Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, April 6, 2009

Menggantung Harapan Demi Pembaharuan

1. Esok para pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air akan membuat keputusan dalam menentukan hala tuju pembangunan tempat mereka dan juga senario politik tanah air.

2. Di Bukit Gantang percaturannya lebih hebat apabila ia dilihat membabitkan perubahan kerajaan negeri, isu pemberian tanah hak milik kekal serta isu penderhakaan terhadap Tuanku Sultan Perak.

3. Saya mempunyai perasaan yang lebih di Bukit Gantang kerana di situlah saya mula menjadi ahli UMNO.

4. Pengundi di Bukit Gantang mempunyai kesetiaan yang tinggi kepada BN sehinggalah dalam pilihan raya lalu. Mereka tetap memilih Barisan Nasional biar pun beberapa calon sebelum ini merupakan calon bukan anak tempatan. Malahan di kalangan pengundi UMNO juga dengan rela menerima calon Gerakan pada 2004 sungguhpun kawasan tersebut merupakan majoriti Melayu.

5. Namun pada 2008, perkara tersebut tidak terjadi. Antara alasan yang diberikan ialah pengundi mahukan calon anak tempatan. Justeru kali ini BN mencalonkan anak tempatan yang telah berjaya menjawat beberapa jawatan tinggi sebelum ini, Saudara Ismail Saffian.

6. Kebolehan Ismail Saffian sebagai pemimpin dan pentadbir sudah teruji. Pada usia 49tahun, Ismail Saffian bolehlah dilihat sebagai calon yang boleh bergaul bersama generasi muda serta memahami generasi tua.

7. Saya percaya beliau mampu memberi perkhidmatan yang terbaik jika diberi peluang.

8. Selebihnya, saya berharap pengundi di ketiga-tiga pilihan raya kecil dapat memberi sokongan kepada BN. Memang benar kita ada melakukan beberapa kesilapan dan dilihat tidak memahami aspirasi rakyat. Tapi telah banyak perkara dilakukan oleh kerajaan sejak selepas pilihan raya lalu untuk membetulkan kesilapan itu.

9. Hari ini arus pembaharuan telah bertiup kencang di dalam UMNO dan kerajaan. Kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk melakukan pembaharuan dalam pentadbirannya membuktikan beliau prihatin dengan masalah rakyat.

10. Kembalinya Tun Dr. Mahathir Mohamad ke dalam UMNO dan turun membantu kempen pilihan raya kali ini membuktikan bahawa arus pembaharuan ini sedang mengalir deras dalam parti dan kerajaan.

11. Bukan mudah seorang negarawan seperti Tun untuk kembali memberi sokongan kepada BN dan kerajaan jika beliau tidak benar-benar yakin dengan kepimpinan baru.

12. Saya juga berharap BN dapat menang di ketiga-tiga kawasan bagi memberi keyakinan kepada pelabur asing dan juga tempatan. Ketika ekonomi dunia dalam keadaan tidak menentu, kekalahan BN di ketiga-tiga kawasan kali ini akan memberi isyarat yang tidak baik kepada masa depan BN.

13. Pelabur tidak akan membuat pelaburan besar jika mereka tiada keyakinan terhadap kestabilan politik dalam negara. Memang benar ketiga-tiga pilihan raya ini tidak mengubah kedudukan kerajaan, namun ia boleh memberi isyarat yang tidak baik kepada para usahawan.

14. Justeru adalah penting untuk pengundi memberi ruang dan peluang kepada Datuk Seri Najib dan BN untuk memulakan sesuatu yang baru dengan sokongan yang padu. Ini akan memberi keyakinan kepada pucuk pimpinan baru negara.

15. Selamat mengundi.

34 comments:

  1. Belum lambat rasanya saya nak ucapkan takziah kat Dato kerana kecundang kat PAU tempoh hari. Seperti kata Dato Ali Rustam...dunia belum kiamat.
    Tentu banyak belanja dihabiskan untuk bertanding..peduli apa buat duit kita...semoga berjaya.

    ReplyDelete
  2. DR Khir,

    Saya memang berharap PR menang ketiga-tiga pilihanraya...rakyat kini matang and tahu memilih siapa pemimpin yang benar benar berjiwa rakyat dan yang menjaga kepentingan sendiri..

