yang didakwa oleh GERAK dalam laporannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

4. Sebenarnya saya tidak perlu mendedahkan surat tersebut jika Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menafikannya pada peringkat awal. Tan Sri Khalid dalam beberapa kenyataan sebelumnya menafikan pengetahuan beliau mahu pun pembabitan beliau dalam isu tersebut. Namun jelas dalam surat daripada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor kepada Pengurus Besar PKNS bahawa terdapat "arahan" Tan Sri Khalid agar PKNS membiayai lembu korban tersebut. (sila lihat laman web PembangkangSelangor.com)

5. Sekiranya Tan Sri Khalid berpendapat Ketua Setiausaha Sulitnya mengeluarkan surat tersebut tanpa pengetahuan dan kebenarannya, maka tindakan tatatertib harus diambil ke atas pegawai terbabit. Namun melihat salinan surat yang dihantar kepada saya termasuk cop Tan Sri Khalid di muka surat senarai surau dan masjid yang akan mendapat sumbangannya, saya fikir jelas Tan Sri Khalid mengetahuinya.

6. Saya mendengar Tan Sri Khalid "mengugut" untuk mendedahkan perbelanjaan dan setiap tindakan saya ketika menjadi Menteri Besar dahulu. Tan Sri Khalid boleh melakukan apa sahaja yang beliau fikirkan baik kepada rakyat dan negeri Selangor. Namun jika beliau fikir dengan "ugutan" sedemikian akan menyebabkan saya tidak akan mendedahkan lagi kepincangan pentadbiran beliau, ia adalah satu kesilapan besar.

Jika takut dilambung ombak, tentu saya tidak berumah ditepi pantai.

52 comments:

  1. Perkara yang salah tetap salah samada di lakukan oleh MB sekarang atau DS dan saya bersetuju jika ada penyelewengan DS wajar ia didedahkan tanpa lengah atau tergagap gagap lagi.

    DS dituduh rasuah dan menyeleweng sejak mereka menjadi pembangkang hingga menjadi kerajaan negeri sekarang tetapi mereka gagal untuk membuktikan. Itupun penyokong fanatik pembangkang tidak boleh 'buka mata'dan sedar akan fitnah yang mereka lemparkan semata mata untuk mendapat undi.

    PRU13 bukan sahaja akan menjadi tragedi kepada UMNO tetapi mungkin juga kepada Pakatan kerana rakyat akan menilai kedua duanya.

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru kepada kaum tionghua di malaysia yang memahami sejarah Malaysia. Tahun ni tahun lembu. kalau dah lembu tu, lembu jugak. kepada mereka yang tak faham sejarah, tolong belajar. jangan nak melalak tak tentu pasal. Ingat, saya pun cina jugak.

    Biasalah Dr, dia kata semua orang jahat, teruk dan macam-macam, ha sekarang, dah kena kat batang hidung dia, ha ambiklah. Padanlah muka.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Buat ADUN bota kerana masuk PKR ahli umno yang lain bila lagi nak sedar dan insaf....?

    ReplyDelete
  4. Mencari kesilapan orang lain memang la satu perkara yang amat menyeronokkan. Tambahan pula sekarang ini DSKT adalah ketua pembangkang di Selangor. Pelbagai kesilapan, kepincangan dan salah guna kuasa didedahkan. Tetapi janganlah DSKT menganggap ini semua dapat menggugat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Apa salahnya anak syarikat PKNS ini membelanjakan sedikit wang untuk tujuan amal. Tidakkah ini menguntungkan rakyat. Setiap ahli parlimen sudah tentunya mahu menjaga kawasan yang diwakilinya. tentu sekali DSKT pun begitu, menjaga Sungai Panjang yang diwakili oleh DSKT. Soalan saya ketika DSKT menjadi MB, wang zakat digunakan bagi tujuan perlawanan Golf. tidakkah ini satu kesalahan yang lebih besar menggunakan wang zakat utk tujuan yang tidak betul? Wang perbelanjaan membeli lembu baru RM 100k tetapi wakil rakyat selangor menghabiskan RM 25 juta dalam 3 bulan sahaja.

    ReplyDelete
  5. Kalau Dr Khir berasa benar, sambutlah cabaran YB Ronnie Liu, BERANI kerana BENAR, TAKUT kerana SAlAH..

    ReplyDelete
  6. Salam YB DMKT,

    Ada satu cerita kisah dulu kala, zaman berzaman. Sa ekor Sang ular, tidor makan,...tidor makan. cara makan menyedut apa saja yang bergerak - gerak, habis di balun semua. Satu pagi celik saja dari tidornya, sang ular nampak benda bergerak - gerak, meliut - liut di depam mata nya. Apa lagi tanpa tunggu disedut nya benda itu. sedut punya sedut sampai separoh, lepas itu tak bergerak lagi wlaupun sangat kuat di sedut dan tersa iya nya sakit, berkeray dan berderap bunyi macam nak patah, rupa nya sang ular tersedar iya nya tersedut ekor sendiri.

    Begitu lah jangan tersedut ekor sendiri. Nak luahkan ,tak leh. Nak telan , tak leh, tersekat . Akir nya sang ular tu mati beragan.

    TK dan harap di maafin andai gue tersilap.

    ReplyDelete
  7. salam,

    Sesugguhnya lembu tersebut diagihkan kepada ramai orang berbanding zaman tuan yang dirasai oleh kaum kerabat dan saudara mara umno , sebab tu tuan dan ramai bekas yb dan yb mampu buat rumah besar macam istana.

    ReplyDelete
  8. http://pkrpasdap.blogspot.com

    adakah tahun baru Cina- tahun lembu sama dengan kemasukan Lembu dalam PKR? Siapa yang Anwar hendak sembelihnya? PAS? yang memang jadi lembu pada PKR dan DAP menjadi tuan lembu pada PKR?

    ReplyDelete
  9. Sebagai rakyat Malaysia, kita berharap sangat agar isu-isu remeh seperti isu lembu ini dapat diminimakan agar semua pihak (kerajaan dan pembangkang) dapat memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. Kalau semua pihak asyik salah-menyalahkan antara satu sama lain, nanti hilang pula fokus untuk berkhidmat. Mangsanya nanti rakyatlah. Saya secara peribadi menyanjungi kedua-dua tokoh negeri Selangor ini iaitu DS Dr Mohd Khir Toyo dan TS Khalid Ibrahim. Saya tak percaya mereka berdua ini bodoh dalam membuat keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat. Akan tetapi jangan pula kerana kepentingan politik terabai kepentingan rakyat.

