Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, January 7, 2009

Tiada Calon Yang Sempurna

1. Pilihan raya kecil Kuala Terengganu merupakan pilihan raya kecil kali kedua selepas pilihan raya umum lalu. Pilihan raya kali ini lebih mencabar dan berat kepada UMNO dan Barisan Nasional berbanding Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh beberapa bulan lalu.

2. Jika di Permatang Pauh, tekanan di pihak Parti Keadilan Rakyat yang mempertahankan kerusi mereka, maka keadaan kali ini menjadi sebaliknya. Kali ini BN pula yang menjadi penyandang kerusi dan akan dicabar oleh Pas.

3. Sungguhpun keputusan di Kuala Terengganu tidak menjejaskan BN sebagai parti pemerintah namun ia akan memberi kesan dari segi semangat dan moraliti para pemimpin dan penyokong BN.

4. Sejak beberapa hari ini saya berkesempatan berkempen dari rumah ke rumah dan mendengar sendiri pandangan pelbagai pihak mengenai peluang kedua-dua parti yang berentap kali ini. Saya melihat kedudukan masih 50-50. Keadaan boleh berubah di saat akhir sebelum hari pengundian bergantung kepada keupayaan jentera masing-masing meraih sokongan.

5. Cabaran terbesar BN ialah untuk menerangkan isu-isu tempatan dan negeri dan memadamkan beberapa persepsi sebahagian pengundi terhadap calonnya Datuk Wan Ahmad Farid.

6. Pas telah memulakan serangan bersifat "Character assassination" sejak nama Wan Farid diumumkan sebagai calon. Serangan bagai menjatuhkan imej dan peribadi lawan ini merupakan kerja taktikal utama Pas (sekarang PKR juga) sejak dahulu lagi. Jentera dakyah mereka bergerak ke gerai-gerai kopi bercakap memburukkan calon BN seperti "sombong", "kedekut", "bersalam tidak ikhlas", "tidak berjiwa rakyat" dan bermacam-macam lagi permainan emosi dilontarkan secara bersahaja dengan contoh-contoh terpencil.

7. Malangnya ada pengundi dan penyokong BN sendiri kadang-kadang mudah mempercayai cakap-cakap sedemikian.

8. Bagi saya tiada calon atau manusia yang sempurna dan tiada cacat celanya. Beza antara calon BN dan Pas ialah, calon BN sudah diserang secara tidak beretika dan bertujuan membentuk persepsi negatif masyarakat terhadapnya. Manakala calon Pas menikmati imej yang baik kerana sikap dan sifat budiman (gentleman) jentera kempen BN yang lebih banyak menerangkan isu-isu polisi kerajaan, pembangunan dan merayu undi.

9. Sama ada BN patut mengikuti langkah Pas memburukkan calon lawan saya serahkanlah kepada mereka yang dilantik merancang strategi kempen.

10. Saya tertanya-tanya, apakah para pengundi di Kuala Terengganu akan membuat keputusan berasaskan persepsi atau melihat realiti politik hari ini sebagai alat untuk membuat keputusan.

11. Saya amat berharap pengundi akan membuat kepetusan yang matang demi pembangunan Kuala Terengganu sendiri dan juga survival politik berasaskan persefahaman antara kaum.

12. Saya akui bahawa banyak juga ketidakpuasan hati penduduk yang ditemui terhadap beberapa projek pembangunan kerajaan persekutuan di Terengganu. Namun ia lebih bersikap salah tanggap dan salah faham.

13. Malahan saya percaya rungutan ini akan reda menjelang hari pengundian berdasarkan reaksi mereka setelah mendapat penjelasan sebenar dari jentera kempen dari rumah ke rumah.

14. Dasar dan polisi baru YAB Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang lebih menumpukan kepada pembangunan prasarana asas dan bantuan perumahan rakyat seperti yang beliau nyatakan ketika merasmikan Peti Undi Kenanga Sabtu lalu pasti akan memberi persepsi baru kepada sebahagian pengundi Kuala Terengganu.

15. Saya akui ketika mengadakan lawatan dari rumah ke rumah, masih banyak perkara boleh diperbaiki bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk. Justeru janji BN untuk mengekalkan Wan Ahmad Farid sebagai Timbalan Menteri, jika beliau menang, harus dilihat sebagai satu peluang untuk penduduk Kuala Terengganu menerima lebih banyak program pembangunan dan kebajikan.

16. Saya mengenali Wan Farid ketika menjadi EXCO Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 2000Beliau seorang yang kuat bekerja dan prihatin kepada masalah rakyat. Kelemahannya pula ialah beliau agak kurang pandai bergaul dengan semua orang. Inilah yang digunakan oleh Pas untuk menabur dakyah kononnya beliau sombong.

17. Setiap orang ada kelemahan tersendiri. Ada orang pandai bersembang dan menampilkan imej yang baik tetapi tidak boleh bekerja dengan baik biarpun sudah berpenggal menjadi wakil rakyat.

18. Namun semua orang juga ada kelebihan tersendiri. Demikian juga saya fikir Wan Ahmad Farid sememangnya layak dan berkebolehan menjadi seorang wakil rakyat yang baik.

19. Apa pun, budi bicara dan pilihan terletak di tangan pengundi Kuala Terengganu. Semoga kemenangan berpihak kepada BN juga kali ini.

40 comments:

  1. Itulah demokrasi. Yang terbaik saja yang akan terpilih.

    ReplyDelete
  2. Semenjak dahulu lagi PAS memang menganggap orang UMNO berakhlak buruk walaupun ustaz yang mewakilinya. Ramai juga yang kata, kalau nak jadi orang PAS mulut kena jahat. Oleh itu, tidak hairanlah kalau Dr. membawa isu ini. Tetapi bagi orang UMNO janganlah terikut-ikut rentak PAS dengan menyerang peribadi. Dr. pun sudah akui bahawa peribadi calon tidak lah maksum seperti Nabi. Semoga UMNO betul-betul berubah jika hendak bertahan lama.

    ReplyDelete
  3. Salam YB DMKY,

    Ulasan @ Komen aku kepada posting YB DMKY itu ,aku beri ikut perenggan posting mung. ( urutan nombor ikut perenggan):

    1. Tidak mencabar.

    2. Semua orang dah tahu termasuk mung, aku dan orang KT,yang mengundi dan tak mengundi.

    3. Betul.

    4. Ramalan yang adil dan seimbang @ ramalan yang selamat, bagaimana calon bebas tak de peluang dapat undi ke.

    5. Betul, paling betul dan amat betul.

    6. 2X5 dan 5X2. Sama aje. Aku hantam mung, mung hantam aku.Jangan brantam sudah. Itu dah resam manusia orang bekerja betul dicaci nesta. Sedangkan Nabi dan Rasul pun di caci nesta, inikan manusia. Tak perlu ikut paluan gendang.
    perlu Berlapang dada aje.