    ReplyDelete
  3. Salam DS,

    HIDUP TUN MAHATHIR....!!

    KERJA KERAS DS...Menangi hati rakyat...nanti kita rampas balik Selangor...
    Tapi lepas tu....jangan lupa rakyat lagi...telinga kena PEKA! Kami sekarang ni DS hidup susah...dibebani berbagai-bagai dasar kerajaan yang antaranya tidak membantu rakyat tetapi ...entahlah...malas nak cakap..
    Janji nak turun harga barang...habuk pun tak de! Tambang bas lagi naik...Jenayah sana sini tapi kerajaan senyap jer....Pengangguran sana sini tapi masih lagi dok bawa masuk pendatang tu...tak kira la dengan izin ke tak izin...yang TAK IZIN TU...kena la pantau banyak-banyak...akta kalau sabit kesalahan.. memang takut kalau dengar tapi penguatkuasaan???
    VCD haram??? melambak kat tepi-tepi jalan...Polis lalu siap beli lagi..!!Bukan nak cakap bohong...!!Nak saya report? Buang masa jer...nanti kami yang kena balik...!!
    Kata nak haramkan semua iklan arak by the year 2005 (kalau tak salah saya)..tapi saya tengok...sign board baru dengan jenama TIGER..CARLSBERG DAN ENTAH APA LAGI.. naik bersama naiknya restoran baru bukan Melayu disamping restoran lama yang memang terpampang iklan-iklan arak tu...
    K
    Kisah remaja-remaja Melayu yang buang anak bersepah sana-sini?..jangan cerita la...hari-hari keluar surat kabar sampai TAK TERKELUAR LAGI...tak cukup pulak ruang untuk berita lain...Kenapa yer? Kan kerajaan laungkan Islam Hadhari...!!!Nak saya huraikan?? penatlah!
    Kes bunuh? Jenayah la tu...DS tau tak,....dah banyak rumah sekarang ni kena pasang grill luar dalam...sampai bilik pun kena grill...kami dah macam duduk dalam penjara....pintu tak boleh buka...nak ambik angin segar pun tak boleh...takut kena parang kat leher...Saya pegi ziarah makcik saya kat Tmn Melawar baru-baru ni...makcik saya kata siang group ragut dok meragut kat taman tu, malam pulak group lain...masuk ikut bumbung...pecah rumah...anak makcik saya dua orang kena rompak...satu kena ikat satu family siap parang kat leher..yang satu lagi..kena samun depan rumah...keluar jer kereta terus peragut datang...Rumah saya?? Naik hancur pagar saya asyik kena potong..orang masuk rumah tak tau dah berapa kali...Kawan saya pun kena rompak...penyamun letak parang kat leher bapak dia...dan terpaksalah dia menderma dengan tak rela hati...!!!!!!!!!Agak-agak DS lah...pemimpin tau tak semua ni?
    Kisah kereta potong? Puspakom memang tak lulus kalau masa check tu dia dapati kereta tu kereta potong tapi DS tengok kat jalan-jalan kita...sepanjang jalan ada bengkel kereta potong...Siap macam-macam model kereta lagi...pilih aja macam beli baju kat pasar malam...Tapi separuh badan kereta aja...itulah namanya KERETA POTONG sebab separuh badan lagi dah kena potong dan sambung dengan badan kereta kita yang kena potong jugak!!Jadi la sebijik kereta.!!Hebat teknologi kita!!macam mana ni DS? Mana satu? Mungkin tak cukup kakitangan nak serbu bengkel tu...Kalau dah accident dan maut...kecoh lah polis kita bagi statement...POLIS DAPATI KERETA TERBABIT ADALAH KERETA POTONG///!!....bla..bla...Secara tak langsung juga banyak la pencuri-pencuri kereta dok curi kereta dan leraikan komponen jual kat bengkel kereta potong..
    Apa lagi nak cerita...!!