    "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

    ReplyDelete
  10. Lawan jangan tak lawan..menang jadi arang, kalah jadi abu. Menang sorak kampung tergadai..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum dato,

    Untuk renungan dato!

    Peruntukan untuk pelajaran atau 'biasiswa' yg disediakan oleh kerajaan setiap tahun adalah amat besar kepada pelajar yg melanjutkan pengajian
    dalam dan luar negara...mereka ini adalah aset negara yg amat bernilai.Ini dianggapkan suatu pelaburan jangka panjang kepada bangsa,agama dan
    negara.

    Pada masa yg sama kerajaan dibawah BN telah mewujudkan UMNO luar negara yg disertai oleh
    para pelajar sebagai wadah sahsiah para pelajarnya.

    Sudah sampai masanya mereka ini,setelah kembali
    ke tanahair harus diberi peluang untuk
    membuktikan kewibawaan mereka sebagai pemuda
    pewaris untuk menerajui mana-mana bahagian atau cawangan UMNO.Ruang dan peluang harus diberi.



    Mereka yg menjawat di caw. peringkat kampong
    contohnya adalah mereka sekadar berkelulusan
    sekolah menengah.Dan peringkat bahagian mungkin
    berkelulusan tinggi sedikit, boleh dibilang jari.


    Untuk direnungkan juga...

    Pentadbiran negara diwar-warkan kelas dunia..
    polisi dan pelaksanaan menampakan tiada tandingan oleh agensi kerajaan,kementerian jabatan.

    Berlainan sekali dengan UMNO/BN tidak pula
    mengambarkan yg terbaik -tidak seiring.

    BN mempunyai senjata paling ampuh-agensi kerajaan sebagai pelaksana pembangunan untuk
    rakyat.Tetapi pemimpin tidak menunaikan tanggungjawap sebagai wakil rakyat-mendekati,
    menyelami dan mendengar masalah penduduk yg diwakilinya.

    Mungkin benar,mereka hanya mengejar jawatan dan kekayaan? Lupa akan tugas paling asas-duduk sembang diwarong kopi dengan orang kampong!

    ReplyDelete
  12. Tahniah DS, kerana berjaya membongkar pasal lembu.Tahniah.

    ReplyDelete
  13. Buang budaya rasuah UMNO
    Oleh NORAINI ABD. RAZAK

    TEMPOH berkabung kekalahan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Terengganu belum berakhir. Bedah siasat tersungkurnya pengaruh BN yang meletakkan calon UMNO di kawasan tersebut juga belum selesai.
    Punca serta penawar penolakan UMNO oleh majoriti penduduk Kuala Terengganu sehingga sekarang masih belum diumumkan.

    Hanya cakap-cakap mengenai apa punca tragedi kehilangan satu lagi kawasan Parlimen BN selepas Permatang Pauh berkumandang di sana sini.

    Namun lakaran peristiwa pahit 17 Januari 2009 seolah-olah tidak lekat di fikiran ahli-ahli UMNO - tempoh berkempen untuk pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu menjadi platform untuk mencanai undi bagi pemilihan UMNO.

    Kegilaan berkempen termasuk menggunakan wang secara berleluasa bukan lagi cakap-cakap. Jawatankuasa Disiplin UMNO sendiri mendedahkan menerima aduan kira-kira 900 kes berkaitan salah laku itu - biar pun belum dapat dibuktikan.

    Itulah keghairahan di kalangan ahli UMNO, bukan segelintir tetapi tidak mustahil lebih separuh daripada mereka mempunyai keinginan untuk berbuat demikian. Ramai juga yang telah pun melibatkan diri dalam gejala yang boleh memusnahkan parti itu.

    Perkembangan terbaru menjadi petunjuknya. Di peringkat awal dua pemimpin UMNO dan seorang ahli berjawatan guru didakwa di mahkamah atas tuduhan memberi suapan berupa wang tunai bagi meraih undi.

    Dan semestinya senarai panjang menunggu untuk diheret ke mahkamah sehingga memberi gambaran yang amat gelap kepada sebuah parti yang diberi mandat untuk memperjuangkan nasib serta masa depan bangsa Melayu.

    Tidak usah ditanya apa akar kepada gejala yang satu ketika dulu diharamkan oleh UMNO tetapi sekarang telah menjadi budaya - sehingga ada pihak yang tidak segan-segan menyebut: ''Kalau nak kaya masuk UMNO''.

    Sedangkan pejuang-pejuang UMNO terdahulu mewujudkan parti itu untuk memakmurkan Melayu dan menjaga segala hak Melayu supaya tidak tergadai di tangan bangsa lain.

    Perjuangan murni kini dinodai oleh bangsa Melayu sendiri yang melihat di sebalik lambang keris dan bendera UMNO tersembunyi timbunan projek yang untungnya akan masuk ke poket sendiri.

    Sebab itu persaingan sengit untuk memenangi hati pengundi berlangsung sedemikian rupa dan untuk memastikan undi memihak kepada mereka, wang ringgit ditabur sehingga mengaburi perjuangan asal UMNO itu sendiri.

    Siapa yang tidak mahu menjadi kaya tanpa perlu bersusah payah melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi atau bertungkus lumus membanting tulang empat kerat.

    Cukup dengan terpilih menjadi ketua bahagian atau jawatan-jawatan lain yang lebih tinggi, kehidupan mewah terbentang di hadapan mata dan tanpa rasa segan mereka mengaku menjadi ahli UMNO sambil menunjukkan kemewahan di sana-sini.

    Ada pihak mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpukan siasatan kepada ahli-ahli UMNO sedangkan parti-parti lain juga tidak boleh 'berpisah' daripada budaya rasuah.

    Soalnya mengapa diungkit tindakan SPRM sedangkan ahli-ahli UMNO sendiri digerakkan untuk berbuat demikian dan mengapa perlu dipersoalkan parti-parti lain.

    Adakah kerana parti lain terutama yang tidak bercakap mengenai agama sebagai asas perjuangan mengamalkan politik wang maka UMNO juga selayaknya dianugerahkan 'logo halal' untuk terlibat dalam gejala seperti itu?

    Hakikatnya UMNO tidak lagi boleh dicemari oleh gejala serta budaya yang entah dikutip dari mana dan kini amat sinonim dengan parti itu. UMNO mesti sedar bahawa turun naik prestasinya dalam setiap pilihan raya juga didorong oleh faktor politik wang yang kini menjadi amalan terbuka sehingga menimbulkan rasa sakit hati dan tidak puas hati di kalangan rakyat.

