Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, April 21, 2009

Catatan III: Jika Tidak Dipecahkan Ruyung Masakan Dapat sagu

Assalamualaikum saudara/i

1. Wawancara saya bersama The Star telah diterbitkan pada hari Ahad lalu. Kepada sesiapa yang belum membaca bolehlah membacanya di laman web The Star atau di laman Pembangkang Selangor: English & Bahasa.

2. Bagi yang telah membaca dam memberi komen, saya berterima kasih ke atas semua komen yang negatif dan positif. Sudah lumrah alam, kita tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang. Semuanya saya ambil sebagai panduan dan pedoman di masa akan datang.

3. Saya telah membaca komen Datuk Paduka Marina Mahathir. Bagi saya Marina berhak atas pandangan beliau, walaupun saya beranggapan mungkin ada isu-isu yang beliau tidak berpuas hati dengan saya sehingga menyebabkan komen-komen berunsur “mencerca” itu beliau lontarkan. Namun ini adalah hakikat ahli politik. Rakan baik pun boleh menjadi seteru politik apabila kita tiada kuasa, apatah lagi rakan berbasa basi.

4. Memang mudah untuk kita membuat kesimpulan dan dan mengkritik sesuatu jawapan. Kerana mengkritik lebih mudah dari melaksanakan sesuatu pekerjaan apatah lagi mencatat kejayaan. Jika mahu mencari kelemahan seseorang amat mudah untuk dibuat kerana tiada manusia yang sempurna.

5. Apa yang saya jawab ialah realiti. Sama ada ia dianggap satu tanda kelemahan saya atau sebaliknya terserah kepada penilaian saudara-saudari.

6. Realitinya, dalam mana-mana organisasi syarikat Pengerusi dan Lembaga Pengarah membuat keputusan-keputusan polisi atau dasar dan pelan kemajuan syarikat. Jika syarikat gagal mencapai sasaran maka tugas Pengerusi dan Lembaga membuat perubahan organisasi dan dasar. Jika gagal juga maka Pengerusi dan lembaga juga boleh ditukar atau disngkirkan.

7. Manakala implementasi dan dan segala detailsnya dilakukan oleh CEO dan kakitangan organisasi. Saya juga tidak menyalahkan CEO mahu pun kakitangan kerana mereka juga berbuat kerja berasaskan peraturan syarikat sedia ada dan juga pertimbangan perniagaan.

8. Misalnya jika pada pertimbangan perniagaan mereka Pengerusi harus menaiki penerbangan dan duduk dalam kelas tertentu dan menginap dalam bilik tertentu di hotel, maka itulah yang mereka tentukan.

9. Dalam setiap lawatan ke luar negara biar pun untuk tujuan lawatan teknikal dan menimba pengalaman. PNSB biasanya turut mengaturkan usaha menarik pelaburan masuk dan juga membina hubungan perniagaan strategik. Ini semua harus melalui usaha meyakinkan pelabur asing mengenai kemampuan dan kredebiliti PNSB.

10. Selain daripada peraturan dan kelayakan sedia ada, kita juga perlu sedar bahawa selain rombongan teknikal ia juga merupakan misi perniagaan yang mana memerlukan pertimbangan korporat juga.

11. Saya juga membaca komentar yang negatif mengenai jawapan saya tentang hierarki kelayakan saya untuk menerima tiket penerbangan dan hotel seperti yang dimaklumkan.

12. Menjadi Menteri Besar atau Pengerusi syarikat bukan bermakna kita boleh membuat sesuka hati. Memang baik untuk penjimatan dan juga “public image” jika saya menggunakan penerbangan kelas ekonomi, tinggal di bilik biasa dan menggunakan teksi sahaja.

13. Namun apakah ia akan membawa kebaikan untuk keseluruhan organisasi tersebut? Bagaimana pula jika dengan tindakan saya tersebut, PNSB mendapat reputasi kurang baik dari segi imej koporatnya dan gagal mendapat rakan niaga serta menarik pelaburan ke Selangor. Tentulah ketika itu saya juga disalahkan kerana tidak membawa imej yang baik kepada syarikat.

14. Seperti saya jelaskan dalam The Star, saya boleh melihat jadual yang disediakan tetapi jika ada perubahan kemudian tentulah di luar kemampuan saya untuk mengubah secara mengejut. Malahan selain aturcara teknikal terdapat juga mesyuarat dan perbincangan perniagaan dan pelaburan diadakan di setiap tempat yang saya pergi. Malah saya percaya para pegawai PNSB juga telah menjalankan segala yang termampu untuk merealisasikan atur cara asal.

