Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, May 5, 2009

1Malaysia Nafas Baru Perpaduan Nasional

1. Saya melihat Isu 1Malaysia atau Satu Malaysia bukanlah perkara baru atau idea baru. Sejak merdeka lagi kita diminta bersatu hati membangunkan negara ini. Ketika itu slogan Bersatu Teguh Bercerai Roboh sering berkumandang dalam corong radio dan kemudiannya Televisyen.

2. Asas bagi mewujudkan Malaysia yang bersatu ini ialah beberapa tolak ansur antara kaum dimasukkan ke adalam Perlembagaan termasuk pemberian kewarganegaraan, kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu, Raja-raja Melayu dan kaum Bumiputera. Tujuannya agar semua kaum ketika itu berpuas hati.

3. Konsep 1Malaysia ini juga berkait rapat dengan Dasar Ekonomi Baru. Apabila berlaku perpecahan dan sengketa kaum, maka DEB diperkenalkan pada 1970 dengan fokus:

a. mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan

b. mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

4. Jika kita lihat matlamat DEB ialah jelas sekali ke arah mewujudkan 1Malaysia yang kedudukan taraf hidup, pendidikan serta sektor ekonomi tertentu tidak lagi dikuasai oleh kaum tertentu sahaja.

5. Kemudian apabila diutarakan Wawasan 2020 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, konsep 1Malaysia juga turut berada dalam falsafahnya antaranya ialah, Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

6. Jelas sekali idea dan falsafah 1Malaysia ini merupakan satu komitmen berterusan Barisan Nasional sejak merdeka lagi untuk membentuk perpaduan nasional.

7. 1Malaysia hanyalah pengubahsuaian, penambahbaikan dan penjenamaan semula konsep perpaduan dan pembagunan seiring dengan zaman.

8. Ini jauh berbeza konsep Malaysian Malaysia yang bercakap soal meritokrasi dan kesamarataan tanpa mengira kaum tidak memberi sebarang inisiatif membantu kaum yang ketinggalan. Malaysian Malaysia juga jelas tidak selari dengan semangat Perlembagaan 1957 yang dipersetujui oleh semua.

9. 1Malaysia bercakap soal perpaduan dan penyatuan rakyat tanpa mengira kaum. Mana kaum yang lemah dan ketinggalan akan terus dibantu, manakala kaum yang terkehadapan akan terus diberi ruang untuk berdikari dan mencari kejayaan.

10. Selain itu, 1Malaysia perlu memberi tumpuan kepada meningkatkan kualiti dan pencapaian individu yang berpotensi tanpa mengira kaum mahu pun agama. Pencapaian individu juga perlu diberi pengikitirafan yang setanding tanpa ada sikap pilih kasih mahu pun prejudis kaum.

11. Dalam 1Malaysia tidak wajar lagi ada individu yang pencapaiannya sama tetapi menerima imbuhan mahu pun pengiktirafan yang berbeza sehingga mencetuskan kononnya hanya kaum tertentu diutamakan dalam negara ini.

12. 1Malaysia juga harus berkonsepkan unity in diversity - sikap tolak ansur dan saling memahami kekurangan dan kelebihan antara kaum, kedudukan geografi dan anutan kepercayaan.

34 comments:

  1. Salam DSKT
    Semua rakyat mahukan yang baik-baik, baik pada katanya, baik pada periktis,baik pada hasilnya. Acuan nasional ada tarikh luput.
    Asas ugama sahaja boleh utk memcapai 1malaysia.
    Sapa yang boleh memberi barakah,rahmah?
    Soalannya kalau setiap rakyat ada ugama dalam jiwa (takut tuhan) sudah tentu tenang individu,tenang masyarakat,tenang pemimpim maka aman negera.
    Kalau istilah org politik perkara tersebut tidak mustahil utk dilakukan...pokoknya masing2 berlapang dada.
    Sapa ahli politik yang boleh buat sedemikian ?
    Carilah titik persamaan untuk rakyat !!!
    Berfikir membuat kita tidak cepat nyanyuk...

    ReplyDelete
  2. marilah kita sama-sama membantu PM dalam mempromosikan 1Malaysia.

    ReplyDelete
  3. "Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil"

    Surah Al-Mumtahanah, ayat 8.