    Semestinya rakyat terutama yang masih 'kais pagi makan pagi' tidak mahu bertuankan pemimpin seperti itu jauh sekali mahu dinaungi oleh sebuah parti yang kecenderungannya untuk mengamalkan politik wang amat terbuka luas.

    Lantas pemimpin yang dilihat bersih biar pun mewakili parti yang belum tentu arah perjuangannya menjadi pilihan menyebabkan parti yang wadahnya Melayu dan Islam ditolak.

    Sebab itu perkembangan terbaru yang dilihat memalukan serta menjatuhkan imej UMNO ini mesti diberi perhatian biar pun ramai bertanggapan mengapa UMNO mesti membuka pekung di dada.

    Mengapa tidak menjadi seperti parti-parti komponen lain dan parti pembangkang yang juga dipercayai sarat dengan unsur rasuah tetapi menyimpannya di dalam lipatan sehingga tertutup dari pandangan umum?

    Dan bolehkah UMNO dibiar begitu seperti mana yang terjadi puluhan tahun lalu sehingga membentuk rasuah itu sebagai budaya dan untuk melakukan pemulihan bukan lagi kerja yang mudah.

    Dan percayakah kita suapan yang diberi hanya melibatkan ratusan ringgit dan anak-anak ikan, manakala jerung yang tidak mustahil menyuap kertas-kertas lebih berwarna-warni terlepas begitu sahaja.

    Persoalan yang mesti dijawab oleh ahli-ahli UMNO baik di peringkat bawahan mahupun barisan kepimpinan ialah adakah rasa sayang dan cinta kepada parti didorong oleh wang ringgit? Adakah jika mereka tidak lagi diumpan dengan projek, maka UMNO tidak lagi mempunyai daya tarikan?

    Adakah UMNO akan menjadi tidak relevan jika duit dan projek tidak menjadi keutamaan?

    Persoalan yang berkait rapat dengan budaya rasuah dalam UMNO dan masa depan parti yang menjunjung agama serta bangsa itu mesti segera dijawab oleh ahli-ahli UMNO.

    Jika mereka memilih wang ringgit dan projek maka masa depan UMNO sememangnya gelap kerana ahli-ahlinya tidak sayangkan parti sebaliknya sokongan mereka amat bergantung kepada paras penuhnya poket masing-masing.

    Kesilapan ini mesti segera diperbetulkan dan ditangani oleh pucuk pimpinan parti yang serius mahu melihat UMNO kembali ke pangkal jalan dan masa yang diperlukan untuk merawat UMNO sudah tidak lagi panjang.

    Kekalahan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu adalah petunjuk jelas mengapa UMNO semakin ditolak oleh rakyat.

    Mereka memilih pakatan pembangkang bukan kerana parti itu cekap, telus dan menyakinkan tetapi kerana hanya itu saja pilihan yang ada.

    UMNO mesti ingat, rakyat pelbagai peringkat semakin bijak membuat penilaian. Mereka bukannya bodoh atau buta untuk membezakan antara kekayaan hasil keringat dan 'bergoyang kaki' mengatur agenda menambah kekayaan.

    PENULIS ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia

    ReplyDelete
  14. What Khalid did is wrong, and it is good that you are exposing things like this.

    But I am also curious that Gerak which is an NGO and you have moved at the same time. Is there some kind of collusion? Are you working together?

    Gerak should investigate everyone and here it is working for you?

    ReplyDelete
  15. DR MOHAMAD KHIR TOYO

    Memang seseorang pemimpin itu bertanggungjawab terhadap tindakan pengikutnya, walaupun tindakan dibuat tanpa pengetahuan dan kebenaran pemimpin itu sendiri. Memang patut tindakan Dr mendedahkan apa jua kepincangan pentadbiran kerajaan negeri Selangor sekarang. Malah saya berpandangan semua rakyat Selangor patut sama berusaha mendedahkan apa jua kepincangan yang berlaku agar negeri Selangor dapat ditadbirkan dengan penuh tanggungjawab oleh kerajaan semasa kini.

    Namun ada baiknya juga Dr sendiri membetulkan kepincangan yang ada agar tidak ada orang yang boleh mengatakan yang Dr hanya tau mencari kesalahan orang lain sedang kesalahan sendiri yang nyata tidak cuba diperbetulkan.

    Pilihanraya umum sudah hampir setahun berlalu. Poster-poster Dr masih banyak tertampal di banyak tempat sekitar negeri Selangor. Kalau hanya sekadar poster, saya berpandangan tidaklah terlalu teruk sekiranya ianya tertampal di tiang-tiang elektrik dan telefon serta tembok-tembok jambatan dan tempat yang setara dengannya.

    Yang saya mushkilkan, mengapa poster wajah Dr yang tertampal di atas papan-papan tanda jalanraya masih dibiarkan tanpa usaha untuk membuangnya. Saya mushkil kerana sebagai seorang ahli politik yang mahukan populariti, poster-poster wajah Dr yang tertampal di papan-papan tanda jalanraya adalah poster yang akan memusnahkan populariti Dr.

    Dr akan kelihatan sebagai lebih rendah tahapnya dari tukang paip dan tukang elektrik yang berniaga secara kecil-kecilan. Lebih rendah tahapnya dari kontraktor yang membekalkan Astro dan yang lebih malang, tahap Dr akan dilihat sebagai lebih rendah dari Along. Seburuk-buruk Along, mereka menampalkan iklan mereka di merata tempat tetapi bukan di papan-papan tanda jalanraya sehingga menutupi tanda jalanraya yang dipamirkan.

    Yang lebih malangnya, perbuatan Dr sudah mula menjadi ikutan masyarakat setempat. Pelbagai iklan dan pemberitahuan kini tertampal bersama poster-poster wajah Dr, di papan-papan tanda jalanraya. Kalau dahulu mereka yang mengadakan majlis perkahwinan mengikatkan tanda arah ke tempat majlis mereka,kini sudah ramai yang mengikut jejak Dr menampalkan makluman mereka di atas papan-papan tanda jalanraya.

