Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, May 18, 2009

Antara Slogan dan Realiti: Biarkan Kerajaan Negeri Uruskan Air Selangor

1. Saya tertarik dengan beberapa papan tanda mengenai air yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor. Antaranya berbunyi "Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat Negeri Selangor" dan "Hentikan, Jangan Biar Syarikat Kroni Merampas Hak Rakyat."

2. Ketika kita tertanya-tanya wang dari mana digunakan untuk membiayai billboards di seluruh Selangor ini, saya ingin mengulas sedikit isu ini untuk kita sama-sama mencari jalan yang realistik.

3.Isu pengambil alihan kembali pengurusan air Selangor (termasuk Kuala Lumpur) bukanlah isu baru. Ini kerana kerajaan negeri sejak 2007 lagi telah melakukan kajian dan bercadang mengambil alih Syabas serta semua syarikat berkaitan dengan pengurusan air di Selangor dan Kuala Lumpur. [Saudara/i boleh rujuk kenyataan saya di Bernama pada 1 Jun 2007 yang lalu]

4.Apa yang dibentangkan oleh kerajaan negeri baru-baru ini merupakan hasil kajian anak syarikat kerajaan negeri sejak 2007 lagi.Bagaimanapun faktor kos yang terlalu tinggi menyukar pengambilalihan ini. Ketika itu, saya fikir tidak wajar untuk kerajaan negeri menanggung hutang berbilion ringgit hanya untuk satu sektor sahaja. Justeru kita bersetuju penyatuan pengurusan air ini dilakukan di peringkat persekutuan melalui Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN).

5. Untuk rekod juga, Projek Penswastaan Air Selangor ini diuruskan melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri. Kerajaan Negeri ketika itu meminta bantuan Kerajaan Persekutuan atas alasan kemudahan asas awam memandangkan kos pengurusan air semakin tinggi.

6.Ketika itu, hutang Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) kepada Kerajaan Persekutuan sahaja berjumlah RM 1.6 bilion. Pihak yang mengambil alih Puas melalui penswastaan ini menanggung semua hutangnya dalam konsep "lock, stock and barrel". Jika tidak silap saya ini kali pertama dilakukan penswastaan kaedah ini.

7. Tujuan penswastaan ini juga bagi membolehkan EPU menjalankan kajian dan memberi cadangan mengenai pengurusan air antara negeri (inter states). Ini amat penting kerana Selangor dijangka mengalami krisis bekalan air menjelang memandangkan bekalan air di Selangor sahaja tidak akan mencukupi pada masa akan datang. Kajian tersebut mencadangkan penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor yang memakan kos RM 12 Bilion.

8. Justeru itu, jika Kerajaan Selangor hari ini berpendapat ia berbaloi dan mereka mampu melakukan tanpa menjejaskan kestabilan kewangan negeri, saya fikir hasrat ini perlu disokong.

9. Namun menggunakan papan-papan tanda awam untuk memburukkan kerajaan Persekutuan dan syarikat pengurusan air bukanlah satu langkah yang menyelesaikan masalah. saya tertanya-tanya apakah Kerajaan negeri benar-benar ikhlas mahu mengambil alih pengurusan air ini atau sekadar mahu mencari populariti menonjolkan diri sebagai suara rakyat semata.

10. Adalah tidak adil untuk mengatakan hak rakyat terhadap air dirampas atau penswastaan ini menguntungkan kroni orang tertentu. Selain pihak swasta, kerajaan negeri menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) turut mempunyai 30% ekuiti dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Kumpulan Perangsang Selangor pula mempunyai 30% pegangan dalam Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan 51% dalam Konsortium ABASS Sdn Bhd (Abass).

11. Pengurusan air hari ini bukan seperti 20 atau 30 tahun yang lalu. Jumlah penduduk yang kian padat di Lembah Klang, dengan faktor kawasan tadahan hujan kian berkurangan akibat pembangunan, keadaan cuaca juga sudah jauh berbeza dari dahulu serta masalah pencemaran air yang kian kronik menjadikan kos perawatan dan pembekalan air semakin tinggi.

12. Sungguhpun saya tidak akrab dengan Tan Sri Rozali Ismail, namun kita harus mengakui sumbangan dan kerja keras beliau dalam memperbaiki sistem pengurusan air di Lembah Klang. Tan Sri Rozali dan Syabas telah melakukan banyak kerja-kerja meningkatkan kualiti penyaluran air, kualiti air dan perancangan pembekalan air ke seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan (kecuali Labuan). Ini semua bukan sahaja memerlukan komitmen yang tinggi malah juga wang yang banyak.

13. Tanpa merendahkan atau memperlekehkan sumbangan Jabatan Bekalan Air Selangor sebelumnya, tapi nyata sekali tahap kecekapan dari segi pengurusan, kualiti, pembaikan dan respon kepada masalah dalam isu air ini jauh lebih baik dari dulu.

14. Demikian juga sumbangan kerajaan Persekutuan dalam membantu pengurusan air haruslah diiktiraf. Tanpa sokongan kerajaan Persekutuan amat sukar untuk kerajaan negeri dan Syabas mencari dana, pinjaman dan pelaburan bagi menguruskan air untuk rakyat. Malahan Kerajaan Persekutuan merupakan pihak yang terbabit secara serius untuk memastikan bekalan air di Lembah Klang tidak terancam dengan projek penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor yang juga memerlukan kos berbilion ringgit.

15. Memang mudah kita melontarkan slogan kembalikan air kepada rakyat atau menuduh syarikat kroni merampas hak rakyat. Air memang hak rakyat. Tiada sesiapa pun yang boleh mengenakan caj atau menghalang kita semua menadah air hujan atau mencedok air dari sungai.

16. Namun untuk mendapat air yang benar-benar bersih dan terawat, ada kos yang terpaksa ditanggung seiring dengan kemajuan dunia. Jika 40 tahun lalu kita mungkin tidak peduli semua ini kerana sungai dan perigi kita masih bersih. Hari ini air di dalam paip yang telah dirawat pun boleh tercemar jika diuruskan secara "cincai".

17. Janganlah dihalang kerajaan negeri mengambil alih pengurusan air ini jika mereka mampu. Jangan dibiarkan mereka menggunakan pelbagai slogan menghasut rakyat membenci Barisan Nasional sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa pun.

18. Jika ditanya saya, benarkan pengambialihan ini(asalkan harganya dipersetujui kedua-dua pihak atau oleh pihak penilai yang dilantik) supaya mereka bebas berbuat apa sahaja dan rakyat bebas menghakiminya nanti.

19. Cuma diharapkan jangan selepas pengambilalihan ada pula kisah rumah siap pahat berbunyi.

39 comments:

  1. Berikan Pakatan Rakyat "The Benefit of Doubt".

    ReplyDelete
  2. aduh YB...
    bila PR buat jer..YB kata pernah nak buat..
    bila PR buat jer..YB kata pernah ada kajian nak buat..
    tak usah nak perbodohkan rakyat..
    kalau nak buat..kenapa tak dr dulu?
    siapa yg menswastakan air?
    PR ker?
    bukan kah org YB gak yg menswastakan AIR??
    udahlah YB...rakyat dah muak dengan puak2 UMNO nie..
    asyik nak menipu rakyat jer...
    ingat rakyat nie bodoh?

