Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Friday, January 2, 2009

Tahun Baru Penuh Cabaran

1. Setiap kali menyambut tahun baru kita sentiasa mempunyai azam baru dan harapan baru untuk masa depan yang lebih baik. Kebetulan pula kali ini tahun baru Hijrah dan Masehi disambut dalam minggu yang sama. Ini memeriahkan lagi sambutan tahun baru kita kali ini.

2. Sungguhpun demikian, kemeriahan ini mungkin tidak menggembirakan hati kita sebenarnya. Tahun 2009 dan 1430H ini dilihat penuh pancaroba dan cabaran. Sebagai orang politik saya melihat negara kita akan menghadapi pelbagai cabaran yang akan menjadi satu ujian serius kepada kepimpinan negara.

Cabaran Ekonomi

3. Isu kemelesetan ekonomi yang sudah menampakkan dirinya. Harga komoditi getah dan kelapa sawit sudah mula menjunam. Ini akan memberi kesan serius kepada pendapatan para petani, peneroka dan peladang. Dalam beberapa bulan akan datang kerajaan terpaksa mencari jalan untuk membantu kumpulan ini menghadapi tekanan ekonomi.

4. Banyak juga kilang-kilang mula mengurangkan pengeluaran. Sesetengahnya pula sudah mula memberi notis pemberhentian kerja atau melaksanakan skim persaraan sukarela. Ini bermakna akan bertambah penganggur atau mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Selalunya penambahan pengangguran akan diikuti oleh peningkatan kadar jenayah dan masaah sosial.

5. Keupayaan kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu ekonomi akan benar-benar teruji kerana salah satu punca pendapatan utama negara juga sedang merosot. Sungguhpun kita gembira dengan kejatuhan harga minyak di pasaran dunia kerana ia mengurangkan harga petrol, namun sama ada sedar atau tidak pendapatan negara juga berkurangan. Ini sekaligus mengurangkan kemampuan kerajaan bertindak balas terhadap kemelesetan ekonomi kali ini.

6. Namun saya percaya kepimpinan negara hari ini mampu mencari jalan keluar dari kemelut ekonomi kali ini walaupun melalui jalan yang sedikit sukar dan getir. Ini akan lebih mudah jika kita rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat turut bersatu hati membantu usaha kerajaan nanti.

Cabaran Politik

7. Cabaran politik negara tidak kurang hebatnya. Ketika UMNO dan Barisan Nasional yang menjadi tunjang pemerintahan negara sejak merdeka sedang menghadapi krisis imej, alternatifnya, Pakatan Rakyat, juga berada dalam keadaan kucar kacir dan krisis dalaman. Ini boleh membawa ketidakstabilan politik dalam beberapa bulan akan datang.

8. UMNO sendiri sebagai "parti" terbanyak kerusi di dalam BN dan Parlimen masih mencari jalan memulihkan semula sokongan dan kepercayaan rakyat. Pemilihan bulan Mac nanti merupakan pentas terbaik untuk membina imej parti yang baru dan segar. Selain keputusan pemilihan, amanat Datuk Seri Abdullah ahmad Badawi dan ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi fokus untuk melihat hala tuju parti selepas mengalami "hentakan keras" dalam pilihan raya lalu.

9. UMNO harus memperlihatkan kewibawaannya semula bagi memberi isyarat jelas kepada para pelabur dan rakyat bahawa politik dalam negara ini masih stabil dan kukuh.

Cabaran Kerajaan

10. Masalah ekonomi yang mula menampakkan diri ini juga memerlukan komitmen para pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan perlu sama-sama membantu pemimpin negara mengatasi masalah ini. Kemampuan dan keupayaan yang ada harus dioptimumkan bagi membolehkan polisi dan dasar yang bertujuan memulihkan ekonomi negara diimplementasi sepenuhnya.

11. Bagi saya, pengalaman selama lapan tahun menjadi Menteri Besar Selangor, tiada satu kerajaan pun boleh menjadi satu entiti yang berkesan tanpa kerjasama dan komitmen para pegawai kerajaan. Mereka merupakan wira-wira yang tidak didendangkan (unsung hero) kepada banyak kejayaan negara sejak dahulu.