    Nasir Zaki

    ReplyDelete
  4. "Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil"

    Surah Al-Mumtahanah, Ayat 8

    ReplyDelete
  5. Pendapat saya, ditch race, embrace the idea of citizenship. Malays should not be programmed to think that they need/deserve something like the NEP from young as if they are genetically deficient. Well, genetics help too but social environment, etc too. Tks.

    ReplyDelete
  6. Satu wacana yang ringkas dan mudah difaham. Bagaimanapun agak sukar difaham mengapa ahli politik termasuk PM sendiri mahu membazirkan masa dan wang rakyat dengan penjenamaan semula sesuatu yang sudah jelas. Saya fikir tidak akan berlaku apa-apa kerosakan jika kita ditadbir dengan berpegang kepada Kitab Perlembagaan Negara. Semuany ada disitu.

    Kita tidak perlu menjenamakan semula Muhibbah mahupun menjenamakan semula Islam yang syumul kepada Islam Hadhari yang kini dikaji semula. Ini hanya jadi bahan lelucon dan bahan ketawa.

    Kekadang kita pelik dengan ragam ahli politik, tak kiralah apa parti mereka.

    Kita harap akan berubahlah sikap ahli politik dari yang self centered kepada people centered, yang kemudian mudah untuk membentuk apa sahaja istilah atau slogan sebagai realiti.

    Jika masih bertumpu kepada idea, "umno untuk orang umno" maka tidak akan bengkitlah umno dalam masa mendatang ini. Maka Umno semakin jauh ditinggalkan oleh sebuah parti lain dengan slogan "PAS for All"

    Selamat Maju Jaya.

    ReplyDelete
  7. Penulisan yang bagus, mohon copy ke blog saya sebagai koleksi artikel 1Malaysia.

    Harap teruskan menulis tentang konsep 1Malaysia antara teori dan realiti.

    ReplyDelete
  8. Memang inilah yang amat2 dituntut supaya kita menerima hakikat Malaysia dihuni oleh rakyat berbilang kaum. Sifat hormat dan menghormati dan bantu membantu antara kaum adalah teras utama perpaduan kaum. Sifat perkauman dan mengapi-apikan sintimen perkuaman adalah sangat berbahaya. Saya berharap kerajaan bubarkan saja BTN kerana badan ini ialah agen yang menghasut rakyat membenci satu kaum dengan kaum yang lain. Apa pendapat Dato' Seri?

    ReplyDelete
  9. Buat saudara Waris_pahang,

    Tiada masalah untuk copy asalkan nyata sumber asal.


    Saudara JedYoong,
    Kita tidak perlu membuang bangsa atau asal usul kita. Sebaliknya apa yang diperlukan ialah sikap saling berbaik-baik, bertolak ansur dan berprasangka baik antara kaum dan agama.

    Perbezaan tetap ada biarpun kita "menguburkan" bangsa atau kaum kerana lumrah manusia mencari kelainan atau membentuk kelompok-kelompok kecil berasaskan ciri tertentu.

    Dalam Islam pun dinyatakan bahawa Allah menjadikan manusia pelbagai kaum dan bangsa agar kita saling kenal mengenali dan bantu membantu.

    ReplyDelete
  10. Dato,
    Bagi saya 1Malaysia takde makna kalau kita hidup dalam kerisauan pasal masalah jenayah. Rogol, rompak, bunuh dan terutamanya MAT REMPIT.

    Kalau di Amerika punya stail kempen, sesapa yg dapat turunkan kadar jenayah selalunya dapat menang jadi Dato Bandar.

    Bagi saya, sesapa yg dapat jumpa solution untuk masalah jenayah kini, parti itu akan dapat undi saya. Saya percaya orang lain pun begitu.

    ReplyDelete
  11. Dr Khir

    Mungkin apa yang di utarakan oleh PM berkenaan 1Malaysia dianggap klise.Saya beranggapan 1Malaysia lebih kurang sama dengan Wawasan 2020, Islam Hadhari dan Masyarakat MADANI(MAsyarakat Datuk Anwar Ibrahim??). Semuanya mementingkan kesepakatan rakyat dalam memacu pembangunan fizikal dan spiritual.