    ReplyDelete
  3. baguslah encik khir toyo sependapat bahawa isu air patut dikembalikan kepada kerajaan negeri.cuma cara dan kaedah berbeza disebabkan berbeza2 manusia. alangkah baiknya kalau dari dulu lagi encik hir toyo bagi air percuma kepada rakyat selangor sebagaimana dilaksana oleh org yang encik hir toyo anggap selekeh iaitu encik khalid mb encik hir too jugaaak

    ReplyDelete
  4. Dr Khir

    Kerajaan Selangor sekurang-kurangnya mengotakan janji mereka untuk memberikan 20 liter padu air percuma kepada rakyat negeri Selangor. Mungkin ini juga akan menjadi antara faktor-faktor yang memungkinkan mereka berkuasa lagi pada masa hadapan. Itu pun kalau rakyat Selangor tahu mengenang budi. Kadang-kadang madu dibalas racun,itu kena fahamlah.

    Ada beberapa perkara yang tidak memuaskan hati dalam pemberian air percuma ini. Antara yang paling ketara ialah bukan semua rakyat Selangor menikmati air percuma ini. Bagi sesetengah yang tinggal di rumah-rumah flat dan apartment, jika tidak ditukar kepada meter individu,maka kempunanlah nak menikmati air percuma.Bukankah kebanyakan golongan marhaen ini tinggal di rumah-rumah flat dan apartment?Apakah kerajaan Selangor tidak membuat kajian terlebih dahulu??Siapa yang menikmati air percuma ini?

    Saya juga bersetuju dengan Dr berkenaan penyiaran billboards.Apa perlunya menghasut?Zalim sangatkah Kerajaan Persekutuan?Kenapa nak berhabis-habisan untuk iklan yang langsung tidak membina ini?Oh ya,PR memang macam itu,suka provokasi..

    Tak habis habis,boringlah PR

    ReplyDelete
  5. saya sokong kalau kerajaan negeri sekarang ni kata nak sangat kembalikan hak rakyat dan nak sangat mengurus perihal air ni...bagi dia..biar dia rasa dan buat sendiri....selama ni cakap dah banyak tapi....dan saya setuju dengan artikel ds diatas....jangan esok salahkan BN lagi bila dah tak boleh urus.....pakatan rakyat ni dah lama sangat buang masa dan menyusahkan dan mengheret rakyat yang tak berfikiran jauh...mereka selalu disogokkan dengan amalan sifat benci membenci contohnya lihatlah papan tanda yang mereka letak disetiap jalan.......

    kepada sahabat blogger semua cuba fikir adakah pakatan rakyat pemimpinnya berniat ikhlas dan layak diangkat sebagai pemimpin berhati mulia jika papan tanda pun lebih berunsur menghasut dan menyemarakkan kemarahan orang yang membaca...padahal banyak perkara yang terpaksa dijelaskan satu persatu untuk memberi kefahaman mengapa projek penswastaan selama ini dilakukan....

    ds...bayangkanlah jika ds dan BN tidak menggunakan blog ini untuk berinteraksi dengan pantas dan cepat menjelaskan...apa akan jadi pada orang yang baca papan tanda ini...saya hari2 lalu bacapun sakit hati...bukan sakit hati dengan papan tanda tu tapi sakit hati bila memikirkan apa nak jadi dengan anak bangsa yang terpengaruh dan terus membenci BN dan bersungguh2 tanpa dapat apa2 pun sanggup bermati2an untuk menghancurkan dan menjatuhkan UMNO DAN BN

    ReplyDelete
  6. HARI SABTU MLM AHAD....PAS MENGGUNAKAN STADIUM MALAWATI MENGGUMPULKAN AHLI MEREKA DAN MENJEMPUT NIZAR MENGAPI2KAN SIAP ADA SKIN BESAR CERITA SATU PERSATU ENTAH BETUL ATAU TIDAK.....SIAP KATA SULTAN BISIK KAT DIA DAN DALAM LIF SULTAN CAKAP DENGAN DIA TAPI TAK CAKAP DENGAN ZAMBRY...DAN KATANYA 13 BULAN DIA DAH LIHAT BERJUTA2 HARTA RAKYAT DISAPU OLEH PEMERINTAHAN BN TERDAHULU (INI SEBENARNYA PADA SAYA MENGAPI2 DAN MENYEMAI SIFAT BENCI TERUS KONSISTEN BERSAMA MEREKA DAN MEREKA CUBA MENGEKALKAN AGAR RAKYAT TERUS BERSAMA MEREKA SEHINGGA PRU13 NANTI).....BAYANGKAN KALAU DIA KATA BEGITU RAKYAT MANA YANG TAK SAKIT HATI DAN MEREKA AKAN KATA ADA SEBAB MENGAPA RAKYAT MESTI TOLAK BN NEXT ELECTION......UNTUK MAKLUMAN SAYA TIADA DISANA TETAPI KAWAN SAYA CERITA LEBIHKURANG BEGITULAH...KALAU DIA TIPU..TIPULAH SAYA..KALAU ADA YANG NAK SAMAN SAYA ..SAMAN KAWAN SAYA YANG DATANG PROGRAM TU SEKALI......

    ...LAGAKNYA UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT RAKYAT YANG MENDENGARNYA....INILAH POLITIK MENGAPI2KAN ORANG DAN MENYEMAI SIFAT BENCI YANG TERAMAT SANGAT...

    DS DAN BLOGGER.....INSAN MANA YANG BILA DICERITAKAN PERIHAL KEBURUKAN DAN KERAKUSAN SESEORANG PEMIMPIN MEMBAHAM DUIT RAKYAT....KITA SEBAGAI PENDENGAR AKAN KATA ..BIARLAH...TAKPALAH....AKU SOKONG JE.....ADA KE?...ATAU KITA AKAN MARAH...BENCI..MELUAT..DAN SAKIT HATI SEHINGGA BERKOBAR2 NAK GUNA KUASA YANG ADA TANGAN UNTUK UNDI JATUHKAN DAN TELANJANGKAN SEMUA MARUAH PEMIMPIN YANG DIWAR2KAN BERSIKAP BURUK DAN RAKUS ITU....TAPI ADAKAH SEBAGAI RAKYAT YANG MATANG ,RASIONAL,BERSIKAP MEMDIDIK DAN MENEGUR UNTUK KEBAIKAN MASIH ADA PADA PEMIKIRAN SETIAP RAKYAT KITA...ATAU KEBANYAKAN RAKYAT KITA MEMPUNYAI SIKAP YANG TERAMAT BIADAP,KURANG AJAR,SEPERTI API DALAM SEKAM,ATAU TALAM DUA MUKA....SUNGGUH TIDAK BERMARUAH JIKA ADA BERSIKAP BEGITU

    MENGAPA INI BERLAKU KEPADA MASYARAKAT KITA...ATAU ADAKAH MASYARAKAT MELAYU SAHAJA..ATAU ADAKAH SIFAT INI HANYA ADA PADA GOLONGAN MUDA MELAYU ATAU ADAKAH SIKAP INI ADA PADA BANGSA2 YANG LAIN YANG CUKUP DAN AMAT2 BERSUNGGUH2 UNTUK MENGHANCURKAN KEKUATAN KITA SELAMA INI....SIAPAKAH YANG MAJORITI MEMPUNYAI SIKAP INI....