12. Cuma tidak dapat dinafikan bahawa dalam setandan pisang tidak semuanya elok. Malangnya yang tidak elok ini menjadi seperti seekor kerbau terpalit lumpur. Sikap segelintir pegawai kerajaan yang bergoyang kaki dan bersiat "tidak apa" menyebabkan imej kerajaan menjadi kurang baik dan negatif.

13. Sungguhpun perkhidmatan awam kita secara keseluruhannya baik berbanding banyak negara lain, namun masih banyak ruang untuk penambahbaikan boleh dibuat.

14. Bagi merangsang ekonomi kerajaan hendaklah dilihat bersungguh memperbaiki mutu perkhidmatan awamnya. Imej dan tanggapan massa terhadap perkhidmatan umum juga perlu digilap semula. Ini bagi memberi "mood" yang positif dan keyakinan kepada rakyat, pengusaha dan pelabur.

Cabaran Peribadi

15. Bagi saya secara peribadi, cabaran terbesar ialah untuk menjadi untuk menjadi individu dan pemimpin yang lebih baik berbanding tahun lalu; membantu mengukuhkan parti dan menyumbangkan yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara.

Selamat menyambut tahun baru Hijrah dan tahun baru masehi.

----------------------------
Nota: Kepada saudara Baem, saya telah membaca komen saudara yang tidak dapat saya siarkan kerana beberapa perkara peribadi saudara dalam komen tersebut. saudara bolelah menghubungi saya melalui emel drkhir@yahoo.com dengan menyatakan nama sebenar dan nombor telefon tuan untuk dihubungi.

22 comments:

  1. baguslah kalau Dato nak berubah. saya harap dato tak ulangi sifat dato yang dahulu. moga 8 mac memberi pengajaran kepada kita semua. lihatlah kita yg sudah kehilangan, kita harus la sedar. salam tahun baru dato.

    http://writtenbyhim.wordpress.com/

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun Baru DS. Sebagai pemimpin Melayu, saya mengharapkan tahun baru ini, DS akan berazam untuk memikirkan dan mencetuskan seberapa banyak perkara yang boleh menyatukan orang Melayu. Kecuali ideologi politik, saya fikir masih banyak perkara yang boleh menyatukan kita. Apabila banyak isu dapat kita bersatu, maka diharapkan Melayu kembali dikagumi dan digeruni di persada maya ini.

    ReplyDelete
  3. Selamat Tahun Baru dan Maal Hijrah.. semogaUMNO akan dapat berhijrah kearah kemantapan dan keabaikan seiring dengan amaran rakyat pada PRU ke 12 baru-baru ini.
    Saya doakan Dato Sri akan berjaya dalam pemilihan UMNO bulan MAC nanti...

    ReplyDelete
  4. Salam Hormat,

    Apa yang selalu diwar-warkan setiap hari oleh pemimpin kita bahawa ekonomi Malaysia KEBAL dan tidak akan terjejas dengan kegawatan ekonomi dunia.Benarkah begitu DS???.Ramai sahabat dan kenalan juga saya sendiri agak risau dengan perkembangan mutakhir,bimbang jika kegawatan ekonomi berulang ianya akan lebih parah dari tahun 1997/98.

    Kerajaan harus bersedia untuk menyatakan realiti yang sebenar tentang ekonomi kita,kerana jika sebaliknya yang berlaku,rakyat dan kerajaan sendiri seharusnya sudah mempunyai persediaan yang mencukupi untuk mengharungi krisis ekonomi ini.Seperti perumpamaan "Sediakan Payung Sebelum Hujan".

    Jangan nanti kepercayaan rakyat kepada kerajaan terus merudum bersama merudumnya ekonomi Malaysia.

    http://nasilemakbungkus.blogspot.com
    WASSALAM.

    ReplyDelete
  5. Selamat YB. Chek lama dah tak mai.

    Tak apalah YB, mailah kita doa moga-moga semua berjalan lancar.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum DSKT

    Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430 dan Tahun Baru Masihi 2009 kepada semua. Memang diakui krisis ekonomi dunia sedikit sebanyak mengganggu mood kita pada tahun baru ini. Mungkin sesetengah kita tidak merasakan sangat krisis ini,namun diharapkan ia tidaklah berpanjangan.Dengan berkat usaha kita semua,InsyaAllah semuanya akan kembali sedia kala walaupun bukan dalam tempoh yang terdekat.

