Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, February 25, 2009

Catatan II: Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul

Saudara kusut dan sahabat sahabat bloggers lain,

Melalui pengalaman saya sendiri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dulunya BPR, tidak pernah memilih bulu untuk mengambil tindakan terhadap aduan-aduan yang dibuat oleh orang ramai.

Saya sendiri mempunyai pengalaman yang tidak menyeronokkan bersama SPRM, namun itu adalah lumrah apabila kita diberi kuasa maka harus ada pertanggungjawaban.

Saya difahamkan bahawa ada usaha-usaha untuk terus mengulangi tuduhan-tudiuhan lama sekitar 2001 dahulu sebagai serampang dua mata iaitu menyelamatkan kepimpinan negeri yang ada hari ini dan "agenda politik".

Untuk pengetahuan semua, aduan terhadap saya telah disiasat dengan teliti antara 2002 - 2004. Saya sendiri terpaksa berhadapan dengan para pegawai BPR beberapa kali yang ada antaranya memakan masa sehingga sepeuluh (10) jam dalam satu pertemuan.

Bagi saya para pegawai yang ada cukup profesional dan mereka tidak menampakkan sikap terlalu hormat atau takut biarpun saya seorang Menteri Besar. Malahan sejarah menunjukkan bahawa jika ada kes yang kukuh BPR dan sekarang SPRM tidak teragak-agak untuk mendakwa sesiapa sahaja yang membuat kesalahan.

Malahan ketika itu puluhan fail dari pejabat saya diambil oleh BPR untuk penyiasatan. Alhamdulillah selepas berbulan melalui proses siasatan semua tuduhan terhadap saya merupakan fitnah dan tiada asas untuk pendakwaan.

Saya tahu ada yang beranggapan bahawa saya dilindungi oleh politik naungan menyebabkan BPR tidak mengambil tindakan terhadap saya. Saya tidak pernah percaya bahawa ada pemimpin UMNO begitu bodoh untuk cuba mempengaruhi siasatan BPR kerana ia boleh mengakibatkan senjata makan tuan.

Malahan jika sesiapa memahami senario politik sejak 2003 sehingga sekarang pasti mengetahui bahawa jika ada kesalahan, saya pasti akan didakwa.

Jangan kerana kita beranggapan seseorang itu korup maka kita membuat keputusan SPRM tidak adil kerana tidak mendakwanya. Persepsi dan realiti tidak selalu seiring. Memang mudah membuat tuduhan tapi bukan semua tuduhan itu bereerti sudah ada kesalahan berlaku.

Selama berbulan saya terpaksa menanggung derita, orang ramai memandang serong terhadap saya, rasa amat berat sangat yang terpaksa saya pikul,sampai satu ketika saya rasa menyesal libatkan diri dalam dunia politik.

Atas pengalaman tersebutlah saya amat berhati-hati mengeluarkan sesuatu kenyataan kerana saya amat sedar kesannya pada mereka yang terlibat.

Berkait dengan kes yang menimpa YB Elizabeth, saya telah nyatakan awal-awal lagi saya amat bersimpati terhadap apa yang telah terjadi. Saya tegaskan di sini saya tidak terlibat sama sama sekali, malah saya sendiri tidak melihat gambar-gambar tersebut, walaupun cerita-cerita ini telah saya dengar.

Saya ditanya oleh wartawan apa pandangan saya terhadap kes tersebut,saya nyatakan secara pertanyaan bagaimana YB Elizabeth hendak berhadapan dgn orang ramai jika gambar tersebut tersebar luas, bagi saya pastilah beliau akan menghadapi saat-saat sukar dan memalukan. Untuk itu bagi saya eloklah beliau melepaskan jawatan bagi mengelakkan aib diri dan negeri.

Saya membuat kenyataan tersebut juga kerana berasakan ada kemungkinan ada serangan yang berterusan oleh pihak tertentu dalam Pakatan Rakyat sendiri. Melihat sejarah politik negara juga saya amat bimbang jika akan lebih banyak perkara yang terbongkar berbanding hanya dua gambar yang bukan salah beliau pun.

Saya ingin tegaskan saya tidak terlibat sama sekali dalam konspirasi ini sebagaimana tuduhan yang dibuat terhadap saya oleh para penyokong Pakatan Rakyat, yang saya anggap tidak pernah rasional pemikirannya.

Berkait dengan pendedahan kes salah guna kuasa YAB Menteri Besar,saya memperolehi dokumen-dokumen tersebut yang dihantar melalui pos ke rumah saya. Sebenarnya ada banyak lagi dokumen-dokumen yang telah saya terima dan dalam simpanan saya, cuma saya juga meragui kesahihan,sebab itu saya simpan dan tidak dedahkan.

Saya merasakan sebahagiannya ada kebenaran bila mana sebuah NGO, GERAK membuat laporan pada SPRM,saya terpanggil utk mendedahkan dokumen tersebut pada khalayak ramai, ditambah lagi kenyataan YAB Menteri Besar yang suka berubah-ubah.

Sebagai ketua pembangkang saya terpaksa menjalankan tugas saya, masih belum sampai hati saya untuk membuat laporan kepada SPRM.

Saya juga dituduh berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat melalui GERAK. Saya ingin tegaskan saya tidak pernah bersemuka dgn GERAK dan saya tidak mengenali mereka.

Hari ini terbukti ada kebenarannya laporan GERAK dan dokumen-dokumen yang saya perolehi. Adakah saya melakukan kesilapan dengan melakukan tindakan tersebut?

Bagi para penyokong Kerajaan Campuran di Selangor, kita harus bersikap terbuka dan profesional, bila mana pemimipin parti yang tak sebulu dengan kita kena ambil tindakan atau pun sekadar disiasat, mereka telah membuat kesimpulan dan segala tuduhan mereka itu betul dan mesti diambil tindakan mengikut kehendak mereka,jika tiada kes yang boleh disabit mereka akan membuat kesimpulan juga yang SPRM tidak adil dan melindungi individu tersebut.

Mereka membuat keputusan setiap aduan yang dibuat oleh mereka itu semua betul dan tak perlu siasat, terus saja ambil tindakan. Itulah cara mereka berfikir kerana mereka adalah orang orang yang tidak menggunakan akal fikiran mereka dengan waras lagi.

Bagi saya YAB Benteri Besar perlu melalui proses pembersihan diri beliau dengan akur terhadap proses undang undang dan pegang kata kata beliau bahawa seorang penjawat awam yang dibicarakan perlu mengosongkan jawatan bagi membenar proses undang undang berjalan lancar dan mahkamah dapat membuat keputusan yang adil.

Saya tidak fikir SPRM akan sengaja mengada-adakan bukti untuk mendakwa Tan Sri Khalid atau sesiapa sahaja.

Bagi saya mereka yang marah-marah ini hanyalah pihak yang berkepentingan dan mereka yang merasakan ego mereka tercabar kerana selama ini selalu melabelkan pemimpin UMNO sebagai koruyp dan jahat.

Hari ini rupanya air yang mereka tepuk sudah terkena muka sendiri.

91 comments:

  1. Dato Seri,

    Sedih sungguh melihat senario kaum Melayu hari ini asyik bergaduh,dengki dan mengkianati sesama sendiri...bak kata pepatah " YANG KALAH JADI ABU YANG MENANG JADI ARANG....YANG RUGINYA ORANG MELAYU JUA....Jadi cubalah fikir-fikirkan.

    ReplyDelete
  2. Guru Tadika: "Murid-Murid semua,mengikut kalendar Tionghua,tahun ini ialah tahun apa?"
    Murid: "Tahun Lembu,cukgu!"
    Guru: "Macam mana eja Lembu?"
    Murid: "L E M B U ,lembu cikgu"
    Guru: "Okay,murid semua,ikut cikgu;
    L for LEXUS,
    L for LEMBU,
    L for Lenjan,
    L for Londeh,
    L for Latah."

    Murid: "Cikgu, satu lagi,ayah saya kata; L for BELAJAR (Belajar Memandu)!"

    Guru: "Ye ke?"

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum DSKT,
    Kekadang saya kagum dgn orang politik nie....sekajap kata lain...esok kata lain...dan muka bole selamba je...DSKT, saya bukan jadi ahli politik memana parti dan belum lagi mengundi even dah layak...tapi penduduk bawahan dah muak dgn sandiwara sesetengah parti...media massa habis digunakan.,...ingatlah DSKT, rakyat dah pandai berfikir, cuba DSKT pikir sendiri...untung ke selaku MB negeri selangor yg diakui negeri terkaya dimalaysia, MB sekarang nie nak salah guna lembu dan kereta...my 5 sen opinion, kalo saya MB, and saya nak seleweng better puluh2 juta...so biar berbaloi...buat apa sikit2 x berbaloi..pikir2 le...itu sebagai contoh shj...hope u can response.

    ReplyDelete
  4. DS, kalaulah semua pemimpin ni adil, tentu dunia ni aman sentosa, tiada peperangan, tiada perselisihan..tetapi akibat pemimpin yang selalu menggunakan kuasa yang tak tentu arah maka jadilah tunjuk perasaan, baring atas jalanraya...sama saja semua pihak suka berdemontrasi, DS sendiripun pernah di bawa ke balai polis akibat buat perhimpunan haram di Penang tempoh hari, padahal selama ini DS benar2 membenci puak2 yang mengadakan demo. Tetapi akibat ketidakadilan pihak berkuasa dan media, maka perhimpunan DS tu di sebut sebagai 'perhimpunan aman'. Lihatlah betapa berlakunya `double standard` di dalam kerajaan, maka tidak hairan kalau ada kes2 yang dipinggirkan oleh SPRM lebih2 lagi jika ada arahan oleh pihak atasan supaya `tiada kes`. Semua boleh jadilah DS, semua kuasa ada di hujung jari, ini mahkamah dunia boleh pinda2.

    ReplyDelete
  5. Dr ada simpan fail sulit kerajaan negeri?
    nanti SPRM akan serbu pejabat Dr. Tak risau ke?

    lepas tu jd mcm nik aziz, baru ckp beliau di sogok, terus BPR cari beliau. bukan cr penyogok.

    dgr cerita, SPRM mmg terlau tegas..

