Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, April 29, 2009

Kerajaan Jangan Jadi Tikus Membaiki Labu

1. Dalam Islam, keadilan merupakan antara aspek terpenting. Sama ada sesama Islam atau juga terhadap bukan Islam, keadilan harus dipertahankan. Keadilan bermakna meletakkan sesuatu di tempatnya. Ini jauh berbeza dengan konsep kesamarataan mahu pun sama taraf; yang kadang kala boleh menjadi hukum rimba di mana yang kuat mendapat semua, yang lemah menjadi mangsa.

2. Dalam konteks inilah saya menyambut baik sebahagian pengumuman keputusan Kabinet dalam menangani isu penukaran agama baru-baru ini. Keputusan kerajaan memberi hak kepada mahkamah sivil memutuskan isu-isu kekeluargaan terhadap pasangan bukan Islam yang berpisah kerana bertukar agama (termasuk memeluk agama Islam) adalah satu usaha untuk memberi keadilan kepada semua pihak.

3. Memang boleh difahami bahawa keputusan kabinet ini berdasarkan beberapa tindakan yang tidak bertanggungjawab individu tertentu yang menggunakan nama Islam untuk merampas hak jagaan anak-anaknya daripada pasangan bukan Islam mereka. Ada juga antara mereka melepaskan tanggungjawab nafkah atau saraan anak-anak menggunakan keadaan konflik antara mahkamah Syariah dan Sivil. Mereka ini hanya memberi imej yang buruk kepada Islam.

4. Undang-undang harus berlaku adil tanpa mengira fahaman, agama dan bangsa. Sebab itu ada kebaikan besar apabila kabinet membuat keputusan bahawa dalam sebarang pertikaian keluarga yang membabitkan kes penukaran agama (termasuk Islam) hendaklah dirujuk kepada mahkamah sivil.

5. Namun kebaikan itu saya fikir telah musnah apabila kabinet juga membuat keputusan yang bertentangan sama sekali dengan konsep keadilan. Keputusan kabinet bahawa anak-anak kepada pasangan yang menukar agama kekal dalam anutan asalnya adalah tidak wajar dan bukan satu bentuk keadilan.

6. Mahkamah Sivil telah pun mempunyai panduan dan undang-undang dalam menentukan siapa penjaga anak-anak tersebut. Justeru adalah tidak wajar kabinet mendahului keputusan Mahkamah dengan memutuskan siapa yang layak menjadi penjaga.

7. Keputusan kabinet yang berdasarkan agama anutan seseorang juga merupakan satu diskriminasi kepada penganut agama Islam atau mereka yang ingin memeluk Islam.

8. Tampak seolah-olah kabinet telah pun menjatuhkan hukuman ke atas saudara baru Islam sebagai tidak layak menjadi penjaga hanya kerana mereka beragama Islam. Apakah ini bukan satu bentuk diskriminasi agama?

9. Keputusan kabinet ini juga merbahaya kepada kehidupan sosial masyarakat. Bagaimana jika pasangan yang tidak menukar agama tersebut merupakan seorang yang tidak layak untuk menjadi penjaga? Apakah akan terjamin nasib anak-anak tersebut?

10. Jika kita mahu berlaku adil maka biarkan sahaja Mahkamah menentukan siapa penjaga yang layak dalam kes penceraian kerana bertukar agama ini.

11. Kabinet sepatutnya membenarkan undang-undang sedia ada menentukan siapa yang berhak menjadi penjaga anak-anak yang terbabit dalam penceraian tersebut. Selepas hak penjagaan diberikan maka terserah kepada penjaga tersebutlah untuk mendidik anak-anak jagaannya.

12. Pengumuman mengenai agama anak-anak yang penjaga mereka bertukar agama juga menimbulkan kekeliruan. Orang ramai tertanya-tanya apa akan terjadi jika kedua-dua penjaga tersebut menukar agama; apakah anak-anak mereka perlu kekal dalam anutan asal semasa mereka berkahwin?

13. Kabinet sewajarnya memperhalusi isu ini sebelum membuat kenyataan yang sedemikian besar kesannya. Jangan nanti keputusan yang dibuat seperti tikus membaiki labu.

Kepada mereka yang menjaga kepentingan Islam dalam kabinet saya berharap jangan kita dengar guruh di langit, maka air ditempayan dicurahkan.

Nota: Saya ingin menyeru seluruh pembaca blog ini agar sama-sama berdoa semoga DYMM Tuanku Sultan Selangor selamat menjalani pembedahan injap jantung (mitral valve) yang akan dilakukan di Stanford University Medical Centre, Palo Alto, San Francisco, California pada 2 Mei ini.