    Diharapkan juga pada tahun ini,pihak kerajaan dan Barisan Nasional khususnya dapat memulihkan imej serta integriti yang sedikit sebanyak telah tercalar tahun lepas.Inilah masanya untuk membina keyakinan,mendapatkan sokongan dan juga menanam iltizam setelah beberapa situasi yang tidak menyenangkan yang melibatkan parti-parti komponen BN.

    Paling penting,keperluan dan keluhan suara rakyat hendaklah didengar dan dianalisis.Kami sebagai rakyat faham,tidak semua kehendak dan keperluan kami boleh dipenuhi,namun adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga hati rakyat.Rakyat perlukan keselesaan hidup dan terjamin.

    ReplyDelete
  7. Mohon maaf terlebih dahulu, di dalam berbicara, kata-kata harus disusun agar kita tidak menepuk air di dulang hingga terpercik ke muka sendiri. Juga, kata-kata akan memakan diri. Kata-kata harus dijaga agar nampak kita tidak seperti mereka yang telah melepasi batasan. Jangan kita mengata orang teruk, nanti kelihatan kita pun sama teruk.

    Persoalan yang dibicarakan amat kompleks dan harus dibincang dan ditangani dengan berhati-hati seumpama menarik rambut dari tepung, rambut dapat ditarik, tepung tidak berselerakan. Individu atau kelompok yang dimaksudkan di dalam perbincangan ini adalah orang yang sedikit sebanyak telah mencoretkan sejarah di dalam dunia korporat negara. Orang kita. Ditempelak, nama Melayu juga busuk. Tidak ditegur, lagi buruk dan berleluasa jadinya.

    Namun, isu ini perlu dipecahkan kepada beberapa perkara. Saudara telah memasukkan beberapa fakta yang harus diasing-asingkan. Persoalan moral dan salah laku tidak harus disamakan dengan persoalan minda yang ingin dibangunkan. Memang benar orang yang moralnya tidak kena hasil dari minda yang 'bercelaru'. Maka, soal moral sukar dikupas di dalam konteks pembangunan usahawan, ianya berkait rapat dengan pendidikan anak-anak sejak beberapa dekad lalu. Pertimbangan kepandaian anak-anak didasarkan kepada bilangan 'A' yang diperolehi. Ini telah mewujudkan situasi materialistik (kebendaan) di mana masing-masing berlumba-lumba untuk mendapatkan bilangan A yang banyak. Hinggakan ada yang sanggup memanggil media untuk mengumumkan anaknya mendapat jumlah A yang paling hebat di Malaysia. Kesannya, budak-budak sekarang sibuk ke tution dan mereka terdesak untuk belajar dan menghafal. Zaman dahulu, pagi sekolah biasa, petang sekolah ugama, malam mengaji Al Quran. Sekarang berbeza. Jika tidak dapat banyak A, ibu bapa akan berasa malu. Kelihatan, sifat jujur pada ilmu mula merosot. Setiap tahun dilaporkan bilangan A meningkat berlipat kali ganda. Betul ke kualiti meningkat? Atau, betul ke sesuatu dilakukan? Adakah dengan memperolehi banyak A, anak-anak kita lebih pandai? Sering kita dengar, graduan-graduan kita lesu! Bapa dan pakcik kita yang tidak ke menara gading, masih mampu berbahasa inggeris dan berkomunikasi dengan baik. Kenapa zaman yang A beratus atau beribu orang ini menghasilkan insan lesu dan longlai?

    Akibat dari budaya materialistik ini, insan yang dihasilkan mula menampakkan perselisihan budaya. Mula kedengaran krisis di dalam korporat. Penjawat jawatan memanipulasi nombor-nombor akaun dan berlaku salah lapor akaun dan lebih buruk lagi rasuah dan penipuan korporat. Cara pendidikan kini perlu diperhalusi agar budaya materialistik tidak menjadi barah masyarakat. Jika dulu, guru sangat dihormati. Ibu bapa menyerahkan anak-anak untuk dididik oleh guru dan guru boleh membawa rotan untuk mendenda anak-anak kita. Tetapi kini, jika guru mendenda atau mencubit anak-anak, siaplah guru itu! Jika tidak ke mahkamah, ke meja politik lah jadinya. Rasa hormat dan menyanjung guru telah mula pudar.