    ReplyDelete
  6. Salam DSKT,

    Saya pernah melalui detik-detik disiasat oleh BPR. Cuma org yg pernak melaluinya dapat merasai betapa peritnya saat-saat itu. Bersabar lah DS.

    ReplyDelete
  7. dah banyak komen disampaikan, tetapi tak nampak-nampak pun disiarkan walaupun dalam cara yg berdisiplin ...

    kalau tak silap ... DS orang pertama yg menggesa Elizabert mengundur diri ATAS SEBAB .... TINDAKAN BELIAU TIDAK BERMORAL ...

    sekarang kata pula yg lain ...

    ReplyDelete
  8. Salam Dr,

    Kami mempelawa Dr join

    http://groups.yahoo.com/group/umnobukitjelutong/

    Bersama memberi pendapat dan komen

    Terima kasih,

    Rakyat

    ReplyDelete
  9. salam dato.. harap dapat jawab segala pertuduhan tan sri khalid tentang pembelian pangsapuri di saudi sewaktu Dr Khir memerintah selangor.. Beliau cube mengalihkan pandangan masyarakan daripada kes rasuah lembu dan penyalahgunaan penyelengaraan kereta peribadi

    ReplyDelete
  10. salam wahai saudara khir,
    Mmg bnyk dugaan dan rintangan dlm masa kita msh hidup ini,tak kira lh samada kita ini org biasa atau org atasan.Semua ada dugaan dan rintangannya.Apa yg perlu dibuat semasa dugaan dan rintangan mendatang adalah dgn muhasabah diri dan berserah kepadaNya. Mmg di dunia ini sebagai pemimpin kita perlu hadapi apa jua situasi tetapi selalu lh ingat bahawa hanya kepada Nya saje kita perlu menjawab. Lakukanlh tugas dan tanggungjawab atas amanat sebagai khalifah Nya di mukabumi ini. Usah dikesali perjalanan yg telah saudara pilih ini. Tumpukan usaha utk jd manusia terbaik disisiNya.

    ReplyDelete
  11. DSKT,

    Saya cadangkan dedahlah seberapa banyak penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan PR sekarang. Jangan takut! Semuga Tuhan bersama-sama orang beriman seperti Datuk. Dedahlah banyak-banyak keaiban orang lain semuga dapat pula orang mendedahkan keaiban kita. Wallah..

    Salam.

    ReplyDelete
  12. sekarang nih da pukul berapa ye? xper Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dah bagi jam tangan lebih dari RM100k. Lembu untuk dimakan seluruh rakyat Bandar Tasik Selatan, bukannya Khalid sorang yang makan.

    ada plak org bukak blog untuk encil khir toyo, http://antikhirtoyo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. salam....ada masa kita diatas sampai terlupa rumput di bawah....

    ReplyDelete
  14. Salam Dato'

    Ujian akan berterusan menguji orang beriman.

    Kita akan berjaya atau tidak, bergantung kepada kesucian hati kita.

    Persepsi juga mainan syaitan dan hanya hati yang diselaputi dosa sahaja akan menganggap bahawa SPRM memihak kepada sesetengah pihak.

    Kerana mereka mengandaikan tanpa ada bukti yang nyata atas dakwaan mereka.

    Moga kebenaran semakin terserlah dan saya yakin semua pemimpin dan pejuang agama bangsa dan negara kita sudah pun mendapat hikmah yang besar atas dugaan selepas PRU 12 yang lepas dari kepahitan kalah dan jatuh maruah..

    Pahit itulah akan menjadi ubat kepada sedikit kelalaian mereka sebelumnya dan moga ia menjadi penawar kepada laluan perjalanan yang lebih jauh lagi selepas ini....

    tanpa ada lagi 'penyakit' akan datang mengganggu kita semua.


    banyak2kan berdoa untuk kemenangan selepas kekalahan.

    ReplyDelete
  15. "Tuanku Sultan Selangor telah menyatakan pendirian untuk tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur undang-undang dipatuhi," katanya MB Selangor.

    "Mengenai isu derma lembu korban pula, Tuanku Sultan tidak ada apa-apa halangan terhadap usaha sedekah, malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur, termasuk Bandar Tun Razak," katanya MB Selangor.

    Apa komen Dato?

    ReplyDelete
  16. Majlis Penyerahan Lembu-Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha Di Bawah Program Mesra Rakyat & Kerajaan Prihatin
    PUCHONG: Sempena sambutan Aidiladha baru-baru ini, sembilan daerah di Selangor menerima lembu korban untuk masjid dan surau sumbangan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). Sumbangan disampaikan melalui Pegawai Daerah serta Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada majlis di Dewan Serbaguna MPSJ, Batu 14, Puchong sempena dengan program Mesra Rakyat, Kerajaan Prihatin anjururan PNSB.

    Ketua Eksekutif PNSB, Datuk Abdul Jabar Kamin, berkata majlis itu mencerminkan sokongan padu PNSB selaku anak syarikat kerajaan negeri terhadap program Mesra Rakyat dan Kerajaan Prihatin yang ditekankan kerajaan negeri. Beliau berkata, PNSB rnenyumbang 123 lembu kepada masjid dan surau yang ditetapkan di setiap daerah di Selangor untuk dikorbankan dan diagihkan kepada fakir miskin. Katanya, bagi program sumbangan lembu sempena Aidiladha, PNSB rnendapat kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) menyediakan 123 ekor lembu dan menghantar ke masjid.

    "PNSB menyusun banyak program menjurus ke arah kemasyarakatan selaras agenda kerajaan negeri membela nasib rakyat termiskin menerusi pendekatan Mesra Rakyat dan Kerajaan Prihatin. Program ini berkonsepkan memberi tumpuan khusus kepada mengukuh dan mempertingkatkan kedudukan sosio-ekonorni komuniti yang kurang bernasib baik dengan memberi sokongan secara sumbangan atau program kebajikan," katanya.

    Abdul Jabar berkata, sebelum ini, PNSB banyak membabitkan diri dalam program amal yang dianjurkan kerajaan negeri dan Badan AmaI dan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis). Katanya, PNSB akan terus melaksanakan tanggungjawab sebagai anak syarikat yang bertanggungjawab dalam merealisasikan agenda kerajaan untuk membasmi kemiskinan agar rakyat yang kurang bernasib baik di Selangor menikmati hidup lebih selesa.

    "Prograrn kita tidak setakat membabitkan golongan kurang upaya, warga tua, anak yatim dan fakir miskin, malah menganjurkan seminar dan kursus peningkatan diri dan motivasi serta tuisyen khas untuk pelajar, khususnya dari keluarga miskin," katanya.

    Beliau berkata, waIaupun badan korporat, PNSB tidak ketinggaIan menyumbang kepada program Kerajaan Prihatin membina dan membaiki rumah usang rakyat termiskin yang giat dilaksanakan di Kuala Langat, Petaling, Hulu Selangor, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

    "Di bawah program ini juga PNSB diberi tanggungjawab mengenal pasti dan memperbaiki atau membina semula rumah nelayan di Selangor dengan peruntukan kira-kira setengah juta," katanya.

    Arkib Berita PNSB

    ReplyDelete
  17. Salam Perjuangan Datuk Seri..

    Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan sentiasa menyokong perjuangan Datuk Seri dalam memberikan info-info terkini mengenai politik tanah air melalui blog.

    Kami doakan Datuk Seri sihat sejahtera dan sentiasa diberkati Allah.

    Selamat bersidang di perhimpunan agung UMNO Mac ini. Siapa pun yang memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia (including you),kami akan sokong kerana perjuangan parti UMNO perlu diteruskan.

    BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT.

    En. Abd. Razak Muhamad
    KETUA UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
    BAHAGIAN WANGSA MAJU

    p/s : Sila layari blog kami. www.umnogombakselatan.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. DS, kenapa komen saya di dalam post DS yang sebelum ini tidak disiarkan? Saya dah faham jika komen yang menghempap batang hidung DS, tak akan DS paparkan. Berpegang di bumi nyatalah DS, saya tidak berbahasa kasarpun, tapi saya sangat berharap DS dapat memikirkannya secara waras, yang pertama demi AGAMA dan lain2 tu demi politik ke hapa ke, akan terbawa sama.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum,

    Dah 20 thn saya memerhati, memikir, mengkaji, menganalisa dari segenap aspek....orang UMNO/BN :

    1. Memang licik menyembunyikan sesuatu salah-laku.
    2. Mendapat restu dari PM & TPM.
    3. Mendapat perlindungan dari Polis.
    4. Mendapat perlindungan dari BPR (ketika itu).
    5. Mendapat pembelaan dari media massa.
    6. Rasuah dinamakan komisen
    7. Rasuah politik wang dipanggil politik wang

    Senario politik ketika ini:

    1. Orang politik nak jadi businessman
    2. Orang business nak jadi ahli politik

    Konflik yang sangat besar di sini telah berlaku & kesannya sampai kepada rakyat kerana unsur rasuah & cronism akan berlaku bila orang politik akan berdamping rapat dengan businessman dan businessman akan berdamping rapat dengan ahli politik bagai aur dengan tebing...saling memerlukan.

    Kita perlu ikut kaedah luar negeri, biar seseorang itu berkhidmat/bekerja mengikut bidangnya! Kerana jauhari lebih mengenali manikam...

    Dasar Ekonomi Baru tidak akan tercapai selagi semua salah-laku tadi tidak diperbetulkan segera!!!UMNO memerlukan satu anjakan paradigma untuk melakukan perubahan untuk keluar dari dunia rasuah dan salah-guna kuasa. Peruntukan yang disalurkan selalunya dimonopoli oleh sekolompok manusia sahaja, tidak sampai kepada rakyat.

    Rakyat sekarang telah nampak dan untuk terus relevan di kalangan orang Melayu UMNO harus berubah, jika tidak PRU 13 nanti UMNO hanya akan menjadi kenangan/sejarah pada orang Melayu yang akan dipelajari oleh generasi akan akan datang dalam matapelajaran Sejarah di sekolah!!

