Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, April 2, 2009

Selcat - Alat Mencari Kebenaran atau Serangan Peribadi?

1. Seperti dijangkakan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat)yang mengadakan sidang mereka sejak minggu lalu hanyalah bertujuan memburukkan saya tanpa berminat mencari kebenaran mahu pun kesalahan. Saya katakan demikian kerana saya tidak nampak sebarang kesalahan atau perlanggaran undang-undang yang saya lakukan atas semua isu yang timbul

2. Sungguh menghairankan bagaimana sidang Selcat yang asalnya hanya bertujuan melihat sumbangan anak syarikat kerajaan negeri kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis)telah merayau-rayau ke dalam kewangan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). Aneh sekali tidak pula dipantau keseluruhan kewangan PNSB tetapi diambil bahagian-bahagian tertentu sahaja dengan niat ingin memburukkan saya.

3. Pada mulanya saya tidak berminat menjawab kenyataan-kenyataan separuh benar dalam sidang Selcat tersebut, namun memandangkan banyak pertanyaan telah diutarakan dalam blog ini, saya ingin menjelaskan beberapa perkara yang nyata tidak dijelaskan dengan baik.

4. Pertamanya adalah tidak benar PNSB diarahkan membayar perjalanan anak-anak dan pembantu rumah saya ke mana-mana lawatan kerja saya. PNSB hanya membayar biaya saya dan isteri seperti mana yang diperuntukkan oleh syarikat tersebut dan juga amalan biasa kerajaan. Seingat saya tiada satu pun perjalanan anak-anak saya dan sesiapa sahaja yang tidak layak mendapat pembiayaan menggunakan wang PNSB mahu pun wang kerajaan. Jika ada berlaku kekhilafan maka saya bersedia bayar balik.

5. Berhubung dengan lawatan ke Morocco dan dan Perancis adalah tidak benar PNSB membiayai perjalanan anak-anak saya dan penjaga anak saya (maid). Saya membayar terus kepada agensi pelancongan terbabit. Malahan agensi pelancongan tersebut juga mengesahkan bahawa beliau tidak melakukan sebarang tuntutan bayaran atas nama anak-anak saya dan pembantu rumah seperti yang didakwa.

6. Untuk pengetahuan umum, Lembaga Pengarah PNSB diberikan satu perjalanan ke luar negara pada setiap tahun sebagai ganti mereka tidak mengambil elaun bulanan. Lawatan-lawatan yang dibuat pula selalunya membabitkan pasukan teknikal dan pelaburan, Pegawai Daerah dan Yang Di Pertua Majlis bagi membolehkan lawatan tersebut memberi makna terutamanya mencari idea-idea baru memajukan negeri Selangor.

7. Jumlah kos yang besar yang digembar-gemburkan juga tidak mencerminkan fakta sebenar. Misalnya, dalam lawatan ke Indonesia yang dikatakan mencecahhampir RM 200 ribu. Jika saudara dapat membaca laporan PNSB ketika itu hampir 63 orang delegasi turut serta. Malangnya ini tidak pula diperincikan dalam sidang Selcat tersebut.

Rombongan lawatan kerja ke Indonesia yang dianjurkan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad telahpun selamat dilaksanakan pada 21-24 April 2003.

Lawatan 63 orang delegasi yang diketuai oleh YAB Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Bin Toyo, Dato' Menteri Besar Selangor ini telah membawa rombongan ke Yogyakarta, Solo dan Jakarta. Turut serta di dalam delegasi tersebut Ahli-ahli EXCO Negeri Selangor, Timbalan Speaker DUN, Ahli-ahli Dewan Undangan dan Ahli-ahli Parlimen Negeri Selangor, Ahli-ahli Politik Negeri Selangor serta Pengurusan dan Pegawai PNSB.link


8. Lawatan-lawatan yang diadakan pula bukanlah sekadar makan angin, sebaliknya ia memberi peluang ramai pegawai dan perancang pembangunan mendapat ilmu baru termasuk dalam pengurusan sungai, air dan pembangunan perbandaran baru untuk Lembah klang Kedua. Setiap lawatan ini kemudiannya disusuli laporan kepada Mesyuarat EXCO mengenai keberkesanan dan hasil-hasil lawatan ini.

9. Saya tidak akan menjawab satu persatu setiap lawatan yang dituduh kerana ia membabitkan banyak fakta yang saya tidak lagi mempunayi akses untuk meneliti sendiri. Namun saya berani tegaskan bahawa kesemua lawatan jika membabitkan ahli keluarga saya, maka saya membayar sendiri perjalanan mereka. Malahan dalam isu lawatan ke Monaco dan France juga saya membayar sendiri kos perjalanan mereka kepada agensi pelancongan terbabit.

10. Lihat sahaja hasilnya hari ini, ada dua tajuk berikut "Agensi Kerajaan Biayai Lawatan Khir ke Disneyland" (malaysiakini.com), "RM1.7 million spent by Khir Toyo's entourage on Disneyland trip" (NST)yang jelas ingin memburukkan saya.

11. Faktanya. PNSB bukanlah agensi kerajaan seperti yang didakwa. Manakala tajuk NST pula menunjukkan seolah-olah saya "berpoya-poya" ke Disneyland menggunakan duit anak syarikat kerajaan negeri sebanyak RM 1.7 juta. Hakikatnya, rombongan untuk melihat prospek membina Taman Tema di Bagan Lalang, Sepang, terdiri daripada satu pasukan pegawai yang besar bukannya "family trip" saya. Selain pembinaan taman Tema, beberapa tempat yang dilawati juga memberi ilmu pengetahuan kepada para pegawai daerah mencari idea baru membangunkan daerah mereka.

12. Fakta bahawa ia merupakan perjalanan yang mempunyai kepentingan ekonomi dinafikan. Sebaliknya apa yang mahu tunjukkan hanyalah kononnya saya menghabiskan duit rakyat membawa keluarga bercuti.

13. Dakwaan bahawa PNSB membiayai perjalanan isteri saya ke Australia untuk melihat anak saya juga adalah tidak benar sama sekali. Saya membayar sendiri kos perjalanan isteri saya ke sana. Selcat tidak sepatutnya "menyumbat" kenyataan ke dalam mulut pegawai PNSB sehingga mengelirukan umum. Jika benar PNSB membayar perjalanan isteri saya ke Australia atas kepentingan peribadi sila tunjukkan bukti dan buat laporan SPRM.

14. Ini semua dilakukan hanyalah untuk menghalalkan tindakan tan Sri Khalid menyalahguna kuasanya menngunakan wang anak syarikat kerajaan negeri untuk kepentingan politik beliau di Bandar Tun Razak (Skandal lembu Korban) dan tindakan beliau membuat tuntutan wang kerajaan negeri untuk "tinted" kereta peribadinya.

15. Memang benar lawatan teknikal PNSB nampak besar jumlahnya berbanding penyelewengan Tan Sri Khalid. Namun ia tidak sama langsung kerana yang satu mengikut peraturan, manakala yang satu lagi melanggar peraturan.

16. Selcat patut menjaga integeriti Dewan Undangan negeri bukannya menjadi alat politik semata-mata sehinggakan pertanyaan yang dikemukakan berunsur memburukkan orang bukannya mencari kebenaran.

17. Saya juga tertanya-tanya apakah Selcat selepas ini akan membuat pendengaran awam mengenai kes lembu korban Tan Sri Khalid dan isu kereta Lexus beliau? bagaimana pula dengan isu YB Ronnie Liu yang terbabit menghalang Polis dan MPSJ menjalankan undang-undang menutup pusat pelacuran?