    7. Kan tu dah sifat semulajadi manusi. Akal> nafsu ok, akal < nafsu becempere dan akal = nafsu sikit bahaya.

    8. Dari sudut mana kita melihat, Bende tu sama saje.

    9. Eh...ehhhh jangan dan tak perlu. Orang tahu menilainya.

    10. Mereka dah bijak, matang dan berpengalaman. Baik punyia pilih.

    11. bETUL LAGI TERBETUL. Bravo.

    12. Mana boleh memuaskan hati semua orang. Dalam AlQuran ada menyebutnya. Paling pentin Niat Ikhlas dan bekerja kerana ALLAH SWT. Habis perkara.

    13. Benar lagi terbenar punyia.

    14.Betul tentu ikut dasar partai nya dan manifesto partai nya. Kan beliau pemimpin mesra rakyat dan tahu keperluan rakyat. Sudah tentu beliau ada cara dan strategi tersendiri untuk melaksanakan nya,

    15. Semua orang dah tahu, itulah tugas yang tak sudah- sudah selagi ada bumi,bulan ,bintang dan manusia. Ye kan?.

    16. Betul tu, kalau tidak tak kan beliau jadi ketua bahagian, SetPol dan Timb. Menteri. Itu kan amanah kepada pemimpin.

    17. Biasa lah. Kalau aku dan mung melihat gambar mesti lihat gambar sendiri punyia dulu. Tak gitu?

    18. Betul. Allah SWT penentu segalanya, sebaimana firman dalam Al- Quran , surah An-Nahl ayat 71 mengenai REZEKI dan Surah Al-Zukhruf ayat 32 mengenai darjat sesaorang.

    19. Betul dan Allah telah menentukan, kita hambanya tak tahu itu perkara ghaib.

    Kehidupan aku, mung dan manusia amnya diberikan tiga hari aje wah. Hari semalam telah jadi sejarah jangan dikenang sangat. Hari ini tahu dan gunakan sebaik-baiknya dijalan yang benar. Hari esok ?????.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  4. Pas tu biasalah YB. Itu dah stile dia yang azali.

    ReplyDelete
  5. Salam perjuangan,

    Semoga rakyat akan memilih calon yang paling berkaliber untuk kerusi P.036. Selamat berjuang diucapkan kepada calon BN.

    "Memperkasa Generasi Baru"

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. salam..dato'

    Memang telah dijangkakan...serangan peribadi terhadap calon dari UMNO pasti menjadi hamburan dari mulut pemimpin pembangkang dan menjadi santapan para penyokongnya.

    Trend ini tidak pernah berubah dan menjadi senjata yang paling ampuh untuk menjatuhkan pihak lawan dan memenangkan calon.

    Tetapi jika pihak BN mengunakan trategi yang
    sama pasti suatu malapetaka dan menjerumuskan
    diri kepada kekalahan yang sangat mengaibkan.

    Ini kerana dipihak pembangkang jika mengadakan ceramah politik,kelayak pendengar mereka adalah
    berjiwa pemberontak dan pembenci kerajaan dan BN.

    Dipihak BN pula,penceramah cuba seboleh mungkin
    berhemah serta beradap menjelaskan agenda kerajaan.Dan para pendengar adalah bersikap rasional dan pasrah...

    Di pihak pembangkang amat mudah mencipta cerita palsu dan pendengar mudah percaya.Tetapi jika
    pihak BN membawa cerita benar atau bohong sekali pasti kebencian rakyat terhadap kerajaan semakin melambung....(sekalipun memberi penjelasan atau menyangkal dakwaan)

    Adakah dalam trategi kempen pru atau prk pihak
    BN dalam keadaan serbasalah dan di persimpangan untuk menarik sokongan?

    ReplyDelete
  7. Dato' Seri. Semalam saya ada tanya kawan yang berada dipusat penamaan calon pada 06 Jan itu hari. Dia kata penyokong yang berarak dalam nisbah 3:1. Kalau penyokong BN 10,000 orang, penyokong PAS pulak 30,000 orang. Entah betul atau tidak.

    Pakar strategi kempen berperanan besar untuk memastikan strategi yang digunakan cukup berkesan. Setakat ini, strategi PAS yang umumkan nama calon lewat nampaknya lebih berkesan berbanding strategi BN. Ini disebabkan apabila diumumkan awal, isu yang akan diperkatakan oleh pengundi adalah keperibadian calon terutama kelemahan yang ada pada calon. Bila awal diumumkan, isu peribadi calon Bn telah tersebar dalam kawasan yang lebih luas berbanding isu peribadi calon PAS.

    Dalam tempoh kempen, kesempatan untuk menonjolkan keperibadin calon adalah terhad. Jadi bilamasa BN nak tampal koyakan yang ada pada calon BN bahkan koyakan semakin luas apabila kempen dibenarkan. Namun demikian, untuk mencari calon yang hampir sempurna sepatutnya kedua-dua belah pihak harus mendedahkan kebaikan dan kelemahan yang ada pada calon-calon yang bertanding supaya para pengundi dapat membuat pilihan yang tepat. Oleh itu, pendedahan personaliti harus dijadikan modal kempen bagi kedua-dua belah pihak.

    ReplyDelete
  8. Kepada semua pengundi P036 K.Terengganu yang dihormati,
    1.Dalam konteks sebuah negara, setinggi sehebat mana pun seorang individu tidak akan boleh berbuat apa-apa tanpa dokongan.
    2.UMNO KT perlu dokongan yang kuat dari pengundi KT seterusnya meneruskan perkhidmatan cemerlang dan berwibawa kepada rakyat.
    3.Kerusi Parlimen KT penyumbang kekuatan Kerajaan UMNO dan BN.Mohon jangan kurangkan jumlah kerusi Parlimen Islam Dalam kerajaan BN.
    4.Kekalahan UMNO dan BN hanya membawa sorak kepada PR dan tidak membawa perubahan apa-apa.
    5.Kemenangan UMNO dan BN pasti menguntungkan dan membanggakan pengundi KT bila peranan lebih tinggi kelak diberikan kepada Ahli Parlimen KT.'Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'.

    Wassalam, Selamat Mengundi,Bijak dahulu Bijak Sekarang.