    Saya amat takut apa yang hebat diperkatakan sekarang tentang tentang rasuah & salah-guna kuasa tidak disedari oleh UMNO kerana mereka beranggapan apa yang dilakukan adalah betul dan benar tidak menyalahi mana-mana undang2 dunia atau akhirat. Saya juga takut mereka berada pada 'point of view' yang berbeza.. Oleh itu saya menyarankan agar semua pemimpin UMNO marilah kita berada pada 'point of view' yang sama dengan rakyat agar apa yang rakyat nampak akan turut sama nampak jelas oleh pemimpin!!!

    Siapa ketua, siapa pekerja? rakyat atau pemimpin?

    HIDUP MALAYSIA!!!!!

    ReplyDelete
  20. assalammualaikum,

    Buat yang dihormati DAto Seri Khir Toyo...machieveli ada mengatakan matlamat menghalalkan car... itu lah MB Selangor yang sekarang...pada saya is seolah-olah menderma dengan meggunakan hasil daripada kerja mencuri...simplekan.
    2. Daripada kita menyalahkan orang yang menyuruh Eli wong ni bersara apa kata kalo kita alihkan pulak kepada siapa yang mengeluarkan gambar tersebut, siapa yang mengambilnya ... dan of course kenapa gambar tersebut dikeluarkan..yang pasti bukan orang BN/Umno yang keluarkan....sebab kami takder masa nak selak kain orang nak amik gambar. tu biasanya macam kes selak kain kepada puteri Umno dulu saper agaknya.. agak nyer kerje selak menyelak ni memang kerja PR kot?
    3.Bab rasuah , saya rasa semua orang tahu , yang tiada orng yang maksum melainkan Nabi dan Rasul.
    so cara yang lebih baik ialah biar siasatan dilakukan ... dan tunggu keputusannya.. dan kalo kater ader kes masuk bicara.... tapi yang penting bila buat report mesti ada bukti bukannyer lembu...dan of course bila ada orang laporkan kepada media dia ditawarkan rasuah tentu lah kita akan orang tu untuk tau sapa yang bagi....sebab orang macam ni tak suka buat laporan kat pejabat tapi suker tuduh orang kat meida.....so pikilah sendiri...
    ok Dato seri tima kasih kerana sudi menyiarkan coretan saya. and of course goodluck for KP Malaysia.
    www.sungaipinangkapar.blogspot.com

    ReplyDelete
  21. SALAM.....SEMOGA PERJUANGAN SAUDARA BEROLEH KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT.

    ReplyDelete
  22. Dato..seri...

    saya tidak menyebelahi sesiapa.....

    apa yang saya mahu....dato seri sebagai bakal timbalan ketua pemuda ....kami mahu dato seri

    LIHAT REALITI bukan TUNJUKKAN PERSEPI....

    kalau dato orang yang bijak pandai dato akan faham

    ReplyDelete
  23. Air yang di tepuk dah terkena muka sendiri?

    Dato' saya begitu tertarik dengan komen saudara FARUL RAFIQ...

    sebab kalau saya jadi MB pun buat apa saya nak seleweng sekadar 48 ekor lembu dan maintenance kereta LEXUS...

    Dah tentu lah saya kan seleweng kan duit kerajaan negeri sampai berjuta - juta termasuk beli Pangsapuri di Arab Saudi...

    Dato' jngan tegakkan benang basah....

    cuba fikir secara RASIONAL

    ReplyDelete
  24. Dato' Seri

    Untuk jadi pemimpin Ultra-Melayu yang hebat Dato seri harus contohi DATO' ZAID IBRAHIM dan DATO' ZAHAR HASHIM.

    Mereka adalah pemimpin UMNO yang sebenar,kerana mereka berpijak pada kebenaran

    ReplyDelete
  25. Satu lagi En Khir, kesian kat rakyat Selangor, mereka2 ini dah malas nak tengok drama yang membosankan pasal politik ni. Come on, get your face straight and do the job together with them. A lot of rooms for improvement. Janganlah tak habis2 fikir tentang jawatan semata-mata. Kalau betul2 nk tolong rakyat, join NGO mcm Yayasan Salam tu.

    Antara sumber kewangan Balkis ialah daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor. Then tahun lepas slps Pakatan Rakyat take over Selangor, Balkis memindahkan dana yang besar ke Persatuan Makcik2 Datin n Nenek2 Tua Yang Tak Bertudung Malaysia. Kat sini pun dah nampak kepincangannya, Apalah sangat dengan sedekah kurban 100k berbanding dengan berjuta2 duit Balkis yg disalahpindahkan? Bukankah duit Balkis digunakan khusus utk anak2 Selangor, kenapa sekarang jadik hak milik anak2 malaysia?
    Sama tak dengan kes Tan Sri Khalid? Maybe penduduk dkt Bandar Tasik Selatan datang dari Selangor, siapa tau?

    Kalau sayalah rakyat jati Selangor, saya lebih rela memberikan duit untuk sedekah kurban kepada mana2 org yg memerlukan berbanding dengan memberikannya kepada pertubuhan yang bakal diterajui oleh Rosmah Altantuya tuh. Saya dah tanya semua kawan2 saya terutama yang berdaftar dengan UMNO (untuk mendapatkan kontrak kerajaan), org yg muda2 semua tak suka dkat Najib and semua org 100 kali tak suka dkat Rosmah, kenapa orang2 dlm UMNO nak sangat dia naik jdk PM? Muhyiddin is ur best choice for the post.

    Kalau SPRM betul2 menjalankan tugas, kenapa kes yang didedahkan Tun Mahathir mengenai salah laku Pak Lah n Najib merayu undi ahli-ahli UMNO tak diwar-warkan? Kes yang sama juga dilaporkan oleh Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya sebelum ini. Kenapa tak didedahkan. SPRM tu cuma bertukar nama sahaja, bukannya skop kerja. Masih lagi bergantung kpd Peguam Negara untuk mendakwa. Masih lagi report kpd PM, kenapa tak report terus kpd YDPA? Saya tak tau sama ada sekarang ini UMNO menyelamatkan Melayu atau sebaliknya.

    Sumber Chedet: http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/08/rasuah-dalam-umno.html

    ReplyDelete
  26. KURANG HAJAR PUNYA KARPAL SING...... BILA KARPAL KATA PEMUDA UMNO CILAKA.....CILAKA LAH KARPAL SING YANG SEBENARNYA

    KARPAL SING HARUS INGAT YANG MASIH RAMAI PEMUDA UMNO YANG BIJAK DAN PANDAI DALAM MEMERHATIKAN PERCATURAN POLITIK NEGARA KETIKA INI ...DAN JANGAN INGAT PEMUDA UMNO TAK DE TELO...DIAM BUKAN BERERTI BACUL...KERANA YANG DIAM JIKA DIA BANGKIT BARU LU TAU BUMI MANA YANG LU PIJAK....

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum
    Tahniah semakin anda ditekan semakin terserlah keberanian dan membuktikan ANDA tidak bersalah.Semoga Allah menjaga saudara dan ingatlah doa orang teraniaya cukup dekat dekat Allah.Mintalah kepadanNya semoga Anda terus dilindungi oleh Allah.

    Cuma jgn minta diperjahanamkan org2 yg aniaya saudara Nabi tak pernah ajar....

    ReplyDelete
  28. Harap dapat menjawab semua tuduhan MB Selaangor tentang jual beli Apartmen di Mekah dan lain-lain lagi.

    ReplyDelete
  29. saklam,
    berani kerana benar, takut kerana salah. sepatutnya begitulah.
    tp boleh pakai lagi ke ungkapan itu..?

    ReplyDelete
  30. Dato' Seri,

    Sejak tahun 1998, politik negara tidak begitu aman dan tenteram lagi.

    Dengan wujudnya PKR, suasana politik kini penuh dengan dugaan dan cabaran sehingga kita semua lupa mengenai tanggungjawab kita sebagai sebuah negara yang aman sejak merdeka lagi.

    Kita kini lebih mementingkan politik berbanding pengisian kemerdekaan. Perkara kecil diperbesarkan.

    Sebagai ahli UMNO, saya kecewa dengan tingkah laku pembangkang yang kononnya bijak mengurus dan mentadbir.

    Mereka mementingkan hal mencari kesalahan orang lain berbanding menjalankan tanggungjawab memerintah.

    Saya ingin menarik perhatian rakan blogger sekalian iaitu:

    a) Adakah Pakatan Rakyat sebuah pertubuhan yang haram? Sebelum PRU 12, pembangkang bertanding atas parti masing-masing. Selepas PRU 12, mereka menubuhkan PR tanpa mendaftarkannya dengan Pendaftar Pertubuhan. Tidak seperti BN.

    b) Sejak tahun 1998, pembangkang sering menggunakan undang-undang dan perlembagaan sebagai landasan untuk mencapai cita-cita politik. Sudah berapa banyak peguam dan tafsiran undang-undang digunakan untuk menyebelahi mereka.

    c) Jabatan dan agensi kerajaan juga diseret sama dalam kancah politik negara. Paling ketara ialah Polis, SPRM dan SPR. Bukan itu sahaja, pegawai kerajaan juga terheret sama sekiranya terdapat sesuatu perkara yang tidak menyenangkan pembangkang.

    d) Pembangkang dikenalpasti menggunakan taktik pecah dan perintah. Antaranya menggunakan Parlimen untuk mencapai sesuatu maksud seperti membuat tuduhan di dalam Parlimen seperti yang dilakukan oleh Karpal memandangkan terdapat kekebalan ahli parlimen.

    e) Pembangkang menggunakan kaedah debat, demontrasi dan perhimpunan di samping mengajak pihak lain terbabit. Contohnya, perhimpunan membantah PPSMI.

    f) Menggunakan golongan muda untuk terbabit dalam pelbagai bentuk aktiviti yang menyokong pembangkang termasuk pilihan raya.

    Jelas sekali, pembangkang menggunakan pelbagai bentuk aktiviti dan helah yang membolehkan mereka mencapai matlamat untuk memenangi pilihan raya dan seterusnya memerintah negara.

    Memang adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Tetapi kalau pihak yang kalah dan tidak mahu kalah pelbagai kaedah digunakan untuk membolehkan mereka menang walaupun selepas perlawanan di mana penyokong sesuatu pasukan bergaduh dengan penyokong pasukan lain seperti yang pernah berlaku di Eropah dalam permainan bola sepak sebagai cara melahirkan perasaan tidak puas hati.

    Sekian.