18. Saya pasti YB Teng berani mengadakan sesi tersebut tapi apakah beliau akan mendapat kebenaran pemimpin kerajaan campuran yang lain? Jangan kerana mencari kuman di seberang lautan, bangkai gajah di depan mata disembunyikan.

61 comments:

  1. Dato, itulah sebab Dato dipanggil hadirkan diri.

    Kenapa tak datang memberi hujah disana?

    ReplyDelete
  2. Marah nampak, wahai bekas pemimpin Selangor?

    Impak drp siasatan Selcat sudah jelas -- kamu dan BN tidak akan berpijak lagi atas tanah murni Selangor Darul Ehsan! Pergi berambus!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Dr Khir,

    Dr Khir tidak perlu takut, kerana kata pepatah, berani kerana benar takut kerana salah.

    Apa yang penting di sini Dr Khir perlu buktikan kepada Rakyat Selangor bahawa semua perkara yang disiasat oleh SELCAT itu sebenarnya mengikut peraturan kewangan.

    Saya sebagai seorang yang pernah bertugas dengan kerajaan di bahagian kewangan, saya percaya akan terdapat perlanggaran peraturan kewangan samada kecil atau besar sekiranya audit dilakukan dengan betul-betul teliti.

    Kos yang membabitkan duit rakyat yang telah digunakan adalah sangat besar untuk tujuan "Lawatan Teknikal" ke kota-kota pelancungan yang sangat terkenal, pembelian jam tangan, pembelian bangunan di Arab Saudi yang perlu dijelaskan segera, gunakan kemudahan TV, radio dan akhbar2 utama...

    Pengalaman saya menyertai Lawatan Teknikal ke luar negara terutama ke "kota-kota keriangan/pelancungan" spt Tokyo, London, Paris, New York, California, Brisbane, Frankfurt, Sydney, Dubai, Disneyland dll selalunya berakhir dengan keriangan dan kepuasan melancung tanpa membawa banyak manafaat.

    Saya amat berharap Dr Khir dapat memberi kerjasama kepada SELCAT, tak perlu takut "BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH".

    Menjadi pemimpin adalah satu tugas yang amat berat yang perlu dipikul, akan dihisab oleh ALLAH taala di akhirat kelak.

    Pada zaman Rasulullah SAW jika seseorang sahabat dilantik sebagai pemimpin mereka akan menangis, tidur tidak lena takut akan akan azab ALLAH SWT. Kalau boleh mereka nak kempen "jangan pilih aku" aku takut akan azab Allah SWT (kempen terbalik berbanding sekarang).

    Akhir sekali Dr Kjir tak perlu takut kerana Sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang benar.

    ReplyDelete
  4. Salam YB Datuk Seri,

    Saya amat tertarik membaca post YB Datuk Seri. Memang benar apa yang YB Datuk kata.. Selcat tu lebih menjurus kepada "Kami tak buat.. Mereka yang buat..." nak mencari salah seseorang je.. apakah mereka tu telus... macam kenyataan Tan Sri Khalid.."Salahkah saya nak bersedekah?" saya rasa la kalau nak besedekah saya rasa lebih AFDAL jika disedekah duit kita sendiri.. keluar zakat dengan harta sendiri.. kenapa 'sedekah' menggunakan duit rakyat?

    Pasal SELCAT ni cuma nak mengaburi mata rakyat Selangor sahaja... Saya tidak nampak sebarang ketelusan pun... Kononnya Selcat ni Lebih Baik dari SPRM..

    erm...
    Betul kata Ayahanda Tun Dr Mahathir.. Perjuangan belum selesai.. Umno perlu mencari jalan mengembalikan perpaduan MELAYU... Perkasa juga tidak begitu kuat untuk menarik minat Melayu..

    Saya sertai doa ke atas perjuangan YB Datuk Seri..

    Wassalam...

    ReplyDelete
  5. Asmlkum Dato' ....!!! saya adalah salah seorang
    penyokong BN dan rakyat selangor bila membaca
    laporan SELCAT...saya begitu keliru dan sungguh
    sedih bila wang rakyat digunakan begitu mudah
    dan dicurah bagaikan air.Sementelahan pula dato seperti melarikan diri dari tanggungjawab untuk menjawab segala fakta dan bukti yg telah jelas dan terbukti.Mengapakah dato tidak mahu hadir secara gentelmen dgn SELCAT bg menjawab segala tuduhan tersebut...berani kerana benar takut
    kerana salah....!!!!

    ReplyDelete
  6. Dear Datuk Sri,
    Sekiranya ada amklumat yang tidak benar yyang di tohmahkan, kenapa tidak Datuk laksanakan kes saman malu saja macam Teresa Kok kepada Utusan? Terutama sekali kes yang melibatkan isteri Datuk Sri melawat anak di Australia. Sangat mudah sekali DS dapat membuktikan sebab boleh di sahkan dengan pembayaran cek, kad kredit dan disokong dengan resit oleh agensi pelancongan. Saya sangat berhapap DS saman mereka supaya dapat membersihkan nama DS. Kalau DS tak berbuat demikian, saya akan mirip mempecayai Selcat kerana mereka telah mendapatkan bukti. Tak kisah samada ia berunsur "selective reporting". Walaupun separuh benar pun menunjukkan ada kebenaran.

    ReplyDelete
  7. saudara dr,
    sekiranya kenyataan tersebut merupakan satu fitnah, diharapkan pihak saudara kemukakan saman fitnah.Ini bagi membersihkan imej dan reputasi saudara yang kian tercemar dgn skandal2 rasuah yang terpalit semasa saudara memerintah

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Alhamdulilah atas penjelasan DS. Saya rasa penjelasan ini adalah amat penting bagi membersihkan nama DS dan juga menghalang individu tertentu daripada memperalatkan jentera kerajaan bagi tujuan politik peribadi.

    Berbeza antara kes ini dengan kes lembu, saya berpuas hati dengan penjelasan DS. Sebaliknya saya masih belum dengar apa-apa penjelasan munasabah dari orang tertentu yang terlibat dalam kes lembu.

    Semoga DS banyak bersabar. Andainya DS dipihak yang benar, insha Allah kebenaran akan berpihak pada pihak yang benar.

    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Saudara telah memilih untuk menjawap di dalam blog. Kenapa tidak hadiri sahaja Selcat dan berikan penjelasan yang diperincikan di atas? Adakah saudara rasakan lebih selamat menjawap di dalam blog di mana kenyataan saudara tidak boleh dicabar?

    ReplyDelete
  10. Saudara,

    Ini sebenarnya.Secara peribadi, I tidak suka tingkah laku saudara tapi dalam hal ini saya sudah muak dan loya dengan perangai anggota Pakatan Rakyat yang hanya ingin highlight kesalahan orang lain kononnya tapi pelaksanaan projek atau usaha baru langsung tiada. Kalau benar rombongan terdiri daripada lebih dari 63 orang maka saya sarankan agar laporan polis dibuat kerana memang jelas PR ingin mengelirukan rakyat dengan pembohongan besar.

    Lagi satu, saya sarankan agar nama Pakatan Rakyat cepat cepat didaftarkan supaya PKR,PAS dan DAP tak dapat gunakan.

    ReplyDelete
  11. come on la, beritahu jujur la..