15. Apakah mereka para pegawai yang lemah? Tentulah tidak kerana PNSB berjaya mendapat keuntungan dan menarik pelaburan yang banyak. Dalam perniagaan kita harus membuat penilaian berasaskan keputusan dan pencapaian pencapaian.

16. Malangnya ini tidak dijadikan ukuran dalam menghakimi kedudukan saya dan para pegawai PNSB.

17. Bagi saya lawatan teknikal, rombongan perdangangan dan mencari pelaburan serta idea-idea baru memajukan negeri perlu dibuat dari semasa ke semasa. Jika tidak dipecahkan ruyung masakan akan dapat sagunya. Dalam ekonomi yang mencabar tiada peluang seperti yang bulat datang menggolek, yang pipih datang melayang.

18. Memang mudah mengkritik dan memburukkan sesuatu kerja selepas dilaksanakan. Bagi saya, sepanjang lapan tahun kepimpinan saya di Selangor dan PNSB, saya berpuas hati bahawa syarikat tersebut mencatatkan perkembangan dan kemajuan yang lebih baik.

15 comments:

  1. Dr. dulu bekerja untuk rakyat Selangor. Keuntungan bukanlah atau sepatutnya bukan ukuran menandakan kedudukan Dr atau pegawai2 PNSB. Memang kena pecahkan ruyung untuk mendapat sagunya, tetapi bukannya lesen untuk Dr dan pegawai2 PNSB untuk hidup mewah dengan alasan itu sudah ditentukan pengerusi atau pengarah2. Di UK ada menteri yang ke pejabat dengan tube dan berbasikal. This is because they have a sense of responsibility to the people. Here your excuse is was approved by the board! A minister was grilled due to her husband misusing public funds by claiming on a movie he had watched! That was only GBP10! See how transparent they are!

    On point no13, what image are you trying to project? The investors would respect you more if you say you travelled by economy to save money as it is the peoples money. Only YOU and many of the previous state govt think that you need to fly first class and stay in presidential suites to show the investors that Selangor has class and money.

    You said to have paid for your wife and kids travel to US on that technical trip. Please show us the rakyat proof of that.

    Salam.

    ReplyDelete
  2. Dr, tolong clarify;

    Point no13. Dr kata jika naik kelas ekonomi, tinggal dibilik biasa dan naik teksi imej PNSB aka terjejas!? Kenapakah terjejas? Adakah dengan berbuat demikian menunjukkan Selangor tak ada duit? Fyi Dr, ada menteri di negara barat yang naik keretapi atau berbasikal ke pejabat/parlimen! Mereka lebih pentingkan duit rakyat dan tidak suka pembaziran atau mengunakan wang sewenangnya! So what if you fly economy, will the investors think low of you and your officers?! Ini semua dolak dalih untuk cuba justify your actions.

    PNSB's website states that profit is not the only motive but also social responsibility. Please look up the ends does not justify the means.

    Btw, you said that you had paid for your wife and kids travel to USA. Please show us rakyat the proof of this. Terima kasih.

    Salam

    ReplyDelete
  3. Salam DSKT

    Dari pengamatan saya yg mengikuti blog DS (Dato’ Seri), saya boleh rasakan yg DS adalah seorang yang jujur dan ikhlas. Walaupun ramai pembahas blog DS memberikan komen yg tidak sedap didengar dan pada masa yg sama takut mendedahkan identity sendiri (baling batu sembunyi tangan) , tapi DS tetap menyiarkannya dan memberi komen yg positive. Bila direnungkan balik, memang betul kata DS, walaupun belanja perjalanan mahal tetapi nilai pelaburan yg didapati daripadanya melimpah ruah sehingga menjadikan negeri Selangor negeri termaju. Saya juga telah berhijrah ke negeri bertuah ini untuk mendapatkan sesuap nasi dijadikan rezeki. Tetapi tidak ramai melihatnya dari sudut yg positif dan ianya diburukkan lagi oleh pembangkang yg meracuni hati rakyat.
    Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Baru setahun PR memerintah, telah berbagai isu timbul dari isu kandang BABI, isu moral, isu DEB, isu rasuah, isu nak lantik CEO non Malay dan sebagainya. Ini baru setahun memerintah.Tak tahulah kalau lebih lama lagi.