    SIAPAKAH YANG PERLU KITA ANGKAT PRU13 NANTI..UMNO,PAS,KEADILAN....SAYA TIDAK MAHU BERCAKAP TENTANG KEADILAN TETAPI BOLEHLAH SAYA SERU AGAR KITA MENGHORMATI PAS DAN PADA MASA YANG SAMA KITA HARUS MEMBERI UNDI DAN KUASA SEMULA KEPADA UMNO TANPA ADA APA2 ALASAN DAN PERASAAN SYAK WASANGKA YANG LAIN....PADA MASA YANG SAMA KITA TERUS MENGKRITIK,MENEGUR SETIAP PEMIMPIN YANG RAKUS DAN PEROSOK PARTI TERBESAR KUASA MELAYU INI..SETUJU!!!!

    SAYA MENYERU KEPADA SEMUA SAHABAT SEANGKATAN DENGAN SAYA TERUTAMANYA GOLONGAN MUDA MELAYU YANG TIDAK TERLALU BERGANTUNG KEPADA KERAJAAN DALAM MENJANA EKONOMI HARI INI AGAR KITA TAHU BILA MASA KITA MENEGUR SESUATU PEMIMPIN ATAU PARTI ...KITA JUGA HARUS BIJAK BERMAIN POLITIK AGAR JANGAN SAMPAI MEMBAKAR JAMBATAN YANG TELAH DIBENA OLEH PEMIMPIN TERDAHULU UNTUK KEMAJUAN KITA DAN ANAK CUCU KITA DIMASA AKAN DATANG.....MARILAH KITA MEMPERTIMBANGKAN UNTUK MEMBERI SOKONGAN MORAL SEMULA KEPADA UMNO DAN BIARLAH PADA MASA YANG SAMA KITA JADI GOLONGAN MUDA YANG MENGHORMATI PARTI PAKATAN RAKYAT TERUTAMANYA PAS...BUKAN SEPERTI SESETENGAH PENYOKONG TEGAR UMNO YANG SENTIASA MEMBENCI PARTI LAWANNYA KERANA PADA SAYA SEKARANG BUKAN ZAMAN SATU PIHAK SAHAJA YANG BETUL..ADAKALA UMNO DAN BN ADA SALAH SILAP DAN ADAKALANYA PAS BERJASA JUGA PADA PEMBANGUNAN ROHANI DAN PENGIMBANG DUNIAWI
    KITA HORMATI MEREKA KERANA MEREKA JUGA BANYAK JASANYA TETAPI PADA MASA YANG SAMA PERCAYALAH UNDI DAN SOKONGAN KITA PERLU DIBERIKAN KEPADA UMNO ...BUKAN UNTUK INDIVIDU PEMIMPIN HARI INI TETAPI UNDI KITA PADA UMNO ADALAH UNTUK MENERUSKAN KESINAMBUNGAN KUASA DAN MARUAH ANAK BANGSA KITA DIMASA AKAN DATANG..KITA TIDAK BOLEH MENGADAIKAN ATAU MERUNTUHKAN HAK ANAK BANGSA KITA DIMASA AKAN DATANG KERANA DIMASA AKAN DATANG MEREKA AKAN MENCEMUH KITA YANG ADA HARI INI JIKA KEADAAN MEREKA DIMASA AKAN DATANG MENJADI BANGSA YANG HINA DAN MEREMPAT DITANAHAIR SENDIRI.WALAU PAHIT UNTUK KITA MEMBERINYA DEK KERANA MUNGKIN PEMIMPIN YANG ADA HARI INI KITA TIDAK SUKA.....CUKUPLAH SEGALA YANG BERLAKU SETAHUN DUA INI MENGAJAR KITA SEMUA TEWRUTAMANYA UMNO SEBAGAI TULANG BELAKANG PARTI BERKUASA DALAN NEGARA........

    KEPADA DS....WALAUPUN SELAMA INI SAYA BERSIFAT LANTANG...KURANG BERBUDI BAHASA KETIKA BERBICARA DENGAN DS....SUKAR DIKAWAL DIDALAM DEWAN,KAWASAN,BLOG DAN DIMANA SAYA BERADA....DAN ADAKALA MENYUSAHKAN HATI DS DAN SAHABAT PEMIMPIN SEKELILING DS...TETAPI APA YANG SAYA KATAKAN ADALAH KERANA UNTUK KASIH SAYANG SAYA TERHADAP UMNO DAN UNTUK ANAK BANGSA SAYA DIMASA AKAN DATANG....BUKANLAH SAYA INGINKAN HABUAN DALAM UMNO TETAPI SAYA TIDAK SANGGUP MELIHAT UMNO BERKUBUR PADA PRU13 NANTI...

    SAYA PERCAYA RAMAI YANG ADA PERASAAN SAYANGKAN UMNO SEPERTI SAYA....CUMA MARILAH KITA SAMA2 BERSATU DAN MEMBERI MORAL SUPPORT KEPADA PEMIMPIN UMNO HARI INI MEMPERBETULKAN APA YANG MEREKA BENGKOKKAN SEBELUM INI.....WASSALAM

    ReplyDelete
  7. Jika benar air bukan isu politik..tetapi
    hanya isu nasional dan keperluan asasi
    rakyat.Maka rakyat negeri Selangor,Persekutuan
    dan Putrajaya harus dapat manfaat air percuma
    bukannya 20m3 sahaja jika Kerajaan Negeri Selangor
    mengambil alih keseluruhan dari pengendali air.

    Kembalikan hak air kepada rakyat umpama menadah air hujan dan menceduk air dikolam.

    Ayuh MB Khalid apa kata naikkan pemilikan equiti KDEB
    ke 100% setiap syarikat splash,syabas dan Abass

    Jangan nanti Siluncai terjun dengan labu-labunya atau kerana politik sanggup
    berbohong dan putar belit.

    ReplyDelete
  8. ahli parlimen klang cuba nak tunjuk hero dalam isu air di selangor.

    supaya kekal terpilih dalam next pru

    ReplyDelete
  9. Saudara Alam,

    Mohon maaf tidak dapat melepaskan komen saudara kerana gelaran BABI tersebut saya fikir tidak sesuai kepada mana-mana individu termasuk pemimpin Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  10. saudara angah,

    Saudara memberi komentar dengan perasaan benci sebab itu tidak memahami dengan jelas tulisan saya. Tidak timbul saya mahu mengambil nama.

    Sebaliknya telah pun saya nyatakan dalam tulisan tersebut bahawa kajian mendapati harga pembelian syabas dan semua syarikat pembekalan air tersebut terlalu tinggi untuk ditanggung oleh kerajaan negeri. Jadi tidak sepatutnya saudara persoalkan mengapa saya tidak buat dahulu.

    Memang penswastaan dilakukan oleh kerajaan BN. Dan saya tidak anmpak apa-apa salahnya penswastaan selagi ia menjamin kepentingan rakyat.

    Memang dialu-alukan pemberian air percuma. Kesannya belum dapat dilihat dalam masa terdekat memandangkan ketika mengambil alih kerajaan negeri mempunyai tunai lebih RM 1 bilion. Namun dalam beberapa tahun akan datang kita akan melihat sejauh manakah kesannya dari segi kewangan kerajaan negeri dan juga penggunaan air.

