Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Saturday, March 28, 2009

Kalah Menang Adat Bertanding

1. Keputusan pemilihan UMNO telah pun diketahui. Demikian juga keputusan sayap-sayap UMNO, Pemuda, Wanita dan Puteri. Secara peribadi saya terima kekalahan ini sebagai satu lagi cabaran dan dugaan sebagai ahli politik. Kita hanya boleh merancang dan berdoa tetapi perancangan Allah jua yang maha bijaksana.

2. Ada yang mempertikaikan mengapa saya tidak berada di dalam dewan sewaktu pengumuman keputusan. Saya bukanlah Perwakilan ke Persidangan Pemuda UMNO tahun ini justeru saya tidak berhak berada di dalam dewan tersebut. Kehadiran saya semasa awal persidangan hanyalah sebagai pemerhati sahaja.

3. Jadi tidak usahlah membuat andaian tidak benar bahawa saya takut menghadapi kekalahan. Walaupun kalah saya tetap menghadiri Perhimpunan Agung UMNO sehingga tamat. Jawatan hanyalah satu plaform untuk berkhidmat. Tanpa jawatan juga kita boleh menyumbang kepada parti dalam bentuk yang lain.

4. Kekalahan ini tidak akan melunturkan semangat saya untuk terus membantu memperkukuhkan parti demi membangunkan agenda agama dan bangsa. Insyallah saya akan terus menjalankan tugas-tugas saya sebagai ADUN Sungai Panjang, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Ketua Pembangkang Selangor dan apa sahaja peranan-peranan lain jika diberi tanggungjawab oleh parti pada masa akan datang.

5. Saya juga percaya gandingan mantap Presiden dan Timbalan Presiden serta Naib-naib Presiden yang menang berupaya memberi harapan baru dan membawa pembaharuan dalam parti. Memang benar ada terdapat nama-nama tertentu mungkin tidak popular di luar parti tetapi menang dalam pemilihan kali ini. Ini lumrah politik. Mustahil kita dapat mencari semua pemimpin disukai oleh semua orang dalam satu-satu masa. Jika dalam setandan pisang hanya ada satu dua yang buruk janganlah pula dianggap semua pisang tersebut buruk belaka. Lihatlah banyak yang elok berbanding buruk.

6. Menang dan kalah adat pertandingan. Jatuh dan bangun asam garam politik. Jika tidak sedia dilanda ombak, tentulah saya tidak berumah di tepi pantai.

52 comments:

  1. Harap Dato Sri sekarang boleh tumpukan khidmat sebagai Ketua Pembangkang. Tapi minta bawa isu yang boleh meningkatkan kualiti hidup rakyat daripada perkara yang melibatkan saman menyaman. Sebagai Ketua harap jangan hanya membataskan tugasan dikawasan sendiri, perluaskan penglibatan kekawasan yang tiada wakil rakyat BN.

    ReplyDelete
  2. salam Dr Khir,
    kalah menang adat bertanding, itu adalah hakikat. cuma saya terkilan kerana Dr turut bertanding ke jawatan ketua pemuda. Ini telah mengakibatkan undi berpecah, sehingga menyebabkan khairy menang. Saya sebenarnya lebih mengharapkan dr mempertahankan AMT UMNO. dan memberikan peluang kepada Dato mukriz bertanding satu lawan satu dengan khairy. tapi apakan daya nasi telah menjadi bubur. Dr sendiri tahu rakyat tak sukakan khairy termasuklah saya sendiri.Saya sendiri merupakan ahli UMNO Bahagian Beluran. Tapi belum tentu PRU 13 saya undi BN, kerana khairy menang. Tapi mungkin juga saya undi BN jika Tun Mahathir masuk Balik UMNO.

    ReplyDelete
  3. Betullah kalah menang adat bertanding tetapi dr sepatutnya boleh beri sumbangan kpd parti dgn tidak bertanding dgn itu saya yakin Datuk Mukhriz boleh memenangi jawatan ketua pemuda. Saya sama pendapat dgn saudara Ronald dan memang tidak mengundi BN walau pun saya Ahli UMNO pada PR 12. Ini kerana saya menerima dan bersetuju 100 % dgn pandangan Dr M dan saya akan terus berpandukan kpd beliau.

    Dr telah diberi peluang memimpin sekian lama dan adalah sangat eluk jika peluang diberikan kpd orang lain. Takkan setelah tewas di negeri masih mahu memimpin pemuda?

