Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, May 13, 2009

Demokrasi, Kebebasan Bersuara Dan Kuasa

1. Saya sangat teruja membaca The New Straits Times hari ini berkenaan dengan kemungkinan saya dan empat lagi rakan ADUN BN, iaitu Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) dan Mohd. Isa Abu Kassim (Batang Kali)akan digantung.

2. Keterujaan itu bukan kerana pergantungan yang bakal saya hadapi tetapi kenyataan oleh Speaker DUN Selangor, YB Teng Chan Kim yang antara lain dipetik oleh NST berkata, “I can punish anyone. I can be the complainant, the prosecutor and also the judge in this case. All this is allowed according to the law.”

3. Bayangkan jika kata-kata ini diucapkan oleh pimpinan Barisan Nasional. Reaksi yang bagaimana akan muncul di sebahagian blog dan laman web orang-orang muda?

4. Untuk pengetahuan umum juga, saya dan empat lagi ADUN BN didakwa menghina dan mencabar integeriti DUN kerana mengkritik perjalanan Selcat dan Enakmen 2008 di dalam media massa.

5. Orang awam mungkin tidak menyedari bahawa pada tahun lalu kerajaan Selangor telah meluluskan satu Enakmen yang dipanggil Enakmen Penghinaan Dewan 2008. Enakmen ini atara lain dalam Seksyen 3 menyatakan ia boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan.

6. Bayangkan juga jika tindakan sedemikian diambil ke atas pemimpin parti mereka yang saban bulan mengkritik Speaker, Parlimen dan Undang-undang termasuk ISA yang diluluskan oleh Parlimen.

7. Demokrasi dan kebebasan bersuara lebih mudah diucapkan dan dilaungkan apabila tiada kuasa. Apabila berkuasa, mereka yang naik menggunakan slogan-slogan ini juga mungkin melupakan.

8. Saya tidak mahu membuat sebarang justifikasi. Semua ini sekadar lontaran fakta untuk kita tafsirkan bersama.

57 comments:

  1. Salam Buat Semua,

    Sepertimana yang pernah saya katakan dulu kepada DSKT...inilah salah satu contoh bila terminologi DEMOKRASI diekploitasikan demi mempertahankan Kuasa, Harta dan Tahta yang disandang. Apabila penafsiran demokrasi dibuat atas dasar nasfu dan membelakangkan akal fikiran. Keputusan yang terzahir mencerminkan segala yang dilakukan demi mempertahankan demokrasi yang dijunjung.

    ReplyDelete
  2. Dr Khir, itu strategi untuk menggantung ADUN BN supaya perkara yang sama tidak berlaku seperti di Perak. PKR, DAP dan PAS kecewa kerana mereka tidak boleh gantung ADUN BN dan menyebabkan mereka hilang majoriti di dalam dewan..strategi licik..tetapi malang..masih boleh di baca..ADUN BN tdk perlu gentar..yang penting..buktikan keikhlasan..rakyat ingin lihat keikhlasan, kejujuran dan kesungguhan BN membantu setiap warga tanpa memikirkan kepentingan diri..terus berjuang!

    ReplyDelete
  3. YB Teng simply said that he is sufficiently armed by the law to take action as he mentioned. BUT, he did not say that he will flex his awarded legal muscle to its limit.

    But you Khir....is crying wolf. The people of Selangor just want the RM10 million be returned to the rightful owners and the Selcat is just trying to do exactly that.

    ReplyDelete
  4. Dr Khir

    Jangan gentar,Allah akan bersama-sama dengan orang yang benar dan ikhlas dalam perjuangan. Contoh dulu,PAS ikhlas dalam perjuangan dan dengan izin Allah mereka dapat apa yang mereka impikan.Tapi itu dulu, masa mereka ikhlas dalam perjuangan..sekarang tidak lagi,sekarang dah jadi kuda kepada DAP dan PKR.

    Seperti saya kata kan dahulu,ini semua strategi PR untuk menghapuskan integriti Dr Khir dan ADUN lain.Mereka akan pastikan Dr Khir akan tutup mulut,ikat tangan dan kaki dan dicampakkan ke sungai. Walaupun mereka nampak yang ramai rakyat Selangor menyokong tindakan mereka,tetapi mereka tidak tau apa reaksi rakyat yang diam.Insya Allah juga,PR hanya memerintah satu musim sahaja di Selangor.

    SAMA-SAMA KITA DOA KAN, AMIN

    ReplyDelete
  5. saya tak tahulah saya betul atau tidak..tapi hati kecil saya masih menaruh keyakinan orang melayu akan sedar kerana sekarang pakatan rakyat sedang gila meroyang tak tentu hala....semua diamuknya tak kira betul atau salah..beradab atau sebaliknya janji lawan tetap lawan...

    sebagai rakyat yang tidak keterlaluan sokongan membuta tuli saya sudah muak lihat apa yang dilakukan oleh pr....dulu mereka kita sokong untuk sedarkan bn....tapi sekarang sudah cukup.....negara harus dikembalikan kepada parti yang benar2 layak memimpin...

    ds teruskan perjuangan....saya dan rakan2 tetap memerlukan pemimpin seperti ds demi meneruskan agenda pemimpin terdahulu kepada pemimpin generasi akan datang....

    walau apa terjadi saya tetap percaya kepada kepimpinan ds khir toyo.

    adat dalam peperangan,,pr memang akan gasak ds kerana ds adalah seorang yang konsisten dalam umno...dah itu kerja mereka...sabar dan teruskan perjuang..u are the best!

    saya tak makannya nak memuji tak bertempat...tapi memang ds khir seorang yang mempunyai pegangan yang jelas dan bermatlamat..

    ReplyDelete
  6. Begitulah bila Kera berkuasa. SEMUA hendak dirampasnya. Konon adil dan saksama..Badut Sarkas semuanya.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan BN terlalu berlembut dan baik, kerajaan BN banyak memimikirkan tentang kemajuan negara.

    Mulai saat, marilah sama-sama kita mendesak bangsa-bangsa yang diangkut oleh penjajah ini yang telah menghina perlembagaan negara dikenakan tindakan yang sewajarnya dengan segera, ini petualang yang menghina dan akan menhancurkan malaysia.

    Mari kita mendesak DS hisham berbuat sesuatu supaya undang-undang yang sah tidak dipertikai kerana undang-undang yang ada diluluskan oleh parlimen dengan keputusan mejoriti.

    Bertindaklah polis, peguam negara dengan segera.

    ReplyDelete
  8. Hahaha... Nampak sgt dah tak de modal dah... Kalau berani hina la lagi SELCAT.

    ReplyDelete
  9. ARKIB : 24/03/2008 utusan malaysia
    Kenapa Jebat tewas?