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum,

    Saya melihat selalunya BN membuat satu persepsi yang salah terhadap PR, sekiranya serangan peribadi itu itu fitnah ataupun tanpa asas kenapa pihak BN tidak membuat laporan polis saman kan kita ada undang-undang kenapa didiamkan saja, ataupun benar kot cerita yang disampaikan.
    Peribadi seseorang itu sangat penting dalam memilih pemimpin, parti no.2 sebab kalau BN menang katakan bukanya TPM yang akan melawat kawasan ataupun parti yang melawat kawasan tetapi wakil yang dipilih oleh pengundi (Calon yang menang itu).
    Kebanyakan pengalaman yang lalu kita dapati wakil rakyat BN amat susah nak bertemu kerana mereka terlalu sibuk dengan urusan peribadi, tetapi bila muncul PRU ker atau PRK barulah tersengeh2 menghampirkan diri dengan rakyat. Kemudian bila sampai nak mengundi barulah datang projek mencurah-curah kenapa sebelum mengundi tak diberikan segala projek yang ada. Dan kita akan lihat projek yang diberikan kebanyakannya projek yang tidak dikaji dengan teliti. Contoh yang paling ketara; jalan kebun di kampung2 biasanya jalan hanya 2 tan ini perpandukan jenis tar yang digunakan, tetapi jalan kebun ini terpaksa menahan muatan melebihi 10tan kerana lori kelapa sawit atau lori balak melalui jalan tersebut akhirnya jalan itu boleh bertahan tak sampai 2 bulan ngam2 selepas pilihan raya jalan pun rosak. Bila aduan dibuat tindakan tak diambil. Kan ini namanya projek membazir atau pun rasuah namenya. Saya harap Saudara boleh jelaskan fenomena ini berlaku. Rakyat sebenarnya dah bosan dengan pemimpin BN semua.
    Kami sebagai pembayar cukai berhak memilih pemimpin dan kerajaan yang sesuai. Mungkin yang menyokong BN tu tak bayar cukai ataupun orang yang gila projek.
    Kita lihat saja setengah tempat tu didirikan perhentian bas (bus stop) tetapi tiada bas melalui jalan tersebut sehingga kehari ini, saya amat marah sebab saya pembayar cukai ini semua pembaziran namenya.
    Saya harap Saudara Khir dapat menjelaskan ini dengan secara profesional bukannya dengan nafsu imarah saudara saja.

    ReplyDelete
  10. salam. yb,

    semoga BN terus menang kali ini. hanya UMNO dpt mmperjuangkan agama ,bangsa dan negara. HIDUP UMNO!

    ReplyDelete
  11. Salam Dato' Seri

    Sebagai warga Kuala Terengganu, saya setuju dengan Dato' Seri
    keupayaan BN & PAS di Kuala Terengganu masih 50-50
    keputusan boleh berubah bergantung dengan isu

    selain pembangunan, orang Terengganu cukup sensitif soal peribadi calon, soal agama, corak berkempen dan juga ucapan para pemimpin tertinggi parti.

    Jangan sesekali menghentam hukum hudud PAS di depan orang UMNO/ BN Terengganu. Walaupun mereka tidak menyokong PAS, menghentam hukum hudud, seolah2 menghina Islam (persepsi orang Terengganu)

    Begitu juga bila berucap @ menemui rakyat, jangan sesekali berlagak sombong @ bercakap besar.

    Selamat berkempen Dato' Seri ;)

    ADHA
    www.myadha.com

    ReplyDelete
  12. 15. Saya akui ketika mengadakan lawatan dari rumah ke rumah, masih banyak perkara boleh diperbaiki bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk. Justeru janji BN untuk mengekalkan Wan Ahmad Farid sebagai Timbalan Menteri, jika beliau menang, harus dilihat sebagai satu peluang untuk penduduk Kuala Terengganu menerima lebih banyak program pembangunan dan kebajikan.


    Kenapa? Kalau dia bukan timbalan menteri sukar ke nak bagi pembangunan dan bantuan kebajikan?

    Kalau calon PAS menang adakah kerajaan akan keberatan untuk salurkan pambangunan dan kebajikan?

    Sudah-sudah lah dengan ugutan sebegini, rakyat bukan lagi bodoh!

    Short Talk

    ReplyDelete
  13. Dato'
    Kempen rumah ke rumah bagus tu. Tapi yang dilupakan nampaknya untuk menghubungi perantauan /pelajar yg menjadi pengundi P36 supaya pulang mengundi. Silap2 mereka2 inilah undi penentu sebenarnya kerana dalam PRU12, majoritinya amat kecil.

    ReplyDelete
  14. kepada ds dan blogger semua,

    marilah kita semua berfikir dan dalam kesibukan berkempen serta kepenatan berjuang untuk kemenangan...bukanlah bermakna kita sudah melaksanakan harapan rakyat..itu baru permulaan....ada agenda yang lebih besar harus di ingat:-

    bukan harta yang rakyat terlalu harapkan dari pemimpin pilihan mereka tetapi SEDIKIT PERASAAN memahami rontaan jiwa mereka untuk menumpang sedikit keselesaan untuk menikmati atau menumpang apa yang dilimpahkan ALLAH dibumi malaya ini.ada kalanya pengundi ni mengundi bukan hanya untuk mereka tetapi demi anak2 mereka,,cucu mereka dan waris akan datang mereka....adakah kita faham isi hati mereka..jika tidak didekati hati kehati adakah pemimpin tahu?

    ketika kesemua pemimpin hidup dalam keadaan senang dan selesa untuk anak dan isteri/suami walaupun pemimpin melaungkan agenda membela rakyat dan mempertahankan maruah agama,bangsa dan negara tetapi pada saya jauh disudut hati setiap rakyat bawahan hampir2 keliru dengan sikap orang politik

    setiap kali pilihanraya atau undi diharap pemimpin melaungkan seolah2 mereka ini adalah yang terbaik dan amat mengutamakan setiap rakyat yang ditemui tetapi mengapa setelah habis pilihanraya atau kemenangan telah dikecapi....keadaan turun padang dan berjumpa rakyat bawahan amat berbeza gayanya!

    mengapa pemimpin tidak selesa lagi untuk minum pagi dikedai2 atau warung kecil jika pulang atau melalui jalan pulang kekawasannya,jika adapun ianya diatur dengan acara tertentu.adakah pemimpin sibuk dengan agenda yang telah dirancang?....mengapa pemimpin terlalu mengikut protokol dan peraturan2 yang menjauhkan mereka dengan rakyat paling bawah,miskin,rendah diri mereka kerana mereka merasai malu bila berdampingan dengan pemimpin...banyak yang perlu difahami dan dihayati...samada rakyat harus berlaku adil pada pemimpin atau pemimpin perlu membiasakan diri..kalau masuk kandang kambing jadilah kambing...ikut adat resam setiap masyarakat....perubahan perlu tetapi kenalah dihafami oleh rakyat.

    apa salahnya jika 15 minit minum dikedai kopi dan disitu sebenarnya pemimpin dapat merasai sendiri apakah sebenarnya yang berlaku sekarang.terlalu banyak masalah saya rasai yang pemimpin membiarkan diri mereka jauh dengan rakyat...takut saya bila melihat 10 tahun akan datang jika pemimpin tidak mesra dengan rakyatnya.apakah salah walau pemimpin berpendidikan tinggi memakai t-shirt dan seluar jeans biasa seperti orang kampung ketika menemui mereka..adakah ini salah atau pemimpin mesti berbaju batik,berseluar slack dan berkasut hitam berkilat.

