Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Friday, April 17, 2009

Apa Kata Anwar Bertanding di DUN Penanti?

1. Dalam pada kita menanti bilakah Anwar akan mengumumkan kabinet bayangannya yang gagal direalisasikan pada 16 September tahun lalu, satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan.

2. Kali ini di DUN Penanti. Bukan wakil rakyat meninggal dunia. Bukan wakil rakyat di penjara. Bukan juga mahkamah mengisytiharkan pilihan raya kawasan tersebut tidak sah. Kita terpaksa berpilihan raya kecil lagi kerana ada parti yang sibuk berpolitik sepanjang tahun.

3. Seingat saya tidak pernah berlaku begitu banyak pilihan raya kecil dalam tempoh setahun selepas pilihan raya kecuali selepas pilihan raya umum ke 12 yang lalu. Pilihan raya kecil yang terlalu banyak ini merupakan gangguan kepada kerja-kerja pentadbiran, pemulihan ekonomi dan pembangunan yang perlu dilakukan oleh kerajaan.

4. Jika dahulu mungkin Barisan Nasional sahaja yang berhadapan dengan dilema ini. Sekarang parti seperti Pas, PKR dan DAP juga akan berhadapan dengan dilema yang sama kecualilah mereka tidak mengambil kisah soal-soal kemajuan negeri.

5. Apakah persamaan di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti? Hanya kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mencatur politik dalaman parti beliau, kita semua terpaksa berhadapan dengan satu lagi pilihan raya kecil. Masa dan tenaga yang boleh dicurahkan untuk kerja-kerja lain terpaksa ditumpukan kepada pilihan raya kecil ini.

6. Kemungkinan besar majoriti pengundi di DUN Penanti akan terus mengundi PKR kali ini kerana ketaksuban dan sentimen mereka kepada Anwar Ibrahim yang telah banyak menabur jasa di Permatang Pauh atas tiket Barisan Nasional suatu ketika dahulu. Saya juga yakin Anwar akan menguar-uarkan bahawa jika calonnya menang di Penanti nanti, maka orang itu akan dimahkotakan sebagai Timbalan Ketua Menteri baru menggantikan tempat Fairus.

7. Sekadar lontaran idea, oleh kerana Anwar sekarang sudah gagal menjadi Perdana Menteri dalam masa terdekat ini, apa kata beliau sendiri bertanding di DUN Penanti dan kemudiannya menjadi Ketua Menteri baru Pulau Pinang.

8. Mungkin ketika itu kita dapat mengukur kemampuan sebenar Anwar untuk mentadbir negara. Apa salahnya Guan Eng memberi laluan kepada pencetus kekuatan Pakatan Rakyat ini memimpin Pulau Pinang?

100 comments:

  1. salam dr.

    Gangguan tuan kepada Kerajaan PR di Selangor pun kena hentikan kerana melambatkan proses pembangunan

    ReplyDelete
  2. Dr Khir

    Saya bersetuju dengan idea tersebut,mungkin Guan Eng boleh bagi laluan kepada Anwar menunjukkan karismanya memimpin Pulau Pinag.Saya rasa tidak salah pun cara ini,tapi mahukah DAP terima idea ini?

    Sebenarnya saya ada satu persoalan yang sering bermain di fikiran saya ialah kenapakah gagasan kerjasama antara PAS dan UMNO ini sukar dilaksanakan?Saya berpendapat saranan Presiden PAS yang lalu ini satu idea yang baik,namun perlu membuat beberapa perbincangan lanjut antara UMNO-PAS dengan mematlamatkan situasi menang-menang.

    Mungkin PAS sudah merasakan kerjasama dengan PKR dan DAP tidak menguntungkan mereka.Dahulu mungkin mereka yakin dapat menguasai Anwar dan PKR,namun sekarang nampaknya ia langsung tidak berjaya,malah kini PAS telah dikuasai oleh PKR pula.Ingat,Anwar Ibrahim bukanlah sebodoh yang PAS sangka.

    Sekarang adalah masanya UMNO dan PAS bersatu,sementara masa masih ada.Atau mungkinkah perbincangan sedang dijalankan antara UMNO dan PAS secara senyap2 seperti yang pernah berlaku selepas PRU 12?Moga Allah memberikan rahmat dan jalan kepada usaha ini.

    ReplyDelete
  3. bagus juga anwar bertanding dan mentadbir..blh lihat sejauh mana kata2 beliau selama ini..huhU~..~

    ReplyDelete
  4. Saya pun dah agak macam tu DSKT. Biar dia tanding dan menang. Seterusnya biar dia jadi KM PP pulak.LGE pasti dengan rela hati nak bagi jawatan tu coz DSAI idola mereka.

    ReplyDelete
  5. Dr Khir

    Nampaknya penghinaan kepada Sultan Perak semakin berleluasa.Yang terbaru,Malaysian Insider menyiarkan komentar berkenaan kemenangan PR di Bukit Gantang dengan menyatakan ia adalah isyarat jari tengah kepada Sultan Perak!Petikan ini juga telah disiarkan di dalam blog Jeff Ooi.

    Apa ni Dr Khir?Sungguh biadap.Inilah kebebasan membabi buta yang telah digunakan sewenang-wenangnya oleh orang otaknya berada di tapak kaki.Dimana PAS ketika ini,bisukah?pekak kah?Butakah?Pemuda UMNO, tolonglah lakukan sesuatu,Bangkitlah..

    Saya amat berharap agar Tuanku Sultan Perak dapat mengambil tindakan segera bagi menghukum, menyekat atau sekurang-kurangnya menegur sikap berlebih-lebihan ini.Kata pepatah,cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar.JANGAN MAIN API BEB..

    ReplyDelete
  6. Salam Dato Sri,
    saya amat dan teramat setuju dengan pandangan dato sri,elok sangatlah anwar bertanding DUN Penanti dan dia tak payah dok menanti nak jadi PM.

    Kebangkitan semula melayu menyokong UMNO telah meresahkan anwar,apatah lagi parti PKR menghadapi pelbagai masaalah termasuk moral,lantaran itu Fairus pun terpaksa meletak jawatan untuk nak bagitau rakyat bahawa PKR bukan memperjuangkan rakyat tetapi memperjuangkan agenda anwar saja.

    ReplyDelete
  7. btul kte dr khir.. tp tkkn la dia nk pegang negeri, msti la dia malu..

    ReplyDelete
  8. Memang mebuang masa dan tenaga je pilihanraya kecil banyak-banyak nie. PKR suka la dapat buat rakyat rasa sentiasa bergelora. Apa kata lepas ni BN boikot je semua pilihanraya yang diadakan sebab wakil rakyat letak jawatan. Kalau meninggal baru BN bertanding.

    ReplyDelete
  9. PR terutama PKR suka-suka je nak buat pilihanraya. Tak mahu rakyat hidup aman damai sentiasa nak bagi rakyat bergelora. Apakata BN boikot sume pilihanraya kecil yang sisebabkan wakil rakyat meletak jawatan. Kalau sebab meninggal dunia baru BN turut bertanding.
    Saya tidak fikir Guan Eng nak bagi jawatan dia kat Anwar Ibrahim. Orang Cina bijak;tak kan nak bagi kuasa pemerintah kat bukan Cina. Orang Melayu bodoh je yang suka kalau bukan Melayu memerintah.

    ReplyDelete
  10. Setuju sangat dengan saranan tersebut. KM atau TKM1 dan Ketua Pembangkang adalah rang yang sama!

    ReplyDelete
  11. Kat Selangor Datuk seri suruh Elizabeth Wong letak jawatan. Tapi kat Pinang datuk seri kritik pulak bila si Fairuz tu letak jawatan. Ape nie??

    ReplyDelete
  12. Agaknya pemimpin yang diketepikan dalam UMNO juga nak buat bising, berkokok kuat tanpa kesedaran malu dengan cadangan yang tidak begitu berasaskan.

    Kalau mengikut hasrat Tuhan, manusia tidak berhak membuat penilaian, penetapan atau mengadili seorang manusia yang lain melainkan Tuhan aje. Adakah kerana politik, maka arahan dam petunjuk Tuhan diketepikan? Adakah mereka semua ini mengikut agama dengan setelus hati?

    Sama-sama kita pikir baik-baik di dunia ini agar akhirat lah yang menjadi tempat kita di nilaikan, ditetapkan samada kita baik atau jahat, diadili Tuhan supaya kita ke jahanam atau suryga?

    Fikirlah baik-baik, bukan kerana kemewahan dunia yang sebegitu berpegang kepada materialistik sehingga kita kehilagan akal minda yang dikuasakan Tuhan.

    Tak payahlah merajuk, sebaliknya jadi seorang manusia yang cukup berhumiliti dengan perangai yang merendahkan diri. Sekiranya kita bersalah, seharuslah meminta kemaafan Tuhan tetapi permintaan ini sewajar dengan hati ikhlas.

    Masa kita berhadapan dengan Tuhan semasa diambilkira samada kemana perjalanan kita selanjutnya ditujukan adalah yang mustahak dan menjadi pedoman kelakuan kita di dunia ini.

    Insaflah, cukuplah dan hentikan segalanya aib-mengaib sesiapa. Sila mencerminkan diri dalam permukaaan air dan tanyakan diri dengan pedoman Tuhan samada diri itu kacak atau tidak. Jika tidak, maka jangan melemparkan tuduhan ini dan itu kepada sesiapa pun.

    Lebih-lebih lagi, sila tumpukan tenaga diri dalam menghadapi, menjawab dan menerangkan segala kesalahan diri semasa menjadi MB Selangor. Mungkin Tuhan akan maafkan.

    ReplyDelete
  13. bagus sungguh pandangan dato'seri...itu akan mengurangkan lagi sokongan Rakyat pada BN

    ReplyDelete
  14. saudara Anti-huru....
    persoalannya siapa yang bergelora? Rakyat atau pun UMNO/BN?
    kenapa nak boikot? takut BN kalah kerr? kalau macam tu bagi menang Free je lah kat PR....he..he..he

    Saudara Halim....
    apakah yang sampaikan ini benar?saya minta awak kaji dan lihat kepada peristiwa - peristiwa yang sebelum ini yang melibatkan penghinaan kepada Raja...mengapa isu penghinaan ini di gembar - gemburkan oleh UMNO/BN? sedangkan sebelum ini kita tahu siapa yang memaki hamun raja - raja sebelum menghapuskan imuniti raja - raja...

