Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, April 13, 2009

Kabinet Baru, Harapan Baru?

1. Perlantikan anggota Jemaah Kabinet yang baru telah pun dibuat baru-baru ini. Sungguhpun banyak harapan dipertanggungjawabkan ke atas kabinet baru ini, namun sejauh mana ia akan berjaya merealisasikannya akan hanya ditentukan oleh beberapa bulan yang akan datang.

2. Janji YAB Perdana Menteri untuk menilai semula prestasi kebinet beliau enam bulan akan datang merupakan satu amaran dan peringatan yang jelas kepada para menteri agar melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang atau menghadapi digugurkan.

3. Saya berharap kabinet kali ini tidak menjanjikan sesuatu yang sukar dilaksanakan atau terlalu banyak slogan sehingga rakyat sekali lagi hilang kepercayaan kepada kerajaan. Kerajaan perlu menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan konsep 1Malaysia yang disebutkan oleh Datuk Seri Najib. Saya lihat telah berlaku kecelaruan fikiran di kalangan rakyat terhadap konsep tersebut. Ada pula yang menyamakannya dengan konsep Malaysia Malaysia yang dibawa oleh DAP sebelum ini. Saya khuatir slogan ini akhirnya akan menjadi seperti beberapa slogan kerajaan sebelum ini yang hanya manis dibibir tetapi tiada keberkesanannya.

4. Sungguhpun mengalu-alukan pengecilan jumlah kabinet, namun saya agak terkilan dengan pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang menjadi tempat bernaung golongan usahawan muda dan juga Majlis Amanah Rakyat. Saya khuatir pemansuhan ini dan meletakkan bahagian Pembangunan Usahawan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengurangkan bantuan, sokongan dan perbelanjaan kepada golongan muda.

5. Mungkin Datuk Seri Najib mempunyai idea tersendiri dalam isu ini, namun pada hemat saya jika mahu dikecilkan kabinet maka sewajarnya Kementerian Pertanian digabungkan dengan Kementerian Perusahaan Utama dan Komoditi. Demikian juga, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi boleh digabungkan menjadi satu kembali.

6. Bagaimanapun perubahan bidang kuasa Kementerian Penerangan amat dialu-alukan kerana ia membolehkan semua usaha berkenaan media disatukan di bawah kementerian. Ini akan menjadikan kementerian lebih efisyen dan efektif bagi menghadapi cabaran media baru hari ini.

7. Saya berharap kabinet baru ini dapat mengemukakan agenda reform (pembaharuan) yang diterima rakyat dan melaksanakannya dengan cemerlang.

32 comments:

  1. Salam, saya sbg rakyat berharap agar bukan sahaja kementerian sahaja di KPI kan, tetapi perlu ada Balance Score Card untuk negara. Maka bolehlah KPI tersebut menyokong aspirasi negara. Bukanke Najib CEO negara... Kalau boleh juga, sila tunjukkan kepada rakyat apa KPI tersebut dan bandingkannya dgn negara lain pula (benchmarking).. Apa akibatnya kalau KPI tidak dipenuhi dan apa tindakan Najib sebagai CEO negara....

    ReplyDelete
  2. TDM CANBINATE AND LEADS BY A C MINISTER. HOW????ONLY IN MALAYSIA WHERE HAS ALL THE FOREIGN CONGRARULATION MESSAGES MALU MALU MALU MALU

    ReplyDelete
  3. Saya sokong ulasan dan cadangan DS di perenggan 4 dan perenggan 5.

    Sedikit pembetulan,Perenggan 3 pula konsep yang dibawa DAP ialah Malaysian Malaysia.

    Semoga kesilapan UMNO pimpinan terdahulu tidak diulang semula.

    Belajar mengambil iktibar bukan merugikan,malah menguntungkan.

    ReplyDelete
  4. Malaysian Malaysia dan One Malaysia kalau sama pun PAS & PKR telah terima dan setujui. Baguslah kalau ia dapat menarik balik kaum Cina & India. Ramai orang muda hari ini membicarakan kenapa KJ tidak jadi Timbalan Menteri. Apa pendapat Dato' Seri. Tq

    ReplyDelete
  5. saya rasa penjelasan berkenaan kementerian usahawan akan dibuat tidak lama lagi..

    oleh TPM TSMY.

    ReplyDelete
  6. Takkan harap saja kot Dr. Dr kan ada pengaruh juga. Aju-ajukan lah cadangan kpd pihak berkenaan tu.