    ReplyDelete
  4. saya pun sama mcam ronald a.k

    kj saya tak gemar cara dan pembawaannya,ia tak sesuai pada umno....untuk jangka masa lama mungkin kj boleh diterima itupun jika dia berubah....kj ini akan buat kami lebih jauh hati pada kepimpinan pemuda tapi memandangkan situasi terkini berkaitan pengubalan perlembagaan umno untuk 60,000 ahli menentukan barisan kepimpinan akan datang dan kemasukan Tun pada umno serta permuafakatan yang diterjemahkan antara pak lah,Tun dan barisan kepimpinan najib,muhyiddin,naib dan mt membuatkan saya akan terus memangkah umno pada pru13 nanti.....demi umno yang pahit sekali pun wajib ditelan....

    ReplyDelete
  5. Salam DSKT,
    Walau apa pun saya tetap terkilan dengan kemenangan Khairy Jamaludin sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Salam DSKT,
    Walau apa pun saya tetap merasa terkilan dengan kemenangan Khairy Jamaludin sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Pilihan saya sebelum pengundian ialah samada DSKT atau DMTM. Saya dan sebahagian besar pemerhati samada di dalam atau di luar UMNO tidak menjangkakan KJ (tak lama lagi Datuk Seri le tu) akan menang. Orang yang telah terpalit dengan dakwaan rasuah masih diberi ruang untuk menang jawatan utama parti? KJ bukannya dituduh bersalah rasuah oleh PAS, PKR atau DAP malah telah dibuktikan bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO sendiri. Sedangkan hukumannya cuma amaran...Apa ertinya ini semua? Lepas ni tentu KJ akan jadi menteri penuh. Mcmana kalau KJ diberi portfolio lubuk duit seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Pertahanan atau Kementerian Kewangan sendiri?

    ReplyDelete
  7. Rakyat mana yang tak suka Khairy, itu persepsi saudara Ronald. Kita perlukan Ketua Pemuda yang berani dan sanggup berdepan dengan pembangkang walaupun di gelanggang mereka.

    ReplyDelete
  8. Salam perjuangan,

    Pemuda IKS menghormati keputusan pemilihan yang lalu dan pendirian Dr. Khir menerima kekalahan sebagai satu cabaran. Semangat seperti inilah yang perlu ada dalam diri setiap pemuda. Namun kebanyakan pemuda yang menyertai UMNO kini menampakkan kerakusan merebut jawatan dan kuasa. Malah wang ringgit menjadi kayu ukur utama terhadap segala yang berada di sekelilingnya.

    Apakah saranan Dr. Khir untuk mengikis sikap ini di kalangan pemuda di peringkat akar umbi yang kian menjadi virus melumpuhkan pergerakan ini?

    Pemuda IKS selaku penyokong kuat gerakan BERANI BERUBAH! turut kesal dengan keputusan pemilihan yang lalu. Namun Pemuda IKS tetap menerima kekalahan dengan penuh berhemah dan bermaruah.

    Ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan Pemuda UMNO. Selain "swing vote", ada yang mencurigai proses pengiraan undi. Apa pun jua, Pemuda IKS menyerahkan segalanya kepada Allah s.w.t. untuk menentukannya. Akhir kata, selamat berjuang!

    "Memperkasa Generasi Baru"

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    PemudaIKS.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. datuk, sy tetap melihat gndingan datuk, mukhriz dan KH sbg gndingan pemimpin masa depan UMNO yg digeruni pembangkang. teruskan perjuangan UMNO!

    ReplyDelete
  10. Sudah tamat persidangan ni, boleh la Dr. hadiri sesi pendengaran awam SELCAT. Banyak isu dan fakta yang perlu Dr. jawap. Antaranya pembelian jam tangan rm159 ribu, tajaan PNSB utk isteri Dr. melawat anak di Melbourne bernilai rm14,900 serta pembelian jaket untuk Dr. bernilai rm3,600.

    Saya kecewa kerana team KJ menggunakan isu ini sehingga menyebabkan Dr kalah dalam pertandingan KP Umno.

    ReplyDelete
  11. Salam DSKT,

    Syabas mengahadapi realiti kehidupan. Hakikat nya DSKT tidak kalah kerana yang memberi sokongan juga besar dan signifikan, ratusan undi diterima. Kerana angka yang kurang saja. Makna nya peranan DSKT tidak boleh dipnggirkan dalam Pemuda. Teruskan perjuangan. Dunia belum kiamat dan esok masih ada. Kehidupan diteruskan.