    Tak payah tengok jauh la....Lihatlah betapa sengketa antara Tan sri Muhd Taib dan almarhum sultan sallahudin abdul aziz shah dulu,pada ketika Tan Sri Muhd Taib memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor,Tengku Puteri Zahariah di Bawa lari ke Tak Bai dan bernikah di sana....bila menyedari anak yang lahir bermata biru baru md.taib sedar itu bukan anaknya dan menceraikan Tengku Puteri Zahariah....hal ini telah mengundang murka sultan selangor dan Baginda tuanku telah mengeluarkan nama pemimpin UMNO dari senarai penerima bintang kebesaran...lantas sultan pula yang di maki hamun dalam perhimpunan UMNO....itu bukan penghinaan dan penderhakaan terhadap raja namanya?

    ReplyDelete
  15. pada saudara Tempur sakti.....
    Persoalannya Melayu bangkit menentang siapa dan menyokong siapa? UMNO/BN atau PKR/PR?
    kalau tak,takkan lah BN boleh kalah di Bukit Gantang dengan Majoriti dua ribu lebih undi...

    siapa yang resah? BN atau PR?

    Dalam 5 pilihanraya kecil yang berlangsung sebelum ini hanya 1 sahaja kerusi yang berjaya di menangi BN.....menunjukkan sokongan rakyat terhadap PR meningkat semakin hari......jadi hal ini meresahkan siapa?

    siapa yang menghadapi masalah moral sekarang ini? pemimpin BN atau PR?

    kita kan tahus sendiri yang mana penyokong BN telah bertindak dengan cuba mencabul petugas PKR ketika di bukit selambau....

    dan ingat tak lagi pada senator noorhayati onn dan bekas ahli parlimen BN Gombak?

    dan persoalan pada dato ' seri khir toyo...apakah penulisan dato kali ini cetusan kebimbangan(kekalahan) kepada BN untuk bertanding dalam kawasan kubu kuat Anwar di Permatang Pauh?

    ReplyDelete
  16. saudara Anti Huru-hara.........
    Tolong jangan jadi pemutar belit Fakta atau seorang Penipu yang tak berapa bagus....Fairus dan beri tahu..keputusannya letak jawatan adalah untuk membersihkan segala tohmahan pada dirinya...

    Tindakan Fairus lebih mulia dari sesetengah pemimpin BN yang mana bila dah buat salahlaku tapi dok pegang jawatan dengan muka tak malu lagi...

    ReplyDelete
  17. haha...
    bagus2.
    kita boleh tgk anwar memimpin pulau pinang dgn jayanya.
    jgn terkejut kalau penang kalahkan kl.

    ReplyDelete
  18. Dr. Khir

    Takkan Lim Guan Eng nak 'downgrade' jawatan dia dari Ketua Menteri ke Timbalan Ketua Menteri I untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim?

    ReplyDelete
  19. Rasanya Anwar tidak bertanding di DUN Penanti dan jadi Ketua Menteri, Ini kerana beliau target jawatan Perdana Menteri, kedua mustahil akal DAP akan kasi laluan kerana Anwar adalah kuda tungangannya, mana mungkin kuda tungangan jadi Ketua mereka.

    ReplyDelete
  20. Sdr linda dan sahabat bloggers lain,

    Saya melihat Sdri terlalu taksub dgn PKR,seolah olah perbuatan memfitnah yang diamalkan oleh pemimpin kesayangan sdr betul belaka,menuduh orang lain dgn pelbagai tuduhan rasuah,terlibat dgn pembunuhan,pecah amanah dan sebagainya adalah betul dan perlu dakui oleh semua orang,sehingga sdri tak boleh berfikir secara rasional lagi.

    Kita lihat siapa yang mengamalkan politik durjana dalam negara kita,kita juga lihat siapa yang mengamalkan yang cara menghalalkan hasil dalam negara kita.Sdri sedar tak sudah berapa kali pemimpin kesayangan sdri menipu rakyat dikalayak ramai,janji 16 september,kabinet bayangan,memutarbelitkan kes liwat yang sedang dihadapi dan banyak lagi yang tak perlu saya jelaskan di sini malah saya berkeyakinan sdri juga mampu membariskan satu persatu dgn sendirinya.

    Saya tidak akan hadir menjawab isu isu yang dibangkitkan di SELCAT,kerana ahli panel yang dilantik adalah musuh politik saya yang memang berniat utk memnjatuhkan imej saya,saya tahu bahawa mereka tidak akan berlaku adil terhadap saya kerana mereka berniat jahat bukan utk mencari kebenaran,semua fakta telah diputar belitkan.

    JIka mereka mencari kebenaran sepatutnya mereka melantik golongan profesional yang bebas dari pengaruh politik menjadi panel,barulah kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan,parti kesayangan sdri hanya mampu berselindung disebalik kekebalan dewan utk melancarkan serangan peribadi keatas saya,dan saya anggap ini adalah perbuatan bacul dan poltik durjana yang jadi amalan mereka yang bangkrap politik.

    ReplyDelete
  21. DS,INILAH YANG DIKATAKAN STRATEGI KOTOR,HIPOKRIT DAN MACAM-MACAM LAGI BOLEH DIBERI NAMA YANG DIRANCANG OLEH DSAI!!!!! DIA CAKAP JE KETUANAN RAKYAT.BILA ORANG DIA KELUAR KEJALANAN ... TEKSI PUN SUSAH CARI MAKAN.DS JANGAN BIARKAN DSAI BERMAHARAJA LELA DI BUMI MALAYSIA INI. ATUR STRATEGI!!! KITA GEMPUR JANGAN BIARKAN DSAI BERKUASA.JAHANAM MALAYSIA NANTI!!! DIA CUMA RETORIK JE... BN JANGAN LEKA LAGI. DS KENA BUAT STRATEGI YANG BETUL2 MANTAP!!!! GERAM BETUL SAYA DGN DSAI INI!!!

    ReplyDelete
  22. Sdr LeeSlimShady dan sahabat bloggers lain,

    Saya lihat tiada konsistensi dalam kenyataan Dato seri Anwar Ibrahim,YB Fairuz diarah letak jawatan kerana disiasat SPRM,bagaimana dgn MB selangor?.

    YB bukit Selambau di beri cuti di Cenai dan kemudian diarah letak jawatan atas isu moral,YB Bukit Lanjan dapat cuti juga ke indonesia dan dikekalkan jawatan,dimana konsistensi DSAI?.

    Dalam BN ada tuduhan di mahkamah semua jawatan samada dalam parti mahupun dalam kerajaan perlu di lepaskan,tiada siapa yang terlepas dari hukuman awal ini.

    DSAI dan YB Exco selangaor telah dituduh dimahklamah tapi maseh memegang jawatan samada dalam parti mahupon dalam kerajaan,apakah maknanya semua ini. sebanarnya PKR tidak berhak utk bercakap semua ini,janganlah hanya tuduhan ,kita telah buat kesimpulan dia bersalah,biarlah sekurang kurangnya kes telah dibawa kemahkamah barulah jadi kes bukan sekadar fitnah.

    Saya harap kita perlu berlaku adil dalam membuat sebarang keputusan,dan kita mesti konsisten dalam semua tindakan kita.

    ReplyDelete
  23. Syabas DS Dr. Khir. Penyokong2 pembangkang ini patut disedarkan dari lamunan. Biarkan sahaja pilihanraya kecil DUN Penanti dimenangi tanpa bertanding, dan harap2 calonnya ialah DS AnWar. Bila dah bergelar YB ADUN boleh terus lantik diri sendiri untuk memegang kerusi TKM1 atau sebagai KM di Penang pula.

    Sekurang2nya takde la DSAI kempunan untuk memegang jawatan penting atau pening untuk melantik seseorang ke jawatan tersebut.Bukankah baginya, dia adalah yang terbaik, dirasakan serba-serbi bijak, biar DSAI berkongsi pemerintahan dengan Lim Guan Eng. Kita lihat siapa yang akan mengikut kata siapa nanti.

    Apakah AnWar betul2 ingin berkhidmat untuk rakyat, demi rakyat. Inilah masa yang sesuai untuk beliau buktikan bahawa beliau hebat untuk membawa Penang menjadi negeri contoh dari segi pembangunan dan ketelusan yang sering beliau war-warkan. Bukan asyik menjelajah di seluruh Malaysia, melancong ke luar negeri (kononnya atas jemputan) dan membuat konpirasi itu dan ini.

    ReplyDelete
  24. Hi Datuk Seri,

    I think there is nothing legally wrong with getting the ADUN to resign esp amid such serious allegations.
    I wonder why they didn't ask Fairus to go on "long leave" and then decide.
    It's just a DUN and the EC can just have a short campaign period.
    It's up to Barisan if they want to allocate additional development funds during this period.
    Or maybe they should just not contest.
    Also, best to keep Anwar in Parliament, as Opposition Leader, away from administration.....

    ReplyDelete
  25. en khir,

    i have posted a comment just an hour ago, and i was so sure that you would not approve it as you know that what i commented regarding your ability as a MB then and an opposition leader now. just face up to what has been written or been critised with dignity and honour. you can run but you cant hide from the facts. sad but true and the truth always hurt.

    ReplyDelete
  26. DSKT,

    DSKT sepatutnya menyuruh Ali Rustam meletak semua jawatan yang disandangnya, bukanya hanya nak menghentam PR. YB Fairus bersikap bertanggungjawab melepaskan semua jawatanya kerana terlibat dalam kes mahkamah dan bagi membersihkan namanya. Ini dah terbukti salah tetapi buat muka tak malu nak pegang jawatan lg.

    Berkenaan SELCAT, saya berpendapat DSKT seorang penakut. Hanya alasan berbakul-bakul diberi.

    PRK Penanti, berkempenlah sebagai sebuah parti politik, jgn berkempen sebagai sebuah kerajaan, sebab itulah banyak wang dibelanjakan, semua wang dan jentera kerajaan digunakan.

    PAS & UMNO tidak akan berjaya kerana UMNO perasuah, PAS parti islam yang membantras rasuah.

    ReplyDelete
  27. DSKT,

    berkenaan 16 Sept yang tak berlaku, salahkah seorang ahli politik yang berjiwa besar membuat satu target yang beliau sendiri percaya satu hari nnt akan berlaku. Ini dipanggil cita-cita. Saya percaya semasa zaman sekolah dulu pun cikgu kita pernah bertanya apakah cita-cita kita. Saya sendiri pun mempunya target untuk menjadi doktor tetapi sekarang hanya menjadi pembaca blog seorang doktor yang penakut.