    Dr ni saya nampak buat analisis ikut sedap mulut dr saja lah. kata orang, komen2 yg agak2 sedap didengar saja. Sebab tulah dr nampak tenang sepanjang masa. Tapi sebenarnya kacau bilau didalam. tak gitu dr?.......

    ReplyDelete
  7. DS, KABINET BARU INI PADA PANDANGAN SAYA ADA 1 MENTERI DAN 2 TIMBALAN MENTERI YANG TIDAK DISENANGAI RAKYAT.. DATO SAZIMAN DIKATAKAN ADA KAITAN NYA DENGAN KJ DIA NAIK NYA BAGITU MENDADAK..APO SOBABNYO? DATO JOHERI BAHARUM DAN DATO MASHITAH IBRAHIM.. APA PENDAPAT DATO SERI?

    ReplyDelete
  8. Saudara Zul,

    Saya fikir setiap yang dilantik ada kelebihan tersendiri dalam bekerja. Tidak mungkin ada ahli politik disukai semua orang dan dibenci oleh semua orang.

    Bagi saya kayu ukur kepada kedudukan mereka ialah pelaksanaan tugas mereka dalam masa enam bulan akan datang.

    ReplyDelete
  9. dr.khir

    saya sungguh kecewa dgn kabinet baru ini..

    MARA TEKUN di bawah kementerian usahawan dah takde

    permit2 teksi...dah masuk dibawah kementerian pengangkutan ong tee kiat...

    pemamdu2 teksi rata2nya org melayu kita...

    apa dah jadi ni dr.?

    boleh ulas sedikit

    ReplyDelete
  10. dr.khir

    pasal KPI atau kayu ukur seperti yg dinyatakan dr.

    saya rasa benda ini adalah perkara lama...

    zaman paklah pun ada KPI...tapi saya xpaham mengapa KPI ini menjadi kebangaan yg selalu di war2kan?

    ReplyDelete
  11. DS yang di hurmati...

    Kabinet Baru Harapan Baru....

    Saya senantiasa inginkan yang baru kerana yang baru menggambarkan bersih,cantik dan kuat.
    tak begitu DS. Malangnya kabinet baru keanggotaannya banyak muka lama apakah mereka yang telah dipilih ini bolih memberi bukan sahaja harapan baru tetapi apa sahaja yang diinginkan rakyat. Jika tidak rakyat akan tolak..

    Cuma saya sudah tidak bersabar untuk menunggu apakah harapan baru yang dijanjikan itu.

    Adakah ia memenuhi keperluan semua rakyat. Perlukah ia mengambil masa enam bulan bagi mengkaji kesannya. Soalnya bila-bila dan saya tertanya-tanya mana-mana harapan baru itu.

    Saya sokong akan ulasan dan cadangan DS dalam hal ini Syabas .Wa caya sama Lu...

    ReplyDelete
  12. Berita Harian 13/04/09
    Noh cadang Najib terajui Umno Selangor
    "PUTRAJAYA: Ketua Umno Bahagian Tanjung Karang, Datuk Noh Omar, hari ini mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengambil alih jawatan Ketua Perhubungan Umno Selangor bagi mngembalikan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

    Noh yang juga Menteri Petanian dan Industri Asas Tani berkata, langkah seumpama itu sudah terbukti di Perak apabila sokongan rakyat bertambah dan parti mampu membentuk kerajaan.

    "Perkara ini sudah terbukti di Perak ketika Najib menerajui Umno dan BN negeri," katanya kepada pemberita selepas menerima tugas daripada Datuk Mustapa Mohamed yang kini memegang portfolio Menteri Perdagangan Luar dan Industri di sini, hari ini."

    Dah ada kehilangan kepercayaan ke?

    ReplyDelete
  13. Salam Dato’ Seri

    Memang mustahil untuk menyenangkan hati semua pihak.Banyak keputusan akan dan perlu dibuat oleh barisan menteri baru. Apa yang perlu ialah keputusan yang adil, tapi tak semestinya sama rata. Seperti Dato’ Seri kata, adil bermakna meletakkan sesuatu ditempatnya.

    Untuk berlaku adil, sesuatu perancangan yang teliti dan kajian mendalam hendaklah dilakukan tanpa mengambil pendapat dari sesetengah pihak sahaja. Ketepatan ramalan (prediction) amatlah perlu didalam membuat sesuatu keputusan. Ramalan mestilah berdasarkan kajian sains dan teknologi bukannya pakai sedap je atau mengikut nujum Pak Belalang.