    Tetapi, terdapat juga kepincangan di dalam profesion perguruan. Ramai yang memasuki profesion perguruan pada hari ini adalah sebagai pilihan terpaksa kerana tiada kerja lain. Namun kelihatan ramai yang berpendapat guru hari ini tidak seperti guru dahulu. Lihatlah dari pelbagai aspek seperti keikhlasan memberi ilmu dan sebagainya kerana ramai juga guru yang mewujudkan kelas tusyen selepas kelas harian.

    Dari pemerhatian yang sedikit ini, baik di pihak murid, mahupun di pihak guru dan profesion perguruan, menggerakkan hati untuk berkata terdapat kepincangan yang menjurus ke arah masyarakat materialistik. Ini tidak pasti, tepuk dada tanya selera... adakah benar? Wallah hu alam. Pemerhatian dan penyelidikan harus dilakukan dan perbandingan harus dibuat untuk melihat sistem pendidikan dahulu yang kurang A tetapi output OK berbanding banyak A, banyak masalah sosial.

    Persoalan minda yang dibicarakan juga bukanlah penyelesaian secara total, tetapi ianya harus dilakukan bagi mengubah kelompok peniaga sasaran. Isu pendidikan di atas harus di ambil kira. 2 atau 3 orang mengaut kekayaan negara hasil dari beberapa polisi dahulu, polisinya mungkin berniat mulia tetapi perlaksanaannya tidak seiring dengan niatnya. Lihatlah, selalu terjadi, apabila ada polisi yang melibatkan kewangan, ramai orang akan teruja. Inikan pula orang disekeliling pihak berkuasa. Maka, mereka yang dipilih dahulu MUNGKIN bukannya Melayu terbaik, tetapi mereka berada 'at the right time and the right place... and may be use the right contact and power!'. Hasilnya, jika meningkat naik dengan susah payah dan keringat, hasilnya berpanjangan. Jika meningkat naik dengan cepat, express, segera seperti mee segera, cepatlah sejarahnya berkubur. Bukan polisi tidak baik, tetapi perlaksanaannya kurang baik. Idola-idola korporat ini hilang sama ada bencana korporat atau mati. Seperti biasa, banyak mata memandang, lagi banyak mulut berbicara.

    Persoalan masa untuk melakukan perubahan minda: bergantung kepada keadaan. Ianya tidak harus dilakukan kepada semua umat Melayu kerana jika tidak fokus, satu lagi pembaziran berlaku dan ada berkata mungkin orang yang membuat motivasi kursus mendapat untung, hasilnya 'ZERO'. Mungkin Langkah awal harus dituju khas kepada usahawan dan bakal usahawan dan ianya harus dilakukan secara berterusan agar minda usahawan menjadi mantap. Usahawan harus berganding bahu untuk meneruskan kelangsungan perjuangan mereka. Networking penting... tetapi harus positif dan jujur. Sesuatu harus dilakukan kerana amalan dan polisi sekarang tidak membuahkan hasil seperti dijangkakan rakyat jelata.

    Akhir kata, "Jika membuat program motivasi, ramai yang nampak duitnya dari hasil harapan semua"... "Jika membuat proigram usahawan, ramai yang nampak duit bantuannya dari hasil jangka panjang programnya"... dan ... ... ... ... ... ... ... ...