    Namun,setiap pemimpin perlu mencari kelainan selain berusaha supaya semua merasai nikmat sebenar 1 MALAYSIA

    ReplyDelete
  12. Saya setuju 1Malaysia tidak sama dengan Malaysia malaysian. Mecd adalah selari dengan malaysia malaysian telah diterap dalam 1malaysia

    ReplyDelete
  13. Salam ds,
    Slogan 1 malaysia memang ideologi lama yang telah lama di diperkenal dan di laksanakan oleh pemimpin terdahulu.Pada pandangan saya secara peribadi,konsep ini di popularkan semula bertujuan untuk pembaikan daripada pelaksanaan pemimpin terdahulu.Semua rakyat malaysia harus faham,setiap pelaksanaan pasti ada kegagalan,setiap kegagalan pasti ada pengajaran,setiap pengajaran pasti ada jalan penyelesaian untuk memperbaiki pelaksanaan terdahulu,bukan semata-mata “copy & paste”
    Bangsa melayu khususnya harus buka minda,luaskan pandangan,berfikiran positif,belajar berdikari tanpa mengharapkan orang lain,gunakan akal fikiran & jangan manjakan emosi kerana setiap perubahan pasti ada kebaikan & keburukan.Setiap orang miskin atau kaya,golongan bawahan atau atasan,mereka tetap di beri 24 jam sehari.Bayangkan bagaimana seorang PM hendak memimpin Malaysia dengan kepadatan penduduk seramai 26 juta,beliau perlu memastikan negara kita aman dan makmur serta seiring dengan kemajuan dunia.Tidak kira di mana2 pun,pasti ada kelompok yang tidak bersetuju atau membangkang.Dalam keluarga kita contohnya,pasti ada yang tidak bersetuju dengan kita.
    Begitu lah juga dengan kepimpinan di Malaysia.Memang pasti ada yang tidak bersetuju di antara 26 juta masyarakat majmuk ini kerana minda kita masih di jajah dengan sifat2 negatif,mengambil jalan mudah menuding jari,menyalahkan orang lain dan sentiasa memberi alasan walaupun telah merdeka selama 52 tahun.Setiap individu harus mulakan dari minda positif,faham matlamat & situasi negara,masalah negara,visi negara,tanggungjawab kita kepada negara dan masyarakat.Jangan ambil sikap tunggu dan lihat,kerana setiap pemimpin memerlukan sokongan padu dan pandangan untuk meneruskan tugas memimpin negara,beliau tidak boleh menjaga hati setiap rakyat,tetapi beliau harus memastikan setiap keputusan akan memberi manfaat kepada majoriti rakyat.Apa guna negara maju dengan pembangunan tetapi minda rakyat masih cetek khususnya orang melayu.Jika kita tidak bersetuju,beri pandangan, dan gunakan saluran yang betul untuk berinteraksi.Kita ada hak untuk bersuara,beri peluang kepada PM,gunakan akal,pastikan sebarang tindakan kita tidak merugikan orang melayu sendiri.Ayuh kita sama2 bersatu hati,satu tujuan untuk 1 malaysia.Insyaallah.

    ReplyDelete
  14. setiap PM yang baru mesti ada slogan yang baru untuk menunjukkan imej masing-masing. Kadang-kadang benda yang lama juga tetapi slogan mesti baru.

    Apa perlunya buku teks subjek sejarah untuk sekolah ditukar begitu kerap sedangkan sejarah tidak pernah berubah. Tetapi kerana hendak menjaga periuk nasi syarikat buku maka buku sejarah pun kena tukar sekerap yang mungkin.

    ReplyDelete
  15. Salam Dato'...apa khabar..? saya amat bersetuju dgn apa yg dato coretkan di laman ini . 1Malaysia merupakan satu konsep perpaduan yang jitu,yang mendambakan satu kesatuan yang padu dikalangan rakyat Malaysia . Hanya dengan bersatu sesuatu bangsa itu akan menjadi kuat. "Bersatu kita teguh,Bercerai kita roboh"....

    ReplyDelete
  16. Dr khir, saya rasa 1 Malaysia adalah satu strategi hebat Dato Seri Najib.Saya sangat bersetuju dengan tindakan PM kita ini,kerana ini akan menerangkan jurang perbezaan yang sebenarnya antara BN dan Pakatan Rakyat.

    Seperti yang dijangka,apabila berkumandangnya slogan 1 Malaysia ini,yang terus cepat melatah adalah pemimpin2 DAP.Rata-ratanya berpendapat 1 Malaysia tidak mungkin akan dicapai selagi adanya bumiputera dan bukan bumiputera.Ini jelas menunjukkan konsep sebenarnya yang diperjuangkan dalam Pakatan Rakyat adalah Malaysian Malaysia,iaitu semua kaum adalah bumiputera.Saya yakin ramai masyarakat melayu yang menyokong pakatan rakyat tidak menyedari akan hakikat ini.

