Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Sunday, March 8, 2009

Bermuhasabah Dengan Titah Tuanku Sultan Selangor


1. Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada para pembaca sekalian. Sambutan maulidur rasul atau hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. merupakan antara hari keraian umat Islam yang sekarang ini tampaknya sudah tidak lagi dihayati secara menyeluruh oleh orang Islam.

2. Kebanyakan kita menyambut maulidur rasul dengan program-program rasmi oleh kerajaan dan persatuan tertentu sehinggakan penghayatannya tidak lagi menyelusuk dalam sebahagian generasi muda Melayu.

3. Kepada sesetengah orang, sambutan maulidur rasul tidak lebih satu lagi cuti umum, hari untuk berehat bersama keluarga. Ada juga yang menghabiskan malam cuti dengan hiburan yang keterlaluan sehingga mencemarkan sambutan yang amat besar maknanya kepada umat Islam ini.

4. Sirah perjuangan, kepimpinan dan dakwah Rasulullah sudah tidak lagi dihayati oleh kebanyakan kita sehingga perpaduan umat Islam di negara ini menjadi amat rapuh sekali akibat adu domba, fitnah, cercaan dan penghinaan yang tiada penghujungnya. Kita boleh menunding jari menyalahkan antara satu sama lain sebagai pihak yang bersalah. Hakikatnya semua pihak yang berpecah dalam politik sehingga tidak boleh bersatu dalam isu agama harus menanggung kesalahan ini.

5. Mungkin sebab itu Tuanku Sultan Selangor memilih hari Jumaat sebelum sambutan Maulidur Rasul ini untuk memberi satu titah peringatan yang keras dan mungkin perlu dijadikan satu peringatan kepada orang Melayu dan umat Islam di negara. Intipati titah Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah antara lain menyatakan:

* orang Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan raja-raja dan bangsanya sendiri sebagai biadap.

* Golongan ini juga disifatkan baginda sebagai tidak berbudi bahasa dan tidak ada perasaan malu kerana mempertikaikan perkara berkaitan kedudukan raja-raja dan hak orang Melayu secara terbuka.

* Kemajuan dan pembangunan yang dicapai boleh hancur jika orang Melayu terus bercakaran, disebabkan terlalu ghairah merebut kuasa.

* Tidak ada gunanya bangsa Melayu kekal di dunia tetapi tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan.

* Orang Melayu perlu bersatu apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepentingan mereka dan Islam.

6. Sebagai pelindung ("the custodian") kepentingan Islam dan Melayu di negara ini, titah baginda jumaat lalu hendaklah diberi perhatian serius dan dilihat satu cabaran kepada seluruh saf kepimpinan Islam di negara ini untuk mencari titik persamaan dalam perjuangan untuk agama Islam.

7. Titah baginda tersebut amat tepat sekali apabila melihat bahawa demi kuasa dan kedudukan sebahagian pemimpin Melayu tampak sudah bersedia untuk mengorbankan beberapa keistimewaan agama Islam seiring dengan kedudukannya sebagai agama persekutuan.

8. Baik di dalam UMNO mahu pun di dalam Pas dan PKR, sudah ada mereka yang sanggup mengorbankan beberapa isu agama demi memastikan parti masing-masing terus mendapat sokongan bukan Islam.

9. Malahan terdapat pemimpin Melayu yang sebelum ini dianggap ortodok agama; konservatif dan fundementalis Islam (dalam tafsiran asal, bukannya lambang pengganas)hari ini dilihat memberi pandangan yang begitu "liberal" mengenai Islam.

10. Sempena sambutan Maulidur Rasul ini marilah kita semua umat Melayu dan Islam bermuhasabah diri mencari titik persamaaan dalam menjaga kepentingan agama yang dibawa oleh junjungan besar kita, nabi Muhammad s.a.w.

23 comments:

  1. kita risau masih ada org melayu yg mnyokong pjuangan DAP..

    ReplyDelete
  2. apa ni datuk seri ... kata demonstrasi jalanan bukan buadaya kita ... yg datuk seri tu gi demo sampai kene tangkap tu aper citer plak???

    nak cakap tu ukurlah baju di badan sendiri ...

    ReplyDelete
  3. selamat malam ds
    ds khir berkata......
    1. Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada para pembaca sekalian. Sambutan maulidur rasul atau hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. merupakan antara hari keraian umat Islam yang sekarang ini tampaknya sudah tidak lagi dihayati secara menyeluruh oleh orang Islam.