    Tahu hati tipu, jangan la bodek bodek

    ReplyDelete
  12. Dato from the live interview what we see PSNB still cover up a lot of thing......kalau semua ikut peraturan PSNB must show all the document...baru rakyat puas hati....

    ReplyDelete
  13. Tahniah Perdana Menteri Malaysia ke-6;
    Najib Razak

    -azienmat-
    (03 April '09)

    ReplyDelete
  14. Dato'Seri

    Ya sing aman, usah gadoh-gadoh toh. Kadang-kadang wong wes kalah, dilihat lemah sahaja, dan terus-terusan disepa-sepak. Bukankah sifat orang macam itu. Kalau tidak, masakah saidina hamzah boleh dibunuh dan cincang hatinya, bukan?

    OLeh itu, langkah yang sebaik-baiknya yang Dato' buat ialah:

    1. Ambil peguam, tangkis isu tersebut dalam blog ini, tetapi yang menulis dalam blog ini biarlah pakar dalam bidang komuniksi dan saikologi.

    2. Ambil tinakan undang-undang terhdap semua tuduhan yang tidak benar itu satu persatu, biar orang yang menuduh itu menjadi bangkrap

    Langkah-langkah ini telah dibuat orang pun seperti Lee Kuan Yew. Mengapan tidak dato Seri?

    3. Dato' jangan kuat sangat membuat kritik walaupun itu benar, sebab saikologi manusia ini, tidak minat sangat mendengar bunyi-bunyi atau sound-sound yang ala-ala merungut. tetapi manusia ini suka ala-ala merdu, hiburan dan manis-manis, yang ada harapan dan menyenangkan.

    Sebab itu, perempuan-perempuan utamanya suka film hidustan. Ada lawak-lawak, khalayak suka sangat mendengarnya, atau yang ala-ala bisik-bisik atau gosip-gosip. Huh minat sangat. Tetapi kalau news itu terdedah, orang tak ambil perhatian pun. Orang suka yang silak-silak sahaja.

    4. Dato' buat statment itu pendek-pendek sahaja, tapi mengena, dan orang yang mengikutinya mencari sendiri akan sambungan... tapi dato' buat yang muqadidmah sudah.

    Ini yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir.

    Insya Allah Dato'... okey punya.

    ReplyDelete
  15. Dalam isu ini saya percaya Datuk Seri telah difitnah.

    ReplyDelete
  16. Puan Rahayu dan Encik Mohd Faisal,

    1. Saya tdk menghadiri Selcat kerana ia mahu membincangkan isu sumbangan anak-anak syarikat kerajaan negeri ke akaun Balkis. Saya bukan ahli Balkis mahu pun CEO mana-mana anak syarikat kerajaan negeri, jadi tiada sebab untuk saya hadir.

    2. Jika saya hadir pun tidak mungkin saya dapat menjawab segala isu tersebut secara spontan yang membabitkan masa bertahun-tahun lalu. Perlu saya buat mencari keterangan dan bukti terlebih dahulu.

    3. Bagi saya apa yang dibuat oleh Selcat hanyalah untuk mencari publisiti murahan dengan "menyerang" pentadbiran saya yang lalu tanpa sebarang bukti nyata. Saya percaya jika ada salah laku, sudah lama kerajaan campuran di Selangor atau AMK membuat laporan polis dan sprm.

    4. Apa yang dibuat oleh Selcat ini bolehlah kita anggap seperti tak dapat tanduk, telinga juga mahu dipulas.

    5. Jika mereka fikir dengan melakukan serangan semberono ini saya akan berhenti mengkritik kerajaan selangor, minta maaflah, saya akan terus menjalankan tugas saya.

    ReplyDelete
  17. Saudara Ishak99,

    Saudara sepatutnya mencadangkan kepada Selcat agar membuat laporan SPRM jika PNSB membayar penerbangan isteri saya ke Australia untuk tujuan peribadi iaitu melawat anak saya yang sakit.

    Tugas membuktikan kesalahan ialah di pihak Selcat bukan saya. Hanya jika ada bukti menunjukkan berlaku salah guna barulah saya perlu mengemukakan bukti menafikan tuduhan mereka.

    Apa yang berlaku sehingga hari ini ialah tiada bukti yang nyata kecuali kenyataan-kenyataan yang bersifat kabur dan menuduh semata.

    Adalah tidak logik untuk saya mencari segala bukti resit dan sebagainya hanya untuk menjawab tuduhan karut mereka ini.

    Beban membuktikan terletak kepada orang yang membuat dakwaan bukan kepada orang yang dituduh. Jika ada kes atau prima facie barulah saya perlu mengemukakan bukti saya pula.

    ReplyDelete
  18. Dato' seri,

    Saya percaya kepada kepimpinan BN berbanding PR kerana kejayaan mereka memimpin Selangor bukanlah disebabkan kekuatan PR.

    Kepada penyokong pembangkang, janganlah terlalu taksub di dalam blog ini kerana kalau dalam blog pemimpin pembangkang tidak ada peluang untuk berhubung atau berinteraksi dengan pemimpin tersebut melalui blognya.

    Ini bermakna segala yang buruk cuba dikenakan kepada BN tetapi malang sekali rupa pemimpin PR diindahkan khabarnya.

    Cuba anda fikir contoh terbaik kesalahan moral pemimpin PR tidak pun meletak jawatan malah dipertahankan oleh mereka tetapi kalau kesalahan apa pun dilakukan oleh pemimpin BN cepat disuruh letak jawatan.

    BN tidak sebodoh PR. Tupai lebih pandai melompat berbanding PR.

    Apa jua yang benar tetap menang yang batil termasuk fitnah tetap akan lenyap.

    Apa kata anda dituduh tanpa ada bukti anda akan berkata mana buktinya.

    Begitu jugalah dengan kes Dato' Seri ini.

    Jadi Selcat perlu mengemukakan bukti kesalahan bukannya Dato' Seri.

    Sekian.

    ReplyDelete
  19. Sdr Ravi dan sahabat bsahabat bloggers lain,

    Semalam saya telah berbincang dgn sekumpulan peguam yang akan mengambil tindakan undang undang terhadap selcat dan surat khabar yang telah melaporkan laporan yang tidak tepat terutamanya berkaitan dgn kos lawatan anak saya damn isteri saya.

    Saya telah mendapat salinan resit pembayaran daripada agensi perlancongan yang mengurus lawatan tersebut, semuanya dibayar sendiri oleh saya.

    saya maseh menunggu jawapan dari kerajaan negeri berhubung dakwaan terdapat penyelewengan dalam industri melombong pasir yang mana kerajaan camporan berjanji utk mendapatkan hasil sejumlah rm 200 juta tetapi setakat ini hanya memperolehi pendapatan hanya sekitar rm 3 juta sahaja,kemana perginya sebahagian besar pendapatan yang dijangkakan itu.

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum,

    dato' seri mohd khir toyo,

    bagi saya senang sahaja hujahnya,

    1. kalau sungguh dr. khir tidak bersalah,
    silakan panggil mana-mana peguam,
    kami semua rakyat selangor bagi tempoh dan umumkan pada media, siapa peguam itu.

    2. buktikan dengan laporan jika setiap lawatan itu berkenaan dengan lawatan kerja, kami mohon PNSB tunjukkan dokumen yang berkaitan untuk kami sendiri melihat.

    3. secara gentleman n penuh dengan hikmah, kami mengenali dato seri di kampung, apa kata dato' seri hadir, duduk bertentangan dengan jwatankuasa selcat, j/w selcat bagi semua soalan yang akan ditanyakan, dan dato' seri terus sahaja menjawab secara spontan.

