Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, February 9, 2009

Pemuda kena berani jadi suara pembaharuan


PERSAINGAN merebut kerusi jawatan Ketua Pemuda Umno bulan depan memang panas dan menjadi tumpuan. Wartawan Berita Minggu, Nurul Adlina Kamaludin dan Mohd Azis Ngah menemubual calon yang mendapat pencalonan kedua tertinggi bagi jawatan itu, bekas Menteri Besar Selangor yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno (MT), Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo bagi mendapatkan pandangannya.

MENGAPA Datuk Seri membuat keputusan bertanding jawatan ini?

Pertama, sejak empat lima tahun ini, saya melihat Pemuda tidak memainkan peranan sebaiknya sehinggakan peranan itu diambil alih badan bukan kerajaan (NGO) dan pembangkang. Bagi saya, Pemuda perlulah berani menjadi suara rakyat, cakap mengenai kepemimpinan dan kehendak rakyat. Pemuda tak boleh lagi bercakap bagi pihak kerajaan. Jika semua bercakap bagi pihak kerajaan, rakyat akan mencari media (saluran) lain menyuarakan harapan mereka. Akhirnya yang dianggap berkesan adalah NGO dan pembangkang. Apabila ini berlaku, mereka menganggap diri serasi dengan perjuangan pembangkang. Orang muda lebih kepada sifat idealis, melihat sesuatu perkara daripada aspek terbaik.

Saya lihat tidak ramai ahli pergerakan yang mengenali Umno, menjadi ahli Umno tetapi hakikatnya tidak menjiwai Umno. Tidak ramai ahli Pemuda dapat memberi jawapan tepat apabila ditanya tujuan menyertai Umno. Daripada 10 orang yang ditanya, hanya seorang bagi jawapan tepat. Paling sedih, ramai katanya Umno boleh beri mereka projek, kedudukan dan kuasa. Jarang kaitkan Umno untuk agama, bangsa dan negara. Oleh kerana mereka tidak menjiwai Umno, sikap untuk berkorban memang tiada. Ini masalah yang besar kerana apabila mereka bergerak, mereka akan minta habuan.

Jika kita nak buat pembaharuan dalam parti, perubahan tak memadai dalam keadaan Umno dilihat dalam keadaan kritikal. Oleh itu, Umno kena buat pembaharuan. Ia mestilah dimulai oleh Pemuda kerana ia tidak akan berlaku dalam tempoh semalaman, mungkin berlaku dalam tempoh lima tahun. Saya lihat Pemuda perlu diperbaharui, jika nak buat transformasi, kita cuma nak buat pembaharuan daripada struktur, peranan dan pendekatan. Jika kita gagal membaharui Pemuda, maka Umno akan pupus.

Apakah Datuk Seri berasakan latar belakang dan pengalaman sebelum ini memadai untuk bertanding bagi jawatan ini?

Saya tak fikirkan jawatan kerana perjuangan Umno perlu dikekalkan. Ramai kata Umno ini parti lama dan tak boleh mati. Keramat Umno kerana ahli memahami perjuangannya. Umno sekarang bersifat eksekutif, buat program pun di hotel lima bintang, pemimpin dihormati berlebihan hinggakan menegur pemimpin dianggap kurang ajar.

Saya sudah lalui semua, daripada asal orang susah, jadi Menteri Besar Selangor dan jatuh pada hari ini. Saya rasakan tak ramai orang macam ini hari ini. Tidak ramai pemimpin lahir daripada anak petani miskin, terpaksa minta derma nak masuk universiti, menjadi Menteri Besar Selangor pada usia 33 tahun. Selama lapan tahun di Selangor, saya bawa banyak kemajuan. Cuma pada Pilihan Raya Umum ke-12 kita kalah, kerana banyak faktor termasuk faktor nasional kerana kenaikan harga minyak dan kenaikan kos hidup tinggi. Orang Cina dan India pula tidak bersama kita.

Biarpun bermula dari bawah, naik ke puncak dan kembali semula ke bawah, saya tak lari daripada perjuangan. Inilah semangat yang perlu difahami Pemuda. Apabila kita pernah jatuh bangun dalam politik, macam Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah kalah dan bangun semula dalam politik, kita memahami erti tawaduk, memahami keadaan, yang tahu bagaimana kita dihina dan dicaci. Saya pernah dihalau pada jam 4 pagi di kediaman Menteri Besar Selangor. Cuma tinggal keluarga saja pada waktu itu. Anak saya sampai sekarang masih trauma. Kami dihina, dicaci pihak tertentu. Saya hadapi bersendirian kena halau tengah malam, mereka periksa beg, kotak yang tak sepatutnya. Orang Melayu perlu sedar supaya ia tidak berlaku kepada orang lain.

Adakah Pemuda gagal menarik generasi muda atau ahli sedia ada sebenarnya berkurangan?

Ahli bertambah tetapi tidak menjurus kepada pengorbanan. Sekitar 1960-an dan 1970-an, orang tua mempengaruhi orang muda tetapi sekarang sudah terbalik, orang muda yang mempengaruhi orang tua. Kena ingat, apabila orang muda dari Lembah Klang balik mengundi di kampung, mereka boleh paksa ahli keluarga, ibu bapa supaya undi pilihan mereka. Kalau katakan ada 30 peratus orang muda balik kampung mempengaruhi 20 peratus orang tua, itu sudah menjadi 50 peratus dan besar kesannya. Sudah tiba masanya Pemuda jadi suara rakyat dan inilah masanya membetulkan Umno kerana parti inilah yang memberi peluang dan pengalaman kepada saya.

Benarkah dulu Pemuda cukup berani apabila mereka menegur ramai akan menyokong dan Pemuda dilihat cukup kuat tetapi keadaan sekarang jauh berbeza? Komen Datuk Seri?

Sebab itu saya gunakan slogan 'Pemuda Berani.' Saya nak bangkitkan semangat berani dalam Pemuda. Jika nak berubah, mereka kena berani jadi suara rakyat, bukan setakat berubah pada nama. Dalam keadaan sekarang, jika mereka tak puas hati, mereka tak jumpa Pemuda sebaliknya jumpa kesatuan masing-masing. Dalam konsep perjuangan ini kita kena lihat dua aspek, pertama yang melaksanakan polisi dan kedua yang memantau polisi. Pemuda perlu memainkan peranan sebagai pemantau polisi. Mereka masih muda, jika buat silap pun masih boleh dimaafkan sebab masih muda dan jadi platform untuk jadi pemimpin akan datang. Ramai pemimpin hari ini tak datang dari bawah dan ramai tak faham kehendak dan masalah rakyat, sebab itu hari ini pemimpin buat lain, rakyat nak lain.

Dalam keadaan Datuk Seri tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan, adakah ini mampu untuk menangani pelbagai isu dalam keadaan Umno dianggap kritikal. Di manakah peranannya Pemuda berani?