    2. Kebanyakan kita menyambut maulidur rasul dengan program-program rasmi oleh kerajaan dan persatuan tertentu sehinggakan penghayatannya tidak lagi menyelusuk dalam sebahagian generasi muda Melayu.

    PENGALAMAN SAYA SEMALAM MENYAMBUT MAULIDULRASUL

    Disebuah taman perumahan di Meru Klang...pagi jam 7.30 semua tua muda anak isteri berkumpul dihujung taman perumahan dan berarak mengelilingi satu taman perumahan tersebut sehinggakan orang yg sedang minum dikawasan kedai perumahan memerhati acara ini diadakan dan berakhir disurau taman tersebut.

    selepas itu makan sarapan pagi sambil acara seterusnya dijalankan dengan pertandingan azan, kuiz,berpidato,hafazan anak2 umur 7 tahun hingga 15 tahun..selepas zuhor acara penyampaian hadiah diadakan dan bersurai

    untuk ibubapa pula malam diadakan tazkirah sempena maulidul rasul dengan menjemput seorang ustaz dari sabak bernam dan berceramahlah ustaz ini tentang sejarah nabi....dan dalam ceramah ini tak lari tak banyak adalah sedikit sinis2 tentang kepimpinan politik tanahair hari ini...faham2 ds sudahlah..

    apa pendapat ds tentang sambutan seperti yang saya alami ini...adakah ia menjiwai atau tidak pada masyarakat hari ini...

    pada saya program ini lebih baik untuk orang muda yang sibuk macam saya ini...bila ada dan pemimpin masyarakat buat kami ikut sahaja ....tapi yang best nya dalam program yang baik ini adalah sedikit sebanyak jarum2 yang akan memarahkan lagi BN kerana program sebegini selalunya diterajui oleh pemimpin agama...tentu ds faham kelompok mana yang saya maksudkan.....so makin ramailah yang akan keliru dengan perpecahan politik melayu hari ini...

    "ditelan mati bapak..dan diluak mati emak....sampai jumpa lagi...semoga ds bangkit dari kejatuhan dan memperbetuklan mana yang mampu..amin

    ReplyDelete
  4. ya betul cakap dato' seri..... tapi bolehkah dato' seri memberi pandangan tentang isu ppsmi yang sangat kritikal sekarang ini sebab saya merupakan salah seorang pelajar sekolah menengah yang ingin tahu apa pandangan dato' seri tentang isu ini? saya? saya menyokong PPSMI!!! lihat blog saya kalau x percaya

    ReplyDelete
  5. Melayu haprak bernama Anwar!!! suke bertopeng....aduish....

    ReplyDelete
  6. salam ds khir
    public melihat ds khir masih tidak kuat untuk menghenjut PR selangor . harap gandakan serangan

    ReplyDelete
  7. Datuk Seri,

    Pertama kali saya komen dalam blog ini

    Saya anak kampung yang sedari kecil survival menggunakan bantuan kerajaan yg minimum

    saya masuk SBP selama 5 tahun kerena merit UPSR. Saya layak

    saya memasuki UiTM kerana MERIT juga. Bukan sebab saya lemah dan saya dibantu UiTM. Mungkin tersalah susunan dalam borang UPU

    Saya mendapat tajaan syarikat korporat. Bukan gunakan PTPTN

    Saya sudah bekerja setahun. Juga dengan syarikat swasta, bukan kerajaan. Jadi amat minimum sekali pengaruh kerajaan dlm hidup saya

    Berbalik kepada topik, raja dan isu melayu yang dimainkan.. sudah2 la.. muak rasanya

    usahlah gunakan isu ini beriya. sedangkan titah sultan itu entah siapa yang menulis. pasti bukan datang dari hasil pemikiran sendiri. kalau tidak masakan tersengguk2 membaca

    saya ingin kongsi pengalaman. Rakan sekerja saya dari keluarga terdekat diraja. cucu istana 2 negeri. Melayu.. tapi haram tak cakap melayu. dari kecil belajar luar negara. kaum keluarga diraja itu, pernah dlm 1 majlis, tak langsung bercakap bahasa melayu. tapi bab imuniti, kepentingan, daulat, doa khutbah sembahyang jumaat.. beria kita utamakan.

    kerana? termaktub dlm perlembagaan? bosan

    saya anak muda, amat bosan dgn politik. kedua fahaman bosan. tapi paling bosan melihat pihak yang mengambil kesempatan. kedua fahaman begitu. benarlah rakan sekelas saya masa tingkatan 4 kata (sewaktu itu saya mula mahu tunjukkan minta dlm politik).. dia kata, "tak yah la involve politik", semua karut n hipokrit

    tapi entahla. sejak sekian lama, saya tak dpt nak tahan diri dari beri komen kat blog dato seri ni. bosan la isu Dato seri ni.. diulang2 benda sama jugak.

    sesaja bosan,
    Jamal
    Puchong

    ReplyDelete
  8. Bukan sahaja bersama DAP tetapi sanggup derhaka dengan sultan dengan lidah dan tanggannya. Orang macam tu dah tak ada erti lagi hidup di Malaysia. Elok dia berhijrah ke negara yang tidak beraja (republik).