    DALAM Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat yang menjadi watak kedua paling menonjol dalam mitos itu telah tewas di tangan Hang Tuah. Sebenarnya mitos Tuah dan Jebat ini sudah menjadi milik rakyat dan semua lapisan tahu galur cerita dari kecil hingga membawa kepada pembunuhan Jebat.
    Mitos ini adalah yang paling popular dalam kalangan rakyat khususnya orang-orang Melayu. Semua orang boleh bercerita dengan baik secara kronologi kisah tragis orang Melayu ini. Banyak tafsiran dibuat terutama dengan mengaitkan psikik orang-orang Melayu dengan watak-watak yang ada dalam Hikayat Hang Tuah. Ada yang melihat Tuah sebagai wira kerana setianya kepada Sultan Melaka. Tetapi Sasterawan Negara Usman Awang melihat Jebat sebagai wira dalam naskhah teater Matinya Seorang Pahlawan.

    Jadi, mitos ini bukanlah statik malah ia berkembang selepas diberi tafsiran demi tafsiran dan sebenarnya ia tidak terlepas atau terpisah dengan pemikiran politik orang Melayu. Kisah Tuah dan Jebat adalah manifestasi politik Melayu. Lihatlah, Sultan Melaka telah menganiaya Tuah dengan menjatuhkan hukuman mati. Tetapi apabila Jebat mengamuk kerana kezaliman sultan, rakyat bukan menyalahkan sultan tetapi Jebat. Ini kerana Jebat bukan berada dalam kelompok arus perdana.

    Kembali kepada persoalan kenapa Jebat tewas, tentulah jawapannya kerana Jebat menyanggah sudut pandangan majoriti, daulat dan kemuliaan sultan. Biarpun sultan yang bersalah tetapi dari sudut psikik orang Melayu, lebih baik mengikut daripada menentang arus. Hikayat ini memberitahu, dalam pemikiran sesetengah orang Melayu, mereka menolak kelantangan, kritikan dan apa saja daripada orang yang tidak ada kuasa seperti Jebat. Jebat hanya ada tanggungjawab dan kesedaran tetapi tidak ada kuasa.

    Biarpun ada sesetengah pandangan melihat kesetiaan Tuah bukan kepada sultan tetapi simbol pemerintah tetapi Tuah bermain “politik selamat” apabila dia berada dalam kelompok majoriti atau pandangan arus perdana. Tuah tidak berani menegur sultan walaupun sultan melakukan kesalahan. Jebat bukan saja berani menegur malah menyuruh sultan meninggalkan istana kerana dia percaya dia lebih layak menjadi sultan. Malangnya orang Melayu kerana mempunyai Tuah, wira yang tidak berani membetulkan sultan. Maka yang menewaskan Jebat bukanlah keris Taming Sari saja.

    Jebat ditewaskan oleh sikap rakyat yang tidak berani untuk memberi pandangan berbeza. Pada beberapa zaman akan datang, psikik orang Melayu susah untuk berubah kalau “Jebat” mahu terus dibunuh. Yang tinggal hanyalah tukang angguk seperti Tuah. Orang Melayu memerlukan “Jebat” yang berani melontarkan pandangan tidak popular.

    Oleh itu orang Melayu tidak boleh melihat Jebat dengan sudut pandangan lama sebagai penderhaka dan biadab kepada Sultan Melaka. Itu silap.

    E-mel: kuseman@pc.jaring.my atau cp@galaxystudio.tv

    ReplyDelete
  10. Biasalah puak-puak mereka ni Dato'.
    Di Pulau Pinang, Ketua Menterinya dah pulaukan wartawan NST daripada membuat liputan. Media freedom lah sangattt.

    Cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  11. YB Datuk Seri,,,

    kata-kata tanpa pelaksanaan adalah khianat kpd perjuangan - RENDRA

    Ini wajar ditujukan kpd mrk krn Anwar Ibrahim sering melafazkannya! tidakkah mrk khianat krn hanya pandai berkata-kata.

    ReplyDelete
  12. salam dskt...

    PR memang teruk.. bila diaorang.. semua boleh.. tapi bila BN.. ader tangan halus la.. orang halus la.. dan berbagai2 lg.. undi BN masuk neraka.. undi PR masuk syurga.. mcam diorang tahu saper masuk neraka dan saper masuk syurga...
    saya sentiasa menyokong DSKT.. hidup pemuda BERANI! wsalam..

    ReplyDelete
  13. SALAM DSKT..

    moga dalam keadaan baik sentiasa..
    PR memang mcam tu... kalau kena pada BN.. ader tangan halus la.. orang halus la.. dan berbagai2 lagi.. tapi kalau mereka tak per..
    saper undi PR masuk syurga.. saper undi BN masuk neraka.. macam mereka tahu saper masuk syurga dan saper yang masuk neraka..
    kami sentiasa bersama DSKT.. dan yang lain.. hidup pemuda BERANI... wsalam..

    ReplyDelete
  14. Apa-apa pun tak kira apa partinya kita tetap orang Melayu jadi kenapa kita hendak berpecah belah menghentam antara satu sama lain.

    Walaupun perbezaan dari segi idealogi tak bolehkah kita semua kembali bersatu dan berpengang kepada Al Quran dan Hadis, kembali kepada ajaran Islam saling menghormati sesama Islam kerana umat Islam itu adalah bersaudara.

    Kenapa dan mengapa kita saling ingin menghancurkan sesama sendiri budaya dan martabat kita sehingga kita ditertawakan oleh bangsa asing.

    Fikir-fikirkanlah wahai saudara saudaraku sekalian

    ReplyDelete
  15. Salam DSKT.
    Saya rasa kita terlalu berlembut sngt ngan diaorang,sebab tu diaorang makin naik kepala.Tuduh menuduh tanpa bukti,fitnah ikut sedap mulut jer..apa ...dah tak ingat mati ker...kalau yer pun orang buat dosa takan kita pun nak ikut gak...Kepada DSKT, saya harap DSKT akan teruskan perjuangan,andai takdir Tuhan kita kalah,sekurang2nya kita kalah dalam perjuangan.Perjuangan untuk membela nasib bangsa kita,anak cucu kita,setidak2nya tidaklah suatu hari nanti anak cucu kita kencing atas kubur kita kerana kita yang mengadaikan tanahair kita.Ingatlah saudara sekelian ada yang sedang menangguk di air keruh.

    ReplyDelete
  16. Saudara Jamna,

    Jika saudara membaca dengan baik setiap laporan dan kenyataan akhbar sebelum ini tentu saudara tahu bahawa RM 9.9 juta duit Balkis bukan dibawah kuasa atau pegangan saya.

    Jika mahu menjadi pengkritik pun jadilah yang baik bukan yang sekadar berhasad dengki dan membuat pelbagai tohmahan yang tidak benar.

    ReplyDelete
  17. Shanon,

    Itu sudah lumarh manusia, mudah bercakap sukar melaksanakanya.