Kerajaan banyak adakan program untuk rakyat. Tetapi berapa banyak program itu boleh membabitkan orang muda. Contohnya, isu paling besar ialah pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Jika dulu orang muda terikat kerana dapat biasiswa, tetapi sekarang mereka dapat pinjaman sama macam bank. Pinjam dengan kerajaan atau pinjam dengan bank sama saja dan tetap kena bayar faedahnya. Macam mana muda orang nak dekatkan diri dengan kerajaan dan berasa terhutang budi dengan kerajaan. Kita pernah cadangkan, jika nak kena bayar pun, biarlah ketika tahun kelima atau keenam selepas bekerja, bukan tahun pertama.

Masa itulah nak kahwin, nak bantu keluarga, nak mula kerjaya, baru nak cari tapak berniaga. Mungkin kita boleh bagi diskaun jika mereka berkhidmat dalam kerajaan, sebab mereka curahkan semula khidmat kepada kerajaan selepas dapat pinjaman kerajaan. Saya boleh bercakap sebab di Selangor, kami bagi pinjaman pengajian tanpa faedah. Bila nak bayar, mereka boleh bincang.

Andai Datuk Seri dipilih sebagai Ketua Pemuda, apa yang boleh Datuk Seri lakukan?

Saya akan pimpin Pemuda menjadi berani, pendesak isu rakyat dengan memberi penekanan kepada pembaharuan Umno, Barisan Nasional (BN), peranan orang muda serta ekonomi. Parti mesti sentiasa diaktifkan, bukan hanya menjelang pilihan raya dan bilik gerakan mesti mewakili semangat BN sebenarnya. Tempat MCA, mesti ada Umno dan MIC. Semua aktiviti mesti berasaskan perjuangan BN. Pembaharuan dalam Umno juga penting dan Pemuda harus mengutarakan isu seperti struktur parti sendiri. Hari ini kita ada satu Timbalan Presiden, mengapa tidak letak dua Timbalan Presiden – satu dalam kerajaan dan seorang lagi jaga pengurusan atau di luar kerajaan supaya ada 'check and balance.' Naib Presiden juga tambah kepada empat orang. Dua di dalam dan dua lagi di luar kerajaan. Rakyat tidak ke mana sebab kepentingan mereka terbela.

Jika ada pemimpin yang berada dalam kerajaan gagal berkhidmat dengan baik, peranan mereka diambil alih rakan yang di luar kerajaan. Jadi sesiapa yang kerja, perlu bertugas dengan betul. Saya akan tumpu kepada isu ini.

Penstrukturan dalam Pemuda, Wanita dan Puteri perlu lebih khusus. Kita lihat hari ini, pembabitan Pemuda dalam program kerajaan tiada. Contohnya dalam pelbagai suruhanjaya yang ditubuhkan, tiada orang muda langsung. Pengalaman itu perlu diwarisi. Bagaimana 10 tahun akan datang kita tubuhkan suruhanjaya lain dan ahli terdahulu sudah tiada? Timbalan Menteri, seharusnya dipilih orang muda. Ia menjadi cara melatih mereka menjadi pemimpin yang baik. Saya tak nampak perkara itu berlaku sekarang. Kita tidak boleh ambil pemimpin tangkap muat saja. Pemuda juga perlu berubah dengan kembali kepada asas perjuangan iaitu agama dan bangsa.

Kita perlu ubah sikap dan mentaliti materialistik. Lupakan hasrat mengadakan semua acara di hotel lima bintang. Sebaliknya, buat mesyuarat di kampung, manfaatkan program 'homestay' atau inap desa supaya lebih dekat dengan masyarakat serta menghayati kegiatan ekonomi rakyat. Selepas solat Maghrib dan tahlil, kita bincangkan perjuangan parti. Cara ini ada komunikasi dua hala. Sekarang, banyak aktiviti diadakan di hotel mewah. Pemimpin bercakap di atas pentas sedangkan ahli di bawah tidak faham. Cuma komunikasi sehala.

Selain itu, mantapkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana Umno tidak boleh ketepikan perjuangannya membela orang Melayu, agama dan bangsa. Dasar baru itu boleh dibuat dengan memfokus kepada merapatkan jurang pendapatan antara rakyat. Pendapatan purata orang Melayu berkeluarga adalah RM2,800 sebulan dan bujang RM3,200. Bagi orang Cina berkeluarga, jumlahnya RM4,400 sebulan. Selagi orang Melayu tidak mengatasi atau samakan jurang pendapatan, selagi itu kerajaan perlu memberi lebih banyak bantuan kepada mereka.

Apakah ciri-ciri Ketua Pemuda bagi pandangan Datuk Seri?

Pemimpin yang menginsafi susah senang bangsanya dan mempunyai pegangan agama dan perlu memahami permasalahan yang wujud di sekelilingnya. Soal agama misalnya, Umno dilihat tidak berjuang untuk agama menyebabkan Pas mengambil alih segmen itu. Sebab itulah orang Melayu berpecah. Mereka yang fikirkan soal agama, memilih Pas. Imej Umno dari segi keagamaan itu terjejas dan ini perlu diperbetulkan.

Mereka yang lihat soal bangsa Melayu itu tidak diperjuangkan Umno pula lari kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana menganggap pembangkang itu boleh jadi suara. Inilah hakikatnya dalam Umno. Jadi, kalau Umno balik kepada agama dan soal bangsa, tiada sebab berlaku masalah rakyat lari kepada Pas dan PKR. Ketua Pemuda mesti memahami kehendak anggotanya dan orang muda, termasuk isu semasa dan manfaatkan apa yang ada. Ini seperti faedah teknologi maklumat seperti peranan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan multimedia lainnya. Hantar SMS kepada orang muda sekerap mungkin dan mana tahu selepas lima tahun, mereka boleh mengundi BN. Di sinilah peranan IT yang saya gelar sebagai 'forced information' atau maklumat secara paksa menerusi SMS, MMS dan pesanan suara. Suka atau tidak, mereka pasti akan membuka setiap mesej yang diterima. Ketua Pemuda perlu peka kepada senario semasa.

Datuk Seri semestinya sudah menemui ramai perwakilan ketika berkempen. Bagaimana Datuk Seri melihat peluang dalam persaingan ini?

Saya seorang 'dark horse' (calon bukan pilihan) dan itulah keadaannya sepanjang masa. Tetapi peluang saya mungkin juga 50/50. Harapan memang ada. Perlu diingat, ketika berkempen menemui orang, apa yang saya lakukan adalah memberitahu mereka apa yang mampu dibuat.

Sebagai calon bukan pilihan, saya berharap janganlah perwakilan menganaktirikan saya. Saya 'yatim piatu' dalam politik. Saya tidak membawa nama sesiapa kecuali diri sendiri.

Inilah hakikat politik di Malaysia dan kita perlu ubah. Bukan soal latar belakang semata-mata yang perlu jadi pilihan tetapi kemampuan calon. Apa yang saya mampu lakukan adalah tonjolkan kewibawaan dan pengalaman diri. Saya bermula dalam Umno dari peringkat bawah lagi dan meniti tangga hingga kepada kedudukan ini. Saya sudah melalui bermacam-macam pengalaman pahit, manis, buruk, indah dan semuanya dalam Umno. Biarpun berpengalaman, mujurlah saya masih muda dan mampu memberi sumbangan. Pengalaman lalu mendewasakan kita. Lihat saja pemimpin lalu seperti Dr Mahathir dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga pernah merasai jatuh bangun dalam Umno.


