Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Friday, February 20, 2009

Politik Tuduh Dan Saman

1. Saya menerima banyak komen yang kurang enak dan berunsur maki hamun apabila saya meminta YB Elizabeth Wong meletak jawatan bagi menjaga kehormatan dirinya dan integeriti kerajaan Pakatan Rakyat. Pohon maaf, saya tidak akan melepaskan komen-komen sedemikian. Jika mahu mengkritik, kritiklah dengan cara yang baik dan sopan.

2. Saya bersimpati dengan ADUN Bukit Lanjan, YB Cik Elizabeth Wong. Tiada siapa mahu bahagian sulitnya didedahkan kepada umum. Saya fikir dengan pendedahan tersebut amat sukar untuk beliau berhadapan dengan rakyat atau orang ramai ini sekaligus akan menjejaskan tugasnya sebagai EXCO dan ADUN.

3. Lebih daripada itu saya khuatir akan ada banyak lagi gambar dan video klip yang mungkin terdedah jika beliau terus kekal memegang jawatan. Ini berdasarkan khabar angin yang bertiup kencang di kalangan ahli politik bahawa apa yang terdedah hari ini hanyalah cerita-cerita permukaan sahaja, banyak lagi khabarnya akan terdedah. Sama ada benar atau tidak saya tidak tahu. Hanya tuan yang empunya diri dan mereka yang terbabit sahaja mengetahuinya.

4. Jika tiada rasa bersalah atau YB Eliz berpendapat dia mampu menjalankan tugas seperti biasa maka ia adalah keputusan beliau. Tiada siapa yang boleh memaksanya.

5. Hari ini sudah terbukti bahawa apa yang berlaku bukan kerja UMNO mahu pun Barisan Nasional. Bekas teman lelaki beliau merupakan khabarnya ahli PKR dan dikatakan rapat dengan salah seorang yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Selangor selepas kemenangan dulu.

6. Jadi saya fikir lebih baik Datuk Seri Anwar menyelesaikan masalah dalaman parti beliau dari menjadikan pihak lawan sebagai kambing hitam.

PERAK

7. Senario di Perak juga agak menarik. Speaker DUN Perak menggantung Menteri Besar dan enam EXCOnya dari menghadiri sidang DUN selama 18 bulan dan 12 bulan. Apakah natijah sebenar tindakan menghadap mereka ini ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana menghadiri majlis angkat sumpah jawatan yang diadakan oleh Tuanku Sultan Perak?

8. Apakah PKR dan Speaker DUN Perak ingin memberitahu bahawa mana-mana ADUN yang menghadiri majlis Sultan boleh dikenakan tindakan disiplin jika ia tidak menguntungkan mereka?

9. Apakah mereka sudah menjadi lebih besar dari Tuanku Sultan Perak?

TUDUHAN DAN SAMAN

10. Saman oleh Tan Sri Khalid Ibrahim ke atas saya adalah perkara lumrah dalam politik di Singapura. Inilah kaedah sebuah parti politik negara jiran untuk menutup mulut pembangkang.

11. Saya akan menjawab saman tersebut di mahkamah. Saya cuma berharap Tan Sri Khalid tidak menggunakan mahkamah untuk menutup mulut saya dari terus mengkritik pentadbiran beliau.

12. Berhubung dengan tuduhan-tuduhan rasuah yang di ulang-ulang oleh pakar propaganda PKR ke atas saya, elok saya jelaskan bahawa ke semua tuduhan lama tersebut telah saya jawab sama ada dalam sidang DUN mahu pun dalam media masa.

13. Selain itu, saya sendiri telah di soal siasat BPR berminggu-minggu. Malahan dokumen-dokumen juga diambil dari pejabat saya dan pejabat-pejabat anak syarikat kerajaan negeri yang lain.

14. BPR telah pun menutup kes dan menjelaskan bahawa tiada sebarang kes terhadap saya.

15. Adalah tidak logik untuk saudara/i mengharapkan saya menjawab semula isu-isu ini dan sebahagiannya langsung tiada asas fakta.

47 comments:

  1. biasalah tu dato, kalau eli tak pakai baju masa tidur pun salah BN. kalau eli tak makan malam pun salah BN. kalau eli terjatuh katil pun salah BN. suma salah BN lah!

    http://writtenbyhim.wordpress.com/

    ReplyDelete
  2. Salam Dr Khir,

    1. Secara peribadi saya berpendapat sebagai rakyat biasa dan pembayar cukai, saya samakin muak dengan senario politik negara terutama di Selangor sekarang. Kerajaan semasa seakan lebih banyak membuat kenyataan dan sama daripada membuat kerja dan memulihari kebajikan rakyat seperti saya yang kini kian terhimpit akibat dari kemelesetan ekonomi.

    2. Kerajaan semasa tidak pernah mengumumkan langkah-langkah alternatif yang dapat membantu rakyat Selangor untuk menangani kemelesetan ekonomi selain hanya sibuk menjaga kebajikan "bangsa" yang menyokong dan menaikkan mereka pada PRU12 yang lepas.

    Secara jujur saya berpendapat bahawa pentadbiran negeri Selangor kini sebenarnya lebih TERUK dan KOTOR dari kerajaan sebelumnya.

    ReplyDelete
  3. Dato Seri

    Berkenaan dato seri dihalau dari kediaman MB pada tengah malam dan dibaling botol bersama keluarga.. Pada mulanya bulan lepas saya dengar, saya tak ambil peduli, tapi bila di TV9 Dato Seri bercakap mengenainya, maka saya hairan mengapa Dato Seri tak jadikan ia satu isu yang besar walhal inilah kezaliman yang nyata ke atas Dato Seri. Dato Seri, kalau kita nak bercakap mengenai suatu isu dan memberi kesan mendalam kepada pendengar, maka Dato Seri perlulah fokus dan bertekad dengan isu itu. Dato Seri kena belajar lagi dengan Tun tentang bagaimana nak fokus kepada sesuatu isu dan pastikan ia memberi kesan kepada rakyat. Banyak benda yang pembangkang lakukan tapi para pemimpin kerajaan kurang kualiti untuk ulas dan fokus terhadap sesuatu isu.

    ReplyDelete
  4. DSKT,
    Apa yg DSKT sibuk sangat dengan kes Eli ni, klu bahagian sulit dia terdedah pun biar la dia yg buat keputusan sama ada letak jawatan ke tak. Janganlah DSKT menangguk dia air keruh dan mengambil kesempatan ke atas kesempitan Eli ni. Ini semua isu politik. Kita lihat Chua Soi Lek, sebulan je panas cerita skandal seks yg dilakukan oleh beliau, selepas itu senyap, skrg dipilih pulak sebagai Timbalan Presiden MCA. Skrg ni masyarakat Malaysia tidak melihat sgt masalah moral pemimpin terutamanya pemimpin Cina dan India, lainlah kalau pemimpin melayu. Mereka mahukan pemimpin yg berjuang untuk rakyat. Sepaptutnya DSKT menggunakan pengaruh yang ada untuk membasmi aktiviti seks yg meluas di sekitar KL dan Selangor, bukanya masalah gambar bogel si Eli ni, ini hanya seorang yg ramai dipejamkan mata.