    ReplyDelete
  31. Dato' Seri,

    Sejak tahun 1998, politik negara tidak begitu aman dan tenteram lagi.

    Dengan wujudnya PKR, suasana politik kini penuh dengan dugaan dan cabaran sehingga kita semua lupa mengenai tanggungjawab kita sebagai sebuah negara yang aman sejak merdeka lagi.

    Kita kini lebih mementingkan politik berbanding pengisian kemerdekaan. Perkara kecil diperbesarkan.

    Sebagai ahli UMNO, saya kecewa dengan tingkah laku pembangkang yang kononnya bijak mengurus dan mentadbir.

    Mereka mementingkan hal mencari kesalahan orang lain berbanding menjalankan tanggungjawab memerintah.

    Saya ingin menarik perhatian rakan blogger sekalian iaitu:

    a) Adakah Pakatan Rakyat sebuah pertubuhan yang haram? Sebelum PRU 12, pembangkang bertanding atas parti masing-masing. Selepas PRU 12, mereka menubuhkan PR tanpa mendaftarkannya dengan Pendaftar Pertubuhan. Tidak seperti BN.

    b) Sejak tahun 1998, pembangkang sering menggunakan undang-undang dan perlembagaan sebagai landasan untuk mencapai cita-cita politik. Sudah berapa banyak peguam dan tafsiran undang-undang digunakan untuk menyebelahi mereka.

    c) Jabatan dan agensi kerajaan juga diseret sama dalam kancah politik negara. Paling ketara ialah Polis, SPRM dan SPR. Bukan itu sahaja, pegawai kerajaan juga terheret sama sekiranya terdapat sesuatu perkara yang tidak menyenangkan pembangkang.

    d) Pembangkang dikenalpasti menggunakan taktik pecah dan perintah. Antaranya menggunakan Parlimen untuk mencapai sesuatu maksud seperti membuat tuduhan di dalam Parlimen seperti yang dilakukan oleh Karpal memandangkan terdapat kekebalan ahli parlimen.

    e) Pembangkang menggunakan kaedah debat, demontrasi dan perhimpunan di samping mengajak pihak lain terbabit. Contohnya, perhimpunan membantah PPSMI.

    f) Menggunakan golongan muda untuk terbabit dalam pelbagai bentuk aktiviti yang menyokong pembangkang termasuk pilihan raya.

    Jelas sekali, pembangkang menggunakan pelbagai bentuk aktiviti dan helah yang membolehkan mereka mencapai matlamat untuk memenangi pilihan raya dan seterusnya memerintah negara.

    Memang adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Tetapi kalau pihak yang kalah dan tidak mahu kalah pelbagai kaedah digunakan untuk membolehkan mereka menang walaupun selepas perlawanan di mana penyokong sesuatu pasukan bergaduh dengan penyokong pasukan lain seperti yang pernah berlaku di Eropah dalam permainan bola sepak sebagai cara melahirkan perasaan tidak puas hati.

    Sekian.

    ReplyDelete
  32. YB Khir,
    Ada org kata macam ni ttg perebutan KP UMNO nanti: " Bagi Mahriz duit tidak menjadi masalah. Sebut saja berapa banyak? Mahathir akan mendapatkannya. Lantaran itu bagi Khairy dan Khir Toyo untuk menghadapi Mukhriz kena sediakan wang sebanyak mungkin".
    Tetapi bagi gue, YB Khir kena kerja berat lagi sebab nan tepis pendedahan YAB Khalid ttg salahguna wang & kuasa YB Khir semsa jd MB dulu..
    Suka hati hang le labi...

    ReplyDelete
  33. Assalammualaikum Dato Seri.

    Teruskan perjuangan Dato. Saya berpegang kepada satu falsafah yang saya pegang selama ini...

    "Kau menang bukan beerti kau benar, kau kalah bukan beerti kau salah. Menang dan kalah bukan sempadan untuk benar dan salah. Yang benar tetap benar walau dipertikai, yang salah tetap salah walaupun diselindungkan".

    Walaupun Selangor kalah pada PRU yang lalu, ia bukan salah MB, bukan salah Pengerusi Perhubungan Negeri, bukan salah Penyapu. Tapi tsunami yang dibawa oleh bekas Ketua Pemuda UMNO dan bekas Timbalan Presiden UMNO sendiri... yang tamak pada kuasa dan pangkat, yang tidak pernah ikhlas dalam perjuangannya.

    Oleh itu, KT juga layak untuk bertanding. UMNO sebuah parti demokrasi, kita memilih calon yang terbaik dari yang terbaik untuk mengembalikan semula keyakinan orang Melayu dan rakyat Malaysia kepada UMNO dan BN.

    Selamat berjuang.

    ReplyDelete
  34. salam.....

    PANDAI NYER!!!

    WAH HEBAT JUGAK SI TS KHALID NIE...
    TITAH SULTAN TAK TERLIBAT DALAM HAL POLITIK DAN IKUT KEBIJAKSANAAN MB KHALID SENDIRI,DIBUAT MODAL UTK MELOLOSKAN DIRI
    DARI DIPERTANGGUNGJAWABKAN ATAS KESNYA,
    DAN KES MORAL YB ELI....

    SEBALIKNYA PENGARAH SPRM DAN GERAK KENA GERTAK
    PULA..

    JADI APA YG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH?

    TUNGGUUUUU! EPISOD SETERUSNYA....

    ReplyDelete
  35. datuk sri, karpal singh tu dah kurang ajar, mcmane die bleh ckp pemuda celaka, saya harap datuk sri boleh keluarkan statement yang dpt smpai kat karpal bahawa jgn bermain api.....buruk padahnya....

    ReplyDelete
  36. Umno misti cari pemimpin yg bukan sahaja nampak bersih tetapi misti sebersih bersih nya
    Sistem 'War Lord ' Umno misti di hapuskan
    Pemimpin Umno jangan lagi menerima hadiah dari mana pihak kalau ada pulangkan atau bayar sahaja pampasan nya kepada pemberi
    Kalau di Singapore kalau kita beri hadiah kpd menterinya mereka terima dan istiharkan TETAPI pihak perbendaharan singapore akan tafsir harganya dan akan dibayar kepada penyumbang

    ReplyDelete
  37. Pakatan Rakyat tidak lagi memperjuangkan kebajikan rakyat di Selangor. Sejak mereka memerintah di Selangor, saya tak merasakan perubahan melainkan banyaknya tempat urut, judi dsbgnya. Di Masjid dan surau banyak pula maki hamun dan sindiran kepada yang tak sehaluan dengan PAS. Baru-baru ini, mereka hendak cari pula kesalahan kerajaan BN dahulu. Sampai bila pun kebajikan rakyat mereka tidak pedulikan. Yang mereka peduli ialah kehidupan mewah mereka sebagai orang yang berkuasa.

    ReplyDelete
  38. Salam.Kite tunggulah sape yg menepuk air didulang dan sape yg kene percik airnye.Skrg dah ade 2ekor kambing hitam,satu kat Altantuya satu kat Eli.

    Ape pun harapan sye klu Dato menang sbg ketue pemude umno jg lah pemude tu elok2,jgn smp tergadainye pemude seperti tergadainye selangor.(pade hakikatnye baik)

    Jgn kite mencari salah org lain andai kite sendiri pun mmg bnyk salahnye.

    ReplyDelete
  39. Lepas ni rakyat patut buat laporan banyak-banyak sebab ramai rakyat Malaysia yang buat korban lembu di Kemboja, Acheh, Selatan Thai.. Adakah mereka juga salah guna duit dan kuasa kuasa..???

    Bukankan urusan sedekah tiada batas sempadannya. Biarlah bukan duit TSK... tapi dia jadi asbab untuk sedekah diadakan maka dia pun akan dapat saham.... The fact that ramai orang BTR juga anak jati Selangor.. Yang dapat jam RM100,000.00 tu kata halal pulak sebagai tanda appreciation... poorahhh....

    Saya bertugas dengan salah satu GLC. Bila outstation saya guna kereta sendiri dan admin acknowledge... Lepas tu saya claim duit minyak dan toll... salah ke.....???? Apa bangangnya DSKT tu..... Sama juga kes TSK. Memang kereta sendiri but for personal use of course entitle for claim....

    Yang paling bangang ialah PSRM or MACC (Malaysia Agency for Car and Cow)

    ReplyDelete
  40. Bagi aku dato seri Khir toyo adalah melayu pengecut

    ReplyDelete
  41. Dr Khir.. harap dapat jawab segala pertuduhan tan sri khalid tentang pembelian pangsapuri di saudi sewaktu Dr Khir memerintah selangor... dulu i ingat ni kabar angin...

    ReplyDelete
  42. Saya dan lain2 sedang menunggu jawapan balas tuduhan yang dikenakan ke atas saudara.

    ReplyDelete
  43. ye memang sedih bila melihat kemelut politik kita sekarang.dan yang paling sedih lagi tak ada pemimpin melayu yang bangkit melawan bila dikata celaka oleh bangsa pendatang.kemanakah perginya pemimpin melayu didewan ketika itu?.Dgn ini saya istiharkan pemimpin melayu yg berada di dalam dewan parlimen ketika bersidang itu adalah melayu bachul dah tak layak memimpin.sekian terima kasih

    ReplyDelete
  44. UMNo gombak selatan tu boleh tolong tk sikit perjuang kan surau kat LOW yat mall kene kongsi ngan pompuan pas tu nak amik air semayang kene bayar lah pulak nak minta tolong wakil rakyat situ bukan islam so umno yg memperjuangakan islam dan azan yg kuat ni kalau boleh tengok2 lah sikit ok
    terima kasih

    ReplyDelete
  45. abikhsan, jangan la jadi bahalol, jangan jadi tipikal pembangkang yang BIAS, fahami segala aspek sebelum membuat komen. Ko kena faham senario kesalahan menderma lembu tu lebih kepada salah guna kuasa.

    Cuba fahami bagaimanakah perkara itu menjadi kesalahan. Matlamat tidak menghalalkan cara, derma lah beribu ribu ringgit tapi kalau duit derma itu dari hasil mencuri? apa beza nya?