    ReplyDelete
  12. Salam sejahtera Dato'Seri,
    Saya semacam x percaya dato bolih kalah kerana diantara calun-calun yang bertanding saya rasa dato mempunyai ketokohan yang kuat berbanding yang lain, saya sokong komen si ronald sepatutnya dato bertanding AMT UMNO tapi apa nak buat pilihan adalah pilihan dato dan Dato misti mempunyai perancangan sendiri. Berada diluar x sama seperti berada didalam. Mungkin kali ni jin tonjit khairy lebih power dari jin Dato' hahahaha gurau aje. Saya suka mengikuti perkembangan semasa dalaman UMNO. Hope all the best for you.

    ReplyDelete
  13. tahniah ds, saya percaya ini akan membantu ds terus memegang jawatan pembangkang buat selama-lamanya.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,
    Tahniah Dr, kalah hari ini bukan kalah selamanya, diharap dr dapat bersihkan nama kembali, kalau benar2 dr tak bersalah :) anyway gud luck on your politic career onwards :)

    ReplyDelete
  15. Ketua Pemuda menang dengan majoriti tidak melebihi 50% undi , bermakna bila tidak dapat mojoriti secara hakiki.. saya harap umno dapat masukkan perubahan dalam perlembagaan yang akan di pinda nanti... " mana-mana kemenangan yang tidak mendapat undi melebihi 50% mestilah di pertandingan dlam pusingan kedua... dalam kes ketua pemuda ini saya cadangkan pertandingan pusingan kedua untuk 2 calun yang mendapat 2 tempat tertinggi.......... khairi dan khir perlu bertanding dlam pusingan kedua !!!!!

    ReplyDelete
  16. Pemilihan UMNO dah berlepas...kes balkis kena dato jelas kepada rakyat selangor untuk membersihkan nama baik dato.....

    Harap dato bertindak dengar bijak.....

    ReplyDelete
  17. How can a known corrupt person involved in money politic be allowed to win. It goes to show the depth of UMNO Youth. They have been so used to money politics, they can no longer understand to be different. Kalau dah anjing yang memakan bangkai, kalau tak makan pun, akan di cium juga. Please wait how I will vote in the next election, then UMNO will know that it is no longer relevant for championing self interest.

    ReplyDelete
  18. Saya setuju apa yang diperkatakan Ronald a.k.a nal. Saya juga ahli akar umbi UMNO cawangan Kota Damansara. Tapi belum tentu PRU 13 saya undi BN, kerana khairy menang. Saya betul-betul kecewa dalam pemilihan ketua Pemuda UMNO

    Terima kAsih

    ReplyDelete
  19. salam...pemuda berani!!!
    takde hal la kalah, tu semua pertandingan je, harap dato' sri dapat berkhidmat dengan baik..

    salam,

    pemuda berani marang

    ReplyDelete
  20. Salam Dr Khir ,
    Saya amat bersetuju dengan komen Ronald tu . Apa yang penting sekarang tumpukan kepada bahagian Dr. dan apa jua perkara yang boleh membawa manafaat kepada semua orang. Buat lah short term dan long range plan untuk menghadapi masa akan datang. ingatlah kekadang kita ada diatas dan ada masanya kita diuji berada dibawah.

    ReplyDelete
  21. Salam... DS...malam pengumuman saya dan rakan-rakan ada di lobi PWTC menanti dengan tidak sabar pengumumnan barisan EXCO pemuda yang baru...dan kami telah mendapat info yang Sdr KJ yang telah memenanginya dengan kelebihan 20 undi sahaja namun kami terus bersabar menanti keputusan rasmi...Apabila keputusan rasmi diumumkan kami amat rasa kecewa dengan kekalahan DS...namun para perwakilan telah menjalankan tanggung jawab mereka dengan memilih Sdr KJ...kami akur dengan keputusan namun apa yang kami peningkan adalah persoalan yang diajukan oleh akar umbi yang menyatakan kenapa lembaga disiplin UMNO mengishtiharkan Sdr KJ bersalah didalam politik wang namun hanya diberi amaran tetapi kenapa pula DSW Ali Rustam tidak pula begitu...perbuatan dan kesalahan yang sama namun DSW Ali Rusatam menerima hukuman...disini mereka nampak seperti UMNO ini tiada ketelusan dan memilih kasih...dan mereka mula mempertikaikannya...adalah lebih baik lembaga disiplin UMNO menyatakan yang Sdr KJ tidak bersalah jadi tidak meragukan didalam ketelusan parti UMNO yang kita sayangi ini... Namun segalanya telah berlangsung dan menjadi sejarah ada yang kalah dan ada yang menang...bagi saya dan rakan-rakan, mereka yang menang tidak akan sentiasa diatas dan merka yang kalah pula tidak akan sentiasa dibawah...berkerja dan berkhidmat dengan penuh keikhlasan pasti akan memberikan kepuasan kepada rakyat dan diri DS sendiri...semoga segala pengorbanan DS akan dirahmati...kami akan terus berjuang bersama DS tidak kira semasa senang atau susah...yang penting agenda pembelaan agama,bangsa dan negara masih perlu diteruskan...