18 comments:

  1. Dr Khir,

    Kerajaan mesti tarik balik keputusan ini

    dan dasar2 liberalisasi sektor penting negara dengan segera.

    rakyat terutama melayu yang berpendidikan melihat UMNO semakin kemaruk nak undi bukan melayu sehingga menggadai melayu dan agama sebegitu rupa.

    janganlah lah nanti melayu melihat kerajaan yang diterajui melayu menjual orang melayu.

    ReplyDelete
  2. Saya agak terkejut sebenarnya dengan pengumuman kabinet tempoh hari mengenai pengekalan agama anak-anak walaupun selepas ibu bapa menukar agama. Ini bermakna anak-anak akan 'dipaksa' untuk berlainan agama dengan ibu bapa. Walaupun perbezaan agama tidak akan memutuskan hubungan kekeluargaan, namun impak yang negatif tetap akan berlaku apabila perbezaan ini berlaku secara paksaan. Jikalau ingin diikutkan secara logik akal, siapakah yang akan membimbing anak-anak dalam soal keagamaan kalau ibu bapa sudah berlainan agama? Bukankah akan menyusahkan anak-anak yang masih kecil untuk mendalami ajaran masing-masing. Saya sangat bersetuju dengan pendapat Dr., bahawa pengumuman kabinet ini lebih kepada satu usaha yang tidak sungguh-sungguh dan tidak menyeluruh, malah akan menimbulkan kerumitan di kemudian hari, terutamanya dalam soal penjagaan anak. Bak kata pepatah, bagaikan tikus membaiki labu. Apa yang saya lihat, usaha ini lebih kepada untuk membuktikan kepada rakyat bahawa proses perubahan dan pembaharuan yang dipelopori oleh kerajaan, sedang berjalan dengan rancak. Dalam bahasa yang mudah, ingin membuktikan bahawa kerajaan buat kerja, tak duduk diam.

    ReplyDelete
  3. beware of the secret society dan agen2 mereka...

    "5. Namun kebaikan itu saya fikir telah musnah apabila kabinet juga membuat keputusan yang bertentangan sama sekali dengan konsep keadilan. Keputusan kabinet bahawa anak-anak kepada pasangan yang menukar agama kekal dalam anutan asalnya adalah tidak wajar dan bukan satu bentuk keadilan. "

    ReplyDelete
  4. saya nak tanya jugaklah, kalau ader orang melayu yang nak murtad, mungkin anak-anak orang yang murtad tidak perlu ikut murtad. Sebab macam dah banyak trend orang melayu murtad. Anak2 islam ni patut dapt perlindungan. dan kepada ibu bapa yang memeluk islam, boleh tunjukkan kebaikkan yang baik kepada anak2 dengan harapan anak2 sendiri akan memilih agama islam setelah 18 tahun. Mungkin jika suami yang masuk islam kalau tunjukkan teladan yang baik dengan memberi nafkah kepada keluarga, mungkin seluruh keluarga akan terpikat kepada islam.

    ReplyDelete
  5. try flipping it the other way around. lets say for the sake of argument muslims are the minority and hunduism is the majority. will you agree to the idea that your sons and daughters being forcibly converted to hinduism

    i think most MALAY MUSLIM failed to see it this way.

    John Lennon got it right in his song Imagine. a world without religion will be an awesome place. no wars.. no holier than thous.. no people like dr khir using religion as a cruth to further their useless agenda

    ReplyDelete
  6. Saya Rasa Suara Dato'Seri harus di ketengahkan...Dato' seri seharusnya Lebih Lantang mengkritik dan membantah Tindakan Kerajaan ini melalui Platform UMNO.

    Pastinya Dato'Seri Masih Ingat Lagi dengan "The Tragedy of Maria Hertogh"atau pun lebih mudah di kenali sebagai "Tragedi Natrah"Ianya seharusnya di elak kan.........Kerajaan Harus Di tegur secara Lantang atau pun melalui suara Majoriti atau Demonstrasi...Ini kerana Tindakan Yang sebegini boleh mencetuskan Sentimen Keagamaan dan kepincangan krisis diantara Perundangan Syariah dan Perundangan Sivil...Apabila ini berlaku Institusi kekeluargaan akan menjadi semakin kucar - kacir...Jadi menjadi tugas Dato' Seri Menegur secara Lantang atau Berhemah Ahli MT UMNO yang menganggotai Kabinet agar mereka mencari satu ruang untuk terus berdiskusi dan berdebat dahulu bersama pakar perundangan sebelum menentukan sesuatu keputusan kabinet untuk meminda sesuatu perundangan.......