    ReplyDelete
  28. DSKT,

    DS mahu mengukur kemampuan Anwar Ibrahim memerintah negara, sebelum DS menjadi MB pun beliau telah memerintah negara ini dengan baik sekali, apa lg yang DS nak ukur, track record Anwar Ibrahim memang telah terbukti malah dunia pun mengiktiraf beliau. DS pun bukanya pemerintah yang bagus, klu jd ketua pembangkang baguslah. Jadi jadilah pembangkang sampai bila2.

    ReplyDelete
  29. Benar sungguh pandangan DS terhadap Dun Penanti ini. Beri saje laluan mudah untuk calon PR atau calon bebas untuk memenangi PRK ini. Boleh kita buat analisa tentang DUN ini nanti. Adalah lebih baik duit peruntukan BN untuk PRK ini disalurkan untuk tujuan pembangunan dan membantu rakyat di kawasan-kawasan undi yang telah dimenangi BN untuk memantapkan lagi sokongan di PRU akan datang.

    ReplyDelete
  30. Sebagai respons kepada Dato Seri, ingin saya katakan disini bahawa respons Dato Seri adalah terpesong dari pesanaan yang saya hendak beritahu Dato Seri.

    Saya ini bukan penyokong DSAI atau mana-mana parti yang lain termasuk BN. Saya cuma penyokong parti Tuhan yang Mahakuasa dan pedoman saya.

    Ulasan saya yang lalu berasaskan pedoman Tuhan, tunjuk-ajar Tuhan dan kemesraan Tuhan jika kita memandang kepada Tuhan untuk perkara-perkara tersebut. Ukasan saya bukan juga berkenaan politik juga, mengapakah respons Dato Seri berasaskan politik aje? Tak cukup ke?

    Berkenaan seruan saya kepada Dato Seri untuk menumpukan tenaga terhadap apa yang telah berlaku semasa Dato Seri menjadi MB bukan semata-mata menyeru Dato Seri menghadapi SELCAT, cuma memikir dari segi penilaian sendiri dalam kontext Tuhan. Itu aje bukan lain. Mengapa sangat kecil hati, garang nampaknya menerpa saya seperti seekor harimau yang tercedera? Tidak sekali pun say mencadang menghadapi SELCAT, tidak sekali pun saya menyatakan tentang pembangkang atau pun tentang apa-apa jua berkenaan politik (kecuali memulakan ulasan saya dengan kata-kata " Agaknya pemimpin yang diketepikan dalam UMNO juga nak buat bising, berkokok kuat tanpa kesedaran malu dengan cadangan yang tidak begitu berasaskan.").

    Apa pulak ini dengan memutar-putarkan segalanya. Inilah masaalah politik negara kita. Tidak cukup matang menghadapi masaalah, atau pun tidak paham realiti masaalah termasuk ulasan saya. Agaknya terlalu dalam dan lama berkecimpung dalam politik sampai terhilang akal dan minda manusia. Inilah penyakit politik, hujah-hujah yang tidak kena-mengena dengan isu tepat, membingung rawak sekira di kritik dan "taichi" isu-isu sebenarnya.

    Suslan ini harapnya kita boleh beriman, berpegang kuat kepada iman dan mengikut ajaran Tuhan yang Mahakuasa. Jangan sekali-kalinya kita lupakan pedoman ini kerana kita akan hadapi Tuhan pada akhirat. Apakah jawapan yang kita akan beri kepada Tuhan sekiranya kita dihadapi depan Tuhan? Apakah yang harus di buat kita sekarang supaya ini tidak kenakan kita?

    Kalau saya hendak berikan ulasan politik, mungkin boleh jugak sekiranya mengikut kehendak Dato Seri yang sememangnya menuduh saya bermuafakat dengan pembangkang. Maafkan saya dengan "memenuhui hasrat" Dato Seri iaitu memberi sedikit pandangan politik.

    Berkenaan tajuk Dato Seri, izinkan saya cadangkan Dato Seri dipilih BN untuk bertanding di Penanti berdepan dengan Datin Seri Azizah saja dan tak payah denagan DSAI. Apa jawapan Dato Seri? Jangan-jangan ketepikan isu ini dengan memberi alasan bahawasanya "terpulanglah kepada pucuk pimpinan BN". Haruslah Dato Seri lobi pertandingan Penanti ini dengan kuat. Mungkin kali ini Dato Seri boleh berjaya menang selepas kalah banyak kali di DUN Selangor dan Perhimpunan Agung UMNO. Mungkin inilah peluang yang sangat-sangat dinanti untuk mendapat perhatian Najib/Mahathir.

    Saya berpendapat bahawanya pucuk impinan UMNO sudah tahu lebih menafaat untuk UMNO jika Dato Seri tumpukan tenaga jauh daripada politik. Pucuk pimpinan UMNO saja biar Dato Seri berkokok, mencaci muka diri di hadapan rakyat (walaupun Dato Seri telah memberi masaalah kepada kerajaan Selangor tetapi baik untuk pucuk pimpinan UMNO)dan bodoh-bodohnya jadi mouth-piece mereka untuk merealisikan hasrat mereka itu. Sebenarnya, dalam hati pucuk pimpinan UMNO, yang hanya Dato Seri tidak insaf, ini adalah suatu muslihat untuk memusnahkan Dato Seri sendiri jika berterusan kritik Dato Seri.

    Dalam politik, ada banyak muslihat. Siapa kawan dan lawan belum tahu. Tetapi yang tetap tahu ialah Tuhan sebagai "kawan", tiada sesiapa lagi.

    ReplyDelete
  31. Setuju 120% dato seri!!!
    Tapi masalah jugak..kalau pegang negeri macam mana nak jd PM plak..hahahaha!
    janji nak bongkar rahsia masa kempen PRK baru ni pun tak terbongkar lagi..

    ReplyDelete
  32. apa kata drkhir di calonkan di penanti. mana la tau menang jadi adun penanti. boleh la tebus kalah KP Umno.

    loyar buruk betol la anak mat toyo nii

    ReplyDelete
  33. Dr Mohamad Khir Toyo

    Semasa saya membaca posting ini, saya baru sahaja selesai membaca lapuran wawancara Dr dengan tajuk "Khir has his say on allegations" yang disiarkan di The Star Online. Apabila saya membaca ulasan Dr di sini (Saturday, April 18, 2009 7:37:00 PM MYT) saya tarus teringat bahawa isi ulasan ini bersamaan dengan jawapan Dr dalam wawancara tersebut.

    Apa yang ingin saya ketengahkan di sini adalah kaitan jawapan-jawapan ini dengan sifat-sifat kepimpinan yang wajar ada dalam diri seseorang yang berada dalam kedudukan seorang pemimpin atau seseorang yang mahu menjadi seorang pemimpin.

    Kalau sebelum ini saya pernah mengutarakan perlunya Dr mempunyai pengikut dan penyokong untuk menjadi seorang pemimpin, buat kali ini saya akan mengutarakan peri penting sifat dan sikap tanggungjawab dalam diri seorang pemimpin.

    Berikut ini adalah petikan ringkas dari wawancara tersebut di atas.

    "Q: Datin Khairiyah said your delegation did not meet anyone from the Disney World management team?

    A: The arrangement was done by the PNSB management. On the itinerary, there was supposed to be a meeting with them but I don’t know why they cancelled it. You cannot blame me for it."

    Jawapan seperti di atas telah membuktikan bahawa Dr telah berada dalam kedudukan seorang pemimpin namun tidak mengambil tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Dalam kata lain, sebagai seorang pemimpin, Dr merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab.

    Yang lebih malang, dalam wawancara tersebut, Dr berulang kali menggunakan jawapan yang sama atau hampir sama makna bagi beberapa soalan yang di kemukakan.

    "Q: Why couldn’t they just call or e-mail to fix an appointment? Why do they have to go all the way there to fix the programme?

    A: All this was decided by the management. I am the chairman (of the board) and they are the ones who set the programme and I just go for it. In fact sometimes the programme just comes to my table where to meet etc and I just follow. I did not ask for this and that. The PNSB management decided and I just followed."

    "...and I just followed."? Jelaslah sekarang mengapa Kerajaan Negeri Selangor jatuh ke tangan PR pada PRU12. BN dan UMNO Selangor sebenarnya tidak mempunyai pemimpin semasa menghadapi PRU12.

    Mungkin buat masa ini, Dr patut menumpukan perhatian dan masa yang Dr ada untuk memimpin keluarga dan diri Dr sendiri dan melupakan hasrat untuk terus menjadi pemimpin peringkat negeri apatah lagi peringkat negara. Saya berpandangan ini adalah wajar sekurang-kurangnya sehingga Dr dapat memahami erti tanggungjawab bagi seorang pemimpin.

    Kalaupun Dr tidak berpuas hati sekadar memimpin keluarga dan diri sendiri, berusahalah untuk kembali menjadi pemimpin peringkat kampung. Saya perhatikan, kebelakangan ini Dr sudah mula mempunyai pengikut di peringkat tersebut.

    Perhatikan sahaja berapa ramai orang yang mula menggunakan PAPAN TANDA JALANRAYA sebagai tempat menampalkan tanda arah ke rumah mereka apabila mereka mengadakan majlis perkahwinan. Mereka ini adalah pengikut Dr.

    ReplyDelete
  34. dear en khir,

    i have posted two comments in this blog, but till today it has has not been apprved by you, well i am suprise actually, my comments does not in any manner have vulgar nor sensitive racial issues.or is it because i did not adress you with your title "Datuk". Well the truth is, title only does not earn you respect. it was more of your incompetency and failure as a MB. as a law abiding citizen, i believe that you owe the rakyat an explanation of your failure to win Selangor in the last election. It is of no use of pointing your fingers at the opposition, the only reason that they are where they are today, obviously because they did their homework well b4 the election. BN lost in selangor mainly you because you angered and humilated your very own people. for example, i did pen this down in my previous comment, the famous broom presentation, thats your very own people that you humilated in public. the sad thing is that you were proud that you did it, they are not children or slaves of yours that you should act in that manner. you were the laughing stork not only in malaysia but the world.en khir, you should accept whatever criticism as it can and will, slowy but surely, improve your ability to face the next g.election. en khir please have some honour and dignity to admit your mistakes and failure like a true leader will, as no human is perfect.

    ReplyDelete
  35. Dr Khir

    Lim Kit Siang pernah kata Anwar adalah yang terbaik dikalangan Pakatan Rojak menjadi PM sekiranya kerajaan BN jatuh.

    Inilah masa terbaik, kawasan selamat bagi Anwar bertanding di Penanti dan sekiranya beliau menang bolehlah Lim Guan Eng memberi laluan kepadanya menjadi Ketua Menteri sebagai persediaan sebelum menjadi PM.