    ReplyDelete
  5. Salam DSKT dan rakan2 ,
    Tabik saya untuk datuk kerana berjaya berjuang bermati-matian untuk UMNO..sukar untuk mencari pejuang umno macam DS pada msa sekarang..Setiap kelebihan pasti ada kekurangan dan kelemahannya...dan DS tak telepas dari itu..Seperti sekarang heboh mengatakan tentang YB Cik Elizabeth Wong yang mana hak2 peribadi beliau dicerobohi..Yang sy hairan,mengapa DS bemati-matian berjuang dalam meminta YB Elizabeth Wong meletak jawatan bagi menjaga kehormatan dirinya dan integeriti kerajaan Pakatan Rakyat..tidakkah itu menambah luka buat YB Elizabeth Wong dan menambah kesedihannya secara tidak lansung membuatkan Pakatan Rakyat tergugat...Adakah datuk seri pernah mngkritik dan menyuruh Datuk Chua Soi Lek meletak jawatan dalam bEE eND..Yang saya sedih tidak pun...mungkin kerana DS Chua Soi Lek adlah kawan2 DSKT? ataupun rakan2 dalam Barisan Bee End..Ternyata kesalahan Datuk Chua lebih teruk dari apa yang melanda YB elizabeth...Adakah ini strategi ampuh DSKT untuk memusnahkan karier politik seseorang yang dari Pakatan Rakyat...Tidakkah DSKT takut dan gentar jika matlamat dan rancanngan datuk yg sebegini akan membuatkan rakyat di sekeliling datuk merasa muak dan benci...Setiap Hak2 peribadi seseorang seharusnya kita tidak usah mencampurinya..Apakah yg akan datuk rasa jika ia berlaku di pihak DSKT..Sedih bukan..Saya sebgai seorg anak Malaysia.ingin melihat DSKT memperjuangkan mengenai kepimpinan Pemuda UMNO ini dan memikirkan pelan2 atau strategi2 untuk memperjuangkannya...Saya harap DSKT tidaklah mencampuri urusan org lain lagi..lebih2 lagi hak2 keperibadian seseorang....Terima Kasih

    ReplyDelete
  6. Kepada Semua Pemimpin Pemimpin Parti Politik DiMalaysia,

    Saya sebagai seorang rakyat Malaysia sudah jemu, muak dan cuak dengan senario politik sekarang ni dan ingin menyeru kepada semua pemimpin agar cukuplah bermain politik....fitnah menfitnah,hasad dengki, bercakaran dan bermacam-macam lagi yang tiada faedahnya kepada rakyat.
    Tolonglah cuba bersatu, berkerjasama untuk membantu rakyat dalam menangani kegawatan ekonomi dan memajukan negara.

    ReplyDelete
  7. Membaca komen Dr terhadap isu Norhayati Onn di MalaysiaKini membuatkan saya semakin hilang hormat terhadap pendirian Dr. Sememangnya Dr ini "cakap tidak serupa bikin" dan "lidah bercabang". Budak yang tidak lepas SPM pun boleh fikir secara logik tentang isu kedua-dua ahli politik wanita itu.

    Sudah-sudahlah Dr, makin Dr kritik, makin Dr cakap & komen, makin terserlah kekurangan dan kelemahan "akal" Dr. tentang apa2 isu sekalipun. Lebih baik Dr berfikir dalam-dalam implikasi kenyataan Dr sebelum membuat komen, jangan sampai "menepuk dulang, terpercik ke muka sendiri." Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali terpercik kat muka sendiri, dah basah satu muka rasanya ...saya perhatikan komen2 Dr di media massa yang nampak sangat nak mencari perhatian media dengan isu-isu yang remeh temeh dan tak sepatutnya.

    Kita bukan di zaman 50-an lagi Dr, kami semakin celik dan boleh membezakan yang propaganda, yang mana politik murahan dan yang mana benar. Jijik saya dengan kemelut yang semakin bertambah parah ini.

    Harap Dr dapat menyiarkan komen saya ini memandangkan ayat yang saya gunakan tidaklah kasar, malah saya menulis secara berhemah sedangkan dalam hati saya memang rasa jijik dengan komen yang Dr berikan terhadap isu Elizabeth Wong vs Norhayati Onn. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  8. Dr Khir dituduh 'cakap tidak serupa bikin' isu foto Eli
    Abdul Rahim Sabri & Fathi Aris Omar | Feb 19, 09 5:15pm
    kemaskini 6.50pm

    Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo didakwa mengamalkan sikap "cakap tidak serupa bikin" apabila mendesak Elizabeth Wong melepaskan jawatan exco kerajaan Selangor dan wakil rakyat susulan terbongkarnya foto separuh bogelnya.

    Bekas menteri besar itu tidak mengambil sikap sedemikian apabila dimaklumkan tentang dakwaan skandal Senator Datin Paduka Norhayati Onn beberapa tahun lalu, kata suami pemimpin Wanita Umno itu, Mohd Suffian Abdul Aziz.

    "Wajarkah Datuk Seri Khir meminta YB Elizabeth meletakkan jawatan sedangkan semasa beliau menjadi menteri besar, kenapa beliau abaikan kes Norhayati?

    "Saya sendiri pernah berjumpa Datuk Seri Khir di pejabat menteri besar, mengadu masalah (dakwaan) hubungan sulit isteri saya dengan (bekas) ahli parlimen Gombak," kata Mohd Suffian.

    Bekas ketua penerangan Umno Klang itu mengulas desakan ketua pembangkang Selangor itu selepas tersebar foto-foto separuh bogel Elizabeth yang didakwa dirakam tanpa kerelaannya dan sewaktu wakil rakyat PKR itu sedang tidur.

    Mohd Suffian, yang menemui Malaysiakini hari ini, berkata Dr Mohamad Khir tidak membuat sebarang tindakan terhadap aduannya dan sebaliknya meminta beliau "menyelesaikan sendiri" isu rumahtangganya "sedangkan segala bukti termasuk rakaman suara, mesej SMS, video dan foto" diserahkan kepada bekas menteri besar itu.

    "Tetapi tiada tindakan daripada Datuk Seri Khir. Bila timbul isu (foto) YB Elizabeth, dia (Dr Khir) bercakap," kata Mohd Suffian.

    "Saya hairan kenapa kes Norhayati tidak disiasat walaupun sembilan laporan polis dibuat oleh saya? Bahkan Norhayati dilantik semula sebagai senator walaupun ada masalah moral."

    Jawatan Norhayati - anak pengerusi tetap Umno dan bekas Speaker DUN Selangor, Tan Sri Onn Ismail - sebagai senator disambung bagi penggal kedua pada Oktober lepas walaupun kontroversi mengenai membuak sejak 2007.

    Norhayati, yang juga ketua Wanita bahagian Klang, berhasrat mempertahankan jawatannya sebagai exco Wanita Umno, bulan depan.

    Dihubungi Malaysiakini, bekas menteri besar Selangor itu berkata beliau tidak mengambil tindakan terhadap aduan Mohd Suffian kerana wujud perbezaan antara isu itu dengan isu Elizabeth.

    "Kes ini berbeza. Elizabeth mengaku itu gambar dia dan dia buat laporan polis. Tapi macam Norhayati, dia tak mengaku gambar itu betul atau tidak," kata Dr Khir.