    ReplyDelete
  22. Dato' Seri (DS),

    Dulu saya pernah menulis meminta DS jangan bertanding jawatan Ketua Pemuda tetapi DS teruskan juga. DS sudah menerima kenyataan tetapi akibat dari pertandingan 3 penjuru ini ialah KJ yang menang.

    Dulu saya pernah menulis meminta DS menarik diri dan menyokong Dato' Mukhriz tapi nampaknya DS tak mendengar kata-kata dari grassroots. Nasi dah jadi bubur.

    Saya harap lepas ni DS dapat menasihatkan rakan-rakan di dalam Pemuda supaya meninggalkan budaya politik wang dan budaya mengejar jawatan untuk kepentingan diri sendiri. Saya lihat kepimpinan Pemuda di Selangor amat malap dan kurang kredibiliti. Sebagai otai Pemuda, saya harap DS akan tolonglah tengok-tengokkan masalah ni. Pemuda Umno terutamanya di Selangor ni dah tenat. Pemimpinnya tidak dihormati dan tidak mempunyai pengaruh dikalangan rakyat. Susah Umno macam ni. Gelap masa depan Umno di Selangor.

    ReplyDelete
  23. bro,

    I thought you live in Glenmarie Court.
    sejak bila glenmarie court ada pantai?
    bro pandai melawak lah bro

    ReplyDelete
  24. DS Dr Khir

    walaupun saya juga agak terkilan, bila DS Dr Khir kalah tapi saya berharap Pemuda UMNO mesti bartaut kembali dan jagalah UMNO Selangor agar menang kembali di PR 13.

    Wassalam

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Dr Khir,

    Kemenangan KJ akan memberikan impact yg besar kepada UMNO....apakah impactnya? kita tunggu PRU13....

    ReplyDelete
  26. Salam Dr Khir,

    Sebelum ini, antara 3 calon pemuda, Dr dan Dato' Mukhriz jadi pilihan saya dan pastinya Dr tetap jadi pilihan no. 1. Tetapi saya amat-amat kecewa dengan keputusan baru-baru ini kerana perwakilan pemuda sesolah-olah langsung tidak tahu menilai yang mana benar dan yang mana salah. Pencalonan awal akar umbi dan juga tindakan amaran kepada Khairy yang menjadi petunjuk kepada perwakilan supaya bijak memilih, masih juga salah memilih. Dalam agama kita juga telah menerangkan supaya bijak memilih pemimpin dan jika salah memilih, tunggu lah masa kebinasaannya. Adakah sekarang ini pemuda sudah terpesong jauh dari landasan sebenar perjuangan? Nauzubillah..Terkilan sungguh rasa hati dengan pemilihan pemuda dan ternampak jelas kekecewaan pemerhati di luar seperti saya yang teramat sayangkan perjuangan UMNO.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum dr

    Kita sebagai insan hanya mampu merancang.yaa terimalah kenyataan dengan hati terbuka dan itu yang menunjukan dr.mempunyai jiwa yang besar.