    Dr Khir bertindak atas dasar pembangkang di Selangor(Terima kasih, kerana setiap kerajaan perlu ada pembangkang untuk 'check and balance'). Dan perkara ini perlulah disiasat, betul atau tidak hanya mahkamah yang boleh membuat keputusan.

    jadi jangan lah jadi manusia yang menyokong membabi buta kerana hanya anda berada dalam parti yang sama. Salah tetap salah. Tak kira BN atau PR.

    Sekian

    ReplyDelete
  46. Assalammualaikum,
    Kegawatan ,keresahan dan kerumitan bangsa Melayu menyebabkan orang2 Melayu hilang arah didalam dunia maya.Mereka saling menegakkan benang yg basah seolah2 aku lah hero.Memandangkan orang2 Melayu adalah orang2 Islam sepatutnya kita amat bersyukur krn dianugerahi Allah dengan panduan 2 kitab suci Al Quran dan As- Sunnah.
    Penubuhan Parti PAS adalah duri dalam daging kpd org2 Islam sehingga jalan penyelesaian tiada kesudahan.PAS yg menggunakan Islam sebagai senjata politik cukup melukakan hati org2 beriman.Islam dipermainkan didalam ideologi sistem demokrasi.Cukup memualkan bila islam dijadikan hujah utk memenangkan empunya diri.

    Semoga saudara Khir akan mendapat hidayah bagaimana menangani krisis yg berpanjangan dan tiada kesudahan ini selagi umat islam menggunakan kaedah Demokrasi didalam menyelesaikan masalah ummah.

    “Dan umatku ini akan terpecah menjadi 73 golongan, semuanya di neraka kecuali satu”. Para sahabat bertanya: “Siapakah mereka wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang keadaannya sentiasa berada di atas jalanku dan jalan para sahabatku”.” (Riwayat ath-Thabrani di dalam ash-Shaghir, 1/256)

    lbnu Mas’ud berkata: “Barangsiapa di antara kamu yang mengambil contoh, maka hendaklah ia rnengambil contoh (tauladan) dari para sahabat Nabi Muhammad. Ini adalah kerana mereka merupakan orang-orang yang hatinya baik, ilmunya mendalam, sedikit takalluf (memaksakan diri melebihi batas kemampuannya), memiliki petunjuk yang lurus, baik keadaannya. Mereka adalah suatu kaum yang Allah pilih untuk dijadikan sebagai sahabat Nabi-Nya. Maka dari itu, ketahuilah keutamaan mereka dan ikutilah jejak-jejak mereka, sebab mereka berada di atas petunjuk yang lurus.” (Darjat riwayat ini La ba’sa bihi, dikeluarkan oleh lbnu Abdil Bar di dalam kitabnya Jaami’ Bayaanil ‘iImi, no. 1810)

    Semoga Allah memberi hidayah kepada bangsa Melayu Cina dan India agar satu hari nanti lahirlah mereka yg berpegang kepada Aqidah,ibadah dan akhlak seperti para sahabat.

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum DSKT. Tak apa. Dunia ni sekejap sahaja. Ambillah masa 65 tahun sebelum tinggalkan. Ganjaran di sana lagi besar. Terutama untuk orang korupsi, memfitnah dsbny.

    ReplyDelete
  48. Demi Allah, aku sanggup undi DAP dari mengundi Umno. Perompak tetap perompak, walaupun dia Melayu atau bukan Melayu.

    ReplyDelete
  49. Percaturan Politik UMNO Menggunakan AMK?

    Pada minggu lalu ada pertemuan antara kumpulan salah seorang calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan Angkata Keadilan Muda PKR di sebuiah hotel di Kuala Lumpur. Hasil pertemuan itu, AMK akan mengadakan laporan polis dan SPRM setiap minggu ke atas Dr. Mohamad Khir Toyo bagi menjejaskan peluangnya untuk menang.

    Selain itu, kedua-dua kumpulan ini juga akan menggunakan isu-isu dalam kerajaan negeri Selangor untuk menjejaskan reputasi Khir Toyo.

    http://ppu2009.blogspot.com/

    ReplyDelete
  50. Salam semua ahli politik,
    Anda semua tahu tak keadaan ekonomi sekarang ini? Ekonomi negara semakin menguncup dan banyak rakyat semakin susah disebabkan kehilangan kerja atau mata pencarian. Janganlah terlampau berpolitik dan menyusahkan rakyat negara. Kurangkanlah berpolitik buat semua ahli politik. Berganding bahulah semua untuk memikirkan bagaimana boleh kita bersama meningkatkan keadaan ekonomi negara. Jangan isu Lembu, Lexus, gambar bogel adun dan sebagainya menjadi keutamaan semua. Bagi saya ikutlah saranan salah seorang cendiakawan negara untuk mengadakan genjatan politik. Buat Datu Seri, Mungking keadaan ekonomi sekarang ini tidak menjadi sebarang masalah buat dato seri tetapi buat rakyat yang tidak boleh mencari makan dan kerja sekarang amatlah sukar. Buat masa ini, bagi saya bagi BN dan PR perlulah berkerjasama dan memacu ekonomi domestik khasnya diselangor. Sebagai ketua pembangkang di DUN kita semua boleh menyalurkan segala idea untuk rakyat. Dan sekarang rakyat sudah pandai menilaikan keadaan. Buat PR, yang penting bila ada org BN nak lompat ke PR, dianggap sebagai HERO, tetapi bila org PR lompat ke BN dianggap sebagai BERUKlah, Kudalah dan sebagainya. Kita org UMNO janganlah terlalu mengikut rentak bengap mereka. Org mcm Karpal Singh dan anaknya mana ada rasa rakyat tak makan ke atau tiada sumber pendapatan. Mereka dan pakatan hanya fikir macamana nak perintah malaysia je.

    ReplyDelete
  51. Saudara Mohamad,

    Saya tidak pernah mendapat jam berharga RM 100k dari mana-mana organisasi glc. Harap saudara tidak terus menabur fitnah di sini. Inilah masalah dengan orang seperti saudara, menulis apa yang saudara percaya berlaku bukan apa yang saudara tahu berlaku.

    ReplyDelete
  52. Saudara Zakaria,

    Sebagai pembangkang saya akan terus menegur kerajaan negeri sekiranya ada yang tidak betul. Soal ekonomi saya telah memberi beberapa cadangan dalam blog ini. Terserah kepada mereka yang berkuasa untuk melaksanakannya.

    ReplyDelete
  53. Saudara/i bluesky,

    Saya tidak dapat menjawab isu pembelian apartment di Mekah ini kerana saya tidak tahu apa tuduhan Tan Sri Khalid terhadap saya.

    Bagai saya apa yang dibuat mengikut peraturan dan prosedur sedia ada.

    Tan Sri Khalid sendiri kelihatan tidak berterus terang apa isu sebenar yang ingin disiasat. Jadi eloklah saya tunggu dulu apakah dakwaan sebenar setelah Tan Sri Khalid selesai menyiasat untuk dijawab.

    ReplyDelete
  54. Saudara Kusut,

    Apa yang kita dengar hanyalah apa yang dikatakan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Mengenali Tuanku Sultan Selangor selama lebih lapan tahun, sukar untuk saya mempercayai kata-kata Tan Sri Khalid bahawa Tuanku merestui beliau melanggar undang-undang.

    ReplyDelete
  55. Farul Rafiq,

    Untung tidak untung saya tidak tahu. Tapi jika melanggar peraturan maka salah jadinya. Mencuri nescafe dengan mencuri intan berlian tetap sama salahnya.

    Lagipun manusia tidak jatuh kerana melanggar "bukit" tetapi punca kejatuhan banyak manusia hanya kerana tersepak tunggul.

    Jika diambil andaian saudara "cuba DSKT pikir sendiri...untung ke selaku MB negeri selangor yg diakui negeri terkaya dimalaysia, MB sekarang nie nak salah guna lembu dan kereta...my 5 sen opinion, kalo saya MB, and saya nak seleweng better puluh2 juta...so biar berbaloi...buat apa sikit2 x berbaloi..pikir2 le...itu sebagai contoh shj"

    Saya juga boleh membuat andaian bahawa jika benda yang kecil nilainya sedemikian pun beliau sanggup melanggar peraturan maka tentulah yang besar-besar juga akan dibahamnya nanti.

    ReplyDelete
  56. saudara Adam,

    Perhimpunan yang saya hadiri dianggap perhimpunan aman kerana kami mengambil keputusan untuk bersurai dalam tempoh yang diarahkan oleh polis. Sebab itu tiada pendakwaan yang dibuat.

    Saudara perlu fahami undang-undang bercakap. Di Pulau Pinang, kumpulan yang mengadakan perhimpunan bersurai dalam tempoh sepuluh minit yang diberikan kepada pihak polis.

    saya berharap saudara dapat berfikir dengan waras, bukannya membuat kenyataan membabi buta memilih untuk memburukkan pihak berkuasa tanpa melihat fakta terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  57. DS Dr Khir,
    Apa jadi agaknya dengan Kampung Berembang, saya tengok macam gitu aja. Dulu bukan main Tian Chua melompat menerjah macam Rambo. Ni lagi satu, DS bacalah Kadir Jasin mengenai perjumpaan MB Selangor dengan Bloggers...

    Ingin saya kupaskan sedikit...

    “.....looking back, I can say I’m better than the previous MB.” (Menoleh ke belakang, saya boleh mengatakan saya lebih bagus daripada Menteri Besar yang lalu)."
    -Khalid Ibrahim-

    Tanpa provokasi daripada sesiapa, Abdul Khalid berkata kereta Proton (Perdana) “is not comfortable” (tidak selesa).
    -Khalid Ibrahim-

    Sakitnya hati baca komen MB Selangor nih.
    Cabar dia debat di Agendadaily dalam TV laa DS macam Koh Tsu Koon dengan Lim Guan Eng.

    ReplyDelete
  58. Dr Khir,

    Kalau 10 org mengatakan bersama bukti resit pembelian jam yang Dr Khir ada menerima jam, kita kena percaya percakapan Dr Khir yang Dr Khir tidak terima jam. Masuk Court serious kalah Dr Khir, bukti is overwhelming, tapi kalau dah Mahkamah dah dicontrol what to do....Berdoa kepada Allah sesapa yang terima jam tersebut kudunglah tgn nya kerna menerima rasuah....Amin

    ReplyDelete
  59. One Pip said...
    "Demi Allah, aku sanggup undi DAP dari mengundi Umno. Perompak tetap perompak, walaupun dia Melayu atau bukan Melayu."