    "(Isu) itu masalah rumahtangga. Kita tak ada hak untuk campur tangan rumahtangga orang."

    Tambahnya, pihaknya sendiri tidak dapat memastikan kesahihan gambar tersebut.

    "Norhayati tidak mengaku, sebab itu kita tidak berani nak menuduh (beliau). Sebab itu kita tidak berani hendak ambil tindakan ke atasnya.

    "Kalau (Norhayati) mengaku, lainlah. Gambar mereka, muka dekat, dekat. Mungkin super-impose," katanya.

    Beliau mengingatkan agar Mohd Suffian tidak membabitkan orang lain berhubung masalah rumahtangganya dengan isu foto separuh telanjang wakil rakyat Bukit Lanjan.

    Exco Wanita Umno itu dilantik semula sebagai senator melalui saluran pihak kerajaan persekutuan, tambah Dr Khir.

    Norhayati tidak dapat bercakap panjang kepada Malaysiakini sewaktu dihubungi sebentar tadi kerana sedang memandu.

    ReplyDelete
  9. Salam Dr.Khir..
    Secara peribadi saya ingin melihat satu perubahan dalam politik negara.
    UMNO khususnya selaku tulang belakang Kerajaan Malaysia harus BERUBAH untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat.Benarkan perubahan dalam parti.Amat sayang jika UMNO tumbang menyembah bumi.

    ReplyDelete
  10. Salam Dato' Seri,

    Saya yakin peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini menunjukkan bahawa PR hanya indah dari rupa.

    Wahai penyokong PR sekalian, apa yang akan berlaku ke atas MB Selangor menampakkan siapa sebenarnya PR ini.

    Tidak lama lagi, MB Selangor kita akan di'charge' baterinya di mahkamah.

    Dengan itu, saya yakin Dato' Seri boleh membuka mulut seadanya selepas ini.

    Sekian.

    ReplyDelete
  11. Pak Khir,

    TIDAK ADA SUDAH DAN KESUDAHAN NYA. ITU LAH KALAU MENGIKUT EMOSI, TAK MENJAGA MULUT DAN MENEGAK KAN BENANG BASAH. MAKA TERUS DAN BERTERUSAN LAH. ITU LAH DIA BAHANA NYA TAHTA DAN HARTA.


    TK

    ReplyDelete
  12. Dato,dalam rancangan HUJAH yang lepas,dato mengatakan kerajaan masih beri subsidi lagi ketika harga minyak pada RM1.80,adakah ianya benar?Pls check...

    ReplyDelete
  13. DSKT,
    Masaalah Eli adalah masaalah dalaman PAKATAN RAKYAT ianya adalah Power Struggle dalam PR untuk seseorang yg lain untuk menjadi MB Selangor ,lebih baiklah Dr Hassan jadi MB beliau lebih rational dari TS Khalid
    Perkara PERAK eloklah diselesaikan secara undang undang UMNO ramai dgn peguam peguam yg hebat dimana mereka?
    Perkara Tuduhan dan Saman eluk jugalah diselesaikan di Mahkamah ambilah peguam peguam Melayu yg hebat untuk membela DRKT.

    ReplyDelete
  14. dato....secra jujurnya saya ingin nyatakan tindakkan mengibkan sesorang ahli politik itu adalah amalan politik yang kotor...

    kenapa datuk bangkitkan?sedangkan YB elizabeth tidak memiliki latarbelakang sosial yang yang teruk....

    berbanding bekas MP Gombak yang berpelukan daan berkucupan dengan isteri orang...

    atau bekas ketua menteri melaka yang mencabul kehormatan gadis bawah umur?

    atau bekas menteri besar selangor yang melarikan puteri sultan dan melarikan sejumlah wang sehingga gagal di isytiharkan di Airport Australia?

    Jadi datuk bersihkan moral anggota2 pertubuhan melayu yang satu ni....

    kerana itulah saya mengundi parti lain elain UMNO hanya kerana hal - hal aib dan terllu aib seprti ini...

    DATUK ....JANGAN JADI PAKU dULANG PAKU BENGKOK

    ReplyDelete
  15. Salam Ds...

    Berita TV3 sebentar tadi mungkin SPRM dah menjawab bagi saman MB Khalid.APapun Ds skrg makin mantap.

    Lawan tetap Lawan.

    ReplyDelete
  16. Salam DSKT,
    Kalau semua pihak asyik tuduh menuduh antara satu sama lain sampai bila pun kerja takkan menjadi. Yang jadi mangsa ialah rakyat marhaen yang membayar cukai kepada kerajaan, tak kira la kerajaan BN atau kerajaan PR. Sekarang ada baiknya kita sama2 perbetulkan niat kita agar tulus ikhlas kerana Allah.
    Kerajaan BN dah lama memegang tampuk kuasa iaitu lebih 50 tahun dah. Berilah peluang kerajaan PR pulak melakukan sesuatu yang baik untuk rakyat jelata. Kalau asyik hentam-menghentam di mana akhirnya?
    By the way, secara peribadi saya sokong DSKT sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia selepas pemilihan akan datang.

    ReplyDelete
  17. Datuk, ialah memang tak salah kalau Liz nak terus pegang jawatannya, cuma nanti siapa yang sudah tenguk gambar bogelnya (saya tak tenguk dan tak tahu macam mana teruk bogelnya)bila berjumpa dia nanti untuk berurusan tentu rasa kekok sedikit,dan tergambar gambar di kepala ..itu saja masalah nya...
    Ini juga sebagai pengajaran kepada siapa yang nak jadi wakil rakyat/pemimpin fikir dua tiga kalau rasa kita ada rekod yang tak baik tak usah masuk, nanti dah berjawatan ada yang akan korek...sekiranya dah jadi wakil rakyat lagi lah nak jaga..jangan fikir tempat yang kita 'kunjungi'tu tak ada orang tahu...mesti ada orang lain tahu...kalau tak dapat oleh musuh kita dalam negeri ..mungkin CIA dapat tahu dan ini yang paling bahaya, di jadikannya bahan untuk ugut dan akhirnya jadi pengkianat kepada negara...

    ReplyDelete
  18. saya harap khir toyo tak "simpan" aje komen saya ini...

    pertama sekali... saya orang biasa, begitu juga khir toyo... cuma bezanya, saya tak masuk politik.. saya ada cara lain utk tanggung anak isteri. saya pun tak berminat nak memasuki mana2 belah politik... bagi saya politik parti di malaysia sangat menjelekkan..

    secara ikhlas.. dari pandangan saya sebagai org biasa di jalanan, tindakan awak yang tidak habis habis mengganggu pentadbiran kerajaan selangor sekarang memang memualkan. sungguh hina rasanya apabila seorang yang mengaku dirinya sebagai pemimpin bertindak sedemikian rupa... lebih menjelekkan, gangguan yang khir toyo buat seolah-olah diagung-agungkan pulak oleh konco-konco nyer... khir toyo sedar atau tidak apa yang telah khir toyo buat ni... sebagai orang melayu, saya rasa sgt sedih kalau khir toyo masih terus berperangai begini dan tanpa segan silu mengangkat diri sebagai pemimpin melayu... sedarlah, khir toyo sentiasa jadi perhatian, walau pun perbuatan nyer memalukan, tapi media masih membuat liputan... tak tahu malu ker?... sudah-sudah lah tu... jangan lagi memalukan bangsa... buatlah kerja dengan ikhlas... jangan terlalu gian nak merebut kuasa... cubalah buat sesuatu yang boleh membawa faedah kepada kami, rakyat biasa ini...