    4. ingatlah dengan kuasa ALLAH Dato' Seri, ALLAH itu boleh memuliakan orang itu sekelip mata, ALLAH juga boleh menghinakan orang itu sekelip mata, maka beringatlah kerana hina manusia di dunia kerana lari dari jalan ALLAH, itu lebih dalam dan perit rasanya.

    5. kami boleh menerima jika DAto' Seri di pihak benar, kami di sini cuma mahu kebenaran. itu sahaja.

    ReplyDelete
  21. Dr. Khir, while you say you were legally right to use the money for the trips, I will want to ask you were you morally right?

    Of the 'investments' made for all your trips, have PNSB reaped any returns from it? Is there any visible returns that can benefit us Selangor residents? Surely you must remember what you learned on those trips, or were there so many trips that you don't remember them anymore? If you can't even remember what happened during those trips, what is the point of these 'study' tours?

    If Khalid Ibrahim has used government money for the 'lembu korban' and to tint his car, then he is also wrong. It is morally wrong for anyone to use the rakyat's money for their personal use.

    The money used for your trips could have been better used in so many areas to generate profit for PNSB. The money itself could have been used for an eradication of proverty program.

    Remember, in the next election, we the Selangor people will remember. You may say you were legally entitled to all those trips, but that's not good enough to win the hearts and mind of the voters is it?

    ReplyDelete
  22. Jika ada kes atau prima facie barulah saya perlu mengemukakan bukti saya pula.

    Itu kalau di Mahkamah, tapi tak kah terasa yang di kacamata awam - melalui beberapa siri berita dari The Sun, The Star dan NST berkenaan Selcat - Tuan seorang yang suka berjoli dengan duit PNSB?

    Tidakkah persepsi ini perlu di tolak melalui sumber yang sama yakni dengan cara berhadapan dengan Selcat secara terus.

    Witch hunt atau tidak, bila dah berdepan, akhbar yang membuat liputan akan dapat mengeluarkan berita yang samarata.

    Saya lihat kebanyakkan "expose" di buat PNSB dan bukannya ahli Selcat (yang juga ada anggota BN).

    Mungkin tuan terlalu sibuk dengan pemilihan tempoh hari, tapi harga yang dibayar terlalu berat bagi seseorang yang memerlukan sokongan dari pihak umum.

    Terlampau banyak senarai yang dikeluarkan oleh PNSB tentang perbelanjaan PNSB.

    Kalau berdepan, tuan dapat patahkan satu persatu dengan mudah jika memang ianya satu witch hunt.

    Akhbar yang membuat liputan juga bukannya yang diketahui anti Barisan.

    Jadi tuan akan dapat liputan yang penuh.

    Tapi sekarang?

    ReplyDelete
  23. pada saya ini bukanlah sesuatu yang baru...ia sudah lama berlaku iaitu serangan peribadi bertubi2 untuk mencalarkan seseorang pemimpin yang berpotensi dalam sesuatu parti dokongan masing2.....

    cuma sejak akhir2 ni....serangan ini semakin banyak memakan diri umno dan bn kerana pada saya semua ini telah dipelajari oleh pemimpin pr yang dulunya pemimpin dalam umno juga mereka ni.

    saya rasa mereka ini telah memsasarkan setiap pemimpin umno yang berpotensi diangkat oleh rakyat....untuk digelapkan masa depannya contohnya apa yang dilakukan pada ds khir...ini adalah serangan psikologi...ds memang mereka tahu tidak boleh mengheret ds pada polis atau sprm tetapi pada saya mereka harap berita ini akan melemahkan semangat moral pengikut dan rakyat untuk bersama ds.....

    kita sedia maklum ramai rakyat yang mudah dipengaruhi dengan taktik ini....tetapi jika kita faham kita tidak mudah dipengaruhi berita ini...tapi persoalannya adakah rakyat faham..kalau tak faham salah siapa....mungkinkah salah kita yang tidak mendidik mereka ketika kita berkuasa?....pengajaran ini harus dihayati dan difahami oleh setiap orang yang telah jatuh agar mampu bangkit kembali dimasa akan datang dan membantu masyarakatnya dimasa akan datang..

    ini sukar ditafsirkan dengan kata2 untuk memahami rakyat......rakyat hanya faham jika mereka biasa dengan pengurusan sesebuah organisasi.

    ReplyDelete
  24. Dato Sri, sepatutnya Dato sri saman malu di atas kenyataan tersebut. kalau tidak perkara ni tak akan selesai, berani kerana benar, takut kerana salah.

    ReplyDelete
  25. DS Dr Khir patut menyarankan dan mendesak supaya SELCAT membentangkan perbelanjaan kerajaan negeri semenjak dan sehingga kini pakatan memerintah. Ini termasuk perincian akaun, perbelanjaan dan pemberian kontrak2 dan kerja2 PBT kepada syarikat yang menyokong dan ahli-ahli mereka. SELCAT harus memberi semua maklumat tersebut tanpa menyelindung apa jua fakta. Rakyat berhak mengetahui semua ini jika mereka mengaku bahawa mereka adalah bersih.

    ReplyDelete
  26. DMKT,

    Mana ada manusia yang sempurna dan tidak ditindek dengan kesalahan dan kesilapan. Hak DMKT menjwab dan menepis. Hak Selcat menyiasat dan mencari fakta. Kalau bener akan terang kebenaran nya. Fakta tak dapat ditutup. Biarkan aje, anggap sebagai trivia jika kebenaran dipihak DMKT.

    ReplyDelete
  27. Menuding jari mencari kesalahan orang lain adalah lumrah.
    Mengakui kesalahan diri amatlah payah.
    Berani kerana benar dan jangan sesekali takut kalau tak salah.
    Kalau asyik bercakap bila kerja nak sudah?
    Kembali ke pangkal jalan pasti kebenaran akan terserlah.
    Hilangkan prasangka hati tidak akan gundah,
    Ingat hidup di dunia ini bukan kekal jadi jangan tunjuk betul sampai tak tentu arah.
    Ingat azab Allah nanti menyesal sampai tak guna keluar air mata darah...

    ReplyDelete
  28. dr khir dan semua bloggers

    camnilah..kita tunggu apa tindakan PR seterusnya berkenaan isu ini.Pada hemat saya,PR tak dapat nak buktikan kesalahan DRKT pun,cuma berniat untuk membuat persepsi je..ye persepsi negatif.Kalau ada penyelewengan,terus je lapor pada SPRM..nak tunggu buat apa betul tak?PR cakap je pandai..telus la konon,ex-timbalan KM P.Pinang tu apa cerita?Oh ya lupa pulak..pemimpin PR maksum.Ni ada satu cerita kawan aku kat MAIS bagitau la,ni kes masa Rumah Terbuka Hari Raya tahun lepas..korang tau tak,Dato Hassan Ali suruh buat majlis rumah terbuka MAIS,tapi yang 'cerdiknya'..rumah terbuka tu nak di buat kat umah dia,wah!wah!nak cari political mileage ye datuk..nasib baik la MAIS tak setuju..kalau dah otak penipu dan putar alam,GITULAH..

    ReplyDelete
  29. Dr Khir,

    Alasan yang Dr berikan bahawa tidak hadiri selcat itu hanyalah alasan saja. Kalau benar2 tak bersalah apa yang Dr nak takutkan. Dr patut bermuka dan buktikan kepada Selcat bahawa Dr bersih. Ini soal maruahlah Dr.