    ReplyDelete
  11. Salam ds,
    Saya sebagai anak jati selangor tertarik dengan perbincangan & cadangan ds sebelumnya dan setuju jika kita menyokong hasrat kerajaan negeri sekarang kepada rakyat Selangor dalam menyediakan perkhidmatan air kepada penduduk di sekitar Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya dengan kadar tarif yang lebih rendah.
    Tetapi jangan hanya sekadar idea,kemudian menyalahkan pihak tertentu.Bagi saya,laksanakan saja idea yang memberi manfaat kepada rakyat di Selangor.Jangan lengahkan dengan agenda yang di sebaliknya kerana rakyat akan rasa tertipu dengan agenda ini.
    Kalau mereka mahu kekal,buat cara bagaimana hendak kekal memenangi hati rakyat selangor,bukan guna cara mudah meracuni minda rakyat Selangor dengan unsur-unsur negatif.Bagaimana hendak majukan negeri & rakyat kalau guna cara seperti ini?Kami bukan kanak-kanak yang akan menyokong jika hanya di berikan gula-gula.

    ReplyDelete
  12. Dr Khir

    Di sini saya ada info,sesiapa yang nak tengok tembelang Nizar,Ngeh dan Nga dalam mentadbir Negeri Perak bolehlah lawati Agenda daily..sebab ada temubual ekslusif dengan bekas Adun yang menyokong BN. Kalau nak tahu cerita sebenar dari yang empunya badan,jangan lupa ikuti temubual berkenaan. Selamat mencari kebenaran.

    ReplyDelete
  13. salam DSKT...

    memang mcam nie la nasib BN.. untuk mencari kesalahan orang memang senang.. segala yang buruk semua BN yang dapat.. hanya PR mereka yang baik..
    tak per DSKT.. kita tgk.. macammana diorang uruskan air.. sampai air tu keruh.. kotor.. kita bawak jumper TanSri Khalid..mereka rasa mereka hebat... kita tgk... jangan sampai tergadai seluar dalam...
    wssalm..

    ReplyDelete
  14. Angah & yang memberikan komen sekalian,

    Memang benar bahawa cadangan pengambilalihan air di Selangor bermula pada zaman DKT lagi. Janganlah kerana literasi pengetahuan kita yang kurang kita mencerna atau menidakkan tanpa usul periksa.

    Pengambilalihanya kelak akan membabitkan perbelanjaan berbillion ringgit. Jika sekiranya Kerajaan Persekutuan mahu & hasilnya harga air yang lebih murah (walaupun tiada air percuma) wajar kita sokong.

    Air percuma kini pun dibayar oleh KDEB dalam jumlah yang besar. Lebih wajar jumlah wang tersebut digunakan ke tempat lain bagi pembangunan masyarakat.

    Janganlah mahu semuanya percuma!. Ada kos yang perlu dibayar.

    ReplyDelete
  15. Ini projek-projek politik sekarang,
    Lirik lagu diatas mempunyai maksud yang mendalam.
    tetapi apakah orang politik sekarang faham,
    rakyat sedang tertekan,
    nak cari wang,
    nak beli barang,
    nak bagi anak bini makan,
    kais pagi makan petang,
    ekonomi makin malang,
    nak niaga susah nak kerja payah
    projek politik punyaihal.

    Untuk hilang bosan anda semua. Mailah kita buat servey ni, dapat juga tengok angka-angka. Dapat duit, blehlah menyumbang sedikit.
    Clik disini = $6.00 Welcome Survey After Free Registration! $6.00 Welcome Survey After Free Registration!

    ReplyDelete
  16. salam Doc,

    Khalid Ibrahim umumkan bajet RM 10 bilion untuk bersihkan sungai Selangor. hehehehh hairan saya... mana khalid nak dapat duit sebanyak tu.
    Dulu dia umum RM 50 bilion untuk pengangkutan pun tak nampak lagi.

    ReplyDelete
  17. alah ampun_tuanku... apa khalid ibrahim buat sekarang. Bagi air percuma pun still dari hasil pendapatan kerajaan lama.

    ReplyDelete
  18. Salam DS,

    Masa saya membaca setiap komen tadi, memang saya dah berkobar-kobar nak menulis tentang komen saudara ‘angah’ . Nampaknya saudara angah ni seorang penyokong PR secara membabi buta. Maaf DS saya tak guna perkataan babi pada orang kan?? Bukan apa kalau boleh saya nak menulis sebagai seorang yang ‘high intellectuality’ tak nak lah macam Angah tu…di mana saya rasa orang sebegini, lambat di cuit sikit dengan isu panas yang belum tahu kesahihannya akan melompat dia. Lompat lebih tinggi daripada TS Khalid lagi. Orang beginilah yang di cari PKR.

    Sebab apa saya kata PKR….ialah kerana dalam PR, hanya PKR saja yang saya rasa, kewujudannya tidak berasas. Cuma berasas pada cerita dan tohmahan segolongan ahli politik atau ahli perniagaan yang marah sebab samada tak dapat tempat atau kuasa dalam ‘cabinet’ atau ahli perniagaan yang yang tak dapat tender.. maklum lah mereka ni bukan kroni kerajaan katanya. Tapi pernahkan mereka terfikir yang mereka sebenarnya yang bermasaalah, yang malas bekerja atau tak pandai buat kerja??? Ketahuilah kalau kroni kerajaan sekalipun yang dapat kontrak, kalau tak boleh perform, dia takkan jadi kroni kerajaan lagi…. Kerana negara kita ada undang-undang dan peraturan dalam melaksanakan kerja. Kalau tak perform semestinya lah di tolak.

    Cuba kita fikir sejenak, kalau kita mengurus duit kita sendiri dan kita mau membuat rumah sendiri, mestilah kita mau yang terbaik. Mesti kita pilih kontraktor yang terbaik. Kalau kontraktor yang kita dapat jenis yang hanya buat kerja bila dapat duit dari kita yang maknanya kontraktor tak ada modal, mau kah kita ambil kontraktor ni buat rumah kita??? Hasilnya rumah kita akan terbengkalai. Kontraktor cabut entah ke mana. Buat apa tunggu lagi sebab kerja dah masuk kerja ‘finishing’ yang banyak mengunakan wang dan duit yang dah dapat dah pun di gunakan dan tak cukup untuk bayar finishing work lebih baik lari dari tunggu kena parang….. Maukah kita dapat kontraktor sebegini??? Mesti tak mau kan… Begitu juga projek kerajaan. DSKT bukan calang orangnya. Semestinya dia mau kontraktor yang terbaik untuk siapkan kerja dengan memuaskan kerana ini akan reflek pada kepimpinan beliau juga. Tambahan pula, dia menguruskan wang dan hak rakyat.

    Seingat saya dulu ramai orang bercakap yang Tun Dr Mahathir asyik bagi kontrak pada kroni. Saya pun salah sorang yang bersalah juga kerana termakan dengan hasutan puak PKR ni… Tapi lihatlah sekarang Tun dapat menunjukkan hasil kerjanya dengan baik. Mengharumkan nama negara serata dunia. Kalau tak kerana Tun tegas dalam pembahagian kontrak/tender pada orang yang boleh kerja, segala perancangan beliau turut akan musnah. Sekarang ni cuba tuan2 tengok ada ka Tun empunya Putrajaya tu macam di gembar-gemburkan dulu tu???