    Syabas Dato' Seri...cuma suara Dato' seri harus Lantang sehingga mereka(kabinet) mencari satu saluran yang betul sebelum menentukan keputusan....

    ReplyDelete
  7. Saya telah banyak membaca akhbar2 berkenaan kes2 ini. Mungkin saya silap, tetapi keputusan kabinet itu saya lihat sebagai cubaan untuk merungkai 'kekusutan' yang tidak dapat diselesaikan sekian lama oleh pihak berwajib, dan untuk melindungi anak2 yang tidak berdosa oleh sebab salah seorang ibu/bapa menganut agama lain. Ia adalah satu perubahan yang besar bagi anak2 (yang sudah baligh) yang faham mengenai ajaran agama masing2, dan jika mereka dipaksa menganut agama lain hatta yang murni seperti islam pun, ia adalah satu ketidakadilan dan satu paksaan, sedangkan islam tidak boleh dipaksa.

    bagi orang2 bukan islam di malaysia, mereka faham bahawa apabila seseorang memeluk agama islam, orang itu tidak dibenarkan untuk murtad kerana agama kita tidak membenarkan murtad. sebab itulah, walaupun mereka akur bahawa keputusan untuk memeluk agama lain (termasuk islam) adalah keputusan individu, mereka pertikaikan keputusan pengislaman anak2 secara otomatik kerana 1) anak2 ini terlalu kecil untuk memahami akibat keputusan tersebut, dan ii) bila seseorang di malaysia diputuskan sebagai islam, ia adalah termaktub dalam undang2 dan TIADA JALAN KELUAR!. secara jujurnya, apakah anak2 ini, bila mereka mencapai usia 18 tahun, akan diberi pilihan untuk 'murtad' selepas mereka diislamkan secara otomatik?

    kita boleh cakap yang mereka salah faham terhadap islam...islam bukan agama paksaan dll, tetapi mereka sendiri faham realiti hidup sebagai seorang islam di negara ini.

    ReplyDelete
  8. sebelum terlupa..........

    saya juga bersama Dato' Seri selruh ahli dan Pimpinan UMNO/BN,PAS,PKR,DAP,PSM....Rakyat Selangor dan saya mewakili Persekutuan Blogger - Blogger Antarabangsa(F.O.B) bersama seluruh blogger - blogger yang se Ideologi dan tidak........
    Marilah kita sama - sama mendoakan akan kesejahteraan Raja kita Sultan Sharafuddin..moga - moga belia di Panjangkan Umur dan berkeadaan selamat dalam menjalani pembedahan....

    PATIK RAKYAT SELANGOR SEADANYA MENDOAKAN KE HADRAT ILAHI AKAN KESELAMATAN TUANKU MENJALANI PEMBEDAHAN...MOGA ALLAH PANJANG UMUR TUANKU.

    DAULAT TUANKU !

    ReplyDelete
  9. Apa yang Najib kabinet Najib buat kita ikut jerla. najib kan berusaha memertabatkan Islam, melayu dan negara. sokong jer laaaa oooi

    ReplyDelete
  10. Encik Khir Toyo yang budiman :

    Terima kasih kerana bercakap soal murtad dan keputusan tukar agama. Tapi percayalah encik khir sangat berani ketika ini kerana :

    1. Tiada jawatan dalam kerajaan.

    ReplyDelete
  11. Dr Khir,
    kuat jeritan anda ini kepada kabinet,Anda mesti di hadapan bagi membuktikan anda menentang kemungkaran dan menyokong kebenaran. kalau kjn tak dengar jugak,keluar UMNO, masuk PAS sebab saya rasa PAS bukan asing bagi anda.
    Kawan saya orang Sg Besar kata'Almarhum ayahanda adalah penyokong PAS' maaf kalau saya terkhilaf tentang ini. Salam untuk dr khir.