    ReplyDelete
  9. Saya dikategorikan golongan yang masih muda.Tetapi melihat situasi semasa hari ini yang kebanyakan dilakukan oleh golongan yang lebih tua dari saya membuatkan kadangkala saya lebih berusia dari mereka dari segi kematangan berfikir yang mana baik dan buruk.

    Bukan mahu mendabik dada tapi saya sangat terkejut dengan situasi ini sementelahan saya bukanlah seorang yang arif atau ahli dalam politik.

    Jadi,mengambil kesempatan sempena Maulidur Rasul ini,apakata kita saudara sesama umat Islam bersatu dan mengenepikan segala rasa syak wasangka,adu domba,fitnah dan sebarang perbuatan keji dan mungkar yang tidak sepatutnya di lakukan oleh kita sebagai umat Islam.

    Sesungguhnya memfitnah dan mencerca adalah sangat dilarang Islam apatah lagi ianya ditujukan juga kepada orang Islam.

    Yang rugi siapa?Orang selain Islam akan mentertawakan kita dan kita sebagai umat Islam juga yang menang.Tapi menang apa?Sudah tentu menang sorak,tetapi kampung jua yang tergadai.

    Fikirlah bangsaku dari yang sebelah sini juga di sebelah sana.Buat yang terbaik selagi hayat dikandung badan dan ingatlah bahawa hidup ini hanya sementara.Di sana jua kekal abadi.Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  10. APA TUN DOK KUTUK-KUTUK ANWAR SAJA, CUBA TUN DAN KAWAN-KAWAN PEMINAT TUN NI, BUKA MATA LUAS-LUAS, TENGOK YOU TUBE TAJUK "ANWAR IBRAHIM SELAMATKAN MALAYSIA" DAN "NIZAR MOHON DERHAKA"

    GUA CAYA LU...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum dr

    Kita bangsa melayu ni mmg tak mau kalah,mmg ada sifat kiasu,tapi tak kena tempat.
    Kiasu kita pada bangsa kita sendiri,bukan pada benda yg positif,selalu kita melihat orang melayu sahaja yg akan menjadi penghalang kepada kemajuan kita,oleh itu kita akan merasa begitu tidak selesa jika ada orang melayu lain yang menjadi pesaing kita.

    Saya ada satu cerita yang bole di renungkan bersama,ceritanya begini:-
    Disebuah pasar disuatu hari,datang seorang yg ingin membeli ketam disebuah gerai
    Pembeli:tauke!!kenapa ada dua kotak
    ketam ni?satu tutup dan satu
    tak tutup?
    tauke: ooo yang tutup tu ketam cina
    yang tak tutup tu ketam melayu
    Pembeli:Apa pasal ketam melayu punya
    tak tutup?
    dan ketam cina punya awak
    kasi tutup?
    tauke: oooo ketam melayu punya saya
    tak tutup sebab itu ketam tak
    bole panjat keluar punya,bila
    dia panjat sampai atas mesti
    dia punya kawan tarik dia
    turun.
    Tapi ketam cina punya mesti
    kasi tutup sebab kalau dia
    panjat sampai atas nanti
    dia punya kawan mesti tolak
    dia keluar punya
    Pembeli:ooo itu macam ka,ok kasi saya
    itu ketam melayu lah,nanti
    bila mau masak senang
    tauke: Tapi itu ketam cina manyak
    sedap ooo
    Sama sama lah kita renungkan

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum dr

    Sangat sedih rasanya melihat begitu ramai orang melayu sendiri berarak dijalanan untuk meruntuhkan institusi beraja kita orang melayu.
    Adakah merasakan mereka telah cukup kuat untuk berdiri dengan sendirinya sebagai bangsa melayu??tanpa perlu adanya sebuah institusi yang akan
    melindungi kita semua?