    Bagi pendapat saya,konsep 1 Malaysia ini sewajarnya direnungkan semua,terutamanya kelompok sektor swasta.Saya berpendapat bukan kuasa kerajaan untuk menjadikan Malaysia menjadi adil dan sama rata untuk semua kaum,tetapi bergantung kepada kuasa penjana ekonomi negara iaitu sektor swasta.Masyarakat cina yang terbukti mendominasi sektor swasta perlu mula menerima masyarakat melayu tanpa sebarang sikap skeptikal dengan bersikap adil tan terbuka.Anda memperjuangkan metriokrasi,tetapi kenapa perlu meletakkan bahasa mandarin sebagai syarat untuk bekerja dengan anda.

    Untuk mencari contoh,mudah sahaja,kita lihat sahaja sektor kewangan,sbg contoh,Public Bank,Hong Leong Bank,UOB bank,cuba kaji berapa banyakkah pemimpin2 melayu di syarikat ini? Dan lihat pula Maybank,CiMB Bank dan AMBANK,berapa banyakkah pemimpin bukan melayu di bank2 ini?? Saya memilih 3 bank di atas ini,kerana ketiga-tiganya mempunyai CEO orang melayu,namun barisan pimpinan dibawah mereka dilihat bercampur-campur.Ini adalah contoh membuktikan sebenarnya orang melayu sudah lama bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapapun,tetapi masyarakat Cina masih belum bersedia dengan konsep kerjasama.

    Namun ini semua adalah pendapat saya sahaja.Semua orang ada pendapat masing2,dan dengan adanya konsep 1 Malaysia ini,hak untuk memilih terletak di tangan rakyat,terpulanglah kepada rakyat untuk memilih,1 Malaysia ataupun Malaysian Malaysia..

    Sekian..

    ReplyDelete
  17. Az wants

    Sebab anda pendokong kuat BN so apa yang pemimpin BN kata walaupun tak suka tetap anda suka.
    Pemimpin BN nak tarik sokongan orang Melayu mereka cipta bermacam-macam slogan supaya benci dengan orang bukan Melayu. Tetapi nak dapat imbuhan mudah mereka sanggup menjual melayu demi periuk nasi mereka dan bersetongkol dengan bukan melayu.
    Sebenarnya 1 Malaysia tiada bezanya dengan Malaysian Malaysia, yang anda dengan Malaysian Malaysia adalah tafsiran orang UMNO anda dah bersemuka dengan pemimpin DAP bertanyakan apa yang dimaksudkan Malaysian Malaysia begitu juga DSKT adakah anda dah berjumpa dengan pemimpin DAP berdialog dengan mereka apa maksud sebenar slogan Malaysian Malaysia.
    Sebenarnya apa yang DNTR maksudkan adalah sama apa yang selama ini PR perjuangkan. Orang kata dah tak ade modal ambik slogan orang lain pastu modified sikit letak hak cipta tersendiri. Sebab beliau percaya kepada perjuangan PR di mana boleh menarik semua bangsa berpayung dibawah nya tak sama dengan BN konon tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

    Anda pernah tak pergi krusus BTN, apa yang dilatih? kalau belum elok pergi. Saya telah mengikuti sejak dari bangku sekolah lagi samada anjuran sekolah atau pun anjuran UMNO. Yang dimainkan atau ditiupkan ANAK kecil main api, itulah punca pertelingkah antara kaum dan orang melayu yang cerdik ambik kesempatan untuk memperkayakan diri sendiri.

    ReplyDelete
  18. salam tuan...

    dulu singapore di halau dari malaysia
    kerana mengamalkan "malaysia for malaysian"

    sekarang "1malaysia"

    semua org boleh berbicara mengenai 1 malaysia
    namun enyampaiannya belum jelas...

    tp bila dilihat dr maksud
    "malaysia for malaysian"=bahasa melayunya ialah "melaysia utk rakyat malaysia...

    "1 malaysia"= bahsa melayunya ialah
    "satu malaysia melambangkan semua rakyat malaysia"

    bukankah ayatnya sama shj...?

    tuan berkata "malaysia for malaysian"
    kerana xpaham maksudnya perlaksanaanya...
    saya kira ketika dasar ini diperkenalkan
    tuan masih disekolah menengah atau rendah
    lagi yg tak tau apa2...

    mengapa menghukum jika belum pasti akan perlaksanaan nya?