    Anwar boleh menyediakan maifestonya mulai dari sekarang untuk PRK Penanti dengan tema " MISI ANWAR SEBAGAI KETUA MENTERI PP !"

    ReplyDelete
  36. Dr Khir...

    Dan x pernah berlaku dlm sejarah UMNO akan tewas begitu byk piliharaya kecil yg diadakan...inilah pertanda UMNO dah x diterima rakyat...ADUN Pakatan rakyat melihat jawatan YB utk digunakan bagi mencari kekayaan sendiri mcm org UMNO...
    Saya cabar Datuk nasihatkan KM Melaka letak jawatan. Sudah sah dia seorng perasuah.

    ReplyDelete
  37. Elok benarlah AnuWar bertandng di kerusi Penanti. Dia lebih layak jadi KM Penang. Pastu dua tiga bulan lagi dia boleh KM paling glamor...KM yg dibicarakan dgn kes LIWAT.

    ReplyDelete
  38. Salam DS,

    DS kata PKR tak Konsistensi. Saya ingin bertanye kepada DS. Apakah umno/BN ini Parti yg Konsistensi?

    Untuk kes yg DS sebut yg mana disiasat oleh SPRM dan badan2 disiplin parti.:-

    1. Dimana Konsistensi UMNO sampaikan DS Ali Rustam yang tlah didapati bersalah masih lg boleh memegang Jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka. Dan apa pula beza dengan kes Sdr Khairi kita? Sedangkan beliau juga didapati bersalah dan dapat memegang jawatan sbg Ketua Pergerakan Pemuda. Perkara ini sy rasa ada kaitan dgn DS sendiri dimana DS kalah pd pertandingan yg lalu. Apakah DS akan berdiam diri begitu sahaja?

    2. Dimana Konsistensi DS? apabila DS berkata mengenai ADUN bukit Lanjan? Sedangkan dlm masa pemerintahan DS mempertahankan Skandal Ketua Wanita Umno Selangor (klau sy salah tlg betulkan) sedangkan bukti2 kukuh telah ada. Suami nyer sendiri telah berjumpa dgn DS. Tp keputusan nyerr masih lagi spt biasa. Mengenai kes ADUN Bukit Lanjan, Apakah salah laku moral yg DS nampak disitu? Boleh kah DS tlg jelaskan kepada peminat blog DS ini? dan beza dengan salah laku moral seorang bekas menteri BN?

    Saya berharap DS akan memberi sedikit penjelasan berkenaan Perkara di atas untuk memastikan smua para pembaca blog DS memahami pendirian DS.

    ReplyDelete
  39. Dr Toyo

    Seperti kata Allahyarham Tunku..Biaq pi la..depa pun nak hidup juga..depa pun manusia macam kita juga..

    Ayat macam nilah yang memampuskan UMNO dan bangsa Melayu!Jangan la UMNO takut..bertanding la dalam PRK tu..Jangan hanya sebut kita ni Hang Jebat kalau sekadar menghunus keris di PWTC.

    Baik jadi Hang Kebun seperti dalam filem P Ramleee!

    ReplyDelete
  40. Saya rasa begitulah rancangan DSAJ mahu jadi KM kalau PM tak dapat-dapat lagi. Sat tadi seorang ahli PAS aktif komplen pasal LGE lebih halus menghakis hak Melayu di PP.

    Fairus tentu tertanya kenapa dia tidak dibersihkan. Eli dibersihkan Tok Hassan Ali dan ditoyyibakan mengadap TG Nik Aziz. Bedanya Fairus does have that thing between his legs agaknya kot!

    ReplyDelete
  41. Dato' & Pembahas Sekelian,

    1. setuju dengan TBO

    'salam dr

    Gangguan tuan kepada Kerajaan PR di Selangor pun kena hentikan kerana melambatkan proses pembangunan'

    komen saya lagi

    2. Ada baiknya Dato' meningkatkan prestasi sebagai 'Ketua Pembangkang' di DUN Selangor sesuai dengan kedudukan Dato' sekarang ini

    manakala, di dalam para 6 komen Dato';

    '6. Kemungkinan besar majoriti pengundi di DUN Penanti akan terus mengundi PKR kali ini kerana ketaksuban dan sentimen mereka kepada Anwar Ibrahim yang telah banyak menabur jasa di Permatang Pauh atas tiket Barisan Nasional suatu ketika dahulu.'

    3. Komen saya - Dato' masih lagi dengan sindrom penafian sama seperti pemimpin UMNO lain - bila rakyat memilih Pakatan Rakyat Dato' kata ianya disebabkan oleh 'ketaksuban', 'sentimen', dsb - akan tetapi tidak pula apabila rakyat memilih BN? - Bagi Dato', hanya BN sajalah yang layak memerintah negara sehingga kiamat? - umpama graduan yang hendak meminta kerja - mesti ada pengalaman? 'kunun' (pinjam slanga Tun Mahathir) Pakatan Rakyat tak ada pengalaman.

    4. Dato' elakkan diri menjadi seperti bekas-bekas MB BN yang lain - selepas hilang negeri, tindak-tanduk macam cicak terputus ekor.

    ikhlas -

    ReplyDelete
  42. Salam Dato',
    Silalah tgk di blog Marina Mahathir. Mungkin boleh jawab.

    ReplyDelete
  43. Lee..

    nak tambah sket mengenai statement bagi sume orang nampak:

    "Dalam 5 pilihanraya kecil yang berlangsung sebelum ini hanya 1 sahaja kerusi yang berjaya di menangi BN....."

    Penyataan tambahan:
    PKR-2 menang, PAS-2 menang, PRS-1 menang, UMNO-3(SEMUA) KALAH.

    ReplyDelete
  44. Salam Dato Seri.

    Saya rasa kita tidak perlu melayan mereka ini yang suka sangat berpolitik dan membuat pilihanraya kecil.

    Isu isu yang boleh meranapkan imej PR telah dipusing dengan drama sebabak yang menarik perhatian seperti kehilangan Adun Selambau yang lari ke India, Elizabeth yang bercuti dua bulan dan ada juga mencemaskan seperti kes bekas TKM Fairus yang dilihat agak lambat mengumumkan perletakan jawatannya walau sudah lama didesak untuk melepaskan jawatannya.

    Di situ kita dapat lihat beberapa ekor kambing hitam telah dikorbankan untuk santapan Mahaguru Anwar mereka.

    Jika BN tidak bertanding mungkin ia boleh menjimatkan masa kita untuk mentadbir negara.

    Namun bagi sesetengah orang lain pula, mereka tetap mahu kita mengadu nasib melihat sejauh mana trend pengundi kali ini.

    Lagi bagus jika Dun Penanti dapat dimenangi oleh BN kerana ia berada di bawah Parlimen Permatang Pauh dan pasti ia dapat menebus kembali segala kekalahan yang dialami sebelum ini jika PR dimalukan dan kalah di sana.

    Itu pendapat 1 sen saya jika ada kebaikan padanya untuk dikongsi dengan rakan2 blogger dan pembaca di sini..

    ReplyDelete
  45. KALAU ANDA NAK ANWAR BERTANDING DI PENANTI, APA KATA ANDA YG MENJADI CALON UMNO DISANA?

    Sekadar lontaran idea, oleh kerana anda sekarang sudah gagal menjadi Ketua Menteri selepas PRU12 lepas, apa kata anda sendiri bertanding di DUN Penanti dan kemudiannya menjadi Ketua Menteri baru Pulau Pinang

    Mungkin ketika itu kita dapat mengukur kemampuan sebenar anda untuk mentadbir kawasan. Apa salahnya Najib memberi laluan kepada anda sebagai pencetus kekuatan UMNO Selangor memimpin Pulau Pinang?

    ReplyDelete
  46. Salam DS Khir,

    Bola berisi angin yang kencang itu jika dibenam di dalam air, akan melambung ke permukaan air semula. Jika tidak bernasib baik, bola itu akan mengenai muka kita. Untuk memastikan bola itu tidak melambung dan mengenai muka kita, buang anginnya atau bocorkannya. Bukan sahaja bola itu tidak melambung ke permukaan semula, malah air akan masuk ke dalam bola itu untuk menggantikan angin.

    Rakyat telah lama disodorkan dengan janji yang pelbagai. Sangat pelbagai. Selepas 52 tahun merdeka, kelompok yang kaya (melampaui kekayaan yang sepatutnya) ialah pemimpin (ADUN dan MP seperti DS Khir sendiri, seperti DSAI sendiri, seperti KM, MB, PM, dan yang lainnya).

    DEB, hasilnya jika diamalkan mengikut prinsip asal, akan membebaskan semua rakyat daripada kemiskinan. Tetapi, yang bebas daripada kemiskinan berapa kerat? Cuba semak, berapakah peruntukan (kos) sebenar kerajaan untuk membina sebuah rumah untuk rakyat termiskin dalam PPRT, tetapi berapakah yang sampai kepada rakyat itu sebenarnya?

    Hasrat kerajaan sangat murni tetapi pelaksanaannya tidak ikhlas. Rakyat melihat semua ini, dan melihat bermacam-macam lagi dan timbul tanggapan/persepsi bahawa kerajaan BN menipu rakyat. (Ingat, persepsi banyak yang betul walaupun banyak yang salah). Tanggapan/persepsi ini mengisi hati dan mata fikir, lalu membuak-buak dan akhirnya terjadilah apa yang dialami dalam PRU 12 lepas. Persepsi itu dulu mungkin timbul dalam hati kaum bukan Bumiputera sahaja manakala kaum Bumiputera, walaupun terasa ketidakadilan itu, masih mengagungkan ketuanan Melayu dan dengan itu terus mempertahankannya.

    Percayalah, DSAI, PKR, PAS, atau DAP bukanlah faktor prima yang menjadikan keadaan di negara ini seperti sekarang ini. Yang menjadi faktornya ialah kerajaan yang masih memerintah negara ini – BN. BN akan menghadapi kesukaran untuk mengembalikan kepercayaan rakyat. Sangat sukar! Barangkali, kerana sedar akan masalah ini, slogan 1 Malaysia tercetus di sanubari DS Najib.

    Dengan slogan itu, dapatkah bola dikempiskan supaya apabila dibenam tidak akan melonjak sehingga mengenai muka kita (seperti PRU 12 lalu)?

    Dengan slogan 1 Malaysia itu, bermakna apa-apa pun ideologi yang tumbuh dalam jiwa kita (melalui parti dan fahaman apa pun), matlamatnya satu – perpaduan, kejayaan, dsb.