    One Pip..kao nak undi siapa sukahati kaolah..tapi jangan laungkan kalimah 'Allah' untuk menjatuhkan bangsa sendiri.. UMNO itu satu lambang perpaduan milik orang Melayu yang benar-benar ikhlas berjuang..jangan babitkan UMNO jika ada individu dalam UMNO sendiri yang merosakkan UMNO.UMNO bukan milik individu..UMNO milik orang Islam Melayu. Bila kao bencikan UMNO, maknanya kao bencikan orang-orang Melayu yang dari dulu telah memperjuangkan hak bangsa dalam tanah air sendiri..

    ReplyDelete
  60. ooo.....begitu ceritanya Dato' seri...

    kalau pihak pembangkang buat demo itu salah..

    kalau dato buat demo itu betul...

    heh di mana Check and balance nya....

    itu double standard namanya

    ReplyDelete
  61. Sdr Datuk Seri,,,Datuk masih muda...saya dah menjangkau tua,,,satu nasihat kalau nak pakai...berbanyak berterfakur...Ianya lebih baik dari sembahyang dua rakaat...terfakur melihat dalam diri sendiri ... dari mana kita datang..dari setitik mani..mani berada dalam sulbi bapak kita , sulbi datuk kita, datuk datuk kita sehingga Sulbi Adam...dalam Adam lagi mani kita sudah ada...kenal diri sendiri maka kan kenal Maha pencipta, ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Al-Dzariyyat ayat 21 yang bermaksud, “Dan(juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan” Insyaalah sentiasa lakukan kita akan dapat pertunjuk dari Allah ...Tiada yang maujud melainkan Allah...Itu lah jalan bagi orang orang yang ingin bahagia dunia akhirat...orang Arif berkata Dunia ini ibarat mimpi,realiti sebenar bila kita mati nanti(berpindah alam)..sebab itu orang arif selalu sedar dia sedang bermimpi dan dia tidak merasa takut bila bermimpi di kejar harimau sebab dia tahu dia sebenarnya sedang bermimpi jadi tiada apa yang di takuti...

    ReplyDelete
  62. Rupanya DS ni sengaja nak memperbodoh2kan orang lain. Setahu saya dan telah diketahui oleh semua orang, setiap perhimpunan yang tidak mendapat permit pulis adalah merupakan perhimpunan haram tak kiralah bersurai atau tidak, jika tiada permit maknanya perhimpunan itu tetap haram. Perhimpunan DS yang akur bersurai dalam 10 minit itu sebenarnya atas budi bicara pulis sahaja, kalau pembangkang yang buat perhimpunan sebegitu sudah tentu disebut sebagai 'percubaan mengadakan perhimpunan haram'. Fikir waras lah DS sebelum nak mengajar orang.

    ReplyDelete
  63. Dr Khir,

    Ini Posting saya yang keenam, semua posting sebelum saya tak keluar asal?...Takut ke Dr Khir, ataupun mmg kenyataan saya terlalu pedas sampai Dr Khir tidak hendak mengapprovekan?....

    Dr Khir..wahai Dr Khir, harta2 mu yang banyak tidak boleh bawa masuk kubur, baik Dr Khir sedekahkanlah kepada orang Dt Khir....wahai Dr Khir...Sekurang2nya Khalid tersebut sudah kaya sebelum masuk dunia politik....Dr Khir wahai Dr Khir, saya menegur kerana saya orang Islam, dan kalau ikut undang2 Dr Khir membuat harta secara "halal" tetapi kalau Islam kata "haram" cara itu tetap haram, seperti mana kejadian BALKIS oleh isteri Dr Khir tu. Walaupun kiranya Undang2 tidak menyabit kesalahan tersebut, "Undang2 Islam" adalah "Haram" kerana menggunakan dan memindahkan duit kearah tempat lain yang sepatut digunakan oleh orang2 Selangor yang memerlukan.

    Semua Dr Khir ucap dari segi Islam, tidak juga boleh terima kerana Dr Khir sendiri menolak Islam dari segi perlaksanaan (UMNO), PAS tetap perjuang ISLAM walaupun bersama DAP. Dan jikalau Dr Khir sebut lagi kes Elizabeth Wong, saya ingatkan Dr Khir, hukum Islam, dari segi hukum Islam, orang yang menangkap gambar itu yang dikenakan tindakan dan oleh kerana yang tangkap gambar itu Melayu (ntah Islam atau tidak)...dia dikenakan Hukum dari sudut syariah, Bukan Elizabeth Wong, saya Ulangi Bukan Elizabeth Wong. Kerana Islam mementingkan privasi seseorang. Kalau Dr Khir tidak faham, sila rujuk Ulama2, Ustaz, tanya soalan siapa yg salah, si tidor tidak tahu yang gambar die ditangkap (bukan Muslim) dgn si penangkap gambar (Muslim).

    Ikut rule of law juga, disebabkan ditangkap semasa tidor, berkemungkinan org tersebut telah menceroboh masuk rumah Elizabeth Wong dan tangkap gambar die, Jadi boleh dikenakan hukum syariah dan jenayah, Ye Dr Khir....

    ReplyDelete
  64. 1. Saudara Tomskut, sayang sekali saudara bercakap mengenai Islam tetapi tuduhan yang sudara buat tidak pula mencerminkan seorang Muslim yang baik.

    Saudara menulis, "dan kalau ikut undang2 Dr Khir membuat harta secara "halal" tetapi kalau Islam kata "haram" cara itu tetap haram, seperti mana kejadian BALKIS oleh isteri Dr Khir tu. Walaupun kiranya Undang2 tidak menyabit kesalahan tersebut, "Undang2 Islam" adalah "Haram" kerana menggunakan dan memindahkan duit kearah tempat lain yang sepatut digunakan oleh orang2 Selangor yang memerlukan."

    Sebelum membuat tuduhan elok saudara membaca dulu fakta yang ada. Telah beberapa kali diterangkan bahawa wang balkis tersebut hanya digunakan untuk keperluan anak-anak Asrama Balkis dari dulu sehingga sekarang walau siapa pun pemegang amanahnya. Tidak usahlah sauudara memekik mengenai Islam jika saudara sendiri tidak memahaminya.

    2. Mengenai isu Yb Elizabeth telah saya katakan bahawa jika beliau tidak rasa bersalah dan merasakan tiada apa-apa lagi yang bakal keluar selepas ini yang akan memburukkan lagi peribadi beliau, teruslah memegang jawatan. Saya hanya khuatir jika beliau tidak meletak jawatan mungkin banyak lagi akan keluar berdasarkan cakap-cakap politik hari ini.

    Isu YB Elizabeth bukan lagi sekadar isu gambar beliau yang sedang tidur tetapi tidak mustahil menjurus kepada skandal membabitkan teman lelakinya yang seorang muslim.

    Jika Kerajaan Campuran berpendapat beliau masih mampu menjalankan tugas dan YB sendiri bersedia berhadapan dengan masyarakat maka teruskanlah niat beliau itu.

    Sebagai Ketua Pembangkang saya sekadar menyatakan pendapat dari segi kepentingan politik dan pentadbiran negeri selangor

    ReplyDelete
  65. Saudara Tomskut, usahlah berselindung di sebalik nama agama dan Allah untuk melempar fitnah atau melakukan serangan politik secara semberono.

    Saudara menulis,

    "Dr Khir,

    Kalau 10 org mengatakan bersama bukti resit pembelian jam yang Dr Khir ada menerima jam, kita kena percaya percakapan Dr Khir yang Dr Khir tidak terima jam. Masuk Court serious kalah Dr Khir, bukti is overwhelming, tapi kalau dah Mahkamah dah dicontrol what to do....Berdoa kepada Allah sesapa yang terima jam tersebut kudunglah tgn nya kerna menerima rasuah....Amin"

    Saya juga berdoa agar Allah memberi kesedaran kepada saudara agar tidak terbelengu dengan pemikiran jumud. Lain kali jangan hanya mendengar kenyataan orang tertentu sahaja sedangkan fakta yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri sendiri berbeza dari dakwaan saudara.

    Bagaimana pula jika saya mendoakan agar Allah mengembalikan doa saudara sekiranya tuduhan saudara itu tidak benar?

    ReplyDelete
  66. Salam Semua

    Tomskut,

    Wah-wah,baik punya ceramah,nak ajar orang berkenaan hukum-hakam.Hello brader,Tan Sri Khalid Ibrahim tu memang lah dah kaya masa belum jadi MB lagi,tapi sekarang pun dia tengah mengumpul kekayaan diri dia dan kengkawan dalam PR.Kalau ko cakap suruh Dr Khir sedekah pada orang/rakyat,apa kata lebih elok ko cakap kat Khalid Ibrahim tu.Dah la kaya,harta bertimbun-timbun,jadi kaya dulu pun bukan hasil dari DEB?Yelah,orang PR memang camtu..cepat lupa,kalau ko kata Dr Khir rasuah,kepala pembangkang sekarang ni tak amalkan rasuah ke dulu?Atau bila dah jadi pembangkang,dosa dah boleh cuci?

    Fikirlah,kita bukan tolak hukum Islam dan kita nak sangat jika dapat dilaksanakan di negara tercinta ini.Tapi kita kena tanya diri kita sendiri,sudah cukup kah Iman di dada?Sudah cukupkah amalam kita,mampukah kita melaksanakan hukum Allah itu secara betul dan bersungguh-sungguh??Mampukah kita dari semua segi??MAMPUKAH??Mungkin kita boleh jadikan ketua pembangkang sebagai pendakwaan pertama di dalam hukum Hudud ini.Mahu??

    Satu lagi jangan buat lawak la,DAP tu matlamat dia lain,jangan harap la ko nak laksanakan Hudud tu,kalau aku disuruh buat pilihan baik aku pilih MCA dari DAP.Walaupun kadang-kadang MCA menyakitkan hati,tapi masih ada had,tapi kalau DAP tak tau la aku apa cara korang nak pujuk DAP.Mungkin boleh solat hajat kot..mohon pada Allah.