    Sebagai seorang Dr, Dato’ Seri mungkin tahu maksud saya iaitu setiap keputusan mestilah berdasarkan ‘evidence based’ dan disusun mengikut ‘level of evidence’ dan seterusnya dikelaskan sebagai ‘categories of recommendations’. Barulah setiap keputusan yang dilakukan tidak flip-flop dan ianya bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa tetapi juga agama, bangsa dan negara. Itulah harapan saya sebagai rakyat jelata.Sekian, TQ.

    ReplyDelete
  14. Cadangan saya
    Apa kata kalau Y.B terajui semula Umno Selangor macam dahulu

    ReplyDelete
  15. Salam Dato’ Seri

    Kalau ikut Hukum Newton ke3, setiap tindakan akan ada tindakbalas. SO dalam dunia ni mana ada win win situation. Mesti ada yg menang dan ada yg kalah. Barulah seimbang. Win win situation tu sebenarnya nak menyedapkan hati saja. Sepatutnya Dato’Seri teruskan dengan falsafah yg dulu iaitu bertindak ADIL iaitu meletakkan sesuatu ditempatnya dan ADIL tidak bermaksud sama rata. BN cuma akan disokong semula bila UMNO kuat. Itu sudah hukum alam iaitu hukum ABC (ampu, bodek, cucuk).Sekain, TQ.

    ReplyDelete
  16. DS, SAYA TERKEJUT DENGAN SARANAN DR IBRAHIM GHAFAR DALAM SINAR PAGI NI S4. POLITIK.. GITULAH DS. TERUSKAN PERJUANGAN... TAK KIRA DARI LUAR ATAU DALAM. SAYA SEJAK LAHIR HINGGALAH SEKARANG DAH 60 TH TETAP UMNO WALAUPUN SATU KETIKA BENCI UMNO TETAP X BN.SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA DS DAN DIMURAHKAN REZEKI. TERUSKAN PERJUANGAN... JASA DS TETAP DIKENANG.

    ReplyDelete
  17. TULISAN INI SAYA TUJU KHUSUS KEPADA DATO SERI,,,

    MENGAPAKAH DAN APAKAH SEBAB YANG SUSAH BENAR KERAJAAN BN YANG DITERAJUI OELH UMNO, HENDAK JADI PERUNDANGAN ISLAM 100% SEBAGAI PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA ?

    MOHON DATO SERI BERIKAN JAWAPANNYA.

    HANTARKAN KEPADA E MEL SAYA,

    irbas71@yahoo.com

    YANG MENUNGGU JAWAPAN
    MD SABRI BIN IBRAHIM

    ReplyDelete
  18. Saudara DSKT,

    Kabinet Najib adalah kabinet yang menghabiskan wang rakyat. Bayangkan brapa bnyk wang rakyat dibelanjakan untuk membayar menteri dan timbalan ini seramai 28 dan 40 orang. Setahun sudah brapa inikan pula 5 tahun. Perubahan yang diharapkan hanya omongan kosong. Negara yang lebih besar dari MAlaysia pun tidak mempunyai menteri yang seramai Malaysia. Saya berpendapat Najib hanya mahu menyenangkan hati semua komponen Bee End, sebab itulah jawatan yang tidak perlu diadakan tetapi diadakan terutamanya dari Sabah & Sarawak.

    ReplyDelete
  19. hanya satu pembaharuan yang di buat, Ketua Pemuda Khairy tiada kerusi kabinet, BAGUS

    ReplyDelete
  20. Saya tak faham kenapa banyak agensi yang selama ini MEMPERKASA kan bangsa Melayu dari segi ekonomi telah di pecahkan ke pelbagai Kementerian. Bertambah malang bila PENASIHAT KKDN pula adalah ketua biro (biro sahaja?) MCA. Apakah kabinet baru ini menguntungkan atau bakal mengkhianati kaum Melayu ?

    ReplyDelete
  21. Obamas' tax return: $2.66 millionPosted April 15, 2009 5:20 PM

    by John McCormick

    While running for president wasn't putting a pinch on Barack Obama's pocketbook, his total household income dropped to $2.7 million in 2008, down from $4.2 million the previous year.

    While many Americans had a bad financial year, the president recorded a net profit from book sales of $2.5 million, according to a copy of the president's 2008 tax return released this afternoon by the White House.

    He and First Lady Michelle Obama paid $855,323 in federal taxes last year. while making $172,050 in charitable contributions to 37 different charities. The largest reported gifts were $25,000 to both the United Negro College Fund and the relief organization CARE.

    "The president sold a lot of books last year, no doubt, and paid a hefty amount in federal income tax," White House Press Secretary Robert Gibbs said.