    ReplyDelete
  12. Salam Dato’ Seri,
    Saya merupakan belia yg telah menetap di K.L dan Selangor hampir 22 tahun. Baru-baru ini, perihal kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu, penggunaan nama Allah sering diperdebatkan. Tenyata sokongan saya berpihak pada kerajaan BN.
    Di sini, apa yang ingin saya utarakan adalah kekeliruan tentang peruntukan pembinaan tempat ibadat ataupun pusat konvensyen bukan Islam yang gah lagi serba moden. Maksud saya adalah, pembinaan “The Calvary Convention Centre” di Kinrara,Selangor.
    Terdapatnya slogan ‘adanya harapan’ yang dapat dilihat pada papan tanda di tapak projek tersebut. Setelah diteliti, ia adalah projek pembinaan Pusat Konvensyen Majlis Gereja Calvary. Ia berupaya memuatkan 5000 kerusi untuk kegiatan pendidikan dan latihan Kristian khusus untuk golongan muda Malaysia. Jumlah keseluruhan kaki perseginya pula kira-kira 600,000 sq. Selain itu, ia juga dikatakan akan menjadi pusat konvensyen Kristian terbesar di Asia.
    Adakah projek seumpama ini yang secara terang-terangan menafikan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia sesuai?
    Adakah ia diluluskan oleh kerajaan BN pada penggal lepas ataupun Pakatan Rakyat pada ketika ini?
    Secara umumnya, ahli dewan undangan negeri Kinrara merupakan Miss Teresa Kok!
    Diharap penjelasan dapat dilakukan.

    ReplyDelete
  13. salam dato
    kadangkala kita melihat isu agama seperti isu politik maka jadi politiklah agama itu..kesilapan kita lakukan hari ini akan di pertikaikan nantinya jika keputusan yang kita buat tidak betul .

    adakalanya kita menilai keputusan kita hanya di kalangan kita seperti keputusan kabinet terhadap isu itu sedangkan keputusan itu boleh atau tidak kita implementkan sebagai realiti bila sebahagian besar dari kita yang tidak setuju.

    tidak setuju bukan beerti menentang secara total tetapi lebih kepada meminta untuk di nilai semula kewajaran keputusan kita bimbang nantinya kita akan di martabatkan sebagai pembuat dasar yang silap.

    saya besetuju kabinet tidak sewajarnya mendahului keputusan mahkamah kerana ini juga salah satu faktor mendorong masyarakat tidak menghormati undang-undang bila kuasa kabinet di ambil kira sebagai pembuat atau pemberi kata putus sebelum di putuskan.

    janganlah kita mengajak masyarakat menghormati undang-undang sekiranya undang-undang itu boleh di kabinetkan oleh sebahagian dari orang-orang yang di beri kuasa merangka keselesaan,kesempurnaan serta mencorak masa depan masyarakat kita menjadi masyarakat yang benar-brnar sayangkan negara

    ReplyDelete
  14. i agree with Dtk.Khir Toyo that this issue should have been left to the court to decide.The Government was too quick to jump the gun as the matter is sensitive and should have been handled with care and discussed the whole issue at great lentgh before making any decision.i can assure you that many a Muslim is disappointed with the decision made by the Government.

    ReplyDelete
  15. Dr Khir

    Pertama
    Adakah pihak kerajaan tidak mendapatkan maklumbalas dari pihak agama sebagai contoh Mufti,JAKIM dan badan agama Islam lain.

    Kedua
    Apakah indikator yang kerajaan gunakan untuk membenarkan hak-hak beragama bagi kanak-kanak di bawah umur ini?

    Ketiga
    Kenapa kerajaan terlalu tergesa-gesa (saya fikir) untuk mewartakan (barangkali?) perkara ini. Adakah penasihat Agama Islam sudah menasihati dan memberikan pandangannya secara tepat dan jitu?

    Keempat
    Cukuplah tindakan yang tergesa-gesa ini.Jangan jadikan pihak kerajaan seperti tiada kreadibiliti dalam membuat keputusan.Kalau tanggunhkan sebulan dua pun tak mengapa,yang penting keputusan ini perlu mendapat pandangan beberapa pihak yang bijaksana dalam hal ehwal Agama Islam seterusnya mendapat output yang terbaik.

    ReplyDelete
  16. Apa yang penting.. macam kata2 dalam cerita p.ramlee... "seperti tarik rambut didalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak..." so, kita perlu bijak menangani hal ini.

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  17. Dato' Seri,

    Syabas Dato' Seri pemikiran semacam ini lah yang dikehendaki oleh rakyat. Berani dan tegas mempertahankan maruah agama dan bangsa.

    ReplyDelete
  18. sdra DRKT
    cara yg terbaik adalah Zamry dan Nizar berunding dan mengadap Sultan meminta pembubaran DUN dan diadakan semula pileharaya di Perak TETAPI adakah Nizar mewakili 18 Adun DAP ,adakah Nizar ( PAS hanya 5 kerusi ) mempunyai kuasa defacto bukannya kuasa kuda dibelakang beliau
    Bagi pilehanraya DAP akan meletakan calun Melayu yg bakal menjadi MB bagi DAP

    ReplyDelete