    ReplyDelete
  30. Sdr Bakarmo,

    1. Gunakan akal yang waras bukannya emosi apabila menghadapi sesuatu masalah mahu pun tuduhan.

    Seperti saya katakan sidang Selcat kali ini bertujuan untuk melihat sumbangan anak-anak syarikat kerajaan negeri kepada Balkis.

    Bukankah satu kejanggalan apabila Selcat merapu ke arah lain termasuk isu technical visit PNSB dan pembelian jam untuk pengerusi PNSB (yang saya tidak pernah dimaklumkan sebelum pembelian dan saya sendiri menolak hadiah tersebut).

    Mungkin saudara marah kerana saya tidak hadir ke Selcat dan ini menutup peluang parti dokongan saudara mengenakan saya secara mengejut.

    Saya fikir saudara hanya mahu mencari kemenangan buat parti yang saudara sokong.

    Buanglah sedikit kebusukan hati kita jika benar mahu mencari kebenaran.

    Soal hadir ke Selcat atau tidak bukan isunya, isunya kenyataan-kenyataan dalam Selcat sendiri tidak benar, jadi di mana maruah Selcat?

    Saya tidak perlu hadir ke hadapan sebuah badan yang tidak mempunyai sebarang integeriti seperti Selcat.

    ReplyDelete
  31. Saudara Luxen,

    saya akui sepanjang pentadbiran saya, ada lawatan yang gagal mendapat hasil memuaskan dan ada lawatan yang memberi kejayaan cemerlang.

    Saya bukan seorang manusia yang sempurna yang boleh menjadikan semua perancangan satu kejayaan.

    Selebihnya gagal atau jayanya lawatan seperti ini merupakan perkara yang subjektif.

    Indikator yang terbaik untuk saudara lihat ialah melihat apakah pencapaian ekonomi negeri dan anak-anak syarikat kerajaan negeri termasuk PNSB sepanjang pentadbiran saya.

    Tidak mungkin saudara dapat menyelesaikan perbalahan atau kritikan dengan meneliti satu persatu keputusan yang dibuat.

    Adakah ekonomi selangor berada di dalam keadaan nazak semasa saya mentadbir? apakah pelaburan Selangor menguncup? apakah PNSB mengalami kerugian atau sedang menghadapi kemuflisan?

    Jawablah dengan jujur kerana semua ini terkandung dalam laporan-laporan kewangan negeri setiap tahun.

    ReplyDelete
  32. Dr.
    Kalau anggap diri saudara bersih saya minta saudara saman CEO PNSB kerana memberikan maklumat yang salah. Jangan buang masa memberikan macam2 alasan.

    ReplyDelete
  33. Jawapan Datuk memang tepat. Bukan senang bagi tiap lawatan akan membawa kejayaan. Kadang kadang perlu kaji tiga empat kali.
    Projek Disney mungkin tak cukup kajian. Kadang kadang ada kes yang memerlu 10 kali lawatan.
    Malang tidak dapat peluang.

    ReplyDelete
  34. DS,

    Taktik pemimpin PR adalah membuat berbagai fitnah tanpa bukti. Ini memangnya budaya mereka. Jelas sekali daripada kenyataan di akhbar hari ini oleh speaker Selangor yang menyuruh MACC mendapatkan sendiri bukti kononnya kesalahan DS memang SELCAT tiada bukti kukuh. DS harus jadikan mereka contoh kepada pemimpin PR lain supaya 'put your money where your mouth is". Seperti RPK sudah diarahkan membayar bendahari UMNO RM1 juta, saya harap rakan PR dikenakan arahan mahkamah serupa.
    Budaya yang penuh dengan fitnah dan berbagai muslihat harus diberhentikan kerana bagi saya, rakyat Malaysia belum lagi matang untuk membezakan fakta atau cerita dongeng.
    Semoga berjaya DS.

    ReplyDelete
  35. nampak sangat nama je Dr..
    belajar pandai-pandai tapi kenapa otak kita tak penah nak fikir utk kebaikan?
    gunakanlah segala 'kelebihan' yg Allah berikan kejalan yg baik..anda tu pemimpin..pemimpin rakyat..

    jika benar anda tak salah,buktikan.jgn berdiam diri dan hanya menggunakan media utk bercakap..itu hanya one way comm..itu cara pengecut.

    kalau rakyat ada mahkamah,kenapa dipaksa mereka berbahas di mahkamah?kenapa tak disisarkan shj alasan mereka di media?apa guna sistem kehakiman..?pemimpin xperlukan sistem keadilan ke?

    apa2pun..

    rakyat akan mudah menyokong anda tetapi ingat rakyat juga akan mudah menetang anda hnya dgn satu kesalahan kecil..itu lah pemimpin

    dr cara anda menjawab kepada LUXEN pun dah menunjukan bagaimana anda berfikir..;)

    think b4 u say..gudluck

    ReplyDelete
  36. knp berani dlm ni?kenapa?sbb dlm ni anda byk masa nak berfikir utk menjawab.Org pengecut je bertempik dr jauh.

    ReplyDelete
  37. kali ni saya bersetuju dengan kenyataan ds...kalau saya pun saya tidak akan buang masa hadir perbicaraan selcat yang pada saya lebih kepada untuk mencari dan memburukan ds dengan perkara remeh temeh......

    saya selama ini pun tidaklah menyokong ds membuta tuli tetapi biar rialistik dan bersikap rasional dalam menghentam dan membelasah orang bertubi2...nampak sangat niat selcat dah menyeleweng dari agenda utama....

    saya nak tanya apasal sampai sekarang pemerintah selangor sekarang asyik sibuk cari salah dan korek sampai hal2 pemberian jam lah..lawatan lah...apa dah tak de kerja lain ke nak sogokkan pada rakyat....cerita2 ni pun apa yang rakyat dapat sebenarnya....habuk pun tak de la...ini semua ingin membangkitkan rasa amarah rakyat kepada ds...ini semua ingin menginiaya orang namanya
    "wahai pemimpin , tumpukanlah agenda membangunkan ekomomi rakyat dan fokus pada hala tuju masa depan"....buat kerja biar rakyat yang menentukan siapa yang akan diberi mandat memerintah bila tiba masa akan datang....

    sekarang ni dah karut marut asyik dia salah aku...aku salah dia 2x 5 sama...tak malu ke ....benda ni diperkatakan dari dulu sampai sekarang hal2 orang melayu bergaduh dan melemahkan semangat moral anak bangsa untuk maju kehadapan.......sebagai orang melayu saya rasa malu dan terhina bila hal2 remeh temeh dipaparkan disini seperti pemberian jam...pemberian jeket kulit..hal incomtax..(nasib baik cerita perihal beri sedekah beras pada orang kat kampung...tak dianggap sebagai rasuah?,kalau ini pun nak dibahaskan pening kepala pemimpin)

    ds khir bukan manusia sempurna untuk saya angkat tetapi adalah tidak adil pada saya jika kita sebagai anak negeri selangor keterlaluan menghentam bertubi2 kepada ds ..janganlah hanya kerana dendam kesumat yang ada pada sebelah pihak lagi,kita keluarkan semua perkara sehingga dah tiada apa yang nak disimpan lagi.....