    Janganlah oleh kerana kebebalan kita,anak cucu dan cicit kita nanti yg akn menerima padah,dan yg lebih sulit mereka akan menyalahkan kita

    ReplyDelete
  13. memang menyedihkan apabila melihat melayu yg dikatakan tak kan hilang didunia semakin malap akal dan fikirannya. bangsanya berpecah tiga, agamanya entah ke kemana. agaknya benar kata org tua dahulu kala... suatu hari malaysia berpecah tiga.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum... saya risau dengan Malaysia kini, keamanan dan kedamaian masa lalu mula dirobek-robek sedikit demi sedikit. Tak belajar melalui sejarahkah mereka? Lupakah mereka sekarang ini kita masih lagi bebas dan bebas melakukan apa yang kita mahu tetapi mereka kata dikongkong. Bodoh. Perjuangan apa itu. Mencari hak apa jika memecah belahkan rakyat? Bangun kembali wahai melayu-melayu yang terlupa... ingat perjungan kita dari mula... ingat onn jaafar berbasikal memperjuangkan semua... aku berdoa kita berjaya bangkit kembali demi masa depan Negara yang amat ku cinta ini...

    Mari kita Berjuang bersama Dato'!

    yg ikhlas

    http://hu-allah.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

    utuk renungan saudara ds.....berjuanglah demi agama, bangsa n negara.Bukannye demi kepentingan pangkat, harta, kekuasaan n kekayaan

    ReplyDelete
  16. Pasal apa korang bising2 pasai Melayu ni? Kita kan tinggal dalam masyarakat majmuk. Jgnla dok bising pasal bangsa sgt sebabnya ia akan menyamai sikap asabiyyah zaman ABU LAHAB dulu. Come on lah, UMNO tk membangunkan bangsa Melayu pun. Time meredeka dulu pun Tunku terpaksa ikut telunjuk British bagi kewarganegaraan untuk bukan melayu. Buta ke? Lebih baik korang sembang pasal Umat Islam skarang ni. Islam tu ada melayu, ada cina n India. Tak guna sembang pasal melayu kalau yg melayu pun perangainya tk mcm org Islam. Islam ni bukan setakat Islam je yg hadhari. Perangai pun kena ikut Islam. Rasulullah tu seratus peratus jd ikutan. Ikut je la Quran dan Sunnah. Jgnla tamak nk mengejar kemewahan dunia. Takda gunanya kita pantang derhaka sultan tp kita tinggalkan syariat Allah Taala.

    ReplyDelete
  17. Assalamualikum...
    Kenapa kita lantang dan bersuara bila orang "derhaka pada sultan"??tapi pada tuhan,pada hukum hakam agama kita tak berani bersuara??..Selagi mana perjuangan bersifat "kaum" dijadikan landasan,selagi itulah kita tidak boleh maju...berjuanglah atas nama Rasul Dan Agama Allah,barulah baik yang islam atau bukan islam mendapat keadilan yang saksama.Bila ini terjadi,barulah orang respect sama orang melayu yang beragama islam..TAKBIR!!

    -Pendapat saya-

    ReplyDelete
  18. Melayu,melayu,melayu
    Dari manakah asal bangsamu
    Kemana tujuan bangsamu

    Tak tunjuk genggam berserat
    Mana orang tak tunjuk kuat
    Buluh sebatang senang tumbang
    Biar serumpun menjadi benteng

    Ada pokok ada akarnya
    Cuma kita penentu ia
    Biarkan sultan menjadi asasnya
    Jangan kita menebangnya pula
    Yang bawah jadi tunggul
    Yang atas mati layu
    yang subur lalang lalangnya

    Biar akar menjadi kuat
    Makin subur batang dahannya
    Makin hijau daun daunnya
    Matilah lalang bawah rimbunnya.

    Melayu,Melayu,Melayu

    Air sekumpul jadi lopak
    Biar sekampung jadi laut
    Pokok serumpun jadi belukar
    Biar berpadu jadi hutan

    Aku tahu mana asalmu
    Dari tanah bercambah benihmu
    Kemana pula hala tujumu
    Jika kuat akarmu
    Menjulang tinggi bangsamu
    Jika kau racun akarmu
    Menyembah bumi bangsamu...

    Daulat Tuanku.