    Cerita pasal remaja lelaki Melayu banyak kat Universiti SERENTI???..Agak-agaknya kenapa yer DS? Salah mak bapak? Pun ada jugak...tapi bukan 100%...Budak-budak yang tercicir ni tak tau apa nak buat... memang banyak program yang kerajaan anjur...tu kita puji...bagus dan terima kasih..termasuk bawa mat rempit terjun kat kutub utara tu!!!Tapi kan DS..kat tempat saya dan banyak tempat lagi...JKK dah berbelas tahun berjuang nak dapat padang bola...!!!susah sungguh...!!!Almaklum..padang bola bukan buat untung...tak de percent! Bukan DS! Saya tak tuduh!Saya tau DS tak buat..tapi mereka-mereka yang sewaktu dengannya!!! Semua orang pun tau apa!!DS tau tak kat kg saya...dewan orang ramai tu dah bertahun-tahun terbiar...tiba-tiba masa nak PRU12 dewan tu dibaikpulih siap kawasan rekreasi kat sebelah dewan tu lagi...Lepas pilihanraya..dari luar dewan dah nampak siap..tapi bila call YDP dia cakap kontraktor belum serah kunci...sampai la sekarang ni...dewan tu terbiar lagi...puas kami call nak tanya bila boleh guna...nak main badminton malam-malam, nak guna untuk latihan taekwando untuk anak-anak kami dan macam-macam aktiviti lagi...last-last YDP pun malas nak layan kami...
    Taman rekreasi tu?? Dah siap tapi macam lepas batuk kat tangga..longkang tersumbat sana sini...jentik-jentik jangan cerita...Siap ternak lagi...Lepas tu surat kabar pun keluar berita....PENINGKATAN DEMAM DENGGI MENDADAK DI SELANGOR!!! Memang bukan tempat tu satu yang menyumbang...tapi banyaknya parit-parit yang dibawah selenggaran PBT..Mungkin DS dah tak jadi MB..so tak de hadiah penyapu..maka PBT tak kisah..bolehlah sambil lewa jer...
    Akhir sekali TERIMA KASIH sebab DS mengujudkan blog ni dan beri peluang kami komen. Kami boleh terus dengan pemimpin..Harap DS bawa lah perkara ni ke ATAS! Benda-benda ni dan banyak lagi komen dari orang lain yang buat kami marah...!!Kalau pemimpin atasan melihat kepada perkara-perkara yang menjadi permasalahan rakyat tak mungkin PRU12.. BN tersungkur!!! Kami faham bukan semuanya kami mahukan kesempurnaan tapi adanya usaha membela rakyat yang menjadi rungutan ramai oleh pemimpin itu sendiri tentunya dapat mengembalikan keyakinan dan sokongan kami kepada BN..
    DS tau tak masa PRU12 ramai yang menangis (orang BN la tu) bila berita tak rasmi kami ketahui kawasan-kawasan berhampiran kami kalah? Tapi mereka ni berkata SEMOGA INI DAPAT MENGAJAR PEMIMPIN BN YANG SELAMA NI DOK LENA!Kami Marah!!Banyak benda buat kami marah..antaranya yang saya senarai dan ramai lagi yang senarai...dimana-mana...surat kabar, media elektronik, blog-blog jangan cerita...!!!Macam-macam luahan hati rakyat kita dengar!!1Sampai dah tak ada budi bahasa lagi..Marah sangat la tu!!
    Harap semua ni dapat mengubah sifat sebilangan besar pemimpin kita yang gila kuasa dan lupa diri...Kami menanti perubahan dan ingatlah...kuasa kami mampu menumbangkan kerajaan..So jangan lupa diri masa berkuasa! Selama ni kami diperbodohkan tapi kini tidak lagi...Kami sudah penat!
    Akhir sekali saya mohon maaf jika terkasar bahasa. Sekadar luahan yang mewakili ramai lagi penyokon BN! Kami senada!
    Terima kasih sekali lagi DS kerana beri kami peluang berbicara...
    Terima kasih sumbangan DS masa jadi MB dulu...Saya tau banyak sumbangan DS pada Selangor dan saya hargai..Cuma mohon pemimpin jengok-jengoklah kebawah...rapatkan jurang antara pemimpin dan rakyat yang dah lama terpisah. Adakan banyak aktiviti antara pemimpin dan rakyat...
    Salam..
    Semoga DS Najib mampu bawa perubahan..amin