    As president, Obama now is paid $400,000 a year.Boleh dapat ke penyata untuk PM, TPM, MB, etc. ke dekat sini? Ini dinamakan telus...

    ReplyDelete
  22. Cuci-cuci Malaysia IV

    Kepiye iki Mas Khir? Walaupun Pesuruhjaya Darul Ehsan kita dah endorsed sudah suci tapi YB Haji Zul kata masih tak suci? Liz pula pernah kata she is proud of her sexuality... . Tok Hassan Ali kena mohon endorsement Mursyidul TG dan TG Hadi baru Haji Zul nak akur kot!! Ataukah ini dikira perkara furuk?
    _____
    Star Friday April 17, 2009
    Eli should go, says PKR’s Kulim MP


    PETALING JAYA: Bukit Lanjan assemblywoman Elizabeth Wong should have been allowed to resign from both her exco post as well as her state seat, says Kulim Bandar Baru MP Zulkifli Noordin.
    The PKR MP said he disagreed with the move by Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim to reject Wong’s resignations.
    “I take this stand because I respect the decision made by YB Eli to resign as an exco member and Bukit Lanjan assemblywoman.
    “She chose to resign and had resigned. That is her personal right,” he wrote in his blog.
    Zulkifli said he sympathised with Wong but hoped Khalid and the Selangor government would review their decision.
    “I am confident YB Eli knows and understands the problems she faces,” he said, adding that Wong would face a lot of pressure from some quarters, who would take advantage of the situation should she remain.
    “The decision will also place supporters and component parties of Pakatan Rakyat under tremendous pressure,” he said.

    ReplyDelete
  23. Sdr Checkmate dan sahabat sahabat bloggers lain,

    saya setuju pembubaran MECD akan membawa banyak kesan pada poembangunan usahawan bumiputra.MECD di bubarkan mungkin utk memperlihatkan kabinet yang dibentuk tidak dilihat terlalu memperjuangkan kepentingan orang melayu,usaha ini akan memperlihatkan kearah usaha utk mengambil hati bukan bumiputra.

    Bagi saya tindakan yang lebih molek ialah mengekalkan MECD dan diterajui oleh menteri bumiputra dan satu timbalan menteri dari kaum china dan satu dan satu dari kaum india.

    Peruntukan yang akan besar boleh diberikan kepada MECD,dan usaha yang lebih komprehensif di buat utk membangunkan usahawan muda dari semua kaum dapat dilaksanakan secara bersungguh dan terancang.

    Kita harus ingat dalam menghadapi krisis ekonomi kita perlu mencari peluang baru dan mampu utk melaksanakan program self employment disamping menyediakan peluang pekerjaan baru pada mereka yang diberhentikan.

    ReplyDelete
  24. Sdr Zul dan sahabat bloggers lain,

    Saya tak tersinggung dgn pandangan beliau,bagi saya beliau tidak mengetahui masaalah sebenar yang dihadapi oleh UMNO negeri,utk memimpin UMNO sekarang bukannya mudah,ada banyak elemen yang perlu diambil kira,bukan sahaja jawatan dalam kerajaan akan memberi kelebihan tetapi elemen kepimpinan,sanggup berkorban tenaga dan wang ringgit.

    JIka kita perhatikan dalam setahun yang lepas kita gagal utk menganjurkan program yang membawa impak politik dan mengekploitasi isu yang dilakukan oleh kerajaan campuran,samada dari isu moral hinggalah ke salah laku MB.

    Saya cadangkan YAB Dato Seri Najib menjadi pengerusi UMNO dan BN selangor ialah utk menunujukkan kepada seluruh negara betapa bersungguhnya pucuk pimpinan berusaha utk mengembalikan kekuatan UMNO dan BN.

    Selangor merupakan negeri terpenting dan strategik,sebab itu Dato seri Anwar telah mengarahkan jentera PKR utk sentiasa bersiapsiaga di selangor.

    Saya tak pernah mengecilkan kemampuan anak selangor,apa maknanya kita bonbkak dgn anak selangor tapi tak kemana,Ghafar sendiri tak pernah menghargai kepimpinan anak selangor.

    Tiba masanya kita buang budaya mengampu ini, kita perlu hadapi realiti yang akan menentukan kebangkitan semula UMNO dan BN,bagi kita melunaskan tanggongjawab memuliakan agama membela bangsa.

    ReplyDelete
  25. salam ds khir

    saya cukup terkilan dengan penghapusan MECD. walau apa pun alasan, kenapa senantiasa melayu kena beralah ?

    apakah dengan penghapusan MECD ini akan menjanjikan harapan bahawa undi cina kembali menyokong umno ?

    kiranya strategi ini tidak berjaya, adakah kerajaan akan menghapuskan beberapa laig keistimewaan melayu yang termaktub dalam artikel 153 ?