    Mengapa tidak bertukar angin,jika selama ini hanya datang dalam progran yang diatur,mengapa tidak turun dalam kawasan secara sepontan atau santai sahaja....bukankah ini lebih ikhlas dan lebih terbuka....bukanlah saya menidakkan apa yang berlaku selama ini malah saya mengakui pemimpin berkerja Cuma keadaan sekarang berbeza dan jika parti leka nescaya pru13 nanti ia akan menjadi bahana yang tidak dapat ditolong lagi.


    saya selalu tertanya2 mengapa ini berlaku.....adakah rakyat bawahan harus bersikap biasa dan harus memberanikan diri berjumpa atau lari bersemangat menemui setiap pemimpin kesayangan mereka bila datang ketempat atau kampung mereka seperti pemimpin Tun Abdul Razak yang sempat saya lihat dan amati dahulu.....atau pemimpin sekarang yang tidak tahu untuk membiasakan diri untuk didekati rakyat.semua ini harus datang dari dalam lubuk hati yang ikhlas....dan barulah akan terpancar keserasian rakyat dengan pemimpin.

    pada saya trend politik sekarang samada umno,pas,bebas (untuk melayu)hampir sama sahaja,tiada yang satupun sempurna.rakyat hanya mahu kejujuran,keikhlasan dan pemimpin itu sendiri bersama mereka...jika ini pemimpin katakan sukar ...jangan jadi pemimpin kerana pada saya pemimpin harus berkorban....dan pada pemimpin pula mereka mempunyai agenda yang kadang2 memerlukan mereka sentiasa berada diluar kawasan..dari sinilah akan wujudnya wakil yang dilantik....tidak salah melantik wakil tetapi kekadang bila dah terlalu selesa bak kata TUN "melayu mudah lupa" dan salahkah jika saya kata “pemimpin pun boleh lupa”..janganlah pemimpin biarkan dirinya dibuai keselesaan dan tidak dibenarkan dirinya bersusah2 hati oleh orang sekeliling untuk mengetahui penderitaan jiwaraga rakyatnya...cukup cukuplah apa yang berlaku

    mengapa umno dan pas tidak boleh bersatu hati jika untuk menegakkan agama....semuanya menipu rakyat dan mengaburi mata rakyat dan menyusahkan rakyat terutamanya melayu

    melayu terlalu disebukkan dengan berpolitik sepanjang masa lepas umno..pas..lepas pas keadilan lepas keadilan melayu hilang kuasa.bila nak guna politik untuk agenda ekonomi bangsa...tiada masa kerana umno dan pas mainkan agenda politik dah terlalu lama...sudah 50 tahun la...cukuplah sedarlah dan cari jalan berbincang...yakinlah,saya adalah melayu yang masih setia bersama umno tetapi saya bukanlah melayu yang terlalu tabsub pada umno sahaja...apa yang saya yakin dan percaya adalah bilalah umno dan pas boleh berpakat....pas boleh berpakat dengan dap....umno dengan mca mengapa umno dan pas tak boleh...nak tipu lagi!

    lihat palastin.apa jadi dengan mereka....israel sedikit dan semakin lama semakin terpencil rakyat palastin.......adakah kita umno dan pas tidak sedar yang kita tidak menguasai ekonomi dalam negara sendiri.sudah lama...dan mengapa ini berlaku adakah ia boleh diakui yang selama ini kita terlalu berpolitik sehingga pemimpin politik hilang fokus dek masalah ini

    pelik saya umno dan pas tidak mampu untuk duduk berbincang mencari titik temu...tetapi yang dipolitikkan adalah hudud,negara islam,umno tidak jujur...pada saya terlalu banya mengelirukan orang muda zaman sekarang.

    golongan muda hari ini jika terbabit dengan banyak gejala sosial adakah ia tidak sedikit pun ada rasa berpunca dari umno dan pas?

    umno dan pas sendiri telah mengasingkan cerdik pandai dunia dan akhirat.umno dan pas yang membuatkan golongan muda ditelan mati mak dan diluak mati bapa.golongan muda jadi keliru dan dikelirukan lagi oleh puak2 yang berkata mana yang lebih penting..dunia atau akhirat?ini mengelirukan golongan muda yang tewrpaksa memilih satu antara dua....persoalnnya adakah pilihan mereka baik untuk agam bangsa dan negara?

    mengapa pemimpin membiarkan ini berlaku dan tidak mahu bersungguh2 berusaha..sedarkah pemimpin yang mereka telah diamanahkan memimpin kami.adakah kami diharap akan sedar sendiri atau pemimpin harus memandu

    sedih tapi inilah luahan hati kecil saya kepada pemimpin yang saya sayangai dan harapkan dapat memahami perasaan dan harapan kami yang sebenarnya.

    setiap mesej dari rakyat adakalanya terbalik.nampak berani tapi sebenarnya takut,marah tapi sebenarnya sayang,undi PR tapi sebenarnya nak sedarkan pemimpin BN....orang kampung banyak yang susah tapi malu untuk minta bantuan...jadi dalam berkempen dan inginkan kemenangan...sedar..sedarlah wahai pemimpin yang tersayang semua...umno tetap relevan dengan pemimpin yang kembali kepangkal jalan!!!!!turun padang sendiri bukan ketika pilihanraya tapi selepas pilihan raya.