    ReplyDelete
  8. Masaalahnya ekonomi Malaysia telah terbantut selama 5 tahun di bawah PakLah . Perindustrian Malaysia yg bergerak dari sektor perkilangan kesektor perkhidmatan terutama nya IT lansung tidak bergerak dgn pantas .Malaysia telah menubuhan MSC dgn visi yg amat jelas tetapi PakLah tidak berapa berminat . Langkawi yg telah dibangunkan berbillion ringgit untuk menjadi pusat maritime juga tidak menarik minat PakLah .
    Sdra KT harus mengutarakan visi Sdra KT untuk memulihan keadan ekonomi yg kusut masai dari segi objektif nya yg digagaskan dlm visi 2020.
    Meritokrasi juga harus dijadikan landasan bagi perlantikan pegawai 2 kerajaan dan juga bagi pemimpin 2 UMNO di berbagai peringkat .Mana dia pelajar2 kita yg tiap2 tahun dapat 10A mereka ini hanyut sahaja selepas itu. Untuk jadi pemimpin UMNO SPM pun tidak perlu.

    ReplyDelete
  9. Suara Rakyat Selangor (SUARAS)

    Salam YB Dato,

    Tahniah Dato, kerana telah mengumumkan bahawa BN Selangor akan menubuhkan sesuatu Pergerakan Suara Rakyat Selangor (SUARAS). Saya telah mencadangkan SUARAS pada Dato melalui e-mail saya kepada Dato pada 28hb October 2008 mengenai SUARAS. Saya pun telah adakan blog suararakyatselangor.blogspot.com semenjak itu dan dikemaskini kan dengan isu-isu berbangkit di Selangor. Dato tidak menghubungi saya ataupun membalas e-mail saya mengenai cadangan penubuhan SUARAS. Secara tiba-tiba Dato mengumumkan penubuhannya.

    Saya terkilan Dato tidak menghubungi saya untuk saya "contribute" dalam penubuhan SUARAS. Saya ingin perjuang bersama atas tiket SUARAS yang dicadangkan oleh saya kepada Dato melalui e-mail saya pada Dato.

    Cadangan Suaras ini adalah Idea saya dan saya ingin memperjuangkannya. Saya berharap Dato dapat membalas atau menghubungi saya supaya saya juga dapat menjayakan SUARAS ini. Saya berharapan Dato boleh menghubungi saya supaya saya dapat bersama dalam jentera SUARAS.

    Untuk peringatan Dato,

    Saya juga mencadangkan SUARAS pada Dato di blog Dato dalam comment saya kepada Blog Dato, seperti di http://www.drkhir.com/2008/10/bajet-selangor-jangan-menang-sorak.html#comments

    Yang Ikhlas,

    Suara Selangor

    email: suaraselangor@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. DS berkata
    "Cabaran Peribadi

    15. Bagi saya secara peribadi, cabaran terbesar ialah untuk menjadi untuk menjadi individu dan pemimpin yang lebih baik berbanding tahun lalu; membantu mengukuhkan parti dan menyumbangkan yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara."

    Bagus! Sekarang DS semakin pandai dengan selok-belok menjadi seorang pembangkang, kekalkan sikap itu! Dan semoga DS menjadi KETUA PEMBANGKANG SELAMA-LAMANYA!

    ReplyDelete
  11. Saya cukup teruja dengan pandangan dan pendapat Wonderful World. Penuh persoalan yang memerlukan kita memikirkan apakah peranan kita hari ini dalam memajukan bangsa, memperkasakan pendidikan dan memperjuangkan nilai dan adab dalam kehidupan seharian.
    Saya bersetuju bahawa kebanyakan ibu bapa hari ini lebih mengejar A dalam persekolahan anak-anak daripada memikirkan peranan anak-anak sebagai seorang insan yang berketerampilan, insan yang berilmu, insan yang beragama serta insan yang beradap sopan. Peranan ibu bapa hari ini lebih kepada mencari kesenangan, kemewahan tanpa memikirkan peranan mereka juga sebagai pembimbing, pendidik dan tenaga penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa hari ini lebih banyak menyerahkan peranan tersebut kepada guru-guru di sekolah.
    Dalam mengejar A jugalah kita lihat terdapat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan mencari keuntungan melalui program-program yang diatur bagi memotivasikan pelajar. Guru pula semakin lupa dengan peranan mereka sebagai pendamping, pembimbing dan pencetus idea kepada anak-anak murid mereka. Gurug-guru pula terlalu banyak dibebani dengan pelbagai tugasan yang tidak lagi menjurus ke arah peranan mereka sebagai tenaga pengajar tetapi terpaksa bekerja keras melakukan pelbagai perkara dalam masa yang sama. Ini akibat daripada sistem pendidikan kita hari ini yang terlalu menekan kepada kecemerlangan sahaja.
    Pembuat dasar pula lebih kepada kepentingan politik tanpa memikirkan kepada kepentingan awam secara keseluruhan. Keputusan dibuat dahulu tanpa merujuk kepada semua pihak khusus peringkat akar umbi. Apabila berlaku sesuatu permasalahan, semua pihak menuding jari. Keputusan dibuat tanpa memikirkan kekuatannya dahulu. Apa yang mereka nampak kelemahannya sahaja tanpa memikirkan apakah kelemahan itu sejauh mana perlu diperbaiki. Perlu ada keseimbangan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Jika kekuatannya melebihi daripada kelemahan yang ada, kenapa perlu dirombak sistem yang telah ada. Kepada pembuat dasar, fikir dahulu kesannya kepada masyarakat awam bukan buat dahulu baru melihat kepada kelemahannya yang akan timbul. Lihat sahaja kepada PPSMI, penghapusan yuran peperiksaan, pemberian buku teks kepada semua. Apa kesannya. Kerajaan menanggung kerugian berjuta ringgit akibat daripada membuat keputusan tanpa memikirkan kepada akar umbi.