    Oleh itu fikir dulu sebelum kita bercakap atau menyokong sesebuah kumpulan atau parti tu… Cuba lihat kawasan Lembah Pantai KL sudah la. Di bandingkan Sharzat dengan Nurul Izzah cukup la.. Lihat bagaimana susah dan rajinnya D Shahrizat membangunkan kawasan Lembah Pantai dan hasilnya di bangga2 oleh Nurul Izzah yang sememangnya lah cantik tapi tak pandai buat kerja sebab tak ada experience dan tak pernah buat kerja2 pembangunan. Tapi sebab dek dia ni anak DSAI yang sememangnya ada agenda tersendiri, yang sangat pandai menghasut, jadi orang pilih anaknya… Pilih lah yang berkeliber sikit… kalaupun tak ada sangat calun pun.

    Tapi kalau memang tak pandai buat kerja asyik membodek saja pun kita jangan pilih…sebab orang dalam parti BN pun banyak yang macam ni. Jadi pandai-pandao lah..

    Berbalik pada soal air, saya tetap yakin yang apa yang di buat DSKT adalah yang terbaik untuk semua dan saya yakin yang DSKT ni orangnya beriman, dan tau yang kalau dia kaya-raya sesangat pun nak buat apa.. sebab harta bukan boleh nak bawa balik ke sana. Rezki beliau adalah apa yang dia guna pakai dan apa yang di sedekahkan pada orang yang sepatutnya. Itu saja rezki yang tuhan beri pada dia. Harta dia yang bertimbun pun akan jadi rezki oarng lain pulak. Anak dia mungkin..Itu pun kalau anak dia pandai menngunakan mengikut cara sebenar. Jadi apa yang nak di dengki atau takut. DSKT pun semestinya nak juga bawa balik sebanyak mungkin pahala ke sana dan saya yakin dia buat kerja bukan saja untuk mendapat pendapatan, tapi juga untuk mendapat bekalan di akhirat kelak. Dengan sebab dia terpilih oleh ALLAH untuk di uji memerintah Selangor, semestinya dia buat yang terbaik dunia akhirat. Betul tak Dato Seri??.

    Jadi tak payahlah dok sibuk2 tubuhkan Selcat ka atau Seldog ka, nak korek sana-sini. Dok habiskan wang rakyat saja… Tunjuk lah bukti apa yang PR dah buat untuk memulangkan air pada rakyat. Jangan la nak tunjuk sangat bukti sehingga mengambil duit peruntukan lain untuk peruntukan yang lain pulak??? Tak betul tu... Kalaupun nak guna duit untuk buat perkara baik tapi jalannya perlu betul. Bak kata Dato’ Nik Aziz, “Niat tak membetul kan jalan…” . Buat banner besar2 dengan niat untuk meracuni fikiran rakyat dengan wang rakyat pun salah juga walaupun di katakan bajet nya sikit. Begitu juga dengan lembu korban. Come on la PR.. tunjukkan lah pencapaian. Apa KPI PR hanya merangkumi berapa banyak orang yang makan hasut???

    ReplyDelete
  19. Salam Dr dan semua bloggers,

    saya amat tertarik dengan kata2 dr mengenai billboards yang terpamer serata negeri Selangor. Sebenarnya saya telah lama memerhatikan cara penyampaian maklumat ini dari sebelum mereka memerintah selangor sehingga kini. kalau dulu mereka kerap menggantung banner2 provokasi dari kain2 kapas murah kemudian ke banner mahal (cetakkan komputer) dan kini billboards pula.

    apakah akan terus2an mereka mencuri hati dan perhatian semua dengan provokasi2 dan porpaganda begini. benar mereka mmperjuangkan konsep "TELUS" tetapi ketelusan mereka hasil dari cerita ttg org lain. adakala cerita yang di tokok tambah dengan bahan2 perasa lain bagi menimbulkan tanda tanya di benak semua. "TELUS" kah itu?. mengapa tidak di paparkan "KETELUSAN" diri sendiri?

    Serata kawasan K**** bergantung2 banner dari yang murah sehingga yang mahal. tidak kira untuk provokasi mahupun mencuri hati dengan kata2 manis. mengapa tiada yang pertikai segala wang belanja demi sebaran maklumat sebegitu? ketika ini mereka pemerintah, mengapa tiada yang mula mmbisik gosip2 seperti "wang sapa?" atau pun "wang rakyat?" seperti mana khbar2 angin di tabur terhadap pemerintah terdahulu. asal ade yang belanja lebeh sedikit sahaja semua itu di busukkan dengan kata "guna wang rakyat".

    dari mereka terus2 menabur belanja atas perkara2 sebegini adalah lebih baik mereka menabung demi kebaikan rakyat di bawah pemerintahan mereka.

    tersenyum sinis saya teringatkan manifesto mereka satu masa dulu (PRU12). mereka ingin sumbangkan wang sebyk RM1K kepada anak2 yang berjaya ke menara gading. berita terkini saya terima hanya RM50 sahaja yang mampu di beri kepada anak2 yang berjaya. apa telah keringkah wang tabungan mereka kerana billboards2 ini. itu la... yang di janji tk mampu di kota, yang sedang dikuasa berlebeh2 pula caranya.

    entah bila mereka mau sedar. entah kenapa 'kita' bleh terpedaya. diri sendiri berdiri pun belum gagah tp dh pandai nk menegur org lain berdiri. begitu la cara mereka kini.

    seharusnya mereka menyusun strategi demi strategi mmbangunkan negeri bukan hanya selongkar cerita2 lama demi membuktikan kehebatan diri yg belum petah lg. dan andai kata nk bukti mereka telah berjaya seharusnya perkara2 kecil2 dan tabiat2 lama yang membazir ni tk perlu la terbawa2. adakah dari situ ada ukuran tersendiri kononnya mereka perihatin? mereka hanya prihatin pada status yg mereka miliki sekarang. Allahualam...

    saya sejak dulu dah muak dengan banner2 ni. seingatnya nk juga buat satu tp lebeh baik ukur baju di badan sendiri. dari bazir tk tentu hala baik belanja anak2 yg susah makan. lebeh byk pahalanya. maklumla tengah2 gawat ni.

    bagi yang betul2 tk cukup duit nk tanggung anak bini makan tu, saya cadangkan anda buka kedai printing. masuk tender printkan banner utk mereka yg tak puas2 gantung banner ni. mesti tk kering rezeki anda selepas ni. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  20. CONTOH JELAS BAPAK BOREK ANAK RINTIK!!YANG MEMPERTIKAIKAN MORALITI ORANG LAIN TETAPI KELUARGA SENDIRI PUN TAK RETI NAK JAGA

    Raja Petra’s son pleads guilty to theft


    SHAH ALAM: Raja Azman Raja Petra, the 32-year-old son of Malaysia Today editor Raja Petra Raja Kamarudin, pleaded guilty at the Magistrates Court here to four counts of stealing motorbikes, house break-ins and possessing stolen goods.

    ReplyDelete
  21. encik khir nampak gaya semenjak tak jadi MB dah hilang punca dan tak fokus.rileks dan cuba atur strategi supaya setiap kenyataan encik khir, dimata org ramai tidak di anggap menipu.sekian terima kasih

    ReplyDelete
  22. alah ajab...ada baik jugak khalid tu tabur percuma hasil yang banyak peninggalan kerajaan lama kepada rakyat

    ReplyDelete
  23. SALAM DS.....
    BILA KEPUTUSAN DIBUAT DENGAN HATI DAN JIWA YANG PENUH DENGAN PERASAAN BENCI DAN MARAH APAKAH YANG MENDAMPINGI DIKETIKA ITU...
    LEBIH 50 TAHUN BN MEMERINTAH,APAKAH BUMI INI SEMAKIN HANCUR....
    APAKAH RAKYAT SEMAKIN MISKIN DAN MEREMPAT....