    ReplyDelete
  18. betul tu ds.....

    kalau dah nama pembangkang tu sampai bila2 tak berubah
    kalau dah totok tu..totok jugak lah

    baik yang berkopiah atau berjanggut samaje

    bila diajak berunding...dah kecoh tak boleh nanti pisang berbuah dua kali....padahal kalau sebagai seorang mukmin yang bertakwa apa salahnya berbaik sangka dengan umno yang dikatakan kurang keislamannya pada mereka....

    lucu dan geli hati saya melihat telatah orang sekarang berpolitik seolah2 kita je yang betul..he..he

    ReplyDelete
  19. Dr. Khir,

    Saya rasa masalah utama yang dihadapi oleh sebahagian besar pemimpin UMNO sekarang ialah sukar mengaku kesilapan dan meminta maaf.

    Jika silap, minta maaf secara terbuka dan kosongkan jawatan. Jika tidak terpilih, kosongkan jawatan. Jadilah pemimpin yang mempunyai jati diri dan prinsip dalam hidup.

    Bagi saya, Dr. Khir masih tidak mahu mengaku sebarang kesilapan yang dibuat semasa pemerintahan BN di Selangor. Tidak mungkin tiada satu pun kesilapan dibuat semasa memerintah.

    Rendah kan diri dan mengaku kesilapan. Minta maaf kepada rakyat. Itu yang rakyat kebanyakan mahu dengar.

    Percaya lah, kebanyakan rakyat bukan terlalu menyokong PR tetapi lebih kepada membenci sikap pemimpin UMNO yang masih angkuh dan tidak mahu mengaku kesilapan walaupun sudah dibuktikan kesilapan masing2.

    Selagi pemimpin BN seperti Dr. Khir masih terus menerus menafikan sebarang silap laku semasa pemerintahan BN di Selangor, selagi itu rakyat akan melihat UMNO sebagai parti yang angkuh.

    Sedarlah wahai semua pemimpin UMNO, pembayar-pembayar cukai (iaitu rakyat) ialah majikan sebenar anda. Anda semua ialah pekerja kami. Gaji dan segala elaun anda dibayar sepenuhnya oleh duit rakyat. (bagi pendapat saya, ini ialah konsep utama yang masih belum dapat dilihat oleh rakyat dalam UMNO).

    Dalam satu organisasi syarikat, jika seseorang pekerja buat silap, hulurkan kemaafan. Majikan boleh mempertimbangkan kemaafan nya.

    Namun, jika pekerja masih ego dan angkuh tidak mahu mahu mengaku salah laku, majikan akan ingat dan akan pastikan pekerja itu tidak akan bekerja di syarikat nya sampai bila-bila.

    Jadilah pekerja yang rendah diri dan buang ego serta pangkat yang diperoleh itu sejauh mungkin jika mahu diterima majikan.

    Yang pasti, lebih ramai rakyat Malaysia akan menjadi "Heather Brooke" sedikit masa lagi, percaya lah.

    ReplyDelete
  20. DSKT...jangan waktu ini kita terasa pulak dengan apa yang kita kena sebab dulu kita kenakan orang..fair apa! Saya cadangkan DSKT berpegang pada prinsip...BERCAKAP BENAR WALAU PAHIT..BERANI KERNA BENAR TAKUT KERNA SALAH..Biar kita didakwa atas menegakkan kebenaran bukannya di tahan tanpa dakwa..boleh!

    ReplyDelete
  21. DRKT,
    sdra misti menunjukan kualiti kepimpinan sebagai pembangkang yg baik yg punya wisdom dan wawasan untuk negara
    Bukan mudah untuk memulihan persepsi dan imej yg sudah tercalar tetapi tidak mustahil rakyat akan menerima kembali kepimpinan sdra
    Lagi sekali saya cadangan supaya sdra mengambil sabbatical leave dan belajar di Havard atau di Oxford...

    ReplyDelete
  22. Salam ds,
    Kami nampak apa yang berlaku,kami nampak apakah kesan yang kini dan yang akan di rasai oleh bangsa melayu.Sudah terlambat untuk memperbetulkan peristiwa yang telah berlalu melainkan golongan belia faham bagaimana hendak menguatkan kembali kuasa keramat kita kepada generasi akan datang.Ayuh belia,ambil iktibar daripada yang lepas,jangan sekadar melihat,kita amat di perlukan untuk membantu ds meneruskan perjuangan.Ds,jangan berhenti mengayuh,kami akan bangkit bersama membantu demi negara tercinta ini.Kita sudah melihat objektif setiap parti samada umno,pas,pkr & dap,kita dah beri peluang & nampak cara mereka memerintah.Cuma 1 sahaja parti yang dapat mempertahankan keistimewaan bangsa kita untuk terus mewarisi negara tercinta ini."Kekuatan sesebuah organisasi adalah berpunca daripada ikatan kekeluargaan setiap ahlinya".Saya akan sampaikan kepada orang di sekeliling saya supaya mereka juga nampak jelas wadah perjuangan umno.Teruskan,ds tidak berseorangan sebenarnya...

    ReplyDelete
  23. Saudara ChengHo,

    Cadangan saudara memang baik jika saya mementingkan diri saya sahaja. Namun sebagai orang yang pernah diberi tanggungjawab dan peranan oleh rakyat dan parti, saya tidak fikir wajar untuk saya meninggalkan negara ini, parti yang saya dokongi dan rakyat yang menyokong saya ketika ini.

    Masalah persepsi di dalam politik terutamanya dalam dunia siber adalah lumrah. Saya tidak akan meninggalkan negara atau mendiamkan diri hanya kerana takut pihak sebelah sana membongkar pelbagai isu mengenai saya.

    Saya bersedia menjawab apa sahaja tuduhan dan dakwaan mereka. Sama ada orang ramai mahu menerima penjelasan saya atau tuduhan mereka terserah.

    Saya percaya lebih ramai yang rasional dan berfikir tanpa persepsi serta prejudis berbanding mereka yang tidak mahu menerima apa-apa penjelasan pun.

    Sepanjang saya tidak menjadi MB, belum pernah saya berjumpa dengan orang ramai yang mencemuh atau menghina saya. Ketika di surau atau masjid juga orang ramai tetap berbual dan bersalaman saya. Di sesetengah masjid atau surau saya kadang-kala diminta menjadi Imam. Jadi untuk mengatakan imej saya begitu buruk di kalangan majoriti orang saya fikir tidak benar.

    Namun saya tidak menafikan bahawa ada orang begitu membenci saya di dalam dunia siber ini berasaskan sikap prejudis dan prasangka mereka terhadap beberapa isu seperti peneyelesaian setinggan, pemberian hadiah penyapu kepada PBT, isu kuil dan sebagainya.

    Bagi saya sebahagian mereka melihat dari persepsi yang buruk kerana mereka tidak melihat dan mengkaji fakta sebenar sesuatu isu. Mudah membuat andaian berdasarkan pembacaan yang kadang kala fakta tersebut telah pun dipesongkan.