    ReplyDelete
  4. Mudah2an, kejayaan berada di pihak kita. Peace BN..

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  5. Salam Datuk DK,

    Datuk berharapkan (bulan jatuh ke riba?) rakyat menyebelahi BN setelah bermacam-macam isu dikaitkan dengan UMNO terutama kes rasuah Datuk dalam perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Datuk boleh tersenyum lebar dilepaskan dari tuduhan tersebut, tetapi tidak bermakna persepsi mengatakan Datuk sudah sebersih-bersihnya seperti kain putih. Cuma mungkin, saya katakan sekali lagi MUNGKIN, Datuk terlepas sekali ini. Apa pun jerat tidak pernah lupakan pelandok, terutama musuh-musuh politik samaada dalam UMNO atau luar UMNO.

    Kalau imej UMNO sudah terpalit dengan rasuah, mana mungkin rakyat boleh lupa begitu sahaja? Jadi dalam PRK ini kita tengoklah sepak terajang rakyat pula dalam memilih calun-calun yang berintegriti dan amanah. Siapa yang kena?

    Kita tunggu jam lebih kurang 10 malam ini.

    Dalam hidup kita perlu banyak ketelusan dan bukan hipokrit macam negarawan yang baharu masuk balik UMNO itu. Kalau tidak kerana kepentingan, buat apa masuk balik UMNO. Silap-silap jadi tikus baiki labu balik (Kalau DS Najib tak ikut cadangan/pendapatnya). Sejarah zaman Pak Lah akan berulang kembali. Wal hasil balik asal.

    Sekali lagi kita lihat sandiwara TUN M dalam UMNO. Yang pasti DS Najib dan Muhyiddin adalah dalang dalam kejatuhan Pak Lah, itu persepsi rakyat. Jadi apa yang BERUBAHnya UMNO?

    ReplyDelete
  6. Salam DS..maaf jika salah ruang..cuma nak perkenalkan PUSAT RAWATAN IMANTHERAPY MALAYSIA..mungkin bermanfaat dan dapat membantu mereka yang bermasalah. Layari www.pusatrawatanimantherapy.blogspot.com atau www.tagged.com/imantherapy.Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Salam DS,
    Baca luahan pemandu teksi dalam utusan malaysia ruangan Forum hari ini 7 April 2009. Itu adalah antara luahan rakyat yang perlu di lihat pihak kerajaan.
    Sesuatu dasar yang hendak dilaksanakan hendaklah dilakukan kajian secara mendalam dan impaknya kepada semua orang bukan memberi untung kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Contoh macam kisah tong ikan hari tu...DS tanya Shahril Samad tu...Mula-mula bukan main gah...peniaga mesti tukar tong kepada yang berkualiti... beri tempoh...rayuan peniaga sana-sini menceritakan masalah namun tak diendah...akhir sekali bila peraturan telah ditetapkan...terpaksa pula tarik balik...sebabnya....fikir sendiri...Lepas tu dia sibuk letak jawatan nak bagi golongan muda pulak...tu semua wayang....dah tau tak kan terpilih baik letak jawatan dulu sebelum kena singkir...gentlemen la tu...!!!!
    Untuk DS...teruskan usaha menangi hati rakyat... moga BN menang malam ni untuk tiga by-election tu...Jangan patah semangat DS...
    Mohon maaf kalau terkasar....terima kasih beri peluang luah perasaan...

    ReplyDelete
  8. DS, Mereka yang komen2 sinis tu adalah mereka yang tidak dapat menilai mana satu kaca dan intan.Mereka adalah yang suka lihat UMNO rebah.Ahli UMNO sejati DS tak perlu risau... bila ada perubahan pasti bertaut kembali. DS!Teruskan perjuangan.. InsaAllah UMNO pasti kembali gemilang. Yang komen teruk2 tu bukannya UMNO ahli UMNO atau simpati UMNO.Tak perlu merayu kepada hardcore pembangkang kerana tiada satu yang kita buat elok kepada mereka pada hal mereka menikmati apa yang UMNO buat. Macam lepas anjing tersepit je...

    ReplyDelete
  9. ds, pasal kekalahan bn ni ape komen ds?

    ReplyDelete
  10. Jumlah majoriti meningkat dalam PRK 2 Bukit.Apakah ini signal untuk BN terus rebah dan ditolak rakyat terutamanya golongan muda?