Tidakkah Datuk Seri melihat kekalahan Selangor di tangan pembangkang itu boleh menjejaskan peluang Datuk Seri?


Kalau kata saya kalah, saya cuma kalah pilihan raya tetapi majoriti meningkat di kawasan saya. Ini bererti kekalahan negeri disebabkan faktor lain. Sebagai Menteri Besar dulu, saya tidak gagal.

Buktinya, di bawah pentadbiran saya, masalah kemiskinan di Selangor daripada lima peratus berkurangan kepada di bawah satu peratus. Soal kebajikan orang Melayu saya juga jaga. Paling jelas, soal kutipan zakat daripada RM40 juta kepada RM240 juta pada 2007. Pelaburan, saya bawa masuk RM11 bilion. Masalah setinggan, daripada 47,000 kepada cuma tak sampai 500 orang. Pembangunan pula, Selangor menyumbang 25 peratus kepada pendapatan kasar negara. Jadi orang tidak boleh pertikai apa saya saya lakukan di Selangor. Oleh itu isu kekalahan Selangor tidak harus dijadikan alasan untuk perwakilan menolak saya.

Datuk Seri dikritik hebat kerana isu pemberian penyapu kepada pihak berkuasa tempatan ketika menjadi Menteri Besar dan turut disifatkan antara punca kekalahan BN di Selangor?

Kita kena berani melakukan sesuatu untuk kebaikan masyarakat. Kalau kita buat sesuatu yang baru dan drastik, memang ramai yang mengkritik. Tapi Alhamdulillah isu penyapu ini, ada hikmah yang berlaku. Dulu saya dikritik hebat. Tetapi tahun lalu, Pejabat Daerah dan pegawai sama (yang menerima penyapu) mendapat hadiah pertama kecemerlangan.

Kadar kutipan cukai pejabat berkenaan daripada 47 peratus meningkat kepada 94 peratus. Beliau mengakui dengan pemberian penyapu itu, semangatnya meningkat. Bagi saya, apa lebih penting ialah kesan daripada usaha yang dilakukan.

Pandangan Datuk Seri mengenai politik wang yang didakwa berleluasa hingga Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mencadangkan supaya sayap Umno dibubarkan?

Bagi saya tidak wajar menyatakan anak muda perlu belajar lagi dan semua sayap itu perlu dibubarkan. Apa yang penting adalah pembaharuan yang dibuat dan tugasan diberikan kepada golongan ini dapat direalisasikan. Setiap sayap ada peranan dan jasa. Kita perlu menjadi masyarakat yang memandang ke depan. Politik wang perlu ditolak kerana ia tidak melahirkan pemimpin disegani sebaliknya perasuah. Umno boleh berkubur jika politik wang berleluasa. Kita beri harapan bukan menaburkan wang.

Apa pesanan Datuk Seri kepada perwakilan?

Kita dalam politik harus tolong kawan-kawan bukan tikam kawan. Sebab itu kita ada perwakilan yang diberi amanah untuk mengundi dan memilih pemimpin, bukan ketua. Perlu diingat, ketua tiada kuasa, tetapi pemimpin mempunyai kuasa dan tahu apa yang mahu dibuat. Ibarat bidalan lama, kalau mahu mencari tempat mandi pertamanya teluk yang keduanya pantai. Begitu jugalah kalau mencari pemimpin, pertamanya elok dan keduanya pandai. Jangan melihat yang pandai saja kerana yang pandai ini boleh 'menjual' kita. Sebab itu orang tua beri peringatan ini. Pemimpin yang elok ini merasai susah senang. Seperti Nabi Muhammad SAW, yang dipilih kerana elok dulu, iaitu pengalaman sebagai anak yatim, miskin, dijaga bapa saudaranya dan hidup susah. Selepas itulah baru Baginda menjadi pandai apabila diberi ilmu. Mengapa Nabi tidak dipilih dari kalangan anak raja? Sebabnya Allah SWT mahu individu yang merasai kesusahan dulu. Pengalaman itu yang memberinya kelebihan untuk berdepan apa juga situasi selepas itu. Malangnya, tidak ramai yang melihat perkara ini.

Dipetik dari Berita Minggu, 8 Februari 2009.

48 comments:

  1. A'kum Datuk Seri

    Apa yang saya nampak politik UMNO sekarang 'defensive' sejak 1999 lagi. Kami penyokong kuat UMNO tak nak situasi ni. Kami nak lebih agresif supaya kekuatan UMNO jelas di mata pembangkang. Masa krisis di Perak tempoh hari, UMNO tak pun nak panggil penyokong dia berkumpul. Kita perlukan keadaan macam ni kerana ia penting untuk menaikkan semangat kami. Apalah sangat kalau kena hentam dengan FRU daripda memendam rasa dekat hati dengan asyik bertahan. Lagi satu, blog tak akan sampai dekat semua orang. Kita kena buat propoganda surat berantai dan hantar berulang-ulang kali ke setiap rumah. Kita kena buat propoganda dan sering sampaikan maklumat. Maklumat perlu ditulis dan sampai dekat setiap rumah. Bayangkan kalau dalam sebulan hantar 10 kali dan dibacanya sekali, maka dalam setahun dah dibaca 12 kali. Ini lebih membantu.

    Sekian
    Terima Kasih
    Zahir

    ReplyDelete
  2. tak perlu tunjukkan post saya kepada internet:
    secara jujur saya amat sokong dato, saya tak sokong umno buat masa sekarang walaupun bapa saya sendri seorg yg berkempen utk muhyiddin mac nanti. saya juga bukan ahli umno, tapi saya AMAT AMAT berharap dato menang untk kerusi pemuda.Selamat berjuang dato.

    ReplyDelete
  3. Salam DS Dr Khir,
    Pada pandangan saya DS memiliki karisma dan kredibiliti yang berbeza daripada pemimpin2 UMNO lain. Saya sokong DS dalam pemilihan KP UMNO nanti. Saya percaya sama ada DS atau Dato Mukhriz mampu membawa pembaharuan yang meyakinkan rakyat ke dalam UMNO pada masa akan datang. Saya juga yakin dan percaya jika Khairy yang menang nescaya UMNO Malaysia akan rebah dan hanyut dalam masa yang singkat.

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum Datuk,
    saya merasakan datuk @dato mukhriz mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua pemuda...tapi harus lah meyakinkan pemuda bahawa apa yang diperjuangkan dalam parti.....cuma 1 pesanan saya kepada datuk adalah,jika datuk mengisi jawatan ketua pemuda nanti adalah agar datuk sentiasa mengingatkan kepada barisan pemuda- pemuda untuk tidak mengamalkan dan menjauhkan diri dari aktiviti politik wang .ini yang akan merugikan parti dan akan mencemarkan imej sesebuah parti.......