    Saya ambil contoh isu Kuil. Ramai yang mendakwa saya menjadi anti Hindu dengan merobohkan kuil. Tapi hakikatnya berapa yang tahu bahawa kuil terbabit diarahkan roboh oleh Mahkamah. Berapa ramai pula yang tahu pemilik kuil tersebut diberi ganti rugi berupa kewangan, tanah dan juga bantuan pembinaan?

    Saya tidak fikir lari meninggalkan masalah dan tohmahan akan menyelesaikan masalah.

    ReplyDelete
  24. Dato seri Khir.........
    berkenaan kenyataan dato
    "1. Saya sangat teruja membaca The New Straits Times hari ini berkenaan dengan kemungkinan saya dan empat lagi rakan ADUN BN, iaitu Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) dan Mohd. Isa Abu Kassim (Batang Kali)akan digantung"1)ini secara Jelas mereka "akan" bukan telah digantung ...jadi apa sebabnya adakah Dato ' Seri melanggar ketetapan mesyuarat DUN...mungkin ada...Dato Seri' sepatutnya mengawal Emosi Dato ketika di dalam dewan..dan menjawab semula pertanyaan mereka dengan berhemah bukan Emosional Dengan Menarik Janggut Saari Sungib di luar dewan...

    ReplyDelete
  25. yang kedua Dato' seri....

    kata Speaker "“I can punish anyone. I can be the complainant, the prosecutor and also the judge in this case. All this is allowed according to the law.”itu memang benar yang mana YB teng boleh menghukum sesiapa saja termasuk menggantung mereka dari Mesyuarat DUN.......ini kerana kuasa Speaker tertakluk pada mesyuarat DUN,tetapi tetapi Speaker tak boleh jadi Pendakwa kalau ini bukan court jadi mengapa Dato'Seri tak lawan balik? ini serupa macam hal budak - budak la dato'seri...jadi ia tak begitu penting untuk di perbesarkan........

    ReplyDelete
  26. dan lagi saya nak ulas....Dato seri

    "Bayangkan jika kata-kata ini diucapkan oleh pimpinan Barisan Nasional. Reaksi yang bagaimana akan muncul di sebahagian blog dan laman web orang-orang muda?"Bagi Pendapat saya sebagai Orang Muda...Kita akan mengambil perkiraan itu sebagai "Check and Balance".....kami sebagai orang muda boleh berfikir secara Rasional dan mungkin ada diantara kami yang agak Fanatik....itu saya tak nafikan....tapi biarlah setiap tindakan kita itu berada dalam lingkungan moral dan adab ketimuran bila di ucapkan jadi kami boleh
    secara positif

    ReplyDelete
  27. Saya juga mahu tahu apa yang Dato seri katakan ini....

    "Untuk pengetahuan umum juga, saya dan empat lagi ADUN BN didakwa menghina dan mencabar integeriti DUN kerana mengkritik perjalanan Selcat dan Enakmen 2008 di dalam media massa"saya lihat ini sebagai satu lagi alasan Dato'Seri untuk memancing publisiti dan populariti dari Rakyat semula...
    sebab dalam tulisan Dato'Seri sebelum ini Dato'Seri Menuduh Selcat hanya alat untuk mencari salah sedangkan Selcat di tubuhkan untuk menyiasat dan membersihkan segala salahlaku yang di lakukan oleh pemimpin - peminpin tak kira dari PR atau BN...saya tahu kalau saya berhujah begini dato'seri mesti menuding kepada Tan Sri Khalid bukan...Saya Minta Dato Seri jangan Cuba nak memanipulasi kan Fakta sebab kami boleh menimbang yang benar yang mana Batil.....
    sekarang Dato'Seri Di siasat oleh Selcat apa lah salahnya Dato'seri Isyiharkan Harta Dato'Seri..sebab kami orang muda pun nak tahu Mahligai Dato Seri kat seksyen 7 yang lengkap dengan Akuarium yang menakjubkan itu pun dari mana datang duitnya?

    ReplyDelete
  28. Saya juga nak ulas

    "Orang awam mungkin tidak menyedari bahawa pada tahun lalu kerajaan Selangor telah meluluskan satu Enakmen yang dipanggil Enakmen Penghinaan Dewan 2008. Enakmen ini atara lain dalam Seksyen 3 menyatakan ia boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan.

    Bayangkan juga jika tindakan sedemikian diambil ke atas pemimpin parti mereka yang saban bulan mengkritik Speaker, Parlimen dan Undang-undang termasuk ISA yang diluluskan oleh Parlimen
    apakah Benar Enakmen itu di luluskan? sekiranya di luluskan maka itu adalah tindakan yang positif tetapi hukuman denda RM3,000 itu yang membuatkan saya kurang pasti tapi biarlah saya siasat akan hal sedemikian dahulu....kerana hukuman itu rasanya bagi saya tak wajar tetapi jika perbuatan ADUN - ADUN BN agak melampau ia rasanya Wajar Di Laksanakan

    tapi persoalannya bila BN yang melaksanakan tugas Speaker PR tak pernah membantah atas apa jua hukuman yang di kenakan keatas Ahli Parlimen PR contohnya YB Gobind Singh Deo(DAP-Puchong) yang di gantung dari dewan bukan kerana menghina speaker tetapi mengusulkan soalan berkenaan Alltantuya kepada PM...Gobind menurut dan tak mencabar keputusan Pandikar Amin MUlia di Mahkamah...

    tetapi Dato'Seri soalan saya Bagaimana kah dengan tindakan Dato'Zambry(MB Perak yang tidak Sah) berasama 6 exco yang yang tetap menghadiri sidang DUN walaupun telah di kenakan hukuman Gantung dari Dewan...adakah Wakil Rakyat BN ini Degil dan Keras kepala,atau sememangnya ada diantara mereka telah menjadi kepala Samseng? bukan sahaja tak mahu keluar Dewan tetapi mengarahkan Polis agar menyakiti dan memukul ADUN - ADUN Pakatan Rakyat...apakah ini semua? sila jawab Dato?

    ReplyDelete
  29. Saya sangat suka dengan kenyataan Dato' Seri
    yang ini...........

    "Demokrasi dan kebebasan bersuara lebih mudah diucapkan dan dilaungkan apabila tiada kuasa. Apabila berkuasa, mereka yang naik menggunakan slogan-slogan ini juga mungkin melupakan"saya lihat situasi berkenaan lebih tepat lagi untuk dil lihat pada pemerintahan Kerajaan Barisan Nsional...ini kerana Dato'seri Boleh Lihat di Kelantan selama 18 tahun Tuan Guru Nik Aziz membimbing kelantan tetapi adakah Tuan Guru Pernah mencabuli Demokrasi?

    kebebasan bersuara...
    Dato seri sendiri boleh nampak kan bila Dato' seri Rais Yatim telah memperuntukkan beberapa Juta mengekang laman - laman blog yang di tuduhnya sebagai Anti -kerajaan..Dato'seri saya tegaskan kiranya ada diantara blogger - blogger yang melakukan Fitnah apalah salahnya di kenakan tindakan undang - undang dengan di hadapkan ke mahkamah......bukan menyekat laman - laman blog sekali gus menyekat kebebasan blogger - blogger untuk bersuara...