    berapa banyak cerita...dan mana dia bukti sehingga ds disabitkan kesalahan mengikut lunas2 undang2 yang sah......satu pun tak de...sejak dulu sampai sekarang...jadi pada saya ini semua buang masa dan rakyat jangan percaya dan jangan terus memberi kuasa sangat pada mereka ini sehingga mereka lupa diri dan lupa yang mereka ini sekarang adalah pemerintah selangor..bukannya pembangkang

    sudah2lah tu cerita korek mengorek ni.kurang2kan sikit,,,,rakyat sedang memerhati kamu semua.....wassalam

    ReplyDelete
  38. Dr Khir

    Puak-puak pembangkang ni memang tak boleh nak terima penjelasan. Dr cakap je lah apa pun, kalu dah puak-puak buta tuli ni tak nak dengar penjelasan,cakap sejuta kali pun tak guna. Contoh-contohnya dapat kita tengok yang memberi komentar dalam blog ni. Saya tengok, Dr Khir dah bagi penjelasan, tapi mereka macam tak faham atau pura-pura tak faham atau memang jenis bebal.Saya agak la,mereka nak Dr Khir cakap camni.."Ye saya mengaku saya gelapkan semua wang anak syarikat Negeri Selangor,saya claim macam-macam dari PNSB (tiket kapal terbang,pemeriksaan kesihatan,pelajaran anak,duit masuk tandas,beli gula-gula dan beli tempe),hukumlah saya,saya bersalah.."

    ReplyDelete
  39. Dr Khir

    Ini semua persepsi,PR nak menanam persepsi negatif pada Dr Khir.Tuduhan itu benar atau tidak adalah tidak penting.Maka selepas ini rakyat akan menuduh Dr Khir dengan tanggapan negatif juga. Jika tuduhan itu tidak benar,yang menanggung kesannya adalah Dr Khir,PR akan cuci tangan dan kaki.Pihak PR kalau boleh nak tengok Dr Khir jatuh tersungkur,tersembam dan tidak boleh bangun lagi..

    ReplyDelete
  40. Dr tidak perlu risau dan khawatir, jika benar dr khir tidak melakukan apanak takut, berani kerana benar, tetapi jika benar bersedialah menghadapi apa jua tindakan yang akan diambil kata orang jawa berani buat berani tanggung.

    ReplyDelete
  41. Salam Dato Seri..

    Saya melihat perdebatan hangat isu pembangkang utarakan dan saya melihat kerajinan dato seri menjawab satu persatu tuduhan liar tersebut.

    Fitnah tetap ada walau kita cuba memadamnya namun saya yakin ia tidak akan mampu menghalang langkah kita membongkar idea palsu mereka yang bertujuan semata mata untuk menjatuhkan nama baik kita atau parti yang kita sertainya.

    Harap ramai lagi tokoh BN/UMNO dapat meniru langkah dato seri menggunakan blog menjawab fitnah liar pembangkang.

    Saya sangat tertarik inisiatif Dato Najib membuat blog beliau sendiri lengkap dengan youtube, flickr dan sebagainya sebagai penjalin hubungan akrab antara pemimpin dan rakyat seperti di sini :

    http://www.1malaysia.com.my/

    Saya pasti jika dikuatkan lagi yang telah dibina hari ini kita pasti mempu menyaingi gerak siber pembangkang yang selama ini mendominasi siber untuk meracun minda anak anak muda kita.


    Salam dato seri.

    moga kekalahan semalam tidak meruntuhkan semangat untuk bangkit pada hari ini...

    demi masa depan generasi akan datang.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum dr

    Membawa ahli keluarga bersama dalam lawatan yg bersangkut paut dengan urusan kerja mmg tidak profesional,ia akan mengundang pelbagai tanggapan,walaupun sebenarnya ia dibuat secara telus. Kita mmg tahu bahawa dr.tidak punya banyak masa untuk bergumbira bersama keluarga.

    Kerajaan PR memang mencari saje segala kesalahan dr. yang lalu, kerana mereka tahu modal itu boleh untuk mendapat keuntungan politik buat mereka,Rakyat malaysia masih mudah terpengaruh dengan dakwan yang sebegitu.

    Sebagai pemimpin politik setip dari anda mestilah bersih, iaitu kelihatan bersih dan berbau bersih.Itu yang mau dilihat oleh rakyat

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum dr

    Memang betul kata Halim kerajaan PR sedang meniupkan politik persepsi kedalam kotak dan minda rakyat terutamanya orang muda yang sememangnya suka

    Pr sepatutnya tidak hanya pandai berkokok sahaja, cari bukti dan lapurkan kepada SPRM.Tapi sahingga sekarang masih tidak dapat membuktikannya.

    Bagaimana kalau saya menyatakan pemimpin Pas bukan wali Allah,dan pemimpin PR bukanya pandai sangat.MEREKA SEMUNYA HIPOKRIT.

    ReplyDelete
  44. Salam Ds,
    Bawak-bawaklah bertenang...Saya pun tak tau apa nak cakap...Saya tengok ada penyokong dan ramai jugak menentang dalam komen DS ni..
    Apa-apa pun saya cuma nak cakap saya sebenarnya dah hilang keyakinan pada BN dan menyampah kepada sebilangan besar pemimpin BN. Hanya dua tiga kerat saja yang dikira OK...Macam-macam yang rakyat luahkan semua macam pekak telinga jer...Masa nak raih undi bukan main baik lagi janji sana janji sini...lepas menang pemimpin hilang entah kemana...lupa diri dan sombong...lupa pada pengundi yang memberi tiket untuk pemimpin tu dapat KERUSI...
    Namun sejak kembalinya ayahanda saya Tun Mahathir...semangat saya naik kembali dan harapan saya menggunung kepada Dato Sri Najib dan kini ternanti-nanti barisan kabinet baru Dato Sri Najib..
    HIDUP MAHATHIR!
    Sayang Mahathir!
    MAHATHIR PEMIMPIN TERBAIK SETAKAT INI...BELUM ADA GANTI....BACA BLOG TUN...MORE THAN 90% SAYANG TUN..
    BYE...TA TA..TI..TI...TU..TU..
    P/S- Untuk Dato Sri Khir, saya sokong jugak masa DS jadi KM Selangor...Nasihat saya...buat sesuatu untuk menangi hati rakyat...kami sebenarnya sayang BN tapi...tu la...pemimpin BN tu kena berubah....Tu yang buat kami marah...dah tak pasal-pasal pi dok tenyeh pembangkang masa election ke 12 tu...bukan sokong pun...!!!!!! TAPI MARAHHHHHHHHH!!!!!!!!
    OK YE DS...JANGAN MARAH...ITU KENYATAAN BIARPUN PAHIT UNTUK DITELAN..
    MOHON MAAF JIKA TERKASAR BAHASA...

    ReplyDelete
  45. Salam Perjuangan

    Semoga Dato' dikurniakan kesihatan baik dan perlindungan serta petunjuk Allah SWT dalam jalan perjuangan yg penuh liku ini.

    Cadangan saya... amat ramai makhluk diluar sana yg sgt cepat terpercaya dakyah dan berita fitnah lagi sensasi oleh pembangkang... tanpa jawapan terlus dan terperinci bagi menafikan fitnah ini akan menyebabkan rakyat semakin terpengaruh dan akhrnya percaya dan memebenci kerajaan...