    Yang penting perjuangan mesti diteruskan,dan masih banyak lagi cara untuk menyumbang kepada parti dan rakyat,"selagi hidup dikandung badan"
    jiwa dan raga menjadi taruhan.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum Dato Seri,

    Saya sendiri sebenarnya amat terkilan dengan kekalahan Dato Seri. Saya tidak pernah menyangkanya. Tetapi, itulah ketentuan Illahi. Allah Maha Berkuasa. Maha Besar. Maha Mengetahui. Pemuda perlu menginsafi hala tuju dan meneymarakkan semula perjuangan Pemuda. Jadilah Pemuda yang membela rakyat. YB Dato Seri tidak kalah dalam erti kata sebenarnya. Kerana ratusan undi menjadi milik YB D.S.Dr. Memang suara di akar umbi lebih menjurus kepada YB D.S.Dr dan YB Mukhriz. Namun, setiap yang berlaku punya hikmah yang tersendiri. Teruskan perjuangan bersama Pemuda yang mempercayai dan mengundi YB D.S.Dr dan jadikan ianya satu platform untuk terus berkhidmat kepada rakyat amnya. Ketokohan seperti YB D.S.Dr amat diperlukan dan perlu diterjemahkan secara nyata demi kepentingan rakyat. Asas perjuangan sudah ada. Jawatan bukan segalanya. Utamakan kredibiliti.Insayallah, dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, Pemuda akan menjadi tunjang kepada UMNO dan rakyat Malaysia. Saya sangat tertarik dengan wawasan YB D.S.Dr hasil daripada beberapa pertemuan. Saya juga mendoakan agar YB D.S. Dr terus bersama UMNO bagi menyemarakkan perjuangan Islam dan Melayu. Berjuang perlu terus berjuang. Di jiwa pendekar Melayu, tiada erti putus asa. Jangan tinggalkan perjuangan mulia Pemuda yang sebenarnya. YB D.S.Dr perlu sedar bahawa YB adalah aset kepada Melayu dan Negara. Jangan menoleh kebelakang, keberanian YB D.S.Dr amat perlu di kala kita sedang diasak oleh segelintir Melayu yang sudah lupa asal usul mereka. Insyaallah, segalanya akan berjaya. Pada masanya nanti, kebenaran akan berdiri. Yakinlah. Hidup Melayu
    Ipintapah, Tapah,Perak

    ReplyDelete
  29. PKR Kedah goyang kerana Anwar tikam belakang ketua cawangan Jerai

    http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/pkr-kedah-tenat-anwar-tikam-belakang.html

    ReplyDelete
  30. Wahai bloggers UMNO yang anti KJ (UMNO jugak), undi je lah UMNO dalam PRU13, you got nothing to loose, if otherwise, so many things are lost.
    You are the REAL liability to UMNO!!!
    Mahathirism is DEAD!!!
    You are your own man NOW!!!
    Long live TRUE malays!!!
    Learn to follow the main stream....

    ReplyDelete
  31. Jika saya diberi pilihan, Mukhriz sbg pilihan pertama dan Khir sebagai pilihan kedua. Tak pernah terlintas KJ boleh menang bila mana beliau telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin (hukuman je berbeza dgn Ali Rustam). Bagaimana nie Dato'?? Rakan2 saya diofis menggeleng kepala dengan kemenangan KJ dimana impaknya ialah PRU13 dan UMNO secara keseluruhannya. Bagaimana nak rapatkan Saf kalau ada yg diragukan kemasukannya dalam Saf.

    ReplyDelete
  32. saya amat kecewa bila KJ menang kerana dia telah didapati bersalah. maknanya...perwakilan pemuda merestui rasuah, ini sudah kira TERUK! apa nak jadi dengan pemuda UMNO? Teruskan perjuangan DSKT!

    ReplyDelete
  33. Salam Dr Khir

    Kekalahan adalah perkara biasa..yang penting kena istiqamah.Bukannya berakhir satu episod hidup.Lain kali boleh cuba lagi apa..walaupun KJ menang dengan kontroversi, dan apa yang saya lihat keadaan ini seolah-olah UMNO bagi bola tanggung pada Pembangkang la..dah la ada rasuah masa pemilihan,pastu menang pulak jadi Ketua..huh gawat-gawat..oklah,kita bagi peluang pada KJ,kalau prestasi bagus..kita pun sukalah..ala..sebenarnya Pembangkang pun amalkan rasuah gak..

    ReplyDelete
  34. kita duk sibuk berpolitik...

    tanah melayu bakal tergadai di kg.baru,KL
    apa pendapat Dr.khir?

    keterangan lanjut layari
    http://ccheckmate.blogspot.com/

    ReplyDelete
  35. Dato Seri,

    Saya bukan lah orang politik tetapi melihat kepada hukuman yang dijatuhkan oleh Lembaga Disiplin telah merentap peluang Dato Sri untuk mencapai kemenangan dalam pemilihan.