    Kesilapan besar yg dilakukan BN pada PRU12 ialah gagal menangani isu nasional (kepimpinan terdahulu) dan juga gagal menangani isu fitnah dan pembohongan yg berleluasa. Jika sekiranya dapat mengatasi isu nasional (kepimpinan baru) dan juga dapat mematahkan segala penipuan dan fitnah, Insyallah UMNO akan kembali berjaya. DS kena mulakan dengan menyaman kesemua yang melakukan fitnah ke atas DS supaya memberi pengajaran untuk semua. DS juga kenalah men‘delete’kan komen pembahas blog yg berunsur fitnah kerana ramai yg terpengaruh bila dilihat komen yg negative tersebut berulang kali. Saya istilahkan sebagai ‘Kebebasan BerAurat’. Walaubagaimana pun Blog ini DS yg punya. Sekain TQ.

    ReplyDelete
  4. Mamat,

    Boleh bagitau apa company ko run sekarang?

    Jangan cakapla... kalau chairman atau CEO company naik cab atau duduk hotel bilik biasa, ko ingat orang nak bisnes ratus juta dengan company ko ker? Lain la kalau company ko tu dah famous macam Microsoft dan ko tu Bill Gates.

    sejak aku kerja ni, aku belum jumpa lagi minister england duduk standard room dan naik cab bila datang Malaysia. kalau minister England pun okay lagi la. Tapi ini Cheif Minister Selangor, ko ingat berapa ramai betul-betul tahu kat mana Selangor tu?

    Kalau datang pula duduk standard room, naik fligth class economy... naik cab sapa nak ada keyakinan untuk melabur? kah kah kah

    oii mamat tak payah tunjuk kenaifan ko dalam bidang bisnes ni la. Dalam bisnes kalau ko naik tarik pelaburan besar tapi buat program kat kedai kopi sebab nak jimat belanja ko dapat derma macam lebai pas sajalah.

    FYI lebai Pas pun sekarang buat dinner kat hotel untuk jual meja.

    Kalau benci pun guna akal sikitla.

    ReplyDelete
  5. Ajab..

    Mamat tu kalo ko nak tau bisnes goreng Pisang kat KL Central tu psl minda dia mcm tu... ha ha ha

    ReplyDelete
  6. si mamat ni dok bawah tempurong kot...takat orang
    dok kampong pun tau tempat orang..nikan pula
    orang omputih ahli koporat yg nak melabur kat Asia,sebut KL,KLCC,KLIA atau F1 Sepang jer mereka
    teruja....,

    Jangan kata perasaan,lebih penting nilai pelaburan
    yg telah mereka buat kat Selangor tu lebih penting...

    ReplyDelete
  7. saya tengok ramai yang tak faham apakah ciri2 untuk berniaga patut ada pada seorang ketua....

    patut ke bawa masuk pelaburan berjuta2...nak beri ketua pun kita nak berkira....patut2 la kalau nak hentam pun janganlah emosi sehingga kita lupa kuasa ALLAH. ...saya pun setuju pemimpin ni bukannya semua buat betul tapi pada saya kita rakyat pun kena bersikap rasional...ds khir pemimpin dan ketua negeri selangor yang bagus ketika itu....kalau saya beri 10 mata...7 dia buat jasa 3 mungkin dia salah bergurau contoh 1)bab makan tempe cantikan kulit,gurauan yang makan diri tapi saya percaya ds bergurau....2)beri penyapu...dia buat bagus tapi orang melayu masih kuat ketabsupannya pada sial....3)ketegasannya membenteras gejala tak sihat yang tidak berapa gigemari oleh kaum bukan melayu....

    bab bawa pelaburan besar kenegeri ni takkan dia naik business class pun kita nak samakan dengan berniaga kedai makan.....susah la nak maju...melayu...melayu...lama2 jadi layu....