    ReplyDelete
  5. kepada ds dan blogger semua....masa makin hampir..segala2 jika ds lakukan pastikan mission in action..saya secara peribadi dan berpaksikan demi perjuang agama,bangsa dan tanahair hanya melihat ds khir mampu mengembalikan kepercayaan golongan muda mengambil kira situasi masa kini.

    apa sahaja yang dilakukan oleh kj dan mukhriz sekarang dan walaupun nampak baik oleh perwakilan...tetapi harus diingat

    untuk pengikut kj......persepsi mengawal pak lah dari belakang yang membuatkan saya muak,menyampah dan sakit hati kerana bukan sebab peribadi tetapi terasa sakitnya hati bila melihat berduyun2 orang muda lari lintang pukang tinggalkan umno....so apahal yang kj buat...orang ini jika diangkat jadi kp malaysia ....saya yang ada dalam umno pun akan tawar hati....dan pujuklah macammana pun,orang muda tidak akan mendekati dan tidak akan kembali kepada umno.mereka ini sedang menunggu dan melihat perkembangan pada march nanti..

    pemilihan nanti pemuda adalah komponan yang amat menjadi perhatian kerana pemuda ini adalah pewaris menentukan hala tuju akan datang....jika kemahuan kami tidak dipenuhi oleh para perwakilan yang dipilih,umno akan berkubur dari golongan muda,

    umno untuk orang muda sekarang tidak sesuai mempunyai hirarki seperti pewaris anak dan menantu.....oohh ada yang kata pada saya jika macamtu hishammuddin dan najib perlu letak jawatanlah?...herr kawan..membaca sesuatu mentilah dari sudut tuntutan sesuatu zaman...jangan samakan zaman hishamuddin dan najib sama dengan zaman kj dan mukhriz....apa orang lain tiada yang berkaliber dalam umno?...nak muntah la saya bila lihat ini berlaku....berapa ramai orang muda yang berfikir seperti saya diluar....dengan melihat situasi larinya mereka sekarang apakah hujah ini tidak boleh diambil kira dan difikirkan oleh golongan2 pakar,cerdikpandai,belajar tinggi(duit kerajaan)....jangan bagi yang ada pun tinggalkan umno.....contohnya saya...ini tuntutan dan desakan yang saya berikan..

    memang satu tidak kemana tetapi tetapi umno tidak perlu ramai pemimpin yang boleh memimpin dan boleh diterima kata2nya....satu cukup yang lain tu ala2 pandai cukup......inilah masalahnya kalau kj atau mukhriz yang jadi kp habis la....lu tak caya buatlah saya berani jamin walau tak semua umno akan kalah tetapi sekurang2nya untuk orang muda umno mesti tumbang....ada harapan pun yang akan memulihkan dan memberi semangat kembali kepada golongan ini adalah tak lain dan tak bukan orang yang empunya blog ini.

    SEBAGAI RAKYAT MARHAEN SAYA BERKATA DENGAN HATI DAN PERASAAN.....DAN SEBAGAI PEMIMPIN DAN JENTERA LAKSANAKANLAH SESUATU TUGAS DENGAN AKAL FIKIRAN.KEDUA2 KOMPONAN INI KENA BERJALAN SEIRINGAN DAN KEIKHLASAN APABILA BERKATA2 BARULAH KESTABILAN DAN KEAMANAN KAUM TERJAMIN DIBUMI INI..

    JANGANLAH SEBAGAI ORANG BAWAH KITA BERKATA DENGAN AKAL DIHADAPAN PEMIMPIN KERANA JIKA ORANG BAWAHAN BERKAT DENGAN AKAL SELALUNYA KEPUTUSAN ITU LEBIH CENDERONG HANYA MEMBERI MANAFAAT KEPADA KITA DAN KADANGKALA MANAFAAT INI TIDAK BAIK UNTUK KESELURUHAN BANGSA MALAYSIA...AKIBATNYA KUCAR-KACIR,SEGALA YANG PATUT DISIMPAN HABIS DIUNGKIT DAN SIFAT AMARAH YANG ADALA PADA ORANG MUDA AKAN MENANBAH PARAH LUKA YANG TELAH ADA...CUKUP2LAH

    SAYA TAHU SEBAGAI PENGIKUT TEGAR,MEREKA TIDAK AKAN MENERIMA APA2 HUJAH YANG DIKATAKAN DISINI TETAPI SEBAGAI ORANG MUDA YANG BIASA TIDAK MEMIHAK MANA2 SAYA HARAP YB KJ DAN DATO MUKHRIZ DUDUK MUHASABAH DIRI DAN FAHAMILAH ISTILAH BERKORBAN DALAM UMNO.WASSALAM

    ReplyDelete
  6. Pengalaman saya sebagai anak orang kuat UMNO menyedihkan saya. Sebagai Ketua Cawangan UMNO, perpecahan dikalangan masyarakat terlalu jelas sebab duit. Kalau kita buang politik wang ini baru kita dapat tahu siapa yang benar2 berjuang dgn UMNO. Biasanya kalau nak ubah sesuatu kita ubah dari bawah ke atas. Tapi dalam situasi UMNO sekarang ianya perlu diubah dari atas ke bawah. Harap DS faham aper yang dimaksudkan.

    ReplyDelete
  7. Datuk Seri,

    Semoga Datuk Seri Berjaya dengan Cermerlang, Gemilang Dan Terbilang didalam Pemilihan Pemuda Umno Nanti.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum dr

    Dr. berhak untuk menyandang jawatan tertinggi pemuda, sebabnya 1.Berpengalaman
    2.Berpelajaran
    3.Berani
    Perwakilan akan memberikan sokongan kepada dr.Insyaallah.

    ReplyDelete
  9. Askm Dato` Seri dan semua..

    Memang betul pemuda kena berani jadi suara pembaharuan.

    Terutama siapa yg menawarkan diri untuk menjadi pemimpin pemuda mesti lebih berani.

    Sekarang ini isu Penderhaka Raja (PR), saya melihat dan turun padang bersama2 dgn pemuda membuat bantahan.. namun hanya seorang calon ketua pemuda yg turun padang.. itu pun dalam ucapan nya "rukun negara ada empat".. dua lagi belum jumpa.. Jgn hanya pandai bercakap, tapi mesti juga pandai mengotakan nya..

    Harapan saya sebagai akar umbi pemuda.. kalau boleh barisan kepimpinan pemuda yg baru nanti akan menjadi barisan pemimpin yg mesra pemuda.. bersama2 dalam susah dan senang.. sama2 bersembang.. sama2 buat kerja turun padang.. jgn pandai mengarah dan menuding jari sahaja.. jangan jadi pemimpin pemuda, tapi gaya ala org tua / veteran.

    Allahu Akbar.. Hidup UMNO

    ReplyDelete
  10. antara 3 org calon ketua pemuda UMNO saya berpendpt DSKT lebih berpeluang mengisi jawatan ini.

    Pencapaian DSKT di Selangor tidak lah boleh dijadikan modal utk merebut jawatan ini, saya memang akui pencapaian DSKT, tetapi adakah pencapaian ini akan sama sekiranya DSKT menjadi MB Perlis. Sudah tentu tidak. Jadi janganlah terlalu berbangga dengan pencapaian DSKT di Selangor. Saya berpendapat jika selain dari DSKT menjadi MB, pencapaianya juga sama.

    ReplyDelete
  11. Hidup DR tempe...Semoga tampuk pemerintahan negara di kemudi oleh org2 yg cemerlang dan berkelayakan....