    Kekuatan kepimpinan Dr telah mempengaruhi masyarakat, tetapi dalam bentuk yang negatif. Bentuk yang merosakkan dan saya yakin bukan ini yang Dr mahukan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Datuk perlu melihat kepincangan UMNO yg semakin parah tak perlulah bising bising cerita lembu...
    Bepaling tadahnya Nasaruddin Bota ke anwar kerana akibat zero sum game UMNO kalau kalau kalah bertanding bahagian semuanya kalah UMNO masih amalkan kasta feudal ala war lord China
    Kalau tidak berhati hati Arif Shah permatang pauh mungkin terpaksa keluar UMNO banyak push factor dari pull factor...

    ReplyDelete
  17. Datuk SeriMKT. Sudahlah tu DMKT. jangan pamerkan hasad dengki DMKT kepada ramai. kecilnya jiwa DMKT sampaikan daging kurban yang diagihkan kepada saudara Islam kita pun nak dipolitikkan. Kalau Khalid nak sedekahkan ke mana pun, itu hak dia, asalkan dia tidak berdusta yang itu sumbangan peribadi dia.
    Let bygones be bygones DMKT. carilah isu lain yang lebih substantif. lagipun rakyat Selangor dan KL tu hubungannya sungguh simbiotik. Duduk di Selangor, kerja di Kl; kerja di Selangor, duduk di KL. Macam rakyat senegerilah tu.

    ReplyDelete
  18. Dr Khir

    Saya berharap Yb akan terus berperanan mendedahkan salahguna kuasa kerajaan PR sama juga seperti seperti masa YB menjadi MB dahulu..pembangkang waktu itu berperanan mendedahkan kesilapan yang YB buat atau anak buah YB sendiri.

    Inilah yang dikatakan peranan check and balance bagi kerajaan dan pembangkang dan yang paling penting ialah kami rakyat biasa akan mendapat manfaat!

    ReplyDelete
  19. salam DS,

    sejak kebelakangan ini, tampak kegigihan DS menjalankan peranan sebagai pembangkang. Pelbagai isu telah diketengahkan, malah untuk dibincang. Meskipun penerimaan individu berbeza, tetapi sekurang2nya, isu2 ini dapat memimpin keberkesana, keterlusan, dan amanah, oleh pemimpin PR di Selangor, sebagaimana mereka menjalankan tugas ketika menjadi pembangkang dulu dalam pemerintahan DS yg lepas.

    Tidak kisah siapa yang betul atau salah, yg penting kebebasan bersuara untuk tujuan kebaikan dikekalkan dan dihormati. Pemerintah dan pembangkang masing2 ada tugas, kami rakyat rasa gembira kerana pemerintah akan lebih berhati2.

    Mmg benar, bukan semua pendapat dan komen DS disiarkan di media massa, ini disebabkan media massa malaysia terkongkong and tidak beretika, malah tidak tahu prioritise berita. Jangan risau, rakyat skrg byk membaca blog pemimpin politik (1st hand evidence) di samping berita2 online lain.

    Good job, DS. Jikalau ditakdirkan DS memerintah selangor kembali, jgn lupa akan peranan pembangkang, dan jangan sekat mereka bersuara.
    tahniah

    ReplyDelete
  20. 23 JAN 2009 PKNS MENJELASKAN PENGAGIHAN LEMBU KORBAN BANDAR TUN RAZAK
    Friday, 23 January 2009 | Ruangan: Kenyataan Media

    PETALING JAYA - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menaja 390 ekor lembu korban yang diagihkan kepada surau dan masjid di seluruh negeri selangor sempena sambutan hari raya haji yang lepas. Dalam menguruskan penajaan lembu korban untuk negeri Selangor, beberapa syarikat anak dan syarikat bersekutu telah berminat untuk menjalankan tanggungjawab sosial dan telah bersetuju untuk menderma lembu korban di kawasan Bandar Tun Razak.

    PKNS sangat prihatin kepada segala laporan dan kenyataan berhubung derma lembu korban kepada masjid, surau dan madrasah di kawasan Bandar Tun Razak. Ingin dijelaskan bahawa keputusan untuk menderma 46 ekor lembu korban kepada 46 masjid, surau dan madrasah di Bandar Tun Razak dibuat selepas satu perbincangan di peringkat kumpulan pengurusan PKNS dan beberapa syarikat anak dan syarikat bersekutu telah bersetuju untuk menyertai pembayaran program ini.

    Bayaran sebanyak RM110,400 untuk 46 ekor lembu korban yang didermakan telah diuruskan oleh Selangor Industrial Corporation Berhad (SIC) yang kemudiannya membahagikan bayaran itu kepada enam (6) syarikat yang telah menyatakan persetujuan mereka untuk menderma.

    Syarikat-syarikat yang menderma adalah:

    1. Selangor Industrial Corporation Berhad (SIC) (5 ekor bernilai RM12,000)
    2. Selaman Sdn Bhd (10 ekor bernilai RM24,000)
    3. Damansara Impian Sdn Bhd (6 ekor bernilai RM14,400)
    4. Pembinaan K.K.Wong Sdn Bhd melalui Sunway Damansara Sdn Bhd (10 ekor bernilai RM24,000)
    5. PKNS Infra Berhad (5 ekor bernilai RM12,000.00)
    6. Must Ehsan Development Sdn Bhd (10 ekor bernilai RM24,000)
    7. PKNS Engineering & Construction Berhad (5 ekor bernilai RM12,000)

    Pihak PKNS hanya memaklumkan kepada Dato’ Menteri Besar Selangor tentang derma lembu korban ini setelah semua perancangan telah diatur. PKNS ingin menjelaskan bahawa pihak Dato’ Menteri Besar Selangor atau pegawainya tidak pernah menghubungi PKNS ataupun SIC Berhad berkenaan pendermaan lembu korban ke kawasan Bandar Tun Razak. Dato’ Menteri Besar Selangor juga tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen untuk mengarahkan Selangor Industrial Corporation Bhd (SIC) membuat pembayaran. PKNS juga ingin menjelaskan Dato’ Menteri Besar Selangor bukanlah pengerusi SIC Berhad seperti yang dilaporkan oleh pihak media. Sebaliknya, Datin Paduka Low Siew Moi selaku merangkap pengurus besar PKNS, adalah pengerusi SIC Berhad.

    Adalah diharapkan kenyataan ini akan melenyapkan segala kekeliruan yang telah timbul berkaitan dengan isu ini.