    TIDAK......
    RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN SENANG..
    RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN KAYA....
    RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN PANDAI..
    RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN LUPA....
    LUPA PADA SIAPA YANG MEMBANGUNKAN MALAYSIA..
    LUPA PADA SIAPA YANG MEMAJUKAN MALAYSIA.....
    LUPA PADA SIAPA YANG BERJASA....

    APA YANG MEREKA MAHU............
    MEREKA MAHU AIR PERCUMA.........
    MEREKA MAHU API PERCUMA.........
    MEREKA MAHU SEMUANYA PERCUMA....SEBAB MALAYSIA NEGARA YANG KAYA.....DAN YANG KAYA ITU MILIK MEREKA...HAK MEREKA...HAK MEREKA KERANA MEREKA MEMPUNYAI UNDI...UNDI UNTUK MENJATUHKAN PEMIMPIN SEPERTI DS....BILA DS REBAH....
    MEREKA AKAN KETAWA....
    MEREKA AKAN BERSORAK...
    MEREKA AKAN BERGEMBIRA..
    TAPI MEREKA JUGA LUPA...
    SIAPAKAH SEBENARNYA YANG REBAH..
    SIAPAKAH SEBENARNYA YANG JATUH..
    DATO SERI..........TIDAK..
    DATO NAJIB.........TIDAK..
    DATO2 PEMIMPIN UMNO.......JUGA TIDAK...

    YANG AKAN REBAH MEREKA SENDIRI..KERANA NASIB DAN KEHIDUPAN MEREKA YANG MEREKA PERTARUHKAN.
    MUNGKIN...PEMIMPIN UMNO AKAN KEHILANGAN KUASA TAPI MEREKA AKAN MENERUSKAN KEHIDUPAN MEREKA.. NASIB RAKYAT BAGAIMANA......?FIKIRKAN.........

    ReplyDelete
  24. halim said...
    Dr Khir

    Di sini saya ada info,sesiapa yang nak tengok tembelang Nizar,Ngeh dan Nga dalam mentadbir Negeri Perak bolehlah lawati Agenda daily..sebab ada temubual ekslusif dengan bekas Adun yang menyokong BN. Kalau nak tahu

    cerita sebenar dari yang empunya badan,jangan lupa ikuti temubual berkenaan. Selamat mencari kebenaran.

    Tuesday, May 19, 2009 11:59:00 AM MYT
    ***********************************************

    Kepada sdr halim...

    Jangan terpedaya dengan statement yang dibuat oleh Jamal (Adun Lompat)..

    Kalau betul apa yang beliau ceritakan, kenapa beliau tak humban cerita ni dalam PRK Bukit Gantang (PRK BG) itu hari. BN/UMNO ada semua jentera samada media cetak dan elektronik. Kenapa tak siarkan interview dengan Jamal dalam TV semasa PRK BG itu hari kalau ianya menguntungkan BN/UMNO? Saya pasti Nizar akan kecundang kalau apa yang diceritakan oleh Jamal itu betul.

    Bukan tidak pernah BN/UMNO menggunakan media untuk kempen politik BN/UMNO. Sejarah PRU-11 & 12 semua rakyat melihat bagaimana kerajaan sementara BN/UMNO menggunakan kemudahan kerajaan untuk kempen politik BN/UMNO.

    Saya harap saudara fikir baik2 sebelum mempercayai Jamal (Adun Lompat) ni buat statement. Jangan kerana statement yang beliau keluarkan, menambahkan lagi kebencian orang ramai kepada UMNO.

    Saya pasti DS Khir seorang yang cerdik dan boleh menimbang kesan baik buruknya apa yang diceritakan oleh ADUN Lompat ni. Saya mengenali peribadi DS Khir dan juga family beliau. DS Khir orang yang ada pendidikan agama dan mustahil beliau akan mempercayai cerita2 yang karut marut macam ni.

    Sekian.

    NH Shah Alam

    ReplyDelete
  25. Nampaknya Dr dah betul-betul digantung.
    Nampaknya apabila mendapat kuasa, mereka begitu rakus dan gelojoh. Selangor dan Perak, sama saja.

    Apa akan jadi jika mereka menguasai parlimen?

    Bagaimana hak rakyat apabila wakil mereka tidak dibenarkan hadir ke DUN?

    ReplyDelete
  26. SEDARKAH KITA RAKYAT NEGERI SELANGOR YG BERTUAH INI...NEGRI YG KAYA DARI HARTA PENINGGALAN
    KERAJAAN BN YG LALU....

    TERFIKIRKAH KITA KEKAYAAN NEGERI INI KEMANA
    TUMPAHNYA....SEKECIL-KECIL PROJEK CONTOHNYA
    MENCETAK BANNER DAN BAHAN BILLBOARD SIAPAKAH
    YG DAPAT KONTREK...KRONI PR JUGAKAH...

    KEKAYAAN YG ADA PATUT DIGUNA UNTUK PEMBANGUNAN
    BUKAN UNTUK PEMBAZIRAN..MANA KETELUSAN YG DIWAR-WARKAN...

    MERATA NEGERI SEKECIL-KECIL JALAN HANYA NAMPAK
    PROJEK DARI KERAJAAN PUSAT...MANA SATU PROJEK
    KERAJAAN NEGERI WALAU KECIL UNTUK MENAMBAT HATI
    RAKYAT?

    SEMAKIN BANYAK PAPAN TANDA PROJEK DIKAMPONG-KAMPONG YG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN PUSAT.
    SAMBIL ITU TERPAMPANG BANNER TERIMAKASIH
    DARI BN SELANGOR DILIHAT DI DUN SEMENTA.

    ADAKAH EXCO KERAJAAN PR NEGERI SELANGOR
    MENTALITINYA MASIH SEPERTI PEMBANGKANG,

    INGATLAH KINI HARUS MENEMPUH REALITI BUKAN LAGI
    FANTASI....

    RAKYAT SEDANG MENAGIH JANJI MANIFESTO PR PRU12 LALU...SEDIAKAH KITA UNTUK MENUNGGU LAGI..
    ATAU KITA SUDAH LUPA JANJI-JANJI MEREKA..

    ReplyDelete
  27. Salam DS...Bab-bab ayaq ni..payah sikit nak berbicara sebab saya pun tak berapa arif tentang kaedah dan cara pengambilalihan tersebut...tapi yang pasti ayaq kena keluaq! kalau tidak semua jem..yang eloknya sajikan kualiti ayaq yang terbaik supaya hasil dari penggunaan ayaq jugak terbaik...

    ReplyDelete
  28. sudahlah DS,jelas terbukti pentadbiran PR selama setahun ni telah mendahului pentadbiran BN selama 52 tahun.saya bukannya penyokong PR atau BN,cuma seorang rakyat selangor yg biasa

    PR
    -Membersihkan sungai klang utk memelihara alam disamping menaikkan harga tanah rumah di sepanjang sungai
    -Memberi air percuma dan berjuang mendapatkan harga air paling rendah demi rakyat
    -Mendedahkan harta aset setiap org exco
    -dan byk2 lagi..