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Dato'
    Sebagai'dark horse' kebiasaannya payah nak menang.
    Melihat pada tulisan Dato' kali ini,rasanya ramai grassroots yang menyokong perjuangan Dato' tapi setakat menyokong aje......
    Bila bab memilih pemimpin kebiasaanya dalam UMNO orang seperti Dato' lah yang perlu disingkirkan terlebih dahulu atau yang akan dicemuh sebagai 'cakap boleh la'(walau Dato' dah buktikan semasa menjawat MB )
    Sebagai yatim piatu dalam politik, kemenangan Dato' pada Mac nanti menunjukkan ada anjakan pradigma sedang berlaku di dalam UMNO.(rasanya payah)
    Tetapi apapun sesuatu itu tidak mustahil akan terjadi. InsyaAllah....

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum....!

    SELAMAT BERJUANG DATO' DENGAN PENUH KEIKHLASAN,
    PENUH KEWAJIPAN,DEDIKASI DAN AMANAH...

    DAN PELBAGAI LAGI VISI,MISI,MOTO, MASKOT,SIMBOL
    YG BAIK IMEJ DAN MESEJNYA....

    JIKA BERJAYA MENGGALAS SBG KETUA PEMUDA...

    KERANA APA YG NAK DICARI DIDUNIA INI SKRG?
    HARTA?WANG?PANGKAT?PUJIAN?....KINI MENJADI LIABILITI BAGI PEMIMPIN DARI PANDANGAN MATA RAKYAT...

    BERBAKTI DAN BERKHIDMAT UTK RAKYAT ITULAH YG
    PALING RELEVEN....

    SEMOGA BERJAYA DATO'

    (WONG KAPAR KIE)

    ReplyDelete
  14. DSKT,
    Pemuda Umno adalah benteng pertahanan kepentingan
    Melayu ,Islam , Institusi raja raja dan Malaysia TETAPI apa yg kita nampak peristiwa di Perak pemuda duduk dibarisan belakang dan pemimpin pemuda nampak lebik lebih kepada untuk menyelamatkan diri dan takut kepada kontrevesi
    Sampai kan bila Karpal Singah tanya ' siapa itu pemuda Umno' pun tidak ada respon dari kepimpinan pemuda
    Pemuda sudah hilang taring dan self esteem selepas Zahid Hamidi , pemuda pada masa itu memegang idealisma perjuangan , tidak dapat terima kroniisma dan nepotisma ,semangat juang yg kental , tidak materialistik, menghadiri kem kem semangat untuk memperkuatkan espirit de corp
    tetapi pemuda sekarang sangat lembik semangat juang nya ,lebih kepada kontrek ,lebih kepada rent seeker , kem KGB ( kem ghaffar baba ) ulu kelang pun tidak tahu . Pemuda sekarang memberikan imej saperti filem Hong Kong mengiringi ketua dgn brabus atau lexus pakai cermin mata hitam , jam rolex ( palsu pun tidak apa)dikiri dan gelang platinum dikanan ,pemuda telah dilembik kan semangat juang nya
    DSKT perlu menunjukkan kepimpinan yg bakal di bawa adalah kualiti kepimpinan yg jati diri perjuangan amat tinggi , modern , urbane yet very humble, no non sense dan tidak ada kompromi mengenai masaalah dasar dan kepentingan melayu
    DSKT,
    DS kena istiharkan Pemuda 'is defender of Malay , Islam and institusi raja raja' Pemuda adalah defender of all Malaysia irrespective of races , religion and interest .
    Kepimpinan pemuda juga harus berani berdebat dgn kumpulan mana mana pun Ngo , pelajar universiti , pembangkang ,dll bukan macam sekarang pimpinan pemuda lansung tidak berani untuk bersemuka dgn kumpulan kumpulan yg tidak menyokong Umno tidak berani berdialog dan berdebat dgn pelajar universiti
    DSKT,
    selamat berjuang ...

    ReplyDelete
  15. saudara DSKT, anak-malaya.

    saya tidak bersetuju dengan mengatakan penderhaka raja PR. kenapa jika pembangkang membantah keputusan raja dikatakan penderhaka tetapi ahli UMNO sendiri yang membantah tidak dikatakan penderhaka. Sepatutnya Abdullah Ahmad Badawi & Annuar Musa terlebih dahulu dikecam sebagai penderhaka raja. kita lihat apa yg berlaku di Terengganu di mana ahli UMNO tidak bersetuju dengan keputusan raja melantik Ahmad Said sebagai MB sedangkan UMNO mahu mmelantik kroni mereka di sana iaitu Idris Jusoh. jgnlah kita terpengaruh dengan propaganda media arus perdana yg hari2 menghentam Pakatan Rakyat

    ReplyDelete
  16. salam dskt.
    memang la pemuda perlu berani, kalau tak berani bukanlah pemuda, itu pondan namanya.!

    yang terpenting sekarang ialah bagaimana kita nak berdepan dengan pengundi muda yang bilangannya bertambah 1/2 juta setiap tahun.

    sesiapa juga calon yang berhajat untuk memimpin ppum, harus menggariskan pelan & strategi bagaimana untuk mempastikan arus sokongan pengundi muda kembali kepada BN.

    kita mesti berhadapan dengan situasi ini. jika sekadar menjual pengalaman semata-mata, takkan kemana.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum DS,
    Kalau ketua Pemuda pun penakut camana anak buah nak jadi berani. Kita perlukan seorang ketua yang Bijak dan berani. Kena selalu cabar debat secara terbuka dengan ketua pemuda pembangkang tak kira apa isu sekalipun. barulah rakyat jelata yakin dengan kepimpinan. Jangan selalu diam saja...nanti orang ingat kita bersalah.

    ReplyDelete
  18. Salam
    Kalaulah saya perwakilan diberi peluang untuk mengundi sudah tentu saya undi Dato' Seri.

    Dengan ikhlas saya cakap, saya nampak semangat perjuangan Dr Mahathir di dalam Dato' Seri ( tp kebijaksanaan belum tentu)

    Saya suka cadangan2 Dato seri berkenaaan pendekatan dgn . UMNO kini dilihat sebagai kelab esklusif.

    Saya gembira kerana ada pemimpin mcm Dr Mahathir (in my opinion)lg ni negara kita

    Semoga berjaya.Saya doakan kejayaan Dato' Seri.

    ReplyDelete
  19. SALAM...

    SDRA/I PR....

    PENDERHAKAAN KALAU DITUJU KPD PR..TERLALU UMUM,
    JIKA SESEORANG ATAU KUMPULAN ADALAH SESUAI...
    KERANA TINGKAHLAKU DAN KATA-KATA TERLALU EKSTREM
    MENYERLAHKAN PENDERHAKAAN OLEH KERANA INGKAR
    ARAHAN DAN KUASA DYM SULTAN PULA BERTERUSAN...

    DIBANDINGKAN INGKAR INDIVIDU DARI PEMIMPIN BN SPT DISEBUT OLEH SDRA/I PR, HANYA SEMENTARA DAN
    AKUR KEMUDIANNYA...


    JUGA, TINDAK BALAS DARI BAWAHAN YG MEMPERTAHAN
    TITAH DAN INSTITUSI RAJA ADALAH BN SENDIRI...

    PERSOALANNYA..DIMANA PR?