    ReplyDelete
  19. salam dato'.....

    Jika pemimpin kerajaan sekarang mengalami gangguan emosi,kecelaruan minda dan kemurungan jiwa.....

    Pemimpin yg tiada kualiti dan lemah dalam mentadbir diri,rakyat,organisasi dan negeri...

    Gagal mengawal nafsu,tutur kata dan tingkahlaku....

    Retorika,ugutan,tekanan,dakwaan dan fitnah
    menjadi mainan...

    Akhirnya...apa yg harus rakyat harapkan lagi dari pemimpin mereka...

    ReplyDelete
  20. DS KT,ramai orang muda yang celik politik pada masa sekarang tapi buta hati,benang yang basah mana mungkin ditegakkan,tetapi penyokong Penipu Rakyat masih mahu meneggakkan pemimpin mereka yang basah dengan rasuah,penyalahgunaan kuasa,seks bebas(yang terbukti tiada kena mengena dgn BN).Adakah penyokong PR ini pekak,buta,bodoh untuk mengetahui yang ahli PKr sendiri merakamkan gambar tersebut.sememangnya pemimpin mereka terburu2 buat kenyataan tanpa menyiasat terlebih dahulu.

    DS,
    sekadar "pendapat peribadi",
    Jentera BN sekarang amat lemah,contohnya dalam youtube kebanyakan dan terlalu banyak kenyataan dari pihak pembangkang tentang apa juga isu,tetapi dari pihak BN amatlah kurang.tiada pemuda yang celik IT didalam BN yang mampu melawan serangan tersebut?.
    Dari sidang parlimen,sidang media,ceramah politik,pilihanraya kecil kebanyakannya adalah dari PR.
    DS bolehlah melayari sendiri youtube dan membuat analisis.BN perlu menambah vedio dalam 'media alternatif' ini memandangkan ianya menjadi pilihan rakyat pada zaman sekarang untuk mencari maklumat.

    Komen komen didalam blog DS sendiri menghentam DS,(Ada Jugak manusia celik mata buta hati yang bergurukan harakah melayari page ini).Harakah sendiri menggunakan bahasa kasar(tgk sendiri la),tetapi ada hati nak memperjuangkan bahasa melayu konon.

    Semoga DS lebih lantang memperjuangkan kebenaran.

    ReplyDelete
  21. Salam DSKT..ckup la tu DS.saya dh meluat tgk pimpinan BN Sngor ni yg x abis2 menganggu dan mencari kesalahan pentadbiran PR di selangor.Saya nmpk DS mmg susah nk duduk diam.Nmpk dlm diri DS mmg ada dendam dan perasaan x puas hati thadap pentadbiran PR di Sngor.Smp ke penang pon DS sanggup turun.Saya sbg anak muda yg satu ketika dahulu yakin dgn pimpinan BN kini semakin pudar sokongan dan lebih cenderung menyokong PR.DS sbg calon Ketua Pemuda bt la muhasabah dan langkah2 untuk mengembalikan sokongan anak muda terutama di KL dan Sngor yang lebih cenderung menyokong PR.Ini terbukti krn kebanyakan rakan2 saya yg cenderung kpd politik semasa ni kurang berminat dan lebih mengutuk kpd BN.

    ReplyDelete
  22. Kalau tak buat salah, tak payah letak jawatan. Kan PR bagus buat muka tebal macam kat Perak. Sebagai rakyat biasa yang baru saja dapat VSS, I berasa muak dan loya dengan perangai PR di Penang, Perak dan Selangor. Kebajikan rakyat diabaikan. Cakap aje senang buatnya tiada.

    Ini cerita pasal Elizabeth Wong
    Ok folks. This is the inside story of Elizabeth Wong’s scandal.

    The boy friend’s name is Hilmi Malek, a married Malay Muslim gent. He was a PA to PJ Selatan MP Hee Loy Sian and a key member of PKR’s Pandan Division. He supposed to be from a rich family.

    Elizabeth has a succession of boy friends. Once she was caught while having sex with Tian Chua by the latter’s girl friend who dumped him after that. There are numerous stories of Elizabeth and Tian Chua’s sexual relationship and they were again caught by PKR people at a Taipei hotel during that infamous “frog-hunting” trip to Taiwan when the PR delegation went after BN MPs on an “agricultural mission”.

    Elizabeth became closer to Hilmi and they had become close in the run up to the 12 GE. However their relationship were strained by Elizabeth’s “extra-curricular” activities. They were supposed to have broken off after his marriage but it continued. The matter finally came to head about 2 mths ago when Hilmi discovered nudes pics of Eli and her Mat Salleh boy friend. He became furious and they broke off. However the pics that he had come to the knowledge among PKR circles as the ex-lovers had a major clash.

    So the factions in PKR eyeing exco seat and the business interests angered by Elizabeth due to her steadfast opposition to hill-slope development and environmental issues found a common ground to kill of her political career. As such, the pics and video clips were obtained by these unscrupulous people and used to discredit her. That’s why these people approached MM instead of blackmailing her.

    It is highly misleading of Eli to claim these pics were taken without her knowledge or the work of BN. She better own up otherwise this thing going to be very ugly

    http://elizabeth-wong-photos.blogspot.com/2009/02/elizabeth-wong-photo-scandal-malaysian.html

    Bacalah dan tengok. Baru kita tahu kenapa Tian Chua begitu sensitive.

    ReplyDelete
  23. Dr Khir,

    Nampaknya semakin hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan penyokong-penyokong mereka sudah mula merasai bahang kepimpinan Dr sebagai Ketua Pembangkang Negeri Selangor. Mereka seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa UMNO dan Barisan Nasional rupa-rupanya masih lagi kuat dan tangkas. Mereka juga takut sekiranya apabila Datuk Seri Najib menjadi PM dan ditakdirkan Dr menjadi Ketua Pemuda mereka akan diasak dengan lebih teruk lagi. Mereka terlupa kadang-kadang ada kesalahan yang mereka buat menjengkelkan rakyat yang memerhati dan menilai secara senyap janji-janji yang telah mereka buat.

    Teruskan usaha Dr membongkar segala kemungkaran yang mereka buat. Kepada para penyokong PR, bukalah hati dan minda anda.

    ReplyDelete
  24. Dr.