    Tindakan KDN yang masih merampas Akhbar - akhbar milik pembangkang walaupun permit sudah diberi adakah itu kebebasan bersuara?

    dan tindakan Polis menggangu program perasmian bilik gerakan PKR di Bandar Tasik Selatanm,apakah kuasa polis digunakan untuk mengekang kebebasan Bersuara dan menindas Rakyat?

    saya juga tak mahu membuat sebarang Justifikasi kerana apa yang saya ulas juga sekadar lontaran dan cetusan pemikiran anak muda terhadap fakta Dato seri moga kita semua mampu tafsirkan nya secara Positif

    ReplyDelete
  30. setuju dengan artikel diatas....dulu saya memang meluat dan marah dengan ds ni sebab lambat beri maklumat dan mengakibatkan pemikiran rakyat jadi negetif fikir bukan2....sebab tu yang terlalu benci ni kerana mereka tak dapat maklumat yang betul.....sebab ds sendiri terlepas pandang mereka ni selama ini....sekarang sejak kalah barulah saya nampak ada perubahan pada cara ds berinteraksi...dengan golongan sasaran!!!

    bak kata ds najib...rasa denyutan nadi rakyat sebab kalau kita tahu betul2 siapakah golongan yang kuat menjadikan punca BN hilang majoriti....kita akan tahu mana golongan yang perlu didekati


    dulu masa jadi MB ds hanya beri penjelasan pada orang sekeliling dan harap orang keliling akan sampaikan mesej sama seperti ds sampaikan sendiri...boleh percaya ke sama....sudah terbukti cakap lain tapi buat lain..tak caya tanya ds najib...kan dia sendiri kata turun padang dengan dengar taklimat dalam bilik air cond amat jauh bezanya...maklumat diberi tak sama.....

    berapa rami orang susah yang malu meminta-minta...tapi pemimpin kata sekarang mana ada orang susah.....ini adalah salah satu punca yang amat mengecilkan hati rakyat yang saya dapat lihat sebagai orang muda

    ramai tidak percaya orang lain cakap melainkan ds yang maklumkan sendiri...samalah dengan artikel bab kuil,penyapu...ds rasa mereka semua dalam dunia siber yang benci dengan ds ni mereka tahu ke punca kalau ds tak selalu berhubung dan rajin menulis kat sini?.....

    pada saya ...teruskan menulis dan serasikan diri dengan mereka pasti ds akan didekati...jangan tunggu mereka nak datang masuk umno......kalau begitulah fikiran pemimpin umno alamat yang ada dalam umno golongan tertentu sajalah......

    ReplyDelete
  31. salam, dr khir..

    Walaupun saya bukan ahli mana2 parti politik,
    lebih tepat atas pagar sahaja..tetapi tanggungjawap mengundi bagi saya satu mandatori.

    Akal fikiran dan saksama menjadi panduan untuk
    memilih wakil rakyat dikaw. saya menjadi pertimbangan.Selebihnya pilihan parti yg
    mempunyai trek rekod terbaik yg panjang.Walaupun
    pemimpin datang dan pergi bersilih ganti.

    Dibandingkan PAS atau PKR atau pemimpinnya hanya
    retorika semata.....mahu kuasa,kedudukan dan
    menghimpun penyokong atau khalayak,mereka hanya
    sanggup menghambur kata-kata nista,persepsi dan
    pembohongan semata..tiada satu buktipun di hamparkan untuk menyokong dakwaan......dan hanya
    yg baik dirinya sahaja...


    Selagi BN menjadi pemerintah selagi itulah
    pembangkang terus memainkan lagu yg sama
    bagaimana hendak menjatuhkan BN...tak perlulah
    saya nyatakan lagu apa yg didendangkan kerana jika kita
    rajin membaca dan menelaah sumber2 pro pembangkang atau pro BN terlalu padat
    untuk di simpan diminda.

    Jika kita boleh dikatakan ulat blog mungkin
    minda kita terbuka dan rasional atau sinis dan
    pesimis sahaja.....

    'Dalam perjalanan di hujung ada persimpangan..
    pilihlah jalan yg benar...untuk kebaikan diri,keluarga dan masyarakat'.....

    ReplyDelete
  32. suatu persoalan...

    Jika PDRM,PERUNDANGAN,MEDIA,GLC dan agensi yg
    berkait rapat dengan kerajaan BN menjadi 'kuda tunggangan'untuk mencapai cita-cita dan pengaruh
    seperti mana dilaknatkan oleh pembangkang...

    Apa natijahnya jika pembangkang ditakdirkan menjadi kerajaan..bilamana berlaku kegawatan
    politik menganggu gugat keamanan pada masa itu adakah kekuatan parti semata-mata boleh menjadi
    penyelamat tanpa campurtangan agensi2 diatas?

    Ini kerana keburukan BN yg didakwa pembangkang yg lalu menjadi liabiliti bagi kerajaan PR masa sekarang....

    cubalah kita fikirkan...

    ReplyDelete
  33. demokrasi hanya wujud bila menyebelahi mereka.

    bila menyebelahi kita konspirasi

    mereka semua umpama malaikat yg tak pernah buat salah

    ReplyDelete
  34. bayangkanlah...pemandu lori ke..jaga ke...maupun
    penganggur sanggup melaknat pemimpin negara...
    tanpa ada batas untuk menghalang bercakap
    seperti mana cakap orang yg memangpun telah terjun dalam bidang politik....persoalannya,
    apakah sumbernya,dimana puncanya dan siapa
    pemberitanya...sedangkan terbukti tiada satupun
    bahan yg sahih untuk dibaca dan dihebahkan
    oleh orang yg seteru dengan musuhnya;

    tujuan-orang yg berkepentingan mendapat keuntungan,rakyat yg termakan hasutan menuju kehancuran....

    ReplyDelete
  35. Saudara Lee,

    1. Saya dan rakan-rakan dipanggil kerana mengkritik enakmen tersebut dan juga tujuan penubuhan Selcat. Seingat saya belum pernah ahli pembangkang digantung Dewan kerana mengkritik mana-mana undang-undang atau perjalanan jawatankuasa Dewan.

    2. Adalah tidak benar kononnya YB Gobind Singh digantung kerana ingin bertanya soalan mengenai Altantuya.

    Faktanya ialah Gobind digantung kerana:

    1. menuduh DS Najib yg ketika itu TPM terbabit dengan pembunuhan Altantuya. Tuduhan seperti ini tidak sepatutnya dilemparkan di dalam Dewan menggunakan imuniti Dewan. Malahan Gobind ketika dicabar mengeluarkan kenyataan yang sama di luar dewan enggan melakukannya.