    MAKA AMATLAH BERBEZA CARA DAN SITUASI ANTARA
    KEDUA-DUANYA...

    ReplyDelete
  20. Datuk seolah2 menggambarkan datuk sebagai seorg yang telus dalam berbagai aspek.Ya..setengah daripada itu saya bersetuju,akan tetapi datuk harus ingat tidak semua org akan memilih kita disebabkan kita pandai dan bijak berkata2..setiap perkara atau janji yg dibangkitkan harusla mencerminkan diri kita yg sebenar..DSKT harus ingat bahawa penyokong datuk tidak selalu teguh dibelakang..kadang ia akan berpaling arah.Maka setiap lunas2 kata haruslah di selidik dan di tepati

    ReplyDelete
  21. Setiap yang diatas pasti bermula daripada bawah kecuali Tuhan yang Maha Kaya.,Datuk menggambarkan seolah2 bahawa hanya datuk seorg yang pernaH melalui kesusahan,penderitaan serta dikeji.Ingatlah jika datuk merasa akan begitu ada lagi insan yang lebih teruk menanggung kesesakan dan keperitan hidup didunia.Kita sbg manusia perlu bersyukur dgn nikmat yg kita pinjam dariNYA dan Insaf daripada apa yang kita langgar akan perintahNYA.Soal PAS,memanglah PAS lebih berjuang kepada agama islam,tetapi PAS juga berjuang untuk kesejahteraan dan perpaduan umat di Malaysia tanpa membeza2kan kaum.kita boleh lihat apa yg berlaku di Negeri Kelantan,Rakyat Kelantan berbagai kaum hidup dgn suasana harmoni dan aman.Soal PKR pula, lebih berjuang untuk bangsa Melayu,Adakah pemimpin2 PKR kesemuanya org Melayu?Apa yg saya ingin katakan disini adlah Barisan UMNO hanya melihat keadaan ini setelah kepimpinan mereka terjejas akibat daripada Penyatuan PAS dan PKR sebagai Pakatan Rakyat,danPakatan menunjukkan mesej kepada UMNO bahawa rakyat kini perlu merintih di bawah payung Pakatan Rakyat bukan lagi BN.tidakkah DSKT merasakan bahawa UMNO hanya sedar setelah PAS dan PKR telah berjaya membawa pembaharuan dan perpaduan untuk rakyat Malaysia..TQ

    ReplyDelete
  22. Kami tak tau apa akan jadi kat negara kita ni. Semenjak keputusan PRU 12 kuar, masih tak selesai lagi hal politik. Dari kaca TV sampai la ke surat khabar nyamuk, dari warung kopi pisang sesikat sampai la ke hotel mewah 5 bintang, dari pakcik nelayan sampai la ke Hang kebun. Cerita tadak lain, politik, politik, politik.

    Wahai pejuang Rakyat, Wahai Pejuang Bangsa, tolong la berhenti sejenak dan fikirkan sekejap masalah rakyat terbanyak. Kami sekarang ni berdepan dengan kesusahan akibat kos sara hidup yang meningkat di tambah pula kesan sub prima kejatuhan ekonomi global.

    Banyak kilang dah tutup, banyak premis dah lingkup, banyak kes pembuangan pekerja secara bersistematik, meningkatnya kadar pengangguran yang drastik lalu meningkatnya kadar jenayah secara automatik.

    Kini ramai rakyat bawahan yang kesusahan dan hidup penuh kesulitan. Harga getah jatuh. Harga sawit jatuh. Harga besi buruk pun jatuh. Nak berniaga, pelanggan ramai tapi ramai nak masuk akaun sebab tak berduit. Jadi kontraktor kecil, projek kerajaan turun, kroni yang pulun. Masa depan kami kabur. Masa depan anak-anak kami bercampur baur.

    Perut kami tak kan kenyang dengan politik. Anak-anak kami yang kelaparan tidak akan tido lena didendang pidato politik. Suara kami hanya akan kami terjemahkan di dalam Peti-peti Undi. Suara rakyat, suara keramat.

    Oleh itu wahai pejuang bangsa, wahai pejuang rakyat, berhentilah seketika dan ayuh duduk semeja demi kebajikan rakyat terbanyak. Makmurkan ekonomi negara,jangan biarkan rakyat hidup dalam kesusahan kerana "Kemiskinan akan membawa kepada keganasan dan kekufuran.

    ReplyDelete
  23. Saudara PR,

    Krisis di Terengganu dan Perlis tidak sama dengan Perak. Di Terengganu dan Perlis calon Menteri Besar dipersembahkan kepada Sultan. Sultan tidak memberi perkenan dan UMNO kemudiannya mempersembahkan nama lain sebagai calon. Selepas itu semuanya selesai. Calon yang tidak diperkenankan tidak pula riuh-rendah seperti di Perak. Mereka akur dan patuh kepada keputusan Sultan.

    ReplyDelete
  24. Salam Semua...
    semoga pada hari pemilihan nanti dapat belaku secara aman dan adil seperti yang rakyat dan penyokong bee end harapkan...Kejayaan pada org yang berhak.

    ReplyDelete
  25. Salam hormat Ds dan sahabat,
    Komen saya dalam http://nasilemakbungkus.blogspot.com

    Wassalam.

    ReplyDelete
  26. 51 tahun Pemerintahan UMNO, dan hasilnya 80% ekonomi dikuasai Cina.

    Purata Pendapatan Cina rm4000+, melayu rm2000+, dan india rm3000+

    Jumlah Professional 50000+ cina, 30000+ melayu dan 20000+ india.

    Bangsa melayu merupakan bangsa paling mundur di Malaysia ketinggalan bertahun-tahun dari bangsa lain.

    Golongan muda dah mual dengan agenda UMNO yang hanya ibarat 'indah khabar dari rupa' apa yang terjadi sekarang hasil dari pemerintahan Barisan Nasional, bukan PR.

    ReplyDelete
  27. DRKT,

    tahniah dgn tindakan DRS di Penang hari ini
    jgn legitimasikan PR sebagai Pakatan Rakyat kerana
    ianya tidak berdaftar ...PR Anwar ini adalah PEROSAK RAKYAT ( PR )...

    ReplyDelete
  28. Askm wbt

    Saudara PR.. Siapa kaitkan dengan Pakatan Rakyat. Saya cuma ringkaskan Penderhaka Raja sebagai PR. Lain kali baca betul2.. jangan suka menuduh membuta tuli macama PR

    ReplyDelete
  29. Askm DSKT,

    Tahniah la kerana turut padang dalam usaha membantah Penderhaka Raja (PR).

    Dulu saya ternampak KJ di padang Ipoh.. selepas itu DSKT pula di Shah Alam dan di depan rumah Karpal Karam. Yg sorang lagi calon KP belum jumpa..

    Tahniah DSKT.. perkasakan pemuda untuk membela agama, bangsa dan tanah air.

