Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Sunday, March 22, 2009

Perhimpunan Orang Melayu

1. Minggu ini akan berlangsung Perhimpunan Agung UMNO yang merupakan salah satu perhimpunan penting kepada orang Melayu dan juga negara kita. Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa mahu pun agama akan memberi perhatian lebih dengan apa yang akan berlaku dalam pemilihan kali ini kerana keputusan-keputusan pemilihan parti dan ucapan penggulungan Timbalan Presiden akan memperlihatkan hala tuju UMNO, Barisan Nasional dan Malaysia buat beberapa tahun akan datang.

2. Masa depan UMNO juga banyak bergantung kepada barisan kepimpinan yang akan di pilih kali ini. Apakah UMNO mampu menampilkan satu barisan kepimpinan yang dinamik membawa imej Melayu dan Islam sambil tidak mengenepikan kepentingan kaum-kaum lain.

Berani Berubah, Pembaharuan (Reform) dan Orang Melayu yang Cemas

3. Hari ini juga Mingguan Malaysia membawa wawancara yang cukup menarik membabitkan tiga orang tokoh pemimpin UMNO iaitu mantan Perdana Menteri, Perdana Menteri sekarang dan Perdana Menteri akan datang.

4. Pak Lah dengan gesaan orang Melayu mesti Berani Berubah, Datuk Seri Najib menyatakan keazaman membentuk pasukan Pembaharuan (reform) dan Tun Mahathir pula melontarkan kegelisahan orang Melayu hari ini terhadap kelemahan UMNO dan masalah-masalah dalamannya. Pak Lah bercakap soal hari ini, Datuk Seri Najib bercakap soal masa depan dan Tun Mahathir bercakap soal dilema orang Melayu hari ini dan akan datang.

5. Bayangkan jika selepas perhimpunan akan datang, ketiga-tiga tokoh ini dapat duduk semeja mencari jalan mengukuhkan semula UMNO dan memajukan negara ini. UMNO pasti akan kembali kukuh dan kuat. Politik negara juga akan menjadi lebih stabil dan prospek ekonomi juga pasti akan menjadi lebih baik.


Fitnah, Tohmahan dan Adu Domba melalui SMS

6. Sungguhpun semua calon dari Timbalan Presiden sehinggalah ke jawatan-jawatan EXCO dalam sayap UMNO berikrar untuk bertanding secara kekeluargaan, namun fitnah dan tohmahan tetap berlaku. Jika sepuluh atau dua puluh tahun lalu fitnah dan adu domba ini dilakukan melalui surat layang dan bisik-bisik hari ini ia dilakukan melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan laman blog.

7. Paling ketara hari ini ialah kebanjiran "sms-sms layang" yang entah dari mana datangnya untuk mengadu-dombakan pemimpin UMNO. Jika apa yang dikatakan itu benar mungkin bukan masalah. Sebaliknya bila yang disebarkan itu merupakan cerita palsu ia boleh menjadikan hubungan sesama pemimpin renggang atau terputus.

8. Perwakilan haruslah bijak menilai antara kebenaran fakta atau tohmahan untuk menjatuhkan kredebiliti mana-mana calon. Lebih teruk lagi kadang-kadang nama pemimpin UMNO dan bekas pemimpin UMNO turut digunakan. Kononnya mereka ini kecewa dengan calon ini atau mereka ini menyokong calon tertentu.

9. Selain sms layang yang menggunakan nombor atas nama warga asing, saya difahamkan kini juga terdapat teknologi sms berasaskan laman web yang membolehkan kita mengklon nombor telefon. Ini bermakna sesorang yang mahir dalam bidang ini boleh menghantar pesanan sms menggunakan nombor telefon saya tanpa perlu memiliki telefon bimbit saya pun. Ini amat merbahaya kerana ia boleh disalah gunakan disaat-saat akhir pertandingan.

10. Saya berharap para perwakilan bijak membuat pertimbangan dan tidak mudah terpedaya dengan taktik-taktik sebegini.

Kesimpulan

11. Yang penting dalam dalam politik UMNO kita harus memastikan yang menang tidak menjadi arang dan yang kalah tidak menjadi abu. Hadapilah pertandingan ini dengan berlapang dada.

12. Kepada para perwakilan saya berharap kita semua dapat membuat solat isytiqarah untuk mencari barisan kepimpinan yang mampu menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

31 comments:

  1. SALAM HORMAT DS,

    SAYA MENDOAKAN SEMOGA DS BERJAYA MEMENANGI HATI PERWAKILAN DAN SETERUSNYA MENJADI KP UMNO . YA...APABILA SUDAH SAMPAI KETAHAP INI , SETELAH BERUSAHA DENGAN GIGIHNYA MAKA KITA SEMUA HARUS MENYERAHKAN KEPADA TAKDIR YANG MAHA ESA...BERDOA DAN BERTAWAKALLAH...INSYAALLAH DS AKAN DIBERI KEMENANGAN YANG DIHARAPKAN..AMIN.