    2. Gobind juga "mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sopan kepada Timbalan Speaker ketika diarahkan meninggalkan Dewan kerana enggan akur dengan keputusan yang dibuat oleh Timbalan Speaker.

    Dan saudara Lee yang mengatakan Gobind tidak menentang keputusan tersebut,

    Untuk pengetahuan saudara pada 23 April yang lalu, Gobind telah memfailkan tindakan undang-undang mengenepikan hukuman tersebut di Mahkamah Tinggi. (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0424&pub=utusan_malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_06.htm&arc=hive)

    Dalam keadaan ini juga saya ingin menjawab tuduhan mengatakan Dr. Zambri dan dan rakan-rakannya ingkar arahan speaker yang menggantung mereka adalah tidak benar.

    Mahkamah Persekutuan dengan Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dalam penghakiman sebulat suara berpuas hati bahawa Sivakumar bertindak di luar bidang kuasanya menjadikan keputusan yang dibuat hampir dua bulan lalu itu adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) dan terbatal.

    Dengan itu mereka membuat keputusan pergantungan Dr Zambry dan rakan-rakannya adalah tidak sah dan yang digantung boleh menghadiri sidang.

    Jadi saya harap saudara/i yang marah-marah biarlah menggunakan fakta yang tepat bukannya sekadar mendengar cakap orang tertentu sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak dan yang batil.

    ReplyDelete
  36. Saudara Faisal dan Jiwakita,

    Demikianlah keadaan hari ini. Sebahagian kita menjadikan beberapa masalah hidup kita untuk melampiaskan kemarahan kepada pemerintah sehingga mereka mempercayai apa sahaja yang dikatakan oleh parti lawan BN.

    Mereka percaya bukan kerana pasti ia satu kebenaran tetapi kerana mereka mencari alasan untuk marah kepada kerajaan BN.

    ReplyDelete
  37. Salams DS.

    Dari komen2 orang menerusi blog DS,kelihatan melayu atas pagar kembali kepada umno. Dan agak menarik DS banyak memberi komen balas.

    Kemelut Perak sebenarnya memberi sedikit kelebihan kpd umno.Pakatan hendak bubarkan Dun Perak kerana mereka tahu dibelakang mereka ramai bukan pengundi bukan melayu.

    Oleh itu, sepatutnya umno kena push parti komponen terutamanya MIC yg punya reputasi paling teruk dalam PRU yang lepas.

    MIC hanya tahu meminta dari kerajaan tapi mereka tak pernah berubah. Samy Vellu sebenarnya menjadi liabiliti paling besar kepada BN. Tidak ada jalankah untuk BN menghapuskan momokan Samy kepada BN..?

    Secara realitinya, sokongan melayu kepada PR tidak sekuat yang lalu. Akan tetapi agak menyedihkan kerana gerak kerja umno masih di takuk lama lagi.

    Saya hanya mengambil contoh, kenapa mengambil masa yang terlalu lama untuk orang menjadi ahli umno.Harap DS tidak menafikan fakta tersebut.

    /me agak menyedihkan, org yang tidak digemari oleh org ramai dilantik menjadi JASA. Kenapa masih terjadi seperti ini lagi.

    ReplyDelete
  38. baiklah saya nak komen tentang kenyataan dato seri tentang komen saya......

    "Dalam keadaan ini juga saya ingin menjawab tuduhan mengatakan Dr. Zambri dan dan rakan-rakannya ingkar arahan speaker yang menggantung mereka adalah tidak benar.

    Mahkamah Persekutuan dengan Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dalam penghakiman sebulat suara berpuas hati bahawa Sivakumar bertindak di luar bidang kuasanya menjadikan keputusan yang dibuat hampir dua bulan lalu itu adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) dan terbatal.

    Dengan itu mereka membuat keputusan pergantungan Dr Zambry dan rakan-rakannya adalah tidak sah dan yang digantung boleh menghadiri sidang."
    Dato seri, bagaimana atau celah mana yang dato'seri boleh katakan Speaker V.Sivakumar membuat tindakan ultra Vires? saya juga membidas jawapan dato'seri yang mana penggantungan V.sivakumar adalah tidak kerana ia telah di tentukan mahkamah sedangkan

    Dalam Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan di sebut dalam Fasa 1,2,3 dan 4...menjelaskan

    -Sahnya mana - mana perjalanan atau tindakan yang berlangsung dalam dewan undangan negeri itu adalah tidak laya atau tidak boleh di pertikaikan atau dipersoalkan oleh mana - mana mahkamah.

    sekarang ni adakah mahkamah telah melanggar perlembagaan atau dato'seri sendiri yang jahil tidak tahu tentang perlembagaan?
    sebab dengan mendakwa dan mempersoalkan tindakan V.sivakumar secara langsung telah melanggar Artikel 72 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ,dengan berpandukan Artikel 72 saya menegaskan bahawa tindakan V.Sivakumar sah dan bukan "ultra Vires" seperti yan di dakwa oleh dato'seri....yang tampaknya hanya Zambry dan 6 exco nya yang keras kepala ingkar dengan arahan speaker dan melampui batas undang - undang dengan melanggari perlembagaan dengan mendakwa speaker V.Sivakumar di mahkamah sedangkan mahkamah tak layak memepersoalkan tindakan V.Sivakumar sepertimana yang termaktub dalam Artikel 72, Fasa 1,2,3 dan 4 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia

    ReplyDelete
  39. sebab kali ini saya lihat cara Zambry mendakwa V.Sivakumar ke mahkamah telah pun membelakangi Perlembagaan dan mencabuli Artikel 72(1),(2),(3) dan (5) dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Saya tegaskan sekali lagi walau seisi dewan di arah keluar oleh speaker sekalipun tindakan nya itu tidak boleh langsung di pertikaikan oleh mahkamah,kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan dan Perlembagaan melindungi segala apa yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri termasuk tindakan Speaker....

    ReplyDelete
  40. Saudara/i LeeSlimShady
    1. Bagi saya Nik Abdul Aziz telah mencabul demokrasi, iaitu dengan penipuan. Beliau telah menjanjikan sesuatu yang dia sendiri tidak ada, iaitu syurga, keberkatan dan pahala. Adakah menipu sebahagian daripada demokrasi? Jika beliau tidak menipu, apakah bukti merka yang menyokong PAS akan mendapat syurga, mendapat keberkatan dan pahala?

    2. Penulis-penulis blog berkenaan telahpun dihadapkan ke mahkamah. Blog lain yang berterusan memfitnah kerajaan pun masih berleluasa. Jika benar kerajaan bertindak sepertimana yang awak katakan, saya pasti blog berkenaan sudah tiada.