    ReplyDelete
  19. dulu singapore di halau atas dasarnya
    "malaysia for malaysian"

    sekarang negeri mana pula nak kena halau?

    ReplyDelete
  20. Teruskan berjuang utk 1 Malaysia.
    Rakyat sedang menanti sesuatu yg baik dari 1 Malaysia ini.
    Insyallah,sesuatu yg baik akan dibalas dengan kebaikan.

    ReplyDelete
  21. Nak komen artikel awang selamat mingguan malaysia 10.5.09 mengenai perkara yang sama spt berikut:
    ‘Saya hanya mahu menyampaikan ucapan, jadi hormati ucapan saya apabila saya menyampaikannya. Anda faham? Jika mahu berurusan dengan saya pada masa depan, anda perlu menghormati ucapan saya. Faham?,”
    Awang Selamat dengar ke titah Sultan. Nizar, Ngeh dan Raja Muda di atas pentas di Raja jauh daripada media. Saya berada ditempat media, tak nampakpun Awang Selamat. Awang jangan jadi batu api. Jgn main serkap jarang. Zaman IT ni tak boleh tipu pembaca. Saya menyaksikan BN buat sidang sendiri. lantik Ganeson berlari-lari masuk dewan apabila dilantik. macam mesyuarat budak sekolah. selepas lantik Ganeson pakai jubat dan songkok yang sengaja dibawa oleh BN. Angkat sumpah depan Hee. Kemudian kendalikan sidang haram itu dengan membaca skrip. Ganeson baca skrip pun tak betul...Awang sudahlah jangan memfitnah..tak elok..jangan busuk hati..tak elok.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum dr

    Wahai tengkumenteri!!berbanyak banyaklah beristighafar dan ingatkan Allah,bahawasanya yang terjadi itu adelah semuanya kehendaknya jua.("KUNFAYAKUN")

    Memang betulah mereka mereka ini telah dibutakan mata hatinya oleh kerana begitu tak taksub kepada kekuasaan yang tak pernah meraka jangkakan didapat oleh mereka dan begitu takut untuk kehilangan nya pula.

    Sebagai manusia yang berugama islam kita wajib percaya bahawasanya kadak dan kadar itu datang dari Allah yang maha besar jua.Kita hanya boleh merancang tapi Allah jua yang menentukannya percayalah.(Allah jua yang maha mengetahui segala galanya)

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum dr

    Memang telah ternyata kerajaan BN tanpa hentinya telah melakukan penyatuan untuk semua bangsa di malaysia ini.Tak boleh dinafikan hakikat ini.(Hanya mereka yang tak dapat memahaminya atau telah dengan sengaja untuk tidak mahu memahamminya).Jadi kerajaan BN perlu di sokong bersama

    1Malaysia telah menjadi keutamaan sejak dari dulu lagi, memang masih ade banyak ruang yang perlu diperbaiki dari masa kemasa,isu isu yang terkini telah diambil kira nampaknya,misalnya
    Rasuah
    Penyampaian dari kerjaan kepada rakyat
    Kerajaan tidak tahu semua
    Kakitangan Kerajaan yang suka sabotaj
    Rakyat yang telah mempunyai minda keritis
    Keperluan rakyat menjadi keutamaan

    Benda benda semacam ini perlukan komitmen dari pemimpin untuk menterjemahkannya kepada rakyat dengan sejelas jelasnya,bahawa pemimpin tidak hanya pandai melontarkan hujah tapi juga mampu untuk mengotakannya TANPA ADA PILIH KASIH

    ReplyDelete
  24. 1. Saya adalah golongan muda yang menyokong penuh gagasan dan perjuangan UMNO.

    2. Saya sedar golongan mahasiswa seperti saya ini sangat sikit yang menyokong UMNO berdasarkan pengamatan saya terhadap rakan2 sekeliling di universiti.

    3. Namun dukacita, selepas apa yang terjadi di Perak (tempat universiti saya sedang belajar), saya mula menyampah dengan UMNO.

    4. Perilaku sumbang UMNO yang gopoh menyebabkan saya dan rakan2 penyokong UMNO yang kelompoknya kecil, terus berhasrat untuk memikir dan mengkaji semula segala rentetan kudeta UMNO di Perak.