    ReplyDelete
  30. Yb Datuk, Undang Undang tubuh Negeri Perak memperuntukan MBnya mesti lah orang Melayu, dan oleh kerana itu DAP terpaksa cari Nizar, tetapi amat dukacita bila BN ambil alik tidak di letakkan orang Melayu Jati jadi MB...Cakap pasal orang Melayu jati saya bermaksud sekurang kurangnya kalau dia darah campur mesti lah bapaknya Melayu..( Mak cina india ke orang putih tak kira, kerana keturunan dia ambil kira dari baka/gene yang sudah tentu dari bapa, bukan emak}.
    Ini pilih orang yang kalau di teliti DNA profilnya sudah tentu jauh lari dari profil Melayu...
    Tak ada ke Melayu di Negeri Perak ni?
    Sepatutnya orang ,acam Datuk lah patut pastikan

    ReplyDelete
  31. salam DSKT, mohon penjelasan berhubung isu dalam link ini.
    http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=64579

    ReplyDelete
  32. Sorry topik lain. Tapi ramai perlu tahu:

    sila baca :http://suararakyatselangor.blogspot.com/2009/02/locus-standi-karpal-tidak-boleh-saman.html

    ReplyDelete
  33. Mengapa bila menentang keputusan yang salah dikatakan menderhaka? Menegakkan keadilan di anggap menderhaka? Tidakkah menentang perlaksanaan hukum hudud, hukum yang diturunkan Allah swt, sebagai menderhaka kepada Allah swt? Adakah hukum ciptaan manusia itu lebih baik atau lebih lengkap dari hukum Allah swt? Mengapa agenda bangsa menjadi agenda paling utama mengatasi agenda agama? Allah swt lebih megetahui, semoga kita mendapat keampunan darinya.

    ReplyDelete
  34. Salam DMKT,

    Apa, mengapa dan sebab apa DMKT bertanding serta berharap menang, itu tak boleh sape-sape menyangkal kerana itu hakmilik muktamad DMKT.

    2. Aku ini MARHAEM, akan melihat apakah mimpi DMKT menjadi realiti. Apa yang di kata dikota di "follow up" dan di " follow through". Apa kah prisip dulu,kini dan selama nya diamalikan.Perjuangan kerana bangsa, agama dan negara tidak lagi dipolimek kan.

    Terima Kaseh. Mangan dulu kemudian toro'.

    ReplyDelete
  35. Saudara anak-malaya

    memang saudara tidak menyebut khusus tentang Pakatan Rakyat, tetapi dengan situasi politik sekarang, sudah tentu berkait dengan Pakatan Rakyat di Perak, takkan saya nak kaitkan dengan pemimpin UMNO di Perak.

    ReplyDelete
  36. alamak dato'.. dalam situasi dato' ditangkap dan PR buat workshop ngatakan dato' upah mat rempit buat demo 'derhaka' dato' masih sibuk dengan post dato' nak bertanding...

    macam mana ni dato'.. dato' sendiri pun da ta relevan da sekarang ni....

    atleast da ada blog, bagi sikit le info tentang apa yang da dato' buat....

    nampak sekarang pun komen semua yang sokong aje... mesti dato' da ta mau nak paste yang ta 90% ta sokong tu kan...

    dato' dato'... ni dato' akhir zaman ni....

    ReplyDelete
  37. Kalau DSKT yang menang jawatan tu..


    - Saya cadangkan 1 Bahagian Pemuda UMNO 1 laman Blog. Ini untuk memudahkan pemantauan dan penyelarasan aktiviti dan program.

    - Pemuda bahagian pun boleh memantau ahli di cawangan di bahagian masing2.

    - Lebih mudah untuk berinteraksi antara satu sama lain memandangkan ramai yang ada idea bernas tapi segan untuk diutarakan secara bersemuka.

    - Lain2 pembaharuan ada.. Tapi kena tunggu sapa yang menang terlebih dahulu.












    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Jangan Takut Kepada Pembangkang Dan Bangkangan. Ingat, Layang2 Terbang Tinggi Kerana Melawan Angin, Bukan Mengikut Angin.
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    http://pro-faizal.blogspot.com

    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    ReplyDelete
  38. Salam DSKT dan rakan2,
    sy sbg rakyat malaysia yg prihatin mendapat berita bahawa esok(hari ini) DS dan 2 rakan dlm umno akan terlibat sebagai panel dalam rancangan Hujah yg dikendalikan oleh Prof.Agus berkait rapat dgn "PERSAINGAN merebut kerusi jawatan Ketua Pemuda Umno bulan depan"..Semoga rancangan itu berjalan dengan baik dan lancar..Tapi sy sbg rakyat yg terhimpit dalam pergolakan politik di negara ini kini,ragu2 akan komen2@ hujah2 yang akan dbualkan dan dibicarakan oleh DS dan rakan2 panel.kenapa sy kita begini? sebab esok ada 3 panel dalam umno yg terlibat,adakah 3vpanel ini akan membicarakan tentang "PERSAINGAN merebut kerusi jawatan Ketua Pemuda Umno bulan depan" atau mengambil peluang ber"hujah" untuk menghentam barisan dari PAKATAN RAKYAT..mungkin tidak...tapi kemungkinan ya..tidak mustahil juga lidah2 datuk semua akan menyebut salah laku barisan PAKATAN RAKYAT dan isu2 yg telah terjadi dinegeri PERAK..come onlah!! DS dan rakan2 adakah ia perlu atau wajib dimasukkan dalam hujah datuk2 semua.tidakkah ia akan menyimpang dari tajuk asal dan memualkan rakyat semua..setiap tutur kata atau wacana2 bebas perlulah berdasarkan pada tajuk dan angka..ini akan membuat penonton dan rakyat malaysia faham akan konsepnya yang digambarkan..apa strategi2 datuk semua dalam bertanding untuk jawatan ini..adkah ia relevan untuk rakyat2 disini..sy amat berharap agar rancangan itu tidak dijadikan medan pertempuran bg datuk2 UMNO atau bee end untuk "menembak" dan memukul barisan Pakatan Rakyat dgn menggunakan media massa.Walau apapun tajuk nya nanti Jadikanlah ia rancangan yg telus dan mesejnya jelas kepada rakyat dalam menceritakan tentang perilaku,strategi,kebaikkan dan sasaran datuk2 dlm umno@bee end mengenai berkait rapat dgn jawatan tersebut...Jangan bangkitkan kemarahan rakyat dan memualkan rakyat tentang hujah2 yg sudah kosong dan jelak bg rakyat malaysia disini...apapun sy sbg rakyat Malaysia mendoakan kelancaran tuturkata dan budi bahasa datuk2 semua dalam rancangan itu..Terima Kasih

    ReplyDelete
  39. kepada Dato,

    Ada satu persoalan yg dituju kepada Dato dalam isu gambar bogel YB Pakatan Rakyat ...

    sejurus selepas berita tersebut hangat diperkatakan, Dato merupakan orang yg pertama mendesak YB PKR meletak jawatan, dengan alasan itu perbuatan yg tidak bermoral ...

    Soalannya adalah seperti berikut:
    (1) Tiada ramai orang yg pernah nampak gambar tersebut, polis juga masih melakukan siasatan.
    - Bagaimanakah Dato sanngup mengatakan ia kelakuan yg tidak bermoral apabila surat khabar hanya menyatakan bahawa gambar itu diambil secara tersembunyi apabila YB perempuan itu tengah tidur ...

    Kenyataan Dato seolah-olah Dato telah mengetahui / melihat gambar tersebut walaupun polis masih menjalankan siasatan ...