    MOHD. WAZIR BIN ABDUL GANI
    PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM
    PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR


    petikan daripada : http://www.selangorkini.com.my/en/

    ReplyDelete
  21. DS,
    Janganlah perbesarkan hanya kes LEMBU yg pd pendapat saya ini adalah benefit kepada rakyat bersama. Yang paling penting DR perlulah mencari formula dan jalan bagi merampas kembali negeri Selangor dr PR.Janganlah buang masa cari publisiti dan isu murahan. Membuatkan rakyat lebih menyampah dengar sikap dikalangan pemimpin UMNO yg sampai kehari ini tidak boleh menerima kenyataan kekalahan dalam PRU12 lepas. Pikir-pikirkanlah...

    ReplyDelete
  22. Kalao kerajaan selangor nak bersedekah, kena bersedekah dalam negeri sendiri, gitu yer datuk?

    Kalao nak hantar lembu korban ke palastine pun tak boleh?

    ReplyDelete
  23. Dato',

    Tahniah kerana menyatakan perkara yang benar. Penyalahgunaan kuasa adalah salah hatta bertujuan untuk bersedekah daging korban. Seeloknya Ahli Parlimen Bandar Tun Razak mengeluarkan wang sendiri untuk melaksanakan korban di kawasan beliau.

    Lebih malang lagi apabila sebuah syarikat bukan Islam turut diminta membayar wang daging korban.

    Seperti juga rasuah seks bukan sedekah, salah guna kuasa memberi daging korban juga bukan sedekah. Ahli Parlimen Bandar Tun Razak diminta untuk tidak menyamakan penyalahgunaan kuasa dan rasuah sebagai sedekah.

    Teruskan perjuangan Dato'. Bila jadi Ketua Pemuda nanti cuba hapuskan PTPTN dan perjuangkan pendidikan tertiari percuma kepada rakyat.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  24. Sekadar ingat mengingatkan. Doa Qunut Nazilah

    “Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

    Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

    Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
    Sumber: JAKIM
    View Profile: Rantong

    ReplyDelete
  25. Salam sejahtera.

    6. Saya mendengar Tan Sri Khalid "mengugut" untuk mendedahkan perbelanjaan dan setiap tindakan saya ketika menjadi Menteri Besar dahulu. Tan Sri Khalid boleh melakukan apa sahaja yang beliau fikirkan baik kepada rakyat dan negeri Selangor. Namun jika beliau fikir dengan "ugutan" sedemikian akan menyebabkan saya tidak akan mendedahkan lagi kepincangan pentadbiran beliau, ia adalah satu kesilapan besar.

    Jika takut dilambung ombak, tentu saya tidak berumah ditepi pantai.

    Saya bersetuju dengan DSKT, teruskan membongkar segala kesulitan dan kerumitan yang timbul agar rakyat lebih celik hati dan akal dan jangan hanya memekakkan telinga saja.

    ReplyDelete
  26. Apalah agaknya isi Perlembagaan, kalau ada, dalam mana-mana GLC yang ada di Selangor ini. Barangkali, jauhilah ibadah yang berkaitan Islam. Barangkali. Atau, MB Selangor mestilah daripada kalangan Dr sahaja, tdk kira Dr gigi atau Dr yang melambang mencucuk lengan sendiri.
    Isu lembu sebagai menjalankan ibadah qurban tidaklah perlu dikumandangkan. Bukalah fikiran dengan hidayah Islam, bahawa manusia bernama Abd Khalid Ibrahim telah menggunakan GLC untuk ibadah, bukan untuk membeli tanah.
    Rakyat Selangor yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, tentulah berasa janggal kalau peranan Ketua Pembangkang sekadar menyerang MB sekarang. Alangkah baik kalau Ketua Pembangkang proaktif dengan mendahului kerajaan pemerintah Selangor sekarang dalam usaha membetulkan akidah muda-mudi Selangor yang runtuh akhlak mereka.
    Kadang-kadang berkata banyak membuat orang lebih tidak percaya.

    ReplyDelete
  27. Cabaran dah dilaungkan... harap MB Selangor dapat dedahkan segala kepincangan kepimpinan dulu. Jangan asyik main gertak saja tapi habuk pun tarak...

    ReplyDelete
  28. Saudara dekcerdas,

    Saya bersedia berdebat dengan YB. Ronnie Liu jika ia tidak menjadi subjudice kerana kes tersebut telah pun dihadapkan ke mahkamah.

    Saya juga berharap beliau mengosongkan dahulu jawatannya bagi menghadapi perbicaraan di mahkmah kerana pada masa ini beliau menguasai pentadbiran PBT Selangor yang mana sebahagian besar saksi kes beliau merupakan pegawai bawahannya.

    ReplyDelete
  29. Saya melihat sikap double standard daripada segelintir pemberi komen. Pemindahan wang balkis kepada bakti yang bertujuan menjaga kepentingan anak-anak balkis dan antara pertubuhan dianggap buruk biarpun tidak salah di sisi undang-undang.

    Sebaliknya tindakan MB Selangor menggunakan dana glc negeri bagi memberi lembu korban untuk tujuan mendapat keuntungan politik di bahagian Tun Razak, yang di luar Selangor, dianggap tidak tindakan baik biar pun nyata ada kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa.

    Janganlah kita melihat baik dan buruk itu berpaksikan di mana kita melihat. Jika mahu mencari kebenaran cari dengan jujur.

    ReplyDelete
  30. Saudara GW,
    memang betul kita boleh bersedekah dan beribadh di mana sahaja. Tapi apabila dana tersebut dari anak syarikat kerajaan negeri selangor maka keperluan yang utama tentulah kepada rakyat Selangor.

    Selebihnya kita tentu tertanya-tanya mengapa Parlimen Bandar Tun Razak sahaja yang mendapat sumbangan GLC Selangor. Kerana ia kawasan Menteri Besar atau kerana banyak orang miskin. Jika orang miskin yang dijadikan alasan tentulah lebih ramai orang miskin di baling, sik mahu pun Kelantan.

    Pertanyaan yang timbul di kalangan orang ramai apakah MB menyalahgunakan kedudukannya untuk menggunakan dana dalam negeri Selangor untuk menaikkan populariti beliau di Parlimen Bdr Tun razak?

    ReplyDelete
  31. Salam DSK

    Saya ucapkan tahniah kepada DS kerana dengan rasa tanggungjawab dan prihatin mendedahkan kepincangan yang berlaku di dalam kerajaan Selangor sekarang.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum DSK

    Saya ucapkan syabas kepada DSK kerana dengan rasa tanggungjawab dan berani mendedahkan perilaku dan kepincangan yang sedang berlaku di dalam kerajaan Selangor sekarang.