    Oleh itu, DSKhir harus berhenti daripada menjadi pembangkang yang lebih banyak bertindak sebagai penilai kepada kerajaan yang baru memerintah setahun lebih. Mengapakah ditanam iltizam untuk mengeksploitasi kembalinya Elizabeth Wong sebagai exco? Tidak adakah yang lebih penting daripada itu?

    Jadilah pembangkang yang bersama untuk membangunkan negeri Selangor ini dengan menghulurkan idea dan pandangan dengan ikhlas. Saya bimbang, semakin banyak provokasi daripada DS Khir, semakin banyak yang terdedah (walaupun tidak benar seperti kata DS Khir).

    ReplyDelete
  47. Salam buat DS Dr Khir,

    Sahabat bloggers seperti Linda dan LeeSlimShady memang penyokong totok PR yang membawa rebah. Kalau pun mahu menyokong atau membantah janganlah membawa rebah hingga tersasar dari perjuangan Melayu dan Islam di Malaysia yang tercinta ini.

    Apa yang disajikan oleh penyokong PR ini umpama seorang anak yang mengadu kepada ibunya bahawa dirinya telah dipukul oleh rakannya ketika sedang bermain di halaman rumah.

    Mereka ini diminta mengkaji sejarah negara serta perjuangan UMNO dan BN selain mengkaji kelibat setahun jagung PR di dalam politik negara terutamanya mengenai matlamat penubuhan parti , jasa, kekuatan dan kelemahan, kebolehan dan kemampuan memerintah, organisasi, sejarah dan politik negara lain untuk dibuat perbandingan dan sumber manusia dalam parti politik tersebut.

    Kalau menyokong dan membantah tanpa pengetahuan dan dalam ilmu yang sah serta sahih, ini bermakna apa yang disokong dan dibantah hanya berasaskan emosi dan apa yang berlaku akhirnya rakyat yang menerima padah.

    Dalam memahami politik dan sejarah, umat islam dan melayu boleh kalah kalau asyik tunjuk demonstrasi termasuk baring di atas jalan raya bukan di dalam kubur, mengamuk tak tentu pasal, mohon derhaka, MB boneka, hudud entah ke mana, negara islam dicampak ke tepi, pemimpin parti campuran ramai dapat pencen manakala penyokongnya rungsing tetapi tidak berbuat apa pun yang memberi kesan yang besar kepada kemajuan sesebuah negara yang diperintahnya.

    Demokrasi adalah landasan untuk kebebasan memilih dan bersuara tetapi kebebasan berasaskan emosi dan melanggar syariat Islam dan undang-dang sudah tentu merosakkan.

    Demokrasi bukanlah semata-mata untuk demokrasi. Begitu juga dengan politik. Politik yang baik dapat dilaksanakan dengan membuat pilihan yang dibuat berasaskan pengetahuan yang ada pada pelakunya.

    Kalau yang memilih dan dipilih tersalah laku, politik akan menjadi haru biru.

    ReplyDelete
  48. DS Khir, Apa yang saya perhatikan dalam BN pun tiada kosistensi, contohnya apabila berlaku di perak, 3 Adun PR lompat ke bebas dan menyokong BN. seperti yang diketahui 2 Adun tersebut telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah, apasal Dato tak desak 2 Adun tersebut letak jawatan? pada pendapat saya jika YB Bukit Lanjan lompat parti mungkin Dato tak akan timbulkan perkara ini.inilah permainan politik, jika tiada kuasa semuanya tak kena tp bila nak kuasa ataupun mempertahankan kuasa yang sebelumnya dipertikaikan akan jadi betul.

    ReplyDelete
  49. APA NAK JADI DENGAN NEGARA MALAYSIA TERCINTA INI DAHULUNYA AMAN DAN TENTERAM, RAKYATNYA BERSATU BERKERJASAMA DAN BERSIKAP HARMONI.

    TAPI SEKARANG........?????????? INSAFLAH

    KALAH JADI DEBU MENANG JADI ARANG FIKIR-FIKIRKAN LAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA

    ReplyDelete
  50. Salam,

    Apa kata DS Khir Toyo pun turut bertanding di DUN Penanti...?

    ReplyDelete
  51. LeeSlimShady

    Kalau tak percaya saudara boleh semak kat web Malaysian Insider,tapi tak tau lah pulak kalau artikel tu dah takde,sebab aku malas nak tengok lagi,buat sakit hati.

    Ok,kes mat taib tu takde pun berunsurkan politik,itu masalah peribadi antara mat taib dengan pihak istana.Faktanya : betulke orang UMNO yang memaki hamun Sultan Selangor?Atau sekadar pukul rata je?Come on la..

    Tapi kita tengok krisis di Perak,Tuanku Sultan Perak bukan ahli politik yang boleh diperlekeh-lekehkan dan baginda bukan ahli politik pun.Jadi di mana warasnya?Dalam harakah,dalam suara keadilan,dalam blog-blog..semuanya penghinaan,sampaikan Kerabat2 baginda pun dicerca sekali,ni apa cerita ni??Tuanku Sultan Perak tu aku punya Sultan tau..

    ReplyDelete
  52. dr...

    Yap...YB Elli saudara desak beliau letak jawatan kerana skandal .... YB Fairus letak jawatan sbg tanggungjawab beliau atas skandal..saudara dr kecam......So yg mane satu pegangan n etika saudara dlm memperjuangkan kebersihan dlm kepimpinan...atau Dr rase Dr adelah pemimpin yg bersih. Idea yg Dr bagi sepatutnya relaven dgn keadaan n mase. Ini utk menonjolkan imej yg lebih baik di mata rakyat. Serikan blog dr dgn saranan yg membina. Sekadar saranan n pendapat yg berbentuk percisan, rakyat akan menilai sejauh mane keikhlasan saudara dlm politik

    ReplyDelete
  53. Dr kita patut ikhlas dalm perjuangan, ikhlas itu melahirkan pemimpin yang disegani n bermaruah, jauh dari skandal rasuah, kroni, menipu n penipu. Pemimpin yang bermaruah akan hindari dari fitnah

    ReplyDelete
  54. Salam DSKT,
    Saya malas nak komen apa2. Cuma saya masih menanti jawapan mengenai siasatan SELCAT ke atas Balkis. Ada something wrong.
    Kadang2 kita hanya nampak salah org lain shj, tapi kesalahan diri sendiri kita tak nampak.
    Fikir-fikirkanlah.

    ReplyDelete
  55. ada orang kata pembangkang sifar atau kosong di Negeri Selangor yang maju

    ReplyDelete
  56. Dato,
    BN kena bertanding di Penanti, tapi kena ubah strategi pilihanraya.

    Kena masuk Penanti sebagai underdog.

    Tiada lagi gula-gula, tiada lagi janji pembangunan. Yang ada adalah janji untuk jadi "bersih, cekap dan amanah". Dan jangan bagi coverage melampau kat dalam newspaper. Orang muak.

    Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  57. Kepada Dato seri'Khir toyo....

    saya teruja dengan kata - kata Dato'seri yang mengatakan

    "YB bukit Selambau di beri cuti di Cenai dan kemudian diarah letak jawatan atas isu moral"adakah V.Arumugam diarah meletak jawatan?

    sedangkan di dalam pengakuan v.Arumugam mengatakan dia telah menerima ugutan dari pihak - pihak tertentu(saya tidak mahu untuk memberi spekulasi)...sejurus selepas itu dia pun meletak jawatan dan menghilangkan diri...hanya selepas menghilang itu sahaja dia memaklumkan dia bercuti di Chennai.......celah mana yang dato seri kata dia di arah meletak jawatan?kenapa V.Arumugam tidak beritahu hal yang sebenarnya kepada wartawan sejurus selepas pulang dari INDIA?

    Fakta Dato'seri Khir begitu bercanggah dengan pengakuan bekas ADUN selambau itu sendiri...adakah dato seri sendiri nak memutar belitkan Fakta?

    "YB Bukit Lanjan dapat cuti juga ke indonesia dan dikekalkan jawatan,dimana konsistensi DSAI?"persoalannya dato seri ...apakah kesalahan YB bukit Lanjan? Kesalahan Moral? Gambar "naked"nya diambil ketika dia sedang tidur...adakah di katakan kesalahan moral?atau adakah di aniaya itu boleh di kategori sebagai kesalahan moral?

    sedangkan senator noorhayati onn yang bermesra dengan bekas ahli parlimen gombak di bela dan angkat bagaikan "srikandi" itu pun dato seri nak nafikan....

    saya cukup tidak faham pemimpin melayu jenis apakah dato'seri ini????

    YB bukit Lanjan di beri cuti ke Indonesia adalah Nasihat dari Menteri Besar kerana dengan peng'aiban itu mungkin akan mengganggu prestasi kerjanya...bukan atas arahan Anwar...siapa anwar nak beri arahan dalam hal pentadbiran negeri selangor,tapi anwar boleh beri nasihat dan dorongan kepada pemimpinnya di negeri selangor...

    "Dalam BN ada tuduhan di mahkamah semua jawatan samada dalam parti mahupun dalam kerajaan perlu di lepaskan,tiada siapa yang terlepas dari hukuman awal ini"apakah benar dakwaan dato seri ini?

    Persoalannya KM melaka yang didapati bersalah atas kesalahan Rasuah oleh lembaga displin UMNO tapi masih pegang jawatan KM melaka? biarpun SPRM telah "pilih kasih" untuk tidak mendakwa dan menyiasatnya...

    persoalannya Dato seri sendiri disiasat oleh selcat berhubung begitu banyak dakwaan salahlaku tapi masih lagi pegang jawatan ADUN sungai panjang.....

    Jadi di mana konsistensinya?

    tuduhan keatas MB selangor dan anwar ibrahim telah memperlihatkan begitu banyak percanggahannya.....

    Dato seri kena ingat "the man is innocent untill proven guilty" but "The man who's denied be investigate to show he is not guilty,how he can prove he's innocent?"

    seperti Anwar,disiasat dengan pertuduhan yang mana buktinya di ragui....seperti percanggahan pengakuan si penuduh daalam laporan polis dan pengkuan sumpah laknatnya,serta cubaan memindahkan kes anwar dari mahkamah seksyen ke mahkaamah tinggi.....perbicaraannya pada 1998 itu juga sudah cukup menjadikan mahkamah tak ubah seperti gelanggang raja lawak....