    ReplyDelete
  2. salam Dr.
    saya sebagai salah seorang pimpinan pemuda bahagian di selangor mengucapkan selamat maju jaya kepada Dr.dalam pemilihan ketua pemuda malaysia nanti...semoga harapan dapat di terjemahkan oleh perwakilan dalam perhimpunan nanti. 'pemuda berani'...sekian

    ReplyDelete
  3. salam Dr.
    saya salah seorang pimpinan pemuda bahagian di selangor mengucapkan selamat maju jaya kepada Dr. dalam pemilihan ketua Pemuda Malaysia nanti...semoga sidang perwakilan dapat menterjemahkannya di dalam perhimpunan nanti..."pemuda berani"...sekian

    ReplyDelete
  4. Salam...Dato Seri'...Kami mendoakan yang terbaik untuk DS...tidak kira apa keputusan kami tetap akan memberikan sokongan yang terbaik untuk DS...memang benar kata-kata DS...bahawa UMNO mesti berani untuk berubah dan merubah...sebagai PEMUDA harus berani untuk merubah segalanya agar UMNO terus relevan dalam kancah politik negara dan terus membela agama,bangsa dan negara...Pada setiap pemimpin haruslah sentiasa ikhlas dalam memperjuangkan suara rakyat dan akar umbi agar tidak disalah ertikan oleh sesetengah pihak...tidak hanya mengejar kepentingan sendiri bila hanya didalam siri kempen pemilihan sahaja...PEMUDA harus berani menegur segala kesalahan atau kesilapan yang pernah atau dilakukan oleh pemimpin atasan dengan cara yang berhemah...ini kerana akar umbi sudah muak dengan sesetengah pihak yang begitu angkuh sehingga tidak boleh ditegur atau diperbetulkan...kami amat menyayangi parti keramat UMNO ini...Kami tidak akan merajuk dengan melompat parti tapi kami akan perjuangkan dengan menyuarakan pendapat didalam segala mesyuarat dan perhimpuanan...Kami tidak rela negara tergadai dengan sikap sesetengah pihak yang hanya mementingkan kuasa...tapi kami akan terus berjuang mempertahankan negara yang tercinta ini...DULU...KINI dan SELAMANYA....

    ReplyDelete
  5. Malam tadi keluar di berita TV3 ucapan Tun Mahathir di majlis yang dianjurkan oleh persatuan Perkasa. Nampaknya Mahathir akan diberi tempat semula di bawah pimpian DS Najib Nanti, yang akan menjadi kuda tua bagi memperkuatkan perjuangan orang-orang Melayu.

    Saya nampak ucapannya itu hanya akan melebarkan jurang perkauman di negara ini. Dia tidak berpijak dibumi nyata. Dia mengatakan negara ini adalah hak peribumi negara ini iaitu orang Melayu. Tidakkah dia sedar, datuk dia sendiri pun berasal dari pendatang Negara India.

    Bolehkah kita kata bahawa negara Singapura itu adalah hak peribumi negara itu iaitu orang Melayu. Undang-undang mana dia pakai?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dr

    Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah kerana telah memakbulkan permintaan dr.Telah ternampak cahaya di hujung terowong.

    Melangkahlah dengan berhati hati dan keyakinan disertai nawaitu yg betul dan tulus ikhlas(Kerana Allah)Insyaallah perwakilan akan memberikan keprcayaan.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum dr

    Memang betul kata kata Tun Mahathir, kita perlu memberi pesanan yg betul walaupun ianya pahit untuk mereka terima,bahawasanya msyarakat melayu adalah masyarakat yang mereka perlu hormati kerana masyarakat inilah yang lebih dahulu membina tamadunnya di Tanah Melayu.
    Mengapa mereka tidak bole berkompromi tentang itu? atau mereka sengaja tidak mahu menerima kenyataan itu? atau ada pihak yang cuba menjadi juara dengan mengadudomba kita orag melayu?
    Siapakah petualang itu?
    Mengapakah ia sanggup menjadi petualang?

    Masyarakat bukan melayu menjadi berani kerana melihat masyarakat melayu itu sendiri telah sanggup untuk menjadi kuda tunggangan mereka.