    BN
    -Membelanjakan berjuta2 ringgit ke disneyland utk lawatan 'teknikal' bagi memajukan pusat rekreasi Bagan Lalang.Lihatlah bagaimana rupanya bagan lalang kini,sunyi sepi
    -Sengaja menyusahkan kerajaan negeri dgn tdk membenarkan kerajaan negeri berurusan scr direct dgn syarikat2 air utk mendapat kos air terendah
    -Pengurusan hal ehwal kaum2 lain yg lemah spt meluluskan permit membina gereja kemudian menghalang drp menjalankan pembinaan.Meluluskan pihak berkuasa meroboh kuil india scr tdk teratur.Ini semua menyebabkan kaum2 lain berasa spt ditindas
    -dan byk2 lagi..

    nasihat saya kpd DS agar bersaralah lebih awal demi mengembalikan kuasa UMNO.Rakyat dah muak dgn pentadbiran UMNO dibwh pimpinan DS

    ReplyDelete
  29. SIAPAKAH SEBENARNYA YANG REBAH..
    SIAPAKAH SEBENARNYA YANG JATUH..
    DATO SERI..........TIDAK..
    DATO NAJIB.........TIDAK..
    DATO2 PEMIMPIN UMNO.......JUGA TIDAK...

    YANG AKAN REBAH MEREKA SENDIRI..KERANA NASIB DAN KEHIDUPAN MEREKA YANG MEREKA PERTARUHKAN.
    MUNGKIN...PEMIMPIN UMNO AKAN KEHILANGAN KUASA TAPI MEREKA AKAN MENERUSKAN KEHIDUPAN MEREKA.. NASIB RAKYAT BAGAIMANA???

    ==================================

    HAI!! BOCAH KAMPONG!!

    NASIB RAKYAT TERLETAK DITANGAN UMNO ATAU BN KE??
    APA YG KAMU ADA SELAMA 52 TAHUN UMNO/BN MEMERINTAH??
    TAH2 MASIH TINGGAL DI RUMAH SETINGGAN ATAU DI TANAH HARAM KOT??

    ReplyDelete
  30. DRKT,
    perestasi kerajaan negeri selangor pimpinan t s khalid masih belum menunjukkan perestasi kepada janji janji yg dibuat semasa PRU 12 ,masih bersifat retorik lagi . Rakyat tidak bolih dihayalkan dgn janji janji retorik sahaja ,rakyat mahu melihat janji janji PRU 12 dilaksanakan ,rakyat memahami tindakan yg berbentuk membalas dendam .
    Sebagai ketua pembangkang dan ketua pemikir DRKT
    misti fokuskan tenaga untuk memberikan idea dan pemikiran untuk kesejahteran rakyat dan negara
    Selangor adalah negeri termaju di Malaysia setanding dgn WP ,kehendak rakyat berbeza dan cabaran juga berbeza . Selangor tidak bolih dibandingkan dgn Kelantan .Selangor lebih terdedah dgn cabaran cabaran dan pemikiran baru yg memerlukan tindakan diluar kotak .
    DRKT harus menilai teori pemasaran sekiranya imej dan persepsi tidak dipulihkan jenama tersebut tidak bolih dipasarkan kembali hatta sebaik mana kualitinya pun sekali ,itu sudah hukum alam
    DRKT misti mengkaji bagaimana jenama jenama saperti coke cola dan GE dapat bertahan sehingga kehari ini . Contoh terdekat lihat bagaimana Congress India bolih bertahan dan memenangi pilehanraya India .
    diSelangor DRKT menghadapai kerajaan pimpinan ts Khalid seorang pemimpin yg terlatih dibawah Tun Ismail Ali .ts khalid juga adalah seorang pemain Chess yg baik...

    ReplyDelete
  31. salam semua terutama kepada keranda UMNO

    sebagai penduduk di selangor, kaya ke kita miskin ke kita jangan sekali-kali kita amik faktor dari sapa yang memerintah. sebenarnya itu kita ukur dari usaha kita sendiri. kalau BN ke memerintah bukan nyer dia akan tabur duit FREE kepada sesapa begitu juga kalau PKR memerintah. kita juga yang patut berusaha mencari wang sebagai keperluan kita sehari-hari.

    kita amik contoh pendatang-pendatang indonesia yang masuk. asal mereka hanya sehelai sepinggang. berkat usaha mereka sehingga ke hari ni dengan gaji yang lebeh rendah dari kita yang berstatus bumiputera mereka mampu miliki banglow dan berharta. saya rasa tk de pulak dengar cerita BN atau PKR bagi mereka duit2 free ni.

    maka jangan la timbul soal sapa memerintah kita hidup di mana. soal yang penting sekarang corak mereka utk hala tuju negeri ini. adakah selangor akan terus maju seperti yang penah kita merasa sebelum-sebelum ini atau makin hancur seperti kita berada di salah satu negeri di Malaysia (fikirla negeri mana).

    menarik saya katakan disini, adakalanya kita terlupa jalan raya yang kita lalu demi mencari rezeki, air yang pernah kita minum. demi menampung populasi rakyat selangor yang semakin bertambah setiap hari pembangunan berlaku hampir setiap hari oleh kerajaan BN terdahulu. saya rasa kita tak mampu nk pikul sekiranya kita berada di tempat kerajaan negeri terdahulu sewaktu kegawatan air di selangor satu masa dahulu. waktu tu empangan hampir kering. saya masih di bangku sekolah. sekarang ni bila kita bukak paip je air tetap mengalir tk seperti dahulu, kita masih lagi nk merungut2? masih lagi kita nk buat hitungan apa yang kita dapat dari kerajaan BN? bukan senang nk fikir kn alternatif bagi menampung jumlah rakyat yang ada di negeri selangor.

    sekiranya corak kerajaan BN seperti cara sekarang, lebeh kan poster dari airnyer rasa saya kering kotang tangki di rumah. bercakap mmg mudah tetapi melaksana tu susah.

    ReplyDelete
  32. SALAM KERANDA UMNO.....

    TERIMAKASIH ATAS KOMEN ANDA....
    SAYA TAK PERNAH MENGANGGAP UMNO/BN ADALAH YANG TERBAIK CUMA TERBUKTI KEMAMPUAN MEMIMPINNYA.MEMANG ADA KELEMAHAN DAN KESILAPAN YANG UMNO/BN LAKUKAN TAPI DALAM UMNO/BN JUGA ADA GOLONGAN PENDESAK KETIDAKADILAN YANG BERLAKU SUPAYA MENJADI YANG TERBAIK.
    UMNO/BN DIANGOTAI OLEH BERBAGAI JENIS MANUSIA DENGAN BERBAGAI NIAT.
    ADA YANG MASUK UMNO KERANA KUASA....
    ADA YANG MASUK UMNO KERANA JAWATAN..
    ADA YANG MASUK UMNO KERANA PROJEK...
    ADA YANG MASUK UMNO KERANA IKHLAS DALAM PERJUANGAN.........
    DAN OLEH KERANA SIKAP SEGELINTIR MANUSIA YANG ROSAK ADAKAH WAJAR UMNO YANG DI HUKUM........?
    UNTUK MAKLUMAN.......KERANDA UMNO.....
    BOCAH KAMPONG SEKOLAH SAMPAI DARJAH ENAM TAHUN 1984/5.BERASAL DARI SEBUAH KELUARGA PETANI YANG MISKIN. UMUR 10 TAHUN BAPA DAH MENINGGAL,TINGGAL MAK YANG MENYARA KAMI 11 ORANG ADIK BERADIK.SAYA TAK TAHU BERAPA UMUR KERANDA UMNO SEKARANG.SEWAKTU ITU SAYA DAH ALAMI SEGALA KESUSAHAN DAN TAK PERNAH BERGANTUNG PADA MANA2 PARTI YANG MEMERINTAH PADA WAKTU ITU.DAN SEHINGGA KINI APA YANG BOLEH SAYA BANGGAKAN,SAYA MEMAKAI SEBUAH KERETA BUATAN LUAR NEGERI,RUMAH YANG SAYA DUDUKI SEKARANG TUNAI DI ATAS TANAH MILIK SENDIRI .DAN APA YANG SAYA DAPAT SEKARANG ADALAH HASIL DARI TITIK PELUH SAYA SENDIRI.DAN SAYA TAK PERNAH MEMINTA-MINTA.APA YANG SAYA GUNAKAN ADALAH KEMUDAHAN2 YANG DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN.DAN SAYA AMAT BANGGA DENGAN KERAJAAN UMNO/BN SEKARANG.ANDAI DIKATAKAN KERAJAAN INI ZALIM,RASUAH,KUKU BESI ATAU APA SAJA ISTILAH YANG SEWAKTU DENGANNYA SAYA LEBIH RELA JIKA KERAJAAN INILAH YANG AKAN DIWARISI OLEH ANAK CUCU SAYA NANTI.
    SAYA BUKAN MENOLAK PERUBAHAN....
    NABI MENYERU UMATNYA BERHIJRAH......KEARAH YANG LEBIH BAIK...........LEBIIIHHHHH BAIK.