    Tapi kes Ali Rustam dan Najib begitu jelas....seperti penglibatan setiausaha najib sendiri dan pengakuan cif inspektor azilah hadri..Ali rustam tak payah cakap la memang dah dibuktikan oleh lembaga displin UMNO pun tetapi kenapa tiada tindakan undang - undang di kenakan.

    seperti MB selangor kenapa Lembu korban dikatan salah laku? kereta lexus dibeli oleh MB sendiri bukan duit kerajaan negeri sedangkan dato seri khir lah yang harus disiasat dan didakwa atas pemberian sebuah kereta mercedes benz c200 dan khidmat seorang pemandu,pangsapuri di mekah dan kelulusan tanah 200 ekar........

    jadi di mana pulak konsistensinya kenyataan dato seri?

    ReplyDelete
  58. saudara Halim....

    come on la.......

    awak tak jumpa bahan - bahan akhbar.....

    yang membuktikan siapa yang buat rapat raksaksa untuk hapus imuniti raja?........

    "Ok,kes mat taib tu takde pun berunsurkan politik,itu masalah peribadi antara mat taib dengan pihak istana"masalah peribadi dengan Istana? awak lupa ke bila MD taib usulkan cadangan mempertikaikan tindakkan raja memulaukan pemimpin UMNO dari menerima bintang kebesaran?

    Sultan selangor di maki hamun dalam perhimpunan UMNO...dah lupa? sehingga Almarhum sultan sallahudin membuat kenyataan didalam utusan melayu yang mengatakan pemberian bintang kebesaran itu adalah hak beta....

    dah lupa?

    bagi tau saya Mat Taib masalah peribadi ke...atau derhaka?

    ReplyDelete
  59. pada saudara Puntung Kaki Rokok....

    jangan hisap rokok banyak - banyak nanti mati kena kanser tak sempat nak sambung perjuangan nanti.....

    saya malas nak ulas kenyataan saudara sebab saudara terlalu kolot dan jumud....

    ReplyDelete
  60. saya nak tanya saudara halim....

    kalau orang UMNO seperti Tan Sri Annuar Musa boleh derhaka dengan menabalkan tengku ibrahim di bawah pohon janggus sedang sultan kelantaan yang sebenar masih bersemayam di takhta kenapa orang UMNO tak bidas sikap pemimpin UMNO sebegini?

    bila Shahidan kasim menghina Sultan kelantan dengan mengugut mahu mendedahkan asal - usul sultan kelantan mengapa tindakan shahidan kasim tak di bidas.......

    kenapa bila Dr.Mahathir yang membuat rapat raksaksa mahu memansuhkan imuniti raja - raja dan mengajak rakyat dan pemimpin UMNO memki hamun raja - raja melayu hanya kerana peristiwa "caddy golf" di johor mengapa mahathir yang di sokong pula....

    kenapa? adakah kerana UMNO punya IMUNITI?

    ReplyDelete
  61. saya rasa pandangan saudara ATAN perlu di titik beratkan....

    ReplyDelete
  62. baik dato seri lupakan politik dan bergabung dengan kerajaan negeri selangor dalam membangunkan negeri selangor

    ReplyDelete
  63. yang sibuk - sibuk pasal PKR nak letak calon kat Penanti pasai apa, umNO dah sedia nak bertempur ke belum dengor2x tak berani nak bertanding, alasan- tak nak bazirkan wang rakyat? ke mmg awal-awal kibarkan bendera putih?

    ReplyDelete
  64. salam dskt...

    1. saya membaca wawancara dskt di akhbar The Star semalam dan amat tertarik dgn soalan dskt tentang projek sunagi di selangor...dskt pertikaikan kenapa setelah tiga bulan masih tiada progress? soalan saya kpd dskt ialah : apa dskt telah buat pada 3 bulan pertama pentadbiran dskt 8 tahun dulu? pakatan rakyat beri rakyat selangor 20 meter padu air percuma, dskt beri apa pada kami?

    2. "orang melayu pantang dicabar", "jangan dicabar kesabaran orang melayu"...itu laungan pemuda umno ketika isu d.e.b dimainkan setelah bn kalah pilihan raya umum ke-12 lalu.... saya cabar dskt tampil sebagai melayu yang "pantang dicabar" utk pertahankan diri dskt tentang isu disneyland dan pnsb dengan fakta2 yg sahih...kalau tiada access terhadap dokumen sila minta "rakan2" di dewan rakyat hapuskan akta rahsia rasmi (o.s.a)...bn memegang majoriti di dwan rakyat,takkan nak tlg "kawan" pun mereka tak sanggup...jangan salahkan pnsb dgn dakwa pnsb belanja duit begitu banyak tanpa pengetahuan dskt...dskt adalah pengerusi dan ada kuasa untuk menentukan perbelanjaan..jika tidak dskt merupakan bekas pengerusi pnsb yg lemah dan terus semakin lemah kerana takut pertahankan diri...

    3. jika benar dskt masih ada pengaruh dalam umno dan yakin masih dapat sokongan rakyat seperti dskt dakwa ketika wawancara akhbar The Star terbitan semalam (ahad, 19 april 2009), dskt bertanding di dun penanti...dsai dah buktikan dia masih disokong rakyat dengan menang besar di parlimen permatang pauh..jangan nak cuba berdalih..

    salam dskt...hidup melayu! hidup dskt!

    ReplyDelete
  65. Dato' Seri,

    Sebenarnya saya lebih cenderung sokong BN tak payah masuk bertanding DUN Penanti. Buang masa dan buang duit. DS sendiri kata kita dah banyak sangat PRK sampai tak ada masa nak tumpu pada pemulihan ekonomi dan lain-lain. Tapi bila DS saran DS Anwar jadi calon dan kalau menang jadi KM P.Pinang, fikiran saya jadi terbalik. Betul juga tu. Guan Eng bagilah laluan untuk DS Anwar cuba ukur kemampuan tadbir negeri dulu sebelum tadbir negara, kalau ada peluang.

    Setuju DS. Saya setuju.

    ReplyDelete
  66. DS khir Toyo

    Apa Kata TDM Bertanding sama di Dun Penanti..

    Baru ngam, kalau TDM dan DSAI bertanding pasti gegak gempita jadinya...
    Bukanlah niat untuk menyuruh gaduh melayu dengan melayu cuma nak tahu yang mana rakyat akan pilih.

    Baru buku dengan ruas. Dulu bukan main puji sekarang berdepan baru betui tahu rak....

    ReplyDelete
  67. KALAU NAK JADI MANUSIA BERGUNA UNTUK AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.....JANGAN BUTAKAN HATI DAN PEKAKKAN TELINGA.LIHATLAH KEMBALI SEJARAH PEMIMPIN DAN PARTI SEBAGAI IDOLA DAN WADAH PERJUANGAN.....

    ADAKAH KITA SEDAR DALAM KERIBUTAN BERPOLITIK
    MUTAKHIR INI,PUAK-PUAK DAN JUAK-JUAK YG MANA
    MEMBAWA BENCANA?

    ADAPUN OTAK DIRI SENDIRI SUDAH TIADA DITEMPAT DUDUKNYA?

    ReplyDelete
  68. DS, RAMAI BETUL PENYOKONG PR YANG MENGHENTAM DS. LOLO KATA "KADANG2 HANYA NAMPAK SALAH ORANG.." BERMAKNA BELUM SEPENGAL MEMERINTAH DAH MENGAKU BUAT SALAH?? ITULAH.. PR MANA BISA MEMERINTAH KERANA DULU HANYA MENGKRITIK JE... BANYAK LAGIKAH YANG AKAN TERGADAI??? DS.... KUATKAN SEMANGAT JANGAN BIARKAN PR MEMERINTAH TERLALU LAMA.. INSAALLAH... BN PASTI AMBIK BALIK. HIDUP DS!

    ReplyDelete
  69. Macamana siasatan SELCAT ke atas Balkis nak selesai, sbb orang yang disiasat main sembunyik2 kat sini. DS pergi sajalah jawabkan persoalan itu, tentu DS ada semua dokumen2 berkaitan, tunjukkan saja bukti kalau benar. Malas lah nak dengar rungutan DS kat sini konon tu semua fitnah lah, musuh politiklah..macamlah UMNO tak pernah buat fitnah, tak pernah menipu..padahal sejak turun temurun tahu siapa yang bapa segala pemfitnah dan bapa segala pembohongan dalam poltik malaysia ni juga siapa bapa perasuah. Muak.

    ReplyDelete
  70. Salam, Dr komen yang telah diberi semuanya menunjukkan rakyat Malaysia semakin matang dan faham dengan situasi politik semasa tapi malangnya Dr masih dalam keponpong politik kuno yang mana Dr tak dapat menilai dan cuba menyorok dari kebenaran. Contoh penderhakaan kepada Sultan, siapa yang betul-betul menderhaka. Dr sendiri tau, kuasa-kuasa Sultan dan Raja telah dikurangkan oleh penderhaka (UMNO) atas dasar menjaga rakyat ketika itu. Rujukan kes bapa Tajol Rosli (Razali) berhubung Menteri Besar Perak ketika itu, Sultan Perak bernazar tidak akan bercukur sehingga beliau meletak jawatan. Tapi ketika itu UMNO menganggapkan Sultan bersalah. Apakah dalam pendirian UMNO sesiapa yang menentang UMNO adalah penderhaka? Itukah pendirian Dr? Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia, kita sama-sama menegur apa yang salah, bukannya sekadar mengikut dan terlalu taksub pada pendirian parti. Bila ada masalah, kita disuruh bersatu tetapi bersatu dengan UMNo yang ternyata bagi golongan-golongan yang terlalu hipokrit dan yang mementingkan kebendaan tanpa memikirkan kesan langsung pada rakyat. Lihatlah pada Pejuang-pejuang kemerdekaan Malaysia, Dr Burhanuddin Hilmi yang terpaksa merengkuk dalam penjara. Tetapi tengoklah Dr, apakah Dr telah korbankan? Yang rakyat tau pengorbanan Dr hanyalah beberapa projek dan lawatan sekeluarga keluar negara. Dan saya harapkan agar Dr sama-sama bermuhasabah diri dan membetulkan keadaan. Semoga kita sama-sama mendapat kerberkatan. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  71. Janganlah asyik menuding kat orang lain je... Muhasabah lah diri dan parti kita juga... Dok sibuk suruh DSAI bertanding buat apa? Nak cari publisiti murahan...??

    Pemimpin kena bertanggung jawab atas kepimpinannya. Ini ada disebut dalam Qur'an. Sebagai bekas pemimpin macam DSKT ni, orang panggil pg SELCAT pun takut... Macam mana esok di akhirat?

    Memang betullah apa yg DSKT kata... Apa yang DS buat dulu tu akan datang cari DS balik... Please la. Be a man & face the public. Jgn asyik nak baling batu & lari je....