    3. Memang permit sudah diberi, tetapi ia bukanlah lesen untuk memfitnah mana-mana pihak. Permit yang diberikan pun masih ada peraturan yang perlu diikuti. Adakah awak telah mempastikan bahawa keseluruhan peraturan tersebut telah diikuti?

    4. Berkenaan tindakan polis berkaitan perasmian Bilik Gerakan PKR tersebut, saya nasihatkan awak dapatkan dulu nasihat daripada peguam yang arif dengan undang-undang. Kesimpulan saya bagi semua komen awak, sebenarnya awak tidak benar-benar arif tentang semua yang awak katakan. Tidak guna memberi komen di sini jika awak sendiri malas untuk belajar, tetapi hanya mahu orang lain melayan kerenah awak, seperti budak 5 tahun yang asyik bertanya soalan.

    ReplyDelete
  41. Kalau Dato'seri mengatakan saya marah...memang saya marah berikutan insiden di Di DUN Perak yang lalu...

    kalau saudara Faisal nak kata saya Melampiaskan Kemarahan Terhadap UMNO/BN itu terpulang pada saudara tapi apa yang jelas kemarahan kami yang melihat kesucian Demokrasi apabila melihat speaker yang dilantik secara sah di heret keluar dengan menggunakan Polis dan pihak - puhak samseng yang mungkin di upah oleh pihak - pihak UMNO/BN.....

    saya nak tegaskab di sini apa hak R.Ganesan berbanding V.Sivakumar kerana Ganesan bukan Wakil rakyat dan tak dipilih melalui Proses demokrasi berbandin V.Sivakumar....

    yang kedua Dato'seri sendiri takkan tak menyaksikan rakaman Video yang menunjukkan bagaimana Pasukan polis dan samseng yang telah menceroboh sidang DUN dan Mengheret Sivakumar serta menyepak terajang ADUN - ADUN Pakatan Rakyat ketika mereka mempertahankan Speaker...inikah yang dikatakan konsep satu malaysia? inikah yang dikatakan Rakyat di dahulukan prestasi di utamakan? muhasabah diri Dato seri lihat dan buka mata akan kebenaran....

    ReplyDelete
  42. Tahniah Dato Seri di atas pelantikan sebagai Pemikir UMNO/BN Selangor.
    Selamat berjuang.

    ReplyDelete
  43. Saudara Lee,

    Saya tidak berniat berbahas panjang mengenai isu ini. Apa yang penting mereka yang ahli dalam bidang Perlembagaan dan Undang-undang telah membuat keputusan. Saya tidak fikir saya dan saudara mempunyai kepakaran melebihi mereka yang membuat keputusan - Lima orang hakim mahkamah Persekutuan.

    Saya tidak tahulah kalau pengetahuan saudara mengenai undang-undang lebih hebat daripada mereka ini.

    Seandainya mahkamah tidak mempunyai langsung kuasa seperti dakwa saudara maka saya tertanya-tanya mengapa peguam dalam Pakatan Rakyat seperti Gobind juga membewa kes pergantungannya ke mahkamah?

    Jika sivakumar menghormati keadaan bahawa beliau telah kehilangan majoriti sokongan tentulah tiada kekecohan yang berlaku.

    ReplyDelete
  44. Tahniah dato'...

    atas pelantikan sbg ketua pemikir....

    ReplyDelete
  45. dato sri...
    gobind sigh bawak kes pergantungan di makhamah kerana dia nak melihat makhamah malaysia ni..berpoliti ke tidak...itu aje...

    tpi jawapan nya ..UMNO BN dah menguasai makhamah...

    bukti? banyak kes2 menteri umno yang mancabul.meraba..merogol...terlepas begitu saje...dato seri setuju x?

    ReplyDelete
  46. hehehe reluigionsprituality... confierm totok PKR. dah dua-dua ambil tindakan yang sama pun masih satu salah dan satu betul... sudahlah... totok.

    ReplyDelete
  47. SAYA HARAP DATO SERI BERSABAR DENGAN SEMUA DUGAAN INI . KITA SUDAH LIHAT SENDIRI PENTADBIRAN MEREKA MENGAMALKAN KUKU BESI DAN TIDAK BOLEH DIKRITIK LANGSUNG. BAGAIMANAKAH APABILA MEREKA MEMERINTAH NEGARA INI ??? SAYA RASA RUANG UNTUK DEMOKRASI AKAN TERTUTUP TERUS..SIAPA MENGKRITIK TERUS AKAN DI JAIL DAN DIGANTUNG TUGAS.


    TERUSKAN PERJUANGAN DATO SERI !!!

    ANDA ADALAH PEMIMPIN YANG BERANI !! DENGAN KETUA PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR DITERAJUI OLEH PM KITA ,BANYAK LAGI SALURAN DATO SERI BOLEH KRITIK PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT .

    ReplyDelete
  48. LeeSlimShady... Penggantungan dibuat didalam kamar, didalam dewan undangan negeri atau dibawah pokok?

    ReplyDelete
  49. Salam ds..
    Dalam perjalanan kesatu tempat pasti ada kekangan dan rintangan,ia tak semudah yang disangka.Namun inilah hakikat sebagai seorang pejuang bangsa yang tulen.Mungkin diluar sana mereka hanya mampu mengkritik dan mengaum sahaja(PR).tetapi dalam diam mereka tidak tahu yang mereka sedang mengaum menangisi kehilangan kepercayaan golongan muda yang selama ini yang disangkakan kian utuh dipalit mereka,sebenarnya sikit demi sedikit golongan2 muda seperti kami kian mual dan loya dengan permainan politik tanpa masa hadapan yang diuli mereka sendiri...Jadi ds tak perlu risau kerana kami golongan muda akan kembali memacu UMNO dandalam senyap dan PR akan terhimpit oleh kepercayaan mereka sendiri tanpa disedari...kembalinya orang muda dan pengundi atas pagar kepada UMNO adalah satu kepercayaan,dan harapan kami semaikanlah semangat pejuang ini dalam diri anak-anak muda seperti kami...