    Berkenaan YB Eli,janganlah nak mempertahankan atau konon-konon buat tak tau.Semua orang dah tau,malah ayam serama aku pun tau yang YB Eli ada hubungan dengan dengan mamat ni.Menceroboh apanya??Dah memang tinggal bersama,nak cerita apa lagi yop??

    Aku rasa ko ajak la ulama-ulama,ilmuan,bijak pandai dan segala macam orang pandai dalam Pas terutamanya supaya kita bersama-sama membangunkan Agama Islam dan Malaysia ini.Aku memang tak harapkan langsung dengan PKR,dulu mungkin perjuangan diaorang suci,tapi semenjak pendukung-pendukung asal seorang demi seorang angkat kaki (mesti ada sesuatu yang tak kena dalam PKR) aku rasa PKR dan jadi macam sampah..banyak,tapi tak boleh nak dipakai dan guna..

    ReplyDelete
  67. Dr KT

    Tolonglah ajarkan Karpal tu supaya jaga adab dan tutur kata.Tolong bagitau pada rakan-rakan dalam Parlimen,terutama Datuk Hishamuddin supaya ajar sikit si bebal tu.

    Untuk pengetahuan Dr Khir,hati saya mendidih sangat ni,jangan cari pasal,saya rasa dah hilang sabar dah ni.Kadang-kadang saya tengok perangai Karpal dah macam Yahudi..dah dapat kuasa sikit,mula nak tunjuk lagak,kalau Yahudi ambil tanah dan kuasa orang Palestin,apa kurangnya si Karpal dan DAP??PAS tolong fikir ye..

    ReplyDelete
  68. Salam.Dato' saya amat meminati Dato Seri.Kalau ada kesempatan silalah layari blog saya untuk percambahan pandangan Banihakim.blogspot.com

    ReplyDelete
  69. Saya sekadar ingin penjelasan dari Dato'Seri kenapa harus dipindahkan Wang Balkis ke akaun lain. Apakah hak Balkis untuk memindahkan wang tersebut. Ini secara tidak langsung boleh menimbulkan fitnah dan mencemarkan nama Dato Seri sendiri.

    Harap dapat penjelasan dari Dato Seri

    ReplyDelete
  70. Salam..
    Yang Dihormati,

    DR.KHIR TOYO
    Saya seorang surirumahyg menetap di Shah Alam dan berasal dari Perak & sentiasa mengikuti perkembangan semasa..kebelakangan ini,yang pastinya sejak zaman Pak Lah, x abis2 isu politik yg memualkan..

    DR,
    Mengikut pandangan saya yg dulunya membesar dengan UMNO,(ibu org kuat UMNO)..saya dapati yang UMNO sudah byk terpesong jauh skrg ini..:(
    Ikhlas dikatakan, sekarang ini saya lihat Politik UMNO SUNGGUH KOTOR..TIDAK TELUS..DAN PENUH DENGAN MUSLIHAT UNTUK KEPENTINGAN MASING2..TETAPI, berbeza dengan PKR yang memainkan peranan yang lebih IKHLAS dan JUJUR..
    Walau ada kepincangan,(manusia x lepas dari kesilapan) saya lebih selesa berada di bawah kepemimpinan PKR di Selangor ini..dan saya sangat-sangat bersyukur PKR dapat memerintah negeri.
    Jelasnya, saya sangat JELEK dan MUAL dangan pemerintah-pemerintah tertinggi UMNO yang hanya pandai berkata-kata sahaja..Juga dengan ISTERI-ISTERI mereka yang masih MENDEDAHKAN AURAT & TERLAMPAU BERGAYA dengan hiasan MAHAL2 yang kalau digunakan untuk kepentingan rakyat alangkah bagusnya..Pemimpin ISLAM HADHARI pun tidak MAMPU menyuruh ISTERInYA memakai tudung litup..alangkah kesiannya dan meragukan sekali konsep ISLAM HADHARI itu..

    DR,
    Selain itu, saya mendapati kemewahan melampau yang diterima oleh PEMIMPIN2 UMNO..Cuba bandingkan rumah sederhana Yang Berbahgia dan DIrahmati Dato' Nik Aziz & pemimpin2 UMNO..tidak TAKUTKAH dengan pertanyaan di ALAM BARZAKH nanti..subhanallah..
    Dr,
    Maafkan saya andai mengguris hati Dr. dengan kenyataan saya ini...saya adalah seorang rakyat biasa yang sayangkan MAlaysia..saya tidak mahu terjadi seperti Palestin jika pemimpin2nya yang beragama ISLAM dan berbangsa MELAYU terus berbalah...Tidak bolehkah Dr. menjalinkan UKHWAH dengan MB sekarang..tegur apa yang dirasakan perlu secara berhemah..bukan di MEDIA, tapi secara BERDUA..itu lebih tulus dan tidak menjatuhkan MARUAH sesiapa..sekarang ini PARTI tidak penting lagi, tapi yang pentingnya bangsa MELAYU ISLAM yang semakin LAYU dan dijajah oleh PROPAGANDA BARAT....TOLONGLAH DR..

    Terimakasih..
    Azie

    ReplyDelete
  71. Salam..

    Dr. Khir Toyo..

    Pangkat & Kuasa hanya sementara di dunia...

    ReplyDelete
  72. Halim, jawapan saudara:

    "Fikirlah,kita bukan tolak hukum Islam dan kita nak sangat jika dapat dilaksanakan di negara tercinta ini.Tapi kita kena tanya diri kita sendiri,sudah cukup kah Iman di dada?Sudah cukupkah amalam kita,mampukah kita melaksanakan hukum Allah itu secara betul dan bersungguh-sungguh??Mampukah kita dari semua segi??MAMPUKAH??Mungkin kita boleh jadikan ketua pembangkang sebagai pendakwaan pertama di dalam hukum Hudud ini.Mahu??"

    Apa cetek pemikiran saudara, Islam salah satu tunjang ilah menegakkan hukum Islam, tiada kena mengena dgn Iman kerana menegakkan hukum Islam itu adalah Iman juga, Kalau dari jawapan yang saudara mengatakan tidak mampu mebuat hukum Islam kerana lemah iman, bukan kerana tidak boleh buat, Ini semacam kita telah menolak hukum Islam, secara nas dari segi itu, Dari segi Itu, kita boleh jatuh Iman, terus tolak ISLAM itu sendiri dan secara langsung jadi MURTAD, kerana tidak mempercayai Hukum Islam itu sendiri kerana tidak yakin. Pikirkan2 lah Halim.

    PS: ini posting ke 11. byk saya tulis dan sila rujuk balik website ini pasal kes Noriyati lagi k....Lagi teruk lagi buruk, lagi rendahnya MORAL, lagi rendahnya dari Elizabeth Wong,

    seperti kata melodi sazzzzzz.....

    http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=60993

    Dr Khir, Jgn Jadi HIPOKRIT, JGN BERSELINDUNG Di bawah Nama ISLAM kalau tidak menegur langsung perbuatan Senator kita ini.....

    ReplyDelete
  73. Askm..

    Tahniah kepada SPRM kerana telah menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

    Teruskan usaha itu agar negeri selangor sifar daripada penyelewengan dan rasuah.

    ReplyDelete
  74. Assalammualaikum,

    kepada sesipa yang menabur fitnah cubalah ingat balik... sesungguhnya Allah s.w.t lebih mengetahui...dan kepada sesiapa yang ada bukti berlakunya rasuah sila laporkan...beserta dengan bukti bukan bercakap... hingga menjatuhkan aib seorang mukmin itu ... kita kan bersaudara.... kenapa perlu.... kita membuat tuduhan dan membuat fitnah.....sebab sesungguhnya Allah .s.w.t MAHA MENGETAHUI...
    Sekiranya kita bercakap dan menuduh sesama islam..apa faedahnya.... kalo PR boleh buktikan ada berlaku rasuah......laporkanlah.. percaya oada qada dan qadar...? ni korang yang berasakan persepsi... mengatakan bahawa semua agensi itu tidak adil...dan dikawal....oleh kerajaan BN... kalo cam tu macam mana korang boleh menang pilihanraya....macam mana pulak..bila korang PRU/PRK//koranmg kater agensi dan buat kerja dengan baik.... tapi kalo kaloh apa yang korang cakap... adil tu bukan setakat anwar ibrahim...sahaja tetapi juga dalam pendirian kita sendiri.. kita perlu adil dalam menilai....apa juga permasalahan... jangan tunjukan kepada orang kapir yang islam ni teruk... walaupun sebenarnya islam tu addin......
    satu lagi jangan pulak...BN seberang laut nampak...Kalid berahim depan mata tak nampak....
    ok
    assalammualaikum

    ReplyDelete
  75. Assalamualaikum dr

    Kerajaan PR di Selangor ni same je mcm kat Perak tu."Cacamerba"kata orang utara
    Tidak boleh diharap dan tak boleh nak bertanggungjawab,yang dia tahu hanyalah untuk menyalahkan orang lain.Tiada apa salahnya mereka, hanyalah kerana orang lain yg membuat onar.

    Bagi mereka pemimpin mereka maksum dari segala kesalahan,yang ada hanyalah tipu muslihat pihak musuh untuk menjatuhkan mereka.

    Anu ar tak mahu dibicarakan dimahkamah tinggi kenapa?berdegil untuk memperlahankan proses mahkamah kenapa?sepatutnya dia lah yg perlu untuk mempercepatkan proses itu,kerana mahkamah boleh untuk mensucikan dirinya dari segala tohmahan didunia ini itu pun kalau dia tak bersalah
    Anu ar bersandiwara lagi dengan menyuruh sibenggali murtad itu untuk membuat onar,tapi malangnya benggali itu terjerat,mereka mengharapkan pihak polis bertindak terburu buru dengan itu mereka akan dapat keuntungan politik,tapi malang seribu kali malang polis tak termakan umpan mereka.Bangkai benggali tua mane sedap dan gay tua juga tidak sedap

    Tapi yg peliknya ramai yg mau mati bersama mereka...fenin fenin..hahahahahahahahaha
    Jadi lu pikirla sendiri

    ReplyDelete
  76. Pemuda UMNO dituduh mengugut dengan peluru dan dibilang ‘celaka’.