    ReplyDelete
  8. kepada okj dan ds empunya blog

    okj berbeza pendapat diperlukan untuk kita dapat berfikir.....

    saya tidak setuju jika ds deletekan apa yang mereka nak kata.....biarkan mereka dan kita semua baca dan belajar untuk berbeza pandangan walaupun ia menyakitkan hati.. apa nak takut...hanya dengan cara ini sahaja yang akan mematangkan dan mendewasakan kita untuk berfikir dan bertindak dan mengawal orang yang emosi dan marah.....hanya satu saya harap agar ds tidak terlepas pandang iaitu jawab sahaja dan samada ia diterima atau tidak oleh pembaca biar mereka yang tentukan..jangan diam pasal nak jasa orang lain...sampai makan diri sendiri.saya percaya masih ramai yang akan bertindak dan menyokong orang jujur dan ikhlas selama ini...sabar dah memang pemimpin yang hebat wajib diuji.....ds anwar masuk penjara 6 tahun pun hari ini dia punya masa dan boleh bangkit kembali.....apa masalah ds khir....baru hilang jawatan bukan hilang keluarga dan masyarakat.....masih ramai yang percaya dan sokong ds.....hanya masa dan ketikanya sahaja

    ReplyDelete
  9. Ajab,
    Ko ni emasional sgt la... relex la. Jgn emasional. Kalau aku perhatikan kebanyakkan penyokong2 UMNO ni terlalu sensitif kalau ditegur. lagipun teguran tu bukannya melampau sgt. Jgn anggap teguran tu mesti parti pembangkang tau. Ada yg menegur tu rakyat biasa yg mengundi. Mereka nakkan ketelusan. Sbb mereka nak mengundi. Kalau mcm ini sikapnya, aku ingat UMNO-BN payahlah nak menangi hati pengundi atau rakyat.

    Walau bagaimanapun saya masih belum puas hati terhadap DSKT tentang soal siat drp SELCAT. Itu jer. DSKT mesti depend. Bukan melalui media pro kerajaan BN-UMNO, tapi di DUN atau di SELCAT. Itu jer. DSKT mesti bersihkan nama beliau. Jika tidak rakyat yg mengundi tak puas hati.

    Jgn anggap isu yg dibangkit sebagai fitnah dan mcm2 lagi. Saya sebagai rakyat selangor dah dengar mcm2 tentang DSKT diperkatakan rakyat (bukan parti politik) yg tidak puas hati. Kalau kita tak dekati rakyat utk menyelesaikan masalah rakyat mcm mana rakyat nak suka kat kita. Jgn hanya utk parti UMNO jer yg dibantu, rakyat yg mengundi ni apa halnya. Ada juga saya jumpa ahli UMNO sendiri pun meluat dgn pemimpin mereka.

    Itulah yg rakyat kecewa, jgn salahkan PR. PR ni hanya alternatif pilihan rakyat jer. Sebenarnya rakyat sayangkan UMNO tapi org UMNO yg buat hal. Pemimpin mereka keterlaluan kaya raya. Mcm mana rakyat nak senang hati. Rasuah jgn cakap la sendiri dah tau.

    Maaf kerana teguran ni...

    ReplyDelete
  10. DSKT,

    PAndangan Mamat & Ajab ini kedua-duanya betul, tak salah kalau nak menunjukkan image korporat yang baik. Tetapi persoalan yang timbul sekarang klu pegi Disneyland macam buat rombongan nak pegi kenduri je buat apa. Klu pelabur nak jumpa pun, bukanya smpai kesemua sekali dia nak jumpa. Ye la lawatan yang dibuat adalah lawatan teknikal tetapi kenapa sampai pegi beramai-ramai. Cadangan saya selepas ini klu ada lg lawatan, why not DSKT bawah je kesemua staff PNSB, mereka pun nak la merasa jugak pegi ketempat mcm tu. Ni asyik Chairman je yg merasa.

    ReplyDelete
  11. Saudara OKJ,

    Sungguh cetek ilmu IT kamu, Rakyat Malaysia ini tidak akan terpengaruh untuk membenci Kerajaan hanya disebabkan membaca komen-komen di blog ini. Klu inilah sikap saudara, maknanya saudara ini masih lagi berada didalam tempurung, atau sesuai kiranya saya menghantar saudara kembali ke zamaz batu sahaja. Saudara memang tidak sesuai berada di zaman Globalisasi ini.

    Salam

    ReplyDelete
  12. Aku setuju dengan Ajab,kalau korang nak tau aku pernah la buat bisnes berkaitan dengan hartanah ni. Ala bisnes sendiri je,kecil-kecilan.Dahulu aku bawak kereta iswara aeroback 1993. Masa tu baru nak mula la berniaga,jadi aku jumpa la beberapa tokeh cina yang buat projek perumahan ni. Jadi aku bagi la aku punya sebutharga.Aku punya sebuatharga bukannya banyak dan mahal pun.Tapi korang nak tau,diaorang tengok aku pun tak macam tak yakin je. Walaupun aku dapat gak projek tu,tapi harga dah la mintak diskaun,tapi keje nak cepat.