    adakala politik dilihat dalam keadaan terbalik.pemimpin pilihan saya adalah pemimpin yang turun padang ketika ia tiada kepentingan...itulah pemimpin yang ikhlas nak memimpin rakyat.walaupun anda sebagai orang politik ketawa dengan artikel ini tetapi inilah rialiti dunia politik...saya tidaklah suka berpolitik tetapi setelah apa yang berlaku pada pru12 yang sudah saya terpanggil untuk bersama2 sahabat semua yang prihatin untuk BERSUARA membantu sahabat2 dalam politik untuk berfikir dan membetulkan apa yang telah mereka lakukan kepada sistem politik negara sekarang

    selamat berjaya DI KUALA TRENGGANU

    P/S:SAYA SUDAH LIHAT TENTANG BANYAK ARTIKEL2 YANG BERHUJAH MEMENANGKAN CALON KETUA PEMUDA MASING2 DALAM BLOG TETAPI IZINKAN SAYA UNTUK MEMBENTANGKAN HUJAH SAYA BILA TIBA MASA DAN KETIKANYA NANTI.....MENGAPA CALON INI SESUAI DAN CALON ITU KURANG SESUAI....saya bukan berpolitik tetapi politik adalah sebahagian dalam kehidupan masyarakat..inilah perjuangan tradisi membela rakyat...jadilah suara untuk rakyat!!!

    ReplyDelete
  15. Dah BERAPA RIBU DATUK dah sedekah??

    The Blogger Elviza has asked the blogging fraternity to spread the urgent appeal to help out the besieged Palestinians in Gaza. I join all my other friends in making this appeal. I think Elviza's post does not need further amplification. And so I reproduce her post here verbatim:-

    If your heart bleeds for the atrocities bestowed on Gaza by the Israelis, do lend them a hand. Let us part with whatever we can afford to help Palestinians in their time of grief.
    Mercy Malaysia has, on 30th December 2008, formed an Emergency Response Assessment Team to face the humanitarian crisis in Gaza strip. The team has been promptly dispatched to Egypt led by President, Datuk Dr. Jemilah Mahmood and Exco Member Norazam Ab. Samah.

    The air strike and ground offensive on Gaza - as reported by AlJazeera - have killed more than 700 Palestinians, 219 of which are children. More than 3000 have been wounded.

    Therefore, Mercy Malaysia appeals to generous Malaysians to send it cash donations. Contributions will support Mercy Malaysia to procure emergency surgical kits, medicines and hospital equipments to help the hospitals in Gaza.

    Cheque is to be made payable to “MERCY MALAYSIA” and addressed to Mercy Malaysia, Level 2, Podium Block, City Point, Kompleks Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin, 50050 Kuala Lumpur.
    Cash donations can be made via on-line transmission or deposit at CIMB Bank Account No: 1424-000-6561053.
    Donation form can be downloaded from here.
    Further enquiries are to be directed to +603-22733999 or info@mercy.org.my
    Let us make a difference by whatever little we have. From the bottom of my heart, I thank you for your generosity.

    We are thankful to Elviza for alerting Malaysians to the plight of the Palestinians. Let us show our support to the Palestinians.

    ReplyDelete
  16. salam

    serangan terbaru drpd chedet pasti akan menipiskan peluang bn utk memenangi kerusi kt kali ini..apa yang diucapkan ada kebenaranya.

    ReplyDelete
  17. Tok hairan, mengapa PAS ber sungguh2 berbaik dgn DAP. DAP dah umumkan TIADA NEGARA ISLAM dlm Pakatan Rakyat.

    Jika sekiranya Pakatan Rakyat dapat majority memerintah negara pun, harapan PAS untuk menubuhkan negara Islam tidak akan berhasil.

    DAP akan menentang habis habisan cadangan PAS itu.

    Penyokong dari kaum bukan melayu dlm PKR ni bolehlah di ibaratkan lalang. - mereka juga akan tidak setuju negara Islam PAS.

    PAS JANGAN ber angan2 negara Islam selagi bersekongkol dgn DAP.

    Sebenarnya DAP telah mem perbodoh2 kan PAS/PKR, mereka sokong PAS/PKR se mata2 untuk mereka berkuasa memerintah. - nah, sekarang mereka dah berjaya berkuasa penuh dlm 3 buah negeri, P Pinang, Perak dan Selangor - semua negeri yg kaya dan sudah maju.

    Mereka untung besar, PAS/PKR apa dapat? - dapat nama memerintah aje.

    Bodohnya!!!!!! PAS/PKR membantu kafir laknat DAP ni memerintah negeri milik Melayu/Islam!

    Bila tok cakap begini, dah tentu puak2 PAS/PKR tolol akan kata tok 'perkauman'.

    Dlm soal agama, bangsa dan negara kita mesti persoalkan 'perkauman'.

    Untuk kepentingan kaum lain, perlukah kita korban kan kaum kita?

    Sebenar nye PAS telah mengkhianati agama, bangsa dan negara apabila bersengkokol dgn DAP

    ReplyDelete
  18. Biarlah PAS dengan taktik lama dan kotornya. Lambat laun orang ramai akan menyedari hakikat ini. UMNO mesti istiqamah dalam melaksanakan kempen agar pengundi tertarik dengan penjelasan, sikap dan budi pekerti UMNO. Ini yang penting. Kita pun tahu dengan siapa PAS bersahabat sekarang..jadi UMNO jangan sekali2 terpengaruh dengan taktik PAS..biarkan depa.

    ReplyDelete
  19. Salam...

    Bermulalah kempen dan paling memalukan apabila fatwa bodoh digunakan iaitu kafir mengkafir sesama Islam....Sedarkah kita mengapa kita diberi umur yang panjang?....

    Ramai yang pandai tentang Al-Quran tetapi memutar belitnya...Di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 120 sehingga di dalam Surah Ali-Imran pun ada menerangkan tentang sikap kafir,yahudi dan nasrani...

    Pendekatan yang mengelirukan ini yang menyebabkan golongan mudah lagi bertambah rosak akhlak kerana mereka mahu keluar daripada kekangang ini...

    ReplyDelete
  20. Salam...

    Di dalam kita berkempen kita akan melalui masalah ekonomi yang gawat ini sehingga ada yang hilang pekerjaan terutama didalam industri eletrik dan eletronik...siapa yang pedulu mereka ini...Di Selangor dan Penang sudah ada tanda-tandanya ...jika tidak percaya tunggu selepas Tahun Baru cina.