    5. Kini, golongan penyokong UMNO yang sememangnya kecil di universiti ini, menjadi bertambah kecil (silap2 hanya 5% pelajar di sini sahaja yang kekal menyokong UMNO) setelah apa yang UMNO lakukan.

    6. Fikir2 kan.

    ReplyDelete
  25. Humans are really good at justifying anything and everything except the truth.
    Only politicians are good at justifying the truth their version and the way they see it.
    You are no better...

    ReplyDelete
  26. I have doubts that you would ever published my comments. That is within your rights as this is your blog. Nonetheless I think you have not been entirely honest with yourself on a whole range of issues. Maybe honesty is not your strongest points but as a Muslim I thought honesty is "wajib".

    Of course, being politician these are gray areas that you would love to debate on.

    ReplyDelete
  27. aku punya komen ngapa tak kuar???????
    aku tanya..kalau rakyat didahulukan, ngapa lantik menteri yang rakyat dah tolak masa PRU12?jawab senang je Dato'

    ReplyDelete
  28. Pada saya 1Malaysia ini hanyalah merupakan satu slogan sahaja. Dari dulu mereka ini suka mencipta slogan demi slogan tetapi perlaksanaannya belum tentu lagi. Semua orang boleh cipta slogan, saya lihat malaysia ini kaya sangat dengan slogan yang direka2, daripada pemimpinnya sehinggalah pegawai2 kerajaan, pegawai universiti, pelajar universiti, budak2 sekolah dan juga pakar2 motivasi2 untuk mempopularkan diri dan cari makan. Saya tak percayalah dengan slogan2 ini, yang saya nak lihat adalah usaha yang betul2 dilakukan demi membasmi kesusahan rakyat, jangan ada lagi yang masuk di dalam slot spt. slot bersamamu TV3, jangan hanya pandai cakap berdegar2 di dalam TV atau media setiap hari, atau hanya ketika berkemnpen untuk pilihanraya sahaja, tetapi yang kaya adalah para pemimpin sahaja, sedangkan yang papa kedana hanya akan dikunjungi oleh pemimpin bila telah masuk dalam rancangan bersamaMu.

    ReplyDelete
  29. salam dato seri,
    tak payah ngampu najib bro sebab jenis najib dia sebenarnya mempopularkan 1Malaysia, keluarga di utamakan, kroni di dahulukan..itu lah tajuk coretan dlm blog saya bulan lepas.
    bukan menguatkan UMNO dan melayu tapi lebih jaga kepentingan PM dan Presiden

    ReplyDelete
  30. Betoi komen tengkumenteri keatas Awang Selamat..puak ni tak dak kerja lain dah tengkumenteri oii..asyik nak pelaga oghang..saya cadangkan tengkumenteri tanya Awang Selamat tu..hang dok tang mana dalam dewan tu?.Tak tau jangan komen..kalau setakat nak raih populariti murahan dengan nama Awang Selamat... baik tak payah lah kot..Tengkumenteri oii...tolong tarbiah Awang selamat sat..bagi la jalan kebaikan bukannya nak bagi sedap oghang baca ja..ngaji tak abih kot...

    ReplyDelete
  31. DUN / MP kosong gantikan sahaja

    Kerajaan jangan membazir wang kerajaan dengan mengadakan pilihanraya kecil.

    Kalau mana-mana DUN / MP kosong atas apa sebab pun gantikan sahaja pemenang yang dekat sekali. Ubahkan undang-undang jika perlu. Gantian in adalah secara otomatik



    zai.5812@yahoo.com

    ReplyDelete
  32. Allah maha adil. Seperti kata pepatah melayu buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Tak kisahlah apa slogan yg diutarakan adakah ia mendatangkan kebaikan dan mengguntungkan rakyat .Terlalu ramai yang "could barely survive out there ... have you read about a korean president who donated so much of his money to the people? how many of our politician would do the same? Now they wonder what happen to the votes?"

    ReplyDelete
  33. salam sy fkir 1malaysia mrupakn 1 slogn yg mencerminkn perpaduan rakyat d malaysia.
    telah byk pembaharuan yg d lakukn dsNajib trhadap
    pmbngunan & kselesaan rkyt khususnya
    ttpi ada ssuatu yg sy x berapa berkenan,mgapa dsNajib lbih mementingkn rkyt FELDA d PAHANG khususnya..

    ReplyDelete