    Rakyat malaysia bukan sekumpulan manusia bodoh yang tidak tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Saya rasa mereka sedar akan pemimpin yang dipilih dan rakyatlah yang seharusnya biarlah kerajaan yang memerintah menentukan nasib eli. jika mereka membenarkan eli untuk terus menjadi exco, maka kita dapat melihat betapa rendahnya nilai moral di dalam kerajaan memerintah.

    tentang keadaan di perak, saya rasa masalah ini timbul atas dasar prinsip pemimpin sendiri. jika PR yang buat diapi-apikan dalam berita tapi BN pun buat juga. jika ini situasi yang berlaku di negara kita, saya terfikir, adakah rakyat memilih pemimpin untuk mewakili mereka atau diri sendiri?

    jika ini keadaan yang berlaku di negara kita, sememangnya saya hilang kepercayaan kepada pemimpin tidak kira mana parti pun kerana semuanya sama sahaja. bukankah dato sendiri rakyat negeri selangor? saya bukannya memihak kepada mana2 parti namun saya risau dengan keadaan politik sekarang dan bagaimana kita semua leka dengan wawasan 2020 yang ditetapkan dr m dahulu. jika dato onn, tunku abdul rahman, tun razak, dan tun hussein dapat menyaksikan apa yang dilakukan oleh generasi sekarang, saya percaya mereka berasa amat sedih kerana pemimpin masa kini tidak lagi mempunyai prinsip yang kukuh seperti mereka. berjuang separuh mati tapi dihancurkan oleh pemimpin sekarang.
    janganlah harapkan sokongan hanya atas nama umno yang berjuang untuk melayu sebaliknya juangkan umno!

    ReplyDelete
  25. Salam DSKT

    Ni Pasal Kes 16 September nak tanye boleh ke Buat Ke pasal cubaan membeli MP BN Sampai ke Taiwan oleh Tian Chua dari PKR Sampai ke Taiwan utk tubuhkan Kerajaan, Nak tahu jugak betul ke dia dapat Jumpe MP BN kat sana atau cakap kosong je macam Anwar

    ReplyDelete
  26. Sdr putaranroda dan sahabat bloggers lain,

    Berhubung dgn gambar bogel yb Eli,saya menerima banyak komen yang menggunakan perkataan yang tak sewajarnya di tulis oleh kita terutamanya sbg insan yang beragama.Saya juga terbayang mungkin perkataan perkataan itu telah jadi kebiasaan mereka,dan terbayang juga kalau itulah yang mereka ungkapkan dalam rumahtangga mereka,malanglah siapa yang menjadi pasangan atau anak kepada pasangan tersebut.

    Saya memberi pandangan saya,dan pandangan itulah juga yang selalu dihujahkan oleh pemimpin parti PKR.PAS dan Juga DAP,bila mana isu yang sama menimpa pemimipin BN.

    Mereka yang menghentam saya wajar bertanya kpd Yb Eli,apakah yang menyebabkan beliau meletakkan jawatan,adakah semata mata desakkan saya,jika itu benar beliau meletakkan jawatan kerana saya,ini bermakna saya telah memiliki kuasa yang sangat luar biasa mengalahkan kuasa luar biasa yang ada pada Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupon kuasa sehebat YAB Khalid Ibrahim.

    Kita perlu bersikap lebih rasional,tidak terlalu beremosi dalam menilai sesuatu isu.Membuat tuduhan melulu mengatakan BN terlibat malah ada yang mengaitkan saya yang menjadi perancanmg utama dalam isu ini adalah tuduhan orang yang hilang akal dan bankrup politik.

    Isu ini semakin jelas hari ini bila mana ia adalah masalah hubungan antara sepasang kekaseh yang berakhir dengan trajedi.Walaupon ada yang bersetuju hidup bersama tanpa ikatan semakin diterima oleh masyarakat malaysia,bagi saya perkara itu tidak boleh dilakukan bagi kita yang menganuti agama,terutamanya ummat islam.

    Kita orang timur tidak dapat menerima hubungan tanpa ikatan,kita juga tidak dapat menerima zuriat hasil dari hubungan tanpa ikatan,malah dalam undang undang negara juga tidak membenarkan perkara tersebut berlaku.

    Saya mungkin dianggap berfikiran kolot dgn pendirian ini,bagi saya pegangan agama adalah yang terbaik dan saya akan terus berpegang pada ajaran agama saya kerana itulah tujuan kita hidup di bumi ini.

    Pendokong pendokong PKR.sdr sepatuttnya melihat apa yang berlaku hari ini dgn mata hati bukan dgn emosi.Kita jangan jadi pak turut bercakap tanpa memikir,kita tidak boleh memilih milih dalam menyatakan pendirian.

    Kes yang di timbulkan oleh seorang suami terhadap perilaku isteri nya,yang dituduhnya mempunyai hubungan dgn salah seorang ahli parleman selangor,dan lantikan senator isterinya disambung serta mengaitkan saya yang tidak konsisten dalam membuat pendirian,saya ingin jelaskan di sini,kes tersebut diadukan kepada saya,dan siasatan terpaksa di buat kerana kedua duanya tidak mengaku bersalah(tidak spt yb Eli yang membuat laporan polis dan mengaku gambar itu adalah gambar beliau).Sambungan penggal kedua sebagai senator tidak pernah dibincangkan dgn saya dan perlantikan senator adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

    Saya perlu mendapat fakta yang jelas sebelum membuat keputusan agar saya tidak di tuduh sebagai pemimipin yang membuat keputusan melulu.Siasatan belumpon lengkap PRU telah diumumkan,sebagai orang yang berpegang pada prinsip,UMNO selangor telah tidak mencalonkan kedua dua mereka dalam PRU yang lepas.Sedangkan kita tahu kedua dua mereka memang layak utk dicalonkan berdasarkan pengalaman dan pemnglibatan mereka dalam masyarakat dan parti.

    Pengajaran yang harus kita semua pelajari dari dua episod ini ialah jauhilah diri kita dari terjebak dalam membina dan berkaseh secara terlarang.Tuhan menjadikan manusia ini berpasang pasangan,dan ada kaedah mudah utk mengikat tali kaseh mengapa kita maseh memilih cara terlarang?.

    Adakah menjalin hubungan terlarang ini bermoral?.
    Adakah bermain kayu tiga itu kita terima dan anggap ia perkara biasa dalam masyarakat hari ini?.
    Bukan gambar yang jadi isu tetapi perkara yang berlaku disebalik gambar itu yang yang jadi tanda tanya kita semua.
    Saya membuat andaian ini berdasarkan pembacaan saya dalam media massa dan tiada niat saya utk mengheret mana mana individu waima yb Eli sendiri.Saya simpati atas kejadian yang menimpa beliau dan saya hormati keputusan beliau dan saya anggap beliau memiliki prinsip hidup yang wajar kita semua hormati.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum DSKT
    Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri ,itulah yang saya cadangkan kepada Ds mengenai komen komen yang tidak berpuashati mengenai tindakan Ds meminta Eliz. meletak jawatan.
    Memang ia merupakan satu mainan politik yang berada dimana mana walaupun di negara Eropah sendiri yang mengamalkan keterbukaan dalam hal ini ia juga terjadi.
    Bagi komen yang melenting sangat marah mengenai hal itu bukannya marah kerana Ds mendedahkan perkara itu tetapi marah yang ianya terjadi pada pemimpin mereka dlm Pakatan Rakyat, nasihat saya janganlah seperti pepatah melayu kuman di seberang laut nampak Gajah didepan mata tak nampak.Bukankah dulu apabila seorang menteri dlm Barisan Nasional diaibkan pemimpin PR bersorak dan meminta beliau meletakkan jawatan tapi sekarang bila terjadi pada pemimpin mereka isu hak individu pula diketengahkan ,sudahlah jangan bermain sandiwara hipokrasi jika dulu boleh sekarang tidak.
    Tektik menyerang keperibadian pemimpin ini sudah digunakan oleh pihak pembangkang lama sebelum kes ini terjadi,Tun Mahathir dgn anak anaknya,Dt Abdullah dgn anak menantunya,Dto Rahim ,Tan Sri Mohammad dan ramai lagi lagi pemimpin Umno ,jadi mengapa melenting bila terjadi pada pemimpin mereka sendiri.Biarlah pemimpin itu sendiri yang menentukan samaada salh atau tidak perbuatannya dimata masyarakat kata org berani buat beranilah tanggung.