    Amat mencurigakan ...

    ReplyDelete
  40. Saudara Putaran Roda,
    masalah politik kini lebih terarah dgn isu2 di negeri perak.di saluran media elektronik dan cetak juga memaparkan lg isu2 tersebut. ia tidak akan berakhir selagi tiada kebenaran dapat dibuktikan..Percayalah,undang2 dunia tidak sama dgn undang2 di Akhirat kelak..Manusia kini tidak takut lagi akan undang2 Akhirat...tq

    ReplyDelete
  41. antara KJ, KHIR, dan MUKHRIZ
    aku tetap sokong KHIR dan KJ
    sebab KHIR dan KJ ada usaha mempertahankan sultan, MUKHRIZ hanya diam membisu, BAHAYA jika MUKHRIZ jadi ketua pemuda

    ReplyDelete
  42. assalamualaikum DS Khir,
    Mula-mula saya pelik,kenapa Pemuda UMNO Bahagian saya mencalonkan DS sebagai KP UMNO,tetapi selepas saya menonton Hujah TV9, saya sudah tahu jawapannya..
    Saya doakan DS menang dalam pemilihan MAC nanti, ubahlah.. ubahlah segala-galanya.... dari atas terus ke bawah...

    ReplyDelete
  43. Assalammualaikum Datuk Dr,

    Didoakan semoga sihat dan diberikan kekuatan oleh Allah untuk memimpin rakyat dan negara ke jalan yang diredhaiNya.

    Di dalam saranan "Pemuda kena berani jadi suara pembaharuan" terasa sedih dengan gelagat segelintir rakyat yang kelihatan begitu zalim sifatnya.

    Melalui isi hatinya kepada akal dan pemikirannya seterusnya kepada perkataan dan mungkin perbuatannya. Apakah niatnya???. Sila lihat disini >>> http://kerajaanrakyat.com/?cat=470

    Pada pendapat saya, budaya negatif ini bukannya Warisan Islam dan juga Warisan Melayu.

    Apa pandangan Datuk Dr mengenai perkara ini?

    Ayuh bangkit berjuang!
    Berjuang demi Islam, Melayu dan Tanahair tercinta ini...

    ReplyDelete
  44. Assalammualaikum DSKT,
    Biarlah saya mulakan dengan pertanyaan,apakah yang lebih penting dalam pandangan datuk , politik yang mementingkan kemenangan pilihanraya atau politik yang memperjuangkan bangsa .
    hujah ini perlulah diamati dan ditanganni oleh pemuda umno dengan amat teliti kerana disinilah titik mulanya perjuangan mempertahankan hak ketuanan melayu amnya dan pemerintahan beraja khasnya bermula.
    Perjuangan umno pada asalnya harus diamati,ianya ditubuhkan pada 11 mei 1946 sebulan selepas penubuhan Malayan Union .Kenapa? untuk mempertahankan hak org melayu dan pemerintahan kesultanan melayu yang ingin dihapuskan oleh gagasan malayan union.Ianya juga menentang kerakyatan yang diberi secara jus soli kepada pendatang yang bermustautin di negara ini.
    Pada hakikatnya pilihanraya pertama dinegara ini hanya dibuat pada tahun 1951 menunjukkan yang perjuangan umno pada asalnya adalah memperjuangkan hak peribumi tanpa mementingkan kemenangan pilihanraya.Kecemerlangan umno pada ketika itu terbukti apabila perlembagaan berteraskan kerajaan beraja diiktiraf oleh British pada tahun 1948 namun ditentang oleh PKM yang mencetuskan darurat ketika itu.
    Namun setelah parti perikatan dibentuk pada tahun 1952 org melayu mula bertolak ansur dan pada tahun 1955 pakatan murni bersetuju menggubal semula perlembagaan tanah melayu dengan memberi kerakyatan secara jus soli kepada bangsa lain namun dengan syarat kedudukan raja raja melayu,agama islam,bahasa melayu dan hak istimewa orang melayu menjadi syarat yang tidak boleh dipertikaikan oleh bangsa lain termaktub dlm perlembagaan.
    Ini bermakna bahawa bangsa melayu telah kewarganegaraan kepada bangsa lain bersyaratkan perkara diatas.Namun lihatlah sekarang kesultanan melayu dikotak katikkan oleh sesetengah pihak yang telah diberi kewarganegaraan itu namun yang memalukan di sekongkol oleh sesetengah bangsa kita sendiri.
    Pada ketika inilah harapan besar saya kepad pemuda umno untuk menggilau kecermerlangan yang lepas dan memperjuangkan hak kita dlm perlembagaan.
    Saya hanya dapat memberi pendapat dari luar kerana saya bukan ahli umno pada hakikatnya.
    Bukannya saya tidak sayang pada umno kerana tanpa perjuangan nya saya tidak akan dapat menuntut ke luar negara walaupun lahir dalam keluarga petani yang amat daif,namun hasrat saya ingin memasuki umno dalam sepuluh tahun ini di tolak kesana sini oleh pemimpin unmno setempat yang munkin merasakan saya ingin memasuki umno kerana jawatan dan takut kedudukan mereka di dalam parti tergugat.
    Jadi yang boleh saya bekalkan adalah pandangan saya sebagai org luar yang menyayangi umno.
    Ingat Kesultanan melayu melaka hanya bertahan seratus tahun sebelum ini sebelum dijajah oleh bangsa lain,kita hanya berada 50 tahun selepas merdeka dan lihatlah apa yang telah terjadi sekarang?
    Tak melayu hilang di dunia?

    ReplyDelete
  45. Dato Seri

    Saya cuba untuk post komen pasal hujah di TV9 tapi tak boleh nak masuk so saya nak komen disini. Cerita yang dengar pasal dato seri kena halau malam dengan keluarga dan dibaling botol selepas PRU 12, kali ke 2 saya dengar. Kali ini dari mulut dato seri sendiri. Kalau macam ni punya tindakan kejam dekat dato seri, kenapa cerita ini tak jadi isu??? Saya rasa dato seri tak fokus dan 'not determining' dalam menyampaikan isu. Belajar dari Tun Dr Mahathir macam mana nak berjuang. Moga Dato Seri sentiasa kuat dan fokus.

    ReplyDelete
  46. Tahniah dan Syabas diatas pencalonan Dato' Seri. Kami dari PemudaBeranang amat-amat mengharapkan kemenangan Dato Seri didalam menerajui Pemuda. Selaku sayap kanan UMNO. Mesej dan Halatuju yang Dato seri huraikan didalam HUJAH TV9 amat jelas dan relevan. Semoga berjaya. Kami sentiasa berdiri teguh di belakang Dato'Seri.

    ReplyDelete
  47. Tahniah dan Syabas diatas pencalonan Dato' Seri. Kami dari PemudaBeranang amat-amat mengharapkan kemenangan Dato Seri didalam menerajui Pemuda. Selaku sayap kanan UMNO. Mesej dan Halatuju yang Dato seri huraikan didalam HUJAH TV9 amat jelas dan relevan. Semoga berjaya. Kami sentiasa berdiri teguh di belakang Dato'Seri.

    ReplyDelete