    ReplyDelete
  72. saya bangga jadi rakyat malaysia kerana,

    1.sentiasa mencari kesalahan atau kesilapan orang dan mencanang kesana kemari TAPI sendiri punya tak nampak.
    2.umpat mengumpat,tuduh menuduh,fitnah memfitnah memang dijadikan sayur dan lauk harian.
    3.sistem politik bercelaru,tak ada parti yang releven baik bn atau pr untuk diikuti,
    4.peratus ahli politik yang benar-benar iklas berjuang untuk rakyat tak banyak,yang banyak mementingkan diri dan kroni.

    ReplyDelete
  73. saudara Bondtoad,

    Saya tidak pernah baling batu sembunyi tangan. Sebab itu saya menulis di blog yang menyatakan nama saya bukannya membuat blog tanpa nama.

    ReplyDelete
  74. Saudara Zul,

    Biasalah, adat kebanyakan manusia seronok mengkritik tetapi tidak suka dikritik.

    Insyallah saya akn terus menegur dan mendedahkan segala kesalahan tingkah laku mereka. Ada yang kata ini akan menjejaskan imej saya, biarlah. Yang penting kepentingan rakyat terjaga dan BN terus menjadi sebuah parti yang kuat.

    ReplyDelete
  75. Saudara Rammers dan lain2,

    Dalam undang-undang menyatakan seseorang itu tidak boleh menjadi ADUN lebih dari satu kawasan Dewan Undangan Negeri.

    Lagi pun UMNO mempunyai ramai pemimpin berkaliber di Pulau Pinang sendiri, justeru tidak timbul perlu saya bertanding di sana.

    ReplyDelete
  76. Saudara LimSlimshady,

    1. Saya katakan dakwaan di mahkamah. Yang saudara sebutkan contoh di atas bukan dakwaan di Mahkamah. Selcat dan jawatankuasa Disiplin UMNO bukan mahkamah.

    2. Apa yang sauara sebut diatas juga mengenai kesalahan orang datuk seri Najib berasaskan andaian dan persepsi bukannya berasaskan undang-undang.

    3. Manakala tindakan Tan Sri Khalid menggunakan wang anak syarikat kerajaan negeri untuk melakukan korban di kawasan Parlimennya menunjukkan asas salah guna kuasa. Beliau menggunakan kuasa beliau di selangor untuk mendapatkan sumber bagi menjaga kepentingan politik beliau di BTR yang bukan dalam negeri selangor.

    Demikian juga kisah kereta beliau. Secara asasnya adalah salah untuk beliau menggunakan sumber kerajaan bagi tinted kereta peribadi beliau.

    Saya katakan ada asas berlaku perlanggaran undang-undang kerana dokumen-dokumen yang didedahkan jelas menunjukkan perkara tersebut.

    Saudara akan berhujah kononnya saya bermewah dan Tan Sri Khalid bagi pada orang miskin. Asas di sini ialah perlanggaran undang2. Mencuri dari orang kaya untuk membantu orang miskin adalah salah. Apatah lagi pula denagn tujuan untuk mendapat populariti diri dalam kawasan parlimennya.

    ReplyDelete
  77. "Dr Mohamad Khir Toyo said...
    Saudara Rammers dan lain2,

    Dalam undang-undang menyatakan seseorang itu tidak boleh menjadi ADUN lebih dari satu kawasan Dewan Undangan Negeri.

    Lagi pun UMNO mempunyai ramai pemimpin berkaliber di Pulau Pinang sendiri, justeru tidak timbul perlu saya bertanding di sana.

    Tuesday, April 21, 2009 1:26:00 PM MYT"

    Kita buat 2 pemilihan lah. Satu dekat tempat sdra, (kena letak jawatan dululah, bagi orang lain bertanding), kita tengok gah tak lagi sokongan kat situ. Satu lagi sdra sendiri bertanding kat Penanti, tengok kejaguhan sdra di 'luar' kampung, tak payah DSAI jadi pesaing pun tak apa, letak kayu atau batu pun ok kot.

    Amacam ada berani?

    ReplyDelete
  78. "Dari jawapan

    Dr Mohamad Khir Toyo said...

    ...............................>>>

    Saya katakan ada asas berlaku perlanggaran undang-undang kerana dokumen-dokumen yang didedahkan jelas menunjukkan perkara tersebut.

    Saudara akan berhujah kononnya saya bermewah dan Tan Sri Khalid bagi pada orang miskin. Asas di sini ialah perlanggaran undang2. Mencuri dari orang kaya untuk membantu orang miskin adalah salah. Apatah lagi pula denagn tujuan untuk mendapat populariti diri dalam kawasan parlimennya."

    Dalam "Thursday, April 2, 2009
    Selcat - Alat Mencari Kebenaran atau Serangan Peribadi?", sdra ada kata "Jika ada berlaku kekhilafan maka saya bersedia bayar balik."

    Kekhilafan dan pelanggaran undang-undang, adakah hanya diapply kepada sdra sahaja??

    Sdra, you are a goner already.

    bak orang kata... nah seposen, pi main jauh-jauh....

    ReplyDelete
  79. Assalamualaikum Buat Dato' Seri dan mereka yang membaca komen ini.

    Saya melihat situasi arena politik di Malaysia dari jauh. Apa yang dapat saya lihat istilah demokrasi di Malaysia telah menyebabkan para pengamal politik memanipulasikan keadaan semasa demi kepentingan diri. Semata-mata merasakan demokrasi adalah hak dan jalan mutlak yang perlu dilalui oleh semua warga negara dengan mengabaikan sura minoriti.

    Tidak menyebelahi mana-mana parti politik, terminologi demokrasi sering digunakan untuk menghalalkan niat samada tersurat mahupun tersirat. Rata-rata pemimpin yang ada di Malaysia terlalu obses untuk mengejar impian menggenggam kuasa, harta dan tahta sehinggakan menifesto yang digembar-gemburkan sebelum bergelar pemimpin rakyat telah menjadi bahan hidangan RASUAH memancing hati rakyat.

    ReplyDelete
  80. YB dato' Seri

    saya nak ulas tentang komen dato seri kepada saya iaitu ;

    "YB bukit Selambau di beri cuti di Cenai dan kemudian diarah letak jawatan atas isu moral"V.Arumugam bukan calon Pakatan Rakyat. Calon Pakatan Rakyat Saiful ditolak pencalonan kerana 'permainan SPR'.... Pertandingan dalam PRU 12 2008 di Bukit Selambau berkeputusan calon Bebas (Kunci) yang disokong Pakatan Rakyat menewaskan calon Bn. Selepas menang calon Bebas membuat keputusan menyertai KEADILAN.

    Penyertaannya memasuki KEADILAN tidak disenangi. Ada pula pihak yang konon bagi pihak Bn menaja beliau muncul. Beliau telah membuat laporan polis pertama kerana disogok wang untuk keluar KEADILAN dan menyertai Bn. Laporan Polis kedua dibuat kerana selepas itu dia dihantar ugutan. Laporan Polis ketiga kerana kenderaanya dipecahkan. Laporan polis ke empat ialah kerana ada cubaan bunuh / culik dibuat ke atas beliau. Ada kawad cam dilakukan dan ada tangkapan...tetapi oleh kerana mereka merupakan gangster yang dilindungi maka tiada tindakan lanjut seperti pendakwaan dan suspek yang ditunjukkan oleh V. Arumugam dalam kawad cam bebas. Ini lebih membahayakan nyawanya.... namun demi rakyat dia terus bertahan... akhirnya anak dan isterinya menerima ancaman... maka dia telah hilang kepercayaan kepada sistem... nyawa keluarganya diancam kerana di sebagai wakil rakyat tidak menyertai Bn... maka keputusan dibuat dia meletakkan jawatan dan menyerahkan mandat kepada rakyat.....sudahlah banyak surat layang memburukkan keluarganya bertebaran di kalangan masyarakat setempat...


    apakah itu faktta penjelasan Dato'seri...amat tidak tepat dan tidak konsisten langsung

    ReplyDelete
  81. Dato seri.......

    kalau tak disiasat bagaimana nak didakwa bukankah itu jua salah satu proses ntuk "membersihkan" dato seri....dan telah saya tegas kerana saya tidak Faham dengan sikap "pilih kasih" SPRM hinggakan kes V.K Lingam adalah kes yang pertama di bawa pun "enggan" di siasat.....apakah Pemimpin UmnO punya IMUNITI dari disiasat?

    bagaimana dengan skandal Balkis? terpaksa di siasat oleh SELCAT.......

    adakah pengakuan Cif Inspektor Azilah Hadri iaitu ;

    “Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa(Alltantuya) dengan begitu kejam. Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya.”



    adakah ia persepsi? sedangkan ianya satu pengakuan...adakah ianya andaian?

    ada bukti yang sahih yang mana Tan Sri Khalid guna wang anak syarikat kerajaan negeri? sila dedahkan bukti sahaih seperti dokumen transaksi...sedangkan Tan Sri Khalid telah mendedahkan 46 lembu yang dikorbankan itu adalah derma dari "subsidiary Company"dulu pun hal yang sama yang dilakukan dato'seri...kini mengapa dato seri pertikaikan?

    Tan Sri Khalid buat "Window Tinted" tapi saya rasa Gaji Tan Sri Kahlid lebih dari mampu untuk buat "Window Tinted" dato seri ada bukti yang sahih seperti resit dari bengkel tempat Tan Sri Khalid buat "tinted" dan juga dari mana transaksi itu datang? boleh?

    tapi yaang peliknya bila

    Dato' seri khir toyo terima sebuah kereta Mercedes dan Pemandu peribadi dan PNSB...

    beli Pangsapuri Mewah di makkah...

    terima jam tangan berharga RM150,000.00

    bercuti ke disneyland dengan wang anak syarikat negeri....
    tak pula Dato seri pertikaikan...mengapa?

    Saya tegaskan...saya tidak berhujah untuk membela sesiapa mahupun Tan Sri Khalid sedangkan Tan Sri Khlid juga pernah saya bidas atas pembinaan klang sentral....

    yag saya pertikaikan sikap Dato'Seri,di kala dato seri menjadi MB dato seri gunakan segala kemudahan yang ada tapi bila orang lain Dato seri pertikaikan...

    adakah ini juga salah satu cara untuk dato'seri peroleh populariti politik dikala UMNO/BN dilanda "dilanda kesuraman"sudaahlah Dato Seri hentikan sikap menikam sesama melayu dan tumpukan pada Pembangunan dan kebajikan Rakyat Selangor.....itu lebih baik dari dato seri membuang masa dengan menikam
    dalam gelanggang politik sesama melayu....