    Apa yang cuba saya ketengahkan disini bukannya tentang keperibadian pemimpin tetapi siapakah sebenarnya yang kita pilih sebagai pemimpin, adalah org yang kita pilih ats dasar pilihan parti atau ketokohan pemimpin itu sendiri.Bolehkah pemimpin itu memajukan rakyat atau sekadar menjadi boneka pihak tertentu untuk menguasai pemerintahan negara ini.
    Janganlah dgn dapat mengambil video peguam yg menimbulkan kontrovosi sudah dianggap layak untuk memimpin ataupun disebabkan menjadi isteri atau anak ketua parti secara outomatik menjadikan mereka pemimpin berwibawa.Kesedaran sendiri untuk memilih pemimpin yang bertanggungjawap dan berwibawa jatuh kepada kepada pengundi sendiri jadi apabila terjadi kes seperti Eli. tidaklah kita melenting bila org mendedahkan keaibannya.
    Bagi saya seorang melayu saya berpegang teguh kepada prinsip untuk melantik pemimpin yang dapat membela nasib dan halatuju bangsa sendiri,bukannya saya cuba bersifat perkauman tetapi selama ini bangsa melayu dan peribumi masih lagi ketinggalan dari segi Ekonomi dan DEB masih belum dapat mencapai matlamatnya.kenapa? kerana nama bangsa kita digunakan oleh bangsa asing untuk mengaut keuntungan yang sepatutnya diberi kepada bumiputra.
    Bangsa yang lemah dari segi ekonomi akan dapat ditekan dengan mudah oleh mereka yang menguasai ekonomi,lihatlah sahaja USA hanya 15% daripada rakyat nya berbangsa yahudi namun disebabkan mereka menguasai ekonomi mereka dapat menekan pemerintahan USA untuk membela negara Israel yang melakukan keganasan kepada penduduk palestine.
    Oleh itu adalah penting bagi pengundi bumiputra untuk celik mata dan menumpukan untuk memilih pemimpin mereka yamg dapat membawa bangsa bumiputra mengusai ekonomi negara ini dan seterusnya benar benar menguasai pemerintahan negara ini.Janganlah asyik terbawa bawa memilih pemimpin yang glamour dan tangkap muat sahaja kerana yang ditaruhkan adalah nasib anak dan waris kita di negara ini.
    Dan untuk DSKT sendiri perjuangkanlah bangsa tanpa segan silu dan takut,dan jika mahu membuat pendedahan yang paling penting ia adalah mengenai bagaimana bangsa lain menggunakan nama melayu untuk mendapatkan projek dlm DEB,saya sendiri mempunyai bukti dan senarai projek yang dimaksudkan yang berjumlah berbilion ringgit.
    Untuk pemimpin lain secara amnya baik dari parti yang memerintah ataupun parti pembangkang sudah sudahlah bermain politik dari subuh hingga kesenja ,ingatlah anda dipilih untuk menjalankan tanggungjawap memimpin dan membawa kemakmuran kepada rakyat bukannya pembelaan pada diri sendiri,banyak lagi yang perlu kita lakukan dalam masa yang teramat singkat ini untuk memajukan nasib anak bangsa kita dimasa hadapan.Jangan nanti Sudah Terantuk Baru Mengadah...

    ReplyDelete
  28. pemuda nibong tebal sts berdiri teguh di blkg dr khir..
    idop dr khir...


    pliz add our blog to show ur support to us...

    http://pemudanibongtebal.blogspot.com/

    ReplyDelete
  29. DSKT, tolong jelaskan kes dr horyati onn tu..
    kami di NT juga jenoh menepis persoalan ini...

    DSKT berani kerana benar...

    http://pemudanibongtebal.blogspot.com/

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum DSKT
    PERAK DAN HALA TUJU POLITIK BANGSA MELAYU

    Saya amat tertarik untuk memberi komen mengenai perkara ini kerana ia bersangkut paut dengan subjek yang saya tulis dalam blog saya mengenai cabaran kesultanan melayu di negara ini.Yang menakutkan bagaimana persamaannya dengan cara pihak British untuk campurtangan dan seterusnya menguasai negeri Perak iaitu pertelingkahan antara pembesar melayu ketika itu dan perebutan kuasa antara parti di negeri itu sekarang.
    Seperti komen saya dlm subjek pemuda kena berani jadi suara pembaharuan(wirapeket60),haruslah diingatkan bagaimana orang melayu telah bertolak ansur dalam memberi kerakyatan secara Jus Soli kepada penduduk asing yang berhijrah ke negara ini dengan menggubah perlembagaan yang digubal pada tahun 1948 kepada yang baru pada tahun 1955 dengan syarat yang ketat yang saya rasa patut di ingatkan semula pada generasi muda sekarang iaitu tidak pempertikaikan;
    1.Kekuasaan kesultanan melayu
    2.Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
    3.Agama Islam sebagai agama rasmi
    4.Hak istemewa org melayu dan bumiputra
    Namun sejak mula penubuhan PR sebagai kerajaan negeri perak pihak DAP telah mempertikaikan keputusan Sultan untuk melantik Ds Nizar sebagai menteri besar sedangkan beliau adalah pemimpin dlm pakatan itu sendiri.DS Nizar sendiri menerima perlantikan itu secara senang hati tanpa memperdulikan bangkangan dari kumpulan politiknya kerana titah Sultan harus dituruti,namun apabila sultan menitahkannya untuk meletak jawatan beliau sebagai rakyat perak dan org melayu tidak mahu menuruti perintah itu,jika dizaman kesultanan melayu lama dahulu ia sudah dianggap menderhaka dan boleh di hukum bunuh.
    Apa yang saya lihat apabila seorang pemimpin melayu sendiri boleh mengingkari perintah seorang Sultan maka pemimpin kaum lain beranilah mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang memperkecilkan sultan tanpa segan silu lagi,malahan ada yang berani mengugut untuk membawa dan mengheret sultan ke mahkamah.
    Bila perkara pemimpin bukan melayu ini mengeluarkan kenyataan yang menghina akan kuasa kesultanan melayu,pemimpin melayu lain yang bersetongkol dengannya cuma berdiam diri dan mengatakan bahawa pendapat itu adalah pendapat individu namun bila seorang pemimpin melayu UMNO menyuarakan bahawa pada asalnya bangsa cina adalah pendatang di negara ini dia dianggap sebagai seorang yang bersifat perkauman dan menyebabkan jawatannya dan keahliannya digantung didalam UMNO sedangkan beliau cuma mengatakan fakta sejarah yang benar.Mana suara suara lantang para pemimpin melayu dlm PR, adakah jawatan dan kuasa mereka lebih penting daripada membela satu satunya kuasa yang dipegang oleh org melayu,satu satunya yang dapat menjamin anak bangsa melayu menerajui negara ini.Jika inilah cara mereka berselindung saya sanggup untuk berhujah dengan mana mana pemimpin melayu PR dihadapan umum untuk memperbetulkan keadaan jangan jadi pengecut dan digunakan oleh bangsa asing ,bersuara tegakkan kebenaran jangan takut untuk membela bangsa sendiri itu barulah nilai seorang pemimpin yang sebenarnya.
    Setahu saya jika di nilai tentang pengetahuan undang2 Sultan perak merupakan yang paling arif mengenainya berdasarkan asas pendidikan dan kerjaya beliau yang semuanya berteraskan perundangan jadi apa yang perlu di sangkal lagi oleh pihak PR,sebagai pemimpin kita harus menerima bahawa kuasa yang diberi rakyat kepada kita hanya sementara ianya boleh hilang sekelip mata namun cara kita menerima kehilangan kuasa itu amat penting kerana rakyat akan dapat menilai keperibadian seseorang pemimpin itu dengan cara beliau menanganinya.
    Kalau benar Pr parti yang membela rakyat apa yang perlu di takutkan bila pilihanraya yang akan datang berlangsung mereka akan dipilih semula , mengapa perlu untuk mengingkari titah sultan.Sultan merupakan lambang Melayu dan bumiputra di negara ini dan jika seorang yang menggelarkan dirinya org melayu mengingkari lambang itu ,bangsa lain akan memijaknya ,renungkanlah....