    Mohon Dato' membentuk segera cyber team dan web khas bagi pantas menangkis fitnah itu dan melakukan promosi besar-besaran kepada web yg dibentuk bagi menjawab fitnah ini agar rakyat dapat segera merujuk jawapan kerajaan jika tersebarnya fitnah dan berita sensasi dari pembangkang...

    kami dah muak dan kecewa kerajaan terus membisu tanpa sebarang jawapan bagi menidakkan fitnah mereka dan kami agak terbatas maklumat utk menjawab dan menangkis fitnah mereka itu... mereka (penyokong pembangkang) berkata diam tu tanda BERSALAH kalau BENAR kenapa tak berani menjawab...

    moga dato dapat membantu...

    http://www.idealismalaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  46. Salam DS,
    Baca luahan pemandu teksi dalam utusan malaysia ruangan Forum hari ini 7 April 2009. Itu adalah antara luahan rakyat yang perlu di lihat pihak kerajaan.
    Sesuatu dasar yang hendak dilaksanakan hendaklah dilakukan kajian secara mendalam dan impaknya kepada semua orang bukan memberi untung kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Contoh macam kisah tong ikan hari tu...DS tanya Shahril Samad tu...Mula-mula bukan main gah...peniaga mesti tukar tong kepada yang berkualiti... beri tempoh...rayuan peniaga sana-sini menceritakan masalah namun tak diendah...akhir sekali bila peraturan telah ditetapkan...terpaksa pula tarik balik...sebabnya....fikir sendiri...Lepas tu dia sibuk letak jawatan nak bagi golongan muda pulak...tu semua wayang....dah tau tak kan terpilih baik letak jawatan dulu sebelum kena singkir...gentlemen la tu...!!!!
    Untuk DS...teruskan usaha menangi hati rakyat... moga BN menang malam ni untuk tiga by-election tu...Jangan patah semangat DS...
    Mohon maaf kalau terkasar....terima kasih beri peluang luah perasaan...

    ReplyDelete
  47. Selcat - Alat Mencari Kebenaran atau Serangan Peribadi?

    ds jgn pening2 kepala mencari maksud SELCAT begitulah anda lakukan pada SPRM.. MENCARI KEBENARN atau SERANGAN PERIBADI bukan isu... bagaimana tak serang peribadi DS kalau DS KHIR sendiri yang bersalah.. bagaimana nk cari kebenaran kalau tak serang? buat seperti kes kugan lepas seminggu baru tahu kematiannye? begitu siasata sembunyi.. ntah salah/betul siape tahu... berani kerana anda benar, takut kerana anda goyang..

    ReplyDelete
  48. Sdr Halim dan DS Khir,
    Penyataan Sdr Halim pada kalimat "Puak-puak pembangkang ni memang tak boleh nak terima penjelasan" agak TIDAK TEPAT jika "Puak-puak pembangkang" itu (di Selangor) dirujuk kepada PR tetapi BENAR jika dirujuk kepada BN.

    Sekadar memberikan ulasan, saya bersetuju dengan Moon tentang pendirian umat Islam zaman Rasulullah:

    Pada zaman Rasulullah SAW jika seseorang sahabat dilantik sebagai pemimpin mereka akan menangis, tidur tidak lena takut akan akan azab ALLAH SWT. Kalau boleh mereka nak kempen "jangan pilih aku" aku takut akan azab Allah SWT (kempen terbalik berbanding sekarang).

    Walau bagaimanapun, dalam konteks zaman ini, tidaklah wajar kita menolak jawatan yang diberikan tetapi yang perlu ditakuti ialah tanggungjawab itu kerana jawatan ketua mendedahkan manusia kepada pelbagai tohmahan, kesangsian, dsb. Alangkah baiknya jika DS Khir mengamalkan kesederhanaan sepanjang menjadi MB seperti yang diamalkan Umar Abdul Aziz. Tentu persepsi yang dihadapi tidak bergelora seperti sekarang.

    Allah tidak menzalimi manusia, tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri.

    ReplyDelete
  49. Salam, Dr. Khir,

    Saya sebenarnya tidak memihak kepada mana mana parti. Sebagai rakyat Malaysia yang bermastautin di negeri Selangor, saya menyokong penuh tindakan SELCAT untuk mencari kebenaran dan untuk Dr. Khir sendiri membuktikan yang Dr. sebenarnya di fitnah. Dengan cara begini baru lah rakyat dapat tahu apa sebenarnya yang berlaku dan dengan cara begini juga dapat kita menyekat penyelewengan oleh orang atau pihak yang berkuasa di masa depan. Tetapi Dr. mesti faham pemikiran rakyat. Walaupun Dr. menegas bahawa lawatan lawatan yang di buat adalah untuk kebaikan dan memajukan negeri Selangor, perbelanjaran yang begitu besar tidak memadai selagi ada orang di negeri Selangor yang masih kebuluran, dalam linkungan "hardcore" poor.

    Hanya Dr. tahu apa yang benar.

    ReplyDelete
  50. agaknyalah, kalau DS khalid buat lawatan ke disneyland sekarang (dengan alasan nak tengok contoh taman tema kat bagan lalang...whatever), mesti kena serang cukup2 oleh dato kan.

    hai la dato seri mohd khir toyo...takkah anda terfikir sebelum membina taman tema tu yang ada beribu rakyat selangor yang masih takde TEMPAT TINGGAL yang sempurna??

    ReplyDelete
  51. Salam DSKT,

    Saya percaya DSKT adalah seorang yang bijak pandai, jadi penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh DSKT tidak akan dapat dihidu oleh orang lain, pencuri yang tidak bersekolah pun kalau boleh dia tidak mahu orang lain tahu dia adalah pencuri, inikan pula DSKT yang bijak pandai,
    Jadi jgn lah DSKT hanya tau menyalak di dalam blog ni saja, pegi la di depan SELCAT jawab.
    JAWAB JANGAN TAK JAWAB.

    ReplyDelete
  52. Persoalan yang bermain skrg mengapa Balkis dibubar secara tergesa-gesa dan kenapa Bangunan SUK dikawal polis semasa BN kalah di Selangor?
    Ini ikut prosedur jugak ke kerana DSKT selalu cakap "KAMI IKUT PROSEDUR"

    ReplyDelete
  53. Kadang2 saya meluat melihat pemimpin yang sering mengaburi mata rakyat macam saudara. Seakan akan rakyat ni bodoh dan tak tahu menilai yang mana benar yang mana salah..Bukan saudara saja yang masuk universiti belajar tinggi.. Dont be in denial.. Kalo dah salah... Akui salah... Kalau benar buktikan yang saudara benar. Nak Bina taman tema konon... banyak lagi projek yang lebih baik dan membawa manfaat kepada rayat.. Ini nak buat taman tema.. Pergi lawatan bawa 60 orang... Pergi 5-10 orang cukupla.. kenapa nak mebazir duit rakyat.. Memalukan orang Bumiputra...

    ReplyDelete
  54. salam,
    saya bukan penyokong mana-mana parti politik, walaupun saya telah diUmno kan tanpa pengetahuan oelh bapa saudara saya seorang ketua cawangan.

    Sudah jadi lumrah manusia, perkara-perkara ini akan terjadi iaitu yang berkuasa akan menindas yang kalah.

    Saya ingin menyatakan pengalaman saya melawat Disneyland, disney world dan Las Vegas pada tahun 2000 untuk tujuan yang sama, cuma bezanya saya di biayai oleh Syarikat tempat saya bekerja yang memang menjalankan operasi theme park terbesar diMalaysia.

    Saya kesana atas jemputan salah seorang pembekal disneyland di California demi cadangan sebuah taman serupa diJohor.