    ReplyDelete
  11. saya sudah dapat agak, apakah berita esok hari di akhbar arus perdana selepas kekalahan BN di dua bukit dan hanya menang di Batang Ai.

    1. Kemenanagn di Batang Ai akan diwar-warkan sehabis gah semacam telah memenangi PRU dengan sapu bersih tapi berita tentang kekalahan di dua bukit ni hanya akan diwartakan pada ruangan kecil sahaja.

    2. menteri menteri akan menafikan bahawa kemenangan pakatan pembangkang bukan merupakan referendum menolak kepimpinan barisan nasional.
    sebaliknya rakyat masih menyokong barisan nasional.

    apa pun saya ucapkan terima kasih kepada semua berita berita yang dikeluarkan di media arus perdana kerana berjaya memualkan rakyat dengan bahan cerita yang disajikan dan seterusnya berjaya membuatkan rakyat menyatakan kebencian dan protes mereka tentang etika kewartawanan yang keji ini di dalam undi mereka pada PRK . tanpa berita berita meloyakan ini sudah tentu pakatan pembangkang sukar untuk memenangi PRK tersebut...tahniah.

    jelas sekali hujah TDM mengenai kekalahn BN Pada PRU 12 lalu adalah undi protes terhadap kepimpinan Tun Abdullah

    adalah kurang tepat. ini turut dilihat apabila kemasukan belau sebagai negarawan ke dalam UMNO semula dan kempennya tidak memberi kesan kepada keputusan PRK ini. sebenarnya sentimaen rakyat untuk menolak kepimpinan BN adalah kerana rakyat telah mengalami kesedaran politik yang segar di mana rakyat menolak kepimpinan yang korup,menekan dan menghimpit kehidupan mereka .ini dilihat melalui keputusan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan BN yang tidak mengendahkan langsung
    keperluan dan survival marhaen kebanyakan, dan keputusan ini dilihat banyak menyebelahi pihak tertentu sahaja untuk mendapat manfaat darinya kebanyak keputusan kerajaan pemerintah.

    oleh itu rakyat melihat perubahan atau reform yang cuba dibawa oleh kepimpinan barisan nasional melalui perdana menteri baru
    hanyalah perubahan orangnya sahaja semata mata dan ini tidak ada bezanya apabila korupsi masih dibiarkan berleluasa dalam pemerintahan baru sekarang.rakyat pula akan terus bergelumang dengan masalah survival kehidupan
    akibat dasar dasar kerajaan yang membebankan rakyat. contohnya yang melibatkan harga barangan makanan yang mningkat mendadak tinggi, harga minyak , kenaikan harga tol, harga kenderaan yang terlalu tinggi akibat cukai yang tidak munasabah, masalah perumhan, dan banyak masalah lain yang kurang diendahkan oleh kerajaan barisan nasional sekarang.
    (masalah masalah ini adalah masalah yang dihadapi oleh jutaan rakyat kelas pertengahan dan kelas miskin+miskin tegar yang lebih banyak menghuni malaysia berbanding kelas berada)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..
    Melayu dah semakin bijak. Bangsa melayu akan lebih dihormati sekiranya pemimpim Melayu bukan dari golongan UMNO. Kerana sepanjang 50 tahun lebih UMNO diberi kuasa, hasil yang kita lihat sekarang bangsa Melayu tercorot dibumi sendiri.
    Kata orang "kegagalan anak adalah kegagalan ibubapanya" atau lebih tepat lagi Kegagalan Melayu adalah kegagalan pemimpin yang memimpin Melayu itu sendiri.
    Sekarang boleh lah kita fikirkan kenapa Melayu ingin maju dengan pemimpim baru yang lebih berwawasan dan bersih. Selamat tinggal UMNO. Anda semua sedah memalukan Bangsa Melayu selama 50 tahun lebih. Sehingga Melayu tak tak suka cakap melayu sendiri. Melayu dah serasi dengan perkataan 'FREE, PARKING, SO, EXPERIENCE, OVERTIME, SALE, DISCOUNT, CONTROL....
    kalau la UMNO selamanya memimpin Melayu, anak-anak kita dah tak paham apa itu ' percuma, tempat letak kereta, pengalaman......
    Nasib baik ramai dah cerdik.
    FIKIR FIKIRKAN LAH...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum dr

    Memang mereka belum dapat merasakan pembaharuan yang akan dibuat oleh kerajaan,jadi mereka tetap mahu melihat pembaharuan yang akan mereka nikmati dari PR.