    ReplyDelete
  31. Salam DSKT,
    DS bolehla saya gambarkan sbg org yg penuh dgn prinsip dan berilmu..Tetapi DS saya ingin katakan sekali lagi pada DS..Apakah DS menceritakan tentang perilaku2 sosial dari Barisan Pakatan Rakyat atau UMNO BeeEnd..Jelas seolah2 DS menggambarkan tentang baik buruk perilaku dari barisan Pakatan Rakyat..Mengapa tidak DS selitkan sekali Hal2 Perilaku dari Barisan UMNO atau BeeEnd..Tidakkah itu adalah ciri2 pegangan agama yang terbaik dan secara tidak lansung berpegang juga pada ajaran agama maka, kerana itulah tujuan kita hidup di bumi ini kan DS..Jelas menggambarkan kita sebagai umat yang prihatin tanpa mengira bangsa agama dan PARTI..Terima kasih

    ReplyDelete
  32. relax lar bro.. xkan lar sikit2 pun dah nak melatah..

    org baru je berapa bulan pegang jawatan... biasa lar.. ader starting problem... dulu2 masa bro jadik mb pun ader problem sikit2 jugak kan?? by time, elok lar mereka... :-)

    ReplyDelete
  33. "Kes ini berbeza. Elizabeth mengaku itu gambar dia dan dia buat laporan polis. Tapi macam Norhayati, dia tak mengaku gambar itu betul atau tidak," kata Dr Khir.

    tolonglah jangan buat kenyataan begini lagi dskt. ia menyerlahkan lagi pemikiran cetek dskt. tak patut keluar dari seorang bekas mb.

    ReplyDelete
  34. ape ape pun tahniah DS yg semakin berkesan sebagai ketua pembangkang kalau dulu DS dikecam sebagai ketua kerajaan so saya harap DS terus kekal sebagai ketua pembangkang seumur hidup supaya mudah lagi DS berbakti pada rakyat takbir!!! hidup khir toyo!

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum DSKT,
    Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi dan berjumpa DS secara peribadi?

    ReplyDelete
  36. Dskt,

    datuk knepa sy tengok banyak comment yg datuk approve semuanya menyebelahi datuk?? bersikap professional la... yg buruk @ tidak itu semua comment terhadap datuk siarkan sahaja... kalau takut rumah dipukul ombak jgn berumah ditepi pantai... paham maksud saya kan??

    ReplyDelete
  37. teruskan usaha Datuk Seri memperjuangkan UMNO dan BN ..perdulikan apa PKR kata dan mahu saman ke tetapi kita berani dalam menegakkan kebeneran .

    rakyat perlu tahu kelemahan dalam kerajaan selangor dan jgn gentar dengan tekanan oleh mereka .

    Hidup UMNO!!!

    ReplyDelete
  38. saya meminta DSKT memadamkan post ravi kerana membuat tuduhan. Jika saudara ravi merasakan tuduhan saudara berasas, maka sepatutnya saudara memberi keterangan kepada polis, jika tidak, saya melihat perbuatan bertulis itu sebagai usaha fitnah. Mintak DSKT berhati-hati kerana DSKT sendiri juga pembenci fitnah. terima kasih.

    ReplyDelete
  39. nasi sudah jadi bubur.

    ..the effect of a bad decision/action, bad outcome (when TRUTH is less considered)..only with TRUTH you can easily get good a outcome.

    that why in all religions teaching, TRUTH is most important, TRUTH is the real winner to God.

    only Truth can survive in the so called 'grey area of law' but not Lies.

    ...TRUTH will prevail...

    ReplyDelete
  40. SPRM adalah tunggangan BN/UMNO, ibarat LEMBU di ikat hidungnya,kes³ yang sudah lama dibuat report (Kroni BN/UMNO) langsung tidak kedengaran dimedia-media pegangan BN/UMNO, tapi bila di pihak lain, sehari/dua dah laporan siap, ini menandakan SPRM "double standart" pilih bulu, pengarah SPRM pun nak jaga periuk nasik juga kalau telus sangat nanti kena kritik oleh puak³ BN/UMNO,

    Apa komen Dato? diharapkan bukan jawapan "Itu secara kebetulan" apa dah jadi dengan kes Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dari SAPP, masa beliau membuat undi tidak percaya kepada PM (Pak Lah), tetiba kes rasuah dah bertahun sudah dibangkitkan semula, apa SPRM kata "Itu secara kebetulan sahaja, tidak ada kene mengena dengan undi tidak percaya kepada PM", adakah kes³ sekarang ini "secara kebetulan", siapa yang ada otak DAN boleh berpikiran waras, pikir-pikirkan lah situasi itu.

    ReplyDelete
  41. Pak Khir,

    saya memang tabik la dgn pak khir ni ,
    gentlemen - semua komen siar : pro - cons,
    macam ni yang tak baca blog pak Khir pun boleh baca ;) ,
    tak macam dalam blog rembau.net-KJ yang komen bebaik je boleh baca,
    maklum la yang "setia-kat-Wang" ramai ,

    tapi pak khir memang lagi berkesan jadi pembangkang , teruskan la menyumbang untuk negeri Selangor ,

    walaupun semua memang tau Pak Khir akan kalah untuk Ketua Pemuda nanti , sebelum kalah selagi bole buat demo mcm kes Karpal hari tu buat saja - UMNO kebal , siapa berani usik UMNO ...