    ReplyDelete
  8. Saya amat mengharapkan perhimpunan Melayu kali ni akan membuka wadah baru untuk rakyat kepada rakyat dan khasnya buat rakyat. Sekiranya kuasa diguna untuk mengumpul harta buat diri,keluarga dan kroni maka melayu akan terus me layu sampai bila-bila. DS selamat berjaya Reformasi...Assalamualaikum wr wb

    ReplyDelete
  9. Saya rasa saudara Alias mohd Yusoff gagal memahami mesej yg disampaikan oleh Dr M..ataukah sekadar anti TDM ?

    ReplyDelete
  10. kita harapkan kepimpinan baru lebi berwajah baru dan diterima rkyat

    ReplyDelete
  11. ingat ke Fitnah, Tohmahan dan Adu Domba melalui SMS hanya di lebelkan pemimpin umno pada Pembangkang.
    rupanya Ahli umno sesama Ahli umno lagi hebat
    lebih2 lagi sanggup membunuh untuk pangkat dan harta.

    ReplyDelete
  12. Dr,

    Melayu Makan Nasi
    India pun Makan Nasi
    Cina pun makan Nasi
    Semua Rakyat Bangsa Lain pun makan Nasi

    Perhimpunan Umno kali ini penting kepada orang melayu dan negara kita.... Apa maksud Dato seri nie...???

    Apa salahnya kalau Semua Rakyat Malaysia boleh makan nasi sama-sama...Jangan pertikaikan satu bangsa sahaja...

    Bangsa lain di Malaysia pun nak jaga periuk nasi masing-masing..

    Salam

    ReplyDelete
  13. Awang Harap nama berikut akan menang:-

    1. Tim. Presiden - Tan Sri Muhyidin Yadin

    2. N.Presiden:- Hishamudin, Rais Yatim dan Syed Hamid Albar

    3. Ketua Pemuda:- Mukhriz Mahathir

    4. Wanita:- Rafidah Aziz

    AMARAN DARIPADA AWANG MAYA:-

    Awang akan seal pintu hati Awang untuk menyokong apatah lagi mengundi UMNO jika nama-nama berikut menang:-

    Muhammad Taib
    Khairy Jamaludin

    UMNO akan hancur jika dua nama diatas menang.

    Awang tidak akan teragak-agak menyokong dan mengundi serta berkempen kepada keluarga, saudara mara dan sahabat handai agar menyokong PAS jika dua nama diatas menang.

    Itu sahaja harapan Awang.

    ReplyDelete
  14. apa khabar ds dan para blogger yang dihormati sekelian....

    Demi Umno parti keramat yang masih dipertahankan, saya letakkan kepercayaan saya hanya terhadap ds mohamad khir bin toyo dan hanaya bersetuju sebagai golongan muda yang kritis.....dan golongan seperti saya hanya akan mampu mendengar nasihat jika ds khir diangkat sebagai kp malaysia umno.

    ds ini walaupun berusia lebih 40 tahun tetapi yang penting pada saya adalah daya kepimpinan yang ada pada beliau dan nasihat beliau boleh didengar......ini amat berbeza jika harapkan orang muda yang memimpin pemuda tetapi apa jadahnya jika muda tetapi tidak boleh dihormati dan nasihatnya tidak masuk dan tidak sesuai untuk golongan seperti saya menerimanya.....

    akhir kata saya yakin suara hati kata tetap...kun fayakun....ds khir akan diletakkan ditempat yang berhak olehnya...beberapa jam lagi...amin

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Sekali lagi Pemuda UMNO berasa dilandasan yg betul.Benarkah pemilihan KJ bakal merubah masyarakat lebih menyangi UMNO sebagai teras BN.Pemuda bersorak gembira ketika yg sama seluruh rakyat Malaysia terpinga2 bagaimana KJ pencetus gerakkan membenci BN boleh beroleh kemenangan SELESA.
    Cukup menghairankan bagaimana unit risikan UMNO begitu lemah didalam melihat situasi kemenangan KJ bukan sesuatu yg mengembirakan masyarakat Malaysia.Seluruh pengundi Cina India dan Melayu merasakan KJ antara punca terbesar kekalahan BN.
    Adakah Pemuda UMNO bodoh sehingga tidak dpt merasakan denyutan nadi masyarakat yg kepingin melihat perubahan besar.
    Sekali lagi UMNO merasa bahawa kemenangan mutlak bakal menjelma.
    Hmmm... undi perwakilan pemuda tak sampai 1000 bakal merubah jutaan pengundi Malaysia.Sudah sampai masanya Pemuda bersiap2 balik kampung.

    ReplyDelete
  17. Tinggal-lah parti yang mengundi calon yang didapat bersalah oleh Lembaga Disiplin.