    Tapi sekarang aku kira dah berjaya la,kereta pun dah beli baru yang ada gaya sikit walaupun kereta lama ada lagi.Aku nak bagi sebutharga pun orang dah tak persoalkan lagi.Terus setuju je.Sebab apa?Sebab persepsi orang dah berubah bila tengok kita.Pendek kata,persepsi tu memainkan peranan penting dalam bisnes.Nak tak nak,itulah hakikat. Macam Exco Selangor,kenapa diorang nak pakai Camry bukan Perdana?Ye jawapannya adalah persepsi dan bukan sebab Perdana tu tak bagus.Itu je la aku punya pengalaman,seorang insan marhaen yang mencari rezeki di negeri Selangor ni.

    ReplyDelete
  13. ds saya nak sampaikan isi hati rakyat ni......

    kalau turun dan ada majlis tu pesan awal2 pada orang keliling supaya jangan kat tempat rakyat nak bersama pemimpin pun dia sebuk menyendeng dan mengelilingi ketua....banyak rakyat marhaen yang luahkan ini pada saya bab masalah orang keliling ni...satu pesan untuk ds dari saya apa kata jika turun padang tu tengok orang paling jauh dulu..dan itulah pemimpin dekati dan jumpa dahulu...apa perasaan mereka jika ds buat begitu dan apa ranyat lain akan kata?....ni tidak asyik duduk sembang dengan kelompok sendiri je macamana rakyat nak terima pemimpin ini.

    ingat ds pemimpin jatuh dan bangun adalah nberpunca dari orang keliling kita juga bukan orang lain pun ...rakyat biasa ni cakap tak de bengkang bengkok punya.....dia lurus bendol dan langgar je mana yang dia nak kata atau sokong...dan yang jadi bahananya parti...rosak...mahal harga yang kita kena bayar rupanya nak belajar ni ya...

    dan berilah pesanan ini pada semua ketua2 bahagian dan pemimpin besar dikawasa lain kerana ini masalah negara bukan masalah sg besar...orang sg besar saya rasa ok kerana mempunyai pemimpin yang baik bagus seperti ds dan yb noriah.....

    ReplyDelete
  14. Salam kepada DSKT,

    Saya setuju kepada semua pemberi komen sekalian. Sememangnya setiap manusia ini berbeza pendapat dan daripada itulah yang akan mematangkan kita dalam cara kita berfikir untuk membuat sesuatu keputusan yang rasional. Cumanya saya sedikit rasa terkilan dan sedih kerana tidak mempunyai sifat keterbukaan dalam menerima komen-komen sesorang.

    Bukan semua komen itu betul dan bukan semua komen tu salah tapi yang penting penerimaan kita terhadap komen tersebut. Kepada pemimpin diharap dengar dan hayatilah rintihan rakyat yang menyokong kita. Rakyat telah memilih kita menjadi pemimpin mereka dan membantu mereka. Jangan kita lupakan rakyat. Menarik pelabur adalah satu cara yang baik untuk memajukan sesebuah kawasan dan sememangnya kita perlu berimej korporat yang meyakinkan tetapi apabila dah dapat pelaburan, keuntungan jangan masuk poket sendiri. Salurkanlah kepada rakyat.

    Memohon maaf jika ada terkasar bahasa..sekian.. wasalam

    ReplyDelete
  15. DSKT, Setiap pemimpin akan di tanya tentang kepimpinannya di akhirat kelak. Oleh itu sebagai pemimpin yang beragama islam, kita tahu di akhirat nanti kebenaran pasti terserlah. Sabar DS.

    Saya suka zaman dulu2 ustaz yang ajar mengaji ada bercerita tentang amanah. Contoh yg diambil ialah kisah seorang pemimpin islam (khalifah Umar Abd Aziz kalau x salah). Bila anaknya masuk kedalam bilik, dia matikan lilin kerana baginya itu harta kerajaan yg x patut dia salah gunakan. Itu hanya sebagai contoh. Kita akui, iman kita tak sehebat mana. Tapi at least kita patut tahu separation between hak kita, hak kerajaan, hak parti dan sebagainya. Janganlah melampau.

    Kita nanti kebenaran di akhirat nanti. Saya pasti menanti kerana saya rakyat selangor....

    ReplyDelete