    Kepada yang kerap berjanji mahu tubuh kerajaan baru jangan jadi munafik sehingga ramai terpedaya atas kebodohan sendiri...

    pls:---Lu fikirlah sendiri

    ReplyDelete
  21. kalau nak tunggu calon yang bersih 100%,
    tiadalah yang mahu bertanding :-)




















    Suara Keramat Rakyat Terengganu :
    Tiada Halangan Hanya Peluang :-)
    http://pro-faizal.blogspot.com
    Takkan Melayu Hilang Di Dunia
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu ;-)
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. salam dato seri,
    again your opinion is bias...

    lihatla balik..sape yang memberi gambaran buruk sebenarnya kalau bukan bn..
    pas dilabelkan parti pengganas...parti ajaran sesat.. dan macam2 lagi...
    ape nak buat media dibawah tangan mereka...

    tapi yang uniknya, rakyat tak terbeli.. kami bukan hidup dalam tahun 70an atau 80an.. zaman percaya bulat2 surat khabar dah berakhir...

    monsun cup, projek mega masjid kristal yang sangat membazir, taman tamadun islam yang entah ape kebenda, corak pemimpin bn yang boros (isu mercedes dan pelbagai), cara bn menaikkan harga minyak dan tekanan keatas rakyat, isu royalti ...

    rakyat bijak menilai.. adil ke tidak kerajaan bn.. betapa byk kejahanaman yang telah mereka lakukan...


    masa untuk berubah... media kami akan menganyang isu ini..
    terus terang saya cakap.. bn akan gagal mempertahankan parlimen ini jika pilihanraya diadakan seadilnya

    ReplyDelete
  23. stratergi untuk menjatuhkan bn pada prk13 telah kami persiapkan... stratergi ini akan dilakukan secara tersusun.. smart and inteligent way...

    selamatkan malaysia....

    ReplyDelete
  24. Salam Hormat.

    Renungan bersama buat Calon PRK KT,DS dan sahabat.

    Ucapan Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq ketika baginda mula-mula dipilih menjadi Khalifah.

    "Wahai sekalian ummat!.Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik diantara kamu.Sebab itu jika pemerintahanku baik,maka sokonglah.Tetapi jika tak baik,maka perbaikilah.Orang yang lemah diantara kamu adalah kuat disisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya.Sedang orang yang kuat diantara kamu adalah lemah disisiku,hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada disisinya,untuk dikembalikan kepada yang berhak semula.Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya.Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah,maka kamu sekalian tak harus lagi patuh kepadaku.Aku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya.Demi Allah aku ingin benar kalau ada diantaramu yang cekap dalam urusan ini.Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yg telah dilakukan oleh Rasulullah saw,sungguh aku tidak dapat memperkenankannya,Rasulullah saw adalah mendapat kurnia wahyu dari Allah,kerana itu Baginda terpelihara dari kesalahan-kesalahan,sedang aku ini hanya manusia biasa yang tidak ada sedikitpun kelebihannya dari seorangpun diantara kamu".

    Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq telah membawa pembaharuan dalam pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh rakyat kerajaan Rome Dan Parsi yang memerintah dunia Barat dan Timur ketika itu.Baginda telah mematuhi menifesto politiknya.Baginda hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka didewa-dewakan.

    Saudara WMU350,bagi saya pemimpin melayu hari ini harus sedikit sebanyak mempunyai kredibiliti seperti Khalifah diatas.BUKAN mencari yang sempurna kerana memang tiada manusia yg sebegitu.

    Dr Mohamad Khir Toyo mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang kita perlukan,memang jauh dari sempurna tetapi saya berani memberikan sokongan saya untuk beliau dan berusaha untuk mempastikan beliau berjaya menjadi PEMIMPIN PEMUDA kita.

    WASSALAM.

    ReplyDelete
  25. SUKJ PRO KJ MENULIS.....
    Di sini saya menjemput semua anak muda dinegara ini sama ada pemuda atau pemudi sentiasa bersama saya untuk kita memberi sokongan yang padu kepada KJ yang kini merupakan 'Pemimpin Muda' yang mempunyai bakat seorang pemimpin yang luar biasa, cerdik, pintar, berilmu, berwibawa, cekal dan berani.

    HA SINI WMU350 HANTAR...TENGOK DIA SIARKAN TAK

    PIIIRAHHH.

    ReplyDelete
  26. SUKJ said...
    kepada wmu350,

    1. Saya merasa sungguh gembira kerana dapat DELETE comment anda. Faham tu..?

    2. Blog ini 'Jelas dan Tegas'.

    3. Jangan buang masa anda

    10/1/09 16:02

    KAN SAYA DAH CAKAP DIA TAK KAN SIARKAN....ORANG YANG AMPU KJ DAN BERI KEUNTUNGAN POLITIK PADA KJ SAJA YANG SUKJ AKAN SIARKAN...JADI PADA SAPA2 YANG SUKA BLOG SUKJ BACA YANG TERSIRAT DISEBALIK YANG TERSURAT.

    TUNGGU SAYA BILA TIBA MASA DAN KETIKA SAYA AKAN BERI HUJAH SAYA BAB KETUA PEMUDA NI....

    SUKJ MENGAPALAH KO TAKUT DENGAN ARTIKEL SAYA.....SAYA TAK DAPAT MASUK BLOG SUKJ SAYA MASUK BLOG DS KHIR PUN TAK PE....SAYA MENYIRAP SEBAB DIA PANDANG RENDAH PADA CALON TERBAIK UNTUK GENERASI SAYA...
    ADA KE DIA HANYA TANYA ANTARA KJ DAN MUKHRIZ SIAPA LEBIH LAYAK.....PIIRAHH CIT...POOODAH

    ReplyDelete
  27. Sdr Zul CaR 9 dan sahabat bloggers lain,

    saya lihat pemikiran sdr maseh terkongkong dgn dakyah parti tertentu,saban kali ada pilihanraya kecil atau umum isu yang pasti timbul dan diulang berkali kali adalah isu undi hantu,ketidak adilan SPR,Penyalahgunaan jentera kerajaan,medi massa tidak berlaku adil dan media memutar belitkan pandangan pemimpin tertentu dan banyak lagi.

    Yang menggusarkan saya bila mana kejayaan memihak kepada mereka seperti di Permatang Pauh isu itu mati disitu,tiada kedengaran desakkan tindakan utk mengambil tindakan dan sebagainya.

    Sebenarnya perkara ini ditimbulkan adalah kerana utk membentuk pemikiran penyokong mereka seperti sdr utk mempercayai jika mereka tewas ia adalah disebabkan penyelewengan pihak tertentu sekaligus mengatakan bahawa rakyat inginkan mereka,bukankah ini sikap sombong dan bongkak mereka.jika BN yang melakukannya sdr akan kata lihat betapa bongkaknya BN.