    ReplyDelete
  19. Dr Khir, komen saya ni tak payahlah letak kat blog tu. Lari topik pun sebenarnya. Saya ni anak Selangor yg dah lama juga tinggal di perantauan. Seronok melihat kematangan ahli2 politik berpolitik di bumi orang. Saya agak boleh diamalkan juga di Malaysia di mana pembangkang menubuhkan shadow government di peringkat negeri dan juga persekutuan. Contohnya di Selangor, Dr Khir sebagai shadow MB, dan ada barisan shadow EXCO yg membayangi setiap EXCO pakatan. At least, gerakan gempur PKR dapat diagih-agihkan di kalangan ADUN BN di Selangor. Contohnya, kalau ada isu alam sekitar, shadow exco alam sekitar akan komen dasar2 PKR. Tidaklah Dr Khir seorang saja yg bersuara. Saya fikir BN di Selangor akan lebih mantap dan profesional. Tidaklah Dr Khir saja yg jadi mangsa serangan PKR. Bagaimana? Boleh terima pendapat saya?

    ReplyDelete
  20. MINTA LALUAN PADA TUAN PUNY BLOG IAITU YB KHR TOYO SEBAB NAK MINTA SEMUA PENGUNJUNG KE LAMAN BLOG

    http://federationofbloggers.blogspot.com/

    KERANA ADA SEDIKIT PEMBERITAHUAN TENTANG RAKAN KITA………

    HARAP DAPAT BERTANDANG KE BLOG BERKENAAN

    ReplyDelete
  21. salam dato' seri. saya ucapkan selamat berjaya dalam perjuangan untuk menduduki kerusi utama pemuda umno....pesanan saya kalau berjaya jangan lupakan kami di bawah ini...kotakan janji untuk membela bangsa, agama dan negara.

    ReplyDelete
  22. Salam sejahtera kepada semua
    Pernahkah kita fikir tentang bangsa kita, Melayu yang tidak dihormati dinegara sendiri?
    Pernahkah kita fikir tentang ranking bangsa kita dibumi Malayia ini?

    Berdasar pangalaman dan kehidupan seharian saya, kita sebenarnya bangsa tercorot disemenanjung Malaysia.
    Bangsa kita lah paling tidak dihormati.
    Saya tidak pasti bagaimana kajian dari pihak UMNO, tapi Kehidupan kita seharian memberi jawapan yang tepat.
    Penahkah kita meneliti kes rasuah, salah laku moral, makan duit rakyat, buang anak, sumbang mahram, rogol, rempit dan macam-macam lagi yang telah menaikan nama Melayu dipersada BANGSA PALING TERUK?
    Pernahkah kita terfikir bahawa bangsa-bangsa asing dibumi Malaysia hanya beberapa orang saja yang betul-betul fasih bahasa Malaysia(melayu)?
    Pernah kita hukum pemimpim yang kononnya begitu petriotik dikalangan pelbagai bangsa, tidak mampu pun becakap bahasa Malaysia dengan baik setelah becucu cicit dibumi Malaysia?

    Kenapa dan mengapa ini terjadi?
    Mudah sahaja 'KEGAGALAN ANAK ADALAH KEGAGALAN IBUBAPANYA'- kegagalan pemimpin Melayu setelah lebih 50 tahun diberi kuasa memimpin bangsa Melayu dan negara Malaysia.

    100% adalah kesilapan kita memilih pemimpin dan itu juga menunjukan kebodohan kita secara paling ketara. Kita masih kekalkan pemimpin rasuah,
    kita masih kekaklkan pemimpin yan tak amanah, malah kita masih kekal dan sayangkan pemimpim yang mempunyai kaitan jenayah bunuh,.....
    kita juga menyebabkan anak-ank kita tak reti lagi bahasa ibunda? Anak-anak kita selesa menyebut FREE, PARKING, OVERTIME, STUDY, dan banyak lagi.
    Kita bersalah menyebabkan bangsa kita tercorot. Ya memang kita bersalah dari dulu lagi kerana memilih pemimpin yang akhirnya merosakkan bangsa Melayu.
    Dan memang patutlah ramai orang melayu sudah semakin bertukar mempercayai dan menyokong sesiapa sahaja asalkan bukan UMNO.
    RAKYAT SUDAH SEDAR. Cuma pemimpin Melayu sahaja yang masih selesa diulit mimpi.

    ReplyDelete
  23. DS, TUN DAH KELUAR KOMEN BAKAL ANNGOTA KABINET DAN KJ TAK PERLU ADA TAPI DATO SERI BELUM ULAS LAGI KEKALAHAN BN DI PK DAN KEDAH. TERNANTI-NANTI JUGA ULASAN DS. APA SEBENARNYA PUNCA KEKALAHAN ITU MENGIKUT PANDANGAN DS. MAAF JIKA PERMINTAAN INI MEMBEBANKAN DS. TQ.

    ReplyDelete