    ReplyDelete
  33. Keranda UMNO dan yg sewaktu dgn nya,
    Dah sure ka,kalu PR perentah tak ada lagi tanah haram dan setinggan?Depa dah janji nak bagi banglo ka pd setiap rakyat atau penyokong taksub nya?KEPENTINGAN MELAYU AKAN TERUS DIJAGA KA?Dengar nya PR Selangor tak berapa gemar bercakap pasai DEB?pasai tu la kot nak ambik balik Air ni kot?
    Saya nak tanya sikit,Kalu PR perentah mereka nak ka bakar lilin depan balai polis dan buat demontrasi jalanan tiap2 hari ka? tak payah buat kerja lain la,dan polis pula jangan tangkap sebab PR selalu war warkan kebebasan bersuara.Kalu bergaduh dlm DUN macam Perak tu pun jangan polis masuk campur biarkan tumbuk menumbuk dan tendang menendang berlaku, dan sepikar boleh sorak sama sama dan jadi refree sudah lah.Kalu depa nak tidoq atas jalan tiap2 hari pun tak pa jugak sebab tadak sapa nak tangkap!
    Jadi itu baru sekelumit tuan, jangan
    harapkan bulan dan bintang yg dijanjikan,jangan ikutkan hati,kelak mati,jangan ikutkan rasa,kelak binasa dan jangan mendengar guruh dilangit,air ditempayan dicurahkan dan jangan marahkan nyamuk,kelambu dibakar.Janganlah pula sokong membawa rebah dan nanti anak cucu kencing atas kubur kerana mereka jadi bangsat di negara sendiri.

    ReplyDelete
  34. DS, PEDULIKAN APA YANG PENYOKONG PR CAKAPKAN... SEBABNYA MEREKA DAH 'TAIK', DAH TERTUTUP MATA DAN TELINGANYA DENGAN KEBENARAN. SEKARANG INI UMNO DAH BERADA DILANDASAN YANG BENAR. KITA BUAT KERJA JE DS! RAKYAT TERBANYAK DAH MULA MENILAI KEMBALI UMNO DAN BN.INSAALLAH KALI INI BN PASTI BERJAYA. AMIN.

    ReplyDelete
  35. Adat bertanding ade kalah n menang. Itu semua ketentuan Ilahi, Allah maha berkuasa, Allah maha bijaksana....Dia amat mengetahui ape yg tersurat n apa yg tersirat. Ade sebab dan musabat n kite perlu muhasabah diri. Menjadi pemimpin itu satu amanah yang diberi. Jangan kite kianati atau mungkir amanah yang diberi, kelak memakan diri. Tak kira dari Parti mane yang memerintah yang penting jujur, amanah dan berakal....janganlah kita mendabik dada, sombong, takbur dan khianati amanah yang diberi.

    ReplyDelete
  36. sokong wmu350.. anda tidak perlu sokong pkr, kerana mereka hanya tahu memfitnah, memburukkan orang lain, dan membuat kita semua berasa tidak selamat di luar sana

    ReplyDelete
  37. aku pulak memang tak sokong sape-sape
    aku nak dengar kata hati aku sendiri
    dalam negara demokrasi
    pilihan sendiri
    tak yahlah nak gaduh-gaduh sokong org tu sokong org ni sokong parti tuh sokong parti nih
    khakk tui sane kwak thuiee sini
    wekkk...politik sama aje

    ReplyDelete
  38. Saya melihat pemberian air percuma amat merugikan perolehan dan hasil kerajaan negeri.

    Kerana yang mendapat air percuma termasuk orang2 kaya dan mereka yg tinggal dikawasan elit seperti PJ, Subang Jaya, USJ, Shah Alam, Bk Jelutong dan banyak kawasan perumahan yang hanya mampu dibeli oleh kelas pertengahan dan keatas.

    Sedangkan mereka yang tinggal di apartment, flat dan setinggan masih tidak memperolehi faedah ini seperti yang diharapkan.

    Kerajaan negeri menanggung subsidi air ini sehingga RM 200 juta setahun. Ini bermakna hasil kerajaan negeri telah susut sebanyak RM 200 juta setahun, selama 5 tahun kerajaan negeri hilang pendapatan sebanyak RM 1 billion.

    Segala aktiviti ekonomi yang digerakkan oleh kerajaan negeri akan menjadi perlahan sehingga 20% setiap tahun. Apabila kerajaan negeri kehilangan RM 1 billion (sepanjang 5-tahun), banyak projek infrastuktur tidak akan dapat dilaksanakan. Kontraktor, peniaga, pengilang mahupun pekerja dan rakyat Selangor tidak akan mendapat faedah, dan aktiviti ekonomi negeri akan menguncup.

    Kerajaan negeri yang cekap seharusnya mendapatkan perolehan kerajaan negeri dgn banyak bagi membolehkan aktiviti ekonomi negeri dirancakkan. Apabila aktiviti ekonomi boleh dirancakkan, rakyat akan mendapat faedah dan hasil drpnya tanpa perlu mengharapkan subsidi air yang tak seberapa.

    Rata-rata rakyat selangor boleh membelanjakan sebahagian wang untuk hiburan spt Astro, jadi kenapa perlu subsidi air??

    ReplyDelete
  39. apa-apa pun, sebagai rakyat biasa Negeri Selangor Darul Ehsan yang tiada apa-apa kepentingan politik berterima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat kerana memberi air percuma. Sedikit sebanyak ia meringankan beban rakyat berpendapatan rendah. Kepada kerajaan BN jangan cemburu ya dengan keperhatinan kerajaan PR. Kalau lah dari dulu kerajaan BN prihatin dengan kesusahan rakyat, tentu BN masih kekal di tampuk kekuasaan. Betul juga peribahasa yang menyatakan ' orang tamak selalu rugi ', tapi takpelah cuba lagi di lain kali, sudah adat pertandingan , ada yang kalah ada yang menang. Terima kasih.

    ReplyDelete