    Berkait dgn projek mega yang dibuat samada di Terengganu ataupon di tempat tempat lain,memang sentiasa kedengaran insan spt sdr akan melaungkan ia adalah pembaziran,saya ambil contoh jambatan Pulau Pinag,Lebuhraya utara selatan,KLCC, PutraJaya dan lain lain.dulunya semua membazir tetapi berani sdr atau teman sdr mengatakan ia membazir sekarang.
    Dulunya Cm Pulau Pinang juga berceramah keseluruh negara mencanang dgn penuh yakin jambatan Pulau Pinang projek gajah putih dan satu pembaziran dan mengaitkan dgn kegagalan kerajaan menyelesai masalah miskin dalam negara,tetapi tanpa rasa bersalah sedikitpon hari ini memohon jambatan kedua dibina.

    Saya yakin sdr juga akan bersikap sedemikian bila mana projet Pulau Duyong ini akan jadi tarikan utama pelancong ke Terngganu dan perlu ditambah produknya di masa akan datang.

    Perkara ini berlaku kerana sdr dan teman sdr tidak pernah berfikir secara fokus dan belajar memahami kesilpan sendiri kerana asik mencari kesalahan orang lain.

    Contoh terdekat yang berlaku di Selangor,bila sahaja Tan sri Khalid berjaya membetuk kerajaan,beliau dan ahli Exco dgn begitu bangga mengatakan kerajaan melakukan pembaziran menukar kereta selepas bentuk kerajaan baru ,dan mereka menunjukkan betapa mereka ini berhemah,tak akan tukar kereta malah keluar gambar mereka dgn bangga kereta yang ada memadai,hari ini apa kata mereka bila tukar kereta dari proton ke Camry yang lebih mahal atas alasan berjimat cerm at. Mereka berbelanja lebih kurang rm 2.52 juta.

    Saya ingin bertanya pada sdr apakah tindakkan mereka memperbodohkan rakyat ini dapat dipertahankan.Bagi saya mereka ini tak ubah spt kera dapat bunga.

    ReplyDelete
  28. Dato

    Inilah penyakit orang UMNO - kata dulang paku serpih. Takkan dah lupa bagaimana UMNO menjalankan kempen semasa RPK pematang pauh tempohari? Bagaimana character assisinattion yang maha dasyat telah dibuat dengan menggunakan semua saluran media yang ada untuk menyerang peribadi DSAI.

    Kat KT pun sama. UMNO dah turunkan ezam bagi membuat serangan peribadi terhadap DSAI.

    bat8

    ReplyDelete
  29. Dato

    Isu pertukaran kereta oleh kerajaan Selangor dan perak ni janganlah dibaca sebelah pihak je. Bagaimana dengan tindakan kerajaan terengganu sekarang yang menukar kereta exco-exco dari proton perdana kepada mercedes E200?

    Ketiga-tiga kerajaan negeri tersebut memberi alasan bahawa kos penyelenggaran kereta proton tersebut adalah terlalu tinggi disamping soal kerap rosak.

    Anehnya isu kerajaan selangor dan perak membeli toyota camry je yang nampak. Agaknya harga kereta toyota camry ini lebih mahal dari kereta mercedes E200 yang diberi oleh kerajaan terengganu kot? Lalu isu pembaziran oleh kerajaan selangor dan perak menjadi persoalan

    Soalnya, perangai yang orang lain semuanya tak elok, yang elok semuanya yang UMNO buat inilah yang menyebabkan berlaku tsunami kat selangor ni. Juga jika UMNO masih nak main silap mata macam ni, sampai bila pun tak akan dapat kepercayaan dari rakyat.

    bat8

    ReplyDelete
  30. Mohd Adha

    Isu hududPAS adalah satu modal klasik yang digunakan oleh UMNO dimana-mana pilihanraya.

    Bagi menyelesaikan isu hudud ini, eloklah rasanya UMNO membentangkan hukum hududnya sendiri agar rakyat dapat menilainya. Ini asyik dok dok tuduh hudu PAS tak betul, tak praktikal.Mana hudud yang UMNO kata betul?

    Hakikatnya, main politik ni kena ada batasnya.

    bat8

    ReplyDelete
  31. Dari lapuran terakhir dari gelanggang KT Wan Farid ketinggalan 10% dibelakang calun PAS. Tempuh berkempin hanya tinggal beberapa hari lagi
    satu pendekatan baru perlu dibuat kalau tidak KT menjadi milik PAS.

    ReplyDelete
  32. Dari lapuran terakhir Wan Farid masih tertinggal 10% dibelakang calun PAS . Pendekatan baru perlu dibuat beberapa hari ini kalau tidak PAS akan menang .

    ReplyDelete
  33. 10%? banyak tu, tapi kan umno pandai main silap mata.

    ReplyDelete
  34. saya berdiri bersama sausara zulcar9. kamilah generasi malaysia baru yg menentang kezaliman pemerintah dan memacu malaysia ke arah zaman yg lebih telus dan adil.

    ReplyDelete
  35. harap lepas ini ada lagi yb mati cepat...banyok boleh pitis macam hujan...ye lah duit komisyen banyak maa....

    ReplyDelete
  36. Salah seorang yang dikira banyak bercakap mengenai kekalahan di Terengganu itu ialah bekas MB Selangor, Mohamad Khir Toyo. Cara Khir Toyo ulas mengenai kekalahan di Kuala Terengganu dan membidas partinya seolah BN masih berkuasa di Selangor. Seolah Khir Toyo masih menjadi YAB di Selangor.

    Kalau Khir terlupa ingin diberi tahu bahawa dia ialah ketua pembangkang di DUN Selangor, bukan ketua kerajaan Selangor lagi.

    Antara cadangan Khir ialah supaya BN mengikut apa yang dibuat oleh Tun Razak Hussein. Katanya Tun Razak untuk memulihkan semangat dan memperbaharui Umno telah menukar simbol dari kapal layar kepada dacing, daripada nama Perikatan kepada Barisan Nasional.

    Geli hati saya mendengar cadangan Khir ini. Teringat kepada penduduk kampung di pedalaman Kelantan ditahun-tahun 60-an dulu yang menukar nama-nama anak mereka kepada nama lain, untuk menghalang penyakit. Misalnya kalau kesihatan budak itu kurus, laih dan tidak gemuk (disebabkan serangan cacing kerawit), nama mereka ditukar. Daripada Mat Kossim misalnya kepada Abdul Jamal. Atau kalau perempuan daripada Mek Nab kepada Siti Rahmah.