    Maka kini terbuktilah,apa yang dahulu mereka perjuangkan sebenarnya mereka pun tidak mampu untuk melaksanakannya.Paku dulang paku serpih..

    Persoalannnya sekarang,kenapa selepas DSK mendedahkan salahguna kuasa berlaku pula ugutan demi ugutan.Berani kerana benar,takut kerana salah.

    Teruskan membongkar salah laku ini,kami sentiasa bersamamu

    ReplyDelete
  33. Kalau dia bagi Ijok ke gombak ke ok jugak lah. Ini bagi Bandar Tun Razak.

    Ini Ibarat Wang Royalti Minyak Terengganu dibelanja untuk membina stadium di Kuantan Pahang. Memanglah bagus ada stadium di Kuantan bolehlah orang main bola, lumba lari dan sebagainya tapi apahal pulak buat di Pahang guna dana Terengganu kan. Apatah lagi kalau di Kuala Terengganu tiada Stadium.

    Contohnya lah...

    ReplyDelete
  34. 23 JAN 2009 PKNS MENJELASKAN PENGAGIHAN LEMBU KORBAN BANDAR TUN RAZAK
    Friday, 23 January 2009 | Ruangan: Kenyataan Media

    PETALING JAYA - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menaja 390 ekor lembu korban yang diagihkan kepada surau dan masjid di seluruh negeri selangor sempena sambutan hari raya haji yang lepas. Dalam menguruskan penajaan lembu korban untuk negeri Selangor, beberapa syarikat anak dan syarikat bersekutu telah berminat untuk menjalankan tanggungjawab sosial dan telah bersetuju untuk menderma lembu korban di kawasan Bandar Tun Razak.

    PKNS sangat prihatin kepada segala laporan dan kenyataan berhubung derma lembu korban kepada masjid, surau dan madrasah di kawasan Bandar Tun Razak. Ingin dijelaskan bahawa keputusan untuk menderma 46 ekor lembu korban kepada 46 masjid, surau dan madrasah di Bandar Tun Razak dibuat selepas satu perbincangan di peringkat kumpulan pengurusan PKNS dan beberapa syarikat anak dan syarikat bersekutu telah bersetuju untuk menyertai pembayaran program ini.

    Bayaran sebanyak RM110,400 untuk 46 ekor lembu korban yang didermakan telah diuruskan oleh Selangor Industrial Corporation Berhad (SIC) yang kemudiannya membahagikan bayaran itu kepada enam (6) syarikat yang telah menyatakan persetujuan mereka untuk menderma.

    Syarikat-syarikat yang menderma adalah:

    1. Selangor Industrial Corporation Berhad (SIC) (5 ekor bernilai RM12,000)
    2. Selaman Sdn Bhd (10 ekor bernilai RM24,000)
    3. Damansara Impian Sdn Bhd (6 ekor bernilai RM14,400)
    4. Pembinaan K.K.Wong Sdn Bhd melalui Sunway Damansara Sdn Bhd (10 ekor bernilai RM24,000)
    5. PKNS Infra Berhad (5 ekor bernilai RM12,000.00)
    6. Must Ehsan Development Sdn Bhd (10 ekor bernilai RM24,000)
    7. PKNS Engineering & Construction Berhad (5 ekor bernilai RM12,000)

    Pihak PKNS hanya memaklumkan kepada Dato’ Menteri Besar Selangor tentang derma lembu korban ini setelah semua perancangan telah diatur. PKNS ingin menjelaskan bahawa pihak Dato’ Menteri Besar Selangor atau pegawainya tidak pernah menghubungi PKNS ataupun SIC Berhad berkenaan pendermaan lembu korban ke kawasan Bandar Tun Razak. Dato’ Menteri Besar Selangor juga tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen untuk mengarahkan Selangor Industrial Corporation Bhd (SIC) membuat pembayaran. PKNS juga ingin menjelaskan Dato’ Menteri Besar Selangor bukanlah pengerusi SIC Berhad seperti yang dilaporkan oleh pihak media. Sebaliknya, Datin Paduka Low Siew Moi selaku merangkap pengurus besar PKNS, adalah pengerusi SIC Berhad.

    Adalah diharapkan kenyataan ini akan melenyapkan segala kekeliruan yang telah timbul berkaitan dengan isu ini.

    MOHD. WAZIR BIN ABDUL GANI
    PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM
    PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR


    petikan daripada : http://www.selangorkini.com.my/en/

    ReplyDelete
  35. Sdra KT,

    Satu Forum perlu diadakan bagi 3 orang calun Ketua Pemuda yg bolih dipengerusikan olih mederator professional untuk menilai kepimpinan berdasarkan idea dan meritokrasi .
    Tajuk Forum itu bolihlah ;
    1-politik dan hala tuju
    2-Ekonomi
    3-Issue alam sekitar
    4-International relation
    Forum tersebut bolih dibuat dalam dwi bahasa ; Melayu dan Inggeris....

    ReplyDelete
  36. salam...

    Jangan amalkan sedekah jika sedekah guna wang
    haram,duit rakyat,harta negeri dan wang orang lain.....nanti dilapangan orang akan persoalkan
    dimana dan kemana wang dan harta sendiri nak dibawa...

    adakah kuasa yg ada ditangan sebagai lesen untuk
    menjadi robin hood moden!

    biarlah sedekah itu ikhlas dan bermakna...

    ReplyDelete
  37. Sdr Hj Ali H.S dan sahabat bloggers lain,

    Penjelasan yang tidak benar dgn mengatakan MB atau pejabat MB tidak tahu menahu berhubung dgn lembu korban yang dihantar ke Bandar TunRazak kerana saya memiliki document semua nya dalam pengetahuan MB atau pejabat MB.

    Mengapa kita harus berbohong atau berdolak dalik,kalau beliau mengaku sejak awal lagi saya rasa kredibiliti beliau tidak akan tercemar.

    Beliau selalu mengatakan ketelusan dan pengurusan yang baik tapi yang dilakukan adalah perkara sebaliknya.

    Mengugut ketua pembangkang dgn hasrat utk menghalang seorang ketua pembangkang dari menjalankan tugasnya adalah lebih tidak bermoral dan tidak selaras dgn dasar ketelusan dan pengurusan baik.

    Ramai pendukong kerajaan Pakatan Rakyat menyerang saya atas pendedahan ini,menunjukkan mereka juga telah ducucuk hidung dan tidak lagi bebas dalam membuat penilaian keatas sebuah pentadbiran,jika dulu mereka berkokok mengatakan pendukong kerajaan jadi pak turut sekarang apa telah terjadi keatas mereka.