    Pemimpin akar umbi mesti bersedia dari sekarang,"dari rakyat untuk rakyat" jangan ade rasa kalau aku buat nanti orang lain yang dapat.

    Habuan dari Allah jua yang memberi nikmat tidak terhingga.

    ReplyDelete
  14. Macam nazak je be end. kena berubah betul betul ni DS.

    Terima kasih kepada dasar BN yg bagi peluang kepada budak2 melayu belajar tinggi2. Tapi adatnya cam tu lah, bila belajar tinggi, expectation pun tinggi. Malu lah tengok BN cuma mampu menang kat ulu sarawak sempadan indonesia tu. kawasan orang tak berapa berpelajaran.

    cam ni lah DS, action speaks louder than words. kata mesti kota. kalau tak berubah rebah. Saya doakan Selamat berubah!

    ReplyDelete
  15. DS,
    Saya sarankan DS cari kerja lain lah bagi saya perjuangan dalam BN sudah berakhir, buka klinik gigi lagi baik. Dulu dah bagi peluang DS betul-betul guna peluang tu, sekarang nak dapat peluang tu dah tak de lagi lar... so buatlar kerja amal pulak.. Buat gigi palsu percuma.Mana tau dari kerja amal merobah pandangan dan sokongan

    ReplyDelete
  16. Dato' Seri,

    Apa dah jadi ni.....fikir-fikirkan lah Dato Seri

    ReplyDelete
  17. 11. Bukan mudah seorang negarawan seperti Tun untuk kembali memberi sokongan kepada BN dan kerajaan jika beliau tidak benar-benar yakin dengan kepimpinan baru.

    KEH!! KEH!! KEH!!
    TUN M TU HAPRAK..
    ADA UDANG DI SEBALIK MEE...

    =========================================

    Nama-nama lain yang disebut-sebut akan membarisi kabinet baru termasuklah ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang dijangka menerajui kementerian belia dan sukan.

    ReplyDelete
  18. Salam DSKT,
    Saya masih belum nampak apa reform yg UMNO BN nak buat. Macam sama ajer setakat ni. Tapi kalau jelas reform tu, confirm PR boleh dikalahkan. Betul tak. TQ.

    ReplyDelete
  19. salam,,,pandangan saya mudah sahaja.
    Selagi pemimpin umno/bn tidak di lihat bersih dan tidak menjawab banyak persoalan semasa (isu altantuya/rasuah/diskriminasi kaum/ideologi politik) selagi itu rakyat marah,benci,meluat dan tidak akan menyokong BN dan umno. Umno perlu Islamik dan jgn bertindak kurang ajar dan media juga mesti dilihat adil dalam menyebarkan berita,spt tv3,tv1 dan bernama. Hanya astro awani nampak lebih neutral dan benar dalam berita. Jangan ambil mudah perkara ini jika mau melihat Melayu akan cemerlang gemilang.

    ReplyDelete
  20. akhirnya pakatan menang di semenanjung dengan majoriti bertambah dibukit gantang bertambah hampir 80%...

    sila buka mata pemimpin BN...

    kerajaan yg baik kita sanjung...
    kerajaan yg jahat kita sisih...

    cukuplah apa BN dah buat...
    belajar dari kesilapan...

    mana yg baik utk rakyat kami rakyat akan
    pangkah utk pilihanraya nanti...

    jika BN mahu berubah..
    pasti ramai akan kembali megundi BN..

    tapi jika masih di takuk lama..
    maaf jika saya katakan BN akan kecundang pula di PRU13

    ReplyDelete
  21. Syukur dan terima kasih kepada Negarawan Ulung MalaysiaBoleh Tun M kerana menyumbang kepada kejatuhan BN (lagi!) di BG. Semuga ianya dijadikan iktibar oleh DSKT.

    wong jowo sepang

    ReplyDelete
  22. He...he...he..

    dato' seri kalah salahkan PR pasal Isu Balkis

    sekarang ni BN menang atas 2 bukit Dato'seri nak salahkan sapa pulak ?
    Tak perlu berselindung lagi Wahai Pemimpin - pemimpin UMNO dan BN....
    jelas ia adalah referendum rakyat menolak kepimpinan BN..........