    BERHENTI MENJADI APOLOGETIK, UMNO KENA 'JANTAN' !..

    harap dapat berjumpa dengan ds khir face 2 face.

    GERAKAN ANTI PKR aka GAP

    013 301 6320
    http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com

    ReplyDelete
  26. apa2 pun najib geliga otak die...
    tekun before ni nak urus pinjaman dekat setahun, maybe sekarang kite akan tengok perubahan die...

    salam

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum dato' seri...
    ni kali pertama saya post comment...
    saya mahasiswa saya sentiasa membaca laman DS dari mula blog ini dilancarkan...ada yang saya setuju dan ada yang tidak...tetapi banyak saya setuju...pasal MECD saya kurang bersetuju dengan tindakan kerajaan memansuhkan kementerian ia memerlukan perhatian yang lebih memandangkan sektor keusahawanan dan koperasi masih ditahap yang rendah...saya pemuda boleh besuara dalam soal ini...seperti slogan DS "Pemuda Berani"

    ReplyDelete
  28. Budaya ampu ? Minta Najib jadi pengerusi UMNO dan BN Selangor bukan ampu ke? Alahai latok Khir.....

    ReplyDelete
  29. Mas Khir, apa komen Dr tentang cucian termutakhir ini?

    Cuci-cuci Malaysia V

    YB Haji Zul dan Dr Khir, kiss your own asses! Tok Hassan Ali seperti akur saranan saya. InsyaAllah lepas umrah ini, Liz bukan sahaja suci murni malah toyyiba juga kot! Kot dapat lebih berkat lagi ada yang masuk Islam. Masuk Islam tentunya lebih tinggi murtabatnya dari dimasukki Islam!

    _____

    The Star
    Sunday April 19, 2009
    Wong says thank you to Nik Aziz


    KOTA BARU: Scandal-rocked Selangor exco member Elizabeth Wong thanked PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat for understanding her predicament.


    In a 45-minute meeting with the Kelantan Mentri Besar at his official residence, Wong said they also had discussions on raced-based politics and current issues.

    “I had a cordial meeting with Tok Guru.

    “I want to thank him for understanding my predicament. The other reason I met him was to wish him bon voyage for his trip to Mecca to perform his umrah on Monday,” Wong said after attending a briefing for Kelantan PKR chiefs by Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yesterday.

    ReplyDelete
  30. gua cadangkan Pakatan Rakyat letak la calon Bangsa cina atau india.Kerana org melayu dah malas nak bela rakyat.gua gerenti Pakatan Rakyat mesti menang.Pasal sakongan dr 2 bangsa nie agak kuat utk memilih Pakatan.Gua cadangkan letak le calon DAP.
    Apa macam Anwar???

    ReplyDelete
  31. TebuHitam said...

    gua cadangkan Pakatan Rakyat letak la calon Bangsa cina atau india.Kerana org melayu dah malas nak bela rakyat.gua gerenti Pakatan Rakyat mesti menang.Pasal sakongan dr 2 bangsa nie agak kuat utk memilih Pakatan.Gua cadangkan letak le calon DAP.
    Apa macam Anwar???
    ..................................................................................................

    Wahh... marah sangat dekat PR ye?? hehehe... apasal? sbb bagi tanah kat cina??? kg tersusun majority 90% melayu pun marah??? kg baru 80% cina awak marah??? suka hati la bro... bila dok baca MSM ni mmg lah ini jadinya....

    Nak tanya DS dan org UMNO kat sini... Najib hapuskan 30% kuota Melayu dlm Sektor Perkhidmatan Awam nak kata apa??? Mana pemuda2 UMNO yg kononnya pembela Melayu sekarang??? hahaha... org bagi tanah kpd rakyat miskin kata boneka lah apa lah.... Sekarang jawablah... Mana nak letak melayu... Ini lah visi 1Malaysia yg nak dibawa oleh Najib... tak gituke..?? Dahla KEmenterian Pembangunan Usahawan dihapuskan ... Apa benda nih??? Skrg ni org Melayu yg konon pembela Melayu menjual hak org melayu sendiri,... Dahla Bahasa Melayu diletakkan pada taraf ke-dua.... Ni apa ni???

    HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!!! tapi Melayu tergadai...

    * DS kasi approve la comment saya nih... dah berapa banyak yg dah direject....

    ReplyDelete