    ReplyDelete
  12. Tahniah, tulisan dan analisa yang realistik.

    ReplyDelete
  13. ds nak tanya satu soalan. mengapakah artikel-artikel ds selama ini kebanyakannya memperihalkan kepentingan orang melayu. macam mana pula dengan kepentingan bangsa-bangsa lain yang kesemuanya juga bangsa malaysia? apakah ds hanya pemimpin untuk bangsa melayu sahaja? apakah ds ketika menjadi mb selangor mb untuk orang melayu sahaja?

    ReplyDelete
  14. Dato Seri

    Blessed New Year to You and Family.
    Every year is full of cabaran.

    JED YOONG.

    ReplyDelete
  15. Salam Sejahtera DS...Salam New Year untuk DS sekeluarga...
    Memang tak dapat dinafikan pada setiap kali Tahun Baru menjelma,pasti banyak cabaran yang harus ditempuh tidak kira tua,muda,kanak-kanak atau bayi sekali pun,tetap ada cabaran dalam dunia masing-masing...
    Apa yang pasti,berusahalah untuk melakukan yang terbaik...Seperti kata pujangga "masa lalu bukan untuk ditangisi juga bukan untuk mendabik dada kerana masa lalu hanya sejarah silam yang hanya mampu dikenang dan diteladani.Esok lebih penting dan bermakna..." TOMORROW IS NEVER END BUT TODAY IS NEVER COME.

    ReplyDelete
  16. Sebenarnya sebab tak ada ruang untuk email YB Dr Khir, jadi saya nak ulas ikit berkenaan kenyataan dalam blog YB
    di dalam Nota Kepada Pembaca

    "Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan."

    Yang kelakarnya YB Khir sendiri suka menghasut, suka memfitnah, suka menyimpang dari topik apabila berhujah. Saya adalah penyokong YB ketika mula YB menjadi MB, tapi saya malu dengan YB sejak penggal kedua YB jdi menteri dan kini saya langsung tidak menyokong YB. Insaflah wahai YB Khir, niat tidak menghalalkan cara.. Baliklah kepangkal jalan. Terlalu banyak keindahan dalam Islam, tetapi sayang YB telah memilih jalan yang salah

    ReplyDelete
  17. Sdr John dan sahabata bloggers lain,
    Saya yakin BN akan dapat mendirikan kerajaan selepas pilihanraya ke 13 akan datang,ini berdasarkan prestasi kerajaan Pakatan Rakyat yang semakin di lihat tidak konsisten dalam membuat dasar dan melaksanakan janji mereka,ketelusan yang di war warkan hanya ada pada lidah tiada pada perlaksanaan.

    Cuba sdr bayangkan seorang ahli exco kerajaan tempatan dibicarakan kerana menghalang pihak polis dan pihak berkuasa tempatan menjalankan tugas,terus memegang jawatan tersebut,saya bimbang akan berlaku tekanan kpd pegawai terlibat utk beri keterangan di mahkamah,saya bimbang kerana akan berlaku conflict of interest.sepatutnya MB mengarahkan exco berkenaan melepas jawatan sehingga perbicaraan selesai,jika beliau tidak bersalah,jawatan tersebut bolehlah diserahkan kembali kepada exco berkenaan.