    ReplyDelete
  23. Kestabilan politik boleh dicapai pada bil-bila masa. Cuma pihak yang trauma kehilangan kuasa yg selalu berkata begitu. Janganlah bila kita hilang kuasa kita kata politik tak stabil. Rakyat mahukan perubahan. BN tak dapat berikan perubahan yang dicari. Walaupun dah 50 tahun dan sekarang masih berkuasa tapi masih tak berubah.

    Rakyat mahukan :
    1. kerajaan yang adil.
    2. Kebebasan berdemokrasi (Bukan BN saja bebas yg lain disekat)
    3. Badan kehakiman dan penguatkuasaan yg bebas dan bersikap adil.

    Kalau BN tak dapat berikan 3 perkara ini, Selamat Jalan Romeo!

    ReplyDelete
  24. Kelakar ya, Muhyidin (Pengarah P/raya Baru ni), dulu sibuk belasah Pak Lah... kata.. Nak Lantik Badan Bebas..

    Tak payah badan bebas... Tanya Prof Agus & Dr Abu Hassan Hasbullah jer dah cukup.... @ pun suruh mereka buat kertas kerja...

    Tanya saya jer saje sebagai rakyat biasa bole bagi lebih 20 sebab kenapa rakyat masih menolak BN..

    1) Media Perdana - Langsung tak belajar dari PRU12. Berat sebelah..
    2) Minyak naik 78sen - Ini yg paling terkesan sekali ke atas rakyat...
    3) Dr tgk la sendiri panel2 jemputan mengulas sesuatu perkara spt orang yg tak dpt menerima hakikat. Denial Syndrom masih kuat (w/pun ada PHD).
    4) Najib kata tiada lagi projek 'mee segera' sewaktu PRK.. Tapi...tgk sendiri la..
    5) Jentera2 pembangkang memang tidak mengharapkan apa2 balasan semasa berkempen terutamanya PAS..
    6) Pandangan rakyat ke atas SPR & SPRM masih tak berubah...
    SPR - Tak logik tak bole adakan PRK hari Sabtu..
    SPRM - Siasatan terpilih, apa jadi dgn kes VK Lingam..
    7) Dr tgk la apa yg Mahathir buat keatas Pak Lah.. keterlaluan benar..
    8) Politik wang sudah sebati - even di akar umbi. No money no talk.

    Banyak lagi la Doc... penat nak tulis..

    p/s - Sy percaya Dr seorang yg ikhlas buat kerja.. Sy saran kan agar Dr laku kan nya melalui NGO, nescaya akan lebih berkat & mantap, insyallah.

    ReplyDelete
  25. tak zarra salah tu,,,utusan kata bn 1 ,pas 1 ,pkr 1 jadi konon2 semua serila tu.....utusan wak lawak lagi

    ReplyDelete
  26. BN TERUS KALAH... PR SUDAH MENANG BUKIT GANTANG KAMI TAWAN NANTI MALAYSIA PR AKAN TAWAN YA..TAKBIR.

    ReplyDelete
  27. Dr Khir

    Kali ni BN tak berjaya lagi,tapi bukan kalah.Sebab BN tak hilang apa-apa pun.BN kena muhasabah.Fikir balik kenapa kita tak berjaya menguasai apa yang milik kita dulu.Saya rasa lah,di Bukit Gantang hari tu patut letak calon popular dan berpotensi.Sebab saya tengok popular lebih baik.Saya dengar hari tu BN nak letak Tan Sri Jins Shamsudin.Kalau letak beliau bertanding saya rasa Nizar boleh bungkus.

    ReplyDelete
  28. Dr Khir,

    Saya merujuk kepada kekalahan BN [ Baca UMNO ] di pilihanraya kecil Bkt Selambau dan Bkt Gantang kelmarin.Analisis awal mengatakan bahawa pengundi Bukan Melayu menyokong PR hampir 70% menyebabkan UMNO gagal memenangi pilihanraya tersebut.