    ReplyDelete
  82. hentikan sikap politik buruk dato'seri...kerana ia hanya akan dipandang serong oleh rakyat selangor dan memburuk kan lagi persepsi Rakyat pada UMNO/BN

    cuba beri kerjasama pada kerajaan negeri Pakatan Rakyat...dalam soal pembangunan dan kebajikan rakyat...

    kerana ini akan memulihkan persepsi rakyat terhadap UMNO/BN.....

    fikirlah secara sihat dan waras.......

    ReplyDelete
  83. Saudara Hang Jebat....

    kalau tugas sebagai TKM pulau pinang di ambil alih...maka dato'seri anwar perlu abaikan tugas sebagai ketua pembangkang di parlimen lah?

    jangan berfikir sebijak itu.........

    ReplyDelete
  84. Saudara Kaki Puntung Rokok saya nasihatkan supaya berfikir secara atas pagar dan jangan memihak mana - mana Parti Politik....sama ada BN ataupun PR

    ReplyDelete
  85. DS,

    Dulu sebelum menjadi MB S'or DS sering keluar & muncul dlm TV kalau tak silap saya dlm kuliah subuh. Saya sering tukar siaran apabila DS beri kuliah hingga menyebabkan wife saya marah2.

    Saya katakan kat wife.. Orang2 UMNO klu bercakap pasal bab agama selalu tak consistant, Hari ni semua haram... esok semua jadi halal.

    Betul tak Lato Seri?

    ReplyDelete
  86. kalau dah bahlol, mangkuk hayun...bolehlah jadi PENYAPU.... bercakap tanpa ilmu macam Penyapu jugalah jadinya.

    Penyapu nie tugasnya membersihkan sesuatu, sebagaimana MD Hulu Selangor yang kini nampak semakin baik selepas menerima hadiah dari Penyapu.

    Masalahnya Penyapu kat sini suruh DS KT bertanding di DUN Penanti sedangkan dia sendiri dah jadi ADUN Sungai Panjang...mana boleh jadi 2 DUN bro dalam satu negara.

    Janganlah gila kuasa sangat, takkan UMNO takde pemimpin yang boleh bertanding di Penanti.

    ReplyDelete
  87. Saudara LeeSlim,

    1. Tiada apa-apa kenyataan Nor Azilah yang menunjukkan pembabitan ahli politik tertentu. saudara yang membuat andaian sendiri.

    2. Memang benar anak syarikat kerajaan negeri ada memberi korban untuk kakitangannya kepada surau-surau dan masjid-masjid di negeri Selangor. Ini sesuai dengan kedudukan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang bertujuan membantu rakyat negeri ini.

    Dalam kes ini, saya mempunyai dokumen yang menunjukkan wujud arahan daripada pejabat Menteri Besar agar memberi membiayai lembu korban kepada surau dan masjid di bandar tun razak.

    Apakah tujuan pemberian lembu-lembu korban ini di luar Selangor oleh anak syarikat kerajaan negeri Selangor?

    Sepatutnya sebagai jutawan dan ahli Parlimen Bandar Tun Razak, beliau perlu menggunakan peruntukan parlimen atau peruntukan sendiri untuk program ini.

    3. Berhubung dengan resit tinted kereta saya fikir ia pernah disiarkan oleh sebuah laman web mykmu.net. Insyallah saya akan minta pembantu saya cari link tersebut. Namun saya telah melihat salinan resit tersebut.

    4.Tuduhan-tuduhan saudara terhadap saya sekali menunjukkan saudara tidak berniat mencari kebenaran tetapi mahu memburukkan saya sahaja. Misalnya, saya telah beberapa kali menjelaskan bahawa saya tidak pernah membeli jam berharga RM 150 ribu menggunakan duit anak syarikat kerajaan negeri.

    Malahan jika saudara baca dalam beberapa laman web dan akhbar yang paling tidak suka saya iaitu The Sun pun mengakui bahawa saya tidak mengambil hadiah tersebut. Mengapa pula saudara menuduh saya bermewah?

    Demikian juga pembelian pangsapuri di mekah adalah dengan kelulusan PNSB sebagai pelaburan hartanah. Ia bukan milik saya.

    5. saya tidak kisah saudara mahu membela Tan Sri Khalid atau tidak. Sekurang-kurangnya dapatkan fakta yang betul sebelum menuduh.

    ReplyDelete
  88. Saudara Sahabat-gunung,

    harap tidak memaparkan kata-kata kesat dalam komen di sini.

    ReplyDelete
  89. uhang kinchai,

    1. Seingat saya, saya belum pernah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Jika ada mohon tunjukkan supaya saya dapat memohon keampunan kepada Allah.

    2. Jika saudara benar ikhlas mencari kebenaran agama slam tentulah saudara dapat melihat siapakah yang berdolak dalik bila memperkatakan tentang Islam sehingga pernah memecahbelahkan umat Islam suatu ketika dahulu.

    ReplyDelete
  90. Waalaikumussalam Amirul,

    Demokrasi merupakan sistem yang baik jika kita semua menggunakan secara berhemah dan boleh menerima perbezaan pendapat.

    Namun demokrasi akan menjadi haru biru apabila ia menjadi paltform politik benci membenci sehingga sesama Islam pun tidak lagi boleh bertegur sapa (suatu ketika dahulu lagi teruk sehingga sembelihan tidak dimakan, kenduri juga tidak dihadiri oleh puak parti tertentu).

    ReplyDelete
  91. bukti kereta Tan Sri Khalid digelapkan (tinted) guna duit kerajaan negeri

    http://1.bp.blogspot.com/_N-SaXSvM7Vs/SYpvwMQscPI/AAAAAAAAAE8/I4i7Z4YWe5U/s1600/Untitled-Scanned-08.jpg

    ReplyDelete
  92. Saudara Ajab,

    Sebutharga tidak boleh dijadikan bukti pembelian, Ini baru sebutharga tak semestinya Pejabat Menteri Besar sudah membeli tinted tersebut. Tunjukkan la resit yang dibayar oleh Pejabat Menteri Besar dan wang tersebut dari Kerajaan Selangor. Baru boleh dijadikan bukti.
    Saudara ni tak sekolah ke, yang tu pun tak tau

    Pi raaaaaaah Nak tunjuk bukti konon!

    ReplyDelete
  93. Leeslimshady...

    eeeleh suruh Dato Seri jadi baik jangan burukkan pakatan rakyat. jika mahu sokong BN balik. Duilu pakatan rakyat burukkan BN lagi teruk pun ko sokong juga parti-parti ni.

    Jadi tak payah nak tunjuk baikla kononnya bnekerjasama. Ada pkr, pas dan DAp bekerjasama dengan BN dulu untuk majukan negeri?

    ReplyDelete
  94. PR,

    Khalid Ibrahim dah mengaku pejabat dia bayar. Dia kata tak salah sebab dia juga pakai kereta tu untuk acara rasmi. lain kali banyak baca jangan dok terhegeh kat internet tengok dot dot dot saja.

    ReplyDelete
  95. berjuang demi rakyat...agama n yang penting amanah yang diberi tdk dikhianati...ikhlas keranaNya...Kekalahan, ape sbb kalah sbb Allah minta kite bermuhasabah...toleh n tgk kiri kanan ape salah n silap kite...jatuh bangaun kite ade kebaikannya....jgn kite carik kesalahan org lain yg ptg kite tgk ape kekurangan diri moga diberi hidayah n petunjuk

    ReplyDelete
  96. MMg la dia dah mengaku yang dia beli tp yang ko tunjuk tu sebutharga buat apa. I memang tahu dia dah beli. Tp bukti mesti jelas. Klu org beli tinted mest bg resit, so ko nak yakinkan org lain tunjuk la resit. Klu ko tunjuk sebutharga mana org nak percaya.

    Ko ni la, Mls la aku nak ajar si ajab yang tak sekolah ni.

    ReplyDelete
  97. Askm DSKT dan bloggers,

    DS tak perlu sangat melayan sifat meroyan org2 macam LeeSlimshady ni. Pada mereka jika tuduhan dibuat terhadap semua pemimpin PR, maka ianya adalah tidak betul dan bersifat spekulasi walaupun berserta bukti kukuh.

    Tetapi apabila jadi sebaliknya walaupun tanpa bukti yg kukuh, mereka sudah meletakkan kesalahan terhadap pemimpin2 dari UMNO mahupun BN.

    Pendek kata, mereka2 ini adalah orang2 yg kurang intelektualnya kerana sangat mudah mempercayai dan dipengaruhi oleh DSAI. Matlamat DSAI mudah saja, war2 dan gembar-gemburkan satu cerita walaupun nampak tidak logik, kemudian ditokok tambah cerita tst bagi nampak adunannya sedap dan melibatkan sensitiviti rakyat, maka matlamatnya tercapailah.

    ReplyDelete
  98. PM baru je mansuhkan 30 peratus hak2 melayu...
    xkan diam je??? dato seri apa lagi mengamuk la...anwar ibrahim pon x penah ckap nak hapuskan ekuiti bumiputera,...tegok2 PM yang buat...hahahha
    MANA PROWARIS? MANA NGO2 PEGAMPU? XNAK BELA NASIB BUMIPUTRA KE??? KOMPEM...UMNO BN PARTI POLITIK SUNDAL!!!!!! SIARKAN KOMEN NI...SAYA NAK PENJELASAN DARI DSERI MENGENAI ISU INI

    ReplyDelete
  99. RE: TBO wrote:

    ''salam dr.

    Gangguan tuan kepada Kerajaan PR di Selangor pun kena hentikan kerana melambatkan proses pembangunan''

    Saudara TBO, aku rasa kau lebih patut cakap macam tu kepada Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim yang lagi mengganggu proses pembangunan negara. Kalau nama pun pembangkang, kalau sesuatu yang tak betul, memang patut dibangkang pun.

    Aku rasa PR yang gila meroyan nak membangkang tak tentu pasal berbanding BN yang menjadi pembangkang yang lebih jauh matang daripada politik gila PR terutamanya DAP yang boleh dilihat pada situasi politik perak sekarang!

    ReplyDelete
  100. khir toyo, kalau dah kalah tu..buatlah cara kalah.. duit balkispun kau nak sapu... apa cerita... selama BN di selangor lebih 50 tahun, tak pernah fikir nak tolong rakyat.. kurangkan harga air ke.. tolong warga emas ke... tolong pelajar ke... sebab itu lah selangor hilang.. kita harus percaya suara rakyat suara keramat.. bukan Anwar Ibrahim..

    ReplyDelete