    Ini adalah satu contoh betapa mereka tidak telus dalam menjalankan kerja kerja mereka.

    Berhubung dgn tulisan saya banyak menyentuh masalah yang dihadapi oleh orang melayu ialah saya melihat banyak salah faham yang berlaku di kalangan orang melayu dan keadaan ini perlu dibetulkan,kerana bagi saya yang betul perlu dibetulkan dan yang salah kita kena salahklan.

    Saya juga banyak membicarakan masaalah kaum china dan india dalam forum dimana saya dijemput utk menghadirinya,dan saya ingin jelaskan bahawa saya sentiasa berpegang pada ajaran agama islam iaitu menegakkan keadilan yang bermaksud meletakkan sesuatu perkara itu ditempat yang sewajarnya,saya tidak setuju dgn dasar kesamarataan.

    ReplyDelete
  18. Sdr Wonderful World dan sahabat sahabat bloger lain,

    Apa yang menjadi masalah hari ini ialah bagaimana utk melahirkan insan yang seimbang diantara tuntutan dunia dan bekalan akhirat.Insan yang memahami kehendak sebagaimana yang dituntut oleh ayat surah al maidah yang bermaksud, dan carilah bekalan akhirat kamu di dunia dan janganlah engkau lupa habuan kamu di dunia,berbuat baiklah kamu antara kamu sebagaimanan allah berbuat baik keatas kamu dgn rezkinya yang melimpah ruah dan janganlah kamu berpecah belah dan membuat kerosakan kerana allah amat benci kepada mereka membuat kerosakan dan dosa.

    Melahirkan insan seimbang adalah cabaran terbesar dasar pendidikan negara dan kita masih berada jauh dari sasaran kita,utk tujuan itu kita semua perlu memainkan peranan secara aktif masing masing,anak kita adalah tanggopngjawab kita,kerajaan menyediakan kemudahan dari segi penyediaan perasarana dan kakitangan dan mempermudahkan pembelajaran,sedarlah kita tanggongjawab tersebut masih terpikul di bahu kita bukan di bahu guru mahupon kerajaan.

    ReplyDelete
  19. "saya sentiasa berpegang pada ajaran agama islam iaitu menegakkan keadilan yang bermaksud meletakkan sesuatu perkara itu ditempat yang sewajarnya,saya tidak setuju dgn dasar kesamarataan."

    Macam ni lebih baik, Dato?
    Maybe everyone should be "re-educated" with the People's Cube?

    ReplyDelete
  20. Dr Mohamad Khir Toyo said...
    "....Melahirkan insan seimbang adalah cabaran terbesar dasar pendidikan negara dan kita masih berada jauh dari sasaran kita,utk tujuan itu kita semua perlu memainkan peranan secara aktif masing masing,anak kita adalah tanggopngjawab kita,kerajaan menyediakan kemudahan dari segi penyediaan perasarana dan kakitangan dan mempermudahkan pembelajaran,sedarlah kita tanggongjawab tersebut masih terpikul di bahu kita bukan di bahu guru mahupon kerajaan."

    ....tetapi sesetengah daripada kita menghantar anak kita belajar di negara asing, mengapa??? Prasarananya baik??? atau ianya boleh melahirkan insan seimbang.... tanpa pengawasan ibubapa 24 jam???

    ReplyDelete
  21. Selamat Tahun Baru Dr Khir Toyo.....
    Kalau sudi nak singgah ke Hulu Kelang dan berjumpa dengan Pemuda kami alu-alukan Dr Khir.

    Kenduri besar takdelah Dr Khir,
    Tapi semangat tu tak mati lagi.

    ReplyDelete
  22. Selamat Tahun Baru 2“00”9 :-)















    Kite Pakat Undi BN Deh :-)
    http://pro-faizal.blogspot.com
    Takkan Melayu Hilang Di Dunia
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu ;-)
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com

    ReplyDelete