    Kita kena sedar bahawa kita telah melakukan kesilapan bodoh dengan membuat persempadanan semula pada masa lalu dengan menjadikan undi Bukan Melayu sebagai undi PENENTU.Pada masa dahulu kita merasakan orang Bukan Melayu akan sentiasa solid menyokong BN [ UMNNO ] menjadikan kita membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya dan menjadikan parti PAS sebagai mangsa kita.

    Sepatutnya walaupun UMNO dan PAS sentiasa berbeza pendapat tetapi masing2 ahli parti ini adalah orang Melayu Islam.Janganlah kerana kita benci terhadap PAS maka kita telah membuat sesuatu yang merugikan bangsa kita sendiri.

    Sepatutnya persempadanan semula pilihanraya harus menguatkan kawasan majoriti Melayu!Bukannya kerana UMNO dan PAS bertelagah..kita memecahkan kawasan dengan bertujuan untuk melingkupkan PAS atas harapan bahawa orang Bukan Melayu akan cenderung mengundi UMNO!

    Inilah akibat yang kita dapat lihat apabila kita terlalu percaya pada bangsa asing pada masa lalu dan kini mereka menikam kita sama seperti YAHUDI!

    ReplyDelete
  29. Salam DS, maaf jika saya mengatakan bahawa BN hari ini umpama 'syok sendiri'. Asal ada by-election, kerahkan 'jentera' dan 'akar umbi' ke sana ke mari. DS should know that kalau BN diterima rakyat, tak perlu jentera atau kempen, pasti rakyat akan mengundi. Sebaliknya tidak, rakyat still menyokong pembangkang. Why?

    Konsepnya cukup mudah DS. BN tewas kerana MEDIA. TV3, Utusan Melayu dan lain2 media pro-BN bertindak menyemai perasaan benci dan meluat rakyat. These are all 'one-way' media and the chain is BN->MEDIA->RAKYAT. These media never answer or respond to the rakyat's query or complaints about all the wrongdoings by the BN leaders.

    Whereas alternative media i.e. TV PAS, Harakah, blogs etc. these are all 'two-way' media i.e. BN<->BLOG<->RAKYAT. ANy issue highlighted will be commented or responded by at least someone in the cyberworld.

    So if the new PM DS Najib Razak does not change the operation of the existing pro-BN media, BN will never win, trust me sampai bila-bila. You will see the vote swing to BN if TV3 and Utusan Melayu become neutral in their publications.

    Anyway, for the Malay Youth out there, do not get youself involved on politics. Spend as much time as possible developing your career to improve your status of living and contribute towards building the race and nation, to ensure that in the next 20 to 50 years, the Malays should have majotiry control of the Malaysia economy. Why? Let me ask you guys a question. If you need to repair your car, do you send your car to a Malay workshop? .... you answered it well!!! Buckle Up!!!

    ReplyDelete
  30. Setuju sangat dengan pendapat dari ekang. Dalam pos-election analysis TV1 ada jemput panel tapi biasalah komen yang dia bagi memang nak jaga punggung sendiri. TV3 biasalah masih siar program yang melalaikan tapi kalau BN menang sure rancangan itu dihentikan untuk buat lintas langsung.

    Yang paling best of course ASTRO Awani. Jemput 6 panel terdiri dari ahli akademik, profesor dan pakar politik. Most of them bagi 'nasihat' kat BN and kerjaan walaupun ada nasihat agak keras.

    Macam nilah baru transparent. Thanks for ASTRO. Tapi sure ke BN or gomen nak follow cadangan dia orang.

    ReplyDelete
  31. setuju dgn abikhsan.Terang2 media2 diatas bagaikan diarah supaya menyaipaikan berita berat sebelah.x professional lansung. lihat di TV semalam astro awani menjemput pakar2 berhujah mengenai etika kewartawanan.Jelas sekali para wartawan terikat kepada arahan ketua/editor yg hanya meluluskan sesuatu berita mengikut komennye saja yg lebih kepada berah sebelah (pro kerajaan).kenapa tidak UMNO wujudkan sebuah akhbar sendiri yg boleh cerita psl UMNO 100% mcm HARAKAH & SUARA KEADILAN.jgn lah akhbar am seperti utusan,berita harian ,TV1,2,3 diganggu dgn cerita2 yg menyebelahi mereka dan kutuk pihak pembangkang.barulah adil namanya dan BIJAK..

    ReplyDelete