    ReplyDelete
  18. Mcmana DS, rasenya mcm ade kepincangan dlm pemilihan umno kali ini. Khairy Jamaludin didapati bersalah dlm salah laku politik wang tapi berjaya mengalahkan DS yg bersih dr politik wang bagi merebut jawatan ketua pemuda umno. Elok difikir2kan demi masa depan umno juge.

    ReplyDelete
  19. Betulkah apa yang disebut seorang pemerhati politik bahwa Datuk tiada semasa pengumuman jawatan Ketua Pemuda pada Pemilihan Agung Umno lepas, ekoran tidak dapat menerima kekalahan?

    ReplyDelete
  20. Salam Dato,,,
    sy nizam dari umno bahagian gombak,ingin menyuarakan rasa kesal dalam diri dan rasa terkilannya berhubung keputusan rasmi pemilihan pemuda kali ini.Apa yg berlaku memang di luar jangkauan sy,mahupun di luar dugaan Dato sendiri.Kemenangan khairy menjadi tanda tanya,adakah telus pengiraan undi itu,atau berlaku sogokan dalam perwakilan?Itu semua tidak dapat ditafsirkan dengan tuduhan semata-mata.Sy ingin menyuarakan pendapat yg terlambat pada Dato,pada pendapat sy,sepatutnya Dato tidak perlu untuk menawarkan diri bertanding dalam pemuda,kerana Dato adalah AMT yg paling popular pada penggal yg lepas.Jadi Dato hanya perlu mengekalkan jawatan itu shj.Disebabkan mahu juga bertanding,lihatlah siapa pemenangnya?Dato hanya memecahkan undi dalam pemilihan itu.sekiranya Dato tidak bertanding,dah tentu pemenang hari ini dapat dinafikan.Sy bukanlah menyokong mukhriz,tetapi sy adalah pembangkang pada khairy,dan sy rasakan Dato tidak perlu utk bertanding kerana disebabkan rekod Dato yg telah tercalar pada PRU12,biarlah mukhriz saja yg bertanding.Maafkan sy Dato!

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Datuk
    Apa yg terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya.Apa yg saya harapkan dari Datuk teruskan agenda pentarbiahan menggunakan acuan dari nabi kita Rasululullah saw.Nabi kita hanya mengambil masa tak sampai 10 tahun melahirkan pimpinan yg mengoncang kuasa2 besar pada masa itu.
    Saya mendoakan agar Datuk dapatlah mengkaji manhaj Salaf yg di bawa oleh nabi sahabat tabiin dan tabiut tabiin.Mereka pernah melakarkan sejarah kekuatan umat islam.

    ReplyDelete
  22. datuk sri, semoga datuk dpt bertahan di dalam umno..jgn berputus asa...

    ReplyDelete
  23. salam....

    Umur pemimpin muda haruslah dibawah 40 tahun..
    relevan sangat jika ketua pemuda umur lingkungan
    bawah 40...Pemimpin pemuda lebih mudah menyesuaikan diri dan mudah diterima oleh golongan
    muda..mereka tidak kekok dan mudah didekati..satu sama lain...jika kena dengan caranya....pelbagai
    cara dan pendekatan yg kita sebenarnya tahu...
    Hanya perlu laksanakan lebih berkesan...

    ReplyDelete
  24. Dato boleh menang jika seagresif dan selantang KJ..

    ReplyDelete
  25. saya juga mencadangkan agar DSKT melompat parti atau menyokong PKR
    sepertimana adun bebas DAP menyokong BN di Perak.

    "HIDUP DSKT" DEMI PENYATUAAN ORANG2 MELAYU.

    ReplyDelete
  26. saya juga mencadangkan agar DSKT melompat parti atau menyokong PKR
    sepertimana adun bebas DAP menyokong BN di Perak.

    "HIDUP DSKT" DEMI PENYATUAAN ORANG2 MELAYU.

    ReplyDelete
  27. Dlm kita melihat penyatuan melayu...tp kita lihat sendiri siapa yg jual org melayu..benarkah DSKT tidak menjual org melayu? bayangkan duit untuk beli jam yg berharga RM150,000 dan trip ke disneyland digunakan untuk membantu org melayu yg susah..anak2 melayu yg keciciran di sekolah kerana tidak berduit? Harga jam itu sudah cukup untuk menyekolahkan anak2 melayu untuk mereka mendapat pendidikan kualiti dan seterusnya membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan. Bagi kes negeri Selangor, saya lihat DSKT merupakan satu liabiliti kepada UMNO

    ReplyDelete