    Pehak pengurusan Disneyland sangat "secretive" dengan operasi mereka.Kami hanya di dedahkan kepada operasi belakang tabir di Blizzard Beach sahaja. Maka jadi lah lawatan itu sebagai lawatan makan angin dan menikmatan permainan (rides) di disneyland sahaja.

    Maka untuk 60 orang pergi melihat operasi disneyland saya rasa pehak disney tidak membenarkannya.Kami yang hanya berlima (5 orang) pun tak mampu diberi peluang melihat operasi belakang tabir disneyland.

    Saya percaya lawatan itu mmg bertujuan "melihat dan menikmati" disneyland sahaja.

    Kami pulang ke Tanahair dan membuat konklusi bahawa Malaysia tidak mampu merealisasikan taman thema luar(dry theme park)atas faktor cuaca dan branding dan daya beli rakyat Malaysia.(tiket Disneyworld semasa itu US 400/- untuk 4 days hopper)

    Yang boleh di bangunkan hanya water theme park.
    Saya berpendapat (setelah melakukan lawatan yg sama...lawatan sebegini adalah lebih kepada 'makan angin' sahaja)

    ReplyDelete
  55. assalamualaikum khir toyo
    i stayed in sg buaya selangor since 2000
    i just wonder how many DUN is there in Selangor
    sebagai mantan MB i do belief u have the answer
    and i was wondering what is the rationale for u to criticize all this khalid doings
    and what help would it do to selangor people?
    i aint supporting this government as i grew up in UMNO environment
    or should i say Mahathir era
    so my question to u doesnt reflect that im against UMNO whatsoever
    dnt get me wrong
    i just cant see why are u doing all these critics?
    adakah ia akan membantu perkembangan ekonomi dan menjana apa2 kebaikan kepada sejagat amnya?
    i just failed to see
    and i wonder why u rushed to Karpal Singh house utk bagi petition semua?
    what change will it do by giving petition semua?
    will it change the fact that dia dah buat apa yg dia buat?
    i just cant see why
    perhaps im just a 24 year old boy who are still dumb and blind to see the significant of u doing all this critics
    perhaps im so dumb to realize that all this critics will help to generate economics
    apakah berbekalkan tiket sebagai pembangkang membuatkan u rasa dgn tindakan begini akan membuat rakyat menolak apa yg ada sekarang dan kembali memilih BN?
    i dnt think u r that naive
    u was the mantan MB
    cuma i just wonder...
    yet i still wonder
    if u feel by criticize admin selangor sekarang akan buat rakyat terbuka mata dan menyokong apa yg pernah mereka sokong,maka saya harus menyatakan dan mengakui saya mmg budak mentah
    yes i do admit theres nothing in selangor now
    not because khalid is stupid what soever
    for god sake we knew apa background dia dnt we?
    issue yg buat selangor takde apa sekarang pasal org counter attack semua effort
    yg dia pulak mangkuk pegi layan semua gimik ni
    apakah salah kalau u biar dia buat kerja dia and stop politiking around and work for the people....
    u urself do ur part
    and if u say that u spec of job is to criticize then i have no say to that
    teruslah mengkritik
    kalau lah bole diubah waktu,boleh diundur masa
    all i want to do is ask u to visit semua DUN yg ada dlm selangor...that was my first point earlier
    ada 5 tahun cycle election and i do believe if my math is correct setahun ada 52 minggu kali 5 tahun about 260 minggu....
    DUN dlm selangor ada berapa?
    im not sure....i wouldnt know
    kalaulah kita ni berjuang utk rakyat buatlah utk rakyat and if u do feel that a visit to any known theme park will do good to rakyat
    do all u want...same goes if u feel ur critics will do any good
    but i would prefer to visit each of my DUN
    or else visit each of my ex-DUN tgk apa yg tak kena and rectify on my own expense
    al maklumlah nak jadi pemimpin kena korban la
    apa la sgt dgn duit ringgit berbanding rakyat yg memerlukan perhatian dan kebajikan
    buat apa i nak kritik org beli lembu sana sini
    i might as well pelan2 cuba make up with my ex rakyat
    muka kena tak malu la turun padang am i right?
    biar la org seleweng ke ape ke yg penting rakyat terjaga or else im too naive to know that being MB ni adalah satu jalan utk menjayakan wacana peribadi masing2...dgn mengabaikan rakyat
    yg penting temolok kita kenyang
    now i know im too naive

    regards

    from my shortsighted view i dnt think so

    ReplyDelete
  56. salam...

    org politik semua sama..dok bincang duit juta2.
    rakyat bawahan berjuang mati2 macam mana nak bagi cukup makan anak bini..ahli politik dok pikir projek n kuasa saja....lu pikir laaaa

    ReplyDelete
  57. salam....

    org politik asyik dok bincang duit juta2, rakyat bawahan berjuang utk hidup nak bagi makan anak bini..apa semua ni..lu pikir laaaa

    ReplyDelete
  58. Dr Khir (DK) saya ada beberapa persoalan yang harap dapat dijawap bagi pemahaman kami.

    1. Dalam wawancara dengan The Star hari minggu lepas, you were asked as to why you didnt meet anyone from the Disney Management team and your response was that it was all handled by PNSB and you didnt know why it was cancelled. Are you not the Chairman of PNSB and isnt it your responsibility to find out the itinerary BEFORE going to have an idea of whom youre meeting and the purpose of the meeting? By you not taking any interest of the itinerary means you were not really interested in the programme! Please clarify.

    2. All your answer has been I dont know or it was done by PNSB. You were the Chairman of PNSB didnt you take any interest? Why shift the blame? For eg, RM110k for a Suite in Honolulu... your answer " I am not sure, it was organised by them"! You say that you are a simple man, you would have realised that a suite from a normal room and could have asked the cost. By not asking, by not caring of the cost an enjoying yourself at the expense of duit rakyat, that is called pembaziran! Please clarify.

    3. You say that it is your entitlement to travel first class. If you reduce your entitlement then your officer will be reduced to? But Dr, you reducing to economy class is tak memalukan and your officer can still travel by economy. You mean to say that by you travelling economy class, your officer has to travel a few class lower?! Are they slaves for you to do that? Kalau nak seriubu daya... kalau tak nak seriubu dalih. Please clarify.

    4. You said that if you spent RM5m to bring in RM50mbn worth of FDI what is wrong with spending that money. What is wrong is that first of all, you are not sure of getting RM50bn worth of investment. Secondly, you are spending duit RAKYAT! That must be done prudently and not wantonly! What if you spent RM5m but no FDI comes in? Dr nak bayar balik dengan duit sendiri?! If you had been jimat dan membawa RM50bn FDI ke Selangor bukankah itu lebih baik?! Please clarify.

    5. You said you had paid for your families flights during the technical trip. Please show us the proof.

    6. Why go to China to buy flowers and caps? Shouldnt you be promoting the local cottage industry? Please clarify.

    Ball is in your court... I await your response. Thank you and salam Dr.

    ReplyDelete
  59. Harini para penyokong pembangkang mesti terkedu. dulu mereka minta Dr.Khir tunjukkan bukti utk nafi dakwaan SELCAT utk raih maruah diri. skrg hari ni cuba lah mintak ANWAR IBRAHIM tu tunjuk jam OMEGA utk maruah jgk.. x kn diam je.

    -WANIE-

    ReplyDelete
  60. I TOTALLY AGREE WITH SAUDARA MAMAT..

    ReplyDelete