    Saya benar-benar tak faham dan kecewa dengan keputusan ni.

    ReplyDelete
  36. Dato' Seri,

    Saya bukanlah ahli politik namun begitu saya merasa amat kecewa dengan keputusan Lembaga Disipin yang telah merentap peluang Dato' Seri untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda.

    Kemana arah tuju sebenarnya Pergerakan Pemuda UMNO........

    ReplyDelete
  37. saya harap dato terus berjuang agar Melayu tetap menjadi tunjang negara..

    ReplyDelete
  38. slmkum dato..itu lah umno..yg terang2 terlibat rasuah jgk yg menang..saya amat kecewa..apa dah jadi dgn pewakilan yg menyokong beliau? buta kah meraka?

    ReplyDelete
  39. DS, kenapa hanya komen2 positif dan komen menghentam KJ je dilepaskan. Takkan la tak de komen negatif atau kritikan drpd org ramai? Kata Pemuda Berani.. ni nampak gaya mcm Pemuda Pengecut je, Pemuda yg tak berpijak di bumi yg nyata, Pemuda yg tak boleh terima kritikan.

    ReplyDelete
  40. Dr Khir,
    saya sebagai org Tanjong Karang, yang sama pergi Sekolah Dato Harun sama tahun dengan Dr Khir amat tidak berpuashati dgn prestasi dan tindakan Dr Khir menggunakan PNSB sebagai lubuk duit Dr Khir...
    Apa yang Dr Khir boleh buat sekarang ialah minta maaf kepada rakyat Selangor. Minta halalkan. Perihal kekalahan di Ketua Pemuda UMNO tu, itu org UMNO sendiri tidak mahukan Dr Khir jadi pemimpin mereka, dengan imej yang ada, gunakan duit rakyat macam duit sendiri. Mereka takut terpalit...


    Former Selangor Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo and entourage spent almost RM1 million in an official trip to Morocco and France from Dec 17 to 24 in 2004.

    The expenditure included a visit to the Paris Disneyland and a four-day transit stopover at Dubai.

    This was revealed at the state’s Special Select Committee on Competence, Accountability and Transparency (Selcat) inquiry today.

    Among the other revelations were:

    * Also present in the trip was Khir’s wife Zaharah Kechik, three children and a maid

    * The official delegation spent RM416,000 for the trip

    * A reconnaissance team which went ahead to make arrangements for the trip had spent RM366,000

    * The four-day stopover in Dubai had cost the state RM10,000

    All the expenses were covered by state investment arm Perbadanan Nasional Selangor Berhad (PNSB).

    These details were revealed by PNSB chief executive officer Khairiyah Abu Hassan at the inquiry today.

    Last week, Khairiyah admitted of having a close relationship with Zaharah . She also added that there was no committee to scrutinise any “request” for funds or how the money was used. She said all requests were approved by the PNSB board collectively.

    Wahhhhhhh!!!!! Nothing left to say!!!

    ReplyDelete
  41. Datuk Seri,

    I hope you will know your fault. Please contribute more to the country and be less corrupted. We all know the inducement of money and power. That is human nature. We understand that. But,i believe you are a talented person. so pls, utilise your talent and contribute to the rakyat. I hope you are well. Take care.

    ReplyDelete
  42. Datuk Seri,

    I hope you will know your fault. Please contribute more to the country and be less corrupted. We all know the inducement of money and power. That is human nature. We understand that. But,i believe you are a talented person. so pls, utilise your talent and contribute to the rakyat. I hope you are well. Take care.

    ReplyDelete
  43. 'State agency funded Khir's Disney tours'


    Former Selangor Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo along with his family and other state officials spent almost RM1.8 million on two overseas trips which including a tour of Paris and Orlando Disneyland.

    MCPXThe expenditure list included a 2004 visit to the Disneyland Paris and a four-day transit stopover at Dubai.

    This was revealed by an inquiry being conducted by the state's Special Select Committee on Competence, Accountability and Transparency (Selcat) today.

    Among the other revelations on the overseas trip which took place from Dec 17 to 24, 2004 were:

    Joining the trip were Khir's wife Zaharah Kechik, their three children and a maid.


    The official delegation spent a total of RM416,000 for the trip.


    A 'reconnaissance team' which went to make arrangements for the trip spent RM366,000.