    Mana-mana Pemuda, kiranya bertembung dengan Karpal, pasti menuntut kenapa tanpa soal-siasat, di Dewan Rakyat di mana semua sebutan dirakam dalam “Hansard”, Pemuda UMNO dituduh bukan-bukan dan digelarnya ‘celaka’.

    Mungkinkah ada yang sabar kiranya Karpal di depan mata? Ada. KP2 UMNO Selangor yang berdepan Karpal hari itu MEMOHON penjelasan dengan hormat kepada Karpal sebagai orang tua & Pengerusi DAP.

    Namun KP2 ini kini dicela. Tidak lagi. Kita pertahankan nama baik kawan2 di Selangor melalui http://www.thoughtsintangents.blogspot.com dan http://www.lattsharizan.com

    ReplyDelete
  77. Hoi bangang jawab la pasal tuduhan tu. Bodoh

    ReplyDelete
  78. Salam ziarah,blog yang menarik,semoga Allah istiqomah kita dalam apa juga urusan..jemput muzakarah di blog saya..dan sila add blog saya..tq

    ReplyDelete
  79. ds...skrg ni bn buat apa shj utk kepentingan rakyat... tetapi bn dah x relevan.....

    ReplyDelete
  80. Bagon kata:-

    Pangkat & Kuasa hanya sementara di dunia...

    Khir rasa dia boleh jadi mb beberapa penggal lagi, tetapi Allah bagi 2 penggal saja. Oleh itu berilah peluang pada mb khalid untuk berkhidmat kepada rakyat negeri Selangor. Lagi pun khir dah kaya dah. Belum tentu cabut gigi orang boleh sekaya sekarang. Pasal rasuah, khir sendiri yang tahu walaupun orang lain pun tahu. Asyik meraban saja pun tak ada pekdahnyer. Konsep 6m pun tak sempat nak habiskan, agaknya sibuk sangat nak mengisi 'kantong' sendiri. Tapi tak mengapa lah kerana dua malaikat pencatat tetap mencatat. Jangan sibuk pasal mb khalid sampai hal diri sendiri terlepas pandang. Yang totok amenoo tetap jadikan khir sebagai idola. Jangan pula paksa orang lain buat perkara yang sama.
    Akhir kata 'Lu pikir la sendiri'

    ReplyDelete
  81. DSKT

    1. Saya ingin berkongsi pengalaman dengan (Datuk Seri) DS. Pengalaman itu adalah berkenaan toleransi kaum di nagara ini.

    2. Pagi ini (9/3/2009) hari Maulidur Rasul saya pergi ke TMC Bangsar. Parking disebelah sebuah kereta Nissan Serena. Waktu itu hujan lebat. Habis beli belah saya nak masuk dalam kereta selepas isi barangan yg dibeli saya buka pintu untuk masuk di tempat duduk pemandu.

    3. Waktu buka pintu kereta terhantuklah (knocked) dinding kereta Nissan Serena itu. Tiba tiba seorang lelaki bangsa ???(tak nak beri bangsa sebab sensitif)keluar dan kata pada saya dalam bahasa Inggeris "be more courteous" dengan nada yang tinggi Lepas tu seorang perempuan pula buka cermin belakang dan kata "you know this car cost RM 70,000.00 ++".

    4. Saya jawab dengan nada lembut "I m sorry" tetapi mereka bertubi tubi bercakap saling bertukar antara lelaki/perempuan yang saya tak faham apa yang mereka katakan. Yang sempat saya dengar "this is Bangsar our territory". Dalam hati saya "subhanallah..mereka ni sengaja nak provoke saya dan saya banyak mengucap. Lantas saya bersuara kata "Is it dented..how much it cost me if you repair". Tapi mereka jawab.."no dented but you next time must respect us" dengan nada yg lebih tinggi. Saya tak nak panjangkan perbalahan itu sebab ada kanak kanak kecil dalam kereta saya. Ikutkan hati memang saya. Who are you that I must respect like "the King".

    5. Iktibarnya disini sedah tidak ada lagi toleransi kaum di negara kita. Mereka ini sengaja nak provoke orang Melayu supaya bertindak atas mereka dan in akan mereka exploit sebagai isu politik dan perkauman.

    6. Jadinya YB DS saya memohon sangat sangat supaya DS memperjuangkan hak dan toleransi kaum2 ni negara ini. Jelas saya nampak walaupun insiden pahit yg saya alami pagi ini hanyalah kecil tetapi kita khutir ini akan jadi lebih buruk jika tidak ditangani.

    Wassallam dari saya YB

    ReplyDelete
  82. DALANG SIAPA ?
    70,000 lagi Bangladeshi akan datang ..
    Kita di maklumkan 70,000 warga Bangladesh telah diberikan Visa dan menunggu kedatangan mereka. Sedia ada ratusan ribu. Yang tiada pekerjaan puluhan riubu. Silap siapa. Saya bukan terlibat dalam perniagaan lumayan ini. Kemasukkan pekerja ini adalah melalui agensi pekerja asing (AP) . AP berpandu di atas permintaan perniaga, Bila ada permintaan AP akan memohon dari kerajaan., Jabatan berkaitan tidak perlu menuding jari kepada jabatan yang lain. Dua kali lima , lima kali dia serupa. SPRM tengoklah sikit jangan menunggu ada aduan atau tidak.Kita juga difahamkan warga negara Bangladeh membelanjakan lengkongan RM9,000 untuk kesini. Berapa kos paspot / tambang ? Lebihnya untuk siapa. Sebab itu kemudahan kelulusan kepada AP sangat mudah dikeluarkan jika kena caranya ?
    Kemana pergi / hilang jabatan berkenaan pekerja ASING INI. Bila perkara timbul dalam media akan menjawab kami sentiasa memantau. Terlebih memantau pekerja asing ini tidur bawah jambatan. Semoga tuhan memberi petunjuk hasil titik peluh mereka menyara keluarga mereka.
    Kronikel pekerja asing tidak salah saya seperti berikut. AP mendapat kelulusan di atas permohonan peniaga. Kelulusan ini atas syarat tertentu. Kalau peniaga tiada mematuhi syarat kelulusan, mana pergi kumpulan pemantau ini ?. Tugas pemantau perlu puas hati kebajikan pekerja ini. Berapa gaji di terima, kemudahan kediaman yang berpatutan. Kalau tidak tepat, batalkan kelulusan dan pekerja ini di hantar kepada peniaga yang memerlukannya Tak perlulah lulus yang baharu. Kejadian baru-baru ini dilapurkan oleh 360, penangkapan pekerja asing tidur di bawah jambatan. Pihak bertanggungjawab ambil mudah tangkap mereka permit mati. Tiadakah mereka berperikemanusiaan akan penyebabnya. Dari situ kita tahu dari peniaga mana mereka lari. Tanya peniaga ini apa sebab. Ambil tindakan kepada peniaga ini. Rampas deposit jika ada dan tidak lagi dibenarkan menggunakan pekerja asing. Apa tindakan hasil tangkapan bawh jambatan ?
    Kelulusan 70,000 Bangladesh yang telah diberi visa, batalkan sahaja. Tuan-tuan akan mendengar ketidakan puas hati dari pihak yang tertentu. Jangan jadikan rakyat tempatan sebagai kambing hitam.. Kalau terdapat bau-bau rasuah SPRM terus ambil tindakan. Selalunya gagal mendapat bukti, biasa la. Sekurang-kurangnya untuk mencegah Kenapa kita menghisap darah menusia yang cuba mencari makan yang halal!. Punca segalanya ialah pihak yang meluluskan visa atas sebab tertentu. Banyak lagi kesedihan pekerja asing ini yang sedih kalau kita tanya mereka. Lain- kali kita sambung

    ReplyDelete
  83. SPRM ke?, PDRM ke? KDN ke? KDRM ke? tak kira ape pun penguatkuasa di malaysia ni. cuma melakukan siasatan saje, Yang menentukan sesuatu kes tu nak terus ke mahkamah atau tidak adalah Peguam negara( dulu Ghani 4 tail) Kalau pun cukup bukti dia kata No maka jadi No. Klau tak cukup bukti dia kata Yes jadi YES.

    ReplyDelete
  84. ic....kat slgor mase ds jadi mb byk rasuah ooooo....Allah maha mengetahui...amin.

    ReplyDelete
  85. Dunia hanye sementara. Harta merupakan fitnah dunia dan menjadi timbangan akhirat kelak. Harta juga penentu nasib kite ke neraka kah kite atau surgawi......so ingat-ingatlah.
    Apekah kite perjuangkan selama ini untuk melayu atau utk kuasa, harta n pangkat semata2

    ReplyDelete
  86. Tengkujoh atau pembaca yang lain dari PKR, DAP dan PAS. Janganlah suka memberi persepsi atau assume dimana segalanya rasuah adalah UMNO dan BN.

    Cuba fikir secara rasional dan jangan membuat tuduhan melulu yakni bercakap tanpa pakai otak yang telah Allah berikan. Kalau ada bukti, kemukakan di mahkamah, kalau bukti dah cukup insyaAllah salah tetap salah.

    Jangan sampai fitnah tersebut terkena kepada ibu, bapa atau adik beradik sendiri pula.

    ReplyDelete
  87. Saudara hanep..
    Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

    untuk renungan saudara hanep.....berjuanglah demi agama, bangsa n negara, xkiralah dari mane fahaman atau pegangan

    ReplyDelete
  88. saudara hanep
    yap kita perlu fikir secara rasional, rasuah byk berlaku cuba saudara kunjungi blog chedet mantan PM, banyak menyatakan rasuah yg berlaku.
    Jangan butakan mata n pekakkan telinga "Tak sungguh tak melata tak sungguh orang tak kata".
    Akal n mata kurniaanNya melihat kerangkusan yang berlaku. Org yg xberakal shj duduk diam membisu

    ReplyDelete
  89. Saya orang biasa yang suka membaca banyak laman blog surat khabar telah saya baca tapi bila berbual dengan orang-orang yang sekapal dengan saya semua dapati umno dan BN sudah hilang reputasi akibat dari perbuatan orang-orang yang diamanahkan kuasa menyalah gunakan kuasa. Ada mata bolih pandang ada telinga dengar tapi ada mulut lebih baik diam bila tiba undi pangkah . Pangkah untuk keadilan

    ReplyDelete