    ReplyDelete
  38. tahun ni dalam kalendar cina.... tahun ox/lembu so timbul isu lembu korban.
    tahun lepas tahun khinzir agaknyer ye?
    sebab tahun lepas bising pasal isu penternakan khinzir kat sepang?

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum dr

    Perbuatan yang memang tak bermoral, nak belagak tak kena tempat la tu."Lembu punya susu sapi dapat name"kan tak elok mcm tu,kalau nak name kuarkan la duit sendiri.

    Sekarang ni musim ekonomi meleset, ape tindakan kerajaan negeri selangor buat untuk mengurangkan pemberhentian pekerja oleh syarikat syarikat besar? tak dengar pon ape ape.Semuanya nak harapkan kerajaan pusat buat,kalau mcm tu lebih baik kerajaan PR pulangkan mandat ni ke pusat.Apa macam ada berani???

    MB selangor kan ahli korperat,tapi ngapa lagak mcm keparat je.Ayuh war warkan kepada rakyat bahawa negeri Selangor tidak akan terjejas dalam krisis ini, kerana sudah ade penawarnya
    Mana pemimpin PR yg pakar dalam bidang ekonomi? kenapa tak bersuara?

    Jadikan lah negeri Selangor ini contoh kepada negeri lain,bahawasanya pemimpin PR lebih berwibawa.Manaaaa??????

    ReplyDelete
  40. senang cerita mcm ni lah...adakah Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar B.Tun Razak atau B.Tun Razak dlm negeri Selangor?ok lah..anggap Tan Sri Khalid tak tahu menahu tentang pembahagiaan lembu korban ni...adakah PKNS singkatan pada Perbadanan Kemajuan B.Tun Razak?.kalau la betul2 nak sedekah lembu korban nie..sedekah sajalah pd surau2 atau masjid dlm negeri selangor nie...ni tidak ....surau tempat aku tinggal pun tak dapat..waima bau lembu pun x sampai...itu la pepatah kata..kera di hutan di susukan..anak sendiri kelaparan..kalau la h tak nak pun..PKNS patut bg la lembu ni pd surau atau masjid dimana PKNS develop perumahan contoh area Kota D,sara ke..kota puteri ker..dan lain utk berterima kasih dan mengenang jasa pd pembeli perumahan PKNS..

    ReplyDelete
  41. Jelas dan nyata Tan Sri Khalid sedang cuba menegakkan benang yang basah. Tambah rancak apabila perbuatan yang salah turut disokong secara buta oleh para penyokong beliau. Adakah kita sanggup berada di bawah pemerintahan sebegini andai beliau dan kumpulan Pakatan Rakyat memerintah negara?

    Yang salah tetap salah walau atas apa justifikasi sekalipun. Ternampak di sini siapakah sebenarnya yang lebih sombong. UMNO atau Pakatan Rakyat?

    Masing-masing boleh menilai.

    ReplyDelete
  42. Dr Khir dan sahabat blogger sekelian;

    Dr Khir bukan lagi MB Selangor, beliau adalah bekas MB Selangor dan kini menjadi ketua pembangkang. Selaku ketua pembangkang memanglah tugas dia untuk membangkang sama juga seperti peranan yang dimainkan oleh ketua pembangkang sebelum ini seperti Dr. Hassan Ali atau Azmin Ali semasa Dr. Khir menjadi MB Selangor dahulu. Peranan ketua pembangkang adalah penting sebagai "check and balance" di dalam satu sistem demokrasi supaya kepentingan rakyat terpelihara dan tidak berlaku penyelewengan. Semasa Dr. Hassan dan Azmin menjadi ketua pembangkang dahulu banyak penyelewengan, penyalahgunaan kuasa , ketidakcekapan dan lain-lain yang tidak elok tentang kerajaan pimpinan Dr Khir telah didedahkan atas nama menjaga kepentingan rakyat. Maka apakah menjadi kesalahan pula pada Dr Khir kalau kini selaku ketua pembangkang dia pula bertindak membuat pendedahan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh ketua pembangkang sebelum ini.

    Sebenarnya isu lembu ini isu remeh sahaja bukanlah isu besar sangat pun tetapi biarkanlah Dr Khir buat kerja beliau untuk buat pendedahan. Remeh atau tidak biarlah rakyat sendiri yang menilainya. Kalau nak dikira remeh atau tidak semasa sidang parlimen pun kita boleh tengok banyak tokoh-tokoh pembangkang bangkitkan banyak isu remeh temeh, pasal peraturan mesyuarat dan tidak angkat tangan dengan betul semasa angkat sumpah pun boleh jadi isu sampai habis lebih satu jam masa dihabiskan untuk bertikam lidah pasal isu sebegini.

    Segala kesilapan dan kealpaan Dr Khir telah pun dinilai dan dihakimi oleh rakyat di dalam PRU 12 yang lalu. Kini tibalah pula giliran MB Selangor sekarang untuk dinilai dan akan dihakimi oleh rakyat di dalam PRU 13 nanti. Kalau memang bagus dan memuaskan tentulah rakyat akan terus memilih PR jika tidak tentulah sokongan tadi akan beralih semula kepada BN. Namun selepas PRU 13 nanti sama ada PR atau BN akan memerintah Selangor yang pasti peranan pembangkang tetap penting untuk imbangan kuasa dan semakan.

    Berkaitan dengan isu lembu ini saya berpendapat memang ada motif politik mengapa ia diberi kepada Parlimen Bandar Tun Razak. Sebabnya jelas kerana MB Selangor adalah ahli parlimen kawasan ini dan ini akan meningkatkan populariti dan imej baik belaiu dan menarik sokongan politik untuk beliau. Namun oleh kerana peruntukan yang digunakan adalah menggunakan dana anak syarikat kerajaan negeri dan digunakan pula untuk sebuah kawasan di luar wilayah pentadbiran negeri Selangor maka soal ketelusan dan accountibilty adalah penting di sini tambahan pula Kerajaan PR terutamanya PKR begitu melaung-laungkan kedua-dua aspek ini semasa PRU 12 yang lalu.