    The four-day stopover in Dubai cost the state an additional RM10,000.
    All the expenses were covered by state investment arm Perbadanan Nasional Selangor Berhad (PNSB) revealed its chief executive officer Khairiyah Abu Hassan at the inquiry today.

    When asked by committee chairperson, Selangor state assembly speaker Teng Chang Kim on the objective of the trip to Morroco and Paris, Khairiyah said the trip to Morroco was an exposure visit to study the architecture in the country.

    “We wanted to see the architecture there as they reflected the glory days of the Islamic empire and we had wanted to try and adopt it here in Selangor,” said the PNSB CEO.

    No concrete outcome from the visit

    However, when asked if there was any concrete outcome from the visit, Khairiyah conceded that nothing was done apart from initial “talks” of developing such buildings.

    The committee also discovered some discrepancies for this trip in the likes of PNSB financing the air tickets and accommodation for Khir’s children.

    Khairiyah when queried on whether or not there is a policy in PNSB to finance the expenses of its board members’ children for their official trip, reluctantly answered “no”, but did not elaborate further on why the GLC had done so.

    As for the Disneyland Paris trip, Khairiyah said the trip was an official "technical visit" to study the concept of the world famous theme park as PNSB had wanted to develop its own theme park at the Sepang gold coast area in Bagan Lalang.

    It is also revealed that for the same purpose, Khir’s entourage spent another RM648,841 of PNSB’s money for a nine-day trip to Honolulu, Hawaii and the Disneyland in Orlando, United States from Dec 23, 2007 to Jan 1, 2008.

    Out of the total sum, about RM110,000 were spent on Khir’s lodging alone while RM171,000 were spent on six single supplementary rooms with some of them housing Khir’s children.

    However it is not known whether the expenses of Khir’s children were financed by PNSB, Khairiyah said in response to queries on the matter.

    The Disneyland trips, suggested one of the committee members PKR vice-president and Bukit Antarabangsa state rep Azmin Ali, were nothing but a leisure trip.

    Delegation welcomed by a tour guide

    Documents revealed that no serious technical meetings between the management of Disneyland and the so-called official delegation led by Khir took place.

    “Instead, the delegation was welcomed by a mere tour guide from the Selangor tour agency company that had supplied the air tickets to the delegation.

    “If it is really a technical visit. A serious meeting between Disneyland and the delegation should have took place but instead the delegation paid for the tickets (like ordinary visitors) and claim they can learn from just looking around,” Azmin said.

    Azmin also backed his argument by saying that it was no coincidence that Khir had made both the Disneyland trips in December during the school holidays.

    Khairiyah who was also part of the delegation however defended her boss’ action and said that the visit was significant in realising PNSB’s ambitions of developing a theme park at Bagan Lalang.

    “We were there to study the concept and had to do a comparative study (with other Disneylands from other countries),” she said, and added that the development of the theme park was already underway and that it will be build on a 20 to 21-acre piece of land in Bagan Lalang

    At this point, Teng backing Azmin said it was ridiculous for Khairiyah to imply that by merely visiting Disneyland, it was possible for PNSB to learn the technical aspects of developing and operating a theme park.

    “You spend a lot of the people’s money, about RM1.8 million for trips to Disneyland in Paris, Orlando, Tokyo just to build a theme park on a 20-acre piece of land? Be honest, this idea is a failure,” said Teng.

    Khir had brought his wife and family throughout all the trips alongside Khairiyah on her capacity as the CEO of PNSB. She also admitted to bringing her own children on the trips but claimed that their expenses were paid by herself.

    Last week, Khairiyah also revealed that she had close ties with Khir's wife Zaharah.

    She added that there was no PNSB committee to scrutinise any "request" for funds or how the money was used. According to her, all requests were approved by the PNSB board collectively.

    Police report may be lodged against Khir’s wife

    The inquiry is being held to investigate the source and legitimacy of the more than RM1 million in sponsorship received by the Wives of Selangor State Assemblymen and MPs' Charity and Welfare Organisation (Balkis) from state-owned and private companies.

    Zaharah was Balkis chairperson during Khir's tenure as menteri besar.

    Later in a press conference, Teng (photo, right) said that various apparent discrepancies have been discovered during the hearing and that the committee will be holding a meeting soon to discuss further action.

    “Besides the two witnesses who had refused to attend the hearing, I am satisfied with the cooperation showed by other witnesses. We will scrutinise the documents we have received and will prepare a report before the next sitting of the state assembly,” he said.