    Anihnya selepas itu ada juga menjadi, tetapi banyak yang tidak memberi kesan! Mungkin Khir mengambil ilham amalan dan kepercayaan tradisi Melayu ini. Khir memang suka bermain dengan peralatan tradisional orang Melayu. Satu masa dulu beliau memberi penyapu kepada pegawai PBT sebagai simbol atas kelemahana PBT. Akhirnya penyapu terbalik ke mukanya sendiri. Sebuah kerajaan negeri hanyut.

    Pada saya cadangan Khir yang membabitkan nama Tun Razak itu tidak lain dan tidak bukan kerana ingin menarik perhatian anak Tun Razak sahaja, itu Najib Razak. Orang Melayu kalau bapanya dipuji dia akan suka. Khir mungkin mengharap Najib akan menyetujui dan menyukainya. Manalah tahu dengan suka itu akan mengalir sikit undi (pengaruh Najib) ke dalam peti undinya yang akan bertanding ketua Pemuda.

    Sebenarnya Khir tidak payah mainkan sentimen Tun Razak kerana nak menagih undi dari penyokong Najib. Kalau kita ada kemampuan, wibawa dan bakat sendiri kita gunakan modal sendiri. Khir harus menjual kebolehannya sendiri untuk jadi Ketua Pemuda Umno. Misalnya Khir boleh senaraikan kejayaannya selama lapan tahun menjadi MB Selangor. Modal itu sudah cukup besar untuk Khir.

    Jika dibandingkan dengan dua calon lagi, Khir sudah terlebih modal. Khir ada track recordnya sendiri sebab dia berpeluang menjadi pentadbir. Orang boleh nilai kebolehan Khir selama lapan tahun itu. Khiry Jamaluddin dan Mukriz Mahatahir dua lagi calon ketua pemuda tidak ada kesempatan itu. Khairy hanya ada keberanian berhadapan dengan sesiapa sahaja. Manakala Mukriz hanya menumpang tuah dan menggunakan air liur bapanya sahaja.

    Jadi Khir yang sudah menjadi MB lapan tahun gunakanlah modal berkenaan. Usahlah memainkan nama Tun Razak kerana nak tagih simpati Najib dan kumpulan-kumpulannya. Seorang ketua pemuda di era globalisasi mesti berani untuk berhadapan dengan sesiapa saja dan sedia menjawab persoalan yang dibangkitkan apa juga mengenai diri kita. Kalau kita penakut macam mana nak jadi panglima? [wm.kl

    ReplyDelete
  37. Salam...

    Ramai sudah pembelot dalam Umno kerana tidak dapat keuntungan cepat berubah umpama bajingan...Jika diluar negara orang begini tidak akan hidup lama baik diri beliau atau keluarganya tetapi kerana Negara Malaysia yang terbaik dengan keluhuran undang-undang tidak berlaku tetapi bagi mereka yang kecewa atau fanatik mungkin berlaku

    ReplyDelete
  38. Salam...

    Kenyataan Anwar di parlimen bahawa pelaburan sudah berkurang semenjak dia keluar penjara...Anwar telah melobi diluar negara supaya pelabur jangan di Malaysia supaya rakyat akan kehilangan pekerjaan dan akhirnya menyalahkan kerajaan lambat bertindak menolong rakyat.Sekarang ramai sudah hilang pekerjaan termasuk saya kerana angkara manusia ini yang mahu jadi PM

    Inilah rancangan seperti cerita dalam filem holloywood dimana CIA telah mempergunakan orang yang berpengaruh di dalam sebuah negara dengan memecah belah rakyat.

    Kenapa ANWAR IBRAHIM tidak berani didalam parlimen menyatakan bahawa beliau akan menggerakan Angkatan Muda Keadilan untuk mempertahankan Gaza jika ia berjuang demi Islam hanya menyatakan kesedihan(semua orang pun boleh buat sedih)..Sebenarnya kenapa anwar kerap pi ke Turki(sebab kat sana ejen-ejen CIA dan Natinoal Servis ramai)...Siapakah di kalangan pengikut Anwar yang sanggup bertanya dimana dia mendatang kewangan yang besar.

    Kes rakyat mongolia yang dibunuh itu..Kenapa Anwar Ibrahim menjaja-jaja merata-rata???(dulu Anwar pun pernah jadi menteri pertahanan,pelajaran dan kewangan) maka dia tahu semua juga rancangan seperti filema holloywood dimana CIA akan merancangkan agar seorang itu dibenci dan akhirnya digulungkan seperti Saddam Hussein...

    Sebab kita perlu kambing hitam(bagaimana ada dokumen jatuh ditangan Anwar seperti lapuran doktor tentang kes Liwat Anwar)untuk melaksanakan misi dan ini dilaku oleh Anwar Ibrahim sehingga dapat menyakinkan rakyat untuk membenci kerajaan bahawa KERAJAAN BN zalim dan sebagainya.

    ReplyDelete
  39. Salam semua! Aku kekadang bertanya kepada diri sendiri dan terutama pemimpin di atas termasuk Dr Khir. Adakah pengundi hari ini bangang belaka? Adakah pemimpin-pemimpin Umno itu pintar? Tidakkah mereka tahu segala perbuatan mereka diperhatikan rakyat? Rakyatlah raja yang sebenar patut dijaga, bukan hanya omongan kosong dan retorik sahaja. BN/Umno berjaya membangunkan negara ini selama 50 tahun, tapi apa terjadi kepada majoriti anak muda melayu? Dr Khir ada visikah merubah ini semua? Atau matlamat memenuhi agenda kocek dan kroni sendiri? Mengapa Harakah menyalahkan Dato' Sri Najib di Terengganu. Padahal calon itu (Wan Farid) adalah pilihan KJ, Pak Lah jadi patung sahaja, jadi Najib terpaksa ikut permainan puppet KJ. Azeez Rahim kat Baling pun serupa, masalah kat tempat sendiri pun tak boleh settle, tengok kat sini http://kakchah7.blogspot.com. Hari ini aku dapat berita dari sumber yang dipercayai lebih 3000 anak muda di Baling menyertai Pas. Kerana apa? Dr Khir mungkin ada jawapannya tapi pasti semua orang dah sedia maklum jawapannnya. Aku nak tanya lagi PRU13 2012 pengundi muda lebih 49%, hampir 90% akan pro PR, apa yang Dr Khir nak buat. Satu lagi kalau menghadapi masalah macam Dato' Seri Tajaol, adakah Dr Khir boleh bertindak dan berasa bersalah macam Dato' Seri Tajol. Kalau hanya omongan kosong, insyaAllah 2012 Malaysia milik PR. Salam, Asri, Baling. myocate@yahoo.com.

    ReplyDelete