    Soal kerajaan BN sebelum ini tidak telus dan tiada accountibilty bukan merupakan satu lesen pula untuk kerajaan PR kini pula untuk tidak telus dan tiada accountibilty kerana kedua-dua aspek ini antara perkara mengapa sokongan rakyat beralih dari BN kepada PR. Barangkali inilah faedah dan kebaikannya sistem dua parti kerana masing-masing pihak akan sentiasa melakukan yang terbaik dan mengelakkan dari melakukan penyelewengan dan pembaziran dan akhirnya rakyatlah yang akan dapat manfaatnya.

    Walaupun MB Selangor mungkin benar memang tidak pernah memberi apa-apa arahan berkaitan isu lembu ini tetapi oleh kerana Pengurus Besar PKNS sekarang dinaikkan pangkat kepada kedudukan tersebut oleh MB Selangor kadang-kadang terlintas juga di fikiran mungkinkah ada soal "termakan budi" dan "ingin membalas budi" di sini?

    Soal Dr Khir bijak memilih isu untuk di ketengahkan atau tidak biarlah rakyat akan menilainya nanti. Jangan lupa bulan March nanti pun beliau akan dinilai dan dihakimi sama ada layak atau tidak untuk jadi Ketua Pemuda.

    ReplyDelete
  43. DSKT,
    Tahun lembu, isu lembu dan yang membawa isu pun macam lembu. Kenapa DSKT tidak dapat menerima kekalahan DSKT dahulu secara kekalahan terhormat? Supaya kami yang pernah menyokong DSKT dahulu dapat dapat kembali kepada DSKT? Saya akan kembali menyokong DSKT dan UMNO jika DSKT dan UMNO amnya mengubah cara perjuangannya. Hentikanlah strategi politik memburuk-burukan orang lain, politik murahan mencari kesalahan orang lain dan sebagainya. Berkhidmatlah secara jujur, tunjukkan jasa anda di kawasan anda, jadikan kawasan anda sebagai medan politik baru anda dan UMNO. Jika benar-benar DSKT berubah nanti kami akan kembali menyokong DSKT, tetapi buat masa ini, DSKT tidak menunjukkan kearah itu.

    ReplyDelete
  44. Kita beragama islam, jalankanlah tanggujawab sebagai umat islam yang sebenar. Salah satu yang membuat doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah, apabila kita mendedah sesuatu yang mengaibkan diri orang lain lebih lebih lagi sesama orang Islam.

    Saya menyeru orang yang merasa dirinya bijak pandai berpijaklah kepada apa tujuan Allah jadi kita di atas muka bumi ini.

    Kalau nak menegur sesama umat islam bawalah akhlak yang ditujukan oleh rasullah.

    Jangan kerana berbeza fahaman politik kita dibenarkan untuk mengaibkannya sepuas puas hati kita.

    Ambilah pengajaran kesilapan umat islam hari ini, hanya yang mampu menentang musuh agama Allah hanya berarak mengharap musuh Allah menyelesaikan masaalah kita.

    Marilah kita melihat kepada kelemahan diri masing masing dan kembali berakhlak dengan asma ul huna. Lakukan lah sesuatu dengan mengingati bahawa matlamat akhirnya iaitu kita akan berjumpa Allah selepas kita dimatikan.

    Jangan hanya khusyuk di dalam solat tetapi tidak khusyuk di luar solat.

    Tergelincirnya Nabi Adam ke dunia hanya kerana lupa bahawa syaitan itu musuhnya

    Dan makhluk yang pertama mengaku dia lebih baik dari orang lain adalah Syaitan

    Harap mendapat manfaat untuk saya yang menulis dan sesiapa yang membacanya.

    ReplyDelete
  45. Datuk Seri,

    Masa BN berkuasa dulu, puak-puak ni la dok dedah surat tu,dokumen ni, ni salah, tu salah...

    La ni depa punya giliag pulak. BN korek, cungkil, kerosek apa-apa salah laku depa.

    Laguni la hidup. Harini hari depa, esok pulak hari kita...

    Tau pulak marah bila kena batang idung sendiri..

    Atau inikah cara orang politik??!!

    ReplyDelete
  46. Hairan bila rumah cengal jutaan ringgit mampu dibina. Harta berkoyan semasa menjadi Pengerusi Eksekutif GLC dan PNB. Mengapa sumbangan lembu ke Parlimen sendiri tidak boleh guna wang sendiri.

    Adakah memang begitu hitung-kira seorang jutawan? Guna wang orang dulu sebelum guna wang sendiri?

    Atau ini memang cara berpolitik? Guna wang orang untuk buat kebajikan diri?

    ReplyDelete
  47. TawonDass,

    Pengundi pandaikah menilai kerajaan kalau hati sudah tertutup kepada kebenaran dan ilmu.

    ReplyDelete
  48. Mr PKR,

    Kalaulah pengundi tidak bijak menilai masakan di dalam PRU 12 yang lalu BN boleh kalah bukan sahaja di negeri Selangor malah di empat buah negeri yang lain. Soal apakah jenis kebenaran dan ilmu yang diguna pakai untuk menilai sesebuah kerajaan adalah bergantung kepada individu. Ah Chong dan Muthusamy tidak mungkin menggunakan ukuran kebenaran dan ilmu yang seratus peratus sama dengan Ustaz Ali tetapi ada aspek - aspek tertentu yang mungkin mereka bersama-sama bersetuju. Generasi pengundi hari ini lebih terdedah kepada maklumat dari pelbagai sumber dan tidak seharusnya terlalu terikat kepada ideologi politik tertentu sahaja sepanjang masa dan bebas membuat keputusan dan pilihan semasa mengundi. Yang penting jangan menjadi terlalu fanatik sehingga berfikir bahawa kebenaran dan ilmu kita sahaja yang betul , orang lain semua tidak betul dan menyokong atau membantah secara membabi buta semata-mata sesuatu perkara atau isu melibatkan pihak yang kita sokong.Kalau sesuatu perkara salah melibatkan pihak yang kita sokong ia tetap juga salah. Oleh itu sesiapa pun yang menjadi kerajaan atau pembangkang akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk membuktikan mereka lebih baik dan layak untuk memerintah negeri Selangor dan rakyatlah yang akan mendapat faedahnya. Segala kritikan dan kecaman pembangkang haruslah dilihat dari sudut positif untuk memperbaiki segala kepincangan yang ada supaya pentadbiran kerajaan menjadi lebih baik dan diyakini rakyat dan dengan demikian undi tidak akan beralih kepada pembangkang di dalam pilihan raya yang akan datang.

    ReplyDelete
  49. Duit Balkis tuh untuk org2 Selangor sahajakan? Tapi kenapa keluar dari Selangor?

    ReplyDelete