    When asked about Khir’s fate, Teng said it was most likely the former menteri besar will be referred to the state assembly’s privilege committee though he did not want to comment on what the decision of the committee would be.

    As for Zaharah, Teng said Khir's wife had committed an offence under the Contempt of House Act 2008 by not attending the hearing.

    “As she is not a state representative, the possible action for the committee to take is to lodge a police report and leave it to the attorney-general to decide on whether to prosecute her or not,” he said, adding that he will have to consult with the committee first before deciding on this.

    Khir has refused to comment on the matter saying that he would leave it to his lawyer to handle the matter.

    The public hearing, the first-ever inquiry conducted by a state legislative assembly in the country, began on March 23.


    DATO SILA JAWAB KENYATAAN NI DALAM BLOG DATO KITA ORG NAK TAU

    ReplyDelete
  44. Salam Dato.

    Tahniah atas kekalahan yang memang saya duga. Siapalah yang buta dan begitu bodoh yang mengundi Dato tu?

    Dato kena terima hakikat bahawa lama kelamaan rakyat idak akan terima perasuah.

    Malunya dan begitu mengaibkan membaca jutawan seperti Dato pergi makan angin dengan keluarga atas tiket kerajaan, duit rakyat seperti kami. Takpe lah Dato, semoga Allah saja yang melaknat Dato dan keluarga. Saya merasakan Dato akan mati sehina-hina manusia.

    Syabas Dato. Gagal di dunia lebih gagal di akhirat. Sayang sungguh Dato jadi sebigini, pernah terpikir kah? Mungkin Dato alpa dan angkuh lalu Allah menutup mata Dato, serupa lah dengan Pak Zek kesayangan Dato dulu.

    Salam laknat buat Dato' sekeluarga.

    ReplyDelete
  45. KLenapa Ds tak jawab or nafikan maklumat mengenai kes Dr dan isteri dan keluarga gunakan duit PNSB seperti yang dimaklumkan oleh Datin Khairian yang keluar dalam NST n the Star 2/3 hari ni. Duit berjuta2 habis untuk makan angin banyak sangat tau?

    ReplyDelete
  46. Dr Khir,

    Saya ingin bertanya mengenai laporan akhbar Sun hari ini (2/4/09) mengenai rm1.7 juta untuk lawatan ke Disneyland.

    That is a lot of money, and worse still, it's public money! You refuse to attend the public inquiry, will you at least issue a statement to the public?

    ReplyDelete
  47. fuiyoo.... ke paris siap bawa maid sekali

    ReplyDelete
  48. DS, marilah pulangkan apa yang bukan hak kita. banyak sangat nak jawab dengan Allah di akhirat nanti. Ini baru dengan SELCAT, dengan Allah Taala bagaimana pula? Pintu taubat masih terbuka, pulangkanlah apa yang bukan hak DS, mohon maaf dan bertaubatlah dengan Allah Taala.

    ReplyDelete
  49. Salam Datuk,

    Kan pernah saya kata dahulu pada Datuk, kalau kita dedahkan keaiban orang, orang akan dedah keaiban kita. Apa dah lupa? Ingat Datuk perintah BN negeri dua PRU. Sedangkan lidah lagi tergigit. Apakah Datuk ingat sempurna sangat. Muhasabah diri dulu baru teropong orang lain. Ada lebih baik Datuk memberi idea-idea yang bernas untuk meningkatkan taraf hidup orang melayu kepada kerajaan negeri atau pusat dari cucuk sana sini tak berfaedah!

    Maaf Datuk...mari sama-sama kita muhasabah diri kenapa kita di tolak rakyat dan pemuda UMNO.

    ReplyDelete
  50. menyampah betul aku tengok budak budak melayu skang konon nak tunjuk pandai suh orang buat itu buat ini...cube hantar yang berlagak pandai ni kat tanah gersang..tengok derang ni bleh idop ke tak...cam bagus je cakap...ni mesti kat umah mak bapak sendiri pun derang nak ajar jgn buat itu jgn buat ini...sedarlah diri sikit masih bertatih ingus meleleh.. yang pemimpin umno skang pun satu bahlol...pi buang masa layan kerenah mangkuk hayun ni semua buat apa...lantak pi la demokrasi ke apa ke...patot kena ada pemimpin keras sket asik lembut ati je dok layan lembu lembu ni semua...HIDUP MELAYU

    ReplyDelete