    ReplyDelete
  50. Apabila di teliti saya dapati semua komen yg menyebalahi DS Khir Toyo (DSKT)tidak mendapat respon DSKT, maklumlah budaya mengampu dan suka diampu tu masih menebal, walaupun telah kalah. Saya berpendpat begini.. Kebanyakan tulisan DSKT bertujuan mempertahan diri DSKT sahaja, atau dengan kata lain menegakkan benang basah. Jika saya seperti DSKT dan isteri dituduh bermacam-macam melalui perbicaraan SELCAT yang boleh ditonton melalui Web TV Selangor, tentu saja akan melenting dan tentu sahaja saya tidak sabar-sabar untuk hadir memberi keterangan demi menegakkan dan memperjelaskan keadaan sebenar. Tentu sahaja saya akan membersihkan diri dari aib yang tercalit di muka saya dan isteri. Tidak kira yang menjadi penimbang tara atau hakimnya berpihak kearah mana. Saya tetap akan hadir. Tetapi.... malang sekali DSKT dan isteri tidak berani atau tidak sanggup hadir untuk membasuh contengan arang di muka. Andaian masyarakat tentulah DSKT dan isteri bersalah... kerana tidak berani hadir. Adakah DSKT wajar untuk mempertahan diri melalui tulisan di blog atau memanggil sidang media untuk dihebahkan ke seluruh negara tentang ketidakadilan SELCAT yang telahpun memberi peluang untuk DSKT dan Isteri membersikan arang di muka. Saya sebagai rakyat pun tertpinga-pinga pihak mana yang benar. Saya yakin untuk mendapatkan kebenaran yang mutlak, SELCAT atau ADUN kerajaan Selangor atau orang perseorangan perlu membuat laporan polis. Biarlah SPRM atau polis yang menyasat kerana tuduhan melibatkan penyalahgunaan wang rakyat dan penyalahgunaan kuasa.. Adakah SDKT berani.. kalau berani buatlah publisit supaya SELCAT nampak seperti bersalah dan DSKT nampak macam bersih

    ReplyDelete
  51. Saudara anak jati red Giant...

    kalau di lihat pada mata kasar saudar memanglah,itu yang terjadi tapi pada Pilihanraya di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang telah jelas melihat yang Mana Golongan Muda memihak kepada Pakatan Rakyat ini terjadi apabila Calon PAS di K.Terengganu kalah pada jam 5.00 petang tapi kembali menang pada jam 8.00 malam ini terjadi apabila Golongan Muda sudah pulang dari kerja dan terus ke pusat pengundian dan mengundi Calon Pakatan Rakyat...

    Cuma apa yang saya nak nasihatkan Pada Dato seri dan Pembantu Dato'seri Khir toyo yang tolong tulis dan Komen Laman Blog ini...saya nak ingat supaya menggunakkan Pertimbangan akal dan fikiran bila membuat sebarang kritikan kerana saya disni melihat segala kritikan yang di hamburkan dalam blog ini hanya bersifat berat sebelah,ini kerana bila Sesuatu ketidakadilan atau isu itu berlaku di pihak PR Dr.Khir terus mengkkritik sehebat - hebatnya contoh pada isu penghinaan raja Bila di Perak Dr.Khir kritik dan sanggup turun melakukan Demonstrasi..tapi bila penghinaan itu berlaku di terengganu dan di lakukan oleh penyokong - penyokong BN? Dr.Khir cuma membisu dan Meng"ia"kan tindakan mereka jadi dimana "Check & Balance" dan Konsistensi didalam Kenyataan Dr.Khir...lihat pada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang - undang yang telah di langgar dan di Cabul oleh UMNO/BN selama 52 tahun Tanah Melayu Ini merdeka,Dr.Khir Hanya diam kerana dia hanya akan bercakap dan mempertahankan atas kepentingan diri sahaja,bila kebobrokan itu di lakukan oleh UMNO/BN Dr.Khir Tega pertahankan Persis Shimon Perez dan Ariel Sharon dalam International Debates di Geneva

    ReplyDelete
  52. Jadi yang menuduh tentang penyokong totok,apa kena mengena dengan penyokong totok? sebab diantara kamu - kamu di dalam laman blog ini seperti saudara mustafa,jiwa kita,puntung kaki rokokPejuang bangsa(kononya tu)Amlg,mat yie,shahnon dan X-pkr bukankah lebih totok apabila Mecd dimansuhkan di mana mereka? mana Suara Pejuang Bangsa yang kononya nak membela nasib bangsa? mana?
    Bila Kuota Ekuiti Melayu di Hapus kan Sebanyak 30% dan Kuota Ekuiti Asing di naikan sebanyak 70% di mana pejuang - pejuang Bangsa...
    di mana? dimana saudara mustafa,jiwa kita,puntung kaki rokokPejuang bangsa(kononya tu)Amlg,mat yie,shahnon dan X-pkr bukankah lebih totok jadi penyokong BN dari Penyokong PR kerana tak langsung pun dari mereka nak membantah sedangkan itu hak melayu...Mungkin walau setepek taik di baling oleh kerajaan BN kearah muka mereka pun akan mereka relakan kerana ketotokan mereka telah memuliakan segala tindakan dari pemimpin mereka,tidak seperti kami,kami jua menentang walau kesilapan itu datang dari Kerajaan PR

    ReplyDelete
  53. Ini saya jawab kenyataan saudara Kamaluddin

    berkenaan






    "LeeSlimShady... Penggantungan dibuat didalam kamar, didalam dewan undangan negeri atau dibawah pokok?"Saudara...tidak kira Persidangan itu di adakan di dalam kamar atau di bawah pokok tapi ia masih di pengerusi kan oleh Speaker bukan?maka selagi ia tidak melanggar peraturan DUN persidangan dan usul penggantung Zambry tetap
    Sah...jadi apa layak kah saudara nak mempertikaikan nya sedang mahkamah pun di tegah dari mempersoalkan hal itu oleh Perlembagaan? sedang kan Prof.Dr Agus Yusof sendiri mengakui ia tetap sah

    ReplyDelete
  54. DATO SERI, SAYA AMAT BERSETUJU DENGAN PEJUANG BANGSA. TAK PERLU JAWAP/LAYAN SANGAT PEMBANGKANG YANG 'TAIK'TU. MEREKA TELAH TERTUTUP SEGALA KEBENARAN HANYA MEREKA JE YANG BETUL. KERJA MEREKA BUAT CERAMAH JE. TENGOK!!! ANUAR IBRAHIM PAGI PETANG SIANG MALAM BERCERAMAH JE,, SEMUA ORANG SALAH DIA JE YANG BETUL.KALAU DIA JADI PM? MALAYSIA LINGKUP DIKERJAKANNYA!!! TERUSKAN PERJUANGAN DATO SERI!

    ReplyDelete
  55. anwar jadi pm lingkup????

    hahahaha....lain kali baca la harsard parlimen kat internet...semua ahli parlimen BN kecut dengar hujah DS anwar ibrahim...hujah yang berfakta...

    kalau berani...suruh la sapa2 ajak debat ngan dSAI...mau terkecing la

    ReplyDelete
  56. cakap pe je laaa dato khir.....yg penting UMNO dah tak relevan sekarang......majoriti rendah kat penanti tu bukan apa, org muda terutama kerja luar penang tak balik ngundi sbb dah tau PKR menang......cuba UMNO bertanding, berdesutt org muda pulang utk talqin kan UMNO...
    So, buat Dr Khir jgnlah syok sendiri mengulas dlm blog.....ramai baca dan tersenyummmm bila dr mengulas sebigini...

    ReplyDelete