    - Pak khir takkan bersuara pasal PSMI semua tau pasal tu, cuba gegar KJ dgn Bolasepak Malaysia,
    memang KJ takkan keluar dari FAM, tapi ini isu nasional - result dah depan mata tak boleh nak retorik punya , kalau nak prakata saya dah tulis sikit...

    http://coretankhalayak.blogspot.com/2009/01/bola-malaysia-2008-pecah-2009-hancur.html

    harapnya Pak Khir terus dengan polisi siarkan semua komen ,secara peribadi - artikel/komen dalam rembau.net memang memualkan/penat kalau nak baca habis - maklumlah kununnya nak dekat dgn belia - kesian kalau tgk bahasa KJ ni ( cth - peremajaan dan pemugaran - budak motor pun malu nak sebut perkataan ni-pebendenya? )- org yang duduk Malaysia nak berkuasa saja memang lain dgn org yang merasa erti sebenar hidup kat Malaysia ni :) Pak Khir punya artikel walaupun biasa saja tapi org tua/muda bole paham - bahasa rakyat - tak nampak retorik sangat ;) --

    ReplyDelete
  42. Salam,

    Pak Khir,
    Saya tengok pemilihan ketua pemuda ni macam EPL, saya tak ada kena mengena dgn memane team dlm epl ,bukan asal dari england pun-tak penah jejak pun ,adala sokong satu team dlm tu , tapi tak sampai beli jersi harga beratus tu la , berbalik pada ketua pemuda ni, rasanya Pak Khir ni lebih realistik , KJ dgn rekod semasa kalau menang jugak memang UMNO memang ada masalah kronik, Mukhriz - ya berani dgn desakan untuk Pak Lah turun , tapi kebanyakannya mcm idea Tun ja- mmg Tun Lagenda besar - tapi Tun sendiri mesti senang kalau Mukhriz boleh berdiri sendiri .

    buat pak Khir ,
    tolong la jauhkan gaya penulisan macam KJ - bukan semua yang baca blog cikgu bahasa melayu ;) - , kekalkan macam sekarang -dekat dgn khalayak,

    mesti pak khir ada dgr org mencebik bila pak khir selalu ckp pasal asal org susah, ni zaman kalau boleh semua org nak lahir family dah kaya-raya - abaikan saja org yg mencebik tu , bagus tu utk org yg dah kaya selalu igt susah - tak senang terlanjur...

    ReplyDelete
  43. Salam DSKT,

    1. Selamat berjuang!
    2. Isu Eli: Saya berpendapat seorang pemimpin haruslah seorang yang baik dari semua segi. Kerana ia bukan sahaja mewakili rakyat tetapi harus menjadi role model. Mungkin pelbagai saranan diutarakan terhadap eli, tetapi rakyat tidak harus beremosi dan terikut-ikut rentak permainan politik. Pandangan supaya eli berundur adalah yang terbaik kerana krisis moral berkaitan pasti akan menghantui dan mengganggu kehidupan serta tugas beliau sebagai YB.

    3. 10 Bulan yang lalu telah menjadi saksi bahawa pakatan rakyat hanya mahir berpolitik tetapi tidak berkemampuan mengurus dan mentadbir sesebuah negeri. Apa yang berlaku telah menyedarkan rakyat secara jelas tembelang pakatan rakyat. Umpama meludah ke langit, telah ditakdirkan apa yang dicaci dan dikutuk selama ini rupanya itulah yang dilakukan oleh mereka sendiri. Akhirnya mereka seolah-olah tidak lagi mempercayai ketentuan qada dan qadar Ilahi. Hakikatnya, umno dan BN berada beberapa tahap lebih baik dari pakatan rakyat pada hari ini.

    4. Isu saman: Itulah keadaannya apabila tidak lagi berjuang atas nama kebenaran,keikhlasan dan kejujuran. Sebaliknya kepentingan sendiri amat-amat diutamakan berbanding amanah yang dipikul. Pada pendapat saya, masyarakat pun semakin sedar bahawa pakatan rakyat hanya tahu menghuru-harakan negara, dan aspek perundangan yang dimonopoli oleh satu kaum dijadikan tunggangan untuk merealisasikan impian mereka. Mungkin jika tuhan itu boleh disaman, mereka akan saman juga!. Sebagai rakyat, kami amat mengharapkan sebuah kerajaan yang boleh membela rakyat dan melaksanakan pembangunan. Bukan sebuah kerajaan yang hanya pandai bermain politik tetapi tidak tahu melaksanakan tugas dan membela rakyat.

    Selamat maju jaya DSKT!

    azli
    (ex-student yayasan selangor)

    ReplyDelete
  44. DSKT satu jari tunjuk orang empat jari tunjuk diri....DS bukan tiada peluang tolong rakyat tapi tidak guna dengan bijak.....sekarang jadi pembangkang...susah..la

    ReplyDelete
  45. Askm DSKT dan semua Blogger

    Erm hebat betul politik sekarang..

    Timbul isu.. Tuduh.. dan saman.

    Nampak nya setiap isu yang timbul dalam politik akan berakhir di mahkamah.

    Namun bagi menjamin ketelusan dan keadilan institusi mahkamah, maka kerajaan perlu membuat beberapa perubahan.

    Diantara nya hakim-hakim perlu bersih daripada kakitangan yg terlibat dalam politik. Sebagai contoh JC mohd arif yusof yg pernah menjadi calon PAS bg DUN Kota Damansara pada PRU12 yg lalu.

    Majlis peguam juga perlu bebas daripada kepentingan politik. Kerana akhir-akhir ini kita melihat ramai pemimpin pembangkang selain mejadi wakil rakyat, mereka juga masih sebuk dengan kerjaya sebagai peguam. Sbg contoh R. Sivarasa.

    Jika hakim dan peguam terdiri daripada orang politik, sudah pasti keadilan tidak dapat ditegakan dan institusi mahkamah akan terus menjadi pentas politik kedua selain daripada pilihanraya.

    ReplyDelete
  46. selagi kita tak kembali kepada Al-Quran dan sunnah Rasul...kita tak akan ke mana-mana....sampai akhir hayat kita.....Allah telah sediakan cara dan kaedah yang terbaik untuk kita....tapi kalau kita masih berlagak pandai membuat 'kitab' sendiri....kita tak akan berjaya...semoga kita masih sempat bertaubat...

    ReplyDelete
  47. Dear Dentist,
    What you going to say about this....

    A Selangor Government subsidiary spent about RM1.7 million for the former Selangor menteri besar’s trip to Disneyland Paris and Disney World in Florida. Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo went on the visits with his wife, three children, and other officials. His maid is also believed to have followed them on the trips.

    This was revealed on the final day of the Select Committee on Competence, Accountability and Transparency hearing into the financial affairs of Selangor Elected Representatives Wives Welfare Association (Balkis).

    Permodalan Negeri Selangor Bhd chief executive officer Datin Khairiyah Abu Hassan said RM420,000 was spent on a “technical visit” to Morocco and Disneyland Paris from Dec 17 to 24, 2004.

    Dr Khir, the former PNSB chairman, also spent four days in transit in Dubai which cost the firm another RM10,000 for his accommodation.

    Khairiyah said PNSB also paid RM366,000 for an advance team trip which surveyed the places before Dr Khir’s delegation went to Morocco and Disneyland Paris.

    Khairiyah, who looked resigned by the questioning by Selcat chairman Teng Chang Khim, said the Morocco trip was to learn about architecture and Islamic building design and Moorish art.

    She said the Disneyland visit was to gain technical knowledge to develop a similar theme park in Bagan Lalang, Sepang.

    For the 10-day “technical trip” to Walt Disney World Resort in Florida and a visit to Honolulu, PNSB spent almost RM750,000 including US$30,000 (RM110,000 at that time) in cash for transportation and meals. Of the total, RM110,000 was for Dr Khir’s presidential suite.

    ReplyDelete